PANDUAN PEMBACAAN KITAB RUT

PANDUAN PEMBACAAN KITAB RUT

PENGENALAN

LATAR BELAKANG MASA :

A. Penulis dan masa penulisan:

  1. Penulisnya tidak dapat dikenalpasti kerana nama penulis tidak disebut dalam gulungan kitab ini. Walau bagaimanapun, menurut legenda orang Yahudi, kitab “Rut”, “Hakim-hakim” dan “1, 2 Samuel” ditulis oleh Samuel.
  2. Rut 4:17,22 mencatatkan Isai memperanakkan Daud tetapi tidak menyebut tentang Salomo. Kitab ini dianggarkan dituliskan pada zaman Daud. Dari sudut pandangan ini, adalah dipercayai bahawa kitab ini ditulis oleh nabi Samuel.

B. Latar belakang sejarah:

  1. Kisah dalam kitab ini berlaku pada zaman “para hakim memerintah” iaitu sekitar abad kesebelas Sebelum Masihi.
  2. Kitab ini tidak menyebut tentang raja Daud merupakan keturunan yang ketiga bagi Boas. Berdasarkan hal ini, adalah dianggarkan bahawa kisah dalam kitab ini berlaku pada akhir zaman hakim-hakim iaitu sekitar tahun 1100 SM.
  3. Umat Israel memasuki Kanaan dan menaklukkan tujuh bangsa. Namun orang Kanaan tidak diusir sepenuhnya dari beberapa buah tempat di utara lalu menyebabkan perang yang berlanjutan. Tambahan pula, orang-orang asing seperti Amon, Midian dan lain-lain lagi di sebelah timur sungai sering datang merompak dan mengacau orang Israel. Keadaan ini menyebabkan umat hidup dalam kesengsaraan yang tidak terkata.
  4. Selepas masuk ke Kanaan, umat menjalinkan perikatan suku secara beransur-ansur dan berpindah daripada kehidupan nomad kepada pertanian.
  5. Tanah di bahagian selatan tanah Yehuda agak kering. Sekiranya hujan tidak banyak, hasil pertaniannya hanya sedikit.
  6. Wujud permusuhan antara di suku dan serangan daripada musuh luar. Negara menjadi lemah dan sangat tidak stabil.
  7. Dari segi agama, umat sering meninggalkan Tuhan Allah. Mereka mencontohi bangsa asing dengan menyembah kepada berhala, menimbulkan kekacauan politik dan keruntuhan moral.

 

CIRI-CIRI KITAB INI :

A. Kedudukan dalam Alkitab

  1. Kitab ini dan kitab Ester adalah satu-satunya dua gulungan dalam Alkitab yang dinamai dengan nama wanita. Ester ialah ratu daripada orang buangan Yahudi. Rut pula ialah perempuan asing yang berkahwin dengan bangsa Yahudi serta merupakan balu yang miskin dan susah.
  2. Seluruh gulungan kitab Ester tidak mengandungi perkataan “Tuhan”, tetapi kepemimpinan Tuhan yang menjaga dan memelihara tersembunyi di mana-mana. Seluruh gulungan kitab Rut tidak mengandungi perkataan “kasih”, tetapi penampilan kasih sering dinyatakan.
  3. Orang Ibrani sering membaca gulungan kitab pendek semasa perayaan keagamaan. Kitab “Rut” dibacakan pada hari Pentakosta yang merayakan kelimpahan hasil gandum.
  4. Kitab ini mencatakan perihal era kekacauan dalam zaman hakim-hakim, perjuangan yang tekun dan sabar dalam sesebuah keluarga, tangan Tuhan yang melimpahkan kasih setia dan memimpin, pemandangan indah bagi kelimpahan hasil di ladang, kasih dan kehangatan sesama manusia, serta kisah cinta yang murni antara protagonis lelaki dengan protagonis wanita. Kitab ini menggunakan teks yang jelas dan halus untuk menceritakan kisahnya, dan kitab ini berakhir dengan kesudahan yang mengharukan dan indah setelah melalui proses yang berliku-liku. Oleh itu kitab ini dikenali sebagai “mutiara sastera Ibrani”.
  5. Terang “penyataan keselamatan Tuhan” terungkap secara beransur-ansur daripada buku ini.
    • Keselamatan datang kepada orang bukan Yahudi.
    • Menunjukkan keturunan Mesias.
  6. Kitab ini memperlihatkan amalan praktikal hukum Taurat Musa dalam kehidupan sosial.

 

B. TEMA KITAB INI :

  1. Melihat penderitaan zaman besar daripada dugaan sebuah keluarga kecil, melihat perbuatan ajaran Tuhan yang tidak dapat diramalkan daripada tragedi sebuah keluarga kecil.
  2. Rut, seorang perempuan asing yang memasuki kalangan orang Yahudi menunjukkan bahawa anugerah keselamatan Tuhan itu bersifat luas. Masuk ke dalam kerajaan Tuhan bukanlah berdasarkan status, darjat, bangsa dan lain-lain tetapi kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan dan ketekunan mereka dalam kebenaran.
  3. Menerusi penyataan Tuhan dalam penyelamatkan bangsa-bangsa asing, manusia belajar untuk melayan semua orang dengan kasih Tuhan yang menyeluruh. Dalam kerajaan Tuhan, kasih itu tidak mengira warna kulit, bangsa dan status.
  4. Dalam kitab ini, kita melihat bahawa pematuhan kepada hukum Taurat Tuhan, perbuatan dan kehidupan Naomi, Rut dan Boas dapat menyatakan hati mereka yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia. Pematuhan pada hukum Taurat Tuhan juga merupakan salah satu butiran utama dalam kitab ini.

 

KAJIAN TEMA KITAB :

A. Tentang “hukum Taurat”

1. Hubungan di antara kisah dalam kitab ini dengan hukum Taurat Musa:

  • Hukum-hukum (ayat suci) dalam hukum Taurat yang berkaitan.
  • Hukum-hukum yang diabaikan dalam kisah ini.
  • Hukum-hukum yang diamalkan dalam kisah ini.

2. Semangat dan makna asal hukum Taurat

  • Mengkaji dari sudut hubungan interpersonal dan kehidupan sosial.
  • Mengkaji dari sudut kehidupan iman kepercayaan.
  • Mengkaji dari sudut penyelamatan dan penebusan Tuhan.

B. Tentang “iman”

1. Ketika berhadapan dengan kelaparan, bagaimana penampilan Elimelekh dalam aspek imannya kepada Tuhan? Apakah kesudahannya (1:1-5)? Apakah erti dan pengajarannya?

2. Apakah erti dari segi iman bagi kedengaran dan kepulangan Naomi (1:6-7)? Apakah pengajarannya?

3. Apakah erti dari segi iman bagi prestasi dan kesudahan Rut, seorang perempuan asing yang mengikuti ibu mertuanya hingga pada kesudahannya, dengan mengatakan “Allahmulah Allahku” (1:16) dan “di bawah sayap-Nya engkau datang berlindung” (2:12)?

C. Tentang “kasih”

  1. Kasih Elimelekh pada keluarga (1:1-5).
  2. Kasih Naomi pada dua orang menantunya.
  3. Kasih Rut pada ibu mertuanya.
  4. Kasih Orpa pada ibu mertuanya.
  5. Keprihatinan dan kasih Boas kepada Rut.
  6. Kasih antara Boas dengan Rut.
  7. Kasih Boas kepada Naomi.
  8. Kasih Tuhan kepada manusia.
    • Ciri, kualiti dan erti kasih-kasih di atas dikaji daripada perspektif kebenaran.

D. Tentang “penyelamatan dan penebusan”

  1. Rancangan anugerah keselamatan Tuhan.
  2. Bagaimana anugerah keselamatan diberikan kepada bangsa asing? Apakah ertinya?
  3. Bagaimana Tuhan menunjukkan kaum kerabat Mesias (daripada keturunan perempuan Hawa … Keturunan Abraham … Daud)?

E. Tentang “etika”

    1. Etika interpersonal

  • Etika keluarga – Sistem perkahwinan, hubungan suami isteri, antara dua generasi.
  • Etika majikan dan pekerja (tenaga buruh dan bayaran gaji).
  • Etika sosial.

   2. Etika iman kepercayaan

  • Etika Tuhan-manusia: Ibadah, pemberian berkat.
  • Etika undang-undang manusia: Kepatuhan manusia pada perintah undang-undang dan kebenaran.
  • Kajian Alkitab berdasarkan tokoh: Teladan baik atau sempadan / amaran daripada tingkah laku Elimelekh, Naomi, Orpa, Rut, Boas dan lain-lain.
  • Perlambangan dari segi anugerah keselamatan:
    1. Naomi melambangkan golongan senior gereja yang kaya dengan pengalaman rohani.
    2. Rut melambangkan pemercaya baru daripada bangsa asing yang memeluk Kristus atau merujuk kepada gereja rohani, mempelai perempuan Kristus.
    3. Boas melambangkan Kristus Juruselamat.
    4. Perlambangan Rut bersiap sedia dengan rapi untuk bertemu Boas (fasal 3).
    5. Perlambangan Boas menyelamatkan dan menebus Rut.

F. Tentang “berkat”

Terdapat lapan bahagian ayat suci berkenaan berkat dalam kitab ini.

G. Tentang “perbuatan Tuhan yang ajaib”

  1. Ajaran kasih Tuhan.
  2. Pemberkatan Tuhan.
  3. Rancangan dan pimpinan Tuhan yang mahir dan ajaib.
  4. Penyelamatan dan penebusan Tuhan yang ajaib.

H. Tentang “perkahwinan yang indah dan sempurna”

  1. Disatukan secara sah.
  2. Tindakan mencari tua-tua dalam kota untuk menjadi saksi adalah terhormat.
  3. Para tua-tua mendoakan dan memberkati mereka.
  4. Kedua-duanya memelihara kekudusan.
  5. Diberkati oleh Tuhan.

 

GARIS KASAR KITAB RUT

Pergi ke daerah Moab (1:1-5)

  1. Pada zaman para hakim memerintah (1)
  2. Pergi ke daerah Moab dari Betlehem (1,2)
  3. Seisi keluarga Elimelekh
  4. Sebab perpindahan
  5. Kesudahan perpindahan (3-5)
  6. Prestasi Elimelekh

Pulang ke tanah Yehuda (1:6-7)

  1. Ajaran Tuhan
  2. Mendengar bahawa Tuhan memperhatikan umat-Nya
  3. Berkemas dan pulang

Pilihan tiga orang balu (1:8-18)

  1. Pilihan Naomi
  2. Pilihan Orpa
  3. Pilihan Rut

Tiba di Betlehem (1:19-22)

  1. Keduanya berjalan bersama (19)
  2. Gemparlah kota itu (19)
  3. Keluhan Naomi (20)
  4. Kesedaran Naomi (20-22)

Pergi ke ladang Boas (fasal 2)

  1. Memungut bulir-bulir jelai di ladang Boas (1-3)
  2. Berkenalan dengan Boas (4-8)
  3. Dilayan baik oleh Boas (8-16)
  4. Keprihatinan dan kasih antara ibu mertua dengan menantu perempuan (17-23)

Pimpinan Naomi (3:1-5)

  1. Naomi mengambil berat tentang Rut (1)
  2. Memberitahu bahawa Boas ialah saudara dekat (2)
  3. Memberitahu bahawa perlu bertindak pada malam ini (2)
  4. Memberitahu Rut persediaan yang diperlukan (3)
  5. Memberitahu Rut tindakan-tindakan yang diperlukan (3,4)
  6. Boas akan memberitahukan apa yang harus dilakukan (4)

Rut memohon kepada Boas (3:5-18)

  1. Meminta Boas mengembangkan sayapnya dan melindungi Rut (5-9)
  2. Pujian dan janji Boas (10-15)
  3. Memberitahu Rut untuk menunggu (16-18)

Boas menebus tanah Elimelekh (4:1-9)

  1. Mempelawa penebus yang lebih dekat untuk berbincang (1)
  2. Mempelawa para tua-tua menjadi saksi (2)
  3. Menjelaskan sebab penebusan (3)
  4. Penebus yang lebih dekat menyatakan fikirannya (4-6)
  5. Boas menyatakan fikirannya (9)

Boas memperisterikan Rut (4:10-12)

  1. Kebenaran Boas
  2. Kasih Boas
  3. Saksi dan berkat seluruh orang banyak dan para tua-tua (11-12)

Tuhan mencurahkan berkat (4:13-22)

  1. Rut melahirkan anak laki-laki (13)
  2. Berkat Naomi (14-17)
  3. Silsilah Peres (18-22)

 

ISI KANDUNGAN UTAMA KITAB RUT

Pergi ke daerah Moab (1:1-5)

Zaman para hakim memerintah (1) merupakan era ketika orang Israel berada dalam kekacauan politik, agama, dan moral. Tidak ada raja di dalam negara, tidak ada di Tuhan dalam hati, tidak ada Kebenaran di dalam kehidupan, setiap orang berbuat apa yang benar menurut pandangannya sendiri (Hak 2:16,17; 19:1; 21:25). Seisi keluarga Elimelekh tinggal di “Betlehem-Yehuda” yang digelar sebagai “gudang makanan, rumah gandum”. Tanahnya subur dan sering berkelimpahan dengan hasil tuaian jika mendapat hujan yang mencukupi. Tempat ini juga merupakan kampung halaman raja Daud dan tempat kelahiran Yesus Kristus (1 Sam 17:12; Mat 2:1). Kisah utama kitab Rut berlaku di kota ini. Elimelekh berhadapan dengan kelaparan lalu berpindah ke daerah Moab. Moab terletak di tebing timur Laut Mati, di Daerah Bukit yang kaya di sebelah selatan sungai Arnon. Industri ternakannya juga maju (2 Raj 3:4). Orang Moab ialah keturunan Lot yang lahir daripada sumbang mahram dan percabulan (Kej 19:30-38). Mereka menyembah kepada tuhan palsu Kamos (1 Raj 11:33) dan ritualnya penuh dengan zinah. Semasa berjalan di padang gurun, umat Israel pernah digoda oleh perempuan-perempuan Moab untuk berzina dan menyembah kepada berhala (Bil 25:1-9). Mereka bermusuhan dengan umat pilihan dan Tuhan tidak membenarkan mereka “masuk jemaah Tuhan” (Ul 23:3-6). Pada kemudian hari, orang Moab dan umat Israel bermusuhan untuk selamanya (Hak 3:12-14; 2 Sam 8:2; 2 Raj 1:1; 3).

Elimelekh bermaksud “Tuhanku sebagai Raja”. Menurut namanya, dia ialah seorang yang menyembah kepada Tuhan Allah yang benar yang di syurga. Isterinya, Naomi bermaksud “yang manis”. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Mereka meninggalkan tanah Kanaan, tempat yang dijanjikan dan yang diberkati oleh Tuhan untuk mengelakkan kelaparan. Hasil perpindahan itu sungguh mengejutkan. Elimelekh selaku ketua keluarga meninggal dunia lalu keluarganya kehilangan tempat bergantung dan kepimpinan. Kedua-dua orang anak lelaki mereka mengambil perempuan Moab sebagai isteri (4), menyimpang daripada hukum Taurat Tuhan dan diasimilasikan oleh budaya asing. Kemudian, kedua-dua anak lelaki itu mati satu demi satu tanpa meninggalkan keturunan. Tiga orang balu yang ditinggalkan tidak mempunyai harapan dan kehilangan tempat bergantung. Mereka belum menerima kasih karunia daripada Tuhan pada masa itu. Mereka pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong (20,21). Masa selama sepuluh tahun itu dibazirkan dengan usaha yang sia-sia (4).

  • Usaha manusia akan gagal jika tidak dipelihara dan dipimpin oleh Tuhan (Mzm 127:1).
  • Ini hari orang, esok hari kita. Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya (Yer 10:23; Ams 20:24; Pkh 9:11,12).

 

A. Refleksi daripada prestasi Elimelekh:

  • Elimelekh berusaha untuk memperbaiki kehidupan keluarganya:

Perlu menghadapi masalah adat resam kehidupan dan bangsa di samping mengatasinya.

B. Namun dia telah mengabaikan perkara-perkara berikut :

    1. Kelaparan merupakan ajaran dan peringatan Tuhan kepada umat yang jatuh

  • Gedung makanan di negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya ada kelaparan.
  • Sikap umat pilihan terhadap perintah merupakan faktor yang menentukan berkat dan kutuk (Ul 11:13-17; 28:14-24).
  • Melarikan diri daripada kesusahan yang kelihatan tidak dapat menyelesaikan masalah dalam rohani.
    1. Pada hari malang, ingatlah (Pkh 7:14).
    2. Ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh (Why 2:4-5).
    3. Cara untuk menghilangkan musibah dan mendapat berkat adalah dengan bertaubat dan memalingkan langkah.

    2. Tuhan tetap menjaga dan memelihara ketika ada kelaparan

  1. “Dengan tangan yang penuh” sebelum pergi (21). Tentunya bekalan makanan tidak terputus.
  2. Tuhan memperhatikan umat-Nya (6).
  3. “Tuhan sebagai Rajaku” sepatutnya berserah dan bersandar kepada Tuhan.
    • Ketua keluarga tidak memimpin keluarga dengan iman.

    3. Berpindah ke Moab telah menyebabkan kesilapan dan kerugian yang lebih besar

  1. Masalah perkahwinan generasi yang seterusnya.
  2. Berpegang pada perintah dan ketentuan hukum Taurat.
  3. Mencetuskan malapetaka yang lebih serius daripada kelaparan.
    • Memperbaiki persekitaran material tetapi terjebak dalam godaan asimilasi dan sekularisasi.

    4. Tidak wajar pergi ke daerah Moab

  1. Daerah Moab adalah sebuah tempat yang sundal dan menyembah kepada berhala.
  2. Moab merupakan musuh Israel.
  3. Tuhan pernah berpesan kepada orang Israel supaya jangan mengikhtiarkan kesejahteraan dan kebahagiaan orang Moab sampai selama-lamanya (Ul 23:6).
    • Menyimpang daripada perintah Tuhan dalam kepemimpinan keluarga, bukan memimpin dengan Kebenaran.

 

Pulang ke tanah Yehuda (1:6-7)

A. Pukulan Tuhan

Menghadapi perubahan dalam keluarga – Tiga orang lelaki meninggal dunia satu demi satu, tidak mempunyai apa-apa – Pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong. Kekecewaan Naomi terhadap manusia, persekitaran dan kewangan menyedarkannya. Dia teringat tentang hubungannya dengan Tuhan.

  • Dia sedar seperti anak yang hilang (Luk 15:11-17).

B. Mendengar bahawa Tuhan memperhatikan umat-Nya (6)

  1. Tempoh kelaparan adalah terhad. Tuhan tidak memutuskan rezeki manusia.
    • Tuhan tidak memberikan beban yang melebihi kekuatan manusia (rujuk 1 Kor 10:13).
  2. Tuhan tetap memperhatikan walaupun ada kelaparan.
    • Cukuplah kasih karunia Tuhan (2 Kor 12:9).
    • Tuhan mendengar permohonan dan rayuan manusia (Kej 21:14-21; Kel 3:7-8).
  3. Mengharapkan kasih Tuhan.
    • Anak yang hilang merindui lebihan makanan di rumah bapanya (Luk 15:17).

C. Naomi berkemas dan pulang (7)

1. Meninggalkan tempat yang didiami.

  • Meninggalkan dosa kejahatan dan kegagalan (Za 1:4; 2 Tim 2:19).

2. Pulang ke tanah Yehuda

  • Pulang ke negeri yang dipelihara dan dilindungi oleh Tuhan.
  • Pulang ke negeri milik pusaka yang diwarisi (Bil 36:7; 1 Raj 21:3).
  • Pengharapan harus ditambah dengan usaha untuk mendapatkannya (Luk 15:18-20).

 

Pilihan tiga orang balu (1:8-18)

Pilihan Naomi

A. Melayan menantu-menantu perempuannya dengan kasih:

1. Berfikir untuk kebahagiaan anak menantunya

a. Tuhan memukulku dan aku rasa pahit. Janganlah kiranya kamu menderita bersama dengan aku (13).

  • Sebenarnya Naomi lebih menderita dan lebih malang berbanding anak menantunya.

b. Tidak ada harapan kebahagiaan dengan mengikut aku (11-13).

  • Sudah terlalu tua untuk bersuami.
  • Sekalipun bersuami dan bahkan melahirkan anak laki-laki, masakan kamu menanti sampai mereka dewasa.
  • Masakan kamu harus menahan diri dan tidak bersuami.
  • Memahami keperluan manusia, lantas menyuruh anak menantunya pulang ke rumah ibu masing-masing dan berkahwin dengan orang lain (8-9).
  • Kasih dan pengorbanan adalah satu.
  • Kasih itu tidak mencari keuntungan diri sendiri (1 Kor 13:5).

2. Meminta berkat untuk anak menantunya dengan sepenuh hati (8-9)

  • Bersyukur dengan kasih dan kemurahan anak menantunya.
  • Kiranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya.
  • Kiranya mendapat tempat perlindungan di rumah suaminya.

3. Ibu mertua dan menantu perempuan mengungkapkan hubungan yang sejati (9)

  • Bercium
  • Menangis dengan suara keras.

B. Melayan menantu-menantu perempuannya dengan kebenaran:

  1. Menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak dapat “melahirkan lagi anak laki-laki untuk membangkitkan keturunan baginya” seperti yang tertulis dalam hukum Taurat.
  2. Membenarkan anak menantunya berkahwin dengan orang lain (rujuk: Im 22:12,13; 1 Kor 7:39).
  3. Mendapat balasan kasih (10). Kasihnya mengharukan menantu perempuannya sehingga tidak sampai hati untuk berpisah dengannya.

Pilihan Orpa (1,15) – Pulang kepada bangsanya dan kepada para allahnya

  • Tidak tahan dengan ujian desakan (11-13).
  • Tidak tahan dengan ujian realiti.
  • Tidak tahan dengan ujian iman kepercayaan.
  • Lebih mengasihi dirinya sendiri berbanding mengasihi ibu mertuanya.

Pilihan Rut (16-18) – Membuat keputusan untuk mengikuti ibu mertuanya

1. Mengikut dengan kasih (16)

  • Berjalan bersama, tinggal bersama, tinggal di negara yang sama.

2. Keputusan yang nekad.

  • Tidak peduli dengan desakan berulang-ulang ibu mertua (11-14).
  • “Pulanglah” diulang berkali-kali.
  • Tidak terpengaruh dengan pemergian iparnya (15).

3. Mengikut sampai mati (17).

A. Mati bersama-sama, dikuburkan bersama-sama.

  • Bersedia mati dan dikuburkan bersama-sama di tanah Yehuda.

B. Hanya maut yang dapat memisahkan mereka.

C. Jikalau tidak, kiranya Tuhan menghukum aku, bahkan lebih lagi daripada itu.

  •  Bersumpah dengan sungguh-sungguh di hadapan Tuhan untuk menunjukkan tekad.

4. Pilihan berdasarkan iman kepercayaan (16).

  • Allahmulah Allahku.
  • Bersumpah dengan nama Tuhan cukup untuk menunjukkan iman kepercayaannya kepada Tuhan.

5. Mengalahkan ujian realiti. Ujian-ujian yang mungkin dihadapi oleh Rut :

  1. Ketidakselesaan di tempat yang asing (2:11).
  2. Kesusahan dan tanggungjawab hidup: menyarai diri sendiri dan ibu mertua.
  3. Diskriminasi dan penolakan kaum.
  4. Sekatan dan hukuman peraturan-peraturan yang banyak.
  5. Latihan kesunyian emosi.
  • Tidak ada orang lelaki dalam keluarga ini.
  • Ibu mertua tidak akan ada lagi anak laki-laki yang dilahirkan untuk membangkitkan keturunan baginya.
  • Orang Yahudi tidak akan sudi memperisterikan balu Moab.

 

Pulang ke Betlehem (1:19-22)

1. Berjalanlah keduanya (19)

  • Ibu mertua dan menantu perempuan bersatu hati berjalan bersama, tidak takut dengan perjalanan yang sukar.

2. Gemparlah kota itu – Naomikah itu? (19)

  • Dari muda hingga tua.
  • Daripada kaya dan bersukacita kepada miskin dan murung.
  • Zaman beralih, musim bertukar. Untung sebagai roda pedati.
  • Namanya Naomi, tetapi situasinya Mara.

3. Kesedaran Naomi (20-22) – Pengakuan dan luahan terbuka

  • Yang Mahakuasa telah melakukan banyak yang pahit kepadaku.
  • Dengan tangan yang kosong Tuhan memulangkan aku.
  • Tuhan telah naik saksi menentang aku.
  • Mereka pulang pada musim menuai jelai (22).
    1. Masih belum terlambat untuk pulang pada waktunya.
    2. Pulang ke pangkuan Tuhan tidak akan mengecewakan, kasih karunia Tuhan yang kaya sedang menanti.

 

Pergi ke ladang Boas (fasal 2)

A. Memungut bulir-bulir jelai di ladang Boas (1-3)

1. Boas bermaksud “kekuatan”, “ada kekuatan di dalamnya”.

  • Tuhan adalah kuat.

a. Merupakan orang yang wajib menebus Naomi dan Rut dari kaum Elimelekh (1,20).

  • Tuhan ialah Bapa yang di syurga bagi pemercaya.

b. Merupakan seorang yang kaya raya.

  1. Atau diterjemahkan sebagai orang yang berkedudukan dan berani.
  2. Merupakan tuan tanah, pemilik hasil tuaian.
  • Yesus merupakan Tuan yang empunya tuaian, segala kelimpahan ada di dalam-Nya.

2. Biarkanlah aku pergi ke ladang (2).

Kebaikan Rut:

  • Mengambil inisiatif untuk memikul tanggungjawab keluarga.
  • Menghormati ibu mertua dan mendapatkan persetujuan / izin.
  • Mengatasi psikologi yang rendah diri.
  • Berhadapan dengan orang dan tempat yang asing.
  • Bersabar dengan penghinaan dan diskriminasi.

3. Memungut jelai di belakang penyabit-penyabit (3).

A. Mendapat bekalan makanan dan meneruskan hidup dengan janji dan jaminan hukum Taurat Tuhan (Im 19:9,10; 23:22; Ul 24:19).

  • Adanya jaminan yang sejati dan janji yang tidak berubah dalam pelukan Tuhan.

B. Mendapat pimpinan Tuhan dan beransur-ansur memasuki keadaan yang diberkati setelah pulang ke Betlehem.

  • Kasih karunia terus diberikan apabila manusia sudi memalingkan langkahnya.

B. Berkenalan dengan Boas (2:4-8)

1. Aturan Tuhan

  • Sampailah mereka ke Betlehem “pada permulaan” musim menuai jelai (1:22)
  • “Kebetulan” berada di tanah milik Boas (3).
  • “Lalu datanglah” Boas dari Betlehem.
    • Susunan frasa-frasa “pada permulaan”, “kebetulan” dan “lalu datanglah” benar-benar merupakan aturan Tuhan yang indah.

2. Penyelarasan tindakan manusia

  • Pulang ke Betlehem dari Moab tepat pada waktunya.
  • Kelulusan Naomi dan tindakan Rut.
  • Akhirnya Boas pun muncul.

3. Layanan baik Boas (8-16)

A. Memberikan jagaan keselamatan (9).

B. Membekalkan makanan dan minuman (9,14).

  • Boleh minum air yang dicedok oleh pengerja-pengerja jika haus. Mengunjukkan bertih gandum kepada Rut.

– Menikmati perkhidmatan sedia ada.

  • Duduk di sisi penyabit-penyabit Boas.

– Pemercaya duduk bersama dengan Tuhan dan menikmati berkat.

  • Celupkan suap ke dalam cuka.

– Kasih karunia Tuhan baik dan indah (Mzm 34:9; Yes 55:2).

  • Makan sampai kenyang, bahkan ada sisanya.

– Kasih karunia Tuhan berkelimpahan.

C. Berlaku ramah secara khusus, melebihi catatan hukum Taurat (15,16; Im 19:9; Im 23:22; Ul 24:19).

  1. Boleh juga memungut dari antara berkas-berkas.
  2. Menarik sedikit-sedikit dari onggokan jelai dengan sengaja supaya dipungutnya.
  3. Jangan mengganggu dan jangan berlaku kasar terhadap dia.
    • Memberi dengan kasih di samping menjaga maruah penerima kebajikan.

4. Keprihatinan dan kasih antara ibu mertua dengan menantu perempuan (2:17-23)

A. Mentaati dan menghormati ibu mertua.

1. Tinggal bersama dan menyarai ibu mertua (17,18,23).

Sisa yang ada diberikan kepada ibu mertua. Sebabnya :

  • Memegang masa menuai di ladang Boas dan memungut jelai dengan rajin.
  • Menerima layanan baik yang istimewa di ladang Boas.

Tinggal bersama ibu mertua untuk menyarai dan menjaganya.

2. Memberitahu kejadian sebenar.

  • Lokasi bekerja (19).
  • Keadaan kerja (21).

3. Patuh pada arahan (22,23)

B. Pesanan ibu mertua

1. Mengambil berat tentang kerja Rut (19)

2. Memberitahu bahawa Boas ialah orang yang wajib menebus mereka (20).

  • Rut mula mengetahui hubungan antara Boas dengan keluarga suaminya.
  • Merupakan kaum yang terdekat yang ada kewajipan menebus (Im 25:25,47-49).

3. Berpesan supaya keluar bersama-sama dengan pengerja-pengerja perempuan (22).

  • Mengikuti mereka dan belajar.
  • Ada teman.

4. Berpesan supaya jangan pergi ke ladang lain (22).

  • Jangan menolak pelawaan tuan tanah yang berniat baik (21).
  • Terus menerima layanan yang murah hati (18).
  • Mengelak daripada menghadapi bahaya di tempat lain.

 

Pimpinan Naomi (3:1-5)

A. Naomi mengambil berat tentang Rut dan mengasihinya (1)

  1. Mencari tempat perlindungan bagi Rut supaya dia dapat mencari kebahagiaan pada masa depan.
  2. Hidup saling bergantungan, saling mengambil berat (Rut tidak pernah berfikir untuk dirinya sendiri).
  3. Membangkitkan keturunan bagi si mati.
  4. Melakukan kebenaran hukum Taurat.

B. Memberitahu bahawa Boas ialah saudara dekat (2)

  1. Memberi petunjuk bahawa Boas mempunyai kewajipan “menebus sebagai saudara dekat” (Im 25:25; Ul 25:5-10).
  2. Naomi fasih tentang hukum Taurat, memegang janji Tuhan.
  3. Memimpin Rut memohon kasih karunia berdasarkan hukum Taurat.

C. Memberitahu bahawa perlu bertindak pada malam ini (2)

1. Boas akan menampi jelai di tempat pengirikan pada malam ini.

  • Harus memegang peluang jika ingin mendekatinya.

2. Boas mengenali Rut dengan baik dan melayannya dengan baik.

  • Harus mencari Tuhan selama Dia berkenan ditemui.
  • Sesungguhnya, waktu ini adalah waktu perkenanan itu.

D. Memberitahu Rut persediaan yang diperlukan (3)

1. Mandi untuk menghapuskan kekotoran.

  • Baptisan air dan baptisan Roh menyucikan dan menjadi tidak berdosa.

2. Berurap dengan wangian.

  • Peroleh pengurapan dan menyebarkan keharuman.

3. Pakai pakaian bagus.

  •  Membuang identiti lama (menanggalkan pakaian kejandaan) (Kej 38:14).
  • Mengenakan pakaian dan perhiasan mempelai perempuan.

– Mengenakan baju yang baru dan menjadi manusia baru (Ef 4:20-24).

 

Rut memohon kepada Boas (3:5-18)

A. Meminta Boas mengembangkan sayapnya dan melindungi Rut / menghamparkan kain dan menutupinya (5-9)

  1. Rut mentaati kata-kata ibu mertuanya dan melakukan segala yang dikatakannya (5).
  2. “Mengembangkan sayap dan melindunginya” / “menghamparkan kain dan menutupinya” bermaksud bersedia mengambilnya sebagai isteri (rujuk: Ul 27:30; Yeh 16:8).
  3. Memohon saudara dekat melaksanakan kewajipan menebus.
  4. Memohon berdasarkan janji hukum Taurat, menyatakan hak sendiri.

B. Pujian dan janji Boas (10-15)

1. Memberkati Rut (10).

  • Kiranya diberkati oleh Tuhan.
  • Disebabkan oleh segala prestasi baik Rut sebelum itu.

2. Memuji kesucian Rut (10).

  • Tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin mahupun yang kaya.

– Tidak tergoda dengan syarat luaran.

  • Dilahirkan sebagai orang Moab yang sundal tetapi memelihara kesuciannya.

– Tidak terpengaruh dengan kejahatan persekitaran.

3. Pasti bahawa “Sekarang engkau menunjukkan kasihmu lebih nyata lagi daripada yang pertama kali itu”.

  1. Kasih yang ditunjukkan kini lebih nyata daripada yang pertama kali itu.
  2. Rut bersedia berpegang pada hukum Taurat tentang membangkitkan keturunan bagi suaminya. Kasih ini melebihi kasih yang ditunjukkan kepada suaminya sebelum mati (1:8).
  3. Rut bersedia melaksanakan kewajipan mentaati dan menyarai ibu mertuanya. Dia pulang ke tanah Yehuda bersama dengan ibu mertuanya dan mempertahankan kesuciannya. Kasih ini melebihi kasih yang ditunjukkan kepada ibu mertuanya semasa berada di daerah Moab (1:8).
  4. Rut bersedia membangkitkan keturunan bagi suaminya. Dia tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin mahupun yang kaya. Dia lebih rela mencari perlindungan daripada saudara dekat pertengahan baya seperti yang dinyatakan dalam hukum Taurat.

4. Memuji kebaikan Rut (11).

  1. Kebaikannya diketahui dan diiktiraf oleh setiap orang dalam kota.
  2. Membesar dalam persekitaran Moab tetapi langsung tidak terpengaruh dengan kejahatan.
  3. Diiktiraf di bawah piawaian Yahudi yang ketat.
  4. Dikenali di seluruh kota dalam masa yang singkat.

5. Berjanji untuk membantu Rut (11-15).

A. Membantu mengesahkan kewajipan menebus.

  • Hukum Taurat tentang “saudara dekat perlu menebus” telah diabaikan pada masa itu.

B. Bersumpah akan menebus Rut (11-13).

  • Janganlah takut.
  • Segala yang kau katakan itu akan ku lakukan kepadamu.

C. Mempertahankan nama baik Rut (14).

  • Kebenaran dan kasih Boas.
  • Supaya tidak mempengaruhi pilihan penebus yang lebih dekat.

D. Memberikan enam takar jelai kepada Rut (15).

  • Untuk menunjukkan respons yang baik dan jaminan kepada Rut.

 

Boas menebus tanah Elimelekh (4:1-9)

A. Mempelawa penebus yang lebih dekat untuk berbincang (1)

1. Boas duduk di pintu gerbang kota.

  • Mahkamah awam terletak di pintu gerbang kota.

2. Penebus yang lebih dekat “kebetulan” lewat di sana.

  • Sekali lagi memperlihatkan pimpinan dan aturan Tuhan.

3. Boas berkata: “Datanglah dahulu ke mari, duduklah di sini.”

  • Bersemangat dan berusaha, mengambil inisiatif untuk mengendalikan masalah penebusan bagi hak Naomi dan Rut.

B. Mempelawa para tua-tua menjadi saksi (2)

1. Memilih sepuluh orang daripada para tua-tua untuk menjadi saksi.

2. Boas berusaha untuk mengendalikan perkara tersebut dengan teliti dan berhati-hati.

C. Menjelaskan sebab penebusan (3,4)

1. Sebab: Naomi perlu menjual harta peninggalan suaminya kerana kesusahan dan kemiskinan hidup. Menurut ketetapan hukum Taurat Musa, tanah itu perlu ditebus oleh kaumnya yang terdekat (Im 25:23-25) supaya tanah itu tidak menjadi milik bangsa lain.

2. Bertanyakan ketersediaannya:

a. Susunan kedudukan: Saudara dekat yang pertama, Boas yang kedua.

b. Terangkan secara langsung di hadapan saksi.

  • Boaz mengendalikan semuanya secara terbuka dan adil sesuai dengan hukum Taurat.

D. Penebus yang lebih dekat menyatakan fikirannya (5-8)

1. Lalu berkatalah ia: “Aku akan menebusnya.” (4).

  • Bersedia mematuhi hukum Taurat.

2. Tetapi dia tidak bersedia untuk memperoleh isteri orang yang telah mati itu.

  • Rut ialah perempuan Moab.

3. Sebab aku akan merusakkan milik pusakaku sendiri.

  • Perlu memperisterikan Rut ketika menebus tanah untuk membangkitkan keturunan bagi Mahlon, suami Rut yang telah mati (Anak sulung yang dilahirkan harus dianggap sebagai anak Mahlon).
  • Tanah yang ditebus juga akan menjadi milik anak lelaki Rut (10). Hal ini merupakan kerugian bagi penebus.
  • Melarikan diri daripada tanggungjawab di bawah hukum Taurat apabila berhadapan dengan konflik kepentingan.

4. Penebus dekat melepaskan hak penebusan (6-8).

A. Bukti (7,8): Menanggalkan kasutnya dan memberikannya kepada yang lain (Ul 25:5-10), menunjukkan bahawa kedua-duanya menjadikan itu bukti ketika mereka mengadakan sesuatu perjanjian.

B. Saksi (9): Para tua-tua dan semua orang di situ.

E. Boas menyatakan fikirannya (9)

  1. Bersedia membeli dan menebus segala milik Elimelekh dan segala milik Kilyon dan Mahlon.
  2. Meminta semua orang di situ dan para tua-tua menjadi saksi.

 

Boas memperisterikan Rut (4:10-12)

A. Kebenaran Boas

  1. Mematuhi kebenaran hukum Taurat.
  2. Menegakkan nama dan membangkitkan keturunan bagi orang yang telah mati.

B. Kasih Boas

  1. Mengasihi Rut, tidak berkira dengan segala pengorbanan dan kerugian.

C. Saksi dan berkat seluruh orang banyak dan para tua-tua (11-12)

  1. Orang banyak bersedia menjadi saksi untuk perkara ini.
  2. Memberkati rumahtangga yang baru.
  • Kiranya Rut membangunkan keturunannya seperti Rahel dan Lea, “Ibu Israel” yang melahirkan nenek moyang dua belas suku Israel.
  • Kiranya menjadi makmur dan termasyhur di tempat kediamannya.
  • Kiranya keturunan Boas menjadi seperti keturunan Peres yang menjadi cabang raja Yehuda yang dilahirkan Tamar bagi Yehuda oleh kerana anak-anak yang akan diberikan oleh Tuhan kepada Boas daripada Rut, dan mendapat kemakmuran keluarga.

 

Tuhan mencurahkan berkat (4:13-22)

A. Rut melahirkan anak laki-laki selepas berkahwin menyatakan bahawa Tuhan mencurahkan berkat (13)

B. Berkat Naomi (14-17)

  1. Tuhan memperhatikannya sehingga dia tidak kehilangan pengharapan penebusan (14).
  2. Termasyhur di Israel.
  • Obed ialah datuk kepada Daud.

2. Menyegarkan jiwa:

  • Jiwa dan hati yang hancur disembuhkan dan mendapat sukacita semula.

3. Menikmati sisa-sisa umurnya.

  • Ada menantu yang mengasihinya, menantu perempuan yang lebih berharga daripada tujuh anak laki-laki (15).
  • Menjadi pengasuh Obed yang akan memeliharanya pada waktu rambutnya telah putih (15).
  • Ada Boas, orang kaya yang pemurah dan adil yang mentaati dan menyarainya.

C. Silsilah Peres (18-22)

  • Boas dan Rut merupakan moyang kepada Daud.
  • Keturunan raja Daud (1 Taw 2:12-15).
  • Mesias berasal daripada mereka (Mat 1:6,16).

 

MEMBINCANGKAN KEPRIHATINAN KELUARGA DARIPADA KITAB RUT

ANTARA IBU MERTUA DENGAN MENANTU PEREMPUAN – KASIH IBU MERTUA

PRESTASI KASIH :

A. Mengambil inisiatif untuk mengambil berat (1:8,15; 3:1)

  1. Mendesak menantu perempuan pulang ke rumah ibunya.
  2. Mengambil insiatif mencari calon suami baru untuk menantu perempuan.
  • Jangan membazirkan kasih dengan menunggu.
  • Kasih Tuhan itu proaktif dan bersemangat positif (1 Yoh 4:7,8,19).

B. Bertimbang rasa

  1. Berfikir untuk kebahagiaan menantu perempuan.
  2. Menderita bersendirian, tidak mahu menantu perempuan menderita.
  • Kasih tidak mencari keuntungan diri sendiri (1 Kor 13:5).

C. Memberi pengiktirafan dan pujian

  1. Bersyukur dengan kasih menantu perempuan (1:8).
  2. Memuji kelebihan menantu perempuan (2:11).

D. Berkomunikasi dengan kasih

  1. Ikhlas terhadap satu sama lain (1:9).
  2. Melayan menantu perempuan sebagai anak perempuan (1:12,13; 2:2; 3:1).
  3. Mengambil berat melalui komunikasi (2:19,23; 3:16,18).
  4. Tidak berkeras dengan pendapat sendiri (1:18; rujuk: 1 Sam 8:4,10).

E. Memohon berkat

  1. Melakukan yang terbaik dan memohon Tuhan mencurahkan berkat (1:8).
  2. Memohon berkat rohani.
  • Berkatilah dan jangan mengutuk (Rm 12:14).

DAYA PENGGERAK KASIH :

A. Kasih yang datang daripada Tuhan

  1. Naomi telah kembali ke dalam kasih Tuhan setelah hilang.
  • Mendapat pengalaman tentang didikan / teguran kasih Tuhan (Ayb 5:17,20; Ibr 12:5,13).Kasih yang berakar dan berdasar (Ef 3:14-19).

B. Kasih kebenaran

  1. Naomi meninggalkan Moab seperti yang diperintahkan oleh Tuhan.
  2. Melayan menantu perempuan dengan kebenaran yang tercatat dalam hukum Taurat (Im 22:12,13).
  • Mengasihi oleh kerana kebenaran (2 Yoh 2).

C. Daya penggerak iman

  1. Naomi mengharapkan kasih Tuhan lalu pulang ke tanah Kanaan.
  2. Percaya bahawa Tuhan pasti tidak meninggalkannya. Imannya terhadap Tuhan menjadi daya penggerak bagi kasihnya.

KESUDAHAN KASIH :

1. Mengharukan: Kasih mengharukan menantu perempuan sehingga mereka saling mengasihi (1:9,10).

  • Kasih dapat menguasai seseorang sehingga dia menunjukkan kasihnya (2 Kor 5:14-15).

2. Memenangkan: Kasih dapat menjadi kesaksian yang indah bagi iman kepercayaan dan memimpin orang lain kepada Tuhan (1:16,18; 1 Ptr 3:1-6).

3. Dihormati: Pengorbanan kasih dibalas dengan penghormatan, kepercayaan dan ketaatan menantu perempuan (3:2,5,6,16).

 

ANTARA IBU MERTUA DENGAN MENANTU PEREMPUAN – KASIH MENANTU PEREMPUAN

PRESTASI KASIH :

A. Tabah dan sabar: Kasih membuatkan Rut tabah dan mengatasi segala kesulitan

  1. Perjalanan pulang ke Betlehem adalah sukar dan bahaya.
  2. Kesulitan persekitaran yang asing.
  3. Berhadapan dengan diskriminasi dan penolakan kaum.
  4. Dibatasikan dengan hukum Taurat yang banyak.
  • Kasih itu sabar, sabar menanggung segala sesuatu (1 Kor 13:4,6). Kesabaran menggenapi kasih.

B. Mentaati dan menghormati ibu mertua

  1. Mentaati dan menyarai ibu mertua – bekerja dengan rajin, dari pagi sampai malam (2:7,17-23).
  2. Menghormati ibu mertua – Meminta petunjuk, meminta kebenaran, menghormati, patuh (2:2,19-23; 3:6).
  3. Semuanya dilakukan berdasarkan kerelaan hati (2:2).

C. Kasih yang tidak berubah

  1. Suami sudah meninggal dunia, hubungan telahpun terputus, namun kasih kepada ibu mertua tidak berhenti.
  2. Tekad yang kuat – hanya maut yang memisahkan mereka (1:17).
  3. Tetap menyarai ibu mertua walaupun telah berkahwin dengan Boas (4:13-15).
    • Kasih tidak berkesudahan (1 Kor 13:8).

DAYA PENGGERAK KASIH:

A. Pengenalpastian keluarga

  1. Rumah dan bangsamulah rumah dan bangsaku (1:16).
  2. Menerima segalanya di rumah ibu mertua.
  3. Mengubah dirinya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

B. Pengenalpastian iman kepercayaan

  1. Allahmulah Allahku (1:16).
  2. Bersumpah dengan nama Tuhan (1:17).
  3. Berlindung di bawah Tuhan (2:12).

C. Dimotivasikan oleh kasih ibu mertua

KESUDAHAN KASIH :

A. Mendapat perkahwinan yang bahagia

  1. Keprihatinan dan kasih ibu mertua menjodohkannya dengan suami baru.
  2. Dapat menjadi isteri kepada Boas, seorang kesatria dan pemurah.

B. Membawa pengharapan dan berkat

  1. Berkat seluruh orang banyak (4:11,12).
  2. Mendapat kekayaan yang berkelimpahan.

C. Mendapat berkat rohani

  1. Melahirkan keturunan yang soleh (4:13).
  2. Menjadi moyang raja Daud (4:18-22; 1 Taw 2:12-15).
  3. Mesias berasal daripadanya (Mat 1:6,16)

 

TENTANG PERKAHWINAN

Boas dan Rut yang saling mengasihi akhirnya berkahwin. Perkahwinan yang indah dan kehidupan yang bahagia dikagumi oleh semua orang.

