PANDUAN PEMBACAAN KITAB AMSAL
PENULIS
Salomo, anak raja Daud menyimpan mutiara kata Agur, Lemuel dan lain-lain dalam kitabnya.
A. “Dan Allah memberikan kepada Salomo hikmat dan pengertian yang amat besar, serta akal yang luas seperti dataran pasir di tepi laut, sehingga hikmat Salomo melebihi hikmat segala bani Timur dan melebihi segala hikmat orang Mesir. Ia lebih bijaksana dari pada semua orang … Ia mengubah tiga ribu amsal, dan nyanyiannya ada seribu lima.” (1 Raj 4:29-32).
B. Gereja awal menyebutnya sebagai “kitab hikmat”, fokus pada hikmat hidup tentang takut akan Tuhan dan menjauhkan diri daripada kejahatan.
C. Salomo digelar sebagai “raja damai”. Maka dia juga fokus pada sikap semasa hidup dalam damai.
D. Kedua-dua Agur dan Lemuel ialah metafora nama lain Salomo. Walau bagaimanapun, isi kandungan dan pengenalan Agur tidak sama dengan gaya penulisan Salomo.
PENERIMA
Bangsa-bangsa, umat, dan mereka yang mencari kata-kata hikmat pada zaman itu.
TUJUAN PENULISAN
A. Supaya manusia mengenal tuhan dan takut akan-nya
- “Permulaan hikmat adalah takut akan TUHAN, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian.” Memahami kekuasaan dan kekuatan Tuhan bermaksud dapat memahami jalan-jalan-Nya dan melakukan kehendak-Nya. Dengan pertimbangan (hikmat sebenar) ini, seseorang itu dapat menunjukkan akhlak kekudusan, keadilan, kebaikan, dan kelemahlembutan serta perasaan moral yang melampaui segalanya dalam kehidupan.
- Pertimbangan (hikmat sebenar) bermaksud seseorang itu dapat menunjukkan akhlak kekudusan, keadilan, kebaikan, dan kelemahlembutan serta perasaan moral yang melampaui segalanya dalam kehidupan. Dengan menghormati dan takut akan Tuhan, seseorang itu tidak akan hilang dalam perangkap dan godaan dalam kehidupan. Hikmat ini tidak sama dengan kebijaksanaan duniawi seperti sains atau falsafah.
- Tentang Tuhan, tidak sukar untuk seseorang memerhatikan hikmat Tuhan yang kaya dan Maha Kuasa daripada seluruh makhluk antara langit dengan bumi dan struktur tubuh manusia yang diciptakan. Pertimbangan (hikmat sebenar) ialah menghormati, menyembah, memuji, dan menuruti ajaran-ajaran-Nya (hukum Taurat). Pertimbangan (hikmat) yang berasal daripada tekad batiniah ini akan berkembang sehingga dapat diaplikasikan dalam keluarga dan masyarakat, kata-kata, perbuatan dan pemikiran, iaitu ala kehidupan.
B. Menghargai hikmat dan kehidupan yang betul
- Kebijaksanaan manusia fokus pada kehidupan dunia. Kebijaksanaan ini hanya mencari perbandingan dan perhatian yang realistik, menekankan prestasi “luar biasa”, keanggunan yang istimewa, dan percambahan minda yang fleksibel. Akhirnya, semua ini akan disingkirkan oleh peredaran masa, diasingkan oleh persekitaran, tidak dapat bertahan lama, dan berkurang nilainya.
- Kebijaksanaan dunia yang mengelilingi manusia hanya mengingatkan mereka tentang amalan hidup mereka. Percayalah pada hikmat Tuhan dengan segenap hati, jangan bersandar pada pengertian dan bakat sendiri, dan rendahkanlah hati kepada Tuhan yang setia dan baik. Dengan demikian, seseorang itu dapat menjauhi kejahatan. Dia juga tidak akan menghormati diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, atau mencintai diri sendiri dan mencelakakan orang lain, atau terlalu menghormati diri sendiri dan bersetuju dengan orientasi kerohanian yang salah. Semua ini akan membawa kepada kehancuran diri, kecelakaan diri, kecederaan diri, dan juga bunuh diri.
