PANDUAN PEMBACAAN KITAB I, II, III YOHANES (I)
PERSEKUTUAN DALAM ROH (I)
Manusia dalam dunia sering mempunyai harapan yang indah untuk masa depan. Seiring berlalunya masa, mereka selalu menantikan impian menjadi kenyataan, tetapi mereka bagai apabila orang miskin menghendaki wang, ia mendapat anak. Walaupun sains telah berkembang maju seiring dengan sejarah umat manusia, namun sains masih tidak dapat mengurangi kesusahan dan kebimbangan hidup seseorang. Sekiranya bukan Kristus yang menjadi manusia dan membawa fajar kepada zaman kegelapan, manusia tentunya tetap berada dalam keadaan yang putus harapan.
Oleh itu, Injil Kristus telah tersebar ke seluruh kerajaan Rom melalui para rasul hanya dalam masa beberapa dekad, dan gereja Tuhan telah tumbuh bagai cendawan. Oleh sebab penyebaran Injil secara lisan yang cepat pada zaman awal, maka sebilangan pemercaya tidak memiliki pemahaman penuh tentang kebenaran. Mereka dipengaruhi oleh ajaran sesat kontemporari kerana kurang pemahaman. Antara ajaran sesat yang agak terkenal ialah Gnostik (Gnostic). Tidak kira pada zaman Perjanjian Lama atau Perjanjian Baru, kita boleh mendapati bahawa si jahat akan terus menerus mencari peluang untuk membuat kerosakan ketika pekerjaan Tuhan makmur. Sebagai warga Kerajaan Tuhan, kita harus berhati-hati terhadap perkara ini.
Selain mengunjungi dan menggembala jemaat secara peribadi, para penginjil pada waktu itu selalu menggunakan surat untuk mengajar pemercaya. Kitab I, II dan II Yohanes merupakan sepucuk surat. Menurut legenda, Yohanes menulis surat terbuka kepada jemaat-jemaat di Asia sebagai seorang senior rohani pada masa tuanya (penulis mungkin menulis kitab ini sebelum tahun 81 M). Daripada sentimen rohani yang dinyatakan dalam isi kandungan surat, surat-surat ini seperti surat untuk keluarga. Gembala ini menyedari bahawa ajaran sesat Gnostik adalah sangat dahsyat. Orang yang menyebarkan ajaran sesat tidak menghiraukan kewujudan dosa dan keperluan penyelamatan penebusan. Komunikasi rohani antara manusia dengan Tuhan tersekat, dan standard moral hubungan sesama manusia secara semula jadi merundum. Kasih yang berharga juga telah hilang sesama manusia.
Berdasarkan alasan di atas, Yohanes ingin memperbetulkan kekeliruan ini. Dia berusaha sedaya upaya untuk membuktikan bahawa Yesus benar-benar ialah Firman yang telah menjadi manusia. Dia juga membuktikan fakta ini melalui pengalaman peribadinya iaitu persekutuan dengan Tuhan (iaitu persekutuan). Walau bagaimanapun, seseorang harus terlebih dahulu mengenali kedahsyatan dosa dan menerima anugerah pengampunan Kristus untuk merasakan sukacita persekutuan dengan Tuhan, menikmati hak sebagai anak-anak Tuhan, dan mengalami kehidupan saling mengasihi. Dengan demikian, dia benar-benar dapat memasuki alam kebenaran syurgawi. Oleh itu, kita mengambil “persekutuan dalam roh” sebagai tema kitab I, II dan III Yohanes untuk melihat kebenaran penting dalam surat ini.
A. Mengapa pemercaya pada zaman itu disesatkan?
Dalam surat Yohanes, kita dapat melihat bahawa api kemarahan Yohanes ditujukan kepada sekumpulan orang yang tidak termasuk dalam jemaat, tidak lagi bersekutu dengan jemaat, dan telah memutuskan hubungan rohani dengan jemaat. Mereka telah menjadi kumpulan penyesat (1 Yoh 2:18-19, 4:1; 2 Yoh 7). Mereka tidak lagi mendengarkan Yohanes dan jelas terpengaruh dengan roh yang menyesatkan (1 Yoh 4:6).
