KITAB MALEAKHI

KITAB MALEAKHI

(Pendeta Lin Xian Ming)

 

A. PENULIS KITAB

Maleakhi (Malachi) dalam bahasa Ibrani bermaksud “utusan-Ku”. Maklumat latar belakang seperti bapanya, asal-usul keluarganya dan lain-lain semuanya samar dan tidak diketahui. Perlu disebutkan bahawa walaupun “Septuaginta” bahasa Yunani dan terjemahan Perjanjian Lama dalam bahasa Aram, “Targum” masih memanggil kitab ini “Maleakhi”, namun mereka tidak mengiktiraf Maleakhi sebagai nama nabi, tetapi hanya satu kata nama umum. Sebagai contoh, “utusan” yang disebut dalam 3:1 (utusan itu merujuk kepada seseorang yang akan muncul pada masa hadapan dan tidak boleh disamakan dengan penulis). Sesetengah sarjana Alkitab berpendapat bahawa Maleakhi bukan kata nama khas untuk penulis, tetapi hanya gelaran seorang nabi. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa penulis kitab ini mungkin seorang yang tidak dikenali.

Terdapat satu lagi pendapat bahawa nama nabi ditunjukkan dalam pendahuluan kitab nabi-nabi, maka seharusnya tidak ada pengecualian dalam kitab ini. Selain itu, kitab II Ezra yang tersenarai dalam 12 kitab nabi-nabi kecil dalam Apokrifa telah meletakkan kitab Zakharia, kitab Hagai, dan kitab Maleakhi sebagai tiga kitab terakhir. Ada satu catatan di belakang nama Maleakhi: “juga dikenali sebagai utusan Tuhan”. Maka nama penulis kitab ini ialah Maleakhi. Berdasarkan catatan yang berkaitan dalam kitab ini, kita boleh mengesahkan bahawa penulis berada dalam tempoh yang sama dengan Ezra dan Nehemia, dan penulis dipanggil “nabi yang kembali” atau “nabi selepas pembuangan” bersama-sama dengan nabi Zakharia dan nabi Hagai.

 

B. LATAR BELAKANG ZAMAN

  1. Masa: Menurut maklumat dalam kitab, masanya dianggarkan sekitar tahun432-425 SM
  2. Lokasi: Yerusalem
  3. Latar belakang sejarah:

Tempoh selepas pembuangan orang Yahudi, terutamanya pada separuh kedua abad kelima SM, boleh dipanggil sebagai Zaman Kelam / Zaman Gelap (Dark Ages). Sememangnya tidak begitu mudah untuk memahami data sejarah pada zaman itu. Kita hanya dapat mengumpul beberapa maklumat ringkasan daripada kitab Ezra, kitab Nehemia, dan kitab Maleakhi.

Nabi Maleakhi (432-425 SM) dipisahkan hampir setengah abad daripada nabi Hagai (520-505 SM) dan nabi Zakharia (520-480 SM). Pada masa itu, kegembiraan dan penghiburan pembangunan kembali Bait Suci (Ezr 3:10-13) tidak lagi wujud, bahkan zaman baharu yang dinubuatkan oleh nabi Nagai nampaknya umpama bayangan yang tidak dapat direalisasikan (Hag 2:20-23). Hal ini kerana Yehuda masih merupakan wilayah yang tidak penting di Persia dan umat Tuhan masih merupakan bangsa yang lemah. Sementara itu, umat yang kembali ke Yerusalem mengalami penderitaan dan ancaman perang antara Persia dengan Mesir sehingga menyebabkan pembaharuan awal Ezra gagal. Apabila Nehemia kembali, dia masih menyaksikan sisa-sisa perang, kehancuran tembok kota, dan bahkan eksploitasi dan rampasan oleh orang kaya. Cukai yang berat di Persia menjerumuskan rakyat ke dalam kemiskinan yang melampau.

Nehemia memulakan pelbagai pembaharuan dalam masa dua belas tahun iaitu pada tahun 432-425 SM. Ketika dia kembali ke Persia (Neh 13:6), iman kepercayaan umat pilihan menunjukkan kecenderungan kemerosotan. Pada masa ini, nabi Maleakhi diutus oleh Tuhan untuk bernubuat terhadap sikap acuh tak acuh umat dan kelalaian para imam. Sebagai contoh: imam yang korup (1:6 – 2:9), perkahwinan campur dengan bangsa asing (2:10-16), dan mengabaikan persembahan persepuluhan (3:7-12). Nehemia turut menegur orang Israel dengan keras setelah dia kembali ke Yerusalem (Neh fasal 13). Sebabnya adalah kerana mereka meragui kasih dan janji Tuhan (Mal 1:2) dan mereka tidak lagi percaya pada keadilan Tuhan (Mal 2:17, 3:14-15). Hal ini kerana:

  1. Mereka masihberada di bawah bidang kuasa dan takluk bangsa asing.
  2. Kemuliaan masa depan yang dinubuatkan oleh nabi masih belum datang.
  • Tuhan yang dipercayai belum tampil di Bait Suci dalam

 

C. INTIPATI KITAB

“Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah, dan kamu, bani Yakub, tidak akan lenyap.” (Mal 3:6).

