Pekerja-pekerja awal Gereja Yesus Benar ialah Paul Wei, Zhang Ling Sheng dan Barnabas Zhang. Pada tahun 1917, Paul Wei menyebarkan agama di Beiping / Beijing dengan menggunakan nama “Gereja Yesus”, “Pereformasi Gereja Benar Yesus”, “Gereja Baru Yesus”, “Gereja Benar Yesus” dan sebagainya. Ketika Peter Wang menulis sepanduk penginjilan yang besar pada tahun 1917, dia terlebih dahulu menuliskan perkataan “Benar” dan kemudian nama “Gereja Yesus Benar” ditetapkan.
SATU, TEMPOH PENGAWASAN: GERAKAN ROHANI PENTAKOSTA (PENTECOSTALISM)
“Pada awal abad ke-20, ciri Gerakan Pentakosta (Pentecostalism) yang paling istimewa adalah terdapat bukti luaran apabila orang dipenuhi dengan Roh Kudus iaitu “bercakap dalam bahasa roh”. Titik penegasan ini telah berkembang langkah demi langkah daripada “Gerakan Methodis” (Methodism / Methodist movement), “Gerakan Kekudusan” (Holiness movement) dan “Gerakan Keswick” (Keswick movement / Higher Life movement). “Gerakan Methodis” (Methodism / Methodist movement) mengejar “dikuduskan sepenuhnya”. “Gerakan Kekudusan” (Holiness movement) pula mengejar kekudusan yang selanjutnya serta mengejar “baptisan Roh Kudus dan api”. Mengapa “Gerakan Keswick” (Keswick movement / Higher Life movement) tidak menekankan tentang “dikuduskan sepenuhnya” seperti dua gerakan reformasi yang terdahulu? Mereka bukan tidak mementingkan tentang kekudusan, namun kekudusan adalah berdasarkan kuasa Roh Kudus, bukan berdasarkan keazaman diri dalam batiniah. Pada masa ini, trend mengejar untuk berkata-kata dalam “bahasa roh” dimulakan.
Pada masa ini juga, China membawa “Gerakan Karimastik” (Charismatic Movement) ke dalam China melalui denominasi gereja gerakan ini – Apostolic Faith Church, Assemblies of God, Pentecostal Church dan sebagainya. Permulaan Gerakan Pentakosta (Pentecostalism) di China dimulakan oleh Apostolic Faith Church yang ditubuhkan di Shanghai.
- Zhang Ling Sheng: Namanya “Bin”, dari Weixian, Shandong, diaken di gereja Presbyterian. Anak sulungnya Zhang Pu Quan pernah melaporkan bahawa beliau: “menerima Roh Kudus di Apostolic Faith Church di Shanghai”. Beliau pergi ke Shanghai untuk mengkaji Alkitab dan memohon Roh Kudus dengan ditumpangkan tangan. Namun usahanya tidak membuahkan hasil selepas dua minggu. Dia pulang ke rumahnya di Shandong dan memohon dengan penuh semangat lalu menerima Roh Kudus.
- Paul Wei: Namanya “En Bo”, dari Rongcheng, wilayah Zhili. Beliau menghidap penyakit yang serius namun tidak ada ubat yang berkesan untuknya. Selepas penatua Apostolic Faith Church menumpangkan tangan ke atasnya dalam doa, penyakitnya disembuhkan lalu beliau memeluk ke dalam gereja tersebut. Terima Roh Kudus semasa berdoa di kilang kainnya sendiri.
- Barnabas Zhang: Namanya “Dian Ju”, dari Weixian, Shandong, pemercaya gereja Presbyterian. Pada tahun 1912, Zhang Ling Sheng memberitakan Injil ke kampungnya. Dia bertobat dan mengaku dosanya serta memohon karunia Roh dengan bersungguh-sungguh. Terima Roh Kudus pada 16 Mac. Kemudian, Zhang Ling Sheng memupuknya dalam firman selama 3-4 tahun.
DUA, TEMPOH KELAHIRAN: PENUBUHAN GEREJA YESUS BENAR
Pada 28/05/1917, semasa Paul Wei sedang berdoa, terdapat suara dari langit dan berkata kepadanya: “Kamu harus terima baptisan Yesus!”. Dia dipimpin oleh Roh Kudus ke sungai Dahongmen di luar pintu Yongding. Beliau sujud di dalam air dan berdoa. Terdapat suara yang nyaring berkata kepadanya: “Kamu harus dibaptis dengan muka menghala ke bawah!”. Selepas itu, beliau mengangkat kepalanya dan melihat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Pada 30 Mei, beliau diarahkan oleh Roh kudus untuk memperbetulkan beberapa peraturan gereja:
- Harus memohon baptisan Roh Kudus. Sebab barangsiapa yang tidak dilahirkan dari Roh Kudus tidak dapat memasuki kerajaan syurga.
