MENGHADAPI PENCOBAAN

MENGHADAPI PENCOBAAN

 

PENDAHULUAN

Dalam kampus yang sangat menekankan aspek kepelbagaian, keterbukaan, dan penghormatan terhadap keunikan, pelajar kolej / universiti yang beragama Kristian sedikit sebanyak akan mengalami beberapa pencobaan dari segi perjalanan iman kepercayaan dalam persekitaran kampus, sama ada secara aktif ataupun secara pasif. Oleh itu, dalam kata doa Tuhan , Tuhan Yesus mengajar kita untuk berdoa kepada Tuhan: “dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat” (Mat 6:13). Jadi, mungkin kita tidak dapat memohon agar perjalanan iman kepercayaan kita berjalan lancar, tetapi kita boleh memohon Tuhan untuk memimpin kita menempuh perjalanan ini dengan selamat. Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan (Yak 1:12).

 

PENCOBAAN YANG BIASA KELIHATAN DALAM KAMPUS

Sebilangan besar orang meninggalkan kampung halaman mereka untuk hidup dalam persekitaran baru pada peringkat kolej / universiti. Dalam persekitaran baru tanpa kekangan lama dan dengan keperluan untuk mula belajar mengatur kehidupan baru sendiri, sebilangan orang berusaha sebaik mungkin untuk meninggalkan kehidupan lama dan menjalani kehidupan baru untuk diri sendiri. Walau bagaimanapun, ramai yang sering kali kehilangan diri sendiri dalam arus persekitaran tanpa menyedarinya kerana tubuh badan dan fikiran yang tidak matang. Ketika menoleh ke belakang sekali sekala, ada yang menyesal, ada yang berasa bernasib baik, ada yang bersyukur. Pencobaan yang biasa kelihatan dalam kampus dijelaskan seperti berikut:

A. Sumber:

  1. Tekanan kumpulan rakan sebaya: Sebilangan besar mereka merupakan orang muda yang tinggal jauh dari rumah untuk pertama kalinya. Sama ada tinggal bersendirian atau di asrama, semua orang berada dalam keadaan yang sama. Dalam persekitaran ini, rakan sekelas dan senior-senior mempunyai pengaruh yang besar. Cara menyatakan identiti sebagai umat Kristian dan keberanian untuk menjalani kehidupan orang Kristian akan diuji.
  2. Nafsu / keinginan: Kampus-kampus dipengaruhi oleh suasana sosial. Terdapat sebilangan orang yang sangat terbuka dalam hal-hal yang berkaitan dengan seks. Lelaki dan perempuan tidur bersama, menonton pornografi, bercakap mengenai seks … di asrama atau bilik tidur. Cara orang Kristian melepaskan diri daripada dicobai merupakan satu subjek pembelajaran.
  3. Kepelbagaian akademik: Persekitaran kampus yang pelbagai dibanjiri dengan pelbagai jenis teori, terutamanya teori kemanusiaan dan sosial yang kebanyakannya berpusat pada manusia. Sekiranya tidak tahu membezakannya, kita akan terjebak dengan percanggahan iman kepercayaan.
  4. Seiman gereja: Kurang terlibat dalam aktiviti gereja sebelum melanjutkan pelajaran, dan terlibat secara aktif dalam peringkat kolej / universiti. Oleh sebab peningkatan hubungan dengan persekutuan dan seiman dalam gereja, terdapat juga beberapa konflik dan krisis yang tersembunyi, bahkan kadang-kadang berkonflik dengan pemimpin gereja dari segi konsep dan bahasa.

 

B. Cara menghadapinya:

  1. Jangan menganggap diri sendiri bijak: Penulis kitab Amsal memberitahu kita: “Janganlah engkau menganggap dirimu sendiri bijak, takutlah akan TUHAN dan jauhilah kejahatan.” (Ams 3:5-7). Orang yang menganggap dirinya bijak dan aman adalah yang paling mudah untuk jatuh ke dalam pencobaan. Hal ini kerana dia sudah kehilangan kewaspadaan. Oleh itu, Paulus mendorong kita dan berkata: “Sebab itu siapa yang menyangka, bahwa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh!” (1 Kor 10:12).
  2. Mengejar untuk berdikari dalam iman kepercayaan: Memasuki peringkat kolej / universiti bermaksud kita merupakan salah seorang ahli pendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, kita sering menjadi anak kecil dari segi firman iman kepercayaan (Ibr 5:11 – 6:1). Oleh itu, kita perlu mengabdikan diri untuk membangun iman kepercayaan diri sendiri dalam usaha iman kepercayaan, bukan hanya percaya kepada Tuhan kerana mengikut keluarga. Dengan pembangunan gunung batu ini, kita tidak akan takut dengan angin dan hujan. Cara yang paling mudah dan berguna, tetapi mungkin agak kuno adalah dengan berjaga-jaga dan berdoa (Mat 26:41) dan rajin membaca Alkitab. Yesus menggunakan kata-kata Alkitab untuk mengalah Iblis (Luk 4:1-13). Yohanes mendorong kita untuk menyimpan firman Tuhan supaya dapat mengalahkan godaan-godaan keinginan (1 Yoh 2:14-17).
  3. Jangan membiarkan diri sendiri berada dalam pilihan yang bercanggahan: Pilihan yang terlalu banyak dalam perjalanan iman kepercayaan merupakan ujian besar bagi diri sendiri dan juga menyebabkan diri sendiri memasuki pencobaan. Contohnya, memilih untuk keluar berekreasi atau memegang hari Sabat, memilih Kebaktian Kebangunan Rohani atau mengulangkaji pelajaran di rumah dan sebagainya.
  4. Iman kepercayaan yang menguasai diri menurut ukuran iman: Ananias melihat persembahan iman orang ramai, tetapi dia tidak dapat melakukannya. Mungkin disebabkan dia pentingkan air muka, takut pada pandangan orang lain … dan faktor lain, dia menyebabkan dirinya dan keluarganya memasuki pencobaan (Kis 5:1-11; Rm 12:3).
  5. Anggota badan saling menjaga: Tali tiga lembar tak mudah diputuskan (Pkh 4:9-12). Orang-orang yang kuat membantu orang-orang yang lemah, kerana kita tidak tahu masanya kita akan kuat dan masanya kita akan jatuh dalam kelemahan. Maka, marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik (Ibr 10:24-25). Oleh itu, adalah perlu untuk kita mencari rakan iman kepercayaan dalam persekutuan dan gereja untuk saling menyokong dan membangun.
  6. Jangan takut: Pada waktu kita dicobai, Tuhan akan memberikan jalan keluar kepada kita supaya kita dapat menanggungnya (1 Kor 10:13; Ibr 2:18, 4:15; 2 Ptr 2:9).

 

KEBAIKAN MENGALAHKAN PENCOBAAN

  1. Setelah mengalahkan pencobaan, kita perlu merasakan dan menolong mereka yang masih berada dalam pencobaan seperti Yesus (Ibr 2:18, 4:15).
  2. Bagi diri sendiri, setelah mengalahkan pencobaan, kita akan menerima mahkota kehidupan (Yak 1:12).

 

KESIMPULAN

Kita tidak meminta kelancaran dan kedamaian dalam perjalanan iman kepercayaan kita, tetapi kita memohon Tuhan untuk memimpin sehingga destinasi akhir dan memperoleh mahkota kehidupan.