KITAB YEHEZKIEL
Pemergian dan Kedatangan Kembali Kemuliaan TUHAN
(Pendeta Li Wei Sheng)
Terdapat seorang imam dalam pembuangan yang dipilih sebagai nabi oleh Tuhan dan dia merupakan anak seorang imam. Dia sepatutnya mewarisi jabatan imam daripada bapanya pada usia 30 tahun dan memasuki Bait Suci untuk berkhidmat (Bil 4:3). Walau bagaimanapun, dia telah ditawan ke negara bangsa asing 5 tahun yang lalu, jauh dari Yerusalem, dan jauh dari Bait Suci. Dia tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai imam walaupun sudah mencapai umur pelayanan. Namun, pada tahun ketika dia berumur 30 tahun, dia dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi nabi. Memandangkan dia dipanggil untuk memikul tanggungjawab nabi, maka dia harus menjadi suara Tuhan, berdiri dalam perspektif keadilan Tuhan, dan menyampaikan kehendak-Nya kepada umat.
Nabi ini ialah “Yehezkiel”, yang bermaksud “Tuhan meneguhkan”. Dia terpaksa meninggalkan tanah airnya dan perlu menghadapi penghinaan dan buli bangsa asing di tempat yang asing. Dia juga terpaksa menanggung sikap acuh tak acuh kumpulan suku kaum yang berasal daripada kelas atasan Yehuda yang menikmati keistimewaan tetapi telah dibawa ke dalam pembuangan. Mereka tidak pernah memberikan perhatian pada amaran nabi (2:3-8). Hal ini kerana mereka selalu berfikir bahawa pembuangan hanyalah perkara jangka pendek, mereka pasti segera pulang dan mendapatkan semula kedudukan, kekayaan dan hak asal mereka. Jadi mereka sangat meluat dengan mesej Yehezkiel dan menganggap kata-katanya sebagai topik perbualan selepas makan atau minum (20:49, 33:30-32). Tetapi Tuhan segera mengesahkan nubuat ini: pembuangan bukanlah perkara jangka pendek, dan kota suci juga tidak terkecuali (33:33).
Tuhan memilih dia tetapi mahu dia menghadapi segala macam tekanan dan cabaran. Justeru Tuhan mengingatkan dia bahawa tugasnya bukanlah tentang mereka mendengar atau tidak, tetapi yang penting mereka tahu bahawa masih ada nabi di tempat lain yang menyampaikan mesej Tuhan (2:5, 3:6-11). Hal ini bermaksud bahawa Tuhan masih tidak berputus asa terhadap mereka, dan terus mengutus nabi untuk memimpin mereka. Mereka membuktikan pemberontakan mereka jika mereka tidak mendengar (2:7). Di samping itu, Tuhan juga berjanji kepadanya agar dia tidak berasa takut. “… Lihat, Aku meneguhkan hatimu melawan mereka yang berkepala batu dan membajakan semangatmu melawan ketegaran hati mereka. Seperti batu intan, yang lebih keras dari pada batu Kuteguhkan hatimu; …” (3:7-9). Memandangkan Yehezkiel bermaksud “Tuhan meneguhkan”, maka orang yang diteguhkan oleh Tuhan pastinya tidak dapat diusik oleh orang lain.
Ketika menyampaikan mesej Tuhan dan melaksanakan kerja yang diperintahkan oleh Tuhan, nabi juga menghadapi latihan-latihan yang hebat daripada Tuhan selain daripada tekanan luaran. Sebagai contoh, dia pernah berbaring lama di satu sisi pada masa awal kerjanya (4:4-7), menjadi bisu dan menggunakan “mime” untuk menyampaikan mesej (3:24-27, 24:25-27, 33:22), tidak berkabung atas kematian isterinya (24:15-17), berkelakuan aneh (4:12, 5:1-4, 12:3-5) dan sebagainya. Sehingga kini, dia masih dikritik oleh ramai sarjana. Malah ada sarjana yang berpendapat bahawa dia merupakan seorang yang sakit mental yang mempunyai konflik “antara narsisisme dengan suka didera” dan kekeliruan skizofrenia (Broome, E. C. (1946). “Ezekiel’s Abnormal Personality”. 291-292). Pandangan pelik daripada orang sekeliling terhadapnya juga dapat dibayangkan. Walau bagaimanapun, dia tetap taat dan melaksanakan tugas yang dipercayakan oleh Tuhan. Semangat seperti ini benar-benar menjadi teladan kepada para pelayan pada masa kini.
Tuhan membangkitkan tiga orang nabi besar semasa kejatuhan kerajaan Yehuda: Yeremia adalah yang pertama. Dia menjadi nabi orang Yahudi sebelum kejatuhan Yerusalem. Dia mengeluarkan amaran, nubuat, dan penghakiman Tuhan khasnya terhadap kepimpinan pada masa itu. Ketika pembuangan kali pertama yang berskala kecil di Yehuda (605 SM), Daniel ada dalam kalangan mereka. Dia dibawa ke istana untuk mengumumkan mesej dan nubuat Tuhan kepada raja-raja dan pegawai-pegawai bukan Yahudi. Yehezkiel pula tergolong dalam pembuangan kali kedua yang berskala besar (597 SM). Sasaran pemberitaannya ialah umat pilihan Yehuda yang telah ditawan ke Babel.
Yehezkiel dan isterinya (24:15-27) tinggal dalam kalangan tawanan Yehuda di tepi sungai Kebar. Sungai ini berada di selatan Mesopotamia, dan menjadi pusat Empayar Babel. Tuhan memandang umat pilihan dan mengatur agar mereka tinggal di sini. Walaupun mereka berada di negara asing, namun mereka menikmati banyak kebebasan untuk mengekalkan budaya, agama, dan organisasi sosial mereka sendiri. Mungkin kebebasan ini ada kaitan dengan Daniel yang memenangi kepercayaan raja di dalam istana. Walau bagaimanapun, Tuhan tetap mengutus Yeremia sebagai usaha terakhir dalam kalangan Yehuda yang hidup segan mati tak mau. Yehezkiel juga diutus ke luar negara untuk menyampaikan kehendak Tuhan. Tujuannya adalah supaya mereka merebut peluang taubat yang terakhir. Dia seterusnya memberitahu mereka untuk tidak mempunyai fantasi bahawa pembuangan ini hanya untuk masa yang singkat. Babel akan diangkat ke puncaknya, dan negara-negara sekeliling, termasuk Yehuda, akan dikalahkan. Selepas kemusnahan Yerusalem, nabi mengubah nada mesejnya. Tuhan mahu nabi memberitakan mesej tentang pengharapan, pemulihan, belas kasihan, dan kasih karunia (fasal 33 – 48).
A. LATAR BELAKANG ZAMAN KITAB YEHEZKIEL
Yehezkiel dilahirkan pada zaman raja Yosia. Pada masa itu, raja Yosia melancarkan pembaharuan agama secara besar-besaran setelah menemukan kitab Taurat (621 SM, 2 Raj fasal 22 – 23). Sebagai anak imam, dia pasti telah melihat dengan matanya sendiri pemulihan iman kepercayaan dan ibadah yang soleh kepada Tuhan dalam seluruh negara. Tidak lama selepas kejatuhan Asyur, dia berfikir bahawa mereka boleh melepaskan diri daripada kuk Asyur pada masa itu. Namun tanpa disangka-sangka, tentera Babel bangkit dan berturut-turut mengalahkan Asyur, malah mengalahkan gabungan Asyur dan Mesir. Dalam tempoh ini, raja Yosia tidak mendengar amaran nabi dan berkeras untuk menghantar tentera untuk menghalang Nekho, raja Mesir. Hal ini kerana Nekho ingin menggunakan jalan dari kerajaan Yehuda ke Karkemis. Raja Yosia pula menyokong kerajaan Asyur yang bakal dimusnahkan oleh Babel. Akibatnya, raja Yosia meninggal dunia dalam perang di Megido.
Tiga bulan kemudian, raja Mesir, Nekho melalui Yehuda apabila dia kembali ke Mesir. Dia mengambil kesempatan untuk menawan anak lelaki Yosia, Yoahas ke Mesir dan mengangkat saudaranya, Yoyakim sebagai raja dan sebagai boneka bagi raja Mesir. Selepas pergi ke Yehuda dari Babel, Yoyakim bertukar arah dan bersekutu dengan Nebukadnezar. Namun dia kemudiannya mengkhianati Babel dan bersekutu semula dengan Mesir. Tidak lama selepas kematian Yoyakim, Yoyakhin, anaknya telah berhadapan dengan balas dendam oleh Babel tiga bulan selepas dia menjadi raja. Dia diusir daripada takhtanya pada tahun 597 SM. Semua keluarga diraja, para bangsawan, pegawai-pegawai dan orang-orang berkuasa di negeri Yehuda telah ditawan. Yehezkiel merupakan salah seorang daripada orang yang ditawan ini.
