PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN RAKYAT TAIWAN

PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN RAKYAT TAIWAN

(Saudara Zhang Jun Jia)

 

KATA PENGANTAR

Kira-kira 70% orang di Taiwan percaya kepada agama rakyat, dan agama ini sangat mempengaruhi kehidupan dan pertimbangan nilai pemercayanya. Kita boleh memisahkan diri daripadanya melalui “menguduskan diri”, takut “melakukan apa yang cemar” dan sebab-sebab yang lain dalam penyempurnaan rohani. Namun ia berada di dalam kehidupan harian kita. Ia bongkok kail hendak mendapat untuk meresap ke dalam kehidupan harian kita. Dalam pendirian menyebarkan firman, adakah ianya mencukupi jika kita hanya memberitahu orang lain tentang betapa baiknya Tuhan kita? Jika dia bertanya: “adakah tuhan kami tidak baik?” lalu kemudian mengatakan tentang serangkaian mukjizat (atau yang kita anggap sebagai mitos, malah takhayul), adakah sepatah “itu palsu” daripada kita sudah cukup sebagai penamat?

Oleh yang demikian, “keras ditakik, lunak disudu”, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” mungkin merupakan sikap yang kita perlu ada. Tetapi jangan lupa bahawa kita perlu mengenali diri kita sebelum mengenali pihak lawan. Jika tidak terlebih dahulu mengenakan seluruh perlengkapan senjata Kristus untuk memasuki kandang harimau, bukankah kita umpama domba yang memasuki mulut harimau?

 

ARTIKEL

Satu, dewa-dewi yang disembah

A. Menyembah hantu

    1. Menyembah orang agung dan orang yang berjasa
    • Dewa-dewi kebangsaan: Mazu, Guan Gong (En Zhu Gong) dan sebagainya.
    • Dewa-dewi tempatan:
        • Orang Sanyi di Quanzhou (Hui’an, Nan’an, Jinjiang): Kuil Longshan (Guan Yin), Guang Ze Zun
        • Orang Tong’an di Quanzhou: Xia-Hai City God Temple, Bao Sheng Da Di.
        • Orang Anxi di Quanzhou: Bao Yi Da Di, Qingshui.
        • Orang Zhangzhou: Kai Zhang Sheng Wang (Tan Goan-kong).
        • Kantonis (dikenali sebagai Hakka): San Shan Guo Wang (dewa semula jadi), Baozhong Yimin Temple (roh hantu).
    • Dewa Seni: Lu Ban, Hua Tuo …
    • Lain-lain: Polis Jepun, Chiang Kai-shek … dan sebagainya.

 

2. Menyembah nenek moyang: pai-kong-ma, dewa-dewi dengan nama keluarga yang sama.

 

B. Menyembah alam semula jadi: Kebanyakannya berubah menjadi tuhan-tuhan keperibadian

  1. Tanda dan bintang astrologi: Bintang Utara (Xuan Tian Shang Di – Zhen Wu Da Di), Tai Yang Gong, Wu Lei Yuan Shuai.
  2. Benda-benda bumi: San Shan Guo Wang (gunung), pokok besar, batu, ular, lembu, anjing … dan sebagainya.

 

C. Menyembah dewa-dewi dongeng / kuasa ghaib dan mitos

  1. Dewa-dewi dongeng / kuasa ghaib: Feng Shen Bang (The Investiture of the Gods / The Creation of the Gods) sebagai yang utama. San Tai Zi (Na Zha), Wang Mu Niang Niang (Queen Mother of the West), Zhang Tian Shi / Thio Thian Su, Jiu Tian Xuan Nü (Mysterious Lady of the Ninth Heaven)…
  2. Dewa-dewi mitos: Huang Di (The Yellow Emperor), Shennong, San Guan Da Di (syurga, bumi, air – Yao, Shun, Yu), Cheng Huang…

 

D. Menyembah “Saya tidak tahu apa yang harus ditakuti”

  1. Campur tangan ilahi (Divine Intervention)
  2. Menyembah roh-roh hantu: Wang Ye, You Ying Gong Ma, Bai Xing Gong, Da Zhong Ye, Yi Min Ye

 

E. Lain-lain

 

Dua, penampilan kepercayaan yang sangat sekular

  1. Kedudukan keberkesanan

Kedudukan ketuhanan tidak menentukan jumlah orang yang percaya atau ketebalan asap kemenyan, tetapi ia bergantung kepada sama ada dewa tersebut berkesan.

