PENGANTIN PEREMPUAN BERHIAS DAN MENANTI
(Pendeta Wang Ming Chang)
Kecintaan pada kecantikan ialah fitrah manusia. Manusia terutamanya amat mementingkan pakaian dan penampilan. Hal ini kerana kecantikan boleh mewakili identiti dan status seseorang. Oleh itu, manusia tidak teragak-agak untuk menghabiskan masa, wang, dan tenaga untuk kecantikan agar dipandang tinggi pada pandangan orang lain. Dalam dunia yang berwarna-warni ini, manusia menitikberatkan benda konkrit dan menggunakannya untuk memuaskan keinginan mereka. Maka, pelbagai jenis pakaian, kosmetik, kecantikan dan pembedahan plastik terhasil sebagai tindak balas bagi keperluan-keperluan ini. Konsep estetika zaman dahulu seperti kehalusan, akhlak, keanggunan dan kecantikan dalaman tidak lagi diperkatakan. Sebaliknya fesyen, kebaharuan, kemurahan hati dan penampilan yang dikejar sebagai ganti. Sebab itulah orang moden lebih menitikberatkan kehidupan kebendaan berbanding kehidupan rohani. Ketidakseimbangan antara kedua-duanya menyebabkan masalah biasa orang moden – kesia-siaan. Kebendaan tidak dapat memuaskan jiwa manusia, dan dinyatakan dalam Alkitab bahawa “Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia, …” (Ams 31:30).
“Tidak kekal bunga dikarang.” Hidup adalah umpama awan dan kabus yang muncul untuk masa yang singkat dan kemudian andam karam. Walaupun anda menghiasinya dengan warna-warni, namun anda tidak dapat mengekalkan tahun-tahun yang berlalu bagai belut diketil ekor. Hal ini kerana “semua yang hidup adalah seperti rumput dan segala kemuliaannya seperti bunga rumput, rumput menjadi kering, dan bunga gugur,” (1 Ptr 1:24). Konsep hidup umat Kristian berbeza daripada dunia. “… manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati.” (1 Sam 16:7). Tuhan memandang jiwa roh manusia sebagai yang berharga. “Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna.” (Yoh 6:63).
Hiasan luaran dicari oleh dunia. Umat Kristian menitikberatkan perkara-perkara rohani, jadi mereka juga harus mempunyai hiasan rohani. Kita tidak mencari penghormatan manusia, tetapi mencari untuk berkenan kepada Tuhan (Ef 5:10). Kristus ialah suami rohani kita. Isteri harus sentiasa menyenangkan suaminya. Harapan Kristus terhadap kita adalah supaya kita berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya (Why 21:2). Jadi, bagaimana harus kita berhias untuk bertemu dengan Tuhan?
A. BAGAIMANA BERHIAS?
“… kami telah menjadi tontonan bagi dunia, bagi malaikat-malaikat dan bagi manusia.” (1 Kor 4:9b). Tontonan memainkan cerita, bukan kisah sebenar. Tidak kira betapa cemerlangnya persembahan itu, tomtonan ini hanyalah ilusi. Pelakon boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menipu, marah ataupun ketawa, berpura-pura menjadi pemurah atau kejam dan zalim, menggunakan perkataan yang kotor atau yang kosong, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita bercakap dan melakukan sesuatu di hadapan Tuhan yang benar, dan sudah tentu kita tidak membenarkan penyamaran seperti ini. Gereja meminta orang-orang kudus untuk hidup dengan bijaksana, menegakkan moral, berkata benar (Ef 4:25), menekankan keadilan (2 Kor 13:9), bersifat jujur (Ef 5:8), tertib dan rendah hati (Kol 2:5), ramah terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni (Ef 4:32; Luk 17:4).