Nebukadnezar segera melantik Zedekia sebagai raja. Namun pada pandangan Yehezkiel, hanya Yoyakhin saja merupakan raja yang sah. Jadi tarikh yang dinyatakannya pada masa kemudian dicatatkan dalam bentuk masa selepas Yoyakhin ditawan. Zedekia merupakan seorang raja bawahan yang diangkat oleh Babel. Namun dia teragak-agak antara puak pro-Mesir dengan puak pro-Babel yang jelas bertentangan dalam istana. Tuhan mengutus nabi Yeremia untuk menasihati Zedekia supaya menyerah kepada Babel, tetapi dia dipenjarakan oleh puak pro-Mesir yang lebih kuat. Zedekia yang lemah secara terang-terangan mengkhianati Babel dan membentuk pakatan dengan Mesir kerana tidak tahan dengan tekanan orang ramai. Dia dikepung selama kira-kira 19 bulan oleh tentera Nebukadnezar. Akhirnya, kota itu ditawan dan Bait Suci dimusnahkan. Yehuda, kerajaan Selatan dimusnahkan oleh Babel pada tahun 586 SM.
B. RINGKASAN STRUKTUR DAN ISI KANDUNGAN KITAB YEHEZKIEL
Isi kandungan dan struktur kitab Yehezkiel terbahagi kepada empat bahagian secara sangat sistematik dan jelas:
1. Pendahuluan: Yehezkiel dipanggil dan penglihatan pertama (fasal 1 – 3).
2. Jilid pertama: Mesej tentang penghakiman untuk umat pilihan (sebelum pemusnahan Bait Suci dan kota Yerusalem) (fasal 4 – 24);
- Nubuattentang Yerusalem dan sekelilingnya akan dikepung dan diinjak-injak (fasal 4 – 7)
- Yehezkiel melihat penglihatan kedua- kemuliaan Tuhan meninggalkan Bait Suci dan kota kudus (fasal 8 – 11);
- Mengumumkan punca kejatuhan dan kemusnahan Yerusalem dengan perumpamaan yang berkaitan(fasal 12 – 24).
3. Jilid pertengahan: Bangsa-bangsa yang menindas umat pilihan akan dihakimi (fasal 25 – 32).
4. Jilid kedua: mesej tentang umat pilihan mendapat pemulihan (selepas pemusnahan Bait Suci dan kota Yerusalem) (fasal 33 – 48);
- Menubuatkan janji dan pengharapan tentang pemulihan umat pilihan pada masa kelak (fasal 33 – 39);
- Kemuliaan Tuhan akan kembali ke Bait Suci yang rohani (fasal 40- 48).
1. Pendahuluan: Yehezkiel dipanggil dan penglihatan pertama (fasal 1 – 3)
Tiga fasal pertama gulungan kitab ini mencatatkan pengalaman Yehezkiel dipanggil. Nabi Yehezkiel melihat dalam roh takhta kemuliaan di syurga. Antaranya merangkumi penampilan empat makhluk hidup, roda, cakrawala di tengah-tengah takhta, dan “anak manusia” yang duduk di atas takhta itu. Selepas itu, dia melihat takhta Tuhan yang seolah-olah diperbuat daripada permata lazurit, pinggangnya sampai ke atas seperti suasa mengkilat, dan pinggangnya sampai ke bawah seperti api yang dikelilingi sinar, dan seperti busur pelangi. Dia seolah-olah melihat imej “seperti” api dalam api dan cermin dalam cermin. Imej itu juga seperti cakrawala hablur es yang memisahkan bahagian atas dan bawah. Penglihatan ini diulang sebanyak tiga kali selepas fasal ini (3:22, 8:4 dan seterusnya, 43:1 dan seterusnya). Kemuliaan Tuhan menunjukkan kehadiran Tuhan. Kemuliaan Tuhan memenuhi tiang awan dan tiang api semasa keluar dari Mesir, memenuhi tutup pendamaian di Khemah Pertemuan, dan juga memenuhi pembangunan Bait Suci. Hal ini menunjukkan bahawa Tuhan menyertai umat-Nya.
Selepas itu, Yehezkiel diutus kepada umat pilihan untuk memberitakan amaran. Walaupun hati mereka memberontak dan tegar, namun tujuan Tuhan adalah untuk membangkitkan nabi dalam kalangan mereka bagi menyampaikan kehendak Tuhan dan juga untuk membuktikan ketidakpercayaan mereka (2:5). Selepas nabi memakan gulungan kitab yang manis itu seperti yang diperintahkan, Roh Kudus membawanya ke tebing sungai Kebar dan memberikan kekuasaan kepadanya. Tujuh hari kemudian, Tuhan menetapkan Yehezkiel sebagai penjaga kaum Israel (3:16). Amanatnya adalah untuk memberitakan firman Tuhan sebagaimana adanya. Sama ada mereka menerimanya atau tidak, tanggungjawab itu bukan pada penjaga. Kemudian, Tuhan membawanya ke lembah semula, tetapi menutup mulutnya. Hal ini kerana Tuhan mahu dia memulakan satu siri persembahan untuk memanggil “mereka yang statik” dengan hati yang tidak lagi bergelora.
2. Jilid pertama: Mesej tentang penghakiman untuk umat pilihan (sebelum pemusnahan Bait Suci dan kota Yerusalem) (fasal 4 – 24)
- Nubuat tentang Yerusalem dan sekelilingnya akan dikepung dan diinjak-injak (fasal 4 – 7)
Nabi melihat kemuliaan Tuhan dalam penglihatan di tempat pembuangan (3:23). Kehancuran bangsa tidak bermaksud mereka kehilangan penyertaan Tuhan. Mesej seperti ini memberikan harapan yang tidak terbatas kepada nabi. Tetapi dia masih diperintahkan untuk melakukan banyak tindakan simbolik untuk mengumumkan pengepungan Yerusalem, kota yang kudus dan nasib buruk kota kudus (3:22 – 5:17). Tentu sekali, kawasan pemusnahan bukan sahaja Yerusalem. Tuhan kemudian mengisytiharkan bahawa Dia akan melaksanakan penghakiman di atas gunung-gunung dan lembah-lembah penyembahan berhala di seluruh pegunungan Yehuda (6:1-14). Tiada dalam kalangan keempat penjuru tanah dan penduduk negeri itu yang akan tertinggal (7:1-27). Maka nabi telah berkata dalam fasal ini sebanyak sebelas kali berturut-turut: “Berakhirlah!”, “Kini kesudahanmu tiba…”, “bencana demi bencana akan datang!”, “Kesudahan datang, ”, “Waktunya datang, saatnya tiba!”, “harinya sungguh datang”, “Waktunya datang, harinya mendekat!”, atau “hari kemurkaan TUHAN” (7:2,3,5,6,7,10,12,19).
- Penglihatan tentang kekejian dalam Bait Suci (fasal 8 – 11)
Secara tradisinya, Bait Suci memberikan imej yang mulia, sukar dihampiri dan sangat kudus. Namun, dalam penglihatan kedua Yehezkiel, sisi gelap Bait Suci yang telah lama tersembunyi telahpun didedahkan. Masanya adalah pada bulan kesembilan tahun 592 SM. Penglihatan ini mengandungi empat mesej utama:
- Nabi melihat fenomena penyembahan berhala dan perbuatan zina yang keji di kota Yerusalem dalam penglihatan (fasal 8): Dalam penglihatan itu, dia melihat “berhala cemburuan” di Bait Suci Yerusalem dekat pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke utara (5)! Selepas itu, Roh Tuhan memimpin dia untuk memperbesar lubang bagi memasuki kamar Nabi melihat dua gambaran yang menyedihkan: Pada satu sisi, dia melihat segala gambar-gambar binatang melata dan binatang-binatang lain yang menjijikkan serta segala berhala-berhala. Pada sisi yang lain, dia melihat tujuh puluh orang tua-tua kaum Israel berdiri di hadapan tembok. Yaazanya bin Safan yang pernah memainkan peranan sebagai pemimpin semasa tempoh pembaharuan agama raja Yosia (2 Raj 22:8-10) juga ada dalam kalangan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kemunduran iman kepercayaan telah sampai ke tahap rosak dari akar umbi. Tanpa disangka-sangka, para penatua ini ada alasan secara terang-terangan iaitu “TUHAN tidak melihat kita; TUHAN sudah meninggalkan tanah ini.” (12). Mereka membelakangi hukum Taurat dan memimpin umat untuk menyembah berhala. Namun mereka menolak tanggungjawab ini kepada Tuhan, dan mereka berkata bahawa Tuhan yang terlebih dahulu menindas mereka.
