KEBIJAKSANAAN HIDUP YESUS
(Pendeta Pan Jia Zhou)
KATA PENGANTAR
Tuhan Yesus berpesan kepada murid-murid “Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.” (Mat 10:16).
Umat Kristian bukan sahaja perlu memelihara iman kepercayaan diri sendiri apabila berhadapan dengan angkatan yang jahat, bahkan juga perlu menyempurnakan amanat yang telah dipercayakan oleh Tuhan iaitu memimpin orang kembali kepada Tuhan. Jika tidak mempunyai hati yang berjaga-jaga dan cerdik, adalah dikhuatiri bahawa diri sendiri pun tidak terlindungi lalu tidak usah lagi membincangkan tentang masuk ke dalam dunia untuk “menjala manusia”.
Oleh itu, belajarlah daripada kebijaksanaan hidup Yesus. Pertahankan iman kepercayaan sendiri dan jadi prajurit yang baik bagi Injil Tuhan merupakan isu penting bagi pemercaya benar pada masa kini.
HIDUP MANUSIA UNTUK APA?
Jawab-Nya: “Marilah kita pergi ke tempat lain, ke kota-kota yang berdekatan, supaya di sana juga Aku memberitakan Injil, karena untuk itu Aku telah datang.” (Mrk 1:38).
Sebaik sahaja Tuhan Yesus mula memberitakan Injil, Dia membuatkan manusia berasa segar. PengajaranNya berkuasa, boleh menyembuhkan pennyakit, mengusir roh jahat dan melakukan tanda mujizat. Oleh itu, orang ramai yang mengikutiNya datang seperti sekumpulan lebah sehinggakan diriNya sendiri pun tidak terjaga dan Dia tidak dapat berehat. Namun Dia tidak membiarkan “matlamat”Nya yang betul disesatkan dan dikaburkan oleh orang ramai yang membuta tuli. Tuhan tahu untuk apa Dia datang!
Orang-orang zaman kini sering bersuara lantang bahawa mereka tersesat. Apabila mendengar suara begini, adakah anda bertanya kepada diri anda sendiri, apakah hala tuju hidup anda sekarang? Apakah pula matlamat masa depan?
Sila fikirkan, kehidupan yang tidak ada matlamat hidup, bagaimanakah keadaan hari-hari tersebut?
SELAGI SAYA BERTUMBUH BESAR
“Dan Yesus makin bertambah besar dan bertambah hikmat-NyA dan besar-Nya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia.” (Luk 2:52).
Yesus ialah Tuhan “Firman yang telah menjadi manusia”. Dia menjadi manusia dan diam di antara manusia duniawi. Oleh itu, Dia juga melalui perjalanan pertumbuhan seperti orang biasa, cuma Tuhan Yesus bukan sahaja bertambah umurNya, makin bertambah besar, hikmatNya juga turut bertambah. Pada masa yang sama, Tuhan Yesus bukan sahaja “berkenan kepada Tuhan”, bahkan manusia juga mengasihiNya.
Oleh yang demikian, seorang umat Kristian yang telah meningkat dewasa dan matang harus mempunyai hikmat yang rohani dalam hidup (Ef 5:15-16; Kol 4:5) di samping harus tahu bagaimana untuk bergaul secara harmoni dengan orang-orang yang belum percaya dan mendapatkan penghormatan.
Cuba fikirkan, adakah hidup anda berbeza daripada yang biasa di dunia tanpa dianggap sebagai “heterogen”?
PASTI ADA YANG BOLEH MENJADI GURU SAYA DI ANTARA TIGA ORANG YANG BERJALAN BERSAMA
Sesudah tiga hari mereka menemukan Dia dalam Bait Allah; Ia sedang duduk di tengah-tengah alim ulama, “sambil mendengarkan mereka dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka.” (Luk 2:46).
“Pembelajaran sepanjang hayat” bukan lagi sekadar slogan. “Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut” sememangnya merupakan tindakan positif bagi orang yang berjaya untuk sekali lagi mencapai transenden diri dan sekali lagi mencipta kemuncak tinggi dalam kehidupan. Bagi umat Kristian, pencarian pengetahuan rohani yang benar dan pertambahan pengetahuan umum harus diusahakan bersama (Flp 1:9-11).
