GEREJA MORMON DAN GEREJA SAKSI JEHOVAH

GEREJA MORMON DAN GEREJA SAKSI JEHOVAH

(Saudara Cai Ye Sheng)

 

GEREJA MORMON: GEREJA YESUS KRISTUS ORANG SUCI ZAMAN AKHIR

(The Mormon Church: The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints)

Gereja Mormon secara khusus merujuk kepada mereka yang mempercayai Joseph Smith yang mempromosikan Kitab Mormon sebagai salah satu kitab suci penting di New York pada tahun 1830. Ibu bapa Joseph Smith ialah anggota Gereja Presbyterian pada masa itu. Dia pernah ikut serta dalam kebaktian dan ibadah banyak denominasi. Namun dia akhirnya memilih Gereja Metodis. Setelah itu, dia menyatakan bahawa dia telah menerima wahyu dari syurga ketika dia berusia 15 tahun (1820). Yesus menyuruhnya untuk tidak ikut serta dalam mana-mana denominasi Kristian kerana ajaran mereka salah dan doktrin mereka menjijikkan. Selama bertahun-tahun, dia sering menerima wahyu syurgawi dan mesej-mesej itu disampaikan kepadanya terutamanya melalui malaikat yang bernama Moroni (mereka percaya bahawa dia ialah nabi kuno di Amerika Syarikat). Dia menekankan bahawa wahyu-wahyu syurgawi ini banyak memberikan inspirasi kepadanya dari segi pemikiran dan pengetahuan. Pada tahun 1827, Moroni memerintahkannya untuk menterjemahkan sebuah kitab klasik yang diperbuat daripada hasil logam yang dikuburkan berdekatan dengan rumahnya. Kitab klasik ini pada asalnya disunting oleh Moroni dan ayahnya Mormon semasa hayatnya. Walaupun kitab ini sekarang telah dinyatakan kepada Joseph Smith, namun dia mesti menyimpan rahsia ini dan tidak boleh memberitahu sesiapa pun untuk mengelakkan dirinya daripada dihukum oleh Tuhan. Joseph Smith akhirnya menyelesaikam penterjemahan kitab klasik ini secara rahsia dan mengembalikan teks asli (kitab klasik yang diperbuat daripada hasil logam) kepada Moroni. Kitab klasik ini kini disebut Kitab Mormon.

Kemudian, Joseph Smith mula menyebarkan ideanya ke merata tempat. Dia menekankan bahawa Tuhan telah menyatakan bahawa dia akan memulihkan gereja yang didirikan pada zaman rasul kerana gereja-gereja selepas zaman rasul telah bobrok. Lantaran orang yang mempercayainya semakin ramai, mereka mula mendirikan gereja dan menyebut diri mereka sebagai Orang Suci Zaman Akhir. Seterusnya, dia mula menterjemahkan Alkitab yang kini dikenali sebagai “Alkitab Terjemahan Joseph Smith” (Joseph Smith Translation of the Bible). Dia menekankan bahawa kerja penterjemahan ini juga merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai seorang nabi. Sebahagian besar kerja penterjemahan dan semakan yang dilakukannya adalah berdasarkan Alkitab versi “King James Version”. Dia memodenkan dan menjelaskan ayat-ayat suci itu. Di samping itu, dia juga menambahkan beberapa petikan kepada versi Alkitab yang disemak semula, dan dia percaya bahawa petikan-petikan ini diwahyukan kepadanya oleh Tuhan.

Tidak lama kemudian, pandangan Joseph Smith ini menimbulkan banyak antipati dalam kalangan orang Kristian pada masa itu dan bahkan menimbulkan konflik. Dia seterusnya menyatakan bahawa dia sekali lagi menerima wahyu daripada Tuhan yang mahu mereka meninggalkan New York dan berpindah ke Ohio. Banyak pemercaya yang patuh dan berpindah ke sana. Namun, kekurangan tanah menyebabkan sebahagian pemercaya berpindah ke Missouri dan menetap di sana di bawah pimpinan Joseph Smith. Akhirnya, Joseph Smith tetap kembali ke Ohio dan menetap di sana. Dari tahun 1831 hingga 1838, Ohio menjadi ibu pejabat gereja. Pemercaya menubuhkan dan mengembangkan komuniti di sana. Dari tahun 1832 hingga 1833, Joseph Smith terus menyatakan bahawa dia telah memperoleh wahyu syurgawi. Isi kandungan wahyu syurgawi bahagian ini akhirnya digabungkan menjadi sebuah buku yang disebut “Book of Commandments” pada masa awal dan kemudiannya disebut “Doktrin dan Perjanjian” (Doctrine and Covenants). Antara isi kandungannya ialah menyuruh Joseph Smith membangun sebuah Bait Suci dan sebuah sekolah nabi. Bait Suci ini kemudiannya siap dibina pada tahun 1836. Di samping itu, Joseph Smith juga bekerja keras untuk menubuhkan organisasi-organisasi kepimpinan dan penyebaran agama. Semasa kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat pada tahun 1837 dan 1838, Kirtland Safety Society yang dikendalikan oleh Gereja Mormon di Ohio juga terkesan dan gagal beroperasi sehingga muflis. Banyak pengikut Gereja Mormon dianiaya dan rusuhan terjadi dalam banyak komuniti kerana pengaruh kepentingan agama dan ekonomi. Dalam keadaan ini, Joseph Smith dan sebilangan pemercaya terpaksa melarikan diri ke Missouri.

