PANDUAN PEMBACAAN KITAB RUT

PANDUAN PEMBACAAN KITAB RUT

PENGENALAN

LATAR BELAKANG MASA :

A. Penulis dan masa penulisan:

  1. Penulisnya tidak dapat dikenalpasti kerana nama penulis tidak disebut dalam gulungan kitab ini. Walau bagaimanapun, menurut legenda orang Yahudi, kitab “Rut”, “Hakim-hakim” dan “1, 2 Samuel” ditulis oleh Samuel.
  2. Rut 4:17,22 mencatatkan Isai memperanakkan Daud tetapi tidak menyebut tentang Salomo. Kitab ini dianggarkan dituliskan pada zaman Daud. Dari sudut pandangan ini, adalah dipercayai bahawa kitab ini ditulis oleh nabi Samuel.

B. Latar belakang sejarah:

  1. Kisah dalam kitab ini berlaku pada zaman “para hakim memerintah” iaitu sekitar abad kesebelas Sebelum Masihi.
  2. Kitab ini tidak menyebut tentang raja Daud merupakan keturunan yang ketiga bagi Boas. Berdasarkan hal ini, adalah dianggarkan bahawa kisah dalam kitab ini berlaku pada akhir zaman hakim-hakim iaitu sekitar tahun 1100 SM.
  3. Umat Israel memasuki Kanaan dan menaklukkan tujuh bangsa. Namun orang Kanaan tidak diusir sepenuhnya dari beberapa buah tempat di utara lalu menyebabkan perang yang berlanjutan. Tambahan pula, orang-orang asing seperti Amon, Midian dan lain-lain lagi di sebelah timur sungai sering datang merompak dan mengacau orang Israel. Keadaan ini menyebabkan umat hidup dalam kesengsaraan yang tidak terkata.
  4. Selepas masuk ke Kanaan, umat menjalinkan perikatan suku secara beransur-ansur dan berpindah daripada kehidupan nomad kepada pertanian.
  5. Tanah di bahagian selatan tanah Yehuda agak kering. Sekiranya hujan tidak banyak, hasil pertaniannya hanya sedikit.
  6. Wujud permusuhan antara di suku dan serangan daripada musuh luar. Negara menjadi lemah dan sangat tidak stabil.
  7. Dari segi agama, umat sering meninggalkan Tuhan Allah. Mereka mencontohi bangsa asing dengan menyembah kepada berhala, menimbulkan kekacauan politik dan keruntuhan moral.

 

CIRI-CIRI KITAB INI :

A. Kedudukan dalam Alkitab

  1. Kitab ini dan kitab Ester adalah satu-satunya dua gulungan dalam Alkitab yang dinamai dengan nama wanita. Ester ialah ratu daripada orang buangan Yahudi. Rut pula ialah perempuan asing yang berkahwin dengan bangsa Yahudi serta merupakan balu yang miskin dan susah.
  2. Seluruh gulungan kitab Ester tidak mengandungi perkataan “Tuhan”, tetapi kepemimpinan Tuhan yang menjaga dan memelihara tersembunyi di mana-mana. Seluruh gulungan kitab Rut tidak mengandungi perkataan “kasih”, tetapi penampilan kasih sering dinyatakan.
  3. Orang Ibrani sering membaca gulungan kitab pendek semasa perayaan keagamaan. Kitab “Rut” dibacakan pada hari Pentakosta yang merayakan kelimpahan hasil gandum.
  4. Kitab ini mencatakan perihal era kekacauan dalam zaman hakim-hakim, perjuangan yang tekun dan sabar dalam sesebuah keluarga, tangan Tuhan yang melimpahkan kasih setia dan memimpin, pemandangan indah bagi kelimpahan hasil di ladang, kasih dan kehangatan sesama manusia, serta kisah cinta yang murni antara protagonis lelaki dengan protagonis wanita. Kitab ini menggunakan teks yang jelas dan halus untuk menceritakan kisahnya, dan kitab ini berakhir dengan kesudahan yang mengharukan dan indah setelah melalui proses yang berliku-liku. Oleh itu kitab ini dikenali sebagai “mutiara sastera Ibrani”.
  5. Terang “penyataan keselamatan Tuhan” terungkap secara beransur-ansur daripada buku ini.
    • Keselamatan datang kepada orang bukan Yahudi.
    • Menunjukkan keturunan Mesias.
  6. Kitab ini memperlihatkan amalan praktikal hukum Taurat Musa dalam kehidupan sosial.

 

B. TEMA KITAB INI :

  1. Melihat penderitaan zaman besar daripada dugaan sebuah keluarga kecil, melihat perbuatan ajaran Tuhan yang tidak dapat diramalkan daripada tragedi sebuah keluarga kecil.
  2. Rut, seorang perempuan asing yang memasuki kalangan orang Yahudi menunjukkan bahawa anugerah keselamatan Tuhan itu bersifat luas. Masuk ke dalam kerajaan Tuhan bukanlah berdasarkan status, darjat, bangsa dan lain-lain tetapi kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan dan ketekunan mereka dalam kebenaran.
  3. Menerusi penyataan Tuhan dalam penyelamatkan bangsa-bangsa asing, manusia belajar untuk melayan semua orang dengan kasih Tuhan yang menyeluruh. Dalam kerajaan Tuhan, kasih itu tidak mengira warna kulit, bangsa dan status.
  4. Dalam kitab ini, kita melihat bahawa pematuhan kepada hukum Taurat Tuhan, perbuatan dan kehidupan Naomi, Rut dan Boas dapat menyatakan hati mereka yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia. Pematuhan pada hukum Taurat Tuhan juga merupakan salah satu butiran utama dalam kitab ini.

 

KAJIAN TEMA KITAB :

A. Tentang “hukum Taurat”

1. Hubungan di antara kisah dalam kitab ini dengan hukum Taurat Musa:

  • Hukum-hukum (ayat suci) dalam hukum Taurat yang berkaitan.
  • Hukum-hukum yang diabaikan dalam kisah ini.
  • Hukum-hukum yang diamalkan dalam kisah ini.

2. Semangat dan makna asal hukum Taurat

  • Mengkaji dari sudut hubungan interpersonal dan kehidupan sosial.
  • Mengkaji dari sudut kehidupan iman kepercayaan.
  • Mengkaji dari sudut penyelamatan dan penebusan Tuhan.

B. Tentang “iman”

1. Ketika berhadapan dengan kelaparan, bagaimana penampilan Elimelekh dalam aspek imannya kepada Tuhan? Apakah kesudahannya (1:1-5)? Apakah erti dan pengajarannya?

2. Apakah erti dari segi iman bagi kedengaran dan kepulangan Naomi (1:6-7)? Apakah pengajarannya?

3. Apakah erti dari segi iman bagi prestasi dan kesudahan Rut, seorang perempuan asing yang mengikuti ibu mertuanya hingga pada kesudahannya, dengan mengatakan “Allahmulah Allahku” (1:16) dan “di bawah sayap-Nya engkau datang berlindung” (2:12)?

C. Tentang “kasih”

  1. Kasih Elimelekh pada keluarga (1:1-5).
  2. Kasih Naomi pada dua orang menantunya.
  3. Kasih Rut pada ibu mertuanya.
  4. Kasih Orpa pada ibu mertuanya.
  5. Keprihatinan dan kasih Boas kepada Rut.
  6. Kasih antara Boas dengan Rut.
  7. Kasih Boas kepada Naomi.
  8. Kasih Tuhan kepada manusia.
    • Ciri, kualiti dan erti kasih-kasih di atas dikaji daripada perspektif kebenaran.

D. Tentang “penyelamatan dan penebusan”

  1. Rancangan anugerah keselamatan Tuhan.
  2. Bagaimana anugerah keselamatan diberikan kepada bangsa asing? Apakah ertinya?
  3. Bagaimana Tuhan menunjukkan kaum kerabat Mesias (daripada keturunan perempuan Hawa … Keturunan Abraham … Daud)?

E. Tentang “etika”

    1. Etika interpersonal

  • Etika keluarga – Sistem perkahwinan, hubungan suami isteri, antara dua generasi.
  • Etika majikan dan pekerja (tenaga buruh dan bayaran gaji).
  • Etika sosial.

   2. Etika iman kepercayaan

  • Etika Tuhan-manusia: Ibadah, pemberian berkat.
  • Etika undang-undang manusia: Kepatuhan manusia pada perintah undang-undang dan kebenaran.
  • Kajian Alkitab berdasarkan tokoh: Teladan baik atau sempadan / amaran daripada tingkah laku Elimelekh, Naomi, Orpa, Rut, Boas dan lain-lain.
  • Perlambangan dari segi anugerah keselamatan:
    1. Naomi melambangkan golongan senior gereja yang kaya dengan pengalaman rohani.
    2. Rut melambangkan pemercaya baru daripada bangsa asing yang memeluk Kristus atau merujuk kepada gereja rohani, mempelai perempuan Kristus.
    3. Boas melambangkan Kristus Juruselamat.
    4. Perlambangan Rut bersiap sedia dengan rapi untuk bertemu Boas (fasal 3).
    5. Perlambangan Boas menyelamatkan dan menebus Rut.

F. Tentang “berkat”

Terdapat lapan bahagian ayat suci berkenaan berkat dalam kitab ini.

G. Tentang “perbuatan Tuhan yang ajaib”

  1. Ajaran kasih Tuhan.
  2. Pemberkatan Tuhan.
  3. Rancangan dan pimpinan Tuhan yang mahir dan ajaib.
  4. Penyelamatan dan penebusan Tuhan yang ajaib.

H. Tentang “perkahwinan yang indah dan sempurna”

  1. Disatukan secara sah.
  2. Tindakan mencari tua-tua dalam kota untuk menjadi saksi adalah terhormat.
  3. Para tua-tua mendoakan dan memberkati mereka.
  4. Kedua-duanya memelihara kekudusan.
  5. Diberkati oleh Tuhan.

 

GARIS KASAR KITAB RUT

Pergi ke daerah Moab (1:1-5)

  1. Pada zaman para hakim memerintah (1)
  2. Pergi ke daerah Moab dari Betlehem (1,2)
  3. Seisi keluarga Elimelekh
  4. Sebab perpindahan
  5. Kesudahan perpindahan (3-5)
  6. Prestasi Elimelekh

Pulang ke tanah Yehuda (1:6-7)

  1. Ajaran Tuhan
  2. Mendengar bahawa Tuhan memperhatikan umat-Nya
  3. Berkemas dan pulang

Pilihan tiga orang balu (1:8-18)

  1. Pilihan Naomi
  2. Pilihan Orpa
  3. Pilihan Rut

Tiba di Betlehem (1:19-22)

  1. Keduanya berjalan bersama (19)
  2. Gemparlah kota itu (19)
  3. Keluhan Naomi (20)
  4. Kesedaran Naomi (20-22)

Pergi ke ladang Boas (fasal 2)

  1. Memungut bulir-bulir jelai di ladang Boas (1-3)
  2. Berkenalan dengan Boas (4-8)
  3. Dilayan baik oleh Boas (8-16)
  4. Keprihatinan dan kasih antara ibu mertua dengan menantu perempuan (17-23)

Pimpinan Naomi (3:1-5)

  1. Naomi mengambil berat tentang Rut (1)
  2. Memberitahu bahawa Boas ialah saudara dekat (2)
  3. Memberitahu bahawa perlu bertindak pada malam ini (2)
  4. Memberitahu Rut persediaan yang diperlukan (3)
  5. Memberitahu Rut tindakan-tindakan yang diperlukan (3,4)
  6. Boas akan memberitahukan apa yang harus dilakukan (4)

Rut memohon kepada Boas (3:5-18)

  1. Meminta Boas mengembangkan sayapnya dan melindungi Rut (5-9)
  2. Pujian dan janji Boas (10-15)
  3. Memberitahu Rut untuk menunggu (16-18)

Boas menebus tanah Elimelekh (4:1-9)

  1. Mempelawa penebus yang lebih dekat untuk berbincang (1)
  2. Mempelawa para tua-tua menjadi saksi (2)
  3. Menjelaskan sebab penebusan (3)
  4. Penebus yang lebih dekat menyatakan fikirannya (4-6)
  5. Boas menyatakan fikirannya (9)

Boas memperisterikan Rut (4:10-12)

  1. Kebenaran Boas
  2. Kasih Boas
  3. Saksi dan berkat seluruh orang banyak dan para tua-tua (11-12)

Tuhan mencurahkan berkat (4:13-22)

  1. Rut melahirkan anak laki-laki (13)
  2. Berkat Naomi (14-17)
  3. Silsilah Peres (18-22)

 

ISI KANDUNGAN UTAMA KITAB RUT

Pergi ke daerah Moab (1:1-5)

Zaman para hakim memerintah (1) merupakan era ketika orang Israel berada dalam kekacauan politik, agama, dan moral. Tidak ada raja di dalam negara, tidak ada di Tuhan dalam hati, tidak ada Kebenaran di dalam kehidupan, setiap orang berbuat apa yang benar menurut pandangannya sendiri (Hak 2:16,17; 19:1; 21:25). Seisi keluarga Elimelekh tinggal di “Betlehem-Yehuda” yang digelar sebagai “gudang makanan, rumah gandum”. Tanahnya subur dan sering berkelimpahan dengan hasil tuaian jika mendapat hujan yang mencukupi. Tempat ini juga merupakan kampung halaman raja Daud dan tempat kelahiran Yesus Kristus (1 Sam 17:12; Mat 2:1). Kisah utama kitab Rut berlaku di kota ini. Elimelekh berhadapan dengan kelaparan lalu berpindah ke daerah Moab. Moab terletak di tebing timur Laut Mati, di Daerah Bukit yang kaya di sebelah selatan sungai Arnon. Industri ternakannya juga maju (2 Raj 3:4). Orang Moab ialah keturunan Lot yang lahir daripada sumbang mahram dan percabulan (Kej 19:30-38). Mereka menyembah kepada tuhan palsu Kamos (1 Raj 11:33) dan ritualnya penuh dengan zinah. Semasa berjalan di padang gurun, umat Israel pernah digoda oleh perempuan-perempuan Moab untuk berzina dan menyembah kepada berhala (Bil 25:1-9). Mereka bermusuhan dengan umat pilihan dan Tuhan tidak membenarkan mereka “masuk jemaah Tuhan” (Ul 23:3-6). Pada kemudian hari, orang Moab dan umat Israel bermusuhan untuk selamanya (Hak 3:12-14; 2 Sam 8:2; 2 Raj 1:1; 3).

Elimelekh bermaksud “Tuhanku sebagai Raja”. Menurut namanya, dia ialah seorang yang menyembah kepada Tuhan Allah yang benar yang di syurga. Isterinya, Naomi bermaksud “yang manis”. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Mereka meninggalkan tanah Kanaan, tempat yang dijanjikan dan yang diberkati oleh Tuhan untuk mengelakkan kelaparan. Hasil perpindahan itu sungguh mengejutkan. Elimelekh selaku ketua keluarga meninggal dunia lalu keluarganya kehilangan tempat bergantung dan kepimpinan. Kedua-dua orang anak lelaki mereka mengambil perempuan Moab sebagai isteri (4), menyimpang daripada hukum Taurat Tuhan dan diasimilasikan oleh budaya asing. Kemudian, kedua-dua anak lelaki itu mati satu demi satu tanpa meninggalkan keturunan. Tiga orang balu yang ditinggalkan tidak mempunyai harapan dan kehilangan tempat bergantung. Mereka belum menerima kasih karunia daripada Tuhan pada masa itu. Mereka pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong (20,21). Masa selama sepuluh tahun itu dibazirkan dengan usaha yang sia-sia (4).

  • Usaha manusia akan gagal jika tidak dipelihara dan dipimpin oleh Tuhan (Mzm 127:1).
  • Ini hari orang, esok hari kita. Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya (Yer 10:23; Ams 20:24; Pkh 9:11,12).

 

A. Refleksi daripada prestasi Elimelekh:

  • Elimelekh berusaha untuk memperbaiki kehidupan keluarganya:

Perlu menghadapi masalah adat resam kehidupan dan bangsa di samping mengatasinya.

B. Namun dia telah mengabaikan perkara-perkara berikut :

    1. Kelaparan merupakan ajaran dan peringatan Tuhan kepada umat yang jatuh

  • Gedung makanan di negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya ada kelaparan.
  • Sikap umat pilihan terhadap perintah merupakan faktor yang menentukan berkat dan kutuk (Ul 11:13-17; 28:14-24).
  • Melarikan diri daripada kesusahan yang kelihatan tidak dapat menyelesaikan masalah dalam rohani.
    1. Pada hari malang, ingatlah (Pkh 7:14).
    2. Ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh (Why 2:4-5).
    3. Cara untuk menghilangkan musibah dan mendapat berkat adalah dengan bertaubat dan memalingkan langkah.

    2. Tuhan tetap menjaga dan memelihara ketika ada kelaparan

  1. “Dengan tangan yang penuh” sebelum pergi (21). Tentunya bekalan makanan tidak terputus.
  2. Tuhan memperhatikan umat-Nya (6).
  3. “Tuhan sebagai Rajaku” sepatutnya berserah dan bersandar kepada Tuhan.
    • Ketua keluarga tidak memimpin keluarga dengan iman.

    3. Berpindah ke Moab telah menyebabkan kesilapan dan kerugian yang lebih besar

  1. Masalah perkahwinan generasi yang seterusnya.
  2. Berpegang pada perintah dan ketentuan hukum Taurat.
  3. Mencetuskan malapetaka yang lebih serius daripada kelaparan.
    • Memperbaiki persekitaran material tetapi terjebak dalam godaan asimilasi dan sekularisasi.

    4. Tidak wajar pergi ke daerah Moab

  1. Daerah Moab adalah sebuah tempat yang sundal dan menyembah kepada berhala.
  2. Moab merupakan musuh Israel.
  3. Tuhan pernah berpesan kepada orang Israel supaya jangan mengikhtiarkan kesejahteraan dan kebahagiaan orang Moab sampai selama-lamanya (Ul 23:6).
    • Menyimpang daripada perintah Tuhan dalam kepemimpinan keluarga, bukan memimpin dengan Kebenaran.

 

Pulang ke tanah Yehuda (1:6-7)

A. Pukulan Tuhan

Menghadapi perubahan dalam keluarga – Tiga orang lelaki meninggal dunia satu demi satu, tidak mempunyai apa-apa – Pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong. Kekecewaan Naomi terhadap manusia, persekitaran dan kewangan menyedarkannya. Dia teringat tentang hubungannya dengan Tuhan.

  • Dia sedar seperti anak yang hilang (Luk 15:11-17).

B. Mendengar bahawa Tuhan memperhatikan umat-Nya (6)

  1. Tempoh kelaparan adalah terhad. Tuhan tidak memutuskan rezeki manusia.
    • Tuhan tidak memberikan beban yang melebihi kekuatan manusia (rujuk 1 Kor 10:13).
  2. Tuhan tetap memperhatikan walaupun ada kelaparan.
    • Cukuplah kasih karunia Tuhan (2 Kor 12:9).
    • Tuhan mendengar permohonan dan rayuan manusia (Kej 21:14-21; Kel 3:7-8).
  3. Mengharapkan kasih Tuhan.
    • Anak yang hilang merindui lebihan makanan di rumah bapanya (Luk 15:17).

C. Naomi berkemas dan pulang (7)

1. Meninggalkan tempat yang didiami.

  • Meninggalkan dosa kejahatan dan kegagalan (Za 1:4; 2 Tim 2:19).

2. Pulang ke tanah Yehuda

  • Pulang ke negeri yang dipelihara dan dilindungi oleh Tuhan.
  • Pulang ke negeri milik pusaka yang diwarisi (Bil 36:7; 1 Raj 21:3).
  • Pengharapan harus ditambah dengan usaha untuk mendapatkannya (Luk 15:18-20).

 

Pilihan tiga orang balu (1:8-18)

Pilihan Naomi

A. Melayan menantu-menantu perempuannya dengan kasih:

1. Berfikir untuk kebahagiaan anak menantunya

a. Tuhan memukulku dan aku rasa pahit. Janganlah kiranya kamu menderita bersama dengan aku (13).