Oleh itu, janganlah menggunakan alasan yang “rohaniah” sebagai justifikasi untuk malas belajar bagi diri sendiri.
BUKTIKAN KEPADA KAMU!
Lalu datanglah si pencoba itu dan berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah supaya batu-batu ini menjadi roti…” Kemudian Iblis membawa-Nya ke Kota Suci dan menempatkan Dia di bubungan Bait Allah, lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu ke bawah, sebab ada tertulis: “…”. (Mat 4:3-7).
Tuhan Yesus memetik kata-kata dalam Alkitab untuk melawan pencobaan Iblis. Selain membuktikan Firman Tuhan ialah pedang Roh dan senjata kemenangan yang terbaik dalam perang rohani, ia juga mengingatkan kita bahawa Tuhan Yesus dengan muka yang tenang menggunakan kaedah radikal semasa berhadapan dengan si pencoba dan tidak melakukan tanda mujizat. Ini adalah untuk membuktikan status Dia sebagai “Anak Allah”. Ini kerana Tuhan sememangnya ialah “Anak Allah” dan ini bukannya dapat dibuktikan dengan “tanda mujizat”.
Demi air muka, terdapat ramai orang, terutamanya remaja dan belia yang mengorbankan kos yang sangat besar untuk membuktikan bahawa diri sendiri ada cara dan tidak sesekali kalah kepada orang lain. Tetapi umat Kristian yang bijak harus belajar daripada Paulus, bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku (2 Kor 12:9-10).
JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI MATA KAMU
Mengapakah engkau melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak engkau ketahui? Bagaimanakah engkau dapat herkata kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari matamu, padahal ada balok di dalam matamu. Hai ornag munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu (Mat 7:3-5).
Ini merupakan suatu zaman yang kekurangan kebolehan refleksi. Kebenaran Tuhan ialah terang yang sesungguhnya. Ia menerangi mata hati kita supaya kita dapat melihat diri sendiri dengan jelas, kurangkan mengkritik orang lain dan banyakkan membuat refleksi diri (Gal 6:4).
Oleh itu, jangan terlalu mempercayai apa yang dilihat oleh mata anda. Ada kemungkinannya bahawa andalah orang yang dilihat itu.
MENJAWAB ORANG BEBAL MENURUT KEBODOHANNYA
Datanglah imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat serta tua-tua ke situ, dan mereka berkata kepada Yesus: “Katakanlah kepada kami dengan kuasa manakah Engkau melakukan hal-hal itu, dan siapa yang memberikan kuasa itu kepada-Mu?” Jawab Yesus kepada mereka: “Aku juga akan mengajukan suatu pertanyaan kepada kamu. Katakanlah kepada-Ku: Baptisan Yohanes itu, dari sorga atau dari manusia?” … mereka menjawab, bahwa mereka tidak tahu dari mana baptisan itu. Maka kata Yesus kepada mereka: “Jika demikian, Aku juga tidak mengatakan kepadamu dengan kuasa manakah Aku melakukan hal-hal itu.” (Luk 20:1-8).
Tetapi Yesus mengetahui maksud mereka yang licik itu, lalu berkata kepada mereka: “Tunjukkanlah kepada-Ku suatu dinar; gambar dan tulisan siapakah ada padanya?” Jawab mereka: “Gambar dan tulisan Kaisar.” Lalu kata Yesus kepada mereka: “Kalau begitu berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah!” Dan mereka tidak dapat menjerat Dia dalam perkataan-Nya di depan orang banyak. Mereka heran akan jawab-Nya itu dan mereka diam (Luk 20:19-26).
Yakobus fasal 3 membincangkan tentang lidah manusia. Lidah, walaupun suatu anggota kecil dari tubuh, namun dapat memegahkan perkara-perkara yang besar. Ia merupakan suatu dunia kejahatan hasil daripada fikiran jahat dalam hati, tetapi boleh menyamar menjadi kata-kata yang sedap didengar untuk mencobai orang dan mencari jerat untuk menyerang orang. Apabila berhadapan dengan angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini, kita bukan sahaja perlu berjaga-jaga dengan pertuturan sendiri (Yak 3:2), bahkan juga perlu berhati-hati dengan pelbagai “perangkap” ketika berhadapan dengan orang lain.
