HARI SABAT

HARI SABAT

(Pendeta Xie Xi Hai)

 

Tuhan berkata: “Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.” (Luk 6:5). Kata-kata Tuhan Yesus ini sangat jelas dan pasti. Sebaliknya, walaupun hampir semua umat Kristian mempunyai hati untuk mendekati, melayani, dan menyembah Tuhan, namun mereka mengadakan kebaktian pada hari Ahad, bukannya memelihara hari Sabat. Gereja benar yang memelihara hari Sabat Tuhan atas ilham dan perlindungan Tuhan nampaknya agak kesunyian. Tambahan pula, orang lain tidak memahaminya dengan baik dan salah faham bahawa kita degil, menyendiri, dan bersendirian. Oleh itu, kita mesti mempunyai pemahaman yang jelas dan pasti tentang kasih karunia yang telah kita terima supaya kita dapat menerima berkat yang dijanjikan oleh Tuhan di samping meneguhkan kepercayaan kita dalam ibadah dan pelayanan kita (2 Tim 1:12).

 

A. ASAL-USUL HARI SABAT

Berbalik pada halaman pertama Alkitab, iaitu kitab Kejadian, kalimat pertama dengan jelas menyatakan: “Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.” (Kej 1:1). Sederhana, ringkas, dan berkuasa, tetapi dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa Tuhan itu wujud sejak dahulu dan wujud untuk selama-lamanya. Langit dan bumi dan segala isinya diciptakan oleh Tuhan ini. Kemudian, proses penciptaan Tuhan dalam masa enam hari diterangkan secara ringkas. “Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.” (Kej 2:1-3). Demikianlah asal usul hari Sabat. Kita dapat melihat tujuan Tuhan menetapkan hari Sabat daripada catatan yang jelas ini:

  1. Untuk memperingati kerjapenciptaan Tuhan: Setelah kerja penciptaan alam semesta Tuhan diselesaikan, Dia pun berhenti daripada segala kerja-Nya pada hari ketujuh. Oleh itu, Tuhan membezakan hari ketujuh untuk memperingati penciptaan-Nya. Tambahan pula, Tuhan melihat bahawa semua kerja-Nya itu baik (Kej 1:4,12,31). Maka, jika manusia bersedia untuk memerhatikan dengan teliti semua perkara dan persekitaran yang diciptakan oleh Tuhan di sekelilingnya, mereka pasti akan mendapati pelbagai jenis keindahan yang terkandung di dalamnya sehingga mereka menyampaikan puji-pujian.
  2. Hari yang diberkati oleh Tuhan: “Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu…” (Kej 2:3). Tentu saja, Tuhan sudimenjaga dan memberkati semua yang telah diciptakan-Nya setiap hari, namun Tuhan khasnya menegaskan dan berjanji bahawa hari Sabat merupakan hari yang dijagai-N Jika manusia bersedia untuk menerima ajaran dan bimbingan-Nya pada hari ini, mereka bukan saja menyatakan hati mereka yang soleh, tetapi juga menerima berkat-Nya.
  3. Hari yangdikuduskan oleh Tuhan: “Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya” (Kej 2:3). Tuhan itu Tuhan yang kudus, dan orang yang takut akan-Nya harus menjalani kehidupan yang kudus setiap hari (1 Ptr 1:15-16). Tuhan membezakan hari Sabat dengan menguduskannya membolehkan kita menyedari betapa Tuhan mengutamakan hari ini. Kita juga harus mengutamakan hari ini.
  4. Hari yang ditentukan oleh Tuhan untuk manusia:“karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu” (Kej 2:3). Kuasa Tuhan itu mahakuasa. Dia menciptakan segalanya. Dia menguasai dan memulihara segalanya sehingga semua makhluk hidup dapat menjalani kehidupan yang normal. Jadi Tuhan tidak perlukan Tuhan berhenti daripada kerja menunjukkan bahawa Tuhan telah menyelesaikan projek penciptaan yang besar, tetapi Dia membezakan hari ketujuh. Tujuannya adalah supaya kita dapat menyedari bahawa Tuhan berbuat demikian bukan untuk diri-Nya sendiri, tetapi untuk manusia. Tuhan Yesus menyatakan: “Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat,” (Mrk 2:27).

