INJIL KRISTUS

INJIL KRISTUS

(Pendeta Zhao Ming Yang)

 

Perkataan “Injil” bermaksud “kesukaan besar”, “khabar baik” dalam bahasa asal Yunani. Ia ialah “berita / khabar yang pemurah, baik dan sukacita”. Dalam Alkitab, Ia merujuk kepada teori penyelamatan dan penebusan dengan Kristus Juruselamat Mesias sebagai pusat. Ia mngandungi kedatangan dan kenyataan kerajaan Tuhan.

“Injil Kristus” merupakan frasa yang amat disukai dan selalu digunakan oleh Paulus. Ini merupakan paksi utama kepercayaan Paulus, dan yang diberitakannya dengan sedaya upaya – Yesus Kristus, yaitu Dia yang disalibkan (Rm 15:19; 1 Kor 2:2, 9:12; 2 Kor 2:12, 10:14). Pemercaya pasti akan diselamatkan kerana Injil ini, iaitu Kristus menurut nubuat dalam Alkitab, telah mati demi dosa umat manusia, bahkan dikuburkan; dan bangkit pada hari yang ketiga seperti yang dinubuatkan (1 Kor 15:14). 1 Timotius 3:16 menyatakannya dengan lebih lengkap: “Dan sesungguhnya agunglah rahasia ibadah kita: “Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia, dibenarkan dalam Roh; yang menampakkan diri-Nya kepada malaikat-malaikat, diberitakan di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah; yang dipercayai di dalam dunia, diangkat dalam kemuliaan.”

 

ASAL-USUL INJIL

A. Penyediaan Tuhan

Nenek moyang manusia, Adam dan Hawa telah melanggar perintah dan berbuat dosa. Untuk menyatakan kasihNya, Tuhan menyediakan anugerah keselamatan untuk manusia. Namun anugerah keselamatan ini wujud sebelum dunia dijadikan dan dalam pengetahuan Tuhan iaitu menetapkan bahawa kita akan mendapat anugerah keselamatan dalam Kristus (Ef 1:3-7, 9-11; Rm 8:28-30, 2 Tim 1:9-10; Tit 1:2).

 

B. Janji Tuhan

Ketika Adam berbuat dosa, Tuhan membuka janji penyelamatan dan penebusan dengan keturunan perempuan akan meremukkan kepala ular (Kej 3:14-15; Gal 4:4). Tuhan juga berjanji kepada Abraham, Bapa Iman bahawa keturunannya akan melahirkan Juruselamat, bangsa-bangsa akan dibenarkan kerana iman, oleh juruselamat ini akan diberkati (Kej 17:1-6; Gal 3:8).

 

C. Nubuat Tuhan melalui para nabi

Nabi Yesaya bernubuat bahawa Kristus akan dilahirkan oleh seorang perempuan muda yang mengandung (Yes 7:14; Mat 2:20-22; Luk 1:31-35). Keluarga bahasa (語系) Yesus berasal daripada keturunan Abraham, Yehuda, Isai, dan Daud (Kej 22:18, 49:10; Yes 11:1; Yer 23:5). Kristus akan dilahirkan di Betlehem (Mi 5:2; Mat 2:5-6). Pekerjaan Kristus di dalam dunia sehinggakan kematianNya juga dinubuatkan dengan jelas (Yes 40:9-11, 52:13; 61:1-3). Selain itu, kebangkitan Kristus juga dibincangkan (Mzm 16:10; Mat 12:40; Yun 1:17).

 

D. Perintis Injil

Menurut nubuat nabi dalam Perjanjian Lama, Yohanes Pembaptis menjadi perintis bagi Injil Kristus. Dia mempersiapkan hati manusia dan jalan bagi Tuhan (Yes 40:3-5; Mal 3:1, 4:5-6; Mat 11:11-14). Hukum Taurat dan kitab para nabi berlaku sampai kepada zaman Yohanes Pembaptis lalu Kristus mula bekerja. Sejak waktu itu kerajaan Tuhan diberitakan dan setiap orang menggagahinya berebut memasukinya (Luk 16:16).

 

SIFAT-SIFAT INJIL

A. Menyatakan kekuatan Tuhan (Rm 1:16; 1 Kor 1:18)

  1. Tuhan menyatakan diriNya dalam rupa manusia, menyatakan kuasanya (Yoh 1:14,18; 1 Tim 3:16).
  2. Injil menyatakan kuasa Tuhan memusnahkan Iblis yang berkuasa ke atas maut (Ibr 2:14; 1 Kor 15:54-57).
  3. Kuasa Tuhan dapat menakluk musuh dan segala sesuatu (Mat 28:18; 1 Kor 15:24-28; Ef 1:21-22).
  4. Kuasa Tuhan membangkitkan Kristus dari antara orang mati (1 Kor 15:15; Ef 1:19-20).

 

B. Menyatakan kasih Tuhan (Rm 5:6-8; 1 Yoh 4:9-10)

  1. Tuhan telah menyediakan anugerah keselamatan bagi kita sebelum dunia dijadikan dan menyatakan kasih Tuhan (Ef 1:4, 7-12; 1 Kor 2:7; 2 Tim 1:9; Tit 1:2).
  2. Begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal (Yoh 3:16; 1 Yoh 4:9).
  3. Tuhan ialah Firman yang telah menjadi manusia, dilahirkan sebagai Kristus Yesus yang mati menggantikan orang-orang yang berdosa dalam dunia (Rm 3:23-25; 5:6-8).
  4. Kristus menumpahkan darah dan memberikan nyawaNya untuk menyelamat dan menebus seluruh umat manusia (Rm 3:24; Ef 1:7; Kis 20:28).

 

C. Menyatakan Kebenaran Tuhan

  1. Kebenaran Tuhan dinyatakan tanpa hukum Taurat, iaitu bukan didapatkan melalui hukum Taurat (Rm 3:20-21).
  2. Kebenaran Tuhan ialah Kebenaran kasih karunia dan didapati dengan cuma-cuma (Rm 3:24).
  3. Kebenaran Tuhan dijadikan dalam darah Yesus (Rm 3:25).
  4. Kebenaran Tuhan ialah Kebenaran yang didapati kerana iman (Rm 1:18, 3:25).

 

D. Menyatakan hikmat Tuhan (1 Kor 1:18,25)

  1. Kristus dan salib ialah kebodohan bagi menusia, namun Tuhan sudi menggunakan pemberitaan yang dipandang sebagai kebodohan bagi manusia untuk menyelamatkan orang-orang yang percaya, inilah hikmat Tuhan (1 Kor 1:18-25).
  2. Injil ialah hikmat Tuhan yang tersembunyi dan rahasia sejak dunia dijadikan, iaitu segala bangsa, kerana Berita Injil, turut menjadi ahli-ahli waris dan anggota-anggota tubuh dan peserta dalam janji yang diberikan dalam Kristus Yesus (1 Kor 2:7; Ef 1:3-10, 3:1-7).
  3. Kasih karunia dan panggilan Tuhan menyatakan kedaulatan pemilihan Tuhan serta hikmatNya yang kaya dan tidak terduga (Rm 9:14-18, 11:28-36).
  4. Rahsia Injil Tuhan, kini Roh Kudus memberikan Roh hikmat dan wahyu kepada manusia untuk mengenaliNya (1 Kor 2:10-13; Ef 1:17, 3:3-6).