KEPRIHATINAN DAN BIMBINGAN GOLONGAN SENIOR

A. Ada kasih: Mengambil berat secara proaktif (3:1)

  1. Bertindak dengan pantas (1:22; 2:23; 3:1).
  2. Memegang peluang (3:2).

B. Ada firman: Sesuai dengan catatan hukum Taurat (Ul 25:5; Im 25:25,47-49), berkenan kepada Tuhan, mendapat pertolongan Tuhan

C. Ada hikmat: (3:1-10), diatur dengan bijak dan ajaib, menumbuk di lesung, bertanak di periuk

  • Contoh perkahwinan yang berjaya ialah perkahwinan Ishak (Kej 24).

DIPADANKAN MENGIKUT PROSES YANG SEWAJARNYA

  1. Berdasarkan panduan hukum Taurat (Ul 25:5-10)
  2. Dikendalikan secara terbuka dan adil (4:1-9)
  3. Para tua-tua menjadi saksi (4:11)

DIATUR DAN DIPADANKAN MENURUT KEHENDAK TUHAN

  1. Aturan Tuhan yang bijak dan ajaib sepanjang proses (1:21; 2:3-4; 4:1)
  2. Mengesahkan bahawa pasangan yang telah dipersatukan Allah tidak boleh diceraikan manusia (Mrk 10:7-12)

MEMELIHARA KEKUDUSAN (4:4-9)

  1. Kedua-duanya tidak melampaui batas semasa proses perjodohan (rujuk 4:13)
  2. Kasih sejati memerlukan penantian (4:11-13,17)
  3. Berkenan kepada Tuhan dan diberkati oleh Tuhan (4:13)

SYARAT MENCARI JODOH

  1. Ada iman kepercayaan yang sama – Pemercaya dan orang yang tidak percaya merupakan pasangan yang tidak seimbang (2 Kor 6:14,15)
  2. Ada perwatakan yang baik (2:4,8,13,15,17,18; 3:14)
  3. Jangan memilih sesuka hati (3:10; Kej 6:1,2)
  • Perkahwinan ini diberkati oleh Tuhan, orang banyak dan para tua-tua juga bersedia menjadi saksi dan memberi berkat.

 

TENTANG SUAMI DAN ISTERI

ELIMELEKH DAN NAOMI

A. Suami dan isteri satu daging

  1. Mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi (1).
  2. Berkongsi tanggungjawab.
  3. Kasih hingga ke akhir hayat (3).

B. Tidak dapat bersama untuk selamanya (1:3-5)

  1. Nikmati hidup dengan isteri (Pkh 9:9), ketidaksia-siaan dalam kesia-siaan.
  2. Memegang kehidupan yang terhad ini.

C. Iman kepercayaan ialah kekuatan penghiburan

  1. Mendengar bahawa Tuhan telah memperhatikan umat-Nya (1:6).
  2. Ada keberanian dan kekuatan untuk pulang (1:7).
  3. Kekuatan pengharapan.

D. Kekurangan

  1. Fungsi kepala dan leher.
  2. Jangan patuhi kesalahan.

BOAS DAN RUT

A. Diberkati oleh Tuhan (4:11)

  1. Mendapat isteri yang berakal budi (Ams 19:14).
  2. Mendapat keturunan yang soleh sebagai milik pusaka (4:13-22).

B. Orang banyak memberikan berkat

  1. Menjadi makmur dan termasyhur (4:11-12).
  2. Mendapat berkat yang melebihi berkat orang banyak.

C. Keperibadian yang matang

  1. Kasih mematangkan manusia (2:4,8,13; 3:14; 2:17,18).
  2. Konsep memegang hukum Taurat (4:9,10).
  3. Beriman (2:12; 4:9,10).
  4. Takut akan Tuhan.

 

TENTANG IMAN KEPERCAYAAN

KASIH DAN TANGGUNGJAWAB: KASIH DI DALAM TUHAN, KASIH DI DALAM KEBENARAN

  • Elimelekh menggalas tanggungjawab berat dalam mencari nafkah untuk keluarga semasa berhadapan dengan kelaparan (1:1).

 MEMIMPIN KELUARGA DENGAN IMAN

  1. Namanya “Elimelekh” – Maksudnya Tuhanlah Rajaku, namun tingkah lakunya tidak seperti namanya
  2. Pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong (1:21; Mzm 127:1)
  3. Tuhan memperhatikan umat sehingga hidup mereka tidak menemui jalan buntu (1:6)
  4. Serahkan kepada Tuhan. Hal itu akan terjadi jika Tuhan menghendakinya (Yer 10:23; Ams 20:24; Yak 4:13-17)

 PADA HARI MALANG INGATLAH (PKH 7:14)

  1. Sikap umat pilihan terhadap perintah menentukan berkat dan kutuk (Ul 11:13-17; 28:14-24)
  2. Kasih Tuhan ada di dalam hukum Taurat
  3. Kasih Tuhan ditunjukkan melalui didikan (Ibr 12:5-10)
  • Anak yang hilang sedar lalu mempunyai pengharapan (Luk 15:11-17).

 MEMIMPIN DENGAN KEBENARAN

  1. Tidak wajar pergi ke daerah Moab (Ul 2:9; 23:6)
  2. Elimelekh tidak memimpin menurut kebenaran. Kesudahannya, padi ditanam tumbuh lalang. Ada kematian dalam keluarganya dan rumah tangganya menjadi porak peranda
  3. Naomi membuat refleksi lalu memimpin menurut kebenaran dan keluarganya dipulihkan

 MENYEDIAKAN PERSEKITARAN IMAN KEPERCAYAAN YANG BAIK

  1. Tinggal di daerah Moab – negeri yang menyembah berhala dan sundal
  2. Akibatnya, berlaku sekularisasi dalam kepercayaan dan perkahwinan anak-anak lalu membangkitkan murka Tuhan
  3. Persekitaran material telah diperbaiki, tetapi menyebabkan seluruh keluarga terjatuh ke dalam ujian sekularisasi
  • Pelajaran daripada Lot (Kej 13:10-13; 18:20,21; 19:23-38).

ORANG YANG BENAR AKAN HIDUP OLEH IMAN

ORANG YANG BENAR AKAN HIDUP OLEH IMAN

“Dan bahwa tidak ada orang yang dibenarkan di hadapan Allah karena melakukan hukum Taurat adalah jelas, karena: “Orang yang benar akan hidup oleh iman.”” (Gal 3:11, Hab 2:4).

 

TIDAK DAPAT DIBENARKAN KERANA MELAKUKAN HUKUM TAURAT

“Hukum Taurat” ialah perintah Tuhan. Hukum taurat juga boleh dikatakan sebagai permintaan hati nurani kerana isi hukum Taurat dan hati nurani adalah sama (Rm 2:14-15). “Dibenarkan” bermaksud diperhitungkan oleh Tuhan sebagai benar, ataupun dilihat oleh Tuhan sebagai benar kerana semua manusia dalam dunia tidak mempunyai kebenaran yang sedia ada (Mzm 51:7). Dengan itu kita dapat mengetahui bahawa “dibenarkan kerana melakukan hukum Taurat” bermaksud diperhitungkan oleh Tuhan sebagai benar dengan berpegang pada perintah Tuhan ataupun melakukan kebajikan dengan mematuhi permintaan hati nurani.

Yesus pernah mengatakan perumpamaan ini kepada beberapa orang yang menganggap dirinya benar dan memandang rendah semua orang lain: ”Ada dua orang pergi ke Bait Allah untuk berdoa; yang seorang adalah Farisi dan yang lain pemungut cukai. Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya begini: Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu, karena aku tidak sama seperti semua orang lain, bukan perampok, bukan orang lalim, bukan pezinah dan bukan juga seperti pemungut cukai ini; aku berpuasa dua kali seminggu, aku memberikan sepersepuluh dari segala penghasilanku.”” (Luk 18:9-12). Orang Farisi dalam perumpamaan ini beranggapan bahawa dia tidak berbuat apa-apa dosa. Namun dia tidak tahu bahawa menghina orang lain juga merupakan dosa (Ams 14:21). Dia juga beranggapan bahawa dia telah banyak melakukan kebajikan yang sepatutnya. Namun dia tidak tahu bahawa dia wajib melakukan seluruh hukum Taurat (Gal 5:3). Betapa salahnya konsep ini! Mengapa?

Sebagai contoh, terdapat seribu undang-undang dalam sebuah negara. Jika anda hanya melanggar satu undang-undang sahaja tetapi 999 undang-undang yang lain telah dipatuhi dengan baik, anda tetap disabitkan dengan kesalahan undang-undang. Kedua-dua hukum Taurat dan hati nurani menyatakan kehendak Tuhan dan membuatkan orang mengenal dosa. Walaupun hanya sekali sahaja anda mengingkari hukum Taurat atau hati nurani, perbuatan itu tetap memberontak terhadap kehendak Tuhan. Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya. Sebab Ia yang mengatakan: “Jangan berzinah”, Ia mengatakan juga: “Jangan membunuh”. Jadi jika kamu tidak berzinah tetapi membunuh, maka kamu menjadi pelanggar hukum juga (Yak 2:10-11).

1. Apabila berdiri di hadapan undang-undang negara, kamu mungkin boleh berkata bahawa kamu tidak ada dosa. Namun apabila berdiri di hadapan Tuhan, tentunya kamu sama sekali tidak boleh berkata bahawa kamu tidak ada dosa. Sebabnya adalah seperti berikut:

A. Kamu mempunyai dosa asal yang diwarisi daripada nenek moyang (Mzm 51:7).

B. Kamu mempunyai dosa tidak takut akan Tuhan dan tidak berpegang pada perintah-Nya (Pkh 12:13).

C. Kamu mempunyai dosa tahu harus berbuat baik tetapi tidak melakukannya (Yak 4:17).

Tanyalah pada diri sendiri, bukankah kamu mempunyai banyak dosa? Pada suatu ketika, semasa Tuhan Yesus duduk mengajar orang di dalam Bait Tuhan, ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi membawa seorang perempuan yang berbuat zinah kepada-Nya untuk menyusahkan-Nya. Mereka ingin melihat cara Dia mengendalikan perkara tersebut. Dia berkata kepada mereka: “Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu.”. Tetapi setelah mereka mendengar perkataan itu, pergilah mereka (Yoh 8:2-9). Ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi tersebut merupakan gambaran universal bagi orang-orang yang berdosa.

Tidak kira dari sudut undang-undang negara mahupun dari sudut penghakiman Tuhan yang adil, kebajikan yang dilakukan oleh seorang yang berdosa pastinya tidak dapat mengimbangi dosanya. Persoalan ini bagai bersuluhkan tengah hari. Berbuat baik merupakan kewajipan setiap orang dan langsung tidak berbaloi untuk dimegahkan. Sementara itu, bagi dosa yang dilakukan pula, dosa tersebut haruslah dijatuhi hukuman yang setimpal selepas melalui proses penghakiman barulah dikira sebagai adil dan munasabah. Sebab inilah yang membuatkan tidak ada seorang pun yang dapat dibenarkan di hadapan Tuhan kerana melakukan hukum Taurat. “Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum Taurat.”” (Gal 3:10). “Karena hukum Taurat membangkitkan murka, tetapi di mana tidak ada hukum Taurat, di situ tidak ada juga pelanggaran.” (Rm 4:15).

 

ORANG YANG BENAR AKAN HIDUP OLEH IMAN

“Orang benar” yang dikatakan di sini merujuk kepada orang yang melakukan kebenaran. Walaupun orang benar sukar ditemui, namun kebenaran ini hanyalah diakui oleh masyarakat umum sahaja dan kebenaran ini bukanlah yang mutlak. Alkitab awal-awal lagi telah membuktikan bahawa semua orang dalam dunia ada di bawah kuasa dosa, tidak ada yang benar di hadapan Tuhan, seorang pun tidak (Rm 3:9-10, rujuk: Mat 19:17).

1. “Hidup” bermaksud beroleh hidup yang kekal. Isu ini merupakan isu yang paling penting dalam kehidupan manusia. Sebabnya adalah seperti berikut:

A. Semua yang hidup adalah seperti rumput dan segala kemuliaannya seperti bunga rumput, rumput menjadi kering, dan bunga gugur (1 Ptr 1:24).

B. Seorang yang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya dan tidak dapat masuk ke dalam hidup yang kekal tetap tidak ada gunanya (Mat 16:26).

C. Jika dapat diterima dalam kemuliaan yang kekal, ada juga keselesaan dan kebahagiaannya yang tidak terhingga walaupun hidup mengemis di dalam dunia (Luk 16:20-22). Walaupun orang benar mempunyai banyak perbuatan baik, namun mereka tetap tidak dapat hidup hanya dengan perbuatan baik tersebut. Hal ini adalah sama dengan perihal tidak ada orang yang dapat mengimbangi dosanya dengan perbuatan baik supaya dia dibenarkan di hadapan Tuhan.

Dalam zaman Nuh, adapun bumi itu telah rusak di hadapan Allah dan penuh dengan kekerasan. Allah menilik bumi itu dan sungguhlah rusak benar. Berfirmanlah Allah kepada Nuh: “Aku telah memutuskan untuk mengakhiri hidup segala makhluk, sebab bumi telah penuh dengan kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi.”. Tuhan juga mengajarnya untuk membuat sebuah bahtera supaya seisi keluarganya dapat terpelihara hidupnya. Nuh percaya kepada kata-kata Tuhan. Nuh melakukan segala yang diperintahkan Tuhan kepadanya. Selepas Nuh masuk ke dalam bahtera, Tuhan benar-benar telah memusnahkan zaman itu dengan air bah (Kej 6:11-22, 7:6-23).

Walaupun Nuh hidup dalam dunia yang jahat, namun dia dapat memelihara kekudusannya, dan langsung tidak dinodai. Dia seorang yang benar yang amat jarang didapati (Kej 6:9). Namun nyawanya dapat terpelihara dalam air bah bukanlah kerana perbuatan baiknya, melainkan kerana imannya yang teguh dan tidak bergoncang. Maksudnya, jika Nuh tidak mempercayai kata-kata Tuhan dan tidak menyediakan bahtera seperti yang ditunjukkan oleh Tuhan, dia tetap tidak boleh mendapat hidup walaupun dia mempunyai banyak perbuatan yang baik. Sebaliknya, jika manusia yang berdosa dalam zaman itu mempercayai amaran Nuh dan masuk ke dalam bahtera sebelum air bah datang, mereka pasti boleh mendapat hidup walaupun mereka mempunyai banyak perbuatan yang jahat.

“Karena iman, maka Nuh–dengan petunjuk Allah tentang sesuatu yang belum kelihatan –dengan taat mempersiapkan bahtera untuk menyelamatkan keluarganya; dan karena iman itu ia menghukum dunia, dan ia ditentukan untuk menerima kebenaran, sesuai dengan imannya.” (Ibr 11:7). “ dan jikalau Allah tidak menyayangkan dunia purba, tetapi hanya menyelamatkan Nuh, pemberita kebenaran itu, dengan tujuh orang lain, ketika Ia mendatangkan air bah atas dunia orang-orang yang fasik.” (2 Ptr 2:5). Nampaknya, Nuh mendapat hidup dan dibenarkan oleh Tuhan berdasarkan imannya manakala manusia pada zaman itu dihukum dan dimusnahkan kerana tidak percaya.

 

BAGAIMANA HARUS PERCAYA / BERIMAN

Paulus berkata: “Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: “Orang benar akan hidup oleh iman”.” (Rm 1:16-17). Oleh itu, “iman” dalam frasa orang yang benar akan hidup oleh iman ini harus “bertolak dari iman” dan “memimpin kepada iman”. Iman ini juga bermaksud percaya pada Injil Kristus dengan “iman”, dan mengikuti jejak Kristus dengan “iman”.

1. Bertolak dari iman

Terjemahan Lv Zhen Zhong menterjemahkan frasa ini sebagai “bermula dengan iman” iaitu iman sebagai permulaan langkah. Percaya dan dibaptis, dosa diampuni lalu dibenarkan (Mrk 16:16, Kis 2:38, 1 Kor 6:11) merupakan permulaan bagi mendapatkan kebenaran Tuhan.

Kornelius seorang yang saleh, ia serta seisi rumahnya takut akan Allah dan ia memberi banyak sedekah kepada umat Yahudi dan senantiasa berdoa kepada Allah (Kis 10:1-2). Malahan, hamba-hambanya juga membuat kesaksian baginya di hadapan rasul dengan berkata: “Kornelius, seorang perwira yang tulus hati dan takut akan Allah, dan yang terkenal baik di antara seluruh bangsa Yahudi.” (Kis 10:22). Jika dia tidak menerima anugerah keselamatan Yesus kerana imannya, dia tetap tidak mendapat hidup hanya berdasarkan kebenaran dirinya sendiri. Oleh itu, Tuhan mengutus malaikat untuk menampakkan diri kepadanya di dalam suatu penglihatan dan mengarahkannya supaya menyuruh beberapa orang untuk menjemput Petrus (Kis 10:5-8).

Petrus terima jemputan tersebut dan pergi ke rumahnya. Semasa memberitakan Injil kepada ahli keluarga Kornelius dan juga orang-orang miliknya, turunlah Roh Kudus ke atas semua orang yang mendengarkan pemberitaan itu lalu mereka tercengang-cengang. Lalu kata Petrus: “Bolehkah orang mencegah untuk membaptis orang-orang ini dengan air, sedangkan mereka telah menerima Roh Kudus sama seperti kita?” Lalu ia menyuruh mereka dibaptis dalam nama Yesus Kristus supaya mereka menjadi milik Tuhan (Kis 10:23-48). Kemudian, Petrus pergi ke Yerusalem dan melaporkan hal ini. Ketika mereka mendengar hal itu, mereka lalu memuliakan Allah, katanya: “Jadi kepada bangsa-bangsa lain juga Allah mengaruniakan pertobatan yang memimpin kepada hidup.” (Kis 11:1-18). Kita dapat mengetahui daripada peristiwa tersebut bahawa Kornelius dan semua orang miliknya mendapat hidup kerana mereka bertaubat dan percaya kepada Yesus dan bukannya bergantung pada perbuatan baik yang telah dilakukan oleh mereka.

Cuba kita renungkan: Kornelius yang terkenal baik di kalangan seluruh bangsa pun perlu percaya dan beriman kepada Yesus Kristus untuk mendapat hidup yang kekal. Maka bagaimanakah kamu boleh mendapat hidup dengan bergantung pada kebenaran diri sendiri? “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.” (Ef 2:8-9).

A. Mengapakah Yesus dapat membuatkan orang yang percaya kepada-Nya dibenarkan di hadapan Tuhan?

  • Dia berkuasa mengampuni dosa. Kepada siapa pun yang Dia berkenan untuk diampuni dosanya, maka orang itu tidak mempunyai dosa (Mrk 2:5-12, Luk 7:47-50).
  • Dia tidak mengenal dosa namun dibuat-Nya dosa kerana kamu supaya dalam Dia kamu dibenarkan oleh Tuhan (2 Kor 5:21).
  • Dia menjadi jalan pendamaian yang ditentukan oleh Tuhan, dalam darah-Nya, kerana iman, kamu dibenarkan dengan cuma-cuma (Rm 3:24-25).
  • menurut hukum Taurat yang ditetapkan oleh Tuhan, darah mempunyai kuasa menyucikan noda dosa (Ibr 9:22). Oleh itu, oleh darah-Nya, kamu bukan sahaja dapat dibenarkan di hadapan Tuhan, bahkan dapat diselamatkan daripada murka Tuhan kelak (Rm 5:9, rujuk: Ibr 9:11-15).

B. Mengapakah Yesus dapat membuatkan orang yang percaya kepada-Nya mendapat hidup?

  • Dialah kebangkitan dan hidup. Kepada siapa pun yang Dia berkenan untuk dibangkitkan, orang itu akan bangkit (Yoh 11:25-26,43-44, Luk 7:12-15, 8:52-55).
  • Kematian-Nya adalah atas kehendak-Nya. Dia berkuasa memberikan nyawa dan berkuasa mengambilnya kembali (Yoh 1:18) kerana tidak mungkin Dia tetap berada dalam kuasa maut (Kis 2:23-24).
  • Dia mejadi anak daripada darah dan daging, supaya oleh kematian-Nya dan kebangkitan-Nya, Dia memusnahkan Iblis yang berkuasa atas maut (Ibr 2:14). Dengan itu, Dia dapat membuatkan semua yang percaya kepada-Nya berpindah dari dalam maut ke dalam hidup (Yoh 5:24).
  • Oleh kematian Dia, kamu diperdamaikan dengan Tuhan. Maka oleh kebangkitan-Nya juga, kamu akan diselamatkan (Rm 5:10). Apabila Dia datang kembali pada masa hadapan, kamu akan bangkit dan terangkat ke syurga (1 Kor 15:51-57, 1 Tes 4:13-18).

Oleh itu, bagaimanakah kamu harus percaya / beriman supaya dapat dibenarkan oleh Tuhan dan mendapat hidup? Soalan ini merupakan satu soalan yang paling penting.

Terdapat seorang Farisi yang bernama Nikodemus, seorang pemimpin agama Yahudi. Dia datang pada waktu malam kepada Yesus. Yesus berkata kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah.” Kata Nikodemus kepada-Nya: “Bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau ia sudah tua? Dapatkah ia masuk kembali ke dalam rahim ibunya dan dilahirkan lagi?” Jawab Yesus: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah.” (Yoh 3:1-5). “Dilahirkan dari air” bermaksud terima baptisan air. “Dilahirkan dari Roh” bermaksud terima baptisan Roh Kudus.

Pernyataan ini adalah sama dengan ayat yang dikatakan oleh Paulus: “Pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan karena perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi karena rahmat-Nya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus.” (Tit 3:5).

C. “Baptisan air mempunyai fungsi mengampuni dosa dan membenarkan kerana:

  • Dengan baptisan, dosa-dosamu disucikan (Kis 22:16) dan dosa-dosamu diampuni (Kis 2:38).
  • Orang yang dibaptis dalam Kristus telah mengenakan Kristus (Gal 3:27). Maksudnya, dosa orang yang berdosa menjadi milik Kristus manakala kebenaran Kristus menjadi milik orang yang berdosa (2 Kor 5:21).
  • Orang yang telah dibaptis dalam Kristus bermaksud dibaptis dalam kematian-Nya, dikuburkan bersama-sama dengan Dia, bangkit bersama-sama dengan Dia, telah bebas daripada dosa (Rm 6:3-7).

D. Mengapakah baptisan air mempunyai mempunyai fungsi mengampuni dosa dan membenarkan?

  • Darah yang dialirkan oleh Yesus dapat menyucikan kamu daripada segala dosa supaya kamu beroleh penebusan (1 Yoh 1:7, Ef 1:7).
  • Darah Yesus bukan sahaja memadai untuk menyucikan dosa-dosa kamu, bahkan dapat membuatkan kamu dibenarkan di hadapan Tuhan (Rm 5:9).
  • Yesus mengalirkan darah dan air (Yoh 19:33-35). Kini, dengan kesaksian Roh Kudus, air yang digunakan semasa Sakramen Pembaptisan adalah cukup memadai untuk menyatakan fungsi darah Yesus (1 Yoh 5:6-8).

Oleh itu, Petrus berkata dengan sangat yakin: “Juga kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, yaitu baptisan — maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah — oleh kebangkitan Yesus Kristus.” (1 Ptr 3:21).

E. “Baptisan Roh juga merupakan salah satu syarat untuk memasuki kerajaan Tuhan dan kita sama sekali tidak boleh mengabaikannya kerana:

  • Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah Roh (Yoh 3:6). Kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah (Roh Kudus) diam di dalam kamu (Rm 8:9).
  • Roh Kudus digelar sebagai “Roh yang memberi hidup” (Rm 8:2) dan juga digelar sebagai “air kehidupan” (Why 22:17, Yoh 4:14). Roh Kudus dapat membuatkan manusia memperoleh hidup yang kekal (Gal 5:25, Yeh 37:14).
  • Setelah terima Roh Kudus, kita telah disahkan dengan meterai sebagai anak-anak Tuhan, bahkan dapat menjadi ahli waris bersama-sama dengan Kristus dengan bersandarkan Tuhan (Rm 8:15-17, Gal 4:5-7).
  • Roh Kudus ialah jaminan bagi kebangkitan, terangkat ke syurga dan bahagian dalam kerajaan syurga (2 Kor 5:1-5, Ef 1:13-14). Jika tidak mempunyai Roh Kudus, bagaimanakah kamu mempunyai pengharapan ini? Oleh itu, Paulus mengatakan dengan jelas bahawa orang-orang yang percaya kepada Tuhan “mulai dengan Roh” (Gal 3:3). Dia berkata lagi: “Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus.” (Rm 8:9). Betapa seriusnya persoalan ini! Mungkin kamu merupakan seorang umat Kristian yang soleh, mungkin kamu mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia dengan segenap hatimu, mungkin kamu giat dengan kerja-kerja suci yang dipercayakan / diserahkan oleh Tuhan. Namun jika kamu tidak mempunyai Roh Kudus, kamu masih bukan milik Kristus, bahkan belum lagi bermula.

2. Memimpin kepada iman

Terjemahan Lv Zhen Zhong menterjemahkan frasa ini sebagai “diakhiri dengan iman” iaitu teguh berpegang sampai kepada akhirnya pada keyakinan iman yang semula (Ibr 3:14). Setelah dibaptis, jika kita percaya kepada Tuhan untuk seumur hidup kita, maka di hadapan Tuhan, saya tetap orang benar sehingga saat saya mati. Pernyataan ini juga menyatakan bahawa percaya / iman bukan sahaja merupakan titik permulaan bagi kehidupan umat Kristian, tetapi juga merupakan proses bagi kehidupan umat Kristian. Permulaan bagi dibenarkan ialah percaya / iman. Setelah itu, kita menempuhi jalan kekudusan juga hanya bersandarkan iman sahaja. Sedangkan Habakuk, seorang nabi dalam Perjanjian Lama juga menegaskan bahawa iman sebegini mempunyai kepentingan yang ketara. Ketika negara mereka berhadapan dengan tempoh kritikal iaitu ancaman asing semakin mendekati negara mereka, dia menyeru kepada rakyatnya supaya tetap berpegang pada iman terhadap Tuhan ini dan percaya pada kuasa-Nya (Hab 2:4). Paulus berkata, sikap percaya dan bersandar kepada Tuhan tetap merupakan syarat yang sama seperti yang Tuhan mahu kita miliki. Kepercayaan yang rendah hati ini membuatkan manusia diperhitungkan sebagai jujur pada mata Tuhan. Oleh itu, dengan iman apakah kita datang mengikuti Yesus Kristus?

A. Nilai iman terletak pada kebenaran

Setelah sasaran iman kepercayaan benar-benar dikenalpasti, maka haruslah ada ketaatan dan kepercayaan yang soleh terhadap Tuhan yang dipercayai. Sememangnya, tidak boleh tidak ada ketaatan dan kepercayaan dalam isi kandungan iman. Ketaatan dan kepercayaan ini bukan sekadar konsep keagamaan yang disebabkan oleh alam sekitar melainkan mempunyai gerak hati yang sebenar dan khusus di dalam roh – kewujudan Tuhan. “Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.” Orang yang benar-benar beribadah kepada Tuhan bukan hanya melakukan ibadah secara mekanikal melainkan harus dengan iman yang benar, serahkan diri sendiri kepada Tuhan dan mentaati-Nya. Sebagai contoh, selepas Abraham meninggalkan Ur, tempat asalnya, dia berserah dan taat kepada Tuhan sepenuhnya. Dia percaya bahawa janji yang dijanjikan oleh Tuhan pasti akan dipenuhi. Iman ini iman yang benar. Walau bagaimanapun, iman orang Israel terhadap Tuhan bagi keturunan-keturunan yang seterusnya kebanyakannya hanyalah secara formaliti dan hipokrit. Oleh itu, Tuhan Yesus memetik kata-kata nabi Yesaya semasa menegur orang Israel pada ketika itu: “Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia.” (Mat 15:8-9).

“Hatinya jauh dari pada-Ku” bermaksud tidak ada sasaran iman kepercayaan yang sebenar dan khusus di dalam roh – kewujudan Tuhan. Mereka hanya sekadar menunjukkan kemuliaan atas bibir sahaja demi keperluan formaliti. Pada hari ini, berkemungkinan ada juga orang yang percaya kepada Tuhan semata-mata kerana konsep agama yang disebabkan oleh beberapa persekitaran luaran. Mereka masih jauh daripada pengalaman sebenar tentang kewujudan Tuhan. Oleh itu, apabila persekitarannya berubah, maka “hati yang jahat dan yang tidak percaya” pun muncul dengan mengambil kesempatan. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan Yesus: “Hatimu jangan sarat oleh pesta pora dan kemabukan serta kepentingan-kepentingan duniawi.” Dunia, kenikmatan hidup dan keuntungan / penghasilan sangat mudah merosakkan iman orang terhadap Tuhan (1 Yoh 2:15). Jika tidak mempunyai hati yang benar-benar mengasihi Tuhan, maka iman terhadap Tuhan itu hanyalah tempurung kosong.

Alkitab juga mencatatkan: “Banyak orang percaya dalam nama Tuhan, karena mereka telah melihat tanda-tanda yang diadakan-Nya. Tetapi Yesus sendiri tidak mempercayakan diri-Nya kepada mereka, karena Ia mengenal mereka semua.” (Yoh 2:23). Mengapakah Tuhan tidak mempercayakan diri-Nya kepada mereka? Sebabnya adalah kerana motif mereka percaya kepada Tuhan adalah tidak murni. Tuhan tahu segala isi hati manusia. Mereka berkemungkinan datang mengikuti Tuhan kerana melihat angin, atau menjadi oportunis, ataupun untuk makan roti dan kenyang. Oleh itu, iman yang pasti dan benar langsung tidak mengandungi ramuan yang mempergunakan Tuhan untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya, iman yang pasti dan benar ini sepenuhnya berserah kepada Tuhan, mentaati Tuhan, percaya bahawa janji yang dijanjikan oleh Tuhan pasti akan dipenuhi dalam dirinya. Sebagai contoh, Abraham sepenuhnya percaya kepada Allah yang menghidupkan orang mati dan yang menjadikan dengan firman-Nya apa yang tidak ada menjadi ada (Rm 4:17).

B. Kepentingan iman terletak pada amalan / praktikal

Yakobus berkata: “Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia?” (Yak 2:14). Fungsi utama iman adalah supaya manusia mendapat kasih karunia dan diselamatkan. Namun jika tidak ada amalan / praktikal, iman itu langsung tidak ada fungsinya. “Perbuatan” yang disebut oleh Yakobus bermaksud amalan tingkah laku adalah diperlukan untuk menyempurnakan pekerjaan iman yang belum diselesaikan selepas percaya kepada Tuhan dan setelah berada dalam peringkat menempuhi perjalanan syurgawi. Dalam erti kata yang lain, umat Kristian percaya kepada Tuhan dan dibaptis hanyalah titik permulaan bagi mendapatkan keselamatan, bukannya kesempurnaan terakhir bagi mendapatkan keselamatan. Oleh yang demikian, kerjakanlanlah keselamatan dengan takut dan gentar, dengan berdasarkan iman dan mendapat kuasa daripada perbuatan (Yak 2:22). Maksudnya, iman harus ada kerjasama dengan perbuatan untuk mencapai kejayaan akhir dalam mendapatkan keselamatan. Cuba kita lihat, dalam Ibrani fasal 11 iaitu fasal tentang “iman”, tokoh iman yang manakah yang tidak mempunyai penampilan perbuatan yang istimewa? Paulus juga amat menitikberatkan amalan / praktikal iman. Contohnya, dia berkata: “Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.” (Ef 2:10). “Karena kasih karunia Allah yang menyelamatkan semua manusia sudah nyata. Ia mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini. Dia yang telah menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.” Ayat ini bermaksud selepas ada iman, harus ada amalan / praktikal perbuatan baik yang ditetapkan oleh Tuhan, hidup beribadah di dalam dunia, memelihara diri sendiri, memuliakan Tuhan dan memberi manfaat kepada manusia.

Bagi orang yang telah terima Roh Kudus, mereka telah terima kuasa yang besar dari atas. Kuasa ini lebih lagi menyatakan bahawa iman bukan tergantung pada hikmat manusia, tetapi pada kuasa Tuhan. Oleh itu, bukankah orang-orang yang telah terima Roh Kudus harus mempunyai prestasi yang lebih positif dan ketara dalam aspek amalan / praktikal iman, pembentukan segala sifat rohani serta usaha ke arah kehidupan yang kudus dan meninggalkan dunia? Tuhan Yesus pernah berfirman: “Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.” Walau bagaimanapun, bagi kebenaran kita, selain daripada kebenaran yang dianugerahkan oleh Tuhan berdasarkan kepercayaan (Flp 3:9), kebenaran itu juga ditampilkan dalam buah yang baik yang dihasilkan (Ibr 12:11, Yoh 15:16). Buah ini merupakan pertambahan bagi pelbagai kebajikan rohani (2 Ptr 1:5-8) yang beransur-ansur menjadi matang seiring dengan perkembangan kehidupan rohani. Buah ini harus banyak dihasilkan oleh setiap pemercaya untuk dipersembahkan kepada Tuhan. Bagi orang-orang yang telah terima Roh Kudus, mereka lebih lagi harus berbuat demikian (Rm 7:4).

C. Iman harus melalui pencobaan

“Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai-bagai pencobaan, sebab kamu tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan.” (Yak 1:2-3). Iman yang benar adalah tahan dicobai. Kualiti iman kita mungkin tidak cukup murni, maka Tuhan melatih dengan “berbagai-bagai pencobaan” untuk mencapai tahap “benar bahkan kudus”. “Benar” bermaksud tidak ada kepura-puraan, tidak ada kepalsuan. Natanael digelar oleh Tuhan sebagai “orang Israel” yang sebenar kerana tidak ada kepalsuan di dalamnya (Yoh 1:47). Betapa liciknya hati, lebih licik dari pada segala sesuatu, hatinya sudah membatu. Namun bagi orang yang percaya kepada Tuhan, hatinya tidak lagi ada kepura-puraan dan kepalsuan. Maka dengan itu mereka telah mempunyai syarat asas untuk menjadi seorang “umat Kristian yang sejati”. Setelah iman dicobai, maka pemercaya akan menjadi lebih benar dan kudus (1 Ptr 1:7).

Tambahan pula, “ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan”. Iman dan ketekunan mempunyai kaitan dengan keselamatan. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan: “Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan.” Dia juga berkata: “Orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.”, “Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu.” dan sebagainya. Ayat-ayat ini bukan bermaksud bahawa iman sahaja tidak cukup untuk menjadikan manusia diselamatkan dan perlu ditambah dengan ketekunan. Ayat-ayat ini bermaksud bahawa iman menghasilkan ketekunan, dan ketekunan menyokong iman lalu dipelihara oleh Tuhan supaya “mempunyai bahagian dalam Kristus” serta mencapai penyempurnaan keselamatan yang terakhir.

Iman yang disertai dengan perbuatan ialah iman yang aktif. Iman yang disertai dengan ketekunan ialah iman yang teguh. Ketika iman kita dicobai, pencobaan itu menambahkan keteguhan iman kita iaitu supaya iman kita menjadi fleksibel dan yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua. Dengan itu, kita dapat menangani persekitaran yang kompleks dan berbahaya. Iman yang teguh ini dapat memberi kebaikan kepada semua orang apabila maju dan dapat mempertahankan diri apabila mundur. Seperti yang dikatakan dalam Alkitab: “Sebab itu janganlah kamu melepaskan kepercayaanmu, karena besar upah yang menantinya. Sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu. “Sebab sedikit, bahkan sangat sedikit waktu lagi, dan Ia yang akan datang, sudah akan ada, tanpa menangguhkan kedatangan-Nya. Tetapi orang-Ku yang benar akan hidup oleh iman, dan apabila ia mengundurkan diri, maka Aku tidak berkenan kepadanya.” Tetapi kita bukanlah orang-orang yang mengundurkan diri dan binasa, tetapi orang-orang yang percaya dan yang beroleh hidup.” (Ibr 10:35-39).

 

KESIMPULAN

Iman kita adalah kekurangan dan tidak menepati piawaian di hadapan Tuhan (Luk 18:8). Oleh itu, mohonlah kepada Tuhan supaya menambah iman, selalu mencurahkan Roh Kudus supaya kita dikuatkan dan diteguhkan di dalam batin (Ef 3:16) dan supaya oleh iman kita yang benar, Kristus diam di dalam hati kita (Ef 3:17). Jika kita tidak mempunyai bahagian dalam Kristus, maka kita tidak dapat diselamatkan. Jika Kristus tidak tinggal di dalam hati kita, maka kita juga tidak dapat diselamatkan. Asalkan kita mempunyai iman yang benar, Tuhan pasti membuatkan kita tinggal di dalam Kristus dan Kristus juga di dalam kita (Yoh 15:5). Oleh itu, Alkitab berfirman: “Ujilah dirimu sendiri, apakah kamu tetap tegak di dalam iman.” Jika tidak ada ataupun tidak menepati piawaian, maka mohonlah kepada Tuhan supaya dikaruniakan ataupun ditambahkan. Jika ada, maka kita perlulah teguh berpegang sampai pada akhirnya dan berlari ke hadapan. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan.

BERKAWAN SEBELUM BERKAHWIN

BERKAWAN SEBELUM BERKAHWIN

KEPERLUAN BERKAWAN

1. Manusia hidup secara berkumpulan. Kehendak asal Tuhan juga sedemikian (Kej 2:18).

Semua orang yang tinggal di bawah matahari memerlukan kawan. Seseorang tidak mungkin menjadi seperti Robinson yang hidup keseorangan jauh daripada orang lain dalam seumur hidupnya. Tuhan juga mempunyai kehendak ini ketika Dia mencipta manusia. Selepas mencipta Adam, Tuhan melihat bahawa tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja. Oleh itu, Tuhan menjadikan teman dan penolong baginya, yang sepadan dengan dia.

2. Setiap orang memerlukan kawan dalam proses pertumbuhannya.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa setiap orang memerlukan kawan dan berusaha untuk mencari kawan dalam proses pertumbuhannya bermula dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, hingga ke zaman belia dalam masyarakat. Jika seseorang tidak ingin berkawan pada tahap mana pun, semua orang akan berasa bahawa dia sangat kesepian dan ibu bapanya pasti akan berasa sangat cemas!

3. Kawan ialah penolong dan sahabat karib dalam perjalanan hidup manusia.

Pengkhotbah 4:9-12: “Berdua lebih baik dari pada seorang diri, karena mereka menerima upah yang baik dalam jerih payah mereka. Karena kalau mereka jatuh, yang seorang mengangkat temannya, tetapi wai orang yang jatuh, yang tidak mempunyai orang lain untuk mengangkatnya! Juga kalau orang tidur berdua, mereka menjadi panas, tetapi bagaimana seorang saja dapat menjadi panas? Dan bilamana seorang dapat dialahkan, dua orang akan dapat bertahan. Tali tiga lembar tak mudah diputuskan.” Semua ini menyatakan tentang kebaikan mempunyai kawan ataupun teman.

Kawan bukan sahaja merupakan penolong bagi kehidupan kita tetapi bahkan merupakan seorang penghibur dalam kehidupan kita. Orang-orang dahulu menyenaraikan kenalan ke dalam tiga kategori: mereka yang dapat saling membantu disebut sebagai [kawan], mereka yang mempunyai hubungan hati-ke-hati disebut sebagai [sahabat karib] dan mereka yang bagai keroncor dengan belangkas disebut sebagai [rakan rapat]. Oleh itu, dapat dilihat bahawa jika kita dapat mempunyai kawan dalam ketiga-tiga kategori tersebut dalam hidup, kita pasti akan berasa lebih berpuas hati!

  • Contoh: Yu Boya dan Zhong Ziqi merupakan rakan rapat.
  • Contoh: Guan Yiwu dan Bao Shuya saling menjadi sahabat karib. Mereka merupakan gambaran terbaik untuk berkawan dalam hidup.

 

JENIS-JENIS KAWAN

A. Kawan jahat

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Pepatah zaman dahulu menceritakan kesan persekitaran kepada manusia dan mengingatkan kita untuk lebih berhati-hati ketika berkawan.

  1. Ada teman yang mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24)
  2. Raja Rehabeam (1 Raj 12:8-12): Dia mendekati kawan-kawannya yang muda dan menolak nasihat yang berhikmat daripada orang tua. Akibatnya, dia mengeluarkan kata-kata yang sombong lalu menyebabkan perpecahan yang tidak dapat dihalang dalam kerajaannya.
  3. Kawan-kawan jahat yang perlu kita jauhi:
  • Orang yang mempunyai tingkah laku sesat dan tidak mengejar kemajuan.
  • Orang yang mempunyai tabiat hidup yang buruk. Contohnya suka menagih dadah, mabuk oleh minuman keras, menuruti keinginan daging dan lain-lain lagi.
  • Orang yang selalu meminta kita melakukan perkara-perkara yang melanggar Firman.
  • Orang dalam kalangan pemercaya yang tidak mengamalkan Firman dan tidak mendengar nasihat.

Di atas hanya sebilangan kecil daripadanya. Kita harus bergantung kepada Roh Kudus yang tinggal di dalam hati kita untuk membezakannya.

B. Kawan baik

  1. Kawan yang jujur, kawan yang bertimbang rasa, kawan yang berpengetahuan luas. Nasihat ini diberikan oleh orang-orang dahulu. Nasihat ini mengajar kita untuk berkawan dengan orang yang jujur, berpengetahuan dan berlapang dada serta dapat bertolak ansur dengan apa yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain.
  2. Bagi kita yang berada di dalam Kristus, boleh dikatakan bahawa setiap seiman boleh menjadi sasaran kawan kita. Mereka juga sepatutnya merupakan sasaran kawan kita dan sasaran keprihatinan kita. Tetapi jika kita dapat menemukan kawan-kawan berikut dalam Kristus, kehidupan kita pastinya bergirang.
  • Orang yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni (2 Tim 2:22): Kita seharusnya berkawan dengan orang yang mengejar kehidupan rohani dalam Kristus. Dengan berbuat demikian, kerohanian kita dapat ditingkatkan bahkan dapat lebih mengenali Tuhan supaya iman kepercayaan kita dapat berakar ke bawah dan menghasilkan buah ke atas.
  • Penolong dalam kesesakan (Ams 17:17; 1 Sam 18:1-3; 19): Kawan adalah amat bernilai kerana kawan dapat saling menolong dalam waktu kesesakan. Bak kata pepatah: nasi habis, budi bersama. Dalam sejarah, persahabatan antara Daud dengan Yonatan dapat dilihat apabila mereka dapat saling bergantung dalam masa kesusahan. Alkitab menjelaskan bahawa Yonatan mengasihi Daud melebihi dirinya sendiri. Oleh itu, apabila Daud berhadapan dengan masalah, dia menghulurkan tangan tepat pada waktunya dan menjadi sandaran yang kuat bagi Daud.
  • Dapat berkawan secara tulus dan setia (Ams 27:5-6, 9-10): Kawan seharusnya dapat saling bergaul tanpa bersembunyi atau halangan. Bagi kita yang berasa dalam Kristus, kita lebih lagi harus saling berpadu jiwa di bawah Roh yang bekerja. Oleh itu, dalam kehidupan sehari-hari, kawan boleh dengan teguh berpegang pada kebenaran di dalam kasih (Ams 27:17). Demikianlah persekutuan sejati dalam Kristus.

C. Kawan berlainan jantina

  1. Jarang ada persahabatan murni antara lelaki dengan perempuan: Persahabatan yang murni antara lelaki dengan perempuan sukar dikekalkan untuk jangka masa yang panjang kerana akan melibatkan masalah keluarga bagi kedua-dua pihak pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, persekutuan semua orang dalam Kristus tidak menjadi masalah.
  2. Oleh itu, sekiranya ingin berkawan sebagai persediaan untuk perkahwinan pada masa akan datang, maka harus berpegang pada prinsip mencari di dalam Tuhan (Ul 7).
  • Kawan yang terbaik (Ams 18:24)

Semua kawan dalam hidup akan menjauhi dan meninggalkan kita pada suatu hari nanti. Tetapi Hanya Tuhan Yesus yang tidak akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya di samping selalu menyertai kita dan menjadi kawan baik kita. Ada kalanya kawan tidak dapat memahami kelemahan kita namun Tuhan Yesus dapat memahami dan menerimanya. Pertolongan yang diberikan oleh kawan selalunya terhad, namun pertolongan yang diberikan oleh Tuhan Yesus adalah tidak terbatas. Oleh itu, kita seharusnya memperuntukkan lebih banyak masa dalam setiap hari untuk bergaul dengan Tuhan Yesus, kawan yang terbaik ini.

 

BERKAWAN SEBELUM BERKAHWIN

A. Perihal perkahwinan: Apabila lelaki dan wanita bertumbuh besar sehingga ke satu tahap yang tertentu, perasaan kasih terhadap lawan jenis akan berlaku secara semula jadi. Perasaan ini merupakan sifat manusia dan juga merupakan kehendak asal Tuhan semasa mewujudkan sistem perkahwinan pada awal penciptaan.

  • Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan hal perkahwinan di dalam Tuhan:

1. Pencari jodoh: Gereja mempunyai sistem telangkai perkahwinan untuk menasihati belia di dalam Tuhan yang belum berkahwin. Situasi telangkai boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

  • Berserah sepenuhnya: Contohnya sikap Ishak terhadap perkahwinannya. Dia taat sepenuhnya pada aturan ibu bapanya serta menyerahkan hal tersebut sepenuhnya ke dalam tangan Tuhan. Akhirnya, Tuhan mengaturkan seorang pasangan yang paling sesuai dengannya iaitu Ribka. Walau bagaimanapun, dalam cara ini, kedua-dua lelaki dan perempuan harus mempunyai iman yang sangat kukuh di samping percaya bahawa “Tuhan menyediakan segala sesuatu”. Terdapat banyak perkahwinan pemercaya yang dilangsungkan dengan cara ini pada masa dahulu. Contohnya saudara Lin Dayu dan saudari Yao Duo dari gereja Taipei. Mereka menghadiri ‘blind date’ dan bertunang pada hari yang sama. Pada keesokan harinya, saudara Lin pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Thailand. Namun, iman seperti itu nampaknya jarang didapati pada masa sekarang.
  • Mendapatkan maklumat dengan teliti: Satu cara lain bagi pencari jodoh, tetapi ibu bapa kedua-dua belah pihak saling mendapatkan segala maklumat dengan teliti sebelum membuat keputusan.
  • Ada satu tempoh masa untuk berhubungan selepas berkenalan: Cara yang sangat biasa digunakan pada masa ini.
    1. Tidak kira mana-mana cara yang digunakan, cara yang terbaik ialah berdoa dengan bersungguh-sungguh, mencari kehendak Tuhan dan biarlah Tuhan sendiri yang menjadikannya.

