PERBINCANGAN TENTANG NASIB DALAM HIDUP
(Pendeta Chen Zhong Yang)
A. KONSEP DUNIA SECARA UMUM
- Konsep nasib secara amnya mendalam dalam hati manusia
Pengalaman manusia di bawah matahari ada keadaan yang lancar, ada keadaan yang tidak lancar; ada yang dilahirkan sebagai orang kaya, dan ada yang dilahirkan sebagai orang miskin. Ada orang yang hidup dengan baik dalam hidup mereka, tetapi ada orang yang menghabiskan hidup mereka dalam keadaan sakit. Pengalaman setiap orang berbeza. Oleh itu, konsep nasib secara semula jadinya timbul dalam hati manusia. Ada orang yang sangat percayakan nasib ketika menghadapi kesukaran, tetapi ada yang percaya bahawa hidup ada dalam tangan sendiri.
- Konsep mempunyai tahap pengaruh yang berbeza
- Ada orang berpendapat bahawa segala sesuatu dalam hidup ada dalam tangan sendiri
Orang jenis ini secara kasarnya boleh dibahagikan kepada dua golongan, satu ialah golongan ateis (atau materialis) dan golongan yang lain ialah mereka dengan hidup yang belum menghadapi kesukaran. Golongan ateis tidak mengakui kewujudan Tuhan dalam alam semesta. Mereka hanya peduli tentang realiti kehidupan di bawah matahari dan mereka menitikberatkan segala yang ada di dunia ini. Sebenarnya, hal-hal Tuhan sama seperti yang dikatakan dalam kitab Rom, “Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka.” Dan seperti yang dinyatakan dalam kitab Pengkhotbah 3:11, “Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir.” Ketika manusia berada dalam keadaan yang lancar, mereka sering gagal untuk melihat kekerdilan manusia dan mengaku bahawa mereka ialah Tuhan. Tetapi, ketika menghadapi penderitaan yang besar, mereka secara alami menyeru ke arah langit dari hati. Tindakan ini menunjukkan kejahilan dan kekerdilan manusia.
- Ada orang mempunyai “fatalisme” yang mendalam
Segala sesuatu di dunia dalam hidup manusia berada di bawah kawalan Penguasa, tetapi dunia tidak mengenali Penguasa ini. Oleh itu, hidupnya dihabiskan dalam keadaan putus asa yang melampau. Dia berpendapat bahawa semuanya ialah nasib dan kita tidak dapat melawannya. Oleh itu, dia harus menghadapinya secara diam-diam dan melihat hidupnya dengan sikap yang pesimis.
- Ada orang sangat percayakan nasib dan berharap untuk mengubah nasib mereka. Oleh itu, terhasillah dua fenomena:
- Yakin bahawa nasib dikuasai oleh hantu dan dewa. Oleh itu, terdapat fenomena tahyul yang menyembah hantu dan dewa dalam segala hal. Tujuannya menyembah hantu dan dewa adalah berharap dapat mengelakkan nasib buruk dan mendatangkan nasib baik iaitu untuk mengubah nasibnya, tetapi dia semakin terjerumus.
- Fenomena kedua ialah percayakan kata-kata ahli sihir kerana yakin pada nasib dan cuba mengubah pengalamannya dengan bantuan ahli sihir.Namun dia seringkali menghadapi kegagalan dan membayar harga yang menyakitkan.
Adakah nasib itu wujud? Apa yang harus dilakukan? Sebagai orang Kristian, bagaimana kita melihat nasib?
B. HAKIKAT HIDUP MANUSIA
1. Perbezaan keadaan kelahiran- nasib semula jadi
- Kaya dan miskin, mulia dan hina
Di bawah matahari, kita sering melihat bahawa manusia dilahirkan dengan persekitaran hidup yang berbeza. Ada orang dilahirkan bersama sudu emas di mulut. Mereka dibesarkan dalam keluarga yang sangat kaya. Kehidupan mereka bagai kucing tidur di bantal dan dibesarkan dengan perniagaan keluarga yang menunggu untuk diambil alih. Ada orang dilahirkan dengan kehidupan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka harus bekerja keras setiap hari untuk mengisi perut mereka. Mengapa demikian?
