PANDUAN PEMBACAAN KITAB IBRANI

Tema: Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya (Rm 10:4).

 

Penulis: Tidak diketahui.

 

Penerima: Umat Kristian di Ibrani.

 

Masa: Dianggarkan kira-kira tahun 60-an M.

 

Motif:

Terdapat banyak orang Yahudi yang percaya kepada Tuhan semasa zaman rasul. Sebagai contoh, ketika Paulus memberitakan Injil di merata tempat, dia terlebih dahulu memberitakannya kepada orang-orang Yahudi. Tetapi masalahnya ialah orang Yahudi masih bingung mengenai hubungan antara hukum Taurat dengan Kristus. Mesej yang disampaikan oleh kitab nabi-nabi orang Yahudi adalah bahawa Mesias dilahirkan dalam keluarga raja Daud, dan persekitaran pertumbuhan-Nya tidak boleh lebih rendah daripada kehidupan pertengahan. Mereka tidak pernah menyangka bahawa Tuhan Yesus dilahirkan di rumah tukang kayu yang hina, dan oleh itu pengenalan mereka tentang Kristus ini adalah sangat tidak memadai. Maka, kebanyakan penganiayaan yang dihadapi oleh para rasul dalam pemberitaan Injil adalah datang daripada orang Yahudi. Tambahan pula, sebilangan orang Yahudi yang percaya kepada Tuhan pada waktu itu menyebarkan ajaran sesat dengan mengatakan: Percaya kepada Yesus belum tentu dapat diselamatkan. Kepercayaan itu perlu ditambah dengan memegang hukum Taurat, menjalani sunat, dan lain-lain lagi. Mereka menyebarkan firman-firman “paradoks” ini dalam gereja zaman rasul dan menyebabkan banyak orang Kristian Yahudi berasa disesatkan.

Di samping itu, orang-orang Yahudi pada waktu itu bergabung dengan kuasa politik tempatan untuk menganiaya orang Kristian (penganiayaan itu dijalankan secara lebih langsung di Yerusalem). Penganiayaan ini menyebabkan kepercayaan kepada Yesus menjadi tanda “penderitaan”. Oleh itu, bagi sebilangan pemercaya yang menghadapi dua cabaran ini (ajaran sesat tentang memegang hukum Taurat dan penganiayaan daripada orang-orang Yahudi), iman kepercayaan mereka tentunya terjejas. Oleh itu, penulis pun menulis untuk menjelaskan hubungan antara hukum dalam Taurat Perjanjian Lama dengan kasih karunia dalam Perjanjian Baru. Tujuannya adalah supaya mereka mengetahui bahawa “Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya.” (Rm 10:4) dan memahami bahawa mempercayai Yesus merupakan satu-satunya cara untuk diselamatkan. Selain itu, mereka harus teguh berpegang sampai kepada akhirnya dalam semua penganiayaan dan menyelesaikan kehendak Tuhan. Dengan itu, mereka akan memperoleh kebenaran yang Tuhan mahu mereka miliki, iaitu “orang-Ku yang benar akan hidup oleh iman”.

 

Ciri-ciri:

A. Penulis kitab ini sangat jelas tentang hukum Taurat dalam Perjanjian Lama. Oleh itu, dia dapat membentangkan Perjanjian Lama sebagai cetak biru (blue-print) anugerah keselamatan, manakala Perjanjian Baru sebagai entiti anugerah keselamatan kepada kita satu persatu secara Oleh itu, kitab ini umpama jambatan antara Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru supaya kita yang diselamatkan pada hari ini mempunyai pemahaman yang jelas mengenai hubungan kesinambungan antara Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru.

 

B. Kitab ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru. Oleh itu, terdapat perbandingan yang jelas antara “hukum Taurat” dengan “hukum ibadah”.

1. Perbandingan dari segi pembentang

Perjanjian Lama – disampaikan kepada umat Israel oleh Musa sebagai pengantara (sebagai pelayan) (Gal 3:19, Ibr 3:1-5, Kel 24:5-8,12).

Perjanjian Baru – digenapi dan diberitakan kepada dunia oleh Yesus (Anak Tuhan) sebagai Rasul (Ibr 3:1).

