KONSEP PERKAHWINAN UMAT KRISTIAN

KONSEP PERKAHWINAN UMAT KRISTIAN

Kebebasan dalam percintaan dan autonomi dalam perkahwinan merupakan arus utama konsep perkahwinan moden.

Bersatu kerana saling mengasihi tetapi berpisah kerana saling mengenali merupakan kemerosotan konsep perkahwinan suci.

Mudah jatuh cinta tetapi sukar untuk bergaul merupakan alasan kualiti perkahwinan yang buruk.

Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan. Arahan ini jelas dinyatakan dalam Alkitab (Ibr 13:4).

BAGAIMANA SEHARUSNYA UMAT KRISTIAN MENGHADAPI PERKAHWINAN?

Satu, Membentuk Pemikiran untuk Menjadi Pasangan yang Seimbang

A. Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya (2 Kor 6:14)

Ayat ini bukanlah bermaksud bahawa orang yang belum percaya itu tidak sesuai, tetapi adanya perbezaan yang tidak normal dari segi sifat, dasar, dan titik permulaannya.

  1. Konsep nilai yang berbeza: Pikirkanlah perkaya yang di atas, bukan yang di bumi (Kol 3:1-4). Permohonan iman kepercayaan adalah untuk merasai kehidupan kekal dan nilai hidup kekal melalui kehidupan nyata (Why 14:13).
  2. Gaya hidup yang berbeza: Selain gas, beras, minyak, garam, sos, cuka, dan teh, orang Kristian juga memerlukan kehidupan iman kepercayaan seperti membaca Alkitab, berdoa, berkebaktian dan mendengar khutbah, memberi persembahan, dan melayani (Rm 12:9-16).
  3. Sasaran iman kepercayaan yang berbeza: Sasaran iman kepercayaan ialah mentor kehidupan, makanan rohani dan sumber kekuatan rohani (Yoh 6:35). Oleh itu, aktiviti dan gaya hidup beribadah kepada Tuhan merupakan pertimbangan yang penting.
  4. Prinsip pengurusan perkara yang tidak konsisten: Carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya (Mat 6:31-34). Prinsip ini merupakan prinsip pengurusan umat Kristian. Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia ialah konsep umat Kristian (Rm 8:28). Roti dan air serba sedikit ialah peluang untuk pertumbuhan rohani umat Kristian (Yes 30:20,21). Prinsip ini ialah cogan kata orang Kristian.

B. Kekal sebagai bangsa yang kudus (Ul 7:3,4,6), (Ezr 9:2,12-15)

  1. Supaya jangan kehilangan iman kepercayaan (Ul 7:3,4)
  2. Umat yang telah dikuduskan bagi Tuhan (Ul 7:6)
  3. Jadilah anak Tuhan yang murni (Ezr 9:2)
  4. Melepaskan faedah duniawi jangka pendek (hidup ini) (Ezr 9:12-15)

Dua, Membentuk Konsep Pengurusan yang Mampan (Kej 2:24,25)

A. Persediaan pra-perkahwinan: meninggalkan ibu bapa

  1. Matang: Keperibadian yang baik dan kehidupan yang harmoni dengan orang lain.
  2. Berdikari: Keupayaan menghadapi cabaran dan kesukaran, dapat berdikari dalam iman kepercayaan.
  3. Pendidikan: Menyerap pengetahuan yang relevan dan merancang rancangan perkahwinan.

B. Penyesuaian tahap baru berkahwin: bersatu dengan isteri

  1. Pembelajaran: Pemadanan ialah seni yang memerlukan masa untuk dipupuk.
  2. Penyesuaian: Sikap terhadap perkahwinan merupakan kunci utama yang mempengaruhi hubungan antara suami dengan isteri.
  3. Doa: Tuhan yang dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan pasti akan menolong mereka yang bersedia menghadapi kelemahan sendiri (Ibr 4:15,16) (2 Kor 12:8-10).

