FAKTOR PENTING PERTUMBUHAN GEREJA
“Dalam besarnya jumlah rakyat terletak kemegahan raja, tetapi tanpa rakyat runtuhlah pemerintah.” (Ams 14:28), “Yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran.” (1 Tim 2:4). Tujuan penjelmaan Yesus Kristus adalah untuk menyerahkan diri-Nya sebagai tebusan bagi semua manusia supaya setiap orang dapat kembali ke bawah nama Tuhan sehingga disebut Anak Tuhan dan dimuliakan bersama-sama dengan Tuhan pada masa kelak kerana anugerah penebusan-Nya. Tujuan Tuhan menubuhkan gereja juga adalah sedemikian (Ef 3:10). Namun, pendekatan dan dasar kebenaran diperlukan untuk perkembangan gereja. Berikut dikongsikan beberapa faktor dalam kitab Kisah Para Rasul yang menyebut tentang kemajuan gereja dan peningkatan jumlah pemercaya disertakan dengan perkongsian praktikal.
ROH KUDUS TURUN KE ATAS KAMU
Kamu akan menerima kuasa, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi (Kis 1:8). Kebangkitan kerja suci pastinya dimulakan dengan doa. Selepas Roh Kudus dicurahkan pada hari Pentakosta, khutbah Petrus menggerakkan hati tiga ribu orang dengan adanya pekerjaan Roh Kudus dan mereka dibawa ke bawah nama Yesus lantas gereja pada zaman rasul-rasul pun didirikan (Kis 2,3). Selain itu, tanda-tanda, mukjizat-mukjizat dan keberanian para rasul juga dirangsang oleh kepenuhan Roh Kudus (Kis 4:30-31) sehingga kerja pelayanan Injil berkembang dengan pesat. Hari ini, selagi gereja mementingkan doa untuk kerja pelayanan penginjilan, membentuk persekutuan doa penginjilan, dan terus berdoa dengan tekun, maka gereja akan menjadi seperti Simson yang memiliki kuasa Tuhan. Simson dapat membunuh orang Filistin dengan apa-apa saja kaedah yang digunakan (tiga ratus anjing hutan, atau sebuah tulang rahang keldai, atau mencabik singa dan meruntuhkan kedua daun pintu gerbang kota dengan tangan kosong). Demikian juga, jika kuasa Roh Kudus terus bekerja, maka hasil yang tidak dijangka akan diperoleh tanpa mengira cara penginjilan yang digunakan (penginjilan dari rumah ke rumah, penginjilan berkumpulan, penginjilan melalui kidung, penginjilan di hospital, penginjilan peribadi, penginjilan masyarakat, penginjilan penyataan perubatan, dan lain-lain). Seperti yang dinyatakan dalam Alkitab: “Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku.” (Za 4:6). Adakah gereja menitikberatkan perihal doa untuk kerja pelayanan penginjilan? Paulus, rasul orang bukan Yahudi juga merupakan wakil tokoh Injil dalam Alkitab. Surat-suratnya jarang menyebut tentang meminta orang untuk berdoa untuknya, kebanyakannya ialah dia berdoa untuk gereja. Namun, jika dia meminta gereja untuk berdoa untuknya, tentunya hal itu berkaitan dengan pemberitaan Injil (Ef 6:19-20, Kol 4:3-4, 2 Tes 3:1-2). Dalam Alkitab, Paulus hanya meminta gereja untuk berdoa untuknya sebanyak tiga kali, dan satu kali yang lain pula tidak menyatakan isi kandungan bantuan doa (1 Tes 5:25). Nampaknya, gereja yang menitikberatkan perkembangan kerja pelayanan penginjilan harus terus berdoa. Oleh itu, berdoa dan serahkan kepada Tuhan merupakan daya pendorong bagi perkembangan gereja.
BERTINDAK SECARA PROAKTIF
Pada masa lalu, kebanyakan pelayanan penginjilan gereja adalah menggunakan kaedah “pertahanan” dan hanya mengundang saudara-saudari untuk membawa pencari Injil ke gereja bagi menghadiri kebaktian penginjilan yang diadakan setiap enam bulan. Kaedah ini tidak dapat meningkatkan “kuantiti” pencari Injil. Apabila “kuantiti” pencari Injil tidak dapat ditingkatkan, “kuantiti” orang yang terima Sakramen Pembaptisan juga tidak akan mencapai anjakan paradigma. Sebelum Tuhan Yesus berpisah dengan murid-murid dan terangkat ke syurga, Dia berkata kepada murid-murid: “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan.” (Mrk 16:15-16). Kaedah penginjilan yang sama digunakan semasa zaman rasul, iaitu membuka pasaran Injil secara aktif dan proaktif. Oleh itu, dua penginjilan luar Paulus yang pertama merupakan amalan aktif “pergi ke seluruh dunia”. Kaedah penginjilan di gereja pada hari ini tidak seharusnya terus berada di saluran sehala “mengundang orang datang”, sebaliknya harus keluar mencari “gudang sumber pencari Injil” secara proaktif. Kaedah-kaedah yang mungkin membolehkan gereja memperoleh maklumat pencari Injil seperti penginjilan di hospital, penginjilan dalam masyarakat, penginjilan di sekolah, penginjilan peribadi, kebaktian penginjilan melalui kidung secara terbuka dan lain-lain harus digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, penginjilan-penginjilan ini hanya menyemai benih. Gereja hanya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan “kuantiti” pencari Injil. Kerja seterusnya ialah menyiram.
