PENYEBARAN INJIL DAN INTERNET

PENYEBARAN INJIL DAN INTERNET

(Saudara Guo Wen Bei)

 

KATA PENGANTAR

Gaya hidup orang moden secara dasarnya telah berubah sejak kemunculan zaman Internet pada akhir abad yang lalu. Internet telah dipuji sebagai revolusi terbesar sejak penemuan komputer. Dengan kemunculan zaman Internet, puluhan ribu maklumat dapat diperoleh setiap saat, dan penyebaran maklumat global didasarkan pada “minit” sebagai unit perhitungan. Cara komunikasi sesama manusia juga telah berubah tanpa disedari. Penggunaan e-mel, pesanan segera (Instant Messenger), VoIP (Internet Telephony), laman web peribadi, atau blog menyebabkan interaksi sesama manusia mempunyai ruang yang lebih luas.

Alkitab menyatakan: “Beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak baik waktunya, nyatakanlah apa yang salah, tegorlah dan nasihatilah dengan segala kesabaran dan pengajaran.” (2 Tim 4:2).

Walaupun teknologi Internet telah memberi kita kemudahan dalam hidup, namun sebagai seorang penganut gereja benar yang bertanggungjawab memberitakan kebenaran keselamatan, kita harus memikirkan cara untuk mengubah kelebihan yang dibawa oleh teknologi moden menjadi senjata penyebaran Injil. Dengan daya pengaruh dan kekuatan tusukan dunia tanpa sempadan Internet, kita dapat menyebarkan Firman hidup kepada semua orang dan ke setiap sudut, “baik atau tidak baik waktunya”. Dengan berbuat demikian, kita tidak akan mengecewakan ajaran Tuhan Yesus, iaitu amanat “menjadi saksi Tuhan sampai ke hujung bumi”.

Pengaruh Internet terhadap kehidupan manusia merupakan topik yang besar. Unit ini hanya akan fokus pada bahagian “penyebaran Injil dan Internet” dan tumpu pada tiga bahagian berikut.

 

A. PENGETAHUAN MENGENAI PENYEBARAN INJIL MELALUI INTERNET

Setelah Musa meninggal dunia, Yosua menggantikan Musa sebagai pemimpin orang Israel. Tugas Yosua yang paling penting ialah memimpin orang Israel ke “negeri yang belum diduduki” (Yos 1:4). Menurut anggaran Computer Industry Almanac, populasi Internet dunia akan mencapai 1 bilion orang pada akhir tahun 2005, dan dalam kalangannya, pengguna bahasa Cina (termasuk bahasa Cina yang dipermudah) mencapai 130 juta orang. “Dunia baharu” ini memberikan wajah baharu kepada kerja penyebaran Injil orang-orang Kristian. Dari segi amanat gereja benar iaitu memberitakan Injil keselamatan, “negeri yang belum diduduki” ini nampaknya berada di depan mata kita dan tiba-tiba menjadi sangat luas dalam sekelip mata.

Namun, “penyebaran Injil melalui Internet” tidak sama dengan “kesusasteraan dalam talian”. Gereja mempunyai laman web khusus tidak bermaksud bahawa penyebaran Injil melalui Internet sudah diaktifkan. Sebagai cara baharu untuk menyebarkan Injil, kita perlu mempunyai pemahaman yang lebih lanjut tentang “penyebaran Injil” dan “Internet”. Dengan demikian, adalah diharapkan agar gabungan kedua-duanya dapat memenuhi keperluan sebenar pemberitaan Injil dalam keadaan realiti dengan sumber yang terbatas. Semoga tenaga kerja, waktu, dan wang yang dilaburkan dapat membuahkan hasil yang diharapkan.

  1. Kelebihan dan keterbatasan Internet

Sebagai sebuah platform komunikasi, Internet mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:

  • Tidak dibatasi oleh masa dan ruangseperti media tradisional. “Internet” beroperasi sepanjang tahun tanpa cuti berbanding media terkenal seperti surat khabar, majalah, radio, dan televisyen.
  • Dari segi kaedah komunikasi, Internet mempunyai ciri-ciri komunikasi dua hala (two-way communication) dan interaktif segera (instant interaktive).
  • Kos awal (initial cost) penyebaran Injil melalui Internet tidak tinggi berbanding media tradisional, dan tahap teknikalnya juga rendah. Terdapat sebilangan pemercaya gereja benar yang giat telah membuat laman web mereka sendiri untuk memperkenalkan doktrin gereja. Terdapat juga banyak gereja tempatan yang menubuhkan laman web gereja.
  • Internet dapat memberikan maklumat yang berbeza bagi orang yang berbeza supaya pengguna dapat mengawal serapan maklumat sepenuhnya sesuai dengan keperluan mereka.
  • Sumber Internet boleh digunakan semuladengan kekerapan yang tinggi. Sebagai contoh, sebuah artikel yang membincangkan doktrin atau kesaksian kasih karunia merupakan pengalaman paling baharu bagi setiap pembaca yang membacanya untuk pertama kali. Dari perspektif ini, laman web pada masa yang sama boleh memainkan peranan sebagai perpustakaan yang dipanggil e-perpustakaan (eLibrary) supaya sumber di dalamnya dapat digunakan berulang kali.
  • Skop Internet dapat diperluas dan diperpanjang (jangkauan) dengan potensi yang tidak dapat diramalkan. Sebagai contoh, laman web ibu pejabat Amerika Syarikat telah mendapat respons daripada pembaca dari Rusia, Afrika, Australia, dan bahkan Pakistan. Kerja suci di kawasan Kongo, Afrika juga merupakan contoh terbaik bagi penyebaran Injil melalui Internet. Kemampuan ini sebenarnya tidak dapat dicapai oleh radio dan televisyen tempatan.

 

Walau bagaimanapun, ada dua sisi untuk setiap perkara. Internet juga mempunyai keterbatasan seperti berikut:

  • Pengguna Internet harus sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan yang secukupnya tentang komputer. Hal ini menyebabkansasaran penyebaran Injil melalui Internet mempunyai batasan tertentu. Oleh itu, Internet tidak seperti radio dan televisyen yang dapat digunakan terhadap semua orang tanpa mengira sasarannya.
  • Pengguna mempunyai kawalan mutlak semasa melayari laman web, e-mel, atau komunikasi segera. Hal ini menyukarkan kerja-kerja pengesanan atau tindakan susulan. Hasil penyebaran Injil tidak dapat dinilai jika pengguna Internet tidak memberikan maklum balas (feedback) secara aktif.
  • Isi kandungan laman web yang berjaya mesti dikemas kini dari semasa ke semasa dan mesti bertindak balas terhadap sebarang keadaan yang tercetus secara tiba-tiba atau mesej pelawat tepat pada masanya. Laman web yang tidak mempunyai kemas kini isi kandungan untuk jangka masa yang lama atau tidak diselenggara dengan baik pasti akan semakin berkurang pelawatnya dan akhirnya hilang begitu saja. Dengan kata lain, laman web penyebaran Injil yang beroperasi sepanjang tahun juga bermaksud bahawa kakitangan berada dalam keadaan “bersedia untuk berperang”24 jam sehari.
  • Ciri ketanpanamaan Internet yang unik menjadi salah satu risiko kerja penyebaran Injil kerana komunikasi dalam talian berbeza dengan komunikasi bersemuka. Oleh sebab mustahil untuk “mendengarperkataannya dan melihat tindakannya”, maka adalah mustahil untuk mengetahui motif sebenar pelawat atau rakan komunikasi, bahkan mustahil untuk menilai keaslian isi kandungan naratifnya.

 

  1. Bentuk penyebaran Injil melalui Internet:

Bentuk penyebaran Injil melalui Internet ada ciri keaktifan, ciri proaktif dan ciri kepelbagaian. Bentuk penyebaran Injil yang kreatif merupakan ciri penting bagi penyebaran Injil melalui Internet. Berdasarkan mod interaktif penyebaran Injil melalui Internet, bentuk-bentuk penyebaran Injil melalui Internet boleh dibahagikan secara kasar kepada berikut:

  • Laman dan laman web penyebaran Injil:

Pada masa ini, kebanyakan mazhab memilih penggunaan laman web untuk mencapai tujuan penyebaran Injil melalui Internet. Laman web dapat membekalkan maklumat yang lengkap dan komprehensif. Oleh itu, laman web yang kaya dengan isi kandungan dan mesra penggunaan ialah asas penyebaran Injil melalui Internet.