2. Sendiri mencari pasangan di dalam Tuhan

  • Rendah bilang-bilang diseluduki, tinggi kayu ara dilangkahi – hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya (cara Yakub): Apabila bertemu Rahel setelah tiba di Padan-Aram, Yakub jatuh cinta pada pandangan pertama. Alkitab mencatatkan bahawa mereka bergaul dalam terang dan tidak melampaui batas bahkan telah bersabar selama tujuh tahun sebelum berkahwin. Belia-belia di dalam Tuhan pada hari ini tidak kekurangan peluang untuk saling berkenalan. Daripada Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid pada masa kecil hinggalah kepada Kebaktian Kebangunan Rohani Pelajar-Pelajar IPT dan ditambahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dalam persekutuan kampus, semua ini sepatutnya telah membekalkan peluang kepada kebanyakan belia di dalam Tuhan untuk saling berkenalan. Pergaulan antara belia sebelum berkahwin haruslah seperti Yakub. Rendah bilang-bilang diseluduki, tinggi kayu ara dilangkahi. Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. Jangan mencontohi dunia ini yang tidak kudus dalam hubungan antara lelaki dengan perempuan.
  • Cara bergaul seperti orang kafir: Maksudnya, lelaki dan perempuan seiman menjadi sangat mesra setelah mula bercinta dan sering meletakkan diri sendiri di luar persekutuan bahkan mencontohi dunia dengan mengadakan hubungan lelaki perempuan, bersekedudukan dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, mereka bukan sahaja tidak boleh berkahwin di dalam aula gereja dan mendapat berkat Tuhan bahkan perbuatan-perbuatan itu berdosa kepada Tuhan. Bolehkah kita tidak berhati-hati?

3. Mencari pasangan yang belum percaya

A. Sebab

  • Orang yang belum percaya lebih pandai memandang bulu dan berkemahiran (Bil 25:1-6).
  • Orang yang belum percaya kurang terikat.
  • Syarat bagi orang yang belum percaya sangat baik: Menjadikan kehidupan sosial dan fizikal sebagai kriteria pemilihan, sering mengabaikan masalah kerohanian.
  • Percaya dalam hati bahawa dia berkeyakinan untuk membawa pihak yang lain datang percaya kepada Tuhan: Jika pihak lelaki, dia yakin bahawa setelah berkahwin, pihak yang lain pasti akan ikut datang percaya dan dia nampaknya sangat berkeyakinan. Walau bagaimanapun, kebejatan iman kepercayaan bermula daripada konsep ini.
  • Apabila sukar untuk mendapatkan pasangan di dalam Tuhan, lebih baik mencari di luar: Sebenarnya jika mempunyai iman yang murni di dalam Tuhan, mencari pasangan bukanlah hal yang sangat sukar. Ramai belia yang kehilangan peluang pada masa muda lalu menyebabkan mereka sukar untuk mencari pasangan setelah usia semakin meningkat.

B. Masalah berkahwin dengan orang yang belum percaya

  • Kehilangan iman kepercayaan (Ul 7:3-4; Kej 6:1-3): Kejadian fasal 6 mencatatkan anak-anak Allah pada masa itu melihat, bahawa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. Kesannya, manusia kepunyaan Tuhan kian menjauhi dan meninggalkan Tuhan serta menjalani kehidupan yang sekular lalu menimbulkan murka Tuhan. Sebelum orang Israel memasuki tanah Kanaan, Tuhan telah memberi peringatan kepada mereka supaya jangan berkahwin dengan tujuh bangsa di tanah Kanaan. Jika tidak, iman kepercayaan anak-anak mereka pasti akan jatuh. Namun orang Israel tidak mendengar firman Tuhan. Sebagai akibatnya, keturunan mereka benar-benar menjauhi dan meninggalkan Tuhan.
  • Kehilangan kebebasan dalam iman kepercayaan: Situasi yang terbaik bagi mereka yang berkahwin dengan orang kafir ialah imannya dapat dipertahankan tetapi kehidupan iman kepercayaannya pada kemudiaan hari pasti akan berhadapan dengan banyak kesulitan. Terdapat juga banyak perbezaan dari segi konsep hidup dan cara asuhan / didikan anak-anak. Semua ini dapat dibayangkan.
  • Masalah didikan anak-anak: Nehemia 13:23-24 mencatatkan orang Yahudi yang pulang dari tempat tawanan / pembuangan tidak mengambil iktibar daripada sejarah dan terus berkahwin dengan bangsa asing yang berdekatan dengan mereka. Kesannya, anak-anak mereka tidak tahu berbicara bahasa Yahudi melainkan berbicara bahasa bangsa lain. Setelah melihat keadaan yang serius ini, Nehemia menyesali mereka dan mentahirkan mereka dari segala sesuatu yang asing. Seorang umat pilihan yang tidak tahu berbicara dalam bahasa umat pilihan menandakan kehidupannya sudah sepenuhnya tidak seperti umat pilihan. Bayangkan, pada suatu hari nanti, anak anda tidak tahu menyebut “Haleluya” sebaliknya mengucapkan kata-kata kesat / kasar, apakah perasaan anda?
  • Perbezaan konsep hidup: Pasti ada perbezaan besar dari segi konsep hidup antara manusia kepunyaan Tuhan dengan manusia milik dunia. Seperti yang dicatatkan dalam 2 Kor 6:14-18, tidak ada persamaan antara terang dengan gelap, janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya.

 

B. Prinsip berkawan sebelum berkahwin

1. Jangan sekali-kali melakukan hubungan seks sebelum berkahwin

A. Alasan untuk bersetuju dengan hubungan seks sebelum berkahwin

  • Boleh mempunyai hubungan fizikal jika saling mengasihi.
  • Trend semasa – faktor media massa (1 Ptr 4:1-4).

a. Di Paris, jika anda masih dara pada usia 15 tahun, anda akan ditertawakan.

  • Tidak dapat ditolak.
  • Boleh melakukannya asalkan tidak hamil.

B. Masalah yang dibawa oleh hubungan seks sebelum berkahwin

  • Jika bukan berkahwin dengan dia

a. Semua orang mahukan pasangan yang sempurna.

b. Ada trauma dalaman.

c. Bagaimana berhadapan dengan hubungan yang seterusnya dan perkahwinan?

d. Masalah yang paling penting, bagaimanakah berhadapan dengan Tuhan?

  •  Jika berkahwin dengan dia 

a. Ada kekesalan pada malam pertama perkahwinan.

b. Jika hamil – berkahwin secara terburu-buru, menghadapi tekanan yang sangat besar.

c. Tidak boleh berkahwin di dalam aula gereja dan terima berkat Tuhan akan menjadi kekesalan yang besar dalam hidup!

2. Masa untuk bercinta: Masa untuk lelaki dan perempuan muda bercinta adalah ketika semua aspek sudah matang

A. Fisiologi: Sekurang-kurangnya selepas melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan lebih baik setelah mempunyai pekerjaan yang stabil selepas tamat pengajian. Sebilangan orang mula bercinta di sekolah menengah. Bukan sahaja mereka belum matang dari segi fisiologi, tetapi pelajaran pada masa depan mereka juga akan terjejas. Jika tempoh bercinta terlalu lama, masalah akan terjadi dengan mudah sekiranya terdapat perubahan yang besar dalam persekitaran.

B. Psikologi: Maksudnya kedua-dua pihak mempunyai mentaliti untuk bersiap sedia ke arah berkahwin dan mereka mengetahui tentang psikologi matang mengenai tanggungjawab dalam mendirikan rumah tangga.

C. Prinsip bercinta

    1. Dari hati ke hati

  • Fahami kehendak Tuhan melalui doa dan bacaan Alkitab: Lelaki dan perempuan saling menarik perhatian, tetapi yang penting adalah bersesuaian dengan kehendak Tuhan supaya hubungan itu “berpanjangan dan bahagia”. Oleh itu, ketika lelaki dan perempuan saling mencapai persetujuan, mereka harus saling mendoakan untuk memahami kehendak Tuhan.
  • Tidak sewenang-wenangnya memutuskan hubungan: Jika telah berhubungan dari hati ke hati, kedua-dua pihak pastinya telah berfikir semasak-masaknya. Oleh itu, jangan memutuskan hubungan dengan sewenang-wenangnya hanya kerana perbezaan kecil dalam kehidupan. Sikap sebegini adalah mencontohi dunia. Harus mencari jalan penyelesaian bagi masalah perbezaan tersebut melalui doa.

     2. Hormati ibu bapa

  • Perkenalkan kepada ibu bapa: Semasa bercinta, harus perkenalkan pihak yang lain kepada ibu bapa. Langkah ini juga menyatakan bahawa kita bercinta secara terang-terangan dan mempunyai perlindungan tambahan.
  • Rujuk pengalaman dan pendapat ibu bapa: Minta ibu bapa berikan pendapat. Lagipun, ibu bapa mempunyai lebih banyak pengalaman dalam hidup berbanding kita.

     3. Ayam putih terbang siang

  • Bercinta secara terang-terangan: Semasa bercinta, perkara yang paling menakutkan ialah berbual di tempat yang tidak ada orang lain. Hal ini demikian kerana mereka akan mudah terjatuh dalam kelemahan. Oleh itu, semasa bercinta, jangan mengasingkan diri daripada persekutuan, sebaliknya haruslah berinteraksi dengan orang ramai seperti biasa.
  • Tidak pergi ke tempat yang gelap secara berseorangan: Bak kata pepatah: tedeng aling-aling. Dalam persekitaran yang gelap dan tanpa kenalan, tingkah laku yang melampaui batas mudah terjadi.

    4. Berpegang pada Firman – Rendah bilang-bilang diseluduki, tinggi kayu ara dilangkahi: Kita ialah anak-anak Kebenaran. Oleh itu, tidak kira dalam keadaan apa-apa pun, kita harus ada norma Kebenaran. Jangan melampaui Kebenaran dan melampiaskan hawa nafsu.

  • Jangan mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.

    5. Sabar – Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya: Seperti usaha Yakub dalam mengahwini Rahel. Walaupun kedua-duanya saling menarik perhatian dan saling berharap, namun mereka tetap berpegang pada Firman dalam kehidupan dan tidak melebihi batasan. Walaupun tujuh tahun telah berlalu, namun apabila masa Tuhan itu genap, perkara itu pun terjadi. Oleh itu, haruslah saling mendorong sepanjang menjalinkan hubungan untuk sama-sama mengejar kehidupan yang rohani, berjanji untuk sama-sama mencapai kemajuan dalam membaca Alkitab, ada masa untuk berdoa bersama-sama serta bersama-sama mengejar keadilan, kesetiaan, kasih dan damai.

    6. Harus berjaga-jaga dan berdoa: Dalam proses kedua-dua pihak menjalinkan hubungan, hal yang paling penting ialah jangan abaikan perihal berjaga-jaga dan berdoa supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan. Dengan langkah ini, kita dapat menyelesaikan sebuah perkahwinan yang sesuai dengan kehendak Tuhan.

D. Konsep yang salah

1. Mentaliti bagi orang yang belum percaya kepada Tuhan

  • Untuk main-main / seronok sahaja: Hal yang paling ditakuti dalam pergaulan sebelum berkahwin ialah mempunyai mentaliti orang-orang kafir iaitu hanya sekadar main-main sahaja, teruskan hubungan jika serasi dan putuskan hubungan jika tidak serasi.
  • Bercinta dengan beberapa orang untuk membuat perbandingan: Ataupun mempunyai mentaliti “calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang” iaitu bercinta dengan beberapa orang untuk membuat perbandingan. Pemikiran sedemikian adalah sangat tidak takut akan Tuhan.

2. Bagai belangkas

  • Menjadi terlalu rapat sebaik sahaja mula bercinta: Hal yang paling ditakuti dalam hubungan antara dua jantina ialah menjadi terlalu rapat sebaik sahaja mula bercinta. Kemudian, mereka akan hilang rasional dan banyak hasil yang tidak diingini akan berlaku.
  • Bersekedudukan dengan mentaliti untuk cuba berkahwin: Dunia ini sangat huru-hara. Janganlah kita mengikut trend popular seperti orang dalam dunia. Perbuatan bersekedudukan dan percubaan berkahwin adalah berbuat dosa terhadap Tuhan, tidak menghormati perkahwinan dan tidak menghormati Tuhan.

 

KESIMPULAN

Kewargaan kita adalah di dalam syurga. Sepatutnya, iman kepercayaan harus menjadi prinsip yang paling utama. Kita harus mempunyai sikap yang jelas terhadap segala hal yang menghalangi komunikasi kita dengan Tuhan dan berkenan kepada Tuhan. Begitu juga dalam perihal berkawan iaitu harus dilakukan sesuai dengan norma-norma Kebenaran supaya semua yang kita lakukan dapat berkenan kepada Tuhan.

BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN KERJA SUSULAN DENGAN BAIK?

BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN KERJA SUSULAN DENGAN BAIK?

PENGENALAN

Kerja penyebaran Firman merupakan amanat yang tidak boleh ditolak dan dilengah-lengahkan bagi umat Kristian. Kerja ini asyik dipesankan oleh Tuhan kepada para murid sebelum Dia terangkat ke syurga. Oleh itu, kita yang telah terima amanat agung ini harus bekerja keras untuk menyelesaikannya. Dalam keseluruhan proses penyebaran Firman, benih mula ditabur dengan penginjilan peribadi. Kemudian, persekutuan mengadakan kebaktian penginjilan ataupun teh Injil. Perkembangan ini diikuti dengan kerja kaunseling selepas kebaktian dan menjalankan kerja susulan ke atas kawan pencari Injil sehingga kawan pencari Injil terima baptisan dan menjadi murid Tuhan. Dengan itu, kita benar-benar menyelesaikan amanat agung yang dipercayakan oleh Tuhan. Tuhan berfirman: “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Tuhan…”. Dalam beberapa pautan ini, kerja susulan adalah sangat penting. Jika kerja susulan tidak dilakukan, kita sama seperti tidak kisah tentang hidup mati kawan pencari Injil. Jika bertuah, akhirnya kawan pencari Injil akan terima baptisan untuk menjadi murid Tuhan. Jika tidak bertuah, kawan pencari Injil akan menjadi sasaran yang ditangkap oleh Iblis dalam pertengahan jalan (seperti benih yang ditabur di pinggir jalan, lalu datanglah burung dan memakannya). Apabila hal ini berlaku, bukankah usaha sebelumnya menjadi sia-sia umpama panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau? Oleh itu, persekutuan harus menitikberatkan kerja susulan dan harus mendidik rakan-rakan persekutuan tentang hal ini supaya setiap rakan dalam persekutuan bukan sahaja dapat melakukan penginjilan peribadi tetapi juga dapat melakukan kerja susulan lalu bersama-sama menyelesaikan amanat agung yang dipercayakan oleh Tuhan.

APA ITU KERJA SUSULAN?

  1. Secara ringkasnya, kerja susulan bermaksud terus-menerusmmembangun kawan pencari Injil sehingga dia nekad untuk dibaptis menjadi murid Tuhan.
  2. Bagi pemercaya yang baru dibaptis, kerja susulan bermaksud memupuk dan melatihnya dengan tujuan memperkukuh imannya dan membangun kerohaniannya supaya dia dapat segera masuk ke dalam kehidupan gereja dan menjadi murid Tuhan serta melayani-Nya (Kol 1:28-29; Mat 28:19).

Dengan itu dapat diketahui bahawa bagi kawan pencari Injil, kerja susulan merupakan sejenis keprihatinan yang terus membangun. Bagi pemercaya yang baru dibaptis pula, kerja susulan merupakan sejenis kerja pemupukan dan latihan supaya mereka menjadi murid Tuhan (Mat 28:20).

SASARAN KERJA SUSULAN

A. Bagi kawan pencari Injil

     1. Membolehkannya mengenali Tuhan, Yesus Juruselamat, gereja Tuhan dan inti keselamatan (Kis 17:24-31, 2:38-39, 1 Tim 2:4-6)

Selepas memperkenalkan Injil kepada kawan pencari Injil, kita seterusnya perlu terus-menerus mengambil berat tentangnya dan membangunnya. Dengan itu, dia dapat mengenali Tuhan dan Yesus Juruselamat yang tunggal beserta peranan gereja dalam anugerah keselamatan Tuhan dan mengakui bahawa gereja benar merupakan satu-satunya gereja yang diselamatkan lalu akhirnya dapat merasakan bahawa pengharapan hidup manusia yang paling baik hanya terletak pada terima baptisan dan masuk ke dalam kasih karunia Kristus

     2. Membimbingnya menjalani kehidupan yang bersandarkan Tuhan

Sebelum mengenali Tuhan, kawan pencari Injil merupakan seseorang yang langsung tidak mempunyai apa-apa konsep tentang iman kepercayaan. Mereka tidak tahu bahawa hanya Tuhan sebagai sandaran bagi hidup manusia. Oleh itu, mereka sering mempunyai ego yang berpusatkan diri sendiri (Yak 4:13-16). Kini, setelah mendengar tentang Injil, maka haruslah kita membimbingnya untuk cuba menjalani hidup yang bersandarkan Tuhan supaya dia dapat mengecap kebaikan Tuhan dan tahu betapa manisnya anugerah ini serta dapat membangun imannya secara langsung.

     3. Akhirnya terima baptisan dan menjadi murid Tuhan

Membimbing pencari Injil datang mengenali Tuhan dan merasai keajaiban tanda mukjizat merupakan satu langkah kecil dalam kasih karunia Tuhan. Langkah ini hanya merupakan satu proses dan bukannya tujuan pekerjaan Injil. Tujuan akhir pekerjaan Injil adalah supaya semua bangsa menjadi murid Tuhan dan membaptis mereka dalam nama Tuhan Yesus (Mat 28:19). Jika pencari Injil mengecap banyak kebaikan Tuhan dan merasa banyak tanda mukjizat bahkan juga telah menerima Roh Kudus dalam proses mencari Injil namun akhirnya tidak terima baptisan, maka dia tetap berada di dalam dosa. Kasih karunia yang diperoleh semasa mencari Injil hanya menjadi salah satu pengalaman dalam hidupnya dan akan menjadi “kesia-siaan” pada satu hari nanti. Oleh itu, dalam proses membimbing kawan pencari Injil, kita perlu memberi perhatian khusus dengan tidak membiarkan kawan pencari Injil hanya mengakui Yesus sebagai “doktor”, iaitu berpendapat bahawa dia boleh datang mencari Yesus apabila sakit dan tidak perlu mencari Yesus setelah sembuh. Saya pernah berhadapan dengan banyak contoh sedemikian dalam kerja penggembalaan dahulu. Sebagai contoh, seorang belia menyertai “Ba Jia Jiang” di kuil pada masa lalu dan sebagai akibatnya, dia dirasuk oleh roh jahat. Roh jahat tersebut sering memberikan “jenama” untuk menjana wang bagi keluarganya. Namun tidak lama kemudian, roh jahat tersebut menguasainya dan sering membantingkannya ke tanah. Dalam keadaannya yang paling susah, ada orang yang memperkenalkan gereja kepadanya supaya dia dapat mencari Injil. Saudara-saudari membantu doa baginya dan tidak lama kemudian, dia menjadi sembuh. Walau bagaimanapun, dia tidak datang ke gereja sejak itu. Ketika mengadakan lawatan ke rumahnya, ibu bapanya berkata bahawa penyakitnya telah sembuh dan dia tidak mahu percaya lagi.

B. Bagi pemercaya yang baru dibaptis

    1. Kerja susulan bermaksud membantunya mengenali gereja, seiman dalam gereja, kehidupan dalam gereja dan mendirikan iman kepercayaannya

Daripada seorang yang tidak mempunyai konsep ketuhanan kepada seorang yang baru memasuki kehidupan yang berpusatkan Tuhan, dia pastinya perlu menyesuaikan diri dengan banyak perkara. Pada masa ini, sekiranya persekutuan dapat membimbing dan mengambil berat tentang dia, pastinya dia akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Antaranya termasuk penyesuaian diri dengan kehidupan gereja, cara bergaul dengan seiman, cara berinteraksi dengan orang yang belum percaya dan sebagainya.

     2. Memberi peringatan kepadanya tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian – supaya dia tidak tersesat

Walaupun telah dibaptis, namun dari segi kerohanian, dia umpama seorang bayi yang baru dilahirkan. Dia belum ada pengalaman tentang masalah rohani. Iblis memang suka akan orang yang sedemikian. Pada masa ini, persekutuan harus lebih menjaganya supaya kerohaniannya tidak mati pada usia yang muda dan supaya kita tidak menjadi malu terhadap Tuhan Yesus. Maka, tujuan kita dipilih menjadi “bangsa yang terpilih” supaya kita menjadi satu kumpulan adalah supaya menerusi kehidupan persekutuan, anggota-anggota dapat saling menjaga, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh itu, kita seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada rakan-rakan baru dalam persekutuan ini.

     3. Membantu dia memasuki kehidupan pelayanan

Selepas percaya kepada Tuhan, perkara yang paling penting bagi kita ialah mempersembahkan tubuh kita sebagai persembahan yang hidup iaitu menjalani kehidupan yang berpusatkan Tuhan dalam seumur hidup kita. Oleh itu, bagi orang yang baru terima baptisan, kita harus membimbingnya supaya dia dapat memasuki kehidupan pelayanan dengan kadar yang segera. Hal ini kerana dia hanya akan mempunyai rasa kekitaan dan mengenalpasti iman kepercayaan ini apabila dia memasuki kehidupan pelayanan. Namun untuk memasuki kehidupan pelayanan, mula-mula sekali dia harus sangat fasih tentang segalanya berkenaan gereja dan perlu mempunyai kemahiran pelayanan. Aspek ini merupakan pendidikan yang perlu diberikan oleh gereja. Jadi, kerja susulan adalah untuk memupuk orang yang baru dibaptis supaya bertumbuh besar daripada pemercaya kepada murid.

     4. Melatih dia menjadi pekerja Injil

Pemercaya yang baru dibaptis dapat menyertai pelayanan dalam gereja belum lagi mencukupi. Kita masih perlu memupuknya supaya dia dapat sedar tentang amanatnya dan menjadi prajurit yang baik dari Kristus untuk menerima amanat yang agung.

 

KAEDAH KERJA SUSULAN

1. Kerja susulan individu

Merujuk kepada seorang murid yang lebih matang bertanggungjawab memimpin seorang pencari Injil atau pemercaya yang baru untuk mencapai matlamat kerja susulan. (Kaedahnya boleh 1-1 ataupun 2-1)

2. Kerja susulan berkumpulan

Memberi pengajaran yang sistematik melalui kekuatan persekutuan atau gereja. (Contohnya mengadakan kebaktian persahabatan pencari Injil ataupun kebaktian pembangunan bagi kelas pemercaya baru)

3. Kerja susulan surat-menyurat

Dengan mengirim bahan terbitan gereja atau kursus surat-menyurat, kad Injil kepada kawan pencari Injil.

 

ISI PENTING KERJA SUSULAN

A. Kerja susulan individu

Kerja susulan individu merupakan rahsia untuk memenangkan orang (1 Kor 9:20-22). Kerja susulan juga merupakan bahagian yang terpenting dalam penginjilan peribadi. Jika hanya ada kerja menabur benih tetapi tidak ada penyiraman susulan, maka kerja menabur benih itu sering menjadi kerja yang tidak berkesan. Oleh itu, seseorang yang tahu membuat penginjilan peribadi juga seharusnya tahu membuat kerja susulan. Walau bagaimanapun, jika setiap murid (rakan persekutuan) mahu melakukan kerja susulan dengan baik, dia harus terlebih dahulu memiliki beberapa syarat rohani dan perlu fasih dengan isi penting kerja susulan. Dengan itu, dia dapat menyelesaikan amanat agung yang dipercayakan oleh Tuhan.

1. Syarat-syarat rohani yang perlu dimiliki oleh pekerja kerja susulan

  • Dia seharusnya merupakan seorang umat Kristian yang mempunyai gaya hidup baru di samping mencapai kedewasaan penuh dalam Firman Kebenaran dan mempunyai pengenalan pada tahap yang tertentu tentang inti keselamatan.
  • Dia juga seharusnya mempunyai semangat yang melayani manusia :

Kerja susulan merupakan satu kerja pelayanan kasih. Kerja susulan lebih sukar daripada kerja menabur benih. Jika orang yang membuat kerja susulan tidak mempunyai kasih, maka seringnya dia akan berhenti di pertengahan jalan seperti genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan dan ada kalanya akan berasa “berkecil hati kerana melakukan kebaikan”. Oleh itu, jika seseorang itu tidak mempunyai kesedaran amanat yang kuat dan kasih Kristus yang menguasainya, kerja ini tidak akan berjaya (Mrk 10:42-45; 1 Kor 9:19).

  • Dia juga perlu mempunyai prestasi tingkah laku yang baik dan dapat menjadi teladan baik :

Kerja susulan merupakan satu kerja kepemimpinan. Pemimpin wajar untuk mempunyai tingkah laku yang baik dan menjadi teladan bagi orang yang dipimpin. Berdasarkan pengalaman, usaha dalam firman dan pengenalan tentang gereja bagi kawan pencari Injil selalunya dikaitkan dengan pemimpin. Pencari Injil juga sering belajar tentang kehidupan gereja daripada pemimpin. Oleh itu, orang yang membuat kerja susulan sepatutnya bertekad untuk menjadi gembala yang baik dan berjalan di hadapan kawan pencari Injil.

  • Dia perlu mempunyai semangat berusaha tanpa mengenal erti penat :

Tidak kira kawan pencari Injil ataupun orang yang baru dibaptis, sasaran yang dihadapi dalam kerja susulan hanyalah bayi secara rohani. Oleh itu, pemimpin haruslah memimpin mereka dengan perasaan ibu bapa. Contohnya Paulus berkata kepada jemaat di Tesalonika: “Ketika berada di gereja, dia berlaku ramah di antara mereka, sama seperti seorang ibu mengasuh dan merawati anaknya.” (1 Tes 2:7,9,11). Orang yang membuat kerja susulan harus mempunyai hati seperti ini untuk menjadi cekap dalam kerja ini.

2. Peranan yang dimainkan oleh orang yang membuat kerja susulan

  • Malaikat Kristus:

Kita merupakan bangsa yang terpilih dan diberi tanggungjawab untuk memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Kristus. Injil Kristus ialah Injil yang memberi damai sejahtera kepada manusia (Ef 2:13-17). Oleh itu, kita seharusnya menjadi utusan damai sejahtera dan berusaha meminta kepada manusia supaya berikan diri didamaikan dengan Tuhan (2 Kor 5:20-21; Ef 2:17).

  • Menjadi teman sekerja Tuhan:

Pekerjaan Injil ialah kekuatan Tuhan (Rm 1:16). Tuhan sendiri yang bekerja. Oleh itu, sebagai orang yang memberitakan Injil Tuhan, kita seharusnya berusaha mencari kehendak Tuhan, menjadi pelayan Tuhan dan menjadi rakan sekerja Tuhan untuk menyelesaikan kerja-kerja Tuhan (1 Kor 3:5,6,9).

  • Menjadi guru / pengajar:

Orang yang membuat kerja susulan merupakan seseorang yang telah mengecap kebaikan Tuhan di samping mencapai kedewasaan penuh dalam Firman kebenaran dan memahami ajaran tentang kebenaran. Oleh itu, peranan yang dimainkan olehnya adalah menjadi guru/ pengajar yang mengajar orang untuk percaya kepada Kristus (1 Tim 2:7).

  • Menjadi hamba:

Kerja susulan merupakan sejenis pelayanan kasih. Jika orang yang membuat kerja susulan dapat memainkan peranan sebagai hamba, melayani pihak lain demi kasih Kristus, adalah dipercayai bahawa pihak tersebut akan segera merasa kasih di dalam Kristus. Jika sasaran bagi kerja susulan merupakan golongan yang lemah (contoh: sakit, cacat fizikal, bermasalah mental… dan sebagainya), orang yang membuat kerja susulan lebih lagi perlu menjadi hamba dalam melayani mereka. Ketika gereja Datong mengadakan penginjilan di Chang Gung, kebanyakan orang yang dihadapi oleh pekerja-pekerja Injil ialah orang yang sakit tenat dan ada yang mempunyai masalah dari segi pergerakan. Oleh itu, pekerja-pekerja Injil sering memerlukan banyak kesabaran semasa melayani mereka. Namun pelayanan ini kadang-kadang tidak disukai oleh kebanyakan orang.

  • Menjadi kawan:

Orang yang membuat kerja susulan perlu mendalami kehidupan kawan pencari Injil supaya dapat memberi bantuan yang bersesuaian berdasarkan keperluan pihak tersebut. Oleh itu, orang yang membuat kerja susulan perlu menjadi kawan kepadanya supaya dapat berjalan bersama dengannya. Sebagai contoh, demi menasihati dua orang murid yang mahu pulang ke Emaus kerana kecewa, Tuhan Yesus berjalan bersama-sama dengan mereka. Dia bercakap dengan mereka secara bersahaja, memberi panduan tentang iman kepercayaan manusia melalui topik kehidupan, menjelaskan keraguan mereka dan memulihkan iman mereka. Paulus juga meluahkan prinsipnya dalam memberitakan Injil: “Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya” (masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak). Tujuannya adalah supaya dia boleh memenangkan sebanyak mungkin orang dan mendapat bagian dalam Injil (1 Kor 9:20-22).

3. Isi penting kerja susulan

     A. Terlebih dahulu mengumpul data pencari Injil dan kemudian klasifikasikan perinciannya:

Terdapat banyak jenis pencari Injil. Ada yang datang mencari Injil secara ikhlas, ada yang datang kerana perasaan ingin tahu dan ada juga yang datang untuk bersosial. Oleh itu, selepas memperoleh data pencari Injil, kita boleh membuat klasifikasi berdasarkan keadaan mereka. Contoh:

  • Sangat berminat dalam mengkaji Alkitab bahkan ada pengalaman. Kita boleh memasukkannya ke dalam kategori yang memerlukan kerja susulan dan lawatan secara aktif.
  • Hanya menyatakan minat tetapi tidak sudi terima lawatan. Kita boleh mengirim bahan-bahan terbitan dan pita rakaman kepadanya dari semasa ke semasa. Buat kerja susulan melalui cara surat-menyurat, dan naikkan tarafnya apabila dia mempunyai kehendak yang cukup besar.
  • Hanya sekadar ingin tahu atau memenuhi jemputan rakan. Dalam kes ini, kita sekali-sekala boleh mengirim surat jemputan atau pemberitahuan mengenai kegiatan gereja kepadanya dan mengalu-alukan penyertaannya.

Sekiranya kita dapat membuat klasifikasi yang baik pada tahap awal kerja susulan, kita tidak perlu bersusah payah melakukan kerja susulan pada kemudian hari dan mengelakkan sebarang keciciran.

     B. Mulakan dengan mengambil berat tentang kehidupannya:

  •  Nyatakan keprihatinan persekutuan terhadapnya dengan bertanya khabar melalui kad ucapan. Kad ucapan yang dikirimkan menandakan keprihatinan kita.
  •  Boleh juga menemubual melalui telefon. Komunikasi moden sangat maju dan kita boleh memanfaatkannya dengan baik. Contohnya berhubung melalui emel.
  • Kunjungan praktikal merupakan kaedah kerja susulan yang paling berkesan jika kita dapat meluangkan masa untuk bersemuka dengan kawan pencari Injil. Kaedah ini membolehkan kedua-dua pihak saling mengenali dan berkongsi pengalaman.

     C. Hadiahkan bahan terbitan, pita rakaman kesaksian dan pita rakaman Injil berdasarkan keperluannya:

Selepas berhubung dengan kawan pencari Injil, kita boleh menghadiahi dia dengan beberapa bahan terbitan atau pita rakaman Injil berdasarkan keperluannya. Namun, semasa memberi bahan-bahan ini, kita tidak perlu menghadiahkan semuanya sekaligus. Hanya beberapa bahan pada satu masa sudah mencukupi. Dengan itu, kita mempunyai bahan untuk dihadiahkan kepadanya pada setiap kali kunjungan. Dalam setiap kunjungan, kita boleh mengambil bahan yang baharu untuk menggantikan bahan yang lama. Kemudian, kita boleh berbincang tentang isi kandungan bahan terbitan yang dihadiahkan kepadanya sebelum itu secara mahir untuk mengetahui sama ada pihak yang satu lagi mempunyai niat untuk terus mengkaji. Selain itu, kita boleh membuat perkongsian tentang anugerah Tuhan semasa dalam kunjungan. Pencari Injil sangat suka jika ada orang yang mengambil berat tentangnya dan berkongsi pengalaman dengannya.

     D. Pemimpin harus mendoakan kawan pencari Injil setiap hari:

Kita harus berpegang pada satu prinsip iaitu pekerjaan Injil ialah kekuatan Tuhan dan Tuhan sendiri yang bekerja. Oleh itu, mendoakan kawan pencari Injil setiap hari merupakan kaedah yang paling berkesan. Jika kawan pencari Injil berada dalam peperangan atau mendua hati, kuasa Tuhan akan ternyata dengan khusunya.

     E. Ajar dia berdoa, belajar bersandar kepada Tuhan, merasakan anugerah Tuhan:

Iman kepercayaan berada pada tahap kerohanian. Oleh itu, pengalaman lebih mudah membuat orang percaya kepada Tuhan berbanding pengetahuan yang rasional. Tidak kira betapa berilmunya seseorang itu, asalkan dia melihat Tuhan dengan matanya sendiri ataupun menyentuh Tuhan dengan tangannya sendiri, dia pasti akan bersorak / berseru dari dalam hatinya: “Ya Tuhanku dan Allahku” (Yoh 20:28). Pada masa itu, anda akan mendapati bahawa membuat kerja susulan dan memimpin seorang pencari Injil tidaklah sesukar yang disangkakan. Tuhan bekerja dalam segala sesuatu dan kita hanya menjadi rakan sekerja Tuhan sahaja.

     F. Berkongsi pengalaman di samping menjawab soalan sukarnya:

Dalam proses mencari Injil, pencari Injil pastinya akan mempunyai banyak persoalan yang ragu-ragu. Kita harus berkongsi pengalaman dengannya dan menjelaskan keraguannya setiap kali kita mengunjunginya. Jika kita tidak dapat menjawab atau menjelaskan soalan yang diajukan olehnya, kita tidak boleh membuat penjelasan secara terpaksa. Kita harus merujuknya kepada rakan persekutuan yang lain ataupun penatua, diaken dan pendeta.

     G. Menggalakkan dia menyertai kebaktian yang bersesuaian:

Selepas dia menyertai persekutuan untuk satu tempoh masa, kita boleh menggalakkan dia menyertai aktiviti ataupun kelas lanjutan bahkan kebaktian dalam gereja. Dengan berbuat demikian, dia dapat benar-benar masuk ke dalam gereja. Walau bagaimanapun, sebelum membawanya ke gereja, kita perlu terlebih dahulu memperkenalkan beberapa situasi dalam gereja kepadanya supaya dia dapat bersedia dari segi mental. Khususnya, jika kawan pencari Injil tidak pernah berhubung dengan gereja sebelum itu, kita harus memperkenalkan situasi doa dalam gereja dan kehidupan gereja kepadanya.

     H. Memperkenalkan penatua dan diaken gereja kepadanya:

Selepas membawanya ke gereja, kita harus memperkenalkan seiman terutamanya penatua, diaken dan pendeta kepadanya. Hal ini demikian kerana mereka umpama ibu bapa bagi keluarga besar jemaat ini. Kawan pencari Injil akan mendapat lebih banyak jagaan setelah mengenali mereka. Dengan itu, dia dapat merasai kehangatan dalam gereja.

     I. Jika persekutuan ada menganjurkan kajian Alkitab kumpulan kecil, kita boleh menjemputnya untuk melibatkan diri:

Keprihatinan dalam kumpulan kecil amat mudah memberikan perasaan hangat kepada orang. Oleh itu, jika boleh, persekutuan boleh memulakan langkah ini namun harus dengan bimbingan golongan senior. Jangan kaji teologi yang susah dalam kajian Alkitab kumpulan kecil melainkan berkongsi tentang kehidupan dan kidung. Dalam setiap kerja susulan dan kunjungan, kita boleh memimpin kawan pencari Injil membuat perkongsian kidung ataupun pembacaan Alkitab.

     J. Boleh menggalakkan dia menyertai kelas pencari Injil jika ada

Kelas pencari Injil memberi pembangunan yang amat besar kepada pencari Injil. Dalam kelas, Injil diperkenalkan secara teratur. Kelas pencari Injil juga boleh mengatur untuk membuat perkongsian kesaksian. Pengalaman orang-orang pada masa dahulu boleh menjadi rujukan kepada kawan pencari Injil. Jika kawan pencari Injil ada keraguan tentang Injil, keraguan tersebut boleh dijelaskan pada masa itu juga dengan kadar yang segera.

     K. Selepas memahami Firman, galakkan dia untuk hasilkan iman dan terima baptisan:

Matlamat kerja susulan adalah untuk membuatkan kawan pencari Injil memahami kebenaran lalu bertekad memberi diri dibaptis dan menjadi murid Tuhan. Oleh itu, orang yang membuat kerja susulan haruslah sangat jelas tentang keadaan iman kawan pencari Injil. Selepas kita tahu bahawa dia benar-benar telah mengenali Firman kebenaran, kita harus memberikan banyak galakan kepadanya. Namun jika dia masih dalam keadaan samar-samar, janganlah kita menggesanya supaya dia tidak terjatuh sekali lagi dalam Firman kebenaran selepas dibaptis.

Pokoknya, prinsip bagi kerja susulan ialah banyakkan berdoa dan taati pimpinan Roh Kudus. Di samping itu, kita harus memimpin dengan kesabaran dan berpegang pada prinsip tidak menggesa tetapi tidak berputus asa. Apabila masanya tiba, kita pasti akan menuai dengan penuh sukacita.

4. Kerja susulan ke atas orang yang baru terima baptisan

Apabila kawan pencari Injil dibaptis dan menjadi salah satu ahli dalam Tuhan, orang yang membuat kerja susulan harus lebih memperhatikan keadaannya. Dari segi kerohanian, dia umpama bayi yang baru dilahirkan. Dia tidak tahu apa-apa bahkan mudah terluka. Oleh itu, orang yang membuat kerja susulan perlu lebih memberi perhatian. Sebaiknya, jadilah kawan baiknya yang boleh mengambil berat tentang semua perkara yang berkaitan dengan dirinya. Kemudian, bimbingnya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan gereja secara perlahan-lahan. Pemupukan yang penuh kesabaran oleh pemimpin amat diperlukan dalam tempoh ini. Contohilah rajawali yang mengajar anak-anaknya dengan melepaskannya dan kemudian menyambutnya. Maksudnya, pemimpin tidak boleh menguruskan semua hal bagi pihaknya seperti masa dia datang mencari Injil. Sebaliknya, pemimpin harus berdiri di posisi penasihat, memberi pendapat, membimbingnya untuk mencari kehendak Tuhan melalui doa dan memupuk kebiasaan bersandar kepada Tuhan dalam segala hal. Dengan itu, dia dapat mencapai kedewasaan penuh dalam Firman Kebenaran. Akhir sekali, orang yang membuat kerja susulan juga harus membimbingnya memasuki pelayanan dan mendapat latihan dalam pelayanan gereja. Dengan itu, dia dapat menjadi prajurit yang baik bagi Injil untuk menyelesaikan amanat agung Tuhan, menjadi murid Tuhan secara rasminya dan bukannya menjadi pemercaya yang tidak bertumbuh besar. Kerja susulan benar-benar selesai apabila tahap ini dicapai.

B. Kerja susulan berkumpulan

    1. Kerja susulan ke atas pencari Injil

  • Mengadakan kelas pencari Injil:

Pembahagian kelas boleh dibuat berdasarkan sifat dan usia pencari Injil. Inti Alkitab boleh menjadi topik utama dalam isi kandungan pelajaran, terutamanya memperkenalkan Injil. Contoh: memperkenalkan Alkitab, Tuhan, Kristus, kehidupan manusia, gereja, doktrin dan lain-lain lagi. Sebagai tambahan kepada pelajaran utama, kita boleh mengatur perkongsian kidung dan kesksian (lebih sesuai jika dapat mengatur pencari Injil yang telah mempunyai pengalaman untuk menyampaikan kesaksian). Kita juga boleh mengatur perkongsian pengalaman dalam mencari Injil, mengadakan sesi soal jawab dan memohon karunia Roh.

  • Mengadakan persahabatan pencari Injil:

Sangat sesuai bagi pencari Injil yang telah mencari Injil di gereja untuk suatu tempoh yang tertentu. Dalam kursus yang diatur, kita boleh mengatur topik khas untuk memperkenalkan isi kandungan Injil atau doktrin gereja, kesaksian, sesi soal jawab dan memohon karunia Roh. Sekiranya sesuai, kita boleh membawa pencari Injil ke tempat lain untuk mengadakan persahabatan dan merasakan kasih kekeluargaan Tuhan dalam gereja kita. Berdasarkan pengalaman saya dalam membimbing persekutuan institut pengajian tinggi, persahabatan pencari Injil yang dianjurkan oleh persekutuan memberi bantuan yang amat besar kepada pencari Injil. Setelah mengambil bahagian dalam persahabatan pencari Injil, ramai pencari Injil yang bertekad untuk terima baptisan dan kembali kepada Tuhan.

C. Kerja susulan ke atas pemercaya baru

    1. Persekutuan harus menganjurkan kebaktian pembangunan ataupun kebaktian persahabatan untuk pemercaya baru:

Kebaktian pembangunan untuk pemercaya baru bermaksud gereja mengajar pemercaya baru untuk memasuki kehidupan dan pelayanan dalam gereja secara beransur-ansur dengan topik-topik yang sistematik bagi inti Alkitab dan pengetahuan am kehidupan pemercaya. Kebaktian persahabatan pemercaya baru pula meringkaskan isi kandungan kebaktian pembangunan. Kebaktian ini boleh diadakan dalam tiga sesi menurut temanya: (a) Kenali gereja sendiri – memperkenalkan organisasi gereja, keadaan semasa gereja, kehidupan dalam gereja, peraturan kehidupan dalam gereja dan sebagainya. (b) Kenali karunia sendiri – ajar pemercaya baru cara untuk memahami karunia sendiri dan perkenalkan organisasi pelayanan dalam gereja kepadanya dengan tujuan untuk membolehkan dia mengetahui cara untuk memasuki kehidupan pelayanan dalam gereja. (c) Gunakan kuasa kasih pada kali yang ketiga – melalui lawatan gereja yang dianjurkan, biarkan dia merasai sambutan gereja yang penuh kasih dan belajar melakukan pelayanan kasih.

    2. Pimpin dia menyertai persahabatan:

Galakkan pelayanan dalam persahabatan.

    3. Persahabatan atau persekutuan harus merancang untuk menjalankan latihan murid bagi pemercaya baru:

Selalu mengadakan pelbagai latihan pelayanan. Jika kita ingin menggalakkan pemercaya baru untuk memasuki pelayanan ataupun menjadi pekerja Injil tetapi tidak memberitahu dia cara untuk melakukannya, bagaimanakah dia dapat melayani Tuhan sesuai dengan karunia yang diperolehnya?

 

KESIMPULAN

Menabur benih hanyalah permulaan dalam keseluruhan pekerjaan Injil. Perkara yang dapat membuatkan seorang pencari Injil membuat keputusan muktamad untuk menjadi murid Tuhan adalah berdasarkan kerja susulan dan kerja kepemimpinan selepas itu iaitu jika kerja-kerja tersebut dapat dilakukan dengan baik. Kerja susulan merupakan pekerjaan yang memerlukan kesabaran, kasih dan iman. Jika kerja susulan dapat dilakukan dengan baik, bukan sahaja bilangan pencari Injil akan bertambah, bilangan orang yang baru terima baptisan dalam persahabatan juga akan meningkat. Dengan itu, persekutuan akan menjadi penuh dengan semangat dan kehidupan. Oleh itu, hai rakan-rakan dalam persahabatan kampus, adakah tidak ada sebabnya Tuhan Yesus mengaturkan kamu ke dalam kampus ini? Diharapkan setiap rakan dapat berusaha memberitakan Injil dengan kasih mesra Yesus dan berusaha membuat kerja susulan dengan baik supaya kita dapat menyelesaikan amanat agung yang telah dipercayakan oleh Tuhan kepada kita.

TUHAN, ALLAH ABRAHAM, ALLAH ISHAK DAN ALLAH YAKUB

TUHAN, ALLAH ABRAHAM, ALLAH ISHAK DAN ALLAH YAKUB

 

Pada zaman dahulu, Tuhan memusnahkan dunia dengan air bah. Secara logiknya, semuanya bermula sekali lagi dan manusia sepatutnya boleh memulakan permulaan yang baru dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, kebejatan manusia bagai pisang berbuah dua kali. Pada masa itu, tidak ada suara Tuhan yang dapat didengar untuk selama kira-kira seribu tahun. “Sungai kecil” manusia yang pada asalnya segar ini telah lama tercemar dan kehilangan keindahan semula jadinya ketika berkembang menjadi “sungai besar” seiring dengan pergerakan masa. Oleh itu, Tuhan memecahkan satu anak sungai daripada sungai besar manusia ini. Dia terlebih dahulu mentahirkan anak sungai ini dan kemudian mentahirkan seluruh sungai besar manusia. Demikianlah prinsip bagi seluruh penyelamatan dan penebusan Tuhan. Abraham ialah permulaan bagi projek agung ini dan juga merupakan permulaan bagi perjanjian formal yang kekal antara Tuhan dengan manusia.