MELAKSANAKAN KEBERKESANAN ORGANISASI, MENGADAKAN LAWATAN KELUARGA SECARA MENDALAM DAN MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN ATAS USAHA KERAS
Gereja di Yerusalem telah membuat penyesuaian organisasi sehingga menghilangkan kemungkinan krisis (Kis 6:1-7). “Firman Allah makin tersebar, dan jumlah murid di Yerusalem makin bertambah banyak.” Kumpulan pemantauan Injil harus dibentuk dalam organisasi gereja. Saudara dan saudari yang mempunyai masa dan karunia kepemimpinan serta penatua dan diaken yang mempunyai karunia pemberitaan Injil (seperti Stefanus dan Filipus pada zaman rasul) boleh menyertai kumpulan tersebut. Di samping itu, biarlah pendeta dapat “memusatkan pikiran dalam doa dan pelayanan Firman” (Kis 6:4). Dengan itu, apabila ada maklumat pencari Injil yang masuk, maklumat berkenaan dapat disalurkan ke tangan setiap kelompok Injil untuk tindakan susulan kemajuan dan untuk jangka masa panjang. Adakanlah teh Injil dalam bentuk kumpulan, lakukanlah pemupukan firman yang bersistematik, serta adakanlah perkongsian kesaksian menerima kasih karunia (kesaksian yang terbaik ialah proses mencari iman kepercayaan “Bagaimana saya memasuki gereja Tuhan”) dan sesi doa untuk memohon Roh Kudus supaya iman kepercayaan dapat dialami dan saling berpadanan. Dengan cara ini, tidak akan ada pencari Injil yang terabai dan tertinggal, dan tidak ada yang ketinggalan dalam tindakan susulan. Di samping memasuki kediaman pencari Injil, tindakan ini juga membolehkan pencari Injil datang ke gereja untuk mencapai tahap ideal bagi komunikasi emosi dan komunikasi iman kepercayaan.
SEMANGAT PATAH DIHUBUNG, HILANG DIGANTI
Walaupun kerja pelayanan penginjilan pada zaman rasul dipromosikan secara efektif, namun penganiayaan, halangan dan pukulan juga banyak. Ditangkap dan dihakimi di Mahkamah Agama, disesah, dipenjarakan, dan bahkan kehilangan nyawanya sebagai syahid bagi Tuhan, sama seperti yang dikatakan oleh Paulus dalam 2 Korintus 11:23-27. Namun kita tidak melihat para pekerja Injil mengundurkan diri kerana takut, atau iman mereka goyah dan menghentikan langkah. Sebaliknya, patah dihubung, hilang diganti. Seperti yang dikatakan oleh Petrus: “Silakan kamu putuskan sendiri manakah yang benar di hadapan Allah: taat kepada kamu atau taat kepada Allah.” (Kis 4:19-20, 5:29), dan sama seperti persepsi Paulus (Kis 20:22-24). Lawatan ditolak, dihina, dikritik oleh rakan sekerja, tidak dapat melihat hasil kerja, memberi diri dibaptis kerana talian persaudaraan / persahabatan, tidak dapat mencari rakan sekerja yang sesuai … Faktor-faktor ini akan menyebabkan pekerja Injil kelihatan lemah dalam pekerjaan dan menyebabkan pekerjaan terhenti, iman kepercayaan merosot ke tahap yang paling bawah dan tidak dapat menyelamatkan jiwa manusia. Sebaliknya, diri sendiri akan menghadapi masalah. Selain memahami kebenaran dan memperoleh kekuatan dari atas melalui doa, rakan sekerja dalam kumpulan Injil harus dapat mengadakan seminar bulanan supaya semua orang dapat berdoa dengan satu hati. Dengan itu, motivasi firman, dorongan semangat, perbincangan dan penyelesaian masalah, keharmonian rakan sekerja, pemadanan, status tindakan susulan ke atas pencari Injil dan isu-isu lain dapat dikomunikasikan. Saluran ini dapat mengelakkan keadaan seperti Paulus ketika dia berada di Troas. Walaupun Tuhan telah membuka jalan untuk pekerjaan Injil untuknya, namun kekurangan kekuatan rakan sekerja menyebabkan “hatinya tidak merasa tenang” (2 Kor 2:12-13) lalu dia kehilangan peluang penubuhan gereja Troas.
Berdoa dan serahkan kepada Tuhan + bertindak secara proktif + patah dihubung, hilang diganti. Ketiga-tiga faktor ini nampaknya menjadi paksi utama kerja pelayanan penginjilan dalam zaman rasul. Apa kepentingan moden yang terdapat dalam prinsip ini dalam kerja pelayanan penginjilan gereja sekarang? Fikirkanlah dan laksanakannya. Tentunya tindakan itu dapat membawa pertumbuhan “kuantiti” dalam gereja.