PERBEZAAN ANTARA DUA JANTINA DAN PENGURUSAN HUBUNGAN CINTA
(Saudara Xu Shi Hui)
KATA PENGANTAR
Apabila kita membincangkan topik berkaitan perbezaan antara dua jantina, ia mestilah didirikan atas “hubungan” antara dua jantina supaya kita boleh menyerlahkan pengaruh yang dibawa oleh perbezaan jantina. Di peringkat institusi pengajian tinggi, kedua-dua lelaki dan wanita telah mempunyai kelayakan yang sangat matang secara fizikal dan psikologi. Mereka membuat persediaan yang baik bagi kedua-dua jantina mendirikan rumah tangga bersama-sama. Manusia dibahagikan kepada dua jantina, dan komunikasi antara dua jantina ialah perkara yang biasa. Komunikasi emosi tertutup antara jantina yang berlainan juga wujud secara semula jadi. Walau bagaimanapun, bukan semua orang berfikir tentang fasa perkembangan hubungan cinta dan cara untuk berpisah terlebih dahulu. Oleh itu, lagu cinta telah dinyanyikan tanpa putus sejak zaman purba dan sentiasa berada di tangga teratas dalam senarai jualan terlaris. Oleh itu, kita cuba membuat susunan kasar mod pengurusan hubungan cinta antara dua jantina. Diharapkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalam perjalanan hubungan cinta. Sama seperti perbezaan antara dua jantina, terdapat perbezaan yang amat besar dalam cara pengurusan hubungan cinta. Apa yang dibincangkan berikut hanyalah prinsip sahaja, banyak perincian pengurusan yang tidak dapat disenaraikan satu persatu. Kiranya Tuhan mengaruniakan kebijaksanaan dan kekuatan kepada kita untuk menghadapi kelemahan kita sendiri, melawan tipu muslihat si jahat dan menjauhkan diri daripada godaan nafsu.
PERBEZAAN ANTARA DUA JANTINA
Perbezaan antara dua jantina tidak mutlak. Ia hanya menunjukkan sesuatu trend yang tertentu dan perbezaan individu masih sangat besar. Oleh itu, makna bagi memahami perbezaan antara satu sama lain bukanlah terletak pada pelabelan suatu jenis atau satu orang, tetapi ia merupakan permulaan bagi percubaan untuk memahami. Janganlah pandangan anda terhadap dia yang unik di hadapan anda dikaburkan oleh stereotaip terhadap jantina yang berlainan. Tujuan pemahaman adalah untuk menjadikan kedua-dua pihak lebih bertimbang rasa antara satu sama lain, bukannya dijadikan sebagai alasan untuk menolak tanggungjawab.
A. Faktor fisiologi
Perbezaan jantina bermula dengan perbezaan dari segi fizikal. Alkitab berkata: “isteri, sebagai kaum yang lebih lemah” (1 Ptr 3:7). Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa wanita secara fizikalnya adalah lebih lemah daripada lelaki (tetapi daya ketahanan sakit wanita jauh lebih tinggi daripada lelaki). Perbezaan sebegini adalah bahawa lelaki sepatutnya lebih menyayangi dan menghargai isteri mereka yang berkongsi rahmat hidup kerana dia ialah perkakas yang rapuh dan indah. Dilihat dari perspektif yang lain, wanita mungkin lebih kekurangan rasa selamat. Oleh itu, ia membawa kepada perasaan yang halus dan teliti, pemikiran yang tajam, boleh membawa perasaan yang menyenangkan kepada orang lain serta penghiburan yang bersesuaian. Beban membesarkan dan mendidik anak kadang-kadang jatuh secara langsung atas bahu wanita. Relatifnya, lelaki mempunyai rasa selamat yang lebih tinggi atau boleh mengalas tugas dalam membuat keputusan dan mereka lebih kompeten dalam kerja yang memerlukan kekuatan fizikal. Mata pencarian keluarga mungkin jatuh pada lelaki. Wanita mungkin berfikiran sempit dan degil, maka biarlah keputusan rasional lelaki memimpin mereka keluar daripada pemikiran tersebut. Prestasi kedegilan lelaki mesti diubati / diselamatkan dengan ketelitian wanita.
Namun, perbezaan sebegini tidak semestinya menghasilkan hasil yang disebutkan di atas dalam masyarakat moden. Ini kerana perubahan alat pengeluaran, populariti pendidikan dan juga perbezaan personaliti individu akan membentuk pembahagian tugas yang berbeza. Walau bagaimanapun, perkara yang utama ialah perbezaan antara dua jantina membawa kepada pembahagian tugas dan mereka saling melengkapi. Memahami perbezaan antara satu sama lain boleh menjadikan pembahagian tugas dibuat dengan lebih sesuai.
