MENGALAMI MUKJIZAT DALAM DOA SYAFAAT

MENGALAMI MUKJIZAT DALAM DOA SYAFAAT

(Saudari Lingzhen)

 

Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan perkongsian mezbah keluarga:

Walaupun saya telah percaya kepada Tuhan sejak saya masih kecil, tetapi sebenarnya saya tidak mendalami pengkajian firman Alkitab. Kira-kira lima atau enam tahun yang lalu, saya melihat bahawa perkataan yang diucapkan oleh beberapa seiman adalah sangat berhikmat, membangun, dan mengandungi firman Alkitab. Maka saya pun berdoa kepada Tuhan: Mohon Tuhan membantu saya memahami Alkitab dengan lebih jelas, dan menjadikan rumah saya lebih seperti rumah seorang Kristian. Tuhan mendengar doa saya, dan membimbing saya dan keluarga saya selangkah demi selangkah, kami mula berdoa bersama setiap malam (sebelum ini kami berdoa secara individu), dan membaca Alkitab bersama-sama setiap hari Ahad. Selepas itu, kami merasakan Roh Tuhan bekerja di rumah kami……

Pada masa itu, anak lelaki saya berada di tingkatan satu, anak perempuan sulung saya di darjah dua, dan anak perempuan bongsu saya berada di tadika, keluarga kami akan berdoa bersama setiap malam sebelum tidur, tetapi waktu doa tidak lama, dan seluruh keluarga akan membaca dan berkongsi Alkitab bersama setiap malam hari Ahad. Gulungan kitab pertama yang dibaca ialah buku Yunus, kerana anak-anak itu masih kecil, dan kisah Yunus lebih menarik. Gulungan kedua yang dibaca ialah Rut, yang juga merupakan cerita, anak-anak juga telah mendengarnya dalam kelas pendidikan agama dan lebih mengenalinya. Pada masa itu, bacaan Alkitab akan didahului dengan doa dalam hati, menyanyikan sebuah kidung, kemudian membaca Alkitab, berkongsi peristiwa dalam kehidupan pada minggu ini, dan akhirnya berdoa. Kemudian, apabila anak-anak semakin membesar, bacaan dan perkongsian Alkitab malam hari Ahad dipimpin oleh anak-anak pula, dan doa setiap malam juga dipimpin oleh anak-anak. Buat suatu tempoh, selain membaca dalam bahasa Cina, kami juga akan memilih perenggan kecil untuk membaca dalam bahasa Taiwan (saya orang Hokkien) dan bahasa Hakka (ayah saya orang Hakka), tetapi kemudian tidak tahu mengapa kami hanya membaca dalam bahasa Cina.

 

Anak-anak Mengalami Kuasa Doa

Pada masa itu, terdapat beberapa kakak di gereja yang menyisihkan anak perempuan sulung saya, suami saya dan saya sangat sedih, tetapi sebenarnya, hubungan antara orang dewasa adalah baik, jadi saya meletakkan perkara ini dalam doa. Suatu hari, anak perempuan sulung saya berkata kepada saya: “Ibu, saya mendapat mimpi semalam bahawa Tuhan Yesus bercakap dengan saya dan menghibur saya.” Saya dan suami menangis apabila kami mendengarnya. Syukur kepada Tuhan, Tuhan Yesus telah menghibur anak perempuan sulung saya, dan menghibur hati saya dan suami saya. Anak perempuan sulung saya kini berada di tingkatan dua sekolah menengah.

Apabila seisi rumah kami mula membaca Alkitab dan berdoa bersama-sama, kadang-kadang kami boleh menjadi lemah. Pada masa itu, anak lelaki saya berada di sekolah menengah, dia sering mengambil inisiatif untuk mengingatkan keluarga untuk berdoa bersama! Anak saya memberitahu saya bahawa dia mempunyai pengalaman, jika seisi keluarga berdoa bersama, keesokan harinya dia akan baik-baik saja di sekolah, dan jika tidak berdoa bersama malam sebelumnya, keesokan harinya akan menjadi kurang lancar. Jadi pada masa itu, dia sering mengambil inisiatif untuk memanggil ahli-ahli keluarga untuk berdoa.

 

Kuasa Doa Syafaat Para Seiman

Pada awal tahun 2018, saya menghidap kanser payudara, sejak doktor mengumumkan bahawa kanser itu adalah tahap terminal, keluarga kami mula berdoa selama 30 minit setiap malam. Pada hari-hari ketika kami menunggu imbasan tomografi sebelum menjalani pembedahan, suami saya dan saya juga berpuasa dan berdoa, memohon Tuhan untuk mengasihani dan menyembuhkan. Kerana waktu berdoa lebih lama dan disertai puasa, jadi pengalaman rohani lebih banyak, anak saya berkata: “Apabila saya memikirkan penyakit ibu saya, hati saya berasa gelisah, tetapi setelah berdoa, hati saya akan lebih tenang.

