KELUARLAH DARI ANTARA MEREKA
PENDAHULUAN
Murid-murid Yesus untuk pertama kalinya disebut “Kristian” di Antiokhia (Kis 11:26) kerana mereka merupakan pengikut Kristus dan hamba-Nya. Oleh itu, pola kehidupan dan norma moral Kristian adalah berbeza dengan nilai-nilai budaya Hellenistik pada masa itu. Mereka diberi gelaran ini dengan nada gurauan atau ejekan oleh orang-orang yang tidak percaya. Walaupun gelaran ini tidak digunakan secara universal pada waktu itu (hanya disebut dua kali lagi dalam Perjanjian Baru, Kis 26:28; 1 Ptr 4:16), tetapi gelaran ini kemudiannya menjadi gelaran yang mulia. Gelaran ini menunjukkan bahawa kita merupakan kelompok yang dipanggil untuk mengikuti Kristus, dan mempunyai persekutuan rohani yang indah dengan Kristus.
Maka, menjadi Kristian bermaksud menunjukkan identiti yang unik serta ciri-ciri dan gaya hidup yang seharusnya dimiliki. Secara semula jadinya, Kristian akan mempunyai banyak konflik yang tidak sesuai dengan budaya sekular ini. Hal ini kerana seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat dan semakin cenderung ke arah kebobrokan. Dosa dan kejahatan telah semakin berleluasa. Jika orang Kristian tidak dapat melindungi diri sendiri, mereka juga akan berbuat dosa dan tidak dapat lari daripada ditelan oleh si jahat (1 Yoh 5:18-19). Oleh itu, Alkitab mengemukakan peringatan tegas: “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap? Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya? Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup… Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu. Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan…” (2 Kor 6:14-18). Oleh itu, kumpulan atau individu Kristian harus memahami dengan jelas bahawa mereka merupakan bait Tuhan yang kudus dan ada Roh Kudus yang diam di dalamnya. Bait suci ini tidak boleh dibinasakan atau dicemarkan dengan percabulan (1 Kor 3:16-17, 6:18-20; Ef 2:19-22).
MENGENALI KEMULIAAN IDENTITI SENDIRI
Alkitab jelas menunjukkan identiti mulia dan amanat suci kita. Kita “bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri”. Maka kita haruslah memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kita keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib (1 Ptr 2:9). Marilah kita mensyukuri dan merenungkan identiti mulia ini dengan lebih mendalam:
A. Bangsa yang terpilih
Tuhanlah yang memilih kita, bukan kita yang memilih Tuhan. Pemilihan Tuhan ada tujuan dan niat khusus, iaitu menetapkan kita pergi dan menghasilkan buah (Yoh 15:16). Dapat dipilih oleh Tuhan bukanlah kerana jumlah kita yang banyak, juga bukan kerana kebenaran kita sendiri. Tuhan bukan memilih yang baik dan membuang yang buruk, tetapi memilih dengan kasih dan janji Tuhan, sehingga manusia tidak dapat bermegah di hadapan Tuhan, sebaliknya sepenuhnya memberikan kemuliaan kepada Tuhan (Ul 7:6-7; Ef 2:8; 1 Kor 1:26-29).
B. Imamat yang rajani
Kita memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Tuhan. Kita mempunyai kehormatan seorang raja, dan kita juga merupakan imam yang melayani Raja segala raja (Why 20:6, 1:6, 5:10). Tanggungjawab, semangat pelayanan, dan hak imam jelas digariskan dalam kitab Imamat dalam Perjanjian Lama. Prinsip-prinsip kerohanian normatif ini juga sesuai untuk setiap imam modern. Jangan lupa bahawa Tuhan mempunyai permintaan yang sangat ketat terhadap imam dan permintaan ini tidak boleh dilanggar (Im 21:1-15, 10:1-3).
C. Bangsa yang kudus
Menurut zaman sekarang, bangsa ini merujuk kepada gereja Tuhan yang benar dan umat rohani. Gereja yang benar “dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru. Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapi tersusun, menjadi bait Allah yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga dibangunkan menjadi tempat kediaman Allah, di dalam Roh.” (Ef 2:20-22). Tuhan amat mengharapkan kekudusan kita. Tema ini menjadi tema utama kitab Imamat. Para imam Perjanjian Lama harus terlebih dahulu dikuduskan dan melayani Tuhan di tempat kudus. Hari ini, orang-orang kudus juga harus mempunyai kehidupan dan pekerjaan yang dikuduskan, dan benar-benar memasuki pelayanan “ruang belakang” rohani supaya dapat bertahan dengan tongkat pengukur Tuhan pada masa yang terakhir (Why 11:1).
