ORANG BARU DI KAMPUS
(Saudara Lu Kui Qi)
KATA PENGANTAR
Mengucapkan selamat tinggal kepada usia remaja dan hari-hari yang mana perlu belajar berhempas-pulas sebagai persediaan untuk menjejakkan kaki ke kolej / universiti, ramai pelajar muda yang mencapai cita-cita lalu memasuki satu peringkat yang baru. Setiap hati yang muda ini bersemangat untuk mencuba dan menerokai bidang pengetahuan yang belum pernah diketahui sebelumnya di samping lebih memahami diri sendiri dan orang lain.
Pada peringkat kehidupan yang penting ini, pelajar-pelajar kolej / universiti diserang dengan pelbagai trend ideologi, budaya dan perubahan sosial disebabkan oleh kemajuan masa yang berterusan serta perkembangan pesat pengetahuan dan teknologi. Pengajaran pula adalah amat mendalam dan tidak dapat dielakkan. Dalam persekitaran yang berubah-ubah dan titik perubahan yang penting dalam kehidupan ini, bagaimana mengekalkan arah yang betul dan berusaha berlari-lari kepada tujuan untuk memperoleh hadiah, iaitu panggilan syurgawi (Flp 3:14)? Ini merupakan topik yang perlu difikirkan dan dirancang dengan baik oleh setiap orang baru di kampus.
PERANCANGAN KEHIDUPAN KAMPUS
“dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat. Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.” (Ef 5:16-17).
“Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada.” (Kol 4:5).
A. Iman Kepercayaan
-
- Jangan menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah (Ibr 10:25): Harus menghadiri kebaktian gereja, jalani kehidupan anggota (1 Kor 12:12-27), pada hari-hari biasa, hadiri kebaktian dan aktiviti persahabatan dalam kampus, saling berhubung dengan seiman dalam Tuhan, harus pergi ke gereja untuk memegang hari Sabat pada hari Sabat.
- Buat pelan pembacaan Alkitab untuk empat tahun: Empat tahun di kolej / universiti merupakan tempoh keemasan bagi “memasuki kebenaran”. Pelan pembacaan Alkitab untuk empat tahun perlu dirancang dengan baik. Tidak perlu terlalu tamak, hanya bergantung kepada “ketekunan”. Selepas empat tahun, anda pasti mempunyai pemahaman dan keyakinan terhadap apa yang anda percaya.
- Menitikberatkan kehidupan doa: Jadikan doa sebagai kehidupan anda. Berdoalah setiap waktu tidak kira semasa keluar, pulang, kerja, ataupun berehat (Ef 6:18-20).
- Konsep hidup umat Kristian:
- Dilahirkan di dunia dan masuk ke dalam dunia (Mat 5:13-16) → jadi garam dan terang dunia
- Taat dan dimerdekakan (Yoh 8:31,32,36)
- Mencukupkan diri dan sentiasa bersukacita (2 Kor 6:10; Flp 4:11-13)
- Memberi dan menerima (Mat 5:7)
- Sementara dan kekal (2 Kor 5:1; 2 Ptr 3:12,13)
B. Akademik
Prioriti utama tahun pertama di kolej / universiti adalah menstabilkan akademik bagi memastikan kedudukan yang berperancangan. Jika tidak, jika anda kehilangan status sebagai pelajar kerana prestasi akademik yang kurang baik, maka semua perancangan ialah perbincangan kosong. Dari segi keputusan, apabila orang lain tidak mengetahui apa-apa tentang masa lalu anda, transkrip ialah satu-satunya bukti untuk orang lain mengenali anda. Jika anda mahu menukar bidang, orang lain juga berharap dapat menilai sama ada anda mempunyai keupayaan pembelajaran yang diperlukan daripada transkrip anda.
C. Pembelajaran tentang perasaan dan hubungan interpersonal
-
- Bina kepercayaan dan tanggungjawab sesama sendiri, belajar tentang kekuatan dan kelemahan sendiri daripada reaksi orang lain.
- Hubungan interpersonal ialah sebab utama bagi kejayaan atau kegagalan
- Jangan tunggu secara pasif untuk orang lain datang mengenali anda: Bersikap terbuka dan ambil inisiatif untuk bercakap dengan orang lain. Jika dapat mengambil langkah ini, jangan kedekut untuk memuji orang lain semasa berkawan. Pujian atau keprihatinan yang ikhlas sering dapat menjalinkan persahabatan.
- Sepuluh hukum dalam berkawan: Bina konsep berkahwin di dalam Tuhan, janganlah merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Kor 6:14)
- Jangan terburu-buru: Fikirkan tentang kematangan anda terlebih dahulu.
- Tetapkan arah terlebih dahulu, kemudian tetapkan target: Adakah arah dan konsep nilai yang diusahakan oleh kedua belah pihak dapat dipadankan?
- Cinta pada pandangan pertama tidak dapat dielakkan: Langkah yang berhati-hati tidak pernah menyesal selama-lamanya.
- Minta tunjuk ajar apabila perlu.
- Kenali, terima dan hormati pihak yang lain.
- Luahkan perasaan sendiri secara terus terang.
- Tidak menjejaskan aktiviti harian.
- Buat keputusan tanpa teragak-agak: Jika mendapati tidak berpadanan, luka jangka pendek adalah lebih baik daripada luka jangka panjang.
- Berhati-hati dalam perkataan dan perbuatan, setia dalam hubungan.
- Serahkan, harapkan dan taat kepada Tuhan sepenuhnya.
Halangan yang terbesar bagi perkahwinan yang bahagia ialah “Tuhan berkenan dan juga berkatNya”!
