PANDUAN PEMBACAAN KITAB YAKOBUS
PENULIS
Yakobus, saudara kandung Yesus
Satu, Yakobus percaya bahawa Yesus ialah Juruselamat setelah kebangkitan Yesus dan Tuhan pernah menampakkan diri kepadanya (1 Kor 15:7). Dalam pengalaman dan akar iman kepercayaan, dia terpilih sebagai penatua di gereja di Yerusalem dan mempengerusikan persidangan iman bersama (Kis 15:13-21). Kata-kata dalam kitab Yakobus dapat menyimpulkan bahawa dia ialah kepala dan pemimpin jemaat.
Dua, dikatakan bahawa Yakobus mahir berdoa dan selalu berlutut untuk berdoa. Oleh itu, dia dipanggil “lutut unta”.
Tiga, berpendirian tegas, tidak berlengah-lengah, berpegang pada kepercayaan, mempertahankan pengalaman, dan menghadapi masalah yang dihadapi secara rasional.
PENERIMA SURAT
Pemercaya dua belas suku (umat Tuhan) yang tersebar ke merata tempat.
TUJUAN SURAT
A. Dorongan dalam penderitaan
- Penderitaan luaran
Faktor manusia, seperti penganiayaan oleh pemercaya ajaran sesat dan penindasan realiti politik, semuanya merupakan “ujian” daripada Tuhan. Terlalu sibuk, terlalu bimbang, terlalu banyak ketidaklancaran, mengutamakan dunia, perbandingan sesama manusia dan sebagainya.
- Penderitaan dalaman
“Ujian” iman, mengejar hikmat rohani, berhadapan dengan “pencobaan” Iblis, godaan keinginan peribadi, dan proses pertumbuhan, semuanya cukup untuk mempengaruhi arah iman kepercayaan.
- Ujian persekitaran
Konsistensi dalaman dan luaran, prestasi iman kepercayaan ala kehidupan, mentaliti yang menginginkan kebenaran. Setelah mendengar firman, adakah kita dapat mempraktikkan firman? Situasinya adalah sama dengan tindakan kita selepas bercermin. Kita harus lebih berusaha untuk menghiasi diri.
B. Peningkatan dalam iman kepercayaan
- Apabila menghadapi rintangan hidup manusia, ketahanan tekanan hidup, dan pengagihan sumber sosial yang tidak adil, bagaimana kita hidup sesuai dengan kebenaran dan memperlakukan orang, perkara, dan benda di sekeliling kita secara “soleh”? Penyelarasan dari segi kata-kata dan perbuatan, berjaga-jaga dengan sikap sendiri, meneladani kasih Kristus, tidak membezakan golongan yang lemah, tidak menggunakan keramaian sebagai aset untuk memanipulasi atau menilai urusan dengan jahat, dan tidak membuat kritikan yang tidak perlu terhadap nilai sosial masyarakat.
- Iman bukan hanya formaliti atau bicara kosong. Iman ialah kehendak yang kuat, tekad untuk bersandar kepada Tuhan, keberanian untuk melakukan sesuatu, dan tidak melarikan diri atau mengundurkan diri ketika menghadapi masalah. Sebagai contoh, corak perbuatan bapa iman, Abraham yang hanya peduli tentang berbuat menurut kehendak Tuhan dan mentaati kepemimpinan Tuhan. Dia tidak lagi hanya mempunyai kehendak sendiri yang mempengaruhi proses iman.
- Perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin bukan lagi kriteria untuk menilai orang, tetapi untuk meneladani masa lalu dan mencuba masa kini, tidak ditelan oleh peredaran masa, memiliki kesedaran yang melampaui masa, memiliki tekad untuk bertahan, menghapuskan faktor-faktor lemah yang mempengaruhi fikiran, dan memperkuat ketekunan yang tidak berubah sehingga mati ….
C. Nilai perkataan dan hikmat
- Kejar “kesempurnaan” supaya tidak bersalah dalam perkataan. Dalam setiap proses kehidupan, kita menghargai “peluang” yang diaturkan dan diberikan oleh Tuhan kerana peluang yang berlalu tidak dapat dikawal lagi. Begitu juga dengan kata-kata yang diucapkan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
- Perkataan berasal daripada “lidah”, tetapi perintah itu datang daripada otak. Mengejar hikmat menunjukkan cara penyelesaian terhadap perkataan. “Tidak kotor, tidak rosak, tidak ganas” menyatakan alam kerohanian peribadi dan juga mengungkapkan pengalaman ketinggian rohani.
