KITAB ESTER
(Pendeta Huang Zhi Jie)
A. PENULIS KITAB
Penulis tidak dapat dikenal pasti berdasarkan bukti dalaman dan luaran Alkitab. Namun, catatan dalam 9:20 bahawa “Maka Mordekhai menuliskan peristiwa itu” mungkin menunjukkan bahawa kitab ini ditulis oleh Mordekhai. Dari segi bukti luaran, sejarawan Yahudi, Flavius Josephus dalam “Antiquities of the Jews” dan bapa gereja zaman awal, Clement of Alexandria turut berpendapat bahawa penulis kitab ini ialah Mordekhai. Namun, Talmud Yahudi hanya mencatatkan bahawa kitab ini ditulis oleh seorang ahli Sanhedrin Besar. Ahli ini mungkin dalam kalangan nabi terakhir dan ulama sastera rabi terakhir, seorang yang tidak dikenali.
Hampir pasti bahawa penulis kitab ini berada di bawah pemerintahan Empayar Persia dan merupakan seorang Yahudi yang banyak tahu tentang kehidupan dan adat istiadat istana Persia. Menurut catatan sejarah, Mordekhai mungkin ialah pegawai istana yang disebut oleh Darius (tahun 521 – 486 SM) dan Ahasyweros (tahun 485 – 465 SM) ketika mereka menjadi raja.
Berdasarkan bukti-bukti di atas, kebarangkalian bahawa Mordekhai ialah penulis kitab ini adalah sangat tinggi.
B. LATAR BELAKANG SEJARAH
Kitab ini adalah salah satu daripada tiga kitab terakhir dalam kitab sejarah Perjanjian Lama. Ketiga-tiga kitab ini ialah kitab Ezra, kitab Nehemia dan kitab Ester. Ketiga-tiga kitab ini mencatatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas kepulangan orang Israel dari Babel setelah ditawan selama 70 tahun. Masa ini meliputi jangka masa sekitar seratus tahun, iaitu dari tahun 536 hingga tahun 432 SM. Antaranya termasuk tiga kali kepulangan dan dua masa pembangunan kembali. Masa pembangunan kembali ini adalah pada zaman pembangunan kembali Bait Suci dan iman kepercayaan yang dipimpin oleh Zerubabel dan Yosua pada tahun 536 – 516 SM dan juga pada zaman pembangunan kembali tembok kota dan pemulihan iman kepercayaan yang dipimpin oleh Nehemia dan Ezra pada tahun 457 – 432 SM. Terdapat tiga orang nabi terakhir bagi zaman Perjanjian Lama dalam tempoh ini iaitu Hagai, Zakharia dan Maleakhi. Sekiranya kita ingin mempunyai pemahaman yang lebih luas tentang wajah keseluruhan sejarah dalam tempoh ini, kita perlu memahami enam kitab ini sepenuhnya. Sejarah ini merupakan sejarah iman kepercayaan Israel dan gerakan pemulihan nasional.
Permulaan kitab ini jelas menyatakan bahawa kerajaan pada masa itu ialah kerajaan Persia. Rajanya ialah raja Ahasyweros. Umum berpendapat bahawa Ahasyweros ialah Xerxes. Bapa Xerxes, Darius meninggalkan beberapa batu bersurat dan seni ukir yang terkenal kepada kita. Salah satunya menunjukkan Darius duduk di atas takhta dan Xerxes berdiri di sisinya. Menurut sejarah perang Persia Herodotus dan maklumat-maklumat lain, Xerxes merupakan seorang raja yang tinggi dan tampan. Dia dianggap seorang raja yang tidak tetap hati dalam politik dalaman, mudah terpengaruh dengan kata-kata manis dan pegawai yang khianat, dan benar-benar tidak mahir dalam pengurusan politik dalaman. Dari segi cinta, dia merupakan kekasih yang cemburu. Namun di medan peperangan, dia sememangnya merupakan pemimpin kuat yang cemerlang, pandai menyusun strategi, garang, dan berusaha untuk mencapai tujuan. Xerxes memerintah sekitar tahun 485 – 464 SM, iaitu masa di antara kepulangan pertama dan kepulangan kedua.
