SEJARAH PENYEBARAN AGAMA GEREJA YESUS BENAR (DUNIA)

SEJARAH PENYEBARAN AGAMA GEREJA YESUS BENAR (DUNIA)

(Pendeta Lin Yong Ji)

 

Penubuhan gereja benar bukanlah suatu kebetulan. Dari perspektif soteriologi (soteriology), Tuhan akan mendirikan kerajaan-Nya melalui bangsa-bangsa lain pada hari-hari terakhir. Nabi Yesaya pernah berkata: “Mereka akan membangun reruntuhan yang sudah berabad-abad, dan akan mendirikan kembali tempat-tempat yang sejak dahulu menjadi sunyi; mereka akan membaharui kota-kota yang runtuh, tempat-tempat yang telah turun-temurun menjadi sunyi. Orang-orang luar akan melayani kamu sebagai gembala kambing dombamu, dan orang-orang asing akan bekerja bagimu sebagai petani dan tukang kebun anggurmu.” (Yes 61:4-5). Paulus mengatakan bahawa keselamatan telah sampai kepada bangsa-bangsa asing oleh ketidakpercayaan orang Israel. Dia berkata: “Adakah mereka tersandung dan harus jatuh? Sekali-kali tidak! Tetapi oleh pelanggaran mereka, keselamatan telah sampai kepada bangsa-bangsa lain, supaya membuat mereka cemburu. Sebab jika pelanggaran mereka berarti kekayaan bagi dunia, dan kekurangan mereka kekayaan bagi bangsa-bangsa lain, terlebih-lebih lagi kesempurnaan mereka. Aku berkata kepada kamu, hai bangsa-bangsa bukan Yahudi. Justru karena aku adalah rasul untuk bangsa-bangsa bukan Yahudi, aku menganggap hal itu kemuliaan pelayananku, yaitu kalau-kalau aku dapat membangkitkan cemburu di dalam hati kaum sebangsaku menurut daging dan dapat menyelamatkan beberapa orang dari mereka.” (Rm 11:11-14). Paulus juga menyebutkan bahawa gereja pada hari-hari terakhir adalah ditubuhkan melalui tangan bangsa-bangsa lain. Dia berkata: “Sebab, saudara-saudara, supaya kamu jangan menganggap dirimu pandai, aku mau agar kamu mengetahui rahasia ini: Sebagian dari Israel telah menjadi tegar sampai jumlah yang penuh dari bangsa-bangsa lain telah masuk. Dengan jalan demikian seluruh Israel akan diselamatkan, seperti ada tertulis: “Dari Sion akan datang Penebus, Ia akan menyingkirkan segala kefasikan dari pada Yakub.”” (Rm 11:25-26). Perkembangan gereja sejak zaman rasul hingga sekarang membolehkan kita memahami bahawa Tuhan telah memilih gereja benar pada hari-hari terakhir supaya Injil kerajaan syurga yang sempurna itu diberitakan di seluruh dunia, sesudah itu barulah tiba kesudahannya (Mat 24:14).

Oleh itu, perkembangan gereja benar berkait rapat dengan keadaan akhir zaman. Kita mesti memahami perkembangan akhir zaman pada masa akan datang dan cara untuk bertindak balas, dan kita mesti mengenali gereja benar.

 

A. SEJARAH RINGKAS GEREJA YESUS BENAR

  1. Asal-usul Gereja Benar
    • Biografi ringkas Zhang LingSheng

Dia telah mempercayai Tuhan di Gereja Presbyterian selama 10 tahun sejak tahun 1900. Dia menerima Roh Kudus dan berbicara dalam bahasa lidah pada 20hb Disember (9hb Februari 1910 kalendar Gregorian). Dia menukar namanya kepada Lingsheng (dahulunya dikenali sebagai Bin) setelah mendapat wahyu Tuhan. Pada tahun yang sama, “Gereja Yesus Benar” didirikan di Wei County untuk memelihara hari Sabat (datang daripada wahyu).

Pada tahun 1914, dia pergi ke Beijing dan diurap sebagai penatua oleh Pastor Bernt Berntsen (orang Amerika) dari Apostolic Faith Church. Pada musim bunga tahun 1918, dia pergi ke “Gereja Yesus Benar” di Tianjin untuk bertemu dengan Paul Wei dan memelihara hari Sabat bersama. Setelah ditumpangkan tangan oleh Wei, dia juga memperoleh kekuatan untuk membuat pembaharuan dan bekerja bersama dengan Wei. Pada Februari 1919 (bulan Mac kalendar Gregorian), keluarga Wei pergi ke Wei County untuk bekerja dengan Ling Sheng. Ketika Wei hampir meninggal dunia, Ling Sheng juga hadir di sana dan diurap oleh Wei sebagai penilik.

 

  • Biografi ringkas Barnabas Zhang

Pada tahun 1910, Zhang Ling Sheng dari kaum yang sama memberitakan Injil di kampungnya. Pada bulan Mac 1911 (bulan April kalender Gregorian), Barnabas mendengar suara dari syurga yang berkata: “Anugerah keselamatan pada hari-hari terakhir adalah dari timur ke barat, dan semua orang akan diselamatkan”. Dia menerima Roh Kudus dan berbicara dalam bahasa lidah. Ling Sheng membaptis seluruh keluarga mereka dalam nama Tuhan Yesus.

Pada bulan Februari 1916 (bulan Mac kalender Gregorian), dia mendengar suara Tuhan yang berkata: “Kamu harus memberitakan Injil ke selatan, Aku akan memberikan kuasa yang besar kepada kamu.” Pada bulan April (bulan Mei kalendar Gregorian), dia menukar namanya kepada Barnabas (sebelumnya dikenali sebagai Dian Ju) setelah mendapat wahyu Tuhan.

Pada bulan Julai 1917 (bulan Ogos kalender Gregorian), Roh Kudus mendesaknya untuk memberitakan Injil dan mendirikan gereja di daerah-daerah Anqiu, Zhucheng, Gaomi dan tempat-tempat lain di Shandong.

Pada musim luruh tahun 1919, dia memberitakan Injil ke tempat jauh, mendirikan 42 buah gereja dan membaptiskan lebih daripada 2,000 orang.

Pada bulan September 1923, dia pergi ke Fuzhou untuk memberitakan Injil dan mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani selama tiga hari. 22 orang menerima Roh Kudus dan 93 orang dibaptiskan pada hari ketiga lalu mendirikan gereja di Fuzhou. Pada bulan Jun 1925, 131 orang dibaptiskan setelah pemberitaan Injil selama seminggu di Wenzhou. Dia pergi ke Fuzhou untuk kali kedua untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat perwakilan seluruh daerah. Lebih daripada 60 buah gereja telah didirikan di Fujian hanya dalam masa dua tahun.

Pada 19hb Januari 1926, dia pergi ke Taiwan untuk memberitakan Injil. Tujuh orang yang menyertainya termasuk Thomas Guo, Luke Gao, Chen Yuanqian, Huang Chengcong, Wu Daoyuan, Wang Qinglong, dan Huang Xingmin. 62 orang dibaptiskan di 15 Zhangli di Xianxi Township, Changhua County, dan gereja Xianxi pun didirikan. Setelah tiga hari memberitakan Injil di Niutiaowan, Chiayi County, lebih daripada 30 orang dibaptiskan, dan gereja Niutiaowan pun didirikan. Setelah tiga hari memberitakan Injil di daerah Qingshui, Taichung County, 11 orang dibaptiskan dan gereja Qingshui pun didirikan. Dia kembali ke Tanah Besar pada 1hb Mac (12hb April kalendar Gregorian).