  • Sebenarnya Naomi lebih menderita dan lebih malang berbanding anak menantunya.

b. Tidak ada harapan kebahagiaan dengan mengikut aku (11-13).

  • Sudah terlalu tua untuk bersuami.
  • Sekalipun bersuami dan bahkan melahirkan anak laki-laki, masakan kamu menanti sampai mereka dewasa.
  • Masakan kamu harus menahan diri dan tidak bersuami.
  • Memahami keperluan manusia, lantas menyuruh anak menantunya pulang ke rumah ibu masing-masing dan berkahwin dengan orang lain (8-9).
  • Kasih dan pengorbanan adalah satu.
  • Kasih itu tidak mencari keuntungan diri sendiri (1 Kor 13:5).

2. Meminta berkat untuk anak menantunya dengan sepenuh hati (8-9)

  • Bersyukur dengan kasih dan kemurahan anak menantunya.
  • Kiranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya.
  • Kiranya mendapat tempat perlindungan di rumah suaminya.

3. Ibu mertua dan menantu perempuan mengungkapkan hubungan yang sejati (9)

  • Bercium
  • Menangis dengan suara keras.

B. Melayan menantu-menantu perempuannya dengan kebenaran:

  1. Menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak dapat “melahirkan lagi anak laki-laki untuk membangkitkan keturunan baginya” seperti yang tertulis dalam hukum Taurat.
  2. Membenarkan anak menantunya berkahwin dengan orang lain (rujuk: Im 22:12,13; 1 Kor 7:39).
  3. Mendapat balasan kasih (10). Kasihnya mengharukan menantu perempuannya sehingga tidak sampai hati untuk berpisah dengannya.

Pilihan Orpa (1,15) – Pulang kepada bangsanya dan kepada para allahnya

  • Tidak tahan dengan ujian desakan (11-13).
  • Tidak tahan dengan ujian realiti.
  • Tidak tahan dengan ujian iman kepercayaan.
  • Lebih mengasihi dirinya sendiri berbanding mengasihi ibu mertuanya.

Pilihan Rut (16-18) – Membuat keputusan untuk mengikuti ibu mertuanya

1. Mengikut dengan kasih (16)

  • Berjalan bersama, tinggal bersama, tinggal di negara yang sama.

2. Keputusan yang nekad.

  • Tidak peduli dengan desakan berulang-ulang ibu mertua (11-14).
  • “Pulanglah” diulang berkali-kali.
  • Tidak terpengaruh dengan pemergian iparnya (15).

3. Mengikut sampai mati (17).

A. Mati bersama-sama, dikuburkan bersama-sama.

  • Bersedia mati dan dikuburkan bersama-sama di tanah Yehuda.

B. Hanya maut yang dapat memisahkan mereka.

C. Jikalau tidak, kiranya Tuhan menghukum aku, bahkan lebih lagi daripada itu.

  •  Bersumpah dengan sungguh-sungguh di hadapan Tuhan untuk menunjukkan tekad.

4. Pilihan berdasarkan iman kepercayaan (16).

  • Allahmulah Allahku.
  • Bersumpah dengan nama Tuhan cukup untuk menunjukkan iman kepercayaannya kepada Tuhan.

5. Mengalahkan ujian realiti. Ujian-ujian yang mungkin dihadapi oleh Rut :

  1. Ketidakselesaan di tempat yang asing (2:11).
  2. Kesusahan dan tanggungjawab hidup: menyarai diri sendiri dan ibu mertua.
  3. Diskriminasi dan penolakan kaum.
  4. Sekatan dan hukuman peraturan-peraturan yang banyak.
  5. Latihan kesunyian emosi.
  • Tidak ada orang lelaki dalam keluarga ini.
  • Ibu mertua tidak akan ada lagi anak laki-laki yang dilahirkan untuk membangkitkan keturunan baginya.
  • Orang Yahudi tidak akan sudi memperisterikan balu Moab.

 

Pulang ke Betlehem (1:19-22)

1. Berjalanlah keduanya (19)

  • Ibu mertua dan menantu perempuan bersatu hati berjalan bersama, tidak takut dengan perjalanan yang sukar.

2. Gemparlah kota itu – Naomikah itu? (19)

  • Dari muda hingga tua.
  • Daripada kaya dan bersukacita kepada miskin dan murung.
  • Zaman beralih, musim bertukar. Untung sebagai roda pedati.
  • Namanya Naomi, tetapi situasinya Mara.

3. Kesedaran Naomi (20-22) – Pengakuan dan luahan terbuka

  • Yang Mahakuasa telah melakukan banyak yang pahit kepadaku.
  • Dengan tangan yang kosong Tuhan memulangkan aku.
  • Tuhan telah naik saksi menentang aku.
  • Mereka pulang pada musim menuai jelai (22).
    1. Masih belum terlambat untuk pulang pada waktunya.
    2. Pulang ke pangkuan Tuhan tidak akan mengecewakan, kasih karunia Tuhan yang kaya sedang menanti.

 

Pergi ke ladang Boas (fasal 2)

A. Memungut bulir-bulir jelai di ladang Boas (1-3)

1. Boas bermaksud “kekuatan”, “ada kekuatan di dalamnya”.

  • Tuhan adalah kuat.

a. Merupakan orang yang wajib menebus Naomi dan Rut dari kaum Elimelekh (1,20).

  • Tuhan ialah Bapa yang di syurga bagi pemercaya.

b. Merupakan seorang yang kaya raya.

  1. Atau diterjemahkan sebagai orang yang berkedudukan dan berani.
  2. Merupakan tuan tanah, pemilik hasil tuaian.
  • Yesus merupakan Tuan yang empunya tuaian, segala kelimpahan ada di dalam-Nya.

2. Biarkanlah aku pergi ke ladang (2).

Kebaikan Rut:

  • Mengambil inisiatif untuk memikul tanggungjawab keluarga.
  • Menghormati ibu mertua dan mendapatkan persetujuan / izin.
  • Mengatasi psikologi yang rendah diri.
  • Berhadapan dengan orang dan tempat yang asing.
  • Bersabar dengan penghinaan dan diskriminasi.

3. Memungut jelai di belakang penyabit-penyabit (3).

A. Mendapat bekalan makanan dan meneruskan hidup dengan janji dan jaminan hukum Taurat Tuhan (Im 19:9,10; 23:22; Ul 24:19).

  • Adanya jaminan yang sejati dan janji yang tidak berubah dalam pelukan Tuhan.

B. Mendapat pimpinan Tuhan dan beransur-ansur memasuki keadaan yang diberkati setelah pulang ke Betlehem.

  • Kasih karunia terus diberikan apabila manusia sudi memalingkan langkahnya.

B. Berkenalan dengan Boas (2:4-8)

1. Aturan Tuhan

  • Sampailah mereka ke Betlehem “pada permulaan” musim menuai jelai (1:22)
  • “Kebetulan” berada di tanah milik Boas (3).
  • “Lalu datanglah” Boas dari Betlehem.
    • Susunan frasa-frasa “pada permulaan”, “kebetulan” dan “lalu datanglah” benar-benar merupakan aturan Tuhan yang indah.

2. Penyelarasan tindakan manusia

  • Pulang ke Betlehem dari Moab tepat pada waktunya.
  • Kelulusan Naomi dan tindakan Rut.
  • Akhirnya Boas pun muncul.

3. Layanan baik Boas (8-16)

A. Memberikan jagaan keselamatan (9).

B. Membekalkan makanan dan minuman (9,14).

  • Boleh minum air yang dicedok oleh pengerja-pengerja jika haus. Mengunjukkan bertih gandum kepada Rut.

– Menikmati perkhidmatan sedia ada.

  • Duduk di sisi penyabit-penyabit Boas.

– Pemercaya duduk bersama dengan Tuhan dan menikmati berkat.

  • Celupkan suap ke dalam cuka.

– Kasih karunia Tuhan baik dan indah (Mzm 34:9; Yes 55:2).

  • Makan sampai kenyang, bahkan ada sisanya.

– Kasih karunia Tuhan berkelimpahan.

C. Berlaku ramah secara khusus, melebihi catatan hukum Taurat (15,16; Im 19:9; Im 23:22; Ul 24:19).

  1. Boleh juga memungut dari antara berkas-berkas.
  2. Menarik sedikit-sedikit dari onggokan jelai dengan sengaja supaya dipungutnya.
  3. Jangan mengganggu dan jangan berlaku kasar terhadap dia.
    • Memberi dengan kasih di samping menjaga maruah penerima kebajikan.

4. Keprihatinan dan kasih antara ibu mertua dengan menantu perempuan (2:17-23)

A. Mentaati dan menghormati ibu mertua.

1. Tinggal bersama dan menyarai ibu mertua (17,18,23).

Sisa yang ada diberikan kepada ibu mertua. Sebabnya :

  • Memegang masa menuai di ladang Boas dan memungut jelai dengan rajin.
  • Menerima layanan baik yang istimewa di ladang Boas.

Tinggal bersama ibu mertua untuk menyarai dan menjaganya.

2. Memberitahu kejadian sebenar.

  • Lokasi bekerja (19).
  • Keadaan kerja (21).

3. Patuh pada arahan (22,23)

B. Pesanan ibu mertua

1. Mengambil berat tentang kerja Rut (19)

2. Memberitahu bahawa Boas ialah orang yang wajib menebus mereka (20).

  • Rut mula mengetahui hubungan antara Boas dengan keluarga suaminya.
  • Merupakan kaum yang terdekat yang ada kewajipan menebus (Im 25:25,47-49).

3. Berpesan supaya keluar bersama-sama dengan pengerja-pengerja perempuan (22).

  • Mengikuti mereka dan belajar.
  • Ada teman.

4. Berpesan supaya jangan pergi ke ladang lain (22).

  • Jangan menolak pelawaan tuan tanah yang berniat baik (21).
  • Terus menerima layanan yang murah hati (18).
  • Mengelak daripada menghadapi bahaya di tempat lain.

 

Pimpinan Naomi (3:1-5)

A. Naomi mengambil berat tentang Rut dan mengasihinya (1)

  1. Mencari tempat perlindungan bagi Rut supaya dia dapat mencari kebahagiaan pada masa depan.
  2. Hidup saling bergantungan, saling mengambil berat (Rut tidak pernah berfikir untuk dirinya sendiri).
  3. Membangkitkan keturunan bagi si mati.
  4. Melakukan kebenaran hukum Taurat.

B. Memberitahu bahawa Boas ialah saudara dekat (2)

  1. Memberi petunjuk bahawa Boas mempunyai kewajipan “menebus sebagai saudara dekat” (Im 25:25; Ul 25:5-10).
  2. Naomi fasih tentang hukum Taurat, memegang janji Tuhan.
  3. Memimpin Rut memohon kasih karunia berdasarkan hukum Taurat.

C. Memberitahu bahawa perlu bertindak pada malam ini (2)

1. Boas akan menampi jelai di tempat pengirikan pada malam ini.

  • Harus memegang peluang jika ingin mendekatinya.

2. Boas mengenali Rut dengan baik dan melayannya dengan baik.

  • Harus mencari Tuhan selama Dia berkenan ditemui.
  • Sesungguhnya, waktu ini adalah waktu perkenanan itu.

D. Memberitahu Rut persediaan yang diperlukan (3)

1. Mandi untuk menghapuskan kekotoran.

  • Baptisan air dan baptisan Roh menyucikan dan menjadi tidak berdosa.

2. Berurap dengan wangian.

  • Peroleh pengurapan dan menyebarkan keharuman.

3. Pakai pakaian bagus.

  •  Membuang identiti lama (menanggalkan pakaian kejandaan) (Kej 38:14).
  • Mengenakan pakaian dan perhiasan mempelai perempuan.

– Mengenakan baju yang baru dan menjadi manusia baru (Ef 4:20-24).

 

Rut memohon kepada Boas (3:5-18)

A. Meminta Boas mengembangkan sayapnya dan melindungi Rut / menghamparkan kain dan menutupinya (5-9)

  1. Rut mentaati kata-kata ibu mertuanya dan melakukan segala yang dikatakannya (5).
  2. “Mengembangkan sayap dan melindunginya” / “menghamparkan kain dan menutupinya” bermaksud bersedia mengambilnya sebagai isteri (rujuk: Ul 27:30; Yeh 16:8).
  3. Memohon saudara dekat melaksanakan kewajipan menebus.
  4. Memohon berdasarkan janji hukum Taurat, menyatakan hak sendiri.

B. Pujian dan janji Boas (10-15)

1. Memberkati Rut (10).

  • Kiranya diberkati oleh Tuhan.
  • Disebabkan oleh segala prestasi baik Rut sebelum itu.

2. Memuji kesucian Rut (10).

  • Tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin mahupun yang kaya.

– Tidak tergoda dengan syarat luaran.

  • Dilahirkan sebagai orang Moab yang sundal tetapi memelihara kesuciannya.

– Tidak terpengaruh dengan kejahatan persekitaran.

3. Pasti bahawa “Sekarang engkau menunjukkan kasihmu lebih nyata lagi daripada yang pertama kali itu”.

  1. Kasih yang ditunjukkan kini lebih nyata daripada yang pertama kali itu.
  2. Rut bersedia berpegang pada hukum Taurat tentang membangkitkan keturunan bagi suaminya. Kasih ini melebihi kasih yang ditunjukkan kepada suaminya sebelum mati (1:8).
  3. Rut bersedia melaksanakan kewajipan mentaati dan menyarai ibu mertuanya. Dia pulang ke tanah Yehuda bersama dengan ibu mertuanya dan mempertahankan kesuciannya. Kasih ini melebihi kasih yang ditunjukkan kepada ibu mertuanya semasa berada di daerah Moab (1:8).
  4. Rut bersedia membangkitkan keturunan bagi suaminya. Dia tidak mengejar-ngejar orang-orang muda, baik yang miskin mahupun yang kaya. Dia lebih rela mencari perlindungan daripada saudara dekat pertengahan baya seperti yang dinyatakan dalam hukum Taurat.

4. Memuji kebaikan Rut (11).

  1. Kebaikannya diketahui dan diiktiraf oleh setiap orang dalam kota.
  2. Membesar dalam persekitaran Moab tetapi langsung tidak terpengaruh dengan kejahatan.
  3. Diiktiraf di bawah piawaian Yahudi yang ketat.
  4. Dikenali di seluruh kota dalam masa yang singkat.

5. Berjanji untuk membantu Rut (11-15).

A. Membantu mengesahkan kewajipan menebus.

  • Hukum Taurat tentang “saudara dekat perlu menebus” telah diabaikan pada masa itu.

B. Bersumpah akan menebus Rut (11-13).

  • Janganlah takut.
  • Segala yang kau katakan itu akan ku lakukan kepadamu.

C. Mempertahankan nama baik Rut (14).

  • Kebenaran dan kasih Boas.
  • Supaya tidak mempengaruhi pilihan penebus yang lebih dekat.

D. Memberikan enam takar jelai kepada Rut (15).

  • Untuk menunjukkan respons yang baik dan jaminan kepada Rut.

 

Boas menebus tanah Elimelekh (4:1-9)

A. Mempelawa penebus yang lebih dekat untuk berbincang (1)

1. Boas duduk di pintu gerbang kota.

  • Mahkamah awam terletak di pintu gerbang kota.

2. Penebus yang lebih dekat “kebetulan” lewat di sana.

  • Sekali lagi memperlihatkan pimpinan dan aturan Tuhan.

3. Boas berkata: “Datanglah dahulu ke mari, duduklah di sini.”

  • Bersemangat dan berusaha, mengambil inisiatif untuk mengendalikan masalah penebusan bagi hak Naomi dan Rut.

B. Mempelawa para tua-tua menjadi saksi (2)

1. Memilih sepuluh orang daripada para tua-tua untuk menjadi saksi.

2. Boas berusaha untuk mengendalikan perkara tersebut dengan teliti dan berhati-hati.

C. Menjelaskan sebab penebusan (3,4)

1. Sebab: Naomi perlu menjual harta peninggalan suaminya kerana kesusahan dan kemiskinan hidup. Menurut ketetapan hukum Taurat Musa, tanah itu perlu ditebus oleh kaumnya yang terdekat (Im 25:23-25) supaya tanah itu tidak menjadi milik bangsa lain.

2. Bertanyakan ketersediaannya:

a. Susunan kedudukan: Saudara dekat yang pertama, Boas yang kedua.

b. Terangkan secara langsung di hadapan saksi.

  • Boaz mengendalikan semuanya secara terbuka dan adil sesuai dengan hukum Taurat.

D. Penebus yang lebih dekat menyatakan fikirannya (5-8)

1. Lalu berkatalah ia: “Aku akan menebusnya.” (4).

  • Bersedia mematuhi hukum Taurat.

2. Tetapi dia tidak bersedia untuk memperoleh isteri orang yang telah mati itu.

  • Rut ialah perempuan Moab.

3. Sebab aku akan merusakkan milik pusakaku sendiri.

  • Perlu memperisterikan Rut ketika menebus tanah untuk membangkitkan keturunan bagi Mahlon, suami Rut yang telah mati (Anak sulung yang dilahirkan harus dianggap sebagai anak Mahlon).
  • Tanah yang ditebus juga akan menjadi milik anak lelaki Rut (10). Hal ini merupakan kerugian bagi penebus.
  • Melarikan diri daripada tanggungjawab di bawah hukum Taurat apabila berhadapan dengan konflik kepentingan.

4. Penebus dekat melepaskan hak penebusan (6-8).

A. Bukti (7,8): Menanggalkan kasutnya dan memberikannya kepada yang lain (Ul 25:5-10), menunjukkan bahawa kedua-duanya menjadikan itu bukti ketika mereka mengadakan sesuatu perjanjian.

B. Saksi (9): Para tua-tua dan semua orang di situ.

E. Boas menyatakan fikirannya (9)

  1. Bersedia membeli dan menebus segala milik Elimelekh dan segala milik Kilyon dan Mahlon.
  2. Meminta semua orang di situ dan para tua-tua menjadi saksi.

 

Boas memperisterikan Rut (4:10-12)

A. Kebenaran Boas

  1. Mematuhi kebenaran hukum Taurat.
  2. Menegakkan nama dan membangkitkan keturunan bagi orang yang telah mati.

B. Kasih Boas

  1. Mengasihi Rut, tidak berkira dengan segala pengorbanan dan kerugian.

C. Saksi dan berkat seluruh orang banyak dan para tua-tua (11-12)

  1. Orang banyak bersedia menjadi saksi untuk perkara ini.
  2. Memberkati rumahtangga yang baru.
  • Kiranya Rut membangunkan keturunannya seperti Rahel dan Lea, “Ibu Israel” yang melahirkan nenek moyang dua belas suku Israel.
  • Kiranya menjadi makmur dan termasyhur di tempat kediamannya.
  • Kiranya keturunan Boas menjadi seperti keturunan Peres yang menjadi cabang raja Yehuda yang dilahirkan Tamar bagi Yehuda oleh kerana anak-anak yang akan diberikan oleh Tuhan kepada Boas daripada Rut, dan mendapat kemakmuran keluarga.

 

Tuhan mencurahkan berkat (4:13-22)

A. Rut melahirkan anak laki-laki selepas berkahwin menyatakan bahawa Tuhan mencurahkan berkat (13)

B. Berkat Naomi (14-17)

  1. Tuhan memperhatikannya sehingga dia tidak kehilangan pengharapan penebusan (14).
  2. Termasyhur di Israel.
  • Obed ialah datuk kepada Daud.

2. Menyegarkan jiwa:

  • Jiwa dan hati yang hancur disembuhkan dan mendapat sukacita semula.

3. Menikmati sisa-sisa umurnya.

  • Ada menantu yang mengasihinya, menantu perempuan yang lebih berharga daripada tujuh anak laki-laki (15).
  • Menjadi pengasuh Obed yang akan memeliharanya pada waktu rambutnya telah putih (15).
  • Ada Boas, orang kaya yang pemurah dan adil yang mentaati dan menyarainya.

C. Silsilah Peres (18-22)

  • Boas dan Rut merupakan moyang kepada Daud.
  • Keturunan raja Daud (1 Taw 2:12-15).
  • Mesias berasal daripada mereka (Mat 1:6,16).

