KITAB I & II TIMOTIUS
(Pendeta Yao Jia Qi)
PENULIS: PAULUS
Sejak awal abad ke-18, para pentafsir Alkitab secara kolektif menyebut kitab 1 Timotius, 2 Timotius, dan Titus sebagai “surat-surat penggembalaan”. Hal ini kerana ketiga-tiga surat ini telah memberikan ajaran yang berharga tentang penggembalaan jemaat untuk para gembala. Terdapat peringatan penting untuk semua keperluan pentadbiran jemaat, pertahanan ajaran murni, dan usaha kehidupan yang kudus. Tuntutan tradisional mempercayai bahawa surat-surat ini merupakan karya Paulus pada usia senjanya dan dituliskan kepada penggantinya, Timotius dan Titus. Surat-surat sentimental ini mengajar mereka cara menangani masalah jemaat dengan berani semasa berhadapan dengan ajaran salah guru palsu dari segi dalaman dan penderitaan kerana Injil dari segi luaran.
Sejak pertengahan abad kedua dan seterusnya, Marcion (dianggap ajaran sesat pada masa itu) tidak mengiktirafketiga-tiga surat ini sebagai kanon. Pada abad kesembilan belas, Baur of Tubingen berpendapat bahawa surat-surat ini bukan daripada tulisan tangan Paulus dan harus dipertimbangkan sebagai Pseudopigrafa. Banyak penulis juga mengemukakan bukti yang membantah bahawa Paulus merupakan penulisnya berdasarkan peristiwa sejarah, isi kandungan surat, retorik bahasa, organisasi jemaat, doktrin teologi, dan etika yang disajikan dalam surat-surat ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lompang dalam pendapat-pendapat ini dan tidak cukup untuk menjatuhkan pendapat bahawa Paulus ialah penulisnya. Kita semua boleh memberikan tindak balas dengan tepat.
Bukti dalaman Alkitab (surat-surat ini menyatakan bahawa surat-surat ini ditulis oleh rasul Paulus) dan bukti luaran sejarah gereja pada zaman itu (gereja generasi pertama hingga abad berikutnya mengesahkan bahawa surat-surat ini ditulis oleh Paulus sendiri) boleh digunakan sebagai sokongan untuk hujah bahawa Paulus ialah penulisnya.
PEMBINAAN SEMULA SEJARAH JEJAK TERAKHIR PAULUS
Jejak Paulus (2 Tim 1:15-18, 4:13,20; Tit 3:12), kerja Timotius dan Titus (1 Tim 1:3; Tit 1:5) dan pergaulan dengan banyak tokoh lain yang tercatat dalam surat-surat penggembalaan tidak disebutkan dalam kitab Kisah Para Rasul. Nampaknya, kisah-kisah tersebut tidak berpadanan dengan sejarah. Walau bagaimanapun, penjelasan tradisional gereja adalah bahawa fasal terakhir kitab Kisah Para Rasul hanya mencatatkan Paulus dipenjarakan di Rom untuk pertama kalinya (kira-kira tahun 60-62 M), dan penulisan surat-surat penggembalaan merupakan peristiwa masa kemudian. Ketika Paulus dibebaskan dari penjara Rom, dia pernah pergi ke Yunani, Efesus, Kreta dan tempat-tempat lain untuk memberitakan Injil dan memupuk pemercaya (latar belakang kitab 1 Timotius dan kitab Titus). Pada kemudian hari, dia sekali lagi ditangkap dan dipenjarakan di Rom (latar belakang kitab 2 Timotius), dan akhirnya mati syahid untuk Tuhan. Oleh itu, kita dapat secara kasar membina semula jadual perjalanan dan kisah Paulus yang berikutnya berdasarkan petunjuk dalam surat-surat penggembalaan (jika harapan dan rancangan perjalanan Paulus yang tercatat dalam Alkitab semuanya direalisasikan satu persatu). Mungkin ada beberapa pendapat yang berbeza tentang urutan jadual perjalanan tertentu, tetapi semuanya dapat menjelaskan peristiwa bersejarah dalam surat-surat penggembalaan secara wajar tanpa menuduh penulis melakukan kesalahan, mereka-reka atau memalsukannya. Jadual perjalanan Paulus dalam beberapa tahun terakhir mungkin seperti berikut:
A. Paulus dibawa ke Rom (Kis 28:16), kira-kira tahun 60 M.
B. Setelah dipenjarakan di Rom selama dua tahun, Paulus menulis surat-surat penjara, iaitu Efesus, Filipi, Kolose, dan Filemon.