D. Umat kepunyaan Tuhan
Hari ini, kasih karunia kita menjadi umat Tuhan adalah melebihi orang Israel (Rm 9:25-26). Sebagai “umat” Tuhan, kita harus mentaati kuasa ilahi, dilindungi oleh-Nya, dan memeluk Tuhan sebagai Raja kita. Selain itu, dalam sepanjang hidup ini, kita harus berusaha untuk menunaikan tanggungjawab kudus dengan melakukan perintah-Nya dan beribadah kepada-Nya.
MENGENALI HUBUNGAN ANTARA SAYA DENGAN DUNIA
Orang Kristian bukanlah sekelompok manusia yang hidup bersendirian dan perasan baik, melainkan ingin menjalani kehidupan yang “bergabung dengan dunia tanpa menjadi sekular” dan berkenan kepada Tuhan. Oleh itu, kita harus menyedari hubungan kita dengan dunia untuk tahu “perbuatan yang halal dan haram”. Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “dunia telah disalibkan bagiku dan aku bagi dunia” (Gal 6:14). Walau bagaimanapun, kita juga sama sekali tidak melepaskan tanggungjawab kita terhadap dunia. Kita harus menyalakan pelita yang bercahaya untuk dunia gelap ini dengan perbuatan baik kita di samping memenuhi amanat agung yang dipercayakan oleh Tuhan iaitu memberitakan Injil kepada segala makhluk supaya mereka percaya kepada Tuhan dan diselamatkan (Mat 5:16; Mrk 16:15-16).
A. Memasuki dunia dan menunaikan tanggungjawab sosial
Surat-surat para rasul dalam Perjanjian Baru boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sebahagian untuk mengajar tentang doktrin dan sebahagian lagi untuk mengajar tentang kehidupan praktikal. Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu adalah mati. Hidup yang melakukan firman adalah yang paling berharga bagi Tuhan. Oleh itu, kita harus menunaikan tanggungjawab sosial kita secara pragmatik dengan takluk kepada pemerintah (Rm 13:1-5), membayar cukai dengan jujur (Mat 17:24-27; Rm 13:6-7), mematuhi firman suami isteri saling mengasihi dan etika keluarga, melaksanakan kewajipan mentaati dan menyarai ibu bapa (Ef 5:22 – 6:4; Mat 15:4-6) dan sebagainya.
Agama Kristian mempunyai konsep hidup yang mengambil berat tentang hidup manusia. Murid-murid Tuhan diajar bahawa mereka harus melakukan pekerjaan yang baik, berusaha untuk berbuat baik, memberikan manfaat kepada masyarakat, memenuhi kehendak Tuhan, dan berguna bagi manusia (Ef 2:10; Tit 3:8). Selain itu, mereka menyelesaikan pelayanan kasih, berkembang daripada kasih akan saudara-saudara kepada kasih akan semua orang (2 Kor 8:6; 2 Ptr 1:7; 1 Tes 3:12). Mereka tidak mencari nama dan kemuliaan yang sia-sia. Setiap orang Kristian memulakan langkah dengan setia pada posisi pekerjaannya sendiri, kerana tindakan itu adalah melayani Tuhan, bukan melayani manusia (Ef 6:6-8).
B. Bukan dari dunia, tetapi untuk menerangi dunia dengan Injil
Kita tidak meninggalkan dunia, sebaliknya memasuki dunia, tetapi kita bukan dari dunia ini (Yoh 17:15-16). Oleh sebab kita bukan dari dunia, maka dunia membenci kita. Tuhan juga dibenci dan dianiaya dengan cara ini. Kita tidaklah lebih tinggi daripada Tuhan. Kita harus menerima permusuhan dunia terhadap kita dan bertahan sampai pada kesudahannya (Yoh 15:19-20; Mat 10:21-22). Alkitab mengajar kita: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! Sedapat-dapatnya, … hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang! … janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah…” (Rm 12:17-21).