Dia bertugas sebagai ketua ibu pejabat dari Ogos 1926 hingga Mei 1930. Pada bulan September 1929, dalam Mesyuarat Agung yang kelima, dia terpilih kembali sebagai salah seorang ketua ibu pejabat. Pada masa yang sama, mereka memutuskan untuk mengkaji semula asal-usul Gereja Yesus Benar. Barnabas tidak berpuas hati dengan tindakan ini. Tidak lama kemudian, dia mendirikan ibu pejabat swasta di Hong Kong, yang disebut Gereja Yesus Benar China (Chinese True Jesus Church), mengangkat dirinya sebagai ketua penilik, dan menerbitkan majalah sendiri. Pada tahun 1930, Mesyuarat Agung yang keenam memutuskan untuk memecat namanya.

 

  • Biografi ringkas Paul Wei

Pada musim luruh tahun 1904, seluruh keluarganya dibaptiskan di London. Pada bulan Mei 1916 (bulan Jun kalendar Gregorian), dia sakit tenat. Setelah tiga bulan menjalani rawatan dengan perubatan Cina dan Barat, dia masih tidak sembuh. Pada bulan Ogos, setelah diperkenalkan, dia menghubungi Pastor Bernt Berntsen dari Apostolic Faith Church. Setelah berdoa selama beberapa hari, dia sembuh daripada penyakitnya dan dibaptiskan bersama dengan isterinya oleh Bernt. Tidak lama kemudian, dia menerima Roh Kudus dan berbicara dalam bahasa roh.

Pada bulan Mac 1917 (bulan April kalender Gregorian), dia menerima karunia menyembuhkan penyakit dan mengusir syaitan. Tuhan berbicara dan menyatakan bahawa dia harus berpuasa selama 39 hari. Dalam tempoh puasa, dia berdoa dan berkarya sepanjang hari. Dia juga sering memberitakan Injil ke merata tempat dan hanya tidur tiga jam sehari. Semasa berdoa, tiba-tiba ada suara dari langit yang berkata kepadanya: “Kamu harus terima baptisan Yesus!”.

Kemudian, dia dipimpin oleh Roh Kudus ke sungai Dahongmen di luar pintu Yongding. Dia sujud di dalam air dan berdoa. Terdapat suara yang nyaring berkata kepadanya: “Kamu harus dibaptis dengan muka menghala ke bawah!”. Selepas baptisan itu, dia mengangkat kepalanya dan melihat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Setelah memasuki hutan, dia sekali lagi melihat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Dia diarahkan oleh Tuhan untuk menukar nama kepada Paul (sebelumnya dikenali sebagai En Bo) dan memperbaiki kesalahan pelbagai denominasi. Pada 13hb Mei, puasa 39 hari berakhir, dan dia mendapat kuasa. Juruselamat menampakkan diri lagi kepadanya di padang gurun, dengan Musa dan Elia di kedua sisinya. Pada tanggal 18, dia meyakinkan Bernt untuk mentaati Roh Kudus dan menerima pembaptisan dengan muka menghala ke bawah, tetapi ditolak oleh Bernt. Tiga buah gereja benar didirikan di Huangcun, Nanyuan dan Beijing. Dia menyembuhkan penyakit dan mengusir syaitan serta giat menyebarkan Injil di kota-kota dan kampung-kampung. Dia menjual sebahagian tanahnya di Rongcheng untuk membiayai perbelanjaan pemberitaan Injil.

Pada bulan November, dia menulis surat kepada Ketua Pengarah Wu di Ibu Pejabat Polis untuk memohon kebenaran bagi menubuhkan Gereja Yesus Benar di Kilang Kain En Zhen Hua (Kasih Karunia Menyegarkan China / Grace Invigorating China) di Damochang. Nama gereja telah diputuskan pada ketika ini.

Pada 1hb Januari 1919 (1hb Feburari kalendar Gregorian), terbitan pertama “Pereformasi Agama Global” (Global Church Correction) dikeluarkan. Dalam tawa, dia berteriak: “Lihat, malaikat ada di sini!” Dia putus nyawa dalam tawa.

Walaupun Zhang Lingsheng, Barnabas Zhang, Paul Wei, dan lain-lain merupakan pekerja penting pada masa awal gereja benar, namun mereka bukan pengasas. Sebenarnya, mereka hanyalah hamba-hamba yang dipilih oleh Tuhan yang benar untuk menyelesaikan kerja asas gereja benar zaman akhir.

 

  1. Sejarah Penyebaran Agama di Tanah Besar, China

Semasa Paul Wei masih hidup, dia mendirikan tiga buah gereja, iaitu Huangcun, Nanyuan, dan Beijing. Setelah Paul Wei meninggal dunia pada tahun 1919, Zhang Ling Sheng dan Isaac Wei terus memberitakan Injil di China Utara. Barnabas Zhang pula terus memberitakan Injil ke selatan, termasuk Fujian dan Taiwan. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Ibu Gereja Nanjing pada tahun 1948, terdapat lebih daripada 700 buah gereja di seluruh negara. Pada tahun 1949, rampasan kuasa berlaku di Tanah Besar dan seluruh negara disekat. Adalah sukar untuk memahami keadaan gereja-gereja di Tanah Besar China selama lebih daripada 40 tahun.

 

  1. Organisasi

Pada bulan April 1922, ketika Mesyuarat Agung Kebangsaan pertama diadakan di Wuchang, 15 peraturan gereja disusun. Persidangan Perwakilan pada bulan September 1929 terbentuk dalam Mesyuarat Agung Kebangsaan kelima yang diadakan di Shanghai. Pada bulan April 1930, Persidangan Perwakilan pertama diadakan di Shanghai. Pada bulan November 1946, Mesyuarat Agung Lembaga Penyelia kesembilan diadakan di Shanghai. Bermula masa ini, Persidangan Perwakilan dinamakan semula sebagai Mesyuarat Agung Lembaga Penyelia.

 

  1. Perkembangan Penyebaran Injil Dunia

Sejak Gereja Yesus Benar memohon untuk mendirikan gereja di kilang kain di Damochang pada tahun 1917, gereja telah menyebarkan agama di merata tempat di seluruh negara dan mendirikan banyak gereja. Gereja mula menyebarkan Injil ke luar negara pada tahun 1926 dan mula mendirikan gereja di Taiwan. Kemudian, gereja terus-menerus didirikan di Singapura pada tahun 1927, Sabah (Borneo Utara pada masa itu) dan Malaysia Barat (Tanah Melayu ketika itu) pada tahun 1928, Hong Kong pada tahun 1929, Hawaii pada tahun 1930, Indonesia pada tahun 1939, Jepun pada tahun 1947 dan Korea pada tahun 1948. Pada tahun 1949, mereka terputus hubungan antara satu sama lain kerana peralihan kuasa di China. Persidangan Perwakilan Antarabangsa hanya diadakan oleh Ibu Gereja Taiwan pada tahun 1967.

 

  1. Penubuhan Ibu Gereja Antarabangsa Gereja Yesus Benar

Sejak pertukaran kerajaan di Tanah Besar China pada tahun 1949, Gereja Yesus Benar yang ditubuhkan di pelbagai negara hampir terputus hubungan antara satu sama lain. Pada tahun 1967, Ibu Gereja Taiwan mula berhubung dengan para pemimpin gereja di pelbagai negara untuk bersedia mengadakan Persidangan Perwakilan Antarabangsa. Ketika Persidangan Perwakilan Antarabangsa Sesi Kedua diadakan pada tahun 1975, keputusan dibuat untuk menubuhkan “Ibu Gereja Antarabangsa”. Pejabat ini terletak di bangunan Ibu Gereja Taiwan. Persidangan Perwakilan Antarabangsa Sesi Keempat memutuskan untuk memindahkan pejabat Ibu Gereja Antarabangsa ke California pada tahun 1985. Peraturan Ibu Gereja Antarabangsa disemak semula pada tahun 1989 dan didaftarkan secara rasmi di California. Struktur organisasi disemak semula sesuai dengan peraturan yang telah disemak dalam Persidangan Perwakilan Kedua Sesi Ketujuh pada bulan Mac 1999.