- Jangka hayat
Manusia di bawah matahari mempunyai jangka hayat yang berbeza. Ada orang meninggal dunia ketika masih kanak-kanak atau muda, sementara ada orang dapat hidup seratus tahun dan menikmati hidup.
- Etnik dan tempat
Mengapa manusia dilahirkan dengan kulit putih, kulit gelap, dan kulit kuning? Mengapa ada orang dilahirkan di Amerika Syarikat yang kaya raya, sementara ada orang dilahirkan di Afrika yang menghadapi kelaparan?
2. Perbezaan pengalaman hidup – nasib kemudian hari
- Pengalaman manusia di bawah matahari juga ada Adaorang mengalami hanya sedikit kesulitan atau ujian dalam hidup mereka, sementara ada orang yang hidupnya penuh dengan keadaan yang tidak lancar dan terus menderita bagai sudah diheban dihela pula.
- Di bawah matahari, manusiaakan menghadapi “kelahiran, usia tua, penyakit dan kematian” serta “kesedihan perpisahan dan kegembiraan pertemuan” (Pkh 3:3-8).
Mengapa begitu? Walaupun kita ingin menerokainya, namun kita masih belum dapat menemukan jawapannya.
Sebenarnya, di dunia ini, hanya Alkitab yang dapat memberitahu kita tentang hakikat hidup. Hal ini kerana manusia berasal daripada Tuhan, dan hanya Tuhan yang menciptakan kita saja yang dapat memberikan jawapan tentang segala sesuatu di bawah matahari dengan tepat dan memuaskan. Oleh itu, kita mesti memahami pernyataan Alkitab.
C. PERNYATAAN ALKITAB
1. Kedaulatan Tuhan
Mengapa Tuhan mempunyai kedaulatan dalam kehidupan kita? Ada beberapa perkara yang mesti kita ketahui!
- Tuhan menciptakan umatmanusia, dan hidup manusia juga berasal daripada Tuhan
Alkitab memberitahu kita bahawa “Dari satu orang saja Ia telah menjadikan semua bangsa dan umat manusia” (Kis 17:26). Kitab Kejadian juga ada catatan tentang Tuhan menjadikan manusia menurut gambar dan rupa-Nya dengan menggunakan debu tanah lalu menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya sehingga manusia itu menjadi makhluk yang hidup (Kej 1:26-27, 2:7). Injil Yohanes 1:3 juga berbincang tentang segala sesuatu dijadikan oleh Dia. “Dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia.” Nampaknya, Tuhan yang benar merupakan sumber hidup manusia.
- Hidup dan nafas kita juga ada dalamtangan-Nya (Kis 17:25)
(Kis 17:26) menyatakan bahawa Tuhan yang benar telah menentukan musim-musim bagi kita dan batas-batas kediaman kita. Ertinya, hidup kita ada dalam tangan Tuhan yang benar. Sebab itu, Hana berdoa dan berkata: “TUHAN mematikan dan menghidupkan, Ia menurunkan ke dalam dunia orang mati dan mengangkat dari sana.” Selain itu, ketika menasihati raja Belsyazar, nabi Daniel juga mengatakan hal yang sama: “tuanku telah memuji-muji dewa-dewa dari perak dan emas, dari tembaga, besi, kayu dan batu, yang tidak dapat melihat atau mendengar atau mengetahui, dan tidak tuanku muliakan Allah, yang menggenggam nafas tuanku dan menentukan segala jalan tuanku.” (Dan 5:23).
