EVOLUSI ATAU PENCIPTAAN?

EVOLUSI ATAU PENCIPTAAN?

(Saudara Hu Zheng Chuan)

 

KATA PENGANTAR

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pandangan para saintis dunia bebas tentang teori evolusi tidak lagi ghairah dan membabi buta seperti pada permulaan abad kedua-puluh. Mereka mengakui bahawa teori evolusi ialah teori yang dapat menjelaskan sumber kehidupan di bumi, (teori penciptaan juga dapat menjelaskannya), namun ia kebenaran dan fakta sejarah yang tidak dapat dibuktikan dengan eksperimen, bahkan ia tidak boleh dikira sebagai satu teori sains. Hujah-hujah mereka yang bersifat revolusi ini tentunya mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang berkuasa, tetapi ia juga dipandang berat oleh golongan-golongan yang berilmu. Asal-usul segala sesuatu adalah daripada evolusi? Ataupun ianya daripada penciptaan? Terdapat banyak isu yang perlu diterokai, dan ianya sangat rumit. Artikel ini hanya membincangkannya secara ringkas.

 

KEPENTINGAN PENEROKAAN ASAL-USUL SEGALA SESUATU

Tidak kira apa kursus yang diambil, pemahaman pelajar tentang asal-usulnya adalah sangat penting. Sesuatu kursus yang tidak membincangkan perkara-perkara berkenaan asal-usulnya mungkin dapat mengelakkan beberapa pertikaian, tetapi ia mengorbankan perkembangan rasa ingin tahu dan kreativiti. Penerangan dan amalan teknikal adalah penting untuk mana-mana kursus yang baik. Namun ianya hanya boleh menghasilkan kemahiran dan bukannya menghasilkan pemahaman yang sebenar. Berikut merupakan penjelasan yang komprehensif tentang mengapa penting untuk mengkaji asal-usul mana-mana kursus:

  1. Alasan saintifik
    • Sains mesti mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti “dari mana” dan “apa yang berlaku”.
    • Sains ialah penaakulan berdasarkan hubungan kausalitas. Oleh itu, semasa menganalisis faktor dan akibat, menganalisis selangkah demi selangkah sehingga ke pokok pangkal adalah tidak dapat dielakkan.
    • Jika tidak mempunyai sedikit pemahaman pun tentang asal-usul pengetahuan mengenai undang-undang alam dan fenomena semula jadi, maka pengetahuan bagi penemuan dan pemahaman prinsip sains yang baru hanya semata-mata permukaan sahaja dan bukannya pengetahuan tentang intipatinya.
  2. Alasan sosiologi
    • Sains boleh digunakan dalam masyarakat dan ia akan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Penyelesaian masalah sosial memerlukan pemahaman tentang akar umbi faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat.
    • Apa yang dikatakan dengan sains sosial bermaksud asal-usul bagi masalah sosial yang dikaji juga perlu difahami.
    • Trend pemikiran politik sentiasa berubah. Pengajaran sosiologi, jika ia tidak melibatkan sejarah, tetapi hanya mengambil kira strategi politik dan teori sosial yang popular sekarang, maka ia tidak akan dapat menangani trend yang baru muncul.
  3. Alasan peribadi
    • Setiap orang perlu memahami siapa dirinya dan matlamat hidupnya. Ini sukar untuk dilakukan jika seseorang itu kekurangan pengetahuan tentang asal-usul diri sendiri. Persepsi seseorang tentang asal-usulnya semestinya mempengaruhi kepercayaannya tentang destinasinya.
    • Belia zaman kini kekurangan pengetahuan saintifik tentang asal usul manusia. Ini menyebabkan mereka mendapatkan bantuan dengan cara-cara penyelesaian yang tidak saintifik seperti ubat ekstasi, ilmu sihir, astrologi dan sebagainya.
    • Psikologi yang benar-benar sihat tidak dapat dipisahkan dengan falsafah hidup yang sempurna dan yang memuaskan hati. Falsafah yang kedua memerlukan idea yang betul tentang asal usul dan masa depan individu.

