KEHIDUPAN PERSEKUTUAN DAN PELAYANAN
(Pendeta Chen Zhong Yang)
APAKAH “PERSEKUTUAN”
Persekutuan bukanlah sebuah organisasi persahabatan, juga bukan sebuah pertubuhan sekolah / kolej. Persekutuan adalah sebuah kumpulan semula jadi yang terbentuk daripada sekumpulan orang yang diperoleh dengan darah Yesus yang bernilai (Kis 20:28; 1 Kor 12:12-14). Ciri-cirinya:
A. Semua anggotanya mempunyai hidup Yesus.
B. Mereka mempunyai sasaran bersama – untuk memasuki kemuliaan hidup kekal (Ibr 2:10).
C. Hubungan mereka ialah hubungan rohani yang melampaui daging (Flm 16), mempunyai hubungan sebagai satu tubuh.
D. Gabungan mereka adalah pasti dan disertai dengan kewajipan (tanggungjawab).
E. Sebenarnya, alam semula jadi gereja ialah persekutuan. Namun, untuk memudahkan penggembalaan, kategori yang sama dipilih untuk membentuk pelbagai jenis persekutuan. Contohnya persekutuan kampus, persekutuan saudari, persekutuan warga emas dan sebagainya.
MAKNA PERSEKUTUAN : (FELLOWSHIP, COMMUNION)
A. Makna perkataan:
- Memperoleh bahagian bersama-sama dalam Kristus (Koinoneo), kata kerja: menikmati bersama, mendapat bahagian.
- Dalam rohani (Rm 15:27)
- Dari segi kebendaan (Rm 12:13)
- Bersekutu atau berkongsi antara satu sama lain (Koinonia), kata nama: saling bersekutu, saling berkongsi.
- Persekutuan dalam Roh Kudus (Kis 2:42)
- Saling bersekutu (1 Yoh 1:3-7)
- Mengambil bahagian bersama-sama dalam Kristus (Koinonos), kata nama: pemegang saham, orang yang mempunyai bahagian.
- Mengambil bagian dalam kodrat ilahi (2 Ptr 1:4)
- Menderita dan dimuliakan bersama-sama (2 Kor 8:23)
B. Makna rohani:
- Perpaduan hidup rohani (1 Kor 12:12-13)
- Menjadi satu dalam Kristus (Yoh 17:11,7-8)
- Bergaul dalam Kristus (2 Kor 8:12-15; Ef 3:6)
TIGA FUNGSI UTAMA PERSEKUTUAN
- Persahabatan – hubungan fizikal
- Tidak boleh berpecah
- Perkongsian – menderita dan dimuliakan bersama-sama
- Penyertaan – pemilikan dan tanggungjawab
KEHIDUPAN PERSEKUTUAN – PENYERTAAN ANGGOTA
Kehidupan persekutuan: — Bukan hanya merujuk kepada “persekutuan” ketika pergi ke kebaktian persekutuan. Kebaktian persekutuan hanya sebahagian kecil daripada kehidupan persekutuan. Kehidupan persekutuan meliputi menjadi sebahagian daripada sesuatu persekutuan setelah memasuki kampus. Kehidupan 24 jam bersama rakan-rakan persekutuan ialah kehidupan persekutuan. Kemuliaan, kesedihan, penyakit, dan lain-lain ialah kehidupan persekutuan. Selama empat tahun di universiti, interaksi dengan rakan-rakan persekutuan, penjagaan fizikal antara satu sama lain dan mencapai hubungan satu tubuh dengan anggota menderita dan dimuliakan bersama ialah amalan kehidupan persekutuan. Oleh yang demikian:
A. Persekutuan tidak lagi digembalakan oleh siapa-siapa
B. Kepala persekutuan ialah Kristus
- Anggota bertumbuh ke arah Kepala
- Anggota saling menjaga
C. Persekutuan bermaksud semua anggota mendapat perhatian melalui penyertaan dan perkongsian
D. Pelayanan persekutuan ialah penyertaan semua anggota
- Tidak ada anggota yang memakan makanan kemalasan
E. Mencapai pertumbuhan bersama dengan semangat berkongsi
F. Prinsip-prinsip penyertaan:
- Membina struktur organisasi persekutuan dengan karunia (seperti organisasi tubuh badan) (Rm 12:3-6)
- Perlu terlebih dahulu memahami karunia anggota itu sendiri
- “Latihan pelayanan” harus dianjurkan setiap tahun persekolahan baru
G. Membina organisasi yang lengkap menurut karunia
- Jangan membuat menjadi sia-sia kasih karunia Tuhan yang telah diterima (Mat 25:24)
H. Pegang prinsip “semua anggota mengambil bahagian”
- Dari segi fungsi tubuh manusia
- Sekiranya ada anggota badan yang terbiar – harus digalakkan melalui penjagaan / keprihatinan
I. Matlamat pelayanan – (Mat 28:19-20):
- Anggota mencapai kesatuan, kedewasaan penuh (Ef 4:11-14)
- Injil disebarkan dengan meluas
- Latihan pelayanan amat penting untuk mencapai dua matlamat ini
- Dari generasi ke generasi (manusia akan berubah, tetapi kehidupan persekutuan akan berterusan)
PERSEKUTUAN DAN SAYA
A. Rumah ini kepunyaan saya
B. Saya adalah sebahagian daripadanya
C. Hidup saya berkait rapat dengannya
D. Menjaga dan mengambil berat tentang rumah ini ialah tanggungjawab saya
E. Bagaimana saya melakukan kewajipan saya?
F. Bagaimana saya boleh memikul kerja dalam rumah?
G. Menjadikan rumah saya mulia ialah tugas saya
H. Tuhan ada di antara kita jika kita dapat saling mengasihi
I. Tuhan juga dimuliakan kerana kita dapat saling mengasihi
KESIMPULAN
Persekutuan bukan milik orang lain. Persekutuan bukan organisasi dalam masyarakat. Persekutuan ialah komuniti kehidupan kita semua. Oleh itu, adalah diharapkan bahawa semua orang dapat berusaha untuk menjalani kehidupan yang saling mengasihi dengan kasih mesra Tuhan agar kita mempunyai keberanian percaya ketika berhadapan dengan kedatangan semula Tuhan.