LAGU KEMENANGAN

LAGU KEMENANGAN

(Pendeta Chen Zhong Yang)

 

PENGENALAN (1 Kor 15:55-57)
Paulus membincangkan isu kebangkitan secara terperinci dalam kitab 1 Korintus fasal 15. Kebangkitan pada akhir zaman merupakan pengharapan kita sebagai orang Kristian dan kita berusaha keras untuk perkara ini. Oleh itu, jika tidak ada kebangkitan, maka iman kepercayaan kita akan menjadi sia-sia. Semua yang kita lakukan juga menjadi langsung tidak bermakna. Maka Paulus memberitahu kita satu rahsia: “Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita semua akan diubah. Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati. Dan sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang tertulis: “Maut telah ditelan dalam kemenangan.”” Oleh itu, maut tidak akan ada lagi di langit yang baharu dan bumi yang baharu, tempat kediaman orang benar, dan kita akan menyanyikan “lagu kemenangan” bersama-sama dengan Kristus dan menang atas maut. Kita percaya kepada Yesus Kristus kerana matlamat ini dan kita pasti boleh menyanyikan lagu kemenangan bersama-sama kerana sebab ini.

 

A. MAKHLUK PERTAMA YANG HIDUP – ADAM

1. Penciptaan Adam (Adam daripada debu tanah)
Adam diciptakan oleh Tuhan yang benar daripada debu tanah menurut gambar dan rupa-Nya sendiri. Setelah selesai, Dia menghembuskan nafas hidup ke dalam lubang hidungnya, demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup (Kej 1:26-27, 2:7). Sebab inilah manusia berbeza daripada segala sesuatu dan menunjukkan kemuliaan mereka. Manusia hidup dengan hidup Tuhan di dalamnya, maka mereka boleh membezakan antara yang baik dengan yang jahat, dan mereka juga boleh mengejar sisi yang baik. Bayangkan bahawa Tuhan yang benar menciptakan manusia daripada debu tanah yang paling tidak bernilai di dunia Dia menciptakan manusia menurut gambar dan rupa-Nya, dan memberikan hidup Tuhan kepadanya. Kemudian, Tuhan membiarkan dia menghadapi peperangan kegelapan. Jika “Adam” boleh menang, bukankah Tuhan memperoleh kemuliaan yang besar? Hal ini kerana Dia menjadikan manusia daripada debu tanah yang paling hina untuk melawan segala dosa dan mendapat kemenangan bagi kedua-dua roh dan daging. Betapa hebatnya kemuliaan ini.

2. Ada rahmat Tuhan untuk dinikmati
Selepas menciptakan Adam dan Hawa, Tuhan menempatkan mereka di taman Eden serta menyediakan semua makanan dan keperluan untuk mereka. Kehendak Tuhan adalah agar manusia yang diciptakan oleh-Nya boleh hidup di bawah matahari tanpa perlu risau tentang makanan dan minuman bagai kucing tidur di bantal. Demikianlah rahmat Tuhan (Pkh 5:18-20). Di taman Eden, Adam dan Hawa peroleh persekutuan dengan Tuhan di dalam terang secara bebas (1 Yoh 1:5-6). Perkara ini amat indah bagi manusia di bawah matahari. Bayangkan hidup seseorang tanpa perlu risau tentang kehidupan, dan dapat peroleh persekutuan dengan Tuhan yang benar di dalam terang. Bukankah perkara ini baik? Jika Adam dan Hawa dapat menuruti arahan Tuhan, mengusahakan dan memelihara taman Eden (Kej 2:15), dan mematuhi satu-satunya perjanjian, mereka boleh menikmati semua kemurahan yang telah disediakan oleh Tuhan di dalam terang, menjalani kehidupan yang bersukacita dan terang di dunia, dan Tuhan yang benar juga akan sangat dipermuliakan.

3. Adam gagal dengan mengingkari perjanjian
Malang sekali, Adam dan Hawa gagal mematuhi arahan Tuhan untuk mengusahakan dan memelihara taman Eden sehingga si jahat berpeluang mendekati Hawa untuk menggodanya. Ketika Hawa menghadapi godaan itu, dia bukan sahaja tidak berjaga-jaga, tetapi dia membiarkan dosa mencobainya secara berterusan. Akhirnya, satu-satunya “tembok perlindungan” jiwa – firman Tuhan, dikacau-bilaukan dan dinafikan. Pencobaan masuk ke dalam hati mereka, menjadi hamil dan beransur-ansur bertumbuh besar sehingga mereka akhirnya melanggar perintah Tuhan yang benar lalu berbuat dosa. Adam dan Hawa telah dikalahkan sepenuhnya dalam peperangan ini dan mereka juga kehilangan status terhormat mereka sebagai anak Tuhan.