Tarikh Persidangan Perwakilan di pelbagai negara adalah seperti berikut:

  • Persidangan PerwakilanSesi Pertama:6-10hb Mac 1967 (Taiwan)
  • Persidangan Perwakilan Sesi Kedua:8-12hbApril 1975 (Taiwan)
  • Persidangan Perwakilan Sesi Ketiga:13-17hbApril 1981 (Taiwan)
  • Persidangan Perwakilan Sesi Keempat:11-15hbApril 1985 (Sabah)
  • Persidangan Perwakilan Sesi Kelima:20-24hbMac 1989 (Amerika Syarikat)
  • Persidangan Perwakilan Sesi Keenam:29-31hbMac 1993 (Taiwan)
  • Persidangan PerwakilanSesi KeenamKali Kedua: 2-5hb April 1995 (United Kingdom)
  • Persidangan PerwakilanSesiKetujuh: 6-8hb Mei 1997 (Singapura)
  • Persidangan Perwakilan Sesi KetujuhKali Kedua:22-24hb Mac 1999 (Taiwan)
  • Persidangan Perwakilan Sesi KelapanKali Pertama:1-3hb April 2001 (Taiwan)
  • Persidangan Perwakilan Sesi KelapanKali Kedua:30hb Mac-1hb April 2003 (Taiwan)

 

B. KEADAAN SEMASA GEREJA BENAR (TAHUN 2000)

  1. Asia dan Oceania

Jumlah pemercaya sekitar 80,000 orang, jumlah gereja (termasuk khemah doa) sekitar 550 buah, dan jumlah pemercaya di Tanah Besar China yang belum direkodkan adalah sekitar 1.5 juta orang.

  • Gereja di Tanah BesarChina telah berkembang pesat hingga hari ini

Gereja benar bermula di China pada tahun 1917. Pada awal abad ke-20, gereja di China berada dalam masa kemiskinan, tetapi gereja dapat mengembangkan sayap ke seluruh daerah di Tanah Besar. Perkembangan ini menonjolkan bahawa gereja dipimpin oleh Tuhan. Selama lebih daripada 80 tahun, gereja tetap berdiri teguh walaupun terdapat peperangan dan pelbagai penganiayaan. Sebabnya ialah gereja mempunyai kebenaran, Roh Kudus, dan tanda mukjizat.

Kebenaran datang daripada wahyu Tuhan supaya gereja dapat menguasai kunci pintu keselamatan, dan kemudian dapat memimpin orang kepada Tuhan. Lima doktrin iaitu Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki, Sakramen Perjamuan Kudus, Roh Kudus dan hari Sabat adalah sangat berkaitan dengan keselamatan. Oleh itu, gereja benar dapat menelusuri jejak perkembangan gereja pada zaman rasul dan mendirikan gereja benar pada zaman akhir sesuai dengan kehendak Tuhan.

Roh Kudus merupakan pendorong bagi perkembangan gereja yang menyaksikan penyertaan Tuhan. Penguatkuasaan Roh Kudus membolehkan setiap sakramen mempunyai kesan rahsianya. Hal ini membuktikan perkataan Alkitab: “jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus.” Dengan teori yang sama, gereja yang tidak memiliki Roh Kudus bukan milik Tuhan.

Tanda mukjizat memberikan kesaksian tentang kebenaran yang diberitakan oleh gereja (Mrk 16:20). Tanda mukjizat memudahkan orang yang lapar dan haus dari segi jiwa roh melihat perbuatan Tuhan dan menemukan Tuhan.

Di samping bergantung pada kebenaran, Roh Kudus, dan tanda mukjizat, perkembangan gereja benar juga adalah kerana para pekerja awal mengikuti bimbingan kebenaran serta memanfaatkan organisasi, kesusasteraan, dan latihan dengan sebaiknya. Sebagai hasilnya, kerja penyebaran agama dan penggembalaan dapat dilakukan saling berpadanan untuk mencapai tahap kemandirian, sokongan kendiri dan pemberitaan kendiri sehingga gereja dapat berkembang dengan baik.

Pada tahun 1980, kerajaan China membuka kebebasan beragama. Gereja dapat menyebarkan agama secara terbuka, dan kerja suci gereja telah membuka halaman baharu. Sekiranya orang berpeluang mengunjungi gereja-gereja di Tanah Besar, perbuatan-perbuatan ajaib Tuhan yang dilihat pasti akan membangkitkan iman. Perjalanan ini pastinya lebih berfaedah daripada bersiar-siar di tempat-tempat pelancongan terkenal.

 

  • Gereja-gerejadi Taiwan ialah tempat dengan aset rohani yang paling kaya

Gereja benar diperkenalkan ke Taiwan oleh penatua Elisha Huang, Barnabas Zhang, Thomas Guo dan lain-lain pada tahun 1926. Gereja kini mempunyai sejarah lebih daripada 70 tahun dan mempunyai kira-kira 47,000 orang pemercaya. Perkembangan gereja telah mengejutkan semua denominasi kerana warisan aset iman kepercayaan yang indah.

Ibu Gereja Taiwan telah meletakkan dasar yang baik untuk kerja-kerja suci dari segi penyebaran agama, penggembalaan, kesusasteraan, latihan, dan lain-lain. Ibu Gereja Taiwan telah berulang kali mendapat pengiktirafan kerajaan atas usaha kebajikan sosialnya. Ibu Gereja Taiwan juga banyak menyokong kerja suci Ibu Gereja Antarabangsa. Mereka memberikan bantuan yang sepenuhnya tidak kira dari segi sumber manusia mahupun dari segi sumber kewangan. Saban tahun, banyak pendeta diutus untuk membantu kerja suci di pelbagai negara. Pada tahun 1997, Ibu Gereja Taiwan menggalas tanggungjawab untuk memulakan penyebaran agama di Thailand serta membantu kawasan-kawasan penerokaan baharu di Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain.

Ibu Gereja Taiwan mempunyai kesedaran amanat tentang penyebaran agama dunia. Hal ini kerana gereja-gereja di Taiwan mempunyai aset rohani yang paling kaya. Jika mereka tidak memikul tanggungjawab penyebaran agama dunia pada hari ini, mereka akan mensia-siakan pemberian Tuhan. Sama seperti Mordekhai menyuruh menyampaikan jawab ini kepada Ester: “Jangan kira, karena engkau di dalam istana raja, hanya engkau yang akan terluput dari antara semua orang Yahudi. Sebab sekalipun engkau pada saat ini berdiam diri saja, bagi orang Yahudi akan timbul juga pertolongan dan kelepasan dari pihak lain, dan engkau dengan kaum keluargamu akan binasa. Siapa tahu, mungkin justru untuk saat yang seperti ini engkau beroleh kedudukan sebagai ratu.” (Est 4:13-14). Oleh itu, Ibu Gereja Taiwan selalu melibatkan diri dengan menjangkau sehabis tangan dalam kerja penyebaran agama dunia.

 

  • Gereja Sabah juga menggalas tanggungjawab memulakan penyebaran agamadi Filipina

Gereja benar memasuki Sabah (Malaysia Timur) pada tahun 1928 melalui senaskah Majalah Roh Kudus. Gereja benar telah didirikan di sini melalui saudara Li Xi Ling (Lee Siak Lin). Selain orang asli tempatan, kebanyakan pemercaya di Sabah adalah terdiri daripada suku kaum Hakka.

