YA TUHAN, UTUSLAH AKU!

YA TUHAN, UTUSLAH AKU!

 

Setiap kita yang hidup dalam dunia ini tentunya ada tugas yang perlu dilaksanakan pada semua peringkat. Di rumah, anda akan diarahkan oleh ibu bapa atau ahli keluarga anda untuk menguruskan pelbagai kerja rumah. Ketika berada di sekolah, anda akan diatur atau diutus oleh sekolah atau guru untuk perkhidmatan sekolah. Semasa menyertai program khidmat negara, anda dihantar oleh negara untuk melakukan pelbagai tugas melindungi negara dan rakyat. Di tempat kerja, anda dihantar oleh syarikat untuk menjalankan pelbagai tugas, dll … (rujuk: Luk 7:6-8; Kej 41:40).

Orang Kristian yang hidup pada masa sekarang lebih lagi harus memahami erti Tuhan memanggil umat manusia. Nenek moyang Adam dan Hawa telah memakan buah tentang yang baik dan yang jahat lalu melanggar perintah Tuhan dan berdosa kepada Tuhan. Ketika Tuhan memanggil Adam dan berfirman kepadanya: “Di manakah engkau?” (Kej 3:9), manusia yang berdoa itu sedar dan malu sehingga tidak berani melihat Tuhan. Bukannya Tuhan tidak tahu, sebaliknya, Dia sengaja memanggilnya supaya mereka tahu tentang dosa. Kini, apabila manusia menyeru, memanggil, menanya, dan mencari Tuhan yang benar, Tuhan akan berkata: “Ini Aku, ini Aku!” (Yes 58:9, 65:1). Apabila seseorang diselamatkan dan ditebus oleh Tuhan serta menyembah Tuhan yang benar, Tuhan juga akan mengutusnya untuk melakukan pekerjaan Tuhan. Seperti yang dikatakan oleh nabi Yesaya: “Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: “Siapakah yang akan Kuutus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?” Maka sahutku: “Ini aku, utuslah aku!”” (Yes 6:8).

 

A. TUHAN MAHU MENGUTUS ENGKAU, DI MANAKAH ENGKAU?

Begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini. Dia khasnya membuat pakaian daripada kulit binatang untuk nenek moyang manusia bagi menutup malu mereka. Tindakan ini merupakan lambang bagi rancangan penyelamatan dan penebusan Tuhan (Kej 3:21). Syukur kepada Tuhan! Kita hidup dalam dosa dan kejahatan pada masa dahulu. Namun kita telah diselamatkan kerana rahmat-Nya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus, dan dipelihara dalam kasih Tuhan sambil menantikan berkat hidup yang kekal. Kita bukan lagi orang berdosa yang berada di bawah kuasa si jahat. Sebaliknya, kitalah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kita memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kita keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib: kita, yang dahulu bukan umat Allah, tetapi yang sekarang telah menjadi umat-Nya, yang dahulu tidak dikasihani tetapi yang sekarang telah beroleh belas kasihan. Semua ini disebabkan oleh kasih karunia Tuhan (Tit 3:5; Yud 20-21; 1 Yoh 5:19; Rm 3:23-25, 5:12-14; 1 Ptr 2:9-10).

Kita harus selalu berfikir dan merenungkan saat ini. Hidup kita seperti wap yang tidak bertahan lama. Ia hanyalah bayangan yang berlalu! Ia hanya mempeributkan yang sia-sia, dan menimbun tetapi tidak dapat membawa apa-apa keluar (Mzm 39:5-8; Yak 4:13-15; 1 Tim 6:6-8). Renungkanlah bahawa kita ini debu (Mzm 103:14, 104:29, 146:4). Tahun-tahun pengembaraan sebagai orang asing seperti rumput, seperti bunga di padang, demikianlah ia berbunga; sedikit saja dan buruk adanya, apabila angin melintasinya, maka tidak ada lagi ia (Kej 47:9; Mzm 103:15-16, 90:3,10).