Tetapi apabila kita berkompromi dengan konsep-konsep dan nilai-nilai tradisional, perbezaan antara dua jantina akan menyebabkan banyak pertikaian akibat perubahan dalam masyarakat moden. Sebagai contoh, apabila ekspresi diri gagal mematuhi peranan jantina tradisional, merasakan ianya bertentangan dengan nilai-nilai tradisi, maka seseorang akan kehilangan keyakinan diri dan tidak dapat bekerjasama dengan jantina yang berlainan lalu mengubah kekecewaannya kepada kemarahan lalu membuat serangan ke atas jantina yang berlainan. Kadang-kadang, kekuatan lelaki menjadi kekerasan yang menyakiti wanita yang lemah manakala wanita pula mengeluarkan kata-kata yang agresif hasil daripada psikologinya yang terluka (Perbezaan corak serangan ini juga merupakan salah satu perbezaan antara dua jantina). Keterangan di atas merupakan perkara biasa dalam banyak konflik antara dua jantina dan bukan sesuatu yang pelik. Nampaknya, komunikasi dan pemahaman yang baik antara dua jantina memerlukan pembelajaran dari pelbagai aspek.
B. Faktor Kebudayaan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, faktor fisiologi ditambah dengan faktor ekonomi menyumbang kepada konsep nilai budaya suatu tempat. Menurut budaya orang Cina, patriarkisme merupakan fenomena yang umum. Pendidikan dan sikap patriarkisme juga membuatkan lelaki mempunyai kebiasaan dihormati dan dimewahkan manakala wanita pula menunjukkan tekanan emosi dan mengalami neurosis. Dari gaya keibubapaan, kita dapat belajar tentang bagaimana lelaki dan wanita menangani sesuatu isu. Contohnya konsep tentang lelaki tidak harus memasuki dapur. Ini menyebabkan banyak anak lelaki tidak responsif dan lambat bertindak terhadap kerja rumah tangga. Khususnya dari segi sensitiviti interpersonal, mereka yang pada asalnya mempunyai kelebihan dalam status sosial, namun mereka kekurangan tindak balas dari segi sifat empati dan ini tidak dapat dielakkan. Relatifnya, kelemahan wanita mungkin menyebabkan mereka terbiasa untuk tahan sabar dan akhirnya mengalami banyak penderitaan dan kerugian. Tabiat yang tidak pandai meluahkan perasaan menyebabkan dia tidak dapat membuat tuntutan secara rasional, dan terpaksa mencari jalan keluar secara bersembunyi yang akhirnya menimbulkan lebih banyak kecurigaan.
Faktor kebudayaan tradisional sedemikian sedang beransur-ansur pudar. Peranan kedua-dua jantina dalam status sosial telah menjadi semakin dekat. Tetapi tidak semua orang menyedari perubahan ini. Sesetengah orang mungkin masih memegang konsep nilai yang lama, sesetengah orang mungkin tidak sabar untuk mengejar ke hadapan. Satu undur ke belakang, satu pula maju ke depan. Ini lebih cenderung menyebabkan konflik ideologi. Siapa yang membayar bil di restoran? Siapa yang buat kerja rumah tangga selepas balik dari kerja? Bagaimana untuk membahagikannya kepada separuh? Jadi sama ada anda seorang LKK dalam kerangka sosial lama atau generasi e yang telah dibaptiskan dalam era baru, nilai-nilai kebudayaan membentuk corak tingkah laku kedua-dua jantina secara tidak langsung. Jika anda tidak menyedari kewujudan kuasa luar biasa ini, sukar untuk anda keluar dari kepompong ini dan menghasilkan corak tingkah laku yang sesuai untuk kedua-dua pihak.
C. Faktor psikologi
Ketinggian bukan jarak, berat bukan tekanan, tetapi perbezaan psikologi mungkin merupakan perbezaan yang terbesar. Carta horoskop sangat popular di kalangan golongan muda masa kini demi menguasai psikologi orang lain dan untuk mendapatkan sedikit rasa selamat. Dari perspektif iman, hidup kita dipelihara di dalam Kristus, maka tentunya kita tidak patut percaya tentang itu. Dari perspektif kaedah saintifik, kita bimbang tentang kekasaran klasifikasi dan kekurangan bukti serta mengabaikan pengaruh dari perbezaan individu dan faktor-faktor kemudian hari. Akibatnya, secara membabi buta kita percaya bahawa seseorang mempunyai watak ini dan mengabaikan prestasinya yang lain. Beberapa butiran berikut disediakan untuk rujukan. Butiran-butiran ini juga berasal daripada faktor fisiologi dan sosial yang dinyatakan di atas.