Pada tahun 1960-an, penatua John Yang dan penatua Lin Feng Lai datang ke sini untuk mendirikan dasar pendidikan agama. Perkembangan kerja suci gereja bertumbuh pesat dengan adanya penyertaan Tuhan. Pekerja-pekerja awal mempunyai semangat kerja keras dan bertahan larat. Tradisi yang indah ini diturunkan hingga hari ini. Mereka pergi jauh ke kawasan pergunungan untuk menyebarkan Injil kepada penduduk asli. Pada masa ini, terdapat kira-kira 13,000 orang pemercaya di Sabah, tetapi jumlah pendeta hanya 9 orang. Mereka juga perlu menggalas tugas penyebaran agama di Filipina. Walaupun sangat kekurangan dari segi sumber manusia dan sumber kewangan, namun kasih mereka terhadap Tuhan tidak pernah ketinggalan di belakang orang lain. Mereka seperti jemaat Makedonia yang dipuji oleh Paulus: “Saudara-saudara, kami hendak memberitahukan kepada kamu tentang kasih karunia yang dianugerahkan kepada jemaat-jemaat di Makedonia. Selagi dicobai dengan berat dalam pelbagai penderitaan, sukacita mereka meluap dan meskipun mereka sangat miskin, namun mereka kaya dalam kemurahan. Aku bersaksi, bahwa mereka telah memberikan menurut kemampuan mereka, bahkan melampaui kemampuan mereka. Dengan kerelaan sendiri mereka meminta dan mendesak kepada kami, supaya mereka juga beroleh kasih karunia untuk mengambil bagian dalam pelayanan kepada orang-orang kudus.” (2 Kor 8:1-4).

 

  • Gereja Malaysia dan gereja India mempunyai ikatan persaudaraan yang mendalam bagai air dicencang tiada putus

Injil gereja benar diberitakan oleh pendeta dari China ke pelbagai tempat di Malaysia dan Singapura pada tahun 1928. Diaken Wu Ying Fu mula-mula mendirikan gereja di Ipoh. Faktor kekurangan pekerja pada zaman awal menyebabkan kerja penggembalaan gereja dilakukan oleh penatua dan diaken, dan gereja berada dalam keadaan konservatif. Pada tahun 1960-an, pendeta-pendeta seperti penatua John Yang, penatua Lin Feng Lai dan lain-lain melancarkan Kursus Teologi Jangka Pendek di Malaysia dan Singapura. Kursus ini bertujuan untuk memupuk bakat generasi yang seterusnya dan pada masa yang sama membangun beberapa orang pemuda untuk mendedikasikan diri sebagai pendeta. Kerja suci gereja mula menjadi aktif sehingga bakat gereja bertambah banyak dan gereja dapat diperkuat pada kemudian hari.

Pada tahun 1995, diaken-diaken muda dari Ibu Gereja Malaysia-Singapura mengunjungi gereja India dan mendapati bahawa gereja India sangat lemah. Gereja India adalah seperti kawanan tanpa gembala. Mereka merasakan bahawa “kelemahan gereja India ialah tanggungjawab kita” (Rm 1:14-15). Ibu Gereja Malaysia-Singapura mengambil inisiatif dengan memberikan cadangan kepada Ibu Gereja Antarabangsa supaya Ibu Gereja Malaysia-Singapura menggalas tanggungjawab menggembalakan gereja India. Cadangan ini disokong penuh oleh Ibu Gereja Antarabangsa. Rancangan lima tahun fasa pertama dilancarkan pada tahun 1996. Mereka memulakan Kursus Teologi Jangka Pendek dan kelas latihan pekerja-pekerja suci di samping memperbaiki organisasi pentadbiran. Mereka juga memperkuat penggembalaan, penyebaran agama, dan terjemahan teks. Pada tahun 2000, kelas latihan pendeta sepenuh masa dibuka. Kerja suci di India diberkati oleh Tuhan. Pada tahun 1997, terdapat sekumpulan kira-kira 4,000 pemercaya TJM yang kembali ke dalam kawanan domba Tuhan. Mereka merupakan saudara seiman kita yang telah hilang selama lebih daripada 60 tahun.

Gereja Malaysia dan gereja Singapura pada asalnya membentuk Ibu Gereja Malaysia-Singapura. Pada tahun 2000, Singapura menubuhkan satu lagi pejabat perhubungan untuk memenuhi keperluan mempromosikan kerja suci. Gereja-gereja di Malaysia Barat menubuhkan Ibu Gereja Malaysia dengan hampir 3,000 orang pemercaya, 20 buah gereja, dan 4 buah khemah doa.

Terdapat banyak kehilangan pemercaya di India. Jumlah pemercaya kini adalah sekitar 800 orang. Kumpulan pemercaya TJM yang lain yang berjumlah kira-kira 4,000 orang juga datang menjadi anggota gereja ini.

 

  • Gereja Singapura yang aktif

Pada tahun 1927, Injil mendirikan gereja di Beach Road melalui saudara Chen Ji An dan Huang Zi Dan. Singapura adalah sebuah negara kota dan kota antarabangsa. Singapura telah menjadi batu loncatan bagi kerja suci di Asia Tenggara. Singapura sering dilawati oleh pekerja suci dan pemercaya. Banyak aktiviti suci seperti Persidangan Perwakilan Seluruh Dunia, seminar antarabangsa, latihan teologi dan lain-lain juga diadakan di sini. Kecekapan kerja mereka yang sangat baik memberikan kesan yang mendalam kepada orang, dan gereja Singapura juga menerima berkat rohani daripadanya.

Pada tahun 2000, sebuah pejabat perhubungan ditubuhkan di Singapura dan mereka mempunyai dua buah gereja dengan kira-kira 800 orang pemercaya. Pemercaya-pemercaya muda sangat giat dalam kerja suci gereja dan sangat berdedikasi dalam mengejar kebenaran serta sangat aktif dalam kerja penyebaran agama. Kawan-kawan pencari Injil yang muda sering dapat dilihat dan kadar orang muda yang percaya kepada Tuhan adalah sangat tinggi. Walaupun gereja berada dalam masyarakat yang sangat terbuka, namun mereka mempunyai kawalan yang sangat ketat terhadap aspek kekudusan. Ciri ini jarang berlaku.

Oleh sebab gereja Singapura kaya dengan sumber manusia, sumber kewangan, dan sumber rohani, Ibu Gereja Antarabangsa mempercayakan kerja rintis penyebaran agama di Myanmar kepada gereja Singapura, dan seluruh gereja dengan senang hati menggalas tugas ini.

 

  • Gereja Indonesia yangmengembangkan sekolah gereja

Pada tahun 1939, pendeta Stephen Xiao dan pendeta Chen Zhao Xin mendirikan gereja di Jakarta. Indonesia dipengaruhi oleh sentimen anti-Cina pada tahun 1965. Sebilangan besar orang di bawah pertengahan baya tidak dapat berbahasa Cina. Mereka tidak dapat membaca buku dan majalah selain bahasa Indonesia kerana masalah bahasa dan tulisan. Tambahan pula, mereka kekurangan penggembalaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, gereja hanya dapat melakukan kerja defensif.

Oleh sebab sebahagian besar pemercaya berbangsa Cina dan mempunyai asas ekonomi yang baik, maka gereja membuka Sekolah Kanaan. Sekolah Kanaan membuka pendaftaran pelajar secara besar-besaran dan tidak terhad kepada anak-anak pemercaya gereja. Tujuannya adalah untuk berintegrasi dengan kerja pelayanan penyebaran agama. Pelajar memulakan pelajaran tadika sehingga menamatkan pengajian sekolah menengah di sekolah gereja ini. Maka, mereka telah biasa mempunyai hubungan dengan pendidikan agama gereja ini. Setelah dewasa, mereka dapat berfikir dengan lebih matang mengenai persoalan iman kepercayaan. Oleh itu, kadar percaya kepada Tuhan sangat tinggi dan hal ini sangat membantu perkembangan gereja.