- Di dalam Dia kita bergerak dan kita ada (Kis 17:28)
Maksudnya, semua kehidupan kita di bawah matahari ada dalam tangan Tuhan yang benar. Kitab Pengkhotbah juga menyatakan: “Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit ada waktunya.”. (1 Sam 2:7) pula menyatakan: “TUHAN membuat miskin dan membuat kaya; Ia merendahkan, dan meninggikan juga.” Nampaknya, kehidupan manusia di bawah matahari juga berkait rapat dengan Tuhan yang benar, terutamanya bagi kita sebagai pemercaya. “Langkah orang ditentukan oleh TUHAN, tetapi bagaimanakah manusia dapat mengerti jalan hidupnya?” (Ams 20:24). “Hati manusia memikir-mikirkan jalannya, tetapi TUHANlah yang menentukan arah langkahnya.” (Ams 16:9). “TUHAN menetapkan langkah-langkah orang yang hidupnya berkenan kepada-Nya; apabila ia jatuh, tidaklah sampai tergeletak, sebab TUHAN menopang tangannya.” (Mzm 37:23-24). Kita ini buatan Tuhan, dan segala sesuatu dalam hidup kita ada kehendak Tuhan untuk diselesaikan. Oleh itu, kita harus lebih mengalami kedaulatan mutlak Tuhan dalam hidup kita.
- Dia mempunyai kedaulatan mutlak atas manusia (Rm 9:14-18)
i. Sebab Dialah Tuhan Pencipta, kita hanya benda-benda yang diciptakan
Bagaimana benda-benda yang diciptakan boleh berkata kepada Penciptanya: Mengapa menciptakan saya untuk ini? Mengapa menggunakan saya dengan cara ini? Tidak ada keraguan bahawa Tuhan Pencipta mempunyai kedaulatan mutlak atas benda-benda yang diciptakan.
ii. Tuhan Pencipta ialah Tuhan yang penuh hikmat, Yang Mahakuasa, dan yang maha ada
Dia tahu maksud yang baik dan Dia maklum tentang segala jalan manusia (Mzm 139:1-8). Dia tahu cara mengatur kehidupan manusia untuk mencapai kehendak-Nya.
iii. Yang Mahakuasa tidak melakukan kefasikan dan tidak berbuat curang (Ayb 34:10)
Dia ialah kasih. Oleh itu, sudah pasti bahawa Dia mengasihi semua orang di dunia. Maka, Dia tidak akan membuat manusia menderita tanpa sebab. Semua yang dilakukan-Nya adalah kerana kasih-Nya kepada dunia. Walau bagaimanapun, kasih dan keadilan adalah dua sisi bagi perkara yang sama.
- Kewajipan manusia hanyalah ketaatan (Rm 9:19-21)
Tuhan Pencipta mempunyai kedaulatan mutlak atas diri kita. Dia juga mempunyai kuasa dan hikmat untuk mengatur semua tindakan dan keberadaan manusia di bawah matahari. Oleh itu, sebagai benda yang diciptakan, kita hanya perlu mempunyai ketaatan. Ketaatan ini bukanlah ketidak-berdayaan fatalisme, tetapi ketaatan yang lahir daripada hikmat dan merupakan hidup manusia yang paling positif.
2. Pengakuan manusia
- Manusia dan segala-galanya ada masanya (Pkh 3:1-8, 9:12) – Semua ini adalah kerana kedaulatan Tuhan
Jika demikian, anda mungkin berkata, apakah keuntungan bagi orang yang berjerih payah? Apa kata saya biarkan hari-hari berlalu begitu saja? Kenyataan ini adalah negatif dan fatalistik. Sebenarnya, Tuhan yang membiarkan kita menghadapi segala macam ujian jerih payah di bawah matahari. Kita mungkin tidak dapat memahami perbuatan Tuhan, tetapi kita percaya bahawa Tuhan tidak akan sengaja berbuat curang. Hal ini kerana Dia ialah “kasih” dan perbuatan-Nya tidak akan mengkhianati-Nya. Walaupun Dia membiarkan kita diuji dalam penderitaan, namun Dia memberikan “kekekalan” dalam hati manusia (Pkh 3:11) agar manusia tahu bahawa hidup bukan hanya hidup di bawah matahari, tetapi ada persoalan tentang roh jiwa yang “kekal”. Selain itu, tujuan lain Tuhan berbuat demikian adalah untuk membiarkan manusia mengalami keterbatasan kekuatan dan kelemahan manusia dalam penderitaan. Manusia tidak boleh “mengalahkan Tuhan”. Manusia harus merendahkan dirinya di hadapan Tuhan Pencipta kerana demikianlah kewajipan manusia yang diciptakan.