Seterusnya, nabi melihat sekumpulan perempuan yang menangisi dewa Tamus di pintu gerbang pelataran luar yang di sebelah utara. Mereka sedang mengadakan upacara keagamaan musim panas untuk menghormati dewa Babel, Tamus, yang bertanggungjawab ke atas tahun kelimpahan. Mereka meratapi kematian Tamus dan memintanya untuk kembali pada musim bunga tahun berikutnya. Tuhan itu hidup, tetapi perempuan-perempuan itu pula menyembah dewa yang mati!
Kemudian, dia dibawa ke pelataran dalam Bait Suci. Dia melihat ada kira-kira dua puluh lima orang laki-laki di antara balai Bait Suci dan mezbah. Mereka membelakangi Bait Tuhan dan menghadap ke sebelah timur sambil sujud pada matahari di sebelah timur. Imam-imam yang berdiri di pelataran dalam ini bukan memohon belas kasihan Tuhan dengan mencucurkan air mata, tetapi berpaling kepada matahari pada waktu pagi untuk cuba menghilangkan kesuraman dalam hidup mereka.
- Nabi melihat penglihatan tentang Yerusalem dihakimi dan dihukum (fasal 9, 11:1-13): Yehezkiel kemudiannya melihat enam malaikat dengan alat penulis di sisi mereka. Mereka menuliskan huruf T pada dahi orang-orang yang berkeluh kesah kerana penyembahan berhala. Di samping itu, malaikat dikehendaki membunuh semua orang yang tidak mempunyai tanda huruf T. Bukan sahaja yang tua dan yang muda akan dibunuh, tetapi penghakiman akan bermula dari Bait Suci. Imam-imam dan tua-tua di Bait Suci akan dibunuh terlebih dahulu. Mesej-mesej ini juga memberikan peringatan kepada para tua-tua yang mencari Yehezkiel.
Nabi pernah memohon kepada Tuhan untuk umat pilihan, tetapi Tuhan telah berketetapan untuk tidak kenal belas kasihan terhadap mereka. Kemudian, Tuhan membawanya ke pintu gerbang Timur Bait Suci. Kali ini, jari ditunjukkan kepada pemimpin-pemimpin bangsa. Mereka tidak menguruskan umat dengan baik, malah “merancang kedurjanaan dan menaburkan nasihat jahat di kota ini” (11:2) sehingga negara itu sangat bobrok. Mereka beranggapan bahawa kota Yerusalem ialah periuk manakala mereka ialah daging di dalam periuk, mereka akan dilindungi di dalam kota ini dan kota ini tidak akan dimusnahkan untuk selama-lamanya. Tuhan menghantar berita jahat dengan berkata: “Kota ini tidak akan menjadi periuk bagimu ataupun kamu seakan-akan daging di dalamnya;” (11:11). Mereka akan diseret keluar dari kota dan diserahkan ke dalam tangan orang-orang asing sebagai akibat daripada perbuatan mereka yang meninggalkan ketetapan-ketetapan dan peraturan-peraturan Tuhan.
- Nabi melihat penglihatan tentang kemuliaan Tuhan meninggalkan Yerusalem (fasal 10,11:22-25): Pada asalnya, kemuliaan Tuhan ialah manifestasi kehadiran Tuhan. Tetapi Tuhan membiarkan kemuliaan-Nya meninggalkan Yerusalem untuk menyatakan bahawa Dia akan meninggalkan umat pilihan dan orang Israel akan menghadapi penghakiman yang menakutkan. Dalam penglihatan itu, dia melihat kemuliaan Tuhan naik dari atas kerub dan pergi ke atas ambang pintu Bait Suci (10:4). Seterusnya, kemuliaan Tuhan pergi dari ambang pintu Bait Suci dan hinggap di atas kerub-kerub (10:18). Kemudian, kemuliaan Tuhan berhenti dekat pintu gerbang Bait Suci yang di sebelah timur (10:19). Akhirnya, kemuliaan Tuhan menjauhi Bait Suci, naik ke atas dari tengah-tengah kota dan hinggap di atas gunung yang di sebelah timur kota (11:23) lalu akhirnya menghilang (11:24). Tuhan tidak lagi melindungi Yerusalem. Dia memberikan perintah untuk memusnahkan Yerusalem, dan bahkan secara peribadi mengawasi pelaksanaan keseluruhan rancangan itu.
- Nabi memberitakan janji Tuhan kepada orang buangan (11:14-21): Nabi bukan sahaja membawakan mesej tentang teguran dan penghakiman, tetapi juga membawakan harapan bagi masa depan. Dalam petikan ini, nabi memberikan galakan kepada umat pilihan yang ditawan ke negeri asing bahawa Tuhan akan menjadi tempat kudus yang sementara bagi mereka di negeri asing, iaitu Tuhan menyertai mereka. Tuhan akan memberi mereka hati yang baharu dan roh yang baharu, yang taat kepada Tuhan. Janji ini merupakan sukacita pemulihan yang disebutkan kemudian dan memberikan petunjuk yang menghiburkan kepada mereka.
- Mengumumkan punca kejatuhan dan kemusnahan Yerusalem dengan perumpamaan yang berkaitan(fasal 12 – 19).
Nabi sekali lagi melakukan tindakan simbolik sebagai pelarian, dan sekali lagi mengumumkan kepada umat pilihan yang degil: Penduduk Yerusalem akan dibawa ke dalam pembuangan (12:1-16), tanah mereka akan menjadi sunyi sepi, dan rakyat akan hidup dalam persekitaran dengan peperangan yang keterlaluan (12:17-20).
- Memandangkan terdapat terlalu banyak nabi palsu dan mesej palsu, maka pembohongan yang mengelirukan orang ramai akan dibongkar (12:21-28). Bagaimana orang seperti itu dapat melarikan diri daripada penghakiman Tuhan (13:1-23)? Mereka menyebarkan mesej damai sejahtera palsu di mana-mana dan menenangkan umat pilihan yang hanya mahu mendengar perkataan yang baik dengan menggunakan sihir. Kesudahan mereka ialah kebinasaan yang kekal (13:9,20).
- Memandangkanhati mereka telah lama dipenuhi oleh tuhan-tuhan palsu dan berhala-berhala, Tuhan dengan jelas menunjukkan bahawa “orang-orang ini menjunjung berhala-berhala mereka dalam hatinya” dan telah lama terasing daripada Tuhan (14:1-11). Tuhan berkata bahawa walaupun terdapat orang yang soleh seperti Nuh, Daniel, dan Ayub, tetapi sebilangan kecil orang ini hanya dapat menyelamatkan diri mereka sendiri. Mereka tidak dapat mengubah nasib malang umat berdosa yang akan dimusnahkan ini (14:12-23). Mereka tidak dapat mengelakkan emapt hukuman Tuhan – pedang, kelaparan, binatang buas dan sampar.
- Memandangkan mereka kelihatan seperti pohon anggur yang tidak berguna dan tidak menghasilkan buah, mereka hanya boleh dibakar sebagai kayu api (fasal 15). Dia juga mengumpamakan Yerusalem sebagai seorang perempuan sundal yang tidak tahu berterima kasih. Dia lupa bahawa Tuhan menyambutnya, mengasihinya, dan memeliharanya dengan sepenuh hati sejak zaman kanak-kanaknya. Tetapi umat pilihan yang tidak setia memilih untuk mengingkari perjanjian dan meninggalkan Tuhan. Jadi Tuhan mahu mereka menanggung dosa mereka sendiri (16:1-58). Walau bagaimanapun, nabi kemudian bernubuat bahawa Tuhan akan meneguhkan perjanjian yang kekal dengan umat pilihan pada masa kelak untuk membuktikan kasih Tuhan yang tidak berbelah bahagi (16:59-63).
- Memandangkanraja Zedekia hampir mengingkari perjanjian dan meninggalkan Babel – alat hukuman yang diutus oleh Tuhan, maka nabi menggunakan seekor burung rajawali yang mematahkan pucuk pohon aras yang paling hujung dan seekor burung rajawali lain yang padanya pohon anggur bergantung tetapi layu kering untuk menasihati raja Zedekia supaya jangan mengkhianati Babel untuk berlindung di bawah Mesir (17:1-24). Hal ini kerana Mesir tidak dapat melindungi dirinya sendiri, bagaimanakah Mesir dapat melindungi Yehuda?
Oleh itu, nabi mencadangkan bahawa individu harus terlebih dahulu bertaubat kepada Tuhan supaya dapat hidup pada hari sial (fasal 18), dan butirannya akan dijelaskan kemudian. Fasal 19 meneruskan catatan fasal 17 yang meratapi raja Yehuda yang bagaikan singa yang ditangkap dan juga bagaikan ladang anggur yang dibakar dengan api.