Daripada surat tersebut, kita dapat memahami bahawa jemaat sangat dipengaruhi oleh Gnostik, ajaran sesat kontemporari. Mereka juga disebut “antikristus”. Oleh itu, mereka secara langsung mencabar kuasa kerasulan Yohanes. Di samping itu, mereka juga menghantar guru-guru palsu untuk berusaha mempengaruhi pemercaya agar pemercaya tidak menerima Yesus sebagai Kristus dan Anak Tuhan (1 Yoh 2:27; 2 Yoh 9-11). Dari perspektif ini, orang-orang ini cukup teratur / berorganisasi dan bilangan mereka juga tidak sedikit (1 Yoh 2:18, 4:5).
B. Apakah kesalahan iman kepercayaan mereka?
- Kristologi yang salah
- Kristologi pihak lawan
Mula-mula sekali, Yohanes menyerang Kristologi pihak lawan itu.
Ajaran sesat kontemporari, Gnostik (Gnostic) mendakwa bahawa roh itu baik dan material itu jahat. Maka tubuh badan dan iman kepercayaan merupakan dua perkara yang berbeza. Yesus dalam sejarah dan Kristus dalam kepercayaan juga merupakan dua perkara yang berbeza.
Butir utama dalam perbahasan antara Gnostik dengan agama Kristian ialah keperibadian Kristus. Mereka berfikiran bahawa Tuhan yang rohani tidak dapat bersatu dengan tubuh jasmani material. Oleh itu, mereka mempunyai dua pandangan yang berbeza mengenai Kristus:
-
-
- Kristus bukan manusia, tetapi tubuh rohani. Kristus merupakan bayangan ilusi di mata manusia dan tidak mempunyai kewujudan yang sebenarnya
- Yesus mempunyai keperibadian Semasa Dia dibaptis, roh Kristus memasuki tubuh-Nya, dan sebelum Yesus disalibkan, roh Kristus meninggalkan-Nya. Pernyataan ini menyebabkan kebingungan tentang sifat keilahian dan kemanusiaan Yesus.
-
Mereka menyangkal bahawa Yesus ialah Anak Tuhan (1 Yoh 2:23); mereka tidak mengaku bahawa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia (1 Yoh 4:2; 2 Yoh 7). Oleh itu, mereka menyangkal bahawa Yesus ialah Kristus (1 Yoh 2:22).
- Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh
-
- Tubuh badan itu material, tetapi tidak jahat! Yesus pernah berkata: “Siapakah di antaramu yang membuktikan bahwa Aku berbuat dosa? Apabila Aku mengatakan kebenaran, mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku?” (Yoh 8:46). Walaupun Tuhan Yesus datang ke dunia dalam rupa manusia, namun Dia bukan saja tidak berbuat dosa, tetapi Dia juga memuliakan Tuhan dan memberikan manfaat kepada manusia. Oleh itu, Yohanes mendorong pemercaya: “Anak-anakku, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar;” (1 Yoh 3:7). Nampaknya, dakwaan bahawa tubuh badan itu material yang jahat adalah tidak benar.
- Yesus ialah Kristus (1 Yoh 5:1). Yesus Kristus telah datang sebagai manusia (1 Yoh 4:2,15, 5:5; 2 Yoh 8-11). Rahsia ini ialah rahsia dalam roh. Paulus bersaksi: “Dan sesungguhnya agunglah rahasia ibadah kita: “Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia, dibenarkan dalam Roh; yang menampakkan diri-Nya kepada malaikat-malaikat, diberitakan di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah; yang dipercayai di dalam dunia, diangkat dalam kemuliaan.”” (1 Tim 3:16). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Tuhan menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia dan menyatakan kuasa Tuhan sebagai raja. Dia dapat menyembuhkan orang sakit dan mengusir syaitan, menebus dosa manusia di atas kayu salib, dan kemudian mengalahkan maut, mati dan dibangkitkan. Dia memiliki semua kekuasaan di langit dan bumi. Maka Yesus di dunia bukan hanya Anak Manusia tetapi juga Anak Tuhan (1 Yoh 1:3,7, 2:23, 3:8,23, 4:9,10,15, 5:11).
