INJIL AKAN DIBERITAKAN KE SELURUH DUNIA

INJIL AKAN DIBERITAKAN DI SELURUH DUNIA

(Pendeta Weng Zheng Huang)

 

A. PENGENALAN

Sebelum Tuhan Yesus terangkat ke syurga, Dia mempercayakan murid-murid-Nya dengan satu amanat yang penting, melampaui zaman dan abadi – “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, …” Dia datang untuk menghapuskan “dosa” dunia dan memberikan hidup kekal kepada segala makhluk. Orang yang datang ke hadirat-Nya pasti akan diselamatkan dan diberikan kasih karunia. Mereka tidak lagi menjadi hamba dosa, sebaliknya menjadi anak-anak Tuhan. Kasih karunia Tuhan ini juga merupakan berkat dan janji bahawa jiwa roh manusia dapat menikmati istirahat setelah tubuh jasmani manusia berakhir. Jiwa roh tidak binasa, tidak takut, dan tidak perlu menderita dalam kegelapan.

Ketika angin dunia merosot hari demi hari, hati manusia kian jahat, dan dunia dipenuhi dengan percabulan, keinginan material, hawa nafsu dan keinginan. Dosa terkumpul juga semakin mendalam. Batin manusia yang mulia semakin menjauh daripada Pencipta dan Bapa jiwa roh. Apabila dosa “penuh”, dunia material yang cabul ini akan hancur dan digulung seperti jubah. Pada hari itu, tidak ada manusia yang tertinggal! Dia akan memusnahkan dunia dengan kuasa besar-Nya, dan semua bangsa perlu dihakimi. Mereka yang diselamatkan akan bangkit untuk memperoleh hidup, sementara mereka yang dihukum akan bangkit untuk dihukum. Semua orang akan dihakimi sesuai dengan kehendak Tuhan dan menurut perbuatan mereka. Pasti ada ketakutan yang besar pada akhirnya (hari penghakiman), dan tidak ada orang yang dapat menghindarinya. Oleh itu, seiman yang telah diselamatkan dan ditebus oleh Tuhan hari ini harus menggandakan usaha untuk memberitakan Injil pada hari-hari terakhir dan menyelamatkan lebih banyak jiwa roh yang kehilangan.

 

B. STRATEGI DAN ARAH TUJUAN

Gereja mempunyai tanggungjawab mengembangkan “rahsia Tuhan” (Ef 3:1-6) supaya bangsa asing (orang Yahudi bukan Israel) dapat menjadi ahli waris Tuhan. Kerja yang penting ini menjadi daya penggerak bagi “gereja” agar terus berkembang. Gereja yang benar ada Roh Kudus, tanda mukjizat dan kebenaran. Semua ini ialah kunci yang menuju kerajaan syurga hidup kekal. Tujuannya adalah untuk menyebarkan kasih Tuhan dan anugerah keselamatan Tuhan. Maka Paulus telah menetapkan tujuan terpenting dan catatan bagi nilai hidup umat Kristian. Oleh itu, “strategi” dan “arah tujuan” pemberitaan Injil yang spesifik dapat mengembangkan Injil dengan berkesan. Orang-orang muda harus memikul “amanat” sezaman dan ada “kesedaran” yang diperlukan, dan berusaha keras untuk mempromosikannya.

Merenung kembali bahawa ketika pemercaya gereja benar mula-mula dipanggil, tidak banyak orang yang bijak, tidak banyak orang yang berpengaruh, tidak banyak orang yang terpandang. Namun semuanya telah banyak berubah pada hari ini. Dengan kasih karunia dan karunia Tuhan, gereja benar hari ini mempunyai banyak orang yang bijak, tidak sedikit orang yang berpengaruh, dan tidak kurang orang yang terpandang. Bukankah perubahan besar sedemikian disediakan untuk “penyebaran Injil secara meluas”? Oleh itu, gereja telah memiliki satu set rancangan latihan untuk waktu yang lama. Tambahan pula, “Jabatan Pendidikan Agama” telah memperdalam isi kandungan dan warna-warni iman kepercayaan kita, dan bahkan diangkat menjadi “Unit Pendidikan” dengan ada orang khusus yang bertanggungjawab ke atasnya. Seminar-seminar, Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid, persekutuan di semua peringkat dan lain-lain, semuanya ada buku teks dan guru yang baik. Generasi baharu juga terus dilatih. Sebenarnya, bukankah anda dan saya merupakan penerima manfaat ini beberapa dekad yang lalu? Kehendak Tuhan pasti tidak kekurangan dalam kursus teologi, pendidikan lanjutan, audio-visual, tugas praktikal … dan sebagainya. Isi kandungan latihan ada hermeneutik “bebas” dan arah perkembangannya. Jadi setelah menerima “kasih karunia yang berlimpah” ini, bagaimana kita membuat transformasi agar kasih karunia ini menjadi daya penggerak? Persoalan ini sangat mendesak. Perkara-perkara berikut disarankan sebagai perkongsian dan dorongan bersama:

  1. Kenalpastirancangan penerokaan bagi tempat yang belum dijangkau

Injil akan diberitakan di seluruh dunia untuk meyelesaikan amanat yang dipercayakan oleh Tuhan. Tetapi jika kita melihat di kampung, kota dan bandar di negara kita pada hari ini, gereja hanya didirikan di sebilangan kecil tempat saja. Ada sebilangan besar tempat yang belum ada gereja. Setiap gereja juga mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani sekali tahun sebagai aktiviti tahunan dan telah menjadi acara yang sangat diperlukan bagi gereja. Malangnya, ada juga beberapa buah gereja yang menunjukkan ciri-ciri keletihan, formaliti, dan formula.

Kumpulan kecil penginjil, penginjilan bergerak, tindakan lanjut / susulan, kumpulan koir kecil, tenaga kerja yang ada, mengimbangi jurang antara bandar dengan luar bandar. Semua kerja ini memerlukan pemuda kolej dan pemuda dalam masyarakat untuk memimpin dan mengambil bahagian secara aktif. Dengan demikian, fungsi Kebaktian Kebangunan Rohani dapat diperkuat dan tidak menunjukkan ciri keletihan.

 

  1. Membentukbahan pengajaran untuk “pelayanan Injil”

Pendidikan agama dan bahkan semua peringkat “persekutuan” perlu memiliki bahan pengajaran pengjinjlan dan rancangan latihan Injil. Dengan berbuat demikian, kelompok usia bagi tanggungjawab kerja penginjilan juga dikurangkan dan dipromosikan ke peingkat “pemberitaan Injil seluruh umat” secara aktif. Guru-guru kumpulan pendidikan kanak-kanak memimpin pelajar untuk memberitakan Injil. Bukankah para intelektual muda lebih lagi perlu memikul amanat “warisan” iaitu diwariskan daripada nenek moyang dan mewariskan kepada generasi akan datang dalam roda masa ini?

 

  1. Menggabungkan pelbagai sumber

Saban tahun, “Unit Penggembalaan” setiap gereja atau “Kumpulan Penggembalaan”  setiap zon selalu menyiapkan anggaran untuk pelbagai seminar. Mesyuarat pembiayaan untuk Kebaktian Kebangunan Rohani, kelas lanjutan teologi, persahabatan belia dan lain-lain diadakan pada masa yang sama dengan mesyuarat pembiayaan untuk “Kumpulan Penginjilan dan Unit Penginjilan”. Namun pertembungan ini mengakibatkan orang yang sama harus turut serta dalam latihan atau kursus seminar untuk beberapa projek dan setiap kumpulan masing-masing mengeluaran perbelanjaan. Mereka menunjukkan pembangunan dalaman yang menitikberatkan penggembalaan tetapi mengabaikan pelayanan Injil dari segi luaran. Bukankah tujuan utama penggembalaan adalah untuk “menyebarkan Injil”? Kita tidak seharusnya bertangguh-tangguh lagi. Integrasi yang efektif harus dicapai dari segi tenaga kerja, sumber material dan sumber kewangan agar keberkesanannya dapat dimaksimumkan.

 

  1. Manfaatkan audiovisual dan media dengan baik untuk menyebarkan Injil

Sudah lebih daripada sembilan tahun sejak pelancaran program radio Injil dalam bahasa Mandarin di Taiwan, dan program radio yang disiarkan dalam bahasa Taiwan juga sudah lebih daripada enam tahun. Isi kandungannya menjadi semakin kaya, lebih matang dan lebih stabil. Selain digabungkan dengan kehidupan harian, isi kandungannya ada unsur-unsur festival, pergolakan sosial, forum situasi semasa, dan lain-lain, serta wawancara peribadi (kesaksian hidup) dalam setiap episod. Semua ini sangat membantu pelajar muda, penduduk biasa dan masyarakat umum di samping memberikan bantuan tambahan kepada risalah Injil dan teks bercetak sedia ada. Sejak Mac 1994, program Injil disiarkan di China Central Television setiap hari Ahad dari jam 9:30 pagi hingga jam 10:00 pagi. Gereja bersuara kepada masyarakat umum dalam setiap episod. Tahun-tahun kebelakangan ini, media video dan audio telah mengumpulkan banyak “senjata” Injil. Koleksi kidung juga membekalkan muzik latar selepas program siaran. Tindakan ini dapat mengurangkan perbelanjaan membeli hak cipta muzik dan kidung daripada denominasi lain, dan juga menyediakan para pemuda gereja dengan peluang penciptaan kidung penginjilan. Kesaksian-kesaksian sebagai koleksi atau hadiah mengharukan banyak rakan muda dan disukai mereka sehingga mereka terpengaruh dan berubah tanpa disedari! Melodi dan lirik lagu yang mengharukan menyampaikan kasih dan kasih kerunia Tuhan Kristus.