4. Menjadi hamba dosa (Rm 3:12-14)
Selepas berbuat dosa, Adam dan Hawa segera menunjukkan fenomena pertama hamba dosa:

  • “Melihat ketelanjangan sendiri yang memalukan” (Why 3:18, 16:15)
    Fenomena ini tidak pernah dilihat sebelum ini, dan fenomena ini bermakna bahawa “rasa berdosa” sudah ada dalam hati mereka. Hal ini kerana dosa telah masuk ke dalam hati mereka dan berkuasa di sana. Hati mereka tidak lagi terang sepenuhnya, tetapi telah didiami oleh kegelapan. Hati mereka ditakdirkan untuk menjadi medan peperangan dua hukum iaitu “antara baik dengan jahat” dan “antara terang dengan kegelapan” (Rm 7:18-23). Peperangan hukum adalah sangat getir, dan kesedihan jiwa yang dibawa oleh peperangan ini juga tidak dapat dikongsikan dengan sesiapa pun.
    Apabila Adam dan Hawa melihat bahawa diri mereka telanjang, reaksi pertama mereka ialah menutup aib mereka dengan menggunakan daun pohon ara. Namun cara ini adalah sia-sia kerana daun pohon ara akan kering, mudah koyak dan tidak dapat menutup aib. Hal ini sama seperti manusia pada hari ini. Walaupun telah merasai kesedihan menjadi hamba dosa, mereka mencuba segala cara untuk menutup aib dengan kaedah “menyumbangkan pahala” dan “menyumbangkan dedikasi” (seperti bekerja keras, melakukan lebih banyak kebajikan dan mengumpul pahala, menyumbangkan dedikasi, atau mencari penghiburan melalui agama yang diciptakan oleh manusia, dan lain-lain lagi). Tindakan-tindakan ini adalah seperti menutup aib dengan menggunakan daun pohon ara yang akhirnya akan menjadi sia-sia.
  • “Tidak berani memandang wajah Tuhan”
    Sebelum berbuat dosa, Adam dan Hawa peroleh persekutuan dengan Tuhan di dalam terang. Setelah berbuat dosa, mereka menyembunyikan diri dan tidak berani memandang wajah Tuhan ketika mereka mendengar suara Tuhan. Dahulu, suara Tuhan begitu hangat dan penuh kasih. Kini, mereka gementar dan ketakutan apabila mendengar suara Tuhan. “Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengundang hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih.” (1 Yoh 4:18). Situasi ini boleh dikatakan sangat berbeza daripada sebelumnya. Bermula saat ini, Adam dan Hawa tidak lagi dapat peroleh persekutuan dengan Tuhan di dalam terang seperti yang dilakukan oleh mereka sebelumnya. Sejak itu, mereka jauh daripada wajah Tuhan, menjadi anak-anak yang hilang di dunia dan tidak dapat menemukan jalan pulang.
  • “Hukuman dosa menjalar kepada manusia”

a. Penderitaan fizikal: Bermula sekarang, “dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu’ serta hidup penuh dengan kesukaran dan penderitaan (Mzm 90:10).

b. Jauh daripada hidup persekutuan dengan Tuhan (Ef 4:17-19): Tuhan berfirman: “… sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” Adam dan Hawa tidak mati serta-merta dalam daging, ternyata ayat ini bermakna bahawa mereka “jauh daripada hidup persekutuan dengan Tuhan”. Manusia tidak dapat lagi menerima bekalan hidup daripada Tuhan, kehidupan dalaman mereka akan beransur-ansur layu sehingga mereka tidak dapat menunjukkan keindahan dan kecantikan yang sepatutnya. Kesudahan akhirnya ialah kematian.

c. Maut menimpa: Upah dosa ialah maut (Rm 6:23). Dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut. Oleh itu, semua manusia hidup di bawah naungan kuasa maut (Rm 5:12-14).

d. “Diusir dari taman Eden oleh Tuhan”
Mereka tidak lagi layak untuk menikmati kemurahan Tuhan, dan mereka tidak dapat lagi peroleh persekutuan dengan Tuhan di dalam Kerajaan Tuhan. Kesudahan mereka ialah tiada pertolongan, tiada pengharapan, dan kesia-siaan (Ef 2:11-13).
Perkara-perkara yang disebutkan di atas ialah fakta umum dunia dan merupakan isu-isu yang mesti diatasi.