 

ASAL-USUL TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN SAINS

Tidak pernah ada seorang saintis pun yang dapat memerhati atau mereka-bentuk satu set eksperimen untuk “melakonkan semula” asal-usul kebendaan dalam alam semesta, kehidupan atau umat manusia. Penyelidikan saintifik adalah terhad kepada fakta yang boleh “dilakonkan semula” dan boleh diperhatikan secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, walaupun persoalan tentang asal-usul adalah sangat penting, tetapi pendapat dan pendirian tentang asal usul hanya dapat dibina melalui iman, bukan dengan melihat. Dalam kata pengantar bagi buku “On the origin of species” karya Charles Robert Darwin yang diterbitkan semula kebelakangan ini, Profesor Mathews, ahli biologi yang merupakan salah seorang pemimpin teori evolusi British, mengakui bahawa: “Kepercayaan dalam teori evolusi dan kepercayaan dalam teori penciptaan khusus adalah sama -kedua-duanya dipercayai benar, tetapi tidak ada cara untuk membuktikannya setakat ini”. Pendekatan mengambil pendirian berdasarkan iman ini bukannya tidak dapat bertahan. Ini kerana setiap langkah yang diambil dalam hidup kita adalah berdasarkan iman. Walaupun positivisme hanya menegaskan apa yang dapat dia lihat, dan percaya bahawa positivisme ialah falsafah yang terbaik, namun beliau juga tidak dapat membuktikan tentang ini. Beliau juga percaya kepada atom-atom yang tidak kelihatan dan perkara-perkara yang abstrak sepenuhnya. Menurut kaji selidik, iman ialah syarat yang perlu untuk psikologi yang sihat. Namun, imannya bukanlah yang membabi buta melainkan iman kepercayaan yang awal dibuat, akhir diingat. Iman sebeginilah yang berguna.

  1. Penciptaan tidak dapat dibuktikan
    • Dari apa yang dapat kita perhatikan, penciptaan bukan sesuatu perkara yang sedang berlangsung sekarang. Penciptaan telah disiapkan pada suatu masa dahulu. Maka kaedah saintifik tidak dapat mengesannya.
    • Mereka-bentuk satu eksperimen saintifik untuk menggambarkan proses penciptaan adalah sesuatu yang mustahil, bahkan ingin mengenalpasti samada penciptaan dapat terjadi juga tidak dapat dilakukan. Tuhan Pencipta tidak mencipta berdasarkan idea seorang saintis.
  2. Evolusi tidak dapat dibuktikan
    • Jika evolusi masih berlaku pada hari ini, ianya mesti tidak dapat diketahui kerana prosesnya yang terlalu lambat. Oleh itu, ia adalah di luar skop sains eksperimen. Menurut teori evolusi, evolusi dari satu makhluk kepada satu makhluk yang lain mengambil masa berjuta-juta tahun. Tiada mana-mana kumpulan saintis yang dapat memerhatikan eksperimen seperti
    • Varian kecil makhluk yang dapat kita lihat pada hari ini tidak ada kaitan dengan persoalan ini kerana tidak mungkin untuk membuktikan bahawa variasi spesies-spesies ini pada hari ini dapat menghasilkan spesies yang bertaraf lebih tinggi yang berbeza di masa depan. Memandangkan varian kecil (termasuk mutasi) juga boleh berlaku dalam teori penciptaan, sama seperti dalam teori evolusi, maka ini tidak boleh digunakan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk antara keduanya.
    • Walaupun saintis pada masa kini betu-betul dapat menghasilkan kehidupan daripada benda mati dalam makmal eksperimen, atau mengubah makhluk bertaraf rendah kepada makhluk yang bertaraf lebih tinggi, ini masih tidak dapat membuktikan bahawa perubahan tersebut telah berlaku ataupun mungkin berlaku pada masa dahulu oleh proses semulajadi yang tidak sengaja.

 

MODEL SAINTIFIK BAGI KEDUA-DUA ASAL-USUL

Sains tidak dapat membuktikan mana yang betul dan mana yang salah bagi kedua-dua teori berkaitan asal-usul. Walaupun ramai orang telah mengajar teori evolusi sebagai fakta saintifik yang telah terbukti, tetapi jelas sekali, ini merupakan pengajaran yang salah. Sudah tentu, perkara yang sama juga berlaku kepada teori penciptaan. Walaupun ramai orang percaya bahawa penciptaan khusus ialah fakta sejarah yang mutlak, mereka mesti percaya berdasarkan teologi, bukan berdasarkan sains. Kedua-dua teori evolusi dan teori penciptaan tidak dapat dibuktikan ataupun dinafikan dengan sains. Walaupun tidak mungkin untuk mereka-bentuk satu set eksperimen saintifik untuk membuktikan bahawa teori evolusi atau teori penciptaan adalah benar, tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh membincangkan isu ini secara objektif dan saintifik. Pendekatan yang lebih praktikal adalah dengan memulakannya dengan dua model saintifik – “model evolusi” dan “model penciptaan”. “Model” ialah garis panduan bagi sesuatu idea, satu sistem pemikiran yang berperaturan. Model boleh digunakan untuk membandingkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian bahkan boleh juga cuba untuk meramalkan perkembangan yang baru. Apabila dua model wujud pada masa yang sama, anda boleh bandingkan model-model ini dengan pelbagai data untuk melihat model mana yang lebih realistik. Apabila kedua-duanya tidak dapat dibuktikan, sama seperti teori evolusi dan teori penciptaan, ketika memilih salah satu daripada kedua-dua ini, kita tidak dapat sepenuhnya bersifat objektif. Biasanya dalam keadaan ini, model yang bersesuaian dengan kebanyakan data dan yang kurang bercanggahan dengan data harus diterima sebagai model yang lebih tepat.