- Harus terima baptisan dengan seluruh tubuh ditenggelami air kerana Tuhan Yesus pernah dibaptis dengan cara ini.
- Harus membaptis dalam nama Tuhan Yesus Kristus, bukan membaptis dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.
- Harus memegang hari Sabat, hari Ahad tidak boleh dijadikan sebagai hari Sabat.
- Harus membatalkan gelaran pastor kerana kita hanya mempunyai satu guru iaitu Kristus.
- Tidak boleh memanggil Shangdi atau Tianzhu, harus memanggil Tuhan atau Tuhan yang benar.
Pada 2/01/1918, beliau menulis surat kepada Ketua Pengarah Wu di Ibu Pejabat Polis untuk memohon kebenaran bagi menubuhkan Gereja Yesus Benar di Kilang Kain En Zhen Hua (Kasih Karunia Menyegarkan China / Grace Invigorating China) di Damochang. Pada tahun yang sama, Zhang Ling Sheng tiba di Tianjin. Beliau ditumpangkan tangan oleh Paul Wei lalu bekerjasama untuk mengeluarkan surat berita “Pereformasi Agama Global” (Global Church Correction) dan isu pertama dikeluarkan pada 1/02/1919.
TIGA, TEMPOH PEMISAHAN DAN INTEGRASI:
Selepas Paul Wei dipanggil Tuhan pada equinox musim luruh tahun 1919, pekerjaan Injil terus berkembang. Pada tahun yang sama, Injil telah berkembang di wilayah Hunan dan Shanxi setelah mereka membaca surat berita “Pereformasi Agama Global” (Global Church Correction) dan datang mencari firman. Selain itu, Barnabas Zhang pergi memberitakan firman di Jiangsu, Hubei, Zhejiang, Fujian dan lain-lain tempat di bahagian selatan dengan berdasarkan wahyu yang diperolehnya sebelum itu. Isaac Wei dan lain-lain pula terus menyebarkan agama di China Utara. Mereka menyebarkannya ke Jilin dan Liaoning di timur laut China, dan Shaanxi dan Gansu di kawasan pedalaman serta tempat-tempat lain. Kerja suci di utara dan selatan sangat aktif dan maju, dan ia berkembang pesat.
Oleh sebab kerja suci berkembang dengan sangat cepat, maka adalah sangat penting untuk mengintegrasikannya melalui organisasi:
- Masa persidangan dan resolusi penting:
- Tahun 1920 – Mesyuarat agung kali pertama diadakan di Beijing. Resolusi ialah Beijing sebagai ibu pejabat.
- Tahun 1922 – Mesyuarat agung kali kedua diadakan di Wuchang.
- Tahun 1924 – Mesyuarat agung kali ketiga diadakan di Changsha. Terdapat pemisahan antara Utara dan Selatan.
- Tahun 1924 – Ibu pejabat di Beijing dipindahkan ke Tianjin pada hujung tahun (Bahagian Utara)
- Tahun 1926 – Ibu pejabat di Tianjin mengadakan undian semula. (Bahagian Utara)
- Tahun 1926 – Mesyuarat agung kali keempat menubuhkan ibu pejabat di Nanjing. (Bahagian Selatan)
- Tahun 1928 – Mesyuarat agung kali kelima diadakan di Shanghai. Menetapkan 90 peraturan. (Bahagian Selatan)
- Tahun 1929 – Mesyuarat agung kali keenam diadakan di Shanghai. (Bahagian Selatan)
- Tahun 1929 – Ibu pejabat di Tianjin mencadangkan Gao Da Ling sebagai Ketua Penilik, mesyuarat membincangkan tentang Barnabas Zhang. (Bahagian Utara)
- Tahun 1930 – Mesyuarat agung kali ketujuh diadakan di Shanghai. Barnabas Zhang dilucutkan jawatan dan namanya dipecat. Membincangkan tentang langkah-langkah penyatuan bahagian Selatan dan Utara. (Bahagian Selatan)
- Tahun 1931 – Mesyuarat perwakilan Selatan dan Utara diadakan di Shanghai. Semua gereja Nama gereja juga diputuskan untuk tidak lagi didahului dengan frasa Gereja Pereformasi Agama Global.