 

D. ANALISIS AYAT

Mesej kitab Maleakhi memberikan tumpuan pada “dosa dan pengkhianatan umat” (fasal 1-2) dan “hukuman bagi yang tegar dan berkat bagi yang bertaubat” (fasal 3-4). Kitab suci ini mendedahkan belas kasihan dan anugerah keselamatan Tuhan. Oleh itu, istilah “Ucapan ilahi” muncul pada permulaan teks. Kemudian, “bentuk dialog perbahasan”, iaitu, penegasan – soalan – jawapan digunakan. Perbahasan ini merupakan sejenis dialektika arahan (1:2 – 4:3). Akhir sekali, teks diakhiri dengan sikap terhadap Tuhan dan pengharapan kepada Tuhan dengan kaedah tambahan kata-kata pada akhir teks (postscript):

  1. Kata pengantar: Firman Tuhan (1:1)
  • Pusingan pertama- Tuhan kepada manusia (1:2-5):

Kata pengantar: “Aku mengasihi kamu,”

Soalan: “Dengan cara bagaimanakah Engkau mengasihi kami?”

Jawapan: “Matamu akan melihat…”

 

  • Pusingan kedua- Imam menghina Tuhan (1:6 – 2:9)

Kata Pengantar: Tuhan ialah Bapa dan Tuan, Dia layak mendapat keagungan

Soalan: “Dengan cara bagaimanakah kami menghina nama-Mu?”

Jawapan: “Kamu membawa roti cemar ke atas mezbah-Ku, …”

 

  • Pusinganketiga – Umat Israel melanggar perjanjian (2:10-16)

Kata Pengantar: Tuhan ialah Bapa dan Pencipta

Soalan: “Mengapa kita … dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita?”

Jawapan: “… TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, …”

 

  • Pusingan keempat- Tentang kebenaran Tuhan (2:17 – 3:5)

Kata Pengantar: Perkataan umat Tuhan menyusahi-Nya

Soalan: “Dengan cara bagaimanakah kami menyusahi Dia?”

Jawapan: Kamu mendakwa Tuhan yang mulia dan mengabaikan dosa kejahatan

 

  • Pusingan kelima – Tentang taubat (3:6-12)

Kata Pengantar: Tuhan tidak berubah, kamu mesti berubah

Soalan: “Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali?”

Jawapan: “Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus!”

 

  • Pusingan keenam ─ Tentang kurang ajar terhadapTuhan (3:13 – 4:3)

Kata Pengantar: Tuhan mendakwa bahawa bicara umat kurang ajar tentang Tuhan

Soalan: “Apakah kami bicarakan di antara kami tentang Engkau?”

Jawapan: “Adalah sia-sia beribadah kepada Allah.”

 

  •  Tambahan kata-kata pada akhir teks (postscript):

Mematuhi ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum – Taurat Musa (4:4)

Bertaubat dan kembali – utusan Tuhan (4:5-6)

 

E. MESEJ PENTING

1.Perbuatan Tuhan

  • Tuhan yang memegang perjanjian dan kasih setia-Nya:

Berpusatkan perjanjian antara Tuhan dengan umat, seperti perjanjian dengan Lewi (2:8), perjanjian dengan nenek moyang, dan perjanjian perkahwinan (2:10-16), nabi Maleakhi menyatakan bahawa kasih Tuhan didasarkan pada “perjanjian” (1:2-5), sama seperti seseorang menyayangi anaknya yang melayani dia (3:17).

 

  • Tuhan yang berpegang pada janji:

Tuhan menunjukkan bahawa Tuhan berpegang pada perjanjian janji dan Dia sangat mengasihi Yakub dan keturunannya dengan menggunakan pengalaman Edom, keturunan Esau, seperti “orang akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa yang kepadanya TUHAN murka sampai selama-lamanya” (1:2-5). “Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah,” (3:6).

 

  • Nama Tuhan maha besar:

Tuhan datang ke negeri-Nya dan ke dalam kalangan umat-Nya, tetapi Ia dihina dan dihujat oleh umat-Nya. Walau bagaimanapun, nama Tuhan tetap kudus; “… sebab nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa,…” (Sebab Aku ini Raja yang besar, … dan nama-Ku ditakuti di antara bangsa-bangsa.” (1:5,11,14).