- Perbezaan dalam keperluan psikologi
Lelaki perlu dihormati, wanita perlu diambil berat dan dikasihi. Puncak tujuan lelaki ada di mana-mana demi mengejar status sosial. Tidak kira bagaimanapun, tekanan terbesar kepada lelaki dalam masyarakat ialah pencapaian dan status sosial. Apabila menyerahkan kad nama, jangan terlalu membongkokkan badan kerana itu menunjukkan kelemahan lelaki iaitu keperluan untuk mendapatkan penghormatan. Apabila lelaki tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya, contohnya menghadapi kegagalan dan halangan dalam kerjaya mereka, mereka mudah menunjukkan ekspresi marah. Dalam hubungan antara dua jantina, jika lelaki tidak dihormati oleh wanita, itulah kekecewaannya yang terbesar. Akibatnya, mereka saling naik tangan dan dapat dijangka bahawa mereka tidak mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Wanita suka kepada perasaan romantis. Dalam aspek perkara-perkara yang indah, mereka mempunyai keutamaan dan nilai estetika mereka sendiri. Oleh itu, kedai-kedai bunga selalunya makmur dalam perniagaan. Fokus utamanya bukan pada tempat / suasana untuk bercinta, tetapi perasaannya itu betul. Wanita mengejar rasa selamat serta perasaan dilindungi, disayangi dan dihargai. Ini merupakan tindak balas yang semula jadi (Kej 3:16), hanya perlu berikan perhatian bahawa hubungan antara dua jantina bukan hanya sekadar mengejar perasaan ini sahaja. Bagi kedua-dua jantina, mengetahui keperluan masing-masing boleh mengelak daripada menyentuh titik kesakitan masing-masing, dan dapat benar-benar memberikan keperluan dan sokongan kepada pihak yang lain.
2. Perbezaan dalam desakan fisiologi
Tanpa membincangkan tentang sebabnya, desakan seks lelaki umumnya lebih tinggi daripada wanita. Oleh itu, dalam proses bercinta antara dua jantina, lelaki mungkin menggunakan bunga ros untuk menyembunyikan tujuannya yang bercinta demi seks lalu menggunakan keprihatinan dan kasih sayang yang diingini oleh wanita sebagai pertukaran bagi kepuasan seksual. Akibatnya, ini memmutar-belitkan sepenuhnya makna bagi percintaan antara dua jantina. Bagi saudara saudari dalam Tuhan, elakkan hubungan seks sebelum berkahwin dan percabulan. Ini tidak boleh tidak diberikan perhatian. Di bawah pengaruh budaya popular sosial, seks juga dianggap sebagai simbol bagi sesuatu kelebihan lelaki. Hasilnya, ini menyesatkan persepsi seks bagi kedua-dua jantina. Ia tidak dibincangkan secara mendalam di sini, tetapi dinyatakan sebagai peringatan. Dalam masyarakat, keperluan fisiologi sering digunakan untuk menggambarkan tentang desakan (drive) seks. Jika dilihat dari segi perkataannya, ia ialah permintaan maka ia mesti dipuaskan untuk menyelesaikan masalah. Namun jika berbincang dari hati ke hati, banyak kelakuan sebenarnya dilakukan kerana digodai atau didorong. Khasnya dalam era moden media optik ini, ditambah dengan pengaruh rakan-rakan, orang sering membuat banyak tindakan yang berlebihan terutamanya perbelanjaan yang berlebihan dan mengejar perkara-perkara yang popular. Jadi mengenai seks, kita boleh mengatakan bahawa ia ialah dorongan fisiologi dan tidak semestinya perlu “dipuaskan”. Tanpa perbuatan ini tidak semestinya akan menyebabkan penyesalan yang tidak dapat diperbaiki atau tidak dapat menyatakan rasa kasih sayang di dalam hati. Oleh itu, dalam proses bercinta antara dua jantina, wanita harus tahu bagaimana melindungi diri sendiri, beri perhatian kepada situasi yang dihadapi dan cara berpakaianan; lelaki pula harus menggunakan kerasionalan dengan sebaik-baiknya, hormati pihak yang lain dan lawanlah nafsu. Ini bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan dalam bercinta tetapi untuk memberikan lebih banyak jaminan dan perlindungan.