Setelah Joseph Smith dan semakin banyak penganut Gereja Mormon melarikan diri ke sana, mereka meneroka tanah tempatan dan mengembangkan komuniti setempat. Namun mereka juga menghadapi antipati daripada orang-orang di sekitar mereka sehingga menyebabkan konflik. Sebab utamanya adalah kerana Joseph Smith menyatakan bahawa Tuhan menghendaki dia untuk mendirikan tempat kudus Sion di Missouri sebagai tempat kediaman penganut Gereja Mormon. Orang-orang tempatan menolak idea ini dan bimbang bahawa kedudukan mereka akan diganti. Di samping itu, kebanyakan penganut Gereja Mormon berasal dari utara. Mereka menentang sistem perhambaan, tetapi tindakan tersebut dianggap menimbulkan ancaman besar terhadap gaya hidup dan kepentingan ekonomi penduduk tempatan. Penganut Gereja Mormon juga berusaha untuk menjalinkan persahabatan dengan orang asli tempatan dan menyebarkan agama kepada mereka. Namun tindakan ini dianggap sangat mengancam dan pelik bagi kebanyakan perintis.

Kira-kira 400 orang berkumpul di mahkamah pada tahun 1833. Mereka menuntut agar penganut Gereja Mormon meninggalkan Missouri serta melarang kedatangan penganut Gereja Mormon yang baharu dan penerbitan surat khabar yang berkaitan. Ketika para pemimpin gereja menolak permintaan tersebut, mereka mula menyerang dan memusnahkan pejabat surat khabar yang ditubuhkan oleh Gereja Mormon serta mengancam penganut Gereja Mormon untuk meninggalkan kepercayaan mereka atau pergi dari tempat tersebut. Namun, oleh sebab banyak penganut Gereja Mormon berkeras untuk mempertahankan kepercayaan mereka, pemimpin-pemimpin gereja seperti Edward Partridge dan sebilangan penganut Gereja Mormon dibunuh dengan kejam. Pemimpin gereja pernah meminta bantuan daripada Gabenor Dunklin dan yang lain, tetapi mereka tetap pulang dengan tangan kosong. Hasilnya, penganut Gereja Mormon dan orang-orang mengalami konflik kecil di Big Blue River kerana ancaman nyawa dan harta benda. Ada orang yang terbunuh dan cedera di kedua-dua belah pihak. Kemudian, walaupun penganut Gereja Mormon pernah melarikan diri ke Clay County, Caldwell County dan tempat-tempat lain, namun mereka masih ditolak dan diserang oleh orang-orang tempatan sehingga tertimbulnya konflik. Akhirnya, Joseph Smith dan sebilangan pemimpin gereja ditangkap oleh militia. Mereka dihukum mati oleh mahkamah tentera tempatan. Namun keputusan itu ditentang oleh jeneral tempatan, Alexander W. Doniphan yang percaya bahawa hukuman itu bermaksud pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah secara sembarangan.

Ketika Joseph Smith dan yang lain ditahan di penjara, kira-kira 8,000 orang penganut Gereja Mormon melarikan diri ke Illinois untuk mengelakkan diri daripada dibunuh. Setelah enam bulan dipenjarakan, Joseph Smith dan yang lain diizinkan melarikan diri ke Illinois untuk bergabung dengan penganut-penganut Gereja Mormon di sana. Seterusnya, dia memimpin penganut Gereja Mormon menetap di Sungai Mississippi (Mississippi River). Tempat ini pada asalnya merupakan kawasan paya, tetapi dengan cepat berkembang menjadi sebuah kota dengan usaha mereka. Joseph Smith terus menubuhkan organisasi di sini di samping mendorong Quorom of the Twelve Apostles yang dipimpin oleh Brigham Young untuk aktif menyebarkan agama ke Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan tempat-tempat lain. Selain itu, dia juga menyelesaikan sebuah karya yang berjudul Book of Abraham, yang statusnya sama penting dengan kitab-kitab klasik lain. Mereka juga mula membangun kembali sebuah bait suci di sana. Joseph Smith mula memperkenalkan ritual yang akan dijalankan di bait suci pada masa kelak. Dia juga memperkenalkan poligami kepada sebilangan penganut Gereja Mormon. Pada masa itu, sistem ini tidak terkenal atau diamalkan oleh kebanyakan penganut Gereja Mormon. Idea ini tidak tersebar luas dan diamalkan sehingga Young dan yang lain tiba di Utah.