Oleh itu, semasa kita masih hidup, kita harus mengejar untuk mempunyai hidup dalam segala kelimpahan (Yoh 10:10; Kol 1:19, 3:16-17). Bersukarialah, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan! Buanglah kesedihan dari hatimu dan jauhkanlah penderitaan dari tubuhmu, karena kemudaan dan fajar hidup adalah kesia-siaan (Pkh 11:9-10). Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kaukatakan: “Tak ada kesenangan bagiku di dalamnya!” (Pkh 12:1). Bertekadlah untuk menjalani kehidupan yang kudus, menyucikan diri daripada hal-hal yang jahat, menjadi perabot rumah untuk maksud yang mulia, dikuduskan, dipandang layak untuk dipakai tuannya, terima panggilan Tuhan, disediakan untuk setiap pekerjaan yang mulia (2 Tim 2:20-21; 1 Tim 3:15-16; Yoh 15:16; Ef 2:10).

 

B. MEMBEZAKAN KEADAAN SEMASA DAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA AMANAT BARULAH AKAN SECARA PROAKTIF MEMOHON TUHAN MEMANGGIL.

Pada suatu kali ketika Tuhan Yesus berkhutbah dan mengajar, jumlah orang semakin bertambah, dan akhirnya beribu-ribu orang banyak telah berkerumun, sehingga mereka berdesak-desakan. Tuhan Yesus telah mengajarkan banyak firman. Contohnya “tanda pertaubatan”, “pelita tubuh”, “mengisahkan enam kecelakaan orang Farisi”, “memberikan peringatan kepada murid-murid”, “orang yang menghujat Roh Kudus tidak akan diampuni”, “memberikan peringatan tentang ketamakan”, “orang kaya yang bodoh”, “jangan khuatir tentang pakaian dan makanan”, “balasan hamba yang baik dan hamba yang jahat”, dan “pertentangan antara melayani Tuhan dengan tidak melayani Tuhan”. Yesus berkata pula kepada orang banyak: “Apabila kamu melihat awan naik di sebelah barat, segera kamu berkata: Akan datang hujan, dan hal itu memang terjadi. Dan apabila kamu melihat angin selatan bertiup, kamu berkata: Hari akan panas terik, dan hal itu memang terjadi. Hai orang-orang munafik, rupa bumi dan langit kamu tahu menilainya, mengapakah kamu tidak dapat menilai zaman ini? Dan mengapakah engkau juga tidak memutuskan sendiri apa yang benar?” (Luk 12:54-57). Iman kepercayaan kita hari ini bukan hanya mementingkan semua jenis perhimpunan dan menitikberatkan semua jenis kebaktian. Ketika Tuhan Yesus mengumpulkan beribu-ribu orang, dan orang-orang ini berkumpul secara berkerumun untuk mendengar khutbah Tuhan Yesus, suasana itu meriah seperti mengadakan festival. Motif mendengar khutbah bagi kebanyakan mereka adalah membimbangkan kerana mereka tidak tahu menilai zaman itu, dan mereka tidak tahu memutuskan sendiri perkara yang benar, dan melakukan perkara-perkara yang wajar. Contohnya kebenaran seperti: “hidup dalam perdamaian”; “keruntuhan menara dekat Siloam sebagai pernyataan untuk bertaubat”; “pohon ara yang tidak berbuah” dan sebagainya…. Kita harus sentiasa tahu menilai zaman ini dan tahu memutuskan sendiri perkara yang benar. Bertaubatlah sepenuhnya dari segi perkataan dan perbuatan kita supaya kita dapat menjadi buah ara yang berbuah banyak agar tidak ditebang oleh Tuhan dan kehilangan pengharapan Injil! Bagaimanakah kita menilai zaman ini? Bagaimanakah kita memutuskan sendiri perkara yang benar dan memohon Tuhan mengutus kita untuk melakukan perkara-perkara yang munasabah?

