KONSEP PENGURUSAN KEWANGAN UMAT KRISTIAN
PENGENALAN
Pengurusan kewangan ialah topik yang sangat relevan dengan kehidupan dunia. Sama ada anda seorang Kristian atau tidak, atau mempunyai mana-mana identiti lain, semua orang nampaknya mempunyai hubungan dengan topik ini pada tahap yang tertentu. Daripada pepatah Cina yang menyatakan bahawa “manusia mati untuk wang, burung mati untuk makanan”, kita boleh bayangkan kepentingan pengurusan kewangan kepada dunia.
Bukan senang untuk bercakap tentang pengurusan kewangan. Dari segi kehidupan harian, pengurusan kewangan sekurang-kurangnya boleh meliputi perkara-perkara berikut:
1. Idea
Menerokai kegunaan wang dan konsep wang.
2. Konsep
Membincangkan pengaruh kadar faedah, kadar pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, kadar pengangguran dan lain-lain ke atas pengurusan kewangan. Rancangan pengurusan kewangan yang berbeza juga diperlukan bagi umur yang berbeza. Peruntukan aset juga merupakan tema penting yang tidak boleh diabaikan.
3. Penjimatan
Boleh membincangkan rancangan belanjawan, simpanan, strategi perbelanjaan dan cara penjimatan cukai, dan sebagainya. Bahagian ini akan menjadi fokus utama artikel ini.
4. Membuka peluang pendapatan
Sebenarnya, bahagian ini adalah yang paling rumit dan paling sukar untuk difahami, tetapi juga bahagian yang paling menarik. Sebagai contoh, saham, bon, unit amanah (fund), kontrak hadapan (futures contract), hartanah, main kutu (rotating savings), pelaburan luar negara, sijil keahlian, karya seni, dan lain-lain mempunyai rahsia pelaburan unik masing-masing.
5. Memberikan persembahan
Mengkaji tema seperti persembahan wang, persembahan fizikal, persembahan masa, persembahan bakat dan lain-lain lagi.
6. Pembiayaan
Mengkaji sektor kewangan, institusi-institusi kewangan dan pinjaman swasta, juga boleh membincangkan “Adakah meminjam wang merupakan tingkah laku yang mulia?”
7. Insurans
Mengkaji insurans peribadi, insurans hayat, insurans kesihatan, insurans kereta, insurans kebakaran, dan sebagainya.
8. Ibu bapa-anak
Boleh mengkaji pengaruh utama kepada golongan muda pada zaman semasa. Apa yang golongan muda mahukan? Konsep mencari wang anak muda generasi-e, pertikaian biasa tentang pengurusan kewangan antara ibu bapa dengan anak, kaedah pendidikan ibu bapa terhadap anak, cara membina konsep pengurusan kewangan yang betul bagi anak-anak, dan sebagainya.
B. MENGAPA PERLU MENGURUSKAN KEWANGAN?
1. Rancangan pengurusan diperlukan di mana-mana
Bagi syarikat, pengurusan diperlukan di mana-mana sahaja dan sentiasa diperlukan tidak kira dalam pengeluaran, jualan mahupun perkhidmatan selepas jualan. Bagi individu, pengurusan yang bersesuaian juga diperlukan tanpa mengira kategori kehidupan seperti pekerjaan, imbuhan mahupun kekayaan. Pengurusan boleh menjadi mudah dan fleksibel, tetapi tidak boleh tidak ada.
2. Beban masa hadapan, sediakan payung sebelum hujan
Berdasarkan persekitaran ekonomi dan beberapa trend global, kita atau keturunan kita akan menghadapi kesukaran-kesukaran berikut:
- Pengangguran pertengahan baya menjadi semakin ketara
Menurut maklumat daripada “Tinjauan mengenai kesediaan syarikat mengupah pekerja kolar putih pertengahan baya tahun 2005” di Taiwan, lebih daripada 70% syarikat mempunyai pekerja di bawah umur 35 tahun dan tidak bersedia untuk mengambil pekerja yang berumur lebih daripada 40 tahun.
- Tekanan penjagaan warga emas semakin berat
Kadar penuaan di Taiwan sudah menjadi yang tertinggi di dunia. Menurut tinjauan, satu pertiga daripada warga emas di Taiwan sering mengalami penyakit kronik dalam kehidupan harian mereka. Antanya termasuk tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan sebagainya. Penjagaan warga emas telah menjadi satu projek yang amat diperlukan dari segi ekonomi.