 

  1. Ibadah kesejahteraan – hubungan kepentingan

Kebanyakan mereka memohon dari segi perbuatan, kelakuan syukur bergantung kepada berkesan atau tidak.

 

  1. Kekaburan sasaran ibadah

Ramai pemercaya kepercayaan rakyat hanya tahu serba-sedikit sahaja tentang dewa-dewi yang mereka sembah dan bukannya merupakan perbuatan penyembahan dengan pengenalan yang rasional.

 

  1. Penciptaan dewa-dewi

Dalam kepercayaan rakyat, dewa-dewi baru boleh diwujudkan kerana mukjizat keberkesanan atau atas pelbagai sebab. Sebagai contoh: proses pembuatan “She Zi Wang Gong” di Chiayi, Minxiong.

 

  1. Keboleh-ubahan tahap, ciri-ciri istimewa dewa-dewa

Contoh: Hai Shen Mazu di pantai tenggara China diangkat sebagai Tian Hou (Queen / Empress of Heaven) dan Tian Shang Sheng Mu (Holy Heavenly Mother) oleh Maharaja Kang Xi dan Maharaja Qian Long. Di dalam perubahan persekitaran selama tiga, empat ratus tahun di Taiwan, ia telah berubah menjadi dewi rahmat di seluruh negara secara beransur-ansur.

 

  1. Sekularisasi ritual dan perayaan

Dibincangkan bermula dengan “Zhen Tou” dan “opera”.

 

  1. Sesuai dengan kehidupan sosial
  • Etika kehidupan peribadi:

“Xia Ding” semasa kelahiran, sembahyang kepada nenek moyang semasa berkahwin, menebus dosa orang mati selepas meninggal dunia. “Hubungan Tuhan-Manusia” dalam kehidupan harian: “cukai kepala” dan “derma sukarela” di kuil, “An Tai Sui” dan “menyalakan lilin penyembahan” semasa Tahun Baharu Cina …

 

  • Organisasi keagamaan dalam kumpulan sosial:

Pemimpin-pemimpin agama seperti “Lu Zhu” (Ketua Relau), “Tou Jia” membina kedudukan sebagai pemimpin melalui proses simbolik “Poe divination” tetapi calon-calon digantikan hampir setiap tahun (tidak konsisten di seluruh wilayah).

 

  • Perbuatan saling membantu dan mengambil berat dalam kehidupan berkumpulan sering dicapai melalui organisasi keagamaan ini. Contohnya: menyelesaikan perbuatan saling membantu, mengambil berat dan komunikasi bersama melalui “jamuan makan”.

 

  1. Ciri skop penyembahan / sembahyang sangat kuat, dan skop kepercayaan yang kabur

Terdapat syarat kelayakan yang ketat untuk mengambil bahagian dalam penyembahan / sembahyang secara berkumpulan. Contohnya: hanya penduduk di kampung yang berkenaan sahaja yang boleh mengambil bahagian sebagai peramal bagi persatuan Shen Ming di kuil Zhuang Tou Zhuang (terdapat pengecualian). Namun, jika ia ialah tingkah laku ibadat individu, tiada siapa yang akan campur tangan. Mereka sangat bebas untuk menyembah apa jua dewa-dewi dan kepercayaan-kepercayaan kabur dari pelbagai kampung.

 

Tiga, refleksi kepercayaan rakyat di Taiwan

Kepercayaan rakyat di Taiwan sangat meresap masuk ke dalam kehidupan rakyat. Bahkan orang yang tidak mempunyai keprcayaan rakyat juga dipengaruhi oleh budaya mereka. Oleh itu, memahami kepercayaan rakyat Taiwan membolehkan kita memahami proses pembentukan konsep-konsep nilai dalam tradisi masyarakat Taiwan yang bermanfaat kepada kerja penyebaran agama kita. Dari perspektif yang lain, kita boleh menyemak semula kepercayaan kita, berapa banyak tradisi kepercayaan rakyat (ragi) yang terkandung di dalamnya tanpa kita ketahui!