Kejayaan Joseph Smith dan yang lain dalam bidang politik dan ekonomi di Illinois juga menimbulkan rasa tidak puas hati sebilangan orang. Mereka berkumpul untuk menyunting sebuah akhbar, Nauvoo Expositor yang secara khusus mengkritik Joseph Smith. Terdapat tiga butiran penting dalam artikel-artikel kritikan tersebut :

  • Yang pertama, mereka berpendapat bahawaJoseph Smith pernah menjadi nabi sejati, tetapi dia bobrok kerana mengajarkan poligami dan beberapa doktrin yang salah.
  • Yang kedua, Joseph Smith, sebagai datuk bandar, memiliki terlalu banyak kuasa, bahkan melebihi skopyang seharusnya ia miliki.
  • Yang ketiga, Joseph Smith memaksa wanita untuk mengamalkan poligami.

Untuk mengatasi kritikan ini, Majlis Bandaraya Nauvoo mengeluarkan perintah yang menekankan bahawa kritikan Nauvoo Expositor terhadap Joseph Smith dan penganut Gereja Mormon ialah fitnah dan bahkan melanggar undang-undang. Akhirnya, mereka bahkan menghapuskan surat khabar dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Tindakan ini menimbulkan antipati penduduk tempatan dan menyebabkan rusuhan. Walaupun Joseph Smith dan yang lain melarikan diri, namun penduduk tempatan mengancam untuk menyerang penganut Gereja Mormon jika Joseph Smith tidak kembali. Maka Joseph Smith pun kembali dan ditangkap. Dia dan sebilangan pengikutnya dimasukkan ke dalam penjara dan menunggu penghakiman, Sebelum itu, gabenor Illinois berjanji untuk melindungi mereka. Walau bagaimanapun, Joseph Smith dan adiknya, Hyrum terbunuh pada tahun 1844 setelah gabenor meninggalkan Illinois.

Berikutan kematian Joseph Smith, penganut Gereja Mormon pada masa itu tidak tahu pemimpin yang akan terus memimpin mereka, dan gereja berdebat tentang orang yang akan mewarisi tampuk kepimpinan. Mereka yang paling ketara akan mewarisi kedudukan Joseph Smith juga tidak dapat mengambil alih jawatannya dengan lancar kerana pelbagai faktor. Sebagai contoh, adiknya, Hyrum Smith dan Samuel H. Smith terbunuh dalam rusuhan seperti dia. Joseph Smith mungkin pernah berpesan kepada anaknya, Joseph Smith III untuk mewarisi kepimpinannya, tetapi Joseph Smith III hanya berusia 11 tahun pada waktu itu dan tidak dapat memimpin kerja itu. Oliver Cowdery, yang sebelumnya dikenali sebagai penatua kedua dan Daud Whitmer, Presiden Gereja Zion (President of Zion) tidak dapat mengambil alih jawatan kerana dipecat oleh gereja. Kemudian, beberapa orang mendakwa bahawa merekalah orang yang benar-benar boleh mewarisi tampuk kepimpinan. Contohnya Sidney Rigdon, satu-satunya yang tinggal dalam institusi Mormon pertama (First Presidency), William Marks, Presiden Gereja Illinois, dan James J. Strang yang baru saja memeluk ke dalam Gereja Mormon. James J. Strang mendakwa bahawa dia menerima surat daripada Joseph Smith yang mempercayakannya untuk terus memimpin Gereja Mormon ketika Joseph Smith masih hidup. James J. Strang menekankan bahawa malaikat mengunjunginya dan memintanya untuk terus memimpin Gereja Mormon ketika Joseph Smith meninggal dunia. Untuk menyelesaikan perselisihan ini, Gereja Mormon mengadakan dua pertemuan pada bulan Ogos dan Oktober 1844. Akhirnya, Quorum of the Twelve Apostles yang dipimpin oleh Brigham Young menonjolkan diri lalu Brigham Young menjadi pemimpin tertinggi Gereja Mormon pada masa itu. Sebilangan penganut Gereja Mormon yang tidak bersetuju dengan keputusan ini berpindah ke tempat lain dan membentuk beberapa denominasi. Brigham Young pula memimpin penganut Gereja Mormon yang mengikutinya berpindah ke Great Basin dan tinggal di sana. Perlu disebutkan bahawa walaupun isteri Joseph Smith, Emma, ​​tidak bersependapat dengan Brigham Young, namun masalah utamanya bukanlah tentang status kepimpinan, tetapi masalah pembahagian sebilangan harta dan maklumat penting. Emma berpendapat bahawa semua itu harus dijaga oleh keluarga Joseph Smith tetapi Brigham Young pula berpendapat bahawa semua itu harus dijaga oleh gereja setelah kematian Joseph Smith kerana Joseph Smith mewakili gereja. Setelah menamatkan pengajian universiti, Joseph Smith III mula bersatu dengan denominasi-denominasi yang tidak mengiktiraf Gereja Mormon yang dipimpin oleh Brigham Young untuk membentuk denominasi Gereja Mormon yang kedua terbesar. Mereka kini dikenali sebagai Komuniti Kristus (Community of Christ).

