KEHENDAK TUHAN DAN KEHENDAK MANUSIA

KEHENDAK TUHAN DAN KEHENDAK MANUSIA

(Pendeta Li Wei Sheng)

 

Persoalan tentang kehendak Tuhan dan kehendak manusia adalah sangat rumit. Hal ini kerana kedua-duanya pada asasnya adalah saling bercanggahan. Jika Tuhan mempunyai kedaulatan mutlak, maka kehendak bebas manusia tidak seharusnya ada. Jika manusia mempunyai kehendak bebas, maka Tuhan tidak mempunyai kendali atas manusia, dan akan terjadi pelanggaran terhadap kemahakuasaan Tuhan. Oleh itu, banyak ahli teologi sepanjang zaman menumpukan perhatian pada isu ini. Tentu sekali, isu ini juga menjadi topik hangat dalam kalangan rakan-rakan seiman yang menghauskan kebenaran. Lebih-lebih lagi isu ini juga melibatkan persoalan sama ada seseorang harus bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dilakukannya. Sebagai contoh, jika perihal Adam melakukan dosa itu ada dalam kawalan Tuhan, maka adakah Adam perlu bertanggungjawab atas perbuatannya? Sekiranya pengkhianatan Yudas adalah untuk menyelesaikan kehendak Tuhan yang telah ditetapkan terlebih dahulu, bukankah dia tidak bersalah? Soalan-soalan seperti ini sering muncul dalam soal jawab Alkitab.

Tentu sekali, bukan mudah untuk mengungkapkan soalan-soalan ini secara menyeluruh, tetapi kita cuba memikirkannya dari tiga perspektif: memahami maksud kehendak Tuhan, cara memahami kehendak Tuhan, dan cara melakukan kehendak Tuhan. Dalam tema-tema ini, kita akan merenungkan cara kehendak manusia dihasilkan di bawah kehendak Tuhan; punca yang menyebabkan kita tidak jelas dan samar-samar tentang kehendak Tuhan; cara kehendak manusia mempunyai sentimen yang bertentangan semasa melakukan kehendak Tuhan dan cara menjadikan kedua-dua ini konsisten.

Yesaya berkata: “Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku (Tuhan) dari jalanmu dan rancangan-Ku (Tuhan) dari rancanganmu.” (Yes 55:9). Daud juga berkata: “Terlalu ajaib bagiku pengetahuan itu, terlalu tinggi, tidak sanggup aku mencapainya.” (Mzm 139:6). Seperti yang dikatakan oleh Yesus tentang kehendak Tuhan: “Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.” (Mat 11:25). Oleh itu, tidak mudah untuk mencari titik keseimbangan dalam percanggahan ini.

Namun, Tuhan bersedia untuk memperlihatkan perasaan, pemikiran, dan keinginan-Nya terhadap kita kepada mereka yang dikehendaki-Nya. Sebab itu Paulus berkata: “Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.” (Ef 5:17). Ketika Tuhan Yesus mengajar murid-murid-Nya untuk berdoa, Dia juga berkata: “jadilah kehendak-Mu, di bumi seperti di sorga.” (Mat 6:10). Oleh itu, memahami kehendak Tuhan dan melakukan kehendak-Nya menjadi topik yang sangat penting bagi kita. Kedua-dua aspek ini juga merupakan kunci utama bagi anak-anak Tuhan menjalani kehidupan yang menang. Hal ini kerana kedua-dua aspek ini tidak hanya berkaitan dengan persoalan samada kita diselamatkan, tetapi juga samada kita dapat melaksanakan kehendak Tuhan di dunia yang dibelenggu oleh dosa sehingga kehendak-Nya dapat dilaksanakan tanpa halangan dalam kerajaan-Nya.

 

A. APAKAH KEHENDAK TUHAN DAN KEHENDAK MANUSIA?

Ketika kita ingin meneroka kehendak Tuhan, kita harus terlebih dahulu memikirkan rancangan dan tujuan abadi-Nya. Kita melihat tujuan kekal abadi daripada segala sesuatu yang diciptakan-Nya dan meneliti hal-hal yang bakal terjadi yang dinyatakan oleh-Nya kepada dunia berdasarkan niat asal penciptaan Tuhan. Antaranya merangkumi dua bahagian: Bahagian yang pertama ialah kehendak Tuhan terhadap keabadian, termasuk semua kerja Tuhan dalam penciptaan serta penyelamatan dan penebusan. Bahagian yang kedua ialah kehendak Tuhan terhadap setiap orang, termasuk semua rancangan Tuhan terhadap manusia dan semua tindakan manusia.

 

Tentang kehendak abadi Tuhan 

Tuhan bersedia untuk memberikan semua jenis keindahan dan kebaikan kepada semua makhluk yang diciptakan. Dia menciptakan bumi dan memberikan tempat tinggal yang indah kepada manusia dan semua makhluk hidup (Kej 1:31). Kehendak Tuhan adalah untuk memberkati semua makhluk (Mzm 36:7 dan bawah, 145:15 dan ke bawah). Ketika Dia menciptakan manusia menurut gambar-Nya, kehendak Tuhan adalah untuk menyatakan kemuliaan-Nya melalui manusia, iaitu untuk menyatakan kodrat ilahi yang benar, baik, dan indah untuk selama-lamanya. Semua ini juga merupakan tujuan hidup manusia. “semua orang yang disebutkan dengan nama-Ku yang Kuciptakan untuk kemuliaan-Ku, yang Kubentuk dan yang juga Kujadikan!” (Yes 43:7). Kemuliaan ini bukan hanya untuk dinikmati oleh makhluk, tetapi tujuannya adalah supaya hati makhluk memuji pencipta mereka setelah mereka memperoleh manfaat (Ef 1:5-6,12-14).

Oleh sebab manusia diciptakan menurut gambar Tuhan, maka manusia juga mempunyai kreativiti dan kebolehan pengurusan seperti Tuhan. Sebagai contoh, Tuhan mahu Adam menguruskan Taman Eden dengan menyerlahkan kebolehan pengurusannya. Tuhan juga membenarkan Adam menamakan semua makhluk hidup dengan kreativiti dan imaginasinya. Kemudian, Tuhan dengan beraninya memberikan kehendak bebas kepada manusia. Jadi Dia memberikan perintah kepada Adam: “Semua pohon dalam taman ini boleh kaumakan buahnya dengan bebas, tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” (Kej 2:16-17). Kehendak ini bermaksud mengetahui hal yang harus dilakukan dan melaksanakan keinginan hati melalui proses pemilihan berlapis. Ciri ini diberikan oleh Tuhan kepada manusia yang mempunyai gambar Tuhan. Dengan kata lain, Tuhan memberikan sebahagian daripada kedaulatan-Nya kepada manusia di bawah kedaulatan mutlak-Nya supaya manusia dapat memilih secara bebas dan memiliki kemampuan untuk membuat pelbagai keputusan secara bebas. Tuhan tidak campur tangan dalam urusan ini, hanya memberitahunya tentang akibat daripada pilihan yang salah. Maka, manusia mungkin hidup dalam kasih Tuhan untuk selama-lamanya, tetapi mereka juga mungkin meninggalkan Tuhan dan mati. Oleh itu, bukannya Tuhan tidak dapat campur tangan dalam pilihan manusia, tetapi Dia secara sukarela menyerah dan tidak mahu memaksa manusia untuk menerima pilihan yang diharapkan oleh-Nya dengan cara tekanan.

