KITAB NAHUM

KITAB NAHUM

(Pendeta Lin Xian Ming)

 

A. PENULIS KITAB

Nabi Nahum (Nabum), lahir antara tahun 663 hingga 654 SM ialah orang Elkosh (mungkin Kapernaum dalam Perjanjian Baru). Nahum ialah nama singkatan bagi “Nehemia”, yang bermaksud “penghiburan atau simpati”. Hidupnya tidak diketahui, dan dia tidak disebutkan di tempat lain dalam Alkitab. Berdasarkan masa penggulingan kota dewa Amon (663 SM) dan Niniwe (612 SM), kitab ini disiapkan antara tahun 663 hingga 612 SM. Maka Nahum mungkin melayani pada zaman yang sama dengan Yeremia (626 – 585 SM), Habakuk (612 – 589 SM), Zefanya (639 – 608 SM) dan nabi-nabi lain.

Ketika nabi Nahum dilahirkan, dia melalui dua peperangan melawan kerajaan Yehuda oleh Asyur, seperti serangan ke atas kerajaan utara, Israel oleh Sargon II pada tahun 722 SM (2 Raj 17:6) dan Sanherib menyerang Yehuda pada tahun 701 SM (2 Raj 18:13-18). Sebab itulah Nabi Nahum dapat menggambarkan kekejaman dan bahaya ketika pencerobohan Asyur dengan begitu menarik. Hukuman yang dijatuhkan oleh Tuhan ke atas Asyur merupakan penghiburan dan rahmat kepada umat kerana Niniwe merupakan musuh Yehuda. Oleh itu, barangsiapa yang tidak membangun bangsa dengan keadilan dan kebenaran akhirnya pasti akan binasa (Mzm 92:7).

 

B. LATAR BELAKANG MASA

A, Masa: 615 SM

B, Tempat: Yerusalem

C, Latar belakang sejarah:

Satu abad sebelum nabi Nahum, kitab Yunus berbicara tentang taubat kerajaan Asyur (793 – 753 SM). Walau bagaimanapun, kitab Nahum ialah puji-pujian yang mengejek dosa-dosa Asyur dan kejatuhannya. Kerajaan Asyur merosot dan ditunggangbalikkan dengan kadar yang mengejutkan. Kerajaan itu seperti komet abad yang berada di luar orbit dan binasa. Kisah ini sangat menarik dan berbaloi untuk dihayati.

  1. Pengurangan kuasa:

Ashurbanipal (juga diterjemahkan sebagai Banipal, 669 – 627 SM) menakluki Tebe (kota dewa Amon, ibu kota kuno Mesir) pada tahun 662 SM. Penaklukan ini mewakili ekspedisi Asyur yang paling utama dan kuasanya yang paling gemilang. Hegemoni kerajaan Asyur dipertahankan dengan kekuatan, pencegahan, dan penindasan (Banipal sangat kejam. Dia menguliti tawanan hidup-hidup, memaksa anak raja untuk menggantung kepala raja yang masih berdarah pada lehernya, menggantung kepala raja orang Kasdim di udara, mengadakan jamuan makan dan meraikannya. Semua ini merupakan perbuatan-perbuatan kejamnya). Dalam tiga belas tahun terakhir sejarahnya, Asyur telah menunjukkan tanda-tanda krisis dan kejatuhannya. Setelah kematian raja Banipal pada tahun 627 SM, pewarisnya, Ashur-etil-ilani, tidak dapat menangani keadaan negara yang mempunyai masalah dalaman dan luaran. Pada masa itu, orang Babel yang semakin kuat sekali lagi terlibat dalam Perang Kemerdekaan di bawah pimpinan Nabopolassar (626 – 605 SM). Pada bulan Oktober tahun 626 SM, orang Babel mengalahkan orang Asyur di pintu kota Babel dan merebut kuasa kerajaan itu. Walaupun telah melakukan serangan balik berkali-kali, Asyur tetap gagal dan tidak dapat memulihkan keadaannya. Pada masa ini, Asyur diancam oleh orang Skit dari utara yang suka berperang.