 

CIRI-CIRI INJIL

A. Universal

  1. Injil menimpa kepada orang-orang dunia tanpa mengenal bangsa, rantau, jantina dan pangkat (Rm 1:14-16; Kis 26:22; Gal 3:26-28; 1 Kor 1:26-28).
  2. Injil yang merupakan kesukaan untuk seluruh bangsa (Luk 2:10-11).
  3. Tuhan mahu menyelamatkan seluruh bangsa melalui Injil (1 Tim 2:4-6, 4:10; 2 Ptr 3:9).
  4. Kristus berpesan kepada murid-murid untuk pergi ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada segala makhluk (Mat 28:19-20; Mrk 16:15-16). Dia juga berjanji bahawa Injil akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya (Mat 24:13-14).

 

B. Transenden

  1. Injil menjangkaui budaya, segala bangsa menjadi satu di dalam Kristus (Rm 1:16; Gal 3:26-28).
  2. Injil melepaskan manusia daripada belenggu dan kutuk hukum Taurat (Gal 3:11-14, 4:8-11, 5:1, Kol 2:13-15).
  3. Injil membuat manusia mengalahkan dosa (Yoh 8:31-36; Rm 8:13-14) dan menundukkan Iblis (Luk 4:1-15; Ibr 2:14; 1 Yoh 3:8).
  4. Injil membuat manusia mengalahkan kuasa dan sekatan maut (1 Kor 15:12-19; 1 Yoh 3:8).

 

C. Abadi

  1. Injil digelar sebagai “Injil yang kekal” (Why 14:6). Ia ialah kehendak Tuhan yang abadi (1 Yoh 2:17; 1 Tim 2:4; 2 Ptr 3:9).
  2. Injil membolehkan manusia menerima bagian kekal (Yoh 3:13-16; 1 Ptr 1:3-4; Ibr 9:15).
  3. Anugerah keselamatan dan penebusan sempurna untuk selama-lamanya (Ibr 7:20-21, 9:11-12, 10:12-14).
  4. Kristus menjadi Imam yang kekal dan menjadi Pembela / Pengantara bagi manusia (Ibr 7:25; Rm 8:34).

 

D. Berinisiatif

  1. Inisiatif kasih Tuhan (1 Yoh 4:7,19).
  2. Inisiatif pengorbanan Kristus memberikan nyawaNya (Yoh 10:17-18, 18:4-8; Rm 5:6-8).
  3. Inisiatif penyelamatan dan penebusan (Rm 5:6-8; 1 Tim 1:13-16).
  4. Inisiatif pemilihan (Yoh 15:16; Luk 19:10; Rm 9:14-18).

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I & II RAJA-RAJA

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I & II RAJA-RAJA

 

Sejarah Israel yang tercatat dalam kitab Raja-raja ialah kesinambungan daripada kitab 2 Samuel fasal 20. Kitab ini dimulai dengan Daud menyerahkan takhta kepada Salomo (kira-kira pada tahun 971 SM; 1 Raj 1:1 – 2:12), dan terus menulis sehingga Yoyakhin yang ditawan ke Babel dibebaskan (tahun 562 – 561 SM; 2 Raj 25:27-30). Sejarah lima ratus tahun ini telah menelusuri kebangkitan dan kejatuhan kuasa raja serta kebangkitan dan kejatuhan kerajaan. Antaranya, terdapat kemenangan yang gemilang dan kekalahan yang rendah hati; ada kesedihan dan ada pengharapan. Nampaknya, umat ​​pilihan Tuhan gagal berulang kali kerana mereka sering percaya pada diri mereka sendiri dan meninggalkan jalan pelayanan Tuhan. Mereka bukan sahaja tidak mengikuti Tuhan dengan setia, tetapi juga menyembah tuhan-tuhan palsu. Ajaran Tuhan yang sungguh-sungguh dalam kitab Ulangan telah dilupakan oleh umat pilihan. Pengajaran sejarah ini benar-benar adalah sebidang cermin.

 

PENULIS KITAB

Menurut tradisi Yahudi, Yeremia ialah penulis kitab Raja-raja. Talmud (Baba Bathra 15a) melaporkan, “Yeremia menulis kitabnya sendiri, kitab Raja-raja and kitab Ratapan”. Ketika Yeremia aktif dalam masa kemusnahan Yerusalem, kitab yang dinamai dengan namanya banyak memetik daripada beberapa fasal terakhir kitab Raja-raja, atau kedua-dua kitab itu menggunakan bahan maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kenyataan ini agak lemah untuk membuktikan bahawa Yeremia adalah satu-satunya penulis. Ada juga orang yang berpendapat bahawa kitab Raja-raja ditulis oleh lebih daripada satu orang, dan kemudian disunting menjadi satu gulungan. Sebilangan orang mengatakan bahawa kitab Raja-raja disunting oleh ahli kitab Ezra, atau nabi Yeremia, tetapi kenyataan ini masih belum jelas.

 

LATAR BELAKANG SEJARAH

Sejarah ini dimulakan dengan berakhirnya dinasti Daud. Pada ketika itu, wilayahnya luas, kerajaan kuat yang utama juga secara relatifnya lemah, dan Asyur belum berkembang ke arah barat. Kemudian, Asyur memperoleh Damsyik dan secara beransur-ansur menduduki negara kota itu sehingga mereka menawan Israel pada tahun 722 SM. Tidak lama kemudian, Yehuda juga diserang (tahun 701 SM) dan mereka berada di bawah tekanan. Akhirnya, kerajaan itu musnah di tangan Babel, hegemon yang muncul selepas Asyur (tahun 586 SM). Kota suci dimusnahkan dan umat ditawan. Dalam tempoh ini, Yehuda juga terus-menerus diserang oleh Mesir. Sebahagian besar sejarah raja-raja tidak dapat dipisahkan daripada hubungan antara umat Tuhan dengan negara jiran mereka, atau hubungan mereka dengan bangsa asing di negeri yang dijanjikan.

 

NILAI KITAB INI

  1. Menunjukkan bahawa Tuhan ialah Penguasa sejarah

Kitab Raja-raja hanyalah catatan terpilih, bukannya catatan lengkap. Penulis secara khusus menggambarkan riwayat hidup orang-orang tertentu untuk menunjukkan bahawa Tuhan ialah Penguasa sejarah. Misalnya, Daud, raja Yehuda merupakan model raja yang ideal. Yerobeam bin Nebat merupakan tokoh perwakilan bahawa raja Israel memimpin umat melakukan dosa. Ahab dan Yehu pula mewakili raja-raja yang tidak terpelihara pada riwayat akhir. Walaupun mereka memulakan pembaharuan dan berada di bawah pengawasan para nabi pada waktu itu, namun mereka gagal melaksanakan pekerjaan pembaharuan dan akhirnya mengalami nasib buruk.