3. Perbezaan kognitif
Lelaki sering bersandar kepada logik dan fakta, wanita pula sering meurut perasaan sendiri. Selalu ada jenaka yang menjadikan ini sebagai tema: ketika melihat hutan dengan pemandangan yang menghijau dan berpemandangan indah, wanita hanya mengkagumi pemandangan indah, lelaki pula hanya peduli tentang menganalisis spesies pokok dan usianya. Tetapi perbezaan seperti ini sering membuatkan orang mengeluh sama ada kedua-dua jantina pada dasarnya ialah orang dari planet yang berlainan dan langsung tidak dapat berkomunikasi. Dari sisi positif, perbezaan kognitif sebenarnya merupakan hubungan yang saling melengkapi yang membolehkan pemahaman yang lebih luas terhadap dunia luar. Jika masing-masing mempertahankan pendapat sendiri dan enggan bertoleransi, itu sama seperti orang buta dengan gajah, apa yang diketahui hanyalah cerita satu sisi sahaja. Oleh itu, belajar untuk melihat masalah daripada perspektif pihak yang lain ialah isu yang sangat penting dalam percintaan antara dua jantina. Bagaimana untuk belajar mengalah tanpa merasa rugi juga merupakan satu perkara yang memerlukan refleksi diri yang kerap. Sering kali, konflik yang disebabkan oleh perbezaan kognitif tidak dapat diselesaikan kerana menurut perspektif kedua-dua ciptaan, tidak ada caranya untuk menyiasat apakah kesalahannya, dan tidak ada yang ingin terlebih dahulu mengaku salah. Jika dapat kembali kepada kasih Tuhan, bertolak ansur dengan kasih, dan kedua-dua pihak bersedia mengakui kekurangan (bukan kesalahan) diri sendiri, maka perbezaan kognitif dapat menjadi sesuatu aspek yang paling berpadanan antara dua jantina.
4. Perbezaan dalam luahan perasaan
Lelaki tidak suka bercakap tentang hati dan perasaan, wanita pula tidak peduli dengan dunia. Menurut statistik, bilangan wanita yang mengalami kemurungan adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Namun sesetengah orang berfikir bahawa sebenarnya lelaki tidak sudi memberitahu orang asing mengenai masalah dalam hati mereka. Maka ini menghasilkan perbezaan dalam statistik. Lelaki seolah-olah tidak mahir berkata-kata sejak lahir, sering mengeluarkan kata-kata yang tidak bijak, hanya bersedia untuk membanting tulang atau meluahkan perasaan mereka melalui ekspresi emosi yang berbeza. Mereka sukar untuk membicarakan tentang isi hati dalaman mereka, seolah-olah air mata akan menjatuhkan martabat tertinggi lelaki, seolah-olah bercakap dengan nada yang rendah itu ialah penakut. Terdapat juga wanita yang mendakwa sebagai orang bodoh dalam aspek jalan. Mereka tidak tahu apa-apa kecuali masuk dan keluar daripada kereta. Topik perbualannya tidak boleh dipisahkan dengan “orang”. Sebenarnya, ini juga boleh digelar sebagai perbezaan keupayaan kognitif yang menyebabkan isi kandungan ungkapan berbeza. Oleh itu, wanita merasakan bahawa lelaki cuai, tidak cukup bertimbang rasa dan menyakitkan hati; lelaki pula merasakan bahawa wanita tidak tahu mencari kemajuan dan berfikiran sempit. Perbezaan sebegini, seperti apa yang disebutkan sebelum ini, ia berfungsi sebagai pelengkap, bukannya untuk saling mempersalahkan. Bagi kedua-dua lelaki dan wanita, belajar untuk berlapang dada dan berhati terbuka. Ini adalah perlu di dalam dunia talian moden kerana peredaran maklumat yang cukup dan semua orang sedang bertumbuh besar. Tidak perlu mahir dalam semuanya, tetapi perlu tahu di mana sumber-sumbernya apabila diperlukan. Jika tidak, maka anda akan berada di posisi yang mana masa dan ruang anda ditekan dalam masyarakat perindustrian dan komersil yang sibuk, anda mungkin tidak ada masa yang cukup untuk berbincang seperti masa lalu. Ini mudah menyebabkan jurang dalam komunikasi dua jantina.
5. Perbezaan individu
Terdapat begitu banyak perbezaan antara jantina. Tetapi pembaca tidak boleh menganggap bahawa ini semua pasti berlaku. Apa yang menyakitkan kepala dan menarik adalah, tiada seorang pun yang sama. Keperibadian khas bagi sesetengah orang mungkin mengelirukan dan tidak boleh dijelaskan dengan mana-mana model sehingga orang lain menganggapnya sebagai tidak munasabah. Semakin orang menganggapnya aneh, semakin kurang dia dapat difahami oleh orang lain. Apabila menghadapi perbezaan individu, anda harus mempunyai sikap terbuka dan pemahaman objektif, lepaskan kepercayaan dan andaian (atau keraguan) stereotaip, dan kenali seseorang dari awal.