Nabi melihat kembali sejarah iaitu bahawa umat pilihan memberontak sejak mereka keluar dari Mesir dan Israel telah menjadi sejarah dosa dari dahulu hingga sekarang (20:1-44).Maka Tuhan mengambil keputusan untuk membalas dosa mereka. Api dari tanah selatan (20:45-49), pedang Tuhan dicabut daripada sarungnya (21:1-17), dan sehingga nabi bernubuat tentang raja Babel melakukan tenungan lalu memilih jalan ke Yerusalem dan sebagainya menunjukkan bahawa hari Tuhan menimpakan tulah sudah dekat. Tuhan akan membezakan mereka seperti peleburan yang meleburkan sanga dan perak, dan Yerusalem akan dibakar dengan api kemurkaan Tuhan seperti perak yang dileburkan (fasal 22). Kemudian, nabi mengumpamakan Samaria dan Yerusalem sebagai dua adik-beradik perempuan yang berzina. Kakak berzina sehingga ke tahap yang menyedihkan. Tanpa diduga, adik perempuan bukan sahaja gagal menjadikannya sebagai peringatan, malah mengikut jejak kakaknya dengan lebih teruk lagi. Oleh itu, penghakiman Tuhan pasti menimpa umat pilihan (fasal 23).
Fasal 24 membawa mesej penghakiman ke kemuncaknya. Tarikhnya adalah pada masa kota Yerusalem mula dikepung (ayat 1-2). Kota yang dikepung itu seperti kuali di atas api. Namun nabi menunjukkan bahawa kuali ini berkarat sehinggakan karat tebal itu tidak mahu hilang daripada kuali biarpun dalam api. Nabi menggunakan perumpamaan ini untuk menggambarkan bahawa kejahatan mereka telah penuh (ayat 3-14). Selepas beberapa ketika, isteri nabi Yehezkiel meninggal dunia secara tiba-tiba, dan Tuhan memerintahkan dia untuk tidak meratapi isteri tercintanya. Peristiwa yang melanda Yehezkiel ini menjadi tanda kesudahan yang pasti bagi kekalahan terakhir Yerusalem, iaitu setiap orang pasti tidak meratapi orang mati. Dia juga bernubuat pada masa ini bahawa apabila orang yang melarikan diri datang kepada Yehezkiel untuk membuktikan bahawa nubuatnya adalah benar, maka mulutnya akan terbuka dan tidak lagi tetap bisu (ayat 15-27).
3. Jilid pertengahan: Bangsa-bangsa yang menindas umat pilihan akan dihakimi (fasal 25 – 32)
Dalam Perjanjian Lama, beberapa nabi menuding jari ke arah bangsa asing, mengeluarkan amaran teguran, menubuatkan kesudahan mereka, dan sebagainya. Ayat-ayat suci seperti ini secara kolektifnya dipanggil “mesej nabi yang memukul bangsa-bangsa”.
Bangsa-bangsa asing ini pada dasarnya mempunyai kaitan yang amat rapat dengan umat Israel. Tuhan mengizinkan musuh-musuh ini bangkit untuk menghukum umat Israel yang berdosa. Ada dalam kalangan bangsa-bangsa ini yang berada di sekeliling umat pilihan dan menimbulkan konflik, seperti Amon (25:1-7), Moab (25:8-11), Edom (25:12-14), Filistin (25:15-17), Mesir (fasal 29 – 32), dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga bangsa-bangsa yang tidak mencelakakan umat pilihan secara langsung pada masa itu, seperti Tirus (26:2), malah mereka belum menjadi jiran Israel, seperti Gog di tanah Magog (fasal 38 – 39).
Antara mesej nabi-nabi ini, ada nabi yang menyampaikan mesej kepada beberapa bangsa, seperti Yehezkiel (fasal 25 – 35, 38 – 39), Yeremia (fasal 46 – 51), Yesaya (fasal 13 – 23), Amos (1:3 – 2:3). Ada juga mesej yang ditujukan kepada bangsa tunggal, seperti nabi Nahum menyasarkan Asyur, nabi Habakuk menyasarkan Babel, manakala kitab Obaja khasnya membincangkan Edom dan sebagainya.
Mesej-mesej ini menunjukkan bahawa Tuhan akan membalas dan mencari keadilan bagi umat pilihan-Nya. Amaran dan nubuat yang dikeluarkan oleh nabi kepada mereka juga menunjukkan bahawa Tuhanlah Penguasa umat manusia, dan semua bangsa berada di bawah kuasa-Nya. Negara-negara yang berkuasa seperti Mesir, Asyur, dan Babel juga tidak dapat lari daripada kehendak yang ditetapkan oleh Tuhan.
Nubuat tentang Tirus adalah sangat istimewa. Nabi menggunakan tiga fasal untuk menubuatkan kekalahan Tirus dan raja Tirus pada masa kelak (fasal 26 – 28). Nabi mengumumkan dosa Tirus dengan corak yang sama dengan nubuat tentang bangsa-bangsa lain dan membincangkan dilema kebinasaan Tirus pada masa kelak. Dalam fasal 27, Tirus digambarkan sebagai kapal dagang besar yang akhirnya tenggelam. Gambaran ini ada persamaan dengan kitab Wahyu fasal 18 tentang kejatuhan Babel besar. Hal ini kerana dunia berebut untuk berdagang dan bersahabat dengan kedua-duanya, maka mereka telah menjadi permata dunia. Namun kesudahan mereka ialah kebinasaan dan kesia-siaan. Kemudian, dia menggunakan raja Tirus untuk merujuk kepada raja dunia – Iblis. Kesudahan akhirnya juga ialah kehancuran, kemusnahan, dan mati tanpa penyakit.
Nubuat tentang Mesir telah mengambil ruang sebannyak 4 fasal. Empat fasal ini mengumumkan Mesir dimusnahkan (29:1-16), Nebukadnezar menyerang Mesir (29:17-21), bangsa-bangsa yang bersekutu dengan Mesir dipukul (30:1-19), tangan Firaun Mesir dipatahkan (30:20-26), menganggap pengakhiran Asyur sebagai pengakhiran Firaun (fasal 31), dan akhirnya menggunakan ratapan sebagai kesudahan Firaun. Firaun di dunia orang mati dihina dan dimalukan oleh orang-orang yang mengaguminya / mengagungkannya pada masa lalu (fasal 32).
Walau bagaimanapun, Gog di tanah Magog ialah koleksi terakhir perjuangan menentang nubuat bangsa asing. Bangsa asing masa kelak yang belum pernah menyakiti umat pilihan ini sebaliknya muncul selepas negara Israel dengan hati yang diperbaharui. Ketika umat pilihan hampir diam dengan aman, musuh pula melancarkan serangan. Tentu sekali, Tuhan pasti akan campur tangan dalam peperangan yang merugikan umat pilihan ini agar umat pilihan benar-benar dapat menjalani kehidupan tanpa ancaman musuh asing.
4. Jilid kedua: mesej tentang umat pilihan mendapat pemulihan (selepas pemusnahan Bait Suci dan kota Yerusalem) (fasal 33 – 48)
- Menubuatkan janji dan pengharapan tentang pemulihanumat pilihan pada masa kelak (fasal 33 – 39)
Tuhan sekali lagi mengutus Yehezkiel sebagai penjaga. Hal ini berpadanan dengan catatan dalam 3:17. Tuhan berjanji untuk mengangkat seorang penjaga yang membunyikan sangkakala peringatan apabila pedang melanda sesebuah negara, dan Yehezkiel dijadikan sebagai penjaga rumah Israel oleh Tuhan. Oleh itu, Tuhan terlebih dahulu mahu Yehezkiel merenungkan tanggungjawab berat penjaga dan mengesahkan prinsip penghakiman Tuhan (fasal 33). Antaranya, bermula 33:10, terdapat kesinambungan konsep dosa peribadi dengan fasal 18 yang membincangkan bahawa orang tidak boleh menggunakan kebenaran yang dilakukan pada masa lalu untuk mengimbangi kesalahan semasa. Hal ini kerana kewajipan manusia adalah untuk berbuat baik. Sebaliknya, jika seseorang melakukan kejahatan dahulu, tetapi sekarang bertaubat dan berbalik untuk berbuat baik, Tuhan berjanji bahawa orang seperti itu tidak akan mati. Pada masa yang sama, ada orang yang melarikan diri dari Yerusalem dan pergi kepada nabi untuk melaporkan bahawa kota telah dicerobohi, dan nabi akhirnya dapat bercakap dengan bebas. Ketika itu, nabi sekali lagi mengisytiharkan dosa umat, tetapi nampaknya mereka tidak begitu menghargainya.