  • Penyebaran Injil melalui video Internet

Teknologi pemampatan audio-visual semasa yang semakin matang dan peningkatan populariti akses Internet jalur lebar meningkatkan kebolehcapaian kaedah mendengar dan menonton dalam talian. Ciri-ciri ini juga membolehkan isi kandungan dimuat turun dan dimainkan berulang-ulang oleh warganet. Oleh itu, penghasilan bahan audio visual yang berkualiti tinggi merupakan medium yang baik untuk penyebaran Injil melalui Internet.

  • Forum, kawasan perbincangan terperinci dan perkongsian:

Laman web penyebaran Injil umumnya mempunyai sebilangan besar forum atau kawasan perbincangan. Format forum lebih seperti halaman untuk warganet iaitu warganet menetapkan topik mereka sendiri dan berbincang dengan bebas. Forum bertujuan untuk menyediakan tempat bagi perkongsian kepercayaan peribadi. Kawasan perbincangan pula memberikan penekanan pada interaksi antara warganet. Tujuannya adalah supaya pencari Injil atau kawan-kawan gereja lain yang berminat dengan kebenaran memiliki ruang yang sesuai untuk berinteraksi.

Suasana penulisan gereja ini selalunya kurang popular dan terdapat kekurangan sumber bahan untuk terbitan di gereja. Forum, medan, atau kawasan perbincangan dalam laman web boleh digunakan sebagai tempat yang baik untuk melatih askar bagi bidang kesusasteraan.

  • Kesusasteraan multimedia:

Pengguna Internet mempunyai kebiasaan mengumpul fail yang boleh dimuat turun secara percuma, terutamanya gambar yang cantik atau muzik yang sedap didengar. Dengan fungsi kuat Power Point produk Microsoft, semakin banyak orang menerima e-mel dalam bentuk bukan hanya artikel atau foto, tetapi sekumpulan fail persembahan ringkas yang dibuat secara khas. Fail persembahan seperti ini dapat menggabungkan foto, artikel, reka bentuk seni, dan muzik menjadi multimedia tunggal yang “kecil tetapi cantik”. Oleh itu, menghasilkan bahan kesusasteraan dengan menggunakan Power Point bagi penyebaran Injil untuk dimuat turun oleh warganet juga merupakan cara yang baik untuk penyebaran Injil melalui Internet.

  • Surat berita elektronik, e-kad dan risalah elektronik:

Penggunaan surat berita elektronik atau e-kad yang dihantar secara berkala merupakan satu alat yang proaktif dan sederhana untuk menindaklanjuti pencari Injil atau warganet. Walau bagaimanapun, kebanjiran e-mel spam di Internet menyebabkan banyak e-mel telah disaring sebelum dihantar ke peti mel pihak lain. Oleh itu, e-mel yang berkesan mesti mengelak daripada menjadi “e-mel pengiklanan” semata-mata. Penerima e-mel harus dapat merasakan keprihatinan khas e-mel itu sehingga dia bersedia menghabiskan tiga hingga lima minit untuk membaca e-mel yang berkenaan dan memperoleh sesuatu selepas pembacaannya. Dengan demikian, kita dapat membentuk suatu jaringan Injil lain yang tidak dapat dilihat dalam perhubungan melalui e-mel bagi jangka masa panjang.

 

B. INDIVIDU DAN PENYEBARAN INJIL MELALUI INTERNET

Kehidupan orang moden semakin berkait rapat dengan Internet, dan terdapat banyak bakat IT dalam gereja yang telah mempelajari kepakaran. Oleh itu, dalam keadaan sumber tenaga manusia yang terhad, lebih banyak seiman harus didorong untuk bersama turut serta dalam penyebaran Injil melalui Internet. Dengan demikian, lebih banyak peluang pelayanan Injil dapat diberikan kepada para seiman. Di samping itu, pelayanan ini membolehkan orang muda dalam Tuhan menghabiskan masa dalam talian untuk iman kepercayaan dan pelayanan injil yang bermakna, bukannya untuk aktiviti dalam talian yang tidak bermakna.