CARA PENGURUSAN HUBUNGAN CINTA
Dalam masyarakat hari ini, bercinta dan berpisah ialah perkara yang biasa. Di bawah pengaruh media dan drama, perbuatan seks sebelum berkahwin juga tidak mengapa. Data perceraian pula semakin meningkat seperti pasaran saham yang berwarna merah. Ia kelihatan seolah-olah merupakan realisasi bagi meningkatkan usaha individu dalam penegasan diri, tapi sebenarnya ia ialah kejatuhan maruah dan nilai manusia. Kacang lupakan kulit merupakan sikap yang sangat tidak menghormati orang lain. Bagi diri sendiri, ia mencerminkan ketidakpastian tentang konsep nilai. Secara keseluruhannya, ia merupakan hasil dari dosa kejahatan manusia lalu manusia mahu menggunakan cara sendiri untuk menutupi rasa malu, tetapi ianya adalah menjaring angin (rujuk Kej 3:7). Mungkin putus cinta boleh membawa tumbesaran kepada manusia, atau mungkin hanya tahu perasaan yang mendalam selepas pernah mencintai (kesedihan cinta)? Tetapi jika ada peluang untuk kekal selama-lamanya, mengapa tidak bersedia dengan baik terlebih dahulu? Kenalpasti arah dan biarkan cinta tumbuh di tanah yang paling subur. Sekiranya kecewa dalam percintaan (perkahwinan), kadang-kadang ia mungkin menjadi penyesalan seumur hidup dan tidak ada ruang untuk berpatah balik.
Dari bujang kepada bertemu, dari bertemu kepada saling mengenali, dari saling mengenali kepada saling menghargai dan saling melindungi, itu merupakan proses yang mengagumkan bagi sesebuah hubungan cinta. Ianya tidak dapat dipadamkan atau ditenggelamkan oleh air. Untuk membina cinta yang luar biasa ini, bolehkah ia hanya diliputi oleh ungkapan “Saya cinta kamu”? Oleh itu, haruslah memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka dan berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Itu lebih baik daripada mengambil risiko.
Apabila membincangkan tentang pengurusan hubungan cinta, mari kita bincangkan langkah-langkah bercinta terlebih dahulu. Secara umumnya, permulaan percintaan antara lelaki dan wanita nampaknya tidak mempunyai tujuan yang khusus. Ia hanya semata-mata dia senang di mata saya ataupun saya meminatinya, atau dia membuat saya jatuh hati, tiada sebabnya. Kemudian, kebetulannya mereka mempunyai peluang untuk sering bersama-sama, jadi mereka melangkah ke proses bercinta. Oleh itu, motif sesetengah orang dalam bercinta adalah untuk kepuasan psikologi dan fisiologi mereka pada mulanya. Ia sejenis keberahian yang istimewa terhadap jantina yang berlawanan dan kurang mempertimbangkan tentang keperluan pihak yang lain. Bagi perkembangan masa depan, ia mungkin tidak berada di dalam jangkaan, maka mereka kurang berkeyakinan dalam pengurusan hubungan cinta. Oleh itu, konsep penulis di sini adalah bahawa percintaan antara dua jantina haruslah dengan motif untuk memasuki perkahwinan. Dengan cara ini, barulah berkemungkinan untuk menguasai proses bercinta dan ini ialah sikap yang bertanggungjawab. Pada masa akan datang, mereka akan menikmati buah cinta sejati dengan mudah dan mempunyai keluarga yang sihat dan bahagia. Jika tidak, percintaan antara dua jantina dengan mudahnya akan menjadi pergaulan yang buruk dan ini akan diikuti dengan banyak masalah kekeliruan.
Ada orang yang mencadangkan proses bercinta seperti berikut untuk rujukan kita bersama:
A. Hubungan sosial
Mengenali seseorang dalam organisasi atau melalui pihak yang ketiga (contohnya telangkai) ialah suatu permulaan yang lebih ideal. Kita boleh memahaminya dari pelbagai aspek melalui mata rujukan yang lain, bukan hanya menilai dari pengalaman kita sendiri. Di peringkat sosial, adalah mudah untuk kita melihat sikap seseorang dalam menguruskan sesuatu dan melayan orang lain.
B. Rasional
Jadi kawan yang boleh berkomunikasi terlebih dahulu, seperti saudara saudari biasa. Boleh berkomunikasi dengan jelas supaya tidak seperti ayam bercakap dengan itik. Bidang-bidang dan pengalaman hidup masing-masing haruslah lebih kurang sama. Ini sangat penting untuk dunia dua orang yang sebenar pada masa akan datang supaya tidak akan ada terlalu banyak amalan yang tidak konsisten dalam kehidupan. Dalam banyak perkara, ia bukannya soal betul atau salah, tetapi ianya ialah soal tabiat, tetapi sesetengah orang sangat ambil peduli tentang tabiat. Jika bahasa antara satu sama lain adalah sama, anda boleh pergi ke fasa seterusnya.
C. Jiwa dan roh
Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah pengenalan kepercayaan dan penilaian bagi nilai sesuatu. Percaya dan tidak percaya merupakan pasangan yang tidak seimbang. Terdapat banyak lagi penilaian peribadi bagi konsep nilai. Contohnya sikap dalam menghadiri kebaktian, konsep kerja suci, pembahagian masa, perancangan hidup, tabiat komunikasi interpersonal, cara hidup dan lain-lain lagi. Ini ialah bahagian yang sangat penting bagi seseorang. Berapa banyak persamaan yang diperlukan untuk lulus, tidak ada jawapannya. Ini terpulang kepada apa yang paling diutamakan oleh seseorang individu, dan merujuknya ke hadapan Tuhan.