- Langkah kaki manusia di bawah matahari juga ditentukan oleh Tuhan(Ams 20:21, 16:9)
Semua langkah kita di bawah matahari ditentukan oleh Tuhan. Kita mungkin merupakan seorang yang bijaksana, kita seolah-olah yakin dengan hidup kita sendiri dan dapat membuat “rancangan hidup”. Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa di dalam Dia kita hidup, kita bergerak, kita ada. Semuanya hanya dapat dijayakan berdasarkan prasyarat “jika Tuhan menghendakinya” (Yak 4:13-17).
- Peluang juga diberikan oleh Tuhan (Pkh 9:11-12)
Setiap orang akan mempunyai rancangan untuk hidup sendiri dan ada benda yang dikejar dalam kehidupannya. Tetapi bukan setiap orang yang menetapkan cita-cita dapat mencapainya, dan bukan setiap orang yang berusaha dapat memperolehnya. Hal ini kerana peluang dalam hidup juga dikurniakan oleh Tuhan. Seperti catatan Alkitab: “kemenangan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat, kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib dialami mereka semua. Karena manusia tidak mengetahui waktunya. Seperti ikan yang tertangkap dalam jala yang mencelakakan, dan seperti burung yang tertangkap dalam jerat, begitulah anak-anak manusia terjerat pada waktu yang malang, kalau hal itu menimpa mereka secara tiba-tiba.”
- Hidup yang sukacita dan baikdiberikan oleh Tuhan (Pkh 5:17-19, 2:24)
Setiap orang di bawah matahari mengejar untuk menjalani hidup yang penuh dengan sukacita, bebas malapetaka, bebas penyakit, dan puas dengan makanan dan minuman. Namun semua ini bukan berdasarkan usaha manusia. Hal ini kerana semua ini diberikan oleh Tuhan Pencipta kepada mereka yang berkenan kepada-Nya. Seperti yang tercatat dalam Alkitab: “Lihatlah, yang kuanggap baik dan tepat ialah, kalau orang makan minum dan bersenang-senang dalam segala usaha yang dilakukan dengan jerih payah di bawah matahari selama hidup yang pendek, yang dikaruniakan Allah kepadanya, sebab itulah bahagiannya. Setiap orang yang dikaruniai Allah kekayaan dan harta benda dan kuasa untuk menikmatinya, untuk menerima bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih payahnya – juga itu pun karunia Allah. Tidak sering ia mengingat umurnya, karena Allah membiarkan dia sibuk dengan kesenangan hatinya.” (Pkh 5:17-19). “Aku tahu bahwa untuk mereka tak ada yang lebih baik dari pada bersuka-suka dan menikmati kesenangan dalam hidup mereka. Dan bahwa setiap orang dapat makan, minum dan menikmati kesenangan dalam segala jerih payahnya, itu juga adalah pemberian Allah.” (Pkh 3:12-13).