Kemudian, manusia memberontak terhadap Tuhan dan menolak untuk menerima kehendak Tuhan yang indah dan baik. Apabila kehendak bebas yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia tidak boleh menjadi alat yang memuliakan Tuhan, maka kehendak bebas manusia akan menjadi bobrok sehingga kita sering menafikan kehendak Tuhan dengan kehendak kita sendiri. Hal ini kerana dosa berkuasa ke atas manusia selepas Adam berbuat dosa dan terjatuh. Kehendak manusia juga tidak terlepas daripada sifat dosa, iaitu sifat semula jadi yang mengkhianati Tuhan dan enggan mendengar firman Tuhan. Ketika manusia tidak dapat melepaskan diri daripada sifat dosa mereka, orang yang mempunyai hati nurani akan memahami perkataan Paulus: “Sebab kehendak memang ada di dalam aku, tetapi bukan hal berbuat apa yang baik. … Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?” (Rm 7:18,24). Apatah lagi orang-orang yang membelakangi hati nurani mereka. Oleh yang demikian, kehendak Tuhan yang baik dan sempurna tidak dapat menunjukkan nilainya dalam kehendak manusia.

Sekiranya manusia membuat pilihan yang salah, Tuhan boleh memusnahkan semuanya dan memulakannya semula. Namun, Dia bersedia untuk menentukan terlebih dahulu rancangan cara menangani manusia setelah mereka melakukan dosa, dan menyatakan kasih Tuhan yang tidak pernah putus asa terhadap umat manusia melalui rancangan penyelamatan dan penebusan ini. Oleh itu, kehendak Tuhan terhadap keabadian telahpun ditetapkan terlebih dahulu sebelum penciptaan dunia. Dia terlebih dahulu menentukan rancangan tentang cara menyelamatkan umat manusia dan langkah-langkah keselamatan manusia. Dia juga terlebih dahulu menentukan bahawa rancangan penyelamatan dan penebusan ini akan dilancarkan selepas umat manusia berbuat dosa. Tuhan kemudian menyelesaikan projek mega ini satu demi satu, langkah demi langkah. Sebagai contoh, kerajaan harus menyiapkan rancangan cara menangani bencana sebelum bencana besar terjadi. Antaranya termasuk: cara mengaktifkan mekanisme penyelamatan, cara mengisi bekalan bantuan dan rancangan-rancangan lain. Oleh itu, dalam suratnya kepada jemaat di Efesus, Paulus secara sederhana dan ringkas mengumumkan rancangan ini supaya kita memahami garis besar rancangan abadi Tuhan dengan jelas.

“Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang dalam Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam sorga. Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya. Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya, supaya terpujilah kasih karunia-Nya yang mulia, yang dikaruniakan-Nya kepada kita di dalam Dia, yang dikasihi-Nya. Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaaa kasih karunia-Nya, yang dilimpahkan-Nya kepada kita dalam segala hikmat dan pengertian. Sebab Ia telah menyatakan rahasia kehendak-Nya kepada kita, sesuai dengan rencana kerelaan-Nya, yaitu rencana kerelaan yang dari semula telah ditetapkan-Nya di dalam Kristus sebagai persiapan kegenapan waktu untuk mempersatukan di dalam Kristus sebagai Kepala segala sesuatu, baik yang di sorga maupun yang di bumi. Aku katakan “di dalam Kristus”, karena di dalam Dialah kami mendapat bagian yang dijanjikan – kami yang dari semula ditentukan untuk menerima bagian itu sesuai dengan maksud Allah, yang di dalam segala sesuatu bekerja menurut keputusan kehendak-Nya – supaya kami, yang sebelumnya telah menaruh harapan pada Kristus, boleh menjadi puji-pujian bagi kemuliaan-Nya. Di dalam Dia kamu juga – karena kamu telah mendengar firman kebenaran, yaitu Injil keselamatanmu – di dalam Dia kamu juga, ketika kamu percaya, dimeteraikan dengan Roh Kudus, yang dijanjikan-Nya itu. Dan Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita sampai kita memperoleh seluruhnya, yaitu penebusan yang menjadikan kita milik Allah, untuk memuji kemuliaan-Nya.” (Ef 1:3-14).

Terdapat beberapa prinsip penyelamatan dan penebusan penting dalam petikan ini seperti berikut: Prinsip pertama adalah bahawa Tuhan menentukan kita untuk dipilih dalam Kristus sebelum dunia dijadikan (Ef 1:4). Petikan ini bermaksud bahawa, ketika rancangan penyelamatan dan penebusan mula diaktifkan, iaitu ketika manusia terperangkap dalam dosa dan memerlukan anugerah keselamatan, Tuhan pasti akan memanggil kita melalui Kristus sehingga kita dapat melepaskan diri daripada kuasa dosa dan menjadi kudus di hadapan-Nya.

Prinsip penyelamatan dan penebusan yang kedua adalah bahawa tujuan utama Tuhan terhadap segala sesuatu yang telah diciptakan-Nya adalah supaya semua yang diciptakan, bukan hanya segala yang ada di atas bumi, tetapi juga “semua makhluk yang diciptakan di syurga”, dan makhluk-makhluk lain dapat “menjadi satu” dalam Kristus pada masa kelak, iaitu semua menjadi milik-Nya dan menjadi satu di dalam Dia.

Prinsip penyelamatan dan penebusan yang ketiga adalah bahawa syarat bagi umat manusia yang memenuhi dua prinsip di atas ialah orang yang ditebus harus memiliki status sebagai anak. Hal ini kerana kita hanya dapat diperdamaikan dengan Tuhan melalui Kristus setelah kita memiliki status sebagai anak (Ef 1:5). Kita hanya layak mewarisi berkat-berkat anak Tuhan dengan memulihkan gambar manusia yang terhormat pada masa lalu. Semua ini haruslah melalui penyucian dosa kita dengan darah Kristus yang bernilai. Oleh itu, sebelum penciptaan dunia, Tuhan telah menentukan Kristus untuk memulihkan semua malapetaka yang disebabkan oleh dosa-dosa manusia melalui darah penyelamatan dan penebusan supaya kita mempunyai kasih karunia untuk mendapatkan kembali status kita sebagai anak.

Prinsip penyelamatan dan penebusan yang keempat adalah bahawa Tuhan menentukan kita untuk mengetahui semua rahsia dan kehendak penyelamatan dan penebusan-Nya (Ef 1:9). Apabila waktunya tiba, setelah Kristus menyelesaikan kerja kayu salib, semua rancangan dan kehendak Tuhan yang tersembunyi dalam Alkitab akan didedahkan sehingga kita jelas mengetahui kehendak Tuhan yang luas dan jelas mengetahui cara melakukannya sesuai dengan kehendak-Nya.

Prinsip penyelamatan dan penebusan yang kelima adalah bahawa Tuhan juga menentukan urutan kemuliaan-Nya (Ef 1:11-12). Tentu sekali, kemuliaan Tuhan adalah mutlak. Namun Dia bersedia untuk memberikan sebahagian daripada kemuliaan itu kepada orang-orang yang dipilih-Nya. Dia terlebih dahulu mempraktikkan kehendak penyelamatan dan penebusan-Nya melalui mereka dan akhirnya memungkinkan mereka memasuki proses kemuliaan abadi kerana memenuhi harapan Tuhan. Tujuannya adalah supaya semua makhluk yang diciptakan dapat melihat sifat kemuliaan Tuhan lalu menghasilkan pujian yang paling tulus. Hal ini adalah seperti ibu bapa yang sangat berjaya tidak akan berpuas hati dengan pencapaian mereka, tetapi mahu anak-anak mereka lebih cemerlang daripada mereka.