Sebelum mengambil bahagian dalam penyebaran Injil melalui Internet, individu boleh mempersiapkan diri dalam beberapa aspek:

  1. Mempunyai keghairahanbekerja untuk Tuhan dan kasih: (1 Kor 16:14; Ef 4:2)

Penyebaran Injil melalui Internet juga merupakan sejenis kerja suci yang memerlukan keghairahan dan kasih. Penyebaran Injil melalui Internet berbeza dengan kepemimpinan iman kepercayaan secara langsung dalam dunia nyata. Ada kalanya, keghairahan ini tidak berkekalan kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ada kalanya, keprihatinan jangka panjang diperlukan kerana keadaan khusus sasaran. Ada kalanya, salah faham tercetus kerana komunikasi yang tidak berkesan. Dalam situasi-situasi ini, individu harus memimpin dengan sabar berdasarkan kasih dan keghairahan (2 Tim 4:2).

 

  1. Memahami kebenaran yang diberitakan oleh gereja benar (Ef 4:24, 6:14)

Walaupun ada banyak orang muda yang giat telah menerima pendidikan agama sejak kecil dan sudah fasih dengan doktrin gereja ini, namun mereka sering berasa tidak berdaya bak hendak hinggap tiada berkaki apabila benar-benar perlu menjelaskan perbezaan antara gereja ini dengan gereja lain secara terperinci berdasarkan Alkitab. Hal ini kerana doktrin dan konsep yang kita anggap seharusnya demikian mungkin tidak pernah didengar atau tidak dapat dipersetujui oleh kebanyakan orang. Walaupun kita menerima banyak ajaran dalam bidang ini, kita kekurangan latihan praktikal dalam aspek perbincangan firman.

Dalam kalangan agama Kristian sejagat, mengapa Gereja Yesus Benar merupakan gereja yang “mempunyai penyertaan Tuhan dan kebenaran keselamatan”?

Ketika rakan-rakan dari luar gereja datang untuk berdebat tentang kebenaran keselamatan dengan memetik daripada banyak teori teologi buku-buku, bagaimana kita dapat menjelaskannya secara terperinci berdasarkan Alkitab? “Luahan ialah alat serapan yang ampuh”. Sekiranya kita berusaha untuk membuat penjelasan lengkap mengenai kebenaran dan doktrin yang diberitakan oleh gereja benar berdasarkan Alkitab, kita dapat dengan mudah menemukan kekurangan kita sendiri. Latihan praktikal sebenar penyebaran Injil melalui Internet pasti akan mengukuhkan pemahaman kita tentang kebenaran keselamatan gereja benar.

 

  1. Memperkaya hikmatdan pengetahuan rohani sendiri (2 Tim 3:15-16)

Dalam proses berbincang firman atau memimpin di atas talian, kita sering menghadapi pertanyaan yang diajukan oleh warganet atau pencari Injil.

Sebilangan pertanyaan ini adalah berkaitan dengan kehidupan iman kepercayaan, dan sebilangannya ialah persoalan yang sukar dalam Alkitab atau memberikan justifikasi antara doktrin. Apabila menghadapi pertanyaan yang tidak pasti, kita harus meminta ahli jabatan kudus untuk menjawabnya. Namun jika kita bertekad untuk menjadi pekerja penyebaran Injil melalui Internet barisan depan di samping mengurangkan beban pendeta, kita harus terus memperkaya pengetahuan rohani kita supaya kita dapat membantu kerja suci di atas talian secara praktikal.

Orang kuno berkata: “akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih”. Demikian juga dengan pengetahuan Alkitab. Beberapa ayat kitab yang kita anggap sangat fasih sering kali tidak dapat ditemukan ketika kita memerlukannya. Kefasihan tentang kebenaran dalam Alkitab adalah seperti perajurit baik yang diperlengkapi dengan baik (Ef 6:11,13-17). Hasil yang dapat dilakukan oleh seorang askar yang berjalan di barisan depan tanpa kelengkapan pastinya tidak sehebat yang diharapkan.

 

  1. Belajar pengetahuan asas Internet dan kembangkan kepakaran yang dapat diterapkan dalam penyebaran Injil melaluiInternet

Penyebaran Injil melalui Internet didasarkan pada dunia Internet. Oleh itu, para pekerja yang menyebarkan Injil haruslah menguasai pengetahuan asas penggunaan Internet. Sebagai tambahan kepada pengetahuan asas melayari Internet, setiap orang juga harus mengembangkan kepakaran yang diperlukan untuk menyebarkan Injil melalui Internet mengikut minat dan profesion masing-masing. Sebagai contoh: penyelenggaraan laman web, reka bentuk web, reka bentuk seni, penulisan karya, dan sebagainya.