- Dengan memegang perintah-perintah Tuhan, seseorang itu dapat memperoleh terang kehidupan. Hal ini kerana kehidupan yang standard dalam didikan Tuhan adalah seperti pelita yang bersinar, dan tidak ada ruang untuk kegelapan (kejahatan). Kemudian, hatinya akan dibersihkan. Dari masa ke masa, dia dapat menyempurnakan rohani, menahan diri, berjaga-jaga dalam kata-kata, mematuhi akhlak, tidak melampaui batas, tidak memaksa, mentaati ajaran hikmat, menolak yang jahat dan memilih yang baik, dan berusaha untuk menjadi orang bijak dengan sekuat tenaga.
- Pemikiran yang sepenuhnya. Apabila sudah bulat hati sehingga tidak bersandar pada pengertian diri sendiri, maka seseorang itu percaya bahawa semuanya ada dalam doa. Dia memohon supaya kehendak-Nya dinyatakan. Memiliki hikmat bermaksud memiliki kelancaran, damai sejahtera, kesihatan, kestabilan perasaan dan kestabilan sifat untuk menghadapi tekanan dan masalah, serta dapat mempertahankan pertimbangan yang tepat dan tidak mudah goyah. Oleh itu, memiliki hikmat juga bermaksud memiliki Tuhan.
- Hikmat membantu manusia membezakan antara yang baik dengan yang jahat, dan mempunyai daya pelaksanaan yang kuat. Seseorang itu dapat mengenali dirinya sendiri dengan rendah hati, membantu orang yang lemah, tidak marah kerana orang yang berbuat jahat, dan berpegang pada kenyataan bahawa Tuhan menghukum orang-orang yang berbuat jahat dan menghormati orang-orang yang berbuat baik. Rohnya tidak tergoyah atau tertarik oleh kejahatan.
C. Menghargai nilai hikmat
- Hikmat berasal daripada Bapa yang di syurga dan merupakan sumber kesetiaan. Hikmat ini bukan pemahaman tradisional atau manusia melainkan merupakan “kehormatan” yang diberikan kepada manusia setelah diciptakan. Hikmat ini diwarisi daripada Tuhan, difahami oleh Tuhan dan tidak boleh ditinggalkan, diabaikan atau dipandang enteng.
- Mencintai hikmat menjadi perlindungan dan jaminan hidup. Roh yang sihat membentuk tubuh yang sihat dan kemudian membina keluarga yang sihat, masyarakat yang harmoni, membentuk keharmonian sesama manusia, berfikiran luas, berintegriti, tiada dosa kejahatan dan juga tiada kegelapan.
- Orang yang mencari hikmat akan peroleh pengertian. Orang yang takut akan Tuhan mempunyai hubungan penting dengan Tuhan yang hidup, mempunyai pengharapan hidup kekal pada masa kelak dan mempunyai jaminan dalam kehidupan ini. Semua ini melebihi kekayaan dan segala yang baik dalam dunia, dan tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan berlalu dalam sekelip mata.
- Menjunjung hikmat, menyembunyikan pengetahuan, mempelajari rahsia kehidupan, dan menjadikan kerja melayani manusia sebagai tanggungjawab sendiri, sama seperti Yesus Kristus datang ke dunia untuk melayani, bukan untuk dilayani. Melayani manusia dapat menunjukkan kemuliaan pemikiran dan pada masa yang sama memperoleh pujian Tuhan.
- Oleh itu, meninggalkan hikmat bermaksud kehilangan jaminan, hidup dalam kebingungan, kehilangan makna hidup, dan tanpa norma, disiplin, serta kehilangan kehormatan. Kehancuran akan segera menyusul. Kehancuran ini mudah menakluki pemikiran yang mulia dan melengah-lengahkan usaha roh jiwa. Maka kita harus berhati-hati dan tegas.