 

MEMBINCANGKAN KEPRIHATINAN KELUARGA DARIPADA KITAB RUT

ANTARA IBU MERTUA DENGAN MENANTU PEREMPUAN – KASIH IBU MERTUA

PRESTASI KASIH :

A. Mengambil inisiatif untuk mengambil berat (1:8,15; 3:1)

  1. Mendesak menantu perempuan pulang ke rumah ibunya.
  2. Mengambil insiatif mencari calon suami baru untuk menantu perempuan.
  • Jangan membazirkan kasih dengan menunggu.
  • Kasih Tuhan itu proaktif dan bersemangat positif (1 Yoh 4:7,8,19).

B. Bertimbang rasa

  1. Berfikir untuk kebahagiaan menantu perempuan.
  2. Menderita bersendirian, tidak mahu menantu perempuan menderita.
  • Kasih tidak mencari keuntungan diri sendiri (1 Kor 13:5).

C. Memberi pengiktirafan dan pujian

  1. Bersyukur dengan kasih menantu perempuan (1:8).
  2. Memuji kelebihan menantu perempuan (2:11).

D. Berkomunikasi dengan kasih

  1. Ikhlas terhadap satu sama lain (1:9).
  2. Melayan menantu perempuan sebagai anak perempuan (1:12,13; 2:2; 3:1).
  3. Mengambil berat melalui komunikasi (2:19,23; 3:16,18).
  4. Tidak berkeras dengan pendapat sendiri (1:18; rujuk: 1 Sam 8:4,10).

E. Memohon berkat

  1. Melakukan yang terbaik dan memohon Tuhan mencurahkan berkat (1:8).
  2. Memohon berkat rohani.
  • Berkatilah dan jangan mengutuk (Rm 12:14).

DAYA PENGGERAK KASIH :

A. Kasih yang datang daripada Tuhan

  1. Naomi telah kembali ke dalam kasih Tuhan setelah hilang.
  • Mendapat pengalaman tentang didikan / teguran kasih Tuhan (Ayb 5:17,20; Ibr 12:5,13).Kasih yang berakar dan berdasar (Ef 3:14-19).

B. Kasih kebenaran

  1. Naomi meninggalkan Moab seperti yang diperintahkan oleh Tuhan.
  2. Melayan menantu perempuan dengan kebenaran yang tercatat dalam hukum Taurat (Im 22:12,13).
  • Mengasihi oleh kerana kebenaran (2 Yoh 2).

C. Daya penggerak iman

  1. Naomi mengharapkan kasih Tuhan lalu pulang ke tanah Kanaan.
  2. Percaya bahawa Tuhan pasti tidak meninggalkannya. Imannya terhadap Tuhan menjadi daya penggerak bagi kasihnya.

KESUDAHAN KASIH :

1. Mengharukan: Kasih mengharukan menantu perempuan sehingga mereka saling mengasihi (1:9,10).

  • Kasih dapat menguasai seseorang sehingga dia menunjukkan kasihnya (2 Kor 5:14-15).

2. Memenangkan: Kasih dapat menjadi kesaksian yang indah bagi iman kepercayaan dan memimpin orang lain kepada Tuhan (1:16,18; 1 Ptr 3:1-6).

3. Dihormati: Pengorbanan kasih dibalas dengan penghormatan, kepercayaan dan ketaatan menantu perempuan (3:2,5,6,16).

 

ANTARA IBU MERTUA DENGAN MENANTU PEREMPUAN – KASIH MENANTU PEREMPUAN

PRESTASI KASIH :

A. Tabah dan sabar: Kasih membuatkan Rut tabah dan mengatasi segala kesulitan

  1. Perjalanan pulang ke Betlehem adalah sukar dan bahaya.
  2. Kesulitan persekitaran yang asing.
  3. Berhadapan dengan diskriminasi dan penolakan kaum.
  4. Dibatasikan dengan hukum Taurat yang banyak.
  • Kasih itu sabar, sabar menanggung segala sesuatu (1 Kor 13:4,6). Kesabaran menggenapi kasih.

B. Mentaati dan menghormati ibu mertua

  1. Mentaati dan menyarai ibu mertua – bekerja dengan rajin, dari pagi sampai malam (2:7,17-23).
  2. Menghormati ibu mertua – Meminta petunjuk, meminta kebenaran, menghormati, patuh (2:2,19-23; 3:6).
  3. Semuanya dilakukan berdasarkan kerelaan hati (2:2).

C. Kasih yang tidak berubah

  1. Suami sudah meninggal dunia, hubungan telahpun terputus, namun kasih kepada ibu mertua tidak berhenti.
  2. Tekad yang kuat – hanya maut yang memisahkan mereka (1:17).
  3. Tetap menyarai ibu mertua walaupun telah berkahwin dengan Boas (4:13-15).
    • Kasih tidak berkesudahan (1 Kor 13:8).

DAYA PENGGERAK KASIH:

A. Pengenalpastian keluarga

  1. Rumah dan bangsamulah rumah dan bangsaku (1:16).
  2. Menerima segalanya di rumah ibu mertua.
  3. Mengubah dirinya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

B. Pengenalpastian iman kepercayaan

  1. Allahmulah Allahku (1:16).
  2. Bersumpah dengan nama Tuhan (1:17).
  3. Berlindung di bawah Tuhan (2:12).

C. Dimotivasikan oleh kasih ibu mertua

KESUDAHAN KASIH :

A. Mendapat perkahwinan yang bahagia

  1. Keprihatinan dan kasih ibu mertua menjodohkannya dengan suami baru.
  2. Dapat menjadi isteri kepada Boas, seorang kesatria dan pemurah.

B. Membawa pengharapan dan berkat

  1. Berkat seluruh orang banyak (4:11,12).
  2. Mendapat kekayaan yang berkelimpahan.

C. Mendapat berkat rohani

  1. Melahirkan keturunan yang soleh (4:13).
  2. Menjadi moyang raja Daud (4:18-22; 1 Taw 2:12-15).
  3. Mesias berasal daripadanya (Mat 1:6,16)

 

TENTANG PERKAHWINAN

Boas dan Rut yang saling mengasihi akhirnya berkahwin. Perkahwinan yang indah dan kehidupan yang bahagia dikagumi oleh semua orang.

KEPRIHATINAN DAN BIMBINGAN GOLONGAN SENIOR

A. Ada kasih: Mengambil berat secara proaktif (3:1)

  1. Bertindak dengan pantas (1:22; 2:23; 3:1).
  2. Memegang peluang (3:2).

B. Ada firman: Sesuai dengan catatan hukum Taurat (Ul 25:5; Im 25:25,47-49), berkenan kepada Tuhan, mendapat pertolongan Tuhan

C. Ada hikmat: (3:1-10), diatur dengan bijak dan ajaib, menumbuk di lesung, bertanak di periuk

  • Contoh perkahwinan yang berjaya ialah perkahwinan Ishak (Kej 24).

DIPADANKAN MENGIKUT PROSES YANG SEWAJARNYA

  1. Berdasarkan panduan hukum Taurat (Ul 25:5-10)
  2. Dikendalikan secara terbuka dan adil (4:1-9)
  3. Para tua-tua menjadi saksi (4:11)

DIATUR DAN DIPADANKAN MENURUT KEHENDAK TUHAN

  1. Aturan Tuhan yang bijak dan ajaib sepanjang proses (1:21; 2:3-4; 4:1)
  2. Mengesahkan bahawa pasangan yang telah dipersatukan Allah tidak boleh diceraikan manusia (Mrk 10:7-12)

MEMELIHARA KEKUDUSAN (4:4-9)

  1. Kedua-duanya tidak melampaui batas semasa proses perjodohan (rujuk 4:13)
  2. Kasih sejati memerlukan penantian (4:11-13,17)
  3. Berkenan kepada Tuhan dan diberkati oleh Tuhan (4:13)

SYARAT MENCARI JODOH

  1. Ada iman kepercayaan yang sama – Pemercaya dan orang yang tidak percaya merupakan pasangan yang tidak seimbang (2 Kor 6:14,15)
  2. Ada perwatakan yang baik (2:4,8,13,15,17,18; 3:14)
  3. Jangan memilih sesuka hati (3:10; Kej 6:1,2)
  • Perkahwinan ini diberkati oleh Tuhan, orang banyak dan para tua-tua juga bersedia menjadi saksi dan memberi berkat.

 

TENTANG SUAMI DAN ISTERI

ELIMELEKH DAN NAOMI

A. Suami dan isteri satu daging

  1. Mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi (1).
  2. Berkongsi tanggungjawab.
  3. Kasih hingga ke akhir hayat (3).

B. Tidak dapat bersama untuk selamanya (1:3-5)

  1. Nikmati hidup dengan isteri (Pkh 9:9), ketidaksia-siaan dalam kesia-siaan.
  2. Memegang kehidupan yang terhad ini.

C. Iman kepercayaan ialah kekuatan penghiburan

  1. Mendengar bahawa Tuhan telah memperhatikan umat-Nya (1:6).
  2. Ada keberanian dan kekuatan untuk pulang (1:7).
  3. Kekuatan pengharapan.

D. Kekurangan

  1. Fungsi kepala dan leher.
  2. Jangan patuhi kesalahan.

BOAS DAN RUT

A. Diberkati oleh Tuhan (4:11)

  1. Mendapat isteri yang berakal budi (Ams 19:14).
  2. Mendapat keturunan yang soleh sebagai milik pusaka (4:13-22).

B. Orang banyak memberikan berkat

  1. Menjadi makmur dan termasyhur (4:11-12).
  2. Mendapat berkat yang melebihi berkat orang banyak.

C. Keperibadian yang matang

  1. Kasih mematangkan manusia (2:4,8,13; 3:14; 2:17,18).
  2. Konsep memegang hukum Taurat (4:9,10).
  3. Beriman (2:12; 4:9,10).
  4. Takut akan Tuhan.

 

TENTANG IMAN KEPERCAYAAN

KASIH DAN TANGGUNGJAWAB: KASIH DI DALAM TUHAN, KASIH DI DALAM KEBENARAN

  • Elimelekh menggalas tanggungjawab berat dalam mencari nafkah untuk keluarga semasa berhadapan dengan kelaparan (1:1).

 MEMIMPIN KELUARGA DENGAN IMAN

  1. Namanya “Elimelekh” – Maksudnya Tuhanlah Rajaku, namun tingkah lakunya tidak seperti namanya
  2. Pergi dengan tangan yang penuh, pulang dengan tangan yang kosong (1:21; Mzm 127:1)
  3. Tuhan memperhatikan umat sehingga hidup mereka tidak menemui jalan buntu (1:6)
  4. Serahkan kepada Tuhan. Hal itu akan terjadi jika Tuhan menghendakinya (Yer 10:23; Ams 20:24; Yak 4:13-17)

 PADA HARI MALANG INGATLAH (PKH 7:14)

  1. Sikap umat pilihan terhadap perintah menentukan berkat dan kutuk (Ul 11:13-17; 28:14-24)
  2. Kasih Tuhan ada di dalam hukum Taurat
  3. Kasih Tuhan ditunjukkan melalui didikan (Ibr 12:5-10)
  • Anak yang hilang sedar lalu mempunyai pengharapan (Luk 15:11-17).

 MEMIMPIN DENGAN KEBENARAN

  1. Tidak wajar pergi ke daerah Moab (Ul 2:9; 23:6)
  2. Elimelekh tidak memimpin menurut kebenaran. Kesudahannya, padi ditanam tumbuh lalang. Ada kematian dalam keluarganya dan rumah tangganya menjadi porak peranda
  3. Naomi membuat refleksi lalu memimpin menurut kebenaran dan keluarganya dipulihkan

 MENYEDIAKAN PERSEKITARAN IMAN KEPERCAYAAN YANG BAIK

  1. Tinggal di daerah Moab – negeri yang menyembah berhala dan sundal
  2. Akibatnya, berlaku sekularisasi dalam kepercayaan dan perkahwinan anak-anak lalu membangkitkan murka Tuhan
  3. Persekitaran material telah diperbaiki, tetapi menyebabkan seluruh keluarga terjatuh ke dalam ujian sekularisasi
  • Pelajaran daripada Lot (Kej 13:10-13; 18:20,21; 19:23-38).

AKU SENDIRI TELAH BERFIRMAN: “KAMU ADALAH ALLAH”

AKU SENDIRI TELAH BERFIRMAN: “KAMU ADALAH ALLAH”

 

PENDAHULUAN (AYAT LATAR BELAKANG: YOH 10:22-39)

Empat bulan sebelum penderitaan Tuhan Yesus pada hari raya Paskah merupakan “hari raya Pentahbisan Bait Tuhan”. Selain hari-hari pada musim dingin, angin sejuk ketidakpercayaan dan penolakan juga mula meniup dengan kuat dalam kalangan para pemimpin agama Yahudi. Orang-orang Yahudi yang tidak dapat menahan hati lagi terhadap Yesus mencuba untuk mencabar Yesus. Mereka berkata: “Berapa lama lagi Engkau membiarkan kami hidup dalam kebimbangan? Jikalau Engkau Mesias, katakanlah terus terang kepada kami.” Mereka sedang mencari bukti yang lebih lanjut untuk menuduh Yesus.

Yesus sekali lagi menggunakan kerja-Nya (tanda mukjizat) dan kata-kata-Nya untuk membuktikan bahawa Dialah “Mesias” dan “Anak Tuhan”. Walau bagaimanapun, mereka tetap menolak kesaksian-kesaksian ini kerana mereka tidak termasuk domba-domba Tuhan dan tidak dapat mendengar suara Tuhan. Mereka bahkan mengambil batu untuk melempari Yesus dan menuduh bahawa: “… karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah.” Pengisytiharan Yesus bahawa “Aku dan Bapa adalah satu” adalah bertujuan untuk menyeru orang-orang Yahudi agar menyemak semula pengetahuan mereka tentang Tuhan. Memandangkan Tuhan ialah Tuhan yang mempunyai kepenuhan batiniah, tentunya Dia dapat muncul secara semula jadi di antara mereka sebagai “Anak Tuhan” dengan cara manusia tanpa mengurangi sifat keilahian-Nya yang mulia. Tuhan yang pernah menampakkan diri kepada manusia di gunung Sinai kini sekali lagi menampakkan diri kepada manusia dengan identiti sebagai “Anak Tuhan”.

Sebagai respons kepada tuduhan orang-orang Yahudi, Yesus menjawab dengan memetik kata-kata dalam kitab Mazmur 82:6 daripada Perjanjian Lama: “Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku sendiri telah berfirman: Kamu adalah allah? Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah, … masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah?”” Tuhan sekali lagi menyatakan perbuatan-Nya yang besar untuk membuktikan bahawa Bapa di dalam Dia dan Dia di dalam Bapa. Namun, sekali lagi orang-orang Yahudi mencuba untuk menangkap Dia, tetapi Tuhan luput daripada tangan mereka.

Setelah memahami sumber tema, seterusnya kita akan berkongsi tentang makna dan pengajaran ayat ini kepada kita:

 

A. Mengenali identiti kudus kita iaitu orang yang menerima firman Tuhan

  1. Harus mempunyai ciri istimewa sebagai hakim yang menjalankan keadilan

Mazmur 82 mencatatkan bahawa Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi. Secara harfiah, “ilahi” dan “para allah” merujuk kepada “Allah” (hakim) (rujuk: Kel 21:6). Hakim ialah “tuhan” yang diutus oleh Tuhan sebagai umat untuk memberikan keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, membela hak orang sengsara dan orang yang kekurangan, dan melepaskan mereka daripada tangan orang fasik. Sekiranya bukan demikian, Tuhan akan menjalankan penghakiman di antara mereka, seperti manusia mereka akan mati dan seperti salah seorang pembesar mereka akan tewas. Makna rohaninya yang sebenar adalah bahawa pembaca Mazmur pada waktu itu, orang-orang Israel yang menerima firman Tuhan, dan bahkan kita yang telah menerima kasih karunia Tuhan pada hari ini harus melakukan kehendak Tuhan yang baik seperti hakim yang adil.

Seluruh masyarakat Israel kehilangan inti iman kepercayaan yang sebenar dan terjerumus ke dalam ritual ibadah yang salah pada hari-hari kemudian. Mereka bahkan berpendapat bahawa mereka ada perlindungan Tuhan selama Bait Suci ada di antara mereka, iaitu Bait Suci merupakan jaminan yang terbaik bagi “keselamatan hidup”. Oleh yang demikian, Tuhan mengutus nabi untuk memberikan amaran kepada mereka dengan tegas. Mereka harus sungguh-sungguh memperbaiki tingkah langkah dan perbuatan mereka, sungguh-sungguh melaksanakan keadilan di antara mereka masing-masing, tidak menindas orang asing, yatim dan janda, tidak menumpahkan darah orang yang tak bersalah dan tidak mengikuti tuhan lain, yang menjadi kemalangan mereka sendiri. Namun, mereka tetap enggan mendengar, dan mereka tetap melihat rumah Tuhan sebagai sarang penyamun. Hal ini menyebabkan Tuhan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Babel. Negeri Yehuda dimusnahkan, umat ditawan, Bait Suci dan kota yang kudus dibakar, tembok kota dirobohkan dan barang-barang kudus dirampas (Yer 7:4-11; 2 Raj 25:8-21).

Ya, Tuhan telah memberitahu kita tentang yang baik, dan perkara-perkara yang dituntut Tuhan daripada kita: berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allah (Mi 6:8). Keadilan ialah buah terang yang harus dikejar oleh manusia Allah. Keadilan juga harus menjadi baju zirah kita untuk melawan roh-roh jahat (Ef 5:9, 6:14; 1 Tim 6:11; 2 Tim 2:22).

Daripada pemahaman tentang Alkitab, kita juga benar-benar memahami bahawa gereja Tuhan memiliki kuasa penghakiman rohani (Mat 16:18-19). Tuhan telah menentukan hak-hak Kerajaan bagi kita, kita akan makan dan minum semeja dengan Tuhan di dalam Kerajaan Tuhan dan kita akan duduk di atas takhta untuk menghakimi “kedua belas suku Israel” (Luk 22:30). Kita juga akan menghakimi dunia dan malaikat-malaikat (1 Kor 6:1-3). Walau bagaimanapun, ketika kita menjalankan “penghakiman”, kita harus bertindak dengan adil berdasarkan kasih (Mat 18:15-28; 1 ​​Tes 5:14; 2 Tes 3:14). Jangan menghakimi dan menghukum orang sesuka hati dengan memfitnah dan menghakimi mereka (Yak 4:11-12).

 

  1. Merupakan anak-anak Tuhan dengan identiti yang terhormat

Sungguh ajaib kasih karunia pemilihan Tuhan. Mula-mula, Dia memilih umat Israel untuk menjadi kerajaan imam dan bangsa yang kudus, dan menyebut mereka sebagai anak-anak Yang Mahatinggi (Kel 19:5-6; Mzm 82:6). Kini, melalui penyelamatan dan penebusan darah Yesus Kristus, kerajaan rohani ini telah diperluas dan benar-benar digenapi dalam persekutuan gereja sejati yang dipanggil (1 Ptr 2:9; Why 1:5-6, 5:9-10). Kerana iman di dalam Kristus, kita benar-benar menjadi keturunan Abraham yang rohani, anak-anak perjanjian, anak-anak Tuhan, dan diberikan kuasa rohani (Rm 9:6-8; Gal 3:26-29; Yoh 1:12). Dia juga memberikan Roh Kudus untuk diam di dalam hati kita dan bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahawa kitalah anak-anak Tuhan, sehingga kita dapat benar-benar mengenal Bapa dan berseru: “ya Abba, ya Bapa” daripada hati (Rm 8:15-17; Gal 4:5-7).

Sungguh terhormat identiti kita. Oleh yang demikian, kita harus memiliki gambaran anak-anak Tuhan, iaitu gambaran Tuhan di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4:24). Pada masa yang sama, kita juga harus menjadi orang yang membawa damai, menjadi utusan kasih antara manusia, dan menjadi utusan Injil antara Tuhan dengan manusia (Mat 5:9; 2 Kor 5:18).