D. Perasaan
Apabila corak komunikasi, pengalaman hidup dan orientasi nilai antara satu sama lain adalah lebih kurang sama, kita boleh menyerahkan perasaan berharga kita. Jika tidak, apabila pihak yang lain tidak menghargai perasaan kita, tetapi bajak sudah terdorong ke bencah, ini menyakitkan hati. Pada fasa ini, bab perkahwinan boleh dibincangkan. Tetapi sebelum itu, kedua-duanya hanya boleh dikatakan sebagai kawan biasa. Mereka boleh datang nampak muka, pergi nampak belakang. Walaupun tidak ada hasil, mereka berdua merasakan keuntungan dan pertumbuhan.
E. Tubuh badan
Ini ialah isu selepas berkahwin. Kedua-duanya lebih saling mencintai kerana mereka saling mengenali dan dapat saling memperlakukan dengan tulus tanpa ada apa-apa rahsia. Ini boleh dikira sebagai kesudahan yang indah dan juga permulaan bagi fasa yang lain.
Berapa lama tempoh yang perlu dilalui bagi setiap fasa untuk menjadi matang, sama ada mesti melalui fasa-fasa ini (fasa kelima mestilah adalah selepas berkahwin), ini tidak pasti. Walau bagaimanapun, dalam proses-proses ini, pendapat orang lain harus dirujuk, dan hal ini perlu dibawa ke hadapan Tuhan. Perkara-perkara berikut mungkin sesuatu yang perlu diingat oleh semua orang.
- Berdasarkan banyak perbezaan antara dua jantina yang disebutkan dalam bahagian sebelum ini, ketika menangani isu-isu hubungan cinta, jangan membatasi diri dan hanya membuat pertimbangan dari sudut pandangan diri sendiri. Jika kita berpegang kepada keutamaan personaliti peribadi, hanya peduli tentang beberapa aspek yang negatif dan konflik, mengabaikan banyak aspek yang positif, dan tidak bersedia untuk mengambil insiatif dalam mengenali pihak yang lain, maka komunikasi akan jadi tidak berkesan sehingga masing-masing mempertahankan pendapat sendiri dan tidak akan ada titik pertemuan. Lantas, hubungan antara dua jantina akan jadi porak peranda dan tidak ada ruang untuk memutarkannya semula.
- Harus saling menghormati. Jangan menyakiti / melukai sesiapa pun. Jika anda ingin melindungi diri anda sekali pun, jangan menyakiti / melukai orang lain. Ini kerana hati adalah sangat rapuh. Dalam proses bercinta, tidak harus ada pemikiran tentang kepemilikan ataupun menahan pihak yang lain dengan sikap yang mengugut.
- Tahukah anda bahawa Tuhan mengasihi anda? Kita tahu untuk mengasihi kerana Tuhan lebih dahulu mengasihi kita. Melangkah masuk ke dalam fasa hubungan antara dua orang, perkahwinan, keluarga, ia memang memerlukan banyak tenaga, masa, kesabaran dan kasih. Jika kekurangan pemahaman tentang kasih Tuhan, anda bukannya tidak boleh berkahwin, tetapi anda akan mudah bosan. Kualiti hubungan antara keduanya akan menjadi kasar. Masa itulah anda mengeluh bahawa “mudah untuk saling mengasihi, susah untuk bersama”. Jika betul-betul tidak mempunyai hikmat / kebijaksanaan, apa masalah yang akan berlaku pada masa hadapan memang sukar untuk diramalkan.
- Fahami dahulu apa yang diri sendiri mahu? Berapa banyak yang boleh diri sendiri berikan? Berkahwin bukan sebab mabuk cinta. Dalam hubungan antara dua orang, bukan hanya mengharapkan pihak yang satu lagi itu ialah putera idaman (Prince Charming) dan puteri idaman (Snow White). Jika diri sendiri bukan putera idaman, apabila puteri idaman muncul, adalah dikhuatiri bahawa sukar untuk melalui kehidupan yang bahagia dan gembira. Tuhan menciptakan Hawa sebagai penolong bagi mausia itu. Adakah para saudara telah mengenalpasti apa kelemahan diri sendiri? Atau hanya mempamerkan sisi yang terbaik sahaja? Para saudari telah dibesarkan di bawah penjagaan ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Kemudian, mereka akan menjadi isteri dan ibu dalam sekelip mata. Kerja keras yang mereka berikan adalah sukar untuk dibayangkan. Lelaki dan wanita yang sedang bercinta sering mempunyai jangkaan yang tidak realistik untuk masa depan dan mempunyai harapan yang terlalu tinggi untuk satu sama lain. Keberadaan kasih (cinta) yang sebenar hanya dapat dilihat dalam kehidupan realiti. Oleh itu, proses bercinta harus lebih praktikal, jangan terlalu romantis. Dalam beberapa perkahwinan yang bermasalah, kadang-kadang kita dapati bahawa salah seorang daripada mereka adalah dari keluarga yang tidak bahagia, atau keluarga yang porak peranda, telah mengalami trauma fizikal dan mental, dan ingin melepaskan diri daripada keluarga asal secara terburu-buru. Dalam situasi ini, adalah mudah baginya untuk mengabaikan pembentukan keperibadian daripada keluarga asal. Semasa bercinta, mereka mengabaikan sepenuhnya ciri-ciri negatif pihak yang lain, terlalu meninggikan andaian tentang kekuatan dan kesabaran diri sendiri. Mereka beranggapan bahawa perkahwinan ialah permulaan bagi kebahagiaan. Akibatnya, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Kitaran yang tidak baik ini banyak dan sering dilihat.
