KEDUA-DUANYA BERJALAN BERSAMA – KONSEP CINTA UMAT KRISTIAN

KEDUA-DUANYA BERJALAN BERSAMA – KONSEP CINTA UMAT KRISTIAN

(Zhao Ming Yang)

 

PENDAHULUAN:

Orang berkata: “Orang yang bercinta itu gila, orang yang berkahwin itu bodoh, orang yang tidak bercinta dan tidak berkahwin itu bebal”. Ayat ini menyatakan percanggahan dan ketidakberdayaan dalam perkahwinan dan percintaan. Ketika berhadapan dengan masalah yang melibatkan perasaan, ramai orang sering kali terjerumus dalam keadaan “ayah dan anak menunggang keldai”, habis akal bahkan mengeluh tentang ketidakberdayaan mereka. Bagi sebilangan orang, kejayaan dan kegagalan hidup mereka terletak pada cinta. Cinta membuatkan seseorang mempunyai keberanian bagai pahlawan untuk melakukan perkara-perkara yang gila. Perkahwinan menambah beban dan penderitaan manusia sehingga menyebabkan mereka berasa menyesal dengan kegilaan yang dilakukan. Bagi orang yang mengamalkan sikap menghormati tetapi menjauhi perkahwinan dan percintaan pula, mereka selamanya tidak dapat merasakan kebahagiaan indah yang dibawa oleh cinta. Tuhan memberikan sifat dan kemampuan cinta (kasih) kepada manusia. Cinta, samada merupakan berkat ataupun kutukan sebenarnya terikat pada pemikiran. Jika bukan Kebenaran yang diterima daripada Tuhan yang memimpin kita, sejarah manusia akhirnya akan penuh dengan tragedi cinta dan kebencian yang terjerat di pentas jiwa yang gelap.

 

A. KENALI CINTA DAN KASIH SAYANG

1. KENALI ASAL – USUL CINTA 

Kasih datang daripada Tuhan. Tuhan itu kasih. Dialah sumber kasih. Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Dia menciptakan laki-laki dan perempuan menurut gambar-Nya. Dia telah memberikan gambar kasih kepada kita. Oleh itu, kita mempunyai sifat kasih iaitu ada keperluan untuk dikasihi dan kerinduan untuk mengasihi. Menerima kasih membolehkan kehidupan mendapat pembangunan dan bertambah kuat. Apabila seseorang boleh mengasihi, hidupnya akan menjadi matang. Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita. Oleh itu, kita dapat merasai kasih dan tahu mengasihi. Dengan itu, kita mempunyai kemampuan kasih lalu dapat saling mengasihi dalam mana-mana hubungan interpersonal, termasuk hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan. (1 Yoh 4:7,16,19; Kej 1:27; Ef 4:24).

 

2. KENALI CINTA

  • Syarat cinta

Cinta sejati mempunyai ciri-ciri yang melampaui batasan dan syarat-syarat yang diperlukan. Sekiranya kita dapat memahami maksudnya yang sebenar, pemahaman itu dapat membantu kita mengenali hakikat cinta sejati dan membina perkahwinan yang bahagia. Pada masa berikutnya apabila bertemu dengan orang yang membuat jantung kita berdegup kencang, kita perlu bertenang dan selidik kasih sayang kita terhadapnya. “Cinta pada pandangan pertama” memang dicemburui, tetapi sekurang-kurangnya kita perlulah “melihat lebih banyak” agar tidak “menyesal seumur hidup”.

1. Luka dan cinta

Perasaan baik saya terhadapnya mungkin hanya bertepuk sebelah tangan, atau sekadar perasaan kagum. Perasaan ini boleh ada terhadap sesiapa saja dan hubungan ini boleh dijalin dengan sesiapa saja. Percintaan tidaklah semudah itu. Perjalanan cinta sangat jauh.

2. Penerimaan dan cinta

Setelah ujian dan pemendakan waktu, perasaan cinta pun berputik. Kedua-duanya telah mencapai tahap yang lain. Mengkagumi keunggulannya dan menghargai kebaikannya, tetapi juga menerima kekurangan dan kecacatannya. Maksudnya, pemahaman dan perasaan antara kedua-duanya telah mempunyai asas yang mendalam. Mereka saling memahami atas dasar saling mempercayai. Mereka juga saling mempercayai, saling mengasihi dan saling menghargai atas dasar saling mengenali.

3. Komitmen dan cinta

Komitmen ialah pengakuan dan pengesahan cinta. Cinta yang berkomitmen menjadikan kedua-duanya berpadu jiwa. Mereka bersedia hidup bersama dan tetap bersama untuk seumur hidup. Komitmen seumpama ini adalah bebas daripada tekanan kerana mereka berdua rela dan sudi menghadapinya, dan merupakan hasil semula jadi daripada perkembangan cinta.