 

KITAB-KITAB KLASIK

Selain Alkitab, kitab-kitab klasik Gereja Mormon lain yang mempunyai kedudukan yang setaraf ialah Kitab Mormon, “Mutiara yang Sangat Berharga” (Pearl of Great Price), dan “Doktrin dan Perjanjian” (Doctrine and Covenants).

  1. Kitab Mormon

Seperti disebutkan sebelumnya, Kitab Mormon diterjemahkan oleh Joseph Smith dengan Urim dan Tumim di New York pada tahun 1830 dan seterusnya diterbitkan. Tujuannya adalah untuk memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus melalui suntingan nabi Amerika kuno, Mormon (sekitar abad keempat Masihi). Yesus Kristus ini ialah Juruselamat orang Yahudi dan orang bukan Yahudi. Dia membolehkan sisa orang Israel mengetahui perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan oleh Tuhan terhadap nenek moyang mereka. Kitab Mormon terutamanya terdiri daripada lima belas kitab suci. Di samping itu, Gereja Mormon juga melampirkan beberapa maklumat yang berkaitan dalam Kitab Mormon. Sebagai contoh, pengenalan ringkas dan penjelasan Kitab Mormon, kesaksian tiga orang saksi, kesaksian lapan orang saksi, kesaksian nabi Joseph Smith, dan lain-lain lagi. Susun aturnya adalah berdasarkan masa, iaitu:

  • Nephi: Penganut Gereja Mormon percaya bahawa kitab ini ialah kitab suci yang ditulis pada abad ke-6 SM. Kitab ini khususnyamencatat bahawa Lehi, yang pada asalnya seorang nabi, datang ke Amerika Syarikat bersama keluarganya dari Yerusalem setelah menerima panggilan Tuhan. Merekalah nenek moyang orang India Amerika. Isi kandungannya juga mencatatkan Lehi bernubuat dan melihat bahawa Yesus akan dilahirkan, menyebarkan agama, dan mati pada masa akan datang.
  • Nephi to Omni: Mencatatkanperkembangan Lehi dan keturunannya di Amerika Syarikat pada tahun 600 – 130 SM. Akhirnya, mereka terbahagi kepada orang Nefi (Nephites) dan orang Laman (Lamanites) kerana jumlah yang terlalu Kemudian, orang India berkulit gelap iaitu orang Laman menyingkirkan orang Nefi berkulit putih.
  • The Words of Mormon: Ditulis oleh Mormon pada tahun 385 Masihi. Kitabini merupakan pengantar bagi kitab-kitab Mosia (Mosiah), Alma, Helaman, dan Nephi and Nephi.
  • Nephi: Terutamanya mencatat bahawa Yesus pernah datang ke Amerika untuk menyebarkan agama kepada orang India setelah kebangkitan-N
  • The Book of Mormon: Terutamanyamencatatkan beberapa peristiwa ketika Mormon masih hidup.
  • The Book of Ether: Ringkasan yang ditulis oleh Moroni setelah kematian ayahnya, Isi kandungannya mencatatkanperadaban Menara Babel. Sebelum Tuhan mengacau-bilaukan bahasa manusia, seorang lelaki bernama Jared dan keluarganya datang ke Amerika Syarikat di bawah pimpinan Tuhan untuk mewujudkan peradaban. Catatan ini bermaksud bahawa mereka datang ke Amerika Syarikat lebih awal daripada Lehi yang dicatatkan oleh Nephi.
  • Book of Moroni: Terutamanyamencatatkan kehancuran masyarakat dan penyembahan berhala pada zaman Moroni. Dia juga menekankan beberapa doktrin dalam kitab ini dan meminta orang untuk berdoa kepada Tuhan dengan hati yang so

 

DOKTRIN

  1. Konsep ketuhanan

Penganut Gereja Mormon percaya bahawa terdapat banyak tuhan di alam semesta ini, dan Tuhan yang menciptakan bumi ini pernah menjadi manusia di planet lain. Manusia ini kemudiannya menjadi Tuhan dengan usahanya sendiri dan pertolongan Tuhan Bapa. Orang yang sekarang percaya dan menerima iman kepercayaan Gereja Mormon juga dapat menjadi Tuhan seperti Dia setelah mati. Mereka menentang doktrin teologi Tritunggal / Triniti. Bapa dan Anak pernah membawa daging dan darah. Jadi mereka ialah entiti yang terpisah dan berbeza.

 

  1. Kristologi

Penganut Gereja Mormon percaya bahawa Yesus dilahirkan hasil daripada penyatuan Tuhan dengan Maria, bukan mengandung daripada Roh Kudus. Dia juga salah satu tuhan di syurga dan merupakan saudara Lucifer. Dia juga diciptakan. Kematian Yesus tidak dapat menghapuskan dosa manusia. Manusia hanya dapat diselamatkan dengan menerima iman kepercayaan Gereja Mormon, menerima baptisan Gereja Mormon, melakukan kebajikan, menyebarkan agama, dan mematuhi ajaran Gereja Mormon.

