ALKITAB DAN SAINS

ALKITAB DAN SAINS

(Saudara Lin Da Yu)

 

KATA PENGANTAR

Kita kini berada dalam zaman kepesatan perkembangan sains. Secara khususnya, penambahbaikan teknologi nano, anjakan paradigma sains kehidupan dalam komposisi genetik dan teknologi kloning serta perkembangan yang maju dalam teknologi jaringan, komputer dan komunikasi telah membentuk “generasi e” yang sangat baharu. Hal ini menyebabkan banyak orang menganggap bahawa sains itu maha kuasa lalu tersesat dalam mitos sains. Oleh itu, artikel ini secara khusus menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan Alkitab dan sains dengan harapan dapat membolehkan rakan-rakan seiman memahami iman kepercayaan kita dengan lebih baik dan kemudian memperkuat jejak langkah iman kepercayaan sehingga dapat membuang “tahyul baharu” dalam “sains”.

 

A. HAKIKAT SAINS

1.Definisi “sains”

Perkataan “sains” dalam bahasa Latin bermaksud “pengetahuan”. Secara tegasnya, setiap pengetahuan sistematik ialah sains. Oleh itu, definisi sains ialah “semua pengetahuan empirikal, teori, objektif dan sistematik”.

 

2. Skop sains

Menurut definisi sains yang disebutkan di atas, dapat dilihat bahawa skop sains adalah sangat luas dan isi kandungannya boleh dibahagikan secara kasar seperti berikut:

  • Sains matematik: algebra, geometri, trigonometri, kalkulus, dan lain-lain.
  • Sains fizikal dan kimia: fizik, kimia, mekanik, termodinamik, geologi,meteorologi, dan lain-lain.
  • Sains biologi: biologi, anatomi, zoologi, botani, perubatan, antropologi, sains kehidupan, dan lain-lain.
  • Sains kemanusiaan: psikologi, etika, sosiologi, ekonomi, politik, undang-undang, falsafah, estetika, sejarah,geografi, dan lain-lain.

Antara perkara-perkara di atas, tiga yang pertama boleh digabungkan menjadi sains semula jadi. Oleh itu, skop sains boleh dibahagikan secara luas kepada “sains semula jadi” dan “sains kemanusiaan”. Sains yang didefinisikan secara sempit yang biasa disebut oleh orang biasa merujuk secara eksklusif kepada sains semula jadi. Perbincangan berikut memberikan tumpuan terutamanya pada “sains semula jadi”.

 

3. Kaedah sains

Terdapat dua jenis kaedah sains yang utama:

  • Kaedah induktif: Memerhatikan banyak perkara untuk mencari prinsip bersama disebut “kaedah induktif”.
  • Kaedah eksperimental: Menjalankan beberapa eksperimen untuk mendapatkan kesimpulan setelah menaakul prinsip yang diperoleh daripada kaedah induktif danteori atau hipotesis yang dibuat sendiri disebut “kaedah eksperimental”. Sebagai contoh, kaedah penyelidikan sains yang digunakan semasa kloning domba

 

4. Pandangan sains

Sains mudah dipercayai dan diterima oleh orang kerana sains mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Semua teori disokong denganeksperimen atau teori yang diiktiraf secara universal.
  • Eksperimen sains boleh diulang secara berterusan dan terbukti betul.
  • Banyak pencapaian dalam sains yang mengagumkanatau memberikan manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, nanoteknologi, teknologi satelit, penemuan komputer, perkembangan jaringan, kemajuan peralatan perubatan dan kaedah perubatan, atau kewujudan makanan ubah suai genetik dan lain-lain.
  • Kaedah sainsmembimbing orang melakukan sesuatu langkah demi langkah umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung agar senang berjaya.

 

B. SALAH FAHAM UMUM TENTANG SAINS

Kebanyakan orang mempunyai salah faham mengenai “sains” kerana tidak memahami “sains”. Perkara-perkara salah faham utama dibincangkan seperti berikut:

1. Salah faham bahawa sains menyokong ateisme

  • Oleh sebab sains tidak dapat “mengeksperimen”Tuhan, maka banyak orang salah faham bahawa sains ialah ateisme.

Sebenarnya, disertasi ilmiah tidak pernah mengkaji persoalan tentang “Tuhan”. Bagaimana mereka tahu samada “Tuhan” itu wujud? Sebaliknya, saintis yang percaya kepada Tuhan menyumbangkan majoriti mutlak.

 

  • Oleh sebab banyak hipotesis dalam sains telah disalah anggap sebagai kebenaran, sebilangan orang menganggap hipotesis yang sesuai dengan citarasa mereka sebagai kebenaran.

Sebagai contoh, sebaik sahaja teori evolusi Darwin diterbitkan, walaupun buktinya masih lemah, namun banyak orang salah faham bahawa teori itu ialah kebenaran dan berpendapat bahawa tidak ada perkara tentang Tuhan menciptakan umat manusia. Hakikatnya, banyak hipotesis evolusi dalam teori evolusi telah ditolak dan dibatalkan sehingga kini, dan banyak orang percaya pada kenyataan Alkitab iaitu bahawa Tuhan menciptakan “segala jenis”.

 

  • Golongan ateis menggunakan hipotesis sebagai alat propaganda. Mereka menyalahgunakannya dengan jahat dan mempromosikannya untuk mewujudkan momentum.

Sebelum meninggal dunia, Darwin berkata daripada hati nuraninya: “Walaupun saya curiga, namun saya tidak menafikan kewujudan Tuhan.”

 

2. Salah faham bahawa sains membawa lebih banyak manfaat berbanding kemudaratan kepada manusia, salah faham bahawa hasil kajian sains ialah kebenaran

Sebilangan besar orang salah faham bahawa perkembangan sains dan teknologi dapat merealisasikan impian manusia di samping membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada umat manusia. Tetapi hakikatnya, masih banyak impian umat manusia yang belum direalisasikan. Impian-impian besar seperti keabadian hidup dan impian-impian kecil seperti membolehkan orang di seluruh dunia mempunyai makanan dan pakaian yang mencukupi dan lain-lain lagi belum dapat direalisasikan.

Walaupun terdapat banyak kejayaan yang membanggakan dalam kejuruteraan genetik, namun masih terdapat banyak keraguan dalam perihal memakan makanan ubah suai genetik. Walaupun penemuan telefon selular menyebabkan revolusi dalam komunikasi, tetapi trauma ancaman gelombang radar juga tidak dapat dihapuskan.

Dengan perkembangan sains, walaupun taraf hidup manusia semakin meningkat dari hari ke hari, namun nikmat asas seperti udara segar telah berkurangan secara beransur-ansur. Oleh itu, walaupun terdapat pembinaan yang “bermanfaat”, namun senjata pembunuh yang “merosakkan” adalah lebih “maha kuasa”. Semua ini akan menyebabkan ancaman besar terhadap kelangsungan hidup manusia.