 

B. Meneladani perbuatan Tuhan yang baik

Semasa menghadapi tuduhan dan provokasi orang Yahudi yang kejam, Tuhan tetap tahan sabar dan lebih daripada orang-orang yang menang. Dia dengan tegas membuktikan bahawa Dialah “Anak Tuhan” melalui kata-kata dan perbuatan-Nya. Kemudian, Dia menyatakan bahawa Dia benar-benar “Anak Tuhan” dengan kuasa “kebangkitan-Nya dari antara orang mati” (Rm 1:4). Kata-kata Tuhan Yesus yang membuktikan diri-Nya sebagai “Anak Tuhan” turut membolehkan kita yang juga sebagai anak-anak Tuhan menyedari perkerjaan-pekerjaan yang harus dilakukan agar dipandang layak oleh Tuhan (Yoh 10:36-38).

  1. Harus menjalani kehidupan yang dikuduskan

“Kudus bagi TUHAN” merupakan konsep yang sangat penting dalam Perjanjian Lama dan juga merupakan semangat piawaian hukum Taurat. Tuhan itu kudus. Maka semua yang diberikan kepada Tuhan haruslah kudus. Pelbagai ritual ibadah dan persembahan korban juga harus bertepatan dengan sistem kekudusan agar dapat sampai di hadapan Tuhan dan berkenan kepada-Nya. Oleh sebab umat Israel dipilih oleh Tuhan daripada antara bangsa-bangsa, maka Tuhan secara alami menghabiskan banyak usaha dalam membentuk dan melatih mereka dengan Perjanjian Sinai dan latihan padang gurun sebelum mereka memasuki Kanaan untuk menerima negeri yang dijanjikan supaya mereka dapat menjadi barisan tentera milik Tuhan. Walaupun telah memasuki Perjanjian Baru hingga hari ini, namun kehendak kudus dan permintaan rohani Tuhan terhadap umat pilihan moden tidak pernah berkurang. Kesejagatan Alkitab dan pernyataan pekerjaan Roh Kudus menjadikan harapan Tuhan terhadap kita semakin mendalam.

Dalam menghadapi zaman yang penuh dengan dosa kejahatan dan roh-roh jahat, walaupun Tuhan menyerahkan manusia kepada hawa nafsu yang memalukan, menyerahkan mereka kepada fikiran-fikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas (Rm 1:26-32), namun Tuhan akhirnya akan membalas setiap orang menurut perbuatannya (iman kepercayaan) (Rm 2:6-11). Dalam doa Tuhan kepada Bapa, Tuhan tidak meminta supaya Tuhan mengambil kita dari dunia, tetapi supaya kita bukan dari dunia, dan supaya Tuhan melindungi kita daripada yang jahat dan menguduskan kita dalam kebenaran (Yoh 17:15-19). Kita yang dibaptis dalam Kristus telah mengenakan Kristus dan mempunyai identiti yang dikuduskan. Kita tidak lagi boleh mati kerana pelanggaran-pelanggaran dan dosa-dosa, mengikuti jalan dunia ini, mentaati penyesatan roh jahat dan hidup di dalam hawa nafsu daging (Gal 3:27; Ef 2:1-3). Kita harus menjalani kehidupan yang dikuduskan. Hal ini kerana kita merupakan bait dari Tuhan yang hidup. Masakan berhala dan penyembahan berhala boleh wujud di dalam bait Tuhan! Janganlah kita merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Keluarlah daripada antara mereka, janganlah menjamah benda yang najis. Dengan demikian, kita akan diterima oleh Tuhan dan benar-benar menjadi anak-anak Tuhan yang tidak bercela (2 Kor 6:14-18).

Untuk menjalani kehidupan yang dikuduskan, seseorang harus bersandarkan Roh Kudus untuk berlawan dengan keinginan tanpa henti, sepenuhnya mematikan segala sesuatu yang duniawi dalam diri, membuang semua perbuatan jahat dan kata-kata kotor, menanggalkan manusia lama serta kelakuannya, mengenakan manusia baharu, dan terus-menerus diperbaharui untuk memperoleh pengetahuan yang benar menurut gambar Khalik (Gal 5:16-25; Kol 3:5-10).

 

  1. Bersedia untuk diutus bagi menyelesaikan kerja Tuhan

Tuhan Yesus diutus ke dunia untuk menyelesaikan kehendak Tuhan Bapa yang baik. Ajaran yang dibicarakan oleh-Nya ialah ajaran Bapa, dan piawaian tindakan-Nya adalah bahawa Dia harus berada di dalam rumah Bapa, dan Dia juga tahu untuk mentaati waktu Tuhan (Yoh 7:6,16, 10:37; Luk 2:49). Kita harus meneladani Yesus. Dia melakukan segala sesuatu seperti yang diperintahkan Bapa kepada-Nya. Dia mempunyai tekad kebenaran, berlari ke arah jalan pengorbanan kayu salib, dan menanggung cawan (hukuman dosa) untuk dunia (Yoh 14:30-31).

Sebagai anak-anak Tuhan, dapatkah kita mengetahui amanat dan kepercayaan Tuhan kepada kita? Adakah kita mendengar panggilan Tuhan? “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Karena itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.” (Mat 9:37); “Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai.” (Yoh 4:35). Semoga kita dapat menyahut panggilan Tuhan dengan kadar yang segera seperti Yesaya: “Ini aku, utuslah aku!” (Yes 6:8). Semoga kita juga mempunyai gerakan panggilan seperti Paulus: “Tuhan, apakah yang harus kuperbuat?” (Kis 22:10). Semoga kita juga seperti nabi Elisa: “Biarlah kiranya aku mendapat dua bagian dari rohmu.” Dia mewarisi panggilan gurunya, nabi Elia dengan keberanian yang tiada tandingannya, dan bersedia memikul lebih banyak tanggungjawab (2 Raj 2:9). Semoga kita juga dapat berkata seperti Tuhan: “Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya.” (Yoh 4:34). Amen!

 

  1. Membuktikan firman yang dipercayai dengan perbuatan

Ketika orang banyak menilai dan memfitnah Yesus dengan piawaian yang keras, senjata yang paling kuat untuk melawan adalah dengan melakukan banyak perbuatan baik dengan kuasa Bapa untuk membuktikan bahawa “Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa”. Tindakan ini membuatkan orang banyak itu kehilangan kata-kata sehingga mereka terpaksa menggunakan kekerasan dan kebencian. Ya, cara terbaik untuk mengalahkan dosa rekaan dan tuduhan yang tidak masuk akal adalah dengan membiarkan kebenaran bercakap sendiri. Seperti yang didorong oleh Alkitab: “Dan siapakah yang akan berbuat jahat terhadap kamu, jika kamu rajin berbuat baik? Tetapi sekalipun kamu harus menderita juga karena kebenaran, kamu akan berbahagia. Sebab itu janganlah kamu takuti apa yang mereka takuti dan janganlah gentar,… dan dengan hati nurani yang murni, supaya mereka, yang memfitnah kamu karena hidupmu yang saleh dalam Kristus, menjadi malu karena fitnahan mereka itu. Apabila mereka memfitnah kamu sebagai orang durjana, mereka dapat melihatnya dari perbuatan-perbuatanmu yang baik dan memuliakan Allah pada hari Ia melawat mereka.” (1 Ptr 3:13-14,16, 2:12).

Iman tanpa perbuatan-perbuatan adalah mati. Iman ini juga tidak dapat menyelamatkannya. Abraham dan Rahab dibenarkan oleh Tuhan kerana “perbuatan iman”. Abraham bahkan disebut “Sahabat Allah” (Yak 2:14-26). “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu,… itu bukan hasil pekerjaanmu… karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.” (Ef 2:8-10). Melakukan pekerjaan baik hanyalah tugas kita. Oleh itu, seseorang yang dibenarkan kerana iman harus menggunakan perbuatan daripada pekerjaan yang baik untuk berjalan seiring dengan iman. Kita harus sungguh-sungguh berusaha melakukan pekerjaan yang baik. Itulah yag baik dan berguna bagi manusia. Tindakan ini juga dapat memenuhi keperluan hidup yang pokok dan menghasilkan buah yang banyak (Tit 3:8,14).

Pemenuhan hukum Taurat yang lengkap bermaksud mendengar, mempercayai dan kemudian melakukan firman dan seseorang akan berbahagia oleh perbuatannya (Yak 1:22-25). Apabila kita hidup menurut jalan yang ditunjukkan oleh Tuhan dan melakukan tugas yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, maka kita akan memerintah rumah Tuhan dan mengurus pelataran Tuhan. Tuhan akan mengizinkan kita masuk ke antara malaikat, dan doa kita akan didengarkan-Nya tanpa halangan (Za 3:1-7).

 

KESIMPULAN

Konsep “kita ialah tuhan” dalam agama Kristian pastinya bukan seperti pemikiran “semua orang boleh menjadi Buddha” yang dikatakan oleh umat Buddha. Pemikiran umat Buddha ini merujuk kepada usaha untuk menjadikan dirinya “tuhan” berdasarkan tingkah laku dan amalan sendiri. Konsep ini juga bukan konsep yang ditekankan berulang kali oleh Gerakan Era Baru (New Age Movement) iaitu bahawa semuanya terletak pada diri sendiri. Sekiranya seseorang dapat mengembangkan potensi dalamannya, “dialah tuhan” tanpa perlu memintanya. Sebaliknya, Konsep “kita ialah tuhan” bermaksud belajar untuk menjadi seperti Tuhan, mencerminkan Tuhan, memiliki kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya, dan menjalani kehidupan Kristus. Seperti yang tercatat dalam Alkitab, apabila hati kita berbalik kepada Tuhan, maka Roh Tuhan akan datang kepada kita supaya kita dimerdekakan. Kita juga dapat mencerminkan kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak berselubung. Maka kita diubah menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam kemuliaan yang semakin besar (2 Kor 3:16-18).

Walaupun kita berada di dunia, janganlah fikiran kita semata-mata tertuju kepada perkara duniawi. Janganlah kemuliaan kita ialah aib kita, dan janganlah Tuhan kita ialah perut kita (Flp 3:19). Janganlah hanya mengejar hormat / pujian manusia dan cuba menjadi “berhala” yang disembah oleh semua orang (Yoh 5:43-44; 1 Tes 2:6). Sekiranya hal ini berlaku, bukankah kita benar-benar menjadi “tuhan palsu” / “berhala”?

AMALAN KASIH

AMALAN KASIH

 

“Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran.” (1 Yoh 3:18).

Tuhan Yesus memberikan perintah baharu kepada kita: saling mengasihi. Sama seperti Dia telah mengasihi kita, demikian pula kita harus saling mengasihi. Oleh itu, amalan kasih adalah didasarkan pada kasih Kristus sebagai pendorong, piawaian dan model.

 

MENGATASI HALANGAN KASIH

Antonim bagi kasih bukanlah benci, tetapi sikap dingin / tidak peduli. Benci melibatkan emosi, dan sempadan antara benci dengan kasih hanyalah satu garis halus. Daripada kasih kepada benci, daripada benci kepada kasih, semua dalam satu pemikiran. Walau bagaimanapun, sikap dingin / tidak peduli adalah seperti hati yang mati yang menyebabkan manusia seolah-olah terjatuh ke laut dalam. Oleh itu, dalam amalan kasih, sikap dingin / tidak peduli harus terlebih dahulu dihangatkan dengan api sehingga berkobar. Apabila melihat seseorang terluka dan mengalirkan darah, hati kamu akan berasa sakit. Demikianlah permulaan kasih. Kembalikan perasaan itu terlebih dahulu.

Ketakutan menyebabkan manusia mengunci kasih. Kita berasa takut bahawa orang lain tidak menyukai kita kerana kelayakan kita tidak baik, penampilan, latar belakang keluarga, pendidikan, dan kemampuan kita tidak setanding. Jadi kita berasa takut dan tidak mempunyai kasih. Sebenarnya, kelayakan luaran akan berubah. Perkara yang paling penting adalah bahawa perwatakan dalaman merupakan sifat yang disukai oleh orang lain untuk jangka masa yang panjang. Kita juga berasa takut bahawa orang lain akan menyukai kita kerana kita mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi. Lalat yang melekat pada madu memang menjengkelkan. Kita juga berasa takut untuk menyukai orang lain kerana dia tidak semestinya menerima kasih kita dan menyebabkan kita hilang muka. Sekiranya hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan terputus, orang yang ditinggalkan biasanya akan berasa sangat sedih. Pada hakikatnya, orang yang seharusnya berasa tidak senang dan bersedih ialah orang yang mencadangkan perpisahan. Hal ini kerana dia telah mengalami kerugian yang lebih besar. Saya hanya kehilangan seseorang yang tidak lagi mencintai saya sementara dia pula telah kehilangan teman yang mencintainya hingga akhir.

Kita tidak dapat memperoleh sukacita sejati hanya dengan mementingkan ego sendiri. Secara lahiriahnya, nampaknya kita memperoleh banyak, tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek. Relatifnya, harga yang harus dikorbankan juga tinggi. Keuntungan dan kerugian sukar untuk ditentukan dengan mudah. Sikap mementingkan diri menimbulkan perasaan jijik orang lain sehingga mereka menjaga jarak dengan kita. Pencapaian yang tidak dikongsi dengan orang lain hanyalah keseronokan (pleasure). Sebaliknya, kasih adalah tentang memberi, berkorban, dan mempersembahkan. Secara lahiriahnya, seseorang itu mengalami kerugian atau berkurangan. Namun hakikatnya, dia mendapat lebih banyak persahabatan. Proses memberi adalah sejenis kebahagiaan (happiness).

 

TUHAN ITU KASIH

Mengenali Tuhan bermaksud mengenali kasih. Ketika Tuhan menciptakan umat manusia pada awalnya, Dia mencipta menurut gambar-Nya. Idea paling awal Tuhan adalah untuk memanjangkan kasih-Nya.

Ketika Michelangelo ditanya tentang cara mengukir sesebuah karya, dia menjawab bahawa patung batu itu sudah ada di dalam batu marmar. Tuhan sendiri telah menciptakan Daud, Musa, dan lain-lain. Tindakan Michelangelo hanyalah membuang lapisan marmar tambahan yang membungkusi karya Tuhan.

Kita tidak perlu mencari kasih sejati di luar. Kasih ada di dalam Kristus dan di dalam hati kita. Biarlah Roh Kudus membuang lapisan-lapisan penghalang yang mengelilingi diri kita yang sebenarnya sama seperti batu marmar yang mengelilingi patung Michelangelo yang sempurna.

Kita adalah seperti gandar pada roda, semuanya terpancar daripada satu pusat. Jika melihat kita dari kedudukan di tepi roda, kita nampaknya adalah sangat terpisah dan saling tidak berkaitan. Tetapi jika melihat kita dari titik permulaan pusat, maka kita adalah satu tubuh. Sekiranya menyelami hati anda dan hati saya, anda akan melihat gambaran yang sama: di lubuk hati masing-masing, diri kita yang sebenarnya ialah kasih. Kasih menjadikan kita komuniti umat manusia.

Kita merupakan zarah cahaya matahari yang dipancarkan oleh matahari dan alunan gelombang yang dipacukan oleh laut. Kita tidak dapat terpisah antara satu sama lain. Kita semua adalah sebahagian daripada lautan kasih yang luas, tetapi tubuh daging yang terbatas telah memisahkan kita. Dalam komunikasi kasih, kita menjadi satu tubuh semula. Suami dan isteri merupakan pengalaman yang paling spesifik dan langsung. Mari kita merasainya bermula daripada hubungan kasih ini. Ternyata kita berada di dalam Tuhan, dan Tuhan di dalam kita.

Seperti yang dikatakan oleh Augustine, berat badan saya ialah kasih saya (my weight is my love).

BAPTISAN ROH KUDUS

BAPTISAN ROH KUDUS

 

Tuhan yang benar di syurga yang kita layani ialah Tuhan yang bersedia untuk diam bersama-sama dengan manusia (rujuk: Why 21:3). Oleh itu, sejak zaman Perjanjian Lama, Dia menunjukkan bahawa Dia berjalan di tengah-tengah umat pilihan Israel melalui pelbagai jenis perbuatan-Nya dan pesanan yang diberitakan oleh para nabi (rujuk: Yeh 43:7). Dia berkata melalui nubuat nabi: “Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan. Juga ke atas hamba-hambamu laki-laki dan perempuan akan Kucurahkan Roh-Ku pada hari-hari itu.” (Yl 2:28-29). Ketika Tuhan Yesus dilahirkan ke dunia, Dia membawa kebenaran dan kasih karunia Tuhan yang berkelimpahan (Yoh 1:14). Dia memberitakan Injil keselamatan Tuhan dan berulang kali berjanji bahawa Dia akan memberikan Roh-Nya kepada semua murid yang bersedia untuk mempercayai-Nya dan memanggil-Nya. Setelah bangkit daripada antara orang mati, Dia hidup bersama-sama dengan murid-murid-Nya dan mengajar mereka serta berjanji sekali lagi. Sebelum terangkat ke syurga, Dia menyuruh murid-murid untuk menantikan Roh Kudus yang dijanjikan oleh Tuhan. Dia berkata: “Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus tuurn ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi.” (Kis 1:4,8). Sebagai menuruti perintah Tuhan, para rasul dan semua murid berdoa dengan bertekun dan sehati. Semasa hari Pentakosta menjelang, mereka pun menerima Roh Kudus daripada Tuhan (Kis 2:1-4) dan mula memberikan kesaksian dengan berani: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu, maka kamu akan menerima karunia Roh Kudus. Sebab bagi kamulah janji itu dan bagi anak-anakmu dan bagi orang yang masih jauh, yaitu sebanyak yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita.” (Kis 2:38-39). Oleh itu, hari ini, mereka yang dapat menerima Sakramen Pembaptisan yang sesuai dengan Alkitab secara rendah hati dan yang berdoa dengan penuh perhatian sesuai dengan perintah Tuhan (Luk 11:13) juga dapat menerima pengalaman yang sama seperti para rasul: yang pertama ialah berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, iaitu suara lidah yang bergulung; dan yang kedua ialah tubuh badan bergoyang (rujuk: Kis 2:4, 4:31, 10:44-47), iaitu Roh Kudus Tuhan diam di dalam tubuh badan, yang bermaksud telah menerima pembaptisan Roh Kudus (rujuk: Kis 1:5). Mengapa Tuhan memberikan janji yang begitu berharga kepada kita? Hal ini adalah kerana Roh Kudus akan memberikan pelbagai kesan dan meterai kepada manusia supaya mereka yang percaya kepada Tuhan dapat membangun iman kepercayaan yang benar-benar teguh. Sekarang, marilah kita merenungkan pembangunan-pembangunan Roh Kudus kepada kita.

 

MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN TUHAN

Tuhan itu Roh. Manusia tidak dapat melihat-Nya dengan mata kasar menurut kehendak mereka sendiri. Oleh itu, banyak orang tidak mengenal Tuhan dan menyembah-Nya. Tetapi seperti yang dicatatkan dalam Alkitab, Tuhan yang benar di syurga ini “bukan tidak menyatakan diri-Nya dengan berbagai-bagai kebajikan, yaitu dengan menurunkan hujan dari langit dan dengan memberikan musim-musim subur bagi kamu. Ia memuaskan hatimu dengan makanan dan kegembiraan.” (Kis 14:17). Sekiranya seseorang berfikir dengan rendah hati, dia juga dapat mengetahui bahawa pasti ada satu Tuhan yang wujud melalui pelbagai reaksi sifat manusia (rujuk: Rm 1:18-20). Dia juga mempunyai rancangan yang terperinci. Dia sendiri datang ke dunia dan membuktikan Injil Kerajaan Syurga yang diberitakan-Nya dengan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat. Dia juga berjanji akan memberikan Roh-Nya agar manusia benar-benar mengenal dan menyembah-Nya. Oleh itu, kedatangan Roh Kudus adalah untuk mengesahkan Injil Tuhan (Ef 1:13). Roh Kudus juga membuktikan bahawa Tuhan Yesuslah Juruselamat yang dinubuatkan oleh para nabi dan Tuhan yang benar di syurga. Kerajaan Syurga yang dijanjikan-Nya juga nyata, bukan sekadar angan-angan atau fantasi yang sia-sia. Alkitab mencatatkan: “Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita” (Ef 1:14). Roh Kudus meyakinkan kita dan dapat membuktikan Kerajaan Syurga — bagian hidup kekal. Ketika Roh Kudus dicurahkan kepada para murid untuk julung kalinya pada hari Pentakosta, rasul Petrus memetik nubuat nabi, bukan hanya untuk menjelaskan pemenuhan janji Tuhan yang benar (Kis 2:16), tetapi juga untuk membuktikan bahawa Tuhan Yesuslah Tuhan yang benar di syurga. Melalui kebangkitan Tuhan Yesus dan Dia terangkat ke syurga, maka Dia “menerima Roh Kudus yang dijanjikan itu, maka dicurahkan-Nya apa yang kamu lihat dan dengar di sini” (Kis 2:33). Hari ini, kita juga dapat benar-benar mengetahui bahawa Tuhan Yesuslah Tuhan yang benar kerana kita menerima Roh Kudus.