Oleh itu, kita harus memohon kepada Tuhan yang memberikan pelbagai hikmat untuk memberikan kita hikmat dalam memberi jawaban lidah (Ams 16:1) supaya kita tahu “Jangan menjawab orang bebal menurut kebodohannya, supaya jangan engkau sendiri menjadi sama dengan dia. Jawablah orang bebal menurut kebodohannya, supaya jangan ia menganggap dirinya bijak” (Ams 26:4-5).
PERTIMBANGAN YANG WAJAR DI LUAR PERUNDANGAN
Ketika Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum datanglah pemungut bea Bait Allah kepada Petrus dan berkata: “Apakah gurumu tidak membayar bea dua dirham itu?” Jawabnya: “Memang membayar.”
Dan ketika Petrus masuk rumah, Yesus mendahuluinya dengan pertanyaan: “Apakah pendapatmu, Simon? Dari siapakah raja-raja dunia ini memungut bea dan pajak? Dari rakyatnya atau dari orang asing?” Jawab Petrus: “Dari orang asing!” Maka kata Yesus kepadanya: “Jadi bebaslah rakyatnya. Tetapi supaya jangan kita menjadi batu sandungan bagi mereka, pergilah memancing ke danau. Dan ikan pertama yang kaupancing, tangkaplah dan bukalah mulutnya, maka engkau akan menemukan mata uang empat dirham di dalamnya. Ambillah itu dan bayarkanlah kepada mereka, bagi-Ku dan bagimu juga.” (Mat 17:24-27).
Secara logiknya, Yesus, Firman yang telah menjadi manusia tidak perlu membayar bea (Kel 30:11-16). Namun demi mengelak daripada menjadi batu sandungan bagi orang lain (Mat 17:27), Dia tetap mengikuti mana yang baik dan menggenapkan seluruh kehendak Allah.
Oleh itu, sebagai seorang umat Kristian, prinsip hidup kita adalah amat jelas. Perkara-perkara yang dianggap halal / diperbolehkan oleh diri sendiri juga perlu diberikan pertimbangan, adakah ianya membangun? Adakah ianya berguna? Adakah diperhambakan olehnya? Adakah ia dapat memuliakan Tuhan? (1 Kor 6:12, 10:23-24,31) (Rm 14:21).
Cuba fikirkan, ketika anda merasakan ianya haruslah demikian dan anda mempunyai alasan yang kukuh / wajar, pernahkah anda pertimbangkan pertimbangan di luar perundangan secara lebih mendalam?
TAKUT MENJADI TERKENAL
Lalu keluarlah ornag-orang Farisi itu dan bersekongkol untuk membunuh Dia. Tetapi Yesus mengetahui maksud mereka lalu menyingkir dari sana. Banyak orang mengikuti Yesus dan Ia menyembuhkan mereka semuanya. Ia dengan keras melarang mereka memberitahukan siapa Dia, supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi Yesaya: “Lihatlah, itu Hamba-Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa. Ia tidak akan berbantah dan tidak akan berteriak dan orang tidak akan mendengar suara-Nya di jalan-jalan. Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskan-Nya, dan sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkan-Nya, sampai Ia menjadikan hukum itu menang. Dan pada-Nyalah bangsa-bangsa akan berharap.” (Mat 12:14-21).
Amat sukar dibayangkan bahawa Yesus, yang pada-Nyalah bangsa-bangsa akan berharap, melarang orang memberitahukan siapa Dia. Tidakkah ini amat bercanggahan dengan tujuan Yesus dilahirkan di dunia?
Tuhan tahu kelemahan manusia. Orang-orang Yahudi mengasihi dan pada masa yang sama membenci Kristus yang tidak memenuhi penantian mereka tetapi yang dapat memenangi hati dan sokongan manusia (Yoh 6:15; Mat 27:18). Tuhan lemah lembut dan rendah hati (Mat 11:29) dan tidak mencari hormat bagi diriNya sendiri (Yoh 5:41). Walaupun nama Tuhan pasti akan ditinggikan; diberitakan hingga ke hujung bumi dan disampaikan kepada segala bangsa merupakan perancangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan, namun Tuhan Yesus tidak mengambil jalan singkat. Sebaliknya, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Penyu bertelur beratus-ratus senyap. Perlahan-lahan Dia mengumpulkan dan membentuk pengaruh yang mendalam dan jauh. Ini tidak dapat ditandingi oleh orang-orang masa kini yang terburu-buru untuk mencapai kejayaan dan mendapat kebaikan, yang biasa mengurut kedek, yang mengembangkan sayap untuk diri sendiri, yang berangan-angan menjadi orang yang terkenal atau pemimpin yang berpengaruh, yang mendapat kedua-dua nama dan faedah sekali gus.
