KITAB HAGAI
(Pendeta Lin Xian Ming)
A. PENULIS KITAB
Hagai, antara tokoh sejarah dalam Perjanjian Lama. Dia berada pada zaman yang sama dengan nabi Ezra, Nehemia, dan Zakharia (Ezr 5:1). Dia disebut “nabi yang kembali” atau “nabi selepas pengasingan” bersama dengan nabi Zakharia dan nabi Maleakhi. Dari segi jabatan nabi, seperti Zakharia, dia telah membuka Bait Suci kedua – “Bait Suci Zerubabel”. Makna keagamaan yang merentas zaman menyebabkan seluruh umat bangkit dan menyelesaikan pembangunan kembali Bait Suci yang menyedihkan dan menunggu pembangunan kembali dengan sepenuh hati setelah nabi-nabi bernubuat “dalam nama Allah Israel” (Ezr 5:1, 6:14).
Nama Hagai (Haggai) bermaksud “bersukaria / bersukacita” atau “hari raya”, dan nama penuhnya bermaksud “hari raya Tuhan”. Oleh itu, namanya boleh dikaitkan dengan pandangan iman orang tuanya, iaitu dengan harapan dia dapat melihat dan leka dalam suasana sukaria / suakcita mengadakan perayaan bagi Tuhan pada tahun-tahun akan datang. Berdasarkan kesimpulan dalam kitab Hagai 2:4, dia mungkin telah menyaksikan kemuliaan Yerusalem sebelum kemusnahannya. Tidak ada dinyatakan secara istimewa dalam kitab ini tentang latar belakang keluarganya, tempat kelahirannya, garis besar hidupnya, dan tahun-tahun hidupnya. Namanya juga tidak disenaraikan dalam daftar kepulangan, dan nampaknya tidak ada maklumat yang berkaitan untuk kajian yang lebih lanjut.
B. LATAR BELAKANG ZAMAN
A, Masa
Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, antara bulan yang kelapan hingga kedua belas pada tahun 520 SM (kira-kira empat bulan).
B, Tempat
Yerusalem.
C, Latar belakang sejarah
Sejak Zerubabel memimpin semua orang Yahudi yang pulang ke Yerusalem dari tempat tawanan untuk membangun kembali Bait Suci pada tahun 536 SM (Ezr 3:8), enam belas tahun telah berlalu dengan tenang. Keghairahan, semangat dan sorak-sorai semasa pecah tanah (Ezr 3:10-13) telah terhenti lantaran campur tangan politik kerana kebencian orang Samaria. Hal ini menyebabkan tangan umat menjadi lemah dan lutut mereka goyah (Ezr 4:1-5,24). Pada masa ini, umat yang pulang sibuk dengan keselesaan dan ketenteraman ruang persendirian, membajak ladang dan membina rumah persendirian yang indah dan cantik. Namun mereka membiarkan bait Tuhan tetap menjadi reruntuhan (Hag 1:3-6). Kerja pembangunan kembali Bait Suci pada masa lalu nampaknya terbengkalai seperti air besar, sampan tak hanyut.
Umat yang pulang dari tempat tawanan mengabaikan amanat membangun kembali Bait Suci. Oleh itu, Tuhan menggunakan “kemelesetan ekonomi”, “kekeringan alam semula jadi” dan “gerakan Roh Kudus” (Hag 1:6,10-11,12-14) serta nabi Hagai yang mula-mula mengangkat tangannya untuk membuat seruan dan nabi Zakharia yang saling menyahut seruannya untuk menghidupkan kembali iman orang-orang Yehuda – pemulihan agama dan pembangunan kembali Bait Suci. Hasilnya, setelah usaha berdedikasi dan kerja keras selama empat tahun dengan penyertaan Tuhan dan ketaatan umat, Bait Suci kedua dalam sejarah – “Bait Suci Zerubabel” akhirnya disiapkan pada tahun 516 SM.