Sama seperti penghasilan “risalah Internet, e-kad” dan “kesusasteraan multimedia” yang disebutkan dalam perenggan sebelum ini, kita memerlukan bakat-bakat reka bentuk berbantukan komputer, penyuntingan karya dan muzik yang cemerlang.

 

  1. Biasa dengan sumber Internet dalamgereja

Dalam perjalanan penyebaran Injil melalui Internet, usaha yang dapat dilakukan dengan kemampuan sendiri adalah sangat terhad. Selain kemampuan, masa yang boleh dilaburkan juga terhad. Pengetahuan tentang sumber-sumber Internet gereja akan menjadikan kerja individu lebih cekap.

Selain sumber-sumber Internet gereja ini, beberapa laman web berasaskan rujukan juga boleh dipertimbangkan untuk dijadikan rujukan. Sebagai contoh, laman web yang menyediakan terjemahan Alkitab yang berbeza, geografi dan peta tempat-tempat yang kudus, ensiklopedia Alkitab, dan sebagainya.

 

C. STATUS SEMASA DAN PROSPEK

Pada masa ini, penyebaran Injil melalui Internet bagi Gereja Jesus Benar yang agak sistematik adalah melalui laman web (www.joy.org.tw) yang dihasilkan oleh ibu gereja Taiwan. Dengan kelebihan geografi, laman web ini menggabungkan karya terbitan gereja di Taiwan dengan sumber sedia ada radio dan televisyen. Gabungan ini membolehkan isi kandungan laman web dikemas kini secara berkala. Berkat kerja keras sukarelawan laman web ini selama bertahun-tahun, gereja kini mempunyai asas yang cukup baik bagi penyebaran Injil melalui Internet dalam bahasa Cina.

Laman web (www.tjc.org) yang direka bentuk dan dikendalikan oleh Jabatan Kesusasteraan Amerika Syarikat seperti yang diamanahkan oleh ibu gereja antarabangsa kini telah memasuki laman web generasi ketiga di samping menguruskan projek khas “Internet Ministry Program” yang disebut sebagai “IMP”. Projek ini ditujukan ke arah “operasi yang konsisten” dan “platform multibahasa”. Rancangan strategi global untuk penyebaran Injil melalui Internet bertujuan untuk membantu gereja-gereja di semua wilayah bahasa supaya mereka mempunyai portal yang berkualiti tinggi. Selain Bahasa Inggeris, kemajuan Bahasa Sepanyol, Indonesia / Melayu, dan Jepun semuanya melebihi 60%. IMP semasa memikul tugas yang paling sukar iaitu penyebaran Injil melalui Internet dengan sumber yang paling sedikit kerana sumber yang sangat terhad dan kekurangan tenaga kerja yang melampau.

Berdasarkan pengalaman semasa, dua masalah utama yang kita hadapi dalam penyebaran Injil melalui Internet ialah “penglibatan sukarelawan” dan “integrasi sumber”. Oleh itu, prospek masa depan penyebaran Injil melalui Internet harus berusaha keras ke arah ini.

  1. Menggalakkan penglibatansukarelawan secara terancang

Berbanding dengan penyebaran agama melalui perubatan atau penginjilan melalui muzik, penyebaran Injil melalui Internet adalah sejenis pelayanan Injil yang tidak dibatasi masa dan ruang serta dapat mempersembahkan diri pada bila-bila masa. Hasilnya adalah seperti “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Asalkan kita bersedia untuk berkorban, usaha itu pasti akan membuahkan hasil. Oleh itu, kita harus secara sistematik memanggil seiman di dalam Tuhan untuk turut serta dalam barisan kerja suci ini. Selain mengadakan kem kesusasteraan Internet dari semasa ke semasa, kita juga boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan kerja suci ini secara khas semasa Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid apabila penyebaran Injil melalui Internet dimasukkan ke dalam sistem penyebaran Injil secara keseluruhan.

Ketua penyebaran Injil melalui Internet juga boleh membentuk kumpulan sukarelawan dan pangkalan data kepakaran setelah pelbagai aktiviti latihan. Ketua juga boleh secara aktif menjemput pelajar-pelajar untuk menjadi sukarelawan penyebaran Injil melalui Internet sebagai tindakan susulan selepas itu dan memberikan tugas menurut kepakaran atau minat mereka supaya mereka ada peluang untuk menjalani praktikal dan latihan penyebaran Injil.