C. Paulus dibebaskan pada tahun 62 M, dan segera mengirim Timotius ke Filipi (Flp 2:19-23) dan Efesus. Dia juga pergi ke arah timur untuk mengunjungi jemaat-jemaat di Asia, seperti yang telah dijanjikannya kepada Filemon (Flm 22). Ketika dia kembali ke Efesus, dia menangani masalah ajaran sesat yang disebarkan oleh Himeneus dan Aleksander (1 Tim 1:20). Timotius juga datang ke sini pada hari kemudian, dan Paulus meninggalkannya di Efesus untuk terus menggembalakan jemaat di sini manakala dirinya pergi ke wilayah Makedonia (1 Tim 1:3).
D. Paulus datang ke wilayah Makedonia untuk mengunjungi jemaat Filipi (Flp 1:25, 2:24). Dia mungkin menulis kitab 1 Timotius dalam tempoh ini (1 Tim 3:14-15).
E. Tidak lama kemudian, Paulus pergi ke Efesus lagi (1 Tim 3:14), dan pernah pergi ke Kreta (Tit 1:5). Dia meninggalkan Titus sebagai utusan khasnya.
F. Dari Kreta, Paulus mengunjungi Korintus. Ketika ahli Taurat, Zenas dan Apolos pergi ke Kreta, dia menulis kitab Titus dan meminta mereka untuk membawa surat itu bersama. Paulus meminta Titus untuk mengatur hal-hal yang masih perlu diatur dan menetapkan penatua-penatua di setiap kota (Tit 1:5). Paulus juga meminta Titus untuk bertemu dengannya di Nikopolis dan memutuskan untuk tinggal di tempat itu selama musim dingin (Tit 3:12), iaitu musim dingin pada tahun 63 M.
G. Pada awal tahun 64 M., Paulus memulakan perjalanan ke barat, Spanyol (rujuk Rm 15:28). Oleh itu, dia dapat mengelakkan “Kebakaran Agung Rom” pada bulan Julai dan “pembunuhan oleh Nero” pada bulan Oktober tahun itu.
H. Setelah melayani di Spanyol selama lebih daripada satu tahun, Paulus kembali ke Asia Kecil. Dia meninggalkan jubahdan perkamennya di Troas (2 Tim 4:13). Setelah mengunjungi Miletus, dia meninggalkan Trofimus yang jatuh sakit di sana (2 Tim 4:20).
I. Apabila Paulus sekali lagi tiba di Korintus, Erastus ditinggalkan di sana (2 Tim 4:20).
J. Paulus sekali lagi ditangkap pada sekitar tahun 66 M. Pada masa ini, agama Kristian telah menjadi agama yang diharamkan. Paulus sendiri percaya bahawa tidak ada kemungkinan untuk dia dibebaskan (2 Tim 4:6-8,16-17). Maka, dia menulis kitab 2 Timotius di penjara di Rom sebagai kata-kata terakhirnya.
K. Timotius mengunjunginya di penjara di Rom, dan membawa perkamen dan jubah agar Paulus dapat bertahan dalam musim dingin (2 Tim 4:13).