 

Adakah kehendak manusia bebas?

Tentang kehendak bebas pula, kebebasan yang disebut bukanlah berbuat sesuka hati, tetapi kemampuan untuk membuat pilihan dan perkara yang mendamaikan dan menggembirakan hati tanpa terikat. Tuhan tidak memaksa manusia. Ada kebebasan sejati dalam Tuhan. Semua tindakan dan perbuatan kita dilakukan secara sukarela, disertai dengan kedamaian dan kegembiraan. Namun, ketika seseorang dibelenggu oleh dosa, kehendaknya tidak lagi bebas, tetapi seperti yang dikatakan oleh Yesus: “sesungguhnya setiap orang yang berbuat dosa, adalah hamba dosa. Dan hamba tidak tetap tinggal dalam rumah, …” (Yoh 8:34-35). Paulus juga mensasarkan mereka yang hidup menurut daging tetap berasa takut (Rm 8:13) dan tidak dapat mempunyai kehormatan seorang anak seperti mereka yang mematikan perbuatan-perbuatan tubuh dengan Roh Kudus. Roh ini ialah roh perbudakan (Rm 8:15). Hasilnya yang pertama ialah ketakutan kerana jauh daripada sumber kasih, dan kemudian terikat dengan dosa sehingga mati.

Tetapi ketika membincangkan persoalan dosa, ada orang yang mempersoalkan kecurigaan bahawa Tuhan membiarkan manusia berbuat dosa. Ada juga yang mengemukakan bahawa persoalan dosa tidak akan wujud jika pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu tidak diciptakan. Sebenarnya, Tuhan menerapkan kehendak “membiarkan” terhadap kehendak dosa. Hal ini bermaksud bahawa, walaupun Tuhan tidak suka manusia berbuat dosa, tetapi Tuhan mengizinkan manusia mengingkari perintah-Nya. Dia tidak menghalang manusia dengan kedaulatan mutlak-Nya. Kehendak ini boleh disebut sebagai “kehendak yang diizinkan oleh Tuhan”. Kehendak ini sangat berbeza dengan perkataan Paulus: “… manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.” (Rm 12:2). Oleh itu, kita melihat bahawa “TUHAN mengeraskan hati Firaun,” (Kel 7:3, 10:1,27, 11:10, 14:4,8,17); “… sebab TUHAN, Allahmu, membuat dia keras kepala dan tegar hati, …” (Ul 2:30). Sebenarnya, hal ini adalah kerana Tuhan mengizinkan manusia berbuat sesuka hati dan melakukan sesuatu sesuai dengan “kehendak yang tidak bebas” yang dikuasai oleh keinginan dosa, dan kemudian menunjukkan keadilan Tuhan pada waktu yang tepat (Rm 1:24-32).

Di samping itu, dosa memasuki dunia kerana manusia meninggalkan Tuhan. Maka, manusia hidup dalam dosa yang penuh dosa dan kejahatan ini, dan si jahat dapat membawa langkah di dunia ini. Selain itu, dosa manusia telah menyekat hubungan antara Tuhan dengan manusia. Prasangka dan prejudis yang terkumpul daripada hidup dan konsep nilai yang salah sering menyebabkan kita tidak dapat melihat kehendak Tuhan dengan jelas. Jika seseorang nampaknya sangat soleh secara lahiriah, tetapi dunia batinnya tidak terbebas daripada belenggu dosa, Yakobus berkata bahawa dia akan dibayangi “salah berdoa” walaupun dia memusatkan perhatian pada kehidupan penyempurnaan rohani yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Walaupun seolah-olah dekat dengan Tuhan, tetapi dia sebenarnya menjadi sahabat dunia ini dan menjadikan dirinya musuh Tuhan (Yak 4:1-4). Sebagai contoh, ketika orang Israel meminta untuk memakan daging, permintaan mereka kepada Tuhan seolah-olah adalah wajar, dan sepertinya Tuhan memenuhi permintaan mereka. Namun, pemazmur dalam kitab Mazmur berkata bahawa ketika Tuhan melaksanakan “kehendak yang diizinkan”, bukan kehendak “yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna”, maka “Diberikan-Nya kepada mereka apa yang mereka minta, dan didatangkan-Nya penyakit paru-paru di antara mereka.” (Mzm 106:15). Hasrat itu dipenuhi, tetapi penyesalan juga menyusul.

 

Tentang kehendak Tuhan terhadap setiap orang

Kehendak Tuhan terhadap setiap orang tentu saja termasuk tujuan akhir Tuhan terhadap setiap orang seperti yang disebutkan di atas, iaitu membolehkan orang-orang yang dikasihi-Nya menjadi milik-Nya. Selain itu, rancangan Tuhan terhadap manusia dan semua tindakan manusia, termasuk keadaan hidup dan jangka hidup manusia yang paling asas, tidak dapat dikawal atau diubah oleh manusia. Alkitab mencatatkan: “Dari satu orang saja Ia telah menjadikan semua bangsa dan umat manusia untuk mendiami seluruh muka bumi dan Ia telah menentukan musim-musim bagi mereka dan batas-batas kediaman mereka,” (Kis 17:26). Jadi, berapa lama kita hidup dan di mana kita dilahirkan? Di manakah lingkungan kehidupan pada masa depan? … Semua ini ada dalam kawalan Tuhan.

Kemudian Paulus berkata: “Sebab di dalam Dia kita hidup, kita bergerak, kita ada, …” (Kis 17:28). Maksud kalimat ini bukanlah bahawa Tuhan mahu mengawal segalanya, dan Tuhan akan membantu kita membuat keputusan samada mahu makan ayam atau tulang rusuk. Jika demikian, apakah maknanya manusia hidup di dunia ini? Kalimat asalnya ialah “!En (in) aujtw’/ (Him) ga;r (for)”, kerana di dalam Dia. Ayat ini bermaksud bahawa kita dapat hidup, bertindak dan wujud kerana Dia. Teks asalnya ialah “Saya ialah”. Dengan kata lain, kita boleh mengembangkan sepenuhnya kehendak bebas kita, tetapi dibatasi oleh cetak biru (blue-print) yang ditetapkan oleh-Nya. Sama seperti saya ingin mencari pekerjaan mengikut cita-cita saya, tetapi dibatasi oleh tahap pendidikan, persekitaran, kemahiran bahasa, kemahiran profesional, dan kelayakan-kelayakan saya yang lain. Syarat-syarat ini mengehadkan bidang yang boleh dipilih. Oleh itu, kita boleh meringkaskan konsep-konsep berikut. Kehendak manusia dapat direalisasikan kerana izin Tuhan. Kita secara kolektif menyebutnya sebagai “kehendak yang diizinkan oleh Tuhan”. Maka, saya ingin makan stik ayam atau stik babi, tidak kira hal yang saya lakukan itu adalah atas keputusan atau pilihan saya, semuanya tertakluk kepada kehendak bebas yang terhad di bawah kehendak yang diizinkan oleh Tuhan, dan Tuhan  secara prinsipnya tidak campur tangan.