 

  1. Integrasi sumber

Bahagian integrasi sumber juga boleh dibahagikan kepada dua aspek: “bakat” dan “maklumat”.

Perbezaan terbesar antara Gereja Yesus Benar dengan denominasi lain adalah bahawa kita menekankan kesatuan gereja. Oleh itu, Gereja Yesus Benar di seluruh dunia adalah seperti satu keluarga besar. Gereja-gereja tempatan pula ada banyak bakat sama ada dalam bidang perisian komputer mahupun perkakasan komputer. “Internet tanpa sempadan” juga memberi kita peluang integrasi yang sangat baik. Matlamat bersama “penyebaran Injil melalui Internet” seharusnya membolehkan orang muda dalam Tuhan di seluruh dunia saling menyokong dan bekerjasama di luar sempadan.

“Integrasi maklumat” pula merujuk kepada isi kandungan penyebaran Injil. Salah satu peranan laman web penyebaran Injil yang paling penting ialah membekalkan maklumat (information providing). Sejak beberapa dekad yang lalu, karya terbitan, bahan kesusasteraan atau bahan audio-visual yang terkumpul di Taiwan dapat membantu memperkaya isi kandungan penyebaran Injil melalui Internet di pelbagai tempat. Sekiranya bahan-bahan ini dapat didigitalkan dan diubah menjadi data komputer, perkongsian maklumat seperti ini dapat mencapai tahap yang sangat luas. Namun, mendigitalkan bahan terbitan untuk beberapa dekad merupakan satu projek besar yang tidak mudah. Oleh itu, belajarlah daripada pengalaman. Kita harus merekod dan menyimpan semua maklumat atau karya kesusasteraan dengan kaedah digital secara terancang pada hari-hari biasa.

Pendigitalan maklumat pasti akan memudahkan integrasi bidang-bidang yang berbeza. Antaranya, maklumat dalam bahasa Inggeris dapat menerima manfaat yang paling banyak daripada perkongsian sumber. Hal ini kerana bahasa Inggeris bukan sahaja merupakan bahasa yang paling umum di dunia, tetapi juga merupakan bahasa kedua yang paling penting bagi laman web bukan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, maklumat yang dikumpulkan oleh ibu gereja antarabangsa dapat disebarkan dengan cepat ke ibu gereja di seluruh dunia, dan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, Sepanyol, Perancis, Indonesia, Jepun atau Korea. Hal ini benar-benar mencapai matlamat “integrasi maklumat dan perkongsian sumber”.

Gereja Yesus Benar di seluruh dunia mempunyai doktrin dan akidah yang sama. Banyak kasih karunia dan kesaksian yang tidak ada batasan latar belakang budaya. Dengan kelebihan ini, isi kandungan maklumat yang boleh dijadikan sebagai perkongsian adalah sangat banyak asalkan halangan terjemahan bahasa diatasi. Walaupun penyebaran Injil melalui Internet merupakan cara penyebaran Injil yang baharu, namun makna yang diwakilinya bukan hanya melibatkan wajah baharu dalam pelayanan Injil, tetapi juga melibatkan peluang baik bagi Gereja Yesus Benar di seluruh dunia untuk membangun satu platform komunikasi dan perkongsian sumber bagi kerja penyebaran Injil. Jika kita dapat mara ke hadapan secara terancang dan beriman, pastinya setiap seiman yang mempunyai kesedaran amanat akan dapat menyumbangkan sedikit usaha mereka. Hasil “bersatu kita teguh” pasti membolehkan pemberitaan Injil gereja benar mempunyai visi global yang baharu.

 

GARIS PANDUAN SOALAN PERBINCANGAN

  1. Adakah anda pernah mempunyai pengalaman berinteraksi dengan orang melalui Internet dalam masa nyata? Apakah pendapatanda tentang Internet?
  2. Pernahkah anda melayari laman web gereja iniatau laman web Injil gereja lain? Bolehkah anda berkongsi tentang pendapat anda? Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang diperlukan oleh laman web gereja ini?
  3. Adakah anda mempunyai pengalaman menyebarkan Injil melaluiInternet? Pada pendapat peribadi anda, apakah kesukarannya yang terbesar?
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman serupa, pada pendapat anda, apakah jenis pelayanan Internet yang dapat anda lakukan pada masa kelak?

 

SUMBER RUJUKAN

  1. ied.gospel.com.net
  2. Computer Industry Almanac (c-i-a.com)