L. Paulus mati syahid dan mati di bawah raja Nero tidak lama kemudian.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT YANG DIBINCANGKAN DALAM SURAT-SURAT PENGGEMBALAAN
Sebilangan orang berpendapat bahawa ajaran sesat yang dikritik dalam kitab ini nampaknya ialah Gnostisisme pada abad kedua, bukan dari zaman Paulus. Memang benar bahawa walaupun ajaran sesat yang ditolak dalam surat-surat itu menyerupai Gnostisisme, kita tidak dapat berkata bahawa catatan ini mencerminkan keadaan pada abad kedua. Hal ini kerana Gnostisisme sudah terbentuk dan memberi kesan kepada jemaat pada abad pertama. Kita dapat melihat bayangan pemikiran Gnostik dengan jelas dan pengaruhnya yang buruk terhadap jemaat dalam surat-surat Perjanjian Baru. Kita juga dapat melihat ciri-ciri ajaran sesat pada masa itu daripada surat-surat penggembalaan:
A. Warna-warni Yahudi yang sangat mendalam
Titus menggambarkan penyebar ajaran sesat sebagai “mereka yang berpegang pada hukum sunat” (Tit 1:10), dan menasihati pemercaya agar “tidak lagi mengindahkan dongeng-dongeng Yahudi” (Tit 1:14). Nampaknya, “persoalan silsilah” dan “percekcokan dan pertengkaran mengenai hukum Taurat” (Tit 3:9) dalam kitab ini ada kaitan dengan salasilah Yahudi dan hukum Taurat Musa (1 Tim 1:4,7-10).
B. Isi kandungannya dongeng
Paulus menggambarkan ajaran sesat sebagai “dongeng” (1 Tim 1:4; 2 Tim 4:4; Tit 1:14), “omongan yang kosong”, dan “apa yang disebut pengetahuan” (1 Tim 6:20; 2 Tim 2:16). Pengetahuan semacam ini hanya mengalir dalam persoalan serta menyebabkan dengki dan cidera yang langsung tidak membawa manfaat pada ibadah dan usaha terhadap kebenaran.
C. Moral menyimpang daripada piawaian
Ahli ajaran sesat “melarang orang kawin”, “melarang orang makan makanan” (1 Tim 3:3; Tit 1:15), dan mempunyai pemikiran pantang nafsu. Namun, mereka “mengira ibadah itu adalah suatu sumber keuntungan” (1 Tim 6:5; 2 Tim 3:5-6), perbuatan mereka mendurhakai Tuhan (Tit 1:16), dan mereka menuruti keinginan daging.
D. Kepercayaan bukan ortodoks
Kitab 1 Timotius menunjukkan bahawa Himeneus dan Aleksander telah menyimpang daripada kebenaran (1 Tim 1:19-20). Kitab 2 Timotius menyebut tentang Himeneus dan Filetus mengajar bahawa kebangkitan telah berlangsung dan dengan demikian merosakkan iman sebahagian orang (2 Tim 2:17-18). “Kebangkitan telah berlangsung” mungkin bermaksud bahawa pemercaya telah mengalami kebangkitan rohani, dan tidak akan ada kebangkitan fizikal pada masa kelak.
Berdasarkan ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di atas, jelas bahawa mereka menganjurkan pengetahuan dongeng, meremeh-remehkan tubuh manusia sehingga mereka mempunyai tindakan berpantang nafsu dan memanjakan diri serta menafikan perihal kebangkitan tubuh jasmani pemercaya. Ajaran-ajaran sesat ini merupakan prototaip Gnostisisme dengan warna-warni Yahudi pada abad pertama Masihi.
CIRI-CIRI ORGANISASI JEMAAT DAN GAYA PENULISAN
Ketika berbincang tentang organisasi jemaat, ada orang berpendapat bahawa catatan yang disampaikan dalam surat-surat penggembalaan ialah fenomena organisasi jemaat pada zaman kemudian. Namun, kajian terperinci surat-surat tersebut menunjukkan bahawa skop kerja penatua dan diaken tidak disebutkan, manakala gelaran-gelaran penatua dan penilik jemaat boleh digunakan secara bergantian (Tit 1:5-7). Hal ini menunjukkan bahawa walaupun organisasi jemaat secara beransur-ansur berada di landasan yang betul, namun organisasi itu belum berkembang hingga keadaan dalam abad kedua dan berkemungkinan merupakan organisasi jemaat zaman akhir para rasul.