 

PERJALANAN IMAN KEPERCAYAAN ABRAHAM, ISHAK DAN YAKUB

A. Tuhan, Allah Abraham

Abraham, nenek moyang sekitar empat ribu tahun yang lalu sebenarnya hanyalah seorang nomad. Dari sudut pandangan dunia, pencapaian terbaiknya hanyalah mempunyai kekayaan iaitu hamba keluarga, lembu, biri-biri … yang banyak. Namun jika ingin meninggalkan nama dalam sejarah hanya berdasarkan harta-harta ini, keinginan itu sememangnya menjengkal muka. Walau bagaimanapun, Tuhan telah memilihnya dan dia mencapai kejayaan besar dalam perihal mendirikan iman terhadap Tuhan. Oleh yang demikian, Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dalam alam semesta dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ini telah menjadi Tuhan bagi individu dan keluarganya bahkan mengadakan perjanjian dengannya.

Seperti yang dikatakan: “Segalanya bermula dengan sukar”. Bagi seseorang yang hidup dalam masyarakat politeisme, menyembah berhala, dan mempunyai “konsep ketuhanan dengan masa dan ruang yang terhad”, dia perlu melalui beberapa pengalaman iman kepercayaan untuk mencapai perubahan konsep berikut: “Tuhan ialah Allah yang tunggal, Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan Dia memenuhi segala sesuatu, Dia Tuhan yang melampaui batasan masa dan ruang”. Pengalaman yang diberikan oleh Tuhan kepadanya adalah sangat istimewa iaitu dia menjalinkan hubungannya dengan Tuhan secara beransur-ansur melalui “sikap mengalah”. Daripada perspektif manusia terhadap Tuhan, Abraham meninggalkan “kebendaan luaran” yang Tuhan mahukan dia tinggalkan. Tindakan ini membuatkan tekadnya untuk bersandar kepada Tuhan menjadi semakin kuat lalu semakin mengenali Tuhan sehingga dia akhirnya mencapai tahap bersandar sepenuhnya kepada Tuhan. Daripada perspektif Tuhan kepada manusia, Tuhan lebih pasti dengan janji-Nya melalui peningkatan pemahaman Abraham tentang Tuhan sehingga akhirnya Dia mengadakan “perjanjian abadi” dengan Abraham sebagai jaminan bagi masa akan datang.

Sebagai contoh, Tuhan menyuruhnya meninggalkan Ur supaya dia melepaskan diri daripada belenggu konsep ketuhanan yang lama dan membina kehidupan yang ada penyertaan Tuhan. Seterusnya, dia membiarkan Lot memilih Lembah Yordan di sebelah timur. Tindakan ini membolehkan dia mempunyai idea untuk membina tanah air yang lebih baik dan kekal (Ibr 11:9-10). Kemudian, dia mengambil risiko melanggar etika sosial dan adat istiadat pada waktu itu dengan menyingkirkan Hagar. Dia sebaliknya menetapkan bahawa Ishak merupakan satu-satunya keturunan dia yang mempunyai hak warisan ke atas keluarga dan iman kepercayaannya untuk menonjolkan kedaulatan Tuhan dalam memilih waris yang dijanjikan. Akhir sekali, dia mempersembahkan Ishak kepada Tuhan, memegang janji Tuhan kepadanya dan percaya sepenuhnya kepada Tuhan. Oleh itu, dia menjadi bapa banyak bangsa dan menjadi tokoh agung dalam aspek iman. Dia juga menjadi titik perubahan kritikal dalam teori penyelamatan dan penebusan Tuhan.

B. Tuhan, Allah Ishak

Ishak adalah seorang tokoh “fiksyen”. Demi menyatakan kuasa Tuhan yang tidak terhingga dan demi janji bahawa konteks iman kepercayaan datang daripada Abraham, maka Tuhan membuatkan ibu Ishak, Sara melahirkannya setelah putus haid. Nama Ishak bermaksud “ketawa”. Dia tidak hanya membuatkan pasangan tua Abraham “ketawa” tetapi juga membolehkan manusia menikmati rasa tawa ini dalam sejarah.

Pengalaman iman kepercayaan Ishak tidaklah berwarna-warni seperti ayahnya dan tidak pula berliku-liku seperti anaknya, Yakub. Keagungannya terletak pada dia kerana mampu mengatasi sifat manusia yang tidak mahu menjadi orang biasa dan mempertahankan imannya yang murni walaupun dalam kehidupan iman kepercayaan yang sederhana. Gambaran terbaik bagi imannya yang murni ialah berlapang perasaan dan taat sampai pada kesudahannya.

Ketika Ishak tinggal di Gerar, orang Filistin berebut sumur dengannya. Dia mendapat “Rehobot” (yang bermaksud kelonggaran) setelah menggali tiga sumur. Secara lahiriahnya, dia tidak mahu menimbulkan konflik dengan orang Filistin. Namun kekuatan batiniah yang mendukungnya untuk berbuat demikian adalah berasal daripada imannya kepada Tuhan. Betapa pentingnya sumur bagi kehidupan para nomad dan betapa sukarnya untuk menggali sumur. Jika dia tidak mahu bertolak ansur, dengan warisannya iaitu kekuatan pasukan lelaki yang dapat mengalahkan empat raja, dia memiliki kekuatan untuk berperang demi mempertahankan hidupnya. Dalam hal tersebut, Ishak dapat menunjukkan sikap yang sangat bertolak ansur kerana dia telah membina asas iman kepercayaan yang baik pada hari-hari biasa. Oleh itu, selepas kejadian tersebut, Tuhan bersuara kepada Ishak dan mengulangi kata-kata-Nya: Akulah Allah Abraham, juga Allahmu, Ishak. Tuhan berjanji untuk memberkati Abraham, dan juga akan memberkati kamu (Kej 26:23-25). Demikianlah teladan iman kepercayaan generasi kedua.

Di samping itu, dalam saksi-saksi iman dalam “Ibrani” fasal 11,  penulis secara khusus menyebut dua perkara: Pertama, Ishak mempunyai iman yang menanti-nantikan kota yang mempunyai dasar sama seperti ayahnya. Oleh itu, walaupun dia tidak mendapat tanah yang dijanjikan itu, namun kerana imannya, dia tetap menjadi orang asing di tanah milik dunia. Dia menjalani kehidupan yang seolah-olah di suatu tanah asing dan di situ ia tinggal di khemah. Dia tidak mempunyai wilayah yang benar-benar milik dirinya sendiri dalam sepanjang hidupnya. Demikianlah keluarbiasaan iman Ishak. Selain itu, penulis juga menyebut bahawa Ishak memberikan berkatnya kepada Yakub dan Esau sambil memandang jauh ke depan kerana iman. Perbuatan tersebut ialah kekuatan daripada ibadahnya kepada Tuhan dalam kesederhanaan. Demi imannya kepada Tuhan, Tuhan rela menunaikannya seperti yang dikatakan oleh Ishak. Kepercayaan orang yang sebegini kepada Tuhan membentuk tahap iman kepercayaan bahawa perkataan manusia sama dengan Firman Tuhan. Ishak menyatakan keluarbiasaan kuasa Tuhan yang menjadikan semua perkara dalam kehidupannya yang hambar.

C. Tuhan, Allah Yakub

Yakub ialah generasi yang ketiga dalam keluarga Abraham. Hidupnya adalah seperti namanya – pegang. Ada orang berkata: “Keperibadian seseorang menentukan takdirnya.” Yakub secara semula jadinya licik, baik dalam konspirasi, tidak sesekali melepaskan sesuatu yang dia mahukan lalu menjadikan hidupnya penuh dengan “pegang”. Dia memegang hati ibunya, memegang hak kesulungan, memegang orang-orang yang dikasihinya, memegang harta saudara ibunya, memegang belas kasihan Esau… bahkan memegang Tuhan. Tuhan memilih Yakub lalu melepaskan Esau, saudaranya yang naif dari segi jiwa dan pemikiran tetapi kebudak-budakan dari segi rohani. Pada satu sisi, pilihan tersebut memperlihatkan kedaulatan pemilihan Tuhan. Pada satu sisi yang lain, Tuhan sememangnya telah menghabiskan banyak usaha untuk mendidiknya, mengubah keperibadiannya sepenuhnya dan membangun imannya terhadap Tuhan. Akhirnya, Yakub juga menjadikan Tuhan, datuk dan ayahnya sebagai Allahnya. Oleh itu, penulis membahagikan perjalanan iman kepercayaan Yakub kepada empat tahap. Tuhan memimpinnya dalam setiap tahap untuk memasuki alam iman kepercayaan yang berbeza.

Pertama, mimpi di Betel (Kej 28:10-22). Dalam mimpi tersebut, Tuhan secara peribadi mengumumkan janji-Nya dengan Abraham dan Ishak kepada Yakub (isi kandungan janji akan dibincangkan kemudian). Ketika Yakub bangun daripada tidurnya, kalimat pertama yang diucapkannya: “Sesungguhnya TUHAN ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya.” (Kej 28:16). Dia telah mendengar tentang Tuhan daripada ibu bapanya sejak dari kecil lagi. Walau bagaimanapun, Tuhan hanya membangunkan hidup Yakub ketika dia hidup menggembara. Pada waktu itu, dia benar-benar mulai mengenali Tuhan yang disembah oleh datuk dan ayahnya. Pada waktu itu juga dia mulai menyedari bahawa Tuhan yang disembah di kampung halamannya adalah di luar batasan ruang dan dia tidak akan kehilangan jagaan Tuhan apabila dia meninggalkan kampung halamannya. Oleh itu, pada waktu itu, dia percaya bahawa Tuhan itu akan menjadi Allahnya, pasti akan menyertainya, melindunginya sehingga dia selamat kembali ke rumah ibu bapanya (Kej 28:20-22).

Kemudian, dia balik ke kampung halamannya setelah 20 tahun. Pada masa itu, masalah pertama yang dihadapinya ialah: Bagaimana berhadapan dengan Esau yang pernah berkata mahu membunuhnya? Selepas seisi keluarganya menyeberang di tempat penyeberangan sungai Yabok, Yakub bergulat dengan Tuhan sepanjang malam. Tuhan memukul sendi pangkal paha Yakub lalu dia menjadi pincang kerana pangkal pahanya. Pada masa yang sama, Yakub mendapati bahawa orang yang bergulat dengannya bukan seorang yang biasa. Oleh itu, dia telah memegang Tuhan. Selepas kejadian tersebut, hidupnya mula berubah kerana dia telah melihat wajah Tuhan dan berhubung lebih rapat dengan Tuhan. Hal yang paling penting ialah, Tuhan telah mengubah namanya dan menggelar dia sebagai “Israel”. Tuhan memberitahu dia dengan jelas: “Kamu putera Allah Yang Mahatinggi”. Alangkah mulianya identiti ini!

Selepas itu, Yakub tinggal dengan aman di tanah Kanaan dan lupa tentang nazarnya di Betel. Tuhan pun memukulnya dengan anak perempuannya, Dina dicemari lalu Simeon dan Lewi membunuh keluarga Hemor dan Sikhem. Ketika itu, Tuhan menyuruhnya pergi ke Betel untuk membayar nazarnya. Pada masa tersebut, iman kepercayaan Yakub memasuki tahap yang lebih tinggi. Dia menghapuskan dewa-dewa asing yang ditinggalkan oleh Haran daripada rumahnya dan membuat mezbah bagi Tuhan. Tuhan segera menampakkan diri kepadanya. Tuhan bukan sahaja menukar namanya kepada Israel secara rasmi, Tuhan juga mengadakan perjanjian dengannya secara rasmi dan sekali lagi mengumumkan perjanjian yang diadakan dengan Abraham kepadanya. Tetapi perkara berikutnya yang dihadapi oleh Yakub ialah kehilangan orang yang disayanginya: isterinya Rahel, ayahnya Ishak, dan juga anak kesayangannya, Yusuf. Daripada pukulan-pukulan tersebut, kita dapat mengatakan bahawa melalui peristiwa orang yang paling disayangi dirampas, seseorang harus belajar memikul perjanjian dengan Tuhan dengan penuh iman untuk menjadi anak Tuhan.

Ketika usia senjanya, Yakub dan anak-anaknya menetap di Mesir. Pada waktu tersbeut, dia sujud di sebelah kepala tempat tidurnya. Hidupnya seolah-olah memasuki padang yang tenang dan seperti riak air tasik yang akan segera hilang. Ketika jatuh sakit, dia berkata semasa memberkati kedua-dua anak Yusuf: “Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini.” (Kej 48:15-16). Waktu itu merupakan kemuncak bagi imannya kerana Allah datuk dan ayahnya telah menjadi Allahnya. Dia telah hidup sebagai gembala dalam sepanjang hidupnya. Dia menggunakan pengalaman menggembala untuk merasakan bahawa Tuhan seperti seorang gembala yang membimbingnya melalui kehidupan ini. Dia bahkan berpesan kepada anak-anaknya untuk menguburkannya di dalam gua di Makhpela supaya dia dapat bersama-sama dengan datuk dan ayahnya dalam mengharapkan negeri yang baik yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka iaitu tanah air yang lebih baik (Ibr 11:16).

Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. Sebab oleh imanlah telah diberikan kesaksian kepada nenek moyang kita (Ibr 11:1-2).

 

PERJANJIAN YANG DIJANJIKAN OLEH TUHAN KEPADA NENEK MOYANG

A. Perjanjian

“Perjanjian” ialah janji berhemah yang dibuat dengan tindakan secara lisan atau simbolik (Mendenhall, 1962). “Perjanjian” berasal daripada janji Tuhan kepada manusia. Dalam istilah hari ini, perjanjian bermaksud Tuhan menandatangani kontrak dengan manusia dan kedua-dua pihak bersama-sama memenuhi syarat yang dipersetujui. Perjanjian Lama yang tercatat dalam Alkitab pada dasarnya merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh Tuhan di Gunung Sinai. Tetapi asal-usul perjanjian tersebut harus dijejak kembali ke perjanjian antara Tuhan dengan Abraham.

Dalam masyarakat Timur awal, “perjanjian” merupakan suatu alat penting untuk mengatur hubungan interpersonal – terutamanya hubungan antarabangsa. Apabila dua buah negara mempunyai hubungan antara satu sama lain, negara yang berdaulat harus melindungi negara-begara yang bernaung di bawahnya sebagai pertukaran atas sokongan dan penghormatan mereka. Bagi bangsa-bangsa yang lemah dan kecil, mereka tidak mempunyai pilihan lain. Mereka hanya dapat memperoleh perlindungan yang diberikan oleh negara yang berdaulat melalui perjanjian seperti itu. Perjanjian antara Tuhan dengan manusia sedikit sebanyak juga mempunyai hubungan yang sedemikian – Tuhan adalah yang berdaulat manakala kita pula bernaung di bawah-Nya, Dia memberikan perlindungan yang dijanjikan kepada kita manakala kita “menyokong” dan “memberi penghormatan” kepada-Nya (percaya dan memberi persembahan).

Dalam perjanjian yang diadakan oleh Tuhan dengan Abraham, hubungan perjanjian asas tersebut didasarkan pada iman. Begitu juga dengan Ishak dan Yakub. Tetapi Tuhan secara khusus telah menggunakan satu tanda iaitu sunat untuk meneruskan perjanjian tersebut. Sunat bukan sahaja menunjukkan makna dikuduskan tetapi nampaknya juga merupakan kontrak antara manusia dengan Tuhan, dan kedua-dua pihak mempunyai satu salinan. Sekiranya seseorang berpegang pada perintah Tuhan, janji Tuhan akan menyertainya sepanjang hidupnya kerana tanda tersebut. Selanjutnya, jika perintah Tuhan dapat dipegang dari generasi ke generasi, janji Tuhan akan menyertai turutan warisan ini kerana tanda tersebut.

B. Perjanjian Abraham

Tuhan berfirman kepadanya: “Akulah Allah Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapan-Ku dengan tidak bercela. Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak… Dari pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan engkau… Engkau telah Kutetapkan menjadi bapa sejumlah besar bangsa. Aku akan membuat engkau beranak cucu sangat banyak; engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan dari padamu akan berasal raja-raja. Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau serta keturunanmu turun-temurun menjadi perjanjian yang kekal, supaya Aku menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu. Kepadamu dan kepada keturunanmu akan Kuberikan negeri ini yang kaudiami sebagai orang asing, yakni seluruh tanah Kanaan akan Kuberikan menjadi milikmu untuk selama-lamanya; dan Aku akan menjadi Allah mereka.” (Kej 17:1-8).

Ketika Abraham berusia 99 tahun, Tuhan sekali lagi menampakkan diri kepada dia. Setelah Ismael dilahirkan, Tuhan tidak menampakkan diri-Nya kepada Abraham untuk tempoh 13 tahun. Tetapi ketika Tuhan menampakkan diri kepada dia pada kali tersebut, Tuhan bukan sahaja memintanya untuk menukar namanya secara formal tetapi juga meminta isterinya untuk menukar namanya dan meminta mereka hidup dengan tidak bercela. Perjanjian dengan Abraham tersebut boleh dianggap sebagai perjanjian formal dan sunat digunakan sebagai tanda perjanjian Tuhan dengannya. Isi kandungan perjanjian dapat dibahagikan kepada tiga janji utama: Pertama, janji tentang keturunan. Kedua, janji tentang bangsa-bangsa. Ketiga, janji tentang warisan.

1. Perjanjian pertama: Janji tentang keturunan

Keturunan: Ishak → Yakub → (Musa)         Bangsa Israel → (Yesus) Semua bangsa

Masalah pertama yang dihadapi oleh Abraham pada masa itu ialah – dia dan Sara belum ada keturunan. Oleh itu,  janji tersebut sangat mengejutkan Abraham. Sebelum “Kejadian” fasal 15 iaitu sebelum Tuhan berjanji kepadanya untuk memiliki keturunan, dia sudah lama ingin menjadikan anak Eliezer, hambanya sebagai ahli warisnya. Setelah itu, imannya hilang dan dia mengahwini Hagar menurut kehendak isterinya Sara lalu melahirkan Ismael. Oleh itu, apabila Tuhan secara formal mengadakan perjanjian dengan dia dan berjanji bahawa dia akan menjadi bapa sejumlah besar bangsa, dia menyangka bahawa janji tersebut ditujukan kepada Ismael. Tuhan sendiri mengatakan kepadanya dengan jelas bahawa Ishak akan dilahirkan sebagai ahli warisnya ketika dia berusia seratus tahun. Pada satu sisi, Tuhan mahu memberitahu Abraham bahawa ketika Sara tidak dapat melahirkan anak, Tuhan dengan jelasnya memberikan seorang anak lelaki kepadanya untuk membuktikan bahawa janji-janji Tuhan tidak ada yang tidak dipenuhi. Pada satu sisi yang lain, Tuhan juga memberitahu Abraham bahawa janji Tuhan adalah daripada yang diberikan oleh Tuhan, bukan daripada yang dilahirkan dengan kehendak manusia.

Hakikatnya, Tuhan mengatur Abraham untuk menjadi permulaan bagi pemilihan sistematik. Tujuannya adalah supaya Tuhan dapat menjadi manusia serta menyelesaikan rancangan penyelamatan dan penebusan-Nya melalui keturunan Abraham. Dengan kata yang lain, tujuan janji tersebut akan digenapi dalam Yesus. Ishak dilahirkan berdasarkan janji Tuhan, dan begitu juga Yesus iaitu dilahirkan melalui nubuat Tuhan dan para nabi. Yesus bahkan dilahirkan oleh perawan dua ribu tahun selepas Abraham berdasarkan janji. Janji ini jauh lebih besar daripada Sara melahirkan Ishak.

Ishak kemudiannya melahirkan Esau dan Yakub. Tuhan mengasihi Yakub dan sebaliknya membenci Esau. Peristiwa keluar daripada logik tentang anak sulung mewarisi harta pusaka ayahnya sekali lagi menunjukkan kedaulatan yang dijanjikan. Tuhan memilih Yakub untuk menjadi permulaan bagi perubahan daripada iman kepercayaan keluarga kepada iman kepercayaan bangsa. Melalui Musa, Tuhan memimpin orang Israel keluar dari Mesir, dan kemudian membentangkan hukum Taurat di Gunung Sinai, menggabungkan ibadah keagamaan, norma sosial dan kekuatan politik. Dalam puluhan tahun yang singkat tersebut, Tuhan menjadikan keturunan kumpulan nenek moyang ini sebagai bangsa yang berpegang pada perjanjian.

Kedatangan Yesus menjadikan perjanjian keturunan tersebut lebih lengkap kerana Abraham dapat benar-benar menjadi bapa sejumlah besar bangsa melalui Yesus. Perjanjian tersebut pada asalnya adalah tentang menjadi keturunannya melalui pertalian darah dan dengan bersunat. Walau bagaimanapun, pada masa ini, semua bangsa dapat menjadi orang Israel secara rohani dan menikmati perlindungan Tuhan hingga hari kedatangan Tuhan kerana iman dan melalui Sakramen Pembaptisan. “Tuhan menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran.” Demikianlah tujuan utama perjanjian keturunan.

2. Perjanjian kedua: Janji tentang bangsa-bangsa dan raja-raja

Bangsa-bangsa: Daud → Salomo → Rehabeam → Perpecahan kerajaan beraja → Berakhirnya kerajaan beraja → Yesus (Raja di atas segala raja), Pembentukan kerajaan Israel yang rohani

Ketika Daud mengangkat tabut ke Yerusalem, dia mengarang mazmur untuk memuji Tuhan terutama memuji dan bersyukur kepada Tuhan kerana menepati perjanjian. “… Ia ingat untuk selama-lamanya akan perjanjian-Nya, firman yang diperintahkan-Nya kepada seribu angkatan, yang diikat-Nya dengan Abraham…” (Mzm 105:8-9). Dalam hal janji tentang bangsa-bangsa dan raja-raja, Tuhan memenuhi perjanjian kedua-Nya dengan Abraham dengan cara “Janji-janji Tuhan kepada para nenek moyang direalisasikan dan diperbaharui dalam Daud” (Mendenall, 1962, p.t718). Selain itu, Tuhan memberikan berkat tambahan kepada Daud iaitu menjadikan kelangsungan takhta kerajaannya sebagai kontrak perjanjian lalu memperkayakan janji-Nya kepada Daud. Oleh itu, Tuhan berfirman: “Keluarga dan kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya.” (2 Sam 7:16).

Walau bagaimanapun, penulis pernah bingung bahawa kemunculan sistem kerajaan tidak memperbaiki hubungan antara Tuhan dengan manusia. Sebaliknya, demi memperuntukkan lebih banyak sumber, pemerintah yang memegang sistem kerajaan sering menggunakan sistem tersebut untuk menghapuskan penghalang yang menghalang mereka daripada “mendapatkan lebih banyak”. Perkara yang lebih mengecewakan ialah raja-raja ini sering meletakkan modal kerajaan Israel iaitu Tuhan di luar sistem. Ada raja yang memimpin umat untuk mempercayai tuhan-tuhan asing, ada raja yang mengusir bahkan membunuh para nabi dan imam, ada raja yang memasukkan imam ke dalam sistem dan menjadikannya sebagai totem iman kepercayaan di bawah kawalan pentadbiran. Walaupun ada beberapa orang raja seperti Yosafat, Hizkia, Yosia … yang berusaha menggunakan undang-undang sistem kerajaan untuk mengembalikan iman kepercayaan rakyat, namun kesannya sangat terbatas. Mengapa pula Tuhan ingin membangkitkan bangsa-bangsa dan raja-raja untuk menunaikan janji-Nya?

Sebenarnya, titik akhir perjanjian bagi janji tentang kerajaan dan raja tersebut tidak digenapi dalam Daud tetapi dalam Yesus. Dengan pembentukan sistem kerajaan, kesatuan pemilihan Tuhan yang sistematik terhadap umat Israel duniawi dapat dipertahankan melalui politik pemusatan raja-raja walaupun berhadapan dengan banyak orang asing di Palestin. Selain itu, Tuhan menetapkan para imam untuk memelihara ibadah agama Yahudi dan memilih para nabi untuk melakukan yang terbaik untuk menentang kuasa dosa serta menjaga standard moral umat. Tindakan tersebut adalah supaya janji tentang Yesus datang daripada keturunan Daud tidak akan terputus.

Dari segi tubuh jasmani, Yesus merupakan keturunan Daud. Namun tujuan-Nya bukan untuk memulihkan kerajaan Israel duniawi yang didirikan melalui tekanan sosial oleh kuasa awam dan kuasa politik. Sebaliknya, Dia menghubungkan orang-orang yang dibenarkan oleh iman untuk menjadi negara Israel rohaniah iaitu gereja / jemaat kepunyaan Tuhan. Demi menyelesaikan rancangan penyelamatan dan penebusan-Nya, maka terdapat perbezaan pelayanan dalam organisasi gereja. Tetapi pada dasarnya, setiap orang menjadikan Yesus sebagai raja dan setiap orang ialah umat kepunyaan-Nya secara langsung. Pelayanan ini boleh dikatakan sebagai “organisasi” dengan tahap pengurusan yang sedikit tetapi jajaran pengurusan yang besar (flat management) di seluruh dunia dan juga merupakan hubungan atas bawah yang paling langsung di seluruh dunia.

3. Perjanjian ketiga: Janji tentang warisan

Warisan: Tanah Kanaan → (Yosua) → Kemusnahan negara → Kerajaan syurga

“Ulangan” merupakan karya Musa ketika dia hampir meninggal dunia dan dituliskan untuk mengulangi perintah-perintah Tuhan kepada generasi kedua umat Israel yang keluar dari Mesir. Ketika mereka bakal memasuki Kanaan, negeri yang baik yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka, Musa khususnya menekankan dua konsep: Pertama, negeri tersebut ialah “negeri yang dimiliki”. Kedua, negeri tersebut ialah “tempat perhentian”.

Tanah Kanaan ialah tanah milik Tuhan (1 Sam 26:19, Yos 22:19). Oleh itu, terdapat 69 kali catatan dalam kitab “Ulangan” mengenai “Israel akan ‘mendapat’ dan ‘memiliki’ negeri yang telah dijanjikan” iaitu hadiah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham, Ishak dan Yakub. Terdapat juga 25 catatan dalam “Ulangan” yang mencatatkan negeri itu merupakan hadiah daripada Tuhan – “negeri yang diberikan kepada kami oleh TUHAN” dan hadiah yang dijanjikan itu hanya digenapi semasa Yosua memimpin umat Israel memasuki tanah Kanaan. Oleh itu, mereka memiliki negeri yang dijanjikan itu daripada Tuhan lalu mereka berkembang biak dan membina kediaman di situ. Kemudian, mereka berkembang daripada satu bangsa yang berterabur / berpecah-pecah kepada sebuah negara yang lengkap.

Selain itu, Musa menyebut negeri yang dijanjikan itu sebagai “tempat perhentian” dalam “Ulangan” (Ul 12:9). Janji ini ialah klausa tambahan. Sebelum itu, Tuhan tidak menyebutkan kepada nenek moyang bahawa mereka akan mendapat perhentian / istirahat apabila mendapat negeri tersebut. Janji ini ditambahkan kepada mereka pada masa tersebut. Sebenarnya, generasi kita dapat memahami bahawa orang Israel telah mengembara di padang gurun dan tiada tempat tinggal yang tetap untuk selama 40 tahun pada masa itu. Dalam kalangan umat yang tinggal, selain daripada beberapa orang tua, mereka tidak pernah menikmati kehidupan bahagia yang damai dan tenang dengan mempunyai negeri / tanah sendiri. Mereka seperti pengembara yang telah meninggalkan kampung halamannya dan mengembara ke merata tempat yang tidak sabar untuk balik ke kampung halamannya dan menikmati perhentian / istirahat bagai sirih pulang ke gagang.

Dan Tuhan mengaruniakan kepada mereka keamanan ke segala penjuru, tepat seperti yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Tidak ada seorangpun dari semua musuhnya yang tahan berdiri menghadapi mereka; semua musuhnya diserahkan TUHAN kepada mereka. Dari segala yang baik yang dijanjikan TUHAN kepada kaum Israel, tidak ada yang tidak dipenuhi; semuanya terpenuhi. (Yos 21:44-45)

Walau bagaimanapun, ketika orang Israel memberontak terhadap ajaran Tuhan, Tuhan menggunakan kaedah yang sangat istimewa untuk memulihkan iman kepercayaan mereka iaitu kemusnahan negara dan keluarga. Negeri yang diberikan oleh Tuhan dihancurkan dan dirosakkan oleh bangsa asing, janji tentang negeri yang dimiliki dan tempat perhentian juga hancur. Bahkan pada akhirnya, umat Israel tersebar di luar dan tinggal di tempat lain selama hampir dua ribu tahun. Bukankah peristiwa tersebut merupakan gambaran manusia? Tahun-tahun pengembaraan manusia sebagai orang asing hanyalah selama beberapa dekad “dan kebanggaannya adalah kesukaran dan penderitaan; sebab berlalunya buru-buru, dan kami melayang lenyap.” Oleh itu, Tuhan akhirnya menggenapkan janji warisan tersebut di tanah air yang lebih baik – kerajaan syurga iaitu tempat yang hanya dilihat dari jauh oleh nenek moyang yang telah mati dalam iman (Ibr 11:13-16) untuk melaksanakan kontrak-Nya dengan nenek moyang.

Maka tidak hairanlah penulis kitab “Ibrani” berkata: “Jadi masih tersedia suatu hari perhentian, hari ketujuh, bagi umat Allah. Sebab barangsiapa telah masuk ke tempat perhentian-Nya, ia sendiri telah berhenti dari segala pekerjaannya, sama seperti Allah berhenti dari pekerjaan-Nya.” (Ibr 4:9-10). Yesus kini sedang menyediakan tanah air yang lebih baik ini bagi kita. Saksi-saksi iman yang telah mati dalam iman sedang menunggu ketibaan hari itu di Firdaus, menunggu kita untuk “masuk” bersama dan memasuki perhentian / istirahat yang kekal. Demikianlah titik noktah yang paling sempurna dan indah bagi perjanjian yang dijanjikan oleh Tuhan kepada nenek moyang.

SEPULUH FIRMAN DAN KEHIDUPAN MODEN

SEPULUH FIRMAN DAN KEHIDUPAN MODEN

PENGENALAN

Nama “Kesepuluh Firman” muncul dalam kitab Keluaran 34:28, dan kitab Ulangan 4:13, 10:4. “Kesepuluh Firman” disingkatkan sebagai Sepuluh Firman, dan makna asalnya ialah sepuluh perkataan (ten words). Tuhan sendiri yang menuliskan Sepuluh Firman pada dua loh batu dan menyerahkannya kepada Musa untuk disampaikan kepada orang Israel supaya mereka memegangnya. “Sepuluh Firman” dalam Perjanjian Lama (Kel 20:1-17; Ul 5:7-21) dan “Khotbah di Bukit” (Mat fasal 5-7) dalam Perjanjian Baru merupakan dua tiang penopang etika utama Alkitab, norma-norma kehidupan moral umat Kristian dan asas bagi kebenaran.

 

PENGUMUMAN SEPULUH FIRMAN

Sepuluh Firman yang diumumkan oleh Tuhan adalah berbeza dengan keputusan yang dikeluarkan oleh ketua negara secara umum. Perintah itu tidak ditulis atau dicetak sebagai notis dan dipaparkan, dan dianggap telah selesai. Dia sangat bersungguh-sungguh, khusyuk, dan kudus semasa mengumumkan Sepuluh Firman. Sebelum mengumumkan Sepuluh Firman, Dia memperlihatkan kehormatan, keagungan, dan kemuliaan-Nya kepada umat di gunung Sinai, dan kemudian mengumumkan Sepuluh Firman untuk dipegang oleh mereka.

“Sepuluh Firman” diucapkan oleh Tuhan (Kel 20:1), ditulisi oleh jari Tuhan pada dua loh batu (Kel 31:18; 32:15-16; 34:27-28) dan diumumkan kepada umat menerusi Musa supaya dipatuhi. Musa menyimpan dua loh batu Sepuluh Firman ini di dalam tabut perjanjian supaya dapat disimpan untuk selama-lamanya (Kel 40:20; Ibr 9:4). Tindakan ini menunjukkan bahawa Sepuluh Firman tidak boleh dibatalkan untuk selama-lamanya.

 

Ciri-ciri pengumuman

Terdapat lima ciri dalam cara pengumuman Sepuluh Firman:

1. Menggunakan nada yang tegas

Setiap ayat dalam Sepuluh Firman merupakan perintah yang mutlak, “Jangan …”, “Ingatlah …”, “Hormatilah …”. Nada yang ringkas dan kuat menunjukkan bahawa perintah Tuhan adalah berwibawa dan setiap orang harus mentaatinya, dan jangan melanggarnya.

2. Menggunakan nada negatif

Lapan daripada Sepuluh Firman itu berbentuk negatif dan diumumkan dengan cara melarang “jangan …” (sebelas kali “Jangan”). Menurut nada bahasa Ibrani, nada negatif mungkin lebih efektif daripada nada positif. Nada negatif adalah supaya manusia berhati-hati, berwaspada dan tidak berani mengabaikannya. Ketika Paulus membicarakan kasih dalam kitab 1 Korintus fasal 13, terdapat lapan perkataan “tidak”. Kelapan-lapan perkataan “tidak” itu semuanya positif dan tidak mempunyai makna negatif.

3. Menggunakan gelaran kata ganti diri kedua

Tuhan memanggil orang Israel “kamu” dan “engkau”. Dia melihat seluruh bangsa Israel secara keseluruhan (keperibadian kumpulan). Hal ini menunjukkan bahawa seluruh umat mempunyai kewajipan untuk mematuhi Sepuluh Firman. Kebahagiaan seluruh umat adalah berkaitan dengan ketaatan setiap anggota kumpulan ini pada perintah Tuhan.

4. Menggunakan ayat pendek yang ringkas dan kuat

Kalimat pendek yang mudah dibaca dan diingat. Namun isinya mengandungi keseluruhan hidup dan kehidupan manusia.

5. Firman kayu salib

Hubungan antara Sepuluh Firman adalah seperti salib Kristus. Empat perintah yang pertama mengendalikan hubungan asas antara individu dengan Tuhan iaitu supaya manusia takut akan Tuhan (hubungan menegak). Enam perintah yang seterusnya melibatkan hubungan sesama manusia iaitu supaya mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri (hubungan mendatar). Kedua-dua hubungan ini tidak boleh dipisahkan atau diabaikan. Kekurangan salah satu daripadanya akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam iman kepercayaan. Tidak kira masyarakat atau individu, mana-mana pihak pun tidak akan ada kesudahan yang baik jika salah satu daripada Sepuluh Firman itu diabaikan.

Walaupun diumumkan oleh Tuhan kepada orang Israel pada tiga ribu tahun yang lalu, namun “Sepuluh Firman” tetap berkait erat dengan kehidupan kita. Sains, teknologi dan perniagaan maju dalam masyarakat hari ini, tetapi akhlak moral pula semakin merosot. Mantan Presiden Lee Teng-hui pernah menganjurkan “Reformasi Rohani”. Reformasi rohani harus bermula dengan pemulihan akhlak moral. Sekiranya setiap orang memahami Sepuluh Firman, memandang berat tentang Sepuluh Firman, dan mempraktikkan ajaran Sepuluh Firman, mereka akan dapat membangun akhlak moral yang baik, menjaga ketertiban sosial, dan menjalani kehidupan yang damai dan bahagia.

 

 SEPULUH FIRMAN DAN KEHIDUPAN MODEN

Sepuluh Firman ialah kebenaran moral yang dinyatakan oleh Tuhan (Kel 20:1). Sepuluh Firman merupakan prinsip moral asas untuk mengendalikan hubungan interpersonal, dan juga merupakan peraturan sejagat / universal. Sepuluh Firman mula-mula diturunkan oleh Tuhan kepada orang Israel, dan kemudian disampaikan oleh mereka kepada orang-orang di dunia. Oleh itu, Sepuluh Firman sesuai digunakan dalam mana-mana zaman dan persekitaran (latar belakang dan budaya), dan bersifat kekal.

Tuhanlah Allah orang Israel. Dia membawa mereka keluar dari Mesir, dari rumah perbudakan dengan kekuatan tangan-Nya (Kel 13:3). Dialah Penebus orang Israel. Dia berhak mengeluarkan perintah kepada orang Israel dan menuntut mereka taat dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa dan dengan segenap akal budi dan dengan segenap kekuatan mereka (rujuk: Mat 22:36-39). Dengan cara yang sama, Yesus Kristus, Firman yang menjadi manusia telah menyelamatkan kita daripada dosa-dosa kita dan membolehkan kita menikmati kasih-Nya dalam kasih karunia-Nya. Kita juga harus memandang berat tentang Sepuluh Firman dan bersedia untuk mematuhinya.

A. Iman kepercayaan dan ibadah – Firman pertama dan kedua

(Kel 20:3,4-6)

Konsep etika Kristian didasarkan pada iman kepercayaan, dan iman kepercayaan harus dinyatakan dalam ibadah. Firman pertama dan kedua menyatakan sasaran, kaedah, dan niat ibadah.

1. Sasaran ibadah – Tuhan yang tunggal (3)

Perkara yang paling asas dalam iman kepercayaan dan ibadah ialah menentukan sasaran terlebih dahulu. Firman pertama memberi petunjuk yang jelas kepada kita. Perintah ini menegakkan keesaan Tuhan dan melarang manusia mengubah Tuhan yang tunggal menjadi salah satu daripada banyak tuhan. Perintah ini menetapkan “iman kepercayaan kepada satu Tuhan / monoteisme” dalam kalangan orang Israel, dan membezakan agama Israel daripada agama politeisme di Timur Dekat kuno.

Tuhan itu esa. Dialah satu-satunya sasaran iman kepercayaan kita. Oleh itu, “Jangan ada padamu allah lain di hadapan Tuhan” (rujuk: Mat 6:24). Tuhan itu esa (Ul. 6: 4). Dia mahu manusia taat setia kepada-Nya dan hanya menyembah kepada-Nya. Kita harus mempunyai kesetiaan yang sejati kepada Tuhan dan melayani Dia dengan sepenuhnya (2 Kor 11:2-3).

Hanya ada satu Tuhan yang benar. Dialah Yang Mahatinggi, Yang Terutama, Yang Mahabesar, yang mengatasi segala allah (Mzm 95:1-6). Tidak ada manusia yang boleh menyembah apa-apa dalam pemikiran, kata-kata, atau tindakannya. Firman kedua mengajar kita “memuliakan Tuhan” (Luk 1:46), dan menjadikan Dia “yang lebih utama dalam segala sesuatu” (Kol 1:18). Mana-mana orang atau perkara, tidak kira kekayaan, kerjaya, keluarga, hiburan, artis … dan sebagainya yang melampaui kedudukan Tuhan dalam hati kita (lebih penting daripada Tuhan) akan menjadi tuhan di hati mausia.

2. Kaedah ibadah – Roh dan kebenaran (4-5)

Firman kedua menunjukkan cara penyembahan Tuhan yang betul. Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran (Yoh 4:23-24). Tuhan membuat perintah ini agar orang Israel memiliki konsep yang mulia dan mengetahui bahawa Tuhan bukan material. Dia roh, tidak kelihatan dan tidak dapat disentuh, tetapi dapat dialami. Selagi kita menyembah dalam roh dan kebenaran, kita dapat merasai penyertaan Tuhan (Yer 23:23-24; Mzm 115).

Tuhan bersifat rohani. Dia tidak dibatasi oleh imej material, dan tidak ada gambar yang dapat mewakili Tuhan, apatah lagi meletakkan Tuhan di tempat yang tetap. Semua yang diperbuat daripada emas, perak, kayu, batu, ukiran atau tanah liat, atau potret yang dilukis disebut sebagai berhala. Memandangkan Tuhan tidak dapat dikawal oleh manusia dengan cara material, maka Dia juga tidak boleh diwakili oleh mana-mana imej, dan terutamanya tidak boleh disembah oleh manusia dengan cara khayalan.

Larangan membuat berhala tidak menghalangi penciptaan semua karya seni. Manusia hanya dilarang untuk mengukir, membuat, membentuk, atau melukis apa-apa gambar, dengan pemikiran bahawa dewa memasukinya dan menunjukkan sifat tuhan, atau menyembahnya sebagai tuhan. Perbuatan ini melanggar Firman pertama dan kedua.

Penyembahan berhala bukan sahaja merupakan kepercayaan tahyul tetapi juga membahayakan akhlak moral manusia. Menurut kajian daripada latar belakang Alkitab, agama-agama di Timur Dekat kuno, penyembahan segenap tentara langit di Babel dan Kanaan, dan penyembahan dewa-dewa binatang di Mesir semuanya berkaitan dengan pembiakan hidup. Cara penyembahan mereka sangat tidak senonoh, dan tingkah laku itu hina dan tidak bermoral. “Tuhan Allah yang cemburu”. Dia tidak mahu umat-Nya dicemari dengan kefasikan (Ul 7:5-6; Yos 24:14-15). Hari ini, kita tidak boleh mendirikan atau menyembah berhala. Perbuatan kita menyembah Mamon (Mat 6:24), perut (Rm 16:18; Flp 3:19), pengetahuan, televisyen, selebriti, seksualiti, dan lain-lain juga merupakan penyembahan berhala (Kol 3:5).

3. Tuhan Allah yang cemburu – Niat dalam ibadah (5-6)

Tuhan Allah yang cemburu (Ul 4:24). Perkataan “cemburu” yang digunakan dalam Alkitab ini bukan merujuk kepada emosi negatif manusia seperti rasa cemburu, kecurigaan, dan kecil hati. “Cemburu” dalam bahasa Inggeris ialah jealous. Maksud asalnya ialah iri hati, berapi, setia, dan cemburu. Tuhan mempunyai kasih yang bersungguh-sungguh terhadap manusia. Dia tidak dapat bertolak ansur dengan manusia yang tidak setia kepada-Nya. Dia mahu manusia mengasihi-Nya dengan sepenuh hati (rujuk: 1 Kor 10:22). Hubungan perjanjian antara Tuhan dengan manusia adalah seperti kontrak perkahwinan yang memerlukan komitmen penuh antara satu sama lain (rujuk: 2 Kor 11:2-3; Yak 4:5).

Tuhan mempunyai kasih yang bersungguh-sungguh. Namun ada unsur keadilan dalam kasih-Nya. Tuhan berfirman dengan serius: “Aku membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku.” Kalimat ini tidak bermaksud bahawa generasi yang belum lahir yang tidak bersalah harus menanggung hukuman dosa generasi sebelumnya (rujuk: Ul 24:16; Yer 31:29-30; Yeh 18:1-4). Perintah ini adalah untuk mengingatkan semua orang bahawa akibat daripada melakukan dosa dan melanggar perjanjian ialah terima hukuman, bukan hanya diri sendiri tetapi juga akan mempengaruhi generasi anak cucu pada masa hadapan (rujuk: Ul 23:3-6). Bagi mereka yang mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya, kasih setia Tuhan akan diperluas kepada ribuan generasi.

B. Kesalehan dan kejujuran – Firman ketiga dan kesembilan

(Ul 20:7,16)

Tuhan menciptakan manusia, menempatkan manusia di taman Eden, dan memberi kehidupan yang bebas kepada manusia. Kebebasan bukan bermaksud boleh bertindak sewenang-wenangnya. Oleh itu, Tuhan memberi satu perintah kepada manusia: “tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kau makan buahnya” (Kej 2:16-17). Dewasa kini, manusia mempunyai kebebasan moral dalam kehidupan, tetapi moraliti bukan untuk mengekang dan menyekat manusia. Moraliti adalah untuk memberi kebebasan dan perkembangan kepada manusia, agar manusia dapat menjalani kehidupan yang teratur dan harmoni, mendapat damai sejahtera dan sukacita.

1. Kudus dan biasa

“Menyebut dengan sembarangan” bermaksud menggunakan dengan sia-sia dan penyalahgunaan. Nama Tuhan adalah yang paling utama, paling mahal, maha kudus dan suci, dan setiap orang harus memuliakan-Nya. Oleh itu, nama Tuhan tidak boleh dianggap sebagai kesat dan dilihat daripada perspektif sekular. Penggunaan nama Tuhan mestilah secara tulus ikhlas dan tidak boleh dipandang hina. Mana-mana penggunaan nama Tuhan dengan niat yang tidak benar, tidak jujur, atau jahat adalah melanggar perintah ini.

Nama Tuhan mesti dihormati, nama manusia juga mesti dihormati. Oleh itu, Firman ketiga dan kesembilan adalah berkait erat. Orang yang menghormati Tuhan berbicara tentang nama Tuhan dengan hati yang soleh. Dia tidak akan menyalahgunakan nama Tuhan untuk bersumpah. Alkitab berkata: “Janganlah kamu bersumpah dusta demi nama-Ku, supaya engkau jangan melanggar kekudusan nama Allahmu; Akulah TUHAN.” (Im. 19:12). Seseorang yang menghormati orang tidak akan menggunakan nama Tuhan untuk tujuan biasa dan mengucapkan saksi dusta untuk mencelakakan orang. Kita tidak boleh bersumpah dusta demi nama Tuhan sehingga melanggar kekudusan nama Allah (Im 19:12). Jangan pula kita menggunakan nama Tuhan untuk mendapatkan nama dan keuntungan seperti Gehazi (2 Raj 5:20-22). Di samping itu, janganlah kita mengutuki orang dengan nama Tuhan menurut keinginan sendiri, atau menjadikan nama Tuhan sebagai penutup kesalahan untuk melakukan kejahatan (rujuk: Kis 23:14).

2. Benar dan palsu

“Menyebut dengan sembarangan” bermaksud tidak ada intipati, tidak ada asas, dan tidak ada kesahihan. Nama Tuhan itu benar. Jika nama Tuhan digunakan untuk membuktikan tindakan dan perkara yang tidak benar, perbuatan itu ialah pelanggaran kekudusan / penghujatan. Tuhan Yesus menuntut kita untuk menjadi orang yang jujur. Oleh itu, Dia berfirman: “Jika ya, hendaklah kamu katakan: ya, jika tidak, hendaklah kamu katakan: tidak. Apa yang lebih dari pada itu berasal dari si jahat.” (Mat 5:33-37). Orang yang tidak jujur akan dikenakan hukuman (Yak 5:12).