 

  1. Dosa

Penganut Gereja Mormon menolak teori dosa asal. Mereka berpendapat bahawa dosa Adam merupakan prestasi ketaatan kepada Tuhan dan rancangan ini telah ditetapkan oleh Tuhan. Walau bagaimanapun, individu bertanggungjawab atas dosa masing-masing.

 

  1. Syurga dan neraka

Penganut Gereja Mormon percaya bahawa syurga terbahagi kepada tiga jenis. Penganut Gereja Mormon yang sempurna akan tinggal di Celestial. Penganut Gereja Mormon yang tidak cukup giat akan tinggal di Terrestrial. Sebilangan penganut yang tercemar / menajiskan diri di dunia akan tinggal di Telestial. Hanya sebilangan kecil penganut yang telah ditentukan untuk binasa akan masuk ke neraka.

 

RITUAL

  1. Penganut Gereja Mormon menekankan bahawa orang yang hidup bolehdibaptis bagi pihak orang mati supaya mereka juga dapat diselamatkan.
  2. GerejaMormon mempunyai tradisi membina bait suci. Kebanyakan orang tidak boleh memasuki bait suci. Hanya sebilangan penganut Gereja Mormon yang dihormati yang boleh memasukinya. Mereka yang memasukinya mesti memakai kostum bait suci yang khusus.
  3. Terdapat tiga kebaktian utama pada hari Ahad, iaitu sekolah Ahad, kebaktianpaderi dan kebaktian malam. Terdapat juga kebaktian pada waktu lain seperti kebaktian keluarga.
  4. Pada masaawal, sebilangan penganut Gereja Mormon pernah mengamalkan poligami. Walau bagaimanapun, pada tahun 1890, presiden keempat, Wilford Woodruff mengumumkan bahawa dia menerima wahyu syurgawi lalu menghapuskan sistem ini. Dia juga menekankan pelaksanaan monogami. Jika seseorang mengamalkan perkahwinan berganda pada masa ini, maka dia akan dipecat daripada gereja.

 

KESIMPULAN

Walaupun ajaran-ajaran penganut Gereja Mormon nampaknya sangat “pelik”, namun semangat, tradisi, kaedah, konsep, pengorbanan, sistem, dan iman mereka dalam penyebaran agama berbaloi untuk dikaji dan dijadikan sebagai rujukan kita.

 

MAKLUMAT RUJUKAN

  1. Brodie, Fawn McKay. (1946). No Man Knows My History: The Life of Joseph Smith,the Mormon Prophet. New York: Alfred A. Knopf.
  2. The Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints. (1950). The Book of Mormon: An Account Written By The Hand of Mormon, Upon Plates Taken From the Plates of Nephi. Salt Lake City, Utah.
  3. Richard N. Ostling dan Joan K. Ostling. (1999). Mormon America: The Power and The Promise. San Francisco: HarperOne.
  4. http://jefflindsay.com/BOMIntro.shtml

 

SAKSI JEHOVAH (Jehovah’s Witnesses)

Saksi Jehovah (Jehovah’s Witnesses) juga dikenali sebagai Watch Tower Bible and Tract Society dan beribu pejabat di Brooklyn, New York. Saksi Jehovah merupakan satu gerakan keagamaan yang dimulakan oleh Russell (1852 – 1916) pada akhir abad ke-19. Dia yang dahulunya anggota Gereja Presbyterian, membentuk satu kumpulan kajian Alkitab dengan beberapa orang rakan pada tahun 1870. Mereka percaya bahawa gereja mula merosot secara beransur-ansur setelah rasul terakhir meninggal dunia. Sekarang, mereka telah menemukan semula agama Kristian yang sebenar dan mereka merupakan satu-satunya nabi dan rasul yang diajar dan diilhamkan oleh Tuhan di dunia. Pada tahun 1879, dia mula menyusun “Zion’s Watchtower and Herald of Christ’s Presence” untuk menyebarkan ideanya, dan jumlah peserta dalam kelas kajian Alkitab juga semakin meningkat. Pada tahun 1881, mereka membentuk “Watch Tower Society”. Pada tahun 1908, mereka membeli sebuah bangunan di Brooklyn sebagai pejabat pusat mereka sehingga sekarang. Pada tahun 1914, mereka menubuhkan “International Bible Students Association”. Ramai orang yang tertarik dengan mesej yang ditekankan olehnya iaitu bahawa hari kiamat bakal tiba. Sebagai contoh, dia terus menekankan bahawa Yesus telah kembali ke dunia ini dengan gambaran yang tidak kelihatan pada tahun 1874, hari kiamat dunia adalah pada tahun 1914, dan Perang Armagedon (Armageddon) akan berlaku pada hari itu. Orang yang tidak menerima iman kepercayaan Saksi Jehovah akan dimusnahkan, dan milenium akan tiba. Apabila mendapati bahawa ramalan itu tidak digenapi, dia kemudian mengubahnya kepada tahun 1915, tetapi sekali lagi ramalannya tidak digenapi. Russell meninggal dunia pada tahun 1916. Ilusi banyak pemercaya telah hancur seiring dengan kematiannya, tetapi masih banyak pemercaya yang tetap berpegang pada iman kepercayaan ini. Ketika Joseph Franklin Rutherford (1869 – 1942) mengambil alih sebagai pemimpin pada tahun 1931, mereka menukar nama gereja kepada Saksi Jehovah (Jehovah’s Witnesses). Dasarnya ialah: “Kamu inilah saksi-saksi-Ku, … dan hamba-Ku yang telah Kupilih,” (Yes 43:10). Dia dipenjarakan pada tahun 1918 bersama dengan beberapa orang yang lain kerana menentang penyertaan dalam perang. Setelah dibebaskan dari penjara, dia menerbitkan “The Finished Mystery” dan terus meramalkan bahawa Tuhan akan menghancurkan semua denominasi dan pemercayanya pada tahun 1918, dunia akan menjadi anarkis pada tahun 1920, dan satu-satunya cara bagi orang untuk menghindari bencana ini adalah dengan menerima iman kepercayaan Saksi Jehovah.