Ketika saya mula-mula mengetahui bahawa saya menghidap kanser payudara, Saudari Chen di gereja memberitahu saya bahawa dia akan pergi ke dewan kecil di tingkat lapan untuk berdoa pada tengah hari Sabat, dan dia mengajak saya untuk berdoa bersamanya. Ketika kali pertama saya naik ke tingkat lapan untuk berdoa dengannya, dia terus menyanyikan lagu roh, dan inilah kali pertama saya mendengar lagu roh, hati saya berfikir, mengapa ia begitu sedap didengar? Dalam doa, saya berkata kepada Tuhan: “Tolong biarkan Saudari Chen terus menyanyi, kerana ia sangat sedap didengar.” Dalam tempoh saya berdoa dengan Saudari Chen, saya sering dapat mendengar dia menyanyikan lagu roh, dan semuanya sangat sedap didengar. Tetapi kemudian barulah saya mengetahui bahawa dia tidak sering menyanyikan lagu roh. Ketika keadaan penyakit saya bertambah baik, saya jarang mendengar Saudari Chen menyanyikan lagu roh dalam doa. Saya rasa Tuhan menghiburkan hati saya melalui lagu-lagu rohnya. Dalam tempoh penyakit saya ini, saya merasakan bahawa firman Tuhan dalam Alkitab dan kata-kata seiman yang diucapkan menerusi gerakan Roh Kudus adalah yang paling menghiburkan hati saya.

Pada 20 Mac, para seiman dari Gereja Taichung Utara datang ke rumah saya untuk membantu saya berdoa, dan lebih daripada 20 seiman datang pada hari itu, ada yang memeluk saya dan menangis, ada yang menghibur saya, para penatua dan diakon menumpangkan tangan dan berdoa untuk saya dan keluarga saya. Semasa mereka pergi, Penatua Wong berkata: “Tuhan akan menunjukkan anugerah yang besar pada dirimu”. Diakon Chong berkata: “Lain kali, kamu akan bersaksi untuk Tuhan!” Dalam beberapa hari berikutnya, para seiman gereja telah datang ke rumah saya untuk berdoa untuk saya, dan saya tahu bahawa dalam tempoh ini, ramai seiman telah berdoa untuk saya dengan mencucurkan air mata serta berpuasa, dan ada beberapa saudari telah memberitahu saya tentang petunjuk yang mereka terima setelah berdoa.

Seorang saudari mengatakan bahawa setiap kali dia berdoa untuk saya, hatinya tenang. Seorang saudari lain berdoa di rumah dan kemudian memberitahu suaminya bahawa tompok hitam Lingzhen sepatutnya bukan pemindahan tulang. Ada juga saudari yang berdoa dan kemudian berkata kepada saya bahawa Roh Kudus menggerakkannya untuk berkata, saya akan sembuh. Seorang saudari lain berkata, kamu akan sembuh, tetapi kamu mesti berdoa, dan mesti bersandarkan doa. Salah seorang daripada mereka, Saudari Chen, menemani saya untuk berdoa pada petang 21 Mac, dan saya berasa sangat berkuasa. Saya berkata kepadanya selepas doa: “Saya rasa berkuasa apabila kamu berdoa di sisi saya.” Dia berkata: “Saya berasa letih ketika berdoa, dan saya berasa kuasa itu pergi kepada kamu sepanjang masa.” Pada suatu kali, ketika Saudari Chen ini berdoa dengan saya, dia terus menggunakan tangan kirinya untuk membuat aksi menarik sesuatu keluar dari dada kirinya dan membuangnya, dia berkata kepada Tuhan: “Tuhan! Lingzhen itu sebelah kanan, bukan di sebelah kiri.” Tetapi dia berfikir lagi bahawa Tuhan tidak akan salah, maka dia terus berdoa. Tidak lama kemudian, dia menggunakan tangan kanannya untuk membuat aksi mengeluarkan sesuatu dari dada kanannya dan membuangnya, dan Saudari Chen memberitahu saya bahawa dia merasakan Tuhan sedang menyembuhkan saya.