Kitab Raja-raja juga menyoroti catatan Salomo, Hizkia dan Yosia, raja-raja Yehuda dan juga Ahab, raja Israel. Mereka merupakan bintang pembaharuan Israel dan Yehuda, sementara raja-raja lain dirumuskan secara ringkas.

  1. Menunjukkan bahawa Tuhan itu adil dan benar yang menghormati orang-orang yang berbuat baik dan menghukum orang-orang yang berbuat jahat

Kitab ini berulang kali mencatatkan bahawa raja-raja yang meninggalkan Tuhan menerima musibah atas tindakan mereka sendiri dan menjadi peringatan kepada generasi-generasi akan datang. Pada masa yang sama, kitab ini juga mencatatkan peristiwa-peristiwa raja-raja yang mentaati hukum Taurat Tuhan untuk mendorong generasi-generasi akan datang supaya mengikuti Tuhan demi mendapatkan berkat yang dijanjikan-Nya. Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar kitab ini dikhaskan untuk merekodkan peristiwa-peristiwa raja-raja yang “melakukan apa yang benar di mata TUHAN” dan mematuhi hukum Taurat Tuhan.

  1. Memperlihatkan anugerah keselamatan Tuhan dan sejarah iman kepercayaan umat pilihan

Kitab ini bukan sahaja merupakan sejarah politik atau agama, tetapi juga mempunyai nilai anotasi teologi. Sekiranya bukan perincian yang diberikan dalam kitab ini, kita tidak akan tahu cara perkembangan janji tentang kerajaan Daud yang kekal. Kita juga tidak dapat memahami hikmat dan kekayaan Salomo, kisah-kisah agung nabi Elia dan Elisa, proses dan punca penawanan Israel dan Yehuda atau peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam ayat suci yang lain. Dengan janji Tuhan tentang kerajaan Daud yang kekal dan penggenapan janji itu, catatan peristiwa-peristiwa yang disusun dalam sejarah ini melambangkan rancangan anugerah keselamatan Tuhan melalui Kristus Yesus.

 

TEMA TEOLOGI

A. Menyaksikan Tuhan yang benar

  1. Tuhan menguasai sejarah

Tuhan menguasai kerajaan manusia dalam sejarah (2 Raj 19:15), membangkitkan raja-raja (1 Raj 11:23), membalikkan keadaan (1 Raj 12:15), menempatkan semula negara-negara atau menyusutkan batas-batas nasional (2 Raj 16:3, 17:8, 10:32), bangsa ditawan ke negara asing (2 Raj 17:20-23, 23:27), membangkitkan musuh untuk menghukum umat pilihan (2 Raj 24:2), dan mendatangkan malapetaka kerana murka (1 Raj 9:9; 2 Raj 6:33).

  1. Tuhan mendengar doa manusia

Doa raja Salomo (1 Raj 8:22-54), doa raja Hizkia (2 Raj 19:14-19), doa panglima Naaman (2 Raj 5:18).

  1. Tuhan menjalankan penyelamatan

Memberikan penolong (2 Raj 13:5), menghantar utusan untuk membunuh musuh (2 Raj 19:35), memberikan kemenangan atas musuh (2 Raj 5:1), dan menyembuhkan penyakit (2 Raj 5:14).

  1. Tuhan yang penuh hikmat dan Yang Mahakuasa

Hikmat-Nya (1 Raj 3:28, 4:29, 5:12, 10:24), Roh-Nya (1 Raj 18:12; 2 Raj 2:16), dan kuasa-Nya (1 Raj 18:46; 2 Raj 3:15).

  1. Tuhan menjalankan penghakiman

Penghakiman Tuhan adalah kerana umat pilihan mengingkari perjanjian dan kerana keruntuhan akhlak moral mereka (Ul 29:25). Antaranya, raja Israel Yerobeam membuat anak lembu emas dan menyebabkan umat terjatuh ke dalam dosa penyembahan berhala. Penghakiman dan hukuman Tuhan ke atasnya mempengaruhi keluarganya dan penggantinya (1 Raj 12:26-33, 21:21-22). Dosa raja Yehu mempengaruhi tiga hingga empat keturunan (Ul 5:8-9) dan menyebabkan kejatuhan Israel (2 Raj 10:30-31, 14:6). Daud berdosa, maka Tuhan membuatkan pedang tidak akan menyingkir daripada keturunannya, dan kerajaannya berpecah (2 Sam 11:4, 12:10). Yehu tidak tetap hidup menurut hukum Taurat Tuhan. Dia tidak meninggalkan dosa menyembah anak lembu emas walaupun dia menghapuskan penyembahan Baal (2 Raj 10:31). Walaupun raja Yosafat melakukan kebenaran, namun dia melancarkan perang (1 Raj 22). Raja Hizkia kehilangan hati yang berwaspada. Walaupun raja Yosia membuat pembaharuan besar, dia meninggal dunia dalam peperangan (2 Raj 23:28-30). Kekalahan Israel juga menubuatkan kehancuran Yehuda seperti yang tercatat dalam kitab Tawarikh.

  1. Tuhan melaksanakan anugerah keselamatan

Walaupun ada catatan tentang dosa dan penghakiman dalam kitab Raja-raja, namun kitab ini juga ada cahaya penyelamatan dan penebusan Tuhan yang benar. Kegemilangan kasih Tuhan membawa pengharapan kepada umat pilihan melalui janji bahawa mereka akan kembali (1 Raj 8:33-34). Hal ini kerana sangat besar kasih sayang dan berkat Tuhan, dan pasti ada sisa umat yang setia yang hidup (1 Raj 11:34; 2 Raj 11:12) untuk merealisasikan janji tentang “takhta Daud akan kukuh sampai selama-lamanya” (1 Raj 8:25, 9:5, 2:4,45). Janji seperti ini kemudiannya menggenapi nubuat bahawa anugerah keselamatan Tuhan bagi semua umat manusia akan diselesaikan oleh Yesus Kristus, keturunan Daud (Am 9:11; Mat 1:1).

  1. Tuhan menubuatkan masa depan

Nubuat tentang Tuhan dalam kitab Raja-raja disampaikan melalui para nabi. Nabi ialah jurucakap Tuhan, dan nabi memainkan peranan ini dengan setia. Dalam tempoh sejarah ini, terdapat nabi-nabi yang terkenal. Contohnya: pembalikan Natan tentang calon pengganti kerajaan Daud (1 Raj 1:22); Ahia menubuatkan perpecahan kerajaan dan kematian Yerobeam (1 Raj 11:29-39, 14:1-18); Semaya menghalang Rehabeam raja Yehuda dan menunda kekalahan terakhir (1 Raj 12:21-24). Nabi dan abdi Allah yang tidak disebutkan namanya menubuatkan kesudahan Betel (1 Raj 13:1-32); Yehu menubuatkan kesudahan kepunahan orang yang berbuat jahat (1 Raj 16:1-4). Di samping itu, nabi-nabi yang bernubuat ialah Mikha (1 Raj 22:8; 20:35-43), Yunus (2 Raj 14:25), nabiah Hulda (2 Raj 22:14-20), Yesaya (Yes 1:1) dan Yeremia. Kitab Raja-raja menggunakan seperempat ruang untuk merakamkan pelayanan kedua-dua nabi Elia (1 Raj fasal 17-19, 21; 2 Raj fasal 1) dan Elisa (2 Raj 2:1 – 10:36) selama sekitar seratus tahun.