D. Kebaikan dan keindahan dalam hidup
- Tidak tergoda dengan wang – tidak menjadi penanggung, bersedia memberikan sedekah, tidak mengambil riba, dan tidak ditimpa bencana yang tidak wajar sehingga mempengaruhi kehidupan.
- Tidak tertarik dengan kemasyhuran dan kekayaan – kekayaan akan menggelapkan hati, tidak berbuat baik hanya untuk mempromosikan reputasi diri sendiri dan untuk mendapatkan “tempat tinggi” jangka pendek sehingga kehilangan sentimen menghormati orang.
- Tidak terperangkap dengan keinginan-keinginan – keinginan ditambah dengan keserakahan adalah seperti duri yang membahayakan diri sendiri dan orang lain. Tipu daya / penyesatan datang daripada keinginan, dan kehancuran akan menyusul.
- Tidak menjadi mangsa percabulan – tidak berzina iaitu perintah yang mudah dilanggari dalam Sepuluh Hukum. Berjaga-jaga dan mengawal diri dengan pemikiran untuk memegang firman Tuhan serta menjauhi saluran-saluran penyebarannya seperti buku, surat khabar, media, Internet dan sebagainya.
- Mendengar suara hikmat dengan tekun, memperkuat usaha iman kepercayaan, membaca Alkitab, berdoa, melayani orang-orang sezaman dan melayani Tuhan agar tidak mengecewakan hikmat.
- Memilih orang bijak dengan berhati-hati, menghindari orang bodoh, mencari orang benar, orang yang mengajar dan membantu orang lain, dan juga orang yang mempunyai konsep hidup yang sukacita, membezakan orang fasik serta berjalan di atas jalan yang lurus.
- “Berkenan kepada Tuhan” ialah matlamat hidup yang paling penting. Dia menunjukkan jalan. Jangan menganggap diri sendiri bijak. Bersandarlah kepada-Nya untuk melepaskan diri daripada kesukaran, bahaya, dan maut supaya dapat diberkati dan ditinggikan.
E. Prestasi hikmat
- Berjalan dengan jujur – orang yang jujur pasti takut akan Tuhan, aman jiwanya, dapat menikmati air hayat kehidupan, dan penuh sukacita.
- Mementingkan keluarga – menghargai identiti, dan berusaha untuk mengekalkan struktur interpersonal asas yang lengkap dan hidup dengan harmoni!
- Sikap kebergantungan – tidak sombong, tidak membiarkan, menyingkirkan kesombongan dan prasangka, sikap menentukan “ketinggian” seseorang.
- Memahami diri sendiri – tidak bersusah hati, tidak melanggar firman, mempunyai hati yang tenang. Orang yang menyembunyikan dalam-dalam ajaran Tuhan akan disayangi oleh semua orang.
- Bersedia untuk mengikuti Tuhan – tidak berbantah dengan orang lain dan rela menyerah untuk mengakhiri pertengkaran secepat mungkin, berusaha menjaga kedamaian, tidak sebatang kara, tidak suka mengekspresi, menerima orang lain, mengenali jejak kepemimpinan Tuhan, mengenali kuasa Tuhan, mempunyai hati yang menerima ajaran dan menyimpannya di dalam hati supaya menjadi usaha dalam hidup.
- Seni manusia – menjadi orang bijak, memberikan manfaat kepada orang yang dekat dengannya, membantu orang lain dengan kasih Tuhan, tidak bengkok, tidak membinasakan orang lain, tidak mengampu, tidak mengumpat, mengubah kekerasan dengan kelemahlembutan, bersikap belas kasihan, mengajar orang lain dan membantu orang lain.
- Keras semangat – menikmati kekayaan Tuhan dan berasa puas. Orang yang suci hati, baik dan setia akan dijaga oleh Tuhan.
- Manusia ada kesedaran diri, perkara-perkara juga ada yang ringan dan kurang penting. Jangan baru berlatih hendak berlari, tersembam. Seumur hidup diperingati dan dipuji oleh Tuhan, melayani dengan tekun, hidup dengan sungguh-sungguh, hikmat tetap ada untuk selamanya, dan hidup tidak ternilai!