- Seseorang hanya dapat memperoleh persekutuan rohani yang sebenar dengan mengetahui bahawa Yesus itu Firman yang telah menjadi manusia. Yohanes secara peribadi pernah bergaul dengan Yesus dalam sejarah. Dia juga pernah melihat Yesus yang telah dibangkitkan dengan matanya sendiri, dan mengalami bahawa Yesus menyatakan kekuasaan Kristus. Oleh itu, dengan pembaharuan dan pengalaman hidupnya, dia menyaksikan persekutuan rohani dia dengan Tuhan dan dengan orang lain secara bersungguh-sungguh. Dia berkata: “Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup–itulah yang kami tuliskan kepada kamu. Hidup itu telah dinyatakan, dan kami telah melihatnya dan sekarang kami bersaksi dan memberitakan kepada kamu tentang hidup kekal, yang ada bersama-sama dengan Bapa dan yang telah dinyatakan kepada kami. Apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar itu, kami beritakan kepada kamu juga, supaya kamupun beroleh persekutuan dengan kami. Dan persekutuan kami adalah persekutuan dengan Bapa dan dengan Anak-Nya, Yesus Kristus. Dan semuanya ini kami tuliskan kepada kamu, supaya sukacita kami menjadi sempurna.” (1 Yoh 1:1-4). Nampaknya, persekutuan dalam roh boleh disertai oleh semua orang yang menjadi milik Tuhan.
-
- Kristologi palsu Zaman Baru
Dari pertengahan abad ke-20 hingga awal abad ke-21, terdapat idea teologi yang serupa dengan Gnostik yang timbul bagai api padam puntung berasap dan sangat mempengaruhi orang-orang generasi ini. Kita tidak boleh mengabaikan perkara ini.
Orang-orang yang menggerakkan Gerakan Zaman Baru berpendapat bahawa Yesus hanyalah salah satu daripada manusia yang paling berdaya usaha. Dia dan pemimpin-pemimpin agama lain serta orang-orang hebat (seperti Muhammad, Confucius, dan lain-lain) adalah salah satu daripada “Kristus”, dan setiap mereka juga mempunyai unsur “Kristus”, tetapi mesti melalui “keadaan kesedaran yang bermutasi” untuk memahaminya. Zaman Baru menyebut proses dan pemahaman ini sebagai “Kesedaran Kristus” (Christ consciousness). Sekiranya anda pernah berhubung dengan tokoh-tokoh Zaman Baru, anda akan tahu bahawa mereka sering memetik daripada Alkitab. Namun, mereka hanya mengambil teks secara konteks dan sama sekali tidak mempercayai Alkitab. Mereka bahkan menggunakan beberapa kitab yang bukan ortodoks (contohnya: Injil Thomas, Gospel of Thomas). Para sarjana percaya bahawa kebolehpercayaan dokumen Zaman Baru adalah sangat rendah, semuanya merupakan karya pada masa kemudian, dam penulisnya juga tidak dapat dikenalpasti. Di samping itu, hal yang paling penting ialah karya-karya itu mempunyai idea teologi Gnostik.
Beberapa buku Zaman Baru memberitahu bahawa Yesus pernah pergi ke India, Tibet, Parsi dan tempat-tempat lain ketika berusia 12 – 30 tahun untuk belajar. Dia belajar Dharma dengan guru-guru Buddha dan Hindu. Setelah mempelajari pelbagai keajaiban dan kaedah pelaksanaannya, Dia kemudiannya kembali ke Israel untuk menyebarkan agama, dan akhirnya mengaku sebagai Anak Tuhan. Terdapat satu filem yang bertajuk “Jesus the Lost Years” dalam Zaman Baru yang dirakamkan berdasarkan pernyataan ini.