Tuhan tidak hanya menghendaki manusia mengkuduskan nama-Nya (Mat 6:9), tetapi juga menghendaki manusia menghormati nama dan keperibadian orang lain. Oleh itu, kita tidak boleh mengucapkan saksi dusta sesama kita. Kita mesti mempunyai kesolehan yang sejati di hadapan Tuhan dan menjadi benar di hadapan manusia. Hal ini demikian kerana “kejujuran” ialah asas moraliti (Ams 12:17,19,22).

3. Hati dan mulut

“Kata-kata ialah suara hati.” Kata-kata mencerminkan mentaliti, bahkan intipati keperibadian manusia (Mat 12:34-35; Ams 23:7). Kesolehan dalam kata-kata merupakan prestasi bagi perasaan dalaman yang takut akan Tuhan. Memandangkan nama Tuhan mewakili sifat-Nya, manusia harus mengenalinya dengan hati yang takut akan Tuhan dan tidak menyebutnya dengan sembarangan (Mat 6:9; Im 22:32). Sekiranya kesolehan hanya bersifat lisan, lahiriah, dan bukan dari hati, perbuatan ini merupakan dosa menyebut nama Tuhan dengan sembarangan.

4. Beribadah kepada Tuhan harus menguduskan nama Tuhan

(Mat 6:9). Penggunaan nama Tuhan harus berdasarkan kejujuran (Yer 4:2). Nama Tuhan tidak boleh digunakan secara sia-sia atau disalahgunakan. Nama Tuhan tidak boleh digunakan untuk ketidakjujuran atau kejahatan. Firman ketiga “Jangan menyebut nama TUHAN dengan sembarangan” merupakan kesolehan kepada Tuhan, manakala Firman kesembilan “Jangan mengucapkan saksi dusta” pula merupakan kejujuran ​​kepada manusia. Kita menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran (Yoh 4:24). Mereka yang memuliakan Tuhan dengan bibirnya, padahal hatinya jauh daripada Tuhan dan lain di mulut lain di hati ​​adalah orang munafik (Mat 15:8). Ibadah yang sejati ialah kesatuan hati dan mulut (Yak 1:26).

C. Keseimbangan hidup – Firman keempat

(Kel 20:8-11).

Keseimbangan hidup bermaksud bekerja dan berehat dengan kadar yang bersesuaian. Tuhan menggunakan ayat yang lebih panjang dalam perintah ini (sejumlah 79 patah perkataan dalam empat ayat) untuk menyatakan kepentingan berehat dan makna hari Sabat dengan jelas.

1. Bekerja dan berehat

Pekerjaan itu suci dan merupakan berkat Tuhan. Pekerjaan juga merupakan ungkapan hidup. Selepas Tuhan menciptakan manusia, Dia memerintahkan manusia untuk menguruskan segala sesuatu. Tuhan menempatkannya dalam taman Eden dan memintanya untuk mengusahakan dan memelihara taman itu sebagai pekerjaannya (Kej 2:15). Pekerjaan ialah kewajipan manusia. Oleh itu, “enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu” (rujuk: 2 Tes 3:8-10; Ef 4:28). Walau bagaimanapun, kita mesti berehat setelah bekerja. Tuhan Yesus berkata: “Hari Sabat diadakan untuk manusia” (Mrk 2:27). Tuhan menetapkan hari Sabat supaya manusia dapat menikmati istirahat dalam jiwa dan tubuh. Bekerja keraslah selama enam hari dan berehatlah pada hari ketujuh. Setelah berehat, badan yang keletihan akan mendapat kembali kekuatannya untuk menyambut hari yang baru.

Tubuh harus berehat, roh juga mesti beristirahat. Tuhan memberi perintah kepada manusia untuk memelihara hari Sabat sebagai hari yang kudus supaya mereka dapat memahami erti kehidupan. Manusia tidak hidup untuk bekerja, dan bekerja bukanlah kaedah atau cara untuk meneruskan kehidupan. Hari Sabat ialah hari untuk beribadah. Pada hari kudus ini, sisihkanlah pekerjaan kita dan ambillah bahagian-bahagian yang lebih penting dalam kehidupan kita. Gunakanlah hari ini untuk berkomunikasi dengan Tuhan, mengecap kebaikan Tuhan, menikmati sukacita beribadah kepada Tuhan, dan hidup berbahagia dalam kasih Tuhan.

2. Memperingati dan memegang

Sebab untuk memelihara hari Sabat adalah untuk memperingati kasih karunia Tuhan. Namun, catatan di dua bahagian adalah jelas berbeza. Kitab Keluaran fokus pada penciptaan Tuhan (Kel 20:11), sementara kitab Ulangan fokus pada penyelamatan Tuhan (Ul 5:15). Yang pertama adalah berdasarkan sudut pandangan keagamaan iaitu melihat susunan alam semesta, memperingati kasih karunia penciptaan Tuhan, dan fokus pada istirahat roh (Kej 2:1-3). Yang kedua pula adalah berdasarkan sudut pandangan moral iaitu melihat susunan sosial manusia, memperlakukan orang lain dengan pendirian yang berperikemanusiaan, memberi peluang berehat kepada mausia, dan fokus pada rehat fizikal.

“Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat” bermaksud memperingati hari Sabat dan menguduskannya. Terjemahan bahasa asal: to remember day of the Sabbath, to keep it holy. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat. Hari Sabat ialah hari yang dikuduskan. Oleh itu, hari Sabat disebut sebagai “hari kudus.” Pada hari ini, janganlah melakukan urusanmu, sebutlah hari Sabat Tuhan “hari kenikmatan” dan “hari yang mulia”, hormatilah hari Sabat dengan tidak menjalankan segala acaramu atau berkata omong kosong (Yes 58:13).

3. Kasih karunia dan kebesaran

Hari Sabat ialah hari yang diberkati oleh Tuhan (Kej 2:3). Berkomunikasilah dengan Tuhan pada hari ini untuk menikmati istirahat dalam jiwa dan tubuh. Perintah ini menggunakan penciptaan sebagai sebab supaya manusia memperhatikan ibadah dan mempunyai istirahat dalam roh. Perintah ini juga menggunakan keselamatan sebagai alasan supaya manusia mementingkan moraliti dan memiliki rehat fizikal. Semua ini menunjukkan kasih Tuhan dan rahmat-Nya yang tidak terhingga.

Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat (Mrk 2:27). Hari Sabat juga merupakan tanda bagi perjanjian kudus (Kel 31:12-17). Hari Sabat merupakan pemberian Tuhan dengan rahmat-Nya supaya manusia dapat menikmati istirahat dalam jiwa dan tubuh. Mereka yang memelihara hari Sabat dan berpegang pada perjanjian Tuhan pasti akan diberkati oleh Tuhan (Yes 56:2-7). Tuhan Yesus menyatakan bahawa hari Sabat ialah hari kasih karunia menerusi tindakan-Nya (Mat 12:9-13; Luk 13:10-17; Yoh 9:1-7,14).

Memegang Sabat merupakan latihan bagi iman dan pembangunan bagi kasih karunia. Memegang hari Sabat pada hari ini adalah untuk bersedia bagi memasuki perhentian yang kekal pada masa kelak (Ibr 4:9-11).

4. Cara memperingati hari Sabat yang kudus

Hari Sabat ditetapkan oleh Tuhan. Hari Sabat diadakan untuk manusia dengan kemurahan hati dan jiwa Tuhan (Mrk 2:27) Oleh itu, setiap orang harus mementingkan hari Sabat dan mematuhi Firman yang keempat.

  • Jangan menginjak-injak hukum Sabat, sisihkanlah perkara-perkara duniawi (Yes 58:13).
  • Menyertai pertemuan ibadah, beribadah kepada Tuhan (Luk 4:16).
  • Memberitakan Injil dan melakukan kebajikan (Mrk 1:21; Mat 12:12).

D. Etika kekeluargaan – Firman kelima

(Kel 20:12)

Teori menghormati ibu bapa dalam Firman kelima ialah prinsip kehidupan beretika keluarga. Empat perintah yang pertama merupakan tanggungjawab agama kepada Tuhan, manakala enam perintah yang kemudian merupakan tanggungjawab moral kepada manusia. Menghormati ibu bapa merupakan titik permulaan etika. Dalam Sepuluh Firman, hanya empat perintah yang mengenai hubungan antara manusia dengan Tuhan, tetapi enam perintah adalah mengenai hubungan sesama manusia. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan interpersonal lebih rumit dan masalah sesama manusia paling mudah terjadi.

Tuhan berpesan kepada orang Israel dengan perantaraan Musa: “Setiap orang di antara kamu haruslah menyegani ibunya dan ayahnya dan memelihara hari-hari sabat-Ku; Akulah TUHAN, Allahmu.” (Im 19:3). Membandingkan perasaan hormat pada ibu bapa dengan pemeliharaan hari Sabat adalah supaya manusia tahu bahawa orang yang takut akan Tuhan perlu menghormati ibu bapa. Hidup dikurniakan oleh Tuhan dan diteruskan oleh ibu bapa. Ibu bapa ialah wakil Tuhan di bumi. Anak-anak harus belajar takut akan Tuhan dengan menghormati ibu bapa mereka. Oleh itu, menghormati ibu bapa bukan hanya melibatkan hubungan sesama manusia, tetapi juga keagamaan. Menghormati ibu bapa merupakan tanggungjawab manusia kepada Tuhan. Tidak menghormati ibu bapa bermaksud tidak soleh. Sekiranya tidak dapat menghormati ibu bapa yang kelihatan, bagaimana dapat menghormati dan mengasihi Tuhan yang tidak kelihatan?

1. Sebab untuk menghormati ibu bapa

  • Membalas budi (Kid 8:5; 1 Tim 5:4).
  • Kesinambungan tradisi (Mzm 127:3-4; Ul 6:4-9).
  • Diberkati oleh Tuhan (Ef 6:2-3).

2. Cara-cara menghormati ibi bapa

Orang Cina sangat memberi perhatian pada perihal menghormati ibu bapa. Selain menghormati ibu bapa semasa ibu bapa masih hidup, mereka juga banyak memberi perhatian pada perihal pengebumian selepas kematian dan perihal mempunyai keturunan. Orang-orang Kristian pula lebih memberi perhatian pada perihal menyarai ibu bapa semasa ibu bapa masih hidup dan pertemuan di rumah syurgawi selepas kematian. Demikianlah perbezaan antara kedua-duanya. Perihal menghormati ibu bapa haruslah dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, bukan dengan membuat perbuatan baik atau membuat publisiti tentang kesedihan kematian yang tidak penting dan tidak bermakna selepas kematian ibu bapa. Menghormati ibu bapa harus mempunyai empat penampilan berikut:

  • Menaruh hormat (Im 19:32).
  • Mendengar (Ams 1:8; 6:20; 23:22).
  • Menyara (Mat 15:4-6; Yoh 19:26-27).
  • Menggembirakan (Ams 17:25; 23:25).

3. Ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini (Ef 6:3)

Firman kelima adalah satu-satunya daripada Sepuluh Firman yang menjanjikan berkat bagi mereka yang mematuhinya. Jadi Paulus menyebutnya “suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini”. Mereka yang memegang perintah ini akan mendapat berkat dan panjang umur. (Fikirkan kehidupan Yusuf, Rut, Absalom, dan lain-lain).

E. Kesucian nyawa -Firman keenam

(Kel 20:13)

Nyawa manusia ialah karya agung Tuhan, dan dirancang dengan teliti dengan kasih hati dan jiwa-Nya. Kedudukan manusia di mata Tuhan adalah berbeza sama sekali berbanding segala sesuatu dalam alam semesta. Oleh itu, proses penciptaan manusia juga adalah berbeza sama sekali berbanding segala sesuatu. Walaupun manusia, binatang hutan dan burung dibentuk daripada tanah (Kej 2:19), namun manusia dijadikan menurut gambar dan rupa Tuhan lalu Tuhan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. Manusia mendapat berkat Tuhan iaitu mereka akan beranak-cucu dan bertambah banyak, dan memenuhi bumi. Manusia juga diberi kuasa untuk berkuasa atas segala sesuatu (Kej 1:26-28; 2:7).

Nyawa diciptakan oleh Tuhan. Tidak ada seorangpun yang berkuasa untuk mencabut nyawa kecuali Dia. “Jangan membunuh” menekankan bahawa nyawa itu suci. Melindungi nyawa dapat menjaga keamanan sosial. Perintah ini merangkumi tidak mencederakan atau membunuh orang lain, serta tidak mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

1. Pandangan Perjanjian Lama

“Hutang nyawa dibayar nyawa” merupakan prinsip undang-undang yang terkenal di negara kita. Dalam sepanjang zaman, semua bangsa sangat mementingkan perlindungan nyawa manusia. Perintah “Jangan membunuh” telah lama ditulis pada hati nurani manusia. Kita dapat melihat tentang ini daripada pemikiran Kain bahawa “maka barangsiapa yang akan bertemu dengan aku, tentulah akan membunuh aku” setelah Kain dikutuk oleh Tuhan selepas dia membunuh Habel (Kej 4:13-14).

Nyawa datang daripada Tuhan. Sesiapa pun yang merosakkan atau melenyapkan nyawa manusia harus bertanggungjawab kepada Tuhan dan mengembalikan nyawa kepada Pemimpin kepada hidup. Oleh itu, pembunuh harus memberikan nyawa ganti nyawa (Kel 21:12-14; Im 24:17-23; ). Nyawa sangat berharga. Maka hukuman atas pembunuhan adalah berdasarkan hukum pembalasan. Undang-undang ini adalah untuk menghormati nyawa manusia. “Mata ganti mata, gigi ganti gigi” bukan pembalasan diri, tetapi “dihukum sebagaimana yang dihakimi oleh hakim”, iaitu untuk mencegah berlakunya kekerasan (Kel 21:23-25, 26-27; Ul 19:15-21).

Sekiranya alasan pembunuhan itu adalah untuk mempertahankan diri, maka seseorang itu boleh mendapatkan pengampunan (Kel 22:1-2). Tuhan juga secara khusus mendirikan kota perlindungan bagi mereka yang membunuh orang dengan tidak sengaja dan tidak berniat. Mereka boleh melarikan diri dan berlindung di kota perlindungan ini (Ul 4:41-43; 19:1-10; Bil 35:9-15; Yos 20).

Nyawa sangat berharga. Oleh itu, tidak ada manusia yang boleh bersalah terhadapya dan nyawa juga tidak boleh dipandang ringan. Hukum Taurat secara khusus menetapkan bahawa apabila mendirikan rumah yang baru, maka haruslah memagari sotoh rumah itu supaya jangan ada seorang jatuh daripada atasnya (Ul 22: 8). Ganti rugi juga perlu diberikan apabila seseorang menggali sumur dengan tidak menutupnya, sehingga orang atau binatang jatuh ke dalamnya (Kel 21:33-34).

2. Tafsiran Perjanjian Baru

Penjelasan dalam “Khotbah di Bukit” menunjukkan bahawa Tuhan Yesus mengubah perintah ini daripada larangan negatif kepada jaminan positif lalu menjadikan hukum ini mempunyai nilai etika yang lebih mulia. Membunuh tidak terbatas pada kekerasan, tetapi juga terletak pada motif dan sikap dalaman. Bukan hanya “Jangan membunuh,” bahkan pemikiran jahat pembunuhan pun tidak harus ada pada seseorang. Tuhan Yesus berfirman: “Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang marah terhadap saudaranya harus dihukum.” (Mat 5:21-24).

“Permusuhan, iri hati, amarah, dengki / cemburu“ ialah buah nafsu. Pemikiran jahat ini dapat menyebabkan pembunuhan (rujuk: Kej 4:1-8). Ketahuilah bahawa membenci adalah membunuh. “Setiap orang yang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia. Dan kamu tahu, bahwa tidak ada seorang pembunuh yang tetap memiliki hidup yang kekal di dalam dirinya.” (1 Yoh 3:15).

“Jangan membunuh” bermaksud melindungi nyawa manusia, tidak mencederakan atau membunuh orang lain. Perintah ini bukan hanya melindungi nyawa jasmani, tetapi juga nyawa rohani. Oleh itu, janganlah menghalangi orang daripada percaya kepada Tuhan dan janganlah memberitakan ajaran palsu lalu menyebabkan orang ke neraka (Mat 23:13,15). Janganlah menyesatkan orang dan membunuh jiwa mereka (Mat 18:6-8). Kita harus giat memberitakan Injil dan melakukan lebih banyak kerja untuk menyelamatkan orang (rujuk: Ams 24:11-12).

“Jangan membunuh” tidak hanya melindungi manusia daripada kecederaan atau kematian, tetapi juga melarang manusia mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. Menuruti hawa nafsu, pesta pora dan kemabukan, percabulan dan hawa nafsu (Rm 13:12-14), tabiat buruk (rokok, alkohol, sirih, penggunaan dadah), dan mengerjakan dengan serakah segala macam kecemaran (Ef 4:19) merupakan tingkah laku yang merugikan orang lain dan diri sendiri. Tingkah laku itu merupakan “membunuh diri secara perlahan-lahan“ (memendekkan jangka hayat), kerana keinginan daging adalah maut (Rm 8:6). Tingkah laku itu juga membunuh tubuh dan jiwa diri sendiri.

F. Penghormatan keperibadian – Firman ketujuh

(Kel 20:14)

Tuhan menciptakan manusia menurut gambar dan rupa-Nya. Manusia tidak hanya memiliki gambar Tuhan, tetapi juga boleh mengambil bahagian dalam kodrat Ilahi. Nyawa manusia sangat berharga, manakala keperibadian pula mempunyai kehormatan dan nilai yang tidak terbatas, dan tidak boleh dihina. Oleh itu, nyawa harus dilindungi: “Jangan membunuh”, dan keperibadian pula harus dihormati: “Jangan berzinah”. Perintah ini merupakan hak asasi manusia yang paling asas.

Tuhan mendirikan perkahwinan dan menetapkan Firman ketujuh “Jangan berzinah” untuk melindungi kesucian perkahwinan. Perkahwinan yang sempurna ialah asas bagi keluarga bahagia dan juga menjamin keselamatan moraliti sosial.

1. Tuhan mendirikan perkahwinan

Perkahwinan ialah sistem yang didirikan oleh kemurahan hati dan jiwa Tuhan. Perkahwinan bukan hanya rancangan-Nya teliti, tetapi juga pemberian “kasih karunia” (Kej 2:18-24). Perkahwinan bukan hanya kasih karunia, tetapi juga “perjanjian yang suci.” Oleh sebab perkahwinan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, maka mereka harus saling bertanggungjawab, saling bersumpah setia, dan saling menepati janji (Mal 2:14). Memandangkan perkahwinan ialah kasih karunia Tuhan, maka perkahwinan mesti diterima oleh semua orang. Perkahwinan ialah penyatuan lelaki dan perempuan, pasangan suami isteri saling mengasihi dan menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia.

Pengarang sastera hikmat mengingatkan manusia untuk memperhatikan kebahagiaan perkahwinan: “Diberkatilah kiranya sendangmu, bersukacitalah dengan isteri masa mudamu.” (Ams 5:18). “Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi seumur hidupmu yang sia-sia, yang dikaruniakan TUHAN kepadamu di bawah matahari, karena itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha yang engkau lakukan dengan jerih payah di bawah matahari.” (Pkh 9:9).

2. Kesetiaan dan kesucian

“Jangan berzinah” adalah untuk memastikan kesetiaan dan kesucian perkahwinan untuk membina rumah tangga yang bahagia. Perkahwinan yang didirikan oleh Tuhan ialah sistem monogami. Hubungan seksual yang tidak normal di luar perkahwinan ialah zina. Zina merosakkan rumah tangga orang lain dan mengganggu perkahwinan orang lain. Perbuatan ini tidak dibenarkan oleh undang-undang sosial. Zina ialah permulaan bagi segala kejahatan, dan zina ialah kejahatan yang membakar diri sendiri (Ayb 31:9-12), yang merupakan kekejian bagi Tuhan. Mereka yang melanggar dosa zina perlu dijatuhi hukuman mati pada zaman hukum Taurat (Im 20:10-14; Ul 22:13-24). “Amsal” memperuntukkan hampir tiga fasal untuk menasihati manusia supaya menjauhkan diri daripada perempuan jalang (Amsal fasal 5-7).

Tuhan Yesus menambahkan komen baru untuk “Jangan berzinah”: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya (Mat 5:27-28). Generasi sekarang merupakan angkatan yang jahat dan tidak setia. Maksiat dan kejahatan ada di merata tempat di dalam dan di luar negara, bahkan dilakukan secara terbuka. Buku pornografi, video pornografi, filem pornografi, CD pornografi, laman web pornografi, panggilan telefon pornografi … Godaan pornografi datang dari pelbagai arah, dan media massa mencemarkan hati manusia. Bagaimana anak-anak Tuhan boleh tidak berhati-hati? Tuhan Yesus meminta kita untuk tidak melakukan zina dalam tubuh daging, dan tidak boleh mempunyai keinginan zina dalam hati kita. Dia mahu kita melawan dosa dengan berani, memperhatikan mata kita dan menjaga hati kita agar kita tidak melakukan dosa zina (Mat 5:29-30).

Maksud rohani “Jangan berzinah” ialah jangan bersahabat dengan dunia. Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Allah (Yak 4:4). Paulus memperumpamakan kita sebagai “perawan suci” yang telah “dibawa kepada Kristus”. Memandangkan telah dibawa kepada Kristus, maka hati kita perlulah terpikat oleh Kristus. Oleh itu, janganlah fikiran kita disesatkan dari kesetiaan yang sejati kepada Kristus (2 Kor 11:2-3). Tuhan berfirman: “Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon.” (Mat 6:24). Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu (1 Yoh 2:15).

G. Perlindungan harta – Firman kelapan dan kesepuluh

(Kel 20:15-17)

Nyawa dan harta benda ialah hak asasi manusia yang harus dilindungi dan dijaga. Perlindungan dan jagaan ini merupakan konsep moraliti dan prinsip utama undang-undang. Tuhan memandang berat tentang nyawa manusia dan melindungi harta benda manusia. Firman keenam dan ketujuh menekankan kesucian nyawa dan penghormatan keperibadian, sementara Firman kelapan dan kesepuluh merupakan perlindungan bagi harta benda manusia.

“Mencuri” merujuk kepada merampas harta benda ketika orang lain tidak sedar atau lemah, dan memperolehnya tanpa cara yang sah, tedeng aling-aling dan bukan dengan sikap ayam putih terbang siang. Mencuri bermaksud mendapat durian runtuh, mendapatkan sesuatu dengan cara merampas hasil usaha orang lain.

Walaupun Firman “Jangan mengingini” disenaraikan sebagai perintah yang terakhir, tetapi perintah ini sangat penting. Sembilan perintah yang pertama adalah mengenai tingkah laku, fokus perintah kesepuluh pula dialihkan ke hati. Perintah ini membincangkan motif dalaman, ciri kepuasan dalaman, dan menyentuh inti utama daripada tingkah laku moral manusia. Motif mencuri ialah hati yang mengingini / tamak, ingin mengambil harta orang lain sebagai milik sendiri. Kita tidak akan mencuri jika kita tidak mengingini / tamak.

1. Kesolehan dan kebenaran

Mencuri ialah sikap tidak soleh terhadap Tuhan, tidak mahu menerima pelayanan sebagai pelayan / pengurus, tidak berpuas hati dengan wang yang dipercayakan oleh Tuhan, iaitu tidak menerima pemberian Tuhan dengan rasa syukur. Mencuri bukan sahaja merosakkan hak dan kepentingan pihak lain, tetapi juga membahayakan keselamatan sosial. Perbuatan ini ialah kejahatan yang tidak benar terhadap orang lain. Oleh itu, hukum taurat Musa menetapkan bahawa pencuri akan dikenakan hukuman berat (pampasan) (Kel 22:1-9).

Paulus menasihati orang untuk belajar daripadanya dan bekerja dengan tangan mereka sendiri untuk memenuhi keperluan sendiri dan keperluan kawan-kawan seperjalanan. Palulus juga menasihati orang untuk bekerja membantu orang-orang yang lemah dan harus mengingat perkataan Tuhan Yesus, sebab Ia sendiri telah mengatakan: “Adalah lebih berbahagia memberi daripada menerima” (Kis 20:34-35).

Terdapat peribahasa Cina lama yang bermaksud seorang lelaki sejati akan mendapatkan kekayaannya dengan cara yang betul. Nampaknya semua orang menyukai wang, namun kita mesti memperolehnya dengan cara yang sah. Paulus khususnya memberi amaran tentang perbuatan mencuri dan memberi nasihat bahawa “tetapi baiklah ia bekerja keras dan melakukan pekerjaan yang baik dengan tangannya sendiri, supaya ia dapat membagikan sesuatu kepada orang yang berkekurangan.” (Ef 4:28).

2. Hati dan tingkah laku

Motif mencuri adalah daripada keserakahan dalam hati. Firman kesepuluh “Jangan mengingini …” ialah inti utama daripada tingkah laku moral. Sepuluh Firman tidak hanya memusatkan perhatian pada tingkah laku luaran, tetapi juga menyatakan motif dalaman. Nampaknya, tingkah laku moral yang sebenar mesti dimulakan daripada hati (rujuk: Yl 2:13).

Perkataan “mengingini” yang ditambah dengan istilah lain “menghasratkan” dalam kitab Ulangan, yang diterjemahkan sebagai ‘covet’ dalam bahasa Inggeris, adalah bermaksud menjadi hamba, mencintai, menginjak-injak, dan merindukan. Makna perintah ini bukan melarang keperluan manusia, tetapi harus diperoleh dengan cara yang tepat. “Keserakahan” ialah keinginan untuk mengambil orang atau benda yang bukan miliknya. Kserakahan ini ialah keinginan yang mementingkan diri sendiri dan merupakan aura dosa (Yak 1:14-15). Mencuri berasal daripada ketamakan. Untuk mengelakkan perbuatan mencuri, pertama-tama kita harus meninggalkan “nafsu rakus” dalam hati kita. Sekiranya tidak ada keserakahan dalam hati, kita tidak akan ada perbuatan mencuri. Ketamakan ialah kekejian bagi Tuhan. Paulus berkata: “orang serakah, artinya penyembah berhala.” (Ef 5:5; Kol 3:5).

“Mengingini” menyangkal keadilan, kasih, dan kejujuran Tuhan, dan merupakan keadaan fikiran yang tidak berpuas hati dengan pengaturan Tuhan. Jadi, ketamakan ialah dosa, sama seperti penyembahan berhala. Keinginan keserakahan disertai dengan tindakan, yang bukan hanya menyebabkan kerugian bagi orang lain, tetapi juga menjerumuskan diri sendiri ke dalam dosa (1 Raj 21; 2 Raj 9:30-37; 1 Tim 6:9-10).

Paulus berkata: “Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa apa-apa ke luar. Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah.” (1 Tim 6:6-8). Asalkan kita belajar untuk berasa cukup / berpuas hati, kita tidak akan tamak. Jika kita tidak tamak dalam hati, perihal mencuri tidak akan berlaku.

Hari-hari ini adalah jahat. Perbuatan mencuri semakin hari semakin teruk. Semasa di siang hari, adanya kes-kes meragut beg tangan wanita secara terbuka, dan kemudian merompak bank dan kenderaan membawa wang. Orang Kristian yang hidup dalam zaman yang penuh dengan dosa dan kejahatan harus berhati-hati dan memelihara diri. Ketahuilah bahawa dosa mencuri bukan sahaja melibatkan peragut dan perompak. Mereka yang menggunakan setem, pejabat dan alat tulis awam untuk tujuan peribadi, menyalahgunakan harta benda, air dan elektrik awam, mencetak rompak dokumen, merakam audio (video), menyalin perisian komputer, menyembunyikan penyata cukai, berniaga dengan menggunakan timbangan yang tidak standard, dan sebagainya, semuanya melanggar perintah “Jangan mencuri”.

Perintah yang terakhir dalam Sepuluh Firman melarang keserakahan dan merupakan perintah yang paling penting. Hal ini demikian kerana akar melanggar empat perintah yang sebelumnya (Firman keenam hingga kesembilan) terletak pada perintah yang terakhir. Mereka yang dapat memegang perintah ini tidak akan melanggar perintah yang lain. Yakobus berkata: “Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya.” (Yak 2:10-11).

 

KESIMPULAN

Tuhan Yesus berfirman: “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.” (Mat 5:17). Kesepuluh Firman dibentangkan oleh Tuhan, ditulisi oleh jari Tuhan pada loh batu, dan disimpan di dalam tabut perjanjian Tuhan, dan selama-lamanya tidak akan dibatalkan. Orang Kristian harus memahami Kesepuluh Firman dan mematuhi Kesepuluh Firman. “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu”, dan bangunkanlah akhlak moral yang baik. Dalam angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini, jadilah “garam dunia” dan “terang dunia”, peganglah pada firman kehidupan, jagalah ketertiban dan keselamatan sosial, dan jalanilah kehidupan yang damai dan bahagia.

 

MAKLUMAT RUJUKAN

PERIHAL PENYEMBAHAN BERHALA

Sejak Dinasti Han, China secara beransur-ansur menyembah banyak tuhan. Selain daripada tablet nenek moyang, banyak lagi dewa yang disembah dalam keluarga. Contohnya matahari, bulan dan bintang, gunung, perairan, kayu dan batu, binatang, tumbuhan, hidupan laut, dan pahlawan.

Terdapat lebih banyak kuil di Taiwan daripada di negara Buddha Thailand. Menurut statistik Kementerian Dalam Negeri, terdapat puluhan ribu kuil besar dan kecil di Taiwan, dan trend pemujaan berhala semakin meningkat dari hari ke hari. Ramai orang tidak teragak-agak mengeluarkan wang untuk membina kuil, dan bahkan ribuan orang mengikuti ekspedisi ke Meizhou di Tanah Besar untuk menyembah Mazu. Kita berada dalam era penyembahan berhala. Oleh itu, masalah penyembahan berhala tidak boleh diabaikan.

1. Tidak boleh tunduk atau menyembah kepada mana-mana berhala

Tanpa mengira bahan yang digunakan dalam pembuatannya, semua berhala yang diukir, dipahat, dimodelkan atau dilukis tidak boleh disembah (Gereja Katolik membuat gambar Yesus untuk penyembahan, yang merupakan penyembahan berhala).

Oleh sebab kita tidak menyembah berhala, kita juga tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti penyembahan berhala. Semasa perayaan berhala, ada upacara sambutan atau perarakan berhala. Jangan pergi memeriahkannya. Selain itu, jangan pergi ke kuil untuk menonton opera yang menyembah kepada berhala (boneka atau opera Taiwan).

2. Tidak membuat atau menjual berhala

Tidak membina kilang untuk membuat semua perkakas atau perhiasan yang boleh digunakan sebagai berhala (seperti manik-manik doa, altar Buddha, katak penggigit wang …), dan tidak menjualnya.

3. Tidak memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala (Kis 15:28-29)

Daripada ajaran Paulus dalam dua fasal di kitab 1 Korintus fasal lapan dan sepuluh, kita dapat mengetahui bahawa persoalan ini adalah berkaitan dengan niat, dan juga persoalan tentang kasih dan iman.

  • Berhala ialah tuhan palsu. Berhala tidak mempunyai kekuatan. Jadi berhala tidak dikira apa-apa, dan makanan yang dipersembahkan kepada berhala juga tidak dikira apa-apa. Kita tidak perlu takut kerana tidak ada racun di dalam berhala (1 Kor 8:4). Tetapi jika ada keraguan dalam hati, janganlah makan (1 Kor 8:7).
  • Berhala ialah alat bagi syaitan untuk menyesatkan manusia. Sekiranya kita sengaja memakan sesuatu yang dipersembahkan kepada berhala, tindakan itu sama dengan mengambil bahagian dalam penyembahan syaitan. Kita telah menerima Sakramen Perjamuan Kudus (minum dari cawan Tuhan, mendapat bahagian dalam perjamuan Tuhan) dan beroleh persekutuan dengan Tuhan, bagaimana kita boleh pergi ke perjamuan roh-roh jahat dan bersekutu dengan roh-roh jahat? Atau maukah kita membangkitkan cemburu Tuhan? Apakah kita lebih kuat dari pada Dia? (1 Kor 10:14-22). Semasa perayaan berhala, janganlah terima undangan jamuan daripada orang lain, dan kita tidak boleh mengadakan jamuan melayani orang luar untuk berpesta pada hari ini.
  • Segala sesuatu diperbolehkan. Namun kita mesti mempertimbangkan orang lain dalam segala hal yang dilakukan, dan hal yang kita lakukan janganlah menjadi batu sandungan bagi orang (1 Kor 8:9-13; 10:23-24).

4. Masalah praktikal (1 Kor 10:25-33)

  • Boleh makan segala sesuatu yang dijual di pasar daging (25-26)

Orang Kristian tidak perlu “terlalu curiga” dan menjadikan diri sendiri gementar atau gelisah. Semua makanan yang dijual di pasaran boleh dibeli dan dimakan. Sekiranya kita bertanya sama ada setiap makanan itu telah dipersembahkan kepada berhala, kita mungkin tidak mempunyai makanan. Orang lain juga mungkin melihat kita sebagai mempunyai masalah mental.

  • Kalau diundang makan, makanlah (27-30)

Orang yang tidak percaya tidak semestinya menyembah berhala. Orang yang menyembah berhala juga tidak semestinya mempersembahkan semua makanan jamuan kepada berhala sebelum memasaknya. Kita boleh memutuskan sendiri untuk pergi ke jamuan makan atau tidak. Sekiranya kita mempertimbangkan untuk pergi ke jamuan makan, makanlah apa saja yang dihidangkan kepada kita, tanpa mengadakan pemeriksaan kerana keberatan-keberatan hati nurani. Sekiranya seseorang memberitahu kita bahawa makanan itu telah dipersembahkan kepada berhala, janganlah memakannya.

  • Lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah (31-33)

Janganlah kita difitnah kerana makanan kita, janganlah menyebabkan orang lain tersandung kerana makanan kita. Lakukanlah semuanya untuk kemuliaan Tuhan.

 

BOLEHKAH TIDAK MEMEGANG HARI SABAT DAN MENGUBAHNYA KEPADA HARI TUHAN?

Sebilangan besar gereja umumnya berpendapat bahawa orang Kristian harus memperingati hari Tuhan, iaitu hari kebangkitan Tuhan. Mereka beranggapan bahawa:

1. Hari Sabat ialah hukum Taurat yang dipegang oleh orang Yahudi pada zaman Perjanjian Lama

Pada era Perjanjian Lama, orang-orang Yahudi memegang “hari Sabat hukum Taurat.” Tidak ada pekerjaan yang diizinkan dan hari Sabat dipegang dengan sangat ketat (Kel 35:1-3; Bil 15:32-36; Mat 12:10). Umat ​​pilihan dalam era Perjanjian Baru tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia (Rm 6:14). Hari Sabat yang dipegang ialah hari Sabat kasih karunia, hari yang berada di bawah kasih karunia Tuhan, hari untuk menikmati kasih karunia yang diberikan oleh Tuhan, hari yang bebas dan damai (Mrk 2:27; Mat 12:12).

2. Hari Sabat telah dibatalkan

  • Tuhan Yesus membatalkan hari Sabat

Tuhan Yesus berkali-kali menyembuhkan orang pada hari Sabat (Mat 12:9-14; Luk 14:1-6; Yoh 9:13-16). Tindakan ini adalah sesuatu yang difikirkan tidak boleh dilakukan oleh orang-orang Yahudi pada masa itu. Nampaknya Tuhan Yesus telah membatalkan hari Sabat.

Tuhan Yesus berfirman: “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” (Mat 5:17-18). Dia tidak membatalkan hukum Taurat, tentunya juga tidak membatalkan hari Sabat. Tuhan Yesus sangat mementingkan hari Sabat, menurut kebiasaan-Nya pada hari Sabat Ia masuk ke rumah ibadat (Luk 4:16). Oleh itu, Dia tidak mungkin membatalkan hari Sabat. Dia menyembuhkan orang pada hari Sabat, atau membenarkan murid-murid memetik bulir gandum dan memakannya pada hari Sabat adalah untuk mengubah cara memegang hari Sabat.

  • Tuntutan Paulus

“Karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; semuanya ini hanyalah bayangan dari apa yang harus datang, sedang wujudnya ialah Kristus.” (Kol 2:16-17). Oleh itu, orang Kristian tidak boleh dihukum kerana memegang hari Sabat.

Kita mesti tahu bahawa Paulus juga mementingkan hari Sabat. Ketika berada di Tesalonika, seperti biasa Paulus masuk ke rumah ibadat orang Yahudi tiga hari Sabat berturut-turut (Kis 17:1-2). “Janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu” tidak bererti seseorang tidak boleh dihukum kerana memegang Sabat, tetapi bererti tidak boleh dihukum kerana tidak memegang hari Sabat menurut ketetapan hukum Taurat. Bayangkan bahawa Paulus dianiaya kerana membatalkan sunat (Gal 5:11; 6:12). Jika dia membatalkan hari Sabat, dapatkah dia hidup aman damai?

3. Gereja awal memegang hari Tuhan

Fikiran ini adalah berdasarkan jemaat berkumpul untuk memecah-mecahkan roti pada hari pertama dalam minggu itu semasa Paulus berada di Troas (Kis 20:7) dan Paulus mendorong jemaat di Korintus supaya memberi sumbangan persembahan pada hari pertama daripada tiap-tiap minggu (1 Kor 16:2). Selain itu, Wahyu 1:10 mencatatkan Yohanes dikuasai oleh Roh, mendapat penglihatan dan mendengar suara pada hari Tuhan. Oleh itu, mereka beranggapan bahawa gereja awal memegang hari Tuhan. Daripada ayat-ayat di atas, kita benar-benar tidak dapat melihat sama ada gereja awal menggantikan hari Sabat dengan hari Tuhan.

Jemaat berkumpul untuk memecah-mecahkan roti pada hari pertama dalam minggu itu kerana Paulus bermaksud untuk berangkat pada keesokan harinya. Mereka mengadakan kebaktian khas dan masanya sangat panjang iaitu pembicaraan itu berlangsung sampai tengah malam. Eutikhus tertidur semasa pembicaraan itu lalu jatuh dari tingkat ketiga ke bawah dan mati. Selepas membangkitkan Eutikhus, Paulus kembali di ruang atas, memecah-mecahkan roti lalu makan; habis makan masih lama lagi ia berbicara, sampai fajar menyingsing. Kemudian ia berangkat (Kis 20:7-12).

Jemaat di Korintus memberi sumbangan pada hari pertama daripada tiap-tiap minggu demi kemudahan, “supaya jangan pengumpulan itu baru diadakan, kalau aku datang”. Tujuan sumbangan itu adalah untuk membantu orang-orang miskin di Yerusalem. Oleh itu, Paulus pada awalnya: “Tentang pengumpulan uang bagi orang-orang kudus”, dan akhirnya berkata: “ke Yerusalem untuk menyampaikan pemberianmu”. Dia tidak mengatakan bahawa pertemuan peringatan hari kebangkitan perlu diadakan pada setiap hari pertama dalam seminggu.

 

Kesimpulan:

Hari Sabat yang dipegang oleh gereja kita ialah “hari Sabat kasih karunia” yang harus dipegang oleh orang Kristian di bawah kasih karunia, bukan “hari Sabat hukum Taurat” yang dipegang oleh umat pilihan dalam Perjanjian Lama di bawah hukum Taurat. Tuhan Yesus tidak membatalkan hari Sabat. Dia datang untuk memberikan kasih karunia yang lebih besar kepada manusia. Jadi, dia menyembuhkan orang pada hari Sabat dan membenarkan murid-murid memetik bulir gandum dan memakannya pada hari Sabat. Tuhan Yesus dan para rasul pun memegang hari Sabat, maka kita juga haruslah memegang hari Sabat.

Tuhan Yesus hanya memerintahkan murid-murid-Nya untuk memperingati kematian-Nya (Luk 22:19), tetapi tidak pernah meminta mereka untuk memperingati kebangkitan-Nya. Peringatan hari Tuhan atau hari kebangkitan tidak berasal daripada Alkitab.

 

BOLEHKAH ANAK-ANAK MENGHANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA?

Kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan industri dan perdagangan menyebabkan corak hidup turut berubah. Perubahan masa dan persekitaran membuatkan mausia berasa keliru dan bingung. Suasana sosial masyarakat kian hari kian merosot dan keruntuhan akhlak moral juga semakin teruk pada masa kini. Konsep menghormati ibu bapa juga semakin pudar. Perintah ini ada janji Tuhan sebagai pendorong supaya kita melaksanakannya, dan membuatkan kita mempunyai kepercayaan yang tidak berubah dalam perubahan. Sebagai orang Kristian, kita bukan sahaja tidak boleh membuang etika moral yang sedia ada – menghormati ibu bapa, tetapi kita juga harus mengintegrasikan warisan budaya ini dengan kebenaran Kristiani serta mengembangkannya.

Tuhan menghendaki manusia menerima janji kerana menghormati ibu bapa mereka. Dia mendorong manusia untuk membangun kebajikan dalam keluarga terlebih dahulu. Sekiranya moraliti sosial didasarkan pada moraliti keluarga, maka perihal menghormati ibu bapa merupakan asas kehidupan moraliti keluarga. Oleh itu, pengaruh gereja terhadap etika sosial bukan bermula daripada pekerjaan sosial, tetapi daripada kehidupan keluarga. Kasih ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap moraliti anak-anak. Anak-anak menghormati wanita kerana mereka menghormati ibu mereka, menghormati orang yang lebih senior dan kemudian menghormati orang tua kerana mereka menghormati ibu bapa mereka. Dengan itu, moraliti sosial dapat dibentuk.

Perihal menghormati ibu bapa adalah yang pertama daripada semua kebajikan. Kebenaran Alkitab menunjukkan bahawa konsep moral yang ada di negara kita adalah betul. Bolehkah anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua? Soalan ini patut dibincangkan. Walaupun zaman telah berubah, tetapi perintah “Hormatilah ayahmu dan ibumu” tidak dibatalkan kerana kemajuan dan perubahan zaman. Pada zaman yang berlainan, cara menghormati ibu bapa boleh diubah, tetapi semangat menghormati ibu bapa tetap tidak berubah untuk sepanjang zaman.

KITA RENUNGKAN DARIPADA DUA SUDUT:

1. Ibu bapa tinggal di rumah orang tua secara sukarela

Anak-anak ialah “golongan pekerja”. Suami dan isteri pergi bekerja setiap hari, berangkat awal dan pulang pada waktu malam, meninggalkan kedua-dua orang tua untuk menjaga rumah dan cucu mereka. Warga tua merasakan bahawa mereka sudah tua dan tidak sekuat sebelumnya. Mereka berasa bosan di rumah (tidak ada teman berbual), dan mereka tidak cekap menjaga cucu mereka (cucu nakal, berbuat bising dan bergaduh). Oleh itu, mereka mahu tinggal di rumah orang tua secara sukarela. Di rumah orang tua, ada orang yang menjaga kehidupan seharian mereka, dan mereka boleh berbual dengan teman-teman tanpa kesepian. Dalam situasi ini, anak-anak boleh bersetuju dengan ibu bapa untuk tinggal di rumah orang tua supaya mereka boleh menghabiskan waktu senja mereka dengan tenang dan damai.

Apabila ibu bapa tinggal di rumah orang tua, anak-anak haruslah selalu berhubung dengan mereka melalui telefon untuk bertanya khabar dan mengunjungi rumah orang tua pada hari cuti untuk menghiburkan ibu bapa. Janganlah sekadar membayar wang untuk ibu bapa tinggal di rumah orang tua lalu tidak mempedulikan mereka.

2. Anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua

Ibu bapa tua dan sakit, mengalami strok atau ada penyakit kronik, dan terbaring di katil untuk bertahun-tahun lamanya. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka (atau kerja pejabat) tidak dapat menjaga mereka dengan baik. Anak-anak boleh mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk menghantar mereka ke rumah orang tua supaya mereka dapat dijaga oleh kakitangan profesional dalam kehidupan seharian dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera ketika mereka sakit. Dengan itu, mereka dapat menghabiskan waktu senja mereka dengan tenang dan damai. Walau bagaimanapun, anak-anak harus sering mengunjungi dan mengambil berat tentang mereka. Jangan membiarkan orang tua berfikir bahawa orang muda telah melupakan atau mengabaikan mereka.

 

PERIHAL HAK ASASI MANUSIA

Nyawa ialah hak asasi manusia kerana nyawa diciptakan dan dikurniakan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia tidak boleh memandang ringan hal-hal yang dihormati oleh Tuhan. Nyawa tidak boleh dimusnahkan atau dirosakkan sewenang-wenangnya, dan manusia tidak boleh memusnahkan ketetapan Tuhan.

1. Peperangan

Peperangan ialah pembunuhan dan pemusnahan yang ganas, dan adalah tidak bermoral. Peperangan ialah pembunuhan nyawa manusia kerana kebencian dan melanggar prinsip kasih Tuhan terhadap manusia. Terdapat tiga tuntutan yang berbeza mengenai peperangan:

  • Teori perang yang adil (Just war theory)

Beranggapan bahawa peperangan itu normal. Sebabnya, Tuhan telah menolong Abram mengalahkan empat raja dan menyelamatkan keluarga Lot, anak saudaranya (Kej 14). Orang Israel berada di padang gurun selama empat puluh tahun. Tuhan menolong mereka mengalahkan musuh mereka. Setelah memasuki Kanaan, Dia menolong mereka menjatuhkan orang Kanaan (Kel 17:8-16; Yos 24:8-12). Tuhan juga pernah menolong Daud mengatasi musuh-musuh di sekitarnya dan membentuk negeri Israel (2 Sam 23). Alkitab menyatakan dengan jelas bahawa pembentukan kuasa pemerintahan ditentukan oleh Tuhan, Dia “memberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya” (Dan 4:25).