1. Harus menilai tanda zaman ini

Tanda ini lebih nyata sekarang. Sebagai contoh, Tuhan Yesus duduk di atas Bukit Zaitun untuk berbincang tentang tanda kedatangan Tuhan dan tanda kesudahan dunia dengan murid-murid-Nya. Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan memakai nama Kristus untuk menyesatkan orang supaya mereka tidak dapat mencari sumber / kesempatan keselamatan dan tidak dapat menerima anugerah keselamatan Kristus (Mat 24:5,11). Dalam dunia moden, kita sering mendengar deru perang atau khabar-khabar tentang perang. Peristiwa-peristiwa bangsa bangkit melawan bangsa dan kerajaan melawan kerajaan juga tidak berkesudahan (Mat 24:6-7).

Pada masa ini, manusia terus membuat penerokaan secara mementingkan diri sendiri dan tanpa sempadan. Tuhan menciptakan bumi dengan keseimbangan sumber semula jadi. Namun perkembangan industri kimia, industri elektronik dan industri-industri lain telah menyebabkan pelepasan sebilangan besar gas beracun yang merosakkan atmosfera, sumber air dan tanah. Kesannya, fenomena El Nino menjadi semakin teruk dari tahun ke tahun dan perubahan iklim yang ketara di seluruh dunia telah menyebabkan hasil pertanian berkurangan dan banyak negara mengalami kelaparan serta fenomena kekurangan makanan. Bagi tanda gempa bumi dan penderitaan, sejak abad ke-20, para ahli geosains telah membuat statistik bahawa jumlah gempa bumi pada abad ke-20 adalah sama dengan jumlah gempa bumi bagi 19 abad sebelumnya. Gempa bumi dan penderitaan sering terjadi (Mat 24:7-8).

Manusia zaman kini saling menyerahkan dan saling membenci. Hal ini kerana hati manusia kini lebih berbeza, mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba wang. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemfitnah, mereka akan berontak terhadap orang tua dan tidak tahu berterima kasih, tidak mempedulikan agama, tidak tahu mengasihi, tidak mau berdamai, suka menjelekkan orang, tidak dapat mengekang diri, garang, tidak suka yang baik, suka mengkhianat, tidak berfikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu daripada menuruti Allah. Maka, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan semua jenis perbuatan jahat yang mencelakai orang lain untuk mencapai hasrat peribadi mereka sendiri (Mat 24:9-10; 2 Tim 3:2-5). Oleh itu, kedurhakaan makin bertambah. Secara lahiriah mereka menjalankan ibadah mereka, tetapi pada hakekatnya mereka memungkiri kekuatannya. Hal ini amat menyedihkan. Mereka yang melakukan perkara-perkara yang sepatutnya pula sering dihina dan dicelakai dan setiap orang berusaha untuk menjaga keselamatan diri terlebih dahulu. Mereka berfikiran bahawa tiada kesalahan kalau tidak melakukannya, banyak kesalahan kalau banyak melakukannya dan kalau semua tidak melakukannya maka tidak akan ada kesalahan. Mereka yang ingin bersikap pragmatik dan berbuat baik menurut kebenaran sering umpama melekatkan kersik ke buluh. Maka, hubungan interpersonal sesama manusia secara beransur-ansur menjadi jauh dan asing serta saling mengambil sikap tidak peduli (Mat 24:12; 2 Tim 3:2-5).