Sekiranya kehendak bebas ini ditambahkan dengan harapan Tuhan, walaupun kehendak bebas kita masih ada pada masa ini, tetapi dalam pilihan yang terhad ini, kita mempunyai perbezaan antara “kehendak yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna” yang diharapkan oleh Tuhan dengan “kehendak yang diizinkan” pada gred kedua. Ketika kita tidak memilih kehendak terbaik yang diharapkan oleh Tuhan, kita harus membayar harga yang besar walaupun tujuan umumnya masih tercapai. Sebagai contoh, Yakub menggunakan kaedah penipuan yang disarankan oleh Ribka demi mendapatkan hak kesulungan. Hak kesulungan yang diperolehnya adalah sesuai dengan teori penyelamatan dan penebusan Tuhan dan juga kehendak paling asas bagi Yakub. Tuhan berjanji kepada Ribka ketika Ribka mengandung: “anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda”. Yakub, anak yang kedua, akan dipilih untuk mendapat hak kesulungan. Dalam masa dan ruang pada masa itu, Ishak pada asalnya ingin memberkati Esau. Jika Yakub bersedia untuk menunggu Tuhan membuka jalan, adalah dipercayai bahawa hasil akhirnya adalah yang paling sempurna, dan kesudahan itu pastinya dapat diterima oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, Yakub memilih untuk menerima janji Tuhan dengan cara manusia apabila dia mendengar saranan Ribka. Walaupun tindakan itu sesuai dengan rancangan penyelamatan dan penebusan abadi dan berada di bawah kehendak yang diizinkan oleh Tuhan, namun tindakan itu tidak sesuai dengan “kehendak yang baik, yang berkenan kepada Allah”. Akibatnya, mereka menanggung banyak penderitaan yang disebabkan oleh kesalahan manusia.

Oleh itu, kehendak abadi Tuhan, kehendak-Nya terhadap keadaan hidup manusia yang paling asas, dan kehendak hakiki-Nya terhadap sesuatu perkara tidak dapat diubah. Kesalahan manusia tidak akan menghalang pernyataan kehendak Tuhan. Sama seperti yang dikatakan oleh Ayub: “Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.” (Ayb 42:2). Namun jika kesalahan manusia itu berpeluang berbalik kepada pemenuhan kehendak indah Tuhan, Tuhan sering membiarkan kesalahan manusia terjadi untuk menonjolkan fakta kesalahan yang pada awalnya tersembunyi. Sebagai contoh: Tuhan mengizinkan Yakub berjaya menipu ayahnya. Dia juga menonjolkan fakta yang tersembunyi tentang Esau memandang ringan hak kesulungannya. Hal ini menyebabkan pertukaran hak antara saudara-saudara secara tersembunyi dinyatakan sehingga memperlihatkan kejahilan Esau (Kej 27:36; Mrk 4:22).

Kehendak akhir Tuhan adalah seperti buah yang pasti jatuh setelah matang. Kesalahan manusia adalah seperti kanak-kanak nakal yang terlebih dahulu memetik buah yang belum matang sehingga dia tidak dapat menikmati kesedapan buah yang sudah matang. Namun tindakan ini sesuai dengan kehendak akhir bahawa buah pasti jatuh pada akhirnya. Tuhan mengizinkan kesalahan manusia terjadi kerana kesalahan itu masih berpeluang bertepatan dengan kehendak akhir-Nya yang paling sempurna dan baik yang ditentukan oleh-Nya. Oleh itu, setelah manusia membuat pilihan yang salah, Dia terus memberi manusia peluang untuk memperbaikinya. Oleh itu, Daud berkata dalam Mazmur: “TUHAN menetapkan langkah-langkah orang yang hidupnya berkenan kepada-Nya;” (Mzm 37:23). Walau bagaimanapun, orang benar juga terjatuh. Jadi dia terus berkata: “apabila ia jatuh, tidaklah sampai tergeletak, sebab TUHAN menopang tangannya.” (24). Petikan ini bermaksud bahawa, kesilapan seseorang akan diubah oleh Tuhan menjadi hasil yang tidak disangka-sangka jika dia rela sekali lagi bergantung pada Tuhan. Kesalahan menyebabkan orang yang dikasihi-Nya merasai harga yang dibayar atas hasil-hasil yang masam. Kemudian, Tuhan akan memimpinnya menuju ke arah memenuhi kehendak akhir Tuhan yang luar biasa. Kita ambil Yakub sebagai contoh. Dia meninggalkan kampung halamannya dan pergi kepada Laban untuk menjalani beberapa ujian untuk meningkatkan kerohanian, pengalaman hidup, dan tingkah lakunya. Bukankah hal ini sesuatu yang baik? Hal ini terutamanya bagi mereka yang dikasihi oleh Tuhan (Rm 8:28).

 

B. BAGAIMANA MEMAHAMI, MENCARI DAN MELAKSANAKAN KEHENDAK TUHAN?

Setelah mempunyai pemahaman awal tentang kehendak Tuhan dan kehendak manusia, seterusnya kita harus meneroka cara untuk memahami dan mencari kehendak Tuhan. Ramai orang sangat peduli sama ada pilihannya betul? Adakah pilihan itu berkenan kepada Tuhan? Kebimbangan-kebimbangan seperti ini sangat diperlukan. Paulus berkata: “Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati. Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.” (Rm 12:1-2). Apabila merenungkan petikan ini, kita boleh merenungkannya berpandukan beberapa soalan:

 

Apakah kehendak yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna?

Mari kita cuba membezakan secara ringkas maksud “yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna”. “Yang baik” bermaksud dapat menyatakan sifat-sifat kebaikan. Oleh itu, “kehendak Tuhan yang baik” fokus kepada orang yang menyatakan sifat Tuhan yang baik pada masa ini dengan cara yang mematuhi perintah. Tindakan ini ialah “kehendak mematuhi perintah”. Paulus berkata: “Karena inilah kehendak Allah: pengudusanmu, yaitu supaya kamu menjauhi percabulan, supaya kamu masing-masing mengambil seorang perempuan menjadi isterimu sendiri dan hidup di dalam pengudusan dan penghormatan,” (1 Tes 4:3-4).

Terdapat banyak perkara yang jelas mengenai betul dan salah, dan jelas berkaitan dengan iman kepercayaan dan moral. Pelakunya tahu yang betul dan yang salah sebelum melakukannya. Perkara semacam ini jelas membezakan antara “kudus” dan “najis”. Sepuluh Perintah dalam Alkitab merupakan garis besar yang paling asas yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dari aspek kehendak Tuhan yang baik. Garis besar ini termasuk: keesaan sasaran iman kepercayaan, penghormatan terhadap nama dan waktu sasaran iman kepercayaan, penghormatan terhadap hubungan sesama manusia, hidup, dan sistem perkahwinan yang paling asas yang diasaskan oleh Tuhan, dan juga penghormatan terhadap hak pemilikan harta yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Selain itu, perintah terakhir secara khusus mengatur dunia batin manusia supaya “jangan tamak” agar mereka tidak dipengaruhi oleh keinginan batin dan melampaui batas yang ditentukan oleh Tuhan dalam hubungan interpersonal.

