BAGAIMANA MEMPROMOSIKAN PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

BAGAIMANA MEMPROMOSIKAN PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

(Pendeta Chen Zhong Yang)

 

Kampus institut pengajian tinggi ialah taman Injil yang sangat baik kerana golongan sasaran di dalamnya merupakan sekumpulan orang yang mencari / mengejar kebenaran. Jika pekerjaan Injil dalam kampus dapat berkembang, pastinya terdapat banyak pasukan daya baru yang akan menyertai gereja. Sayang sekali, untuk tempoh masa yang lama, pekerjaan Injil gereja kita adalah berat sebelah ke arah hospital atau rumah orang tua dan mengabaikan pekerjaan dalam kampus. Diharapkan  para pemuda di dalam Tuhan yang sedang belajar di kampus dapat merasai hati Yesus, menyedari amanat sendiri dan secara aktif menyebarkan “Injil keselamatan” kita di dalam kampus masing-masing. Inilah tanggungjawab dan kasih karunia kita.

Tuhan pernah berfirman kepada Abraham: “Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan barat, utara dan selatan, sebab seluruh negeri yang kaulihat itu akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu.” (Kej 13:14-15). Adakah ayat ini sering terngiang-ngiang di telinga anda? Adakah ia memberikan kuasa kepada anda? Jadi, apa anda tunggu lagi? Tuhan Yesus juga pernah berkata kepada murid-murid: “Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi tibalah musim menuai? Tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai.” (Yoh 4:35-38). Rakan-rakan sekalian, adakah anda telah memandang ladang-ladang yang sudah menguning dan matang di sekeliling anda? Bangunlah! Ambillah sabit Roh Kudus yang telah Tuhan berikan dan kumpulkanlah tuaian Tuhan ke dalam lumbungNya!

 

SEDAR TENTANG AMANAT

A. Harus mengakui bahawa memberitakan Injil ialah tanggungjawab umat pilihan

Paulus pernah berkata: “Karena jika aku memberitakan Injil, aku tidak mempunyai alasan untuk memegahkan diri. Sebab itu adalah keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan Injil. Kalau andaikata aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, memang aku berhak menerima upah. Tetapi karena aku melakukannya bukan menurut kehendakku sendiri, pemberitaan itu adalah tugas penyelenggaraan yang ditanggungkan kepadaku.”. Ini merupakan pemahaman Paulus terhadap Kebenaran dan kesedarannya tentang tanggungjawab. Oleh sebab adanya kesedaran ini, maka dia mempunyai konsep tentang berhutang Injil (Rm 1:14). Konsep ini menjadi daya penggerak dalam pemberitaan firman seumur hidupnya. 1 Petrus 2:9: “Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib.” Tujuan Tuhan Yesus memilih kita bukan hanya untuk menberikan janji hidup yang kekal kepada kita tetapi juga supaya kita memberi kesaksian untukNya dan memuliakanNya (Yes 43:6-7). Oleh itu, memberitakan Injil merupakan tugas yang tidak boleh ditolak kepada orang lain bagi setiap pemercaya.

 

B. Harus sedar tentang kewajipan sebagai murid Tuhan

Selepas bangkit, Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid: “… dalam nama-Nya berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, mulai dari Yerusalem. Kamu adalah saksi dari semuanya ini.” (Luk 24:47-48). Kemudian, dengan janji pencurahan Roh Kudus (Yoh 20:21-22; Kis 1:8), Dia mengutus murid-murid pergi menjadi saksiNya sampai ke hujung bumi. Ini mengingatkan kita supaya tidak melupakan kewajipan sebagai murid Tuhan. Setelah percaya kepada Tuhan, jika kita hanya tamakkan kegembiraan yang sementara dalam hidup ini, apakah bezanya hidup ini dengan dunia? Di manakah pula makna hidup? Oleh yang demikian, kita harus meneladani Musa yang rela menderita demi mendapatkan upah daripada Kristus (Ibr 11:24-26). Kita harus mempunyai kesedaran sedemikian pada hari ini.