 

B. TUHAN MENYATAKANNYA

Setelah penciptaan Tuhan selesai dan menyatakan hari ketujuh sebagai hari Sabat yang kudus, hari Sabat tidak lagi disebut dalam seluruh catatan kitab Kejadian, termasuk Tuhan memilih Abraham pada kemudian hari, berjanji untuk menjadikan keturunannya sebagai umat pilihan Tuhan serta membina sebuah bangsa dan sebuah kerajaan, dan proses kehidupan iman kepercayaan empat orang kepala kaum. 430 tahun setelah keluarga Yakub berpindah ke Mesir sebagai orang asing, Tuhan mengutus Musa untuk memimpin sejumlah besar umat keluar dari Mesir. Pada hari kelima belas bulan yang kedua sejak mereka keluar dari tanah Mesir, mereka tiba di padang gurun Sin yang terletak di antara Elim dan gunung Sinai. Umat bersungut-sungut kepada Musa kerana kehabisan makanan yang dibawa. Oleh itu, Tuhan memberitahu Musa bahawa Dia akan menurunkan makanan (iaitu manna) kepada mereka, dan terlebih dahulu menyatakan peraturan memungut manna (Kel 16:4,16). Mereka mengumpulkan kuantiti untuk setiap hari dan tidak boleh mengumpulkan banyak. Walau bagaimanapun, mereka boleh memungut bekalan dua kali lipat pada hari keenam. Pada hari keenam, Tuhan menyatakan: “Besok adalah hari perhentian penuh, sabat yang kudus bagi TUHAN…” (Kel 16:23). Adalah dapat dilihat bahawa pengiraan hari pertama dalam seminggu dan hari ketujuh, hari Sabat bukan hanya berdasarkan kalender yang ditetapkan oleh manusia sendiri. Tuhan sendiri menyatakan bahawa “Besok adalah hari perhentian penuh, sabat yang kudus bagi TUHAN…” Tuhan melatih umat Israel untuk menghitung dan memegang hari Sabat dengan jelas melalui peraturan memungut manna. Hal ini kerana Tuhan tidak akan menurunkan manna pada hari Sabat (Kel 16:26). Sampai kini, orang Israel tetap mematuhi peraturan hari Sabat (Sabtu). Tentu saja, Tuhan telah menyatakan hal ini dengan permintaan. Dia berharap umat dapat melepaskan semua kerja di dunia pada hari Sabat. Dengan berbuat demikian, bukan hanya tubuh mereka dapat memperoleh istirahat, tetapi mereka dapat menyembah dan melayani Tuhan bersama-sama di hadapan Tuhan pada hari ini serta menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia. Oleh itu, ketika umat tiba di kaki gunung Sinai, Tuhan menyampaikan pelbagai ketetapan dan peraturan kepada umat. Dia menetapkan hari Sabat ke dalam Sepuluh Hukum (Kel 20:8-11) supaya umat dapat memeliharanya dari generasi ke generasi agar dapat menjalinkan hubungan yang paling dekat dengan Tuhan dan mendapat berkat yang dijanjikan oleh Tuhan.