Dalam Perjanjian Baru, Yesus mengakui kuasa pemerintah. Dia berfirman: “Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar” (Mat 22:21). Dia juga membayar bea mengikut peraturan (Mat 17:24-27). Dia berfirman kepada Pilatus: “Engkau tidak mempunyai kuasa apa pun terhadap Aku, jikalau kuasa itu tidak diberikan kepadamu dari atas.” (Yoh 19:11). Paulus menyatakan dalam Roma 13:1-7 bahawa kuasa pemerintahan ditetapkan oleh Tuhan. Dia menulis surat dan mahu Titus mengingatkan jemaat supaya mereka tunduk pada pemerintah dan orang-orang yang berkuasa, taat dan siap untuk melakukan setiap pekerjaan yang baik.” (Tit 3:1). Oleh itu, rakyat harus mematuhi perintah pemerintah untuk terlibat dalam peperangan.

  • Pasifisme

Beranggapan bahawa peperangan adalah tidak wajar. Alkitab dengan jelas menyatakan: “Jangan membunuh.” Peperangan ialah pembunuhan beramai-ramai. Oleh itu, mereka menentang semua peperangan, pergaduhan dan kekerasan. Mereka bertegas untuk menyelesaikan semua pertikaian dengan cara yang aman kerana nyawa manusia sangat berharga dan tidak boleh dirugikan. Menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dosa dan kejahatan adalah tidak wajar. Tidak mungkin dosa dan kejahatan dapat dihapuskan dengan kekerasan. Dosa dan kejahatan hanya dapat diselesaikan dengan menggunakan kuasa kasih dan cara rohani. Menurut fakta sejarah, peperangan menyebabkan kekejaman, kematian, kelaparan dan bencana. Peperangan tidak dapat menghapuskan peperangan, tetapi meningkatkan peperangan. Perang panas berubah menjadi perang dingin, dan perang dingin berubah menjadi perang panas. Kitaran ini berlanjutan. Peperangan ialah dosa dan kejahatan yang tidak berperikemanusiaan.

Tuhan ialah Raja Damai. Dia menentang peperangan dan melarang kekerasan. Ketika Yudas membawa serombongan besar orang ke taman Getsemani untuk menangkap Yesus, seorang daripada mereka yang menyertai Yesus mengulurkan tangannya, menghunus pedangnya dan menetakkannya kepada hamba Imam Besar sehingga putus telinganya. Maka kata Yesus kepadanya: “Masukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya, sebab barangsiapa menggunakan pedang, akan binasa oleh pedang.” (Mat 26:52). Dia mengajar: “Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu … Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.” (Mat 5:39-44). Paulus juga memberi nasihat: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; … Sedapat-dapatnya, kalau hal itu bergantung padamu, hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang! … janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah.” (Rm 12:17-19).

Kepercayaan pasifisme ialah: “perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.” (Ef 6:12).

  • Teori memilih kebaikan

Beranggapan bahawa kewajaran peperangan bergantung pada tujuannya. Sekiranya untuk memperjuangkan keadilan, orang Kristian harus turut serta. Jika melibatkan tindakan untuk menyerang negara lain secara tidak adil, orang Kristian harus menolaknya. Alkitab tidak menghendaki manusia mentaati kerajaan (pemegang kuasa) secara membuta tuli. Apabila polisi kerajaan bercanggahan dengan prinsip-prinsip kerohanian, tidak ada keperluan bagi manusia mematuhinya. Bidan-bidan yang menolong perempuan Ibrani tidak melakukan seperti yang dikatakan oleh raja Mesir dan membiarkan bayi-bayi lelaki hidup (Kel 1). Tiga orang sahabat Daniel enggan sujud menyembah patung emas dan melanggar titah raja (Dan 3). Ibu bapa Yesus menentang tindakan Herodes membunuh bayi dan mereka sekeluarga melarikan diri ke Mesir untuk berlindung (Mat 2:13-15). Para rasul melanggar perintah larangan rasmi dan terus memberitakan Injil (Kis 4-5). Janganlah bersubahat jika kerajaan bersalah.

Terdapat peperangan yang adil dan dimulakan oleh Tuhan. Demi menghapuskan kejahatan ajaran lain dan melindungi agama murni umat Israel daripada pencemaran agama Kanaan, Tuhan memerintahkan Yosua untuk menumpaskan orang Kanaan. Ini ialah perang suci (Ul 20:10-20; Yos 10:40-42). Peperangan orang Israel di Kanaan tidak bersifat agresif, tetapi bersifat pertahanan, iaitu mencegah daripada penyebaran dan pengaruh dosa dan kejahatan. Peperangan ini bukan pembunuhan atau kebencian, tetapi menggunakan peperangan sebagai kaedah mempertahankan keadilan berdasarkan kehendak Tuhan yang benar. Pada sisi yang lain, Tuhan juga menggunakan pedang raja bangsa asing untuk menghapuskan dosa dan kejahatan. Walaupun orang Israel merupakan umat pilihan Tuhan, namun mereka tidak dapat mengelak daripada pedang peperangan ketika mereka memberontak melawan Tuhan. Terdapat banyak contoh sejarah pada zaman para hakim dan raja-raja dalam Perjanjian Lama.

Ulasan komprehensif:

Selain kebenaran Alkitab, terdapat beberapa alasan moral untuk hujah teori memilih kebaikan. Aktivisme dan pasifisme menganggap isu moral peperangan terlalu sederhana. Kedua-duanya menghindari tanggungjawab dan menolak tanggungjawab kepada kerajaan. Aktivisme mentaati kerajaan secara membuta tuli dan percaya bahawa kerajaan dikurniakan oleh Tuhan. Aktivisme menganggap keputusan kerajaan sebagai kehendak Tuhan tanpa penilaian dan penghakiman, dan merupakan patriot yang membuta tuli. Pasifisme menggunakan kemanusiaan sebagai alasan untuk menghindari tanggungjawab sendiri terhadap keselamatan sosial. Pasifisme tidak peduli tentang dosa dan kejahatan, serta memandang sebelah mata dosa dan kejahatan. Pasifisme melindungi diri dengan bijak.

Walaupun kuasa pemerintah ditetapkan oleh Tuhan (Rm 13:1), namun rakyat harus mendoakan pemerintah agar dapat menjalani kehidupan yang aman damai (1 Tim 2:1-2). Pemercaya harus tunduk pada pemerintah dan sistem yang mereka tetapkan demi Tuhan  (1 Ptr 2:13-14), dan harus tetap mengikuti bimbingan Roh Kudus dalam memilih kebaikan dan berpegang teguh padanya. Tuhan kita ialah Raja Damai. Orang Kristian mesti menyokong dan menjaga keamanan. “Keamanan” ialah pilihan utama kita.

2. Hukuman mati

“Hukuman mati” adalah untuk membawa orang berdosa ke muka pengadilan, dan juga merupakan tindakan pembunuhan. Isu hukuman mati ialah isu moral yang sangat kontroversi pada hari ini. Mereka yang bersetuju dengan hukuman mati percaya bahawa hukuman ini diputuskan oleh Tuhan dan dituntut oleh masyarakat untuk menghapuskan orang-orang jahat dan menjaga keamanan sosial. Mereka yang menentang hukuman mati percaya bahawa hukuman mati adalah terlalu kejam dan tidak sesuai dengan kepercayaan agama Kristian.

Tuhan menggunakan air bah untuk memusnahkan angkatan yang berdosa dan dunia jahat sebagai hukuman bagi dosa dan kejahatan (Kej 6-7). Alkitab mencatatkan hukuman mati untuk pertama kalinya dalam kitab Kejadian 9:6. “Siapa yang menumpahkan darah manusia, darahnya akan tertumpah oleh manusia, sebab Allah membuat manusia itu menurut gambar-Nya sendiri.” Manusia ada gambar Tuhan dan nyawa adalah suci dan berharga. Oleh itu, pembunuh harus membayar dengan nyawa mereka.

Ada hukuman mati dalam hukum Taurat Musa. Selain membunuh, mereka yang berzina dan memberontak terhadap orang tua juga dijatuhkan hukuman mati (Kel 21:12-17; Im 20:9-21; Ul 21:18-22). Tuhan Yesus memetik ketetapan hukum Taurat dalam “Khotbah di Bukit”: “Siapa yang membunuh harus dihukum” (Mat 5:21). Paulus berkata: “tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat.” (Rm 13:4).

Hukuman mati harus melalui prosedur undang-undang yang berhemah, dan tidak boleh dianggap remeh atau disalahgunakan. Hukuman mati harus diminimumkan untuk memberi peluang bertaubat kepada tahanan. Berdasarkan sudut pandangan perikemanusiaan, kaedah hukuman mati harus baik dan berperikemanusiaan, dan seboleh-bolehnya mengelakkan kaedah yang kejam. Tujuan hukuman mati adalah untuk menghapuskan kuasa jahat yang mengancam orang lain, dan sebagai kesan peringatan. Penggunaan undang-undang yang ketat adalah untuk menakutkan mereka yang melakukan kejahatan, menghukum satu orang untuk memberi amaran kepada orang lain, seperti fungsi kuasa pemerintah yang ditekankan dalam kitab Roma 13:3-4.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Apabila akhlak sosial dipulihkan, jenayah akan berkurang secara semula jadi. Anugerah keselamatan salib dapat menghapuskan dosa dan kejahatan. Menyebarkan Injil dengan giat supaya semua orang dapat percaya kepada Yesus ialah pembatalan hukuman mati yang tidak kelihatan.

3. Menggugurkan kandungan

Pengguguran kandungan berbeza dengan kawalan kelahiran. Kawalan kelahiran adalah untuk “mencegah” terjadinya kehidupan, sementara pengguguran kandungan adalah untuk “menghilangkan” kehidupan yang telah terjadi. Janin telahpun mempunyai hidup / nyawa manusia dan merupakan kerja Tuhan: “Engkaulah yang menenun aku dalam kandungan ibuku.” (Mzm 139:13). Kehidupan janin ialah kehidupan yang belum bertumbuh, dan menggugurkan kandungan adalah untuk memusnahkan hidupnya secara paksa. Apakah perbezaannya dengan membunuh? Menggugurkan kandungan juga merupakan perbuatan membunuh.

Melahirkan anak ialah tanggungjawab perkahwinan. Hubungan seksual dalam perkahwinan adalah secara sukarela, dan “kehamilan” akibat daripada hubungan seksual juga sepatutnya adalah secara sukarela. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh tidak bertanggungjawab. Sekiranya keluarga menghadapi masalah kewangan atau pasangan itu berada dalam keadaan kurang sihat, kedua-duanya harus menggunakan cara yang betul untuk melaksanakan perancangan keluarga dan mengamalkan kawalan kelahiran secara semula jadi. Jika menggugurkan kandungan kerana hanya mahu menikmati nafsu keserakahan, tidak mahu mempunyai terlalu banyak anak, dan menghindari tugas menjaga, perbuatan ini adalah tidak bermoral.

Menggugurkan kandungan bukan hanya sekadar masalah perubatan. Walaupun penyelidikan dan teknologi perubatan dapat menggugurkan kandungan dengan lancar tanpa bahaya, namun menggugurkan kandungan adalah tidak dibenarkan dari sudut moraliti dan kerohanian. Walaupun terdapat beberapa pengecualian, namun kita mesti sangat berhati-hati dan berfikir dengan teliti supaya hati dalaman kita tidak berasa tidak selesa dan berasa bersalah. Kelahiran ialah berkat Tuhan bagi perkahwinan manusia. Jika Tuhan berpendapat bahawa janin itu tidak sesuai untuk dilahirkan, Dia akan menggugurkannya secara semula jadi. Melahirkan anak membuatkan manusia memiliki rasa tanggungjawab dalam hati yang bersyukur dan mewarisi milik pusaka yang diberikan oleh Tuhan di bawah pengaturan Tuhan yang murah hati.

4. Membunuh diri

“Bunuh diri” bermaksud melepaskan hak hidup secara sukarela. Sasaran pembunuhan ialah diri sendiri, bukan orang lain. Nyawa diciptakan oleh Tuhan, milik Tuhan, dan tidak boleh dirosakkan. Membunuh diri adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Walaupun tidak merugikan atau membahayakan orang lain, tetapi menyakiti diri sendiri juga merupakan dosa. Dasar perintah ialah “kasih”. “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu.”, “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri” (Mat 22:34-40).

“Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri”. Mula-mula sekali, kita mesti mengasihi diri sendiri, mengasihi tubuh dan jiwa sendiri. Jika tidak dapat mengasihi diri sendiri, bagaimana kita dapat mengasihi orang lain (Ef 5:29)? Manusia harus menghargai dan melindungi diri mereka sendiri. Membunuh diri ialah tindakan membenci dan menyakiti diri sendiri, dan merupakan penampilan yang tidak rasional. Membunuh diri bermaksud tiada keberanian untuk bertahan dalam hidup dan merupakan kebenaran bagi orang yang lemah. Augustinus berkata: “Membunuh diri ialah orang yang kalah yang kehilangan keberaniannya.” Oleh itu, membunuh diri ialah tindakan tidak bermoral yang bertentangan dengan kehendak Tuhan dan merupakan perbuatan jahat bagi orang tidak percaya.

5. Euthanasia

“Ethanasia” adalah untuk menghapuskan kesakitan fizikal dan tekanan jiwa pesakit, dan mengakhiri hidup pesakit dengan cara yang bermaruah dan tidak menyakitkan. Pesakit yang menghidapi penyakit yang membawa maut atau mendapat kecederaan yang tidak dapat disembuhkan, atau pesakit yang dalam keadaan vegetatif berterusan tanpa kemampuan eksperi dan kesedaran, atau bayi yang cacat dan sakit, kelangsungan hidup mereka hanya ditangguhkan untuk waktu yang lebih lama dan mereka tidak dapat disembuhkan. Lebih baik jika hidupnya ditamatkan. Adakah rawatan ini dianggap bermoral?

Berdasarkan kebenaran dalam Alkitab,  nyawa diciptakan dan diberikan oleh Tuhan dan nyawa tidak boleh dihapuskan. Hanya apabila nyawa yang lain terancam, orang yang mengancam itu boleh dihapuskan. Oleh itu, hukuman mati ialah undang-undang yang ditetapkan dalam keadaan keperluan. Bagi pesakit yang tidak dapat disembuhkan, walaupun dia menyebabkan keletihan pada saudara-mara dan ahli keluarga yang menjaganya, namun dia tidak semestinya menimbulkan ancaman serius atau bahaya pada kehidupan orang lain. Melaksanakan “euthanasia” terhadapnya tidak boleh dianggap sebagai bermoral.

Manusia mempunyai tanggungjawab terhadap nyawa kerana nyawa ialah hak asasi manusia. Manusia bukan sahaja harus menghargai nyawa mereka sendiri, tetapi juga harus melindungi nyawa orang lain. Pesakit yang sakit kronik, atau pesakit yang dalam keadaan vegetatif berterusan yang cedera parah dan tidak dapat diselamatkan, atau bayi yang cacat dan sakit, mereka juga berhak untuk hidup. Dengan alasan “untuk meringankan penderitaan pesakit” dan “untuk mengurangkan kesakitan dan masalah jagaan”, pesakit memutuskan untuk mati lebih awal, atau diputuskan oleh orang lain (keluarga atau doktor) bahawa dia tidak lagi mahu dirawat, tetapi mahu mati secara semula jadi, atau mati disebabkan oleh ubat, kematian ini tidak sesuai dengan kehendak Tuhan dan tidak bermoral.

Sekiranya “euthanasia” dilaksanakan berdasarkan permintaan orang yang berkaitan, tindakan ini boleh dikatakan sebagai cara lain untuk membunuh diri. Jika “euthanasia” dilaksanakan dengan permintaan ahli keluarga, tindakan ini boleh dianggap sebagai melepaskan tanggungjawab menjaga, dan juga merupakan tindakan membunuh. Hakikatnya, pembunuhan ialah jenayah dan tidak bermoral, kecuali untuk mempertahankan diri dan demi keadilan.

 

PERIHAL ETIKA SEKSUAL

Seks ialah fikiran Tuhan yang indah. Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan menurut gambar dan rupa-Nya, menetapkan perkahwinan untuk manusia supaya kedua-dua jantina dapat menjadi satu, dan memberkati manusia untuk beranak-cucu dan bertambah banyak. Oleh itu, kehidupan seks suami isteri adalah digalakkan kerana boleh membawa kepada berkat kelahiran.

Seks itu indah, dan kehidupan seks perkahwinan merupakan penampilan kasih. Kasih antara jantina adalah terhad kepada suami isteri sahaja. Sistem perkahwinan yang ditetapkan oleh Tuhan ialah sistem monogami. Nabi memberitahu kita: “Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya.” (Mal 2:15). Kasih adalah tidak menunjukkan keberatan kepada pihak yang lain, tetapi menjaga diri daripada orang lain sepenuhnya. Penulis Kidung Agung menyamakan pengantin yang dikasihinya sebagai “kebun tertutup dan mata air termeterai” (Kid 4:12).

“Lelaki dan perempuan dewasa harus berkahwin”. Perkahwinan ialah perkara penting dalam kehidupan, dan seharusnya sedemikian. Oleh itu, pada pendapat Paulus, mengingat bahaya percabulan, baiklah setiap laki-laki mempunyai isterinya sendiri dan setiap perempuan mempunyai suaminya sendiri. Selepas berkahwin, suami isteri harus saling mengasihi, memenuhi keperluan seksual antara satu sama lain, dan tidak boleh menolak dengan sengaja (1 Kor 7:1-5). Kehidupan berkahwin yang normal dapat menjamin etika seksual yang baik. Perintah “Jangan berzinah” adalah untuk melindungi kesucian perkahwinan. Manusia memiliki gambar dan rupa Tuhan, dan keperibadian mereka adalah mulia. Oleh itu, masing-masing harus mengambil seorang perempuan menjadi isteri sendiri dan hidup di dalam pengudusan dan penghormatan, bukan di dalam keinginan hawa nafsu, seperti yang dibuat oleh orang-orang yang tidak mengenal Allah. Karena inilah kehendak Allah: pengudusanmu, yaitu supaya kamu menjauhi percabulan (1 Tes 4:3-5).

1. Keperawanan sebelum berkahwin

Hubungan seks sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Alkitab. Ketika Yusuf mengetahui bahawa Maria mengandung dari Roh Kudus, dia menyangka Maria bukan perawan, “tidak mau mencemarkan nama isterinya di muka umum, ia bermaksud menceraikannya dengan diam-diam.” (Mat 1:18-19). Nampaknya, hubungan seks sebelum berkahwin tidak diizinkan oleh hukum Taurat Perjanjian Lama. Hubungan seks sebelum berkahwin bukan sahaja menyebabkan kehilangan keindahan dan keharmonian kehidupan seks perkahwinan, tetapi juga mengabaikan keberkatan perkahwinan pada rumah tangga. Kehilangan keperawanan sebelum berkahwin juga sering menyebabkan kecurangan setelah berkahwin kerana konsep akhlak moral yang lemah, mudah tergoda dan kurang kawalan diri.

“Sehingga keduanya itu menjadi satu daging” adalah memberi dan memperoleh dalam konteks saling mengasihi. Hal ini juga bermaksud bahawa perkahwinan yang bahagia hanya dapat menampung dua orang, dan tidak boleh ada campur tangan pihak ketiga. Oleh itu, “Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah.” (Ibr 13:4).

2. Perceraian dan perkahwinan semula

Terdapat hukum tentang menceraikan isteri dalam hukum Taurat Musa (Ul 24:1-4). Tuhan Yesus menjelaskan maksud perkahwinan. Dia terutama menekankan maksud asal penciptaan Tuhan dan dengan sesungguhnya menyatakan: “apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia”. Perkahwinan itu suci dan kekal, dan perceraian adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Hukum tentang perceraian dalam hukum Taurat ialah: “Karena ketegaran hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula tidaklah demikian.” (Mat 19:3-9).

Perceraian dilarang oleh Tuhan, tetapi tidak dilarang sama sekali. Perceraian dibenarkan dalam keadaan yang sangat terhad. Alasan yang munasabah untuk perceraian hanya “zina” (Mat 5:32; 19:9) kerana zina pada dasarnya merosakkan hubungan perkahwinan yang unik. Pandangan Paulus mengenai perceraian adalah: “Tetapi kalau orang yang tidak beriman itu mau bercerai, biarlah ia bercerai; dalam hal yang demikian saudara atau saudari tidak terikat. Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera.” (1 Kor 7:15). Jika salah seorang ialah orang yang “tidak percaya”, maka perkahwinan itu bukan disatukan oleh Tuhan, dan perpisahannya tidak penting. Paulus menekankan bahawa perceraian hanya dalam keadaan yang terpaksa, “Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera”. Tentang perkahwinan semula setelah bercerai, Yesus berfirman: “Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zinah, lalu kawin dengan perempuan lain, ia berbuat zinah.” (Mat 19:9). Sekiranya satu pihak tidak berzina, dan bercerai kerana percabulan pihak lain, perkahwinan semula dibenarkan. Perceraian ialah tragedi rumah tangga yang bukan sahaja menyebabkan penderitaan (kehidupan dan psikologi) bagi kedua-dua pihak pada masa depan, tetapi juga menyebabkan anak-anak menderita. Tuhan tidak mendorong manusia untuk bercerai, tetapi menghalang perceraian secara aktif.

Perkahwinan itu berkekalan dan saling mengasihi. Perkahwinan tidak boleh dihentikan separuh jalan kecuali kerana kematian. Pandangan Paulus tentang perkahwinan semula ialah: “Kalau suaminya telah meninggal, ia bebas untuk kawin dengan siapa saja yang dikehendakinya, asal orang itu adalah seorang yang percaya.” (1 Kor 7:39). “Karena itu aku mau supaya janda-janda yang muda kawin lagi, beroleh anak, memimpin rumah tangganya dan jangan memberi alasan kepada lawan untuk memburuk-burukkan nama kita.” (1 Tim 5:14).

3. Isu kawalan kelahiran

Perkahwinan ialah sistem yang dibentuk oleh kemurahan akal budi Tuhan. Kehidupan seks pasangan suami isteri adalah digalakkan. Penyatuan dua jantina lalu membawa kepada kelahiran anak merupakan fenomena semula jadi. Kawalan kelahiran adalah untuk mencegah terjadinya kehidupan dan merupakan sejenis rancangan keluarga. Kawalan kelahiran dalam situasi berikut adalah salah:

  • Kawalan kelahiran demi zina, melampiaskan hawa nafsu sambil mengelak daripada tanggungjawab

Kita tahu bahawa hubungan seks di luar perkahwinan ialah dosa. Mencegah akibat dosa dengan cara kawalan kelahiran (menggunakan kondom atau pil kontraseptif) adalah lebih berdosa.

  • Kawalan kelahiran dengan motif kepentingan diri ialah dosa

Onan tidak mahu mewarisi balu abangnya, tidak mahu melaksanakan tanggungjawab keluarga (membangkitkan keturunan bagi abangnya) lalu mencegah kelahiran (setiap kali ia menghampiri isteri abangnya itu, ia membiarkan maninya terbuang). Tetapi yang dilakukannya itu adalah jahat di mata TUHAN, maka TUHAN membunuh dia (Kej 38:8-10). Menginginkan keselesaan peribadi, tidak mahu membesarkan anak-anak, dan mengabaikan tanggungjawab keluarga demi kerjaya ialah tingkah laku mementingkan diri sendiri.

Kawalan kelahiran ialah rancangan keluarga. Sama seperti menanam buah-buahan dan sayur-sayuran dan memelihara ternakan, hasil yang lebih baik mungkin diperoleh jika kawalan kelahiran dilakukan secara berperancangan. Kawalan kelahiran boleh dipertimbangkan dalam situasi berikut:

  1. Atas sebab kesihatan (penyakit fizikal), tidak sesuai mempunyai anak.
  2. Perancangan keluarga. Persiapkan fizikal, mental dan ekonomi setelah berkahwin. Tangguhkan sedikit masa untuk perihal melahirkan anak.

Kelahiran ialah proses semula jadi, dan kawalan kelahiran juga harus dilakukan degan kaedah semula jadi. Kaedah yang paling ideal adalah dengan mempunyai kawalan yang bersesuaian dalam kehidupan seksual. Semua kaedah tiruan yang sangat bertentangan dengan alam semula jadi atau memudaratkan kesihatan tubuh dan minda harus dielakkan.

4. Hubungan seksual yang tidak normal

Perkahwinan adalah suci dan sebarang hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan adalah tidak normal dan bertentangan dengan kehendak Tuhan. Hukum Taurat Perjanjian Lama mempunyai ketetapan yang jelas (Im 18 dan 20). Dalam dua fasal ini, terdapat dua jenis hubungan seksual yang tidak normal yang disebut secara khusus:

  • Homoseksual

(Im 18:22; 20:13). Karena itu suatu kekejian, keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati.

  • Manusia berkelamin dengan binatang

(Im 18:23; 20:15-16). Karena itu suatu perbuatan keji, pastilah ia dihukum mati, dan binatang itu pun harus dibunuh juga.

Asal-usul homoseksual sangat awal (Kej 19:5). Kota Sodom dimusnahkan oleh Tuhan kerana mereka jahat dan tidak setia. Kebelakangan ini, terdapat lebih banyak peristiwa homoseksual. Bahkan ada pasangan homoseksual di bandar Taipei meminta Presiden Chen Shui-bian menjadi saksi perkahwinan mereka. Sememangnya sangat tidak masuk akal. Homoseksual ialah dosa. Menurut hukum Taurat, dia harus dijatuhi hukuman mati (Im 18:22; 20:13). Perjanjian Baru juga menyatakan bahawa homoseksual ialah dosa yang serius (Rm 1:26-27; 1 Kor 6:9; 1 Tim 1:9-10).

RUT – MENGIKUTI DENGAN KASIH

RUT – MENGIKUTI DENGAN KASIH

 

WATAK DAN PERWATAKAN

Ketika iman kepercayaan umat Israel berada di sudut kemunduran yang gelap pada zaman hakim-hakim dalam Alkitab Perjanjian Lama, munculnya sebuah kisah yang mengharukan yang penuh dengan kegemilangan sifat manusia. Kisah ini merujuk kepada kitab ”Rut.” Kitab “Rut” bagaikan cahaya bintang pada malam yang gelap. Walaupun tidak dapat bersinar terang untuk menerangi seluruh bumi, namun cahayanya membuat orang dapat melihat keberadaannya dengan jelas dan merasakan keindahannya yang tenang. Kitab ini menceritakan kisah hangat yang penuh dengan kasih sejati dan kebaikan kepada segala bangsa di bumi secara terus-menerus dan untuk selama-lamanya.

Protagonis kisah ini iaitu Rut merupakan seorang wanita Moab yang berkahwin dengan orang Israel dan menjadi ahli keluarga Israel. Keluarga ini berpindah ke daerah Moab kerana kelaparan, dan Rut berkenalan dengan suaminya di sana lalu berkahwin. Bapa mertua, suami dan abang ipar dalam keluarga ini meninggal dunia satu demi satu lalu meninggalkan ibu mertua dan menantu-menantu perempuan yang kesepian dan kehilangan tempat bergantung. Kemudian, ibu mertuanya Naomi bersiap untuk pulang ke kampung halamannya di Betlehem. Demi kebaikan kedua-dua menantu perempuannya, dia memutuskan untuk menyuruh mereka pulang ke daerah Moab manakala dia pula pulang ke kampung halamannya secara bersendirian. Menantu perempuan yang lebih tua pun pulang dalam segala keengganan walaupun tidak sampai hati, tetapi menantu perempuan yang lebih muda iaitu Rut berkeras dan bertekad untuk tidak meninggalkan ibu mertuanya. Ibu mertuanya Naomi pun membawanya ke Betlehem setelah melihat bahawa hatinya telah diputuskan. Setelah pulang ke kampung halamannya, dia bergantung pada Rut yang memungut bulir-bulir jelai untuk kelangsungan hidup. Seorang lelaki kaya tempatan, Boas terharu dengan perbuatan baik Rut dan mengambil inisiatif untuk membantunya dan memperlakukannya dengan baik, sehingga kedua-dua ibu mertua dan menantu perempuan itu tidak perlu risau tentang kekurangan dalam hidup. Situasi ini berterusan sampai musim menuai jelai dan gandum telah berakhir, dan Rut tinggal bersama ibu mertuanya selama itu. Walaupun Rut berkeras untuk tinggal bersama ibu mertuanya bagi menjaganya, namun Naomi tidak pernah berhenti merancang untuk kebahagiaan Rut. Selepas tempoh pemerhatian ini, Naomi menyedari bahawa Boas ialah pasangan yang sesuai untuk Rut dan menyampaikan rancangannya kepada Rut. Rut patuh dan terima cadangan ibu mertuanya tanpa keberatan. Rut menyatakan niatnya untuk berkomitmen kepada Boas sesuai dengan cara yang diberitahu oleh Naomi. Boas seorang yang jujur ​​dan penuh dengan kasih. Walaupun dia juga inginkan Rut menjadi isterinya, namun dia tetap membiarkan saudara terdekat keluarga Naomi memilih untuk melepaskan hak menikahi Rut menurut ketetapan hukum Taurat. Akhirnya, dia dapat mengahwini Rut sebagai isteri secara sah.

Rut mengikuti ibu mertuanya kerana kasih. Tindakan ini membuatkannya dapat mengikuti Boas yang pengasih dan akhirnya termasuk dalam silsilah dinasti Daud. Hal ini memberikan kesudahan yang sempurna dan indah bagi kisah kitab Rut.

 

RENUNGAN DAN PERKONGSIAN IMAN KEPERCAYAAN

Walaupun kitab “Rut” hanyalah sebuah kisah Alkitab yang pendek, tetapi kisah ini menonjolkan kasih dan perasaan sejati yang sempurna di dunia. Hal ini membuat orang tidak berasa jemu semasa membaca kitab ini sebaliknya semakin berasa menarik. Dalam Alkitab Perjanjian Baru, Yesus memberikan perintah baru kepada kita iaitu supaya kita saling mengasihi (Yoh 13:34). Pada perintah baru inilah tergantung seluruh hukum dan hukum Taurat (Mat 22:40). Perintah ini juga merupakan prinsip panduan tertinggi bagi penyempurnaan rohani kita sebagai orang Kristian pada hari ini. Prinsip ini pernah direalisasikan dalam kitab “Rut” pada zaman hakim-hakim dalam Alkitab Perjanjian Lama. Oleh itu, daripada ikutan kasih Rut, marilah kita belajar cara menjalani kehidupan yang penuh dengan kasih dan menonjolkan daya hidup Kristus yang luar biasa dalam diri kita daripada kehidupan yang biasa, umpama mutiara-mutiara indah yang begitu anggun dan tidak ternilai harganya untuk selama-lamanya.

A. Ikutan Rut ialah hasil daripada daya penggerak kasih

“Saling mengasihi” merupakan interaksi dua arah, termasuk sesama manusia dan antara manusia dengan Tuhan, ada pengorbanan dan respons, sehingga dapat menghasilkan kekuatan “pendaraban positif”. Adalah dipercayai bahawa pengorbanan Rut juga merupakan respons terhadap interaksi kasih ini. Tetapi Naomi berkata: “Pulanglah, anak-anakku, mengapakah kamu turut dengan aku? Bukankah tidak akan ada lagi anak laki-laki yang kulahirkan untuk dijadikan suamimu nanti? Pulanglah, anak-anakku, pergilah, sebab sudah terlalu tua aku untuk bersuami. Seandainya pikirku: Ada harapan bagiku, dan sekalipun malam ini aku bersuami, bahkan sekalipun aku masih melahirkan anak laki-laki, masakan kamu menanti sampai mereka dewasa? Masakan karena itu kamu harus menahan diri dan tidak bersuami? Janganlah kiranya demikian, anak-anakku, bukankah jauh lebih pahit yang aku alami dari pada kamu, sebab tangan TUHAN teracung terhadap aku?” (Rut 1: 11-13). Kedua-dua menantu perempuan menangis dengan suara keras ketika dia berkata demikian. Keprihatinan dan kasih Naomi yang tidak mementingkan diri sendiri terhadap kedua-dua menantu perempuannya sangat mengharukan Rut. Naomi lebih rela menghabiskan sisa hidupnya secara berseorangan daripada melengah-lengahkan kebahagiaan kedua-dua menantu perempuannya. Tindakan ini sebaliknya membuatkan Rut lebih nekad untuk mengikutinya! Dalam hubungan sesama manusia, kita memerlukan daya penggerak kasih. Daya penggerak ini berasal daripada “saling mengasihi”. Daya penggerak ini bukannya pengorbanan atau permintaan yang membabi buta, tetapi saling mendorong. Contohnya, jika seorang anak telah terbiasa dengan kasih sehala daripada ibu bapanya sejak dia kecil lagi dan tidak berpeluang belajar mengasihi orang lain, dia akan berasa tertekan dan panik bagai jampuk kesiangan hari ketika dia perlu memberikan kasihnya. Dia tidak tahu cara untuk menyatakan / meluahkan kasihnya. Oleh itu, belajar untuk “saling mengasihi” dapat memberi lebih banyak motivasi kepada kita untuk mengasihi. Pada hari ini, apakah kita juga mengikuti Kristus kerana daya penggerak kasih? Atau kerana tidak berdaya? Sekiranya terdapat lebih banyak interaksi kasih dalam hubungan kita dengan Tuhan Yesus, kita akan sering dapat merasakan kasih Tuhan dengan mendalam, dan kita akan sering berusaha untuk berkorban lebih banyak bagi Tuhan. Dengan itu, hubungan kita dengan Tuhan akan menjadi semakin teguh dan perjalanan ke syurga akan menjadi semakin praktikal.

B. Rut mengikuti kerana kasih lalu tidak takut dengan kesusahan / penderitaan

Memang bukan suatu perkara yang mudah bagi Rut untuk hidup di negeri asing bersama dengan ibu mertuanya. Hal ini terutamanya apabila seorang perempuan bangsa asing seperti Rut yang perlu memikul tanggungjawab mencari rezeki berseorangan dan hanya bergantung pada memungut bulir-bulir jelai untuk menyara kehidupan keluarganya. Masalah persekitaran sebenar yang dihadapinya (Rut 2:9,15,16) juga lebih sukar. Rut tidak mengeluh tentang kesusahan hidup kerana dia boleh bersabar demi kasihnya (1 Kor 13: 4). Kesabaran ini bukanlah kesabaran yang menekan rasa tidak puas hati sendiri, tetapi yang sanggup bertahan demi ibu mertua yang dikasihi. Hanya kesabaran semacam ini sahaja yang akan kekal dan tidak akan berubah untuk selama-lamanya. Setelah Rut memutuskan untuk mengikuti ibu mertuanya, dia tidak menunjukkan sebarang kekesalan dalam kehidupan yang susah ini. Tentu sekali, kita tidak dapat mengetahui samada dia ada kekesalan dalam hatinya daripada catatan Alkitab, tetapi yang pasti ialah tidak ada kekesalan dalam pengorbanan kasih. Hal ini sama seperti Kristus yang mengorbankan tebusan nyawa-Nya untuk menyelamatkan hidup manusia, walaupun manusia tidak layak untuk menerimanya. Kerana kasih, Dia sabar dengan penghinaan manusia; kerana kasih, Dia tekun memikul salib; kerana kasih, Tuhan tidak menyesali kasih karunia dan panggilan-Nya (Rm 11:29). Kita boleh menderita untuk saudara-mara dan rakan-rakan kita tanpa berkira bahkan secara rela hati kerana kita mengasihi orang-orang ini. Oleh itu, dengan teori yang sama, sama ada kita boleh menderita demi Kristus, kuncinya terletak pada kedalaman kasih kita kepada Tuhan. Yesus berkata, “Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak dapat menjadi murid-Ku.” (Luk 14: 26,27). Oleh itu, kasih kepada Tuhan ialah syarat yang perlu bagi umat Kristian mengikuti Tuhan supaya kita tetap dapat bertahan dengan hati yang sukacita apabila kita menghadapi ujian penderitaan dan bersedia bersabar bahkan tidak pernah menyesal untuk selama-lamanya. Jika kita boleh menderita kerana mengasihi Tuhan dan menganggapnya sebagai makanan tambahan, kita dapat memperoleh ganjaran pertumbuhan daripada penderitaan / kesusahan yang dihadapi.

C. Rut mengikuti kerana kasih lalu taat sepenuhnya

Naomi merancang untuk Rut dengan mengatur perkahwinan kedua baginya. Naomi meminta Rut mengambil inisiatif untuk pergi ke tempat pengirikan Boas pada waktu malam dan menunjukkan kesediaannya untuk berkomitmen kepada Boas. Ketika dia menyampaikan ideanya kepada Rut, Rut berkata: “Segala yang engkau katakan itu akan kulakukan.” (Rut 3:5). Berdasarkan catatan bahawa Boaz memanggil Rut sebagai “anakku” dan dia berkata kepada Rut, “engkau tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin maupun yang kaya”, pasti ada jurang antara usia dia dengan Rut. Berdasarkan keperibadian Boas yang jujur dan reaksi yang tidak disangka-sangka ketika dia mengetahui bahawa Rut bersedia untuk berkomitmen, kita dapat mengetahui bahawa mereka berdua tidak mempunyai niat tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, kesudian Rut untuk berbuat sesuai dengan cadangan ibu mertuanya juga adalah kerana kepercayaan kasihnya. Dia percaya dengan kasih ibu mertuanya terhadapnya. Dia percaya bahawa pandangan dan keputusan Naomi tidak akan salah, dan pasangan yang diaturkan untuknya pastilah orang yang terbaik dan paling tepat.

Ketaatan umat Kristian pada kehendak Tuhan ialah penampilan iman. Dengan iman, kita percaya bahawa kasih Tuhan pastinya tidak akan mencelakakan kita dan percaya bahawa keputusan Tuhan selamanya tidak akan salah dan kita boleh bersandar sepenuhnya kepada-Nya. Secara relatifnya, ketaatan kepada kehendak Tuhan juga ialah penampilan kasih kepada Tuhan. Seperti kata-kata Musa kepada umat Israel: “Maka sekarang, hai orang Israel, apakah yang dimintakan dari padamu oleh TUHAN, Allahmu, selain dari takut akan TUHAN, Allahmu, hidup menurut segala jalan yang ditunjukkan-Nya, mengasihi Dia, beribadah kepada TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu, berpegang pada perintah dan ketetapan TUHAN yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, supaya baik keadaanmu.” (Ul 10:12,13). Oleh itu, orang yang benar-benar mengasihi Tuhan pastinya akan mentaati Tuhan sepenuhnya. Hal ini kerana tidak ada alasan untuk memberontak dalam kasih sejati dan tidak ada unsur pelanggaran dalam kasih murni. Kedua, saudara saudari dalam geraja harus saling tunduk (1 Ptr 5:5). Tindakan ini juga merupakan hasil daripada kasih pada gereja dan kasih kepada Tuhan. Bukan yang kuat yang menjadi kepala dalam gereja, tetapi Kristuslah yang menjadi kepala. Selagi sesuatu keputusan itu tidak ada hubungannya dengan kebenaran keselamatan, kita boleh menyelaraskan atau bahkan bertoleransi dengannya, supaya tubuh Kristus dapat dibangun dalam kasih (Ef 4:12,13).

D. Rut mengikuti kerana kasih lalu bersetuju sepenuhnya

Ketika Naomi meminta Rut pulang ke kampung halamannya, Rut menjawabnya dengan tegas. Kata Rut: “Janganlah desak aku meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikuti engkau; sebab ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ jugalah aku bermalam: bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku.” (Rut 1:16). Kata-kata ini nyata sekali menunjukkan kesungguhannya untuk mengikuti Naomi. Kata-kata ini juga menunjukkan bahawa dia bersedia untuk menerima prasyarat untuk mengikuti, iaitu persetujuan penuh. Rut bersetuju dengan segala sesuatu tentang Naomi, termasuk kampung halamannya, negaranya, rakan senegaranya, kehidupannya, adat istiadat serta budaya asing dan lain-lain lagi. Oleh itu, dia harus membuat penyesuaian dan perubahan dalam banyak aspek kehidupannya, bahkan boleh dikatakan bahawa itu ialah pengorbanan.

Dari sini, kita memikirkan persamaannya dengan hubungan suami isteri. Kedua-duanya berasal daripada persekitaran pertumbuhan yang berbeza dan mempunyai keperibadian yang berbeza sama sekali. Keperibadian mereka telah menjadi tetap selepas dibentuk selama 20 hingga 30 tahun. Namun setelah kedua-duanya disatukan, mereka perlu mula bekerjasama antara satu sama lain dalam membuat penyelarasan dan penambahbaikan. Kerja ini ialah sebuah projek yang besar. Walau bagaimanapun, demi kasih, kedua-duanya dapat bersetuju dengan pihak yang lain secara rela hati untuk mengubah diri sendiri dan akhirnya mencapai titik keseimbangan. Demikianlah latihan kasih. Oleh itu, memang masuk akal bagi beberapa ahli psikologi Kristian mengemukakan konsep “teori pengudusan perkahwinan”. Perkahwinan dengan Kristus di tengah-tengahnya dapat membolehkan seseorang melenyapkan keperibadian dan intipati buruknya yang terbentuk dalam keluarga yang disebut sebagai “keluarga asli”, terus cenderung ke arah “menjadi kudus” dalam latihan penyempurnaan rohani, dan memenuhi kehendak Tuhan yang telah ditetapkan dalam setiap orang Kristian.

Jika melihat hubungan kita dengan Tuhan, mereka yang mengasihi dan mengikuti Tuhan pasti akan bersetuju dengan segala yang datang daripada Tuhan, termasuk kehendak Tuhan, ujian Tuhan, perbuatan Tuhan dan gereja Tuhan. Oleh itu, Paulus berkata: “Sebab kasih Kristus yang menguasai kami, karena kami telah mengerti, bahwa jika satu orang sudah mati untuk semua orang, maka mereka semua sudah mati. Dan Kristus telah mati untuk semua orang, supaya mereka yang hidup, tidak lagi hidup untuk dirinya sendiri, tetapi untuk Dia, yang telah mati dan telah dibangkitkan untuk mereka.” (2 Kor 5:14,15). “Tidak lagi hidup untuk dirinya sendiri” boleh dirujuk sebagai bersetuju sepenuhnya dengan Tuhan. Tindakan ini juga merupakan respons yang dibuat oleh mereka yang dikuasai dengan kasih Tuhan. Adakah kita mempunyai respons seperti itu?

E. Rut mengikuti kerana kasih lalu menerima berkat yang besar

Rut mengahwini keluarga Naomi lalu menerima kepercayaan mereka. Dia melihat perbuatan Tuhan melalui Naomi. Pada masa yang sama, dia merasai kasih Tuhan daripada kasih Naomi. Akhirnya, dia menerima kasih karunia dan berkat yang berkelimpahan daripada Tuhan kerana rancangan Naomi. Dia bukan hanya mendapat suami yang baik, tetapi juga dimasukkan ke dalam sejarah Alkitab Perjanjian Lama dan silsilah dinasti Daud sehingga generasi-generasi kemudian dapat menyanyikan dan mengingatinya untuk selama-lamanya.

Rut mengikuti dengan kasih dan akhirnya mendapat kesudahan yang baik. Kesudahan baik ini ialah ganjaran daripada Tuhan, tetapi prasyaratnya adalah dengan mengenal Tuhan. Oleh itu, kasih manusia adalah sia-sia jika tidak memasuki kasih karunia Tuhan. Hanya tahu mengasihi manusia tetapi tidak mengenal Tuhan juga tidak dapat menyempurnakan anugerah keselamatan Tuhan. Firman kayu salib merangkumi dua aspek iaitu mengasihi manusia dan mengasihi Tuhan. Mengasihi Tuhan ialah asas manakala mengasihi manusia pula ialah hasilnya. Sekiranya tidak ada asas, bagaimana ada hasil? “Karena kamu telah menyucikan dirimu oleh ketaatan kepada kebenaran, sehingga kamu dapat mengamalkan kasih persaudaraan yang tulus ikhlas, hendaklah kamu bersungguh-sungguh saling mengasihi dengan segenap hatimu.” (1 Ptr 1:22). Kasih yang didirikan di atas dasar kebenaran ialah kasih yang sejati, abadi dan diberkati.

Selain itu, Naomi ialah sebab penting bagi berkat Rut. Hal ini sama seperti kita sebagai umat Kristian yang merupakan kunci utama bagi keselamatan dan berkat dunia. Kita semua ialah saksi Tuhan, seperti orang-orang kudus zaman-berzaman yang disebutkan dalam kitab Ibrani (Ibr 12:1). Kita menggunakan hidup kita yang singkat untuk menjadi saksi yang terindah sehingga orang di sekeliling kita dapat mengenal Tuhan yang benar kerana kita. Dalam kalangan orang yang tidak percaya, kita selamanya merupakan pemimpin rohani yang membolehkan dunia mengikuti Tuhan Yesus dan memasuki jalan keberkatan kerana kita.

PERBANDINGAN ANTARA AGAMA KRISTIAN DENGAN AGAMA BUDDHA

PERBANDINGAN ANTARA AGAMA KRISTIAN DENGAN AGAMA BUDDHA

 

PENDAHULUAN

Agama Kristian, Buddha dan Islam disenaraikan sebagai tiga agama utama di dunia. Agama-agama ini mempunyai pencapaian realistik dan potensi dalaman masing-masing yang tidak boleh diabaikan tidak kira dalam aspek perkembangan sejarah, penciptaan bertamadun, pencapaian seni, mahupun doktrin dan panduan hidup. Dalam sejarah lepas, pertempuran politik dan kejutan budaya antara agama Kristian dengan agama Islam lebih kerap berlaku. Dalam abad-abad kebelakangan ini, pencerobohan wilayah dan serangan doktrin antara agama Kristian dengan agama Buddha telah menjadi isu utama dalam dunia keagamaan.