Kepercayaan terhadap ramalan Perang Armagedon juga menyebabkan banyak pemercaya bekerja lebih keras untuk menyumbangkan buku-buku yang ditulis oleh Joseph Ford dan terbitan gereja. Setelah latihan intensif, mereka menyebarkan idea dan terbitan gereja dengan menggunakan cara dari rumah ke rumah dan stesen radio. Tradisi ini masih berterusan sehingga hari ini. Di samping itu, ketika ramalan kiamat dunia pada tahun 1918 dan 1920 gugur, Joseph Ford menulis buku lain “Millions Now Living Will never Die”. Dia meramalkan bahawa milenium akan bermula pada tahun 1925, dan orang-orang kudus kuno seperti Abraham , Ishak, Yakub, Daud dan lain-lain akan kembali hidup di dunia ini. Mereka juga telah membina rumah (Beth Sarim, House of Princes) di Sepanyol sebagai kediaman kepala-kepala kaum ini. Kemudian, ketika Joseph Ford meninggal pada tahun 1942, ramalan tentang kemunculan kepala-kepala kaum masih tidak menjadi kenyataan, dan pemercaya terpaksa menjual rumah itu. Ketika zaman Nathan H. Knorr (1905 – 1977) mengambil alih, Saksi Jehovah mengalami beberapa perubahan. Mereka tidak lagi meramalkan masa kiamat dunia, sebaliknya membuka “Theocratic Ministry School” dan “Watch Tower Bible School of Gilead” yang fokus pada melatih pemercaya dari pelbagai tempat dan saksi yang bersiap pergi ke luar negara untuk menyebarkan agama. Mereka juga telah menerjemahkan semula Alkitab “New World Translation” dan menyemak semula beberapa ayat suci di dalamnya untuk memasukkan doktrin mereka. Sebagi contoh, (Yoh 1:1) diubah menjadi “Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah satu Allah.” dan sebagainya.

Franz (1893 – 1992) yang mengambil alih pada tahun 1977 menulis sebuah buku “Life Everlasting in the Freedom of the Sons of God”. Dia sekali lagi meramalkan bahawa musim luruh tahun 1975 akan menjadi permulaan bagi zaman ketujuh sejarah manusia dan Perang Armagedon akan berlaku tidak lama lagi. Sebilangan pemercaya bahkan mula menjual harta benda dan rumah mereka. Dalam tempoh ini, jumlah pemercaya Saksi Jehovah telah meningkat secara mendadak. Namun, berikutan keguguran ramalan-ramalan masa lalu pada tahun 1975, banyak orang berasa kecewa dan kemudian pergi. Kegagalan ramalan Saksi Jehovah yang berterusan telah menimbulkan keraguan dan kebimbangan dalam kalangan banyak orang dalam masyarakat. Gereja telah menjelaskan melalui penerbitan bahan terbitan bahawa mereka ada beberapa kesalahan perhitungan, tetapi masih percaya bahawa Tuhan akan terus memberikan wahyu kepada mereka dan menyertai mereka. Hari ini, Saksi Jehovah masih terus meramalkan kedatangan kiamat dunia. Walaupun ada sebilangan pemercaya yang pergi setiap kali kerana kecewa, namun hal ini tidak mempengaruhi pertumbuhan jumlah Saksi Jehovah. Menurut statistik, jumlah keseluruhan pemercaya Saksi Jehovah di seluruh dunia adalah seramai 6 juta orang pada tahun 2004 dan mereka tersebar ke 232 buah negara. Bilangan ini terutamanya disebabkan oleh semangat penyebaran agama mereka dan daya tarikan mesej tentang hari kiamat dunia.