C. RINGKASAN KITAB
“Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula,” (Hag 2:10).
D. ANALISIS AYAT
Kitab Hagai merupakan kitab kesepuluh daripada dua belas kitab nabi kecil. Dalam dua fasal pendek ini, datanglah firman Tuhan kepada nabi Hagai dalam masa tiga bulan dan dua puluh tiga hari (Hag 1:1,3,12, 2:2,11,21). Firman Tuhan ini menggabungkan lima petikan mesej dan dorongan tentang pembangunan kembali Bait Suci untuk sasaran yang berbeza, seperti penyertaan (1:14), penguatan (2:5), pentahiran (2:15-16) dan sukacita (2:24). Struktur dan mesej ayat-ayat suci diringkaskan seperti berikut:
A, Mesej pertama (1:1-11)
Masa: Dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu (29hb Ogos dalam kalendar Solar); hari pertama persembahan korban.
Sasaran: Bupati Zerubabel, imam besar Yosua.
Mesej: Perhatikanlah keadaaanmu!
B, Mesej kedua (1:12 – 2:1a)
Masa: Hari kedua puluh empat dalam bulan yang keenam (21hb September dalam kalendar Solar); hari terakhir hari raya Pondok Daun.
Sasaran: Bupati Zerubabel, imam besar Yoshua, dan selebihnya daripada bangsa itu.
Mesej: Tuhan menyertai kamu.
C, Mesej ketiga (2:1b-10)
Masa: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal dua puluh satu bulan itu (17hb Oktober dalam kalendar Solar)
Sasaran: Bupati Zerubabel, imam besar Yosua, dan selebihnya daripada bangsa itu.
Mesej: Bait Suci ialah tempat kemegahan dan damai sejanhtera.
D, Mesej keempat (2:11-20)
Masa: Pada tanggal dua puluh empat bulan yang kesembilan (18hb Disember dalam kalendar Solar)
Sasaran: Para imam.
Pesan: Persembahan korban tidak dapat membatalkan dosa pengabaian pembangunan Bait Suci.
E, Mesej kelima (2:21-24)
Masa: Pada tanggal dua puluh empat bulan yang kesembilan (18hb Disember dalam kalendar Solar)
Sasaran: Zerubabel
Mesej: Aku akan menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih.
E. MESEJ PENTING
A, Hati yang takut akan Tuhan
Zerubabel, Yosua dan umat menerima nasihat nabi dan tidak menganggap rendah nubuat-nubuat (1 Tes 5:20). Sebabnya adalah kerana mereka mempunyai hati yang takut akan Tuhan (1:12; Ul 4:10). Mereka kemudian mendengar, membuat refleksi lalu tergerak dan bertindak sehingga hati mereka menjadi kuat dan teguh serta terjaga (Hos 12:14).
B, Jiwaku memuliakan Tuhan
Bangsa ini berkata: “Sekarang belum tiba waktunya untuk membangun kembali rumah TUHAN!” Mereka juga mendiami rumah-rumah yang dipapani dengan baik (1:2,4). Namun Tuhan berfirman: “… sedang Rumah ini tetap menjadi reruntuhan?”, “… bangunlah Rumah itu; maka Aku akan berkenan kepadanya dan akan menyatakan kemuliaan-Ku di situ,” (1:4,8). Sebabnya adalah kerana umat tidak mengamalkan “Jiwaku memuliakan Tuhan, dan hatiku bergembira karena Allah, Juruselamatku,”, dan “Kristus dengan nyata dimuliakan di dalam tubuhku” (Luk 1:46-47; Flp 1:20).
C, Perhatikanlah keadaanmu
“Kamu menabur banyak, tetapi membawa pulang hasil sedikit;”, “Kamu mengharapkan banyak, tetapi hasilnya sedikit,”, “… perhatikanlah… pergi melihat suatu timbunan gandum yang seharusnya sebanyak dua puluh gantang, hanya ada sepuluh; … pergi ke tempat pemerasan anggur untuk mencedok lima puluh takar, hanya ada dua puluh.” (1:6-11, 2:16-20). Mengapa manusia tidak dapat memperoleh keinginan mereka walaupun dengan kerja keras sedemikian? Hal ini kerana mereka melupakan Tuhan Pencipta yang memberikan berkat (Kis 14:17; Ul 8:2-10, 11:11-17).