Generasi baharu mula mengambil alih selepas tahun 1990. Para penatua dan pendeta berturut-turut pergi ke Taiwan untuk mengkaji kerja suci. Pada masa yang sama, mereka juga membuka kursus latihan pendeta. Dalam masa 10 tahun, mereka telah memupuk lebih daripada 10 orang pendeta sehingga kerja suci di Indonesia mempunyai dasar yang baik dan kerja suci gereja memiliki halaman baharu. Tahun-tahun kebelakangan ini, bilangan yang dibaptis dan menerima Roh Kudus dalam setiap Kebaktian Kebangunan Rohani di gereja Jakarta adalah lebih daripada 100 orang. Ibu Gereja Indonesia juga terus mengutus pendeta ke daerah rintis baharu untuk bekerja. Hal ini kerana Indonesia adalah sebuah negara dengan ribuan pulau dan dengan jumlah penduduk lebih daripada 200 juta orang. Negara ini merupakan sebidang ladang Injil yang menanti untuk dikembangkan.

Pada masa ini, Indonesia ada sekitar 6,000 orang pemercaya, 13 buah gereja, 18 buah khemah doa, dan 6 buah Sekolah Kanaan.

 

  • Gereja Asia Timur Laut yang bertumbuh di bawah perlindungan Tuhan

Semasa perang di Korea pada tahun 1944, James Uwai dari Jepun membaptiskan Jung Tai-Joon dan Bae Sang-Ryong yang tinggal di Osaka. Bae membawa Injil kembali ke Korea Selatan setelah pemulihan (tahun 1948).

Korea mempunyai peratusan orang Kristian tertinggi di Asia. Sebabnya ialah orang Kristian Korea tampil ke hadapan semasa era pendudukan Jepun dan penindasan Jepun sehingga kasih mereka menarik banyak orang kepada Tuhan. Gereja-gereja Korea bertumbuh dalam penderitaan. Kebenaran gereja benar diperkenalkan ke Korea dari Jepun. Di samping itu, pendeta zaman awal tahu berbahasa Jepun. Pendeta dari Taiwan yang tahu berbahasa Jepun sering berkomunikasi dengan gereja Korea. Oleh itu, mereka mempunyai dasar yang baik dalam kebenaran dan gereja mempunyai perkembangan yang berterusan. Setelah 20 hingga 30 tahun, generasi yang lebih tua terus-menerus menghantar orang ke Taiwan untuk belajar bahasa Cina dan teologi. Hal ini kerana generasi baharu tidak tahu berbahasa Jepun dan mereka bakal menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan gereja yang mempunyai sebilangan besar pemercaya Cina pada masa kelak. Pendekatan ini sangat berpandangan jauh. Terdapat banyak pemuzik yang berbakat di Korea. Kumpulan koir Horeb sangat terkenal dan sering melakukan perjalanan ke pelbagai negara untuk komunikasi kidung. Adalah sangat diharapkan agar gereja akan terus mengadakan komunikasi kebenaran pada masa akan datang. Pada masa ini, Korea ada kira-kira 4,000 orang pemercaya, 24 buah gereja, dan 5 buah khemah doa.

Jepun ialah tanah yang sukar bagi Injil. Sebabnya mungkin berkaitan dengan pemujaan Kamu Yashiro di Jepun. Kebenaran dibawa ke Jepun pada tahun 1926 oleh penatua Suda yang menerima kebenaran di Taiwan. Gereja-gereja di Jepun termasuk Osaka dan Henan, sementara gereja-gereja di Tokyo meningkat kerana orang-orang Cina melanjutkan pelajaran dan berhijrah ke sana. Kemudian, orang-orang Cina menubuhkan gereja di Sumida. Jepun ada 4 buah gereja dan sebuah khemah doa dengan kira-kira 350 orang pemercaya. Pada masa kelak, gereja-gereja Jepun harus memakmurkan Injil dengan satu hati dan menyahut cabaran ladang Injil yang sukar ini di bawah kepemimpinan Tuhan.

Gereja Hong Kong dan Kowloon merupakan gereja-gereja yang bertumbuh dalam penderitaan. Pada tahun 1929, Maria Qiu dan Cephas Qiu mendirikan gereja di Kowloon. Gereja Hong Kong dan Kowloon berkait rapat dengan Tanah Besar China. Hong Kong dan Kowloon juga mengalami peperanga sehingga banyak orang telah bertumbuh dalam penderitaan. Terdapat sebuah pulau bernama Ap Chau (Robinson Island) di sini. Semua penduduk di pulau tersebut merupakan pemercaya gereja benar. Mereka berpegang teguh pada kebenaran dan diberkati oleh Tuhan. Kerajaan United Kingdom membenarkan mereka berhijrah ke United Kingdom. Mereka pun berubah dan menjadi penduduk United Kingdom. Pada masa yang sama, mereka bertukar pekerjaan daripada nelayan kepada pengusaha industri makanan dan minuman serta mendirikan gereja di United Kingdom. Pemercaya yang tinggal di Hong Kong dan Kowloon mengembangkan kerja suci di bawah perlindungan Tuhan, dan mereka juga menggalas kerja suci mengambil berat tentang Tanah Besar. Hong Kong dan Kowloon ada 7 buah gereja dan 2 buah khemah doa dengan hampir 900 orang pemercaya.

 

  • Oceania ialah ladangpenyebaran agama yang baik yang tidak boleh diabaikan

Oceania pernah menjadi syurga bagi orang yang berhijrah / migrasi. Pada tahun 1980-an, ada pemercaya dari Malaysia yang berhijrah ke Sydney, Perth, dan Melbourne di Australia. Kemudian, sebilangan besar seiman dari Taiwan berhijrah ke Auckland dan Christchurch di New Zealand dan Brisbane di Australia.

Seiman yang berhijrah ke New Zealand dan Australia adalah untuk melanjutkan pelajaran, dan ada sebahagian daripada mereka yang seluruh keluarganya berhijrah untuk pendidikan generasi akan datang. Ada juga yang berhijrah ke tempat yang tidak ada gereja untuk memberitakan Injil. Secara ringkasnya, kebanyakan orang menjejakkan kaki ke tempat ini setelah mencari kehendak Tuhan.

Oleh sebab kebanyakan orang yang berhijrah mempunyai dasar iman kepercayaan yang baik dan merupakan anggota elit gereja, maka mereka dengan cepat telah mendirikan gereja di Oceania. Gereja juga mengembangkan kerja suci menuju prinsip-prinsip kemandirian, sokongan kendiri, dan pemberitaan kendiri. Ibu Gereja Antarabangsa turut membantu dalam kerja Kursus Teologi Jangka Pendek dan kerja penggembalaan di sini. Orang-orang muda di sini menerima pendidikan yang baik dan dapat menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dari segi bahasa dan kehidupan mereka. Ibu bapa dan gereja yang mementingkan pemupukan iman kepercayaan generasi akan datang dapat menghasilkan potensi besar untuk penyebaran agama kepada orang kulit putih pada masa hadapan.

Australia ada 4 buah gereja dengan kira-kira 400 orang pemercaya manakala New Zealand ada 2 buah gereja dengan kira-kira 200 orang pemercaya.

 

  1. Tiga benua: Eropah, Amerika dan Afrika

Jumlah pemercaya sekitar 6,000 orang, dan jumlah gereja (termasuk khemah doa) ada 61 buah.

  • Gereja Amerika Syarikat yang bertanggungjawab ke atas kerja penyebaran agama di HemisferaBarat

Gereja Amerika didirikan oleh Li Aizhen dan Thomas Guo di Honolulu pada tahun 1930. Pada awalnya, sebilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat membantu mengembangkan gereja. Selepas itu, tiga orang saudara mempersembahkan diri sebagai pendeta sepenuh masa. Kemudian, dua orang pendeta dari Ibu Gereja Taiwan membantu kerja-kerja di Ibu Gereja Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat mempunyai wilayah yang luas. Mereka perlu membantu kerja penyebaran agama di Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, dan Eropah. Bilangan pendeta pula masih tidak mencukupi. Oleh itu, kursus latihan pendeta sepenuh masa telah dimulakan pada tahun 1994, dan tiga orang pendeta telah dipupuk terus-menerus.