 

B. Menumpukan ibadah

Tempat penyembahan Tuhan oleh umat pilihan ialah Khemah Pertemuan bergerak di padang gurun dan Bait Suci yang tetap di tanah Kanaan (Ul 12:1-5). Umat pilihan perlu membawa bahan korban, penghormatan atau persembahan ke sana. Mereka tidak boleh berbuat sesuka hati dengan beribadah di tempat yang disukai mereka, tetapi hanya boleh mempersembahkan korban di tempat yang dipilih oleh Tuhan. Semua tempat yang digunakan untuk ibadah pada masa lalu perlu dimusnahkan. Tetapi di kalangan raja-raja, tetap ada bukit-bukit pengorbanan yang tidak dipunahkan. Selepas perpecahan kerajaan, Yerobeam dari Kerajaan Utara membuat anak lembu emas lalu menempatkannya di Dan dan Betel di wilayah itu untuk membuat perseimbangan. Tujuannya adalah untuk mengambil hati suku-suku dari utara. Mereka tidak lagi memusatkan perhatian pada Yerusalem – tempat yang dipilih oleh Tuhan (1 Raj 12:25-30). Tindakan ini mengakibatkan hampir semua raja dihukum kerana mengikuti “dosa Yerobeam”. Bukit-bukit pengorbanan Yehuda di Kerajaan Selatan pula tetap berkembang maju. Bukit pengorbanan telah merampas hati raja Salomo (1 Raj 11:7-13) dan akhirnya merosakkan negaranya. Raja-raja selepas raja Salomo juga kebanyakannya disesatkan seperti dia sehingga akhirnya kerajaan Yehuda dimusnahkan. Hanya dua orang raja (Hizkia dan Yosia) saja yang setia pada Bait Suci dan menghancurkan bukit-bukit pengorbanan.

 

C. Mengharapkan Perjanjian Baru

Peristiwa-peristiwa dan tokoh-tokoh yang terkandung dalam kitab Raja-raja secara tersirat atau eksplisit menunjukkan pengharapan anugerah penyelamatan dan penebusan pada zaman Perjanjian Baru. Selain realisasi kerajaan Mesias yang berkesinambungan daripada kerajaan Daud, terdapat butiran-butiran lain seperti berikut:

  1. Elia melambangkan Yohanes Pembaptis (Mal 4:5,6; Yoh 1:21). Butiran ini telah disahkan ketika Yesus menggambarkan Yohanes sebagai “Elia yang akan datang itu” (Mat 11:14, 17:12). Mereka mempunyai banyak persamaan dalam sepanjang hidup mereka. Contohnya: pemakaian yang khas (2 Raj 1:7-8; Mat 3:4), menghadapi ancaman wanita (1 Raj 19:2,10,14; Mat 14:3-12), mengurapi pelapis mereka di sungai Yordan (2 Raj 2:9-14; Mat 3:13-17) dan merupakan perintis (Luk 1:17; Mal 4:6).
  2. Elisa melambangkan Yesus Kristus dan mengadakan tanda mukjizat (Ibr 2:3-4). (Mat 11:4-5) mencatatkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang diadakan oleh Yesus adalah sama dengan Elisa (Yes 61:1-3); membolehkan orang buta melihat (2 Raj 6:18-20), menyembuhkan sakit kusta (2 Raj fasal 5), ​​menghidupkan orang mati (2 Raj 4:32-37, 8:4-5, 13:21), membawa khabar baik kepada orang-orang yang putus harapan (4:1-7, 7:1-2, 8:6).

 

GARIS PANDUAN BESAR

A. Kitab 1 Raja-raja

  1. Separuh masa kedua penyatuan kerajaan (1 Raj fasal 1 – 11)
    • Usia senja Daud (fasal 1 – 2:11)
    • Raja Salomo (2:12 – 11:43)
  2. Zaman perpecahan kerajaan (1 Raj fasal 12 – 2 Raj fasal 17)

 

B. Kitab 2 Raja-raja

  1. Zaman perpecahan kerajaan (2 Raj fasal 1 – 17)
  2. Zaman raja-raja Yehuda (2 Raj fasal 18 – 25)

KEILAHIAN DAN KEMANUSIAAN YESUS

KEILAHIAN DAN KEMANUSIAAN YESUS

(Pendeta Xie Hong Jun)

 

Teras kepercayaan agama Kristian ialah mengenali siapakah Yesus, iaitu “Kristologi”. Paulus mempunyai frasa sebaran (kerygma) yang paling cemerlang untuk ini:

“Injil itu telah dijanjikan-Nya sebelumnya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya dalam kitab-kitab suci, tentang Anak-Nya, yang menurut daging diperanakkan dari keturunan Daud, dan menurut Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.” (Rm 1:2-4).

Menurut daging ialah kemanusiaan Yesus, menurut Roh kekudusan pula ialah keilahian Yesus. Kedua-duanya adalah sempurna dalam diri Yesus, kemanusiaan yang sempurna, keilahian yang sempurna. Bagi kemampuan pemikiran manusia, ini ialah misteri yang tidak dapat difahami. Satu ialah kemanusiaan yang ada batasan, satu pula ialah keilahian yang tidak terbatas. Bagaimana kedua-duanya dapat digabungkan dalam diri Yesus? Kita hanya boleh memahami kemanusiaan dan keilahian Yesus “secara berasingan” dari catatan Alkitab. Jangan melampaui garisan ini dan ianya berhenti setakat ini.

 

KEILAHIAN YESUS

A. Melampaui masa

“Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah.” (Yoh 1:1-2).

“Firman itu telah menjadi manusia dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.” (Yoh 1:14).

“sebab hukum Taurat diberikan oleh Musa, tetapi kasih karunia dan kebenaran datang oleh Yesus Kristus.” (Yoh 1:17).

Yesus ialah Firman. Dia sememangnya mendahului Yohanes (Yoh 1:30), dan juga mendahului Abraham (Yoh 8:58). Kelahiran Yesus bukanlah atas penyatuan lelaki dan perempuan melainkan pekerjaan Roh Kudus yang diturunkan ke atas Maria, anak dara yang belum berkahwin lalu dia mengandung dan melahirkan anak. Yesus dilahirkan dalam suatu masa dalam sejarah, tetapi bukan pada 12 Disember yang disebut sebagai hari Krismas. Ini pada asalnya merupakan perayaan pagan tuhan matahari Romawi. Gereja Ortodoks Yunani pula menjadikan 6 Januari sebagai hari Krismas. Bila harinya tidak penting, tetapi memang benar bahawa Yesus dilahirkan sebagai manusia. Apa yang lebih penting adalah, melihat dari sudut rohani, Yesus telah wujud sejak dahulu kala. Oleh itu, kita tidak perlu menyambut hari Krismas pada hari yang sama dengan perayaan kelahiran tuhan-tuhan pagan seolah-olah Dia tidak wujud sebelum dilahirkan dan menjatuhkan kedudukan Yesus kepada kedudukan tuhan-tuhan pagan. Yesus ialah Tuhan yang wujud sejak dahulu kala.