Pada 29 Mac 2018, saya menjalani imbasan tomografi, saya dibawa ke bilik untuk disuntik dengan glukosa dan kontras, dan selama kira-kira setengah jam, saya berbaring di atas katil dan berkata: “Haleluya puji Tuhan Yesus!” Saya mengalirkan air mata, dan terfikir bahawa saya adalah orang yang menghidap kanser terminal, Tuhan tolong sembuhkan saya, saya mahu hidup! Selepas diberi titisan intravena, saya akan menjalani imbasan tomografi, dan imbasan itu mengambil masa 25 minit. Saya berbaring di atas mesin dan hati saya masih melaungkan “Haleluya puji Tuhan Yesus”, dan dalam separuh proses itu, mesin mengimbas sisi perut di bawah dada, pada mulanya hati saya melaungkan “Haleluya puji Tuhan Yesus” kemudian telah bertukar kepada “Dalam nama Tuhan Yesus mengambil sel-sel kanser, dalam nama Tuhan Yesus mengambil sel-sel kanser……” sebanyak lima atau enam kali dan ia berkuasa, saya sendiri terkejut, bagaimana saya boleh mengatakan ini? Sejak saya percaya kepada Tuhan dari masa kecil, saya tidak pernah mengusir setan dalam nama Tuhan Yesus. Saya terus berdoa dalam hati saya: “Haleluya puji Tuhan Yesus”, kemudian saya cuba mengatakan “Dalam nama Tuhan Yesus mengambil sel-sel kanser” namun tidak berkuasa lagi.

 

Menyaksikan Kemuliaan Tuhan Sewaktu Sakit

Pada 31 Mac, tiga saudari dari Gereja Utara datang menemui saya di Taichung dan berdoa untuk saya, salah seorang daripada mereka telah berpuasa dan berdoa selama 12 jam pada hari sebelumnya untuk melihat saya. Dalam doa sebelum kebaktian pagi Sabat, sewaktu dia sedang berdoa, tiba-tiba hatinya berkata: “Dosa-dosamu telah diampuni, dan penyakitmu disembuhkan.” Pada tengah hari, tiga saudari Gereja Utara, serta Saudari Chen dari Taichung Utara, dan suami saya, seramai enam orang, pergi ke dewan kecil di tingkat lapan untuk berpuasa dan berdoa. Sebelum doa ini, walaupun saya tahu bahawa saya dalam kesusahan yang besar, kami masih perlu bersyukur kepada Tuhan, tetapi saya benar-benar tidak dapat mengucapkan syukur kepada Tuhan dengan seikhlas hati saya. Tetapi pada akhir doa ini, saya dapat mengucapkan doa yang bersyukur dengan seikhlas hati saya. Saya terus berkata: “Syukur Tuhan Yesus! Terima kasih Tuhan Yesus!” Selepas doa itu, salah seorang saudari memberitahu saya bahawa Tuhan baru saja berkata kepadanya dalam doa: “Beban kamu ringan”, dan saudari itu membalas: “Tuhan, adakah maksud-Mu Lingzhen? Dia sekarang menghidap kanser terminal, jadi bagaimana bebannya itu ringan?” Tuhan berkata kepadanya lagi: “Pergi dan beritahu Lingzhen bahawa bebannya ringan, saya hanya mahu melihat adakah seiman-seiman mempunyai kasih melalui Lingzhen.” Saudari itu berkata kepada Tuhan lagi: “Jika demikian, saya rela terus berdoa untuk Lingzhen sehingga Engkau menyembuhkannya sepenuhnya.” Suami saya dan saya menitiskan air mata mendengar kata-kata saudari ini, dan mengucapkan syukur kepada Tuhan atas anugerah-Nya. Malam itu ada kebaktian Unit Pendidikan Belia, Saudari Wang bertemu dengan saya di gereja, dan dia berkata kepada saya: “Kakak Lingzhen, semangat kamu kelihatan sangat berbeza malam ini, dan rasanya bersukacita.” Saya berkongsi dengannya kesaksian saya semasa doa tengah hari, syukur atas anugerah Tuhan.

Sebelum 31 Mac, walaupun saya selalu bermimpi yang baik, tetapi setiap pagi apabila saya bangun dan terfikir bahawa saya pesakit kanser terminal, hati saya tenggelam, dan saya berkata kepada Tuhan: “Tuhan! Saya inginkan kehidupan lama saya!” Selepas berpuasa dan berdoa pada tengah hari 31 Mac, keadaan hati saya berubah, dan ketika saya bangun keesokan harinya, saya kembali ke perasaan lama saya, dan melupakan bahawa saya pesakit kanser terminal, saya membantu keluarga saya menyediakan sarapan pagi. Dalam khutbah hari itu, pendeta itu membuka Alkitab, Mazmur fasal 30, dan membaca ayat 2 dan 5 dibaca: “Tuhan, Allahku, kepada-Mu aku berteriak minta tolong, dan Engkau telah menyembuhkan aku. Sebab sesaat saja Ia murka, tetapi seumur hidup Ia murah hati; sepanjang malam ada tangisan, menjelang pagi terdengar sorak-sorai.” Apabila saya membaca ayat ini, hati saya terharu, terutamanya ungkapan “sepanjang malam ada tangisan, menjelang pagi terdengar sorak-sorai.” Seolah-olah Tuhan memberitahu saya dan menghibur saya.