Sebagai pengantin perempuan bagi Kristus, kita mesti mempunyai sekurang-kurangnya empat hiasan untuk memenuhi syarat. Hiasan-hiasan itu adalah seperti berikut:
- Mahkota keselamatan
“Berbahagialah orang yang diampuni pelanggarannya, yang dosanya ditutupi!” (Mzm 32:1). “Sebab TUHAN berkenan kepada umat-Nya, Ia memahkotai orang-orang yang rendah hati dengan keselamatan.” (Mzm 149:4). Dahulu kita semua ialah bangsa-bangsa lain, tanpa Kristus, tanpa pengharapan dan tanpa Tuhan di dunia. Kita ialah individu-individu yang sesat seperti domba dan masing-masing kita mengambil jalan sendiri. “dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma karena penebusan dalam Kristus Yesus.” (Rom 3:24). “Tetapi Allah yang kaya dengan rahmat, oleh karena kasih-Nya yang besar, yang dilimpahkan-Nya kepada kita, telah menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita telah mati oleh kesalahan-kesalahan kita – oleh kasih karunia kamu diselamatkan -” Tuhan menunjukkan kepada dunia ini kebaikan-Nya terhadap kita dalam Kristus Yesus.
“Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,” (Ef 2:8). Anugerah keselamatan ialah ketopong kita (Ef 6:17a) dan merupakan jaminan iman kepercayaan yang teguh. Memandangkan kita diselamatkan kerana kasih karunia, maka kita akan dapat menyelamatkan nyawa dengan bersandarkan anugerah keselamatan. Wahyu 12:9-11 mencatatkan: “Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: “Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita. Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut.””
Orang-orang kudus mengalahkan Iblis dengan darah Anak Domba, iaitu anugerah keselamatan Tuhan. Oleh itu, mahkota keselamatan dapat mempertahankan iman kepercayaan kita yang teguh. Kita harus menjaga identiti yang berharga ini dengan berhati-hati. “Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!” (1 Kor 6:20), “Aku akan mengangkat piala keselamatan, dan akan menyerukan nama TUHAN.”
- Berhiaskan kekudusan
Permintaan paling asas pengantin lelaki kepada pengantin perempuan ialah kesucian. Oleh itu, kriteria pemilihan Kristus terhadap jemaat dan setiap orang pemercaya juga ialah kesucian. Seperti yang dikatakan oleh Paulus dalam suratnya kepada jemaat Korintus: “Sebab aku cemburu kepada kamu dengan cemburu ilahi. Karena aku telah mempertunangkan kamu kepada satu laki-laki untuk membawa kamu sebagai perawan suci kepada Kristus. Tetapi aku takut, kalau-kalau pikiran kamu disesatkan dari kesetiaan kamu yang sejati kepada Kristus, sama seperti Hawa diperdayakan oleh ular itu dengan kelicikannya.” (2 Kor 11:2-3).
Setiap orang Kristian mesti mempercayai Tuhan dengan hati yang murni dan suci, kembali kepada Tuhan yang benar dengan sepenuh hati, dan tidak cenderung ke arah kejahatan sedikit pun. Ramai orang yang percaya kepada Tuhan adalah tidak setia. Mereka seperti keli dua selubang, mundur maju, mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon. Terdapat banyak contoh fenomena ini sejak zaman purba. Menurut kata-kata Amos: “Apakah kamu mempersembahkan kepada-Ku korban sembelihan dan korban sajian, selama empat puluh tahun di padang gurun itu, hai kaum Israel? Kamu akan mengangkat Sakut, rajamu, dan Kewan, dewa bintangmu, patung-patungmu yang telah kamu buat bagimu itu,” (Am 5:25~26). Pada zaman dahulu, umat Israel menyembah anak lembu tuangan (Kel 32:4), efod (Hak 8:27), “beribadah kepada para Baal dan para Asytoret, kepada para allah orang Aram, para allah orang Sidon, …” (Hak 10:6). Antara tuhan-tuhan ini, ada tuhan yang dibuat oleh umat Israel sendiri; ada umat yang ditawan untuk beribadah kepada tuhan-tuhan secara sukarela; ada pula umat yang dipaksa untuk sujud kepada berhala (Dan 3:4-7), dan ada tuhan yang direka oleh Iblis sebagai umpan untuk menyesatkan manusia ke dalam jerat dan jatuh ke dalam lubang (Mat 4:5-10).
Kita mengikuti ajaran sesat dan duniawi sama seperti orang Israel menyembah tuhan-tuhan lain. Paulus berkata: “Sebab kamu sabar saja, jika ada seorang datang memberitakan Yesus yang lain dari pada yang telah kami beritakan, atau memberikan kepada kamu roh yang lain dari pada yang telah kamu terima atau Injil yang lain dari pada yang telah kamu terima.” (2 Kor 11:4). Mengubah kebenaran Yesus dan menyelitkan ajaran sesat ke dalam gereja bererti memberitakan Yesus yang lain. Menerima roh yang lain dan menerima Injil yang lain bererti memberitakan ajaran sesat. Hal-hal ini tidak berbeza dengan penyembahan berhala orang Israel. Gereja di sebelah Barat jatuh ke dalam lubang gelap dalam isu-isu ini.