 

B. ADAM YANG AKHIR – MENJADI ROH YANG MENGHIDUPKAN
1. Kristus yang disediakan oleh Tuhan sebelum dunia dijadikan (Ef 1:3-14)

  • Tuhan menyediakan Kristus sebelum dunia dijadikan
    Dialah Firman pada mulanya. Tuhan menjadikan alam semesta oleh Dia, memelihara segala sesuatu oleh Dia (Kol 1:17) dan menggenapi anugerah keselamatan oleh Dia. Sebab itu dinyatakan dalam (Ef 1:3~6): “… Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, … Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya, …” Kita tahu daripada petikan ini bahawa Tuhan telah menyediakan Kristus sebelum dunia dijadikan.
  • Adam ialah gambaran Kristus
    “… Adam, yang adalah gambaran Dia yang akan datang.” (Rm 5:14). Adam diciptakan menurut gambar dan rupa Tuhan. Dia ialah gambaran Kristus. Manusia pertama, Adam menjadi makhluk yang hidup (1 Kor 15:45). Semua ini mengumumkan kepada dunia bahawa Dia “yang akan datang” ialah Kristus, iaitu Adam yang akhir (1 Kor 15:45).

 

2. Kristus ialah hikmat Tuhan

  • Ciptaan Tuhan menunjukkan hikmat Tuhan
    “Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya; hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam.” (Mzm 19:2-3). Penciptaan segala-galanya dan penopangan segala sesuatu sedang memberitakan hikmat dan kemuliaan Tuhan.
  • Tetapi penyelamatan Tuhan lebih merupakan pernyataan hikmat Tuhan
    Tuhan menyediakan anugerah keselamatan sebelum dunia dijadikan dan Tuhan menjadikan alam semesta oleh Kristus. Tuhan mengisytiharkan melalui penciptaan Adam bahawa terdapat “Dia yang akan datang”. Selepas Adam berbuat dosa, Tuhan mendedahkan kaedah penyelamatan melalui orang-orang kudus dahulu pada zaman purba dan terus-menerus memberitakan “Dia yang akan datang”. Tuhan akhirnya memilih Abraham dalam kalangan bangsa-bangsa untuk menyatakan kepada dunia bahawa akan ada keturunan yang menjadi berkat bagi segala bangsa. Tuhan juga memilih Ishak dan Yakub, dan memberikan janji yang sama kepada mereka. Tuhan akhirnya menyelamatkan orang Israel dari Mesir untuk melambangkan Kristus. Tuhan terus memberitakan perkara ini melalui nabi-nabi Israel sepanjang zaman dan terus berjanji kepada orang Israel bahawa “Mesias” Juruselamat akan datang. Tuhan akhirnya berjanji kepada Daud bahawa dia akan mempunyai keturunan yang duduk di atas takhta-Nya dan di dalam kerajaan-Nya sampai selama-lamanya. Tuhan juga bernubuat melalui perantaraan Yesaya: “Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel.” “Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat.” Petikan-petikan ini menunjukkan kedatangan Kristus. Kristus dilahirkan oleh seorang perawan untuk membuktikan kepada dunia bahawa “Kristus yang telah datang ke dunia ini tidak dilahirkan daripada penyatuan lelaki dan perempuan, tetapi dilahirkan daripada Tuhan”. Oleh sebab Dia tidak dilahirkan daripada penyatuan manusia, maka Dia tidak mewarisi dosa Adam. Oleh itu, Dia ialah “manusia yang benar-benar tidak ada dosa” yang layak untuk menebus dosa orang lain dan menjadi Anak domba yang disediakan oleh Tuhan.
  • Menyatakan Tuhan yang tidak kelihatan melalui Kristus
    Tuhan menyatakan Tuhan yang tidak kelihatan melalui Kristus supaya manusia melihat Bapa yang tidak kelihatan apabila mereka melihat Kristus dan membolehkan manusia mengenali Bapa, Tuhan melalui Kristus (Yoh 14:7-12).
  • Memusnahkan dia yang berkuasa atas maut melalui kematian-Nya
    Kristus ialah “Anak domba Tuhan” yang akan menanggung dosa dunia (Yoh 1:29). Oleh itu, menurut kehendak Tuhan, Dia membayar upah (harga) dosa – maut, dengan tubuh daging yang tanpa dosa demi dosa dunia. “… oleh kematian-Nya Ia memusnahkan dia, yaitu Iblis, yang berkuasa atas maut;” (Ibr 2:14). Dia membebaskan dunia yang telah menjadi hamba dosa sepanjang hidupnya kerana takut akan maut.
    Oleh itu, dinyatakan dalam kitab Kolose 2:2-3 bahawa “… rahasia Allah, yaitu Kristus, sebab di dalam Dialah tersembunyi segala harta hikmat dan pengerahuan.”