- Ketahui bahawa manusia tidak sempurna. Selepas tempoh bercinta yang panjang atau berkahwin, anda akan mendapati kekurangan-kekurangan pihak yang lain yang tidak sedap pada pandangan anda. Itu kadang-kadang menjadi bunga api kepada konflik, perpisahan atau perceraian. Aspek-aspek yang tidak memenuhi hati sendiri ini penting atau tidak? Adakah ianya berbaloi untuk mengadu buku lidah? Ini sememangnya tiada jawapan yang mutlak. Inti utamanya, apa sebenarnya yang anda mahu? Untuk aspek-aspek yang lain, sabarlah seorang terhadap yang lain dengan kasih, saling mendorong dan bertumbuh besar. Manusia memang tidak sempurna. Ini pengetahuan yang wajib ada.
- Urus hubungan cinta atau emosi diri sendiri? Dalam proses bercinta, akan ada masa-masanya yang tidak lancar. Kadang-kadang agak ambil kisah dengan perasaan pihak yang lain, tidak tahu sama ada pihak yang lain mempunyai perasaan yang baik, kadang-kadang berasa sedih dalam hati kerana ditolak. Ini tidak dianggap sebagai masalah percintaan. Ia hanyalah tindak balas emosi, jika kedua-dua pihak tidak memberi kepastian antara satu sama lain. Kebanyakan tindak balas emosi ini datang dari mentaliti peribadi yang sangat berkira tentang mendapat atau kehilangan sesuatu, kekurangan keyakinan diri dan terlalu ambil peduli dengan pemikiran orang lain. Pada masa ini, sila bekerja lebih keras dari aspek lutut, banyakkan membaca Alkitab, datang kepada Tuhan, fahami bahawa kita ialah umat pilihan yang ditebus oleh Anak tunggal Tuhan. Kita mempunyai status yang rajani, jangan memandang ringan terhadap diri sendiri.
- Ada persediaan untuk mengakhirinya apabila bermula: jangan hanya menyulam mimpi-mimpi indah dalam psikologi tetapi juga harus membuat persediaan awal untuk putus hubungan. Sekiranya kedua-duanya berkembang menurut fasa yang sama seperti di atas, hubungan itu tidak terlalu sukar untuk diputuskan. Walau bagaimanapun, roh memang penurut, tetapi daging lemah. (Hati kita berfikir atau merindui pihak yang lain, dipengaruhi oleh gelak ketawa dan tangisannya). Kadang-kadang, ia melebihi apa yang dapat dikuasai oleh kerasionalan kita. Kesakitan berpisah adalah seperti nyawa yang terkoyak. Tidak kira sama ada anda aktif atau pasif dalam memutuskan hubungan, perasaan itu sebenarnya amat sukar untuk dihadapi. Jadi ingatlah bahawa percintaan tidak harus dirahsiakan. Biarlah ianya diketahui oleh orang-orang yang lebih tua dan rakan-rakan seiman. Jika ada apa-apa yang terjadi, jangan berkunci diri. Harus berhubung dengan seiman atau telangkai. Mereka boleh memberikan bantuan dan penghiburan pada waktunya. Jika tidak, anda menanggung kepahitannya seorang diri. Bukan sahaja anda merasa sangat sengsara, ia akan menyebabkan penyimpangan mentaliti pada masa hadapan.
- Harus menikmati keindahan perasaan cinta, juga harus bertanggungjawab dalam usahanya. Masyarakat hari ini mempunyai kecenderungan makanan segera. Mereka melempiaskan hawa nafsu tubuh jasmani dan menikmati kegembiraan pada masanya. Kedua-dua pihak lelaki dan wanita suka ditatang bagai minyak yang penuh dan menikmati penjagaan kasih yang unik. Tetapi apabila kekurangan proses pengenalan yang sebenar dan perbincangan rasional, hubungan cinta seperti ini hanya boleh dianggap sebagai hubungan yang Cinta berahi pada asalnya akan menjadi kebencian (rujuk 2 Sam 13:1-15). Bukankah kita banyak mendengar berita tentang kes pembunuhan yang berkaitan dengan cinta dalam masyarakat? Oleh itu, saya menasihati orang muda di dalam Tuhan, kita telah dipanggil oleh Tuhan, hiduplah dalam terang dan jadilah anak-anak terang.