 

3. Salah faham bahawa hipotesis sains ialah kebenaran yang tidak pernah berubah

Penyelidikan sains didasarkan pada hipotesis. Oleh sebab pengemaskinian instrumen eksperimen yang berterusan, hipotesis yang asal selalunya ditolak. Sebagai contoh, pada tahun 1804, saintis berkata bahawa molekul ialah unit jirim terkecil. Tidak lama kemudian, mereka segera berkata bahawa nukleus atom dan elektron ialah jirim terkecil. Namun semakin canggih instrumen yang digunakan, semakin didapati bahawa terdapat banyak komponen yang berbeza dalam nukleus atom, dan komponen-komponen ini tidak semudah hasil penyelidikan sebelumnya. Sebagai contoh, zarah J yang ditemukan oleh Dr. Samuel C. C. Ting adalah salah satu zarah kecil. Orang moden pula telah menemukan lebih banyak zarah kecil seperti quark yang membentuk proton dan neutron. Semakin banyak yang dikaji, semakin keliru. Apa itu jirim? Jawapan para saintis juga semakin tidak pasti.

Oleh itu, sains berkembang selangkah lebih maju apabila daya pemerhatian semakin maju. Pada masa ini, teori sains pasti akan disemak semula. Banyak teori yang dianggap “betul” dan “moden” pada masa ini selalunya akan disemak semula atau ditolak dalam masa terdekat. Oleh itu, pada bila-bila masa, hasil yang diperoleh oleh sains hanyalah sebahagian daripada kebenaran. Kebenaran ini hanyalah sementara, bukannya kekal.

 

4. Salah faham bahawa semangat dan kaedah sains ialah taraf hidup yang tertinggi

Semangat dan kaedah sains boleh digunakan untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak mungkin menggunakannya dalam hidup sebagai manusia. Hal ini kerana sains menekankan prinsip-prinsip “percaya dengan melihat” dan menjalankan “eksperimen”. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip ini tidak dapat digunakan terhadap manusia. Jika tidak, banyak kecurigaan dan ketidakpercayaan akan timbul dalam kalangan manusia.

Hu Shih pernah berkata: “Untuk belajar, anda harus curiga apabila tidak ada kecurigaan. Untuk menjadi manusia, anda harus tidak curiga apabila ada kecurigaan”. Kata-kata ini benar-benar pernyataan yang sungguh-sungguh. Sains hanya mengkaji prinsip sesuatu perkara, bukan prinsip hidup sebagai manusia. Sebagai orang Kristian, kita harus menjadikan ajaran Alkitab sebagai taraf hidup yang tertinggi dan yang paling tepat.

 

5. Salah faham bahawa sains adalah maha kuasa

  • Dari perspektif hipotesis asas sains

Hipotesis yang dibentuk oleh sains biasanya dikaji berdasarkan satu prinsip holistik asas yang mungkin disebut “prinsip keseragaman semula jadi”. Maksudnya, hukum semula jadi tidak pernah berbeza kerana waktu, tempat, eksperimen atau orang yang memerhatikannya. Tetapi tidak boleh dilupakan, iaitu bahawa ketika Tuhan sendiri campur tangan secara langsung, hukum semula jadi tidak semestinya ada lagi. Kita menyebut tindakan campur tangan langsung oleh Tuhan sebagai tanda mukjizat. Ketika Tuhan mengadakan tanda mukjizat, fenomena itu tidak dapat dijawab oleh sains.

Di samping itu, semua teori adalah berdasarkan hipotesis, manakala kebanyakan hipotesis ini tidak dapat dibuktikan. Sama ada hipotesis itu boleh dipercayai, tanpa kesalahan, atau tidak ada yang ketinggalan, semua ini juga merupakan persoalan yang tidak dapat dijawab oleh sains. Beberapa hipotesis bahkan salah sehingga banyak teori sering ditolak.

Oleh itu, dari perspektif hipotesis asas sains, sains bukanlah maha kuasa.

 

  • Dari perspektif kaedah penyelidikan sains

Kaedah penyelidikan sains merupakan alat mencari pengetahuan bagi para saintis. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang mungkin dieksperimenkan atau diperhatikan mesti mempunyai sifat-sifat berikut sebelum dapat dianalisis dengan kaedah sains. Jika tidak, perkara-perkara itu tidak dapat ditangani oleh kaedah sains.

  • Kebolehulangan

Para saintis hanya dapat menggunakan fenomena atau kesan yang boleh diulang berkali-kali untuk tujuan eksperimen atau pemerhatian. Namun, banyak fenomena yang tidak dapat diulang. Sebagai contoh, “kehidupan manusia” atau “kematian” tidak dapat diulang dan dilakonkan secara berterusan.

  • Sifat pasif

Dalam makmal sains, perubahan dalam persekitaran yang berbeza sering digunakan untuk mendapatkan hasil yang berbeza supaya hasil-hasil itu boleh diringkaskan secara induktif untuk mengetahui hubungan sesama hasil-hasil itu. Jika sesuatu objek penyelidikan tidak bertindak balas terhadap perubahan persekitaran, atau objek penyelidikan bertindak balas secara aktif, kaedah sains tidak berguna lagi.

  • Kesedaran

Eksperimen dan pemerhatian sains dijalankan dengan bergantung pada pancaindera manusia (seperti penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan, rasa) atau dengan menggunakan peralatan tambahan. Ketepatan data yang diukur oleh pancaindera atau peralatan tambahan ini sering dipersoalkan. Dalam alam semesta ini, perkara yang dapat diukur oleh pancaindera atau peralatan tambahan adalah terlalu sedikit. Kita tidak boleh menafikan kewujudannya hanya kerana sains belum menemukannya. Tindakan sedemikian terlalu tidak saintifik untuk dilakukan.

Berdasarkan analisis di atas, dapat dilihat bahawa perkara-perkara yang boleh ditangani dengan kaedah sains mesti mempunyai tiga syarat di atas pada masa yang sama. Oleh itu, skop penyelidikan sains adalah terlalu sempit.

Oleh itu, dari perspektif kaedah penyelidikan sains, sains bukanlah maha kuasa.

 

  • Dari perspektif tujuan penerokaan sains

Walaupun para saintis memerhatikan, menggambarkan dan menganalisis sesuatu perkara, namun tujuan sebenarnya adalah untuk mencari penjelasan. Teori diperlukan untuk membuat penjelasan. Walau bagaimanapun, teori hanya dapat menjelaskan fenomena tetapi tidak dapat menjelaskan sebab kewujudannya.

Sebagai contoh, walaupun fenomena semula jadi seperti elektrik, daya magnetik dan graviti dapat dijelaskan dan dikira dengan tepat dengan kaedah matematik, namun sebab kewujudannya langsung tidak dapat dinyatakan. Oleh itu, saintis hanya dapat mencari sebab semula jadi, tetapi tidak dapat menyelesaikan persoalan lain di luar semula jadi. Sebagai contoh, persoalan tentang sumber asas jirim atau manusia dan lain-lain tidak dapat diterokai.

Oleh itu, dari perspektif tujuanpenerokaansains, sains bukanlah maha kuasa.