Pernyataan semacam ini sebenarnya tidak sesuai dengan catatan Alkitab. Walaupun Alkitab tidak mencatatkan tempoh masa ketika Yesus berusia 12 – 30 tahun, namun Alkitab mencatatkan bahawa semua orang mengenali Yesus sebagai anak tukang kayu (Mrk 6:3; Mat 13:55). Nampaknya, Yesus benar-benar tinggal di Nazaret ketika Dia berusia 12 – 30 tahun. Selain itu, tanda mukjizat air yang berubah menjadi anggur semasa jamuan perkahwinan di Kana merupakan tanda mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus (Yoh 2:11). Peristiwa ini menunjukkan bahawa tanda mukjizat Yesus bukanlah dipelajari-Nya ketika Dia berusia 12 – 30 tahun.
Jangan berfikir bahawa perkara-perkara dalam Zaman Baru ialah perkara-perkara aneh yang jauh daripada anda. Sebenarnya, perkara-perkara ini ada di merata tempat. Sebagai contoh: beberapa gereja mengajar kaedah visualisasi ketika berdoa; idea humanisme dan anti-Kristus telah menyerang sekolah. Banyak filem, rancangan televisyen dan novel moden juga mengandungi idea Zaman Baru. Contohnya, “Kekuatan” (The Force) dalam “Star Wars” telah mempengaruhi banyak orang dan membuatkan orang berfikir bahawa Tuhan hanyalah sejenis kekuatan dalam alam semesta.
Kita harus meneladani semangat Yohanes yang mempertahankan firman. Demi iman kepercayaan generasi ini, kita seharusnya memperingatkan pemercaya supaya tidak membiarkan idea-idea ajaran sesat menembusi hati mereka. Kita juga harus mengambil langkah positif untuk meningkatkan kualiti rohani melalui kehidupan persekutuan agar dapat melawan serangan si jahat.
- Teori penyelamatan dan penebusan yang salah
- Teori penyelamatan dan penebusan kontemporari yang salah
Antikristus percaya bahawa tubuh itu material yang jahat. Seseorang perlu meninggalkan alam material dan memasuki alam rohani. Terdapat banyak cara untuk melepaskan diri. Cara menjauhkan diri daripada kegelapan dunia material dan memasuki terang yang paling utama adalah dengan menggunakan pengetahuan misteri (selalunya melalui media). Alam milik Tuhan tidak memerlukan penyelamatan dan penebusan Kristus. Dengan demikian, anugerah keselamatan Kristus adalah berlebihan!
Mereka percaya bahawa bahagian sifat manusia Yesus itu jahat. Jadi bagaimana penderitaan-Nya dapat menyelamatkan dan menebus umat manusia? Mereka juga berpendapat bahawa Kristus itu roh, jadi bagaimana Dia dapat menderita? Oleh itu, pekerjaan Tuhan Yesus di dunia, terutamanya kematian penebusan-Nya juga dinafikan. Akibatnya, teori penyelamatan dan penebusan Kristian sudah jadi abu arang.
Teori ini adalah sejenis sinkretisme (syncretism) yang dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai pemikiran agama: cenderung ke arah pengalaman subjektif, menjadikannya mutlak dan mengabaikan nilai rasional.
- Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh
Dunia melambangkan kegelapan. Kegelapan merujuk kepada kerosakan moral dan etika. Kegelapan juga merujuk kepada pemikiran yang penuh dengan keinginan, kesenangan, diri, dan materialistik. Jadi dunia yang disebut di sini tidak merujuk kepada dunia material yang diciptakan oleh Tuhan; tetapi merujuk kepada dunia yang memberontak (1 Yoh 2:2,16, 3:13, 4:5, 5:19). Jika kita mengatakan bahawa kita beroleh persekutuan dengan Tuhan, namun kita hidup di dalam kegelapan, kita berdusta dan kita tidak melakukan kebenaran. Tuhan itu terang. Jika kita beroleh persekutuan dengan Dia, kita hidup di dalam terang. Secara semula jadinya, kita akan melihat dosa-dosa sendiri. Sekiranya seseorang rela mengaku dosanya dan bertaubat, darah Tuhan yang bernilai pasti akan menyucikan dosanya (1 Yoh 2:8, 1:9, 2:9,11).