4. Tanggungjawab dan cinta

Cinta yang matang dan teguh mengajar manusia untuk bertanggungjawab. Cinta ialah tanggungjawab dan tanggungan. Jika kedua-duanya tidak matang dari segi mental, bagaimana mereka dapat berkomitmen dengan teguh? Jika cinta bersama tidak mempunyai dasar yang mendalam, bagaimana seseorang sanggup menanggungnya? Tanggungjawab ini merangkumi bertanggungjawab terhadap perasaan cinta sendiri, bertanggungjawab terhadap perasaan cinta pihak yang lain, bertanggungjawab terhadap iman kepercayaan dan kebenaran, dan bertanggungjawab terhadap semua perkara dalam percintaan.

5. Perjanjian dan cinta

  • Melangkah ke hujung karpet merah dan katakan “Saya rela” dengan lembut, berhati-hati dan tegas. Perjanjian yang dibuat oleh manusia di hadapan Tuhan ini ialah perjanjian yang abadi (Ams 2:17, Mal 2:14). Perjanjian ini ada selagi adanya langit dan bumi kerana ada langit dan bumi sebagai saksi. Perjanjian ini adalah untuk seumur hidup kerana perjanjian ini ialah perjanjian hidup. Apabila melangkah ke atas karpet merah, perjanjian hidup ini mula dipenuhi, dan perjalanan perkahwinan yang panjang dan manis pun bermula.B. Kenali tahap dan proses cinta sejatiTerdapat tahap dan kemajuan yang berbeza dalam mengejar cinta sejati. Ketika kita mengendalikan cinta, kita juga memenuhi pihak yang lain dan membangun diri kita sendiri pada masa yang sama.
    • Tarikan semula jadi:

    Tuhan menciptakan laki-laki dan perempuan (Kej 1:27). Lelaki dan perempuan adalah berbeza, dan mereka menarik antara satu sama lain untuk saling mencintai. Tuhan memadankan lelaki dengan perempuan (1 Kor 7:2, 11:11) supaya manusia merindukan cinta. Walau bagaimanapun, cinta bukan hanya kekaguman terhadap penampilan luaran dan sentuhan keinginan. Selain itu, cinta tidak boleh berdasarkan kepuasan nafsu

    • Interaksi emosi:

    Lelaki mencintai perempuan manakala perempuan berahi kepada lelaki merupakan kekuatan pendorong cinta. Percintaan ialah interaksi dari hati ke hati. Ungkapan cinta adalah untuk menyatakan kasih sayang, mengekspresikan cinta, dan berkongsi kebahagiaan, kemarahan, kesedihan dan kegembiraan (Kej 3:16; Ams 5:19).

    • Gerakan rohani:

    Ketika Adam melihat Hawa untuk pertama kalinya, dia berkata: “Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku” (Kej 2:23).

    Mereka mempunyai hakikat kehidupan dan intipati cinta yang sama. Oleh itu, terdapat gerakan rohani antara mereka selain interaksi cinta. Agaknya, Adam sangat memahami padanan dan kehendak Tuhan lalu menerimanya dengan senang hati sehinggakan dia mengucapkan kata-kata intim sedemikian daripada hatinya.

    • Sentuhan hidup:

    Hubungan dan perjanjian dalaman yang mendalam bermaksud hidup dan mati bersama dan berkongsi kehidupan. Kitab Kidung Agung mengatakan bahawa cinta kuat seperti maut, air yang banyak tak dapat memadamkan cinta, sungai-sungai tak dapat menghanyutkannya (Kid 8:6,7). Daripada perspektif penebusan dan penyelamatan, cinta intim antara lelaki dengan perempuan adalah sebagai teman pewaris dari kasih karunia, iaitu kehidupan, dan mereka berdua harus berpegangan tangan untuk memasuki    kerajaan syurga (1 Ptr 3:7).

 

B. KENALI PERKAHWINAN

1. Tuhan mengasaskan perkahwinan

Kesudahan cinta adalah untuk menjalin perkahwinan. Perkahwinan ialah arah tujuan dan matlamat cinta. Atas sebab ini, Tuhan mengasaskan perkahwinan. Atas sebab ini, cinta dapat terus berkembang kerana percintaan itu terjamin. Tuhan menetapkan sistem perkahwinan agar cinta dapat diatur. Tuhan menunjukkan firman perkahwinan untuk mengajar kita tentang cara mengendalikan cinta.