Peristiwa-peristiwa dalam kitab ini berlaku di benteng Susan, di tebing kiri sungai Ulai. Tanahnya subur dan iklimnya sederhana. Batu bersurat Babel sejak tahun 3000 SM sering menyebutkan kota ini. Kota ini merupakan ibu kota kerajaan Persia pada masa raja Cambyses dan lokasi geografinya terletak di tengah-tengah kerajaan Persia, iaitu di wilayah Iran pada hari ini. Dalam dunia arkeologi, kota ini sering disebut kerana Kod Hammurabi ditemukan di kota ini. Banyak senior-senior yang setia kepada Tuhan dalam Alkitab seperti Daniel dan Nehemia pernah tinggal di kota ini. Mungkin ada banyak orang Israel yang tinggal di kota ini pada zaman itu. Menurut catatan Alkitab, perbatasan Persia mula dari India sampai ke Etiopia dan merupakan negara terbesar dalam sejarah pada zaman itu. Raja Persia merajai seratus dua puluh tujuh daerah. Di setiap daerah, seorang pegawai pemerintah bertanggungjawab ke atas urusan sivil dan ketenteraan. Pegawai yang dilantik oleh raja Persia ini disebut wakil raja dan berhak untuk mengambil bahagian dalam polisi negara. Autonomi tempatan dalam kerajaan ini adalah lebih banyak berbanding Babel dan Asyur.
Sebagai tambahan, dunia pada masa itu ialah generasi yang cukup meriah. Yunani berada pada zaman kegemilangannya: Pericles membentuk dasar yang mempengaruhi politik demokratik pada hari ini, dan drama budaya juga telah mempunyai pencapaian yang tinggi, ahli falsafah Sakyamuni dan Confucius dilahirkan di Timur, Socrates dan Pythagoras dilahirkan di Yunani, China berada dalam Zaman Musim Semi dan Gugur, dan perlawanan antara raja negara Yue dengan raja negera Wu berlaku dalam sejarah China.
C. TUJUAN PENULISAN
Bagi orang Israel, tujuan kitab ini adalah untuk memberitahu orang Israel bahawa nenek moyang mereka dalam sejarah telah mengalami kesukaran besar, tetapi kesusahan itu dapat diselesaikan dengan pengaturan bijak Tuhan di samping iman dan perpaduan nenek moyang. Demikianlah hari Purim diasaskan.
Bagi kita hari ini, Tuhan telah memasukkan gulungan ini ke dalam Alkitab dengan sebab. Sebabnya bukan hanya memberitahu kita sebuah kisah Timur yang kuno dan jauh. Ketika kita membaca kitab Ester pada hari ini, catatannya memberitahu kita cara Tuhan bersembunyi dalam sejarah dan menggunakan kaedah yang tidak dijangka oleh banyak orang untuk menyelamatkan orang benar dan menghukum orang fasik (Mzm 58:11-12).
D. MASA PENULISAN
Dengan andaian bahawa kitab ini ditulis oleh Mordekhai, maka kitab ini seharusnya ditulis semasa pemerintahan raja Ahasyweros, beberapa tahun setelah Ester menjadi ratu (Est 2:16), iaitu antara tahun 479 – 464 SM.
Tidak kira betapa lewat masanya, masa itu tidak akan melebihi abad kedua SM. Hal ini kerana kitab II Makabe dalam Apokrifa fasal 15 ayat 36 ada menyebutkan hari Purim. Oleh itu, masa penulisan kitab ini tidaklah lewat daripada abad kedua SM.
E. KEDUDUKAN KITAB INI
Untuk satu jangka waktu, orang-orang Yahudi membantah kitab Ester sebagai kitab klasik iman kepercayaan mereka. Hal ini kerana keseluruhan kitab ini tidak menyebut nama “Tuhan” dan unsur-unsur keagamaan (seperti ritual, hukum Taurat, perjanjian, dan lain-lain) juga tidak wujud. Tambahan pula, hari Purim yang disebutkan dalam kitab ini bukan berasal daripada hukum Taurat Musa dan bukan kepercayaan ortodoks. Namun, masih banyak orang Yahudi yang mengiktiraf nilai kitab ini. Orang Yahudi menambahkan doa Ester dan Mordekhai dalam terjemahan Septuaginta Yunani untuk menjadikan kitab ini lebih berunsur agama.
