KITAB FILEMON
(Pendeta Huang Zhi Jie)
Kitab Filemon merupakan sebuah kitab yang sangat berbeza. Kitab ini merupakan sepucuk surat peribadi. Surat ini tidak menyebutkan doktrin iman kepercayaan, teori teologi, pentadbiran jemaat, dan sebagainya. Surat ini hanya membincangkan firman tentang menerima satu kesalahan yang dapat ditebus dengan kasih yang disukai oleh orang ramai. Firman ini diterapkan dalam hubungan antara tuan dengan hamba dalam surat ini. Dengan hanya 25 ayat, surat ini merupakan surat terpendek yang terpelihara antara surat-surat yang ditulis oleh Paulus.
A. PENULIS
Berdasarkan tandatangan kepala surat (Flm 1) dan perkataan-perkataan yang digunakan sama dengan surat-surat Paulus yang lain, penulis surat ini ialah rasul Paulus dan tidak ada yang mencurigakan tentangnya.
B. LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PENULISAN
Surat-surat Paulus ada latar belakang dan tujuannya. Semasa dia menulis kitab Filemon, dia sedang dipenjarakan (Flm 1).
Terdapat tiga penerima bagi surat ini iaitu Filemon, Apfia dan Arkhipus (1b-2). Dari segi hubungan antara ketiga-tiga orang ini, sarjana Alkitab secara umumnya percaya bahawa Filemon dan Apfia mungkin ialah suami isteri, manakala Arkhipus ialah anak lelaki mereka. Onesimus pula sudah pasti merupakan hamba Filemon (16).
Menurut bukti dalaman kitab Filemon, keluarga Filemon merupakan keluarga yang bahagia, bahkan keluarga yang kaya kerana ada hamba yang bekerja dengan mereka. Mereka boleh menerima pemercaya dan mendirikan jemaat di rumah (2b). Tambahan pula, mereka sering mengerjakan kebaikan dan diketahui oleh semua orang (6b). Dengan merujuk kitab Kolose 4:17 dan 4:9, kita dapat mengetahui hubungan antara Onesimus dengan Arkhipus dan dengan jemaat di Kolose. Dalam kitab Kolose 4:17, Paulus meminta jemaat Kolose untuk mengingatkan Arkhipus agar perhatikan supaya dia menjalankan sepenuhnya pelayanan yang diterima dalam Tuhan. Nampaknya, Arkhipus merupakan anggota jemaat di Kolose dan dia giat untuk Tuhan. Dalam 4:9, disebutkan bahawa Onesimus merupakan orang dari Kolose.
Ketika Paulus dipenjarakan di Rom, Onesimus menjadi Kristian kerana berkenalan dengan Paulus (Flm 10). Kemudian, dia dan kawan pelayan, Tikhikus menghantar sepucuk surat kepada jemaat di Kolose (Kol 4:7-9). Perjalanan ini juga agaknya merupakan perjalanan ketika Paulus menyuruh Onesimus kembali ke Kolose (Flm 12; Kol 4:9). Berdasarkan nada Paulus dalam kitab Kolose, rasanya kali ini merupakan kali pertama Onesimus kembali ke Kolose sebagai saudara dalam Tuhan. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa Onesimus kembali ke Kolose untuk kali pertama setelah dia meninggalkan tuannya.
Berdasarkan bukti dalaman Alkitab, tujuan Paulus menulis kitab ini berkaitan dengan Onesimus secara langsung. Kita boleh menganggap bahawa Onesimus ialah hamba yang melarikan diri. Kebolehpercayaan anggapan ini adalah sangat tinggi. Sistem perhambaan cukup berleluasa dalam zaman Rom. Terdapat catatan bahawa sekitar 60% daripada penduduk ialah hamba pada masa itu. Hamba merupakan harta yang berstatus paling rendah pada masa itu. Jika mahu menggunakan hamba orang lain, seseorang harus mendapatkan persetujuan orang itu. Sebab inilah Paulus perlu meminta persetujuan Filemon (Flm 14).
Pada zaman itu, jika seseorang membunuh seekor lembu ternakan, hukuman tertinggi ialah hukuman mati, tetapi membunuh hamba tidaklah bersalah. Oleh itu, tuan memperlakukan hamba yang melarikan diri dengan sangat kejam. Hamba boleh dipenjarakan, disebat, dan bahkan dihukum mati. Sekiranya ada orang melindungi hamba yang melarikan diri, tuannya boleh menuntut kerugiannya daripada pelindung tersebut. Jumlahnya adalah berdasarkan gaji pokok harian hamba yang dilindungi didarabkan dengan jumlah hari yang dilindungi. Sebab inilah Paulus menulis bahawa dia bersedia memikul tanggungjawab undang-undang dan mengambil inisiatif untuk membayar kerugian Filemon (Flm 18-19a). Hal ini kerana menurut (Flm 11), Paulus memang bersalah dari segi undang-undang kerana telah mendapat manfaat daripada Filemon.