 

2. Tuhan memadankan perkahwinan

Dia sendiri merupakan pengantar perkahwinan; Dia juga tuan rumah merangkap pemimpin perkahwinan, dan Dialah saksi perkahwinan (Mal 2:14). Perkahwinan bukan hanya melibatkan cinta antara lelaki dengan perempuan. Tuhan tidak pernah meninggalkan kita bersendirian. Tuhan tidak pernah tidak hadir dalam percintaan dan perkahwinan manusia. Sebaliknya, Dia memberikan kasih dan perhatian.

 

3. Fungsi dan tujuan perkahwinan

Perkahwinan moden sering menyebabkan manusia menggeleng kepala dan meratap. Hal ini kerana fungsi dan tujuan perkahwinan telah diputarbelitkan dan fokusnya telah menjadi kabur secara beransur-ansur. Cinta telah menjadi kekeliruan; cinta telah kehilangan arah tujuan yang benar; konotasi cinta telah menjadi kesat dan tandus.

Perkahwinan tidak lagi diharapkan, dan percintaan juga terluka.

Ketidaktahuan dan salah faham tentang fungsi dan tujuan perkahwinan telah menyebabkan cinta disalahguna dan diperguna. Bencana ini bukan hanya akan menimbulkan masalah sosial, tetapi juga akan menjerumuskan manusia ke dalam malapetaka tragis.

Mari kita belajar daripada Alkitab di samping menempuh perjalanan perkahwinan yang benar:

  • Sebarkan – Agama, iman kepercayaan, pelayanan (Kej 1:28; Mal 2:15; Yos 24:14-18).
  • Saling membantu – Kehidupan, pekerjaan, iman kepercayaan (Kej 2:18; Pkh 4:9-12; Ams 31:10-11).
  • Berkongsi – Cinta, kejayaan, pengalaman (Ams 5:15-19; Pkh 4:9; 1 Ptr 3:7).
  • Dikuduskan – Tubuh, psikologi, kerohanian (1 Kor 7:2,9,13-16; 1 Ptr 3:1).
  • Rahsia – Kepala dan tubuh, suami dan isteri, Kristus dan jemaat (1 Kor 11:2-12; Ef 5:22-33).

 

C. SEKS DAN CINTA

1. Seks diciptakan oleh Tuhan

Tuhan menciptakan kedua-dua jantina serta menjadikan lelaki dan perempuan berbeza. Dia menciptakan manusia dengan keperluan dan kemampuan seksual, sehingga manusia dapat menyatakan cinta melalui seks dalam perkahwinan dan menikmati kepuasan percintaan. Seks ialah perbuatan Tuhan yang ajaib dan indah. Kita harus menerimanya dengan rasa takut akan Tuhan dan perasaan syukur.

 

2. Seks adalah suci

Semasa berada di Taman Eden, Adam dan Hawa telanjang, dan keduanya tidak berasa malu untuk menjadi satu daging (Kej 2:24,25). Di taman suci, hati kedua-duanya bersih dan tanpa cela. Perkahwinan memberikan keintiman tanpa jarak antara dua orang, disertai dengan hati yang damai dan manis tanpa batasan. Oleh itu, kita harus memelihara kekudusan sebelum bernikah, menghormati perkahwinan, menghormati kesucian seks dan menjaga kesucian (Ibr 13:4). Dengan itu, kita dapat menghargai dan merasai kemanisan percintaan yang suci setelah berkahwin.

 

3. Seks diciptakan untuk perkahwinan

Alkitab melarang hubungan seks luar nikah kerana perbuatan itu melanggar perintah Tuhan (Ul 22:22-24). Hubungan seks sebelum berkahwin juga berdosa kepada Tuhan dan tidak berkenan kepada Tuhan (Kel 22:16,17; Ul 22:28). Kehidupan seks yang normal dan bahagia antara suami dengan isteri dapat mengelakkan percabulan (1 Kor 7:1-5). Seks adalah eksklusif dan hanya boleh menjadi kepunyaan sendiri yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain (Ams 5:15-17).

Kekasih dan manis dalam kitab Kidung Agung bersama-sama menyanyikan kidung tentang tinggal sebilik. Kekasih berkata: “Dinda, pengantinku, kebun tertutup engkau, kebun tertutup dan mata air termeterai.” Manis menyimpan cinta yang sempurna untuk kekasihnya, dan kekasih menyatakan penghargaan kerana manis mempertahankan kesuciannya. Dalam cinta sejati perkahwinan, kedua-duanya melengkapkan padanan yang indah dan menyenangkan. Tubuh yang mereka berikan antara satu sama lain adalah suci dan lengkap (Kid 4:12-16).