- “Hikmat” juga mengungkapkan pengetahuan dan disiplin watak seseorang. Hikmat syurgawi berasal daripada Tuhan. Seseorang harus selalu memiliki buah rohani yang lemah lembut dan menunjukkan perbuatan baik. Dengan itu, secara semula jadinya dia tidak akan iri hati dan tidak berani memegahkan diri. Hal ini bermaksud bahawa sikap mempengaruhi ketinggian pengetahuan dan juga menunjukkan toleransi.
- Dunia dikuasai oleh Syaitan dan Iblis. Tentu saja ada pertengkaran, kekacauan, semua jenis perkara buruk, prasangka dan kemunafikan. Semua ini mempengaruhi masyarakat, gereja, dan bahkan keluarga sehingga individu juga terganggu.
D. Perbezaan antara dunia dengan rohani
- Persahabatan dengan dunia merupakan permusuhan dengan Tuhan. Segala kejahatan, perbuatan jahat dan situasi buruk akan segera tiba. Kebaikan dan kasih karunia akan hilang. Oleh itu, adalah perlu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, maka Tuhan pasti akan memelihara dan memimpin.
- Orang yang merendahkan diri di hadapan Tuhan pasti akan ditinggikan oleh Tuhan, mempunyai pandangan yang melampaui segalanya, tidak mementingkan manfaat jangka pendek, senantiasa menguji diri dan mendorong diri supaya tidak hanya mementingkan dunia sebagai pilihan utama dalam hidup.
- Terdapat banyak perkara yang tidak diketahui dalam hidup. Manusia hanya perlu melakukan kewajipan dan melakukan pekerjaan mereka sendiri. Sekiranya tidak ada interpersonal yang lebih sempurna dan perbuatan yang lebih mulia, bagaimana seseorang boleh mengkritik dan menghakimi orang lain? Hanya Tuhan yang dapat melihat hati manusia, menguasai nyawa, dan mengawal hidup manusia. Oleh itu, janganlah membanggakan diri.
- Semua kelemahan sementara akan binasa. Nafsu manusia merosakkan sifat manusia. Semua yang milik syaitan-syaitan, pelbagai kekacauan dan perbuatan jahat adalah milik dunia sehingga jiwa roh tidak dapat dibangunkan.
- Kekuatan yang dari atas mendekatkan manusia kepada Tuhan. Hati yang murni, terus-menerus membuat refleksi diri, menjalani kehidupan yang kudus, merindukan kebenaran, bersedia menolong orang lain, memberitakan Injil untuk menyelamatkan orang, hati dan fikiran terletak pada Tuhan, penuh kepercayaan, tidak kesal, mementingkan nyawa rohani, mengejar pertumbuhan, kesempurnaan, dan mempunyai hikmat yang matang, semuanya berasal daripada Tuhan.
E. Penentuan dan renungan konsep hidup
- Konsep hidup yang positif adalah untuk memaksimumkan keberkesanan hidup. Konsep ini berpusatkan Tuhan, berdasarkan kasih, memiliki konotasi kebaikan dan keadilan, serta secara aktif berbuat baik dan melakukan kehendak Tuhan kerana nilai iman kepercayaan.
- Perwatakan orang Kristian adalah unik. Bagi orang yang berada dalam dukacita dan kesusahan, orang Kristian menitikberatkan penyembuhan jiwa roh dari segi mental dan tindakan. Tentu saja, selain ubat-ubatan yang dapat membantu meredakan penyakit tubuh jasmani dan penderitaan penyakit fizikal, doa syafaat yang berkesan juga diperlukan untuk berusaha membantu orang yang bakal terjatuh.
- Hati orang-orang di dunia telah biasa dimanjakan, dan kesudahannya adalah bak tengguli ditukar cuka. Jangan menindas orang, jangan percaya pada pemerasan, dan jangan mementingkan usaha mencari wang jangka pendek. Dengan sikap yang tabah dan penentuan nilai-nilai abadi, kita tidak takut dengan situasi kekuasaan, kekuatan, ketidakadilan, dan ketidakbenaran dalam masyarakat. Sebaliknya, kita mempunyai daya pemerhatian yang lebih tajam dan sering menerapkan nilai hidup yang menyebarkan kasih Kristus.