Di samping itu, mengasihi dunia, tamakkan kesia-siaan, “mengira ibadah itu adalah suatu sumber keuntungan” (1 Tim 6:5), dan melayani perut sendiri (Rm 16:18), semua ini sama dengan penyembahan berhala (Kol 3:5). Ada orang yang tidak bertanggungjawab yang memasang tanda-tanda Kristus untuk menutupi kepura-puraan mereka sendiri, dan ada yang menggunakan gereja sebagai batu loncatan, ada yang mencari keuntungan, ada yang mencari nama, ada orang yang cintakan wang, orang Kristian tidak seperti orang Kristian, dan pemberita Injil tidak seperti pemberita Injil serta menjadi watak yang memulakan kerja tetapi tidak dapat menyelesaikannya (Luk 14 28-30).
Orang di dunia mempunyai pelbagai jenis pemikiran dan idea yang berbeza. Mereka juga memikul beban banyak perkara duniawi di belakang mereka. Walau bagaimanapun, jika seseorang yang mempersembahkan dirinya kepada Tuhan mempunyai pemikiran yang mementingkan diri sendiri, dia akan berada dalam bahaya untuk berundur atau jatuh, dan tidak dapat dielakkan bahawa dia akan menghadapi situasi “ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja” dalam firman.
Tuhan itu kudus. Tanpa kekudusan tidak seorang pun akan melihat Tuhan. Jadi kita harus menyembah kepada Tuhan dengan berhiaskan kekudusan (1 Taw 16:29; Mzm 96:9). Kehidupan terpancar daripada hati. Maka kita harus menjaga hati kita terlebih dahulu untuk memelihara kekudusan. Hal ini kerana “Tetapi apa yang keluar dari mulut berasal dari hati dan itulah yang menajiskan orang.” (Mat 15:18-19). Pada zaman dahulu, perhiasan bagi perempuan-perempuan kudus yang menaruh pengharapannya kepada Tuhan ialah “manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut” (1 Ptr 3:4-5). Oleh itu, kita harus mengejar kekudusan supaya kita tidak menjauhkan diri daripada kasih karunia Tuhan, tidak menjadi cabul dan jangan tumbuh akar yang pahit yang menimbulkan kerusuhan dan yang mencemarkan banyak orang (Ibr 12:15-16).
- Berhiaskan cinta
Salomo menulis kitab Kidung Agung. Kitab ini diilhamkan oleh Roh Kudus untuk menggambarkan kasih antara Kristus dengan jemaat, dan seterusnya mendapatkan pemahaman tentang kasih antara Tuhan dengan manusia.
Cinta antara Tuhan dengan manusia dibimbing oleh Tuhan. Hal ini bermaksud bahawa kasih Tuhan yang benar menyentuh fikiran dan perasaan manusia lalu mencetuskan cinta. Pada masa yang sama, kitab Kidung Agung juga menjelaskan idea utama Yesus Kristus – kasih.
Yohanes berkata: “Allah adalah kasih”. Dia juga berkata: “Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita.” (1 Yoh 4:16,19). Mengapakah kasih Tuhan dihubungkan dan disatukan dengan kasih manusia? Kitab suci menyatakan: “AKU ADALAH AKU.” (Kel 3:14), “Dia, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang” (Why 1:4), “Sebelum gunung-gunung dilahirkan, dan bumi dan dunia diperanakkan, bahkan dari selama-lamanya sampai selama-lamanya Engkaulah Allah.” (Mzm 92:2). Musa berkata: “Sebab Engkaulah, ya TUHAN, Yang Mahatinggi di atas seluruh bumi, Engkau sangat dimuliakan di atas segala allah. Hai orang-orang yang mengasihi TUHAN, bencilah kejahatan! … ” (Mzm 97:9-10), “Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah hampa, tetapi TUHANlah yang menjadikan langit.” (Mzm 96:5). Tuhan bukan sahaja menjadikan langit, tetapi juga menciptakan malaikat. Maka Daud berkata: “TUHAN sudah menegakkan takhta-Nya di sorga dan kerajaan-Nya berkuasa atas segala sesuatu. Pujilah TUHAN, hai malaikat-malaikat-Nya, hai pahlawan-pahlawan perkasa yang melaksanakan firman-Nya dengan mendengarkan suara firman-Nya. Pujilah TUHAN, hai segala tentara-Nya, hai pejabat-pejabat-Nya yang melakukan kehendak-Nya. Pujilah TUHAN, hai segala buatan-Nya, di segala tempat kekuasaan-Nya! …” (Mzm 103:19-22).