Satu perkara yang perlu disebut ialah, Tuhan menekankan bahawa kerajaan mereka bukan dari dunia ini (Yoh 17:14), tujuan utama hidup di dunia ini adalah untuk menyaksikan Tuhan kepada semua orang. Oleh itu, mereka bersikap neutral terhadap negara dan politik. Mereka juga melarang segala tindakan setia kepada negara, termasuk mendaftar dalam pasukan tentera, berperang, mengundi, mentabik hormat kepada negara dan bendera (tindakan ini dianggap sebagai penyembahan berhala), dan lain-lain. Doktrin yang unik seperti ini telah membawa bencana besar kepada penganut mereka selama beberapa generasi. Semasa Perang Dunia Kedua, penganut Saksi Jehovah di Jerman diharuskan untuk setia kepada negara dan bertugas sebagai tentera dalam perang. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengikutinya sehingga anggota Nazi mula melarang mereka berkebaktian, menghancurkan atau bahkan menduduki pejabat mereka, dan membubarkan organisasi mereka. Banyak penganut juga dipenjarakan di kem konsentrasi (Konzentrationslager). Di dalam kem tersebut, pakaian mereka harus dipadankan dengan bentuk segitiga berwarna ungu untuk menonjolkan identiti mereka. Tidak seperti orang Yahudi yang dibantai kerana masalah ras, penganut Saksi Jehovah dianiaya atau dibunuh kerana masalah politik dan ideologi. Masalah ini masih ada sehingga sekarang. Banyak negara, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Korea Selatan, dan bahkan Taiwan serta lain-lain telah berdebat mengenai isu keengganan Saksi Jehovah untuk setia kepada negara, terutamanya dalam isu mendaftar sebagai tentera. Negara-negara ini masing-masing telah menggunakan pendekatan penyelesaian yang berbeza. Sebagai contoh, Taiwan menggunakan kaedah perkhidmatan alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.

 

DOKTRIN

  1. Konsep ketuhanan

Mereka tidak percaya pada Triniti. Nama Tuhan ialah Jehovah. Manusia mesti memanggil nama Tuhan, Jehovah untuk diselamatkan. Tuhan dan Yesus adalah berbeza dan terpisah. Oleh sebab Yesus bukan Tuhan, maka mereka hanya menyembah Jehovah, Tuhan yang benar ini. Roh Kudus hanyalah kuasa Tuhan, sejenis kekuatan seperti tenaga elektrik.

 

  1. Kristologi

Mereka menyangkal keilahian Yesus, tidak percaya bahawa Tuhan akan datang sebagai manusia menjadi Yesus, dan menekankan bahawa Yesus ialah makhluk ciptaan pertama. Pendapat ini adalah berdasarkan ayat-ayat suci: “Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan,” (Kol 1:15), “Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah:” (Why 3:14). Dia juga merupakan yang kedua selepas Tuhan. Pendapat ini adalah berdasarkan ayat-ayat suci: “Bapa lebih besar dari pada Aku.” (Yoh 14:28), “Kepala dari Kristus ialah Allah.” (1 Kor 11:3), “Anak-Nya yang tunggal” (Yoh 3:16). Dia pada asalnya ialah penghulu malaikat, Mikhael, dan kemudian menjadi orang yang sempurna di dunia serta menjadi Mesias ketika Dia dibaptis. Setelah kematian-Nya, tubuh daging-Nya menghilang. Setelah kebangkitan-Nya, Dia membawa tubuh roh, tetapi Dia menampakkan diri dalam tubuh daging. Sekarang, dia telah sekali lagi menjadi Mikhael di syurga.

 

  1. Anugerah keselamatan

Mereka menekankan bahawa hanya 144,000 orang saja yang akan diselamatkan. Yesus telah kembali ke dunia ini dalam gambaran yang tidak kelihatan pada tahun 1914. Ketika Perang Armagedon terjadi, Tuhan akan memusnahkan segala yang ada di dunia ini lalu menciptakan langit baharu dan bumi baharu di bumi. 144,000 orang akan menjadi raja bersama dengan Yesus. Orang diselamatkan bukan dengan penyelamatan dan penebusan Yesus Kristus, tetapi dengan mempercayai iman kepercayaan dan dogma yang diajarkan oleh Saksi Jehovah. Orang-orang selain 144,000 orang disebut domba di luar kandang. Mereka akan hidup di langit baharu dan bumi baharu. Orang mati yang tidak mempercayai iman kepercayaan Saksi Jehovah juga akan bangkit. Mereka akan belajar dalam milenium bersama dengan orang-orang yang belum percaya yang masih hidup selepas Perang Armagedon. Setelah seribu tahun, iman kepercayaan mereka akan diuji kerana Tuhan akan melepaskan syaitan dari jurang untuk menguji mereka. Mereka mesti memilih sama ada untuk percaya kepada Tuhan atau syaitan, dan mereka yang menolak Tuhan akan dibinasakan.