 

3. Menjadi roh yang menghidupkan – sumber keselamatan dunia

  • Pengampunan dosa
    Konsep umum dunia adalah dengan menggunakan kaedah perbuatan (Rm 3:27), iaitu menggunakan wang sebagai penebusan, atau dengan kaedah pendamaian melalui pengorbanan lembu dan biri-biri, atau dengan kaedah melakukan kebaikan. Namun Alkitab dengan jelas menunjukkan bahawa kaedah-kaedah ini tidak mungkin dapat menebus dosa (Mzm 49:7-10; Ibr 10 :1-6; Rm 3:10-19). Menurut hukum Taurat Tuhan, segala sesuatu disucikan dengan darah. Tidak ada pengampunan dosa tanpa penumpahan darah.
  • Korban penghapus dosa dunia (Rm 3:22-26)
    Tuhan menyerahkan Yesus Kristus sebagai korban penghapus dosa dunia. Dia mati untuk orang berdosa menurut kehendak Tuhan, bahkan sampai mati di atas kayu salib ketika dunia masih berdosa. Kayu salib ialah tanda kutukan pada masa itu (Gal 3:13; Ul 21:23) dan juga merupakan hukuman bagi orang yang jahat. Namun Tuhan menjadi Kristus dalam daging. Dia merupakan daging yang tidak bersalah dan Dia tidak berbuat dosa, tetapi Dia perlu menanggung hukuman mati dalam daging. Hal ini kerana Tuhan, Bapa yang di syurga, menyerahkan Dia sebagai korban penghapus dosa dan berkehendak meremukkan Dia dengan kesakitan (Yes 53:10).
  • Dia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi dunia (Ibr 5:7-10)
    Ketika menghadapi seksaan kayu salib, Kristus menangis dan berdoa di taman Getsemani. Dia memohon kepada Tuhan, Bapa supaya mengambil cawan pahit kayu salib daripada-Nya, tetapi Dia tidak berani berbuat menurut kehendak-Nya sendiri. Jadi kitab Ibrani mempunyai penjelasan berikut bagi perenggan ini: “Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut, dan karena kesalehan-Nya Ia telah didengarkan. Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya, dan sesudah Ia mencapai kesempurnaan-Nya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepada-Nya,” Adam yang akhir, Kristus, digantungkan dan mati di atas kayu salib untuk dosa dunia seperti yang ditetapkan oleh Tuhan. Dia memusnahkan Iblis yang berkuasa atas maut dengan kematian-Nya. Hal ini kerana Ia memenuhi keadilan Tuhan dengan kematian-Nya dan memusnahkan maut dengan kematian-Nya. Dia Pemimpin kepada hidup, maka tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut (Kis 2:24). Jadi dia dibangkitkan selepas tiga hari seperti yang dinubuatkan. Dia menunjukkan kemenangan-Nya atas maut dengan kematian-Nya. Oleh itu, semua orang yang beroleh jalan masuk kepada Bapa, Tuhan bersandarkan Dia akan diampuni dosanya dan mengalahkan maut sama seperti Dia. Sebab itulah dikatakan bahawa “dia menjadi roh yang menghidupkan”.

 