“Yang sempurna” bermaksud sempurna, matang, dan bertumbuh besar. Keadaan ini diselesaikan selepas melalui olahan, ujian, latihan, dan lain-lain untuk satu jangka masa. Oleh itu, “kehendak Tuhan yang sempurna” fokus kepada orang yang tunduk kepada persekitaran yang melatih dirinya. Dia secara beransur-ansur menjadi karya sempurna yang diukir oleh Tuhan dalam persekitaran ini. Tindakan ini lebih kepada “kehendak mentaati ujian”. Ketika Paulus menulis surat kepada jemaat Tesalonika yang menghadapi penganiayaan, dia juga dengan jelas menunjukkan bahawa dia berulang kali berkata kepada mereka ketika dia memberitakan Injil kepada mereka: “Kamu sendiri tahu, bahwa kita ditentukan untuk itu. Sebab, juga waktu kami bersama-sama dengan kamu, telah kami katakan kepada kamu, …” (1 Tes 3:3-4).

Ada banyak perkara yang tidak ingin kita hadapi. Kita tidak memilih atau mengejarnya atas inisiatif kita sendiri. Sebaliknya, perkara-perkara tersebut yang datang mengetuk pintu. Mungkin kita mempunyai pilihan untuk menerimanya atau melarikan diri. Walaupun tidak, kita boleh memilih sikap yang digunakan untuk menghadapinya. Tentu saja, semua ini terjadi dengan izin Tuhan. Alkitab bersikap positif tentang latihan ini. Paulus menganggapnya sebagai tanda kemenangan dibenarkan kerana iman. “Sebab itu, kita yang dibenarkan karena iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Allah oleh karena Tuhan kita, Yesus Kristus. Oleh Dia kita juga beroleh jalan masuk oleh iman kepada kasih karunia ini. Di dalam kasih karunia ini kita berdiri dan kita bermegah dalam pengharapan akan menerima kemuliaan Allah. Dan bukan hanya itu saja. Kita malah bermegah juga dalam kesengsaraan kita, karena kita tahu, bahwa kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan, dan ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menimbulkan pengharapan. Dan pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita.” (Rm 5:1-5).

“Yang berkenan kepada Allah” membawa maksud boleh diterima, memuaskan, dan menggembirakan. Ayat ini juga bermaksud bahawa terdapat banyak pilihan pada masa yang sama, tetapi salah satunya merupakan pilihan yang terbaik dengan membuat perbandingan berdasarkan faktor terpenting yang difikirkan oleh seseorang. Oleh itu, orang yang melakukan “kehendak yang berkenan kepada Tuhan” sering memilih pilihan yang disukai dan diharapkan oleh Tuhan untuk berkenan kepada Tuhan, membangun manusia, dan memberikan manfaat kepada diri sendiri. Tindakan ini lebih cenderung kepada “kehendak yang dipilih dengan kebijaksanaan”. Sering kali, adalah sukar untuk menilai samada pilihan itu adalah yang paling tepat atau tidak. Orang yang berkenaan hanya akan sedar tentangnya secara mengejut selepas satu tempoh masa.

Dalam tindakan Lot memilih Lembah Yordan, kita jangan kaitankannya dengan kehendak perintah buat sementara waktu. Kita hanya perlu terlebih dahulu mengenal pasti bahawa motif pilihannya adalah untuk mengejar persekitaran hidup dan kualiti rumah yang lebih baik. “Lalu Lot melayangkan pandangnya dan dilihatnyalah, bahwa seluruh Lembah Yordan banyak airnya, seperti taman TUHAN, seperti tanah Mesir, sampai ke Zoar. – Hal itu terjadi sebelum TUHAN memusnahkan Sodom dan Gomora. -” (Kej 13:10). Walau bagaimanapun, dia tidak dapat melihat kekecewaan dan kemarahan Tuhan terhadap Sodom. Dia tidak memasukkan faktor rohani ke dalam pertimbangan pilihannya ketika dia memilih arah hidup. “Siapakah orang yang takut akan TUHAN? Kepadanya TUHAN menunjukkan jalan yang harus dipilihnya.” (Mzm 25:12). Pilihan dalam hidup yang tampaknya tidak relevan dengan perintah merupakan ujian kualiti iman kepercayaan seseorang, iaitu samada iman itu adalah secara luaran ataupun secara dalaman. Jalan yang ditunjukkan oleh Tuhan pasti berkait rapat dengan-Nya. Sekiranya tidak diperiksa dengan teliti, jurang mudah terbentuk antara kehidupan dengan iman kepercayaan, dan kita bahkan terjatuh ke dalam jerat si jahat dan menjadi tawanan keinginan batin.

 

Kenali peranan sendiri

Seterusnya, kita berbalik kepada ayat Paulus dalam kitab Roma 12:1-2 untuk memikirkan persoalan kedua: “Siapakah kita?” atau “Apakah kita?” Persoalan ini sangat penting dalam usaha mencari kehendak Tuhan. Sebuah syarikat yang berjaya harus memahami kedudukannya sendiri untuk menghasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan yang paling sesuai. Paulus menggunakan “persembahan yang hidup” untuk menentukan kedudukan kita dengan jelas. Prinsip utama pembatasan diri dengan menggunakan persembahan ialah “menjadi kudus dan mempersembahkan tubuh”. Prinsip ini merujuk kepada kehidupan iman kepercayaan yang spesifik dan praktikal; bukan slogan kosong dan secara lisan. Persembahan ini bukannya persembahan separa dan terpelihara, tetapi persembahan yang lengkap.

Bahan persembahan yang dipersembahkan dalam Perjanjian Lama perlu disembelih terlebih dahulu, jika tidak, bahan itu tidak boleh dipersembahkan. Dengan cara yang sama, mempersembahkan diri sebagai persembahan yang hidup bermaksud menguburkan hidup yang pada asalnya menjulang tinggi “kehendak bebas” dan hidup dengan sikap hidup untuk Tuhan. Kehidupan seperti ini ialah kehidupan persembahan. Apabila kita bersedia untuk membuat praktikal menuju tujuan ini, kualiti hidup kita akan menjadi kudus, iaitu satu kehidupan yang dikuduskan. Hal ini kerana kita akan selalu dibersihkan oleh darah Tuhan dan ditempatkan dengan tenang di hadapan Tuhan untuk menjadi persembahan yang harum bagi Tuhan.

Di samping itu, tujuan persembahan adalah untuk berkenan kepada Tuhan. Seseorang yang takut akan Tuhan akan peduli tentang tindakannya di mata Tuhan dan sama ada tindakannya berkenan kepada Tuhan. Cara pemikiran ini pasti dimiliki oleh orang yang dikasihi oleh Tuhan. Semasa kecil, kita sangat mengutamakan pandangan, kesukaan dan kebencian, pemikiran dan sebagainya daripada ibu bapa kita, dan tindak balas seperti ini dapat dilihat dengan mudah dalam interaksi ibu bapa-anak. Bukankah Tuhan juga demikian? Oleh itu, Daud berkata dalam kitab Mazmur 25:12 bahawa Tuhan akan menunjukkan jalan yang harus diikuti kepada mereka yang takut akan-Nya. Dia kemudian berkata bahawa jalan yang ditunjukkan oleh Tuhan kepadanya untuk dipilih pasti ada jaminan damai sejahtera. “Menetap dalam kebahagiaan” bukan hanya bermaksud “menetap dengan baik dan bermalam dengan baik” seperti yang dijelaskan dalam teks asal. “Menetap dalam kebahagiaan” juga bermaksud kehidupan yang damai tanpa banyak kebimbangan dan dapat terus maju dengan tenang.

