KITAB ZEFANYA

KITAB ZEFANYA

(Pendeta Lin Zhang Wei)

 

Dari sekitar tahun 640 hingga 610 SM, Kerajaan Yehuda di selatan diperintah oleh raja Yosia. Dia berhadapan dengan hasil perbuatan datuknya, Manasye semasa Manasye memerintah. Manasye sujud menyembah kepada berhala dan membangun mezbah-mezbah untuk Baal. Selain itu, dia mempersembahkan anaknya sebagai korban dalam api, melakukan ramal dan telaah, dan menghubungi para pemanggil arwah dan para pemanggil roh peramal. Dia melakukan banyak yang jahat di mata Tuhan, sehingga dia menimbulkan sakit hati-Nya (2 Raj 21:2-6). Umat menjauhi Tuhan di bawah pengaruh raja Manasye. Mereka melakukan yang jahat lebih daripada bangsa-bangsa yang telah dipunahkan Tuhan dari hadapan orang Israel. Kemudian berfirmanlah Tuhan dengan perantaraan para hamba-Nya, yakni para nabi: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan malapetaka atas Yerusalem dan Yehuda, sehingga setiap orang yang mendengarnya akan bising kedua telinganya. Dan Aku akan merentangkan atas Yerusalem tali pengukur sama seperti atas Samaria dan tali unting-unting sama seperti atas keluarga Ahab; dan Aku akan menghapuskan Yerusalem seperti orang menghapus pinggan, yakni habis dihapus, dibalikkan pula menungging.” (2 Raj 21:10-13). Amon, anak Manasye dibunuh dua tahun selepas dia naik takhta (2 Raj 21:19-23). ​​Setelah kematian Amon, Yosia, yang baru berusia lapan tahun, naik takhta menjadi raja. Lapan belas tahun selepas dia menjadi raja, pada usia 26 tahun, dia memperbaiki Bait Suci Tuhan yang rosak dan memperoleh kitab Taurat Tuhan di Bait Suci. Jadi dia belajar dengan tekun dan memerintahkan rakyat di seluruh negeri untuk membuat perjanjian di hadapan Tuhan. Dia mahu rakyat hidup dengan mengikuti Tuhan, dan tetap menuruti perintah-perintah-Nya, peraturan-peraturan-Nya dan ketetapan-ketetapan-Nya dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa (2 Raj 22:1-13). Maka Tuhan berfirman kepada raja Yosia bahawa malapetaka yang akan didatangkan ke atas Yerusalem tidak akan menimpa selama pemerintahannya sehinggalah Yosia dikebumikan ke dalam kuburnya dengan damai (2 Raj 22:16-20). Ketika raja Yosia berdedikasi untuk memulihkan iman kepercayaan umat agar mereka kembali kepada Tuhan benar yang di syurga, Tuhan juga secara khusus mengutus nabi Zefanya untuk berbicara dan bernubuat (Zef 1:1) bagi membantu kerja pemulihan raja Yosia. Nama “Zefanya” bermaksud “disembunyikan oleh Tuhan”. Nabi dan raja Yosia merupakan keturunan generasi keempat dari raja Hizkia. Sebagai keturunan bangsawan, nabi cukup jelas dengan orang-orang dan peristiwa-peristiwa dalam istana serta keadaan politik dan agama negara itu. Dia mempunyai akses mudah ke istana untuk mempromosikan pembaharuan. Mesej yang diumumkan oleh nabi adalah seperti berikut:

 

A. HARI TUHAN (FASAL 1)

Nabi Zefanya menggunakan “hari TUHAN” untuk menggambarkan hari murka dan penghakiman Tuhan, iaitu masa bagi Tuhan mendatangkan malapetaka dan hukuman.

 

A, Hari TUHAN dan seluruh bumi (Zef 1:2-3)

Apabila hari penghakiman datang, setiap orang yang melakukan kejahatan akan dilenyapkan tanpa mengira bangsa atau kewarganegaraannya. Bahkan bangsa-bangsa di bumi (burung-burung, haiwan, ikan-ikan, udang-udang, binatang-binatang laut…) tidak akan terhindar. Keadaan ini adalah sama seperti zaman Nuh, iaitu semua manusia dilenyapkan (Kej 6:7). Dalam dunia masa depan, unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api, dan bumi dan segala yang ada di atasnya akan hilang lenyap (2 Ptr 3:10-12)

 

B, Hari TUHAN dan Kerajaan Yehuda (Zef 1:4-13)

  1. Tuhan akan mengacungkan tangan-Nya terhadap orang Yehuda yangmenyembah berhala (4,5)

Pada masa itu, mereka menyembah Baal (dewa), Asytoret (dewi), tentera langit (pemujaan agama orang Asyur), dan Dewa Milkom (dewa orang Amon). Jika pemercaya hari ini mendewakan kekuatannya sendiri (Hab 1:11), Tuhan mereka ialah perut mereka (Flp 3:18-19), dan menggantikan Tuhan dengan manusia yang fana (gerakan penciptaan Tuhan) (Rm 1:23), mereka akan diserang oleh murka Tuhan.