Tentang gaya penulisan pula, nampaknya isi kandungan dan retorik bahasanya adalah berbeza dengan surat-surat awal Paulus yang lain. Satu kemungkinannya ialah gaya penulisan penulis berubah seiring dengan pertambahan usia, perubahan persekitaran, dan perbezaan sasaran. Satu lagi kemungkinan ialah gaya persembahan yang berbeza bagi jurutulis yang berbeza. Dalam kebanyakan kitab Paulus, ketika dia menyebut tentang penulisannya, dia akan menyebutkan seorang rakan sekerja. Sebagai contoh, Sostenes (1 Kor 1:1), Timotius (2 Kor 1:1; Flp 1:1; Kol 1:1), Silwanus dan Timotius (1 Tes 1:1; 2 Tes 1:1), dan Tertius (Rm 16:22). Mereka mungkin menulis bagi pihak Paulus dan menyatakan pemikiran Paulus dengan kata-kata mereka sendiri. Kemudian, tulisan tersebut dibaca, disemak oleh Paulus, dan ditandatangani olehnya di akhir surat serta menyampaikan salam untuk memastikan isi kandungan surat itu (2 Tes 3:17). Oleh itu, tidak hairanlah bahawa terdapat sedikit perbezaan dalam penulisan antara surat-surat penggembalaan dengan surat-surat Paulus sebelumnya. Jadi siapakah jurutulis surat-surat penggembalaan? Kita mengetahui daripada Alkitab bahawa tidak ada orang yang bersama Paulus pada masa itu kecuali Lukas (2 Tim 4:11). Jadi Lukas berkemungkinan besar ialah jurutulis ini. Sekiranya demikian, Injil Lukas, Kisah Para Rasul, dan surat-surat penggembalaan dapat membentuk sebuah sejarah Injil yang lengkap gereja zaman awal, iaitu dari kelahiran Yesus di Betlehem (tahun 5 SM) hingga kematian Paulus di Rom (sekitar tahun 67 M). Sungguh luar biasa!
PENERIMA SURAT: TIMOTIUS DAN JEJAK KERJANYA
Timotius dibesarkan di Listra, ayahnya seorang Yunani dan ibunya seorang Yahudi (Kis 16:1). Dia dipengaruhi oleh neneknya Lois, dan ibunya Eunike sejak kecil, dan dia fasih dengan Alkitab Perjanjian Lama (2 Tim 1:5, 3:15). Namun, perihal perkahwinan antara ibunya dengan orang Yunani, dan Timotius tidak disunat ketika dia masih kecil menunjukkan bahawa mereka bukan berasal daripada keluarga legalistik yang ketat. Oleh itu, dia dapat menerima pesanan Paulusdengan mudah.
Dia mungkin dipimpin oleh Paulus untuk percaya kepada Tuhan di Listra dalam perjalanan penyebaran agama Paulus yang pertama (sekitar tahun 47 M), dan dia digelar anak rohani Paulus (1 Kor 4:17; 1 Tim 1:2; 2 Tim 1:2). Oleh itu, Timotius begitu arif tentang penderitaan yang dihadapi oleh Paulus dalam perjalanan pertamanya (2 Tim 3:11). Oleh sebab dia sangat matang, boleh dipercayai, dan dikenal baik oleh masyarakatnya, maka Paulus memilihnya untuk ikut serta dalam kerja penginjilan kali kedua (Kis 16:1-3, sekitar tahun 51 M), dan dilantik oleh para penatua gereja setempatuntuk melakukan kerja suci. Paulus juga secara peribadi menyertai “upacara penumpangan tangan” yang meriah itu (1 Tim 1:18, 4:14; 2 Tim 1:6). Selepas itu, Timotius dan Paulus menyebarkan agama ke merata tempat serta menjadi rakan kerja yang karib (Rm 16:21; 1 Tes 3:2).