Gereja di Amerika Syarikat telah membuat perubahan besar dalam organisasinya. Mereka mempunyai tujuh jabatan yang termasuk penggembalaan, pendidikan, penyebaran agama, latihan, kesusasteraan, hal ehwal am dan kewangan untuk mempromosikan kerja suci. Mereka juga terbahagi kepada tiga wilayah: Timur, Tengah, dan Barat untuk menggalas kerja penggembalaan secara aktif.

Untuk menyebarkan Injil secara berkesan kepada masyarakat kulit putih, gereja telah mula mengadakan kebaktian berkhutbah dan kajian Alkitab dalam bahasa Inggeris serta mendorong orang-orang muda untuk membuat rancangan penyebaran agama yang kreatif. Ibu Gereja memberikan sokongan penuh, dan Ibu Gereja Amerika Syarikat menjangkau sehabis tangan dalam kerja melatih anak muda. Pada masa yang sama, jabatan kesusasteraan juga bekerjasama dengan jabatan kesusasteraan Ibu Gereja Antarabangsa untuk mempromosikan kerja kesusasteraan dalam bahasa Inggeris.

Ibu Gereja Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 2,000 orang pemercaya, 15 buah gereja, dan sebuah khemah doa.

 

  • Gereja Kanada yang menanti untuk membuka ladangInjil

Kebanyakan pemercaya di Kanada merupakan mereka yang berhijrah dari Malaysia, Brunei, dan Taiwan. Mereka tersebar di 3 buah gereja dan 2 buah khemah doa di Vancouver, Edmonton, Calgary, Montreal, dan Toronto. Jumlah pemercaya adalah sekitar 500 orang.

Pemercaya di Kanada tersebar secara merata. Pada masa ini, selain memperkuat iman kepercayaan pemercaya, gereja-gereja di pelbagai lokasi juga telah mula mengadakan Kursus Teologi Jangka Pendek sebagai kelengkapan iman kepercayaan untuk membuka ladang Injil yang luas ini.

 

  • Gereja-gereja Amerika Tengah dan Amerika Selatan dengan kesedaran amanat

Pemercaya berhijrah ke Argentina pada tahun 1980-an untuk berniaga. Kemudian, sebilangan pemercaya mempunyai kesedaran amanat tentang Injil terhadap Amerika Tengah dan Amerika Selatan yang tidak ada gereja. Oleh itu, mereka mendirikan gereja di Argentina dengan kadar yang segera.

Sebilangan besar negara di Amerika Tengah dan Amerika Selatan berbahasa Sepanyol, tetapi Brazil dan sebilangan kecil negara berbahasa Portugis. Tuhan telah menyediakan bakat generasi baharu di sini yang dapat melakukan kerja penterjemahan. Dengan dedikasi para pendeta baharu, Ibu Gereja Antarabangsa telah bekerjasama dengan para pekerja suci tempatan untuk membuat permulaan baharu dalam kerja penginjilan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pada tahun 1999, Ibu Gereja Antarabangsa juga mengadakan Kursus Teologi Jangka Pendek di Argentina untuk memupuk generasi muda yang akan datang secara aktif.

Pada masa ini, pejabat perhubungan Amerika Tengah dan Amerika Selatan mempunyai sebuah gereja Argentina dan lima buah khemah doa yang terletak di Brazil, Chile, Paraguay, Peru, dan Republik Dominika. Jumlah pemercaya adalah seramai 167 orang.

Amerika Tengah dan Amerika Selatan merupakan tempat yang jauh bagi banyak orang, tetapi pemercaya yang berhijrah ke sini mempunyai hati yang mengasihi Tuhan. Mereka adalah seperti yang dikatakan oleh Paulus: “Malahan segala sesuatu kuanggap rugi, karena pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhanku, lebih mulia dari pada semuanya. Oleh karena Dialah aku telah melepaskan semuanya itu dan menganggapnya sampah, supaya aku memperoleh Kristus.” Mereka bekerja keras di sini untuk kerja suci Tuhan dengan harapan Injil dapat tersebar ke seluruh Amerika Tengah dan Selatan.

 

  • Gereja Benua Eropah yang berusaha untuk berkembang

Kebanyakan pemercaya di gereja United Kingdom berhijrah dari Hong Kong pada tahun 1970-an, dan ada yang berhijrah dari Asia Tenggara. Majoriti pemercaya mencari nafkah dalam industri makanan dan minuman. Kebaktian zaman awal diadakan setelah tamat masa perniagaan. Kemudian, gereja secara beransur-ansur terorganisasi sehingga kebaktian ditukar kepada kebaktian pagi atau petang. Terdapat kebaktian pagi dan petang pada hari Sabat. Ketika Kebaktian Kebangunan Rohani, kebanyakan pemercaya berhenti menjalankan perniagaan untuk menumpukan perhatian pada acara ini. Seluruh pemercaya gereja Elgin khasnya telah berhenti menjalankan perniagaan semasa Kebaktian Kebangunan Rohani selama beberapa dekad, dan iman mereka juga diberkati oleh Tuhan.

Sebilangan besar pemercaya gereja United Kingdom yang berhijrah dari Hong Kong saling berhubungan melalui perkahwinan. Oleh itu, perpaduan pemercaya gereja adalah kuat. Ciri ini merupakan syarat yang sangat kuat untuk menggerakkan kerja suci. Tahun-tahun kebelakangan ini, gereja juga telah memupuk lima orang pendeta sepenuh masa. Selain menggembalakan gereja United Kingdom, mereka juga menggalas tugas sebagai perintis di Ireland dan menggembalakan pemercaya di Belgium dan Belanda. Mereka juga menggaals tugas sebagai perintis di Afrika.

Gereja United Kingdom mempunyai kira-kira 2,000 orang pemercaya, 8 buah gereja, dan sebuah khemah doa.

Perancis, Jerman dan Austria mempunyai 219 orang pemercaya, 2 buah gereja dan 3 buah khemah doa. Para pekerja suci gereja seboleh-bolehnya etrdiri daripada orang tempatan, manakala para pendeta bertanggungjawab atas tugas sebagai perintis di Moscow dan Afrika.

Benua Eropah merupakan sebuah wilayah yang luas, tetapi seperti yang dikatakan oleh Paulus: “sebab di sini banyak kesempatan bagiku untuk mengerjakan pekerjaan yang besar dan penting, sekalipun ada banyak penentang.” (1 Kor 16:9). Negara-negara di Benua Eropah beragama Kristian. Bukanlah mudah untuk mengubah kepercayaan asal mereka. Walau bagaimanapun, Injil gereja benar telah meletakkan dasar di sini.

 

  • Gereja Afrika yang terus mengembangkan pangkalan baharu

Kerja di Afrika bermula dengan kerja penginjilan yang dilakukan oleh Nigeria dan Liberia pada tahun 1980an. Kerja pada masa awal adalah sangat sukar. Hal ini kerana denominasi-denominasi lain telah bekerja di sini pada masa lalu. Kebanyakan kaedah kerja adalah dari segi sokongan material dan kewangan. Selain memperbetul kepercayaan mereka, kerja kita di sini adalah untuk mempromosikan kerja suci berdasarkan prinsip-prinsip kemandirian, sokongan kendiri, dan pemberitaan kendiri. Syukur kepada Tuhan, berkat pernyataan tanda mukjizat, penyertaan Roh Kudus, dan pengukuhan kebenaran, dasar yang baik telah diletakkan di Afrika.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pekerja pemberitaan Injil terus meneroka tempat baharu di Afrika. Kita mempunyai kerja yang luar biasa di Ghana, Kenya, Uganda, dan Afrika Selatan.