 

C. HARI YANG DIJANJIKAN OLEH TUHAN

Kita dapat memahami betapa Tuhan mengutamakan hari Sabat daripada proses dan pernyataan penciptaan Tuhan. Dia memberikan hari ini kepada umat pilihan supaya setiap orang yang takut akan-Nya dapat terus menerima janji-Nya. Janji-janji ini meliputi:

  1. Janji perjanjian: Tuhan mengumumkan kepada umat Israel:“Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan sabat, turun-temurun, menjadi perjanjian kekal. Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya…” (Kel 31:16-17). Tuhan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyatakan bahawa hubungan-Nya dengan umat merupakan perjanjian, dan hari Sabat juga merupakan salah satu bukti Tuhan itu setia dan memegang perjanjian. Dia mengutamakan mereka yang menjadi milik-Nya. Kita dapat melihat dengan jelas daripada sejarah umat pilihan bahawa walaupun umat sering lemah dan menjauhi Tuhan, tetapi Tuhan berulang kali mengajar, mengampuni, dan menyelamatkan mereka kerana Dia mengutamakan perjanjian-Nya. Jika kita dapat mengutamakan hari Sabat yang kudus di dalam Tuhan, kita juga dapat menerima perjanjian yang indah ini sebagai jaminan dan bukti iman kepercayaan untuk meneguhkan iman kita.
  2. Janji pengudusan: Tuhan juga berfirman: “Akan tetapi hari-hari Sabat-Ku harus kamu pelihara, sebab itulah peringatan antara Aku dan kamu, turun-temurun, sehingga kamu mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, yang menguduskan kamu.” (Kel 31:13).Tuhan menetapkan hari Sabat sebagai hari yang kudus kerana Dia menghendaki orang-orang yang percaya kepada-Nya mengejar kekudusan. Di samping itu, ketetapan ini juga menjadi pertolongan kita kerana kita tahu bahawa kita masih mempunyai banyak kelemahan dan perlu menghadapi banyak halangan, cubaan dan godaan. Walau bagaimanapun, janganlah putus asa. Dia memberikan janji pengudusan kepada kita. Dia pasti akan menambah kekuatan supaya kita bertumbuh kian hari, mengalahkan segalanya, dan mencapai tujuan pengudusan. Hal ini kerana Dia dapat merasakan keperluan kita dan menjadi pertolongan kita pada waktunya (Ibr 4:15-16).
  3. Janji tentang kuasa: Tuhan berfirman:“Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAn memberkati hari Sabat dan menguduskannya.” (Kel 20:11). Oleh itu, memelihara hari Sabat membolehkan kita merenungkan kerja penciptaan Tuhan dan melihat betapa ajaib, luar biasa, dan tidak terhingganya kuasa Tuhan. Kuasa Tuhan merupakan jaminan sandaran dan sumber kasih karunia kita. Hari Sabat merupakan hari yang diberkati oleh Tuhan kerana ada kuasa Tuhan sebagai bukti. Bagaimana kita boleh melepaskan dan mengubahnya dengan begitu mudah?
  4. Janjitentang harmoni: Tuhan memerintahkan dengan jelas dalam Sepuluh Hukum: “enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu.” (Kel 20:9-10). Oleh itu, manusia harus menikmati istirahat yang diberikan oleh Tuhan, baik dari segi fizikal mahupun dari segi rohani pada hari ini. Dengan berbuat demikian, tubuh seseorang itu secara semula jadi berasa selesa, dan boleh dikatakan bahawa dia mendapat keharmonian dengan dirinya sendiri. Bukan hanya dirinya berehat, tetapi semua yang ada di sekelilingnya, tanpa mengira identiti (tidak ada perbezaan antara orang besar dengan orang kecil, orang miskin dengan orang kaya, orang bijak dengan orang bodoh), dan mana-mana perkara (manusia, haiwan), juga harus berehat supaya manusia mendapat keharmonian antara satu sama lain dan mendapat keharmonian dengan alam. Dalam proses meneroka alam, mereka dapat mengekalkan idea kasih sayang, pemuliharaan dan rehat. Selain itu, kita juga mendapat keharmonian dengan Tuhan pada hari ini kerana kita dapat bersama-sama datang ke hadirat Tuhan untuk menyembah dan melayani Tuhan serta menerima ajaran Tuhan yang Dengan itu, semangat “saling mengasihi” yang diutamakan oleh Tuhan dapat diterapkan dalam kehidupan nyata supaya lebih banyak orang dapat berkongsi kasih pendamaian dan memiliki sukacita rohani.