 

  • Dari perspektif skop penyelidikan sains

Penyelidikan sains hanyalah pengetahuan separa kerana sains menghadapi banyak batasan. Oleh itu, masih ada pengetahuan lain di luar bidang sains. Fakta yang ditemukan oleh sains bukanlah satu-satunya fakta, ada fakta-fakta lain di luar bidang sains.

Pada masa yang sama, sains bukanlah satu-satunya perkara yang hebat dan satu-satunya perkara yang berbaloi untuk dikejar. Hal ini kerana sains hanya dapat mencatatkan beberapa fakta tertentu tetapi jarang dapat mengkaji perkara-perkara yang tidak dapat diukur seperti “kecantikan”, “cita-cita”, “keinginan”, “kasih”, “kebahagiaan”, dan sebagainya. Perkara-perkara yang tidak dapat diukur ini selalunya merupakan perkara-perkara yang paling hebat dan yang paling berbaloi untuk dikejar dalam hidup manusia.

Oleh itu, dari perspektif skop penyelidikan sains, sains bukanlah maha kuasa.

Berdasarkan analisis di atas, kita dapat melihat bahawa sains bukanlah maha kuasa dari perspektif hipotesis asas sains, kaedah penyelidikan sains, tujuan penerokaan sains ataupun skop penyelidikan sains.

 

C. PUSAT IMAN KEPERCAYAAN – ALKITAB

Pusat iman kepercayaan kita sepenuhnya didasarkan pada Alkitab. Hal ini kerana semua berkat keselamatan dicatatkan dalam Alkitab. Oleh itu, Alkitab merupakan piawaian tertinggi kita terhadap Tuhan dan manusia. Banyak orang yang belum pernah membaca Alkitab berpendapat bahawa Alkitab hanyalah sebuah buku yang menasihati manusia untuk berbuat baik bagi memperbaiki kekurangan undang-undang moral, atau hanyalah sebuah klasik agama seperti kitab suci Buddha, kitab Taoisme dan Al-Quran. Mereka tidak memahaminya kerana mereka sama sekali tidak mengkajinya dan tidak tahu bahawa Alkitab merupakan sebuah buku mengenai semua orang. Selain itu, bagi mereka yang telah membaca Alkitab tetapi tidak faham, apakah salah faham mereka? Bagaimana kita percaya bahawa Alkitab benar-benar merupakan firman Tuhan?

Bahagian ini akan membincangkan persoalan-persoalan ini dengan lebih terperinci:

1. Salah faham umum tentang Alkitab

  • Prejudis kerana tidak percaya pada kuasa Tuhan

Amat sukar bagi manusia untuk memahami hal-hal Tuhan dengan akal mereka sendiri. Hal ini kerana kuasa Tuhan lebih unggul daripada manusia dan tidak dapat difahami dengan pemahaman manusia sahaja, tetapi dengan ajaran Roh Kudus (Yoh 16:13; 1 Kor 2:11). Mereka tidak mengkaji firman Alkitab dengan rendah hati, tetapi hanya menilai perkara-perkara rohani dengan bergantung pada “hati jahat yang tidak percaya” dan logik duniawi sehingga menghasilkan konsep yang salah.

Oleh itu, jika kita ingin memahami Alkitab dengan tepat, kita mesti beriman terhadap catatan Alkitab dan kuasa Tuhan. Kita tidak boleh memahaminya berdasarkan konsep sendiri yang salah.

 

  • Prejudis kerana praanggap (preconceived)

Masa dan tempat setiap kisah dalam Alkitab berbeza dengan persekitaran kita sekarang. Sama seperti hukum Taurat yang membuat ketetapan bahawa adik lelaki mesti menikahi isteri abangnya agar dapat memberikan keturunan kepada abangnya. Hukum khas ini ditetapkan kerana Tuhan yang benar menghendaki setiap keluarga yang memasuki tanah Kanaan dapat memperoleh warisan. Oleh itu, kita tidak boleh mengkritik amalan pada masa itu berdasarkan pandangan etika semasa iaitu dengan prejudis yang disebabkan oleh praanggap (preconceived).

 

  • Prejudis kerana memenuhi teori sains

Banyak orang menjadikan teori dunia sebagai piawai dan menjelaskan Alkitab sesuai dengan piawaian itu. Mereka mempercayainya sekiranya dapat menjelaskannya tetapi sangat meraguinya jika tidak dapat menjelaskannya. Kita tahu bahawa teori dunia sentiasa berubah. Teori yang tidak dapat dijelaskan adalah kerana “kuasa sains” belum “cukup mahir”, bukan kerana ada masalah dengan catatan Alkitab.

 

  • Prejudis kerana salah faham bahawa fakta catatan Alkitab dipersetujui oleh Tuhan secara diam-diam

Ada orang berpendapat bahawa Alkitab mencatat dan mempersetujui beberapa peristiwa yang tidak sesuai dengan piawaian moral, dan bahawa ada masalah dengan piawaian moral Alkitab. Kita mesti tahu bahawa catatan tidak sama dengan persetujuan secara diam-diam. Kita mesti membaca konteks, perkembangan sejarah sebelum dan selepas, dan sebab-akibat untuk menilai pengakhirannya dengan tepat.

Sebagai contoh, peristiwa Yakub memperoleh berkat dengan cara penipuan. Catatan kitab Kejadian fasal 27 tentang Yakub menggunakan cara penipuan untuk mendapatkan berkat ayahnya dan masih berjaya dianggap bahawa Alkitab mempersetujui penipuan. Sebenarnya, Tuhan telah berjanji bahawa anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda sebelum Esau dan Yakub dilahirkan (Kej 25:20-25). Sekiranya Yakub tidak menggunakan tipu daya, adalah dipercayai bahawa Tuhan akan menggunakan kaedah lain untuk menggenapi janji itu. Namun, Yakub menipu ayahnya kerana dia berulang kali dihasut oleh Ribka, ibunya. Alkitab juga tidak menyatakan bahawa perbuatan Ribka betul, tetapi hanya mencatatkan kasih ibu terhadap anaknya dengan sesungguhnya. Kita tahu bahawa Yakub telah melarikan diri dari rumah selama dua puluh tahun kerana kejadian ini, manakala Ribka pula benar-benar merasai kesakitan perpisahan hidup dan mati. Yakub sendiri juga banyak menderita kerana hal ini.

 

  • Prejudis kerana anggapan bahawa catatan Alkitab tidak lengkap

Ada orang yang membaca Alkitab berpendapat bahawa Alkitab berat sebelah kerana catatan yang tidak lengkap atau tidak konsisten. Sebagai contoh, kitab Kejadian 4:17 menyebutkan isteri Kain, “Kain bersetubuh dengan isterinya dan mengandunglah perempuan itu, lalu melahirkan Henokh.” Sebilangan orang berpendapat bahawa Adam hanya melahirkan Habel, Kain dan Set. Dari mana datangnya anak perempuan ini? Dari mana datangnya isteri Kain? Menurut catatan Alkitab, oleh sebab perbuatan Habel dan Kain telah mempengaruhi seluruh umat manusia, maka hanya mereka berdua yang secara khusus dicatatkan secara selektif. Tidak ada pernyataan bahawa Adam hanya melahirkan mereka berdua sahaja. Sebaliknya, apabila kita melihat ayat ini, kita harus tahu bahawa Adam dan Hawa mempunyai sekurang-kurangnya satu anak perempuan.