 

B. Menciptakan alam semesta

“Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.” (Yoh 1:3).

“Setelah pada zaman dahulu Allah berulang kali dan dalam pelbagai cara berbicara kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi-nabi, maka pada zaman akhir ini Ia telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima segala yang ada. Oleh Dia Allah telah menjadikan alam semesta.” (Ibr 1:1-2).

“Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia.” (Kol 1:15-16).

Yesuslah Tuhan yang menciptakan alam semesta.

 

C. Melampaui ruang

Ketika Yesus memanggil Natanael, mereka dipisahkan dengan jarak yang agak jauh. Namun Yesus telah mengetahui bahawa Natanael seorang Israel. Apabila Natanael bertanya dengan ragu-ragu: “Bagaimana Engkau mengenal aku?” Jawab Yesus kepadanya: “Sebelum Filipus memanggil engkau, Aku telah melihat engkau di bawah pohon ara.” (Yoh 1:48).

Lazarus mati kerana sakit. Sebelum tiba di Betania, Yesus telah mengetahui bahawa Lazarus telah mati. Dia mahu pergi membangunkan dia dari tidurnya supaya dia bangkit. Yesus berkata kepada murid-murid: “”Lazarus sudah mati; tetapi syukurlah Aku tidak hadir pada waktu itu, sebab demikian lebih baik bagimu, supaya kamu dapat belajar percaya.” (Yoh 11:14-15).

 

D. Kuasa yang tidak terbatas

Yesus tiga kali membangkitkan orang mati: anak perempuan Yairus, anak tunggal kepada janda dan Lazarus. Tempoh kematian yang paling lama ialah empat hari. Menurut konsep adat orang Yahudi, orang yang telah mati untuk empat hari, mayatnya mula berbau busuk dan tidak mungkin akan bangkit. Orang yang mati kurang daripada empat hari pula mungkin bangkit. Semestinya, dalam perspektif perubatan moden, asalkan otak mati dan degupan jantung berhenti, ia ialah kematian, tidak mungkin akan bangkit. Namun, Yesus sengaja tinggal dua hari lagi di tempat di mana Dia berada, kemudian barulah Dia ke Betania. Lazarus sudah mati untuk empat hari, langsung tidak berkemungkinan untuk bangkit. Walau bagaimanapun, Yesus ialah Tuhan, Dialah kebangkitan dan hidup (Yoh 11:25).

Yesus dapat berjalan di atas air (Mat 14:22-33), meneduhkan angin dan danau (Mrk 4:35-41), orang-orang sakit memohon diperkenankan hanya menjamah jubah-Nya saja, dan semua orang yang menjamah-Nya menjadi sembuh (Mrk 6:56).

 

E. Kemuliaan Tuhan

Doa Yesus sebelum menghadapi penderitaan, “Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.” (Yoh 17:5).

Yesus ialah Anak Manusia yang telah turun dari syurga tetapi tetap berada di syurga (Yoh 3:13). Melihat dari sudut rohani, itu melampaui pemisahan antara langit dan bumi. “Aku dan Bapa adalah satu.” (Yoh 10:30), Anak dan Bapa adalah satu. Cuma kini Dia muncul di hadapan manusia dengan identiti Anak Manusia, merupakan “Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia” (1 Tim 3:16), “dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan” (Kol 2:9).

Menurut daging, keturunan Israel menurunkan Yesus dalam keadaan-Nya sebagai manusia, namun menurut sifat keilahian, Dia yang ada di atas segala sesuatu. Ia adalah Allah yang harus dipuji sampai selama-lamanya (Rm 9:5).

Menurut manuskrip yang berwibawa dan boleh dipercayai bagi Injil Yohanes 1:18, Yesus merupakan satu-satunya Tuhan di sisi Bapa. Terjemahan Bahasa Inggeris NIV diterjemahkan berdasarkan manuskrip ini:

“No one has ever seen God, but God the One and Only, who is at the Father’s side, has made him known.”

 

KEMANUSIAAN YESUS

Yesus dilahirkan sebagai manusia. Dia dilahirkan dalam palungan di rumah penginapan di Betlehem dan disaksikan oleh gembala-gembala. Ketika genap lapan hari, bayi Yesus disunatkan (Luk 2:21).

Ketika berusia dua belas tahun, Yesus pergi ke bait suci untuk memegang perayaan Paskah. Dia duduk di tengah-tengah alim ulama, sambil mendengarkan mereka dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka (Luk 2:46), mempelajari Firman dan hikmat dalam Alkitab. Jika dilihat dari sudut pandangan manusia, Yesus perlu belajar untuk memahami Alkitab.

Memandangkan Yesus ada tubuh daging, Dia juga akan merasa lapar. Setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Yesus (Mat 4:1-2). Iblis datang mencobaiNya dengan menyuruh Dia memerintahkan supaya batu-batu menjadi roti. Yesus benar-benar telah lapar. Jikalau tidak, Iblis tidak perlu mencobaiNya sedemikian.

Yesus juga berasa sangat letih dan dahaga oleh perjalanan. Dia perlu berehat dan minum air (Yoh 4:6). Dia meminta air minum daripada perempuan Samaria tetapi ditolak lalu membuka jalan kepada perbincangan tentang air hidup.

Hati Yesus yang penuh belas kasihan menggerakkan manusia. Dia sememangnya tahu bahawa kematian Lazarus hanyalah untuk sementara sahaja, dan sebentar nanti Dia akan membangkitkannya. Namun apabila Yesus melihat orang-orang Yahudi yang datang menghibur itu menangis, Maria juga menangis, maka masygullah hati-Nya. Ia sangat terharu, maka menangislah Yesus. Yesus pada ketika ini perlu dilihat kemanusiaanNya dari persepktif manusia dan bukan dilihat dari perspektif keilahian. Jika tidak, tidak dapat difahami bahawa Tuhan adalah mahakuasa, tetapi mengapakah Dia bersedih? Mengapa Dia menangis?

Segala kelemahan kemanusiaan telah dilalui dan dirasai oleh Yesus, hanya Dia tidak berbuat dosa (Ibr 4:15). Dia anak dari darah dan daging, sama seperti kita, dengan itu, Dia dapat mengalami kematian supaya oleh kematian-Nya Ia memusnahkan Iblis yang berkuasa ke atas maut (Ibr 2:14). Yesus ada tubuh daging. Dengan itu, Dia dapat mempersembahkan korban penghapus dosa dan pendamaian bagi kita. Paulus berkata: “Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah. Dengan jalan mengutus Anak-Nya sendiri dalam daging, yang serupa dengan daging yang dikuasai dosa karena dosa, Ia telah menjatuhkan hukuman atas dosa di dalam daging.” (Rm 8:3).