Semua orang Kristian ialah anak-anak Tuhan kerana iman di dalam Yesus Kristus (Gal 3:26). Di bawah pendidikan jemaat – Yerusalem di syurga, anak-anak Tuhan “menerima segala hikmat dan pengertian yang benar, untuk mengetahui kehendak Tuhan dengan sempurna, sehingga hidupmu layak di hadapan-Nya serta berkenan kepada-Nya dalam segala hal, dan kamu memberi buah dalam segala pekerjaan yang baik dan bertumbuh dalam pengetahuan yang benar tentang Allah, dan dikuatkan dengan segala kekuatan oleh kuasa kemuliaan-Nya untuk menanggung segala sesuatu dengan tekun dan sabar, dan mengucap syukur dengan sukacita kepada Bapa, yang melayakkan kamu untuk mendapat bagian dalam apa yang ditentukan untuk orang-orang kudus di dalam kerajaan terang. Ia telah melepaskan kita dari kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam Kerajaan Anak-Nya yang kekasih; di dalam Dia kita memiliki penebusan kita, yaitu pengampunan dosa. Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. Ia ada terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia.” (Kol 1:9-17).
Anak-anak telah bertambah dalam hikmat rohani, mengetahui seluk beluk mereka, mengetahui bahawa Tuhan telah mati untuk mereka ketika mereka masih berdosa (Rm 5:8), dikuasai oleh kasih Tuhan (Yoh 3:16), dan mempersembahkan tubuh sebagai persembahan yang hidup, iaitu ibadah yang sejati (Rm 12:1). Cinta ini dibentuk secara semula jadi dan kuat seperti maut. “Air yang banyak tak dapat memadamkan cinta, sungai-sungai tak dapat menghanyutkannya. Sekalipun orang memberi segala harta benda rumahnya untuk cinta, namun ia pasti akan dihina.” (Mzm 8:6-7).
Dalam tempoh terakhir, Kristus dan jemaat hujan awal telah menyatakan kasih dengan sepenuhnya. Namun kita masih perlu tahu: dalam tempoh yang terakhir, Roh Kudus hujan akhir akan menyerahkan Kerajaan kepada Tuhan Bapa selepas melakukan hal yang sama. “Musuh yang terakhir, yang dibinasakan ialah maut.” (1 Kor 15:23-26) dan Roh Kudus akan memperoleh kemenangan terakhir.
- Berhiaskan kebajikan
Kesucian dan cinta merupakan kewajipan bagi orang-orang kudus sebagai hiasan mereka. Hiasan kebajikan adalah berkaitan dengan diri sendiri dan juga orang lain. Tuhan memerintahkan Musa untuk membuat Khemah Suci dan segala perabotnya, malah pakaian yang dipakai oleh orang yang menyelenggarakan kebaktian, iaitu ritual penyembahan dan sebagainya harus menurut cara yang ditunjukkan oleh Tuhan. Perabot-perabot ini ialah bayangan bagi hal yang akan datang, iaitu orang-orang kudus haruslah melakukan kebajikan dan menjadi umat Tuhan yang layak bagi-Nya.
