IBU BAPA ADALAH GURU PENDIDIK AGAMA PERTAMA BAGI ANAK

IBU BAPA ADALAH GURU PENDIDIK AGAMA PERTAMA BAGI ANAK

(Saudari Bai Enzhen)

 

Alkitab mencatatkan, kerana mezbah keluarga yang berjaya, tidak sedikit anak-anak yang telah dipupuk dalam generasi seterusnya, misalnya: kisah Samuel dan Timotius… Pada bulan Mei tahun lalu, selepas wabak COVID-19 merebak di Taiwan, saya mula serius melaksanakan tabiat ibadah mezbah keluarga dan membaca cerita Alkitab (buku bergambar Inggeris) dengan anak-anak saya. Saya merujuk buku-buku bergambar yang diterbitkan oleh banyak gereja untuk memahami asal-usul cerita Alkitab, mendirikan pendidikan watak kanak-kanak, dan menggalakkan interaksi ibu bapa-anak.

Sebelum wabak merebak, saya berfikir bahawa saya berdoa bersama anak-anak saya sebelum tidur setiap hari, menghadiri kebaktian malam pada hari Rabu dan Jumaat, dan mengambil bahagian dalam pendidikan agama pada hari Sabtu, ini sudah merupakan kehidupan keluarga Kristian. Selepas wabak itu merebak, saya memikirkannya dengan serius: Tidak dapat pergi ke gereja dan mengambil bahagian dalam “kebaktian bersemuka”, apa lagi yang boleh saya lakukan untuk anak-anak saya di rumah? Juga kerana wabak itu, saya melihat kelemahan saya sendiri dengan jelas–ternyata saya telah meninggalkan mezbah keluarga tanpa menyedarinya!

Pada mulanya, anak-anak sering kurang perhatian apabila menonton video kelas tadika yang telah dirakam oleh pihak gereja, dan nampaknya tidak begitu menarik apabila menghafal ayat-ayat suci (disebabkan usianya yang masih muda, iaitu tidak sampai empat tahun pada masa itu). Jadi, saya mencarikan banyak buku bergambar tentang kisah-kisah Alkitab, termasuk kraf tangan, nyanyian kidung, bacaan ayat suci menggunakan irama, permainan watak, dan pengajaran interaktif yang lain. Saya telah fikirkan dan gunakan banyak isi kandungan pengajaran yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan cara ini, keadaan beransur-ansur menjadi lebih senang, dan saya juga menyedari melalui interaksi ini–betapa pentingnya mezbah keluarga! Guru pendidikan agama yang pertama untuk anak sebenarnya bukanlah “guru” di gereja, tetapi “ibu bapa” itu sendiri.

Pertumbuhan kehidupan adalah beransur-ansur, pengenalan anak tentang Tuhan juga beransur-ansur, dan pemergian anak dari Tuhan juga beransur-ansur dan kumulatif…… Tuhan yang benar, Penguasa alam semesta, telah mempercayakan harta pusaka-Nya kepada setiap ibu bapa. Sebagai ibu bapa, bukankah kita harus mendisiplinkan anak-anak kita dengan berwaspada, dan membimbing anak-anak membesar di hadirat Tuhan dengan segenap hati dan jiwa? Menemani anak-anak menonton TV, menghantar mereka ke kelas tusyen, memilih pakaian dan keperluan harian……  selalunya memerlukan banyak usaha daripada ibu bapa. Namun, berapa ramai ibu bapa yang akan membaca Alkitab bersama anak-anak mereka, berdoa untuk anak-anak mereka, dan bercakap dengan anak-anak mereka tentang keadilan dan kasih Tuhan? Ini benar-benar patut direnungkan.

Di sini, saya juga ingin berkongsi dengan anda tentang kesaksian seluruh keluarga saya berdoa bersama-sama dan disembuhkan oleh Tuhan:

Bulan Jun tahun lepas, saya kena urtikaria (sebab tubuh saya memang dalam keadaan ini,, jadi saya tidak berasa hairan), saya telah menggunakan macam-macam cara tetapi tiada kesannya, (dulu apabila saya mengambil ubat dan suntikan, gejala akan hilang secara perlahan-lahan). Pengalaman saya kali ini, walaupun saya telah mengambil ubat dan suntikan, bukan sahaja keadaan tidak bertambah baik, malah semakin teruk.

Keesokan harinya, pada hari Sabat, saya mengajar anak-anak kuliah kelas tadika “Penyakit Kusta Disembuhkan”. Selepas saya selesai menyampaikan cerita itu, saya berasa sangat bersalah: Saya telah bercerita tentang “percaya kepada Tuhan, maka akan disembuhkan”, tetapi diri saya tidak mempunyai iman untuk bersandar kepada Tuhan. Sebaliknya, saya percaya pada pengalaman masa lalu (berjumpa doktor, mengambil ubat antihistamin). Kemudian, saya memberitahu anak-anak saya untuk mendoakan ibu mereka (saya). Ibu juga ingin menjadi seperti panglima Naaman dan disembuhkan kerana iman. Disebabkan anak-anak itu baru sahaja selesai mendengar cerita, dan memberitahu saya semasa masih segar dalam ingatan: “Ya! Kita harus berdoa, dan Tuhan Yesus pasti akan menyembuhkan ibu!”

Pada hari ketiga kami berdoa secara berterusan (saya memutuskan untuk bersandar kepada Tuhan dan berdoa kepada Tuhan, saya telah membuang beg ubat), syukur kepada Tuhan! Tuhan telah menyembuhkan saya, dan Dia juga menambah iman kami, sehingga anak-anak menyaksikan dan melihat bahawa Tuhan mendengar doa kami! Tuhan yang kita percayai ialah Tuhan yang benar dan hidup.

Seperti yang dicatat dalam Alkitab: “Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.  Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.” (Amsal 3: 5-6) Inti mezbah keluarga juga menyatakan: “Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanyapun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.” (Amsal 22: 6)

Semoga segala kemuliaan diberikan kepada Bapa di Syurga. Semoga Tuhan menambahkan hikmat dan kekuatan kepada semua ibu bapa yang sanggup bekerja keras untuk mengusahakan “mezbah keluarga”!