Apabila berhadapan dengan penderitaan kayu salib, Tuhan juga berasa sangat takut dan gentar, hatiNya sangat sedih, seperti mahu mati rasanya (Mrk 14:33-34). Maka, Dia perlu doa bersungguh-sungguh, peluh-Nya menjadi seperti titik-titik darah yang bertetesan ke tanah, malaikat dari langit menampakkan diri kepada-Nya untuk memberi kekuatan kepada-Nya dalam melalui penderitaan salib (Luk 22:39-46).

Yesus menang dalam kemanusiaan dan menjadi sumber kemenangan kita. Asalkan kita sudi mengikuti jejak Yesus, dengan bersandarkan pertolongan Roh Kudus, kita juga dapat mengatasi cobaan dan godaan daging seperti Yesus.

 

KESIMPULAN

Dalam aspek keilahian, Tuhan Yesus menunjukkan rupa Tuhan. Dalam aspek kemanusiaan, Dia menunjukkan rupa seorang hamba. Oleh yang demikian, semasa kita mendalami Alkitab, bila kita harus memahaminya dari aspek keilahian dan bila pula kita harus memahaminya dari aspek kemanusiaan? Ini merupakan satu butiran utama yang kita perlu kaji dengan lebih mendalam.

KEPERCAYAAN ASAS GEREJA

KEPERCAYAAN ASAS GEREJA

(Pendeta Xie Xi Hai)

 

Pada zaman rasul, gereja dapat berkembang dengan pesat walaupun berada dalam keadaan yang sukar kerana tanda-tanda mujizat yang nyata dan kesaksian-kesaksian pemercaya secara aktif. Namun disebabkan kekurangan pekerja, terdapat banyak orang dari pelbagai bangsa yang masih tidak dapat menghapuskan konsep sedia ada sepenuhnya walaupun telah menerima anugerah keselamatan Tuhan. Ini menyebabkan timbulnya banyak ajaran sesat dalam hujung zaman gereja rasul dan akhirnya Roh Kudus berhenti dicurahkan. Pada masa kini, walaupun percaya dan beribadah kepada Tuhan Yesus, namun terdapat ratusan mazhab yang berbeza. Gereja ini (Gereja Yesus Benar) dibangunkan di bawah kasih karunia dan perlindungan Tuhan, ada penyertaan Roh Kudus, ada kesaksian tanda-tanda mujizat dan menerima tanggungjawab yang berat lagi besar untuk memulihkan kembali gereja zaman rasul. Sememangnya kita menerima sepenuhnya Kebenaran Alkitab, namun untuk membuatkan manusia memahami dengan jelas Kebenaran utama pegangan gereja, maka Kebenaran yang penting diringkaskan berdasarkan Alkitab dan digelar sebagai “Kepercayaan Asas”. Gereja bukan sahaja berharap dapat membuatkan pemercaya mengetahui dan mendirikan asas iman mereka, tetapi juga berharap agar lebih ramai orang yang akan maju dan menerima anugerah keselamatan yang sempurna kerana mengkaji dengan teliti. Berikut merupakan ringkasan kepercayaan asas ini:

 

  1. Percaya bahawa Yesus ialah Firman yang menjadi manusia, mati di atas kayu salib sebagai pengganti demi menyelamatkan orang-orang yang berdosa, bangkit pada hari ketiga dan terangkat ke syurga; Dia Juruselamat tunggal bagi umat manusia, Penguasa ke atas langit dan bumi, Tuhan yang esa.

Tuhan Yesus merupakan Tuhan yang esa di syurga. Dia yang mencipta dan menguruskan langit, bumi serta segala isinya, Dia berkuasa sepenuhnya ke atas manusia. Tidak ada tuhan yang lain selain Dia (Yes 45:18). Selepas nenek moyang manusia berdosa, manusia dikawal dan ditutupi oleh dosa. Manusia tidak dapat mengenali Tuhan yang di syurga. Walaupun mempunyai hati yang menyembah kepada Tuhan, namun manusia sebaliknya menciptakan banyak berhala (rujuk Rm 1:21-23). Manusia juga tidak dapat menyelamatkan diri sendiri melalui perbuatan sendiri. Oleh itu, untuk menyelamatkan umat manusia, Tuhan Yesus sendiri dilahirkan dari syurga; “telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.” (Flp 2:7); mengesahkan identitiNya yang terhormat melalui tanda-tanda mujizat yang dilakukanNya; menjelaskan Injl kerajaan syurga supaya manusia benar-benar mengenali Tuhan. Akhir sekali, untuk memenuhi keadilanNya, untuk menanggung dosa manusia, Dia mati di atas kayu salib, menunjukkan kasih agung Tuhan (Rm 5:8), memotivasikan iman manusia (Rm 8:31-34), dan memusnahkan Iblis, yang berkuasa atas maut (Ibr 2:14). Namun Dia tidak dikawal oleh dosa. Pada hari ketiga, Dia bangkit dari antara orang mati dan mengesahkan kuasa agung Tuhan (Ef 1:20). Dia juga menampakkan diri kepada para rasul dan mengamanahkan mereka dengan tugas memberitakan Injil keselamatan. Selepas empat puluh hari, Dia terangkat ke syurga disaksikan oleh para rasul (Kis 1:9). Tuhan Yesus telah membuka jalan yang baru dan yang hidup untuk manusia, seperti yang dikatakanNya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yoh 14:6). Oleh itu, kita harus menerima kesaksian para rasul dengan rendah hati: “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” (Kis 4:12). Peganglah janjiNya, pertahankanlah KebenaranNya, sembahlah Dia dalam hati yang benar, tidak meninggalkanNya untuk selama-lamanya (Yoh 4:24).

 

  1. Percaya bahawa Alkitab Perjanjian Lama dan Baru diilhamkan oleh Tuhan, merupakan satu-satunya kitab klasik yang membuktikan Firman Kebenaran.