 

D. PENJELASAN TUHAN

Ketika orang Israel berada di padang gurun, Tuhan memerintahkan hari Sabat dan memasukkannya ke dalam Sepuluh Hukum. Orang Israel telah melalui pelbagai perubahan. Ada kalanya mereka lemah, ada kalanya mereka giat dan akhirnya kerajaan mereka binasa. Ketika Tuhan Yesus dilahirkan dan datang ke dunia, mereka menambahkan banyak pendapat manusia ke dalam makna dan konsep hari Sabat. Oleh itu, ketika Tuhan Yesus bekerja, Dia pernah banyak kali berkonflik dengan orang Farisi pada waktu itu kerana isu hari Sabat. Hal ini bukan kerana Tuhan Yesus ingin mengubah hari Sabat. Sebaliknya, Dia sendiri menjelaskan sepenuhnya semangat yang ingin dinyatakan oleh hari Sabat yang diberikan oleh Tuhan supaya manusia lebih mampu menerimanya dan dibangunkan. Tuhan berfirman: “Hari Sabat diadakan untuk manusia” (Mrk 2:27). Maka, kita dapat memahami daripada firman dan perbuatan Tuhan bahawa semangat memelihara hari Sabat adalah seperti berikut:

1. Dengan pemikiran yang penuh hormat

Pada zaman kuno, nabi Yesaya memberikan peringatan dan mengajar orang Israel dengan berkata: “Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebut hari Sabat “hari kenikmatan”, dan hari kudus TUHAN “hari yang mulia”; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong,” (Yes 58:13). Nampaknya, kita harus mengingatkan diri kita sendiri pada hari Sabat bahawa: “Hari ini merupakan hari Sabat Tuhan yang kudus, dan juga merupakan hari yang istimewa untuk menyembah dan melayani Tuhan”. Kita mengutamakan hari ini dengan hati yang takut akan Tuhan dan berhati-hati dengan hal-hal yang ingin dilakukan. Kita juga memohon Tuhan menolong supaya kita dapat menjauhkan diri daripada gangguan perkara duniawi serta menikmati istirahat jiwa dan raga yang diberikan oleh Tuhan.

 

2. Dengan pemikiran yang merindukan

Nabi Yesaya berkata: “Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebut hari Sabat “hari kenikmatan”,… maka engkau akan bersenang-senang karena TUHAN,…” (Yes 58:13-14). Bagi orang Israel, mereka tidak boleh melakukan sebarang kerja pada hari Sabat (Kel 31:14). Tujuan asal Tuhan adalah supaya manusia memiliki iman mutlak dan berhenti bekerja kerana Dia akan memberkati (Im 25:20-22). Walau bagaimanapun, proses sejarah umat menunjukkan bahawa mereka kurang iman sehingga mereka tidak mahu memegang perintah itu sepenuhnya. Semasa Tuhan Yesus bekerja, orang-orang Yahudi nampaknya sangat mengutamakan hari Sabat (Luk 13:14-15). Sebenarnya, walaupun manusia melihat banyak kepalsuan dalam maklumat yang relevan itu, semua itu adalah kerana manusia tidak tahu merindukan hari Sabat akibat tidak tahu betapa indahnya melepaskan kerja duniawi untuk merehatkan jiwa dan tubuh mereka pada hari Sabat. Mereka beranggapan bahawa berpegang pada perintah membuatkan mereka menderita, atau mereka menggunakan banyak alasan untuk menghindari tanggungjawab. Oleh itu, kita mesti mempunyai pemikiran yang merindukan kasih karunia. Kita juga memohon Tuhan menambahkan iman kita supaya kita dapat menganggap hari Sabat sebagai hari kenikmatan, dan menantikan kedatangan hari Sabat setiap minggu.