- Menjauhi kehendak Tuhan – kesudahannya ialah “kesia-siaan dan usaha menjaring angin”
Dalam jangka waktu pendek tujuh puluh hingga lapan puluh tahun, semua yang dihadapi ialah ujian yang sangat berat, dan kebanggaan dalam seumur hidupnya ialah “kesukaran dan penderitaan”. Setelah tujuh puluh hingga lapan puluh tahun berlalu pergi, bayangan maut pun datang. Dengan demikian, bukankah semua jerih payah di bawah matahari berubah menjadi kesia-siaan dan usaha menjaring angin? Hidup manusia adalah seperti kisah novel “The Old Man and the Sea” yang ditulis oleh Ernest Miller Hemingway. Nelayan tua tersebut telah lama berhempas pulas di laut dan akhirnya mendapat seekor ikan besar. Dia menggunakan seluruh kekuatannya untuk berlawan dengan ikan besar tersebut dan akhirnya menundukkannya. Dengan perasaan yang penuh kegembiraan dan kepuasan, dia menarik ikan besar tersebut pulang dengan penuh kemenangan. Walau bagaimanapun, sekumpulan ikan jerung mengejarnya dari belakang. Nelayan tersebut berusaha sekuat tenaga untuk membawa pulang barang kemenangannya, tetapi yang tinggal hanyalah tulang ikan. Bukankah hidup manusia juga sedemikian? Hidup itu hanyalah usaha menjaring angin dan kesia-siaan saja.
3. Apa yang Tuhan mahu manusia lakukan?
- Dia mahu manusia menghasilkan pertimbangan dalam “kesukaran”
i. Menilai hidup manusia
Dia mahu kita dilatih dalam berbagai-bagai kesukaran. Tujuannya adalah supaya kita menghasilkan pertimbangan, menilai hidup manusia, memahami hakikat hidup manusia, dan kemudian melahirkan konsep hidup yang menjangkaui segalanya, iaitu konsep hidup syurgawi (Pkh 3:11-12; Kol 3:1-4). Sebab itulah Dia memberikan kekekalan dalam hati manusia supaya manusia memiliki kerinduan terhadap kekekalan dalam kesukaran mereka.
ii. Mahu manusia takut akan Dia (Pkh 3:13-15)
Manusia hanya dapat merasakan kekerdilan dan kelemahan sendiri apabila dilatih dalam penderitaan sehingga mereka merendahkan diri di hadapan Tuhan. Jika tidak, sifat semula jadi kesombongan / kebanggaan jauh di dalam hati manusia susah untuk ditundukkan.
iii. Dia mahu manusia hidup “di bawah harapan-Nya”
- Takut akan Tuhan dan menjalankan kewajipan sendiri di dunia (Pkh 12:13)
Manusia diciptakan oleh Tuhan dan hidup dikurniakan oleh Tuhan. Oleh itu, Tuhan yang benar mengharapkan agar setiap orang dapat hidup dalam kasih-Nya dan menikmati kemurahan yang diberikan oleh Tuhan. Maka, apabila dilatih dalam kesukaran, jika manusia dapat menghasilkan pertimbangan, tahu takut akan Dia, mematuhi perintah-perintah Tuhan, serta menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia di dunia ini, semua ini berkenan kepada Tuhan. Semua ini juga merupakan kewajipan setiap orang di bawah matahari (Pkh 12:13).
- Menjalani hidup yang menyatakan kemurahan Tuhan
“Harapan Tuhan” ialah kehendak Tuhan. Tuhan menjadikan mereka laki-laki dan perempuan dan Tuhan melihat bahawa semuanya itu baik (Kej 1:31). Walau bagaimanapun, Adam dan Hawa yang telah berbuat dosa kehilangan hidup yang menyatakan kemurahan yang diberikan oleh Tuhan pada awalnya. Mereka tidak dapat menyatakan kemurahan dalam hidup seperti yang diharapkan oleh Tuhan. Sebab itu, Tuhan membangkitkan anugerah keselamatan bagi umat manusia dengan harapan manusia akan mendapat hidup yang baharu melalui penyelamatan dan penebusan Adam yang akhir – “Kristus” (2 Kor 4:17) dan kemudian menjalani hidup yang menyatakan kemurahan Tuhan – Kristus (Flp 2:15).