Dunia material tidak gelap. Manusia tidak perlu melepaskan diri daripada dunia material. Mereka boleh melepaskan diri daripada kerosakan / kehancuran asalkan mereka menerima bahawa Yesus itu terang dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
-
-
- “Jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil.” Yang adil di sini bermaksud bahawa Tuhan Yesus Kristus merupakan orang yang tidak berdosa (1 Yoh 3:7). Malaikat (Luk 1:35), Petrus (1 Ptr 2:22), dan Pilatus (Luk 23:22) pernah bersaksi bahawa Tuhan tidak mempunyai dosa. Bayangkan bahawa ada seseorang di dunia ini yang tidak berdosa dan boleh menjadi pengantara kita? “Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia.” (1 Yoh 2:2).
- Yesus datang dengan air dan darah. “Dan Rohlah yang memberi kesaksian, karena Roh adalah kebenaran. Sebab ada tiga yang memberi kesaksian [di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu. Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi]: Roh dan air dan darah dan ketiganya adalah satu. Kita menerima kesaksian manusia, tetapi kesaksian Allah lebih kuat. Sebab demikianlah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya.” (1 Yoh 5:6-9). Setelah kita dibaptis, jelas bahawa si jahat tidak dapat menjamah kita. Asalkan kita meminta menurut kehendak Tuhan, Dia akan mengabulkannya (1 Yoh 5:14-18).
- Yohanes menekankan bahawa asalkan seseorang mengetahui fakta dosa dan bersedia untuk bergantung kepada Tuhan dalam menebus dosanya, dia akan dapat menikmati persekutuan rohani dalam terang. Fakta ini tidak boleh dinafikan. Oleh itu, Yohanes berkata: “Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain, dan darah Yesus, Anak-Nya itu, menyucikan kita dari pada segala dosa.” (1 Yoh 1:7).
-
- Teori penyelamatan dan penebusan diri yang salah dalam Zaman Baru
Gerakan Zaman Baru mempunyai konsep reinkarnasi. Reinkarnasi bermaksud bahawa setiap roh jiwa telah menjadi manusia dan datang ke dunia berkali-kali, dan setiap pengalaman merupakan pembalasan atas perbuatan dalam hidup sebelumnya (hukum sebab dan akibat). Tetapi Alkitab mengajar: “… manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi.” (Ibr 9:27). Pernyataan ini bukan bererti bahawa manusia akan mati berkali-kali, dan setiap kali ada peluang kemajuan. Sebenarnya, secara terang-terangan, konsep ini hanyalah satu cara untuk melihat penderitaan dalam hidup ini sebagai cara “penebusan dosa sendiri”, dan kayu salib Kristus tidak mempunyai fungsi.
Selain itu, pemikiran seperti ini akan menyebabkan manusia tidak mempunyai belas kasihan terhadap penderitaan orang lain. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa penderitaan orang lain hanyalah penebusan dosa bagi diri mereka sendiri.
Selain mempercayai reinkarnasi, orang-orang dalam Zaman Baru juga dipengaruhi oleh teori evolusi (evolution). Mereka beranggapan bahawa setiap roh jiwa belajar pelajarannya dan berkembang maju dalam setiap reinkarnasi. Sekiranya demikian, masyarakat manusia sepatutnya maju dari hari ke hari, tetapi hal ini tidak berlaku.
Ada satu lagi perkara yang tidak masuk akal. Umumnya, kebanyakan orang tidak mengetahui kehidupan mereka sebelumnya. Bagaimana mereka boleh bertambah baik? “Kesaksian” reinkarnasi yang kita dengar merupakan ingatan intuitif (intuitive recall), ingatan spontan (spontaneous recall), ingatan psikik (psychic recall) atau ingatan hipnotik (hypnotic recall). Kaedah-kaedah ini sebenarnya tidak dapat dibuktikan. Jadi kita harus berhati-hati dalam menghadapinya.