Nabi sekali lagi menegur keras pemimpin keluarga Israel sebagai gembala yang gagal (fasal 34). Hal ini kerana kecuaian mereka menyebabkan kemusnahan negara pada hari ini. Namun Tuhan segera mengemukakan visi tentang seorang gembala yang ideal, yang bertepatan dengan nubuat Yesus Kristus dalam Injil Yohanes fasal 10 bahawa Dia gembala yang baik. Selain itu, Tuhan akan mengadakan perjanjian damai dengan domba-domba-Nya, yang juga merupakan perjanjian yang kekal. Kemudian, nabi menjadikan Edom yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel sebagai perbandingan. Fasal 35 membicarakan penghakiman Tuhan di Seir dan Edom merampas milik pusaka Israel. Walau bagaimanapun, ada anuegrah keselamatan di gunung-gunung Israel (fasal 36). Kita dapat melihat betapa Tuhan mengasihi Israel. Tuhan berusaha untuk memimpin umat pilihan kembali dan menjalani kehidupan baharu milik Tuhan. Tuhan juga berjanji untuk memberi mereka roh Tuhan supaya mereka belajar untuk membenci kejahatan dan cenderung ke arah kebaikan serta kembali kepada Tuhan dengan ikhlas.
Dalam fasal 37, roh Tuhan melalui perantaraan nabi memanggil keluarga Israel yang seperti tulang-tulang kering untuk menjadi tentera Tuhan yang sangat besar. Tuhan juga meminta nabi untuk menggabungkan dua potong papan menjadi satu untuk menubuatkan bahawa keluarga Tuhan akan menjadi satu kumpulan pada masa kelak dengan Daud yang melambangkan Mesias menjadi raja yang kekal dan mengadakan perjanjian damai yang kekal dengan umat pilihan. Walaupun tentera Gog di tanah Magog menceroboh tanah itu pada hari kemudian (fasal 38 – 39), Tuhan akan menjadi panglima umat pilihan dan mengalahkan mereka. Tentera Gog yang memusuhi Tuhan ini pasti akan dikalahkan manakala Israel pula akan dipulihkan.
- Kemuliaan Tuhan akan kembali ke Bait Suci yang rohani (fasal 40- 48).
Penglihatan terakhir ialah empat belas tahun selepas kemusnahan Yerusalem, ketika Bait Suci telah dimusnahkan. Nabi diangkat oleh Roh Kudus ke gunung kudus rohani dan melihat Bait Suci dibangunkan kembali. Bait Suci dan kota kudus rohani ini menggambarkan cara jemaat Tuhan dibangunkan. Bait Suci tercemar yang kehilangan kemuliaan Tuhan pada masa lalu telahpun dimusnahkan. Tuhan telah mendedahkan kepada nabi sebuah lagi bait yang mulia, iaitu bait tempat kemuliaan Tuhan sekali lagi datang, akan dibangunkan.
Pada zahirnya, bait ini nampaknya ada pelataran luar dan pelataran dalam (fasal 40), ruang luar, ruang dalam dan kamar tambahan (fasal 41), bilik-bilik dengan jarak 20 hasta di antara utara dan selatan Bait Suci, dan sekeliling lingkungan Bait Suci yang dipisahkan sebagai yang kudus (fasal 42). Selepas nabi mengukur struktur luaran ini mengikut saiz yang ditetapkan oleh Tuhan dengan menggunakan tali lenan dan tongkat pengukur, kemuliaan Tuhan masuk di dalam Bait Suci melalui pintu gerbang yang menghadap ke sebelah timur sehingga ke pelataran dalam, dan bahkan memenuhi Bait Suci (43:1-5).
Selepas ayat 10, Tuhan secara khusus menunjukkan bahawa umat pilihan harus mengukur saiz Bait Suci. Hal ini merujuk kepada penggunaan skala kebenaran untuk mengukur bait rohani, iaitu tubuh dan fikiran kita, bait yang dibersihkan dengan darah Tuhan (1 Kor 6:19-20). Setelah itu, nabi mengukur mezbah lalu mempersembahkan korban penghapus dosa dan korban bakaran serta mentahbiskan mezbah (43:13-27). Kemudian, nabi dibawa ke pintu gerbang timur yang tertutup. Kemuliaan Tuhan telah memasuki Bait Tuhan dari pintu gerbang timur dan Tuhan telah berada di dalam Bait Suci. Maka tidak ada orang yang dibenarkan masuk melalui gerbang ini bermula sekarang (44:1-3).
Kemudian, Tuhan menyatakan peraturan memasuki Bait Suci, kelayakan imam, dan peraturan-peraturan pelayanan kepada nabi (44:4-31). Seterusnya, Tuhan juga mendedahkan kepadanya cara pembahagian milik pusaka, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh raja-raja, peraturan-peraturan bagi persembahan-persembahan hari-hari raya (fasal 45), serta tanggungjawab-tanggungjawab dan peraturan-peraturan yang harus dilakukan oleh raja semasa hari-hari raya (46:1-16).
Dalam fasal 47, nabi melihat aliran air hidup keluar dari bawah ambang pintu Bait Suci dan mengalir menuju ke timur. Tanah-tanah yang diairi itu penuh dengan kehidupan dan pohon-pohon buah. Pada masa itu, Tuhan membahagikan batas-batas tanah menjadi milik pusaka bagi dua belas suku (47:13 – fasal 48). Nabi menandai batas-batas tanah setiap suku itu dan satu zon khas di wilayah tengah tanah dikhususkan kepada orang Lewi. Pintu gerbang kota disebut menurut nama suku-suku dan hal yang penting ialah nama bait ini ialah “TUHAN HADIR DI SITU”.
C. GENRE KITAB YEHEZKIEL
1. Gaya penulisan
Kebanyakan isi kandungan kitab ini merupakan ucapan langsung Tuhan, iaitu dituliskan dengan kaedah pernyataan fakta yang mudah. Gaya ini serupa dengan gaya penulisan kitab Wahyu yang menyatakan perkara yang rumit dengan cara yang jelas.
Selain itu, penulis amat mementingkan maklumat objektif yang disampaikan oleh sesebuah peristiwa, seperti rekod tempat dan tarikh maklumat itu dijana. Maklumat ini lebih ketara terutamanya apabila dia menerima mesej secara langsung daripada Tuhan. Terdapat tiga belas catatan dalam kitab Yehezkiel dengan tarikhnya dinyatakan. Antaranya termasuk: 1:1-2 (593 SM), 8:1 (591 SM), 20:1 (590 SM), 24:1 (587 SM), 26:1 (585 SM), 29:1 (586 SM), 29:17 (570 SM), 30:20 (585 SM), 31:1 (585 SM), 32:1 (584 SM), 32:17 (584 SM), 33:21 (584 SM), 40:1 (572 SM).
2. Penglihatan
Ciri kitab ini ialah penulis telah mencatatkan banyak penglihatan. Fasal 1 kitab ini dengan jelas menyatakan bahawa “terbukalah langit dan aku melihat penglihatan-penglihatan tentang Allah”. Aktiviti rohani yang mendalam seperti ini memenuhi bahagian depan dan belakang kitab ini. Walaupun diterangkan dalam bentuk imej konkrit yang boleh diungkapkan secara visual, namun penglihatan-penglihatan ini mengandungi banyak mesej teologi. Lebih-lebih lagi, imej yang diwakili oleh beberapa penglihatan menubuatkan perkara-perkara masa depan.
Sebagai contoh, rangka Bait Suci masa depan yang dilihat dalam penglihatan nabi selepas fasal 40 menjadikan imam sebagai fokus dan secara lahiriahnya masih mengekalkan ciri-ciri sistem agama lima kitab Taurat Musa. Namun dalam fasal 47, ada satu gambaran yang tidak boleh dibina dengan konsep material, iaitu aliran air hidup yang keluar dari bawah ambang pintu Bait Suci, dan air secara beransur-ansur naik ke tahap yang tidak dapat diseberangi lagi. Air yang mengalir ini menyuburkan tempat aliran, malah termasuk tanah yang tandus – Araba dan Laut Asin. Tanah kering kini bertukar menjadi pemandangan indah yang kaya dengan makhluk hidup. Terdapat catatan yang serupa dalam kitab nabi-nabi yang lain (Za 14:8, Yl 3:18). Dalam penglihatan Yehezkiel, “laut” tembaga di bahagian selatan mezbah Bait Suci Salomo yang digunakan oleh para imam sebagai tempat membasuh (2 Taw 4:6) digantikan dengan aliran air hidup yang tidak berkesudahan. Situasi yang sama juga muncul di Yerusalem Baharu, “laut pun tidak ada lagi” (Why 21:1), dan sungai air kehidupan mengalir keluar daripada takhta Tuhan (Why 22:1).