D, Tuhan pasti menyertai kamu
Tuhan berulang kali berjanji kepada para pemimpin dan umat: “Aku ini menyertai kamu,” (1:13, 2:5,6). Janji ini merupakan semangat iman kepercayaan dan kasih karunia. Janji ini merupakan kesaksian sejarah Musa dan Yosua (Kel 3:12; Yos 1:5), dan juga merupakan pemenuhan Kristus yang kekal pada masa kelak (Yes 7:14; Mat 1:23).
E, Aku akan menggoncangkan langit dan bumi serta segala bangsa
“Masih adakah di antara kamu yang telah melihat Rumah ini dalam kemegahannya semula? Dan bagaimanakah kamu lihat keadaannya sekarang? Bukankah keadaannya di matamu seperti tidak ada artinya?” (2:4). Dasar Bait Suci yang tetap menjadi reruntuhan di depan mata menyebabkan orang tidak berani memikirkan kemegahannya pada masa lalu. Mereka hanya dapat mengeluh dan menyalahkan diri sendiri serta terus hilang semangat. Hal ini kerana mereka telah melalaikan kebijaksanaan dan kekuatan Tuhan Pencipta (2:7-10; Yer 10:12; Yoh 6:5-13; Mat 17:27).
F, Sebagai persembahan yang hidup dan yang kudus
Punca baju itu kudus (Im 6:18,27, 22:4-6) tetapi tidak dapat menjangkitkan kekudusan kepada mana-mana objek (2:13). Barangsiapa yang menyentuh sesuatu yang najis pasti ia najis (2:14; Bil 19:11-13). Oleh itu, pulang ke tempat yang kudus daripada pembuangan tidak menjadikan mereka kudus. Dosa mengabaikan pembangunan Bait Suci telah mencemari kerja dan bahan korban dalam tangan mereka sehingga mereka menderita hukuman musim kering. Jadi kita harus “dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.” (Rm 12:1-2).
G, Aku akan menjadikan engkau seperti cincin meterai
“Pada waktu itu, … Aku akan … menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih, …” (2:24). Zerubabel telah dipilih oleh Tuhan lalu dia memiliki kewibawaan / kehormatan dan kekuasaan “meterai”. Dia merupakan pemimpin dan penjaga pembangunan kembali Bait Suci. Kini, Roh Kudus merupakan meterai sebagai jaminan supaya kita menjadi anak Tuhan yang terpilih (2 Kor 1:22). Kita harus memikul tanggungjawab membangun kembali Bait Suci dan melakukan lebih banyak kerja untuk gereja Tuhan.
F. SOALAN PERBINCANGAN
- Pada masa lalu, umat membiarkan Rumah Tuhan tetap menjadi reruntuhan, tetapi tergesa-gesa mengejarkesenangan peribadi mereka. Adakah keadaan ini juga gambaran orang Kristian pada hari ini? Apakah perasaan dan peringatan anda terhadap perkara ini?
- Mesejnabi membangunkan umat daripada kekurangan Bagaimana kita harus menerima gerakan dan pertolongan Tuhan dalam setiap dorongan semasa kebaktian?
- Nabi menggunakan perkataan“perhatikanlah” untuk memasuki topik dorongan Bagaimana kita dapat saling membuat refleksi dan saling mendorong dengan cara ini?
- Berdasarkan mesejuntuk membangun kembali Bait Suci daripada kitab Hagai, pada pendapat anda, bagaimana anda dapat mendorong diri anda dan pemercaya untuk melakukan lebih banyak kerja suci bagi Tuhan?