 

3. Dengan pemikiran yang benar

Tuhan Yesus mengadakan banyak tanda dan mukjizat. Mengapa orang Farisi akhirnya menolak semua itu sepenuhnya? Hal ini kerana mereka berfikir: “Orang ini tidak datang dari Allah, sebab Ia tidak memelihara hari Sabat… Bagaimanakah seorang berdosa dapat membuat mujizat yang demikian?” (Yoh 9:16). Sebab utamanya adalah kerana orang Farisi sering mempunyai hati yang munafik dan mengejar puji-pujian yang sia-sia sehingga mereka tidak dapat merenungkan anugerah keselamatan yang disediakan oleh Tuhan melalui Injil yang dilihat dan didengar. Malang sekali. Hari ini, kita harus mempunyai pemikiran yang benar dalam memegang hari Sabat, bukan bersikap sambil lalu agar kita mendapat pembangunan yang sebenar.

 

4. Dengan pemikiran yang saling mengasihi

Sebilangan orang Yahudi menyerang Tuhan Yesus kerana tidak memegang hari Sabat. Tuhan Yesus menjelaskan isu ini dengan menggunakan hukum Taurat Tuhan: “Yang Kukehendaki ialah belas kasihan dan bukan persembahan”. Kemudian Dia berkata lagi: “Jika seorang dari antara kamu mempunyai seekor domba dan domba itu terjatuh ke dalam lobang pada hari Sabat, tidakkah ia akan menangkapnya dan mengeluarkannya?” (Mat 12:7,11). Tuhan memberikan hari Sabat kerana Dia mengasihi dunia. Kita memperingati hari Sabat juga untuk belajar saling mengasihi (Mat 12:7,12) dan memberikan kesaksian tentang keindahan anugerah keselamatan Tuhan. Dengan itu, hari Sabat menjadi lebih bermakna. Oleh itu, kita harus saling mendorong, memahami, dan melayani supaya lebih banyak orang dapat berkongsi sukacita rohani pada hari Sabat.

 

E. PENYEMPURNAAN TUHAN

Berkat Tuhan meminta manusia untuk menjadi kudus setiap hari. Pemerintahan Tuhan ke atas alam semesta juga merupakan hal yang tidak dapat dihentikan setiap hari. Mengapa Tuhan menghendaki kita untuk khasnya memperingati dan memegang hari Sabat? Hal ini bertujuan supaya kita dapat beristirahat dari segi jiwa dan tubuh ketika kita masih hidup. Lebih penting lagi, kita harus menantikan perhentian abadi yang akan diberikan oleh Tuhan kelak supaya kita dapat memasuki kerajaan hidup kekal dan menerima upah kemuliaan Tuhan. Pengharapan inilah yang dinyatakan oleh penulis kitab Ibrani: “Jadi masih tersedia suatu hari perhentian, hari ketujuh, bagi umat Allah.” (Ibr 4:9). Perhentian ini bukanlah seperti kerja yang diselesaikan oleh hamba-hamba Tuhan, Yosua dan Daud. Mereka hanya menyelesaikan sebahagian daripadanya supaya manusia mempunyai iman dan menantikan masa depan. Pengharapan perhentian sebenar ini adalah melalui Tuhan Yesus kita. Dia disalibkan dan mati untuk dosa-dosa dunia serta bangkit pada hari ketiga, mengalahkan maut – musuh manusia yang terakhir dan yang terbesar. Oleh itu, pengharapan kita tidak akan sia-sia. Kita semua akan menjadi seperti Tuhan yang akhirnya bangkit dari antara orang mati untuk memasuki kerajaan hidup kekal. “Karena itu baiklah kita berusaha untuk masuk ke dalam perhentian itu, supaya jangan seorang pun jatuh karena mengikuti contoh ketidaktaatan itu juga.” (Ibr 4:11).