Kedua-duanya dibandingkan dalam kitab Ibrani fasal 1-4. Sebagai utusan, Yesus ialah Anak dan Anak sulung yang tunggal, sementara malaikat yang melakukan pekerjaan Tuhan ialah roh yang melayani (Ibr 1:14). Sebagai pengantara, Musa ialah pelayan, sementara Kristus ialah Anak yang mengepalai rumah Tuhan (Ibr 3:1-6). Pelayanan Musa di rumah Tuhan adalah untuk memberi kesaksian tentang apa yang akan diberitakan kemudian – Kristus (Ibr 3:4-5). Apabila kedua-duanya dibandingkan, kita segera mengetahui bahawa kasih karunia Perjanjian Baru yang dipenuhi oleh Kristus adalah lebih indah daripada hukum Taurat, dan semua yang tertulis dalam hukum Taurat itu akan kembali ke dalam Kristus.

 

2. Perbandingan dari segi hukum ibadah: (isi kandungan utama hukum Taurat ialah hukum ibadah) (fasal 5 – 10:18)

  • Pelaksana persembahan korban: (imam besar)

Perjanjian Lama – keturunan Harun (akan mati), Perjanjian Baru – menurut peraturan Melkisedek (untuk selama-lamanya)

  • Perbandingan bahan persembahan korabn:

Perjanjian Lama – Khemah Suci duniawi, dan darah lembu dan domba. Perjanjian Baru – Khemah Suci syurgawi dan darah Kristus yang tak bernoda.

  • Maka persembahan Perjanjian Baru adalah lebih indah.

 

3. Perjanjian Lama ialah bayangan saja dan dipenuhi dalam entiti Perjanjian Baru

 

C. Selepas 10:19, kitab ini membincangkan perihal orang benar akan hidup oleh iman. Kitab ini mengingatkan mereka yang menerima anugerah keselamatan untuk mengikuti teladan orang-orang kudus kuno yang mempertahankan iman dan jangan kehilangannya.

 

Pembahagian:

Seluruh kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. Utusan yang lebih mulia (1 – 4:16)
  2. Persembahan yang lebih baik (5:1 – 10:18)
  3. Orang benar akan hidup oleh iman (10:19 – 13:25)

 

Pertama, utusan yang lebih mulia (fasal 1 – 4)

A. Utusan yang lebih tinggi (fasal 1 – 2)

1. Tuhan Yesus lebih tinggi daripada malaikat-malaikat (1:1 – 2:4)

  • Dari segi kedudukan (1:1-5)
  • Dari segi kuasa (1:6-9)
  • Dari segi tahun-tahun (1:10-12)
  • Dari segi kemuliaan (1:13-14)
  • Tidak boleh disia-siakan (2:1-4)

 

2. Tuhan Yesus ialah Penguasa dunia yang akan datang (2:5-18)

  • Dunia yang akan datang tidak dikuasai oleh malaikat-malaikat (2:5)
  • Yesus ialah Juruselamat dunia (2:6-18)

a. Firman yang menjadi manusia, sedikit lebih rendah daripada malaikat-malaikat (2:5-7)

b. Mendapat kemuliaan dan hormat kerana penderitaan (2:9-13)

c. Memusnahkan Iblis yang berkuasa atas maut oleh kematian-Nya (2:14-15)

d. Mengasihani saudara-saudara-Nya (2:16-18)

 

B. Pengantara yang lebih sempurna ( fasal 3 – 4:16)

1. Yesus lebih dihormati daripada Musa (3:1-6)

a. Musa sebagai pelayan (3:5)

  • Setia dalam segenap rumah Allah
  • Untuk memberi kesaksian tentang apa yang akan diberitakan kemudian

b. Kristus ialah Anak (3:1-6)

  • Mengepalai rumah Tuhan
  • Setia dalam segenap rumah seperti Musa
  • Kristus ialah ahli bangunan

2. Harus teguh berpegang pada keyakinan iman yang semula (3:7-19)

  • Peringatan sejarah (3:7-11)
  • Harus dijadikan sebagai sempadan (3:12-15)
  • Orang yang tidak percaya tidak boleh masuk ke tempat perhentian (3:16-19)

 

3. Harus berusaha masuk ke dalam perhentian itu (4:1-13)

a. Hanya Anak Tuhan sahaja yang dapat membawa manusia ke dalam perhentian (4:1-11)

  • Anak Tuhan memberitakan Injil kepada kita (4:1-4)
  • Yosua tidak dapat membawa manusia masuk ke tempat perhentian (4:5-8)
  • Harus berusaha masuk ke dalam perhentian itu (4:9-11)

b. Kunci utama memasuki perhentian – firman Tuhan dan Imam Besar (4:12-16)