 

MENYATAKAN BAHAWA KITA IALAH ANAK-ANAK TUHAN

“Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kudus, ia bukan milik Kristus.” (Rm 8:9). Oleh itu, Tuhan memberikan Roh Kudus kepada manusia supaya “Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah” (Rm 8:16). Tuhan yang benar di syurga diam di dalam kita, dan kita juga diam di dalam Tuhan yang benar (rujuk: 1 Yoh 3:24). Menjadi anak-anak Tuhan merupakan identiti yang amat berharga. Identiti ini menunjukkan bahawa kita tidak lagi hidup di bawah kawalan dosa dan berhutang kepada daging (Rm 8:2.9). Kita dapat menikmati ketenangan jiwa di dalam Tuhan sehingga hati kita dapat bersandar pada bimbingan Roh Kudus untuk mengejar ke arah mengasihi hal-hal baik dan mempertahankan kebenaran. Di samping itu, oleh sebab ialah anak-anak Tuhan, “maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus, yaitu jika kita menderita bersama-sama dengan Dia, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia.” (Rm 8:17). Kita menikmati pengharapan kemuliaan yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, walaupun kita masih hidup di dalam daging dan perlu sibuk dengan keperluan daging, namun sasaran yang kita usahakan bukan lagi dunia kebendaan yang dapat dilihat ini, melainkan upah syurga. Oleh yang demikian, kita dapat hidup dengan lebih berlapang dada, positif, bersukacita, penuh iman dan keberanian serta mempertahankan prinsip iman kepercayaan dalam pelbagai persekitaran.

 

MERUPAKAN PENGHIBURAN DAN KEKUATAN

Tuhan sendiri menjadi manusia dan datang ke dunia. Dia tahu kelemahan dan keperluan manusia (Ibr 4:15). Dia mencurahkan Roh Kudus untuk diam di dalam manusia supaya menjadi pertolongan dan penghiburan terbaik kita. Dalam proses seseorang yang ingin meninggalkan kepercayaan lama yang takhayul dan palsu, dan kembali kepada Tuhan yang benar, dia pasti akan menghadapi banyak halangan dan ujian luaran. Menerima Roh Kudus membolehkan dia memiliki kekuatan untuk menghadapi dan mengatasinya. Seperti yang dikatakan oleh Paulus ketika dia menegaskan pengalaman jemaat di gereja Tesalonika: “Dan kamu telah menjadi penurut kami dan penurut Tuhan; dalam penindasan yang berat kamu telah menerima firman itu dengan sukacita yang dikerjakan oleh Roh Kudus.” (1 Tes 1:6). Ketika seseorang yang berada di tengah-tengah penderitaan jasmani, kesedihan dan kebingungan rohani meminta Roh Kudus, hatinya akan tiba-tiba berasa lapang, menerima dorongan dan penghiburan yang besar daripada Tuhan. Kemudian, dia akan menerima Injil Tuhan dengan senang hati dan bertekad untuk mengikuti Tuhan. Seseorang yang telah percaya kepada Tuhan masih hidup dalam daging. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan: “Aku tidak meminta, supaya Engkau mengambil mereka dari dunia, tetapi supaya Engkau melindungi mereka dari pada yang jahat.” (Yoh 17:15). Nampaknya, jiwa berasa sedih, dan bahkan terjatuh ke dalam keraguan, ketakutan, dan kelemahan kerana pelbagai pukulan sememangnya tidak dapat dielakkan. Pada masa ini, Roh Tuhan menjadi kekuatan dalaman, atau berdoa secara diam-diam (Rm 8:26), atau terbakar seperti api di dalam hati. Semuanya bertujuan untuk melindungi pemercaya agar setiap orang Kristian dapat memperoleh kekuatan baharu, berdiri teguh, dan bekerja keras maju menuju Kerajaan Tuhan.

 

MEMBOLEHKAN MANUSIA MEMAHAMI KEBENARAN

Tuhan berjanji: “Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” (Yoh 16:13). Kita dapat melihat daripada para rasul bahawa walaupun mereka telah hidup bersama dengan Tuhan yang telah bangkit selama empat puluh hari lagi dan mendengar Tuhan berbicara tentang Kerajaan Tuhan (Kis 1:3), namun mereka tetap tidak dapat mengelak daripada memiliki beberapa konsep kebendaan dan dunia. Maka mereka bertanya kepada Tuhan: “Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?” (Kis 1:6). Tuhan segera sekali lagi berpesan kepada mereka untuk menantikan kedatangan Roh Kudus. Setelah Roh Kudus dicurahkan kepada mereka pada hari Pentakosta, mereka bukan saja memperoleh kekuatan dan keberanian, tetapi juga memahami bahawa Kerajaan Tuhan benar-benar rohani, memahami ajaran yang diterima, memetik nubuat nabi, dan menggerakkan hati pendengar dengan Injil Tuhan (Kis 2:14-36). Seperti kesaksian yang sering kita dengar: Seorang teman pencari Injil pada awalnya tidak begitu jelas mengenai Injil Tuhan. Setelah menerima Roh Kudus, dia dapat memahami banyak firman dan jelas tentangnya sehingga dia mempunyai iman untuk menerima anugerah keselamatan Tuhan. Oleh itu, berdasarkan pengalaman kerjanya sendiri, Paulus juga menjelaskan: “Siapa gerangan di antara manusia yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri manusia selain roh manusia sendiri yang ada di dalam dia? Demikian pulalah tidak ada orang yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri Allah selain Roh Allah. Kita tidak menerima roh dunia, tetapi roh yang berasal dari Allah, supaya kita tahu, apa yang dikaruniakan Allah kepada kita. Tetapi manusia rohani menilai segala sesuatu, tetapi ia sendiri tidak dinilai oleh orang lain.” (1 Kor 2:11-12,15). Nampaknya, dengan pertolongan Roh Kudus, kita dapat memahami banyak perbuatan Tuhan yang ajaib yang dicatatkan dalam Alkitab, penuh keyakinan, bahkan menerima dorongan dan pembangunan yang indah daripadanya. Dengan bimbingan Roh Kudus, kita dapat mempunyai perspektif dan pandangan yang tidak sama dengan orang-orang yang belum percaya apabila berhadapan dengan pelbagai persekitaran. Misalnya, setelah melalui pelbagai ujian, Yusuf pada zaman kuno berkata: “Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan” (Kej 50:20). Seperti yang dinyatakan dalam kitab Ayub: “Seketika terang tidak terlihat, karena digelapkan mendung; lalu angin berembus, maka bersihlah cuaca.” (Ayb 37:21). Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.” (Rm 8:28). Oleh itu, kita tidak takut dengan kritikan, serangan, dan ejekan orang lain, dan mempunyai iman untuk mengatasi segala sesuatu. Demikianlah seorang pemercaya yang memahami kebenaran. Melalui gerakan Roh Kudus, kita dapat menyatukan prinsip pengajaran kebenaran dalam membezakan semua hal yang dihadapi dalam kehidupan. Tidak kira hal itu tercatat dalam Alkitab ataupun tidak, kita memiliki hikmat rohani untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Kita bukan saja tidak tergoda dengan ajaran sesat, tetapi kita juga menguasai diri menurut ukuran iman dalam hidup dan berkenan kepada Tuhan dalam segala hal.

 

MEMPERBAHARUI KEROHANIAN MANUSIA

Apabila seseorang menerima pembaptisan darah Tuhan, semua dosanya dihapuskan. Walau bagaimanapun, dia masih hidup dalam realiti dan tubuh daging. Kerohanian memerlukan pertumbuhan yang berterusan. Oleh itu, Tuhan memberikan Roh Kudus kepada kita untuk menolong kita. Alkitab mencatatkan: “pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan karena perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi karena rahmat-Nya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus, yang sudah dilimpahkan-Nya kepada kita oleh Yesus Kristus, Juruselamat kita,” (Tit 3:5-6). Roh Kudus juga mengubah konsep nilai kita supaya kita melihat kebendaan dan dunia dengan jelas, menetapkan semula arah sasaran hidup, memahami konsep Tuhan Yesus lebih mulia daripada segalanya (rujuk: Flp 3:7-8), dan membezakan makna. Sebagai contoh, demi membolehkan iman kepercayaan mendapat pembangunan yang lebih besar dan mempunyai lebih banyak masa untuk melibatkan diri dalam kerja suci, banyak pemercaya lebih suka memilih pekerjaan yang lebih sederhana atau membuat penyesuaian dalam kariernya. Roh Kudus juga memperbaharui atau mengubah tingkah laku, keperibadian, dan kebiasaan kita supaya kita memiliki kekuatan untuk mengatasi kawalan dan pengaruh dosa kejahatan sehingga kita mempunyai prestasi yang lebih baik dari segi fikiran, tingkah laku, dan keperibadian. Sebagai contoh, walaupun rasul Yohanes mendapat banyak ajaran dan bimbingan daripada Tuhan ketika dia mengikuti Tuhan, dia masih memiliki ketidaksempurnaan dalam keperibadiannya sehingga dia dipanggil anak guruh (Mrk 3:17) dan dia suka berkira (rujuk: Luk 9:51-55). Namun setelah menerima Roh Kudus, ditambah dengan lebih banyak pembelajaran, Yohanes menjadi rasul yang memberikan perhatian khusus kepada “kasih” (1 Yoh 4:7-10). Betapa indahnya janji yang kita terima daripada Tuhan ini. Biarlah Roh Kudus memberikan kesan yang lebih besar pada tubuh, memperbaharui kerohanian, dan menghasilkan lebih banyak buah (Gal 5:22-23).

 

MEMBERIKAN PELBAGAI KARUNIA

Tuhan memilih kita supaya kita menjadi warga dalam Kerajaan Tuhan. Secara dalaman, Dia mahu menyelesaikan pembinaan Kerajaan Tuhan dan menyatakan kemuliaan Kerajaan Tuhan. Secara luaran, Dia mahu memberitakan Injil dan memimpin lebih banyak orang untuk mengenal dan menyembah-Nya. Amanat-amanat ini bukan hanya diselesaikan dengan usaha dan hikmat manusia, tetapi lebih memerlukan bimbingan dan pertolongan Tuhan. Oleh itu, Dia telah mencurahkan Roh Kudus supaya manusia menerima pelbagai karunia melalui Roh Kudus. Alkitab mencatatkan: “Tetapi kepada tiap-tiap orang dikaruniakan pernyataan Roh untuk kepentingan bersama. Sebab kepada yang seorang Roh memberikan karunia untuk berkata-kata dengan hikmat, dan kepada yang lain Roh yang sama memberikan karunia berkata-kata dengan pengetahuan… Tetapi semuanya ini dikerjakan oleh Roh yang satu dan yang sama, yang memberikan karunia kepada tiap-tiap orang secara khusus, seperti yang dikehendaki-Nya.” (1 Kor 12:7-11). Oleh itu, kita harus memahami dan menerima karunia Roh Kudus, saling menghormati, tidak saling berkira atau membandingkan, serta mengelakkan perselisihan dan berpuak-puak (rujuk: 1 Kor 3:3-5). Kita juga harus lebih aktif, saling mengiktiraf, dan meminta Tuhan untuk menambah kekuatan kita supaya kita dapat membahagi kerja dan bekerjasama, menggunakan karunia yang diterima dengan sebaiknya, dan bekerja keras untuk membangun Kerajaan Tuhan.

 

BAGAIMANA MENERIMA BAPTISAN ROH KUDUS?

Roh Kudus merupakan janji Tuhan Yesus yang indah dan telah memberikan pembangunan yang besar kepada kita. Maka kita harus secara aktif mengejar Roh Kudus sehingga kita menerimanya dan membangun sebuah iman kepercayaan yang ada bukti, pengalaman, dan jelas. Dengan pertolongan Roh Kudus, kita memelihara iman kepercayaan yang murni sampai pada kesudahannya (rujuk: 2 Tim 1:14). Bagaimana kita dapat menerima baptisan Roh Kudus?

 

A. Menerima sakramen pembaptisan yang sah

Roh Kudus dicurahkan pada hari Pentakosta. Para rasul dengan berani memberikan kesaksian untuk Tuhan sehingga membuatkan hati para pendengar sangat terharu dan merindukan untuk menerima kasih karunia Tuhan. Pada masa ini, jawab Petrus kepada mereka: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu, maka kamu akan menerima karunia Roh Kudus.” (Kis 2:38). Memandangkan Roh Kudus merupakan Roh Tuhan dan janji, maka manusia harus masuk ke dalam Tuhan Yesus untuk menerimanya. Oleh itu, manusia harus menerima pembaptisan menurut cara yang tercatat dalam Alkitab untuk menerima Roh Kudus. Kedua-duanya saling memerlukan. Anugerah keselamatan yang indah dan sempurna ini dijanjikan oleh Tuhan.

 

B. Harus memohon dengan tidak malu

Menerima Roh Kudus merupakan janji Tuhan yang diberikan kepada semua orang yang percaya kepada-Nya, dan juga merupakan satu pengalaman yang pasti (rujuk: Kis 10:44-46). Oleh itu, Tuhan mendorong kita: “Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan… Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepada-Nya.” (Luk 11:10-13). Kita menyatakan fikiran kerinduan dan meneguhkan fikiran mahu mendekati Tuhan melalui sikap yang tidak malu. Ketika memohon Roh Kudus, kita dapat membuatkan diri kita memiliki pengalaman yang lebih jelas, dan kita tahu bahawa kita harus mengasihi dan menghargai karunia Tuhan. Oleh itu, kita tidak jemu-jemu mempertahankan janji Tuhan. Kita memohon dengan berani supaya Dia memberikan Roh Kudus kepada kita dan menguatkan iman kepercayaan kita.

 

C. Memohon kepenuhan roh kudus

Roh Kudus ialah bukti yang diberikan oleh Tuhan dan merupakan kekuatan yang menolong kita. Oleh itu, kita bukan hanya sekadar menerima Roh Kudus sebagai bukti. Kita harus membiarkan Roh Kudus bekerja di dalam kita. Alkitab mencatatkan: “hendaklah kamu penuh dengan Roh” (Ef 5:18). Kita  harus “berdoa setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jaga di dalam doa itu dengan permohonan yang tak putus-putus” (Ef 6:18). Kita memohon kepenuhan Roh Kudus agar kita sentiasa berada di dalam ajaran kebenaran dan kerohanian kita bertumbuh besar secara berterusan sehingga kita dapat memilih yang baik, supaya kita suci dan tak bercacat menjelang hari Kristus (Flp 1:10).

 

KESIMPULAN

Kasih karunia menerima Roh Kudus dan mengalami gerakan, penghiburan, bimbingan, dan lain-lain daripada Roh Kudus merupakan pendorong pertumbuhan bagi orang-orang yang melayani Tuhan. Roh Kudus haruslah dirindukan dan diusahakan.

CARA MELAKUKAN KERJA SUSULAN PERSEKUTUAN

CARA MELAKUKAN KERJA SUSULAN PERSEKUTUAN

 

Menabur benih hanyalah permulaan dalam seluruh kerja penginjilan. Faktor yang benar-benar membuatkan seseorang pencari Injil bertekad untuk menjadi murid Tuhan adalah sama ada kerja susulan dan kepimpinan dilakukan dengan baik. Kerja susulan merupakan kerja yang paling memerlukan kesabaran, kasih dan iman. Sekiranya kerja susulan dapat dilakukan dengan baik, bukan sahaja jumlah pencari Injil akan bertambah, tetapi jumlah orang yang baru dibaptis dalam persekutuan juga akan meningkat. Dengan demikian, persekutuan akan menjadi kuat dan penuh dengan kehidupan.

 

APA ITU KERJA SUSULAN?

  1. Secara ringkasnya, kerja susulan bermaksud terus membangun kawan pencari Injil sehingga dia bertekad untuk memberi diri dibaptis dan menjadi murid Tuhan.
  2. Memupuk dan melatih orang yang baru dibaptis untuk meneguhkan imannya dan membangun kerohaniannya supaya dia dapat segera memasuki kehidupan gereja dan melayani Tuhan sebagai murid-Nya (Kol 1:28-29; Mat 28:19).

 

APAKAH SYARAT ROHANI YANG HARUS DIMILIKI OLEH PEKERJA YANG MELAKUKAN KERJA SUSULAN?

  1. Menjalinkan hubungan erat dengan Tuhan – Kita tidak dapat melakukannya jika hanya mempelajari kaedah-kaedahnya tanpa kekuatan dari atas.
  2. Sudi mengorbankan hati perjuangan – Sedar bahawa kerja ini memakan masa dan perlu mengorbankan banyak masa.
  3. Mempunyai tingkah laku dan prestasi yang baik – Garam dan terang dunia.
  4. Tumpukan fokus pada beberapa orang pencari Injil atau orang-orang yang baru percaya – Murid-murid Kristus harus kembali kepada kesaksian. Kesaksian yang baik secara semula jadinya akan menarik perhatian lebih banyak orang untuk memasuki kasih karunia Tuhan. Kerja susulan bermaksud membuat penggembalaan secara mendalam dan menyeluruh terhadap beberapa orang pencari Injil atau pemercaya baharu yang menanti untuk dipupuk.
  5. Mengajar dan melatih secara tekun dan berterusan — Sama seperti Tuhan mengajar dua belas orang rasul dan mengutus mereka berdua-dua untuk bekerja. Tuhan mengambil masa selama tiga tahun untuk melatih dua belas orang murid. Kita harus mengikuti teladan Tuhan.
  6. Pemercaya harus giat, mempunyai kasih, dan memiliki semangat pelayanan (Mrk 10:42-45; 1 Kor 9:19). Pengalaman yang diperoleh oleh pencari Injil atau pemercaya baharu dalam persekitaran rohani akan memberikan kesan yang besar pada pertumbuhan rohaninya pada masa hadapan. Persekitaran gereja yang suam-suam kuku atau dingin akan menghalangi pertumbuhan pemercaya baharu. Oleh yang demikian, sebuah gereja yang giat adalah kondusif untuk kerja susulan pemercaya.

 

BUTIRAN PENTING KERJA SUSULAN

A. Kerja susulan peribadi

  1. Mula-mula, kumpulkan maklumat pencari Injil. Kemudian, klasifikasikannya secara terperinci dan mulakan dengan keprihatinan dari segi hidup.
  2. Hadiahkan majalah, kesaksian dan kaset Injil berdasarkan keperluan mereka.
  3. Pemimpin harus berdoa untuk pencari Injil setiap hari, mengajarnya untuk berdoa, belajar bersandar pada Tuhan, dan merasai rahmat Tuhan.
  4. Kongsi pengalaman iman kepercayaan hidup dan tanyakan sebarang pertanyaan kepadanya:
    • Adakah ahli keluarganya akan menghalang?
    • Adakah rakan sebilik dan rakan sekelasnya akan mentertawakannya? Bagaimana dia menghadapinya?
    • Adakah dia mempunyai sebarang pertanyaan?
    • Jika dia tidak yakin, apakah masalah yang menghalanginya untuk menerima Tuhan?
  5. Adakah dia pasti bahawa ada orang yang akan terus memupuknya? Adakah dia mengambil bahagian dalam kebaktian persekutuan atau kebaktian gereja?
  6. Ceritakan kepadanya tentang empat perkara menjadi seorang Kristian: Membaca Alkitab, berdoa, berkebaktian, dan memberitakan kesaksian.
  7. Hadiahkan buku-buku rohani, Alkitab, dan lain-lain kepadanya.
  8. Berdoa dengannya dan meminta dia membuka mulutnya.