 

  1. Tuhan akan menghukum merekayang berbalik daripada Tuhan (6)

Prestasi umat Israel di padang gurun (1 Kor 10:5-11) memberitahu kita bahawa orang yang tidak mendengar panggilan dan ajaran Tuhan yang pengasih dalam perjalanan yang dilakukan (Ibr 3:7-12), mengikuti jalan sendiri sehingga mendapat barah iman – keras hati pasti akan ditinggalkan oleh Tuhan pada akhirnya.

 

  1. Tuhan akanmenghukum para pemuka, para anak-anak raja (8a)

Pemimpin agama dan pentadbiran harus mempunyai tanggungjawab membimbing, dan memimpin melalui teladan agar umat kembali kepada Tuhan. Walau bagaimanapun, mereka menginginkan keselesaan fizikal dan menjalani kehidupan yang bobrok dengan keruntuhan moral (Zef 3:2-3). Jika pemimpin-pemimpin tidak mengajar umat yang berbuat dosa bodoh dengan penuh tanggungjawab dan mempertahankan umat, mereka pasti tidak terhindar daripada hukuman Tuhan (Hos 4:6-10; Yeh 22:23-31, 34:1-10).

 

  1. Tuhan akan menghukum semua orang yang memakai pakaian asing (8b)

Pakaian merupakan identiti seseorang (pakaian seragam syarikat, polis, peguam, pelajar…) yang mewakili kehormatan institusi itu. Pakaian juga boleh merujuk kepada tingkah laku dalam hidup. Umat pilihan mempunyai status yang terhormat (1 Ptr 2:9). Mereka harus menjalani kehidupan yang dikuduskan (2 Kor 6:14 – 7:1), tidak diasimilasikan oleh trend dunia (Rm 12:1-2) dan tidak seperti kerbau dicucuk hidung agar tidak kehilangan anugerah Tuhan (Ibr 2:1-3).

 

  1. Tuhan akan menghukum semua orang yang melompatiambang pintu (9a)

Melompati ambang pintu merupakan sejenis tingkah laku kepercayaan tahyul bangsa asing (1 Sam 5:1-5), iaitu sejenis penyembahan dan penghormatan kepada berhala. Hari ini, kita telah dilepaskan daripada belenggu Iblis (Kol 1:13), bagaimana kita boleh mempelajari adat-adat bangsa lain (Gal 4:8-11) dan mematuhi peraturan dunia? (Kol 2:8,20-23)

 

  1. Tuhan akanmenghukum orang yang melakukan kekerasan dan penipuan (9b-11)

“Pintu Gerbang Ikan” ialah pintu masuk utara bagi kota Yerusalem. Berdekatan dengan Pintu Gerbang Ikan ialah pasar ikan. Pedagang yang khianat mendapat untung yang memalukan dengan menggunakan dua macam batu timbangan khianat (Ams 11:1, 20:10), menjual sifat kebaikan manusia untuk keuntungan, dan melakukan keganasan tanpa belas kasihan (Am 2:6-8). Perbuatan-perbuatan ini akan mendatangkan musibah.

 

  1. Tuhan akan menghukum orang-orang yang telah mengental seperti anggur di atas endapannya(12)

“Mengental seperti anggur di atas endapannya” juga diterjemahkan sebagai “dituangkan dalam hampas anggur”, yang bermaksud menuruti keinginan daging dan menikmati kesenangan daripada dosa. Oleh itu, orang yang tidak tahu berterima kasih dan memandang ringan iman kepercayaan (Am 6:1-6) adalah seperti Esau yang memandang enteng hak kesulungan dan merupakan wakil orang duniawi (Ibr 12:16-17).