Kemuflisan moral seksual adalah disebabkan oleh tidak mengenal Tuhan dan tidak takut akan Tuhan. Pembentukan dan kegigihan moral seksual berpunca daripada kepercayaan sejati kita kepada Tuhan, dan kita mematuhi moral seksual kerana takut akan Tuhan. Kehendak Tuhan ialah pengudusan kita iaitu supaya kita menjauhi percabulan, supaya kita masing-masing mengambil seorang perempuan menjadi isteri sendiri dan hidup dalam pengudusan dan penghormatan, bukan dalam keinginan hawa nafsu, seperti yang dibuat oleh orang-orang yang tidak mengenal Tuhan. Jika kita menolak perintah ini, kita menolak Tuhan yang memberikan Roh-Nya yang Kudus kepada kita (1 Tes 4:3-8).

 

4. Seks adalah berasaskan cinta

Seks tanpa cinta cenderung menjadi keingian daging yang mengurangkan kualiti cinta dan memandang rendah terhadap kesucian cinta.

Manis dalam kitab Kidung Agung merindukan belaian intim kekasihnya kerana cinta kekasihnya lebih nikmat daripada anggur. Daya tarikan ini membuatkan manis sudi berlari dan mengikutinya. Manis meluahkan kerinduan terhadap kekasihnya, iaitu monolog daripada keinginan hati dalamannya. Dia ingin kekasihnya mencium dia dengan kecupan, kerana cinta kekasihnya lebih nikmat daripada anggur. Aroma anggur yang lembut menjadikan hati riang dan gembira. Anggur membuat manusia berlama-lama. Cinta kekasihnya lebih indah daripada kemanisan anggur. Ekspresi manis sedemikian adalah kerana cinta murni kekasihnya membuatkannya mempunyai keinginan untuk berhubungan rapat dengan dia. Keinginan ini bukan mengenai status, kekayaan dan kepentingan. Keintiman berdasarkan cinta ialah cinta sejati, dan cinta sejati melampaui perkara material. Pengakuan manis yang tidak tertahan dan tidak malu ini adalah kerana dia menyedari cinta yang tulus dan berharga daripada kekasihnya (Kid 1:2-4).

 

5. Seks ialah berkat daripada Tuhan

Pasangan suami isteri menikmati keseronokan dan kepuasan seksual dalam perkahwinan, yang merupakan berkat daripada Tuhan. Cinta sejati merupakan sesuatu yang tidak sia-sia dalam hidup yang sia-sia (Pkh 9:9). Tuhan berjanji bahawa manusia akan memperoleh anak-anak sebagai milik pusaka menerusi cinta dan perkahwinan (Kej 1:28; Mzm 127:3). Cinta dalam perkahwinan memberikan penghiburan ketika berhadapan dengan duka dan penderitaan (Kej 24:67). Semua ini menunjukkan berkat Tuhan dalam cinta.

 

6. Seks ialah tanggungjawab

Seks ialah tanggungjawab yang harus dipikul terhadap pasangan masing-masing dalam perkahwinan (Ams 5:18,19; 1 Kor 7:3-5). Tambahan pula, seks dalam perkahwinan memainkan peranan dalam pembiakan hidup manusia (Kej 1:28; Mal 2:15). Seks mesti bertanggungjawab terhadap Tuhan dan kebenaran. Sikap seksual yang tidak bertanggungjawab dibenci oleh Tuhan (Mal 2:14-16).

Protagonis lelaki dan perempuan dalam kitab Kidung Agung menjalin persekutuan perkahwinan setelah saling menerima, berjanji dan berkomitmen (3:11). Kemudian, hubungan suami isteri menjadi satu daging tercapai dalam perkahwinan (4:1-5:1). Keseronokan erotik lelaki dan perempuan diciptakan dan dikurniakan oleh Tuhan. Tuhan menciptakan laki-laki dan perempuan menurut gambar-Nya. Ciri-ciri perbezaan gender menyebabkan lelaki dan perempuan saling menarik. Keinginan cinta dan kemampuan untuk mencintai menyebabkan manusia memerlukan cinta, mengenal cinta, dan dapat mencintai. Cinta dan seks tidak dapat dipisahkan, dan hanya dibenarkan dalam perkahwinan untuk disempurnakan dan diberkati. Hadiah yang terbaik ini diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Hadiah ini adalah suci dan mengasyikkan, menyeronokkan dan memuaskan.

 

KESIMPULAN:

    • Cinta dan perkahwinan ialah ubat yang baik dalam kekecewaan hidup. Cinta dan perkahwinan juga merupakan penghiburan dan kepuasan dalam hidup yang sia-sia.
    • Maksud cinta yang sebenarnya: Dua orang mempunyai cita-cita yang sama, diilhami oleh amanat yang sama, berkongsi kegembiraan dan penderitaan tanpa syarat, dan saling memberikan yang terbaik.
    • Bangunkan cinta dengan ikhlas, kendalikan cinta dengan hikmat, bimbing perkahwinan dengan kebenaran, dan kejarlah kebahagiaan dengan hidup.