 

B. Kerja susulan kumpulan

  1. Galakkan dia untuk menghadiri kebaktian yang sesuai, perkenalkan pemimpin gereja dan rakan-rakan seiman yang seusia dengannya kepadanya.
  2. Undanglah dia jika persekutuan ada menganjurkan kajian Alkitab secara berkumpulan. Galakkan dia untuk mengambil bahagian jika gereja ada menganjurkan kelas pencari Injil.
  3. Setelah memahami kebenaran, dorong dia untuk beriman dan terima baptisan.

 

CARA BERGAUL DENGAN RAKAN PENCARI INJIL

“Hubungan interpersonal yang baik” amat diperlukan untuk melakukan kerja susulan dengan baik. Kita harus bersikap ramah dan ikhlas terhadap orang lain serta bersedia untuk menampung kekurangan orang lain. Janganlah bersikap terlalu serius dan menakutkan sehingga menghasilkan imej yang tidak baik kepada orang lain. Selain sedar tentang amanat pemberitaan Injil, kita juga harus menyedari kepentingan kerja susulan, bersedia untuk digunakan oleh Tuhan, dan yang lebih penting lagi, tersedia bagi Tuhan.

A. Prinsip perbualan kerja susulan

  1. Dari segi sikap:
    • Mesra (senyuman yang tulus dan prihatin, ikhlas dan sabar, tidak berdebat, dan tidak menimbulkan pertengkaran). (Ams 17:17; Ef 2:10; 2 Tim 4:2).
    • Sopan (peramah dan bijaksana, tidak menegur; mendengar dengan penuh perhatian dan tidak melirik ke kanan dan ke kiri; jangan menyiasat kerana rasa ingin tahu).
    • Lemah lembut (doa secara berterusan dalam hati, penuh dengan iman tetapi tidak memaksa pihak yang lain, dan tidak menyimpang daripada topik) (Rm 12:15).
    • Semulajadi (lebih baik sama jantina, hampir seusia, dan satu kepada satu.)
    • Ingatlah kata-kata yang diucapkannya (Yak 1:19).
    • Gunakan masa dengan baik untuk perkara-perkara yang berfaedah (Ams 18:24; Ef 5:15-17).

 

  1. Menggunakan ayat Alkitab:
    • Fokus: Penggunakan ayat Alkitab yang terlalu banyak tidak digalakkan. Pengukuhan penjelasan adalah lebih baik daripada menggunakan banyak ayat suci.
    • Secara semula jadi: Buka Alkitab, letakkan di hadapan pihak yang lain dan memintanya untuk membaca.
    • Gunakan kaedah soalan untuk memahami keadaan mental pihak yang lain. Ajukan soalan berdasarkan ayat suci dan soalannya.

 

KESIMPULAN

Kepercayaan kepada Yesus Kristus bukan disebabkan oleh kebijaksanaan dan kaedah manusia, tetapi oleh kuasa dan gerakan Roh Kudus. Tuhan mempunyai kedaulatan dan pemilihan yang mutlak. Kemahiran dan kaedah bukanlah pil mujarab atau senjata rahsia yang memimpin manusia kepada Tuhan. Namun, doa yang baik dan latihan yang baik dapat memudahkan pekerjaan Roh Kudus. Kerja susulan dalam persekutuan bukan hanya melibatkan pengajaran kebenaran, tetapi juga komunikasi dan perkongsian hidup. Selagi kita melaksanakan kewajipan, mengambil berat tentang mereka yang perlu dijaga, dan memastikan bahawa kerja yang dirancang itu dilaksanakan, Tuhan pasti akan secara peribadi memimpin dan memilih anak-anak domba-Nya melalui pekerjaan baik yang kita lakukan.

“Ia menggembalakan mereka dengan ketulusan hatinya, dan menuntun mereka dengan kecakapan tangannya.” (Mzm 78:72).

ENTITI PERJANJIAN KASIH – KRISTUS

ENTITI PERJANJIAN KASIH – KRISTUS

 

Daripada Perjanjian Lama kepada Perjanjian Baru, perjanjian yang diadakan antara Tuhan dengan manusia telah mengalami perubahan yang besar. Di bawah Perjanjian Baru, hubungan antara Tuhan dengan manusia adalah bahawa Tuhan menuliskan hukum Taurat dalam hati manusia dan menghapus dosa manusia (Yer 31:31-34). Hubungan baharu ini menekankan tanggungjawab dalaman, tanggungjawab peribadi, pengampunan yang lengkap dan pengampunan yang muktamad. Kasih yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru ialah kasih Kristus yang panjang, luas, tinggi, dan dalam (Ef 3:18).

 

PANJANG

Sementara itu sebelum hari raya Paskah mulai, Yesus telah tahu, bahwa saat-Nya sudah tiba untuk beralih dari dunia ini kepada Bapa. Sama seperti Ia senantiasa mengasihi murid-murid-Nya demikianlah sekarang “Ia mengasihi mereka sampai kepada kesudahannya” (Yoh 13:1). Kasih ini ialah kasih yang kekal (Yer 31:3). Masanya panjang, dan untuk selama-lamanya. Persekitaran akan berubah, hati manusia akan berubah, keadaan akan berubah, tetapi kasih Yesus tetap sama dan tidak akan pernah berubah (Ibr 13:8).

Petrus pernah bermegah di hadapan Yesus bahawa dia akan mengikuti Yesus ke mana-mana jua, dan bahkan bersedia untuk masuk penjara dan mati bersama-sama dengan Yesus tanpa penyesalan. Tetapi kemudian, apabila Yesus ditangkap, Petrus telah menyangkal Tuhan sebanyak tiga kali sebelum Dia diadili dan dihukum. Betapa besarnya dosa pengkhianatan ini. Setelah Petrus menyangkal Tuhan, dia melihat pandangan mata Yesus, lalu dia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya. Namun, kasih Yesus tidak berubah. Sebelum itu, Dia telah berdoa untuk Petrus supaya imannya jangan gugur (Luk 22:32). Kemudian, Dia memberikan kuasa Roh Kudus (Kis 1:8) sehingga Petrus tampil dengan berani pada hari Pentakosta untuk memberikan kesaksian.

Paulus sangat terharu dengan pengampunan Yesus. Paulus merupakan orang yang paling giat menganiaya umat Kristian. Ketika Stefanus dibunuh, Paulus juga bersetuju (Kis 8:1). Namun Yesus menampakkan diri kepadanya dan memanggil dia supaya bertaubat. Tuhan juga mengutusnya sebagai rasul kepada orang bukan Yahudi. Seperti yang disebutkan dalam kitab Mazmur: “sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita.” (Mzm 103:12).

 

LUAS

Kasih Yesus melampaui diskriminasi kaum dan agama. Tuhan meminta air minum daripada perempuan Samaria. Perempuan itu berpendapat bahawa orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria, maka mereka tidak boleh berkongsi timba untuk minum air. Kemudian, dia mempersoalkan di manakah tempat ibadah, apakah di gunung Gerizim? Atau di Yerusalem? Perempuan itu mengenali Yesus sebagai Kristus (bahasa Yunani yang bermaksud Yang Diurapi) dan Mesias (bahasa Ibrani, juga bermaksud Yang Diurapi). Banyak orang Samaria telah menjadi percaya kepada Yesus. Oleh itu, sasaran Injil Kristus adalah sangat luas, dan semua umat manusia ialah sasaran Injil. Sama seperti salasilah Yesus yang dicatatkan dalam Injil Lukas yang mengatakan bahawa Adam ialah anak Tuhan (Luk 3:38). Tuhan menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran (1 Tim 2:4).

Amanat Injil yang diterima oleh rasul daripada Tuhan Yesus ialah “jadikanlah semua bangsa murid Tuhan” (Mat 28:19), “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk” (Mrk 16:15), “dalam nama-Nya berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, mulai dari Yerusalem” (Luk 24:47), “menjadi saksi Tuhan di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi” (Kis 1:8).

Yesus bahkan membasuh kaki Yudas Iskariot. Dia tahu bahawa Yudas kerasukan Iblis, dan rancangan untuk mengkhianati Yesus sudah ada dalam hatinya. Yesus masih bertoleransi dengannya. Tanpa kata-kata, tetapi dengan tindakan, Tuhan mahu mendapatkannya dengan harapan untuk mempengaruhinya. Walaupun tidak berjaya, tetapi tindakan itu memberikan dorongan besar kepada kita. Apabila anak yang hilang itu kembali ke pangkal jalan, ayahnya telah menunggu di depan pintu (Luk 15:11-32).

 

TINGGI

Betapa ajaibnya anugerah keselamatan Yesus. Anugerah keselamatan ini adalah di luar hikmat dan pemikiran manusia. Dia bahkan memilih orang biasa yang tidak terpelajar untuk menjadi murid-Nya (Kis 4:13). Tuhan meninggikan mereka yang dipandang rendah oleh orang lain. Para rasul kemudiannya menjadi sokoguru jemaat (Gal 2:9).

Orang Yahudi mematuhi hukum Taurat dan perintah-perintah. Mereka bahkan menambahkan banyak hukum secara lisan dengan nama sebagai pagar untuk melindungi hukum Taurat, tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal hidup mereka. Terdapat 39 perkara yang tidak boleh dilakukan pada hari Sabat. Dari segi pemakanan pula, pinggan makan perlu dibezakan untuk makanan daging dan hasil tenusu. Waktu makan juga dibezakan. Namun Yesus berkata: “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” (Mat 5:17-18). Seperti tingginya langit daripada bumi, demikianlah tingginya jalan Yesus daripada jalan manusia dan rancangan Yesus daripada rancangan manusia (Yes 55:9).

Kebenaran Yesus membolehkan manusia memperoleh kemerdekaan yang sejati, tidak lagi diperhamba oleh dosa, dilepaskan daripada tubuh maut yang lemah (Rm 7:19-24), dan melampaui dua hukum yang berperang dalam hati. “Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.” (Rm 8:37).

 

DALAM

Yesus tahu bahawa kematian Lazarus hanyalah tertidur. Walaupun sudah empat hari Lazarus berada dalam kubur, Yesus tetap mahu membangkitkannya. Ketika Yesus melihat Maria menangis dan juga orang-orang Yahudi yang datang bersama-sama dia, maka menangislah Yesus. Betapa bersungguh-sungguhnya kasih ini (Yoh 11:33-36).

Di kota Nain, Yesus bertemu dengan rombongan pengebumian anak lelaki tunggal kepada janda. Bagaimana janda ini dapat bertahan pada masa hadapan tanpa suami sebagai sandaran, dan kehilangan anak lelaki tunggal pula sebagai harapan? Ketika Yesus melihat janda itu, tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan, lalu Ia berkata kepadanya: “Jangan menangis!” Kemudian, Dia membangkitkan orang mati itu (Luk 7:11-17). Kasih Yesus yang dalam ini tidak menunggu permohonan janda, sebaliknya mengambil inisiatif untuk menunjukkan belas kasihan dan pertolongan.

Ketika bersama dengan murid-murid, Yesus mengalami keterbatasan fizikal. Murid-murid tidak dapat memahami dan menanggung banyak hal kerana halangan dalam gambaran Anak Manusia – hamba. Walau bagaimanapun, Yesus berjanji akan memberikan Roh Kudus kepada mereka. Roh Kebenaran akan memimpin murid-murid ke dalam seluruh kebenaran (Yoh 16:12-13).

Roh hikmat dan wahyu akan mencurahkan kasih Kristus ke dalam hati kita dan menjadikan mata hati kita terang agar kita mengenal anugerah keselamatan Kristus dengan benar (Ef 1:17-18). Karena waktu kita masih lemah, Kristus telah mati untuk kita orang-orang durhaka pada waktu yang ditentukan oleh Allah. Sebab tidak mudah seorang mau mati untuk orang yang benar – tetapi mungkin untuk orang yang baik ada orang yang berani mati -. Akan tetapi Allah menunjukkan kashi-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa (Rm 5:5-8).

Perjanjian kasih Kristus adalah melampaui segala pengetahuan, dan dapat melakukan jauh lebih banyak daripada yang kita doakan atau fikirkan (Ef 3:19-20). Setelah menerimanya, kita harus mengikuti perintah baharu Yesus: Saling mengasihi. Sama seperti Kristus telah mengasihi kita, demikian pula kita harus saling mengasihi.

KEHIDUPAN ALA INJIL

KEHIDUPAN ALA INJIL

 

Apakah prinsip kehidupan tertinggi Paulus? “Sungguhpun aku bebas terhadap semua orang, aku menjadikan diriku hamba dari semua orang, supaya aku boleh memenangkan sebanyak mungkin orang. Bagi orang-orang yang lemah aku menjadi seperti orang yang lemah, supaya aku dapat menyelamatkan mereka yang lemah. Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya, supaya aku sedapat mungkin memenangkan beberapa orang dari antara mereka. Segala sesuatu ini aku lakukan karena Injil, supaya aku mendapat bagian dalamnya.” (1 Kor 9:19,22-23). Kita boleh mengesahkan bahawa kehidupan Paulus ialah “kehidupan ala Injil”. Paulus bukan hanya menjadikan Injil sebagai matlamat hidupnya, tetapi juga mendorong bahawa cara kehidupan kita haruslah mengikuti teladannya. “Sebab itu aku menasihatkan kamu: turutilah teladanku!” (1 Kor 4:16). “Jadilah pengikutku,” (1 Kor 11:1). “Saudara-saudara, ikutilah teladanku.” (Flp 3:17). Selain mengagumi kesetiaan Paulus, tiga kali pesanan tulus yang berturut-turut ini juga membuatkan kita berfikir tentang kepentingan kehidupan ala Injil.

 

  1. Apakah perbezaan antara “orang hidup” dengan “orang mati”? Penampilannya sama, kecuali bahawa organ tubuh orang hidup mempunyai pelbagai reaksi yang dapat menjalankan fungsinya, manakala orang mati pula tidak. Perbezaannya terletak pada “nafas hidup dalam hidung” – roh jiwa (Kej 2:7). Tubuh hanyalah tempat tinggal sementara bagi roh Setelah roh meninggalkan tubuh, manusia tidak lagi mempunyai “nyawa”. Semua orang takut pada mayat sehingga mereka mahu mengelak daripadanya walaupun tidak terdaya. Mayat bahkan tidak setanding dengan babi mati! (Hal ini kerana masih ada orang yang menginginkan babi mati, tetapi orang mati pula…). Nampaknya, penghormatan manusia terletak pada “roh jiwa”. Alkitab mencatatkan: “Tetapi dengan segala kegemilangannya manusia tidak dapat bertahan, ia boleh disamakan dengan hewan yang dibinasakan. Manusia, yang dengan segala kegemilangannya tidak mempunyai pengertian, boleh disamakan dengan hewan yang dibinasakan.” (Mzm 49:13,21). Dalam kegemilangan kehidupan daging, sekiranya tidak menyedari bahawa “roh jiwa” merupakan satu-satunya “keabadian” yang dapat diselamatkan, maka kehidupan itu tidak dapat bertahan tidak kira betapa terhormat dan mulianya kehidupan itu, iaitu hanya sepintas lalu sahaja. “Sebab pada waktu matinya semuanya itu tidak akan dibawanya serta, kemuliaannya tidak akan turun mengikuti dia… namun ia akan sampai kepada angkatan nenek moyangnya, yang tidak akan melihat terang untuk seterusnya.” (Mzm 49:18,20). “Tetapi Allah akan membebaskan nyawaku dari cengkeraman dunia orang mati, sebab Ia akan menarik aku.” (Mzm 49:16). Injil keselamatan Tuhan ialah perbandingan antara kemurahan / keindahan yang singkat dengan kenyataan yang tetap untuk selama-lamanya (1 Ptr 1:24-25). Oleh yang demikian, kehidupan ala Injil merupakan jaminan keselamatan roh jiwa.

 

  1. Manusia diciptakan oleh Tuhan menurut gambar-Nya (Kej 1:26-27). Gambar Tuhan ialah mengasihi kebenaran, mentaati kebenaran, adil, pengasih, penyayang, dan menjauhi pelbagai jenis kotoran (Ef 4:24). Kebaikan dan sentimen mulia dalaman sifat manusia perlu dinyatakan melalui tingkah laku kehidupan luaran. Tuhan Yesus berkata: “Dalam hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan, yaitu jika kamu berbuah banyak dan dengan demikian kamu adalah murid-murid-Ku.” (Yoh 15:8). Malangnya, nenek moyang pertama umat manusia ─ Adam dan Hawa melanggar perintah Tuhan dengan berbuat dosa. Sejak itu, dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang (Rm 5:12). Dalam sifat hati manusia yang pada asalnya baik, adanya kekuatan jahat yang bersifat dosa sehingga yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya (Kej 8:21). Dalam proses tumbesaran, manusia bukan saja tidak dapat menyatakan gambaran kemuliaan Tuhan, tetapi gambaran Iblis dapat dilihat di mana-mana sahaja — kebinasaan keinginan-keinginan, membunuh, berkata dusta, dan tidak menyukai kekudusan kebenaran (Yoh 8:44). Akibatnya, mereka kehilangan hati nurani dan hati nurani moral (perbezaan terbesar antara manusia dengan binatang) yang hanya diberikan kepada manusia ketika Tuhan pertama kali menciptakan manusia. Sebab itu, adanya gelaran-gelaran seperti “sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira”, “syaitan bertopengkan manusia”, “binatang” … dan lain-lain lagi. Gelaran-gelaran ini digunakan secara tepat untuk menggambarkan orang yang melakukan perkara jahat dan tidak lagi mempunyai roh Tuhan yang baik.

“Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya,” (Rm 1:16). Sejak dahulu kala, barangsiapa yang mempunyai rasa moral dapat merasakan kesakitan yang dibawa oleh peperangan antara hukum hati nurani dengan hukum dosa dalam hati batiniah mereka. Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?” (Rm 7:18-24). “Syukur kepada Allah! oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.” (Rm 7:25). Tujuan seseorang mendengar dan mempercayai Injil adalah untuk mengenakan “manusia baharu” melalui Injil – kekuatan Tuhan. Manusia baharu ini terus-menerus diperbaharui untuk memperoleh pengetahuan yang benar menurut gambar Khaliknya (Kol 3:10). Oleh yang demikian, makna utama kehidupan orang Kristian yang dipilih oleh Tuhan yang benar di syurga adalah untuk memuliakan Tuhan, mengembalikan rupa kebaikan Tuhan, dan mendapatkan kembali penghormatan manusia (Yes 43:7). Oleh itu, “kehidupan ala Injil” merupakan satu-satunya cara untuk menunjukkan hidup dengan rupa kebaikan Tuhan!

 

  1. “Kepercayaan ala kehidupan”, “kehidupan ala kepercayaan”, “kehidupan ala Injil”, dan “Injil ala kehidupan”, semuanya mempunyai perbezaan dan persamaan. Apa itu “kepercayaan”? Penjelasan retoriknya ialah “ketaatan manusia yang sesungguhnya terhadap agama dan menjadikannya sebagai garis panduan dalam kehidupan dan tindakan”. Nampaknya, dalam teori teologi pemikiran keagamaan, kita harus mempelajarinya dengan teliti dan menjadikannya sebagai dasar garis panduan kehidupan melalui kekuatan ilham yang diberikan oleh Tuhan supaya agama meresap ke dalam semua aspek kehidupan dan menunjukkan kekayaan kehidupan. Demikianlah kepercayaan ala kehidupan. Gereja menggunakan istilah “penyempurnaan rohani” untuk men

Cara penyempurnaan rohani tidak lebih daripada membaca Alkitab, berdoa, di samping menyatakan keperibadian dan pemupukan diri batiniah melalui tingkah laku dan reaksi terhadap orang, peristiwa dan perkara yang dapat dilihat secara luaran. Corak kehidupan yang dinyatakan oleh kekuatan kepercayaan dan kebenaran agama ialah isi kandungan Injil. “Hanya, hendaklah hidupmu berpadanan dengan Injil Kristus.” (Flp 1:27). “… supaya hidupmu sebagai orang-orang yang telah dipanggil berpadanan dengan panggilan itu.” (Ef 4:1).