D. Pengurusan hidup
-
- Jaga diri sendiri: Terutamanya ketika tinggal di luar, semuanya bergantung kepada diri sendiri, belajar untuk berdikari dan buat keputusan sendiri. Boleh menghubungi keluarga ketika sedang merindui rumah, atau berbual-bual dengan rakan sekelas dan teman-teman, dan anda akan merasa lebih selesa.
- Menguruskan kediaman: letakkan kembali sesuatu di tempatnya selepas digunakan, maka kebersihan dan kekemasan kediaman dapat diuruskan dengan mudah. Uruskannya dengan sepenuh hati supaya ia memberikan perasaan rumah kepada anda. Jika menyewa rumah di luar sekolah, pilih tempat yang berhampiran dengan sekolah. Minta tunjuk ajar daripada penyewa sebelumnya untuk memahami keadaan rumah. Kongsi rumah sewa dengan rakan sekelas supaya boleh menjaga antara satu sama lain dalam pelajaran. Sekiranya gereja mempunyai pusat pelajar yang berdekatan dengan sekolah, itu lebih baik. Bukan sahaja dekat dengan gereja, kehidupan iman kepercayaan ada sandaran, bahkan adanya seiman yang dapat saling membantu dalam kehidupan.
- Berjimat-cermat: Jimat selagi boleh. Hanya membeli barang-barang yang benar-benar digunakan, jangan membeli barang-barang yang tidak perlu. Ukur baju di badan sendiri. Tidak sedikit pelajar yang perlu bekerja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan hidup mereka. Walau bagaimanapun, adalah yang terbaik untuk mencari kerja yang berkaitan dengan kepakaran sendiri. Pendapatannya mungkin tidak banyak, tetapi ia kondusif untuk mengumpul pengalaman dan membina jaringan sosial.
- Jangan memohon kad kredit: Belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan biasiswa juga merupakan satu cara.
- Atur jadual rutin: Jangan mengehadkan diri dengan hanya menghadiri kelas dalam bidang sendiri, harus juga memilih kelas dari bidang-bidang lain dan dengar lebih banyak ceramah. Ramai orang yang mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan secara keterlaluan sehingga pengajian mereka terabai. Perkara yang paling penting dalam kolej / universiti ialah meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Dengan mengatur jadual rutin, anda akan mempunyai kawalan masa yang lebih baik. Masa untuk belajar dan masa untuk menghadiri aktiviti, kebaktian dan penyempurnaan rohani perlu dirancang dengan baik. Ini juga membantu menetapkan jadual kemajuan untuk setiap perkara dan melakukannya secara praktikal.
- Gunakan komputer dan perpustakaan dengan sebaiknya: Semakin awal anda belajar menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan menyediakan laporan, semakin baik untuk anda. Anda boleh mencari buku dengan menggunakan sistem pertanyaan bibliografi bersepadu dalam internet. Di samping itu, jika menggunakan sistem kerjasama internet nasional untuk memasuki laman web, anda boleh meminjam buku secara langsung daripada perpustakaan dalam talian. Untuk mencari artikel jurnal tunggal Cina dan asing, anda boleh menggunakan pangkalan data pelbagai perpustakaan kolej / universiti ataupun sistem pertanyaan berkala perpustakaan negara. Jika ada masa, anda boleh melayari talian untuk melihat kumpulan perbincangan subjek profesional. Jangan lupa untuk menyediakan buku rujukan di tangan yang boleh dirujuk pada bila-bila masa.
E. Buat pilihan “praktikal” untuk kerjaya dan gaya hidup yang sesuai untuk masa hadapan
-
- Fahami diri sendiri: Gunakan pelbagai saluran untuk mengenali kekuatan dan potensi diri, di mana bidang minat sendiri, apakah keperibadian (personaliti) diri sendiri.
- Janganlah memikirkan hal-hal yang lebih tinggi daripada yang patut difikirkan (Pkh 9:11; Rm 9:16).
- Fahami pasaran kerja masa hadapan, pilih dan tetapkan matlamat praktikal. Digunakan oleh Tuhan, bersinar untuk Tuhan (Rm 12:2,3; 2 Tim 2:21).
KESIMPULAN
Kehidupan kolej / universiti adalah penuh dengan warna-warni. Asalkan masa, semangat dan tenaga dibahagikan dengan baik, orang baru di kampus boleh cuba untuk menyesuaikan diri dan menikmatinya. Sama seperti menjadi penziarah di tanah suci, semasa dalam perjalanan, anda dapat menikmati pemandangan yang indah di sepanjang jalan, dan bersukacita kerana semakin mendekati tujuan. Sebagai seorang penggali emas, anda boleh bergembira untuk emas sebenar yang bakal muncul semasa proses penapisan emas, bergembira bahawa anda semakin tahu menghargainya. Sama seperti seorang olahragawan, anda boleh mendapatkan kemajuan harian sebagai hasil semasa latihan. Inilah batu asas bagi terus bertambah baik dan mencapai kecemerlangan. Keseronokan dalam hidup ada di mana-mana. Ia terpulang kepada anda sama ada anda mempunyai hati yang terbuka dan berusaha bersungguh-sungguh ataupun berhampa tangan.
“Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan!” (Pkh 11:9).
Oleh itu, dalam kehidupan kolej / universiti, “takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya,” (Pkh 12:13). Ini juga merupakan tanggungjawab setiap orang baru di kampus. Dalam perjalanan hidup yang serba baru, marilah kita berpegang teguh kepada janji Tuhan: “Engkau memahkotai tahun dengan kebaikan-Mu, jejak-Mu mengeluarkan lemak.” (Mzm 65:12).