- Jurang antara yang kaya dengan yang miskin semakin besar
Pasaran pekerjaan hari ini bukan sahaja menunjukkan paradoks pendidikan tinggi, jawatan rendah dan gaji rendah, malah profesion doktor yang sangat dihormati juga terpaksa turun ke jalanan untuk tunjuk perasaan demi pekerjaan. Menurut statistik, terdapat lebih daripada 80% isi rumah di Taiwan dengan pendapatan isi rumah yang merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “Laporan Tahunan Daya Saing Dunia” (World Competitiveness Yearbook) tahun 2002 oleh IMD di Lausanne, Switzerland mendapati bahawa orang Taiwan bekerja sebanyak 2,282 jam setahun, menduduki tempat pertama di dunia, tetapi prestasi ekonomi Taiwan adalah yang kesepuluh dari bawah dan pada kedudukan ke-40. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendapatan warganegara Taiwan bukan sahaja gagal berkembang, malah telah merosot beberapa kali. Pelbagai data menunjukkan bahawa kebanyakan mereka menggunakan lebih banyak masa dan tenaga fizikal berbanding sebelum ini untuk mendapatkan keperluan hidup.
- Ciri-ciri ekonomi pengetahuan
Dalam abad yang mengejar ciri-ciri ekonomi pengetahuan seperti inovasi sistematik, integrasi rangkaian, pemasaran global dan sebagainya, peluang pekerjaan tidak semestinya meningkat seiring dengan pemulihan ekonomi (jobless recovery).
C. TUJUAN PENGURUSAN KEWANGAN
Apakah tujuan pengurusan kewangan? Sesetengah orang secara langsung akan berkata: “Menguntungkan wang!”, “Menjadi kaya!”, tetapi apakah tujuan menjadi kaya? Maksudnya, apabila kita menghabiskan fikiran kita untuk perihal pengurusan kewangan, kita harus memahami tujuannya supaya kita tidak mengalami situasi “segala sesuatu adalah kesia-siaan” dan “usaha menjaring angin” seperti yang dikatakan oleh raja Salomo. Dikatakan juga bahawa tujuan pengurusan kewangan adalah untuk mencapai impian. Jadi apakah impian kita? Apakah matlamat kita? Dengan kata lain, apakah tujuan pengurusan kewangan? Bagi seorang Kristian, memikirkan isu sebegini adalah lebih bermakna.
1. Mendapatkan jaminan hidup
Pengangguran pertengahan baya menjadi semakin ketara seiring dengan evolusi keadaan sosio-ekonomi. Tambahan pula, kadar penuaan penduduk di Taiwan yang cepat telah menduduki tangga nombor satu di dunia dan tekanan penjagaan warga emas juga semakin berat. Kehidupan harian ramai warga emas juga terkesan dengan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, atau kanser dan sebagainya. Semua ini menyebabkan cara untuk mendapatkan jaminan dan maruah hidup yang minimum menjadi matlamat yang paling penting dalam aspek pengurusan kewangan sepanjang hayat.
2. Meningkatkan taraf hidup
Kita memerlukan wang untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian. Jadi tujuan pengurusan kewangan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, tetapi juga untuk meningkatkan secara beransur-ansur taraf hidup seiring dengan pertambahan umur dan kemajuan sosial, seperti menukar rumah, menukar kereta, melancong, pendidikan, membeli hartanah, bersedia untuk persaraan, dan sebagainya.
3. Mengukuhkan pemeliharaan dan pertambahan nilai
Pertumbuhan ekonomi sentiasa diiringi dengan inflasi yang berbeza-beza tahap sehingga mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang. Kuasa membeli bagi jumlah wang yang sama akan berkurangan selepas beberapa tahun, dan barang-barang yang dapat dibeli menjadi semakin berkurangan. Hal ini seolah-olah mengenakan hukuman kepada penyimpan. Tetapi apabila produk pengurusan kewangan menjadi lebih banyak, kita boleh menukar wang kita ke dalam bentuk yang lain untuk memelihara atau meningkatkan nilainya. Contoh-contohnya adalah seperti bon negara, pelbagai amanah saham, saham berkualiti tinggi, produk insurans, emas, pertukaran asing, dan lain-lain lagi.
4. Menjaga kualiti iman kepercayaan
Perkara ini sangat penting bagi orang Kristian. Saya percaya bahawa ramai saudara dan saudari dalam Tuhan sering menghadapi masalah ini, iaitu sesetengah seiman meletakkan tekanan jualan langsung, pengedaran, atau insurans dan produk-produk lain ke atas saudara dan saudari lain kerana keperluan kewangan atau tekanan. Apabila bertemu dan berbual, topik yang dibualkan selalu secara sedar atau tidak sedar dialihkan kepada topik yang berkaitan dengan perniagaan. Fenomena ini berulang kali dapat dilihat seperti edaran dunia disebabkan persefahaman atau tolak ansur sesama seiman. Hal ini bukan sahaja menyebabkan hubungan sesama seiman menghadapi krisis berbuat muka, tetapi juga secara tidak langsung menjejaskan kualiti iman kepercayaan diri sendiri dan orang lain (terutamanya pencari Injil dan pemercaya baharu).