 

  1. Kejatuhan ibu kota:

Pada tahun 614 SM, orang Media akhirnya menawan ibu kota kuno kerajaan Asyur – Ashur. Setelah dua tahun pertempuran sengit, Nabopolassar memimpin perikatan antara Babel dengan Media pada tahun 612 SM untuk menyerang kota Niniwe. (Daerah-daerah di sebelah barat dan selatan sungai Tigris diduduki oleh Babel; tanah di sebelah utara dan timur diduduki oleh Media. Kemudian, puteri raja Media berkahwin dengan Nebukadnezar II, putera Nabopolassar lalu kerajaan Babel yang baharu muncul.) Niniwe yang terletak di tebing timur sungai Tigris, dikelilingi oleh kanal besar dan kecil. Tembok kota di sekitarnya setinggi tiga puluh meter, dan lebarnya memuatkan tiga buah kereta. Kota ini merupakan kota terkuat pada masa itu. Pasukan gabungan Media dan Babel tidak dapat menawan kota ini untuk waktu yang lama. Mereka akhirnya menggunakan pintu air Khosr (Khosr river) yang telah ditawan dan meminjam kekuatan air untuk menghancurkan tembok kota Niniwe.

 

  1. Melawan dan menunggu bantuan:

Sisa-sisa Asyur berundur ke arah barat, Haran di bawah pimpinan Ubalit II (Ashur-uballit II). Mereka berharap untuk mendapatkan sokongan Mesir dan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kekuatan mereka. Pada tahun 610 SM, Babel dan sekutunya menawan Haran. Ubalit II, bersama pasukannya yang tersisa, menyeberangi sungai Efrat dan berharap pada Mesir (2 Raj 23:29; 2 Taw 35:20). Pada tahun 609 SM, Babel mengalahkan Nekho, raja Mesir (Yer 46:1-12) dalam Pertempuran Karkemis (Battle of Carchemish), dan memerintah “seluruh negeri Het (Siria, Palestina, hingga perbatasan Mesir)”.

 

C. ISI PENTING

Mengumumkan penghakiman Tuhan terhadap Asyur, menghibur hati Yehuda; kerana TUHAN itu baik.

 

D. ANALISIS AYAT-AYAT

A, Pengumuman tentang Niniwe dihukum (1:1-15)

Nabi Nahum menyatakan sifat Tuhan secara bersilang dengan menggunakan ungkapan puisi akrostik, iaitu menggunakan susunan abjad Ibrani, dengan “penghakiman dosa-dosa Niniwe” sebagai garis bujur dan “perubahan pemandangan semula jadi” sebagai garis lintang. Nabi menjelaskan sifat-sifat kebenaran dan belas kasihan Tuhan yang boleh dibahagikan kepada empat jenis: Tuhan yang cemburu dan pembalas (2); Tuhan yang panjang sabar (3); Tuhan yang berkuasa dan agung (3-6); Tuhan yang boleh dipercayai (7-10).

Nabi menggunakan istilah “Lihatlah!” (15) untuk membangkitkan gelombang harapan dan klimaks informasi semua orang, memberitakan nubuat bahawa musuh akan dilenyapkan, dan menunjukkan bahawa umat dapat sekali lagi merayakan hari raya dan membayar nazar pada waktu itu. Walaupun kecederaan, ancaman, dan penderitaan yang dikenakan oleh Asyur ke atas Yehuda sangat serius, tetapi Tuhan akan melenyapkan orang dursila sehingga mereka mati binasa. Tuhan juga memerintahkan gunung-gunung untuk “membawa berita, mengabarkan berita damai sejahtera”. Dengan “tiga perbuatan” Tuhan (14), umat – tidak akan ada lagi keturunan dengan namanya; iman kepercayaan – patung pahatan dan patung tuangan akan dilenyapkan; kerajaan – hina dan kuburnya disediakan.