 

  1. Tuhan akan menghukum orang yang berdosa kepada Tuhan(17)

“Berdosa” juga diterjemahkan sebagai “tidak menghormati atau tidak menjalankan kebenaran”. Sekiranya firman Tuhan tidak ada dalam hati seseorang, dia akan bertindak sewenang-wenangnya dan tidak menghormati Tuhan. Tindakan itu sama seperti keluarga Eli (1 Sam 2:25-29) yang dihukum berat oleh Tuhan. Orang yang tidak peduli dengan kebenaran juga tidak terhindar daripada hukuman walaupun dia merupakan imam Tuhan (hamba, Kristian, dan anak-anak Tuhan), sama seperti dua orang anak Harun (Im 10:1-7) dan Uza yang mengulurkan tangannya kepada tabut Tuhan (2 Sam 6:6-8).

 

C, Gambaran mengenai hari TUHAN (Zef 1:14-18)

Nabi Zefanya menunjukkan betapa ngerinya hari TUHAN dengan menggunakan fenomena alam semula jadi. Hari itu sudah dekat dan datang dengan cepat sekali. Pahlawan akan menangis, perak atan emas mereka akan menjadi sampah, dan kota-kota yang berkubu akan menjadi debu dan tahi. Kemusnahan total ini amat mengerikan.

 

B. NASIHAT SUPAYA BERTAUBAT DAN AMARAN KEPADA BANGSA-BANGSA (FASAL 2)

A, Menasihati orang supaya bertaubat (Zef 2:1-3)

Nabi mengatakan bahawa hari TUHAN ialah hari kegemasan, hari kesusahan dan kesulitan, hari kemusnahan dan pemusnahan, hari kegelapan dan kesuraman, hari berawan dan kelam, hari peniupan sangkakala dan pekiki tempur (1:15-16a). Setelah itu, dia berseru kepada semua orang supaya bertaubat. Jika seseorang benar-benar bertaubat dengan hati yang patah dan remuk, Tuhan pasti tidak memandang hina (Mzm 51:19). Pada hari kemarahan Tuhan, dia akan mendapat Zefanya (disembunyikan oleh Tuhan) yang merangkumi tiga aspek:

  1. Mencari Tuhan- iaitu mencari kebenaran Tuhan. Kita akan memiliki hidup yang kekal dalam hidup kita jika kita bertindak sesuai dengan perintah-Nya.
  2. Mencari keadilan -iaitu mendapatkan kembali imej kemuliaan Tuhan, memiliki sifat integriti dalaman supaya sifat kemuliaan manusia dipulihkan kembali.
  3. Mencari kerendahan hati (juga diterjemahkan sebagai yang miskin di hadapan Tuhan) – merujuk kepada bersandarkanTuhan dengan sepenuh hati dan memberikan segala kemuliaan kepada Tuhan supaya Kerajaan Syurga menjadi empunya mereka (Mat 5:3).

 

B, Amaran kepada bangsa-bangsa di sekitar Yehuda (Zef 2:4-15)

Negara-negara ini menganiaya umat pilihan Tuhan. Walaupun umat pilihan telah tersimpang dan dihukum oleh Tuhan, namun Tuhan sangat mengasihi mereka dan berkata bahawa orang Israel adalah seperti biji mata-Nya (Za 2:8). Sesiapa yang menindas umat Israel, Tuhan tidak akan membiarkannya. Di samping itu, Tuhanlah yang menghukum umat-Nya, manakala bangsa-bangsa asing hanyalah alat yang digunakan oleh Tuhan. Namun bangsa-bangsa asing ini membesarkan diri, congkak dan tidak ada Tuhan di mata mereka (Zef 2:8,10,15; Hab 2:1-4). Maka Tuhan menubuatkan penghakiman.

  1. Tanah Filistin di barat (4-7) – empat buah kota Filistiniaitu Gaza, Askelon, Asdod dan Ekron digunakan untuk melambangkan kemusnahan seluruh negara.
  2. Moab dan Amon di timur (8-11) – oleh sebab penganiayaanmereka terhadap umat pilihan kerana congkak, mereka akan menjadi tempat sunyi sepi sampai selama-lamanya seperti Sodom dan Gomora.
  3. Etiopia di selatan(12) – merujuk kepada Mesir.
  4. Asyur di utara (13-15) – membesarkan diri, sering berkata:“Hanya ada aku dan tidak ada yang lain!” Mereka menganggap bahawa merekalah yang paling Mereka pasti akan dibinasakan pada hari TUHAN.

 

C. DOSA DAN BENCANA YERUSALEM, DAN PENYELAMATAN TUHAN TERHADAP YERUSALEM PADA MASA DEPAN (FASAL 3)

A, Yerusalem dan segala bangsa (Zef 3:1:8)

Dalam panggilan Tuhan, nabi Zefanya sekali lagi menceritakan nubuat tentang Yerusalem dan segala bangsa.