Pada tahun ini, Ibu Gereja Antarabangsa telah memupuk dua orang pendeta yang akan mendedikasikan diri di Afrika. Seorang pendeta dikhaskan untuk kerja di wilayah Afrika Utara yang berbahasa Perancis. Seorang lagi pendeta dikhaskan untuk kerja di wilayah Afrika yang berbahasa Inggeris. Kita juga berharap lebih banyak orang dapat mengambil bahagian dalam kerja penerokaan tempat baharu ini pada masa akan datang.

 

Keadaan terkini Gereja Yesus Benar di pelbagai negara (Januari 2003) 

NAMA NEGARA BILANGAN GEREJA KHEMAH DOA BILANGAN PEMERCAYA BARU DIBAPTIS BILANGAN PENDETA BILANGAN PENATUA DAN DIAKEN BILANGAN GURU BILANGAN MURID
Taiwan 234 40 50,577 116 321 2,771 9,888
Sabah 73 23 12,091 14 95 520 2,670
Korea 24 5 3,081 14 112 95 1,070
Malaysia 21 4 2,522 80 6 55 242 468
Singapura 2 0 937 2 12 69 205
Indonesia 16 12 5,146 15 27 258 2,307
Amerika Syarikat 15 3 2,214 5 25 316 482
United Kingdom 8 1 1,997 30 5 52 227 535
Hong Kong dan Kowloon 8 0 1140 2 19 61 132
Australia 4 0 410 18 1 2 84 118
New Zealand 2 0 171 0 3 36 125
Kanada 3 2 540 4* 7 66 155
Jepun 4 1 350 1 6 25 120
Kontinental Eropah 1 3 219 2 2 18 34
Amerika Tengah dan Selatan 1 5 156 2 1 6 14
India 9 0 1,100 0 4+(3)
Afrika 12 9 1,400 10 0
Filipina 6 12 986 1 0+(3) 51 40
Thailand 2 2 170 0 2
Moscow 1 1 43 0 0
Myanmar 2 1+(4) 249 0 0 6 40
Vietnam 1 18 0 0
Fiji 1 12 0 0
TOTAL 452 130 86084 199 752 4795 18573

(Jumlah pemercaya di Tanah Besar China tidak termasuk dalam lajur di atas)

 

C. PROSPEK MASA DEPAN GEREJA BENAR

  1. Menyebarkan Injil yang sempurna sampai ke hujung bumi

Penyebaran Injil tidak hanya sekadar memberitakan Injil, tetapi juga menggalas kerja pembetulan.

Pengabaran Injil telah dipercayakan oleh Tuhan dan merupakan kehendak Tuhan. Ketika Tuhan mula-mula menciptakan manusia, Dia berjanji bahawa anak-anak Tuhan akan memenuhi bumi. Pada zaman Abraham, Tuhan juga berjanji bahawa anak cucunya akan sebanyak bintang-bintang di langit. Sehingga hari ini, kita tidak melupakan amanat Tuhan: “Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi.” (Kis 1:8).

Ketika menyebarkan agama pada hari ini, kita tidak boleh mengabaikan persekitaran semasa. Kita perlu mempertahankan kebenaran yang murni dan tidak berkompromi tentang kebenaran dalam zaman dengan banyak denominasi ini. Maka ketika menyebarkan agama, kita bukan hanya memberitakan Injil kepada orang asing, tetapi juga melakukan kerja pembetulan terhadap orang yang berlainan denominasi. Sama seperti pada zaman rasul-rasul, Tuhan memanggil Paulus yang mempercayai agama Yahudi untuk menjadi pekerja penting dalam penyebaran agama. Paulus memahami kehendak Tuhan dalam penyebaran agamanya. Sasaran utama penyebaran agamanya ialah orang Yahudi. Kerjanya adalah terlebih dahulu menggalas kerja pembetulan, dan kemudian memberitakan Injil kepada orang bukan Yahudi.

Fenomena ini sangat jelas kelihatan dalam kerja-kerja semasa di Tanah Besar. Semasa menghadapi keadaan banyak kerja yang menanti untuk dituai, iaitu tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit, bagaimana seharusnya kita membangkitkan lebih banyak pekerja? Tuhan terlebih dahulu membuat kerja pembetulan dalam kalangan pelbagai denominasi agama dan kemudian memilih pekerja dalam kalangan mereka. Kita percaya bahawa kerja seperti ini akan berterusan. Perkara yang sama berlaku dalam kerja di Taiwan dan Afrika pada masa awal.

 

  1. Menitikberatkan kerja mengajar agariman kepercayaan dapat berakar

Kerja penyiraman iaitu kerja mengajar tidak boleh diabaikan supaya kerja penyebaran agama memberikan hasil yang baik.

Ramai dalam kalangan pemercaya baharu yang menerima kasih karunia besar dan mempunyai kesaksian yang luar biasa. Banyak gereja mengundang mereka untuk bersaksi di merata tempat tetapi mengabaikan aspek pemberian ajaran pengayaan. Hal ini menyebabkan dasar mereka tidak stabil dan mereka mudah terjerat dengan tipu daya syaitan sehingga mereka rapuh dan gagal dalam iman kepercayaan.

Oleh itu, perkembangan gereja harus menitikberatkan kerja mengajar agar iman kepercayaan pemercaya dapat menjadi matang. Kemudian, gereja “memperlengkapi orang-orang kudus bagi pekerjaan pelayanan, bagi pembangunan tubuh Kristus, sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang Anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus,” (Ef 4:12-13) melalui organisasi yang baik dan sesuai dengan karunia setiap orang.

Setelah gereja berkembang sehingga mempunyai sebilangan besar orang, pengajaran lisan adalah tidak mencukupi. Sekiranya ingin membuat anjakan paradigma ke atas keterbatasan ruang dan masa, kita mesti bergantung pada penerbitan bahan kesusasteraan. Gereja didirikan di Sabah kerana senaskah majalah Roh Kudus. Bahan terbitan telah memainkan banyak fungsi dalam pembangunan rohani pemercaya gereja, terutamanya dengan kemudahan Internet tanpa sempadan pada hari ini. Gereja mesti menitikberatkan kerja kesusasteraan sekiranya ingin memerangi idea-idea buruk dalam zaman ini. Selain menyebarkan agama secara aktif, gereja benar pada masa awal juga menitikberatkan latihan, organisasi, dan kesusasteraan. Faktor ini merupakan salah satu sebab bagi perkembangan gereja yang sihat.

 

  1. Mendirikan gereja yang mempunyai ciri-ciri kemandirian, sokongan kendiri dan pemberitaan kendiri

Demikianlah tujuan perkembangan gereja di kawasan penerokaan baharu. Organisasi yang mantap, kewangan dan pemupukan bakat adalah perlu untuk melakukan kerja penyebaran agama dan penggembalaan.

Di mana-mana wilayah pun, prinsip kita dalam mendirikan gereja ialah kemandirian, sokongan kendiri dan pemberitaan kendiri.

Kemandirian bermaksud pemercaya bertumbuh dan menjadi matang secara rohani di samping menghubungkan setiap anggota untuk membentuk satu tubuh perjuangan yang bebas. Gereja-gereja di Tanah Besar China dapat berdiri teguh pada masa-masa sukar kerana mereka mempunyai organisasi yang kuat.

Sokongan kendiri bermaksud mampu menanggung diri sendiri dari segi kewangan. Selagi beriman, Tuhan akan menyediakan. Terdapat sebuah gereja orang asli dengan ekonomi yang buruk pada masa dahulu. Ibu Gereja memahami kemiskinan mereka dan mengecualikan mereka daripada membayar yuran biasa. Walau bagaimanapun, mereka mahu beroleh kasih karunia untuk mengambil bahagian dalam pelayanan persembahan. Mereka tetap mengambil inisiatif untuk menanggung beberapa perbelanjaan, dan sebagai hasilnya, mereka sangat diberkati oleh Tuhan.