1 April adalah Jamuan Teh Injil Taichung Utara, dan semasa makan malam dengan beberapa seiman lain pada waktu petang, Saudari Xu bertanya kepada suami saya: “Apabila membaca laporan esok, jika laporan itu tidak baik, apa yang harus dilakukan?” Suami saya berkata: “Muliakan Tuhan jika demikian!” 2 April adalah masa yang mencemaskan, kerana perlu melihat sejauh mana rebakan dalam laporan tomografi, atau adakah terdapat sel-sel kanser lain? Saya hanya terus berdoa, dan ketika saya masuk ke bilik diagnosis, suami saya kebetulan mempunyai sesuatu urusan dan pergi sebentar, jadi saya masuk ke bilik seorang diri sahaja, dia sangat menyesal pada masa itu, bagaimana dia boleh membiarkan diri saya seorang sahaja memasuki bilik diagnosis, sekiranya laporan itu keluar dan keputusan adalah lebih buruk lagi, bagaimana Lingzhen dapat bertahan? Syukur kepada Tuhan, doktor mengatakan bahawa laporan itu menunjukkan bahawa bintik-bintik hitam di bahu dan pinggang bukan sel-sel kanser, tetapi kesan penuaan, dan tidak ada tanda-tanda merebak di tempat lain. Pada masa itu, suami saya berkata kepada doktor: “Tuhan telah menyembuhkan saya, kami adalah orang Kristian, Tuhan! Tuhanlah yang telah menunjukkan mukjizat yang besar dan rahmat yang besar, dan para seiman yang terus-menerus berpuasa dan berdoa dengan mencucurkan air mata untuk saya.”

Dalam tempoh 2 April hingga 6 April setelah melihat laporan tomografi, pada suatu malam, saya berbaring di atas katil untuk tidur, saya menjabatkan tangan saya untuk berdoa dalam hati saya, pada masa itu ada tangan yang menekan kepala saya dari bahagian atas kepala saya, itu adalah tangan yang kuat. Pada pagi Sabat 7 April, ketika saya pergi ke depan untuk menerima penumpangan tangan, saya merasakan tangan yang kuat ini menekan kepala saya lagi, dan pada hari pertama kebaktian penginjilan, saya juga merasakan tangan yang kuat ini menekan kepala saya, tetapi setelah beberapa hari ia hilang. Saya berkata kepada Tuhan: “Saya berharap tangan itu menekan kepala saya lagi.” Pada hari Khamis atau Jumaat, pada salah satu hari itu saya merasakan tangan yang kuat itu menekan kepala saya lagi. Setelah KKR selesai, setiap kali saya tampil ke depan untuk menerima penumpangan tangan, saya tidak merasakan tangan yang kuat itu lagi.

Apabila doktor mengatakan ia adalah tahap terminal, saya bimbang jika Tuhan benar-benar mahu membawa saya kembali ke Syurga, apa yang akan berlaku jika anak-anak saya tidak dapat memahami kehendak baik Tuhan,bersungut-sungut kepada Tuhan, dan meninggalkan Tuhan? Oleh itu, saya memberitahu anak-anak: “Sama ada Tuhan membawa ibu kembali ke syurga atau tidak, kamu tidak boleh bersungut-sungut kepada Tuhan, tetapi harus lebih berpegang kepada Tuhan.”Syukur kepada Tuhan, ketika saya berada dalam kesukaran ini, suami dan anak-anak saya tidak bersungut-sungut kepada Tuhan. Guru piano anak saya bertanya kepadanya: “Adakah kamu akan menyalahkan Tuhan kerana membuat ibumu sakit tenat?” Anak saya berkata: “Saya mahu, tetapi saya tidak berani. Kerana ibu saya tidak bersungut-sungut kepada Tuhan, jadi kami juga tidak berani bersungut-sungut kepada Tuhan, kami hanya mendoakan ibu dan memohon Tuhan menyembuhkannya.”