Timotius datang ke Eropah bersama-sama dengan Paulus untuk memberitakan Injil. Dia mungkin diperintahkan untuk tetap bekerja di Filipi apabila mereka tiba di sana, dan kemudian kembali ke dalam pasukan semasa di Berea. Dia dan Silas menolong gereja yang baru didirikan di Berea (Paulus terlebih dahulu tiba di Atena; Kis 17:10-15), dan kemudian bertemu dengan Paulus di Atena (1 Tes 3:1-2). Selepas itu, dia sekali lagi diutus ke Tesalonika untuk mendorong dan membangun jemaat di sana. Ketika Paulus meninggalkan Atena dan mula memberitakan firman di Korintus, Silas dan Timotius “datang dari Makedonia” bersama-sama untuk bekerja dengan Paulus (Kis 18:1,5; 1 Tes 3:6). Ketika Paulus menulis surat kepada jemaat Tesalonika sebanyak dua kali dari Korintus, dia juga secara khusus menyebut nama Timotius (1 Tes 1:1; 2 Tes 1:1).
Dalam perjalanan penginjilan kali ketiga (sekitar tahun 53/54 – 57/58 M), Timotius dan Paulus bekerja lama di Efesus. Dari Efesus, Paulus mengutus Timotius ke Makedonia dan Korintus melalui darat (Kis 19:21-22; 1 Kor 4:17, 16:10). Selepas itu, dia kembali ke Makedonia untuk bertemu dengan Paulus (2 Kor 1:1), dan kemudian menemani Paulus ke Korintus (Rm 16:21), mengikuti Paulus kembali ke Makedonia bersama rakan-rakan sekerja yang lain, lalu terlebih dahulu pergi ke Troas untuk menantikan Paulus (Kis 20:3-5). Selepas itu, Timotius mungkin pergi ke Yerusalem bersama dengan Paulus (1 Kor 16:3). Setelah satu jangka waktu, Alkitab tidak lagi menyebutkan kisah Timotius, sehinggalahPaulus berada di penjara di Rom untuk julung kalinya, kedua-duanya sekali lagi mempunyai hubungan rohani yang erat (Flp 1:1; Kol 1:1; Flm 1). Ketika Paulus meramalkan bahawa dia bakal dibebaskan tidak lama kemudian, dia memberitahu pemercaya di Filipi bahawa dia akan mengutus Timotius kepada mereka terlebih dahulu (Flp 2:24,29). Selepas itu, ada satu bahagian maklumat kosong lagi sehingga Paulus dibebaskan dari penjara Rom dan kembali ke Asia dan Makedonia. Dia telah mengarahkan Timotius untuk tinggal di Efesus dan bertanggungjawab ke atas kerja memilih pemimpin jemaat dan menggembalakan pemercaya (sekitar tahun 62 M). Oleh sebab Timotius masih muda (1 Tim 4:12), penakut dan pengecut (1 Kor 16:10; 2 Tim 1:6-7), dan kurang sihat (1 Tim 5:23), maka dia berasa tidak mampu apabila menghadapi tanggungjawab berat dan krisis ajaran sesat. Oleh itu, sebelum sekali lagi mengunjungi Efesus, Paulus menulis kitab 1 Timotius kepada Timotius (sekitar tahun 63 M) dan mendorongnya dengan banyak cara. Ketika maharaja Rom, Nero menganiaya orang Kristian (sekitar tahun 66 M), Paulus sekali lagi dipenjarakan di penjara Rom. Dia sendiri sedar bahawa dia tidak memiliki harapan untuk dibebaskan dan bakal menghadapi kemungkinan mati syahid (2 Tim 1:8,16, 4:6-8). Dia menulis surat kepada Timotius di Efesus, dengan harapan Timotius akan datang untuk bertemu dan memberikan pesanan mengenai kehidupan dan pelayanan peribadi kepada orang muda ini.
CIRI-CIRI TEMA KITAB I & II TIMOTIUS
Kitab 1 Timotius – Paulus mengulangi pesanan sebelumnya kepada Timotius. Paulus menyuruh Timotius menjaga kebenaran dan menentang ajaran sesat di Efesus. Di samping itu, Paulus menunjukkan ketertiban ibadah dan akhlak yang harus ada pada pemimpin jemaat kepada Timotius serta mengajarnya cara menggembalakan pemercaya yang berbeza.