Kitab Ester dimasukkan ke dalam Kanon seawal tahun 90 M, ketika rabi-rabi Yahudi mengadakan persidangan di Yamnia (Council of Jamnia) dan disenaraikan ketika Kanon agama Yahudi disusun. Walaupun persidangan ini membuat keputusan demikian, namun keputusan itu gagal untuk menyelesaikan perselisihan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kitab ini amat disukai dalam kalangan orang Yahudi, dan secara kolektif disebut sebagai 5 Kitab Puisi bersama dengan kitab Rut, kitab Kidung Agung, kitab Pengkhotbah dan kitab Ratapan. Kitab Ester bahkan jauh lebih popular berbanding empat kitab yang lain.
Semasa dunia Kristiani menyunting Kanon Alkitab, ada orang membantah kitab Ester disenaraikan ke dalam Kanon. Mereka berpendapat bahawa seluruh kitab ini tidak mempunyai unsur keagamaan, hari Purim tidak ada kaitan dengan iman kepercayaan agama Kristian, kitab ini penuh dengan nasionalisme yang kuat dan peristiwa berdarah dan sebagainya. Kebanyakan gereja awal di Asia Kecil tidak bersetuju memasukkan kitab ini ke dalam Kanon. Namun, perlu diperhatikan bahawa Alkitab Ibrani yang diterima oleh Tuhan Yesus ada kitab ini. Setelah banyak kontroversi, gereja Katolik akhirnya memasukkan kitab ini ke dalam Kanon dalam Persidangan Carthage (Council of Carthage) pada tahun 397 M.
Kitab ini tidak mempunyai perkataan-perkataan atau perbuatan-perbuatan Tuhan dari awal hingga akhir. Walau bagaimanapun, sebelum dan sesudah kejadian membolehkan kita melihat dengan mudah bahawa perbuatan Tuhan benar-benar ada di segala tempat. Butiran ini wajar untuk kajian dan pemahaman kita yang teliti.
F. GARIS BESAR KITAB
Dengan ilham Tuhan, para penulis Alkitab tidak membuat pembahagian bahagian semasa menulis kitab. Kemudian, banyak versi Alkitab membantu pembaca membahagikannya bahagian demi bahagian dan seterusnya menambahkan tema bagi setiap bahagian oleh sebab keperluan pembacaan. Namun, bukan setiap versi dibahagikan kepada bahagian yang sama. Jadi pada dasarnya, kita boleh membuat pembahagian untuk tema-tema yang berbeza berdasarkan sudut pandangan kita sendiri. Berikut merupakan beberapa kaedah pembahagian yang berbeza untuk rujukan semua. Memahami isi kandungan ayat kitab bermula daripada garis besar adalah seperti memandang seluruh gulungan dan sangat berguna untuk memahami ayat kitab.
- Fasal demi fasal:
- Pembuangan ratu
- Pengangkatan ratu
- Pemusnahanbangsa
- Mencari pertolongan
- Mengadakan perjamuan
- Mendapat penghormatan
- Pusingan kitaran
- Membuka jalan
- Purim
- Terang
- Dua bahagian:
- Krisis menimpa secara tiba-tiba: fasal 1 – 5.
- Peralihan krisis: fasal 6 -10.
- Tiga bahagian:
- Perjamuan raja Persia: fasal 1 – 4.
- PerjamuanEster: fasal 5 – 8.
- PerjamuanPurim: fasal 9 – 10.
- Pembahagianperistiwa:
- Ahasywerosmembuang ratu Wasti (1:1-22).
- Memilih Ester sebagai ratu Persia(2:1-18).
- Mordekhai berjasamenyelamatkan Ahasyweros (2:19-23).
- MulishatHaman untuk memusnahkan orang Yahudi (3:1-15).
- Mordekhai dan Haman saling bergelut (4:1 -5:14).
- Mordekhai dihormati manakala Hamanmendapat malu (6:1-13).
- Haman mati di atas tiangnya (6:14 -7:10).
- Perintah baharu diumumkan bagi menepis muslihat Haman (8:1 -9:32).
- Mordekhai menjadi orang kedua di bawah raja dan menjalankan pemerintahan denganbaik (10:1-3).