Dalam zaman ini, pengangkutan berkembang dengan baik, maklumat rangkaian, teknologi perisian dan perkakasan (software dan hardware) maju dengan pesat, dan komunikasi terbuka antara ahli akademik dari pelbagai negara sering berlaku. Manusia bergantung pada semua ini untuk bergerak, membuat kajian dengan bersungguh-sungguh, dan pengetahuan berkembang dengan pesat. Tetapi pada masa kini, pengetahuan manusia yang semakin tinggi membawa kepada perkembangan teori sectionalisme yang semakin meluas lalu manusia meninggi diri. Ada pepatah yang terkenal: “Saya sangat berilmu dan berpengetahuan! Saya cemerlang sekali. Mengapa saya tidak boleh berbangga?!” (Dan 12:4; 1 Kor 8:1). Tambahan pula, dalam gereja generasi ini, iman kepercayaan dan tingkah laku manusia adalah suam-suam kuku, sama seperti keadaan gereja “Laodikia”. Kebanyakan pemercaya memperuntukkan masa yang panjang untuk bekerja dalam dunia material dan berusaha mencari cara untuk mendapatkan lebih banyak wang sehingga menyebabkan penekanan yang kurang dari segi kehidupan iman kepercayaan. Walaupun kadang-kadang mereka mempunyai niat untuk menumpukan perhatian pada kerja suci, tetapi mereka tidak terdaya untuk bertindak secara praktikal. Mereka hanya mempunyai slogan ideal yang sia-sia dan pelaksanaannya tidak praktikal. Tuhan Yesus juga memperingatkan: “Tak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon.” (nota: “Mamon” bermaksud kewangan dan keuntungan) (Why 3:14-18; Mat 6:24). Semua ini merupakan tanda sebelum kedatangan Tuhan pada hari kiamat yang diingatkan oleh Tuhan Yesus. Bagaimana kita boleh tidak menilai tanda pada zaman ini?

 

2. Harus memutuskan sendiri perkara-perkara yang benar

Tuhan Yesus mahu kita memutuskan sendiri perkara-perkara yang benar, iaitu harus diperdamaikan dengan Tuhan, bertaubat dan menjadi giat, berbuah banyak untuk memuliakan nama kudus Tuhan dan berkenan kepada Tuhan (Luk 12:57 – 13:1-9). Selain itu, banyakkan membaca Alkitab dan menyimpan perkataan Tuhan dengan segala kekayaan dalam hati supaya roh kita kaya di hadapan Tuhan, memelihara identiti yang kudus, sentiasa dipenuhi dengan Roh hikmat dan wahyu Tuhan untuk mengenal Dia dengan benar, berusaha untuk mencapai tujuan iman kepercayaan yang ditunjukkan oleh Tuhan, bergiat dan bertaubat, sehingga kita mencapai tahap dikuduskan dan dipandang layak untuk dipakai tuannya (Why 3:18-19; Kol 3:16; Ef 1:17; 2 Tim 2:19-23).

Jangan mengasihi dunia dan perkara-perkara yang ada di dalamnya. Dengan itu, kita akan secara proaktif meminta Tuhan untuk mengutus kita pergi bekerja. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu. Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya. Nilai iman kepercayaan yang sebenar: Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kita pun tidak dapat membawa apa-apa ke luar. Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah (1 Yoh 2:15-17; 1 Tim 6:6-8). Iman kepercayaan kita harus kuat dengan bersandarkan Tuhan, janganlah takut akan perubahan persekitaran buruk dalam dunia material lalu berasa panik. Hal ini kerana Tuhan pernah berjanji: “Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.” Walaupun dalam dunia kita menderita penganiayaan, untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah kita harus mengalami banyak sengsara, namun kita boleh berasa lega dengan bersandar kepada Tuhan kerana oleh kematian-Nya Ia memusnahkan dia, yaitu Iblis, yang berkuasa atas maut (Yoh 14:27, 16:33; Kis 14:22).