C. KEMENANGAN DI ATAS KAYU SALIB 
*Dilepaskan daripada dosa dan menang atas maut bersandarkan kayu salib

1. Dibenarkan kerana iman
Sejak Adam, dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang. Hal ini kerana upah dosa ialah maut. Walaupun dunia tidak melakukan dosa yang sama seperti Adam, namun dunia tetap berada di bawah kuasa maut. Isu ini merupakan persoalan hidup manusia yang paling serius di bawah matahari. Jika persoalan ini tidak diselesaikan, hidup anda akan berakhir dengan kesia-siaan biarpun anda mempunyai kekayaan yang banyak atau mendapat banyak kuasa di dunia.
Walau bagaimanapun, adalah mustahil bagi hamba dosa membebaskan diri daripada dosa dan melakukan kebenaran. Sebab itu Alkitab menyatakan: “… Tidak ada yang benar, seorang pun tidak. Tidak ada seorang pun yang berakal budi, tidak ada seorang pun yang mencari Allah. …” (Rm 3:9-18). “Sebab tidak seorang pun yang dapat dibenarkan di hadapan Allah oleh karena melakukan hukum Taurat, karena justru oleh hukum Taurat orang mengenal dosa.” (Rm 3:20). “Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah. Dengan jalan mengutus Anak-nya sendiri dalam daging, yang serupa dengan daging yang dikuasai dosa karena dosa, Ia telah menjatuhkan hukuman atas dosa di dalam daging, supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam kita, yang tidak hidup menurut daging, tetapi menurut Roh.” (Rm 8:3-4).
Oleh itu, sememangnya manusia tidak dapat mencapai tahap pengampunan dosa dengan perbuatan, melainkan dengan percaya kepada Tuhan. Anugerah keselamatan kayu salib adalah bahawa Tuhan telah menyediakan Kristus untuk menjadi korban penghapus dosa dunia sebelum dunia dijadikan. Anugerah keselamatan ini diberikan oleh Tuhan secara proaktif kepada dunia, jadi anugerah ini dipanggil “kasih karunia”. Kalau ada orang yang bekerja, upahnya diperhitungkan sebagai haknya. Kalau ada orang yang tidak bekerja, upahnya diperhitungkan sebagai “hadiah”. Betapa kita mendapat kasih karunia pada hari ini. Bagaimanakah kita dapat melakukan kebenaran dan berkenan kepada Tuhan dengan kekuatan kita sendiri? Kita akan menjadi benar apabila kita bersedia untuk percaya kepada anugerah keselamatan kayu salib yang didirikan oleh Tuhan. “Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah, dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma karena penebusan dalam Kristus Yesus. Kristus Yesus telah ditentukan Allah menjadi jalan pendamaian karena iman, dalam darah-Nya. Hal ini dibuat-Nya untuk menunjukkan keadilan-Nya, karena Ia telah membiarkan dosa-dosa yang telah terjadi dahulu pada masa kesabaran-Nya. Maksud-Nya ialah untuk menunjukkan keadilan-Nya pada masa ini, supaya nyata, bahwa Ia benar dan juga membenarkan orang yang percaya kepada Yesus.”

2. Dibaptis dan dilahirkan kembali
Kita yang dibenarkan oleh Tuhan kerana iman juga harus disempurnakan melalui “pembaptisan darah”. Maka Tuhan Yesus berfirman: “Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, …” (Mrk 16:16). Hal ini sama seperti iman harus disertai dengan perbuatan. “… oleh perbuatan-perbuatan itu iman menjadi sempurna.” (Yak 2:22). Walau bagaimanapun, “perbuatan-perbuatan” sebelum percaya kepada Tuhan tidak merujuk kepada “perbuatan baik” yang kita lakukan, tetapi “perbuatan-perbuatan iman”. Jika kita bersedia untuk percaya kepada anugerah keselamatan Tuhan Yesus di atas kayu salib, maka kita juga harus menerima pembaptisan darah yang disempurnakan oleh Tuhan Yesus di atas kayu salib dengan iman supaya iman kita menjadi sempurna.
Ketika berada di atas kayu salib, Tuhan Yesus ditikam dengan tombak di lambung-Nya oleh perajurit lalu segera mengalir keluar darah dan air. Hal ini menggenapi nubuat dalam (Za 13:1): “Pada waktu itu akan terbuka suatu sumber bagi keluarga Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membasuh dosa dan kecemaran.” Dia membuka sumber pengampunan dosa daripada dalam-Nya. Kini khasiatnya dihasilkan melalui kesaksian Roh Kudus (1 Yoh 5:6-8). Apabila kita dibaptiskan dengan kesaksian Roh Kudus di dalam air hidup, kepala ditundukkan dan dalam nama Tuhan, dosa kita akan diampuni (Rm 6:3-11). Apabila orang lama yang berdosa berada di dalam air hidup, pembaptis yang mempunyai Roh Kudus harus membaptis kita dalam nama Tuhan Yesus. Kita pula menundukkan kepala dan bersatu dengan kematian Tuhan. Pada masa pembaptisan, kita yang lama disalibkan bersama-sama dengan Tuhan Yesus dan mati bersama-sama dengan Dia. “Seluruh tubuh masuk ke dalam air” – dikebumikan bersama-sama dengan Tuhan. “Orang lama sudah mati – tubuh dosa dimusnahkan supaya kita tidak lagi menjadi hamba dosa”. Kerja Roh Kudus membolehkan kita dibangkitkan bersama-sama dengan Tuhan Yesus, membolehkan kita dilahirkan kembali dan menjadi ciptaan baharu dalam Kristus. Jadi kita ialah orang yang bebas daripada dosa bermula sekarang dan maut tidak lagi berkuasa ke atas kita.
“Sebab itu hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuhmu yang fana, supaya kamu jangan lagi menuruti keinginannya. Dan janganlah kamu menyerahkan anggota-anggota tubuhmu kepada dosa untuk dipakai sebagai senjata kelaliman, tetapi serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang, yang dahulu mati, tetapi yang sekarang hidup. Dan serahkanlah anggota-anggota tubuhmu kepada Allah untuk menjadi senjata-senjata kebenaran.” (Rm 6:12-13).