Sebenarnya, hal ini adalah untuk menunjukkan kata-kata Yesus dalam Perjanjian Baru: “Barangsiapa percaya kepada-ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup.” (Yoh 7:38). Yohanes seterusnya menambah: “Yang dimaksudkan-Nya ialah Roh yang akan diterima oleh mereka yang percaya kepada-Nya; …” Oleh itu, Roh Kudus akan menyuburkan hidup manusia yang pada asalnya mati layu. Maksudnya, Tuhan akan merealisasikan anugerah penyelamatan dan penebusan manusia dalam kerajaan rohani ini semasa akhir zaman. Lebih menakjubkan lagi, hal ini juga menubuatkan bahawa Tuhan sendiri akan membangun jemaat / gereja benar di Timur dengan menggunakan Roh Kudus untuk melaksanakan kerja-kerja penuaian dalam Kerajaan Tuhan pada hari-hari terakhir.
Oleh itu, tafsiran penglihatan bukan sahaja bermaksud memahami makna asal Kitab Suci dengan anggapan bahawa menguasai pengetahuan latar belakang dan memahami makna Kitab Suci sudah memadai. Kita perlu dilahirkan kembali dan diperbaharui melalui Roh Kudus supaya Tuhan membuka penglihatan rohani kita. Kitab Suci yang diterangi membolehkan kita mentafsir semula Kitab Suci dan memberikan makna rohani kepada penglihatan. Apabila kita membuat kesimpulan dengan lebih mendalam daripada maklumat dengan menggunakan akal kita, Roh Kudus akan membiarkan kita mengatasi pengaruh dosa. Dia akan membuka mata kita supaya kita menyingkap rahsia yang disembunyikan oleh Tuhan di sebalik penglihatan, “Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.” (Mzm 119:130).
Penglihatan-penglihatan penting Yehezkiel disenaraikan seperti berikut:
- Penglihatan tentang kerub-kerub: 1:4-28
- Penglihatan tentang gulungankitab: 2:9 – 3:3
- Penglihatan melihat kemuliaan Tuhan di lembah: 3:22-23
- Penglihatan tentang Yerusalem:
- Penyembahan berhala di dalam Bait Suci: 8:1-18
- Malaikat membunuhpenduduk: 9:1-11
- Orang yang berpakaianlenan menghamburkan bara api ke atas kota: 10:1-22
- Kemuliaan Tuhan meninggalkan Yerusalem: 11:22-25
- Penglihatan tentangtulang-tulang hidup kembali: 37:1-10
- Penglihatan tentang Bait Sucibaharu dan penglihatan-penglihatan yang berkaitan: 40:1 – 48:35
3. Tindakan simbolik
Satu lagi ciri lain dalam kitab ini ialah nabi mempunyai banyak tindakan simbolik, seolah-olah nabi menyampaikan mesej dengan menggunakan drama. Tindakan simbolik yang dikatakan ialah satu cara penyampaian mesej selain melalui lisan. Nabi menggunakan props atau tindakan yang berlebih-lebihan dan lain-lain untuk menyatakan isi kandungan utama mesej simbolik.
Dalam gambaran-gambaran khusus ini, tujuan yang paling penting adalah untuk mengajar umat, terutamanya umat pilihan yang tidak mahu insaf. Penggunakan “bahasa badan” yang lebih kuat daripada mesej lisan membolehkan orang yang diajar dapat memahami maksud di sebalik tindakan tersebut sehingga dia memahami kehendak Tuhan. Oleh itu, terdapat postur dan tindakan ekspresif yang berbeza dalam tindakan-tindakan simbolik ini, malah perincian-perincian tindakan juga ada maknanya.
Sebagai contoh, tindakan simbolik Yehezkiel mencukur rambut yang diterangkan dalam fasal 5. Penggunaan pedang untuk mencukur rambut dan janggut Yehezkiel yang mempunyai status imam akan menyebabkan dia kehilangan status imam. Tindakan ini melambangkan bahawa umat pilihan Tuhan akan mendapat malu. Sepertiga rambut itu dibakar dengan api, sepertiga ditetak dengan pedang, sepertiga lagi dihamburkan ke dalam angin, dan sedikit daripada rambut itu diambil dan dibungkus di dalam punca kain. Tindakan-tindakan ini juga menyatakan makna rohani bagi peristiwa yang bakal terjadi ke atas umat pilihan pada masa kelak. Mereka akan mati kena sampar atau mati kelaparan, mati dibunuh di medan perang dan dihamburkan dalam kalangan bangsa-bangsa. Walau bagaimanapun, akan ada sejumlah kecil baki umat yang akan diselamatkan.
Tindakan-tindakan simbolik utama dalam kitab Yehezkiel adalah seperti berikut:
(Ayat-ayat suci –> Gambaran tindakan –> Makna ungkapan tindakan)
- 4:1-3–> Mengukir sebuah kota yang terkepung di atas sebuah batu bata –> Yerusalem diserang dan dikepung
- 4:4-8–> Posisi berbaring –> Bilangan tahun umat pilihandihukum
- 4:9~17–> Minum air dan makanroti mengikut kuantiti, dan roti dibakar dengan kotoran manusia yang sudah kering –> Yerusalem akan menghadapi dilema kekurangan bekalan yang melampau
- 5:1-4–> Mencukurrambut dan membahagikan rambut –> Empat nasib umat pilihan selepas kota itu ditawan
- 12:1-7–> Persembahan membuat lubang ditembok dan melarikan diri –> Raja Yehuda akan menghadapi situasi tragis melarikan diri dan dibawa ke dalam pembuangan
- 12:17-20–> Makan dan minum dengan gementar dan gundah gulana –> Umat pilihanberada dalam ketakutan yang melampau
- 21:6-7–> Mengerang seperti seorang yang tulang pinggangnya patah dan yang berada dalam kesengsaraan yang pahit –> Pedang Tuhan telah datang kepada umat pilihan
- 21:18-23–> Membuat sebuah papan penunjuk jalan pada awal jalan yang menuju ke masing-masing kota –> Nebukadnezar membuat undian bagimemilih cara untuk menyerang Yehuda
- 24:1-14–> Memasakdaging dan tulang dalam kuali mendidih –> Yerusalem pasti akan dimusnahkan
- 24:15-27–> Dilarang berkabung atas kematian isterinya–> Umat pilihan tiada masa untuk bersedih akibat musibah.
- 37:15-23–> Dua potong papanbergabung menjadi satu –> Yehuda dan Israel bergabung menjadi satu
4. Perumpamaan
Perumpamaan juga merupakan ciri utama kitab ini. Penulis banyak menggunakan perumpamaan untuk menyampaikan kehendak yang diperintahkan oleh Tuhan. Perumpamaan dan tindakan simbolik mempunyai tujuan yang sama: menggunakan entiti untuk menerangkan perkara abstrak untuk mengajar umat, terutamanya umat pilihan yang tegar. Perumpamaan yang ringkas dan mudah difahami adalah lebih mudah, lebih menarik, dan lebih berkuasa daripada penyampaian melalui lisan. Hal ini membolehkan orang yang diajar dapat memahami makna di sebalik kata-kata sehingga dia memahami kehendak Tuhan. Perbezaannya, perumpamaan menggunakan kata-kata; manakala tindakan simbolik menggunakan perbuatan untuk menyampaikan maklumat.
Sebagai contoh, dalam 23:32, Tuhan berkata bahawa Yerusalem, sebagai seorang adik perempuan, harus minum daripada piala kakanya, dan kemudian penuh kemabukan dan dukacita… Nabi sering menggunakan anggur atau piala untuk menggambarkan kemurkaan Tuhan. Hal ini kerana anggur boleh menyebabkan orang mabuk dan kehilangan kekuatan. Apabila murka Tuhan datang, mereka akan menderita malapetaka. Mereka seolah-olah mabuk, terhuyung-hayang dan langsung tidak ada kekuatan (Yer 25:15-16; Yes 51:17). Selain itu, piala berisi anggur kehangatan sering dikaitkan dengan tubuh telanjang untuk menyatakan dosa. Maka nabi menggunakan perempuan sundal yang mabuk dan telanjang untuk menggambarkan bahawa dosa Samaria dan Yerusalem akan kelihatan. Sudah tentu, hal ini juga akan menyebabkan manusia menjadi hina dan kehilangan kehormatan (Yeh 23:32-34; Hab 2:16).
