PEMUPUKAN MURID-MURID TUHAN

PEMUPUKAN MURID-MURID TUHAN

(Pendeta Lin Zhang Wei)

 

Maksud “pemupukan” boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Satu ialah “terhadap benda” – penanaman tumbuhan. Tumbuhan yang baru ditanam boleh mendapat persekitaran pertumbuhan yang sesuai melalui usaha dan cara manusia. Lantas, kehidupan yang berdikari ini dapat memberi manfaat kepada umat manusia. Satu lagi pemupukan ialah “terhadap orang” – mengajar orang-orang yang berbakat. Mendidik dengan menggunakan pelbagai persekitaran dan pengalaman hidup, melatih supaya seseorang tidak menjadi kuntuman bunga di rumah hijau sebaliknya dapat keraskan semangat, lebih daripada orang-orang yang menang semasa menghadapi cabaran yang susah, meninggalkan jejak iman kepercayaan yang harum, menjadi tulang belakang bagi kerja-kerja kerajaan Tuhan. Bagaimanakah Yesus melatih murid-murid?

 

MEMUPUK SEMANGAT MENGAMBIL INISIATIF DALAM MENGEJAR SESUATU DAN SIKAP AUTONOMI MURID-MURID (MRK 1:35-37)

Tuhan Yesus menjadi teladan dengan pergi ke tempat yang sunyi untuk berdoa sewaktu hari masih gelap,. Dia ingin memotivasikan murid-murid untuk mengambil inisiatif untuk mengejar usaha dalam doa bahkan murid-murid sendiri membuka mulut meminta Tuhan mengajar mereka bagaimana untuk berdoa lalu meninggalkan satu petikan isi kandungan “kata doa” (Luk 11:1-4). Hari ini, kita harus belajar sikap mengambil inisiatif dalam penyempurnaan rohani. Ambil inisiatif untuk membaca Alkitab, menghadiri kebaktian, berdoa; bukannya perlu digesa-gesa atau ditindas dengan cara pasif. Ketika Lot berada di bawah pimpinan Abraham, dia beribadah kepada Tuhan sama seperti Abraham (Kej 12:5-9, 12:1-4). Setelah mereka berpisah, kualiti iman kepercayaan Lot telah berubah (Kej 13:10-13). Raja Yoas pada zaman raja-raja dapat melakukan apa yang benar di mata Tuhan apabila iman kepercayaannya diseliakan oleh imam Yoyada (2 Taw 24:1-2). Setelah Yoyada meninggal dunia, kualiti iman kepercayaannya juga turut berubah (2 Taw 24:15-18). Pada hari ini, mengejar iman kepercayaan dengan cara mengambil inisiatif merupakan sasaran dalam melatih iman kepercayaan yang berdikari. Apabila berhadapan dengan kesusahan, adakah anda akan mengambik inisiatif untuk berdoa? Apabila meninggalkan kampung halaman dan berada di luar pandangan ibu bapa, adakah anda akan mengambil inisiatif untuk mencari gereja dan mendekati Tuhan? Adakah anda dapat mengambil inisiatif untuk bertekad dengan mengatakan: saya pasti berkahwin di dalam Tuhan?

 

MEMBANGUN KEMAJUAN IMAN MURID-MURID MELALUI PERSEKITARAN HIDUP (MRK 4:35-41)

Terdapat satu fenomena iklim yang aneh di Laut Galilee. Setiap tahun, angin timur yang tidak bermusim yang membawa kersik / batu halus akan meniup ke Laut Galilee dari padang gurun di sebelah timur (kadang-kadang 1 hari, kadang-kadang 3-4 hari, dan mungkin berlaku samada semasa musim bunga, musim panas, musim luruh ataupun musim sejuk, berjumlah 50 hari yang bertaburan sepanjang tahun). Orang tempatan menggelar ribut ini sebagai “50 hari”. Tuhan menggunakan persekitaran ini untuk memberitahu murid-murid tentang kepentingan iman. Dia juga membangun iman murid-murid dengan menggunakan burung-burung di langit dan bunga bakung di ladang (Mat 6:25-34) dengan harapan ada kemajuan dalam iman kepercayaan mereka dan mata iman mereka dapat tertumpu kepada kerajaan syurga yang kekal (Yoh 20:29). Apa yang ditempuhi dalam kehidupan hari ini merupakan ujian bagi iman kepercayaan, sama seperti apa yang dilalui oleh Yusuf dan Ayub. Selepas melaluinya, Yusuf berkata: sebab untuk memelihara kehidupanlah Allah menyuruh aku mendahului kamu (Kej 45:5-6). Dia berkata lagi: Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar (Kej 50:19-20). Ayub berkata dalam persekitaran yang sukar: terpujilah nama TUHAN (Ayb 1:20-22, 2:9-10). Ujian Tuhan datang tanpa sebarang amaran awal bahkan membangun kemajuan iman melalui pengalaman hidup. Adakah persekitaran hidup dan apa yang ditempuhi dalam hidup anda sekarang mendorong anda untuk bersungut-sungut kepada Tuhan seperti umat Israel di padang gurun (Ibr 3:7-11) dan menafikan kasih Tuhan? Ataupun ianya menjadikan iman anda maju – sama seperti “Tuhan menyediakan” yang dilalui oleh Abraham (Kej 22:1-14)?