Dari segi yang kedua, ayat ini memberikan kesan positif kepada generasi akan datang. Konsep “anak cucunya akan mewarisi bumi” dalam Perjanjian Lama merujuk kepada memperoleh negeri yang telah dijanjikan secara hakikat (Kej 17:8). Dalam Perjanjian Baru, konsep “anak cucunya akan mewarisi bumi” diperluas kepada mewarisi suatu bahagian yang tersimpan di syurga seperti Abraham mewarisi bumi (1 Ptr 1:3-4). Hal ini kerana orang yang takut akan Tuhan akan mencirikan gaya hidup mereka yang fokus kepada Tuhan dalam hati generasi yang seterusnya supaya generasi yang seterusnya mewarisi berkat yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka.

Dari segi yang ketiga, Tuhan akan berinteraksi dengan orang-orang yang dekat kepada-Nya dengan cara yang istimewa, iaitu “perjanjian”. “Perjanjian” ialah komitmen berhemat yang diikrarkan secara lisan atau tindakan simbolik. Dalam istilah hari ini, “perjanjian” bermaksud dua pihak menandatangani kontrak dan kedua-dua pihak melaksanakan syarat-syarat yang dipersetujui bersama. Perbezaan terbesar antara perjanjian Tuhan-manusia dengan perjanjian manusia-manusia adalah pada dasar perjanjian. Tuhan tidak mempunyai masalah pelaksanaan, “di dalam Dia hanya ada “ya”.” Jadi perkataan-Nya pasti tidak akan gugur. Masalahnya adalah bahawa manusia memiliki iman yang tidak cukup dan tekad yang tidak kuat. Maka Dia mengadakan perjanjian dengan manusia dan memberi mereka jaminan terbesar. Dia juga pastinya terlebih dahulu berkorban, menunaikan janji-Nya, dan meletakkan banyak berkat yang dijanjikan. Selagi mausia bersedia untuk menunaikan janji mereka, berkat Tuhan akan datang berpanjang-panjangan. Orang yang takut akan Tuhan tentunya dapat menikmati hak istimewa ini.

 

Cara asas memahami kehendak Tuhan 

Setelah memahami maksud kehendak Tuhan “yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna”, dan dengan jelas memahami identiti dan peranan kita, kita boleh memikirkan cara untuk memahami kehendak Tuhan. “Beritahukanlah jalan-jalan-Mu kepadaku, ya TUHAN, tunjukkanlah itu kepadaku.” (Mzm 25:4). Demikianlah suara hati Daud dan juga permohonan kita. Ketika kita berada dalam “kehendak sempurna yang mentaati ujian” dan “memilih kehendak yang berkenan kepada Tuhan dengan kebijaksanaan”, kita sering merasakan bahawa kita terperangkap di dalamnya dan tidak dapat menjadi diri kita yang sebenar. Orang-orang kudus kuno menangis sedemikian, dan begitu juga kita. Dalam Perjanjian Lama, kehendak Tuhan dapat difahami kerana Tuhan telah menyatakan mesej-Nya melalui hukum Taurat dan nabi-nabi. Tuhan juga membuktikan perkataan-Nya melalui kisah hidup orang-orang kudus kuno. Dalam Perjanjian Baru, Yesus Kristus secara peribadi berbicara tentang kehendak Tuhan dan melakukan kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan yang mengharapkan umat-Nya untuk berada dalam jemaat lebih dapat difahami melalui surat-surat para rasul. Tambahan pula, kita mempunyai pernyataan Roh Kudus yang membolehkan kita lebih teliti dalam memahami kehendak Tuhan.

Beberapa perkara dirangkumkan seperti berikut tentang cara untuk memahami kehendak Tuhan dalam perjalanan hidup manusia:

Pertama, kita harus memeriksa diri kita dengan teliti melalui firman Tuhan

Setelah Daud meminta Tuhan untuk menunjukkan jalan kepadanya, dia seterusnya berkata: “Bawalah aku berjalan dalam kebenaran-Mu dan ajarlah aku,” (Mzm 25:5). Tuhan memberikan Alkitab bukan hanya untuk mencatatkan peristiwa orang-orang kudus kuno pada zaman dahulu. Alkitab juga merupakan buku panduan kehidupan terbaik yang diberikan oleh Tuhan kepada generasi akan datang. Alkitab mencatatkan: “Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.” (Rm 15:4). Ketika Paulus berpesan kepada Timotius melalui surat, dia juga mengingatkan Timotius: “Ingatlah juga bahwa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus. Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.” (2 Tim 3:15-17).

Sekiranya kita tahu untuk menitikberatkan firman Tuhan dalam kehidupan harian kita, dan sering “merenungkan titah-titah Tuhan dan mengamat-amati jalan-jalan Tuhan”, Tuhan pasti akan mendengar permintaan kita, seperti kata pemazmur: “Singkapkanlah mataku, supaya aku memandang keajaiban-keajaiban dari Taurat-Mu.” Mengabaikan firman Tuhan sama dengan memotong talian komunikasi dengan Tuhan. Seseorang yang ingin memahami kehendak Tuhan tetapi tidak mahu membaca atau mempelajari Alkitab adalah seperti kita ingin memahami seseorang tetapi tidak mahu mendengarkannya, hanya mengenalinya dengan perasaan kita sendiri. Hal ini sangat tidak masuk akal.

Alkitab dapat memberikan hikmat keselamatan. Kehendak abadi Tuhan adalah untuk menyelamatkan kita. Kita hanya dapat memahami hikmat Tuhan yang mendalam melalui kebenaran dan firman Tuhan. “Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.” (Mzm 119:130). Pembacaan Alkitab mesti disertai dengan renungan. Jangan hanya mahu cepat, sebaliknya hadamlah perlahan-lahan dan rasalah perlahan-lahan. Jangan ganggu kualiti pembacaan Alkitab kita dengan pemikiran “Saya telah membacanya beberapa kali”. Kehendak Tuhan akan muncul dalam renungan ayat suci. Jadi pemazmur berkata: “Aku bangun mendahului waktu jaga malam untuk merenungkan janji-Mu.” (Mzm 119:148).

 

Kedua, terus mencari kehendak Tuhan dalam doa

Pada zaman dahulu, ketika kehendak Tuhan masih tidak diketahui dan samar-samar, Tuhan akan memberikan tindak balas secara langsung kepada manusia melalui kata-kata, mimpi, dan penglihatan. Kini, apabila kita memahami pemikiran Tuhan melalui doa, Tuhan jarang menjawab kita secara langsung. Hal ini bukannya bermaksud bahawa pernyataan / ilham-Nya menjadi kurang, tetapi kita dapat memahami pemikiran-Nya, maka pernyataan / ilham-Nya menjadi lebih langsung dan lebih mendalam. Ketika kita menerima Roh Kudus, Roh Kudus akan diam di dalam hati kita. Roh Kudus bukan hanya menjadi meterai keselamatan kita, tetapi juga meneruskan kerja Yesus, terus menjadi penguasa hidup kita, membangun bait Tuhan, dan membimbing hidup kita. Oleh itu, mementingkan wahyu dan bimbingan langsung Roh Kudus dalam hati semasa dalam doa juga merupakan cara penting bagi kita untuk mencari kehendak Tuhan.