 

D. KEMENANGAN ATAS MUSUH DENGAN BERSANDARKAN KAYU SALIB
Selepas dibaptiskan, kita mula berjalan di atas jalan yang baharu dan yang hidup, dan menuju ke tempat kudus. Jalan ini dibukakan untuk kita oleh Tuhan Yesus dengan memecahkan tubuh-Nya (Ibr 10:19). Kita yang telah menerima anugerah keselamatan menjadi tentera Tuhan dengan Kristus sebagai pemimpin (Ibr 2:10) untuk membawa banyak orang kepada kemuliaan. Namun masih ada banyak peperangan yang harus ditempuh dan ada banyak musuh di hadapan kita dalam perjalanan ini. Kita mesti menang satu demi satu dengan bersandarkan iman, anugerah keselamatan kayu salib dan juga Tuhan yang mengasihi kita. Antaranya terdapat dua musuh utama: dosa dan dunia. Kedua-dua musuh ini sentiasa ingin menawan kita untuk dijadikan sebagai hamba mereka dan menyebabkan kita kehilangan pengharapan hidup yang kekal. Oleh itu, kita mesti berjaga-jaga untuk mengalahkan mereka sepanjang hidup kita supaya kita dapat menyanyikan lagu kemenangan bersama-sama dengan Kristus, pemimpin kita.

1. Mengalahkan dosa dan kejahatan

  • Sumber dosa
    Sumber dosa berasal daripada Iblis (1 Yoh 3:8; Yoh 8:44). “barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari Iblis, sebab Iblis berbuat dosa dari mulanya.” Pada zaman Adam, Iblis menggunakan ular untuk menggoda Hawa. Iblis menyebabkan mereka berbuat dosa dan melanggar perjanjian lalu menawan mereka. Dosa juga telah masuk ke dalam dunia oleh Adam satu orang dan menjadi raja dalam hidup seluruh umat manusia.
  • Kuasa dosa
    “… kuasa dosa ialah hukum Taurat.” (1 Kor 15:56). Apabila Iblis menggunakan ular untuk menggoda Hawa pada mulanya, dia terlebih dahulu mengacau-bilaukan firman Tuhan dan menyangkal firman Tuhan. Kemudian, Iblis menggunakan “keinginan daging”, “kenginan mata” dan “keangkuhan hidup”, tiga nafsu duniawi ini untuk memprovokasi Adam dan Hawa supaya mereka melanggar satu-satunya hukum Taurat – “tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” Maka dosa menawan Adam dan Hawa melalui hukum Taurat.
    Hal-hal yang kita hadapi pada hari ini tidak berbeza dengan zaman Adam dan Hawa. Dosa juga sering menimbulkan hawa nafsu dosa dalam daging kita yang dirangsang oleh hukum Taurat dan kemudian membunuh kita dengan hukum Taurat (Rm 7:5,7-13). Oleh itu, umat Tuhan mesti mempunyai pemahaman penuh tentang musuh kita. Dalam daging kita, akan ada beberapa hawa nafsu dosa yang dirangsang oleh hukum Taurat yang disebut “keinginan daging”. Perbuatan-perbuatan daging ini adalah seperti yang tercatat dalam (Gal 5:19-21): “percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu – seperti yang telah kubuat dahulu – bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.” Keinginan-keinginan daging ini sering berlawanan dengan keinginan Roh di dalam hati kita (Gal 5:17-18). Hal ini menyebabkan hati kita menjadi medan peperangan antara dua hukum sehingga hati kita sering berasa menderita. Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?” (Rm 7:24).
  • Mematikan keinginan dan mengalahkan dosa dengan bersandarkan kayu salib
    “Syukur kepada Allah! oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.” (Rm 7:25). Hal ini bermakna bahawa apabila kita menghadapi godaan dosa, kita hanya perlu bersandarkan “Roh Kudus yang diam di dalam kita” yang diberikan oleh Tuhan, terus berdoa dan menyempurnakan rohani, membiarkan Roh Kudus memenuhi hati kita dan membiarkan Roh Kudus membimbing kita untuk berperang. Di samping itu, kita perlu memiliki “pemikiran Kristus yang menderita sebagai senjata” (1 Ptr 4:1-3), menyedari sepenuhnya bahawa kita telah disalibkan bersama-sama dengan Kristus, orang lama telah mati dan dikuburkan bersama-sama dengan Kristus, dan menyalibkan keinginan daging dengan bersandarkan iman dan Roh Kudus. Seperti yang dinyatakan dalam Gal 5:24: “Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya.”