Gereja-gereja di Nigeria, Afrika pada asalnya tidak berkemampuan untuk memberikan persembahan. Setelah diajar oleh pendeta dengan sabar, mereka sekarang bukan hanya dapat memberikan persembahan, tetapi juga menggunakan barang-barang yang baik semasa menerima kehadiran para pendeta. Tindakan ini menunjukkan kemajuan iman mereka.

Pemberitaan kendiri bermaksud orang tempatan memberitakan Injil kepada penduduk setempat. Cara ini merupakan kaedah penyebaran Injil yang paling berkesan. Pada masa yang sama, cara ini membolehkan setiap orang merasakan kasih karunia Tuhan dan bertumbuh dalam pelayanan. Gereja yang mengabaikan penyebaran agama semestinya bukan gereja yang bertumbuh.

 

D. MEMBINA REPUTASI DI DALAM NEGARA, MELIHAT KE ARAH DUNIA

  1. Meluaskan pandangan penyebaran agama di luar negara
    • Ajaran: Untuk memperluas pandangan penyebaran agama

Orang yang menerima kasih karunia tidak boleh mengabaikan kehendak Tuhan. Injil Tuhan adalah universal. Jadi pandangan kita tidak terbatas pada diri kita sendiri. Kita harus selalu melihat peta dunia serta mengambil berat tentang hal penyebaran agama dan kerja-kerja yang Tuhan mahu kita pikul. Hanya orang yang mempunyai visi saja yang mempunyai hala tuju, kesedaran amanat dan tindakan.

 

  • Penglibatan: Memberikanpeluang penglibatan kepada lebih banyak orang supaya mereka merasakan kepentingan penyebaran agama secara peribadi.

Baru-baru ini, banyak orang muda telah mempersembahkan diri sebagai pendeta sepenuh masa kerana mereka pernah terlibat dalam barisan sukarelawan penyebaran agama. Mereka memperoleh pengalaman melalui penglibatan dan kesedaran amanat terhasil daripada pengalaman. Kita juga sangat berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang supaya lebih banyak orang muda melibatkan diri dengan barisan sukarelawan dan menghasilkan lebih banyak pekerja penyebaran agama.

 

  1. Menyokong penyebaran agama di luar negara dengan doa

Doa merupakan alat yang ampuh untuk penyebaran agama, “karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.” (Ef 6:12). Kita bukan seiman yang berjuang di barisan depan. Kita harus berdoa setiap waktu di dalam Roh dalam segala doa dan permohonan dan berjaga-jaga di dalam doa itu dengan permohonan yang tak putus-putus untuk pendeta penyebaran agama di luar negara agar mereka dikurniakan perkataan yang benar apabila mereka membuka mulut mereka, agar mereka memberitakan rahsia Injil dengan keberanian (Ef 6:18-19), dan agar mereka membimbing lebih banyak orang kepada Tuhan.

Sebelum berdoa, kita harus terlebih dahulu memahami kerja dan kecenderungan agama di kawasan penerokaan baharu tertentu supaya kita dapat menguasai isi kandungan doa syafaat. Demi membolehkan seiman dapat mengikuti perkembangan semasa penyebaran agama, Ibu Gereja Antarabangsa bukan hanya menerbitkan buletin dari semasa ke semasa, tetapi juga membuka ruangan dalam Majalah Roh Kudus bulanan untuk memberikan maklumat terkini mengenai pelayanan kerja suci pada bila-bila masa. Lebih banyak keprihatinan menghasilkan lebih banyak doa syafaat. Kita akan ada penglihatan yang lebih jelas daripada Tuhan melalui doa syafaat.

 

  1. Memupuk bakat untuk penyebaran di agama luar negara

Menggalakkan anak-anak muda yang mempunyai karunia untuk berdoa secara berterusan pada hari-hari biasa, melihat penglihatan daripada Tuhan dengan jelas, menunggu pemilihan Tuhan dengan tenang (Luk 14:11), melakukan persiapan penuh dengan aktif, dan bertekad untuk menguduskan diri sendiri. Jika mereka digunakan oleh Tuhan pada masa kelak, mereka akan menjadi seperti tongkat di tangan Musa. Walaupun tongkat itu tidak menonjol, namun tongkat itu menjadi tongkat yang digunakan oleh Tuhan dan melakukan perkara-perkara besar bagi Tuhan. Oleh itu, mana-mana orang muda harus mempunyai pemahaman seperti ini iaitu bahawa orang-orang di dalam Kristus “tidak ada yang terlayang-layang bagai bulu sehelai, dan tidak ada karunia yang tidak penting”. Oleh itu, anak-anak muda yang ingin menyertai barisan penyebaran agama di luar negara harus diperkaya dengan kekuatan rohani, kebajikan rohani, dan hikmat rohani.

 

  1. Ketelusan kewangan penyebaran agama di luar negara

Kerja penyebaran agama di luar negara memerlukan perbelanjaan personel, perjalanan, latihan, kehidupan, bangunan gereja, kesusasteraan, bantuan kecemasan, dan lain-lain. Kawasan penerokaan baharu yang semakin besar khususnya memerlukan dana yang semakin banyak. Kerja penyebaran agama pasti akan terhalang sekiranya tidak ada sokongan sumber kewangan yang kaya.

Kawasan penerokaan baharu biasanya hidup dalam kemiskinan. Mereka perlu menerima bantuan dengan menadahkan tangan dan benar-benar mempunyai penderitaan yang tidak dapat dielakkan. Pernah ada rakan sekerja yang anak-anaknya kekurangan yuran pengajian tetapi segan untuk menerima bantuan. Kini, kita diberkati oleh Tuhan dan dapat menolong mereka dengan memberikan bantuan. Demikianlah kasih karunia (2 Kor 9:6). Banyak gereja mempunyai keadaan ekonomi yang kurang baik, tetapi mereka terus memberikan persembahan dengan rela hati kerana mereka telah mengalami kasih karunia Tuhan yang berkelimpahan.

Oleh itu, penerokaan kawasan baharu memerlukan sokongan kewangan. Jika kita selalu memperhatikan laporan kewangan berkala Ibu Gereja Antarabangsa, setiap orang boleh mengumpulkan sejumlah kecil wang untuk menyokong kerja penyebaran Injil. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut. Dengan itu, kerja peyebaran agama tidak perlu risau tentang kekurangan dana.

 

PENUTUP

Tuhan menubuhkan gereja untuk penyebaran agama, dan tujuan penyebaran agama adalah untuk menjadikan semua bangsa murid Tuhan. Oleh itu, gereja tanpa penyebaran agama tidak sesuai dengan kehendak Tuhan.

Israel telah dimusnahkan selama lebih daripada dua ribu tahun. Walaupun kini telah dipulihkan, namun Israel masih berada dalam keadaan peperangan. Sebab utamanya ialah mereka telah melupakan janji Tuhan kepada Abraham: “Oleh keturunanmu semua bangsa di bumi akan mendapat berkat,” Berkat Tuhan tidak menimpa orang Israel kerana mereka tidak melaksanakan amanat Tuhan. Kita harus menjadikan kisah ini sebagai peringatan.

Pemercaya gereja benar hari ini harus memperluas pandangan mereka dan mengambil berat tentang penyebaran Injil ke seluruh pelosok dunia agar mereka dapat diberkati oleh Tuhan.

 

SOALAN PERBINCANGAN

  1. Mengapa dikatakan bahawa penubuhan gerejabenar dilakukan oleh Tuhan Yesus sendiri? Sila jelaskan sebabnya.
  2. Dalam 80 tahun kebelakangan ini, dapatkah anda melihat jejak bahawa Tuhan Yesus memimpin perkembangan gereja benar? Apa pendapatanda?
  3. Apakah aspek kerja suci yang harus dititikberatkan dalam perkembangan gereja benar pada masa kelak?

Bagaimana pemercaya dapat memainkan peranan dalam penyebaran agama dunia?