Berhati-hatilah semasa mencari kehendak Tuhan dalam doa. Ketika doa seseorang menilai samada perasaan istimewa di dalam hati itu digerakkan oleh Roh Kudus, penilaian ini perlu dibuat dengan sangat berhati-hati. Sebab inilah Yesus berulang kali mengingatkan kita: “Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan.” Persoalannya ialah, bagaimana seseorang dapat jatuh ke dalam pencobaan ketika berdoa dalam Roh Kudus? Hal ini kerana selalunya kita sering menyembunyikan pemikiran kita sendiri dalam doa, dan bahkan mendominasi isi kandungan doa dengan pemikiran kita sendiri, dan salah faham bahawa perjuangan batin itu ialah desakan Roh Kudus. Sekiranya kita tidak membuat penilaian dengan hati yang berjaga-jaga, kita akan dikelirukan dan tersilap. Sebab itulah Paulus memuji Epafras: “… yang selalu bergumul dalam doanya untuk kamu, supaya kamu berdiri teguh, sebagai orang-orang yang dewasa dan yang berkeyakinan penuh dengan segala hal yang dikehendaki Allah.” (Kol 4:12). “Bergumul” bermaksud berperang, bertanding. Hal ini kerana Iblis juga ingin mengelirukan kita dengan cara ini dan menyebabkan kita terjatuh ke dalam fikiran yang salah.

“Janganlah padamkan Roh,” (1 Tes 5:19). “Padamkan (sbevnnumi)” bermaksud meniup padam sesuatu yang terbakar di atas api. Paulus menggunakan perkataan ini dengan sangat jelas kerana Roh Kudus bagaikan api di dalam hati. Roh Kudus mengemukakan idea, dan kemudian kita mesti memikirkannya dengan teliti dan membezakannya dalam doa. Suara Tuhan datang dari lubuk hati kita. Suara ini tidak akan muncul ketika hati kita bergelora, tetapi hanya kedengaran ketika hati kita tenang dan ketika kita dekat dengan Tuhan. Oleh itu, periksalah dengan teliti, sebelum menerima api Roh Kudus, adakah kita seperti angin kencang dan “bekerja segiat-giatnya”? Atau batin kita tinggal tenang dan percaya, kemudian gerakan Roh Kudus datang perlahan-lahan dan menjadi semakin ketara?

“Dan janganlah kamu mendukakan Roh Kudus Allah,” (Ef 4:30). Apabila keputusan dan tindakan kita tidak sesuai dengan kehendak Tuhan, Roh Kudus juga akan melarang kita. Tentu saja, jika kita melanggar perintah, kita akan ditegur oleh hati nurani kita, dan kita mendukakan Roh Kudus. Maka kita akan sangat jelas bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan, hati berasa khuatir, dan kehilangan damai sejahtera. Seperti yang dikatakan oleh Daud: “Selama aku berdiam diri, tulang-tulangku menjadi lesu karena aku mengeluh sepanjang hari; sebab siang malam tangan-Mu menekan aku dengan berat, sumsumku menjadi kering, seperti oleh teriknya musim panas.” (Mzm 32:3-4). Kehendak Tuhan sangat jelas pada masa ini. Langkah seterusnya terpulang pada reaksi kita.

Namun, ada beberapa perkara yang tidak ada kena mengena dengan perintah. Masa ini lebih menguji kemampuan kita. Sebagai contoh, Paulus ingin memberitakan Injil di Asia Kecil dan di Bitinia, tetapi Roh Kudus melarangnya (Kis 16:6-7). Memberitakan Injil ialah perkara yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Mengapa Roh Kudus melarangnya? Selepas itu, kita melihat bahawa Tuhan mempunyai rancangan baharu yang dipercayakan kepadanya, iaitu mahu dia pergi memberitakan Injil di Eropah. Tuhan menutup satu pintu, tetapi membuka pintu yang lain. Kehendak semacam inilah yang seharusnya kita cari. Ada kalanya pekerjaan kita dihentam, jalan kita tersekat, dan rancangan kita terhalang. Maka kita mesti menilai dengan teliti, adakah kita juga dilarang oleh Roh Kudus seperti kerja pemberitaan Injil Paulus di Asia Kecil dilarang?

Ada satu pelajaran yang sangat penting dalam perihal berdoa untuk mencari kehendak Tuhan, iaitu mempercayakannya kepada Tuhan. Kepercayaan ini pada dasarnya ialah latihan untuk berasa tenang dan melepaskan tangan. Ketika kita berdoa untuk perkara tertentu, pada awalnya, hati kita tidak dapat melihat sinar terang seperti langit diliputi kabut atau dikaburi kabus. Kita tidak dapat membezakan arah dan tidak dapat membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil. Percayakan kepada Tuhan bermaksud menyerahkan perkara ini kepada Tuhan. Jangan terlebih dahulu membuat rancangan dan arah tuju sendiri kerana tindakan ini akan menyukarkan kita melihat kehendak Tuhan. Sebaliknya, kita harus berdoa dan menunggu dengan tenang. Semakin kita berdoa, kehendak Tuhan semakin jelas.

Langkah seterusnya ialah belajar untuk membezakan antara “kehendak saya” dengan “kehendak Tuhan”, seperti yang didoakan oleh Yesus: “… tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.” Hal ini kerana ada kalanya kita meletakkan “kehendak saya” terlalu kuat sehingga kita tersilap memikirkannya sebagai kehendak Tuhan. Jadi kita akan berada dalam keadaan panik apabila dilarang oleh Roh Kudus. Oleh itu, langkah kedua percayakan kepada Tuhan ialah menyenaraikan “kehendak saya” dengan jelas. Terdapat kehendak yang paling diingini, yang kedua diingini… dan yang paling tidak diingini. Semuanya mesti disenaraikan satu persatu dalam doa. Kemudian, letakkan semuanya di hadapan Tuhan satu persatu untuk melihat samada kehendak itu “kehendak Tuhan”. Sekiranya kehendak itu datang daripada Tuhan, kekuatan akan terhasil dalam doa secara beransur-ansur, dan bahkan menggesa kita untuk melakukannya. Sekiranya kehendak itu bukan daripada Tuhan, maka rancangan dan idea ini secara beransur-ansur akan menjadi awan, ditiup angin dan hilang begitu saja. Pada masa ini, kita mesti menyesuaikan arah kita dan berdoa lebih banyak dengan mengemukakan pilihan yang kurang digemari sehingga kehendak Tuhan ditemukan.

 

Ketiga, aturan persekitaran

Sebilangan orang menilai samada sesuatu perkara itu kehendak Tuhan berdasarkan kelancaran dan ketidaklancaran persekitaran. Penilaian sedemikian juga harus sangat berhati-hati. Pada dasarnya, pengaruh persekitaran terhadap seseorang ialah faktor yang sangat kritikal. Sebagai contoh, jika seseorang ingin belajar di luar negara, keinginannya tidak dapat dicapai jika ada kekangan ekonomi walaupun kemampuannya kompeten. Namun kehendak Tuhan dalam Alkitab kadang-kadang bertentangan dengan kelancaran dan ketidaklancaran persekitaran. Sebagai contoh, persekitaran tidak mengizinkan Israel keluar dari Mesir. Mereka bahkan akhirnya menemukan jalan buntu ketika sampai ke Laut Teberau. Namun kehendak Tuhan adalah supaya mereka mengatasi rintangan persekitaran dan mengatasi kesukaran di depan mata dengan iman. Yunus tidak pergi ke Niniwe tetapi pergi ke Tarsis. Pada masa lalu, jadual pelayaran kadang-kadang hanya ada sekali dalam berbulan-bulan. Ketika Yunus sampai di Yopa, kebetulan ada kapal yang menuju ke Tarsis. Kita boleh berkata bahawa perjalanannya lancar, tetapi adakah perjalanan itu sesuai dengan kehendak Tuhan?