Kita tahu bahawa catatan Alkitab ada temanya, iaitu anugerah keselamatan. Oleh itu, adalah mustahil untuk menjelaskan semuanya dengan jelas, dan bahkan adalah mustahil untuk mencatatkan semua peristiwa sejarah sejak penciptaan dunia secara terperinci. Maka, hanya bahagian yang berkaitan dengan tema saja yang diterokai. Kita harus faham bahawa Alkitab tidak dituliskan untuk kepentingan penyelidikan kita. Pada masa yang sama, beberapa perkara yang tersembunyi dalam Alkitab mungkin tidak dapat diselesaikan untuk kita pada tahap ini. Adalah dipercayai bahawa semua perkara yang tersembunyi akan difahami oleh kita apabila Kerajaan Tuhan datang kembali.

 

2. Asal-usul Alkitab membuktikan Alkitab ialah firman Tuhan

Gulungan pertama Alkitab dituliskan pada kira-kira tahun 1420 SM, manakala gulungan terakhir pula disiapkan pada kira-kira tahun 95 M. Jarak masa antara keduanya adalah lebih daripada 1500 tahun. Identiti penulisnya sangat rumit. Terdapat kira-kira empat puluh orang penulis yang termasuk raja, ahli politik, nabi, imam, petani, pemungut cukai, doktor, nelayan dan lain-lain lagi. Penulis-penulis ini mempunyai status, pengetahuan, perangai, pendapat, adat, dan kebiasaan yang berbeza. Gulungan-gulungan kitab dituliskan di tempat yang berlainan, seperti Bait Suci, padang gurun, atas bukit / gunung, tepi sungai, pulau, istana, atau bahkan penjara. Namun, gulungan-gulungan kitab ini dapat digabungkan menjadi satu buku tanpa sebarang kontradiksi dan dengan tema yang berpusat. Bolehkah ada buku kedua yang seumpamanya di dunia? Tidak akan ada penjelasan lain yang lebih baik sekiranya bukan kerana kepemimpinan dan ilham Tuhan.

 

3. Isi kandungan Alkitab membuktikan Alkitab ialah firman Tuhan

Tuhan mahu menyampaikan kehendak-Nya kepada umat manusia. Selain dengan menggunakan penglihatan, mimpi, dan penterjemahan bahasa Roh, alat yang paling penting dan berpengaruh adalah dengan menggunakan sebuah buku. Tetapi banyak sekali buku di dunia. Yang manakah buku Tuhan yang sebenarnya? Kita berpendapat bahawa buku Tuhan mesti mempunyai setiap syarat berikut:

  • Buku ini mesti dengan jelas menyatakan “tulisan itu ialah tulisan Allah”

Sekiranya semua buku atau klasik di dunia diukur dengan piawaian ini, kita akan mendapati bahawa hanya tiga buah buku yang memenuhi piawaian ini:

  • Alkitab:Kitab klasik yang digunakan oleh agama Kristian. Keseluruhan Alkitab menyatakan sekitar dua ribu kali: “demikianlah firman TUHAN”.
  • Al-Quran: Kitab klasikyang digunakan oleh agama
  • Kitab Mormon: Kitab klasikyang digunakan oleh Gereja Orang Suci Zaman Akhir.

 

  • Hukum moral dalam buku ini mesti lebih tinggi daripada buku-buku biasa

Berikut merupakan tiga buah buku yang berkelayakan yang disebutkan di atas sebagai perbandingan:

  • Al-Quran

Dalam kitab ini, ada pernyataan bahawa poligami adalah dibenarkan di syurga dan tidak menjadi jenayah untuk mengahwini empat orang isteri. Piawaian moral ini lebih rendah daripada piawaian moral umum di dunia. Sekiranya semua lelaki berbuat demikian, maka hasilnya adalah sama ada bilangan perempuan tidak mencukupi ataupun banyak lelaki yang tidak dapat memperoleh seorang isteri. Hasil ini akan memberikan kesan serius ke atas “keseimbangan ekologi lelaki dan perempuan”.

  • Kitab Mormon

Isi kandungan edisi pertama dan kedua kitab Mormon telah banyak berubah. Agama Mormon mempromosikan sistem poligami pada awal masa tetapi maksiat ini dihapuskan pada tahun 1890. Adakah kata-kata Tuhan akan berubah berulang kali?

  • Alkitab

Hukum moral Alkitab lebih tinggi daripada hukum moral Konfusianisme. Berikut adalah beberapa contoh sebagai perbandingan:

  • Confucius berkata: “Jangan melihat, mendengar, bercakap, atau menyentuh tanpa kesusilaan.”Yesus berkata: “Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.” (Mat 5:28).
    • Confucius hanya menyebut tentang tingkah laku, tetapiYesus menyebut tentang motifnya.
  • Confucius berkata: “Layanlah setiap orang sebagaimana anda ingin dilayani.” Yesus berkata:“Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.” (Mat 5:44).
    • Confucius hanya menyebuttentang mendorong diri sendiri dan orang lain, tetapi Yesus menyebut tentangmengasihi orang lain dengan hati yang mengasihi diri sendiri, termasuk mengasihi musuh.

 

  • Buku ini mesti menjelaskan asal-usul penciptaan dunia dan manusia serta kesudahan akhirnya

Hanya Tuhan yang mengetahui asal usul dunia, penciptaan manusia dan kesudahan pada akhir zaman. Oleh sebab buku ini ialah buku Tuhan, jadi buku ini akan memberitahu kita. Buku-buku lain dituliskan oleh manusia, jadi tentu saja mereka tidak tahu dan tidak dapat menuliskannya pada masa yang sama. Kita boleh mendapat jawapan yang jelas untuk soalan ini dengan membaca kitab Kejadian fasal 1 dan 2 dan ayat-ayat lain.

 

  • Pasti ada nubuat dalam buku ini, dan nubuat itu pasti dipenuhi

Hanya buku Tuhan saja yang berani bernubuat kerana kehendak Tuhan sedang berkuatkuasa. Jika tidak, bukankah buku itu “buang nama”? Jika kita melihat semua buku di dunia, hanya Alkitab saja yang ada nubuat, dan kebanyakan nubuat dalam Alkitab boleh dikatakan telah dipenuhi. Sebahagian kecil selebihnya berkaitan kedatangan Tuhan kali yang kedua juga akan dipenuhi pada masa kelak.