Keseluruhan Alkitab dibahagikan kepada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dengan kelahiran Tuhan sebagai garis pemisah. Melihat dari sejarah manusia, dari gulungan kitab pertama dalam Perjanjian Lama iaitu “Kejadian” (dituliskan kira-kira pada tahun 1400SM) hingga ke gulungan terakhir dalam Perjanjian Baru iaitu Wahyu (dituliskan kira-kira pada tahun 90M), jarak masa di antaranya adalah lebih daripada dua ribu tahun. Jumlah penulis pula melebihi empat puluh orang. Ada yang merupakan raja sesebuah negara atau pemimpin, contohnya Salomo, Musa; ada yang menjadi petani, contohnya Amos (Am 7:14); ada doktor (tabib), contohnya Lukas (Kol 4:14). Semuanya berada dalam zaman yang berlainan dengan latar belakang yang berbeza. Namun kesemua 66 gulungan ini adalah konsisten, saling melengkapi dan mengesahkan, seolah-olah Ia ditulis oleh orang yang sama. Jika bukan ada pimpinan daripada mahakuasa yang tiada permulaan dan tiada penghujung serta yang berkuasa ke atas segalanya, Ia tidak akan menjadi sempurna seperti ini. Ini mengesahkan: “Segala tulisan yang diilhamkan Allah.” (2 Tim 3:16). Pekerja-pekerjaNya, bahkan Dia sendiri datang ke dunia, bersama-sama memberitakan dan menyebarkan tentang kehendak, perbuatan, hukum Taurat dan pengajaran Tuhan. Melalui kisah-kisah dan nubuat-nubuat yang dicatatkan oleh pekerja zaman-berzaman, orang-orang yang sudi datang mengkaji dengan rendah hati dapat mengenali Tuhan, percaya dan bersandar kepadaNya, taat kepadaNya dan memberitakanNya. Walaupun 66 gulungan kitab dalam Alkitab merupakan perbandingan, perbincangan dan penyelidikan sejarah bagi ramai orang di zaman-zaman yang berbeza lalu akhirnya disusun, namun Tuhan menyatakan perkataanNya kepada hambaNya untuk dicatatkan pada setiap zaman tersebut. Semestinya, Dia juga pasti memimpin editor tersebut secara sembunyi untuk menggabungkannya menjadi sebuah kitab klasik yang lengkap dan menjadi kesaksianNya yang tunggal. Maka, kita percaya bahawa “Alkitab” merupakan perkataan Tuhan yang tunggal. Selain 66 gulungan kitab ini, walaupun terdapat karya-karya lain atau hasil tafsiran manusia, namun ianya mestilah menjadikan Kebenaran dalam Alkitab sebagai satu-satunya dasar pertimbangan. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab: “Janganlah kamu menambahi apa yang kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu menguranginya.” (Ul 4:2; Why 22:18-19). Kebenaran dalam Alkitab merupakan piawaian tertinggi dalam iman kepercayaan dan tindakan kita. Tidak kira bagaimana zaman dan persekitaran berubah, prinsip Kebenaran selamanya tidak berubah, dan janji Tuhan tidak ada yang tidak dipenuhi kerana Tuhan berkata: “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.” (Mat 24:35). Kita harus rajin berusaha dalam Firman, selalu menyimpan Kebenaran dalam hati (Kol 3:16) supaya ia menjadi kekuatan untuk mengharapkan kedatangan semula Tuhan.

 

  1. Percaya bahawa gereja diasaskan oleh Roh Kudus hujan akhir demi memulihkan kembali gereja benar gereja rasul.

Pada hujung zaman rasul, ajaran sesat dan pemikiran manusia mencerobohi gereja lalu menyebabkan Roh Kudus berhenti dicurahkan. Namun Tuhan tidak akan melepaskan rancangan penyelamatan dan penebusanNya. Nubuat nabi: “Hai bani Sion, bersorak-soraklah dan bersukacitalah karena Tuhan, Allahmu! Sebab telah diberikan-Nya kepadamu hujan pada awal musim dengan adilnya, dan diturunkan-Nya kepadamu hujan, hujan pada awal (hujan awal, untuk kegunaan menyemai benih) dan hujan pada akhir musim (hujan akhir, untuk kegunaan menuai) seperti dahulu.” (Yl 2:23). Dorongan nabi: “Mintalah hujan dari pada TUHAN pada akhir musim semi! Tuhanlah yang membuat awan-awan pembawa hujan deras, dan hujan lebat akan diberikannya kepada mereka dan tumbuh-tumbuhan di padang kepada setiap orang.” (Za 10:1). Dengan kasihNya, Tuhan sekali lagi mencurahkan Roh Kudus (hujan akhir). Pada tahun 1917, Gereja Yesus Benar ditubuhkan secara rasminya di Beiping, China. Melalui pekerja-pekerjaNya yang terpilih, walaupun tidak mempunyai kekuatan kewangan, pendidikan dan kuasa, namun oleh sebab tanda-tanda mujizat dinyatakan, Gereja Yesus Benar disebarkan ke merata tempat dengan pantas dan memimpin ramai orang menerima anugerah keselamatanNya. Pada masa kini, secara puratanya di setiap benua terdapat tempat-tempat yang mewarisi amanat agung gereja rasul (rujuk Kis 1:8). Gereja ini sangat dikasihi oleh Tuhan, dan kebenaran Alkitab dapat ditegakkan dengan iman yang murni, diterima sepenuhnya, dan dikecualikan daripada semua perbuatan dan penjelasan manusia. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur, hidup dalam kerendahan hati, berjaga-jaga, mempunyai iman yang kukuh untuk mewarisi semangat kerja para rasul dan pekerja terdahulu. Dengan kuasa Roh Kudus, bagi aspek dalaman, dapat saling mengasihi, melayani dan membinanya menjadi pengantin perempuan yang berhias; bagi aspek luaran pula, memberi kesaksian dengan berani, memperbetulkan kelemahan gereja mazhab lain supaya kerajaan Tuhan dapat diperluaskan, Injil diberitakan di seluruh dunia, menyongsong kedatangan semula Tuhan dan bersama-sama memuji kemuliaan Tuhan.

 

  1. Percaya bahawa baptisan air ialah upacara untuk pengampunan dosa dan kelahiran semula, harus dijalankan oleh orang yang telah menerima kedua-dua baptisan air dan Roh, membaptis dalam air hidup dalam nama Tuhan Yesus, dan orang yang dibaptis perlu menundukkan kepala dan seluruh tubuh ditenggalami air.

Selepas Tuhan Yesus bangkit dari antara orang mati dan sebelum terangkat ke syurga, Dia pernah berpesan kepada murid-muridnya dengan kuasa yang diperolehiNya: “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” (Mat 28:19). Maka pada hari ini, kita percaya dan harus sepenuhnya mengikuti tindakan para rasul. Diri kita sendiri perlu terlebih dahulu menerima Sakramen Pembaptisan yang bersesuaian dengan Alkitab. Terima baptisan oleh penguasa yang telah menerima pengesahan Roh Kudus, dijalankan dalam nama Tuhan Yesus (Kis 2:38), mencontohi Tuhan Yesus yang seluruh tubuh ditenggelamkan ke dalam air (Mat 3:16; Kis 8:38-39) dan dengan cara menundukkan kepala (Yoh 19:30; Rm 6:5) serta dijalankan di dalam sumber air yang hidup. Baptisan dijalankan bagi orang yang mahu percaya bahawa Tuhan Yesus merupakan juruselamat tunggal untuk pengampunan dosanya sepenuhnya (Kis 2:38).

 

  1. Percaya bahawa Roh Kudus ialah jaminan bagian kerajaan syurga, dan berbahasa roh ialah bukti nyata penerimaan Roh Kudus.