 

  • Tuhan yang menghakimi:

Tahap penghakiman Tuhan adalah untuk membuatkan para imam hina dan rendah bagi seluruh umat (2:9); untuk melenyapkan umat daripada khemah-khemah Yakub (2:12); seperti api tukang pemurni logam dan seperti sabun tukang penatu (3:2); menjadi saksi terhadap tukang-tukang sihir, orang-orang berzina… (3:5). “… setiap orang yang berbuat fasik menjadi seperti jerami dan akan terbakar oleh hari yang datang itu, firman TUHAN semesta alam, sampai tidak ditinggalkannya akar dan cabang mereka.” (4:1) .

 

  • Tuhan yang memberikan anugerah keselamatan:

“Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-Ku! … Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, Ia datang, …” (3:1); “Mereka akan menjadi milik kesayangan-Ku sendiri, … pada hari yang Kusiapkan… Maka kamu akan melihat kembali…” (3:17-18); “Tetapi kamu yang takut akan nama-Ku, bagimu akan terbit surya kebenaran…” (4:2); “Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu.” (4:5).

 

  • Tuhanpasti akan mengingati dan memberkati:

“Maka segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, sebab kamu ini akan menjadi negeri kesukaan…” (3:12); “Beginilah berbicara satu sama lain orang-orang yang takut akan TUHAN: “TUHAN memperhatikan dan mendengarnya; sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang-orang yang menghormati nama-Nya.”” (3:16).

 

2. Tanggungjawab sendiri

  • Memperingati hukum Taurat Musa

“… oleh karena kamu tidak mengikuti jalan yang Kutunjukkan, tetapi memandang bulu dalam pengajaranmu.” (2:9); “Ingatlah kepada Taurat yang telah Kuperintahkan kepada Musa, hamba-Ku, di gunung Horeb untuk disampaikan kepada seluruh Israel, yakni ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum.” (4:4).

 

  • Setia pada jabatan imam:

“Pengajaran yang benar ada dalam mulutnya dan kecurangan tidak terdapat pada bibirnya… banyak orang dibuatnya berbalik dari pada kesalahan. Sebab bibir seorang imam memelihara pengetahuan dan orang mencari pengajaran dari mulutnya, sebab dialah utusan TUHAN semesta alam.” (2:6-7).

 

  • Memenuhi kewajipan perkahwinan:

“… sebab Yehuda telah menajiskan tempat kudus yang dikasihi TUHAN dan telah menjadi suami anak perempuan allah asing.” (2:11); “Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya. Sebab Aku membenci perceraian, … juga orang yang menutupi pakaiannya dengan kekerasan, …” (2:15-16).

 

  • Memenuhi kewajipan persembahan:

“… Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus!” (3:8); “Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku…” (3:10).

 

3. Pertumbuhan kerohanian

  • Hati yang tulus:

“Kamu membawa roti cemar ke atas mezbah-Ku, … Apabila kamu membawa seekor binatang buta untuk dipersembahkan, … Apabila kamu membawa binatang yang timpang dan sakit, … Aku tidak suka kepada kamu, … dan Aku tidak berkenan menerima persembahan dari tanganmu.” (1:7-14 ).

 

  • Hati yang menyelidiki / menguji:

Kekurangan hati yang menyelidiki / menguji terhadap pertanyaan Tuhan. Sebagai conoth: “Tetapi kamu berkata” (1:2,6, 3:8); “Kamu berkata” (1:13); “Jika kamu tidak mendengarkan, dan jika kamu tidak memberi perhatian …” (2:2); “Dan kamu bertanya” (2:14).

 

  • Hati yang suci:

Tuhan menghendaki supaya kita memiliki hati yang suci, “Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain…? Yehuda berkhianat, …” (2:10-11); “Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya. … Maka jagalah dirimu dan janganlah berkhianat!” (2:15-16).

 

  • Hati yang bertaubat:

“… Kembalilah kepada-Ku, maka Aku akan kembali kepadamu, …” (3:7); “Maka kamu akan melihat kembali…” (3:18); “Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.” (4:6).

 

F. SOALAN PERBINCANGAN

  1. Apakah ilham yang diberikan kepada kita tentang nama Tuhan ditinggikan?
  2. Apakah peringatan yang diberikan kepada kita daripada teguran Tuhan kepadaimam?
  3. Apakah peranan Tuhan dalam hubungan perkahwinan? Apakah harapan anda?
  4. Pernahkah kita melawanTuhan? Cuba muhasabah diri.