Tahap kebajikan menjadi tanda yang menetapkan status orang-orang kudus. Sebagai contoh: “Dalam rumah yang besar bukan hanya terdapat perabot dari emas dan perak, melainkan juga dari kayu dan tanah; yang pertama dipakai untuk maksud yang mulia dan yang terakhir untuk maksud yang kurang mulia. Jika seorang menyucikan dirinya dari hal-hal yang jahat, ia akan menjadi perabot rumah untuk maksud yang mulia, ia dikuduskan, dipandang layak untuk dipakai tuannya dan disediakan untuk setiap pekerjaan yang mulia.” (2 Tim 2:20-21). Catatan Alkitab pada masa lalu adalah untuk mengajar generasi kita, iaitu anak-anak Tuhan yang melakukan kebajikan di hadapan Tuhan dan berkenan kepada Tuhan. Kita harus merenungkan dan meneladaninya. Orang yang jahat dan perkara yang buruk harus dijadikan sebagai peringatan. Sebagai contoh, keperibadian dan akhlak Yusuf sangat mulia, dan pemikirannya berbeza daripada orang lain. Dia meletakkan Tuhan di hadapannya dalam segala hal semasa mempertimbangkan masalah. Apabila isteri Potifar menggoda dia, dia berkata: “Dengan bantuanku tuanku itu tidak lagi mengatur apa yang ada di rumah ini dan ia telah menyerahkan segala miliknya pada kekuasaanku, bahkan di rumah ini ia tidak lebih besar kuasanya dari padaku, dan tiada yang tidak diserahkannya kepadaku selain dari pada engkau, sebab engkau isterinya. Bagaimanakah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Allah?” Lantaran gagal menggoda Yusuf, isteri Potifar pun mendakwa Yusuf. Yusuf tidak mendedahkan hal yang sebenar di hadapan tuan sebagai pembelaan tetapi lebih rela ditindas dan dipenjarakan demi menjaga nama isteri tuannya (Kej 39:7-20). Abang-abang Yusuf membencinya dan menjualnya kepada orang luar sebagai hamba. Apabila Yusuf dihormati, abang-abangnya takut bahawa dia akan membalas dendam. Tetapi pandangan Yusuf sangat berbeza dengan pandangan abang-abangnya. Dia menghiburkan mereka dengan berkata: “Janganlah takut, sebab aku inikah pegganti Allah? Memang kamu telah mereka-rekakan yang jahat terhadap aku, tetapi Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar. Jadi janganlah takut, aku akan menanggung makanmu dan makan anak-anakmu juga.” Demikianlah ia menghiburkan mereka dan menenangkan hati mereka dengan perkataannya (Kej 50:15-21). Akhlak moralnya diserlahkan di sini, sesuai dengan kehendak Tuhan. Hal ini kerana dia lebih rela mengalah dan tidak menuntut pembalasan. Jadi dia tidak dikalahkan oleh kejahatan, tetapi mengalahkan kejahatan dengan kebaikan. Hal ini menjadi perbualan yang baik seperti kebaikan Elisa yang memperlakukan tawanan dengan baik (2 Raj 6:21-22). Kitab Amsal menyatakan: “Perempuan yang bijak mendirikan rumahnya, …” Mendirikan rumah di atas untuk orang rohani, mendengar didikan ayah, tidak menyia-nyiakan ajaran ibu, tidak lari menuju kejahatan bersama-sama dengan orang jahat, dan tidak jatuh ke dalam perangkap perempuan jalang merupakan syarat-syarat yang sangat diperlukan untuk pembangunan kebajikan.
“Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati.” (Yak 2:17). Keselamatan manusia pastinya dibenarkan oleh iman, tetapi Tuhan Yesus pernah berkata: “Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.” (Mat 7:21). Yakobus juga mengajar kita: “… terimalah dengan lemah lembut firman yang tertanam di dalam hatimu, yang berkuasa menyelamatkan jiwamu. Tetapi hendaklah kamu menjadi pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja; sebab jika tidak demikian kamu menipu diri sendiri.” (Yak 1:21-22). Kebajikan bermaksud menyatakan iman yang tidak kelihatan. “… pada waktu itu Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya.” (Mat 16:27). “… Berbahagialah orang-ornag mati yang mati dalam Tuhan, … karena segala perbuatan mereka menyertai mereka.” (Why 14:13). Oleh itu, kita harus bekerja keras untuk menghasilkan buah, jangan hidup di tanah dengan percuma, dan jangan membuat menjadi sia-sia kasih karunia Tuhan agar tidak ditolak oleh Tuhan pada masa kelak (Luk 13:6-9).
