KITAB II TESALONIKA

KITAB II TESALONIKA

(Pendeta Yao Jia Qi)

 

A. PENULIS: PAULUS

Seperti kitab I Tesalonika, surat ini dikeluarkan atas nama Paulus, Silwanus, dan Timotius. Juga seperti kitab I Tesalonika, kata ganti nama jamak “kami” sering digunakan, tetapi pada masa yang sama ada juga kata ganti nama tunggal “aku” (contoh: 2:5). Paulus berkata dengan lebih jelas pada penghujung surat ini: “Salam dari padaku, Paulus. Salam ini kutulis dengan tanganku sendiri. Inilah tanda dalam setiap surat: beginilah tulisanku.” (3:17).

 

B. PENERIMA SURAT

Kitab ini dituliskan kepada “jemaat orang-orang Tesalonika” (1:1). Satu-satunya perbezaan dengan kitab I Tesalonika adalah bahawa surat ini tidak menyatakan tujuan peribadi Paulus dan rakan-rakan sekerjanya.

 

C. MASA DAN LOKASI PENULISAN

Kitab ini ditulis oleh Paulus di Korintus selepas kitab I Tesalonika (kira-kira beberapa bulan) iaitu pada sekitar tahun 51 Masihi. Hujah ini cukup bertepatan dengan bukti-bukti berikut:

  1. Kitab I Tesalonikabanyak menelusuri pembangunan jemaat Tesalonika dan sepenuhnya memperlihatkan keprihatinan penulis terhadap pemercaya baharu (1 Tes 2:17 – 3:10). Kitab II Tesalonika pula menyebutkan situasi pemercaya dengan iman yang makin bertambah dan kasih yang semakin kuat (1:3). Nampaknya kedua-dua surat ini dipisahkan dengan satu jarak masa.
  2. Kitab II Tesalonikamembincangkan surat yang dikirim oleh penulis sebelum itu (2:15) dan surat ini berkemungkinan besar merujuk kepada kitab I Tesalonika.
  3. Kitab I Tesalonika 4:17 seolah-olahuntuk julung kalinya membincangkan pemercaya diangkat dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Kitab II Tesalonika 2:1 menganggap bahawa perkara ini sudah biasa didengar oleh peme
  4. Jika dibandingkandengan kitab I Tesalonika, masalah-masalah yang disebutkan dalam kitab ini (seperti penganiayaan yang dihadapi oleh pemercaya, salah faham tentang kedatangan kembali Tuhan dan fenomena tidak bekerja) adalah lebih serius dan nampaknya bebrtepatan dengan trend kemerosotan.

 

D. MOTIF DAN TUJUAN PENULISAN

Ketika jemaat Tesalonika menjawab surat Paulus yang pertama, Paulus dan rakan-rakan sekerjanya masih berada di Korintus kerana mereka tinggal di Korintus selama satu tahun enam bulan (Kis 18:11). Respons mereka adalah rumit. Mereka mengucap syukur kerana mengetahui bahawa iman, kasih, dan ketabahan jemaat Tesalonika telah bertambah dalam penganiayaan (1:3-4). Pada masa yang sama, mereka juga berasa bimbang kerana jemaat menghadapi tiga aspek gangguan lalu memberikan ajaran. Ajaran-ajaran ini merupakan tujuan penulisan kitab II Tesalonika.

Pertama, oleh sebab penganiayaan besar, Paulus menjelaskan sebabnya Tuhan membiarkan umat-Nya menderita dan menunjukkan caranya Tuhan akan memperbaiki semua ini apabila Dia datang kembali (1:5-10). Dia juga mengajar pemercaya untuk memuliakan nama Tuhan dengan hidup mereka agar Tuhan dimuliakan di antara “orang-orang kudus” ketika Yesus datang kembali (1:11-12).

Kedua, jemaat Tesalonika diselubungi bahaya ajaran palsu. Hal ini kerana ada orang mengeluarkan surat dengan nama Paulus dan mengatakan bahawa hari Tuhan telah tiba. Oleh itu, Paulus mengingatkan mereka bahawa pemberontakan anti-Kristus akan datang dahulu sebelum Kristus. “Manusia durhaka” atau “yang harus binasa” akan melawan semua ibadah sejati, menunjukkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat, dan mahu menyatakan diri sebagai Tuhan. Daya pengaruhnya kini terbatas. Namun, pada waktu yang telah ditentukan baginya, “si pendurhaka baru akan menyatakan dirinya”. Kemudian, Tuhan sendiri akan datang untuk membunuh dan memusnahkan “si pendurhaka” ini (2:3-12).