D. SIKAP YANG HARUS ADA PADA UMAT KRISTIAN
1. Umat Kristian merupakan buatan Tuhan
Efesus 2:10: “Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.” Murid-murid Kristus ialah buatan Tuhan. Setelah Dia membentuk kita dalam Kristus, ada kerja baik yang disediakan bagi kita untuk dilakukan iaitu kehendak Tuhan yang disediakan oleh-Nya untuk kita selesaikan. Karunia yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap orang di bawah matahari adalah berbeza. Industri pertanian adalah berbeza dengan industri perdagangan, tetapi orang di dunia dapat saling membantu sesuai dengan karunia yang diterima sehingga mencapai kehidupan sosial dalam masyarakat. Setiap orang hanyalah sebutir skru kecil dalam masyarakat ini tetapi sangat diperlukan dalam kumpulan sosial. Sudah tentu, kita sebagai orang Kristian juga menjadi sebahagian daripadanya. Ada peranan yang Tuhan mahu kita mainkan dan ada misi yang Tuhan mahu kita selesaikan. Tetapi kita lebih penting daripada orang bukan Kristian. Hal ini kerana kita diberikan satu jawatan oleh Tuhan iaitu untuk “menjadi terang dunia, garam dunia” (Mat 5:13-16). Oleh yang demikian, tujuan hidup kita ialah membolehkan hidup Kristus dinyatakan di dalam kita supaya dunia seolah-olah melihat Kristus apabila mereka melihat kita.
2. Harus takut akan Tuhan
- Ketahuilah bahawa segalanya ada dalam tangan Tuhan
Segala sesuatu di bawah matahari, termasuk nafas hidup, tindakan dan keberadaan, peluang, dan lain-lain ada dalam tangan Tuhan yang benar. Jadi kita harus rendah hati dan jangan memegahkan diri sehingga menjadi orang-orang bodoh (Yak 4:13-17; Luk 12:13-17). Kita juga jangan sombong di hadapan Tuhan dan bersalah kepada Tuhan seperti raja Nebukadnezar yang akhirnya dihukum oleh Tuhan (Dan 4:28-37).
- Jangan bersandarkan pengertian diri sendiri (Ams 3:4-7)
Sekiranya kita faham bahawa semua yang kita miliki ada dalam tangan Tuhan, maka kita akan bergantung kepada Tuhan dalam segala hal, mengakui-Nya sepanjang hidup kita, mempersembahkan hidup kita sebagai persembahan yang hidup, dan memuliakan Dia dengan segala yang kita ada.
3. Hidup di bawah kehendak Tuhan
- Memahami amanah Tuhan
Kita ialah buatan Tuhan, dan ada perbuatan baik yang disediakan oleh Tuhan untuk kita lakukan. Oleh itu, kita perlu mencari kehendak Tuhan dan memahami perbuatan yang Dia mahukan kita lakukan (Rm 12:1-2). Setelah memahaminya, kita harus bertekad untuk melakukan kehendak Bapa di samping menjadikan tugas melakukan kehendak Tuhan dan menyelesaikan kerja-Nya sebagai tugas kita (Yoh 4:34).
- Serahkan hidup kita ke dalam tangan Tuhan
Kita tahu bahawa semua yang kita miliki ada dalam tangan Tuhan. Maka kita harus belajar untuk “nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur” (Flp 4:6-7). Pelajaran ini sangat mendalam serta memerlukan pembelajaran dan latihan yang berterusan.
- Mentaati kehendak Tuhan, berlari-lari ke arah tujuan
Setelah kita mencari kehendak Tuhan dan memahaminya, tindakan yang paling penting ialah hidup menurut kehendak Tuhan dan menyelesaikan kerja-Nya supaya Yesus Kristus dapat dimuliakan dalam diri kita. Tidak hairanlah Tuhan Yesus berkata: “Sebab siapa pun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di sorga, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku.”. Mereka ialah anggota-anggota keluarga Tuhan.
KESIMPULAN
Kita tahu bahawa manusia di bawah matahari ada persoalan tentang nasib. Walau bagaimanapun, sikap kita terhadap persoalan ini adalah positif dan jelas. Oleh itu, kita harus berusaha untuk memahami kehendak Tuhan supaya kita semua dapat hidup di bawah kehendak Tuhan dan dapat berkenan kepada Tuhan serta dapat melihat Tuhan dengan tidak usah malu pada masa kelak.