 

2. Mengalahkan dunia

  • Hal-hal di dunia
    Kita yang kepunyaan Tuhan bukanlah dari dunia, sama seperti Kristus bukan dari dunia (Yoh 17:14). Namun daging kita masih hidup di dalam dunia. Oleh itu, kita hanya boleh keluar daripada dunia dengan memahami dan melihat dunia. Perkara duniawi merujuk kepada “keinginan daging, keinginan mata, dan keangkuhan hidup” (1 Yoh 2:16). Iblis menggunakan tiga keinginan dunia ini untuk menggoda kita dan membawa kita ke dalam tawanan. Ketika Tuhan Yesus mula-mula keluar memberitakan Injil, Iblis juga menggunakan tiga keinginan ini untuk menggoda Tuhan Yesus (Mat 4:1-11), namun Tuhan Yesus menang atasnya dengan menggunakan firman Tuhan. Perkara-perkara ini bukan dari Tuhan, Bapa, melainkan dari dunia. Jika kita yang kepunyaan Tuhan mengasihi perkara-perkara duniawi ini, kasih akan Bapa tidak ada di dalam kita. Tambahan pula, perkara-perkara ini dan dunia akan lenyap, tetapi orang yang melakukan kehendak Tuhan tetap hidup selama-lamanya.
  • Mereka yang lahir dari Tuhan akan mengalahkan dunia
    Orang yang lahir dari Tuhan ialah “orang yang benar-benar menyedari bahawa dia telah disalibkan bersama-sama dengan Tuhan Yesus pada masa pembaptisan, dan dia benar-benar dibangkitkan bersama-sama dengan Kristus” (Kol 3:1), “mencari perkara yang di atas dan memikirkan perkara yang di atas”. Kita mengalahkan dunia dengan iman kita, iaitu kita mempunyai pemahaman yang sepenuhnya tentang sifat dunia serta tahu bahawa dunia dan kenginan-kenginannya akan lenyap. Setelah lenyap, semuanya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, kita menyalibkan dunia bersandarkan kuasa Roh Kudus. Sebagaimana yang dikatakan oleh Paulus (Gal 6:14): “Tetapi aku sekali-kali tidak mau bermegah, selain dalam salib Tuhan kita Yesus Kristus, sebab olehnya dunia telah disalibkan bagiku dan aku bagi dunia.” “Dunia telah disalibkan bagiku” bermaksud bahawa orang kepunyaan Tuhan mengenali Yesus Kristus, memahami sifat dunia, mempunyai hikmat untuk melihat dunia, menganggap dunia sebagai sampah, menganggap pengenalan akan Kristus lebih mulia daripada semuanya, dan boleh menyerahkan segala-galanya untuk mendapatkan Kristus. Sementara itu, “aku bagi dunia” bermaksud bahawa umat Tuhan sepenuhnya mengaku bahawa mereka telah disalibkan bersama-sama dengan Tuhan Yesus, “namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku” (Gal 2:20). Jadi fikiran kita telah diperbaharui, dan dunia tidak lagi dapat menggoda kita. Hal ini kerana saya telah disalibkan. Demikianlah iman. Hanya mereka yang dilahirkan dari Tuhan boleh mengalahkan dunia.

 

