KITAB II PETRUS

KITAB II PETRUS

(Pendeta Huang Zhi Jie)

 

A. PENULIS SURAT INI

Penulis gulungan kitab ini telah mengatakan identiti dirinya pada awal-awal lagi berdasarkan bukti dalaman Alkitab. Identiti ini ialah hamba dan rasul Yesus Kristus, Simon Petrus. Penulis menggunakan kata ganti nama tunggal orang pertama dalam ayat suci (1:12-15) untuk mengisytiharkan bahawa dia merupakan pewaris langsung firman kebenaran Yesus dan juga merupakan saksi Yesus berubah rupa wajah di atas gunung. Hal ini secara semula jadi membuktikan bahawa penulis ialah Petrus. Walaupun ramai sarjana Alkitab pernah berhujah mengenai perkara ini, namun kita percaya bahawa Alkitab merupakan hasil yang telah dikumpulkan oleh orang pada masa awal jemaat / gereja yang digerakkan dan dipimpin Roh Tuhan pada zaman itu. Kita percaya bahawa penulis gulungan kitab ini ialah Petrus.

 

B. LOKASI PENULISAN

Sukar untuk kita mengetahui lokasi dan masa penulisan gulungan kitab ini berdasarkan bukti dalamannya. Walau bagaimanapun, berdasarkan narasi Petrus sendiri dalam gulungan kitab ini, Petrus berpendapat bahawa dia akan segera menanggalkan khemah tubuhnya (2 Ptr 1:14-15). Petikan ini mungkin merujuk kepada perihal dia tahu bahawa masa untuk dia mati syahid sudah dekat. Jika tekaan ini betul, lokasi penulisan gulungan kitab ini adalah di Rom.

 

C. MASA PENULISAN

Masa penulisan gulungan kitab ini dianggarkan pada tahun-tahun akhir Petrus, iaitu tidak lama sebelum dia mati syahid, kira-kira satu tarikh tidak lama sebelum tahun 68 M.

 

D. TUJUAN PENULISAN

Pada perjalanan terakhir hidupnya, Petrus menyaksikan Injil yang dialaminya secara peribadi, iaitu seperti yang dinubuatkan oleh para nabi dalam zaman Perjanjian Lama. Dia mendedahkan wajah sebenar guru-guru palsu yang akan muncul pada masa kelak. Dia mengajar, mengingatkan, dan mendorong jemaat cara membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi doktrin dan konsep moral salah yang menceroboh ke dalam kalangan jemaat.

 

E. SASARAN PENERIMA SURAT

Menurut bukti dalaman gulungan kitab ini, permulaan surat menyatakan secara langsung bahawa surat ini ditujukan kepada “mereka yang bersama-sama dengan kami memperoleh iman oleh karena keadilan Allah dan Juruselamat kita, Yesus Kristus”.

Siapakah mereka ini? Menurut catatan dalam 3:1, gulungan kitab ini merupakan surat yang kedua. Jika surat pertama ialah kitab 1 Petrus, maka orang-orang yang menerima surat ialah orang Kristian Yahudi atau orang Kristian bukan Yahudi yang tersebar di Turki pada hari ini, dan mereka juga pernah menerima surat daripada Paulus (3:15).

Tentu sekali, surat pertama tidak semestinya ialah kitab 1 Petrus, tetapi mungkin juga sepucuk surat yang telah hilang. Namun memang pasti bahawa penerima surat ialah orang Kristian Yahudi dan bukan Yahudi yang pernah membaca surat-surat Paulus.

 

F. GULUNGAN KITAB INI DAN KITAB YUDAS

Fasal 2 gulungan kitab ini mempunyai banyak persamaan yang ketara dengan kitab Yudas. Ada kemungkinan bahawa Petrus memetik daripada isi kandungan kitab Yudas kerana dia bersetuju dengan kitab itu. Namun ada juga kemungkinan bahawa kedua-dua kitab ini memetik daripada maklumat yang sama.

 

G. GARIS BESAR SURAT INI

1. Salam (1:1-2)

2. Kita jangan tersandung dalam iman kepercayaan (1:3-19)

  • Kita telah menerima janji-janji Tuhan (3-4)
  • Cara menghasilkan buah tanpa tersandung(5-11)
  • Menyaksikan kebenaran Injil Yesus (12-21)

3. Perbincangan tentang perbuatan dan kesudahan nabi palsu (2:1-22)

  • Nabi palsu serakah,mencari keuntungan dan menyangkal Tuhan (1-3)
  • Tuhan akan menyelamatkan orang-orangyang soleh untuk diselamatkan (4-9)
  • Berbalik daripada perintah kudusdan menjadi hamba-hamba kebinasaan (10-22)

4. Sabar dan percaya bahawa hari Tuhan pasti datang (3:1-18)

  • Pasti ada orang yang meragui hari Tuhan pada akhir zaman (1-7)
  • Menjelaskan aturan Tuhan untuk hari-Nya (8-13)
  • Bertumbuh dalam kasih karunia dan menantikankedatangan hari Tuhan (14-18)