Ketiga, ada sekumpulan orang “malas” yang menimbulkan masalah dan tidak menuruti ajaran Paulus. Paulus menegur kelompok kecil ini dengan kata-kata yang keras. Dia berkata: “jika seorang tidak mau bekerja, janganlah ia makan.” (3:4-12). Dia juga meminta pemercaya untuk mengikuti teladannya dan mematuhi ajarannya. Jika ada orang yang tidak mahu mendengar, tandailah dia dan jangan bergaul dengan dia (3:9,13-15).

Secara keseluruhannya, jemaat Tesalonika masih menghadapi penganiayaan pada waktu itu. Di samping itu, ada orang salah faham tentang kedatangan kembali Tuhan yang dikatakan oleh Paulus dalam kitab I Tesalonika sehingga khabar angin bahawa “hari Tuhan telah tiba” tersebar di Tesalonika (2:2); Khabar angin ini menyebabkan perangai sebilangan orang dalam gereja menjadi lebih buruk. Mereka berhenti bekerja dan bermalas-malasan sepanjang hari kerana percaya bahawa kesudahannya telah tiba. Tindakan ini sangat mempengaruhi disiplin jemaat. Ketika Paulus, Silwanus dan Timotius mendengar berita ini, mereka sekali lagi bersama-sama menulis surat kepada jemaat.

 

E. CIRI-CIRI KITAB

  1. Sepertikitab I Tesalonika, tidak ada petikan ayat suci daripada Perjanjian Lama.
  2. Kitabini merupakan gulungan yang terpendek antara surat-surat Paulus kepada
  3. Doa disebutkan sebanyak empat kali dalam kitabini. Tiga kali adalah untuk ucapan syukur dan doa syafaat bagi penerima surat (1:3,11, 2:13), manakala satu kali lagi adalah untuk meminta penerima surat supaya mendoakan mereka dan Injil (3:1-2).
  4. Paulus secara khusus menunjukkan dalam kitabini bahawa ajaran lisannya sama dengan yang dituliskan dalam surat. Semuanya merupakan “tradisi rasul” dengan skop Injil yang lengkap dan merupakan tata tingkah laku yang harus dipegang oleh pemercaya (2:15, 3:6).
  5. Kitabini mencatatkan hubungan antara “manusia durhaka” dengan “kedatangan kembali Tuhan” dalam eskatologi (2:1-12). Petikan ini juga merupakan petikan yang menggambarkan kegiatan dan kegagalan anti-Kristus secara paling terperinci dalam Perjanjian Baru. Petikan ini membolehkan kita lebih memahami ciri-ciri dan makna “anti-Kristus” yang tercatat dalam Alkitab (rujuk: Dan 7:8, 8:9, 9:26, 11:36; 1 Yoh 2:18; Why 13:1-10).
  6. Pada penghujungsurat, Paulus menyebutkan empat “pesanan” dengan nada yang memerintah (3:4,6,10,12). Dia menunjukkan hal-hal yang harus dilakukan ketika mereka menunggu kedatangan kembali Tuhan. Dia juga mengajarkan cara pergaulan dengan pemercaya yang tidak melakukan pekerjaannya dan yang tidak mahu mendengar perkataan dalam surat ini (3:6, 14-15).
  7. Perbandingan kitab I dan II Tesalonika:
Kitab I Tesalonika Kitab II Tesalonika
Menghuraikan cara pemercaya menerima firman Tuhan Menyebut bahawa iman, kasih dan pengharapan mereka bertumbuh
Mengajar tentang kesegeraan kedatangan kembali Tuhan (agar orang menjadi giat) Memperbaiki salah faham tentang kedatangan kembali Tuhan (agar orang bertenang)
Mengajarkan perintah-perintah yang harus dipatuhi kepada pemercaya Menasihati mereka untuk mematuhi perintah-perintah yang telah diberikan
Menghibur dan mendorong pemercaya Menegaskan bahawa Tuhan akan menghakimi musuh Kristus
Membincangkan jemaat Membincangkan Iblis, anti-Kristus dan dunia
Membincangkan orang-orang Kudus diangkat ketika Tuhan datang kembali Membincangkan pernyataan manusia durhaka sebelum Tuhan datang kembali
Menasihati murid-murid supaya berjaga-jaga dan sedar, nasihatilah seorang akan yang lain dan saling membangunlah Menasihati murid-murid supaya tetap tenang melakukan pekerjaannya dan janganlah jemu-jemu berbuat baik