Sejak saya jatuh sakit hingga sekarang, saya mempunyai masa yang lebih panjang untuk berdoa hampir setiap pagi. Semasa percutian musim sejuk dan musim panas, kerana anak-anak tidur lewat, saya juga akan sengaja mengaturkan masa doa pagi dengan lebih lewat, supaya anak-anak dapat bangun dan mendengar ibu berdoa, kerana pernah ada seiman yang berkongsi dengan saya, hingga sekarang suara ibu berdoa sering muncul dalam mindanya, kerana pada masa lalu, setiap pagi ketika dia melewati bilik ibu, dia akan mendengar suara ibu berdoa untuk setiap anak dalam keluarga.

 

Mezbah Keluarga Berterusan……

Bermula pada bulan Januari 2019, Taichung Utara melaksanakan pembacaan Alkitab keluarga, bermula dengan buku Ezra, tetapi bukan dari buku Kejadian kerana bimbang bahawa pemercaya tidak dapat keluar dari Mesir, terutamanya buku Imamat dan Bilangan yang sukar difahami, jadi ia bermula dengan buku Ezra. Keluarga kami mula berdoa selama 15 minit setiap malam selepas membaca Alkitab bersama-sama (selaras dengan perkembangan pembacaan Alkitab gereja). Pada malam hari Jumaat, kerana saya akan berdoa dan mengikuti latihan kidung di gereja hingga lewat, maka kami membaca Alkitab sendiri. Pada pagi Sabtu, selepas kebaktian pagi, guru-guru akan diatur untuk memimpin pembacaan Alkitab di aula gereja besar (mengikut perkembangan jadual gereja). Pada malam hari Ahad, seluruh keluarga kami akan membaca dan berkongsi Alkitab bersama-sama. Anak-anak akan bergilir-gilir untuk memimpin dan menjadi pianis. Kami menyanyi kidung dan berdoa selama 15 minit dahulu, dan kemudian mula membaca Alkitab. Setiap orang akan berkongsi kehidupan mereka dalam minggu tersebut, dan diakhiri dengan doa dalam hati.

Setelah penyakit saya sembuh, masa doa kami pada setiap malam telah diubah kepada 20 minit. Apabila gereja menggerakkan pembacaan Alkitab keluarga, pada mulanya anak lelaki dan anak perempuan sulung saya mengatakan bahawa lebih baik membacanya secara sendiri, tetapi sebenarnya mereka sering tidak membaca, kerana terdapat banyak kerja sekolah, kami sudah berdoa bersama 20 minit setiap malam, tetapi sekarang perlu menambah 5 minit lagi untuk membaca Alkitab, mereka sebenarnya enggan, tetapi saya selalu inginkan sekeluarga membaca Alkitab bersama-sama, jadi akhirnya kami memutuskan untuk sekeluarga membaca Alkitab bersama-sama setiap malam, kemudian berdoa bersama-sama selama 15 minit, kami akan membaca Alkitab dan berdoa pada kira-kira pukul 10:00 atau 10:30 setiap malam.

Syukur kepada Tuhan, sudah genap tiga tahun sejak gereja menggerakkan pembacaan Alkitab, dan kini memasuki tahun keempat. Anak saya kini di universiti tahun 2, kerana dia tinggal di asrama sekolah, jadi tidak mudah baginya untuk berdoa dan membaca Alkitab dengan kami, tetapi setiap hari ketika kami membaca Alkitab, saya akan menghantar mesej kepadanya dalam kumpulan keluarga kami: “Yisheng, mari membaca Alkitab!” dan dia akan menjawab “Baik!” Sudah tentu, anak-anak sangat sibuk dengan kerja sekolah mereka, dan suami saya sering bekerja pada waktu malam, jadi sekarang hampir setiap malam saya yang memanggil semua orang membaca Alkitab. Tentulah, setiap kali saya memanggil, mungkin semua orang tidak akan datang dengan segera, tetapi perlu menunggu sebentar sebelum semua orang datang. Kadang-kadang muka anak-anak menunjukkan perasaan hilang kesabaran, kadang-kadang anak-anak akan tawar-menawar dan berkata: “Bolehkah berdoa pendek sedikit hari ini?” Saya sering berkata kepada anak-anak: “Dalam 24 jam sehari, kamu hanya menghabiskan 15 minit untuk bercakap dengan Tuhan, itu hanya sedikit masa.” Kadang-kadang saya berasa letih, tetapi saya tahu bahawa ini adalah mezbah keluarga yang mesti dilakukan, kerana anak-anak akan keluar untuk belajar, dan saya mahu mereka memupuk tabiat membaca Alkitab dan berdoa, dan berharap anak-anak akan mewariskannya kepada generasi akan datang.

Sekianlah perkongsian pembacaan Alkitab keluarga kami, semoga semua kemuliaan diberikan kepada Tuhan yang benar di syurga, Amin!