C. Pengurusan perkahwinan: keduanya menjadi satu daging

  1. Menjadi satu: Suami dan isteri berbicara dengan kasih sayang, bukan berbicara dengan akal kerana suami dan isteri merupakan hubungan antara kepala dengan badan.
  2. Saling melengkapi: Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Mengenal diri sendiri dan antara satu sama lain merupakan keutamaan pertama. Saling mengenali baru dapat hidup bersama.
  3. Komunikasi: Proses pertumbuhan yang berbeza menunjukkan cara ekspresi yang berbeza. Pemahaman harus dicapai melalui komunikasi. Isi kandungan komunikasi juga berbeza seiring dengan kehidupan perkahwinan yang berperingkat.

D. Menikmati kehidupan seksual: telanjang

1. Kekudusan: Memelihara kekudusan sebelum berkahwin, kesetiaan setelah berkahwin.

2. Kesedaran: Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan menurut gambar-Nya, dan Dia menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya untuk menjadikannya makhluk yang hidup. Kehidupan suami dan isteri menyatakan gambar Tuhan, iaitu kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4:24).

3. Mempertahankan: Membual sebagai air ialah kegagalan hidup Ruben (Kej 49:3,4).

  • Bersukacitalah dengan isteri masa mudamu (Ams 5:15-20).
  • Harus bersikap baik terhadap pasanganmu, dialah isteri seperjanjianmu (Mal 2:14-16).
  • Suami dan isteri tidak boleh saling menjauhi (1 Kor 7:5-7).

4. Jujur: Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu. Suami dan isteri saling bersikap terbuka dan bertolak ansur dengan kelemahan masing-masing supaya pihak yang lain mempunyai masa dan ruang untuk menyesuaikan diri. Menghayati kelebihan masing-masing merupakan peluang untuk mendorong pertumbuhan antara satu sama lain. Janganlah menimbulkan situasi yang saling menipu.

Tiga, Merasai Kebenaran Kehidupan Perkahwinan

A. Berbuat menurut kebenaran (Ef 5:22-32)

  1. Peranan: Isteri harus tunduk kepada suami sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus. Suami harus memperlakukan isteri dengan kasih yang tidak mementingkan diri sendiri dan tanpa syarat.
  2. Tanggungjawab: Hanya ada tanggungjawab antara suami dengan isteri. Jangan meminta pihak yang lain untuk membuat apa-apa pengorbanan (memperjuangkan hak). Tindakan ini boleh merosakkan kualiti perkahwinan atau bahkan menyebabkan perceraian.

B. Membangun keluarga Kristiani (1 Ptr 3:1-7): Suami dan isteri harus bekerja keras untuk mengusahakan mahligai Isteri harus mengutamakan pembaharuan rohani dalam kehidupannya dan menghiasinya dengan ketaatan. Suami harus hidup bijaksana dengan isteri (ilmu kehidupan perkahwinan), memahami keperluan isteri dan memberikan pertolongan tepat pada masanya. Jangan memaksakan standard dan pilihan sendiri ke atas isteri untuk dia menyatakan cintanya.

Empat, Menjalani Nilai Hidup Bersama

1. Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (Mrk 10:6-9): Penyatuan perkahwinan diatur oleh Tuhan manakala pengurusan perkahwinan ialah tanggungjawab manusia.

2. Berdua lebih baik dari pada seorang diri (Pkh 4:9-12)

Berat sama dipikul: mengesahkan nilai pihak lain.

Ringan sama dijinjing: menikmati kegembiraan kerjasama.

Kesimpulan:

Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah (Ibr 13:4). Perihal perkahwinan pada asalnya berasal daripada Tuhan dan harus dipandang serius dengan standard Tuhan. Kehidupan seksual lelaki dan perempuan tidak boleh berdasarkan kehendak mereka sendiri. Jika tidak, Tuhan pasti akan menyoal siasat.

Sekiranya tidak ada hubungan sebagai suami dan isteri, kedua-duanya tidak boleh mempunyai kehidupan dan perbuatan antara suami dengan isteri. Sekiranya kedua-duanya bercium mulut, memeluk dan menyentuh, walaupun tidak ada hubungan seks, tidak bolehkah Tuhan bertanya? !