 

B, Keadaan Niniwe dihukum (2:1-13)

Nabi Nahum, dengan nada sindiran “tahu bahawa dia tidak dapat melakukannya” (Yes 2:9-11; Mat 12:13-15) menunjukkan kepada Asyur yang sedang berjuang dalam dan luar: “adakan penjagaan di benteng, mengintailah di jalan, ikatlah pinggangmu teguh-teguh, kumpulkanlah segala kekuatan!” Hal ini kerana Tuhan pernah mengosongkannya – “Yakub”. Percubaan penuh semangat untuk pemulihan telah dinyatakan dengan jelas (Niniwe mengalami tiga kali serangan; mula-mula Babel, diikuti Skit, dan yang terakhir Media). Nabi bernubuat bahawa Tuhan akan menunggangbalikkan dan melenyapkan kota Niniwe yang berkubu dengan “pergerakan yang cepat dan kekuatan serangan yang unggul” melalui para pahlawan-Nya, Media. Pada waktu itu, permaisuri (atau tuhan) ditelanjangi, dayang-dayangnya (atau nabiah) mengikuti di belakang, memukul-mukul dan mengerang seperti merpati yang mengaduh, pedangnya diasah dan seluruh tentera sudah sedia untuk bertolak: Perajurit berpakaian kirmizi dengan perisai berwarna merah; kereta yang berkilat-kilat seperti api suluh, dan kuda-kuda penuh gelisah.

Nabi segera berkata: “… Aku (Tuhan) akan menjadi lawanmu (Niniwe),” betapa sedihnya. Asyur pada hari penggulingannya seperti kolam air yang airnya mengalir ke luar. Bahagian bawah kolam air itu penuh dengan perkara-perkara yang memalukan (seperti “pasukan-pasukan istimewa dikerahkan, mereka tersandung jatuh di waktu berjalan maju; mereka lari terburu-buru ke arah tembok kota, … Pintu-pintu di sungai-sungai telah dibuka, dan istana menjadi gempar.”) Asyur, yang terhormat dan berani seperti singa, kini dibakar menjadi asap yang menghilang ke langit dan bumi seiring dengan api peperangan. Semuanya hilang kerana – tentera yang mempertahankan kota melarikan diri dengan tergesa-gesa; kekayaan yang dibangga-banggakan dirampas habis-habisan; hati orang-orang yang hidup selesa menjadi tawar.

 

C, Punca Niniwe dihukum (3:1-19)

Celakalah Niniwe yang mulia! Anda akhirnya akan menuai hasil diri sendiri kerana “siapa kena cubit, dialah yang berasa sakit”. – “Darah mengalir bagai sungai, dan mayat bergelimpangan”, “tidak ada tempat untuk melarikan diri, tidak ada yang dapat menyelamatkan”, dan bangsa-bangsa berbicara tentangnya. Kota ini dulunya melakukan “dusta, perampasan, dan penerkaman” terhadap dunia luar. Namun semua ini kini merebak dan melanda kota sendiri. Dahulunya, “kereta bergerak laju dan tentera maju melangkah”, tetapi kini “tentara lawan telah menghampiri dan tidak dapat dielakkan”. Semua adegan kejam ini adalah kerana mereka “memperdayakan bangsa-bangsa dengan persundalannya dan kaum-kaum dengan sihirnya”.