Tindakan ini bukan hanya melibatkan komitmen negatif, tetapi juga tanggungjawab positif. Prinsip kita ialah kita hanya membenci dosa dan kejahatan, bukan membenci orang jahat. Kita juga memberitakan Kristus dan membuktikan Injil kasih karunia Tuhan. Kita menyelamatkan jiwa-jiwa orang-orang fasik dan orang-orang berdosa dengan segera supaya mereka bertaubat daripada kelakuan / jalan yang jahat yang dilakukan. Agama Kristian terlibat dalam pekerjaan “menyelamatkan jiwa manusia” ini (Kis 20:24; Yeh 18:21-23; Luk 9:54-56).
BAGAIMANA KELUAR DARIPADA ANTARA DUNIA
A. Menjalani kehidupan yang “dikuduskan”
Bagaimana keluar daripada antara dunia dan menjalani kehidupan yang dikuduskan? Menurut ajaran Alkitab, terdapat peringatan-peringatan berikut:
- Jangan mengasihi dunia dan bersahabat dengan dunia. Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan. Tidak mungkin seseorang mendapatkan kedua-duanya dengan mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon (kebendaan) (Yak 4:4; 1 Yoh 2:15; Mat 6:24).
- Mengejar hikmat duniawi berdasarkan tujuan untuk melayani Tuhan. Sekiranya mengejar filsafat yang kosong dan roh-roh dunia, seseorang itu pasti akan ditawan, hanyut dibawa arus dan kehilangan pengharapan iman kepercayaan (1 Raj 3:9; Kol 2:8; Ibr 2:1).
- Mengikuti jalan orang benar. Ketahuilah bahawa jalan orang fasik menuju kebinasaan. Jangan berjalan menurut nasihat orang fasik, jangan berdiri di jalan orang berdosa, jangan duduk dalam kumpulan pencemooh (Mzm 1:1,6).
- Mematikan segala sesuatu yang duniawi, terutamanya percabulan dan hawa nafsu. Ketahuilah bahawa kehendak Tuhan ialah pengudusan kita, iaitu supaya kita menjauhi percabulan, supaya kita masing-masing mengambil (memperoleh) seorang perempuan menjadi isteri (tubuh) kita sendiri dan hidup di dalam pengudusan dan penghormatan (Kol 2:5; 1 Tes 4:3-4).
- Menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran. Jauhkanlah diri daripada iman kepercayaan penyembahan berhala yang sia-sia. Jangan lagi mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran syaitan-syaitan. Jadilah orang yang mempunyai kemerdekaan sejati dan damai sejahtera sejati dalam Tuhan. Bolehkah bait Tuhan menyembah berhala? (Yoh 4:24; 1 Tim 4:1; Gal 5:1; 2 Kor 6:16).
- Mengejar karunia kasih dan fokus pada persekutuan rohani. Kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain, berikanlah tumpangan seorang akan yang lain. Layanilah seorang akan yang lain, sesuai dengan karunia yang telah diperoleh tiap-tiap orang. Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kita benar-benar ialah murid-murid Tuhan (1 Kor 12:31; Flp 2:1-2; 1 Ptr 4:8-9; Yoh 13:34-35).
- Mengejar untuk memperoleh Yesus sepenuhnya. Kaji semula nilai dan makna hidup, dan menganggap pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhan, lebih mulia daripada semuanya. Berlari-larilah kepada tujuan untuk “memperoleh Kristus dan hadiah Kristus” (Flp 3:8-14).
B. Berani menanggung kesukaran dengan bersandarkan Tuhan
Memang mudah untuk menjadi sama dengan orang lain, tetapi keberanian yang sepenuhnya amat diperlukan untuk menjadi berbeza dengan orang lain dan berkeras memilih yang baik. Tidak hairanlah bahawa lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya (Mat 7:13). Demi memelihara iman kepercayaan dan terpisah daripada dunia, orang Kristian secara semula jadinya akan menderita lebih banyak. “Sebab adalah kasih karunia, jika seorang karena sadar akan kehendak Allah menanggung penderitaan yang tidak harus ia tanggung.” Penderitaan ini juga berpadanan dengan kehendak panggilan itu, dan Tuhan telah meninggalkan teladan (1 Ptr 2:19-25).
