CARA MEMPERKAYA KEHIDUPAN UNIVERSITI

CARA MEMPERKAYA KEHIDUPAN UNIVERSITI

 

Sebagai sekumpulan pelajar universiti yang beragama Kristian, pertama-tamanya kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh itu, kita tidak boleh mensia-siakan kehidupan universiti kita sehingga mengecewakan rancangan indah Tuhan, harapan ibu bapa dan kecenderungan kita. Sekiranya tidak mahu mensia-siakan kehidupan universiti, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Di peringkat universiti, kita mesti terlebih dahulu mengetahui hala tuju dan matlamat diri sendiri. Dengan itu, kita akan mempunyai matlamat yang perlu diusahakan dan tahu cara untuk bekerja keras. Maka, berdasarkan pengalaman peribadi dan kredit-kredit universiti yang popular di dalam kampus universiti (pengetahuan, perasaan, persatuan … dll), dan juga status kita sebagai orang Kristian, pengalaman daripada empat aspek berikut akan dibincangkan untuk rujukan bersama:

 

ASPEK PEMBELAJARAN – MENGEJAR PENGETAHUAN PROFESIONAL YANG TIADA TOLOK GANTI

Pendidikan universiti disebut sebagai pengajian tinggi. Jadi, pendidikan di universiti bukan lagi hanya sekadar penyampaian pengetahuan asas, tetapi pencarian pengetahuan asas profesional yang lebih tinggi berdasarkan pengetahuan asas yang sedia ada. Sebagai pelajar universiti, kita perlu memupuk tahap pengetahuan profesional yang lebih mendalam agar dapat bersaing di alam pekerjaan sosial yang sangat kompetitif sekarang. Bagaimana caranya untuk mempunyai pengetahuan profesional yang tiada tolok ganti?

  1. Pengajian khusus untuk subjek wajib profesional:

Subjek wajib profesional ialah subjek pengetahuan profesional yang paling asas bagi jurusan yang dikaji. Sekiranya asasnya tidak diletakkan dengan baik, hasil daripada subjek profesional lanjutan dan subjek elektif pada hari-hari kemudian akan menjadi seperti kecil ikan, besar umpan.

  1. Pembacaan buku kokurikulum secara meluas:

Pendidikan universiti bukan lagi era buku teks pendidikan kebangsaan. Selain buku teks, buku-buku rujukan dan jurnal akademik profesional yang disenaraikan oleh setiap pensyarah subjek harus dibaca secara meluas untuk memperluas pengetahuan profesional. Oleh itu, perpustakaan perlu dikunjungi selalu untuk mencapai pelbagai kebaikan membaca buku-buku kokurikulum.

  1. Penyertaan dalam seminar dan kuliah akademik:

Banyakkan menyertai seminar akademik dalam bidang profesional untuk memahami topik, arah dan trend penyelidikan semasa. Mendengar kuliah akademik merupakan sumber untuk mendapatkan pengetahuan profesional yang paling banyak dalam jangka masa yang paling pendek.

  1. Pelbagai hubungan dengan pensyarah dan rakan sekelas:

Banyakkan bergaul dengan pensyarah bagi subjek yang diminati. Syorkan diri untuk menjadi pelajar kerja akademik. Tindakan ini membolehkan diri sendiri banyak belajar dalam bidang subjek ini. Atur kelab membaca dengan rakan sekelas yang rapat untuk saling menyokong.

 

ASPEK IMAN KEPERCAYAAN – MENGEJAR PEMBENTUKAN DIRI DALAM IMAN KEPERCAYAAN

Kita yang telah dibaptis sejak kecil merupakan kumpulan orang Kristian yang paling bahagia. Sukar bagi kita untuk merasakan rasa kebahagiaan itu kerana kita telah dilindungi oleh Tuhan dan keluarga kita sejak kecil, sehingga hampir tidak ada percanggahan dan konflik besar dalam iman kepercayaan kita, dan kehidupan kita sangat lancar. Oleh itu, kita tidak tahu pentingnya iman kepercayaan, bahkan beranggapan bahawa iman kepercayaan adalah sejenis perhambaan. Selepas memasuki alam universiti, pemerolehan dan kejutan pengetahuan tidak lagi murni seperti tahun-tahun di sekolah menengah. Pelbagai jenis pengetahuan dan maklumat kehidupan yang mencabar iman kepercayaan akan melayang seperti kepingan salji. Pada masa ini, kita seharusnya dapat meneliti iman kepercayaan kita dengan lebih lanjut iaitu membentuk iman kepercayaan daripada “iman kepercayaan keluarga saya” kepada “iman kepercayaan saya”. Pembentukan iman kepercayaan dapat dicapai dengan cara-cara berikut:

  1. Rancangan pembacaan Alkitab:

Alkitab ialah norma dan panduan iman kepercayaan kita (2 Tim 3:15-17). Sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti, masa dihabiskan untuk sekolah, keluarga dan lain-lain. Pada zaman universiti, hampir semua masa dikendalikan oleh diri kita sendiri. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menggunakan tidak ada masa sebagai alasan untuk tidak membaca Alkitab. Tujuan utama Alkitab adalah untuk mendekatkan kita dengan Tuhan dan mendapatkan kehidupan. Kita tidak boleh membaca dan mengkaji Alkitab sebagai pengetahuan (Yoh 5:39-40). Untuk mengelakkan kemalasan diri sendiri, kita boleh mempromosikan rancangan membaca Alkitab dalam persekutuan dan kelas lanjutan untuk saling membina.

  1. Pengalaman doa:

Doa ialah cara yang paling mudah untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Kita boleh berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa dan permohonan dengan ucapan syukur (Flp 4:6-7). Kita juga dapat merasai dan mengalami iman kepercayaan melalui doa.

  1. Pengalaman iman kepercayaan:

Iman kepercayaan tidak boleh berada di tahap pendengaran untuk selama-lamanya. Iman kepercayaan perlu melangkah lebih jauh ke tahap pengalaman sendiri. Seseorang perlu “melibatkan diri” untuk mengalaminya sendiri. “Pemerhati” tidak akan dapat mengalaminya secara peribadi untuk selama-lamanya. Pengalaman iman kepercayaan bukan hanya berlaku ketika tanda mukjizat terjadi pada diri sendiri. Pengalaman iman kepercayaan yang penting adalah untuk benar-benar menyedari bahawa Tuhan ialah Tuhan dalam diri kita agar kehidupan kita diperkaya dan diperbaharui. Oleh itu, kita harus memperoleh pengalaman iman kepercayaan melalui penyertaan dalam pekerjaan, komunikasi dan keprihatinan sesama seiman dan doa yang tidak jemu-jemu.

 

DARI ASPEK HUBUNGAN SOSIAL – PEMBELAJARAN DAN PEMBINAAN HUBUNGAN INTERPERSONAL

Jika dibandingkan dengan kampus sekolah menengah, hubungan interpersonal di kampus universiti mempunyai lebih banyak kepelbagaian, autonomi dan kebebasan. Tambahan pula, kehidupan universiti membolehkan kita mempunyai lebih banyak masa untuk menghadapi, mengembangkan dan mengendalikan hubungan interpersonal. Kita dapat membina dan mempelajari hubungan interpersonal melalui beberapa cara:

  1. Persekutuan (Kelas Lanjutan)

Gereja mempunyai persekutuan hampir di semua kampus institut pengajian tinggi. Persekutuan merupakan tempat yang terbaik untuk kita belajar dan membina hubungan interpersonal. Dalam persekutuan, kita belajar untuk mengambil berat tentang orang lain dan menikmati keprihatinan orang lain; kita juga belajar melayani orang lain dan menikmati layanan orang lain serta bertumbuh besar bersama.

  1. Pertubuhan sosial (Persatuan)

Bidang praktik yang paling biasa untuk hubungan interpersonal di kampus universiti ialah “pertubuhan sosial”. Menyertai pertubuhan sosial di kampus universiti adalah suatu perkara yang biasa. Pertubuhan sosial yang berunsurkan hiburan dan perkhidmatan adalah lebih menarik perhatian. Serangan perasaan daripada senior-senior adalah sangat berkesan. Seringkali, sesuatu pertubuhan sosial adalah didominasi oleh pelajar daripada suatu atau dua jurusan yang tertentu. Maka, pertubuhan sosial yang dipilih adalah kurang berdasarkan minat sendiri lalu menyebabkan kesinambungannya lemah (sering kali kurang atau tidak lagi mengambil bahagian dalam aktiviti selepas satu atau dua tahun). Oleh itu, jika kita ingin menyertai pertubuhan sosial, kita harus menjadikan “minat” sebagai prinsip pemilihan.

Beberapa cadangan peribadi untuk persekutuan dan pertubuhan sosial:

  • Persekutuan tidak akan tidak ada hubungan dengan kita hanya kerana kita tidak datang. Namun jika kita tidak menyertai pertubuhan sosial, kebanyakan mereka tidak ada hubungan lagi dengan kita. Hal ini demikian kerana persekutuan ialah “rumah”. Walaupun kita mengembara di luar, rumah ini akan menyambut kepulangan kita dengan tangan terbuka. Hubungan ini wujud untuk selama-lamanya. Hubungan interpersonal dalam pertubuhan sosial adalah lebih singkat.
  • Dalam persekutuan, kita belajar cara bergaul dengan kedua-dua jantina daripada pergaulan dalam kumpulan. Dalam pertubuhan sosial pula, kita sering belajar cara bergaul dengan kedua-dua jantina secara individu, malah ada yang meninggalkan kumpulan ini setelah bergaul satu sama lain secara individu.
  • Ada yang berkata: “Persekutuan membuatkan kita tidak keluar daripada kepompong kita untuk selama-lamanya. Pertubuhan sosial pula membolehkan kita memperluas pemandangan dan hubungan interpersonal kita.” Kita semua boleh duduk dengan tenang dan mengira, berapa banyak rakan dan organisasi baru yang kita kenal semasa menyertai pertubuhan sosial? Bagi seseorang rakan persekutuan yang melayani dalam persekutuan, berapa orang, gereja, organisasi, dan lain-lain yang dia kenal? Kita akan mendapati bahawa kedua-duanya sama. Tambahan pula, mengikuti kuliah, mengambil bahagian dalam aktiviti jabatan dan aktiviti kelas, banyak bergaul dengan rakan sekelas, senior dan junior akan dapat menggantikan hubungan interpersonal tanpa pertubuhan sosial.
  • Menyertai persekutuan lalu memberi kesan kepada akademik bukanlah sifat persekutuan. Akademik dan kebaktian persekutuan yang terjejas kesan daripada menyertai pertubuhan sosial juga harus dipertimbangkan semula.

Tidak kira menyertai persekutuan ataupun pertubuhan sosial, “saling memperhatikan, saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik” (Ibr 10:24) haruslah dijadikan sebagai sasaran yang diusahakan.

 

ASPEK PERANCANGAN HIDUP – PENGEMBANGAN KEMAHIRAN INTEGRASI DAN KEMAHIRAN ANALISIS

Harapan gaya hidup pada masa hadapan akan mempengaruhi arah usaha kita di universiti. Pada masa yang sama, gaya hidup di universiti juga akan mempengaruhi kehidupan selepas tamat pengajian.  Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipelajari di peringkat universiti:

  1. Pembentukan konsep hidup:

Cuba fikirkan kehidupan yang ingin kita jalani dalam 10 tahun (selepas berkahwin), 20 tahun (membesarkan anak), dan 45 tahun (selepas bersara) akan datang. Bagaimana kita mempersiapkan diri semasa berada di peringkat universiti? Bersedia untuk peperiksaan awam? Bersedia untuk peperiksaan vokasional profesional? Melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi? Belajar di luar negara? Semoga semua orang mendapat berkat dan sukacita seperti yang dicatatkan dalam kitab Pengkhotbah 5:18-20.

  1. Pembelajaran kemahiran hidup:
    • Kemahiran hidup profesional: Dalam fenomena sosial semasa, jangan ketepikan pembelajaran dalam bidang kepakaran lain selain kepakaran utama untuk menjadikan diri kita lebih kompetitif.
    • Kemahiran hidup harian: Kita kehilangan peluang untuk belajar kemahiran hidup harian yang asas semasa berada di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerana ibu bapa menyayangi kita dan atas sebab pertimbangan akademik. Masa di universiti berada dalam tangan kita sendiri. Oleh itu, kita harus belajar lebih banyak kemahiran hidup harian yang asas.
  2. Pembelajaran pengurusan masa:

Sebilangan besar pelajar di universiti melanjutkan pelajaran jauh daripada rumah dan tidak ada orang yang mengongkong mereka. Oleh itu, peruntukan dan penguasaan masa menjadi subjek utama yang mesti dipelajari oleh pelajar universiti.

  • Ponteng kelas: Kita tidak perlu bertanya sama ada kita boleh ponteng kelas. Kita harus bertanya pada diri sendiri: “Apa yang saya lakukan semasa ponteng kelas?”
  • Antara dilema: Pengagihan dan pengawalan masa ditentukan oleh keutamaan perkara. Keutamaan perkara pula ditentukan oleh konsep nilai diri sendiri. Menetapkan konsep nilai bagi kehidupan iman kepercayaan diri sendiri tidak boleh dilengah-lengahkan.
  1. Penanaman keyakinan diri:

Tidak kira keputusan peperiksaan baik atau tidak, janganlah menenggelamkan diri dalam tangisan untuk masa lalu ataupun bagai anjing melintang denai kerana semuanya sudah berlalu. Pupuklah keyakinan diri secara aktif selama empat tahun di universiti. Kesannya dapat dilihat dalam pembelajaran dan pekerjaan pada hari-hari kemudian. Selain itu, diri sendiri juga akan kelihatan bersungguh-sungguh. Keyakinan diri adalah salah satu cara untuk menang. Walau bagaimanapun, keyakinan diri sama sekali bukan secara membabi buta. Keyakinan diri didokong oleh profesionalisme dan kemampuan, dan tidak akan menyerang orang.

 

Kesimpulan: Pkh 12:13