 

  • Buku ini mesti menyatakan kehendak Tuhan terhadap manusia

Oleh sebab Tuhan menciptakan dan mengasihi manusia, maka Dia pasti akan memberitahukan kehendak-Nya kepada manusia. Alkitab dengan jelas menyatakan:

  1. Manusia menderita kerana berbuat dosa
  2. Perintah-perintahTuhan
  • Tuhan mengutus Juruselamat Yesus untuk menjalankan anugerah keselamatan demi dosa-dosa manusia kerana belas kasihan-Nya kepada manusia
  • Cara seharusnya seseorang berperilaku agar berkenan kepada Tuhan dan diselamatkan

 

  • Buku ini pastinya senang diperoleh

Tidak ada buku di dunia yang diterjemahkan ke dalam lebih daripada seribu dialek seperti Alkitab. Hampir semua kaum dapat membaca versi yang diinginkan. Pada masa yang sama, harganya sangat murah dan kebanyakan orang mampu untuk membelinya.

 

4. Kuasa Alkitab membuktikan Alkitab ialah firman Tuhan

Tidak ada satu buku lain di dunia yang memiliki kuasa besar seperti Alkitab tidak kira dari segi perubahan terhadap individu mahupun dari segi perubahan terhadap seluruh dunia.

  • Perubahan Alkitab terhadap keperibadian seseorang

Pelajaran buku sains hanya dapat menjadikan seseorang lebih mahir dalam pengiraan matematik, tetapi tidak dapat mengubah keperibadian seseorang. Oleh sebab perkataan-perkataan Alkitab menggerakkan hati manusia, maka banyak orang jahat telah berubah menjadi baik daripada kejahatan mereka dan menjadi manusia baharu. Terdapat banyak kesaksian hidup di sekitar kita tentang hal ini. Paulus berkata: “Marilah kita hidup dengan sopan, seperti pada siang hari, jangan dalam pesta pora dan kemabukan, jangan dalam percabulan dan hawa nafsu, jangan dalam perselisihan dan iri hati. Tetapi kenakanlah Tuhan Yesus Kristus sebagai perlengkapan senjata terang dan janganlah merawat tubuhmu untuk memuaskan keinginannya.” (Rm 13:13,14). Kata-kata ini benar-benar pedang bermata dua bagi mereka yang ingin melakukan kejahatan.

 

  • Pengaruh Alkitab terhadap dunia
    • Lincoln memahami ayat “Dari satu orang saja Ia telah menjadikan semua bangsa dan umat manusia untuk mendiami seluruh muka bumi …” (Kis 17:26). Dia berpendapatbahawa semua orang adalah bersaudara pada mata Tuhan. Jadi dia menghapuskan sistem perhambaan dan membebaskan hamba-hamba.
    • Orang Kristian diperintahkan: “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk.” (Mrk 16:15).Jadi mereka pergi jauh ke tempat yang belum diterokai dan padang gurun tanpa menghiraukan kenikmatan dan keselamatan hidup mereka dengan tujuan untuk memberitakan Injil.
    • Di tempat yang dapat dicapai olehInjil, orang-orang tempatan sering diberkati, orang yang sakit dan trauma disembuhkan, orang jahat dan budaya buruk dalam masyarakat juga diubah.

 

5. Kesahihan Alkitab membuktikan Alkitab ialah firman Tuhan

Terdapat banyak nubuat dalam Alkitab. Kita boleh berkata bahawa sebahagian besar daripada nubuat-nubuat itu telah digenapi. Kita dapat memahami kesahihan Alkitab melalui penggenapan nubuat-nubuat. Syarat-syarat berikut harus ada pada masa yang sama untuk bernubuat:

i. Menyatakan kepada umum sebelum penggenapannya

ii. Harus mempunyai pandangan jauh yang luar biasa

  • Harus menjelaskannya secara terperinci tanpa kesalahan
  • Harus ada jangka waktu dari nubuat hingga penggenapannya
  • Penggenapannya harus jelas dan nyata

Nubuat-nubuat dalam Alkitab memenuhi syarat-syarat di atas. Berikut secara khusus mengambil nubuat-nubuat tentang Kristus dan Roh Kudus sebagai contoh, dan keterangannya adalah seperti berikut:

1. Nubuat-nubuat tentang Kristus [Ayat-ayat nubuat dan penggenapan ditunjukkan dalam tanda kurungan]

  • Nubuat tentang Kristus dilahirkan oleh seorang perempuan muda (Yes 7:14; Mat 1:18-25)
  • Nubuat tentang Kristus dilahirkan di Betlehem (Mi 5:2,3; Luk 2:1-7)
  • Nubuat tentang wajah Kristus (Yes 52:14; Yoh 8:57)
  • Nubuat tentang sikap pemberitaan Injil Yesus (Yes 42:1-3, 61:1,2; Mat 12:9-21; Luk 4:18)
  • Nubuat tentang Yesus memberitakan Injil dan mengadakan tanda mukjizat di Galilea (Yes9:1,2, 35:5,6; Mat 4:18 – fasal 17)
  • Nubuat tentang Yesus ditolak oleh pemimpin negara-Nya (Mzm 118:22; Mat 21:42-44)
  • Nubuat tentang Yesus menunggang keldai ke Yerusalem (Za 9:9; Mat 21:1-8)
  • Nubuat tentang Yesus dikhianati oleh sahabat(Mzm 41:10; Yoh 13:18-27; Luk 22:47, 48)
  • Nubuat tentang keadaan Yesus ketika dihakimi (Yes 53:7; Mat 27:13,14)
  • Nubuat tentangYesus meminum anggur asam di atas kayu salib (Mzm 69:22; Yoh 19:29)
  • Nubuat tentang perajurit-perajurit membuangundi untuk membahagi pakaian Yesus (Mzm 22:19; Yoh 19:22-24)
  • Nubuat tentangYesus terhitung di antara pemberontak-pemberontak (Yes 53:12; Mat 27:38)
  • Nubuat tentangsegala tulang Yesus akan dilindungi (Mzm 34:21; Yoh 19:31-33) Nubuat tentanglambung Yesus ditikam dengan tombak (Za 12:10; Yoh 19:34-35)
  • Nubuat tentangYesus dikuburkan di antara orang-orang fasik (Yes 53:9; Mat 27:57-60)
  • Nubuat tentang kebangkitan Yesus (Mzm 16:10; Kis 2:31,32)
  • Nubuat tentang Yesus terangkat ke syurga (Mzm 68:19, 110:1-3; Kis 1:9) Nubuat tentangkedatangan kembali Yesus (Za 14:5; Yoh 14:3; menunggu untuk digenapi)

 

2. Nubuat-nubuat tentang kedatangan Roh Kudus

Pada kira-kira tahun 835 SM, Tuhan bernubuat melalui perantaraan nabi Yoel: “Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, …” (Yl 2:28). Setelah itu, pada kira-kira tahun 600 SM, nabi Yeremia berkata: “… TUHAN, Allah kita, yang memberi hujan pada waktunya, hujan pada awal musim maupun hujan pada akhir musim,…” (Yer 5:24).