Berdasarkan perbincangan di atas, Paulus melindungi Onesimus di sisinya kerana Paulus memberitakan Injil kepadanya di Rom. Pada kesempatan yang tidak diketahui, Paulus tahu bahawa Onesimus ialah hamba Filemon. Jadi dia memanfaatkan surat yang dikirim kepada jemaat di Kolose dengan menulis surat ini kepada Filemon yang tinggal di Kolose pada masa yang sama. Dia memohon bagi Onesimus dan menyatakan kesediaannya untuk membayar kerugian Filemon secara peribadi. Dia juga berharap agar Filemon dapat menerima seorang hamba yang pernah menyebabkan kerugian kepadanya dengan kasih. Dia juga berharap agar Filemon dapat membebaskan Onesimus demi Injil agar hati Paulus dapat dihiburkan dalam Kristus.
C. ANTARA FILEMON DENGAN KOLOSE
Persepsi kita adalah bahawa Arkhipus dan Onesimus yang disebut dalam kitab Kolose dan kitab Filemon ialah orang yang sama. Maka, Filemon dan Apfia juga ialah pemercaya di gereja Kolose. Berdasarkan pemahaman latar belakang, kedua-dua surat ini tiba di gereja Kolose pada masa yang sama. Perbezaannya, satu ialah surat terbuka dan satu ialah surat peribadi. Oleh itu, jika kita membandingkan kedua-dua surat ini, kita akan mendapati banyak catatan yang bertepatan dengan latar belakang pada masa itu. Berikut ialah hasil perbandingan:
- Kedua-dua surat ditulis oleh Paulus di penjara (Kol 4:3,10,18; Flm1).
- Kedua-duakepala surat menyebut tentang Timotius ketika memberikan salam (Kol 1:1; Flm 1).
- Kedua-dua suratmenyebut tentang Kitab Kolose menyebut tentang Onesimus diutus ke Kolose, sementara kitab Filemon menyebut tentang Onesimus akan kembali kepada tuannya. Menurut penilaian, kedua-duanya termasuk dalam perjalanan yang sama.
- Dalampenghujung kedua-dua surat, jika kita membandingkan ucapan salam kepada saudara-saudari di Kolose dengan di Filemon, hanya Aristarkhus yang tidak tersenarai dalam kitab Dia tidak tersenarai mungkin kerana Filemon tidak mengenalinya, atau kerana sebab-sebab lain (Kol 4:10-14; Flm 24).
- Dalam kitabKolose, Paulus menyebutkan cara saudara dan saudari berinteraksi dan menekankan bahawa kita menjadi manusia baharu dalam Kristus. Dalam kerajaan Kristus, tidak ada perbezaan kewarganegaraan, bangsa, status, atau Semuanya berada dalam Yesus Kristus (Kol 3:10-11). Pada masa yang sama, Paulus membincangkan kebaikan-kebaikan seperti pengampunan dan kasih. Dia juga berkata bahawa untuk itulah kita telah dipanggil menjadi satu tubuh (Kol 3:12-15). Dalam peraturan kehidupan keluarga, lebih banyak ruang digunakan terutamanya untuk membincangkan interaksi antara tuan dengan hamba (Kol 3:22 – 4:1) . Dorongan ini bersesuaian dengan nasihat Paulus kepada Filemon dalam kitab Filemon.
Berdasarkan perbandingan di atas, kita dapat memahami bahawa Kitab Kolose dan kitab Filemon memang berkait rapat. Kita harus membaca kedua-dua kitab ini bersama agar mendapat lebih banyak pemahaman dan gerakan.
D. KEMUNGKINAN LOKASI PENULISAN
Mungkin Rom. Hal ini kerana Paulus berstatus seorang tahanan pada masa itu (Flm 1,9,23). Menurut bukti dalaman Alkitab, pemahaman kita tentang pemenjaraan Paulus adalah bahawa dia hanya agak bebas ketika berada di Rom. Sebab inilah Paulus berkesempatan untuk memberitakan Injil kepada Onesimus. Di samping itu, kata-kata dan perasaan hati Paulus yang diluahkan melalui pena dan tinta dalam kitab Filemon adalah serupa dengan surat-surat penjara yang lain. Tempat penulisan surat-surat ini yang paling diakui ialah Rom. Jadi lokasinya adalah di Rom.
E. KEMUNGKINAN MASA PENULISAN
Dengan anggapan bahawa kitab Filemon ditulis di Rom seperti kepercayaan tradisional, masanya adalah antara tahun 61 – 62 Masihi.
F. ISI KANDUNGAN UTAMA KITAB FILEMON
Tema amalan kasih merangkumi keseluruhan kitab. Dengan berpegang pada tema ini untuk memahami kitab Filemon, kita dapat merasakan bimbingan hidup yang teliti oleh Paulus. Kita juga dapat melihat cabaran yang dibawa oleh kelas sosial dalam masyarakat pada masa itu terhadap iman kepercayaan saudara-saudari serta respons yang harus diberikan.
G. GARIS BESAR KITAB FILEMON
- Salam dan berkat (1-3)
- Bantu doa dan harapan (4-7)
- Menyeru kasih dengan kasih (8-22)
- Salam dan berkat (23-25)