- Tahun 1932 – Mesyuarat agung kali kelapan diadakan di Shanghai. Selepas penyatuan Selatan dan Utara, wakil masing-masing menghadiri persidangan itu dan melancarkan bangunan ibu pejabat.
- Penubuhan cawangan:
Cawangan yang paling awal ditubuhkan di wilayah Hunan (1926), kemudian: Taiwan (1928), Henan (1929), Hubei, Shandong, Jiangsu (1932), Hebei, Shanxi (1933), Fujian, Guangdong (1937), Shaanxi (1942), Gansu (1946), Sichuan, Liaoning (1947). Penubuhan cawangan menunjukkan bahawa Injil telah memasuki tempoh yang stabil di kawasan setempat. Ia juga menunjukkan ruang dan kelajuan perkembangan Injil.
- Keadaan Keseluruhan Gereja:
Jadual berikut disusun mengikut statistik edisi khas Memorial 30 Tahun Gereja Yesus Benar (1948):
Republik China
Wilayah |
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | Tidak di-ketahui | Total |
Hebei | 1 | 1 | 1 | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||
Shandong | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 5 | |||||||||||||||||||||||||||
Shanxi | 2 | 1 | 1 | 1 | 1 | 4 | |||||||||||||||||||||||||||
Jiangsu | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 3 | 2 | 10 | ||||||||||||||||||||
Hubei | 1 | 3 | 1 | 3 | 3 | 2 | 2 | 3 | 3 | 1 | 1 | 2 | 3 | 4 | 1 | 33 | |||||||||||||||||
Hunan | 2 | 1 | 1 | 4 | 4 | 3 | 1 | 1 | 4 | 5 | 5 | 4 | 6 | 3 | 5 | 5 | 1 | 3 | 4 | 5 | 5 | 4 | 3 | 3 | 3 | 3 | 1 | 90 | |||||
Henan | 5 | 1 | 2 | 1 | 1 | 3 | 2 | 3 | 3 | 2 | 5 | 4 | 1 | 2 | 7 | 2 | 1 | 4 | 3 | 4 | 3 | 6 | 5 | 3 | 2 | 3 | 6 | 84 | |||||
Liaoning | 1 | 1 | 1 | 2 | 1 | 5 | |||||||||||||||||||||||||||
Anhui | 1 | 1 | 1 | 1 | 4 | ||||||||||||||||||||||||||||
Zhejiang | 1 | 1 | 1 | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||
Fujian | 1 | 1 | 5 | 5 | 9 | 6 | 3 | 5 | 1 | 3 | 3 | 1 | 3 | 3 | 1 | 1 | 31 | 86 | |||||||||||||||
Guangdong | 1 | 1 | 2 | 1 | 1 | 1 | 33 | ||||||||||||||||||||||||||
Sichuan | 1 | 2 | 1 | 1 | 1 | 2 | 6 | 14 | |||||||||||||||||||||||||
Shaanxi | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 7 | |||||||||||||||||||||||||
Gansu | 1 | 1 | 1 | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||
Yunnan | 1 | 1 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Taiwan | 5 | 1 | 6 | 1 | 3 | 3 | 1 | 1 | 2 | 1 | 2 | 3 | 4 | 33 | |||||||||||||||||||
TOTAL | 1 | 4 | 1 | 7 | 4 | 7 | 10 | 14 | 18 | 15 | 21 | 16 | 18 | 17 | 15 | 13 | 17 | 24 | 9 | 13 | 18 | 14 | 16 | 13 | 21 | 12 | 21 | 24 | 18 | 40 |
- Selepas peperangan, cawangan di Shaanxi, Gansu, Sichuan, Yunnan, dan Guizhou telah dimulakan dan dihidupkan semula, dengan jumlah lebih daripada 40 buah. Lebih daripada 200 buah telah ditambah dalam wilayah yang sedia ada.
- Di 13 daerah Gaoyi, Linzhang, Zanhuang, Yuanshi di Wilayah Hebei, terdapat lebih daripada 300 buah gereja di masa lalu. Walaupun ada puluhan tempat yang boleh dipulihkan pada masa ini, namun ia tidak dapat dilaporkan dalam Red Terror.