Perbendaharaan kata utama yang digunakan dalam kitab ini dan dua surat penggembalaan yang lain adalah unik berbanding surat-surat Paulus yang lain. Sebagai contoh, “ibadah”, “sederhana” / “bijaksana”, “ajaran sehat”, “Allah, Juruselamat kita”, “Raja segala zaman”, “Perkataan ini benar” / “Benarlah perkataan ini” dan lain-lain lagi. Namun, perkataan-perkataan yang biasa digunakan oleh Paulus dalam surat-surat lain, seperti “syukur”, “roh”, “beritakan”, dan lain-lain jarang muncul dalam surat-surat penggembalaan. Semua ini menunjukkan keunikan perkataan-perkataan dan gaya surat-surat penggembalaan.
Dalam kitab ini, Paulus mengajar dan menasihati Timotius seperti seorang ayah. Kasih dan keprihatinan ditunjukkan dalam baris-baris ayat kitab ini, bukannya untuk menangani masalah secara sistematik.
Kitab 2 Timotius – Kesyahidan Paulus sudah dekat, dan imannya terhadap Tuhan tidak tergoyahkan. Dia memberitahu Timotius tentang sikap pelayanan peribadi, kepercayaan peribadi, dan perasaan batinnya sebagai dorongan kepada Timotius supaya dia menanggung segala sesuatu demi Kristus dan menyelesaikan kerja penginjilan. Paulus juga berpesan kepada Timotius supaya bersederhana dan berusaha untuk menentang ajaran sesat. Kitab ini boleh digambarkan sebagai “wasiat dan nyanyian kemenangan Paulus” yang mengharukan manusia dan mencabar umat Kristian dari segala zaman.
Kitab ini serupa dengan kitab 1 Timotius dari segi bahasa, gaya, dan isi kandungan. Topik-topik yang lebih menonjol dalam kitab ini termasuk: “prajurit yang baik dari Kristus Yesus” (2:3), “perabot rumah untuk maksud yang mulia” (2:20-21), sifat Alkitab (3:15-17), pengisytiharan kemenangan (4:6-8) dan sebagainya.
GARIS BESAR ISI KANDUNGAN KITAB I TIMOTIUS
A. Menegakkan doktrin kebenaran (1:1-20)
- Pengenalan tajuk surat (1-2)
Menyatakan Paulus sebagai penulis, Timotius sebagai penerima surat, dan menyatakan berkat Tuhan dengan tulus.
2. Guru palsu dan hukum Taurat (3-11)
- Guru palsu harus ditegur (3-5)
- Kunci kesalahan guru palsu (6-7)
- Mengetahui fungsi sebenar hukum Taurat (8-11)
3. Paulus dan Injil yang diberitakan (12-17)
- Ucapan syukur Paulus menunjukkan kewibawaan rasul (12)
- Kasih karunia yang diterima oleh Paulus mengungkapkan makna sebenar Injil (13-16)
- Pujian Paulus menunjukkan sifat Tuhan yang benar (17)
4. Timotius dan perjuangan yang baik (18-20)
- Memikul tanggungjawab dan amanat (18a)
- Memperjuangkan perjuangan yang baik demi iman (18b-19a)
- Menegur penyebar ajaran lain dengan berani (19b-20)
B. Memberi perhatian pada ajaran kebaktian (2:1-15)
- Doa dalam kebaktian dan keprihatinan sejagat (1-7)
- Jenis-jenis doa (1): permohonan, doa syafaat, ucapan syukur
- Sasaran doa (1-2): Doa untuk semua orang, untuk raja-raja, dan untuk semua pembesar
- Asas doa: keprihatinan sejagat (3-7)
2. Lelaki dan perempuan dalam kebaktian dan peraturan diri (8-15)
- Saudara dan doa mereka (8)
- Saudari dan dandanan mereka (9-10)
- Saudari dan peranan mereka (11-15)