 

MENGUJI TAHAP PENGETAHUAN MURID-MURID TENTANG DIA (MAT 16:13-16)

Tuhan Yesus hidup bersama dengan murid-murid dan murid-murid juga mendapat pemupukan (latihan) firman daripada Tuhan serta melihat kuasa Tuhan dalam diri Yesus. Tuhan menguji tahap pengetahuan murid-murid tentang Dia di daerah Kaisarea Filipi. Sama juga, selepas mengatakan tentang kerahsiaan Perjamuan Kudus (Yoh 6:52-59), terdapat murid yang menolak untuk mengikut Tuhan (Yoh 6:60-61,66). Setiap kali Yesus menyatakan bahawa Dialah Yesus, Firman yang telah menjadi manusia, timbullah pertentangan di antara orang banyak (Yoh 7:37-44), bahkan mengambil batu untuk melempari Dia (Yoh 8:51-59, 10:30-39). Malahan, pengetahuan Filipus, murid Yesus tentang Tuhan juga samar-samar (Yoh 14:8-11). Ketika Paulus dipilih, perkara pertama yang ingin difahaminya ialah “Siapakah Engkau, Tuhan?” (Kis 9:2, 22:8, 26:15). Selepas mengenali Tuhan ini – Yesus, dia berkata: “Yesus lebih mulia daripada semuanya” (Flp 3:7-8). Dia rela melepaskan segalanya di dalam dunia dan berkata: “aku tahu kepada siapa aku percaya dan aku yakin bahwa Dia berkuasa memeliharakan apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku hingga pada hari Tuhan.” (2 Tim 1:12). Dunia Paulus berubah kerana pengetahuannya tentang Tuhan Yesus (Kis 9:8,17-19; Gal 6:14). Perubahan dalam konsep hidup manusia dan konsep nilai memberikan kepastian tentang nilai Paulus yang bekerja untuk Tuhan seumur hidupnya (2 Tim 4:7-8). Pada hari ini, apakah pengetahuan anda tentang Yesus? Doktor yang merawat penyakit? Atendan? Mesin penjual alam semesta? Alat penyelesaian masalah? Atau Dialah Kristus?

 

PESANAN YANG TUHAN BERIKAN KEPADA MURID-MURID (MAT 28:19-20; MRK 16:15-20)

Selepas proses “iman kepercayaan adalah bersifat mengambil inisiatif”, “pengalaman hidup merupakan ujian bagi iman” dan “benar-benar mengetahui tentang Dia”, Tuhan memberikan satu amanat sebelum terangkat ke syurga, iaitu tanggungjawab yang dipercayakan – beritakanlah Injil kepada segala makhluk dan baptislah mereka untuk pengampunan dosa. Sudahkah anda melakukan kerja ini? Adakah Tuhan memberikan Roh Kudus hanya untuk memberikan anda jaminan untuk memasuki kerajaan syurga? Bukankah Ia juga memberikan anda kuasa untuk memberitakan Injil (Kis 1:8)? Kita lihat Paulus yang tidak menghiraukan nyawanya demi memberitakan Injil (Kis 20:22-24), Petrus dan Yohanes dianiayai, mereka masih boleh berkata: Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar (Kis 4:19-20), gembira menderita penghinaan oleh karena Nama Yesus (Kis 5:41). Jika masih tidak dapat menjadi pahlawan yang memberitakan firman bagi kerajaan Tuhan setelah terima pemupukan, apa yang dipupuk? Apa yang dilatih? Kiranya anda dan saya saling mendorong.