 

  1. Jiwa roh manusia dan tempat seksaan yang kekal

Mereka tidak percaya dengan kewujudan jiwa roh dan neraka setelah mati. Tuhan itu pengasih. Bagaimana Tuhan menciptakan neraka supaya manusia menderita? Neraka dalam Alkitab merujuk kepada kubur. Kematian kedua merujuk kepada kepupusan abadi dan keadaan tidak sedarkan diri. Orang yang tidak diselamatkan akan hilang sepenuhnya setelah dihakimi.

 

  1. Mereka membantah tindakan setia kepada negara

Sebagai contoh, mendaftar sebagai tentera dan mentabik hormat kepada bendera nasional. Mereka menganggapnya sebagai penyembahan berhala (Dan 3:1-30). Mereka juga tidak menggunakan objek atau gambar sebagai sasaran penyembahan, termasuk kayu salib (Kel 20:4-5). Di samping itu, Krismas, ulang tahun (hari jadi), atau mana-mana hari cuti sama sekali tidak dirayakan. Pemindahan darah juga dilarang kerana dianggap sebagai makan darah. Larangan ini adalah berdasarkan ayat-ayat suci: “Tetapi jagalah baik-baik, supaya jangan engkau memakan darahnya, sebab darah ialah nyawa, maka janganlah engkau memakan nyawa bersama-sama dengan daging.” (Ul 12:23), “Hanya daging yang masih ada nyawanya, yakni darahnya, janganlah kamu makan.” (Kej 9:4) dan lain-lain lagi.

 

AMALAN

  1. Perjamuan Kudus: Saksi Jehovah berkumpul untuk mengadakan Perjamuan Kudus setiap tahun untuk bersama-sama memperingati kematian Yesus.
  2. Mereka mengadakan tiga perjumpaan berskala besar setiap tahun, dan ada lima jenis perjumpaan dalam seminggu. Isi kandungannya kira-kira seperti berikut:
    • Public Talk

Biasanya diadakan pada hari Ahad, dan kebanyakan ceramah  mengenai topik-topik khas disampaikan oleh para penatua.

  • Watch tower Study

Biasanya membaca Watchtower terkini bersama selepas Public Talk.

  • Theocratic Ministry School

Biasanya diadakan pada waktu petang hari biasa untuk memberikan peluang kepada penganut untuk belajar dan bersaksi.

  • Service Meeting

Biasanya bersambung selepas Theocratic Ministry School, dan gereja terus memberikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan cara memberikan kesaksian untuk melatih penganut.

  • Book Study

Diadakan pada hari tertentu dalam seminggu untuk membolehkan penganut mempelajari Watchtower dengan lebih mendalam.

  1. Saksi Jehovah paling dikenali dengan cara penyebaran agamanya yang intensif dan bersemangat. Sama seperti nama gerejanya, setiap penganut yang sihat harus memberikan kesaksian kepada semua orang tentang Jehovah, Tuhan yang benar, di samping melibatkan diri dalam kerja penyebaran agama dari rumah ke rumah, bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali.
  2. Mereka menekankan bahawa pembaptisan harus dijalankan dengan seluruh tubuh ditenggelami air, tetapi iman kepercayaan ialah pilihan rasional peribadi, maka hanya orang dewasa yang boleh menerima pembaptisan.

 

CIRI-CIRI

  1. Dalam rancangan penyebaran agama, mereka memberikanpenekanan khusus pada karya penulisan sehingga mereka memiliki kilang percetakan sendiri. Saban tahun, mereka menyumbangkan sejumlah besar Alkitab, majalah dan buku yang diterbitkan oleh mereka semasa kerja penyebaran agama dari rumah ke rumah. Menurut statistik, “Awake!” dan “The Watchtower” merupakan dua terbitan utama yang diedarkan di seluruh dunia masing-masing dalam 87 dan 150 bahasa. Tahun-tahun kebelakangan ini, mereka juga berkembang menuju media filem dan televisyen, seperti merakam doktrin-doktrin dan amalan-amalan yang berkaitan dengan gereja dalam bentuk filem.
  2. Mereka biasa mentafsir Alkitab secara harfiahkecuali beberapa kitab suci yang jelas bersifat perumpamaan atau perlambangan.

 

MAKLUMAT RUJUKAN

  1. Curry, Melvin D. (Melvin Dotson). (1992). Jehovah’s Witnesses: the millenarian world of the Watch Tower. New York: Garland Publishing.
  2. Holden, Andrew. (2002). Jehovah’s Witnesses: Portrait of a Contemporary Religious Movement. London: Routledge.
  3. Jerry Bergman. (1990). Jehovah’s Witnesses II: controversial and polemical pamphlets / edited with an introduction. New York: Garland Pub.
  4. Rutherford,F.(Joseph Franklin). (1990). Jehovah’s Witnesses I: The Early Writings of J.F. Rutherford. New York: Garland Publishing.
  5. http://watchman.org/profile/jwpro.htm