 

A. Perbezaan teori antara dua model teori evolusi dan teori penciptaan

Model evolusi Model penciptaan
Berkembang daripada sifat asal benda tidak hidup melalui proses mekanikal dan semulajadi. Masih dalam proses. Diciptakan oleh Tuhan Pencipta. Telah diselesaikan.
Benda tidak hidup → benda hidup → kehidupan hasil evolusi pelbagai jenis kehidupan primitif. Setiap makhluk berasal daripada proses perkembangan evolusi nenek moyang secara perlahan. Dari mudah kepada rumit secara berterusan. Setiap makhluk dicipta dari jenisnya sendiri, dan makhluk yang dicipta telah mempunyai ciri-ciri utama bagi setiap jenis. Dari rumit kepada mudah secara berterusan.
Variasi yang tidak terbatas. Semua faktor genetik biologi adalah saling berkaitan. Variasi terhad boleh berlaku dalam jenis yang sama.
Sejarah bumi sepenuhnya dijelaskan dari zaman purba hingga moden. Sejarah bumi dijelaskan dengan kesengsaraan besar.

 

 

B. Menurut kedua-dua model evolusi dan penciptaan, fosil boleh diramalkan seperti berikut:

Model evolusi Model penciptaan
Makhluk mudah perlahan-lahan berubah menjadi makhluk yang lebih kompleks. Jenis-jenis makhluk yang sangat kompleks tiba-tiba muncul.
Harus ada makhluk perantaraan di antara semua jenis makhluk, tidak seharusnya ada gelung yang hilang di mana-mana. Apabila setiap “jenis” yang diciptakan muncul tiba-tiba untuk pertama kali, ia sudah mempunyai ciri utama jenis ini. Terdapat perbezaan yang jelas antara jenis. Tiada makhluk perantaraan di antara jenis dan jenis.

 

 

MODEL PENCIPTAAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MODEL EVOLUSI

Pengetahuan dalam aspek kosmologi, kimia, termodinamik, matematik, biologi molekul, genetik dan sebagainya boleh digunakan untuk menentukan sama ada teori evolusi berjaya menjelaskan persoalan tentang asal-usul spesies dengan sempurna. Walau bagaimanapun, berbuat demikian hanya membolehkan kita mengetahui sama ada evolusi mungkin berlaku, tetapi tidak dapat mengetahui sama ada evolusi benar-benar telah berlaku. Untuk meneroka sama ada evolusi pernah berlaku, ia hanya dapat diketahui daripada jejak sejarah yang didapati daripada kajian fosil. Clark, ahli evolusi British yang terkenal berkata: “Jika anda ingin membuktikan secara saintifik bahawa evolusi pernah berlaku, anda hanya boleh bergantung kepada bukti fosil, iaitu, mencari makhluk-makhluk perantaraan yang kita anggap seharusnya ada.” Dengan kata yang lain, bukti penting yang benar-benar dapat menyokong teori evolusi mesti datang daripada paleontologi yang pakar dalam mengkaji fosil.

Sejarah kewujudan makhluk hidup di bumi dapat diterokai dengan mengkaji peninggalan-peninggalan fosil dan seterusnya jika berjumbai tempat bergantung. Jika kehidupan benar-benar berkembang daripada organisma yang tidak bernyawa melalui proses evolusi mekanikal dan semulajadi, dan kemudian berkembang menjadi puluhan ribu jenis spesies yang semakin kompleks dan berbeza, maka fosil seharusnya menunjukkan jejak sejarah yang sepadan dengan penerangan ini. Tidak sepatutnya ada gelung yang hilang di mana-mana dan kekurangan fosil bagi makhluk perantaraan.