- Konsep etika yang menyimpang
- Konsep etika kontemporari yang salah
Bidang utama ketiga yang diserang oleh Yohanes ialah etika kehidupan mereka. Walaupun Yohanes tidak menyebut tentang tingkah laku mereka yang tidak beretika secara khusus, tetapi daripada keluhan Yohanes, kita boleh mengetahui bahawa pihak lawannya mendakwa bahawa mereka ialah orang Kristian, dan mereka dapat beroleh persekutuan dengan Tuhan melalui kaedah misteri (1 Yoh 1:6). Oleh itu, mereka mendakwa bahawa mereka mengenal Tuhan (1 Yoh 2:4); ada di dalam Tuhan (1 Yoh 2:6); lahir dari Tuhan (1 Yoh 3:9); dan mengasihi Tuhan (1 Yoh 5:2).
Mereka juga menekankan dualisme baik dan jahat. Mereka mempercayai bahawa roh itu baik dan material itu jahat. Maka, melampiaskan keinginan ataupun berpuasa keinginan tidak akan mempengaruhi kerohanian manusia. Oleh itu, mereka berhak untuk hidup sesuka hati mereka. Mereka hidup di dalam kegelapan (1 Yoh 1:6); tidak mengaku dosa (1 Yoh 1:8,10); tidak menuruti perintah (1 Yoh 2:4); tidak hidup sama seperti Kristus telah hidup (1 Yoh 2:6, 3:3-6); dan tidak kisah tentang dosa (1 Yoh 3:3-6,7-8,9-10).
Mereka mengambil berat tentang keselamatan individu tetapi mengabaikan konsep keselamatan keseluruhan. Dengan itu, manusia akan mementingkan dirinya dan kekurangan kasih.
- Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh
-
- Siapa yang benar-benar mengenal Tuhan?
-
“Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya.” (2:3).
-
-
- Kelahiran semula yang sebenar ialah orang yang berbuat kebenaran (1 Yoh 2:29)
-
“Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah.” (1 Yoh 3:9).
-
-
- Kelahiran semula yang sebenar ialah diam dalam Tuhan
-
“Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup.” (1 Yoh 2:5-6,24,27, 3:6,24).
-
-
- Kelahiran semula yang sebenar tahu untuk saling mengasihi
-
“Setiap orang yang percaya, bahwa Yesus adalah Kristus, lahir dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi Dia yang melahirkan, mengasihi juga dia yang lahir dari pada-Nya.” (1 Yoh 5:1).
“Jikalau seorang berkata: “Aku mengasihi Allah,” dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, karena barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya. Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.” (1 Yoh 4:20-21).
“Barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari Iblis.” Maka kejarlah kehidupan yang tidak berbuat dosa (1 Yoh 3:8-9)
“Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri…” (1 Yoh 1:8). Setiap orang harus mengaku dosanya dan berdoa agar disucikan dengan darah Tuhan yang bernilai (1 Yoh 1:7,9).
-
-
- Kejarlah kehidupan yang tidak berbuat dosa dalam hidup ini (1 Yoh 2:1). Dengan itu, si jahat tidak dapat menjamah anak-anak Tuhan (1 Yoh 5:18).
- Walaupun kita telah “melalui” Firman hidup (1 Yoh 1:1-3, 2:7,29, 3:14, 5:13), kita masih belum dapat menjadi sama seperti Kristus (1 Yoh 3:2-3). Oleh itu, kita harus mengejar kehidupan yang tidak berbuat dosa. Selagi kita hidup dalam persekutuan dan menuruti firman Tuhan, di dalam kita sungguh sudah sempurna kasih Tuhan; dengan itulah kita ketahui, bahawa kita ada di dalam Dia. Apabila bertemu dengan Tuhan pada masa kelak, kita akan menjadi sama seperti Tuhan (1 Yoh 2:5).
-
- Konsep etika yang salah dalam Zaman Baru
Zaman Baru percaya bahawa keseluruhan segala sesuatu dalam alam semesta ialah Tuhan. Pemikiran ini ialah pemikiran “pantheisme”. Mereka juga mempromosikan “monisme” yang bermaksud bahawa langit dan bumi dan segala isinya adalah satu.