 

C. Meneladani pemercaya purba dalam zaman rasul

Ketika Roh Kudus dicurahkan untuk buat pertama kalinya di dalam sejarah, ia mendirikan gereja (jemaat) di Yerusalem. Murid-murid pada masa itu digerakkan oleh Roh Kudus dan setiap mereka menjadikan pemberitaan Injil sebagai tanggungjawab sendiri. Terutamanya rasul-rasul memperoleh kuasa yang besar lalu tidak takut dengan ancaman Mahkamah Agama atau penganiayaan orang-orang Yahudi. Mereka menjawab: “Silakan kamu putuskan sendiri manakah yang benar di hadapan Allah: taat kepada kamu atau taat kepada Allah. Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar.” Dengan semangat ini, tidak hairanlah bahawa Injil berkembang pesat dalam zaman rasul. Selepas itu, mulailah penganiayaan yang hebat terhadap jemaat di Yerusalem dan rasul-rasul tersebar ke merata tempat. Namun ke mana sahaja mereka pergi, mereka menyebarkan Injil di sana (Kis 8:4-8). Tuhan menyertai mereka dengan tanda dan mujizat untuk mengesahkan apa yang diberitakannya. Oleh itu, Injil telah diberitakan ke Rom dalam masa yang singkat dalam zaman rasul. Kita juga harus meneladani semangat mereka. Kenakanlah kasut Injil, bersaksilah untuk Tuhan di mana sahaja di dalam kampus anda.

 

CARA PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

A. Kesaksian peribadi

  1. Melengkapi diri sendiri terlebih dahulu

Memberi kesaksian tidak sama dengan belajar atau bersyarahan. Ia hanya dapat dilakukan dengan baik jika ada kuasa yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, kita harus berusaha dalam doa kita setiap hari untuk memohon kuasa dari atas. Kita juga memohon Tuhan memperlengkapi iman kita, memberikan kita hikmat yang secukupnya untuk melihat tipu muslihat Iblis dengan jelas.

Kita juga harus rajin membaca Alkitab supaya kita fasih tentang firman Kristus dan salibNya. Kita juga harus fasih tentang doktrin asas keselamatan dan beriman terhadapnya. Dengan itu, kita tidak takut untuk memberi kesaksian kepada orang lain kerana inilah yang kita percaya dan yang kita ketahui.

 

2. Mulakan dengan doa

Kita harus faham bahawa pekerjaan Injil ialah Tuhan sedang bekerja (Yoh 5:17). Kita hanyalah rakan sekerja Tuhan (1 Kor 3:9). Oleh itu, memahami kehendak Tuhan merupakan matlamat utama dalam kerja ini. Maka, kita harus selalu memohon melalui doa agar Tuhan memimpin kita supaya kita tahu kepada siapa harus kita beritakan dan siapakah orang yang dipilih Tuhan. Melalui doa juga, biarlah kesaksian yang kita berikan masuk ke dalam hati rakan kita di samping memohon Roh Kudus menghapuskan halangan yang membutakan fikiran mereka. Dengan cara ini, kita akan mendapati bahawa memberitakan Injil tidaklah sukar seperti yang kita bayangkan!

 

3. Jadi terang dan garam dunia (Mat 5:13-16)

Di dalam kelas, kita harus dapat menjadi terang bagi kehidupan orang di dunia supaya orang-orang yang hidup dalam lembah kekelaman dapat melihat terang dan datang kepada terang. Menjadi terang dan garam dunia merupakan kewajipan kita sebagai umat yang kudus. Dalam kehidupan harian kita, jika rakan dapat melihat tingkah laku kita yang baik dan melihat sukacita yang datang daripada Tuhan ada pada kita, ini akan menarik perhatian mereka untuk datang mendekati Tuhan secara semula jadi. Ini khususnya tampak lebih penting dalam abad ke-21 ini iaitu abad di mana umat manusia tersesat.

 

4. Memberi kesaksian kepada rakan tentang kepercayaan diri sendiri

Apabila terang anda telah bercahaya di depan orang dan telah menarik perhatian rakan, anda boleh memberi kesaksian kepadanya tentang keprcayaan diri sendiri (Yoh 1:41,45). Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Janganlah malu bersaksi tentang Tuhan kita (2 Tim 1:8). Harus berani membuka mulut dengan bersandar kepada Roh Kudus yang diam di dalam hati kita, Tuhan pasti memberikan hikmat kepada anda. Apabila hendak memberi kesaksian kepada rakan, terlebih dahulu lihat apa kesulitannya pada masa tersebut.