D. PANDANGAN KRISTIAN TENTANG KEKAYAAN
1. Nilai hidup tiada tandingan
Bagi orang Kristian, kedua-dua badan duniawi dan roh jiwa yang kekal yang dicipta oleh Tuhan adalah amat berharga. Badan duniawi diharapkan dapat menjadi bait Tuhan. Jika ada orang yang membinasakan bait ini, maka Tuhan akan membinasakan dia (1 Kor 3:16-17). Bagi roh jiwa pula, Tuhan Yesus menjelaskan bahawa memperoleh seluruh dunia tidak mencukupi untuk membayar satu roh jiwa (Mat 16:26). Penjelasan ini membolehkan kita memahami kepentingan roh jiwa. Jika kita mengira hadiah yang disediakan oleh Naaman untuk diberikan kepada nabi Elisa kerana menyembuhkannya, dan kemudian mengira dengan tenang “kos peluang” dalam ekonomi di sebalik menguntungkan wang, kita boleh lebih menghargai prinsip nilai hidup yang tiada tandingan.
2. Rajin dalam pengurusan dengan cara yang baik
Terdapat banyak teladan baik dalam Alkitab. Tidak kira zaman Perjanjian Lama atau zaman Perjanjian Baru, Alkitab penuh dengan contoh-contoh orang yang rajin bekerja yang dipilih oleh Tuhan, seperti Saul, Daud, Elisa, para rasul dan lain-lain lagi. Hal ini memberitahu kita bahawa sikap pengurusan yang rajin adalah berkenan kepada Tuhan dan diiktiraf oleh Tuhan. Jadi kita harus “sungguh-sungguh berusaha melakukan pekerjaan yang baik” (Tit 3:8).
3. Berasa cukup asalkan ada makanan dan pakaian (Luk 3:14; Ibr 13:5)
Paulus berkata: “Aku sangat bersukacita dalam Tuhan, … Kukatakan ini bukanlah karena kekurangan, sebab aku telah belajar mencukupkan diri dalam segala keadaan.” (Flp 4:10-11). Jika dibandingkan dengan Paulus yang dapat melihat jelas nikmat kebendaan dan bersedia untuk menghadapi pelbagai peperangan dalam kerja penginjilan, terdapat begitu banyak contoh dalam Alkitab yang menjelaskan “akar segala kejahatan ialah cinta uang” (1 Tim 6:10). Kita juga amat jelas tentang mereka. Sebagai contoh, Akhan dijatuhi hukuman mati setelah mengambil barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan, emas dan perak (Yos 6:18,19, 7:20,21), Gehazi mendapat penyakit kusta setelah menerima pemberian Naaman (2 Raj 5:20-27), Ananias dan isterinya mati setelah mereka menahan sebahagian daripada hasil penjualan tanahnya (Kis 5:1-5), Yudas mati dengan tragis setelah menyerahkan Tuhan untuk wang tiga puluh perak (Mat 27:1-5), dan lain-lain lagi. Sebagaimana Perjanjian Lama, sedemikianlah Perjanjian Baru, dan masyarakat sekarang juga sama. Maka memang sepatutnya kita berwaspada.
4. Persembahkan dengan rela hati dan menerima berkat yang tidak terhingga
Ketika nabi Elia datang ke rumah janda di Sarfat seperti yang diperintahkan oleh Tuhan, janda itu masih dalam kerunsingan tentang hanya sedikit minyak dalam buli-buli, segenggam tepung dalam tempayan, dan menunggu mati selepas makan. Tanpa disangka-sangka nabi Elia berkata: “… tetapi buatlah lebih dahulu bagiku sepotong roti bundar kecil dari padanya, dan bawalah kepadaku, kemudian barulah kaubuat bagimu dan bagi anakmu.” (1 Raj 17:13). Janda itu benar-benar berbuat seperti yang diperintahkan. Hasilnya, Tuhan memberkati mereka dan membiarkan mereka terselamat daripada musim kemarau. Kesaksian seperti ini membolehkan kita yakin dengan janji bahawa orang yang memberikan persembahan dengan rela hati akan menerima berkat yang tidak terhingga.
KESIMPULAN
Pepatah Cina ada menyatakan: “anda tidak menguruskan kewangan, wang tidak mempedulikan anda”. Ada juga pepatah yang berbunyi “anjing diberi makan nasi, bilakah kenyang?” Adalah diharapkan penulis dapat menyampaikan beberapa maklumat tentang pengurusan kewangan asas yang cukup untuk saling mendorong melalui ruangan yang terhad di atas. Semoga Tuhan melindungi dan memberkati kita supaya kita benar-benar dapat menikmati penerbangan yang bebas seperti “burung-burung di langit” serta keindahan dan keharuman seperti “bunga bakung di ladang”.