C. Memperkuat pelayanan gembala (3:1-16)
- Kelayakan-kelayakan bagi penatua dan penilik jemaat (1-7)
- Pemikiran pelayanan (1)
- Berakhlak mulia (2a,3)
- Karunia pelayanan (2b)
- Keupayaan mengurus keluarga (4-5)
- Pengalaman kerohanian (6)
- Nama baik di luar jemaat (7)
2. Kelayakan-kelayakan bagi diaken (8-13)
- Mempunyai kemampuan kawalan diri (8)
- Mempunyai kepercayaan yang betul (9)
- Harus diuji dahulu (10-12)
- Hasil bagi mereka yang melayani dengan baik (13)
3. Sifat dan amanat gereja / jemaat (14-16)
- Gereja / jemaat memerlukan sokongan kebenaran (14-15a)
- Sifat gereja / jemaat (15b)
- Amanat gereja / jemaat – memberitakan rahsia Kristus (anugerah keselamatan) (16)
D. Melaksanakan tugas sebagai gembala (4:1-16)
- Mengetahui penyesatan guru palsu (1-5)
- Akibat penyesatan – murtad (1a)
- Punca kesesatan (1b-2)
- Ajaran sesat yang disebarkan – melarang orang berkahwin, melarang orang makan makanan (3a)
- Pengenalpastian teologi – doktrin yang berkaitan dengan penciptaan (3b-5)
2. Melatih diri beribadah dan berwaspada terhadap ajaran sesat (6-10)
- Gembala menjalankan tanggungjawab mengingatkan (6a)
- Mengajar orang lain dan menggembalakan diri sendiri (6b)
- Melatih diri ke arah beribadah (7-10)
3. Tanggungjawab aktif gembala yang baik (11-16)
- Mementingkan tauladan diri (12)
- Rajin mengajar melalui kata-kata (11,13)
- Menurut karunia (14)
- Ketekunan dalam memberi (15-16)
E. Ajaran tentang anggota jemaat (5:1 – 6:2)
- Nasihat dan panduan tentang menegur pemercaya (1-2)
- Nasihat dan panduan tentang menjaga janda-janda (3-16)
- Sokongan dan hormat terhadap janda-janda (3-8,16)
- Keperluan mendaftarkan janda (9-15)
3. Nasihat dan panduan tentang menghormati penatua-penatua (17-25)
- Harus diberi hormat dan upah (17-18)
- Harus adil dalam pengendalian tuduhan atas penatua (19-20)
- Sikap semasa menjalankan penghakiman (21)
- Mulakan dengan pemilihan penatua yang teliti dan pelaksanaan kuasa rohani (22-25)
4. Nasihat dan panduan tentang kewajipan orang yang menanggung beban perbudakan (6:1-2)
- Kewajipan orang yang menanggung beban perbudakan ketika tuannya belum percaya kepada Tuhan (1)
- Kewajipan orang yang menanggung beban perbudakan ketika tuannya seorang yang percaya (2)
F. Berpegang pada hidup yang sebenar (6:3-21)
- Penilaian ciri-ciri guru palsu (3-5)
- Nasihat kepada orang Kristian yang miskin (6-10)
- Pesanan kepada orang Kristian yang matang (11-16)
- Peringatan kepada orang Kristian yang kaya (17-19)
- Kesimpulan: Nasihat kepada Timotius (20-21)
GARIS BESAR ISI KANDUNGAN KITAB II TIMOTIUS
- Dorongan tentang melayani Tuhan dengan berani (1:1-18)
- Kata pengantar: salam sebagai permulaan surat (1-2)
- Penulis surat – rasul Paulus (ayah rohani, pemberi tugas) (1)
- Penerima surat – Timotius (anak yang kekasih, penerima tugas) (2)
- Penyingkapan perasaan terhadap rakan sekerja (3-5)
- Penuh kesyukuran kepada Tuhan dalam pelayanan (3)
- Mengingat rakan sekerja dalam permohonan (4-5)