Selain itu, perumpamaan juga merupakan lambang penghakiman. Maka nabi sering menggunakan perumpamaan untuk menggambarkan penghakiman dalam nubuatnya. Ada orang berpendapat bahawa konsep ini berasal daripada adat “penghakiman oleh Tuhan” (trial by ordeal). Suspek terpaksa meminum secawan racun untuk membuktikan samada dia tidak bersalah atau bersalah. Kesudahan bagi orang yang diputuskan oleh Tuhan untuk meminum cawan murka ini ialah penyeksaan (Why 14:10), dan bahkan penyeksaan yang kekal. Oleh itu, anggur murka ini merupakan bukti dosa pada pandangan Tuhan. Berikut ialah perumpamaan-perumpamaan utama dalam kitab Yehezkiel:
- Pohon anggur 15:1-8: Perumpamaan tentang penduduk Yerusalem dibakar oleh api Tuhan dan tanahitu menjadi sunyi sepi.
- Isteri yang tidak setia 16:1-63: Perumpamaan tentangumat pilihan Tuhan tidak setia kepada Tuhan dan mengkhianati perjanjian yang
- Dua ekor burung rajawali17:1-21: Perumpamaan tentang Zedekia melanggar perjanjian dengan Babel dan bersepakat dengan Mesir.
- Pohon aras17:22-24: Perumpamaan tentang Mesias memerintah kerajaan Tuhan di atas gunung Tuhan yang tinggi sekali, dan raja bangsa-bangsa akan tunduk kepada-N
- Dua orang perempuan sundal23:1-49: Menekankan dilema kedua-dua Israel dan Yehuda mengingkari perjanjian dan meninggalkan Tuhan.
- Kualiyang mendidih 24:1-14: Perumpamaan tentang keadaan malang pengepungan Babel terhadap Yerusalem.
D. BEBERAPA MESEJ PENTING DALAM KITAB YEHEZKIEL
1. Anak manusia
Selain Tuhan Yesus (97 kali), Daniel dan Yehezkiel juga dipanggil anak manusia dalam Alkitab.
Gelaran anak manusia bagi Yesus berasal daripada kitab Daniel 7:13. Daniel melihat bahawa “tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapan-Nya”. Gelaran ini adalah untuk menyatakan sifat kemanusiaan Yesus. Hal ini kerana Dia, yang pada asalnya ialah Tuhan, telah menjadi anak manusia dalam daging dan darah. Dia juga mempunyai kelemahan yang dibawa oleh daging sama seperti kita (Ibr 2:14), tetapi Dia tidak berbuat dosa. Dia juga mengalami kesusahan dan penderitaan (Mrk 14:33-34). Oleh itu, gelaran anak manusia adalah untuk menunjukkan bahawa Yesus mempunyai sifat keilahian yang sempurna dan juga sifat kemanusiaan yang sempurna serta menjadi model manusia. Orang yang mengikuti jejak-Nya akan dapat memulihkan status sebagai anak Tuhan yang mulia.
Bagi Yehezkiel, gelaran anak manusia menyerlahkan bahawa walaupun dia digunakan dan diteguhkan oleh Tuhan; namun dia masih anak Adam yang lemah, tidak berkekuatan dan hina. Oleh yang demikian, adalah lebih perlu bagi dia untuk diubah oleh Tuhan, meminta pertolongan Tuhan dengan rendah hati lalu menunjukkan imej dan harapan Tuhan.
2. Perjanjian damai
Dalam kitab Yehezkiel 34:25, “perjanjian damai” disebut mula-mula sekali. Perjanjian damai yang disebut ialah janji untuk dapat menikmati “hidup yang aman tenteram” yang disebutkan dalam catatan 34:26-31 (27). Selain daripada hujan yang membawa berkat dan hasil-hasil tanah yang tidak berkesudahan, janji ini juga termasuk perlindungan terhadap pencerobohan dan gangguan bangsa asing dan perkara yang paling penting ialah Tuhan menjadi gembala umat pilihan. Dasar-dasar berkat ini ialah berkat yang dijanjikan dalam catatan kitab Imamat fasal 26.
Perjanjian damai yang disebutkan dalam catatan 37:26 disertakan dengan jaminan masa. Tujuan Perjanjian Kudus adalah untuk mewujudkan perdamaian, tetapi makna yang lebih besar daripada perdamaian adalah bahawa “perjanjian yang kekal” ini ialah perjanjian yang tidak boleh dibatalkan untuk selama-lamanya. Kebahagiaan ini ialah kebahagiaan yang sebenar. Oleh itu, nabi Yesaya berkata: “Sebab biarpun gunung-gunung beranjak dan bukit-bukit bergoyang, tetapi kasih setia-Ku tidak akan beranjak dari padamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang, …” (Yes 54:10).
Di samping itu, disebutkan dalam catatan 37:27-28 bahawa “perjanjian damai” ini juga termasuk Tuhan akan mendirikan tempat kudus yang kekal dalam kalangan umat pilihan. Tempat kudus ini tidak akan dimusnahkan oleh api lagi, iaitu Bait Suci Yerusalem baharu dengan nama kekal “TUHAN HADIR DI SITU” yang diterangkan dalam fasal 40 – 48.
3. Kemuliaan Tuhan
Kitab Yehezkiel juga boleh dikatakan sebagai sejarah pemergian dan kedatangan kembali kemuliaan Tuhan. Sejak awal lagi, kita dapat melihat kemuliaan syurga dan pemandangan yang menakjubkan. Namun oleh sebab umat pilihan berbuat dosa dan melanggar perjanjian, kemuliaan Tuhan pun pergi, kota dicerobohi, dan Bait Suci juga dimusnahkan. Gulungan kitab ini ingin menyatakan idea bahawa kewujudan dan kemuliaan Bait Suci bukanlah kerana penggunaan bahan-bahan yang mahal atau tapak pembinaan yang mewah. Khasiat rohani ini hanya akan muncul dengan adanya kehadiran kemuliaan Tuhan.
Dalam penglihatan terakhir tentang Bait Suci yang mulia dan kedatangan kembali kemuliaan Tuhan, kita akan mendapati bahawa bait ini telah siap dibangunkan, dan nabi tidak menyebutkan bahan-bahannya. Namun nabi berulang kali menekankan ukuran tongkat pengukur yang digunakan oleh nabi. Hal ini kerana selepas jemaat dibangunkan, penulis kitab Ibrani mendedahkan anugerah keselamatan yang dilambangkan oleh Bait Suci. Khemah Pertemuan, tempat kudus, mezbah, korban, jabatan imam dan lain-lain, semuanya merupakan wahyu sempurna yang merujuk kepada Yesus Kristus. “Di dalam hukum Taurat hanya terdapat bayangan saja dari keselamatan yang akan datang, dan bukan hakekat dari keselamatan itu sendiri.” (Ibr 10:1).
Tuhan masih belum datang pada zaman Yehezkiel, tetapi dia telah melihat secara samar-samar cara kemuliaan Tuhan akan dinyatakan dalam kerajaan-Nya. Kini, kita dapat melihatnya dengan lebih jelas dan praktikal, dan kita mesti mengelak daripada mengambil jalan buntu umat pilihan pada masa lalu. Apabila kita melihat kemuliaan Tuhan pergi selangkah demi selangkah, adegan itu seperti seorang bapa yang terluka, yang menoleh ke belakang untuk melihat anaknya dalam setiap langkah pemergiannya, yang keberatan untuk pergi tetapi terpaksa pergi. Kemuliaan pergi dari tempat maha kudus ke atas ambang pintu Bait Suci, seterusnya pergi dari ambang pintu dan hinggap di atas kerub-kerub, kemudian naik ke atas dan berhenti dekat pintu gerbang di sebelah timur, lalu naik ke atas dari tengah-tengah kota dan hinggap di atas bukit Zaitun di sebelah timur kota. Akhirnya, kemuliaan mengucapkan selamat tinggal kepada kota yang kudus dan Bait Suci lalu naik dari tanah. Betapa dahsyat!
Tetapi dengan penubuhan Bait Suci yang baharu, seiring dengan suara doa air / sungai, kemuliaan Tuhan masuk di dalam Bait Suci melalui pintu gerbang yang menghadap ke sebelah timur, dan bahkan sampai ke pelataran dalam dan seluruh bait. Hal ini sama seperti bapa yang melihat anak yang hilang itu kembali ke pangkal jalan. “… lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan. Ayahnya itu berlari mendapatkan dia lalu merangkul dan mencium dia.” Anak bongsu yang hina itu serta-merta mendapat kemuliaan, kesukaan dan kegembiraan.