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa Yesus yang tidak memberitahukan siapa Dia secara sengaja, yang tidak mahu jadi terkenal dan yang selalu memerintahkan orang supaya jangan memberitahukan siapa Dia itu, Dialah manusia yang paling terkenal dan mempunyai daya pengaruh yang paling lama dalam sejarah.
Maka, anda yang bijaksana, janganlah terburu-buru untuk mengejar nama yang dikenang. Selesaikan dahulu apa yang boleh dilakukan, apa yang patut dilakukan dan tunggu dengan ketekunan dan kesabaran. Maka kejayaan akan tercapai selepas dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
TAHAN SABAR
Sesudah itu Yesus berjalan keliling Galilea, sebab Ia tidak mau tetap tinggal di Yudea, karena di sana orang-orang Yahudi berusaha untuk membunuh-Nya. Ketika itu sudah dekat hari raya orang Yahudi, yaitu hari raya Pondok Daun. Maka kata saudara-saudara Yesus kepada-Nya: “Berangkatlah dari sini dan pergi ke Yudea, supaya murid-murid-Mu juga melihat perbuatan-perbuatan yang Engkau lakukan. Sebab tidak seorangpun berbuat sesuatu di tempat tersembunyi, jika ia mau diakui di muka umum. Jikalau Engkau berbuat hal-hal yang demikian, tampakkanlah diri-Mu kepada dunia.” Sebab saudara-saudara-Nya sendiripun tidak percaya kepada-Nya. Maka jawab Yesus kepada mereka: “Waktu-Ku belum tiba, tetapi bagi kamu selalu ada waktu. Dunia tidak dapat membenci kamu, tetapi ia membenci Aku, sebab Aku bersaksi tentang dia, bahwa pekerjaan-pekerjaannya jahat. Pergilah kamu ke pesta itu. Aku belum pergi ke situ, karena waktu-Ku belum genap.” Demikianlah kata-Nya kepada mereka, dan Iapun tinggal di Galilea. Tetapi sesudah saudara-saudara Yesus berangkat ke pesta itu, Iapun pergi juga ke situ, tidak terang-terangan tetapi diam-diam. (Yoh 7:1-10).
Tuhan Yesus berhadapan dengan rakan kerja dan saudara sekaum yang selalu menyakitkan hatiNya dari segi perkataan dan perbuatan. Dia juga berhadapan dengan penganiayaan dan ketidak-adilan yang besar. Namun apabila Yesus berhadapan dengan serangan dan penganiayaan luaran ini, Dia adalah begitu tenang sekali dan penuh dengan keberanian (Yoh 19:1-11). Ini kerana Tuhan Yesus tahu, “Bukankah Aku harus minum cawan yang diberikan Bapa kepada-Ku?” (Yoh 18:11). Dia hanya ambil kisah tentang bagaimana anugerah keselamatan disempurnakan dan bagaimana kerja penyelamatan dan penebusan diselesaikan. Pertengkaran yang tidak perlu dan yang tidak bersesuaian adalah membuang masa. Oleh yang demikian, Dia tidak berkorban sewenang-wenangnya sebelum masanya dan apabila masanya tiba, Dia tidak takut untuk berkorban. Maka, pada hari genap waktunya, Tuhan Yesus pasti berjalan di atas jalan penderitaan kayu salib dengan penuh keberanian (Mat 26:51-56).
Oleh yang demikian, umat Kristian haruslah berusaha dalam mencari dan memahami apakah tujuan hidup saya? Apakah matlamat pembelajaran saya? Apakah makna hidup saya? Tuhan memilih saya, apakah harapanNya terhadap saya? Bagaimana pula saya dapat mencapai semua matlamat ini dan tidak mengecewakan apa yang telah dipercayakan oleh Tuhan Yesus?