  1. Masalah Yerusalem (1-5)

Para pemuka dan hakim adalah seperti singa yang mengaum dan serigala pada waktu malam. Mereka tidak bermoral dan melakukan kekerasan. Para pemimpin agama iaitu nabi mengkhianat dan memutarbelitkan Alkitab. Tuhan mereka ialah Tuhan dan Hakim yang paling adil, tetapi mereka pula merupakan orang yang paling tidak adil dan benar-benar celaka. Seperti yang dinyatakan dalam Alkitab: “rasa takut kepada Allah tidak ada pada orang itu.” (Rm 3:10-18).

 

  1. Masalah bangsa-bangsa (6-8)

Bangsa-bangsa tidak tahu bertaubat dan menerima perintah Tuhan. Seperti orang Israel, mereka “makin giat menjadikan busuk perbuatan mereka.”. Oleh itu, Tuhan yang benar pasti akan murka dan seluruh bumi akan dimakan habis oleh api cemburu-Nya pada hari Tuhan bangkit sebagai saksi.

 

B, Janji tentang pemulihan dan penyelamatan umat Israel (Zef 3:9-20)

Sama seperti kitab nabi-nabi yang lain, kitab nabi Zefanya diakhiri dengan pesanan tentang pemulihan dan penyelamatan Tuhan. Tuhan menyalahkan dosa dan kejahatan umat-Nya bukan dengan tujuan untuk memusnahkan mereka. Tuhan menghukum umat pilihan dengan tujuan supaya umat bertaubat dan berbalik kepada Tuhan yang benar. Tuhan menguji umat dengan cara ini kerana Tuhan mengasihi mereka. Dia mahu mereka bertaubat dan memperbetul arah kehidupan mereka agar mereka diberkati dan menikmati kehidupan yang penuh sukacita.

  1. Bagi orangyang bertaubat dengan tulus, Tuhan berjanji untuk menolong mereka dan tidak akan berkira dengan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sebelum itu (9-13)

Sekiranya umat berbalik kepada Tuhan dengan tulus, mereka tidak seharusnya hanya sekadar berkata-kata, tetapi harus mengambil tindakan praktikal yang sesuai dengan taubat mereka. Tuhan berjanji untuk menolong sisa umat-Nya, iaitu “umat yang rendah hati dan lemah” (3:12), yang juga diterjemahkan sebagai “umat yang rendah hati dan miskin di hadapan Tuhan”. Dia tidak lagi memperingati dosa mereka (Yoh 1:29), sebaliknya memberikan kehidupan yang aman dan tenteram.

 

  1. Umat pilihanboleh bertempik-sorak dan beria-ria, dan sukacita yang tidak terhingga mengalir dari lubuk hati mereka (14-16)

Tuhan setia dengan tiada kecurangan. Dia pasti akan memenuhi rancangan pemulihan-Nya. Jadi jangan takut, berpegang teguhlah pada iman kepercayaan, dan jangan biarkan tangan menjadi lemah sehingga menyebabkan kita kehilangan iman dalam persekitaran buruk yang sedia ada.

 

  1. Fakta yang ingin dicapai oleh Tuhan bagi umat pilihan (17-20)
    1. Tuhan akan menyertainya: sepertikasih yang dibungkusi jubah keadilan – Ia membaharui engkau dalam kasih-Nya.
    2. Umat pilihan akanmenjadi terpandang dan dihormati di seluruh bumi. Tuhan memutarbalikkan sejarah umat pilihan. Hal ini kerana umat pilihan telah dipandang hina dan dianiaya sepanjang zaman.
    3. Umat pilihandapat tinggal tetap dan berbahagia, kembali ke dalam pelukan Tuhan, dan menikmati kebahagiaan pisang masak separak.

 

Umat pilihan merupakan harta pusaka Tuhan. Tuhan memperlakukan mereka seperti ayah yang pengasih dengan harapan mereka akan menjadi dewasa dan matang. Taktik yang diperlukan ialah latihan dan ajaran. Tuhan juga menyembunyikan kasih dalam keadilan, dan kelemah-lembutan dalam nasihat yang tegas. Tindakan ini sama seperti Dia menyembunyikan nabi Zefanya dalam kerajaan Yosia untuk menolong raja muda yang mempunyai hati untuk memimpin umat kembali kepada kasih karunia Tuhan ini tepat pada waktunya. Tuhan ada hari kegemasan (1:14-16), tetapi masih membaharui umat dalam kasih-Nya (3:17). Kita hanya perlu kembali kepada Tuhan dan kita akan dapat mengasyikkan diri dalam kasih Tuhan tanpa perlu mengatakan apa-apa. Indah sekali!