 

  1. Konsep ‘ibadah kewajipan’ dalam Alkitab

Dalam proses kepercayaan kita sendiri, hubungan dengan Tuhan sering dibina atas “ibadah kesejahteraan – hubungan kepentingan”. Malah dalam proses penyebaran firman, sama ada secara sengaja atau secara tidak sedar, kita terlalu menekankan tentang keberkesanan Tuhan dan konsep “ibadah kesejahteraan-kepentingan”. Bagi bapa dan anak lelaki yang telah dipisahkan selama bertahun-tahun, mungkin kita tidak seharusnya hanya sekadar memberitahunya tentang betapa mulia, kaya, dan berkuasa bapanya, boleh pulang dan meminta bantuan daripadanya. Kita juga harus memberitahunya bahawa dialah bapanya, harus pulang ke rumah bagai sirih pulang ke gagang kerana itulah kewajipannya.

 

  1. Rajin membaca Alkitab, fahami Yesus

Kepercayaan rakyat adalah berdasarkan “berkesan jika ikhlas dalam hati” dan tidak terlalu banyak bertanya tentang apakah sasaran ibadah mereka. Akhirnya ia menjadi mitos tentang takhayul. Namun Alkitab mengajar kita untuk rajin membaca Alkitab dan fahami Kebenaran. Kita harus tahu siapa yang kita percaya.

 

  1. Pengenalpastian tentang Tuhan yang Esa

Kepercayaan rakyat adalah bersifat politeisme dan berkaitan dengan penciptaan dewa-dewi. Mereka khasnya perlu diajar tentang konsep Tuhan yang Esa dalam proses penyebaran firman. Ini untuk mengelakkan mereka daripada berpatah balik pergi mencari dewa-dewi yang lain dalam kepercayaan rakyat apabila kepercayaan atau kehidupan mereka berhadapan dengan kesukaran.

 

  1. Refleksi mengenai upacara ibadat

Ritual  kepercayaan rakyat adalah sangat serasi dengan perubahan kehidupan. Ia mempunyai kebolehbentukan yang berubah seiring dengan persekitaran, tetapi kadang-kadang ia mengalir ke dalam kebiasaan yang melampau. Contohnya, “kereta berhias”, “pertunjukan tarian bogel” (striptease) dan sebagainya muncul dalam “Chou Shen Zuo Xi” (opera) di kuil. Tetapi dari perspektif yang bersesuaian dengan kehidupan, mungkin ia juga boleh menjadi rujukan kepada gereja kita pada hari ini apabila memikirkan tentang “ibadah yan pelbagai.”

 

  1. Amalkan kehidupan dalam kepercayaan, amalkan kepercayaan dalam kehidupan

Gereja sering menekankan tentang “amalkan kehidupan dalam kepercayaan, amalkan kepercayaan dalam kehidupan” tetapi selalunya terdapat jurang yang besar antaranya. Bagi kepercayaan rakyat pula, ia diamalkan dengan begitu baik sekali. Organisasi kepercayaan rakyat juga merupakan organisasi yang membantu, mengambil berat dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam kehidupan. Kita sering dapat mendengar gereja mengajar pemercaya untuk bergaul dengan kepercayaan yang murni, saling membantu dan mengambil berat dalam kehidupan serta bergaul dengan batasan. Seboleh-bolehnya jangan ada pergaulan yang melibatkan wang dalam gereja untuk mengelakkan iman menjadi lemah apabila terjadinya masalah. Walau bagaimanapun, sering kedengaran tentang perselisihan yang berkepanjangan bagai agam dalam kepercayaan rakyat. Ia memberikan impak jangka pendek ke atas organisasi kehidupan kepercayaan yang sempurna.

 

KESIMPULAN

Paulus tahu tentang keterbatasan orang-orang Atena dalam menyembah tuhan ketika dia memerhatikan mezbah pemujaan mereka. Lantas dia menyampaikan khutbah yang sangat menarik untuk memperkenalkan Tuhan yang sejati dengan sepenuhnya kepada orang-orang Atena dan ada yang percaya kepada Tuhan kerana itu (Kis 17). Inilah yang harus kita belajar daripada Paulus iaitu bagaimana memahami kepercayaan bangsa asing dan kemudian membawa mereka ke dalam kepercayaan yang sebenar (Kol 1:28-29).