Sebagai umat Kristian yang berada dalam persekitaran yang berbilang agama dan kepercayaan yang kacau-bilau di Taiwan, kita ada keperluan untuk mengenal pasti perbezaan asas antara agama Kristian dengan agama lain, memahami kebenaran Alkitab dan mengenali kesalahan agama lain supaya dapat memperkuat asas kepercayaan kita. Dengan itu, kita dapat menjelaskan erti kehidupan yang sebenar kepada pemercaya agama-agama lain dan memimpin lebih banyak orang meninggalkan kepalsuan dan kembali kepada kebenaran.

Artikel ini terutamanya membandingkan perbezaan asas antara agama Kristian dengan agama Buddha. Agama Kristian dan agama Buddha masing-masing mempunyai konotasi yang kaya dan sejarah yang panjang. Tema dan skop yang boleh dibandingkan adalah sangat luas iaitu bermula dari pengedaran geografi, sistem organisasi, gaya budaya, hubungan politik dan agama ke ciri-ciri pakaian, kaedah ibadah, peraturan diet, peralatan keagamaan dan lain-lain. Namun jika dilihat dari segi perbandingan kepercayaan, idea utama dan teori doktrin kedua-dua agama ini harus dianggap sebagai pusat perbandingan. Idea utama dan teori doktrin ini juga merupakan teras dalam memahami perbezaan antara kedua-dua agama tersebut. Oleh itu, dalam ratusan tahun kebelakangan ini, banyak sarjana membuat perbandingan dari segi klasik, watak, tema doktrin, dan konsep teras. Namun kebanyakannya merupakan karya akademik manakala kritikan tentang iman kepercayaan adalah sangat kurang. Artikel ini bermaksud menjadikan tuntutan Alkitab sebagai asas dan mengkritik dari perspektif iman kepercayaan untuk membezakan iman kepercayaan itu benar atau palsu dan kebenaran itu betul atau salah.

 

ISI KANDUNGAN

Pada abad ketujuh SM, Shakyamuni mengasaskan agama Buddha di semenanjung India dengan ajaran asas seperti Tiga Corak Umum (Tilakkhana) (Catatan 1), Empat Kebenaran Mulia (Cattari Ariya Saccani) (Catatan 2), Jalan Mulia Berunsur Delapan (Catatan 3), dan Dua belas Nidana / Hukum Sebab-Musabab (Paticcasamuppada) (Catatan 4). Selepas perkembangan selama ratusan tahun, kedua-dua mazhab Exotoric Buddhism dan Esoteric Buddhism tersebar ke arah selatan dan timur. Mazhab-mazhab lain turut bertapak di Asia Tenggara, Tibet, China, dan Jepun lalu menghasilkan banyak mazhab Buddha pada hari ini. Terdapat perbezaan yang besar antara agama Buddha primitif dengan agama Buddha pada hari ini. Namun secara umumnya, tidak kira mazhab Mādhyamaka dan Yogācāra pada awal zaman di India, mazhab Tiantai dan Huayan di China, dan mazhab Pure Land Buddhism dan Zen Buddhism yang popular pada hari ini, semuanya masih berdasarkan ideologi Sakyamuni. Topik-topik yang disenaraikan dalam jadual berikut akan dibandingkan dan dibincangkan.

 

AGAMA

KONSEP

BUDDHA KRISTIAN
TEORI FITRAH MANUSIA Teori kebaikan Teori kejahatan
KONSEP IMAN KEPERCAYAAN Teori kesedaran Teori penyelamatan dan penebusan
KONSEP KETUHANAN Ateisme Monoteisme
KONSEP ALAM SEMESTA Teori Pratiyasamutpada Teori penciptaan
KONSEP KEHIDUPAN Teori samsara Teori satu hayat
KONSEP DESTINASI AKHIR Teori Nirvana Teori syurga

 

1. TEORI FITRAH MANUSIA

Agama Buddha tidak ada artikel khas yang membincangkan isu fitrah manusia. Namun, teori “Buddha-dhātu” (Buddha-nature) ialah isu utama dalam teori Buddha. Agama Buddha berpendapat bahawa segala makhluk hidup (Catatan 5) (manusia merupakan salah satu makhluk hidup) mempunyai sifat Buddha. Sifat Buddha (Buddha-nature) adalah suci dan tidak tercemar, tidak berselindung dan tidak ada keresahan. Walaupun tidak ada permulaan (anadikala), sifat Buddha disembunyikan di sebalik āgantuka kejahilan (Avidyā) (Catatan 6) dan menimbulkan kekeliruan, namun hal ini tidak memudaratkan kebaikan semula jadi. Sifat semula jadi seseorang masih baik dan terang di samping kuasa autonomi dirinya tidak akan rosak, cacat, atau mati kerana kejahilan. Maksudnya, sifat manusia tidak hanya naif dan baik, tetapi juga mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan diri daripada kejahatan dan mendekati kebaikan.

“Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang telah berbuat dosa.” (Rm 5:12). Alkitab menyatakan bahawa sejak berdosa, manusia bukan hanya kehilangan cahaya terang Tuhan, tetapi sifat manusia telah mengalami kebejatan lalu mati sehingga mustahil baginya untuk melepaskan diri. Manusia dicipta menurut kehendak Allah dan sifat manusia pada asalnya adalah baik. Namun selepas berbuat dosa, sifat manusia bukan sahaja terikat dengan dosa secara luaran bahkan dirinya telah kehilangan sifat semula jadi dan kemampuan. Oleh itu, sifat manusia tidak lagi baik bahkan tidak berdaya untuk menjadi baik bagi mengembalikan semula wajah sebenar diri sendiri.

Jika dibandingkan antara keduannya, agama Buddha mengamalkan teori kebaikan manakala agama Kristian pula mengamalkan teori kejahatan. Walaupun kedua-dua agama ini mempunyai makna kebaikan (makna agama) yang berbeza, perbezaan antara kebaikan dengan kejahatan bagi kedua-duanya dapat ditentukan dengan melihat sama ada agama tersebut mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan diri. Menurut kenyataan ini juga, perbezaan antara agama yang bergantung pada diri sendiri dengan agama yang bergantung pada kekuatan luar dapat dibezakan.

2. TEORI IMAN KEPERCAYAAN

Tuntutan teori kebaikan membuatkan agama Buddha percaya bahawa manusia dikaburi dan ditarik oleh kejahilan lalu terjerumus ke dalam ketidaksedaran yang sia-sia dan mengecewakan di samping tersesat dalam dunia yang kotor dan tidak nyata. Sifat semula jadi yang sedar serta jelas dan sifat semula jadi Buddha iaitu sifat Buddha itu sendiri memiliki kemampuan kesedaran untuk menghilangkan ilusi dan mempersembahkan realiti serta menguraikan rahsia dan menghapuskan khayalan. Oleh itu, dalam proses kesedaran dan pemulihan yang berterusan, manusia boleh melepaskan diri daripada rintangan dengan bergantung pada kekuatan dalaman. Walaupun penganut Buddha juga menyembah Bodhisattva, namun sokongan Buddha dan Bodhisattva hanyalah sekadar bantuan. Manusia dapat dibebaskan kerana sifat Buddha yang menyelamatkan diri yang wujud dalam dirinya sendiri. Oleh itu, agama Buddha merupakan agama yang bergantung pada diri sendiri dan menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan penyelamatan daripada kuasa luar.

“Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.” (Ef 2:8-9). Setelah berdosa, manusia meninggalkan hadapan Tuhan kerana pengasingan dosa dan menjalani kehidupan yang tidak berpengharapan dalam dunia. Dengan kebobrokan sifat manusia, manusia telah kehilangan kemampuan untuk menyelamatkan diri sendiri. Walau bagaimanapun, kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, Firman itu telah menjadi manusia dan membuka jalan menuju ke kehidupan kekal. Dengan itu, manusia dapat diperdamaikan dengan Tuhan dengan bersandarkan penyelamatan dan penebusan Yesus Kristus melalui pembaptisan darah yang bernilai supaya dosa disucikan dan sifat semula jadi dipulihkan. Semua ini diperoleh dengan kasih karunia Tuhan dan diterima oleh iman manusia, bukan oleh sifat semula jadi dalaman ataupun amalan luaran. Oleh itu, agama Kristian menuntut bahawa manusia perlu bergantung pada kuasa penyelamatan dan penebusan luaran untuk melepaskan diri daripada dilema kehidupan.

3. TEORI KETUHANAN

Agama Buddha merupakan agama yang sangat berpegang pada teori Ateisme. Memandangkan manusia dapat dibebaskan dengan bergantung pada diri sendiri dan menjadi Buddha, maka seseorang tidak memerlukan tuhan yang mengatasi segalanya untuk menyelamatkannya. Semua Buddha dan Bodhisattva bukan tuhan. Buddha dan segala makhluk hidup (manusia) mempunyai sifat semula jadi yang sama. Mereka yang sesat ialah makhluk hidup dan mereka yang sedar ialah Buddha. Bak kata mereka, Buddha ialah makhluk hidup dan makhluk hidup ialah Buddha. Walaupun agama Buddha juga berbincang tentang tuhan, namun makna dan rujukannya sama sekali berbeza dengan makna Tuhan yang ditentukan oleh agama Kristian. Tuhan dalam agama Buddha ialah makhluk hidup dalam dunia yang fana. Mereka dipengaruhi oleh undang-undang karma dan mereka bereinkarnasi (samsara) dalam enam alam (ṣaḍgatīḥ,Six Realms of Rebirth) (syurga, manusia, asura, binatang, hantu lapar, neraka). Mereka tidak terlepas daripada kelahiran dan kematian, bahkan tidak memiliki kuasa untuk membalas kebaikan dan menghukum kejahatan serta tidak terima pemujaan daripada manusia.

“Firman Allah kepada Musa: “AKU ADALAH AKU.”” (Kel 3:14). Alkitab dengan jelas menyatakan kewujudan Tuhan. Tuhan adalah satu-satunya, tidak ada tuhan lain selain Dia. Tuhan mengatasi segalanya, maha mengetahui, maha baik dan maha berkuasa. Tuhan tidak berada dalam cakupan ruang dan masa, berada di luar kedua-dua penghujung kelahiran dan kematian. Tuhan ialah sumber kewujudan, sandaran nilai, standard kebaikan dan kejahatan. Tuhan juga Pencipta, Bapa kehidupan dan Juruselamat bagi manusia. Terdapat banyak hubungan antara Tuhan dengan manusia iaitu yang tidak terbatas dan yang terbatas, Pencipta dan yang diciptakan, Bapa dan anak, Juruselamat dan orang yang berdosa.

4. TEORI ALAM SEMESTA

Agama Buddha percaya bahawa semua yang berada di dalam alam semesta ialah hasil kuasa karma (Catatan 7) oleh peribadi dan karma kolektif (Catatan 7). Semua perkara muncul secara saling bergantung, saling menjadi sebab dan akibat, dinyatakan dalam hati dan berubah kerana tahu. Memandangkan semua undang-undang dibentuk oleh gabungan sebab-musabab, maka tidak ada kewujudan entiti (substance) yang tetap, tidak berubah dan kekal untuk selama-lamanya. Apabila sebab-musabab bergabung, objek atau dhamma akan muncul; apabila sebab-musabab dipisahkan, objek atau dhamma akan hilang. Oleh itu, semuanya tidak ada sifat diri sendiri, tidak benar dan sekadar khayalan iaitu yang disebut sebagai kepalsuan dan kekosongan (sunyata).

Keadaan alam semesta adalah sama dengan keadaan makhluk hidup dan manusia. Agama Buddha berpendapat bahawa manusia merupakan gabungan daripada lima agregat (skandha) (materialiti – rūpakkhandha, perasaan – vedanākkhandha, persepsi – saññākkhandha, pembentukan mental – sankhārakkhandha, kesedaran – viññanakkhanda). Tubuh manusia menjelma dan menjadi hidup kerana gabungan sebab-musabab. Apabila sebab-musabab lenyap pada kemudian hari, manusia tidak lagi hidup dan wujud. Maka, tidak ada entiti dalaman yang wujud secara kekal. Oleh itu, agama Buddha menafikan bahawa manusia (dan semua makhluk hidup) mempunyai roh jiwa yang kekal.

“Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.” (Kej 1:1). Segala sesuatu dalam alam semesta diciptakan oleh Tuhan dengan Firman melalui kuasa-Nya di samping mencipta kehidupan di atas segala makhluk hidup. Oleh itu, semua benda dan makhluk hidup adalah nyata dan bukannya kekosongan. Terdapat kuasa besar Tuhan yang menopang dan menguruskan operasi alam semesta, kelahiran dan kematian segala sesuatu, bahkan ada jagaan dan pimpinan Tuhan yang penuh kasih.

“Ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup.” (Kej 2:7). Manusia diciptakan oleh Tuhan dan wujud secara nyata lalu menjadi berlipat ganda. Dia juga mengurniakan roh dan jiwa yang tinggal di dalam tubuh manusia. Selepas manusia meninggal dunia, roh dan jiwa tetap wujud. Roh dan jiwa tidak binasa bersama dengan tubuh daging.

5. TEORI KEHIDUPAN

Agama Buddha mendakwa bahawa manusia ada tiga hayat: hayat masa lalu, hayat sekarang dan hayat yang akan datang. Karma permulaan kejahilan anadikala (tidak ada permulaan) menghasilkan balasan karma. Punca karma sejak zaman-berzaman ditambah dengan karma pembentukan mental dalam dunia ini akan menjadi hasil karma dalam hayat ini. Karma pembentukan mental yang tertentu pada masa kini ditambah dengan punca karma dalam hayat masa lalu akan menjadi punca karma bagi hayat yang akan datang. Oleh itu, dalam kitaran sebab-musabab yang tanpa pengakhiran dan tanpa henti ini, manusia (semua makhluk hidup) menderita reinkarnasi (samsara) dalam enam alam dalam balasan karma tiga hayat.

“Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi.” (Ibr 9:27). Kehidupan manusia diberikan oleh Tuhan. Hanya ada satu kehidupan, tidak ada kehidupan sebelumnya ataupun kehidupan akhirat. Pada permulaan kehidupan, Tuhan memberikan roh dan jiwa kepada tubuh daging lalu manusia hidup di dalam dunia. Selepas meninggal dunia, tubuh daging kembali kepada tanah manakala roh dan jiwa pula beristirahat sambil menantikan penghakiman hari kiamat.

6. TEORI DESTINASI AKHIR

Agama Buddha menganggap semua makhluk hidup menderita reinkarnasi (samsara) dalam enam alam iaitu berada dalam persekitaran yang menderita dan belum mendapat pembebasan. Oleh itu, mereka perlu bergantung pada faktor dalaman dan syarat luaran untuk terus memadamkan (terus menerus melampaui, meningkat lapisan demi lapisan) bahkan melenyapkan kejahilan lalu keluar daripada reinkarnasi (samsara) enam alam dan terlepas daripada penderitaan kitaran. Dengan itu, mereka dapat “sedar” dan “tahu” tentang pembebasan lalu memasuki nirvana dan mencapai tahap yang tertinggi hingga menjadi Buddha.

“Sebab saatnya akan tiba, bahwa semua orang yang di dalam kuburan akan mendengar suara-Nya, dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.” Iman kepercayaan dan tingkah laku manusia dalam kehidupan ini akan menentukan destinasi akhirnya pada kemudian hari. Selepas meninggal dunia, roh dan jiwa akan berada di Firdaus ataupun dunia orang mati / jurang maut sementara menunggu penghakiman hari kiamat. Apabila dunia berakhir, ketika Tuhan datang kembali, manusia akan bangkit dari antara orang mati oleh kuasa besar Tuhan. Orang-orang yang diselamatkan oleh Tuhan dan berpegang pada perintah serta mengamalkan firman akan dapat memasuki syurga untuk menikmati hidup kekal. Orang-orang yang tidak percaya dan melakukan kejahatan akan masuk ke neraka dan menerima hukuman yang kekal.

 

KRITIKAN

Bahagian di atas telah membandingkan agama Kristian dan agama Buddha dalam isu-isu yang tertentu. Berikut merupakan kritikan terhadap tuntutan agama Buddha:

  1. Teori Pratiyasamutpada menuntut bahawa segala undang-undang tidak mempunyai inti diri. Segala undang-undang ditetapkan dan dimusnahkan secara saling bergantungan. Tidak ada kewujudan yang abadi dan tidak ada hubungan atau kekuatan yang wujud untuk selamanya. Namun mereka juga menuntut bahawa “karma” ada untuk selama-lamanya. Walaupun karma pembentukan mental yang menghasilkan karma ini telah lama hilang, namun selagi karma itu belum selesai, karma itu akan selalu ada dan tidak akan pupus. Adakah karma tidak mempunyai kaitan dengan teori Pratiyasamutpada? Terdapat percanggahan besar antara teori Pratiyasamutpada dengan teori karma.
  2. Teori Pratiyasamutpada boleh membawa kepada teori anattā. Walau bagaimanapun, teori ini saling bercanggahan dengan konsep reinkarnasi (samsara) dan konsep nirvana. Memandangkan makhluk hidup (termasuk manusia) tiada inti diri, apakah itu reinkarnasi (samsara)? Apakah yang masuk ke dalam nirvana? Agama Buddha juga menuntut bahawa kebanyakan manusia hanya pergi ke samsara selepas empat puluh sembilan hari Dalam tempoh ini, roh dan jiwa orang mati boleh dialihkan (dibebaskan daripada penderitaan neraka). Apa yang dialihkan jika manusia tiada inti diri? Apakah sasaran (objek) reinkarnasi (samsara) dan peralihan? Selain itu, jika mereka menuntut bahawa tidak ada subjek reinkarnasi (samsara), apakah hubungan antara inti diri dalam hayat ini dengan hayat masa lalu dan hayat masa depan? Mengapakah inti diri dalam hayat ini perlu menanggung hasil karma bagi hayat masa lalu? Jika tidak ada kaitan antara keduanya, bagaimanakah teori balasan karma dapat dibentuk? Jika tidak ada kaitan antara keduanya, maka saya boleh berbuat apa saja dengan bermaharajalela dalam hayat ini memandangkan akan ada “bukan inti diri saya” dalam hayat akan datang yang menanggung hasil karmanya. Bagiamanakah moraliti dapat dibentuk?
  3. Teori Pratiyasamutpada mengatakan bahawa segala undang-undang wujud secara saling bergantungan. Walaupun teori kejahilan digunakan untuk menjelaskan ilusi undang-undang yang nyata, namun gunung, sungai, matahari, bulan dan bintang memang wujud secara nyata. Semua ini tidak dapat dinafikan dengan teori idealisme. Tambahan pula, teori Pratiyasamutpada menafikan kewujudan “punca pertama” dalam permintaan rasional. Hal ini sama dengan tidak menjelaskan asal-usul segala sesuatu dalam alam semesta. Hakikatnya, teori Pratiyasamutpada hanya menyempurnakan, menyulitkan dan merasionalkan teori “segala sesuatu dalam alam semesta adalah wujud secara semula jadi”.
  4. Agama Buddha menuntut bahawa sifat manusia pada asalnya adalah baik menurut teori alam Buddha (Buddha-nature) dan boleh diselamatkan dengan bergantung pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, berdasarkan bukti empirik kuno dan moden serta kajian dalam dan luar negara, adalah mustahil bahawa manusia dapat mencapai tahap yang lengkap dan sempurna dengan bergantung pada diri sendiri. Mengakui ketidaksempurnaan dalam sifat diri manusia itu tidak akan merugikan nilai dan harga diri manusia. Seseorang yang benar-benar berani dapat menghadapi dan menerima dirinya dengan berani. Iman kepercayaan tidak perlu terletak pada teori kesempurnaan yang palsu. Iman kepercayaan mestilah merupakan Firman hidup yang boleh dirasai dan dibuktikan.

 

KESIMPULAN

Tujuan agama adalah untuk mencari kebenaran hidup dan memberitahu jalan keluarnya. Matlamat iman kepercayaan adalah membuat anjakan paradigma ke atas dilema kehidupan dengan cara yang betul dan kembali kepada sifat yang mengatasi segalanya.

Hanya ada satu kebenaran dalam hidup dan kita percaya bahawa petunjuk dalam Alkitab ialah kebenaran. Hal ini kerana kita memahaminya dalam kerasionalan dan membuktikannya dalam pengalaman. Kebenarannya, manusia diciptakan oleh Tuhan dengan debu tanah serta diberikan roh dan jiwa lalu menjalani kehidupan yang terhormat di hadapan Tuhan. Namun manusia kemudiannya dicelakakan oleh dosa sehingga dipisahkan daripada Tuhan, mengalami kebejatan sifat, terjerat dalam maut bahkan melalui masa-masa yang tidak berpengharapan, sia-sia dan tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, manusia dapat melangkah kembali ke dalam Firman hidup dan kembali ke tempat asal berdasarkan iman kerana adanya kasih karunia Tuhan dan penyelamatan Yesus.

Firman agama ialah firman yang mengatasi segalanya manakala perjalanan iman kepercayaan ialah perjalanan balik kampung. Kita hanya dapat menemukan kebenaran hidup manusia dalam Alkitab dan kembali ke rumah Bapa.

 

CATATAN

Catatat 1, Tiga Corak Umum (Tilakkhana): ketidakkekalan (Anicca;), ke-tiada-akuan (atau tanpa inti) (Anatta), penderitaan (Dukkha).

Catatan 2, Empat Kebenaran Mulia (Cattari Ariya Saccani): Kebenaran Mulia tentang penderitaan (Dukkha Ariya Sacca), Kebenaran Mulia tentang asal-usul penderitaan (Dukkha Samudaya Ariya Sacca), Kebenaran Mulia tentang lenyapnya penderitaan (Dukkha Nirodha Ariya Sacca), Kebenaran Mulia tentang jalan menuju lenyapnya penderitaan (Dukkha Nirodha Gaminipatipada Ariya Sacca).

Catatan 3, Jalan Mulia Berunsur Delapan: Pengertian Benar (samma-ditthi), Fikiran Benar (samma-sankappa), Ucapan Benar (samma-vaca), Perbuatan Benar (samma-kammanta), Pencarian Benar (samma-ajiva), Daya-upaya Benar (samma-vayama), Perhatian Benar (samma-sati), Konsentrasi Benar (samma-samadhi).

Catatan 4, Dua belas Nidana / Hukum Sebab-Musabab (Paticcasamuppada): Kejahilan / kebodohan (Avidyā), perbuatan / kamma (Sankhara), kesedaran (Vinanna), batin dan jasmani (Nama-Rupa), enam indra (Salayatana), kesan-kesan, perasaan (Vedana), nafsu keinginan (Tanha), kemelekatan (Upadana), proses tumimbal lahir / proses menjadi (Bhava), kelahiran kembali (Jati) dan ketuaan, kematian (Jara-Marana).

Catatan 5, makhluk hidup: Segala bentuk kehidupan dalam enam alam.

Catatan 6, kejahilan (Avidyā): Kesedaran yang palsu.

Catatan 7, karma: Tingkah laku, termasuk semua tingkah laku dalaman dan luaran dari segi badan, mulut dan fikiran.

Kuasa karma: merujuk kepada kesan tingkah laku.

Balasan karma: merujuk kepada pembalasan akibat tingkah laku.

Karma peribadi: merujuk kepada tingkah laku peribadi bagi semua makhluk hidup.

Karma kolektif: merujuk kepada tingkah laku terkumpul semua makhluk hidup.

PENGENALAN PERJANJIAN LAMA

PENGENALAN PERJANJIAN LAMA

WACANA UMUM

“Alkitab” boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. “Perjanjian” ini bermaksud: hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan dengan manusia untuk melaksanakan penyelamatan dan penebusan-Nya yang melepaskan umat manusia daripada belenggu dosa serta menunaikan janji-Nya kepada umat manusia (Ibr 8:6-13). Pada prinsipnya, hukum, fakta sejarah dan ayat suci yang dicatatkan sebelum kelahiran Tuhan Yesus secara kolektif disebut sebagai “Perjanjian Lama”, manakala apa-apa yang dicatatkan selepas kelahiran Tuhan Yesus disebut sebagai “Perjanjian Baru”. Tidak kira Perjanjian Lama atau Perjanjian Baru, kedua-duanya mempunyai kedudukan yang sama penting. Oleh yang demikian, kajian tentang kedua-dua perjanjian ini tidak boleh berat sebelah dengan hanya fokus pada Perjanjian Baru atau sebahagian daripadanya.

Terdapat 66 gulungan kitab dalam keseluruhan Alkitab. Perjanjian Lama mengandungi 39 gulungan kitab dan Perjanjian Baru mengandungi 27 gulungan kitab (3×9=27 supaya mudah diingat) dengan 1189 fasal dan 31173 ayat. “Penulis” keseluruhan kitab pula ada kira-kira empat puluh orang. Alkitab mengambil masa lebih daripada 1900 tahun untuk disiapkan. Walaupun jarak masanya adalah sangat jauh, namun kedua-dua Perjanjian ini mempunyai pemikiran pusat yang sama iaitu “penyelamatan dan penebusan.” Jika dilihat dari segi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, kitab Perjanjian Lama menunjukkan “Yesus Kristus” yang akan dilahirkan pada masa akhir. Oleh itu, kitab Perjanjian Lama bukan hanya merangkumi perihal kemanusiaan dan sejarah, bahkan nubuat dan perlambangan tentang Kristus boleh didapati di mana-mana sahaja. Maka, Perjanjian Lama boleh disebut sebagai bayangan dan cetak biru (blue-print) Kristus (penyelamat) masa depan. Sejarah, nubuat dan perlambangan yang tercatat di dalamnya semuanya mencerminkan “Yesus Kristus”. Perjanjian Baru pula merupakan pernyataan bagi wujud Kristus. Mula-mula sekali, empat gulungan kitab Injil yang pertama telah menjelaskan kehidupan dan ajaran Yesus. Catatan-catatan ini kemudiannya memberi manfaat kepada pembangunan gereja / jemaat dan pembentukan doktrin pada kemudian hari untuk membentuk skala kebenaran. Dengan itu, Injil yang menyelamatkan manusia juga telah berkembang. Oleh itu, setiap gulungan kitab dalam Perjanjian Baru juga menunjukkan “pembangunan gereja / jemaat“ sebagai pusat mesejnya. Maka, kita dapat melihat “skala penyelamatan Kristus”, “kedatangan semula Yesus pada hari kiamat” dan “cara menyambut kedatangan semula Kristus” daripada Perjanjian Baru.

Bagi sumber maklumat asal Alkitab, “Naskah Laut Mati” yang disimpan di Muzium Sejarah di Yerusalem boleh dikira sebagai sumber yang paling mempunyai maksud dan impak zaman-berzaman. Naskah ini merupakan manuskrip bagi seluruh Perjanjian Lama yang dituliskan dalam bahasa Ibrani dan dari tangan mazhab Essene (Essene Community) dalam agama Yahudi. Sebelum kedatangan Kristus ke dalam dunia, mereka memilih Qumran di Yudea di pantai barat Sungai Yordan sebagai tempat untuk menghindari kekacauan daripada banyak peraturan dan hukum dalam mazhab ortodoks. Kemudian, oleh sebab takut pada rampasan tentera Rom dan demi melindungi klasik kuno sepenuhnya daripada dirosakkan, maka semua rahib abdi digerakkan untuk menyalin ayat suci tersebut fasal demi fasal dengan menggunakan kulit domba yang mudah diperoleh pada waktu itu. Kulit domba susu atau kulit domba ini masih terpelihara dengan baik walaupun selepas lebih daripada dua ribu tahun kerana iklim yang sangat kering berhampiran Laut Mati. Selepas gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 31 SM, Qumran menjadi tempat reruntuhan yang terbiar. Keadaan ini membolehkan bahan-bahan bersejarah ini terpelihara dengan baik.

Penemuan skrol ini adalah dikatakan sedemikian: pada tahun 1947, seorang anak gembala Arab menemukan sebuah gua di atas tanah yang ditutupi rumput-rumpai dan batu-bata ketika mencari seekor domba yang hilang. Dia mendengar suara seramik yang jelas daripada gema lontaran batunya. Anak gembala itu masuk ke dalam gua untuk meninjau keadaan di dalamnya kerana rasa ingin tahu dan secara tidak sengaja menjumpai beberapa bekas setinggi dua kaki. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa dia telah menemukan harta karun kuno. Namun, dia berasa amat kecewa kerana selain beberapa keping duit syiling tembaga, semuanya merupakan gulungan kulit domba. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa penemuannya itu ialah kebenaran klasik yang memberi impak kepada generasi-generasi pada kemudian hari dan nilainya jauh lebih tinggi daripada emas dan perak di dalam dunia. Sejak berita tersebut tersebar, ahli sejarah, ahli arkeologi dan pegawai kerajaan yang berkenaan datang satu demi satu. Mereka menemukan 60 gulungan kulit domba dalam sebelas buah lubang yang berbeza. Bahagian dalamnya ditulis padat dalam bahasa Ibrani kuno. Hasil penemuan ini kemudiannya dianggap sebagai permata yang tiada tolok bandingnya oleh ahli sejarah dan ahli agama. Isi kandungannya merangkumi Perjanjian Lama, dan beberapa bahan sejarah yang berkaitan dengan Yesus iaitu sebelum Dia dilahirkan dan ketika Dia masih hidup.

 

SUNTINGAN SEJARAH

Sejarah yang berkaitan dengan umat pilihan Tuhan dan pelbagai hukum Taurat telah tersebar dalam kalangan masyarakat Yahudi untuk ribuan tahun. Maklumat-maklumat ini pernah menjadi tumpuan para sarjana agama. Jika diperhatikan, kita tidak hanya dapat melihat keunikan bangsa Ibrani dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Tuhan dalam kalangan mereka tetapi maklumat-maklumat ini juga membuatkan para ahli sejarah memberi perhatian khusus kepada bangsa Yahudi dan koleksi klasik mereka.

Menurut kajian Joseph, ahli sejarah Yahudi, kesimpulan yang diperoleh adalah seperti berikut: Tiga puluh sembilan gulungan kitab Perjanjian Lama telah disunting menjadi jilid sebelum tahun 400 SM. Kemudian, Alkitab bahasa Ibrani diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani iaitu Septuaginta yang menjadi terjemahan terkenal. Dengan kata yang lain, adalah dapat dipastikan bahawa kerja ini diselesaikan pada antara tahun 285 – 200 SM dengan terjemahan bersama oleh lebih daripada 70 orang ahli kitab Yahudi di Iskandariah, Mesir.

 

PEMBAHAGIAN KITAB PERJANJIAN LAMA

Jika melihat tiga puluh sembilan gulungan kitab dalam Perjanjian Lama, kita masih dapat melihat bahawa Perjanjian Lama disusun menurut kemajuan sejarah walaupun urutannya tidak disusun mengikut waktu sejarah, Berdasarkan sifat setiap gulungan, Perjanjian Lama dapat diklasifikasikan kepada empat kategori: kitab (kategori) Taurat, kitab (kategori) sejarah, kitab (kategori) hikmat dan kitab (kategori) nabi-nabi.

1. Kitab Taurat:

Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan.

2. Kitab sejarah:

Yosua, Hakim-hakim, Rut, 1&2 Samuel, 1&2 Raja-raja, 1&2 Tawarikh, Ezra, Nehemia, Ester.

3. Kitab hikmat:

Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhotbah, Kidung Agung.

4. Kitab nabi-nabi:

Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel, 12 kitab nabi kecil (Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi).

Kitab-kitab di atas dibahagikan mengikut susunan dalam Perjanjian Lama untuk memudahkan pemahaman dan ingatan. Berikut akan diperkenalkan satu persatu berdasarkan klasifikasi :

1. Kitab Taurat

Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan

     A. Panduan kitab Taurat

Kitab Taurat merangkumi: Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan. Secara umumnya, kitab-kitab ini dikenalpasti berasal daripada tulisan tangan Musa. Mungkin kerana Musa yang membentangkan hukum Taurat, maka kitab-kitab ini biasanya disebut sebagai Lima Kitab Musa. Berdasarkan urutan tahun penulisannya, adalah wajar bahawa lima kitab ini disenaraikan pada bahagian awal Alkitab.

Adalah sangat penting untuk dinyatakan bahawa: Iman kepercayaan dan kebiasaan orang Israel telah banyak dipengaruhi oleh lima kitab ini untuk ribuan tahun. Selepas awal abad pertama, Kerajaan Rom berkembang daripada sebuah negara yang memberikan penganiayaan yang paling teruk terhadap Yesus kepada sebuah negara yang menjadikan agama Kristian sebagai agama kebangsaan. Sejak itu, masyarakat Barat mengalami perubahan yang besar dan budaya Kristian menjadi asas budaya Barat selepas itu. Oleh itu, dari zaman Rom hingga ke negara-negara Barat zaman moden, Lima Kitab Musa boleh dikatakan telah menghasilkan fungsi-fungsi berikut: pencerahan akademik, rangsangan pemikiran dan mengilhami karya seni. Contohnya: pembentukan sistem keluarga (monogami); kebebasan, kesamarataan dan semangat persaudaraan; disiplin yang mematuhi undang-undang; perkembangan seni keagamaan (seni dan muzik) … dan lain-lain. Semuanya berasal daripada prinsip-prinsip hukum Taurat dalam Alkitab. Hal ini dapat memperlihatkan bahawa pengaruh Lima Kitab Musa kepada generasi seterusnya adalah sangat mendalam dan jauh. Secara tidak langsung, seluruh isi kandungan budaya mereka adalah berkait rapat dengan Alkitab dan tidak dapat dipisahkan daripada lingkungan lima gulungan kitab Taurat ini. Seterusnya akan diberikan pengenalan dan perbincangan ringkas mengenai isi kandungan ayat-ayat suci bahagian ini.

     B. Induksi kitab Taurat

Isi kandungan Lima Kitab Musa adalah sangat kaya dan mengandungi banyak artikel. Kita selalu mempunyai perasaan keliru ketika membacanya. Walau bagaimanapun, isi kandungannya boleh diringkaskan kepada dua aspek :

  •     Asal usul sejarah

Penciptaan langit dan bumi, asal-usul umat manusia, keruntuhan kerohanian dan rencana kemajuan keselamatan ada maksud yang kuat dalam kitab Taurat. Walaupun latar belakang sejarahnya terbatas di sudut Asia Barat, namun hal itu cukup untuk memperlihatkan asal usul peradaban manusia. Dari zaman kekacauan langit dan bumi hingga ke zaman air bah dan dari zaman kepala kaum / kepala suku hingga ke panggilan umat pilihan, masa yang telah diambil adalah lebih daripada tiga ribu tahun. Terdapat kesinambungan yang terperinci mengenai asal usul dan pembentukan budaya tempatan. Semua ini cukup untuk dikaji oleh generasi akan datang.

  •     Pembentukan hukum Taurat

Kepercayaan agama, Sepuluh Firman, undang-undang moral, model korban… Semua ini merupakan ciri-ciri kitab Taurat dan boleh dibahagikan kepada tiga perkara secara ringkas: a. hukum ibadah (garis panduan ritual), b. hukum moral (garis panduan kelakuan), c. hukum kebersihan (garis panduan ketahiran). Hukum-hukum ini merupakan sebab Lima Kitab Musa disenaraikan dalam kitab Taurat. Perlu diperhatikan bahawa sebahagian besar hukumnya telah digunakan sehingga ke era Perjanjian Baru dan belum ditinggalkan oleh orang-orang Yahudi sehingga menjadi perintis kepada masyarakat yang diperintah oleh undang-undang.

 2. Kitab sejarah

Yos, Hak, Rut, 1 Sam, 2 Sam, 1 Raj, 2 Raj, 1 Taw, 2 Taw, Ezr, Neh, Est.

     A. Panduan kitab sejarah

Kitab sejarah merangkumi: Yosua, Hakim-hakim, Rut, Samuel (1&2), Raja-raja (1&2), Tawarikh (1&2), Ezra, Nehemia, Ester.

Alkitab dianggap sebagai klasik kuno tentunya kerana keterangan sejarahnya yang merupakan bahagian yang sangat penting. Beberapa gulungan kitab sejarah ini bukan sahaja mencatatkan tamadun kemanusiaan dan tempat-tempat bersejarah dari zaman kuno hingga zaman-berzaman bangsa Ibrani, tetapi juga menjadi bukti kepada nubuat-nubuat nabi. Antaranya melibatkan dari masa memasuki Kanaan, zaman hakim-hakim, masa mengangkat raja lalu membentuk kerajaan politik dan diperpanjangkan hingga ke zaman perpecahan kerajaan dan kemusnahan kerajaan selatan dan utara. Secara khususnya, ketiga-tiga kitab Ezra, Nehemia dan Ester bahkan meliputi sejarah penawanan selepas kemusnahan negara sendiri dan sejarah kepulangan umat. Semua sejarah ini mempunyai maksud kontemporarinya.

     B. Induksi kitab sejarah

Sejarah (terutamanya sejarah Israel) merupakan satu catatan bertulis mengenai peradaban manusia. Kepentingan keberadaannya bukan hanya dalam pemeliharaan bahan-bahan sejarah tetapi yang lebih penting ialah kita perlu mengambil pengajaran dan inspirasi daripada arkib sejarah untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali. Oleh itu, dengan mensintesis maklumat-maklumat primitif daripada beberapa gulungan kitab sejarah Perjanjian Lama ini, terdapat beberapa maksud yang berbaloi untuk direnungkan :

  • Baik dan jahat pasti dibalas

Pasti ada fenomena sosial miskin, kaya, mulia dan hina dalam sepanjang zaman. Walau bagaimanapun, dapat dilihat daripada kitab-kitab ini bahawa tidak kira raja yang terhormat ataupun rakyat biasa yang miskin dan hina, semuanya dipelihara dalam prinsip “alang berjawab, tepuk berbalas”. Orang baik takut akan Tuhan, melakukan perbuatan yang benar pada mata Tuhan dan berpegang pada hukum Taurat Tuhan. Sebaliknya, orang jahat melakukan perbuatan yang jahat pada mata Tuhan dan meninggalkan amaran nabi-nabi. Bagi raja negara dan ketua keluarga khususnya, perkataan dan perbuatan mereka sama ada baik atau jahat mempunyai hubungan mutlak dengan kemajuanan dan kejatuhan sesebuah masyarakat dan keluarga. Oleh itu, Perjanjian Lama merupakan sebidang cermin bagi tingkah laku manusia supaya dunia dapat benar-benar menyedari bahawa sebab dan akibat pembalasan terletak pada Tuhan tetapi ditentukan dengan pilihan tingkah laku manusia. Tentu sekali ada pembalasan bagi kebaikan dan kejahatan. Tuhan merupakan Yang Mahakuasa yang menolak yang jahat dan memilih yang baik. Bolehkah dunia tidak berbuat baik supaya takut akan-Nya?

  •  Mengawasi terang dan gelap

Nilai ilmu sejarah bergantung sepenuhnya pada ketepatan fakta sejarah yang dicatatkan. Semua yang dilakukan oleh manusia dalam dunia di tempat tersembunyi bukan sahaja diawasi oleh Tuhan tetapi juga akan diungkapkan dalam terang. Maksudnya, kejahatan orang baik ataupun kebaikan orang jahat sama sekali tidak akan diabaikan oleh Tuhan. Kewibawaan Alkitab dalam hal ini adalah sukar untuk dilawan dengan buku-buku sejarah umum. Alkitab dapat menjadi objektif (tidak dipengaruhi oleh perasaan) dan adil dengan gerakan dan penilaian Tuhan Yang Mahakuasa dan Mahatahu. Oleh itu, ketulenan Alkitab bukan sahaja tidak boleh diragui bahkan boleh dijadikan sebagai kewaspadaan dan dorongan umat Kristian.

  •  Keadilan dan rahmat / belas kasihan

Keadilan Tuhan membuatkan orang baik tidak dapat memuji dirinya dan menjadi congkak manakala orang jahat pula tidak dapat mencari kemujuran. Walau bagaimanapun, rahmat / belas kasihan-Nya memberi peluang kepada orang jahat untuk kembali ke pangkal jalan dan berkenan kepada Tuhan. Dalam keadaan yang sukar untuk membezakan antara benar dengan salah dan keruntuhan akhlak manusia, Tuhan tetap berpegang pada prinsip-Nya yang tidak berubah. Dia menjelaskan kehendak-Nya melalui pena dan mulut para nabi. Dalam sejarah yang merupakan kitaran berterusan bagi kesalahan dan pertaubatan umat manusia, kita terpelihara dalam kebenaran yang diakui oleh Tuhan. Dalam hukuman yang adil dan rahmat / belas kasihan kepada orang yang bertaubat, kita dapat menyedari tentang sifat Tuhan dan jejak-jejak masa.

 3. Kitab hikmat

Ayb, Mzm, Ams, Pkh, Kid

     A. Panduan kitab hikmat

Kitab hikmat merangkumi lima gulungan kitab iaitu Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhotbah, dan Kidung Agung. Mazmur, Amsal dan Ayub membincangkan teori takut akan Tuhan dan menjadi seorang manusia melalui kaedah nyanyian, kata-kata mutiara dan slanga. Bahasanya indah dan jarang didapati dalam kesusasteraan umum. Gaya bahasa setiap kitab adalah berbeza dengan karya umum dan boleh dikatakan bahawa setiap gulungan kitab ini unik. Fokus kitab Pengkhotbah adalah pada falsafah hidup manusia manakala Kidung Agung pula membayangkan kesatuan Tuhan dan manusia melalui kasih antara suami isteri. Kelima-lima gulungan kitab ini disebut sebagai kitab hikmat dalam Perjanjian Lama ataupun Lima Kitab Nyanyian.

     B. Induksi kitab hikmat

Nampaknya kelima-lima gulungan kitab ini ada isi kandungan yang tersendiri dan tidak ada keperluan untuk menghubungkaitkan isi kandungannya. Walau bagaimanapun, semuanya adalah mengenai falsafah hidup manusia dan pengalaman iman kepercayaan. Oleh itu, isi kandungannya boleh diringkaskan seperti berikut:

  • Teori takut akan Tuhan dan menjadi seorang manusia

Penulis-penulis lima kitab ini meliputi raja yang mempunyai kemuliaan dan kekayaan, ada juga yang mempunyai pengalaman kaya dan miskin serta kehidupannya diuji. Apabila mereka merenung kembali dan menyedari erti kehidupan, mereka akhirnya memahami bahawa: Siapakah yang dapat berkuasa ke atas dirinya sendiri? Siapakah yang dapat mengatur langkahnya sendiri? Hanya Penguasa yang kekal itu. Dia mahu manusia benar-benar kembali ke dalam orbit takut akan Tuhan dan mengasihi manusia. Dengan itu, manusia akan dapat menghabiskan perjalanan dengan aman dan selamat walaupun perjalanannya sukar.

  • Maksud sebenar diuji

Kehidupan manusia bak lautan pahit. Memandangkan telah dilahirkan, maka manusia seolah-olah tidak berdaya apabila berhadapan dengan ujian hidup. Namun Tuhan ada kehendak yang indah iaitu supaya manusia dapat berfikir, belajar dan menjadi matang dalam penderitaan. Di samping itu, manusia dapat mengenali niat Tuhan yang merancang secara sengaja melalui latihan penderitaan.

  • Kesia-siaan di bawah matahari

Ketika semua makhluk hidup di bawah matahari sibuk mengejar kebendaan secara terburu-buru, orang yang berhikmat sudah dapat melihat bahawa semuanya ialah kesia-siaan. Tidak ada sesuatu yang baru di bawah matahari. Tidak kira menikmati segala kemegahan, kekayaan dan kehormatan ataupun menderita segala sengsara, kita semua akhirnya hanyalah terjerat dengan keinginan. Dalam zaman kenikmatan boleh didapati di mana-mana dan lelaki perempuan saling berkasih-kasihan, rasa takut akan Tuhan merupakan asas kehidupan. Kehidupan yang sebenar hanya dapat dinikmati jika kehidupan itu dibina di atas dasar iman kepercayaan.

  • Teori saling mengasihi

Walaupun ada penderitaan di dalam dunia dan hidup manusia akhirnya menjadi sia-sia, namun tetap ada maksud dan nilainya apabila Tuhan menempatkan manusia di atas pentas dunia. Tetapi sejauh manakah manusia dapat memahaminya? Walaupun tidak mudah untuk difahami, namun kita masih harus memainkan peranan yang datang cuma sekali ini dengan baik. Oleh itu, dalam menghadapi kehidupan manusia, Tuhan kita memberitahu kita melalui orang-orang yang berhikmat pada zaman kuno bahawa kita harus pandai menghargai kehidupan, menikmati segala usaha yang dilakukan dengan jerih payah dan menikmati hidup dengan isteri. Tuhan mahu kita usahakan semua ini dalam kehidupan yang sia-sia. Kehidupan antara suami isteri juga menyatakan kebenaran tentang Tuhan bersatu dengan manusia iaitu membentuk keluarga duniawi dan keluarga rohani dengan takut akan Tuhan dan saling mengasihi.

4. Kitab nabi-nabi

Lima kitab nabi besar, dua belas kitab nabi kecil

     A. Panduan kitab nabi-nabi

Kitab nabi-nabi secara umumnya dibahagikan kepada kitab nabi besar dan kitab nabi kecil berdasarkan panjang karya. Kitab nabi besar meliputi: Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel. Kitab-kitab ini digelar sebagai lima kitab nabi besar. Selebihnya terdapat dua belas gulungan kitab yang disebut sebagai dua belas kitab nabi kecil: Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi.

Gerakan nabi-nabi bermula pada zaman Samuel dan terus meluas hingga ke generasi-generasi yang kemudian. Semua penulis yang muncul dalam kitab nabi-nabi ada  masa mereka yang tersendiri. Hal ini kerana Tuhan memilih dan memanggil mereka daripada kalangan umat pilihan zaman-berzaman. Tuhan membuatkan pada nabi menjadi golongan yang mahir tentang kehendak Tuhan atau terima penyataan daripada-Nya di samping menjadi jurucakap Tuhan. Kemudian, mereka menyeru, memberi peringatan, menasihati, menghibur dan memberi petunjuk kepada umat melalui lisan dan tulisan. Dalam zaman purba, mereka digelar sebagai nabi, pelihat, abdi Allah, hamba Tuhan dan orang yang penuh roh. Mereka merupakan satu kumpulan yang dibangkitkan oleh Tuhan ketika raja ataupun imam mengingkari firman. Mereka dipilih tanpa mengira identiti, usia, jantina atau bangsa. Tuhan memilih, memanggil mereka secara langsung dan secara tidak langsung, dan ada juga yang menjadi nabi dengan bernazar. Sebagai pelayan Tuhan, semua yang dimaklumkan oleh mereka ialah kehendak Tuhan.