Pantheisme dan monisme mempunyai masalah logik masing-masing. Sekiranya manusia dan segala-galanya adalah bersifat ilahi (divine), maka bukan hanya anda dan saya ialah tuhan, tetapi kucing, anjing, bahkan batu, bakteria, dan tahi lembu ialah tuhan, dan syaitan juga tuhan. Adakah penjelasan itu logik / masuk akal?
Apabila memikirkannya dengan lebih lanjut, jika semuanya itu tuhan, maknanya tidak ada tuhan, bukan? Sebenarnya, pantheisme bukanlah satu teori atau logik, tetapi pengalaman yang luar biasa. Apabila seseorang memasuki “keadaan kesedaran yang berubah” (altered state of consciousness), dia secara semula jadi akan mengakuinya.
Konsep mereka yang salah terhadap Tuhan membawa kepada etika yang salah. Jika kita masing-masing ialah tuhan, kita semua mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, dapat melakukan perkara-perkara yang luar biasa, dan dapat menentukan standard moral kita sendiri, sehingga tidak akan ada lagi standard moral yang objektif dan mutlak.
Apabila seseorang mempunyai perasaan berdosa dan bersalah, dia dapat memahami sifat ilahinya setelah memasuki “keadaan kesedaran yang berubah” (altered state of consciousness) dan dia secara semula jadi dapat menahan rasa berdosa dan bersalah dalam dirinya.
Mereka juga percaya bahawa kasih Tuhan tidak bersyarat. Maka tidak ada dosa dan tidak ada penghakiman. Tambahan pula, setiap agama adalah sama dan dapat membawa manusia kepada Tuhan.
Pemikiran-pemikiran aneh ini secara beransur-ansur menyelinap ke dalam pemikiran manusia. Bolehkah kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga?
KESIMPULAN
Yohanes melihat kemunculan antikristus dan mencetuskan ibadah peribadi. Dia berfikir bahawa hal ini merupakan tanda zaman akhir (Mat 24:24). Jadi dia berseru: “Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.” (1 Yoh 2:18,22, 4:3; 2 Yoh 7). Rasa eskatologi mendesak semacam ini memyebabkan dia lebih bersemangat untuk mempertahankan kebenaran, dan menentang antikristus dan ibadah peribadi.
Secara ringkasnya, ajaran sesat yang dihadapi oleh Yohanes, “dari segi doktrin” ialah antikristus yang menyangkal bahawa Yesus ialah Kristus, dan “dari segi perbuatan” ialah orang Kristian palsu yang tidak peduli tentang moral dan kekurangan kasih. Tiga tanda orang Kristian sejati yang ditekankan oleh Yohanes pula adalah sebaliknya: percaya bahawa Yesus telah datang sebagai manusia, mementingkan persekutuan dengan Tuhan dan persekutuan dengan manusia, dan menjalani kehidupan yang saling mengasihi.
Tanda-tanda akhir zaman kini lebih jelas dan mendesak berbanding zaman Yohanes. Antikristus juga semakin nyata. Pemikiran mereka telah merosakkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan antara Tuhan dengan manusia. Mereka mengabaikan hakikat dosa dan kasih antara manusia.
Kita dapat melihat perkataan “persekutuan” daripada pengajaran Yohanes dan menyedari kepentingan “persekutuan”. Persekutuan ini ialah rahsia kehidupan rohani kita dan merupakan cara yang paling asas untuk melawan ajaran sesat. Oleh itu, unit kedua pelajaran “Persekutuan Dalam Roh” adalah untuk merenungkan kehidupan persekutuan supaya seseorang dapat memahami inti isi kandungan kitab “I, II dan III Yohanes” dengan lebih jelas. Pada masa yang sama, kita memohon bimbingan Roh Kudus agar kita dapat memperoleh lebih banyak pelajaran daripadanya dan mengamalkan kebenaran persekutuan dalam kehidupan kita untuk melawan ajaran sesat pada akhir zaman.