- Seluruh wilayah Shanxi tidak menghantar statistik yang lebih lengkap. Cawangan Jinnan, sekitar Taiyuan dan Jinbei tidak dapat menghantar berita baik. Maklumat yang disimpan oleh ibu pejabat juga telah dibakar. Ini menyebabkan kekurangan dari segi kesusasteraan.
- Cawangan Hunan melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 220 gereja subzon, lebih puluhan buah berbanding sebelum perang. Bilangan sebenar tidak dapat dilaporkan disebabkan oleh kesukaran laporan pendaftaran.
- Banyak gereja di Henan yang hilang di dalam pelbagai bencana dalam masa lebih daripada sepuluh tahun.
- Adalah agak mustahil untuk bahagian Timur Laut mempunyai pendaftaran yang terperinci dalam kesusahan yang besar iaitu dalam keadaan yang tidak menentu dan tidak stabil.
KESIMPULAN:
- Gereja Yesus Benar ialah gereja yang diasaskan oleh Tuhan sendiri. Pekerja-pekerja awal bukan pengasas melainkan hanya sebagai hamba Tuhan sahaja. Jika berjuang untuk mendapatkan nama yang sia-sia, pastinya akan ditinggalkan oleh Tuhan. Barnabas Zhang dilucutkan jawatan dan namanya dipecat, Zhang Ling Sheng kemudiannya telah meninggalkan gereja dan kembali ke Apostolic Faith Church. Ini sememangnya merupakan peringatan bagi kepercayaan kita pada hari ini.
- Penerbitan dan pengedaran surat berita “Pereformasi Agama Global” (Global Church Correction) merupakan medium penting untuk kerja penyebaran agama awal. Penggunaan bahan-bahan kesusasteraan membuatkan para intelektual yang dipanggil oleh Tuhan pada tahap awal mengendalikan kerja kepemimpinan dan penyebaran agama gereja pada tahap awal.
- Selepas mesyuarat penghapusan ragi dan penyatuan bahagian Selaan dan Utara pada tahun 1930, kerja suci berkembang dengan pesat. Gerakan penyucian dan keharmonian gereja merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan gereja. Dalam proses ini, apa yang paling diperlukan ialah orang-orang yang bekerja keras bagi mempertahankan kebenaran. Golongan senior pada masa itu telah meninggalkan teladan yang baik dan ini sememangnya berbaloi untuk kita renungkan secara mendalam.
- Pemercaya awal berhadapan dengan peperangan namun mereka menjadi semakin berani dan memberitakan Injil ke tempat-tempat lain. Bagi kita yang hidup dalam rahmat pada hari ini, jika tidak tahu memberitakan Injil, kita harus berasa lebih malu.
- Pernyataan tanda-tanda dan mujizat-mujizat merupakan cara yang paling langsung untuk menunjukkan perbuatan Tuhan yang hebat. Namun ia akan menjadi lebih kukuh dengan adanya pengajaran kebenaran.
RUJUKAN:
- Ibu Pejabat Nanjing Gereja Yesus Benar. (1948). Memorial Khas Ulang Tahun ke-30 Gereja Yesus Benar. Nanjing. Ibu Pejabat Nanjing Gereja Yesus Benar.
(Commemorative volume on the thirtieth anniversary of the founding of the True Jesus Church)
- Jawatankuasa Editorial Gereja Yesus Benar. (1956). Memorial Ulang Tahun ke-30 Penyebaran Agama di Taiwan. Taichung. Ibu Pejabat Taiwan Gereja Yesus Benar.
- Jawatankuasa Editorial Gereja Yesus Benar. (1986). Memorial Ulang Tahun ke-60 Penyebaran Agama di Taiwan. Taichung. Ibu Pejabat Taiwan Gereja Yesus Benar.
- Jawatankuasa Editorial Gereja Yesus Benar. (1996). Memorial Ulang Tahun ke-70 Penyebaran Agama di Taiwan. Taichung. Ibu Pejabat Taiwan Gereja Yesus Benar.
TAJUK PERBINCANGAN:
- Mengapakah pekerja awal Gereja Yesus Benar gagal? Bagaimana kita harus berjaga-jaga?
- Apakah kegunaan dan fungsi bahan-bahan kesusasteraan dalam penyebaran agama?
- Apa yang harus dilakukan jika terdapat percanggahan pendapat dalam gereja?
- Bagaimana mempertahankan kepercayaan dalam kesukaran?