Oleh itu, aturan persekitaran memang sangat penting, tetapi kita tidak boleh mengikuti persekitaran secara membuta tuli sehingga kita menjadi bingung tentang kehendak Tuhan. Maka Paulus mencadangkan dua kaedah paling asas untuk menguji kehendak Tuhan “yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna”  dalam kitab Roma 12:1-2.

Pertama, janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini. Kecenderungan persekitaran sering disebabkan oleh kuasa orang ramai. Hal ini kerana pemimpin atau peristiwa penting yang mendorong pandangan persekitaran umum ada kalanya mempengaruhi penilaian kita. Keadaan ini adalah seperti jalan lalu lintas di lebuh raya yang memaksa kita untuk terus mara ke depan. Kita tidak mempunyai kekuatan yang berlebihan untuk menilai “Adakah tindakan ini betul?” “Adakah Tuhan akan berkenan?”

Tuhan Yesus pernah berkata: “Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya; karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya.” (Mat 7:13-14). Petikan ini tidak bermaksud bahawa kita “berpura-pura bersendirian”, tidak boleh berhimpit di tempat-tempat yang sesak, dan kita mesti mengasingkan diri. Petikan ini bermaksud bahawa kita mesti memasuki pintu yang sesak dengan melepaskan diri daripada situasi orang ramai yang bersesakan, menilai dengan tenang, dan menghadapi latihan kesepian. Keberanian dan kekuatan ini ada kerana adanya pemahaman yang jelas tentang kehendak Tuhan.

Kedua, harus mampu untuk tidak dipengaruhi oleh persekitaran dan dapat menyingkirkan keterikatan dunia, harus bertindak lebih jauh “berubahlah oleh pembaharuan budimu”. Kata-kata ini bermaksud bahawa hati kita terhadap orang, perkara, dan benda yang diteladani harus sentiasa diperbaharui. Maksud asal “menjadi serupa” ialah “bentuk yang sama”, membentuk diri sendiri menjadi orang yang diharapkan, atau terus memupuk tekad untuk melakukan sesuatu perkara yang diimpikan dalam hati, atau terus menyimpan keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang dirindukan. Fikiran sedemikian tidak boleh dikatakan salah atau kita dilarang untuk mempunyai pemikiran sedemikian. Seandainya tidak, apakah kita masih manusia? Jangan lupa bahawa perkara-perkara yang diperkatakan ini juga merupakan perjalanan hidup kita.

“Pembaharuan” bermaksud membuat kemajuan secara beransur-ansur, maju atau tidak adalah dinilai berdasarkan nilai abadi. Sebagai contoh, ketika saya masih muda, saya inginkan sebuah kereta mainan, tetapi ketika saya dewasa, saya inginkan sebuah kereta. Keinginan ini ada kemajuan kerana nilai sebuah kereta lebih tinggi daripada nilai sebuah kereta mainan. Namun, jika saya ingin menjadi Bill Gates ketika saya masih muda, dan saya masih ingin menjadi Bill Gates ketika saya telah dewasa, keinginan ini bermakna bahawa batin saya tidak bertumbuh dan telah mengunci model kejayaan dalam satu kerangka. Jika sedemikian, kita mudah dihanyutkan oleh trend dan mudah dihimpit oleh tekanan persekitaran umum sehingga kita memasuki pintu yang lebar tanpa ada jalan kembali.

Pembaharuan batin harus memperhatikan “kebaikan” Tuhan, memperhatikan keilahian Tuhan, dan membezakan dengan teliti perkara-perkara yang berkenan kepada Tuhan dan yang dibenci oleh Tuhan. Tetapi pemerhatian semacam ini ada prasyaratnya, iaitu, pertama-tama kita harus memiliki hati yang sepenuhnya berdedikasi, dan bersedia untuk menggunakan pelbagai pengetahuan rohani yang telah diberikan oleh Tuhan dalam pemerhatian dan verifikasi kita untuk meneroka kehendak Tuhan. Banyak orang salah faham bahawa tidak berdasarkan kehendak sendiri bermaksud sepenuhnya mengabaikan pemikiran sendiri, tidak menggunakan pemikiran dan kebijaksanaan, serta tidak membuat pemerhatian dan pembezaan,. Mereka hanya menunggu pemikiran atau suara yang datang secara tiba-tiba sebagai bukti bahawa kehendak itu kehendak Tuhan. Sebenarnya, bukan menurut kehendak kita sendiri bukanlah meminta kita untuk mengabaikan segalanya, bahkan membuang semua pengetahuan kebenaran dan hikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita; tetapi untuk memiliki fikiran yang sepenuhnya berdedikasi dan bersedia untuk memperbaharui kehidupan rohani. Apabila hidup kita bertumbuh, pemikiran kita menjadi seperti orang dewasa. Apabila hidup rohani kita bertumbuh, pemikiran rohani kita secara semula jadinya dekat dengan Tuhan. Jadi secara semula jadinya kita akan lebih jelas tentang cara untuk menguji kehendak Tuhan.

 

Keempat, melaksanakan kehendak Tuhan secara praktikal

Mari kita kembali ke kitab Roma 12:1. Paulus berkata: “itu adalah ibadahmu yang sejati.” Memahami kehendak Tuhan tetapi tidak melaksanakannya adalah tidak bermanfaat. Pada penghujung khutbah di Bukit, Yesus membuat kesimpulan dengan menggunakan perumpamaan dua macam dasar. Dia berkata: “Setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan melakukannya, ia sama dengan orang yang bijaksana, …” Dia berkata lagi: “Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, …” (Mat 7:24,26). Oleh itu, kunci untuk menilai “orang yang bijaksana” dan “orang yang bodoh” bukanlah sama ada orang itu dapat memahaminya, sama ada orang itu tahu untuk membuat kesimpulan antara satu sama lain, atau orang itu mengingat banyak dan sedikit, tetapi bergantung pada sama ada mereka dapat melakukannya.

“Sebagai persembahan yang hidup” adalah dengan melaksanakan kehendak Tuhan “yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna” yang Tuhan mahu kita lakukan. Pelayanan ini adalah yang paling asas dan yang paling penting. Memandangkan kita telah menjadi anak-anak Tuhan, secara lahiriahnya kita telah melepaskan segala yang kita sukai, bahkan diri kita sendiri untuk memenuhi kehendak Tuhan. Tetapi jika memikirkannya dengan teliti, adakah tujuan akhir jalan ini adalah penuh kesedihan, ketakutan, kegelisahan, dan keluhan? Atau adakah tujuan akhir jalan ini adalah penuh sukacita, damai sejahtera, keamanan, dan kesyukuran? Setelah memikirkannya dengan tenang, keputusannya terletak pada anda, bukan begitu?