Perkara yang paling ditakuti ialah roh kita masih mengantuk dan tertidur. Keadaan waktu sekarang, yaitu bahwa saatnya telah tiba bagi kamu untuk bangun dari tidur. Baiklah kita sadar, berbajuzirahkan iman dan kasih, dan berketopongkan pengharapan keselamatan (Rm 13:11; 1 Tes 5:4-11). Sebab sedikit, bahkan sangat sedikit waktu lagi, dan Tuhan akan datang, tanpa menangguhkan kedatangan-Nya. Tetapi orang-Ku yang benar akan hidup oleh iman, dan apabila iman kita mengundurkan diri, maka Tuhan tidak berkenan kepada kita (Ibr 10:27-28). Oleh itu, kita harus menyempurnakan rohani secara aktif supaya dikuduskan seluruhnya (1 Tes 5:23; Ibr 12:14). Kita memohon kepada Tuhan untuk mengutus kita supaya kita dapat saling mengasihi, memelihara kesatuan, dengan kasih karunia menurut ukuran pemberian Kristus, memperlengkapi orang-orang kudus bagi pekerjaan pelayanan, membangun gereja benar akhir zaman yang diselamatkan secara aktif (Ef 4:1-7, 11-16; 1 Ptr 1:22, 4:8-11), menyelesaikan pesanan Tuhan sebelum Dia terangkat ke syurga iaitu pergi ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada segala makhluk. Beritakanlah Injil, siap sedialah baik atau tidak baik waktunya kerana Tuhan menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran (Mrk 16:15; Mat 24:14; 2 Tim 4:2; 1 Tim 2:4-5). Apabila kita diutus oleh Tuhan dan menyelesaikan tugas, kita akan bersiap untuk bertemu dengan Tuhan kita tanpa malu (Am 4:12; Yud 20-21; 2 Tim 4:7-8).

 

C. YA TUHAN, INI AKU, UTUSLAH AKU!

Setelah kita dapat menilai tanda-tanda dunia ini dan memutuskan perkara-perkara yang benar di hadapan Tuhan, mempersiapkan diri secara aktif, dan melakukan perkara-perkara yang wajar menurut kehendak Tuhan (2 Tim 3:15-17; Mzm 119:9-16), kita akan mencari kehendak Tuhan melalui gerakan pembacaan Akitab dan doa serta memahami bahawa Tuhan mahu mengutus kita untuk melakukan pekerjaan-Nya (Yoh 15:16; Ef 2:10). Dengan itu, kita akan mempunyai panggilan daripada kasih Tuhan dalam hati untuk meninggalkan dunia ini, memberitakan Injil dan melakukan pekerjaan-Nya. Kita tidak akan berasa ragu-ragu, seperti nabi Yesaya menjawab kepada Tuhan: “Ini aku, utuslah aku!” (1 Sam 3:4-10, 8-9; Yes 6:8).

Tuhan Yesus terang yang sesungguhnya. Bangkitlah, menjadi teranglah! Berilah kesaksian tentang terang itu. Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa. Semua orang yang diam dalam naungan maut perlu disinari dengan terang anugerah keselamatan Tuhan yang sejati. Kitalah saksi terang sejati Tuhan (Yoh 1:7-9; Yes 60:1-3; Luk 1:78-79; Yes 43:10-13, 44:8-11). Ya Tuhan, utuslah aku! Dalam prestasi kehidupan sekolah, di tempat kerja pada masa depan dan melakukan pekerjaan yang baik, utuslah aku supaya aku dapat benar-benar bangkit dan menjadi terang seperti orang benar, yang kian bertambah terang sampai rembang tengah hari, terus menabur benih dan bersaksi, dan memimpin orang kepada kebenaran (Flp 2:14-16; Tit 3:8; Ams 4:18; Pkh 11:6-7). Ya Tuhan, utuslah aku! Biarlah aku bangkit dan bersinar dalam keluarga supaya keluarga saya dipenuhi dengan keharuman Kristus dan memimpin ahli-ahli keluarga yang belum percaya datang kepada Tuhan (Kis 2:46-47; 1 Tim 5:8; 1 Tim 3:5; Mzm 126:1-6; Kis 10:33, 16:15,24).