Tetapi jika kehidupan benar-benar “diciptakan oleh Tuhan” seperti yang dicatatkan dalam dua fasal pertama Kejadian, maka jejak sejarah fosil yang boleh diramalkan berdasarkan teori ini adalah berbeza dengan yang sebelumnya. Perpadanan antara hujah penciptaan dan rekod fosil adalah jauh lebih baik daripada hujah evolusi, dan rekod fosil sebenarnya adalah bertentangan dengan hujah evolusi. Hasil penyelidikan oleh banyak saintis telah memberikan maklumat untuk menunjukkan bahawa semua bukti fosil adalah berpadanan dengan teori model penciptaan. Kemudian, buat penilaian dari sudut saintifik tanpa menggunakan Alkitab sama sekali berdasarkan pelbagai hujah dan sejarah awal tentang asal-usul, hasilnya ternyata bahawa dari setiap perspektif, model penciptaan memang lebih unggul daripada model evolusi. Walaupun beberapa persoalan masih memerlukan masa untuk dijawab, namun tahap keseriusan persoalan-persoalan ini tidak menjejaskan rangka kerja asas teori penciptaan. Sebaliknya, banyak masalah serius yang timbul daripada penggunaan model evolusi.

 

TEORI PENCIPTAAN DALAM ALKITAB

Jika penciptaan itu memang benar, maka mesti ada Tuhan Pencipta di antara alam semesta. PenciptaanNya mempunyai matlamatNya, dan umat manusia ternyata merupakan pusat utama matlamat ini. Jika bukan Tuhan Pencipta yang menyatakan kepada umat manusia tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penciptaan, manusia selamanya tidak dapat melakukan dengan sendirinya perbuatan Tuhan Pencipta (Pkh 3:11). Tuhan mengilhamkan rangka penciptaan dalam “Kejadian” (Kej 1:1). Fasal-fasal yang berkaitan dengan penciptaan dalam Kejadian adalah catatan yang ajaib dan tepat tentang sejarah awal alam semesta, bukannya cerita rakyat yang lapuk. Berdasarkan maklumat yang diberikannya, sains boleh menerangkan pelbagai fenomena yang diperhatikan. Pada masa yang sama, penciptaan segala sesuatu yang indah membolehkan manusia mengenali Tuhan (Rm 1:20).

Semua penulis dalam Alkitab, termasuk Yesus Kristus sendiri telah menerima catatan-catatan beberapa fasal pertama Kejadian. Mereka menganggapnya sebagai sejarah yang benar dan ilham yang kudus (2 Tim 3:16; Yoh 10:35). Jika kita percaya bahawa Kristus adalah setia dan boleh dipercayai, kita mesti menerima kesetiaan dan kebolehpercayaan catatan ini.

Sesetengah mazhab telah mengambil pendirian kompromi untuk mengelakkan konflik antara iman kepercayaan agama Kristian dan teori evolusi. Mereka menegaskan bahawa: “Tuhan menyatakan fakta-fakta penciptaan-Nya dalam Alkitab; manakala cara-cara penciptaan diserahkan kepada saintis untuk dikaji.” Akibatnya, beberapa hujah yang tidak bertepatan dengan Alkitab telah dikembangkan. Contohnya “evolusi teistik” (Theistic Evolution), “penciptaan secara progresif” (progressive Creation), “teori sehari-seribu tahun” (The Day-age Theory), “teori jurang” (The Gap Theory), “hipotesis rangka kerja” (The Framework Hypothesis) dan sebagainya. Hujah-hujah ini tidak lebih daripada sekadar penerimaan teori evolusi secara putar belit. Alkitab mengajar kita untuk tidak menyimpang dari iman demi pertentangan-pertentangan yang berasal dari apa yang disebut pengetahuan (1 Tim 6:20-21), jangan ditawan oleh filsafat yang kosong dan palsu (Kol 2:8). Kita percaya bahawa Alkitab adalah benar. Apa yang perlu kita terokai ialah bagaimana menafsirkan bukti saintifik supaya bertepatan dengan Alkitab, bukannya menafsirkan semula Alkitab untuk memenuhi pelbagai perspektif teori evolusi. Apa-apa hujah yang mahukan kompromi antara Alkitab dan teori evolusi tidak akan berjaya untuk selama-lamanya kerana sesiapa yang menerima teori evolusi mesti menggunakan alam semesta yang atheistik. Pada asasnya, kedua-duanya adalah bercanggah antara satu sama lain dan tidak ada kompromi sama sekali.

Kita harus percaya sepenuhnya bahawa segala sesuatu dalam dunia diciptakan oleh Tuhan (Ibr 3:4). Hanya Dia sahaja Tuhan yang harus disembah oleh umat manusia (Why 14:7). Fakta sejarah yang dicatatkan dalam Alkitab – Tuhan menyelesaikan semua ciptaan dalam masa enam hari, inilah kepercayaan yang harus kita terima dan tidak boleh beralih kepada yang lain (Ibr 11:3).