Kita tahu bahawa hujan melambangkan Roh Kudus. Hujan kali pertama iaitu Roh Kudus pada awal musim telah dicurahkan pada zaman rasul-rasul sesuai dengan janji Tuhan (Kis 2:1-4). Pada hari-hari terakhir sekarang, Tuhan juga akan mencurahkan hujan kali kedua iaitu Roh Kudus pada akhir musim kepada gereja benar pada akhir zaman sesuai dengan janji-Nya.

 

D. KEKEKALAN DAN KEKENTALAN ALKITAB MEMBUKTIKAN ALKITAB IALAH FIRMAN TUHAN

1. Kekekalan Alkitab

Oleh sebab “segala tulisan diilhamkan Allah” (2 Tim 3:16), “oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara atas nama Allah” (2 Ptr 1:21), “Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya” (Ibr 13:8), maka perkataan-perkataan Tuhan tidak akan pernah berubah. Hal ini tidak mungkin berlaku dalam mana-mana buku.

Jarak masa Alkitab dari lima kitab Musa (Pentateuch) hingga sekarang sudah mencapai 3,500 tahun. Alkitab nampaknya tidak perlu membuat sebarang perubahan untuk memenuhi keperluan zaman sekarang. Sebab utamanya adalah kerana Alkitab merupakan firman Tuhan yang tidak akan pernah berubah.

 

2. Kekentalan Alkitab

Selama bertahun-tahun, selain Alkitab, tidak ada sebuah buku di dunia yang telah diserang untuk jangka masa lama tetapi tidak mengalami kerosakan. Dalam setiap zaman, ada banyak orang memfitnah Alkitab, ingin menghapuskan Alkitab, atau bahkan membakar Alkitab. Namun, selepas satu jangka masa, penyebaran dan penjualan Alkitab menjadi semakin makmur. Menurut statistik penjualan di seluruh dunia oleh Persatuan Alkitab, ratusan juta salinan Alkitab dijual sepanjang tahun. Tidak ada buku di dunia yang memiliki jumlah penjualan yang begitu banyak seperti Alkitab.

Selain itu, ada banyak orang yang secara khusus mencari kesalahan Alkitab, tetapi mereka tidak dapat menemukannya. Banyak orang melihat nubuat yang belum digenapi lalu ingin mengumpulkan kekuatan orang ramai untuk mengubah penggenapan nubuat, tetapi semuanya sia-sia. Hari ini, setelah ribuan tahun, kita masih mempunyai Alkitab yang sempurna ini dalam tangan. Hal ini cukup untuk menunjukkan bahawa Alkitab ialah firman Tuhan yang tidak boleh diberi toleransi dan tidak dapat dilenyapkan. Ada orang berkata: “Tanda mukjizat terbesar Alkitab adalah bahawa Alkitab tidak dapat dilenyapkan.” Kata-kata ini benar.

Oleh itu, asal-usul Alkitab, isi kandungan Alkitab, kuasa Alkitab, kesahihan Alkitab serta kekekalan dan kekentalan Alkitab yang disebutkan di atas semuanya menunjukkan bahawa pusat iman kepercayaan kita – Alkitab adalah benar dan boleh dipercayai.

 

E. SAINS DALAM ALKITAB

Dalam bahagian ini, kita akan secara khusus mengkaji catatan berkenaan sains dalam Alkitab. Kita akan membandingkan sama ada terdapat pelanggaran sains dalam catatan Alkitab atau prinsip sains yang telah ditemukan terlebih dahulu.

1. Astronomi

  • Teori lingkaran bumi (Ayb 26:7; Yes40:22)
  • Kurang dua puluh empat jam dalam sistem suria (Yos 10:12,13; Yes 38:8)
  • Jumlah bintang (Kej 15:5)
  • Bintang Kartika (Pleiades) dan bintang Belantik (buruj Orion) (Ayb 38:31)
  • Mintakulburuj (the signs of the zodiac) dan bintang Biduk (Big Dipper) (Ursa Major) (Ayb 38:32)

 

2. Meteorologi

  • Teori kitaran air (Pkh 1:7)
  • Pancutan air laut (Mzm 42:8)
  • Taburan awan (Ayb 36:29)
  • Keseimbangan awan (Ayb 37:16)
  • Kilat(Ayb 38:25)

 

3. Oseanografi

  • Sumber laut (mata air dasar laut) (Ayb 38:16)
  • Arus laut (jalan laut) (Yes 43:16; Mzm 8:9)

 

4. Fizik

  • Elektrik (Ayb 38:25)
  • Angin dan air (Ayb 28:24,25; Yes 40:12)
  • Tekanan udara

 

5. Kimia

  • Perbendaharaan salju dan perbendaharaan hujan batu (Ayb 38:22)
  • Anggur yang baharudan kantong kulit yang tua (Mat 9:17)

 

6. Zoologi

  • Sifat haiwan (Ayb 39:4-6)
  • Ekologi kuda Nil(Ayb 40:10-19)

 

7. Botani dan mikrobiologi

  • Pertumbuhan dan perkembangan tanaman (Yes​​44:14; Ul 33:13,14)
  • Objek yang dijangkiti kusta kemerah-merahan (Im 13:49-52)

 

8. Fisiologi dan genetik

  • Engkau debu (Kej 3:19)
  • Cara Yakub mendapatkan domba Laban (Kej 30:32,33)

 

9.Perubatan dan penjagaan kesihatan

  • Penyakit kanker(gangren) (2 Tim 2:16,17)
  • Sunat (Kej 21:4; Kel 12:48)

 

10. Arkeologi

Bahagian ini memilih beberapa penemuan objek kuno dari perspektif arkeologi untuk mengesahkan catatan Alkitab. Pada dasarnya, kronologinya disusun mengikut urutan waktu kejadian.

  • Makam dan mayat kuno membuktikan kesalahan teori evolusi
  • Legenda penciptaan dunia membuktikan kebenaran penciptaan Tuhan
  • Inskripsi dan ukiran membuktikan kebenaran pokok kehidupan dan kejatuhan umat manusia
  • Legenda air bah membuktikan kebenaran dunia dimusnahkan oleh air bah
  • Penemuan Menara Babel mengesahkan catatan Alkitab
  • Pengesahan struktur pintu gerbang rumah Lot
  • Penemuan surat-surat kuno mengesahkan catatan Alkitab tentang Yosua memimpin orang Israel menyerang tanah Kanaan
  • Pengesahan kisah Simson
  • Pengesahan kemusnahan negara Israel di Kerajaan Utara
  • Pengesahan saluran air ketika Daud menyerang Yerusalem

Berdasarkan perbincangan pengetahuan sains di atas, kita tahu bahawa catatan Alkitab adalah bertepatan dengan penemuan sains. Sebaliknya, perkembangan sains tidak dapat mengikuti langkah Alkitab. Mengapa? Sebabnya adalah kerana Tuhan yang benar merupakan pencipta alam semesta, dan Tuhan yang benar juga merupakan penulis Alkitab yang sebenar. Bagaimana perkataan-perkataan Tuhan tidak bertepatan dengan perbuatan-Nya dalam alam semesta? Namun, orang-orang yang menulis Alkitab juga mungkin berasa hairan dan tidak dapat memahami penulisan itu kerana tahap sains pada masa itu belum dapat mengesahkan catatan sains dalam Alkitab.