Ringkasnya, semua yang mengaku sebagai pengantin perempuan Kristus mesti mengenali jemaat dari perspektif Alkitab, iaitu jemaat sebagai gadis-gadis Tuhan yang bijaksana (Mat 25:4) serta jemaat cemerlang yang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa dengannya, yang kudus dan tidak bercela (Ef 5:25-27). Jemaat harus mengenakan seluruh perlengkapan senjata Tuhan serta memiliki roh yang lemah lembut dan tenteram yang tidak binasa. Perhiasan-perhiasan berikut mempunyai kedudukan yang sangat penting, iaitu: seperasaan, saling mengasihi, penyayang, rendah hati, jangan membalas kejahatan dengan kejahatan atau caci maki dengan caci maki, menjaga lidahnya terhadap yang jahat dan bibirnya terhadap ucapan-ucapan yang menipu, menjauhi yang jahat dan melakukan yang baik, mencari perdamaian dan berusaha mendapatkan perbuatan-perbuatan yang baik (1 Ptr 3:8-11).
B. BAGAIMANA BERSEDIA UNTUK MENANTI?
Semasa Tuhan berada di dunia, Dia berulang kali berpesan kepada murid-murid supaya berjaga-jaga, bersiap sedia dan jangan leka. Hal ini kerana hari ini benar-benar sangat serius. Selama masih dapat dikatakan “hari ini”, kita harus mempercayai Yesus sebagai Juruselamat dan membuat lebih banyak persiapan rohani untuk diri sendiri. Maka apabila Tuhan datang, kita beroleh keberanian percaya dan tidak usah malu terhadap Dia (1 Yoh 2:28), boleh bergembira dan bersukacita (1 Ptr 4:13), boleh berdiri di hadapan Tuhan (1 Tes 2:19); dan kita diselamatkan sehingga kita masuk ke dalam Kerajaan-Nya di syurga (2 Tim 4:18).
Dalam zaman paksa waktu sebelum kedatangan Tuhan untuk kali yang kedua, cara persediaan kita sebagai pengantin perempuan untuk menanti merupakan isu yang paling penting pada masa ini. Perkara-perkara utama persediaan dan penantian adalah seperti berikut:
- Berjaga-jaga dan bersedia (Mat 25:1-10): Minyak ialah Roh Kudus, sumber tenaga yang memancarkan terangdan kuasa.
- Membersihkan pakaian (Why 22:12,16:15): Pakaian merujuk kepada perbuatan kebenaran, iaitu pakaian pesta (Mat 22:11-13).
- Bekerja dengan setia (Mat 24:45-46): Merujuk kepada hamba-hamba Tuhan yang bekerja dengan setia dan tekun untuk Tuhan, menyangkal diri mereka untuk Tuhan, dan tidak tamakkan kemasyhuran dan kekayaan di dunia.
- Meninggalkankegelapan, datang kepada terang (Rm 13:12-14): Bermaksud hidup dengan cara yang baik dan sopan.
- Saling mengasihi (1 Ptr4:7-9): “… janganlah kamu bersungut-sungut dan saling mempersalahkan, …” (Yak 5:9).
- Lebih mengasihi Tuhan (1 Kor 16:22): Berwaspada terhadap “makin bertambahnya kedurhakaan, maka kasih kebanyakan orang akan menjadi dingin”(Mat 24:12).
- Mengaku Tuhan dengan berani (Luk9:26, 12:9): “Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; …” (Mat 10:28).
- Terusmenghadiri pertemuan-pertemuan ibadah (Ibr 10:25): “… dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang menjelang.”
- Baik hati(Flp 4:5): “… Sebab dunia seperti yang kita kenal sekarang akan berlalu.” (1 Kor 7:31).
- Berpegang pada segala yang ada(Why 3:11, 2:25): Harus berpegang pada – firman Tuhan (2 Tim 1:14), nama Tuhan (Why 2:13), kesolehan (Ayb 2:3), kebaikan (1 Tes 5:21), hidup yang sebenar (1 Tim 6:19).
- Melakukankehendak Tuhan (Ibr 10:36-37): “Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.” (Ef 5:17).
- Menanti dengansabar / tekun (Yak 5:7; Rm 8:25): “Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu.” (Luk 21:19). “Tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.” (Mat 24:13). “Ia yang memberi kesaksian tentang semuanya ini, berfirman: “Ya, Aku datang segera!” Amin, datanglah, Tuhan Yesus!” (Why 22:20).
“Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya.” (Why 16:15). Oleh sebab kita menantikan hari Anak Domba, Yesus Kristus berkahwin, maka “kamu harus berusaha, supaya kamu kedapatan tak bercacat dan tak bernoda di hadapan-Nya, dalam perdamaian dengan Dia.” (2 Ptr 3:14).