3. Kita lebih daripada orang-orang yang menang oleh Tuhan yang telah mengasihi kita

  • Tuhan Yesus menjadi Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia
    “… Ia menjadi Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa.” (Ibr 2:17). Dia telah dicobai dalam segala hal dalam daging dan telah mengatasi cobaan-cobaan itu. Akhirnya, Dia taat sampai mati, bahkan sampai mati di atas kayu salib untuk menebus dosa dunia. Dia merendahkan diri sampai mati, dan Tuhan sangat meninggikan-Nya, dan mengangkat-Nya sebagai Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia (menurut peraturan Melkisedek). Dia akan menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya dan mendamaikan dosa seluruh bangsa.
  • Kita lebih daripada orang-orang yang menang oleh Tuhan yang telah mengasihi kita
    Ketika sedang berlari di atas jalan ke Kerajaan Syurga, ada kalanya tidak dapat dielakkan bahawa kita lemah dari segi fizikal, bahkan cukup lemah sehingga dikalahkan oleh pelanggaran yang tidak disengajakan. Pada masa ini, kita harus berfikir bahawa “Karena kita sekarang mempunyai Imam Besar Agung, yang telah melintasi semua langit, yaitu Yesus, Anak Allah, baiklah kita teguh berpegang pada pengakuan iman kita. Sebab Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita, sebaliknya sama dengan kita, Ia telah dicobai, hanya tidak berbuat dosa. Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” (Ibr 4:14-16). Maka kita boleh mendapatkan kekuatan baharu daripada kelemahan. Sebagai contoh yang lain, (Rm 8:33-37) menyatakan: “… Siapakah yang akan menghukum mereka? Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang malah menjadi Pembela bagi kita? …” Jadi ada kalanya hidup kita akan berhadapan dengan banyak ujian yang datang daripada seluruh dunia. Antaranya seperti penindasan, kesesakan, penganiayaan, kelaparan, bahaya, pedang dan sebagainya. Namun kita mempunyai Imam Besar yang telah melintasi semua langit dan mengasihi kita – Yesus Kristus, maka kita boleh berdoa dan memohon kepada-Nya supaya kita menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya sehingga kita akan lebih daripada orang-orang yang menang.

 

E. LAGU KEMENANGAN

1. Tuhan akan datang lagi dari syurga

Tuhan Yesus pernah berjanji kepada murid-murid-Nya: “… di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada.” (Yoh 14:3). Dia meninggalkan murid-murid-Nya untuk menyediakan tempat bagi murid-murid-Nya. Setelah Dia bersedia, Dia akan datang kembali dan membawa murid-murid-Nya ke sana untuk diam bersama-sama dengan Dia untuk selama-lamanya. Hal ini menjadi pengharapan pemercaya. Hal ini kerana menjelang akhir zaman, “pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka…” (1 Tes 4:16-17). Pada masa itu, unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api. “Tetapi sesuai dengan janji-Nya, kita menantikan langit yang baru dan bumi yang baru, di mana terdapat kebenaran.” (2 Ptr 3:11-13). Pada masa itu, Kristus akan membinasakan segala pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan.Tuhan Yesus akan mula menghakimi bangsa-bangsa setelah Dia datang kembali dari syurga. Wahyu 20:11-13 menyatakan: “Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu. Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya.”

2. Melenyapkan maut

(Mzm 110:1, 8:8): “Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: “Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh – musuhmu menjadi tumpuan kakimu.””. Maka nubuat “Tuhan meletakkan segala-galanya di bawah kaki-Nya” akan digenapi. Musuh yang terakhir yang dibinasakan ialah maut. Wahyu 20:14 juga menyatakan: “Lalu maut dan kerajaan                maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api…” Pada masa itu, maut tidak akan ada lagi dalam kerajaan orang benar – langit yang baharu dan bumi yang baharu. Orang benar yang diselamatkan akan menjadi seperti yang dinyatakan dalam (1 Kor 15:52-54): “… Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak                  dapat binasa dan kita semua akan diubah. Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati. Dah sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang          tertulis: “Maut telah ditelan dalam kemenangan.” Akhirnya, kita akan mengalahkan dunia dan dosa bersandarkan kayu salib dan Tuhan yang mengasihi kita.

3. Menyanyikan lagu kemenangan bersama-sama dengan Tuhan

Kita bergantung pada bantuan Roh Kudus dan Tuhan yang mengasihi kita di dalam dunia ini. Dengan itu, kita akan mengakhiri pertandingan yang baik, mencapai garis akhir dan memelihara iman. Pada waktu bunyi nafiri yang terakhir, Tuhan akan datang kembali dari syurga untuk membinasakan segala pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan. Dia juga              akan membinasakan musuh yang terakhir – maut. Kita berhak menerima janji dan mengenakan tubuh roh yang diberikan oleh Tuhan kerana maut tidak akan ada lagi. Kita akan menyanyikan lagu kemenangan bersama-sama dengan Pemimpin, Kristus, dan menang atas maut: “Hai maut di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu? Sengat maut ialah dosa dan kuasa dosa ialah hukum Taurat. Tetapi syukur kepada Allah, yang telah memberikan kepada kita kemenangan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.” (1 Kor 15:55-57).