 

 

F. GARIS PANDUAN UTAMA ISI KANDUNGAN 

  • Kasih karuniadan kemuliaan Tuhan (2 Tes 1:1-12)
    1. Kata pengantar: Salam dan berkat kepala surat(1:1-2).
    2. Bersyukur ataskasih karunia Tuhan (1:3-4)
      • Falsafah “bersyukur dalam segala hal” Paulus(3a)
      • Jemaat Tesalonikaterus bertumbuh besar dalam kasih karunia Tuhan (3b-4)
    3. Mempertahankan keadilan Tuhan (1:5-10)
      • Ada bukti tentang adilnya penghakimanTuhan (5-7a)
      • Keyakinan terhadap adilnyapenghakiman Tuhan (7b-10)
    4. Memohon Tuhanmemberikan kekuatan (1:11-12)
      • Permohonan darisegi dua aspek (11)
      • Tujuan akhirpermohonan (12)
    5. Ringkasan

“maka kemuliaan TUHAN akan dinyatakan dan seluruh umat manusia akan melihatnya bersama-sama;” (Yes 40:5). Kita harus menumpukan perhatian untuk mencari dan menantikan pernyataan Tuhan dalam kemuliaan. Mereka yang menolak Kristus akan meninggalkan kemuliaan-Nya untuk selama-lamanya.

 

  • Pernyataan anti-Kristus (2 Tes 2:1-17)
    1. Amaran tentangkesalahan guru palsu (2:1-3)
      • Ajaran salahguru palsu (1)
      • “Dasartiga jangan” Paulus (2-3a)
      • Perkara dan manusia yang pasti ada sebelum Tuhan datangkembali (3b)
    2. Ajaran tentangpemberontakan anti-Kristus (2:4-12)
      • Pemimpin pemberontakan (3b-5)
      • Pernyataanpemberontakan (6-8)
      • Pekerjaan pemberontakan(9-12)
    3. Hiburan untukkestabilan pemercaya (2:13-17)
      • Kesyukuran Paulus (13-14)
      • Ajaran Paulus (15)
      • Doa Paulus (16-17)
    4. Ringkasan

Iblis terus melancarkan tiga gelombang serangan ke atas tubuh (penganiayaan dan penentangan), kecerdasan (ajaran salah oleh guru palsu), dan moral (godaan dosa) manusia. Serangan-serangan ini akan mencapai kemuncak ketika anti-Kristus muncul. Apabila menghadapi kemunculan anti-Kristus, perkara yang paling penting bagi orang Kristian ialah “kestabilan iman”, manakala kasih Kristus merupakan batu karang bagi semua iman dan kestabilan.

 

  • Laksanakan tanggungajwaborang-orang kudus dengan baik (2 Tes 3:1-18)
    1. Ajaran Tuhan harus segera beroleh kemajuan (3:1-3)
      • Paulusmeminta jemaat untuk mendoakan pasukan Injilnya (1-2)
      • Kesetiaan Tuhan merupakanjaminan terbaik bagi damai sejahtera jemaat (3)
      • Tiga penegasan Paulus (1-2)
    2. Tradisi rasul harus dilakukandengan bersungguh-sungguh (3:4-15)
      • Iman hamba Tuhan terhadap jemaatsecara keseluruhan (4-5)
      • Jemaat harus menuruti ajaran rasul (6-15)
    3. Ringkasan

Tiga berkat (3:16-18)

  1. “Dan Ia, Tuhan damai sejahtera, kiranya mengaruniakan damai sejahtera-Nya terus-menerus, dalam segala hal, kepada kamu.” (16a)
  2. “Tuhan menyertai kamu sekalian.”(16b)
  3. “Kasih karunia Yesus Kristus, Tuhan kita, menyertai kamu sekalian!”(18) – ditandatangani oleh Paulus (19).

 

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

  1. Almega BibleTools Library
  2. Irving Lester Jensen. (1981). Jensen’s Survey of the New Testament. United States: Moody Publishers.
  3. Merrill C. Tenney. (1995). New Testament Survey. United Kingdom: Inter-Varsiry Press.
  4. John R. W. Stott. (1991). The Bible Speaks Today: The Message of 1 & 2 Thessalonians. IVP.
  5. Warren W. Wiersbe. (1979). Be Ready (1 & 2 Thessalonians). David C. Cook.
  6. John F. Walvoord. (2012). 1 and 2 Thessalonians Commentary. Moody Publishers.