  • Dengan penyelarasan firman Tuhan dan iman (4:12-13)
  • Dengan rahmat Imam Besar (4:14-16)

 

Kedua, persembahan korban yang lebih indah (5:1 – 10:18)

A. Imam Besar yang lebih terhormat (5:1 – fasal 8)

1. Tugas pelayanan Imam Besar yang terhormat (5:1-10)

  • Tanggungjawab Imam Besar – ditetapkan bagi manusia dalam hubungan mereka dengan Allah (5:1-3)
  • Harus dipanggil oleh Tuhan (5:4)
  • Kristus juga dipanggil untuk menjadi Imam Besar (5:5-6)
  • Taat sampai mati dan mendapat penghormatan – menurut peraturan Melkisedek (5:7-10)

 

2. Harus berusaha mengenali peraturan Melkisedek (5:11 – 7:19)

a. Harus menjadi dewasa (5:11 – 6:8)

  • Supaya dapat mengenali rahsia Melkisedek (5:11-14)
  • Supaya dapat mengelak daripada kehilangan iman (6:1-8)

b. Menjadi penurut-penurut mereka yang oleh iman mendapat bagian dalam apa yang dijanjikan Allah (6:9-20)

  • Harus pertahankan iman sampai pada akhirnya (6:9-12)
  • Meneladani iman Abraham (6:13-20)

i. Tuhan bersumpah dan memberikan janji kepada dia (6:13-20)

ii. Abraham menanti dengan sabar dan dengan demikian memperolehnya (6:15-17)

  • Yesus menjadi Imam Besar sampai selama-lamanya – supaya kita penuh dengan pengharapan (6:18-20)

 

3. Asal-usul Melkisedek (7:1-28)

  • Dia imam Allah Yang Mahatinggi (7:1-3)

i. Abraham memberikan sepersepuluh kepadanya (7:1-2)

ii. Dia dijadikan sama dengan Anak Allah (7:3)

  • Dia lebih besar daripada imam suku Lewi (7:4-10)

i. Bapa leluhur Lewi memberikan sepersepuluh kepadanya (7:4-6)

ii. Dia memberkati Abraham (7:7)

iii. Imam Lewi memberikan sepersepuluh kepadanya dengan perantaraan bapa leluhur (7:8-10)

  • Dia menjadi imam berdasarkan hidup yang tidak dapat binasa (7:11-19)

i. Suku Lewi tidak dapat membuatkan manusia mencapai kesempurnaan (7:11-12)

ii. Dia bukan berasal daripada suku Lewi (7:13-15)

iii. Dia menjadi imam berdasarkan hidup yang tidak dapat binasa (7:16-19)

  • Dia menjadi imam dengan sumpah (7:20-22)

i. Orang Lewi menjadi imam tanpa sumpah (7:20-21)

ii. Hanya Yesus yang menjadi imam dengan sumpah (7:22)

  • Imamat-Nya tidak dapat beralih kepada orang lain (7:23-25)

i. Dia tidak dicegah oleh maut (7:23)

ii. Dia menyelamatkan dengan sempurna (7:24-25)

  • Dia Imam Besar yang telah menjadi sempurna sampai selama-lamanya (7:26-28)

i. Dia tidak berdosa (7:26)

ii. Mempersembahkan korban satu kali dan untuk selama-lamanya (7:27-28)

 

4. Pekerjaan Imam Besar (8:1-13)

  • Yesus melayani ibadah di khemah sejati (8:1-2)
  • Ditetapkan untuk mempersembahkan korban dan persembahan (8:3)
  • Pelayanan di bumi ialah bayangan di syurga (8:4-5)
  • Yesus menjadi Pengantara dari perjanjian yang lebih mulia (8:6-13)

a. Perjanjian yang pertama itu cacat (8:6-9)

b. Mengadakan perjanjian yang baru (8:10-13)

 

B. Persembahan yang lebih baik (9:1 – 10:18)

1. Peraturan-peraturan persembahan korban perjanjian yang pertama (9:1-10)

  • Ada tempat kudus buatan tangan manusia (9:1-5)
  • Ada persembahan korban duniawi (9:6-7)
  • Hanya berlaku sampai tibanya waktu pembaharuan (9:8-10)