Ya Tuhan, utuslah aku! Biarlah aku bangkit dan bersinar dalam persekutuan keluarga rohani gereja, bertekun dalam pengajaran, dan bersatu hati supaya gereja menjadi mercu tanda yang terang bagi mereka yang berada di tengah laut kehidupan yang gelap, pelabuhan untuk berlabuh, kota yang terletak di atas gunung yang nyata, terang dunia, diterima baik oleh seluruh jemaat dan memimpin bangsa-bangsa kembali kepada Tuhan (Kis 2:42,46-47; Mat 5:14; 1 Yoh 2:7-14). Ya Tuhan, utuslah aku! Dengan karunia yang diberikan oleh Dia, biarlah aku bangkit dan bersinar, mengobarkan karunia, iman menjadi kuat, melayani Tuhan dengan hati yang berkasih, tertib dan menguasai diri menurut ukuran iman (2 Kor 8:12; 2 Tim 1:6-7; Rm 12:3-8). Ya Tuhan, utuslah aku! Biarlah aku bangkit dan bersinar dalam kerja pelayanan penginjilan, membawa khabar baik bagi Tuhan supaya suara kebenaran Tuhan sampai ke seluruh dunia dan Injil keselamatan sampai ke hujung bumi, tidak malu bersaksi untuk Injil, dan tidak takut walaupun berhadapan dengan penderitaan halangan daripada si jahat oleh kekuatan Tuhan (Rm 10:14-18; 2 Tim 1:8-12; Rm 16:18-21).

Oleh itu, memang perlu! Tuhan akan memanggil kita pada masa depan ataupun sekarang untuk mempersembahkan diri segenap hati dan segenap jiwa untuk digunakan oleh-Nya, melakukan kerja suci untuk-Nya, dan memberitakan Injil secara meluas. Kita mesti bersiap sedia seawal mungkin, bukan hanya memasang niat sementara pada saat-saat akhir, sebaliknya sudah mempersiapkan hati, mempersiapkan kata-kata Tuhan yang berkelimpahan dan menunggu panggilan gerakan Tuhan. Bersedialah dengan sedaya upaya dan menantikan panggilan Tuhan dalam pelayanan penginjilan melalui media, radio, televisyen, Internet, media penyimpanan, kesusasteraan dan pelayanan penginjilan profesional yang lain. Beritakanlah anugerah keselamatan Tuhan dengan segala hikmat dan menyebarkan Injil Tuhan yang benar ke seluruh dunia. Tindakan ini boleh dilakukan melalui tindakan susulan oleh pasukan Injil di lapangan, pendeta, penggembala dan kumpulan Injil gereja, dan juga siraman pemupukan oleh pendeta, penggembala dan ahli persekutuan ke atas orang yang telah kembali kepada Tuhan, serta Tuhan yang memberikan pertumbuhan (Kol 1:28-29; Why 14:6-7; 1 Kor 3:6-9). Selain memusatkan doa dan bersandar kepada Tuhan sebagai asas untuk perkembangan kerja suci gereja, tindakan yang lebih praktikal adalah dengan meminta Tuhan membangkitkan lebih ramai Paulus dan Apolos. Anda mungkin merupakan tonggak penggerak kerja suci penginjilan yang penting pada zaman akhir. Anda juga mungkin merupakan Petrus, Yohanes, Paulus, Apolos, Barnabas, Stefanus, Silas, Timotius, Titus, Filipus, Akwila, Priskila moden yang Tuhan mahu panggil dan guna. Adakah anda percaya?

 

KESIMPULAN

Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna (Rm 12:1-2). Persembahkanlah tubuh sebagai persembahan yang hidup, ketepikanlah kemasyhuran, kekayaan, keuntungan material dan segala macam kenikmatan di dunia. Datanglah mengikuti Tuhan dengan sepenuh hati dan meminta Tuhan mengutus anda! Datanglah melayani satu-satunya Bapa Allah yang hidup dan yang benar bagi menantikan kedatangan Yesus Kristus untuk kali yang kedua. Nilai inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Kristian sejati (1 Tes 1:9-10; Mat 19:16-30). Dalam penghakiman terakhir, anda dapat berdiri dengan teguh di hadapan Tuhan tanpa malu (1 Tes 2:19), menerima mahkota kebenaran kekal yang tersedia bagi anda dan semua orang (2 Tim 4:7-8), dan dikaruniakan hak penuh untuk memasuki Kerajaan Kristus yang kekal (2 Ptr 1:8-11) Amin!