Adakah keadaan kota dewa Amon (Tebe) lebih buruk daripada kamu (Niniwe) hari ini? Kota dewa Amon memiliki penghalang geografi semula jadi – dikelilingi oleh sungai Nil yang seperti tembok kota dan benteng. Kota dewa Amon juga memiliki rakan-rakan sekutu yang kuat – Sudan, Mesir, orang Put, dan Libya. Namun kota ini masih berakhir tanpa martabat. Diremukkan – memandang ringan “nyawa” bayi-bayi; dibuang undi – memandang hina “jubah” semua orangnya yang dihormati; dibelenggu dengan rantai – memandang rendah kebebasan orang kaya. Oleh itu, Niniwe, yang jumlah penduduknya tumbuh secepat belalang, pasti akan menghadapi pengalaman kehancuran seperti kota dewa Amon sebelumnya, iaitu seperti dimakan belalang atau dihinggapi belalang.

 

E. MESEJ PENTING

A, Kenali sifat-sifat Tuhan:

  1. Tuhan yang cemburu dan pembalas

“TUHAN itu pembalas dan penuh kehangatan amarah. TUHAN itu pembalas kepada para lawan-Nya dan pendendam kepada para musuh-Nya.” (1:2); “Siapakah yang tahan berdiri menghadapi geram-Nya? Dan siapakah yang tahan tegak terhadap murka-Nya yang bernyala-nyala? Kehangatan amarah-Nya tercurah seperti api, dan gunung-gunung batu menjadi roboh di hadapan-Nya.” (1:6).

 

  1. Tuhan yang panjang sabar

“TUHAN itu panjang sabar dan besar kuasa, tetapi Ia tidak sekali-kali membebaskan dari hukuman orang yang bersalah.” (1:3).

 

  1. Tuhan ialah tempat perkongsian

“TUHAN itu baik, Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan, Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepada-Nya” (1:7); “Sekarang, Aku akan mematahkan gandarnya yang memberati engkau, dan akan memutuskan belenggu-belenggu yang mengikat engkau.” (1:13).

 

  1. Tuhan yang melaksanakan perintah-Nya

“dan menyeberangkan mereka pada waktu banjir. Ia menghabisi sama sekali orang-orang yang bangkit melawan Dia,” (1:8); “Ia akan menghabisi sama sekali;” (1:9); “Terhadap engkau, inilah perintah TUHAN: “Tidak akan ada lagi keturunan dengan namamu. Dari rumah allahmu Aku akan melenyapkan patung pahatan dan patung tuangan; kuburmu akan Kusediakan, sebab engkau hina.”” (1:14).

 

  1. Tuhan yang berkuasa

“Sungguh, TUHAN memulihkan kebanggaan Yakub, seperti kebanggaan Israel;” (2:2); “Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, … Aku akan membakar keretamu menjadi asap, dan pedang akan memakan habis singa mudamu; Aku akan melenyapkan mangsamu dari atas bumi, dan suara utusan-utusanmu tidak akan terdengar lagi.” (2:13).

 

  1. Tuhan yang disegani

“Ia berjalan dalam puting beliung dan badai, dan awan adalah debu kaki-Nya.” (1:3); “Ia menghardik laut dan mengeringkannya, dan segala sungai dijadikan-Nya kering. Basan dan Karmel menjadi merana dan kembang Libanon menjadi layu.” (1:4); “Gunung-gunung gemetar terhadap Dia, dan bukit-bukit mencair.” (1:5).

 

Dua, sikap yang seharusnya ada terhadap Tuhan yang benar

  1. Dapatkah rancangan manusia menentang Tuhan yang benar?

“Apakah maksudmu menentang TUHAN? Ia akan menghabisi sama sekali; …” (1:9); “Bukankah dari padamu muncul orang yang merancang kejahatan terhadap TUHAN, orang yang memberi nasihat dursila? Beginilah firman TUHAN: “Sekalipun mereka utuh dan begitu banyak jumlahnya, tetapi mereka akan hilang terbabat dan mati binasa; …”” (1:11-12).

