PELAJARAN 4: INJIL MATIUS (4)

PERTAMA, TEMA

Penyempurnaan anugerah keselamatan (Mat fasal 21 – 28). Ketika Matius menceritakan tentang pekerjaan Tuhan Yesus dalam dua puluh fasal yang awal, ia tidak berdasarkan kronologi masa atau tempat. Namun ketika menceritakan tentang Tuhan Yesus bakal menyempurnakan amanat anugerah keselamatan, bermula dengan Tuhan Yesus masuk ke Yerusalem, dia secara seriusnya mencatatkan perbuatan Tuhan dengan sangat terperinci. Ini untuk membuktikan penyempurnaan anugerah keselamatan lalu menjadi kasih karunia dan kekuatan kita yang paling besar.

 

KEDUA, PROSES PENYEMPURNAAN ANUGERAH KESELAMATAN

Satu, Tuhan masuk ke Yerusalem dengan cara yang sangat mulia (Mat 21:1-11)

Dua, Tuhan berkonflik dengan orang-orang Yahudi (Mahkamah Agama) secara rasmi

  1. Mencabar kuasa mereka: contohnya menyucikan bait suci (Mat 21:12-16)
  2. Mengetahui tipu muslihat mereka: contoh (Mat 22:15-17)
  3. Menegur kesalahan mereka: contoh (Mat 23)

Tiga, keluhan Tuhan (Mat 23:37-39)

Empat, peringatan Tuhan (Mat 24:1-44)

Lima, janji Tuhan (Mat 25:31-46)

Enam, penyaliban dan penguburan Tuhan (Mat 27:33-60)

Tujuh, kebangkitan Tuhan (Mat 28:1-7)

Lapan, perintah Tuhan (Mat 28:18-20)

 

KETIGA, PENGAJARAN PENTING

Satu, perumpamaan tentang perjamuan kahwin (Mat 22:1-14)

  1. Harus ketahui bahawa ini perjamuan yang diadakan oleh raja (Mat 22:2) – alangkah kaya, harus mengasihi dan merindukannya
  2. Berjaga-jaga dan mengelak daripada diseret / disusahkan oleh hal-hal duniawi dan mengabaikan tentangnya
    1. Ladang, harta (mat 22:5)
    2. Pergi mengurus usaha / berjualan (Mat 22:5)
  3. Berjaga-jaga dan mengelak daripada hati yang tegar dan yang mengolok-olok (Mat 22:6) – tidak mengutamakannya dan tidak taat
  4. Harus bertumbuh besar dalam kasih karunia (Mat 22:12) – pakaian pesta boleh merujuk kepada prestasi dalam kerohanian. Hanya dengan bertumbuh besar sahaja kita tidak akan disesatkan semula oleh perkara-perkara duniawi.

 

Dua, umat Kristian dalam zaman akhir

  1. Harus jelas dengan bahaya zaman akhir
    1. Penyesatan ajaran sesat (Mat 24:5)
    2. Bahaya perang (Mat 24:6)
    3. Bencana alam semula jadi (Mat 24:7)
    4. Penganiayaan kepercayaan (Mat 24:9)
    5. Halangan daripada kedurhakaan (Mat 24:12) – kehilangan kasih
  2. Bagaimana menghadapinya
    1. Memohon Tuhan berikan hikmat supaya dapat menilai dan membezakan secara berwaspada berdasarkan kebenaran (Mat 24:25-26)
    2. Mengutamakan pemberian yang rohani melebihi manfaat material kerana material mudah kehilangan (Mat 24:7-9)
    3. Berjaga-jaga dan berdoa (Mat 24:20)
    4. Menantikan janji Tuhan dengan sabar (Mat 24:13)

 

Tiga, perumpamaan tentang talenta (Mat 25:14-30)

  1. Kenalpasti karunia diri sendiri (Mat 25:15)
  2. Hormati pemberian Tuhan – tidak memegahkan diri, juga tidak terlalu merendahkan diri
  3. Manfaatkan karunia dengan segenap hati dan segenap kekuatan (Mat 25:21), jangan curi tulang (Mat 25:18)
  4. Faham bahawa Tuhan pasti menghakimi semuanya (Mat 25:26)
  5. Bertumbuh besar secara berterusan (Mat 25:29)

 

KEEMPAT, SOALAN KAJIAN

Satu, apa pendapat anda tentang reaksi orang-orang Farisi (Mat 21:45)?

Dua, bagaimana berwaspada dan mengelak daripada kasih menjadi dingin serta dipergunakan oleh orang lain?