  • Jika dia seorang yang sedang patah semangat: harus beritakan tentang kasih agung Tuhan kepadanya (Mat 11:28-29). Dalam masyarakat hari ini, banyak ketidak-tenteraman dalam jiwa dan roh yang terhasil akibat tersesat arah dan diikat mati oleh ketamadunan material. Contohnya schizophrenia, kemurungan dan sebagainya. Perubatan moden pula tidak dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ini sehingga ke akar umbinya. Inilah masanya yang terbaik untuk anda memberi kesaksian kepada rakan anda.
  • Jika dia seorang yang kurang sihat: boleh memberi kesaksian kepadanya tentang kasih karunia Tuhan. Gereja kita ialah gereja yang didirikan oleh Tuhan. Tanda-tanda dan mujizat-mujizat yang Tuhan janjikan sentiasa menyertai kita untuk menyaksikan kuasa besar Tuhan. Untuk orang seperti ini, anda boleh membawakan banyak pita rakaman kesaksian gereja kepada dia untuk didengarkan di samping mengajarnya bagaimana berdoa untuk mengecap kebaikan Tuhan.
  • Jika dia seorang yang terjerat dalam dosa: pelajar institut pengajian tinggi pada umumnya kurang merasakan perasaan yang kuat tentang terjerat dalam dosa. Jika ada, kebanyakannya ialah tabiat hidup yang tidak baik. Contohnya merokok, bermain kad, menari, menagih dadah, dan sebahagian kecil melempiaskan hawa nafsu dalam perzinahan. Jika bertemu dengan orang begini, boleh beri kesaksian kepadanya tentang cara melepaskan diri dari dosa kejahatan dan dilahirkan kembali (Rm 7:21-23).
  • Jika dia seorang yang dahagakan Kebenaran: kaji Alkitab bersamanya dan bincangkan isu-isu dalam kehidupan manusia. Jikalau boleh, buat temu janji setiap minggu untuk membaca dan berkongsi tentang Alkitab dengan kawan-kawan persahabatan. Dia seharusnya dapat dibangunkan dalam perkongsian Kebenaran.

 

5. Mengedarkan bahan-bahan kesusasteraan kepada rakan

Pada masa dahulu, rakan-rakan dalam persahabatan kampus pergi ke bilik darjah untuk menulis papan hitam setiap kali mengadakan persahabatan jamuan teh Injil. Impaknya tidaklah besar. Sebenarnya, persahabatan boleh menjemput kawan-kawan dalam persabahatan mengambil bahan-bahan kesusasteraan untuk diedarkan di dalam kelas. Undangan juga boleh dibuat melalui kad jemputan. Internet juga sangat berguna pada masa kini. Pokoknya, segala saluran kesusasteraan yang boleh digunakan di dalam kampus harus digunakan dengan sebaik mungkin. Tetapi apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah, apabila anda telah menyatakan kepercayaan anda kepada rakan anda dan dia juga telah menunjukkan bahawa dia berminat, anda boleh maju selangkah ke hadapan dengan membawa bahan-bahan kesusasteraan kepadanya. Jika dia telah membaca bahan-bahan kesusasteraan, anda boleh maju selangkah lai ke hadapan dengan membawa pita kesaksian atau kaset Injil kepadanya. Tidak perlu membawa banyak sekaligus, hanya beberapa keping sahaja sudah memadai. Selepas satu tempoh masa, bawa lagi beberapa keping yang baru untuk menukar yang lama. Dengan ini juga anda mempunyai alasan yang boleh dijadiakn sebagai topik perbualan.