4. Konsep rasa bersalah peribadi
Dalam fasal 18, nabi mempunyai tafsiran dan pembetulan baharu tentang konsep pembalasan umat Israel. Sebahagian sebab orang Israel dibawa ke dalam pembuangan adalah kerana pengumpulan dosa selama berabad-abad. Walaupun dosa mempunyai tahap hukuman kolektif ini, namun Yehezkiel lebih menekankan akibat dosa peribadi dan ketaatan berbanding nabi-nabi sebelum dia (18:1-32, 33:10-20).
Menurut kata-kata mereka, mereka umumnya berpendapat bahawa Tuhan tidak adil dan membiarkan generasi mereka menderita akibat dosa nenek moyang mereka. Maka mereka berkata: “Ayah-ayah makan buah mentah dan gigi anak-anaknya menjadi ngilu?” Konsep tradisional ini hanya menyebabkan mereka tidak berhadapan dengan dosa sendiri, lebih-lebih lagi kini mereka berada dalam dilema pembuangan. Konsep ini menjadikan mereka lebih pasif dan tidak mahu mengambil inisiatif untuk menjalinkan kembali hubungan yang harmoni dengan Tuhan.
Tuhan menyatakan kepada umat pilihan melalui perantaraan nabi: “Sungguh, semua jiwa Aku punya! Baik jiwa ayah maupun jiwa anak Aku punya! Dan orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati.” (18:4). Tuhan mengasihi semua orang. Dia tidak menghakimi seseorang kerana dosa orang lain. “Mati” di sini bukan sekadar kematian fizikal. Jika demikian, apakah perbezaan antara orang benar dengan orang jahat? “Mati” di sini merujuk kepada masa depan selepas kematian. Individu mesti bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.
Oleh itu, nabi mula-mula bercakap tentang orang benar (5-9) yang harus bertindak mengikut prinsip ketetapan dan peraturan Tuhan. Jika seseorang berlaku setia dalam hidup, Tuhan pasti membiarkannya hidup. Kemudian, disebutkan bahawa seorang yang benar mempunyai seorang anak yang jahat (10-13). Anak ini tidak bertindak sesuai dengan kebenaran bapanya. Nabi berkata: “… ia harus mati; darahnya tertimpa kepadanya sendiri.”
Seterusnya bagi generasi ketiga (14-18), jika dia menolak kejahatan bapanya, sebaliknya meneladani kebenaran datuknya, Tuhan berkata bahawa orang ini pasti hidup, tetapi bapanya akan mati. Oleh itu, nabi membuat satu kesimpulan (19-20): “Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.”
Selain itu, nabi juga bercakap tentang prinsip penghakiman taubat dan kejahatan (21-32). Jika orang fasik bersedia untuk bertaubat (21-23), maka Tuhan tidak akan mengingati kesalahan lalunya. Tetapi jika orang benar berpaling kepada melakukan kecurangan (24), maka usahanya yang terdahulu tidak dapat mengimbangi kesalahannya pada kemudian hari, dan dia harus mati kerana kejahatannya pada kemudian hari. Oleh itu, nabi sekali lagi bertanya kepada umat pilihan: “Apakah tindakan Tuhan yang tidak tepat?” Prinsip pembalasan inilah yang disebutkan dalam fasal ini.
5. Hati baharu roh baharu
Dalam kitab Yehezkiel 36:27, terdapat mesej bahawa Tuhan akan memberikan hati baharu dan roh baharu kepada umat pilihan. Langkah ini merupakan salah satu langkah pembaharuan dalaman bagi umat Israel sebelum Tuhan mendirikan kerajaan yang diperintahkan oleh Mesias.
“Hati baharu dan roh baharu” merujuk kepada kualiti semangat dan kualiti moral yang baharu bagi umat pilihan. Nabi terutamanya menggunakan hati yang lembut dan hati yang keras sebagai perumpamaan bagi perbezaan antara yang lama dengan yang baharu. Hati yang lembut mempunyai ciri-ciri kelemah-lembutan dan ketaatan sementara hati yang keras pula merupakan lambang keras hati / ketegaran dan pemberontakan.
Jika melihat daripada 11:19-20, kelemah-lembutan dan ketaatan merujuk kepada situasi dalaman yang menuruti segala ketetapan dan peraturan-peraturan. Penulis kitab Mazmur memanggil hati baharu dan roh baharu yang diperbaharui secara dalaman ini sebagai “hati yang tahir, roh yang teguh” (Mzm 51:12). Ciri-ciri dalaman khas dan kecenderungan ke arah kebaikan ini ialah kehendak Tuhan sejak Dia menciptakan manusia. Kualiti semangat ini perlu ada pada orang yang berkenan kepada Tuhan.
6. Nubuat tentang pembangunan jemaat benar
Penglihatan tentang pembangunan kembali Bait Suci dan kerajaan yang mulia dalam fasal 40 – 48 sebenarnya merujuk kepada pemulihan jemaat benar akhir zaman. Fasal 40 – 42 melambangkan bahawa jemaat pada zaman rasul-rasul membangunkan skala kebenaran dan Injil, iaitu yang dipanggil Paulus sebagai “contoh ajaran yang sihat” (2 Tim 1:13). “… melainkan kawan sewarga dari orang-orang kudus dan anggota-anggota keluarga Allah, yang dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru. Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapi tersusun, menjadi bait Allah yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga turut dibangunkan menjadi tempat kediaman Allah, di dalam Roh.” (Ef 2:19-22). Oleh itu, pelataran luar dan pelataran dalam, ruang sebelah luar, ruang sebelah dalam dan kamar tambahan, bangunan bilik-bilik dan empat penjuru Bait Suci yang dikuduskan (fasal 42) diukur mengikut ukuran yang ditetapkan oleh Tuhan. Ukuran ini juga merupakan skala jemaat benar Tuhan pada zaman rasul-rasul dan juga Injil Perjanjian Baru yang kita lihat pada hari ini:
- Pemercaya mesti menjalanipembaptisanair dan pembaptisan roh untuk dilahirkan kembali (36:24-28)
- Umatpilihan mesti dibangkitkan seperti tulang-tulang, mereka dibangkitkan dalam rohdengan roh Tuhan di dalam mereka (37:1-14)
- Mesti dikumpulkanuntuk menjadi jemaatsejati yang bersatu, dengan Tuhan sebagai raja dan gembala yang mentadbir jemaat (37:22,24)
Kemudian, kemuliaan Tuhan sekali lagi masuk di dalam Bait Suci melalui pintu gerbang yang menghadap ke sebelah timur hingga ke pelataran dalam, dan bahkan memenuhi bait itu (43:1-5). Roh Kudus membangkitkan jemaat / gereja benar di sebelah timur pada akhir zaman untuk meneruskan kerja-kerja bait ini pada masa kemudian dan membangun kembali bahagian perisian Bait Suci baharu. Antaranya termasuk:
- Menyusun semula skala pelayanan- memulihkan persembahan korbanyang benar-benar diberikan kepada Tuhan, membina kembali perjanjian antara manusia dengan Tuhan (Mal 4:5-6), menyusun semula skala firman: memulihkan susunan memasuki Bait Suci yang kekal, membezakan antara yang kudus dengan yang sekular dan antara “milik Ishak”, yang rohani dengan “milik Ismael”, yang duniawi (44:9,10-14), memisahkan “orang asing yang ada dalam kalangan orang Israel” dan “orang Lewi yang tidak dibenarkan menjadi imam”, serta bersiap sedia untuk menjalankan kerja menarik jaring dan membuat pemisahan (Mat 13:47-49). Oleh itu, dalam penglihatan air hidup mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci dalam fasal 47, air terus mengalir keluar dan menjadi penuh apabila Roh Kudus terus-menerus mengukur dengan tali peng Jemaat / gereja benar akhir zaman harus dipenuhi dengan Roh Kudus sehingga benar-benar taat dan diri sendiri tidak lagi dapat menendang air.
- Menerima hadiahpada hari-hari terakhir- apabila jemaat / gereja benar diangkat dan apabila Tuhan datang kembali untuk menjalankan penghakiman, Tuhan akan membalas dan memberikan upah kepada setiap orang menurut perbuatannya. Pada masa itu, kita akan menerima bahagian yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, dan kita akan diam di tempat keberadaan Tuhan (TUHAN HADIR DI SITU) untuk selama-lamanya. Dengan itu, kita akan benar-benar tahu bahawa “Dialah Tuhan”, iaitu Tuhan Yang Lanjut Usianya itu.
RUJUKAN
Alexander P. (2009). The Lion Handbook to the Bible. Lion Publishing.
Irving L. Jensen. (1981). Jensen’s Survey of The Old Testament. Moody Publishers.
Louis Berkhof. (1960). A Summary of Christian Doctrine. Banner of Truth.
Raymond B. Dillard dan Tremper Longman III. (2006). Introduction to the Old Testament.
Zondervan.