Setelah dipilih oleh Tuhan, selain memuliakan Tuhan, satu lagi tujuan kehidupan umat Kristian adalah untuk memberitakan kemasyhuran Tuhan (Yes 43:21; 1 Ptr 2:9). Kemasyhuran Tuhan yang paling penting antara kemasyhuran-kemasyhuran-Nya yang banyak ialah anugerah keselamatan – kasih Tuhan. Paulus menggalas tanggungjawab menyebarkan anugerah keselamatan di atas bahunya (Tit 1:3). Selain tekadnya yang tidak menghiraukan nyawanya sedikit pun demi penginjilan (Kis 20:22-24), Paulus juga menjadikan tindakannya dalam kehidupan sebagai kesaksian untuk mempromosikan Injil. “Kamulah saksi-saksi-Ku!” (Yes 44:8). “Dalam segala sesuatu telah kuberikan contoh kepada kamu.” (Kis 20:35). “Sebab itu pada hari ini aku bersaksi kepadamu, bahwa aku bersih, tidak bersalah terhadap siapa pun yang akan binasa.” (Kis 20:26). Kehidupan ala Injil bermaksud Injil sama dengan tingkah laku dalam kehidupan. Daripada ajaran Tuhan Yesus, kita tahu bahawa pohon yang baik menghasilkan buah yang baik, dan pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang tidak baik. “Dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka… Dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, pasti ditebang dan dibuang ke dalam api.” (Mat 7:16-20). Prestasi tingkah laku dalam kehidupan ialah ringkasan penyempurnaan rohani, dan “penyempurnaan rohani” adalah sama dengan kehidupan ala Injil.

Kornelius – kehidupan ala Injil (Kis 10:1-4). Oleh itu, dia diperingati oleh Tuhan lalu Tuhan mengutus Petrus untuk menyelamatkannya. Dia juga membuka rahsia Injil Kristus – yaitu bahwa orang-orang bukan Yahudi, karena Berita Injil, turut menjadi ahli-ahli waris dan anggota-anggota tubuh dan peserta dalam janji yang diberikan dalam Kristus Yesus (Ef 3:4-6).

Paulus – Injil ala kehidupan (1 Kor 9:23). Dia juga menjadikan dirinya sebagai wakil Kristus di dunia (1 Kor 11:1). Paulus juga menekankan, “Karena telah ternyata, bahwa kamu adalah surat Kristus, yang ditulis oleh pelayanan kami, ditulis bukan dengan tinta, tetapi dengan Roh dari Allah yang hidup, bukan pada loh-loh batu, melainkan pada loh-loh daging, yaitu di dalam hati manusia” (2 Kor 3:1-3). Ketika Yesus datang memberitakan Injil dalam dunia, Dia juga memetik daripada kitab Mazmur: “Kamu adalah allah… kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah…” (Yoh 10:34-35). Nampaknya, kita yang telah menerima anugerah keselamatan harus melibatkan diri dalam rancangan penyelamatan dan penebusan Injil Tuhan (Ef 1:3-4). Dalam dunia umat manusia, perancang dan pengarah penyelamatan dan penebusan ialah Tuhan. Dalam karya agung-Nya, kita berada di atas pentas yang sama dengan Tuhan. Kita menyatakan penghormatan dan keabadian anugerah keselamatan kepada dunia melalui corak kehidupan “ala Injil”. Melalui persembahan kehidupan “ala Injil”, kita memuaskan minda pengasih Tuhan yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan, jangan ada yang binasa melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat (1 Tim 2:4; 2 Ptr 3:9). Anda dan saya berdiri di atas pentas untuk membuat persembahan. Bagaimana anda melakonkan kisah kehidupan “ala Injil”? Adakah persembahan ini menentukan sama ada anda layak mendapat keselamatan? Adakah persembahan ini dapat menyelamatkan orang lain? Adakah persembahan ini juga dapat menentukan jumlah ganjaran yang akan diperoleh pada masa akan datang? Mengapa anda tidak bekerja keras?

KEKELIRUAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA IMAN KEPERCAYAAN

KEKELIRUAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA IMAN KEPERCAYAAN

 

Dalam zaman sekarang, adalah hampir mustahil bagi orang Kristian untuk bebas daripada kekeliruan iman kepercayaan. Antaranya juga termasuklah pelajar kolej / universiti. Persekitaran yang dihadapi, buku-buku yang dibaca dan peristiwa-peristiwa yang dilalui selalunya terus-menerus mempengaruhi iman kepercayaan yang dipertahankan. Bagi kekeliruan iman kepercayaan, “melarikan diri” sama sekali bukan cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah. Melengah-lengahkan, mengabaikan, dan menekan pula hanya akan membuatkan iman kepercayaan menjadi buntu atau menyimpang, sehingga akhirnya menjauhi iman kepercayaan dan menjadi Kristian “pada nama sahaja”. Oleh itu, kekeliruan iman kepercyaaan harus dipandang secara serius. Kita harus mencari jalan penyelesaiannya, mencapai anjakan paradigma dalam kekeliruan, dan membangun kepercayaan peribadi yang berakar dan berasas.

Terdapat pelbagai alasan untuk kekeliruan iman kepercayaan yang dapat dibahagikan secara kasar kepada berikut:

A. Konflik dan ketidakfahaman pengetahuan: Banyak teori pengetahuan telah mempengaruhi ajaran iman kepercayaan. Contoh yang paling jelas ialah cabaran teori evolusi terhadap teori penciptaan. Buku teks telah berulang kali mengajarkan bahawa manusia berevolusi daripada kera / monyet. Ajaran ini nampaknya menyerang catatan tentang penciptaan manusia dalam kitab Selain itu, kejayaan terbesar dalam komuniti saintifik kebelakangan ini adalah dengan membuktikan bahawa air pernah wujud di planet Marikh. Tindakan ini juga nampaknya mencabar penciptaan segala sesuatu dalam alam semesta dalam kitab Kejadian. Sains kehidupan atau teknologi komputer masa kini memberikan pandangan yang gemilang tentang masa depan dunia kepada manusia dengan fikiran bahawa “mitos agama” akan hilang.

Refleksi iman kepercayaan: Untuk serangan pengetahuan di atas atau yang berkaitan, kita harus kembali kepada persoalan asasnya. Pertama sekali, kita mesti mengetahui dengan jelas bahawa sains dan agama bukanlah dua pihak yang saling bermusuhan bagai rabuk dengan api, asal berdekat menyalalah ia. Hakikatnya, kedua-duanya merupakan dua bidang kehidupan yang berbeza. Teori evolusi, air di planet Marikh dan sains kehidupan bukan saja tidak bertentangan dengan iman kepercayaan, apalagi menafikan idea-idea teras iman kepercayaan Kristian: Tuhan dan penyebab pertama. Walaupun teori evolusi membuktikan teorinya sendiri dengan teliti (walaupun teori ini merupakan pengetahuan yang berkembang daripada hipotesis Darwin yang masih mudah goyah pada hari ini), namun teori ini masih tidak dapat menjawab tentang kemunculan atau asal usul penyebab pertama. Pencapaian astrofizik yang cemerlang masih tidak menafikan teori penciptaan. Maka ketika manusia berdiri di permukaan bulan untuk menandakan pencapaian sains manusia, mereka hanya dapat memandang ke arah alam semesta yang luas sambil membaca kitab Mazmur fasal 8 yang memuji perbuatan ajaib penciptaan Tuhan.

B. Bencana: Dari gempa bumi 921 hingga tsunami Asia Selatan. Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa hidup manusia tidak terjejas. Manusia lebih mudah untuk melepaskan kenangan perang saudara di negara Afrika dan tragedi 911 kerana peristiwa-peristiwa itu ialah bencana buatan manusia. Namun, bencana alam bahkan telah meragut ratusan ribu nyawa. Trauma dan keraguan dalam jiwa ini sukar untuk ditenangkan walaupun selepas masa yang lama. Tambahan pula, penderitaan yang dihadapi oleh individu dalam perjalanan hidup mengajar mereka untuk menilai semula iman kepercayaan mereka.

Renungan iman kepercayaan: Penderitaan selalu menjadi subjek yang serius dalam iman kepercayaan agama. Alkitab bahkan menggunakan hujah yang panjang (kitab Ayub) untuk menerangkan penderitaan. Punca penderitaan berasal daripada “dosa”. Penderitaan orang Kristian juga berasal daripada “dosa”. Cara penyelesaian untuk penderitaan hanyalah bergantung pada penyelamatan dan penebusan. Tambahan pula, tujuan penyelamatan dan penebusan bukanlah untuk penghapusan penderitaan dunia ini, tetapi pemberian syurga abadi. Maka, penderitaan peribadi orang Kristian dipandang sebagai perjalanan untuk menerima penyelamatan dan penebusan. Sebab itulah ayat suci mengatakan: “aku tertindas itu baik bagiku”.

C. Mitos agama: Bagi persekitaran agama, kita pada dasarnya terperangkap dalam paya iman kepercayaan yang buruk. Pemikiran dan adat istiadat agama asing terus menyerang kehidupan kita melalui kata-kata dan seni. Sebilangan orang mula tertanya-tanya, adakah agama Buddha merupakan agama yang salah? Fenomena luar biasa telah menyokong kepercayaan rakyat! Tidak cukupkah menyembah Yesus di tengah-tengah kepercayaan I-Kuan-Dao?

Refleksi iman kepercayaan: Kesejahteraan sosial merupakan produk terbitan agama, bukan nilai teras agama. Idea teras agama Kristian ialah monoteisme, manusia tidak sepenuhnya baik dan sempurna, dan manusia memerlukan penyelamatan dan penebusan Tuhan. Bagaimana agama Buddha yang bersifat ateisme dapat menerima bahawa kita memeriksa doktrin agama asing dengan dasar ini? Adakah mungkin bahawa kepercayaan I-Kuan-Dao yang bersifat politeisme itu benar? Adakah pemujaan utilitarianisme kepercayaan rakyat boleh diharapkan? Inti iman kepercayaan terletak pada kejujuran ​​iaitu menerima wajah sebenar manusia dengan jujur – keterbatasan manusia, ketidaksempurnaan manusia, dan keperluan manusia untuk diselamatkan dan ditebus. Inti iman kepercayaan bukan bermaksud untuk memabukkan diri sendiri dengan membina situasi dan teori ilusi, juga bukan bermaksud memanjakan diri sendiri dalam penipuan iaitu melepaskan masa depan sendiri dengan keuntungan hidup kini. Kita harus berjaga-jaga dengan godaan dan pekerjaan roh-roh jahat.

D. Terdapat banyak ajaran sesat: “Dia juga memiliki Roh Kudus”, “Paderi ini dapat menyembuhkan penyakit”, “Gereja ini ada tanda mukjizat”. Fenomena agama Kristian yang serba aneka menyebabkan kita rambang mata. Gerakan karismatik pula muncul secara simpang siur. Mazhab yang dahulunya memandang Roh Kudus sebagai binatang buas air bah kini juga telah terpengaruh. Mazhab-mazhab baharu yang mengejar Roh Kudus juga muncul terus-menerus; para nabi telah muncul berulang kali, dan para pengikut memujinya secara membuta tuli; seolah-olah kegemilangan agama Kristian telah muncul dan Tuhan memihak kepadanya.

Refleksi iman kepercayaan: Alkitab telah berulang kali mengingatkan: “janganlah percaya akan setiap roh”, “waspadalah terhadap Mesias-mesias palsu” dan “waspadalah terhadap nabi-nabi palsu”. Iman kepercayaan mesti didasarkan pada kebenaran Alkitab. Semua yang melanggar kebenaran Alkitab, sekalipun “malaikat dari syurga”, terkutuklah dia.

E. Trend sekular: “Hubungan luar nikah”, “cinta satu malam (one night stand)”, “homoseksual”, “selagi saya suka, semuanya boleh dilakukan”, “bagai tanah pelempar balam”. Dunia menggunakan pembungkus luar yang cantik untuk membungkus keinginan yang bobrok. Demonstrasi salah oleh tokoh masyarakat dan pengaruh berkumpulan masyarakat telah menjadikan trend-trend popular generasi ini. Nikmat pada masa sekarang dan kesenangan tepat pada masanya telah menjadi nilai model generasi ini.

Refleksi iman kepercayaan: Trend popular tidak sama dengan kebenaran, maklumat tidak sama dengan pengetahuan. Seseorang tidak hanya hidup dalam sesuatu trend. Hal ini kerana trend-trend silih berganti jauh lebih cepat daripada tahun-tahun kehidupan. Orang-orang yang mengejar trend akan terus-menerus menafikan diri mereka sendiri sehingga kehilangan arah. Ketika mereka sedar, masa sudah berlalu dan tidak ada lagi peluang kedua. Sesal kemudian tiada berguna, dan mereka tidak dapat balik ke pangkal jalan. Oleh itu, “Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang malang.”

 

Untuk menghadapi kekeliruan dan serangan iman kepercayaan seperti ini, pembangunan sikap iman kepercayaan yang betul adalah sangat penting. Dalam membangun dan mengejar iman kepercayaan, sikap iman kepercayaan kita seharusnya ialah: mengejar pemahaman dalam kerasionalan, memberhentikan langkah pada batas kerasionalan, percaya di luar kerasionalan; mendapat pengalaman dalam iman kepercayaan, mencapai kemajuan dalam pengalaman, menjadi matang dalam kemajuan; menyerahkan kepada Tuhan dalam iman, memelihara diri dalam kasih karunia. Akhir katanya ialah: “takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya”.

KELUARLAH DARI ANTARA MEREKA

KELUARLAH DARI ANTARA MEREKA

 

PENDAHULUAN

Murid-murid Yesus untuk pertama kalinya disebut “Kristian” di Antiokhia (Kis 11:26) kerana mereka merupakan pengikut Kristus dan hamba-Nya. Oleh itu, pola kehidupan dan norma moral Kristian adalah berbeza dengan nilai-nilai budaya Hellenistik pada masa itu. Mereka diberi gelaran ini dengan nada gurauan atau ejekan oleh orang-orang yang tidak percaya. Walaupun gelaran ini tidak digunakan secara universal pada waktu itu (hanya disebut dua kali lagi dalam Perjanjian Baru, Kis 26:28; 1 ​​Ptr 4:16), tetapi gelaran ini kemudiannya menjadi gelaran yang mulia. Gelaran ini menunjukkan bahawa kita merupakan kelompok yang dipanggil untuk mengikuti Kristus, dan mempunyai persekutuan rohani yang indah dengan Kristus.

Maka, menjadi Kristian bermaksud menunjukkan identiti yang unik serta ciri-ciri dan gaya hidup yang seharusnya dimiliki. Secara semula jadinya, Kristian akan mempunyai banyak konflik yang tidak sesuai dengan budaya sekular ini. Hal ini kerana seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat dan semakin cenderung ke arah kebobrokan. Dosa dan kejahatan telah semakin berleluasa. Jika orang Kristian tidak dapat melindungi diri sendiri, mereka juga akan berbuat dosa dan tidak dapat lari daripada ditelan oleh si jahat (1 Yoh 5:18-19). Oleh itu, Alkitab mengemukakan peringatan tegas: “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap? Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya? Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup… Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu. Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan…” (2 Kor 6:14-18). Oleh itu, kumpulan atau individu Kristian harus memahami dengan jelas bahawa mereka merupakan bait Tuhan yang kudus dan ada Roh Kudus yang diam di dalamnya. Bait suci ini tidak boleh dibinasakan atau dicemarkan dengan percabulan (1 Kor 3:16-17, 6:18-20; Ef 2:19-22).

 

MENGENALI KEMULIAAN IDENTITI SENDIRI

Alkitab jelas menunjukkan identiti mulia dan amanat suci kita. Kita “bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri”. Maka kita haruslah memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kita keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib (1 Ptr 2:9). Marilah kita mensyukuri dan merenungkan identiti mulia ini dengan lebih mendalam:

A. Bangsa yang terpilih

Tuhanlah yang memilih kita, bukan kita yang memilih Tuhan. Pemilihan Tuhan ada tujuan dan niat khusus, iaitu menetapkan kita pergi dan menghasilkan buah (Yoh 15:16). Dapat dipilih oleh Tuhan bukanlah kerana jumlah kita yang banyak, juga bukan kerana kebenaran kita sendiri. Tuhan bukan memilih yang baik dan membuang yang buruk, tetapi memilih dengan kasih dan janji Tuhan, sehingga manusia tidak dapat bermegah di hadapan Tuhan, sebaliknya sepenuhnya memberikan kemuliaan kepada Tuhan (Ul 7:6-7; Ef 2:8; 1 Kor 1:26-29).

B. Imamat yang rajani

Kita memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Tuhan. Kita mempunyai kehormatan seorang raja, dan kita juga merupakan imam yang melayani Raja segala raja (Why 20:6, 1:6, 5:10). Tanggungjawab, semangat pelayanan, dan hak imam jelas digariskan dalam kitab Imamat dalam Perjanjian Lama. Prinsip-prinsip kerohanian normatif ini juga sesuai untuk setiap imam modern. Jangan lupa bahawa Tuhan mempunyai permintaan yang sangat ketat terhadap imam dan permintaan ini tidak boleh dilanggar (Im 21:1-15, 10:1-3).

C. Bangsa yang kudus

Menurut zaman sekarang, bangsa ini merujuk kepada gereja Tuhan yang benar dan umat rohani. Gereja yang benar “dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru. Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapi tersusun, menjadi bait Allah yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga dibangunkan menjadi tempat kediaman Allah, di dalam Roh.” (Ef 2:20-22). Tuhan amat mengharapkan kekudusan kita. Tema ini menjadi tema utama kitab Imamat. Para imam Perjanjian Lama harus terlebih dahulu dikuduskan dan melayani Tuhan di tempat kudus. Hari ini, orang-orang kudus juga harus mempunyai kehidupan dan pekerjaan yang dikuduskan, dan benar-benar memasuki pelayanan “ruang belakang” rohani supaya dapat bertahan dengan tongkat pengukur Tuhan pada masa yang terakhir (Why 11:1).

D. Umat kepunyaan Tuhan

Hari ini, kasih karunia kita menjadi umat Tuhan adalah melebihi orang Israel (Rm 9:25-26). Sebagai “umat” Tuhan, kita harus mentaati kuasa ilahi, dilindungi oleh-Nya, dan memeluk Tuhan sebagai Raja kita. Selain itu, dalam sepanjang hidup ini, kita harus berusaha untuk menunaikan tanggungjawab kudus dengan melakukan perintah-Nya dan beribadah kepada-Nya.

 

MENGENALI HUBUNGAN ANTARA SAYA DENGAN DUNIA

Orang Kristian bukanlah sekelompok manusia yang hidup bersendirian dan perasan baik, melainkan ingin menjalani kehidupan yang “bergabung dengan dunia tanpa menjadi sekular” dan berkenan kepada Tuhan. Oleh itu, kita harus menyedari hubungan kita dengan dunia untuk tahu “perbuatan yang halal dan haram”. Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “dunia telah disalibkan bagiku dan aku bagi dunia” (Gal 6:14). Walau bagaimanapun, kita juga sama sekali tidak melepaskan tanggungjawab kita terhadap dunia. Kita harus menyalakan pelita yang bercahaya untuk dunia gelap ini dengan perbuatan baik kita di samping memenuhi amanat agung yang dipercayakan oleh Tuhan iaitu memberitakan Injil kepada segala makhluk supaya mereka percaya kepada Tuhan dan diselamatkan (Mat 5:16; Mrk 16:15-16).

A. Memasuki dunia dan menunaikan tanggungjawab sosial

Surat-surat para rasul dalam Perjanjian Baru boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sebahagian untuk mengajar tentang doktrin dan sebahagian lagi untuk mengajar tentang kehidupan praktikal. Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu adalah mati. Hidup yang melakukan firman adalah yang paling berharga bagi Tuhan. Oleh itu, kita harus menunaikan tanggungjawab sosial kita secara pragmatik dengan takluk kepada pemerintah (Rm 13:1-5), membayar cukai dengan jujur ​​(Mat 17:24-27; Rm 13:6-7), mematuhi firman suami isteri saling mengasihi dan etika keluarga, melaksanakan kewajipan mentaati dan menyarai ibu bapa (Ef 5:22 – 6:4; Mat 15:4-6) dan sebagainya.