Kita tahu, walaupun Alkitab dituliskan dengan tangan manusia, namun sama sekali bukan berdasarkan kehendak manusia. Alkitab diilhamkan oleh Tuhan. Musa telah tinggal di istana Mesir selama empat puluh tahun dan telah dididik dalam segala hikmat orang Mesir. Namun ketika menulis Alkitab, penulisannya tidak mengandungi sebarang kesalahan budaya kontemporari walaupun banyak legenda tentang asal usul manusia dan dunia disebarkan pada masa itu. Oleh itu, kita dapat lebih memahami pusat iman kepercayaan kita – Alkitab daripada catatan sains dalam Alkitab. Alkitab benar-benar ialah firman Tuhan.

 

F. HUBUNGAN ANTARA SAINS DENGAN IMAN KEPERCAYAAN

1. Beberapa persoalan untuk renungan

  • Bolehkah kemajuan sains menggugat kebenaran Alkitab?

Ada orang yang berpendapat bahawa kemajuan sains moden telah secara beransur-ansur menyebabkan manusia tidak dapat menerima fenomena luar biasa dalam Alkitab yang tidak dapat dijelaskan dengan sains. Dengan itu, mereka berpendapat bahawa sains telah menggugat kewibawaan Alkitab. Sebenarnya, jika sains dapat menggugat kebenaran, sains telah dapat menyerang Alkitab seawal saat Alkitab disiapkan. Hal ini kerana manusia dua ribu tahun yang lalu juga seperti kita yang mengaku lebih pintar daripada orang-orang sebelumnya. Sebagai contoh, Mesir, Babel dan negara-negara lain membina piramid, membuat mumia, memerhatikan bintang-bintang, dan lain-lain lagi. Namun mereka tetap tidak dapat mengalahkan Alkitab.

Dalam perspektif lain, kemajuan sains bukan sahaja tidak dapat menggugat kebenaran Alkitab, tetapi Tuhan secara beransur-ansur mengungkapkan misteri sains dalam Alkitab kepada manusia melalui kemajuan sains yang berterusan supaya manusia dapat lebih memahaminya. Oleh itu, kemajuan sains bukan sahaja tidak dapat menggugat kebenaran Alkitab, tetapi sebaliknya lebih membuktikan kesahihan Alkitab.

 

  • Adakah saintis telah mempunyai jawapan tentang asal usul alam semesta dan manusia?

Percanggahan antara sains dengan Alkitab yang paling sering berlaku mungkin adalah berkaitan dengan catatan tentang asal-usul alam semesta dan manusia. Alkitab menjawab persoalan ini secara langsung dengan menyatakan bahawa Tuhan yang menciptakannya, malah tidak pernah berubah dalam masa beribu-ribu tahun. Walau bagaimanapun, ada saintis yang berpendapat bahawa alam semesta ada secara semula jadi oleh “peluang yang tidak disengajakan”, dan bahawa manusia berevolusi daripada organisma sel tunggal. Kita yang hidup dalam generasi ini tidak dapat tidak mengaku bahawa kita telah dipengaruhi oleh teori evolusi sejak sekolah rendah dan mengkritik “teori penciptaan” Tuhan dengan menggunakan konsep yang mendalam ini.

Namun, mari kita lihat. Kemajuan sains yang semakin meningkat menyebabkan banyak kekurangan teori evolusi secara beransur-ansur disingkapkan dan telah ditinggalkan oleh para saintis untuk mencari jawapan yang lain. Teori bahawa alam semesta ada secara semula jadi oleh “peluang yang tidak disengajakan” lebih lagi tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana jika barang-barang yang diciptakan seperti kereta dan rumah tidak diurus, diselenggara, dibaikpulih, dan membiarkan barang-barang ciptaan itu secara “semula jadi”, barang-barang itu hanya akan menjadi lebih buruk, tidak akan menjadi lebih teratur. Oleh itu, walaupun para saintis terus melancarkan kapal angkasa ke planet Mars, Zuhal atau lebih jauh untuk meneroka asal-usul alam semesta dan manusia, mereka tetap belum menemukan jawapannya.

Tindakan mengkritik satu kesimpulan yang telah dibuat secara konklusif selama ribuan tahun dengan satu hipotesis sementara yang masih dalam proses perubahan dan satu pernyataan yang tidak boleh dipercayai adalah tidak masuk akal dan sangat tidak saintifik.

 

  • Catatan Alkitab bertepatan dengan kesimpulan sains yang tepat

Walaupun Alkitab bukan sebuah buku yang dikhaskan untuk kajian sains, namun Alkitab lebih mampu menghadapi ujian waktu berbanding buku-buku yang dikhaskan untuk perbincangan sains di dunia. Cuba fikirkan, adakah terdapat sebuah buku sains 50 tahun lalu yang masih digunakan sebagai buku teks sehingga kini? Bagi Alkitab yang disiapkan pada beribu-ribu tahun yang lalu, masih banyak catatan yang bertepatan dengan teori sains dapat dilihat di dalamnya. Catatan-catatan ini sama sekali tidak diketahui oleh orang-orang pada masa itu. Nampaknya, catatan Alkitab adalah lebih awal dan lebih tepat daripada perkembangan sains.

 

  • Sains bukan piawaian untuk mengkritik Alkitab

Kemajuan sains telah membantu penjelasan Alkitab dalam banyak aspek dan membuktikan kesahihan Alkitab. Walau bagaimanapun, kesahihan Alkitab tidak bergantung pada penjelasan-penjelasan sains ini untuk bertahan. Hal ini kerana fakta tidak perlu bergantung pada teori untuk wujud. Sama seperti kita tahu fakta bahawa perut kita akan kenyang setelah makan, tetapi kita tidak perlu menunggu sehingga kita memahami cara badan kita menyerap nutrien barulah kita makan.

Kebiasaannya, teori tidak lebih daripada mencari penjelasan dalam fakta yang sedia ada. Terdapat terlalu banyak fakta di dunia yang tidak dapat dijelaskan dengan teori sains. Sebagai contoh, hal-hal rohani tidak dapat dijelaskan dengan sains. Oleh itu, mengkritik kebenaran abadi dengan menggunakan sains yang berubah setiap hari merupakan satu kesalahan logik besar bagi kita.

 

2. Dua persoalan yang lebih menusuk

  • Persoalan tentang usia alam semesta

Para saintis menggunakan intensiti radiasi untuk mengesan batu di bumi dan bulan serta meteorit yang jatuh dari angkasa. Mereka berpendapat bahawa usia alam semesta adalah sekitar 4.5 bilion tahun, tetapi pasti tidak melebihi 4.5 bilion tahun. Dalam kitab Kejadian fasal 1, Tuhan menciptakan dunia hanya dalam masa enam hari, dan masa dari Adam hingga kini baru berjarak lebih daripada 6,000 tahun. Bagaimana menjelaskan percanggahan ini?