- Kata pengantar: salam sebagai permulaan surat (1-2)
- Peringatan tentang mengobarkan karunia (6-7)
- Karunia Tuhan perlu dikobarkan (6)
- Sebab karunia perlu dikobarkan (7)
- Nasihat tentang menderita kerana Injil (8-14)
- Jangan malu menderita kerana Injil (8)
- Jangan kehilangan pengharapan dalam penderitaan (9-12)
- Tetap memelihara kebenaran dalam penderitaan (13-14)
- Kesimpulan
- Orang yang gagal yang malu kerana “Paulus yang dipenjarakan” – Figelus dan Hermogenes (15)
- Orang yang berjaya yang tidak malu “menjumpai Paulus di dalam penjara” – Onesiforus (16-18)
- Model hamba Kristus yang setia (2:1-26)
- Rupa hamba yang setia (1-8)
- Orang yang kuat oleh kasih karunia Tuhan (1)
- Pewaris kebenaran Tuhan (2)
- Perajurit yang baik dari Kristus (3-4)
- Pesaing yang menurut peraturan-peraturan (5)
- Petani yang bekerja keras (6)
- Pemikir yang berpengertian (7)
- Orang yang bersyukur yang mengingati Tuhan (8)
- Pengharapan hamba yang setia (9-13)
- Walaupun manusia dibelenggu, firman Tuhan tidak terbelenggu (9)
- Sabar menanggung semuanya demi keselamatan dan kemuliaan umat pilihan (10)
- Ketekunan dalam penderitaan dan pengharapan tidak akan pernah sia-sia (11-13)
- Rupa hamba yang setia (1-8)
- Tanggungjawab hamba yang setia (14-26)
- Berpesan kepada semua orang untuk tidak melakukan hal-hal yang tidak berguna di hadapan Tuhan (14)
- Menjadi pekerja yang layak dan tidak usah malu di hadapan Tuhan (15-18)
- Mendapat meterai dasar Tuhan yang diletakkan teguh (19)
- Dikuduskan dan menjadi perabot rumah untuk maksud yang mulia dari segi penggunaan Tuhan (20-21)
- Menjauhi nafsu dan berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni dari segi kebaikan Tuhan (22-23)
- Mengajar orang untuk bertaubat daripada kejahatan dan kembali kepada kebaikan dari segi hati Tuhan (24-36)
- Kesedaran untuk mentaati firman kudus (3:1-17)
- Pada hari-hari terakhir akan datang fenomena sesat / murtad (1-9)
- Kesedaran orang Kristian mengenai hari-hari terakhir (1)
- Keseraman hati manusia pada hari-hari terakhir (2 ~ 5)
- Siapakah orang-orang yang sesat / murtad ini (6-9)
- Mentaati firman kudus memberi hikmat dan menuntun kepada keselamatan (10-17)
- Ketaatan dan pemikiran dalam firman kudus (10-12)
- Menentang hal-hal penyesatan dengan firman kudus (13-15)
- Firman kudus berasal daripada Alkitab yang diilhamkan oleh Tuhan (16-17)
- Pada hari-hari terakhir akan datang fenomena sesat / murtad (1-9)
- Ketekunan untuk berpegang pada posisi (4:1-22)
- Pesanan tentang penginjilan yang berdedikasi (1-5)
- Kewibawaan pesanan (1)
- Isi kandungan pesanan (2)
- Sebab pesanan (3-4)
- Pengukuhan pesanan (5)
- Nyanyian kemenangan Paulus (6-8)
- Pemikiran mati syahid (6)
- Nyanyian kemenangan yang penuh kemenangan (7-8)
- Pesanan tentang penginjilan yang berdedikasi (1-5)
- Laporan dan penjelasan situasi sendiri (9-22)
- Lokasi keberadaan orang-orang yang menemaninya (9-12, 20-21a)
- Gambaran keseluruhan proses penghakiman (14-18)
- Salam dan berkat (19,21b-22)