- Gadis-gadis jangan terlalu romantis, anak-anak lelaki jangan terlalu berpura-pura. Dalam proses bercinta, kita ingin mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita, bukannya memilih ratu cantik atau lelaki kacak. Kekalkan kesopanan yang sepatutnya sudah mencukupi. Saling melayan dengan hati yang terbuka supaya tidak menerima mesej yang tidak betul dan menghasilkan tindak balas yang salah.
- Kekalkan jarak untuk tujuan keselamatan. Jika ada peluang untuk bertemu bersendirian, pilihlah tempat-tempat yang umum, bukan di ruangan yang tertutup. Beri ruang untuk diri sendiri dan pihak yang lain. Jangan beri peluang kepada si Iblis. Siapa yang menyangka bahawa ia tetap berdiri, harus lebih berhati-hati.
- Harus berjalan bersama seumur hidup setelah bergandingan tangan. Pada pandangan pertama, ayat ini agak tidak masuk akal. Adakah memegang tangan sahaja memerlukan janji bagi sepanjang hayat? Gereja masa lalu mengajar bahawa tidak boleh ada hubungan fizikal sebelum perkahwinan, sudah tentu, ini termasuk memegang tangan. Perasaan manusia adalah amat ajaib sekali. Ia bukan hanya sentuhan kulit, ia ialah sentuhan psikologi, dorongan fisiologi, dan seterusnya membawa kepada reaksi berantai yang sukar untuk dikatakan (maka kita menegaskan untuk tidak bercinta terlalu lama dan ini sememangnya ada sebabnya). Mengikut proses bercinta yang disebutkan di atas, jika terdapat tindakan untuk memegang tangan, mereka sebenarnya telah mengenalpasti status masing-masing di dalam hati. Dengan kata yang lain, jika ada keraguan atau ketidakpastian tentang pihak yang lain, elakkan berpegang tangan. Khasnya bagi rakan-rakan wanita, apabila memberikan tangan anda kepada pihak yang lain dengan mudah, hati anda juga akan dicuri secara senyap-senyap. Jika tidak mahu hati terluka, sila fikir masak-masak. Bagi rakan-rakan lelaki, pikullah tanggungjawab selepas memegang tangannya. Bagi mereka yang berfikir bahawa artikel ini keterlaluan, geleng kepala anda, selepas itu anda boleh memerhatikan sekeliling anda untuk melihat pasangan yang bercinta dan berpisah.
- Artikel ini tidak mungkin dapat menyenaraikan semua situasi dan butir-butir pengurusannya. Apa yang paling penting ialah naik dari janjang, turun dari tangga supaya tidak merosakkan hubungan cinta yang dijalin. Kita ialah umat milik Tuhan. Carilah dahulu kerajaan dan kebenaran Tuhan, maka Tuhan akan memberikan apa yang diperlukan kepada kita. Ini kebenaran yang tidak akan berubah. Kebimbangan manusia tidak boleh Namun kita harus menunaikan kewajipan kita dan pada masa yang sama pegang dan lakukan firman Tuhan, memohon supaya Tuhan memimpin jalan di hadapan. Tuhan pasti akan membawa orang yang sesuai (yang terbaik untuk individu) ke hadapan kita.
Perbezaan antara dua jantina merupakan perancangan indah Tuhan. Ekspresi emosi ialah keindahan yang paling nyata (benar) di dunia. Tetapi Iblis sengaja menghancurkan hubungan antara Tuhan dan manusia, dan juga menghancurkan kebaikan yang diatur oleh Tuhan. Tambahan pula, mausia diperhamba oleh dosa, hidup menurut daging, tidak taat kepada kebenaran. Lantas, kita melihat banyak perkahwinan yang tidak bahagia dan juga masalah percintaan. Setelah percaya kepada Kristus, jadilah manusia ciptaan baru di dalam Tuhan dan kembalikan status yang sepatutnya ada pada manusia. Maka harus belajar dan fasih tentang kebenaran, dipenuhi Roh Kudus, taat kepada kehendak Tuhan supaya hubungan antara Tuhan dan manusia pulih seperti masa ketika berada di Firdaus. Ketika itu, Adam berkata kepada Hawa, engkaulah tulang dari tulangku dan daging dari dagingku, keduanya bersatu sehingga menjadi satu daging. Kiranya saudara-saudari di dalam Tuhan diberkati oleh Tuhan supaya dapat membuat perjanjian yang paling indah di hadapan Tuhan dan manusia untuk menikmati cinta yang harum dan manis.