 

6. Bawa rakan ke kebaktian persahabatan dan kenalkan dia kepada kawan-kawan persahabatan

Bawa rakan ke persahabatan supaya dia berpeluang untuk melihat kepercayaan kita. Ini juga merupakan jalan yang terbaik untuk rakan kita mencari Tuhan. Jika anda terus membawanya ke gereja, mungkin ada sesetengah orang yang tidak biasa. Persahabatan adalah seperti rumah kita. Ianya hangat dan senang untuk didekati.

Setelah membawa rakan anda ke persahabatan, harus memperkenalkan dia kepada kawan-kawan dalam persahabatan supaya mereka sama-sama mengambil berat tentang kawan pencari Injil ini. Sekiranya anda membawa rakan yang berlainan jantina, anda harus memperkenalkannya kepada kawan persahabatan dengan jantina yang sama untuk diambil berat. Dengan cara ini, perpindahan emosi (perasaan cinta) tidak akan berlaku dan tidak mengelirukan motifnya untuk percaya kepada Tuhan.

 

7. Mengkaji dan berkongsi tentang Alkitab dengan rakan

Pelajar institut pengajian tinggi umumnya lebih rasional dalam kepercayaan. Mereka lebih menginginkan Kebenaran dan iman mereka juga murni. Kita harus membuatkan mereka faham bahawa Kebenaran yang sejati hanya mungkin diperolehi di gereja kita (Yes 2:2-3). Oleh itu, jika boleh, anda harus mencari kawan-kawan persahabatan untuk membantu dan membuat perkongsian kajian Alkitab supaya rakan anda boleh mendapatkan Kebenaran secara langsung daripada Alkitab.

 

8. Akhirnya bawa rakan ke gereja

Biarkan dia benar-benar memahami keadaan di dalam gereja dan juga kehidupan pemercaya supaya dia mempunyai hati yang bersedia untuk menjadi pemercaya dalam gereja. Setelah membawa dia ke gereja, adalah lebih baik jika anda boleh memperkenalkan dia kepada guru di kelas menengah atas supaya beliau dapat membantu anda dalam hal penggembalaan. Anda juga perlu memperkenalkannya kepada ahli-ahli exco dalam gereja ataupun pendeta. Ini kerana seorang pencari Injil pasti mempunyai banyak keraguan mengenai isu kehidupan dan menghadapi banyak peperangan rohani dalam proses pencarian Injilnya. Semua ini memerlukan penatua, diaken dan pendeta dalam gereja untuk membantu anda dengan lancar.

 

9. Memperkenalkan rakan untuk mengikuti kelas pencari Injil di gereja

Gereja harus mengadakan kelas pencari Injil. Ini kerana kursus-kursus dalam kelas pencari Injil adalah berkongsi tentang isi kandungan Injil dan ini lebih membangun bagi kawan pencari Injil. Kadang-kadang, kelas menengah atas juga boleh menubuhkan kelas kajian Alkitab yang seumpamanya untuk memperkenalkan Injil kepada kawan pencari Injil dengan lebih sistematik.

 

B. Pekerjaan Injil persahabatan

Pekerjaan Injil merupakan matlamat besar bagi penubuhan persahabatan. Jika persahabatan ini ada melakukan pekerjaan Injil, persahabatan ini adalah lebih dinamik, dan kekuatan daya sentripetal (daya memusat) persahabatan akan menjadi lebih kuat. Sebaliknya, jika persahabatan hanya mengejar pengetahuan dan mengabaikan matlamat penyebaran Injil secara meluas, maka persahabatan ini akan kehilangan hidupnya dan kawan-kawan dalam persahabatan tidak akan merasakan hidup Tuhan dalam kebaktian.

Oleh itu, persahabatan seharusnya mempunyai rancangan untuk melatih kawan-kawan persahabatan dalam “kuasa penginjilan peribadi”. Adalah diharapkan bahawa setiap kawan persahabatan tidak akan merasa sukar untuk membuka mulut dalam membuat penginjilan peribadi.

Pada permulaan setiap semester, semasa membentuk kurikulum, persahabatan seharusnya merancang berapa kerapkah “jamuan teh Injil” persahabatan perlu dianjurkan. Ini bertujuan supaya kawan-kawan dalam persahabatan mempunyai daya penggerak dalam penginjilan peribadi biasa.