 

  1. Membentuk kumpulan koir kecil bergerak

Kumpulan koir sedia ada mementingkan “momentum dan barisan”. Ahli koir hanya bertanggungjawab menyanyikan kidung, dan sentuhannya hampir terhenti pada peringkat “kemerduan paduan suara”. Penginjilan berskala besar di dewan atau luar tentu saja mengagumkan dan elegan, tetapi tidak fleksibel dalam pergerakan dan tindakan. Banyak perbelanjaan digunakan untuk pakaian dan peralatan audio. Sekiranya dapat diubah kepada satu atau dua orang setiap suara, iaitu satu pasukan dengan bilangan tidak lebih daripada sepuluh orang disertakan dengan piano dan kawalan suara, mobilitinya tinggi, dan semua orang boleh memberitakan mesej lirik kidung. Cara ini menjimatkan “pengacara” tradisional yang mengacara, membuat laporan, serta naik dan turun dari pentas. Cara ini wajar dan menyentuh hati, dekat dengan masyarakat, dapat berinteraksi dengan penonton dan pendengar, boleh memimpin nyanyian bersama, boleh memilih kidung dan lain-lain. Kumpulan ini baharu, mudah dikumpulkan, cepat bergerak, dan memaksimumkan faedah dengan operasi yang paling jimat. Setiap ahli koir menaikkan fokus mata jemaah, dan kaedah ini ialah rancangan yang boleh dipromosikan bersungguh-sungguh dalam arena pemberitaan Injil. Pada masa ini, kumpulan-kumpulan koir secara praktikalnya telah menjadi stesen panggilan Injil dalam kerja penginjilan.

 

  1. Kukuhkan “teh Injil”bulanan

Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan setiap tahun. Kebaktian penginjilan yang menggerakkan seiman gereja memberitakan Injil pula jarang diadakan. Bilangan kebaktian penginjilan sememangnya sangat sedikit. Pada masa ini, ada gereja yang menggunakan petang Sabat untuk mengadakan penginjilan secara berkala. Jika digabungkan dengan promosi “teh Injil” atau “kelas pencari Injil”, kita boleh membincangkan masalah iman kepercayaan, menyelesaikan masalah, membuat tindakan lanjut atau tindakan susulan dengan pencari Injil secara langsung. Kerja penginjilan “standard” sedia ada dapat diperkukuh dan diperlengkap dengan pendidikan kanak-kanak, pendidikan belia, persekutuan orang dewasa, dan setiap peringkat persekutuan berdasarkan umur, sifat, dan kategori-kategori lain.

 

C. HARAPAN DAN PROSPEK

“Ahli jawatankuasa eksekutif” setiap gereja mengadakan mesyuarat berkala bulanan. Perbincangan tentang peraturan dan undang-undang semasa serta pengurusan pentadbiran menyebabkan ahli jawatankuasa berasa memakan masa dan tertekan. Hal ini kerana situasi kebaktian, arah tujuan penggembalaan pemercaya, semua aktiviti gereja, perbelanjaan kewangan, anggaran belanjawan, penyelesaian akaun, perolehan am dan pengurusan kewangan memerlukan banyak masa. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang pencari Injil atau tanggungjawab dan beban memperkuat “tindakan susulan dan keprihatinan” adalah tidak mencukupi. Sekiranya dapat merasakan tanggungjawab berat kerja penginjilan, adakah perbincangan tentang pengurusan pentadbiran yang panjang boleh dikurangkan? Perbanyakkan lagi perkembangan deria penginjilan supaya para seiman dapat melakukannya sambil belajar dan tidak hanya tetap berada dalam pelayanan yang sedia ada. Seperti kata-kata Paulus: “Beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak baik waktunya, … Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya, supaya aku sedapat mungkin memenangkan beberapa orang dari antara mereka.” Kita mahu orang lain mendapat bahagian dalam Injil, bukan hanya berhenti setakat menikmati “kasih” persekutuan. Ada banyak jiwa lemah yang kerunsingan, ketakutan, ragu-ragu dan tidak berdaya. Jangan mengabaikan mereka sehingga mereka membahayakan diri, membunuh diri, mendera diri, bersembunyi di sudut gelap bersendirian, memukul dada dan meratap, serta menjadi makanan singa yang mengaum. Kita gerakkan seluruh jemaat, kumpulkan lebih banyak kekuatan, bangkitkan lebih banyak seiman yang sedang tidur, dan gerakkan kumpulan. Mari bersama-sama berdiri, keluar, dan membawa orang lain masuk ke sini. Apabila bilangan orang bertambah, dan apabila setiap orang menerima anugerah dan kasih Tuhan seperti kita, kita pasti dapat “menjawab” kepada Tuhan di hadapan-Nya, dalam perdamaian dengan Dia.