  • Kitab Kejadian fasal 1 menggunakan genre puisi, dan maksud “hari” dalam bahasa asal boleh ditafsirkan sebagai “hari” atau “satu jangka masa”. Terjemahan sebagai “hari” lebih ringkas dan lancar, tetapi maksud sebenarnya ialah “satu jangka masa”. Kita tidak tahu tempoh bagi setiap jangka masa ini.
  • Matahari dan bulan yang menentukan tarikh diciptakan pada “hari” Jika “hari” ditakrifkan sebagai “dua puluh empat jam”, bagaimana tiga “hari” sebelumnya dikira? Oleh itu, pernyataan di atas bahawa setiap hari merupakan setiap jangka masa adalah lebih pasti.
  • Tuhan menciptakan langit dan bumi dalam enam jangka masa, dan manusia diciptakan pada jangka masa yang keenam.
  • Tuhan menciptakan langit dan bumi sebelum menciptakan segala sesuatu. Jadi usia langit dan bumi harus lebih lama daripada usia segala sesuatu dan manusia.
  • Para saintis berkata bahawa usia alam semesta pasti tidak melebihi 4.5 bilion tahun. Tanpa mengambilkira tentang ketepatan masa ini, sekurang-kurangnya pernyataan ini bermaksud bahawa alam semesta ada “permulaan”, dan hari permulaan ialah permulaan penciptaan Tuhan.

 

  • Persoalan tentang Manusia Peking (Peking Man) dan upper cave man

Ada orang berkata bahawa Manusia Peking wujud kira-kira 500,000 tahun yang lalu, manakala upper cave man (sejenis manusia dewa) pula wujud kira-kira 20,000 tahun yang lalu. Jika membandingkan pernyataan ini dengan catatan Alkitab bahawa jarak masa dari Adam hingga kini hanya melebihi 6,000 tahun, bagaimana menjelaskan percanggahan ini?

  • Ahli arkeologi dahulu kebanyakannya menggunakan kaedah tidak langsung untuk menilai usia fosil, iaitu dengan memerhatikan keadaan timbunan tanahdi tepi fosil atau budaya yang ditinggalkan untuk membuat penilaian. Kaedah ini sangat tidak boleh dipercayai. Oleh itu, masa yang dianggarkan oleh ahli arkeologi yang berbeza sering berbeza “bagai langit dengan bumi”.
  • Ahli arkeologi moden menggunakan kaedah pengukuran isotop karbon-14yang lebih langsung. Namun, ketepatannya terbatas pada 6,000 tahun saja, dan kesalahannya sangat besar apabila masanya melebihi 6,000 tahun.
  • Manusia Peking ditemukanpada tahun-tahun awal Republik China. Tidak ada kaedah pengukuran isotop karbon-14 pada waktu itu. Maka anggaran 500,000 tahun benar-benar sukar untuk dipercayai.
  • Manusia Peking hilang semasa Perang Dunia Kedua dan tidak dapat ditemukan sekarang. Maka kes ini menjadi kes yang tidak dapat diselesaikan.
  • Budaya Manusia Pekinghanya tahu menggunakan api dan tahu Butiran ini tidak dapat membuktikan bahawa mereka ialah manusia yang “sebenar”. Kita tahu, terdapat banyak contoh bahawa monyet terlatih juga boleh menyalakan api dan merokok, dan anjing juga boleh membuat pengiraan aritmetik.
  • Struktur rangka Manusia Peking sangat berbeza dengan manusia moden. Mereka hanya boleh disebut “Ape Man”, bukan manusia(Human). Mungkin Manusia Peking ialah orang utan atau sejenis binatang yang lebih cerdas yang diciptakan oleh Tuhan yang kini telah pupus!
  • Fosil “Ape Man” dan manusia dewa tidak pernah ditemukan, dan mustahil untuk membuktikan bahawa ada hubungan “evolusi”sesama
  • Upper cave man dianggarkan berusia lebih daripada6,000 tahun. Maka zamannya tidak boleh dipercaya
  • Mengatakan bahawa upper cave man mempunyai budaya memancing atau berpakaian berdasarkan beberapa alat batu atau jarum yang diperbuat daripada tulangadalah sangat tidak berasas.
  • Sama adaupper cave man itu benar-benar “manusia” yang dapat berbicara dan berfikir yang dicipta oleh Tuhan masih merupakan persoalan. Jadi sukar untuk mengenalpasti bahawa upper cave man merupakan nenek moyang umat manusia.

 

3. Sikap yang seharusnya ada terhadap sains dan iman kepercayaan Alkitab

  • Sains masih sedang berkembang, tidak lengkap dan tidak ada keputusan yang pasti. Oleh itu, kita hanya boleh memegang “sikap penyelidikan untuk mencari kebenaran” terhadap sains.
  • Jangan salah faham bahawa saintis semuanya ateis.Sebenarnya, kebanyakan saintis percaya bahawa Tuhan wujud.
  • Skop sains terlalu sempit untuk dijadikan sebagai piawaian untuk mengkritik Alkitab, dan kesahihan Alkitab tidak perlu bergantung pada pengesahan sains.
  • Alkitab ialah kata-kataTuhan yang tidak akan pernah berubah. Alkitab juga merupakan ibu kepada sains moden. Kita harus benar-benar percayakan
  • Jangan menolak sains. Hal inikerana perkembangan sains hanya dapat membuktikan ketepatan Alkitab. Namun ketika sains dan Alkitab bercanggahan, manusia lebih suka mempercayai Alkitab. Hal ini kerana sains akan berubah seiring dengan kemajuan zaman, sains akan semakin bertepatan dengan Alkitab. Suatu hari nanti, teori sains yang bercanggahan dengan Alkitab akan ditolak atau disemak semula.
  • Sains bergantung pada “eksperimen”, sementara iman bergantung pada “pengalaman”. Terlalu banyak perkara di dunia yang tidak dapat “dieksperimenkan”, tetapi boleh dipercayai dengan bergantung pada “pengalaman”.
  • Jangan mencampur-adukkan teori yang disebut oleh “ahli teologi”dengan pernyataan A Sebagai contoh, pada masa Galileo, Copernicus mempromosikan teori bumi mengelilingi matahari, tetapi dikecam oleh “ahli teologi” gereja Katolik pada masa itu sebagai pelanggaran Alkitab. Sebenarnya, Alkitab tidak pernah menyatakan bahawa bumi ialah pusat alam semesta.
  • Gunakan kaedah sainsdengan baik untuk melakukan sesuatu, tetapi ajaran Alkitab harus dijadikan sebagai piawaian dalam hidup.

 

KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan artikel ini, kita mendapat tahu bahawa sains bukan hanya gagal untuk menyangkal Tuhan, tetapi perkembangannya lebih mengiktiraf kesahihan Alkitab. Kita membuktikan kewujudan Tuhan berdasarkan iman kepercayaan dalam Alkitab. Jadi kita harus memperkuat iman kepercayaan kita untuk menyingkirkan mitos sains.