2. Persembahan yang lebih baik (9:11-23)

  • Kristus telah menjadi Imam Besar di khemah sejati (9:11)
  • Memeprsembahkan diri-Nya sebagai korban (9:12-15)
  • Peraturan-peraturan menebus dosa duniawi (9:16-22)
  • Persembahan-persembahan yang lebih baik dipersembahkan (9:23-28)

a. Segala sesuatu yang melambangkan apa yang ada di sorga haruslah ditahirkan dengan persembahan-persembahan yang lebih baik (9:23)

b. Kristus memasuki tempat kudus sejati, mengorbankan diri-Nya hanya untuk satu kali saja (9:24-28)

3. Persembahan yang lebih baik menyempurnakan manusia untuk selama-lamanya (10:1-18)

 

  • Persembahan korban dalam Perjanjian Lama ialah bayangan (10:1-4)

a. Tidak dapat menyempurnakan manusia (10:1-2)

b. Setiap tahun orang diperingatkan akan adanya dosa (10:3-4)

 

  • Persembahan korban dalam Perjanjian Baru ialah hakikat (10:5-14)

a. Nubuat Perjanjian Lama (10:5-8)

b. Yesus mempersembahkan tubuh-Nya satu kali kerana kehendak-Nya (10:9-11)

c. Menyempurnakan untuk selama-lamanya oleh satu korban saja (10:12-14)

 

  • Kesaksian Roh Kudus (10:15-18)

a. Mengadakan perjanjian yang baru (10:16)

b. Tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka yang diselamatkan dan ditebus (10:17-18)

 

Ketiga, orang benar akan hidup oleh iman (10:19 – 13:25)

1. Orang benar akan hidup oleh iman (10:19-39)

i. Harus menghadap Allah dengan keyakinan iman (10:19-25)

  • Yesus telah membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita (10:19-20)
  • Harus teguh berpegang pada pengharapan kita (10:21-23)
  • Jangan menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah (10:24-25)

ii. Jangan sengaja berbuat dosa (10:26-31)

iii. Harus tekun melakukan kehendak Allah (10:32-39)

  • Harus ingat akan iman masa yang lalu (10:32-34)
  • Harus bertekun sampai pada kesudahannya (10:35-39)

a. Harus melakukan kehendak Allah

b. Jangan mengundurkan diri dan binasa

 

2. Saksi iman (fasal 11)

  • Iman orang-orang benar zaman kuno (11:1-7)

i. Iman Habel

ii. Iman Henokh

iii. Iman Nuh

  • Iman nenek moyang (11:8-28)

i. Iman Abraham

ii. Iman Ishak

iii. Iman Yakub

iv. Iman Yusuf

v. Iman Musa

  • Iman orang-orang kudus zaman kuno (11:29-40)

 

3. Berlomba dengan tekun dalam perlombaan (fasal 12 – 13)

  • Berlomba dengan tekun (12:1-4)

i. Saksi iman bagaikan awan yang mengelilingi kita (12:1)

ii. Mata tertuju kepada Yesus (12:2-4)

  • Janganlah anggap enteng didikan Tuhan (12:5-13)

i. Ganjaran harus diderita setiap orang

ii. Supaya kita beroleh bagian dalam kekudusan-Nya (12:9-11)

iii. Jangan putus asa (12:12-13)

  • Jangan menjauhkan diri dari kasih karunia Allah (12:14-17)

i. Agar jangan tumbuh akar yang pahit (12:14-15)

ii. Peringatan Esau (12:16-17)

  • Beribadah kepada Allah dengan hormat dan takut (12:18 – 13:6)

i. Yerusalem syurgawi lebih mulia daripada gunung Sinai (12:18-22)

ii. Darah Yesus berbicara lebih kuat daripada darah Habel (12:23-25)

iii. Jangan mengabaikan Dia yang berbicara dari sorga (12:26-29)

iv. Kehidupan soleh yang sebenar (13:1-6)

a. Kasih persaudaraan

b. Memberi tumpangan kepada orang

c. Mengambil berat tentang anggota

d. Menghormati perkahwinan

e. Mengasihi Yesus

  • Pertahankan iman sampai pada kesudahannya (13:7-17)

i. Contohi iman pemimpin-pemimpin yang telah menyampaikan firman (13:7-8)

ii. Harus mengenali maksud dan semangat sebenar hukum Taurat (13:9-14) – Mengikuti Yesus dengan segenap hati

iii. Mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Tuhan (13:15-16) – Bukan korban dari segi kebendaan

iv. Harus tunduk pada pimpinan gembala (13:17)

  • Menyampaikan salam dan berkat (13:18-25)

i. Berdoa untuk gembala (13:18-19)

ii. Berkat (13:20-21)

iii. Salam dan kata-kata nasihat (13:22-25)