Apakah kesukaran yang bakal dihadapi? Mungkin kesepian yang disebabkan oleh kelainan, yang bukan hanya menghalau kita daripada masyarakat, tetapi juga memperlakukan kita sebagai “bangsa asing”, memandang rendah dan mengkritik kita (Yoh 9:21-22); atau mereka hairan bahawa kita tidak turut melakukan kejahatan seperti mereka, lalu mereka memfitnah kita, memulaukan kita, bahkan mencelakakan kita (1 Ptr 4:3-4; Why 13:16-17; Kej 39:7-23); bahkan saudara-mara kita “saling bermusuhan” dengan kita dan mengakibatkan hubungan kasih sayang keluarga yang renggang (Mat 10:21-22, 34-36); atau mungkin ada lebih banyak lagi. Walau bagaimanapun, apabila kita bertekad untuk percaya kepada Tuhan dan melayani Tuhan dengan giat, semua kesengsaraan ini tidak dapat dihindari (1 Tes 3:3; Kis 14:22). Walaupun demikian, kita masih dapat menjadi seperti Ayub yang bertekun dalam kesalehan kepada Tuhan dan manusia (Ayb 2:9-10); kita masih dapat menjadi seperti Yusuf yang berkata: “Bagaimanakah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Allah?”; dan mempunyai iman daripada “jika” kepada “seandainya tidak” terhadap Tuhan seperti tiga rakan Daniel (Dan 3:16-18).
C. Dikuduskan dengan kebenaran
Apa payahnya menawakkan bibir atas bawah? Kita memerlukan hikmat yang mengalahkan latihan dan pencobaan daripada Tuhan. Namun kita boleh berasa yakin kerana Tuhan telah berjanji: “Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah, – yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit -, maka hal itu akan diberikan kepadanya. Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang.” (Yak 1:5-6). Tambahan pula, Tuhan telah memberikan kata-kata hikmat, iaitu “Alkitab” yang dapat memberikan hikmat dan menuntun kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus. Hal ini kerana “Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar (mengajar orang tentang perkara yang betul), untuk menyatakan kesalahan (mengajar orang tentang perkara yang salah), untuk memperbaiki kelakuan (mengajar orang tentang cara yang betul dalam melakukan sesuatu) dan untuk mendidik orang dalam kebenaran (mengajar orang tentang cara berpegang pada perkara yang betul). Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.” (2 Tim 3:15-17).
Sebenarnya, ketika Tuhan Yesus berada di dunia, Dia berdoa untuk kita dengan cara ini. Dia memohon agar Tuhan menguduskan kita dalam kebenaran (firman Tuhan). Ya, Dia mengutus kita ke dunia untuk menyelesaikan kehendak penyelamatan dan penebusan Tuhan. Dia menguduskan diri-Nya bagi kita sebagai teladan, dan Dia juga akan menguduskan kita dalam kebenaran supaya kita dipandang layak untuk dipakai tuan kita (Yoh 17:17-19). Marilah kita berjaga-jaga setiap saat, berdiri teguh dalam iman, bersikap sebagai laki-laki, dan tetap kuat dalam angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini (1 Kor 16:13).
KESIMPULAN
Orang Kristian harus keluar daripada orang-orang yang tidak percaya. Kita haruslah mati bagi dosa, hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuh kita, tetapi hidup bagi Tuhan, menyerahkan diri kepada Tuhan sebagai persembahan yang hidup, dan menyerahkan anggota-anggota tubuh kepada Tuhan untuk menjadi senjata-senjata kebenaran. Janganlah kita menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budi, sehingga kita dapat membezakan kehendak Tuhan yang baik, yang berkenan kepada Tuhan dan yang sempurna. Dengan konsep antara yang kudus dengan yang tidak kudus yang sesuai dengan skala kebenaran, “Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah”. Jalanilah kehidupan yang “dikuduskan” dan mendapat “kemenangan rohani”. Dengan demikian, kita boleh tetap menjadi anak-anak Tuhan dan bersiap sedia untuk mewarisi harta pusaka hidup kekal sesuai dengan janji (Rm 6:11-13, 12:1-2; Mat 22:21).