Isi kandungan jamuan teh Injil: ada perkongsian kidung, atau mengajar nyanyian kidung pendek, persembahan kumpulan koir kecil, khutbah pendek Injil, atau kesaksian (boleh minta bantuan persahabatan gabungan untuk bahagian kumpulan koir dan khutbah pendek). Cara berdoa: (doa dalam bahasa akal jika berada di luar bilik, doa dalam bahasa Roh jika berada di dalam bilik sendiri atau di tempat yang sesuai. Seboleh-bolehnya berdoa dalam bahasa Roh kerana doa dalam bahasa Roh memberi kesaksian kepada orang-orang yang belum percaya). Selain itu, boleh atur sesi “penyelesaian masalah” untuk menyelesaikan kebingungan rakan pencari Injil.

Sebelum jamuan teh Injil dijalankan, harus terlebih dahulu memperkenalkan pencari Injil yang hadir kepada semua kawan-kawan dalam persahabatan untuk membuatkan mereka merasa seolah-olah berada di rumah sendiri semasa berada dalam persahabatan. Semua kawan-kawan dalam persahabatan juga harus bersatu hati dan bekerjasama dalam menjaga pencari Injil.

Dalam setiap jamuan teh Injil, segala maklumat yang diperlukan untuk pencarian Injil harus disediakan dengan lengkap. Di samping itu, masukkan bahan-bahan kesusasteraan ke dalam sebuah beg maklumat untuk kemudahan dihadiahkan kepada kawan pencari Injil.

Akhir sekali, dapatkan maklumat kawan pencari Injil dan rekodkan secara jelas untuk tindakan susulan pada masa hadapan.

 

C. Mengadakan penginjilan kampus

Persahabatan memilih masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan penginjilan kidung di dalam kampus setiap semester (boleh memohon lokasi daripada pihak sekolah). Tetapkan tema terlebih dahulu dan pilih cara penginjilan kidung yang bersesuaian untuk dilaksanakan.

Cara penginjilan boleh dilaksanakan dengan cara yang lebih meriah / aktif dan juga boleh diiringi dengan alat musik.

Sebelum penginjilan, gunakan semua kaedah yang tersedia untuk publisiti. Contohnya menampal poster di dalam kampus, menulis maklumat di dalam bilik darjah, mengiklan di dalam bahan terbitan sekolah dan menyiarkan notis di sekolah.

 

D. Persahabatan pencari Injil yang diadakan sekali atau dua kali setiap semester anjuran persahabatan gabungan

Persahabatan pencari Injil amat membantu kawan-kawan pencari Injil. Harus membahagikan temanya secara beransur-ansur dalam setiap kali penganjuran. Contoh: tema kali pertama “Kenali Tuhan”, tema kali kedua “Kenali Yesus”, tema kali ketiga “Kenali Gereja”. Selepas kali ketiga, boleh membawanya melawat gereja supaya dia dapat merasai kehidupan gereja yang dia bakal lalui pada masa hadapan.

Isi kandungan persahabatan pencari Injil: boleh atur pengenalan tema, perbincangan pengalaman iman kepercayaan, kesaksian, penyelesaian masalah, berdoa memohon karunia Roh, aktiviti persahabatan di luar bilik.

 

E. Pimpin rakan datang menyertai Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid institut pengajian tinggi

Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid khasnya ada mengatur kursus untuk pencari Injil dan ianya amat sesuai untuk disertai oleh pencari Injil yang ingin mengejar Kebenaran. Selama bertahun-tahun, banyak pencari Injil yang telah menyertai Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid dan kebanyakan mereka telah menjadi pemercaya selepas menyertainya.

 

KESIMPULAN

Tuhan Yesus mengatur kita ke dalam kampus institut pengajian tinggi. Tidakkah ini ada kehendak Tuhan? Bukankah ini untuk menjayakan kerja suciNya? Oleh itu, rakan-rakan sekalian haruslah sedar dan bangun. Menaburlah dengan mencucurkan air mata di dalam kampus anda dan anda akan merasai perasaan “menuai dengan suka cita”. Persahabatan anda juga akan akan penuh dengan kecergasan kerana anda rajin memberitakan Injil.