Agama Kristian mempunyai konsep hidup yang mengambil berat tentang hidup manusia. Murid-murid Tuhan diajar bahawa mereka harus melakukan pekerjaan yang baik, berusaha untuk berbuat baik, memberikan manfaat kepada masyarakat, memenuhi kehendak Tuhan, dan berguna bagi manusia (Ef 2:10; Tit 3:8). Selain itu, mereka menyelesaikan pelayanan kasih, berkembang daripada kasih akan saudara-saudara kepada kasih akan semua orang (2 Kor 8:6; 2 Ptr 1:7; 1 Tes 3:12). Mereka tidak mencari nama dan kemuliaan yang sia-sia. Setiap orang Kristian memulakan langkah dengan setia pada posisi pekerjaannya sendiri, kerana tindakan itu adalah melayani Tuhan, bukan melayani manusia (Ef 6:6-8).

B. Bukan dari dunia, tetapi untuk menerangi dunia dengan Injil

Kita tidak meninggalkan dunia, sebaliknya memasuki dunia, tetapi kita bukan dari dunia ini (Yoh 17:15-16). Oleh sebab kita bukan dari dunia, maka dunia membenci kita. Tuhan juga dibenci dan dianiaya dengan cara ini. Kita tidaklah lebih tinggi daripada Tuhan. Kita harus menerima permusuhan dunia terhadap kita dan bertahan sampai pada kesudahannya (Yoh 15:19-20; Mat 10:21-22). Alkitab mengajar kita: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! Sedapat-dapatnya, … hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang! … janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah…” (Rm 12:17-21).

Tindakan ini bukan hanya melibatkan komitmen negatif, tetapi juga tanggungjawab positif. Prinsip kita ialah kita hanya membenci dosa dan kejahatan, bukan membenci orang jahat. Kita juga memberitakan Kristus dan membuktikan Injil kasih karunia Tuhan. Kita menyelamatkan jiwa-jiwa orang-orang fasik dan orang-orang berdosa dengan segera supaya mereka bertaubat daripada kelakuan / jalan yang jahat yang dilakukan. Agama Kristian terlibat dalam pekerjaan “menyelamatkan jiwa manusia” ini (Kis 20:24; Yeh 18:21-23; Luk 9:54-56).

 

BAGAIMANA KELUAR DARIPADA ANTARA DUNIA

A. Menjalani kehidupan yang “dikuduskan”

Bagaimana keluar daripada antara dunia dan menjalani kehidupan yang dikuduskan? Menurut ajaran Alkitab, terdapat peringatan-peringatan berikut:

  1. Jangan mengasihi dunia dan bersahabat dengan dunia. Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan. Tidak mungkin seseorang mendapatkan kedua-duanya dengan mengabdi kepada Tuhan dan kepada Mamon (kebendaan) (Yak 4:4; 1 Yoh 2:15; Mat 6:24).
  2. Mengejar hikmat duniawi berdasarkan tujuan untuk melayani Tuhan. Sekiranya mengejar filsafat yang kosong dan roh-roh dunia, seseorang itu pasti akan ditawan, hanyut dibawa arus dan kehilangan pengharapan iman kepercayaan (1 Raj 3:9; Kol 2:8; Ibr 2:1).
  3. Mengikuti jalan orang benar. Ketahuilah bahawa jalan orang fasik menuju kebinasaan. Jangan berjalan menurut nasihat orang fasik, jangan berdiri di jalan orang berdosa, jangan duduk dalam kumpulan pencemooh (Mzm 1:1,6).
  4. Mematikan segala sesuatu yang duniawi, terutamanya percabulan dan hawa nafsu. Ketahuilah bahawa kehendak Tuhan ialah pengudusan kita, iaitu supaya kita menjauhi percabulan, supaya kita masing-masing mengambil (memperoleh) seorang perempuan menjadi isteri (tubuh) kita sendiri dan hidup di dalam pengudusan dan penghormatan (Kol 2:5; 1 Tes 4:3-4).
  5. Menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran. Jauhkanlah diri daripada iman kepercayaan penyembahan berhala yang sia-sia. Jangan lagi mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran syaitan-syaitan. Jadilah orang yang mempunyai kemerdekaan sejati dan damai sejahtera sejati dalam Tuhan. Bolehkah bait Tuhan menyembah berhala? (Yoh 4:24; 1 Tim 4:1; Gal 5:1; 2 Kor 6:16).
  6. Mengejar karunia kasih dan fokus pada persekutuan rohani. Kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain, berikanlah tumpangan seorang akan yang lain. Layanilah seorang akan yang lain, sesuai dengan karunia yang telah diperoleh tiap-tiap orang. Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kita benar-benar ialah murid-murid Tuhan (1 Kor 12:31; Flp 2:1-2; 1 Ptr 4:8-9; Yoh 13:34-35).
  7. Mengejar untuk memperoleh Yesus sepenuhnya. Kaji semula nilai dan makna hidup, dan menganggap pengenalan akan Kristus Yesus, Tuhan, lebih mulia daripada semuanya. Berlari-larilah kepada tujuan untuk “memperoleh Kristus dan hadiah Kristus” (Flp 3:8-14).

B. Berani menanggung kesukaran dengan bersandarkan Tuhan

Memang mudah untuk menjadi sama dengan orang lain, tetapi keberanian yang sepenuhnya amat diperlukan untuk menjadi berbeza dengan orang lain dan berkeras memilih yang baik. Tidak hairanlah bahawa lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya (Mat 7:13). Demi memelihara iman kepercayaan dan terpisah daripada dunia, orang Kristian secara semula jadinya akan menderita lebih banyak. “Sebab adalah kasih karunia, jika seorang karena sadar akan kehendak Allah menanggung penderitaan yang tidak harus ia tanggung.” Penderitaan ini juga berpadanan dengan kehendak panggilan itu, dan Tuhan telah meninggalkan teladan (1 Ptr 2:19-25).

Apakah kesukaran yang bakal dihadapi? Mungkin kesepian yang disebabkan oleh kelainan, yang bukan hanya menghalau kita daripada masyarakat, tetapi juga memperlakukan kita sebagai “bangsa asing”, memandang rendah dan mengkritik kita (Yoh 9:21-22); atau mereka hairan bahawa kita tidak turut melakukan kejahatan seperti mereka, lalu mereka memfitnah kita, memulaukan kita, bahkan mencelakakan kita  (1 Ptr 4:3-4; Why 13:16-17; Kej 39:7-23); bahkan saudara-mara kita “saling bermusuhan” dengan kita dan mengakibatkan hubungan kasih sayang keluarga yang renggang (Mat 10:21-22, 34-36); atau mungkin ada lebih banyak lagi. Walau bagaimanapun, apabila kita bertekad untuk percaya kepada Tuhan dan melayani Tuhan dengan giat, semua kesengsaraan ini tidak dapat dihindari (1 Tes 3:3; Kis 14:22). Walaupun demikian, kita masih dapat menjadi seperti Ayub yang bertekun dalam kesalehan kepada Tuhan dan manusia (Ayb 2:9-10); kita masih dapat menjadi seperti Yusuf yang berkata: “Bagaimanakah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Allah?”; dan mempunyai iman daripada “jika” kepada “seandainya tidak” terhadap Tuhan seperti tiga rakan Daniel (Dan 3:16-18).

C. Dikuduskan dengan kebenaran

Apa payahnya menawakkan bibir atas bawah? Kita memerlukan hikmat yang mengalahkan latihan dan pencobaan daripada Tuhan. Namun kita boleh berasa yakin kerana Tuhan telah berjanji: “Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah, – yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit -, maka hal itu akan diberikan kepadanya. Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang.” (Yak 1:5-6). Tambahan pula, Tuhan telah memberikan kata-kata hikmat, iaitu “Alkitab” yang dapat memberikan hikmat dan menuntun kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus. Hal ini kerana “Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar (mengajar orang tentang perkara yang betul), untuk menyatakan kesalahan (mengajar orang tentang perkara yang salah), untuk memperbaiki kelakuan (mengajar orang tentang cara yang betul dalam melakukan sesuatu) dan untuk mendidik orang dalam kebenaran (mengajar orang tentang cara berpegang pada perkara yang betul). Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.” (2 Tim 3:15-17).

Sebenarnya, ketika Tuhan Yesus berada di dunia, Dia berdoa untuk kita dengan cara ini. Dia memohon agar Tuhan menguduskan kita dalam kebenaran (firman Tuhan). Ya, Dia mengutus kita ke dunia untuk menyelesaikan kehendak penyelamatan dan penebusan Tuhan. Dia menguduskan diri-Nya bagi kita sebagai teladan, dan Dia juga akan menguduskan kita dalam kebenaran supaya kita dipandang layak untuk dipakai tuan kita (Yoh 17:17-19). Marilah kita berjaga-jaga setiap saat, berdiri teguh dalam iman, bersikap sebagai laki-laki, dan tetap kuat dalam angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini (1 Kor 16:13).

 

KESIMPULAN

Orang Kristian harus keluar daripada orang-orang yang tidak percaya. Kita haruslah mati bagi dosa, hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuh kita, tetapi hidup bagi Tuhan, menyerahkan diri kepada Tuhan sebagai persembahan yang hidup, dan menyerahkan anggota-anggota tubuh kepada Tuhan untuk menjadi senjata-senjata kebenaran. Janganlah kita menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budi, sehingga kita dapat membezakan kehendak Tuhan yang baik, yang berkenan kepada Tuhan dan yang sempurna. Dengan konsep antara yang kudus dengan yang tidak kudus yang sesuai dengan skala kebenaran, “Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah”. Jalanilah kehidupan yang “dikuduskan” dan mendapat “kemenangan rohani”. Dengan demikian, kita boleh tetap menjadi anak-anak Tuhan dan bersiap sedia untuk mewarisi harta pusaka hidup kekal sesuai dengan janji (Rm 6:11-13, 12:1-2; Mat 22:21).

MAKSUD SEBENAR KASIH

MAKSUD SEBENAR KASIH

 

Jemaat Korintus merupakan jemaat Tuhan, iaitu mereka yang dikuduskan dalam Kristus Yesus, yang dipanggil menjadi orang-orang kudus, dan yang berseru kepada nama Tuhan Yesus Kristus (1 Kor 1:2). Mereka seharusnya menunjukkan prestasi soleh yang memuliakan Tuhan. Walau bagaimanapun, ada pula kelemahan-kelemahan seperti perselisihan, perpecahan, percabulan, pertengkaran, memakan daging persembahan berhala, dan sebagainya dalam kalandan jemaat. Hal ini menyebabkan Paulus berasa sangat sedih lalu dia menunjukkan firman yang paling indah – maksud sebenar kasih kepada mereka.

 

JIKA TIDAK MEMPUNYAI KASIH

“Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.” (1 Kor 13:1).

Bahasa adalah untuk komunikasi. Dengan bahasa, manusia dapat bertukar-tukar pendapat dan menghubungkan perasaan. Seseorang yang dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia bermaksud bahawa dia mempunyai alat komunikasi yang sangat kuat dan seharusnya menjadi pakar komunikasi. Tetapi jika tidak mempunyai kasih, komunikasi akan menjadi tidak berkesan. Saya dapat memahami kata-kata anda, tetapi tidak mahu menerima anda. Dengan itu, alat bahasa hanya sekadar alat. Hal ini sama dengan gong yang berkumandang, yang hanya mengeluarkan suara tanpa melodi yang indah.

Ajaib sekali bahasa malaikat. Terdapat sebuah legenda dalam kitab “Pesanan Ayub” (Testament de Job), kitab Pseudopigrafa orang Yahudi: Anak-anak perempuan Ayub menyembah Tuhan yang di syurga dengan soleh. Mereka mempunyai karunia istimewa iaitu mereka dapat berkata-kata dengan bahasa malaikat untuk memuji Tuhan. Karunia ini membuatkan begitu banyak orang Yahudi berasa cemburu. Mulia sekali! Tetapi jika tidak mempunyai kasih, karunia ajaib seperti itu tidak akan berkenan kepada Bapa yang di syurga. Hal ini sama dengan canang yang gemerincing dalam perayaan agama asing yang menjengkelkan dan dibenci.

“Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna.” (1 Kor 13:2).

Karunia untuk bernubuat nabi adalah untuk membangun pemercaya, menjadi juru bicara Tuhan, dan mengucapkan kata-kata Tuhan. Mereka patut menerima upah sebagai nabi. “Mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan” bermaksud pekerja yang sangat penting bagi Tuhan menerangkan rahsia itu. Sebagai contoh, Musa berbicara dengan Tuhan selama empat puluh hari dan empat puluh malam di atas gunung Sinai. Ketika dia turun dari gunung, kulit mukanya bercahaya. Dia patut menerima kemuliaan dari syurga. “Memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung” bermaksud menjadi seperti Elia. Elia berdoa di gunung Karmel supaya Tuhan menurunkan api dan menyambar habis korban bakaran, kayu api, batu dan tanah itu, bahkan air yang dalam parit itu habis dijilatnya. Dia patut disukai oleh semua orang. Tetapi jika tidak mempunyai kasih, semua pekerjaan ini hanya diselesaikan oleh Tuhan melalui alat sahaja. Apabila habis digunakan, alat itu akan diketepikan. Alat itu tidak akan dapat menerima upah dan kemuliaan Kerajaan Syurga. Hasil daripada semua usaha itu ialah: “Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!” (Mat 7:21-23).

“Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.” (1 Kor 13:3).

Perbuatan pemurah / memberi sedekah ini bermaksud bahawa semua yang dimiliki diberikan kepada orang lain tanpa syarat. Pemberian seperti ini patut dibalas oleh Tuhan. “Menyerahkan tubuhku untuk dibakar” bermaksud mati syahid kerana penganiayaan terhadap iman kepercayaan. Tidak ada pengorbanan yang lebih besar daripada pengorbanan ini. Tetapi jika tidak mempunyai kasih, pemberian dan persembahan semacam ini hanyalah untuk kepentingan reputasi peribadi dan membuatkan orang mempunyai hati yang congkak. Tentu saja, perbuatan mereka tidak akan dibalas oleh Bapa (Mat 6:1-4).

 

HAKIKAT KASIH

“Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.” (1 Kor 13:4-7).

Kesabaran ialah permulaan dan kesudahan kasih. “Kekekalan” ialah kesinambungan masa yang menegak manakala “segala sesuatu” ialah perkembangan peristiwa yang mendatar. Kedua-duanya menunjukkan kesabaran yang tidak terbatas sehingga akhir hayat. Ada nyawa bermaksud ada harapan. Dengan demikian, kita boleh menunggu dengan sabar (Pkh 9:4).

Kemurahan hati merupakan motif dan sikap belas kasihan yang memberi, mengeluarkan, dan membantu. Memberikan empati secara emosional, mengeluarkan kekayaan ketika miskin, dan membantu menyelesaikan kesukaran (Rm 12:13).

Tidak cemburu dengan kebaikan orang lain, tidak berasa rendah diri kerana pencapaian orang lain, tetapi boleh bersukacita dan bergembira bersama. Hal ini kerana semuanya merupakan komuniti hidup di atas sebuah perahu yang sama dan juga merupakan anggota bagi tubuh yang sama (1 Kor 12:26).

Tidak memegahkan diri dan tidak sombong bermaksud benar-benar mengenali diri sendiri. Manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika kita membandingkan kelebihan kita dengan kekurangan orang lain, kita pasti akan berasa bangga bagai anjing melintang denai. Namun jika kita membandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain, kita akan menghadapi kompleks rendah diri (inferiority complex). Tambahan pula, tentunya sentiasa ada orang yang lebih baik / cemerlang daripada kita. Perbandingan dalam kalangan manusia adalah tidak berpenghujung. Pendek kata, kerendahan hati mendahului kehormatan (Ams 15:33).

Tidak melakukan yang tidak sopan bermaksud tidak melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan, atau langkah sumbang atau perkara-perkara yang tidak wajar secara terbuka. Setelah percaya kepada Tuhan, kita ialah terang di dalam Tuhan. Sebab itu hiduplah sebagai anak-anak terang, dan tidak ada yang tidak berani dibicarakan (Ef 5:8).

Tidak mencari keuntungan diri sendiri. Love does not insist on its own way (R.S.V.), ζητει τα εαυτηs (inquire to oneself). Terjemahan bahasa Inggeris dan makna literal daripada teks asalnya mungkin bermaksud bahawa orang yang mengasihi diri sendiri tidak akan berkepala batu dan berkeras hati sehingga merugikan diri sendiri sebagai hasilnya. Jalan orang bodoh lurus dalam anggapannya sendiri, tetapi siapa mendengarkan nasihat, ia bijak (Ams 12:15). Dari segi semantik, boleh juga dikatakan bahawa seseorang itu berusaha untuk mengejar kepentingan sendiri secara tidak bertanggungjawab, bongkok kail hendak mendapat, serta tanpa mempedulikan hidup atau mati orang lain.

Tidak pemarah merupakan prestasi yang lemah lembut dan berpengetahuan. Sikap komunikasi adalah lebih penting daripada isi komunikasi. Berani kerana benar dan maafkan sewajarnya sering membawa kepada kesan komunikasi yang terbaik. “Lidah lembut mematahkan tulang” (Ams 25:15).

Tidak menyimpan kesalahan orang lain, berikan pengampunan yang sebenar tanpa perlu mengira bilangannya. Seperti yang dikatakan oleh Yesus, pengampunan tujuh puluh kali tujuh kali yang bermaksud pengampunan daripada hati (Mat 18:21-35). Ayat ini juga bermaksud bahawa jangan mengingati kekurangan orang lain tetapi lihatlah kelebihan orang lain. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Tindakan ini bermaksud usaha seumur hidup untuk mencari kebenaran. Walaupun selalu terdapat jurang antara cita-cita dengan kenyataan, namun jika kebenaran ialah mimpi, kita harus mempunyai keberanian untuk bermimpi, mengejar impian, dan membina impian. “Menyukai” kebenaran adalah lebih baik daripada bersikap “acuh tak acuh.”

Menutupi, percaya, mengharapkan, sabar boleh menjadi empat tahap dalam melayan orang yang berdosa. Dosa harus dibenci, tetapi kelemahan orang yang berdosa harus diberi toleransi. Percayalah bahawa taubat orang yang berdosa itu tulus. Kepercayaan ini meningkatkan keyakinan orang yang berdosa terhadap dirinya sendiri. Kita mengharapkan dan menunggu pembaharuan kehidupan orang yang berdosa. Hal ini kerana ada nyawa bermaksud ada harapan. Kesabaran merupakan usaha yang berterusan dan menunjukkan kasih yang tidak tergoyahkan (2 Kor 2:5-8).

 

KASIH TIDAK BERKESUDAHAN

Tuhan itu kasih. Tuhan sedia ada dan selamanya ada. Kasih juga tetap ada untuk selama-lamanya. Tuhan itu maha kuasa, dan kasih dapat mengubah dunia. Tuhan itu maha ada, dan kasih memasuki hati semua orang. Tuhan itu maha mengetahui, dan kasih melampaui semua pengetahuan.

Sama seperti kasih sayang ibu bapa yang tidak pernah hilang. Walaupun tubuh mereka semakin tua dan lemah, dan akan meninggalkan anak-anak mereka suatu hari nanti, namun peringatan mereka akan sentiasa terngiang-ngiang di telinga anak-anak, dan kasih mereka akan selalu dikenang dalam hati anak-anak.

Dorkas banyak berbuat baik dan memberi sedekah. Dia terutamanya menunjukkan kasih sayang kepada janda-janda sehingga mereka mempunyai baju dan pakaian untuk dipakai. Kematian Dorkas membuatkan mereka menangis semahu-mahunya. Murid-murid meminta Petrus datang berdoa untuknya. Semua janda menunjukkan baju dan pakaian yang dibuat oleh Dorkas kepada Petrus. Petrus lalu berlutut dan berdoa, dan Dorkas bangkit daripada antara orang mati. Makna dari segi teologi adalah bahawa kasih menjadikan semangat dan hidup manusia tetap ada untuk selama-lamanya.

Kasih bukan hanya pada kata-kata, tetapi harus ditunjukkan melalui tindakan. Amalan kasih membuatkan orang di bumi berasa bagaikan di syurga yang mempunyai keindahan, kebahagiaan dan terang yang abadi.