 

  1. Dapatkah manusia tahan berdiri menghadapi amarah Tuhan?

“Pasukan-pasukan istimewa dikerahkan, mereka tersandung jatuh di waktu berjalan maju; mereka lari terburu-buru ke arah tembok kota, sedang alat pendobrak sudah ditegakkan. Pintu-pintu di sungai-sungai telah dibuka, dan istana menjadi gempar. Permaisuri dibawa ke luar dan ditelanjangi dan dayang-dayangnya mengerang, mengaduh seperti suara merpati sambil memukul-mukul dada.” (2:5-7).

 

  1. Apa yang dapat dilakukan oleh manusia jika Tuhan tidak menghendakinya?

“Niniwe sendiri seperti kolam air yang airnya mengalir ke luar. “Berhenti! Berhenti!” teriak orang, tetapi tidak ada yang berpaling.” (2:8); “Di mana gerangan persembunyian singa dan gua singa-singa muda, tempat singa pulang pergi, tempat anak singa, di mana tidak ada yang mengganggunya?” (2:11)

 

  1. Tuhan melihat, bagaimana manusia dapat bebas daripada pembalasan?

“Aku akan mengangkat ujung kainmu sampai ke mukamu dan akan memperlihatkan auratmu kepada bangsa-bangsa dan kemaluanmu kepada kerajaan-kerajaan. Aku akan melemparkan barang keji ke atasmu, akan menghina engkau dan akan membuat engkau menjadi tontonan.” (3:5-6).

 

C, Arah pembangunan rohani peribadi

  1. Jadi pembawa beritapada bila-bila masa dengan iman

“Ucapan ilahi tentang Niniwe.” (1:1); “Lihatlah! Di atas gunung-gunung berjalan orang yang membawa berita, yang mengabarkan berita damai sejahtera. Rayakanlah hari rayamu, hai Yehuda, bayarlah nazarmu! Sebab tidak akan datang lagi orang dursila menyerang engkau; ia telah dilenyapkan sama sekali!” (1:15).

 

  1. Menguduskan diri dan menjauhi percabulan di mana-manasahaja

“Celakalah kota penumpah darah itu! Seluruhnya dusta belaka, penuh dengan perampasan, dan tidak henti-hentinya penerkaman! Dengar, lecut cambuk dan derak-derik roda! Dengar, kuda lari menderap, dan kereta meloncat-loncat! Pasukan berkuda menyerang, pedang bernyala-nyala dan tombak berkilat-kilat! Banyak yang mati terbunuh dan bangkai bertimbun-timbun! Tidak habis-habisnya mayat-mayat, orang tersandung jatuh pada mayat-mayat! Semuanya karena banyaknya persundalan si perempuan sundal, yang cantik parasnya dan ahli dalam sihir, yang memperdayakan bangsa-bangsa dengan persundalannya dan kaum-kaum dengan sihirnya.” (3:1-4).

 

  1. Melayani secarakhusus dan mendapat kekuatan dengan bersandarkan Tuhan di mana-mana saja

“Sekalipun para penjagamu seperti belalang pindahan dan para pegawaimu seperti kawanan belalang, yang hinggap pada tembok-tembok pada waktu dingin, namun jika matahari terbit, mereka lari menghilang, tidak ketahuan tempatnya. Celaka! Alangkah terlelapnya para gembalamu, hai raja negeri Asyur! Para pemukamu tertidur, laskarmu berserak-serak di gunung-gunung, dan tidak ada yang mengumpulkan.” (3:17-18).

 

F. SOALAN PERBINCANGAN

  1. Apakah jenis refleksi yang ditimbulkan oleh kekalahan pantas kerajaan Asyur?
  2. Apakah sifat-sifat yang ada pada Tuhan berdasarkan nubuatTuhan tentang Niniwe?
  3. Ketika orang fasik bermaharajaleladan berbangga-bangga, bagaimana orang benar yang takut akan Tuhan berurusan dengan diri mereka sendiri?
  4. Siapa yang bertanggungjawab  dalam arus sejarahatas penggulingan Etiopia, Mesir, Put, orang-orang Libia dan Asyur?