SUAMI ISTERI MEMBACA ALKITAB, MENIKMATI KASIH DAN DISAYANGI

SUAMI ISTERI MEMBACA ALKITAB, MENIKMATI KASIH DAN DISAYANGI

(Saudara Wang Zankun)

 

Haleluya, dalam nama Tuhan Yesus saya berkongsi: terutamanya tentang kesukaran dan kegembiraan yang dihadapi dalam proses menubuhkan mezbah keluarga, dan saya juga berkongsi beberapa pemikiran kecil dengan anda.

Hala tuju utama yang saya kongsikan ialah – penyempurnaan rohani antara suami isteri. Saya telah berkahwin hampir lima tahun. Kami mempunyai seorang bayi berusia 11 bulan. Sekarang nampaknya agak sukar untuk memasukkannya dalam mezbah kami. Lagipun, dia akan menjerit dan membantah apabila kami berdoa dalam hati sebelum dia minum susu.

Dalam tempoh mencari injil selama tiga atau empat tahun sebelum berkahwin, saya telah memupuk kebiasaan untuk berdoa sebelum tidur setiap malam. Selepas berkahwin, saya akan berdoa bersama isteri setiap hari sebelum tidur untuk mengucap syukur, dan kemudian kami akan menamatkan aktiviti hari itu bersama-sama. Jadi berdoa sebelum tidur adalah rutin yang menjadi kebiasaan kami berdua. Sudah tentu, selepas berkahwin, kami sering mendengar pendeta berkongsi kepentingan membina mezbah keluarga pada hari Sabat, jadi kami juga berusaha untuk memupuk tabiat membaca Alkitab.

Pada awalnya, kami bermula dengan “Amsal”, kerana satu fasal dibaca setiap hari, ia boleh habis dibaca dalam tepat satu bulan, dan terdapat banyak kata-kata hikmat dalam Amsal yang mudah difahami, menjadikannya sangat menarik dan mudah dibaca. Walau bagaimanapun, sebenarnya kami menghadapi beberapa kesukaran dalam memupuk tabiat membaca Alkitab, seperti terlalu letih di tempat kerja, melihat telefon bimbit terlalu lama sehingga tidak mempunyai tenaga untuk membaca Alkitab, tidak mengingati fasal mana yang pernah dibaca, ahli keluarga atau kawan datang mengganggu apabila tengah membaca… Kami pernah mengalami semua masalah ini, jadi kami telah membuat beberapa pelarasan dan berikut adalah beberapa kaedah untuk rujukan anda:

  1. Wujudkan logik urutan pembacaan Alkitab dan catatkan. Kami kemudiannya membaca ke hadapan fasal demi fasal bermula dari Kitab Yudas dalam Perjanjian Baru, dan kini kami telah kembali kepada Injil Matius.
  2. Sebelum berdoa dan membaca Alkitab, kedua-dua pihak hendaklah menyelesaikan semua kerja mereka dan meletakkan telefon bimbit mereka di tepi. Kami biasanya memulakan proses ini bersama selepas anak-anak mandi dan kami boleh kembali ke bilik untuk bertenang.
  3. Perkara yang paling penting ialah kedua-dua pihak dapat menyatakan kesanggupan mereka untuk melaksanakannya. Dengan cara ini, apabila satu pihak menjadi lemah dan diberi peringatan, pasangan akan lebih bekerjasama dan bertambah baik sedikit.

Dalam proses membaca Alkitab setiap hari, kekuatan fizikal dan mental kedua-dua pihak pastinya tidak konsisten setiap hari. Kadang-kadang semangat kami berada dalam keadaan baik dan membaca ayat-ayat yang menyentuh hati (seperti Lukas 24:30-36), dan kami akan berkongsi gerakan hati ini selepas membaca. Sebaliknya, apabila berada dalam keadaan yang kurang baik, kami akan membaca sahaja.

Selalunya sebelum kami berdoa, kami akan bersembang seperti biasa, dari perkara yang kecil-kecil seperti harga barangan runcit hinggalah isu besar seperti sekatan pergerakan di negara tertentu. Lebih penting lagi, kami akan mengambil berat tentang keadaan masing-masing hari ini, atau jika ada kesusahan yang perlu disebutkan untuk didoakan. Jadi tanpa disedari, tabiat ini banyak memberi manfaat kepada kepercayaan dan hubungan suami isteri. Seterusnya, antara suami isteri pasti akan timbul pertikaian atau perselisihan. Yang ajaibnya ialah selepas berdoa dan membaca Alkitab, kami sentiasa tahu menggunakan kata-kata yang halus, membina, dan lembut untuk meluahkan perasaan kami, dan pasangan juga dapat membalas dengan berhikmat, seterusnya menyelesaikan konflik dan pertikaian antara suami isteri.

Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita.” ( 1 Yohanes 4:19 ) Suami isteri memahami firman Tuhan melalui membaca Alkitab, dan kemudian memahami bahawa diri mereka disayangi, barulah mereka tahu untuk saling mengasihi. Oleh itu, mengenai membaca Alkitab dan berdoa bersama, saya dan isteri sedang meneruskan usaha dan belajar, serta menikmati proses tersebut. Amin!