KATA PENGANTAR PENERBITAN
Syukur! Bahan Pengajaran Kelas Pengajian Tinggi Siri Ketiga ini dapat diterbitkan seperti yang dijadualkan dengan pimpinan Tuhan, Bapa yang di syurga. Siri ini adalah bertemakan “Memberitakan Kristus”. Oleh itu, usahakanlah sedaya upaya untuk fokus pada tema ini dalam pengajaran pelajaran. Bagi aspek panduan pembacaan Alkitab, kitab-kitab yang berkaitan dengan pemberitaan Injil seperti “Yosua, Yesaya, Yunus dan Kisah Para Rasul” telah disusun dalam siri ini. Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar-pelajar kolej dalam Tuhan supaya memberitakan Kristus dalam kampus masing-masing selepas mengenali Kristus kerana memberitakan Injil merupakan amanat yang telah dipercayakan oleh Tuhan.
Bagi aspek teologi bersistematik, tajuk-tajuk khas yang berkaitan dengan Roh Kudus telah disusun dalam siri ini. Antaranya: “Janji Memberikan Roh Kudus”, “Pekerjaan Hujan Musim Gugur dan Hujan Musim Semi”, “Perbezaan Bermacam-macam Roh” dan sebagainya, serta “Mengenali Gerakan Karismatik Sejagat” bagi topik perbandingan agama. Adalah dipercayai bahawa pelajaran-pelajaran ini dapat membuatkan belia-belia dalam Tuhan mempunyai pengenalan yang lebih mendalam tentang pekerjaan Roh Kudus lalu mempunyai iman yang penuh terhadap gereja dan dapat memikul amanat memberitakan Kristus supaya kerja pemberitaan Injil kita dapat pergi jauh dalam kampus institusi pengajian tinggi. Sesungguhnya kita agak lemah dalam aspek ini.
Dalam kesempatan ini, terima kasih diucapkan kepada semua seiman yang menyumbangkan artikel kerana dapat meluangkan masa yang bernilai dan menulis untuk membangun belia dalam Tuhan. Kiranya Tuhan, Bapa yang di syurga memperingati semua kerja kalian dan memberikan kemuliaan-Nya kepada semua di samping memberikan karunia-Nya yang lebih banyak kepada para rakan sekerja. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada saudari Luo Bai He yang telah bertungkus lumus dalam kerja penyuntingan dan proofreading. Kiranya Tuhan memperingati jerih payah beliau. Akhir sekali, semoga semua seiman dalam Kelas Pengajian Tinggi dapat memberitahu kami jika terdapat kekurangan dalam bahan pengajaran ini dan mendoakan kami dengan tidak jemu-jemu supaya segala pekerjaan yang berkaitan dengan pengajian tinggi dapat memenuhi kehendak Tuhan dan berkenan kepada-Nya!
Bahagian Pengajian Tinggi
Disember 2003