Jarak masa dari nubuat nabi hingga ke masa penggenapannya ada yang mengambil masa sesingkat tiga, lima hari atau satu, dua bulan dan ada pula yang mengambil masa selama puluhan, ratusan bahkan ribuan tahun. Contohnya: mengangkat raja dan membentuk kerajaan, menyediakan bahan-bahan dan mendirikan bait suci, kemusnahan dan pemulihan kerajaan, kelahiran Mesias dan lain-lain lagi. Jika nubuat Tuhan tidak digenapi satu persatu, maka kitab nabi-nabi bukan sahaja kehilangan maknanya tetapi kebolehpercayaan Alkitab juga akan diragui. Hal ini tentu sekali ya. Kitab nabi-nabi khasnya memberi penekanan secara khusus bahawa: Daripada pembentukan kerajaan, kemusnahan kerajaan hingga kepada pemulihan kerajaan, walaupun perubahan bagi umat yang dipilih oleh Tuhan tidaklah kecil, namun semuanya itu adalah kerana umat meninggalkan ketetapan, peraturan, hukum dan perintah Tuhan sehingga kuasa kerajaan merosot ke tahap yang tidak terkendali. Namun, setelah genap waktu yang telah ditentukan, umat akhirnya kembali ke tempat yang kudus lalu mendirikan semula rumah / bait kudus dan membaikpulih kota kudus. Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan ketepatan dan kebolehpercayaan nubuat nabi serta membuktikan nubuat yang datang daripada Tuhan bahkan membuatkan manusia tidak boleh tidak mengagumi perbuatan Tuhan yang ajaib.

     B. Induksi kitab nabi-nabi

Peranan nabi dalam zaman Perjanjian Lama ialah memaklumkan nubuat dan kehendak yang dinyatakan oleh Tuhan kepada mereka supaya umat pilihan memahami mesej yang disampaikan oleh Tuhan dari atas kepada semua orang. Kesudahan bagi umat yang memberontak dan ilham teori ketuhanan selepas itu dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Kejahatan umat yang memberontak

Permulaan bagi kitab nabi-nabi ialah teguran Tuhan terhadap pemberontakan umat pilihan dan mendakwa kejahatan mereka. Malang sekali, selepas raja Uzia, umat pilihan tetap enggan menerima nasihat nabi dan tetap berbuat sesuka hati mereka. Kesalahan bagi kejahatan-kejahatan yang disebarkan dalam kitab nabi-nabi adalah tidak terbilang. Contoh: berhala di seluruh negara, mempersembahkan persembahan yang sia-sia, menindas anak yatim dan janda, hanya tertuju kepada pengejaran untung, bersukaria dalam kemewahan, bergaul dengan bangsa asing … Tuhan berkali-kali memberi amaran dan nasihat melalui nabi-nabi. Namun malangnya, umat yang dikasihi oleh Tuhan ini tetap telinga tempayan, meninggalkan perintah Tuhan, memungkiri perjanjian garam yang diikat oleh Tuhan dengan mereka lalu menimbulkan murka Tuhan.

  •  Situasi sengsara umat pilihan ditawan

Ketika semua orang dipenuhi dengan dosa dan kejahatan, nabi memberi amaran awal kepada mereka. Umat ini menyembah segala berhala yang keji, persembahkan darah anak-anak kepada berhala dan melakukan segala kekejian. Tentu sekali hukuman Tuhan akan menimpa mereka. Oleh itu, semua kitab nabi-nabi terus-menerus memberi amaran kepada mereka bahawa Yerusalem akan diruntuhkan, biji-bijian menjadi kering di dalam tanah, wadi menjadi kering dan Tuhan menjungkirbalikkan kota-kota Yerusalem. Lebih menyedihkan lagi, orang-orang kudus akan ditawan oleh bangsa asing, tempat yang kudus menjadi sunyi sepi, negara yang mulia menjadi tempat yang suram dan maut menelan umat yang memberontak. Walau bagaimanapun, umat Israel tetap menjadikan kejahatan sebagai trend. Adakah beberapa gulungan kitab nabi-nabi ini juga memberikan peringatan penting kepada gereja rohani?

  •  Nubuat tentang kelahiran Mesias

Selama kita membincangkan nubuat tentang kelahiran Mesias dalam Perjanjian Lama, semuanya akan memerhatikan kitab nabi besar Yesaya. Kitab Yesaya merupakan satu gulungan kitab agung yang bernubuat tentang riwayat Mesias yang diurapi. Sebenarnya, nubuat ini juga tersebar dalam kitab nabi-nabi yang lain: Mikha bernubuat tentang tempat kelahiran Kristus, Zakharia mencatatkan harga Kristus dijual, penyesalan Yudas dan wang ini diberikan kepada penuang logam, gembala dibunuh sehingga domba-domba tercerai-berai… Catatan-catatan ini menunjukkan kedudukan khusus kitab nabi-nabi dalam kerja penyelamatan dan penebusan pada kemudian hari. Ayat-ayat suci ini juga terus-menerus dipetik oleh Kristus dan para rasul. Hal ini tidak boleh diabaikan dalam mengkaji kitab nabi-nabi.

  •  Keadilan dan rahmat / belas kasihan Tuhan

Keadilan Tuhan adalah kerana pernyataan kuasa dan luahan naluri-Nya. Keadilan Tuhan juga membuatkan umat Israel, bangsa asing pada ketika itu dan bangsa-bangsa dalam setiap generasi tahu dan faham bahawa: Tuhan melayan manusia dengan keadilan. Segala bangsa, suku bangsa dan bahasa perlu bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing. Ketetapan-ketetapan, peraturan-peraturan, perintah-perintah dan hukum-hukum Tuhan merupakan piawaian bagi seluruh alam semesta. Jangan sesekali mengingkarinya dengan sesuka hati. Dia tidak menjadikan kebaikan sebagai yang jahat dan tidak menjadikan kejahatan sebagai yang baik. Sekalipun Yerusalem dan Samaria, siapakah yang dapat melarikan diri daripada kesalahannya? Walau bagaimanapun, seperti yang diminta oleh nabi dan pemazmur, selepas murka-Nya, Tuhan tetap melayan umat-Nya dengan rahmat / belas kasihan. Dia menenangkan yang sedih, membalut yang luka, mengumpulkan semula yang bercerai-berai dan membasahi semula yang kering. Tuhan tidak membuang umat-Nya. Dia pasti melawat mereka dengan kemurahan dan kasih. Mesej-mesej ini juga dicatatkan dalam kitab nabi-nabi.

  •  Bangsa asing akhirnya pasti akan dihukum

Walaupun ketika umat pilihan berada dalam keruntuhan akhlak, bangsa-bangsa asing seperti Aram, Filistin, bahkan Edom, Moab dan Mesir pada kemudian hari menjadi duri yang menusuk lambung, jerat bagi dosa dan kejahatan serta cambuk atau cemeti dan tongkat yang memukul umat Israel. Ketika orang-orang kudus menderita kerana dosa, orang-orang ini bergendang paha di samping maju mentertawakan, menghina dan menindas umat pilihan yang berada dalam kesusahan. Bagaimanakah Tuhan dapat melepaskan mereka dengan senang atas kejahatan mereka yang memberatkan tanggungan ke atas umat pilihan? Mereka sama seperti cambuk / cemeti yang memukul anak yang dipatahkan lalu dibuang. Tuhan melayan bangsa-bangsa asing ini dengan kekerasan kerana Tuhan juga menyesal atas hukuman yang dijatuhkan ke atas umat pilihan. Pengalaman ini juga merupakan perbezaan antara umat pilihan dengan bangsa-bangsa asing. Namun, pernahkah orang-orang kudus memahami rencana kerelaan Tuhan?

  •  Umat yang ditawan / umat pembuangan mahu pulang

Tuhan tidak mempunyai murka yang selama-lamanya terhadap umat pilihan-Nya. Selain menghukum dosa dan kejahatan mereka, Tuhan juga terus-menerus berjanji bahawa umat yang ditawan / umat pembuangan ini mempunyai harapan pulang ke rumah. Walaupun negara mereka telah binasa, namun seorang raja akan membebaskan mereka tujuh puluh tahun kemudian. Janji Tuhan ini pasti dan rancangan-Nya juga ajaib. Pada masa yang sama, Tuhan telah menunaikan janji-Nya pada akhir gerakan nabi dengan membuatkan umat pilihan yang mengembara di tempat lain pulang secara berkumpulan. Hal ini menyatakan kasih setia dan rahmat / belas kasihan Dia serta menjadi bukti yang terbaik bagi nubuat nabi-nabi.

  •  Khemah Daud didirikan semula

Treler ini agung dan merupakan deklarasi sepanjang zaman. Daud ialah raja yang hebat dalam hati umat pilihan dan juga merupakan hero bangsa yang disegani oleh mereka terutamanya Mesias akan datang daripada keturunannya. Mereka mengharapkan kemakmuran yang pernah mereka miliki dapat muncul semula. Tuhan memaklumkan umat-Nya melalui para nabi bahawa kerajaan ini bukanlah kerajaan yang mereka fikirkan. Khemah Daud yang bakal didirikan semula oleh-Nya ialah pernyataan anugerah keselamatan pada akhir zaman. Oleh itu, penglihatan-penglihatan ini bukan sesuatu yang difahami oleh umat Israel. Hanya kita sebagai orang Israel sejati yang berdiri di belakang sejarah yang dapat melihat maksud sebenar tentang “mendirikan semula Khemah Daud”.

  •  Bangsa-bangsa berduyun-duyun ke gunung Tuhan

Perjanjian Tuhan dan janji-janji-Nya selalu menjadi tema utama dalam bidang teologi. Walaupun pemikiran bangsa Israel sempit iaitu mereka berfikir bahawa mereka merupakan bangsa yang diam tersendiri dan dipilih secara khusus, namun mereka terus-menerus menghasilkan tingkah laku yang memberontak. Sebaliknya, Tuhan menyatakan kepada semua generasi melalui para nabi bahawa anugerah keselamatan adalah universal, tangan kudus-Nya yang penuh kasih pasti akan memeluk bangsa-bangsa, menyelamat dan menebus seluruh umat manusia. Oleh itu, sejak awal kitab nabi-nabi lagi, Yesaya tidak henti-henti menyeru bahawa bangsa pasti akan berduyun-duyun ke gunung Tuhan, gunung tempat rumah Tuhan akan berdiri tegak di hulu gunung-gunung dan menjulang tinggi di atas bukit-bukit, sebab dari Sion akan keluar pengajaran dan firman Tuhan dari Yerusalem. Dia sendiri akan menjadi gembala lalu mengumpulkan bangsa kudus-Nya dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan. Akhirnya, seperti yang dikatakan oleh nabi Maleakhi: “Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.” (Mal 4:5-6).

PENGENALAN HERMENEUTIK ALKITAB

PENGENALAN HERMENEUTIK ALKITAB

PENGENALAN

Definisi

Hermeneutik Alkitab ialah sains seni yang mengkaji tafsiran Alkitab yang betul. Hermeneutik Alkitab juga merupakan undang-undang dalam mengkaji dan menafsir Alkitab.

Tujuan

Untuk berterus terang memberitakan perkataan kebenaran (2 Tim 2:15).

  1. Berusaha sedaya upaya untuk mencari niat asal penulisan bagi penulis-penulis yang lama dari segi masa dan jauh dari segi tempat daripada kita.
  2. Untuk berkomunikasi antara pembaca dengan para penulis Alkitab dalam menyampaikan perbezaan pemikiran yang disebabkan oleh bahasa, budaya, sejarah, latar belakang geografi dan lain-lain.

 

Kepentingan

  1. Dapat menghalang daripada terhasilnya prejudis dalam iman kepercayaan kita (Yoh 1:21-25, Luk 7:24-28).
  2. Mengelakkan kita daripada menjadi ekstremis yang keras kepala dan berat sebelah terhadap aspek kebenaran yang tertentu.
  3. Menolong pemercaya agar tidak diperdaya oleh ajaran sesat zaman akhir (Ef 4:13-14).
  4. Menerangkan firman Tuhan, membangun jemaat dan memulihkan iman kepercayaan (Neh 8:9, 1 Kor 14:5,26).
  5. Menjelaskan rahsia Injil, memimpin orang kembali kepada Tuhan, memajukan Injil (Kis 8:26-40).
  6. Bebas daripada kesilapan “menghukum orang yang tidak bersalah” (Mat 12:7).

 

Pembahagian

Kategori Hermeneutik Alkitab boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Hermeneutik umum atau peraturan umum hermeneutik. Sesuai digunakan untuk mana-mana bahagian dalam Alkitab yang memerlukan penjelasan.
  2. Hermeneutik khas. Digunakan untuk persoalan khas yang unik untuk beberapa gaya bahasa khas dalam Alkitab. Contohnya perumpamaan, nubuat, penyataan, mazmur dan lain-lain.

 

Syarat bagi jurutafsir Alkitab

  • Syarat dari segi kerohanian (1 Kor 2:13-15)
    1. Telah dilahirkan kembali daripada air dan Roh.
    2. Mempunyai keghairahan dalam mengejar firman Tuhan.
    3. Selalu mempunyai penghormatan yang mendalam terhadap Tuhan.
    4. Mempunyai sifat lemah lembut, rendah hati, dan sabar.
    5. Tahu bersandarkan pimpinan dan ajaran Roh Kudus.
  • Syarat dari segi pendidikan
    1. Harus ada asas pendidikan asas yang moden dan baik.
    2. Ada pengetahuan asas tentang sejarah, falsafah dan sastera.
    3. Terlatih dalam bidang teologi.
    4. Ada pemikiran yang tangkas dan kaya dengan pengetahuan.

 

Peraturan

Sebelum menafsir Alkitab, terdapat beberapa syarat yang mesti dikenalpasti dan diikuti:

  1. Semua tulisan diilhamkan oleh Tuhan dan ada kewibawaan mutlak.
  2. Alkitab mempunyai prinsip tafsiran yang tersendiri. Asalkan kita menerapkan prinsip-prinsip ini dengan hati yang taat, kita pasti dapat menemukan maksud sebenar ayat suci.
  3. Perbincangan mengenai asal-usul Alkitab telahpun diselesaikan. Contohnya kita menganggap bahawa masa penulisan, penulis, serta latar belakang persekitaran, sosial, ekonomi, politik, dan budaya semasa penulisan dibuat telah dibincangkan sepenuhnya.
  4. Tujuan utama tafsiran adalah untuk mengetahui maksud asal penulis demi membina iman kepercayaan yang murni dan memperkaya kehidupan rohani.

 

PRINSIP HERMENEUTIK ALKITAB UMUM

Prinsip asas umum

1. Percaya bahawa Alkitab mempunyai kewibawaan yang tertinggi

Prinsip ini ialah permulaan dan pintu masuk bagi hermeneutik Alkitab. Alkitab selamanya merupakan piawaian yang tertinggi bagi iman kepercayaan dan kehidupan manusia (2 Tim 3:16-17, Yes 8:20).

2. Menafsir Alkitab berpandukan Alkitab merupakan kaedah penafsiran Alkitab yang terbaik

Alkitab merupakan komen yang terbaik bagi Alkitab kerana bagi kitab Tuhan, satu pun dari semua makhluk itu tidak ada yang ketinggalan dan yang satu tidak kehilangan yang lain (Yes 34:16).

3. Bimbingan Roh Kudus amat diperlukan dalam proses menafsir Alkitab

Alkitab dituliskan dengan Roh Tuhan yang memberi ilham kepada manusia. Oleh itu, hanya Roh Kudus sahaja yang dapat menyelidiki intipatinya (1 Kor 2:9-12, Yoh 14:26, 16:13).

4. Harus memahami bahawa Alkitab merangkul kebenaran Tuhan dengan pemikiran manusia

Tuhan mahu menyampaikan kehendak-Nya kepada manusia. Kehendak itu mesti diluahkan dalam bahasa manusia dan dalam bentuk pemikiran manusia. Oleh itu, Dia menyampaikan mesej kepada manusia melalui perantaraan nabi bahkan Firman itu telah menjadi manusia (Ibr 1:1).

5. Harus tahu dengan pasti bahawa Alkitab merupakan penyataan yang berterusan. Semakin dekat dengan penyempurnaan, semakin jelas

Dalam Alkitab, Tuhan membawa manusia kepada bidang yang matang dalam Perjanjian Baru daripada konsep teologi yang kebudak-budakan dalam Perjanjian Lama (Gal 3:23-29, Ibr 6:1).

6. Penceritaan semula harus digunakan sebagai penjelasan, hanya mengulang maksud asal ayat suci dan tidak mencipta maksud yang baru

Misi penafsir Alkitab adalah untuk menyatakan semula tujuan asal penulis dan memahami maksud asal ayat suci dengan tepat sepenuhnya tanpa sebarang kesilapan (2 Ptr 3:15-16). Martin Luther berkata: “Seorang guru yang baik tidak menambah maksud kepada ayat suci tetapi mencari maksud daripada ayat suci.”

7. Harus terlebih dahulu mencari tafsiran yang paling jelas dan pasti untuk ayat suci yang umum

Tafsiran yang paling jelas merupakan tafsiran yang paling tepat. Oleh itu, tafsirkan ayat suci yang jelas dan mudah difahami terlebih dahulu lalu kemudian pergi lebih jauh untuk memahami ayat suci yang lebih sukar difahami. Cara ini merupakan rahsia kejayaan dalam menafsir Alkitab (Mrk 4:10-13).

8. Tidak boleh mengaku bahawa terdapat lebih daripada satu tafsiran bagi sesuatu ayat melainkan ada dasar yang mencukupi

Kebenaran Tuhan hanya ada “ya”. Maksudnya dinyatakan melalui tulisan. Oleh itu, jangan merohanikan, mensimbolikkan atau menyiratkan maksud ayat suci secara keterlaluan dengan sewenang-wenangnya. Maka, kita harus terlebih dahulu mengetahui asal-usul ayat suci secara harfiah (2 Kor 1:18-19).

9. Hanya ada satu tafsiran, tetapi aplikasi adalah dalam pelbagai aspek

Maksud sebenar ayat suci umum adalah untuk menyatakan kebenaran yang tidak pernah berubah. Oleh itu, hanya ada “ya”. Walau bagaimanapun, ketika menggunakan Alkitab, Alkitab dapat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kerana firman Tuhan adalah umpama pedang bermata dua, firman itu hidup dan kuat (Ibr 4:12).

10. Tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa dalam Alkitab hanya boleh dijadikan sebagai teladan yang berwibawa dengan adanya perintah arahan

Perintah (pengajaran) dalam Alkitab ada kewibawaan yang tidak terhingga bagi sesiapa jua. Walau bagaimanapun, tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa dalam Alkitab tidak seharusnya memiliki kewibawaan yang wajib diteladani melainkan ada sokongan daripada kebenaran atau perintah dalam Alkitab (1 Kor 4:6).

11. Jangan menafsir Alkitab dengan pengalaman peribadi melainkan membezakan pengalaman peribadi dengan kebenaran Alkitab

Pengalaman sebenar peribadi dapat mengesahkan kebenaran tetapi tidak boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam tafsiran Alkitab. Tambahan pula, semua pengalaman peribadi harus dibawa ke dalam terang Alkitab untuk dibezakan (Kis 13:48-49,15:6-21).

12. Menafsir Alkitab dengan bertumbuh bersama-sama / keharmonian hermeneutik Alkitab (sifat konsisten kebenaran)

Walaupun terdapat 66 gulungan kitab dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dengan 49 orang penulis dalam zaman yang berbeza, namun Alkitab dituliskan oleh gerakan satu Roh Kudus yang sama. Oleh itu, kebenaran yang disampaikan adalah konsisten dan membentuk satu sistem yang saling menafsir (2 Tim 3:15-17).

13. Bukan menafsir Alkitab dengan pengajaran tradisional gereja melainkan menguji doktrin gereja dengan kebenaran Alkitab

Semua “kewibawaan rasional”, “kewibawaan traditional” dan “kewibawaan Alkitab” ada status istimewa yang wajar. Namun “rasional” dan “tradisional” harus taat pada kewibawaan “Alkitab” (Mat 15:1-9).

14. Kita harus mengaku bahawa pengetahuan yang kita ada bagi banyak ayat suci adalah masih terhad

Halangan zaman dan kekaburan banyak dokumen kuno menyebabkan kita kurang memahami beberapa adat istiadat dan slanga kuno lalu menyukarkan kita dalam menafsir ayat suci. Tambahan pula, terdapat banyak ayat suci yang mengandungi rahsia rohani yang tidak tercapai dek akal manusia. Oleh itu, tidak ada orang yang boleh berkata bahawa dia memahami Alkitab sepenuhnya (1 Kor 13:9).

 

Prinsip analisis tatabahasa

Semua konsep asas dinyatakan dalam perkataan. Tatabahasa merujuk kepada peraturan-peraturan yang menunjukkan cara menggabungkan kata-kata tunggal menjadi ayat yang mewakili pemikiran. Untuk memahami maksud ayat suci yang betul, kita harus jelas dengan ciri-ciri bahagian penting bahasa seperti kata kerja, kata nama, kata sifat, kata keterangan dan kata ganti nama diri. Antaranya, bentuk dan kala kata kerja mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan maksud ayat suci.

1. Semasa menafsir maksud perkataan dalam ayat suci, kita harus berkoordinasi dengan latar belakang masa penulis asal

Maksud perkataan yang disebut di sini merangkumi dua penjelasan: satu ialah maksud secara harfiah manakala yang kedua adalah menyatakan rahsia kebenaran melalui perkara-perkara dalam teks seperti perumpamaan dan perlambangan.

2. Fahami tafsiran sebenar sesuatu perkataan daripada perkaitan dengan seluruh ayat suci dan konteks

Menentukan maksud sebenar sesuatu perkataan daripada kajian kontekstual merupakan asas tafsiran Alkitab yang paling penting. Hal ini kerana gulungan kuno Alkitab dalam bahasa asal tidak mengandungi tanda baca dan tidak ada bahagian atau fasal. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita dapat memperluaskan skop ketika mencari konteks yang berkenaan.

3. Harus berusaha untuk menyelaraskan konteks ketika menafsir ayat suci

Seorang penafsir Alkitab yang baik mesti sangat mementingkan konteks ayat suci. Hal ini kerana setiap penulis dalam Alkitab mempunyai alasannya yang khusus ketika menuliskan gulungan kitabnya. Tentu sekali, mereka bukan menggabungkan ayat-ayat suci yang baik secara tidak kemas melainkan mengembangkan idea sesuai dengan matlamat satu pusat yang tertentu.

4. Kita harus menyesuaikan peraturan hermeneutik Alkitab berdasarkan ciri-ciri gaya penulisan ayat suci

Gaya penulisan yang digunakan dalam ayat suci adalah sangat penting untuk menentukan maksudnya. Sebagai contoh, mazmur tidak boleh ditafsir mengikut cara tafsiran bagi naratif umum. Mazmur harus dirasai dengan konsep artistik dan kiasan mazmur serta dijelaskan mengikut tatabahasa dan ciri-ciri mazmur.

 

Prinsip pengendalian latar belakang sejarah

Latar belakang sejarah merangkumi: Siapa penulisnya? Dituliskan kepada siapa? Apakah tujuan penulisan? Apakah motif utama penulisan? Apakah adat dan persekitaran masyarakat pada masa itu? dan lain-lain lagi.

1. Harus berdiri di dalam terang sejarah Alkitab ketika menafsir

Semasa menafsir Alkitab, cubalah masuk ke dalam latar belakang sejarah bagi kitab berkenaan untuk berfikir tentang iman kepercayaan dan kehidupan mereka pada masa itu di samping merasakan perasaan sebenar penulis dalam penulisannya.

2. Ilham Tuhan adalah bertahap. Namun dalam ilham bertahap ini, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru adalah sama pentingnya dan membentuk satu unit yang bersatu

Perjanjian Lama menetapkan dasar tafsiran bagi Perjanjian Baru manakala Perjanjian Baru pula menjadi penjelasan bagi Perjanjian Lama. Penyelamatan dan penebusan Tuhan terhadap umat manusia yang ditunjukkan dalam Perjanjian Lama adalah konsisten. Sifat keselamatan juga tentunya adalah konsisten dan tidak dapat dipisahkan (Rm 10:4).

3. Kita hanya boleh menggunakan peristiwa bersejarah dalam Alkitab sebagai simbol kebenaran rohani apabila Alkitab ada menyatakan demikian

“Simbol” merujuk kepada menggunakan benda yang dapat dilihat (nyata) untuk mendapatkan kebenaran atau konsep yang tidak kelihatan (rohani). Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memberikan maksud rohani kepada setiap peristiwa bersejarah dan jangan mencampur aduk antara contoh dengan aplikasi. Dengan itu, kita tidak akan kehilangan maksud asal kebenaran yang dinyatakan oleh Tuhan dalam sejarah.

 

Prinsip tafsiran teologi

Teologi mengejar pengetahuan sebenar tentang Tuhan dan meneladani Tuhan. Alkitab merupakan satu-satunya buku teks untuk teologi. Kajian teologi adalah untuk memahami perkara-perkara penting / inti (doktrin) yang berkaitan dengan iman kepercayaan daripada Alkitab.

1. Sebelum memahami teologi (maksud penting) Alkitab, kita mesti terlebih dahulu memahami struktur tatabahasa bagi ayat suci

Kandungan utama hermeneutik Alkitab doktrin dijelaskan oleh maksud perkataan dalam Alkitab dan kebanyakannya terdapat dalam Perjanjian Baru. Hal ini kerana hermeneutik Alkitab melalui maksud perkataan merupakan maksud utama Alkitab dan juga merupakan penentu bagi hujah hermeneutik Alkitab. Oleh itu, Perjanjian Baru menjadi sumber utama bagi doktrin Alkitab manakala analisis tatabahasa pula mendahului semua sistem teologi.

2. Penafsir Alkitab teologi tidak boleh memperluas doktrin melebihi fakta yang tercatat dalam Alkitab

Segala pembentukan doktrin mesti berdasarkan semua ayat suci yang relevan. Oleh itu, kajian Alkitab yang teliti dan menyeluruh adalah sangat penting. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menyediakan doktrin teologi yang lengkap dan sistematik daripada seluruh Alkitab.

3. Apabila dua ajaran yang diajar dalam Alkitab kelihatan seolah-olah saling bercanggahan, kita harus terima kedua-duanya dengan iman dan percaya bahawa kedua-duanya akan mencapai kesepakatan / sifat konsisten pada peringkat yang lebih tinggi

Apabila berhadapan dengan masalah dua sisi ini, kita tidak dapat memahami rancangan Tuhan yang tidak terbatas kerana kebijaksanaan manusia adalah terbatas. Oleh itu, jangan ada keraguan dan jangan menafsirnya secara memaksa melainkan harus menerimanya dengan iman di samping mengaplikasikannya dalam kehidupan. Setelah masa Tuhan genap, kita akan memahaminya secara semula jadi (1 Kor 13:12).

4. Perkara-perkara yang bukan berasal daripada penyataan tidak boleh disenaraikan sebagai item iman kepercayaan

Amanat pengkaji teologi adalah untuk menjaga kemurnian kebenaran Alkitab dengan sehabis baik. Mereka tidak boleh membiarkan ajaran manusia mengacau-bilaukan firman Tuhan dan khususnya tidak membenarkan penggunaan ajaran (atau adat istiadat) manusia untuk menggantikan perintah Tuhan dalam mengajar manusia (Mat 15:1-9).

5. Pengkaji teologi harus ingat tentang kepraktisan Alkitab dalam hati dan jelas dengan misi yang dipikul oleh diri sendiri bagi gereja / jemaat

Nilai Alkitab terletak pada kepraktisannya (Yer 15:16, Yoh 17:17, Mzm 119:105). Penafsir Alkitab tidak boleh mengabaikannya lalu menjadikannya falsafah ataupun abstrak serta tidak boleh digodai oleh rasa ingin tahu lalu memalsukan firman Tuhan (1 Tes 1:3-5) atau  menyelidiki persoalan-persoalan yang tidak diperincikan dalam Alkitab. Contohnya soalan seperti “Siapakah isteri Kain?” dan sebagainya.

 

HERMENEUTIK ALKITAB KHAS

Skop hermeneutik Alkitab khas sangat luas. Berikut disenaraikan dan dibincangkan sembilan aspek yang biasa kelihatan dan lebih penting:

Tafsiran perlambangan

Perlambangan bermaksud Tuhan menggambarkan atau membayangkan hal-hal yang akan terjadi dalam Perjanjian Baru dengan menggunakan tokoh-tokoh, peristiwa, benda, dan sistem dalam Perjanjian Lama demi menyatakan anugerah keselamatan-Nya. Oleh itu, ketika menafsir perlambangan, kita harus menggabungkan ayat-ayat suci yang berkaitan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru serta mematuhi beberapa peraturan tafsiran yang berikut:

1. Mulakan dengan kajian yang menyeluruh bagi Perjanjian Baru dan dapatkan pengajaran yang berkaitan dengan perlambangan

Hal ini merupakan permulaan bagi segala kerja kajian teori perlambangan kerana Perjanjian Lama ialah bayangan manakala Perjanjian Baru ialah entiti dan Perjanjian Baru merupakan tafsiran / penjelasan bagi Perjanjian Lama.

2. Kenal pasti bidang perlambangan dalam Perjanjian Lama daripada kajian Perjanjian Baru

Bukan semua peristiwa atau benda yang terdapat dalam Perjanjian Lama ada perlambangan. Untuk menentukan sama ada sesuatu peristiwa atau benda itu ada perlambangannya, peristiwa atau benda tersebut mesti disahkan oleh terang Perjanjian Baru.

3. Tafsiran perlambangan harus dikekalkan dalam skop rasionaliti yang baik

Manusia mudah menambah tafsiran luar yang baru kerana sukakan sesuatu yang baru. Manusia juga mengada-adakan perlambangan untuk memuaskan perasaan ingin tahu. Hal ini telah melampaui skop perlambangan kebenaran (rasionaliti).

4. Jangan sesekali menggunakan perlambangan untuk membuktikan doktrin kecuali ada dasar yang jelas dalam Perjanjian Baru

Jika tidak ada dasar yang jelas dalam Perjanjian Baru, perlambangan hanyalah sekadar bayangan kebenaran dan tidak boleh dijadikan sebagai dasar doktrin.

5. Harus rendah hati dalam membuat tafsiran

Teori perlambangan tergolong dalam kategori maksud berganda. Semua tafsiran dengan maksud berganda mengandungi dua jenis bahaya iaitu melampaui bukti nyata Alkitab dan menggunakan fantasi sendiri secara tidak terkawal. Oleh itu, kita haruslah ada kerendahan hati. Jika tidak, kita akan mudah terpesong dalam tafsiran lalu menyimpang daripada firman Tuhan.

 

Tafsiran simbol

Simbol adalah berbeza daripada perlambangan: perkara-perkara yang dinyatakan oleh simbol boleh merangkumi masa lalu, masa sekarang ataupun masa hadapan manakala perlambangan pula hanya menyatakan satu perkara pada masa hadapan. Simbol tidak perlu mematuhi syarat masa manakala perlambangan pula mengandungi faktor nubuat yang kuat. Apabila objek bukan haiwan digunakan untuk menggambarkan makhluk hidup, hal ini harus dilihat sebagai naratif simbolik. Apabila ayat suci menggunakan objek lain untuk menggambarkan ciri objek yang dinyatakan, hal ini juga harus dilihat sebagai simbol (rujuk Mzm 92:13, Flp 3:2-3).

  1. Simbol-simbol yang telah dijelaskan dalam Alkitab boleh dianggap sebagai dasar untuk kajian simbol yang selanjutnya (rujuk Mat 5:13-16).
  2. Simbol-simbol yang belum dijelaskan / ditafsir harus dikaji dari segi konteks ataupun dengan menjelaskan / menafsir petikan simbol yang sama.
  3. Terdapat sesetengah simbol yang boleh ditafsir berdasarkan sifat khasnya sendiri. Contohnya sifat antiseptik garam, keganasan singa, ketulusan merpati, kecerdikan ular dan lain-lain.
  4. Harus perhatikan metafora berganda bagi simbol semasa menafsir. Sebagai contoh, singa boleh melambangkan Kristus dan Syaitan pada waktu yang sama; angin dan air boleh melambangkan Roh Kudus dan juga boleh melambangkan kesengsaraan, dan lain-lain lagi.
  5. Angka-angka dalam Alkitab juga mempunyai maksud simbolik yang tertentu. Sebagai contoh, tujuh dan gandaannya mewakili angka sempurna milik Tuhan, “empat” mewakili timur, barat, selatan, dan utara, manakala “empat puluh” mewakili perjalanan iman kepercayaan dan lain-lain lagi.
  6. Logam-logam dalam Alkitab – emas, perak, tembaga dan besi juga mempunyai maksud simbolik yang
  7. Warna-warna yang berbeza dalam Alkitab juga mengandungi simbol yang berbeza.

Bagi penjelasan / tafsiran simbol yang berkaitan dengan angka, logam dan warna, maksud asal dan maksud evolusi atau maksud aplikasi perkataan-perkataan itu harus dikaji dengan teliti agar tidak menyimpang daripada maksud asal Alkitab.

 

Tafsiran nubuat

Tafsiran nubuat nabi merupakan subjek yang paling susah dalam hermeneutik Alkitab. Selain menggunakan prinsip-prinsip umum dalam hermeneutik Alkitab, terdapat peraturan khusus dalam mengkaji kitab nabi-nabi.

1. Harus meneliti latar belakang nabi dan kitab nabi yang ditulisnnya

Untuk mengkaji kitab nabi-nabi, kita mesti bermula dari sini. Dengan cara ini, kita dapat menentukan keseluruhan bidang teori penulisan nabi. Pada masa yang sama, cara ini juga memberikan cermin untuk memahami isi kandungan kitab tersebut.

2. Fahami maksud pelbagai kata nama khas yang penting

Contohnya kata nama seperti peristiwa sejarah, kata nama geografi, adat istiadat, peninggalan budaya serta haiwan dan tumbuhan yang berkaitan.

3. Tentukan sama ada setiap bahagian itu ialah nubuat atau nasihat

Tidak semua kitab nabi-nabi merupakan nubuat. Oleh itu, setelah meneliti latar belakang sejarah asasnya, adalah perlu untuk kita memutuskan sama ada petikan Alkitab yang dibincangkan itu ialah nubuat ataupun nasihat.

4. Jika nubuat, maka harus putuskan sama ada nubuat itu telah digenapi atau memiliki syarat tambahan untuk penggenapan

Jika nubuat telah digenapi dalam Perjanjian Baru, maka kita perlu membandingkan ayat-ayat suci yang berkaitan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru serta mengkaji cara Perjanjian Baru menggunakan Perjanjian Lama. Jika sesuatu nubuat telah digenapi dalam sejarah, nubuat tersebut harus ditafsir dengan sejarah. Jika nubuat itu bersyarat atau belum dipenuhi, kita harus memberi perhatian khusus kepadanya tetapi tidak boleh menafsirnya dengan keras.

5. Tentukan sama ada konsep atau tema yang sama ada disebut di bahagian yang lain

Terdapat banyak konsep atau tema penting yang diulang dalam kitab nabi-nabi. Contohnya hari Tuhan, sisa umat, pencurahan Roh Kudus dan sebagainya. Dengan membandingkan dan mengkaji nubuat yang sama atau serupa, kita akan dapat memahaminya dengan lebih sempurna.

6. Perhatikan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam kitab nabi-nabi yang bersifat lokal dan sementara

Contoh: Nubuat yang berkaitan dengan Kristus dalam (Yes 7:14-16) dan (Mzm 20) harus dibezakan dengan sangat teliti.

7. Tafsiran kitab nabi-nabi harus mengambil kedua-dua tafsiran maksud secara harfiah dan maksud rohani

Harus terlebih dahulu mengenal pasti gaya bahasa sebelum menentukan jenis tafsiran yang harus diambil. Kemudian, tafsir nubuat dengan berhati-hati menurut prinsip umum hermeneutik Alkitab. Jangan memberikan maksud rohani kepadanya dengan sewenang-wenangnya.

 

Tafsiran perumpamaan

Perkataan “perumpamaan” dalam bahasa asal bermaksud “diletakkan bersebelahan” untuk membuat perbandingan. Cara ini menjelaskan sesuatu dengan contoh dan digelar sebagai hujah analogi.

Perumpamaan adalah berbeza daripada dongeng kerana perumpamaan bukan rekaan. Perumpamaan juga berbeza daripada simile, metafora atau personifikasi. Semua ini merupakan retorik. Perumpamaan mengandungi empat faktor:

  1. Perumpamaan ialah perkara, peristiwa, kebiasaan yang wajar, ataupun sesuatu yang mungkin boleh berlaku. Contohnya menabur di tanah, berkahwin, menangkap ikan dan lain-lain lagi.
  2. Terdapat pelajaran dan maklumat rohani di sebalik sesuatu perkara.
  3. Terdapat hubungan yang mutlak antara sesuatu urusan dengan kerohanian untuk mendapatkan kekuatan hujah.
  4. Setiap perumpamaan perlu ditafsir dengan lebih teliti kerana perumpamaan ada tahap yang berganda.
    A. Harus terlebih dahulu mengkaji ciri-ciri adat, kebiasaan, dan plot yang tepat dalam                  perumpamaan.
    B. Harus tentukan tema utama yang disampaikan dalam perumpamaan. Satu perumpamaan hanya menyatakan satu kebenaran utama.
    C. Harus menurut contoh tafsiran perumpamaan Tuhan Yesus. Tafsiran peribadi tidak boleh melampaui / lebih daripada tema utama dan prinsip tafsiran Tuhan Yesus.
    D. Perlu sangat berhati-hati semasa menggunakan perumpamaan dalam perbincangan doktrin. Perumpamaan berakar dalam latar belakang sejarah. Kepentingan sejarah perumpamaan harus dikaji secara terperinci sebelum digunakan.
    E. Jika mahu menafsir perumpamaan dengan sepenuhnya, adalah perlu bagi kita untuk jelas dengan zaman yang disasarkan oleh banyak perumpamaan. Zaman ini merupakan zaman bagi lalang dan gandum tumbuh bersama sementara menantikan penghakiman (Mat 13:29-30).

 

APLIKASI HERMENEUTIK ALKITAB

Aplikasi hermeneutik Alkitab dalam penyempurnaan rohani dan kehidupan

Tujuan utama hermeneutik Alkitab adalah untuk memupuk orang-orang milik Tuhan supaya bertumbuh besar dalam doktrin, menjadi matang dalam kehidupan dan menjadi kaya dalam perbuatan baik. Oleh itu, terdapat beberapa peraturan yang perlu diketahui dalam aplikasinya.

1. Semua aplikasi Alkitab mestilah berdasarkan prinsip hermeneutik Alkitab yang sempurna

Kita tidak boleh menyimpang daripada maksud asal ayat suci lalu memberikan banyak pengajaran rohani kepadanya secara terpaksa. Sekiranya kita dapat memperhalus prinsip-prinsip moral, etika, dan kerohanian yang hebat yang disampaikan dalam maksud asal ayat suci, kita dapat menghindari segala halangan.

2. Alkitab merupakan sebuah karya klasik yang berprinsip. Alkitab bukan satu dogma atau sebuah kluster penerangan

Orang Farisi menjadikan firman Alkitab sebagai perintah dan merumitkannya serta mematuhi kata-kata di dalamnya dengan tegas. Hal ini menutupi maksud sebenar ayat suci dan menghasilkan kebajikan yang munafik. Oleh itu, kita harus berpegang pada prinsip rohani Alkitab dan mengurus kehidupan rohani kita sesuai dengan prinsip ini agar tidak menyimpang daripada jalan yang benar.

3. Perjanjian Lama menitikberatkan peraturan fizikal dan ritual ibadah manakala Perjanjian Baru pula menekankan roh batiniah dan pengajaran rohani

Zaman Perjanjian Baru merupakan zaman yang rohaniah dan ajaran Alkitab telah mencapai tahap yang lengkap dan rohaniah. Kita harus mengaplikasikan Alkitab untuk memupuk kehidupan batin kita yang sejati, bukan hanya mengejar ibadah secara lahiriah (Yoh 4:21-24).

4. Pengajaran Tuhan Yesus terletak pada intipati, bukan terletak pada harfiah

Tuhan Yesus selalu menggunakan perumpamaan semasa mengajar manusia. Niat-Nya adalah untuk menunjukkan kebenaran rohani dan untuk menghindari manusia mendogmakan ajaran-Nya. Ketika memetik pengajaran daripada Perjanjian Lama, Dia juga banyak mengambil maksud yang tepat dan kurang mengambil maksud secara harfiah (Mat 5:21-48).

5. Perintah dengan latar belakang pada masa itu harus ditafsir dengan berkontraskan latar belakang budaya kita untuk dipatuhi

Sebagai contoh: perkataan yang dipesankan oleh Paulus kepada perempuan dalam suratnya (1 Tim 2:9, 2 Tim 1:5-6) perlu diberi tafsiran tambahan dalam gereja kita pada masa ini supaya bersesuaian dengan prinsip zaman. (Pada masa itu, perempuan yang mencukur rambutnya adalah berkaitan dengan perempuan jalang manakala menggunakan selubung merupakan cara pemakaian bagi perempuan yang sopan).

6. Kita boleh terus menggunakan peristiwa-peristiwa yang ditegur atau dipuji secara langsung dalam Alkitab

Peristiwa yang ditegur merupakan sempadan bagi kita manakala peristiwa yang dipuji merupakan teladan yang boleh dicontohi bagi kita. Bagi orang-orang yang tidak diberikan komen dalam Alkitab, kesalahan orang baik boleh menjadi kewaspadaan kepada kita manakala dosa orang jahat boleh menjadi peringatan kepada kita. Semua prestasi yang baik boleh dijadikan sebagai rujukan dalam penyempurnaan rohani kita. Tetapi ingatlah, komen mengenai mana-mana tokoh dalam Alkitab tidak boleh melebihi / melampaui komen yang dikatakan oleh Alkitab.

 

Aplikasi hermeneutik Alkitab dalam penyampaian khutbah

Orang yang menyampaikan khutbah merupakan pelayan firman kebenaran Tuhan. Dia tidak mempunyai hak untuk bercakap menurut cara sendiri di hadapan semua orang. Dia harus menjadikan penyebaran firman Tuhan sebagai tugasnya. Jika seorang penyampai khutbah ingin supaya kerja penyampaian khutbahnya mencapai tahap yang tepat dan memuaskan, dia harus terlebih dahulu memahami prinsip-prinsip asas hermeneutik Alkitab dan peraturan asas penyampaian khutbah.

1. Penyampai khutbah harus mengaplikasikan Alkitab menurut prinsip hermeneutik Alkitab

Hermeneutik Alkitab ialah undang-undang yang membolehkan penyampai khutbah memahami maksud Alkitab yang betul. Oleh itu, setiap kali memetik ayat suci, penyampai khutbah mesti mengaplikasikannya sesuai dengan prinsip-prinsip hermeneutik Alkitab yang sempurna. Hal ini kerana penyampai khutbah harus berbicara sebagai seorang yang menyampaikan firman Allah (1 Ptr 4:11).

2. Semasa menyampaikan khutbah, jangan secara khususnya memilih frasa / ayat yang sedap didengar atau kata-kata yang sesuai dengan citarasa sendiri dalam Alkitab lalu digabungkan

Jika penyampai khutbah tidak memahami kebenaran ayat suci dengan teliti, dia hanya akan menggunakan beberapa kata / ayat secara kebetulan sebagai dasar dalam pengajaran. Jika penyampai khutbah menyampaikan firman Tuhan dengan cara ini, dia hanya mempergunakan kata-kata / ayat-ayat dalam Alkitab sahaja.

3. Pergunakan prinsip-prinsip penaakulan induktif untuk mengungkapkan prinsip-prinsip kerohanian, moral, dan teologi yang tersembunyi antara ayat-ayat suci

Prinsip penaakulan induktif adalah bermula daripada Alkitab, mengambil bahan daripada Alkitab dan menggeneralisasikan maksud asal Alkitab melalui pemerhatian dan analisis. Hal ini membolehkan kita memperoleh kebenaran dalam aspek penyempurnaan rohani dan doktrin daripada Alkitab di samping dapat mengelakkan penyalahgunaan hermeneutik Alkitab menurut niat manusia.

4. Menjelaskan Alkitab ialah kaedah penyampaian khutbah yang paling ideal

Menjelaskan Alkitab bermaksud menjadikan firman dalam Alkitab sebagai pusat khutbah bagi gembala dan menganggap firman dalam Alkitab sebagai satu-satunya sumber bahan khutbah yang boleh dipercayai. Dengan itu, firman Tuhan yang berkuasa dan berwibawa dapat diperlihatkan kepada umat-Nya. Oleh itu, gembala haruslah mahir tentang peraturan hermeneutik Alkitab.

 

KESIMPULAN

Dasar iman kepercayaan gereja benar ialah Alkitab yang diilhamkan oleh Tuhan. Segala doktrin adalah berdasarkan Alkitab secara langsung. Kehidupan pemercaya juga adalah berdasarkan Alkitab sebagai piawaian yang tertinggi. Oleh itu, tafsiran Alkitab yang tepat merupakan tanggungjawab utama gereja. Untuk menegakkan iman kepercayaan gereja benar yang murni dan memberitakan Injil zaman akhir yang sempurna, kita harus bergantung pada Roh Kudus yang memberikan hikmat dan penyataan, mengkaji Alkitab dengan setia dan mencari prinsip hermeneutik Alkitab yang paling tepat. Semoga teks “Pengenalan Hermeneutik Alkitab” ini dapat membantu semua orang dalam menafsir Alkitab. Kemuliaan bagi Yesus Juruselamat.