Selepas Tuhan Yesus bangkit dan terangkat ke syurga, rasul-rasul berbuat seperti yang diperintahkan oleh Tuhan iaitu menantikan pencurahan Roh Kudus dengan berdoa. Pada hari Pentakosta, Roh Kudus yang dijanjikan diturunkan ke atas mereka, mereka berkata-kata dalam “bahasa-bahasa lain” atau digelar sebagai “bahasa lidah yang pelik” atau juga digelar sebagai bahasa roh (Kis 2:1-4). Hanya orang-orang soleh yang digerakkan oleh Tuhan sahaja yang dapat memahami ertinya (Kis 2:8-13). Oleh itu, ia digelar sebagai “bahasa roh”. Kemudian, para rasul menggunakan pengalaman sendiri untuk menjadi dasar dalam menilai bahawa orang banyak mendapat Roh Kudus (Kis 10:44-48). Mereka juga menegaskan bahawa “Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita.”( Ef 1:14). Pada hari ini, kita percaya bahawa pengalaman zaman rasul juga akan dinyatakan di atas orang yang percaya sepenuhnya bagi membuktikan mereka ialah milik Kristus (Rm 8:9).

 

  1. Percaya bahawa Sakramen Pembasuhan Kaki adalah mendapat bagian dalam Tuhan, upacara yang mengajar tentang saling mengasihi, kekudusan, kerendahan hati, pelayanan dan mengampuni. Setiap orang yang terima baptisan air perlu diberikan satu kali pembasuhan kaki dalam nama Tuhan Yesus. Saling membasuh kaki boleh dilaksanakan bila-bila perlu.

Perihal berkenaan Tuhan Yesus membasuh kaki murid-murid semasa mereka makan perjamuan malam yang terakhir hanya dicatatkan dalam Injil Yohanes fasal 13. Tidak ada catatan lain tentangnya dalam kitab-kitab Perjanjian Baru yang lain. Namun dari perbualan antara Tuhan dan Petrus (Yoh 13:8), dapat diketahui bahawa ini bukanlah adat basuh kaki orang Yahudi melainkan mempunyai kaitan rapat dengan keselamatan (mendapat bagian dalam Tuhan). Oleh itu, gereja menegakkan perintah Tuhan Yesus dalam kuasaNya: “sebab Aku telah memberikan suatu teladan kepada kamu, supaya kamu juga berbuat sama seperti yang telah Kuperbuat kepadamu.” (Yoh 13:15), mempertahankan dan melaksanakannya dengan membasuh kaki semua orang yang dibaptis dengan air untuk satu kali. Pengajaran Kebenaran dalam Sakramen Pembasuhan Kaki harus dipraktikkan dalam kehidupan untuk memuliakan nama Tuhan.

 

  1. Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus adalah untuk memperingati kematian Tuhan, upacara untuk sama-sama menerima daging dan darah Tuhan, mengikatkan diri pada Tuhan, boleh mendapat hidup kekal dan bangkit pada hari kiamat. Harus selalu dijalankan, tetapi mesti menggunakan satu roti tidak beragi dan hasil pokok anggur.

Semasa jamuan malam yang terakhir (perjamuan Paskah, harus hapuskan segala ragi pada masa ini), Tuhan Yesus mengasaskan Perjamuan Kudus dan berpesan kepada murid-murid untuk melakukannya sedemikian (Luk 22:19). Kemudian, setelah Paulus percaya kepada Tuhan, dengan apa yang diterimanya daripada Tuhan (1 Kor 11:23), dia dengan tegasnya memperingatkan jemaat di Korintus supaya mengadakan Perjamuan Kudus secara serius dan bersungguh-sungguh. Pada hari ini, dengan tekad hati yang murni, kita percaya Kebenaran yang dinyatakan dalam Perjamuan Kudus, bahkan semuanya adalah menurut catatan Alkitab, dengan menggunakan satu roti tidak beragi dan secerek hasil pokok anggur (1 Kor 10:16-17). Ia tidak diubah sesuka hati menurut pemikiran manusia. Dengan itu, pastinya dapat terima apa yang dijanjikan oleh Tuhan, “Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia.” (Yoh 6:56).

 

  1. Percaya bahawa hari Sabat (hari Sabtu) merupakan hari kudus yang diberkati Tuhan. Namun harus memperingati anugerah penciptaan dan penyelamatan dalam kasih karunia di samping memegangnya dengan mengharapkan istirahat yang kekal pada masa akan datang.

Tuhan di syurga menciptakan langit, bumi dan segala isinya dalam masa enam hari, “berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya.” (Kej 2:2-3). Tuhan sebenarnya tidak memerlukan rehat namun Dia menguduskan hari ketujuh. Kemudian, Dia memberikannya kepada orang Israel (Kel 16:23) malah dimaktubkan sebagai salah satu hukum dalam Sepuluh Hukum (Kel 20:8) dan menjadi peringatan di antara Tuhan dan umat pilihan (Yeh 20:12). Oleh itu, Tuhan Yesus menegaskan dengan berkata: “Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat.” (Mrk 2:27). Nampaknya hari Sabat ialah hari yang dibezakan dan diberkati Tuhan. Ia merupakan hari kasih karunia yang Tuhan berikan kepada orang-orang yang sudi takut akan Dia. Oleh itu, tidak kira Tuhan Yesus atau para rasul, semuanya memegang hari tersebut dengan hati yang sukacita dan ianya tidak berubah (Luk 4:16; Kis 17:2). Hari Sabat ialah hari Sabtu. Maka, gereja mengikut teladan Tuhan, dengan hati yang menerima kasih karunia Tuhan, bukti dan sukacita, kita memperingati dan memegang hari Sabat. Kita berkumpul pada hari tersebut untuk bersama-sama beribadah kepada Tuhan, menikmati istirahat untuk keseluruhan tubuh dan lebih-lebih lagi mengharapkan istirahat yang kekal pada masa kelak (Ibr 4:9-11).

 

  1. Percaya bahawa diselamatkan oleh iman kerana kasih karunia. Namun harus bersandar kepada Roh Kudus untuk mengejar kekudusan, mempraktikkan pengajaran tentang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia.

Semasa Adam dan Hawa diciptakan, Tuhan memberi kuasa kepada mereka untuk “taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi.” (Kej 1:28). Sebaik sahaja mereka berdosa membelakangi perintah Tuhan, mereka bukan sahaja dihalau dari taman Eden, bahkan jauh dari hadapan Tuhan. Kuasa mereka juga telah jatuh ke dalam tangan Iblis (rujuk Luk 4:6). Dosa masuk ke dalam dunia (Rm 5:12) dan mengawal dunia. Oleh itu, walaupun manusia yang datang ke dalam dunia ini mempunyai niat hati untuk mengejar destinasi hujung yang indah bagi jiwa rohani melalui kebajikan, amalan dan kebijaksanaan manusia, namun mereka rata-rata tidak dapat melepaskan diri sepenuhnya daripada kawalan dosa dan mencapai tahap dibenarkan oleh Tuhan. Manusia tidak dapat menyelamatkan diri sendiri. Kini, Kristus Yesus telah ditentukan Allah menjadi jalan pendamaian (Rm 3:25). Melalui darahNya yang bernilai yang dialirkan, Dia menyucikan dosa manusia supaya manusia dapat dibenarkan dengan cuma-cuma, datang kepada Tuhan dan berdamai denganNya (Kol 1:20). Oleh itu, kita harus percaya maka akan dapat menerima kasih karunia Dia di samping mendapat hidup yang baru supaya kita tidak lagi hidup di bawah dosa dan hukum Taurat tetapi di bawah kasih karunia (Rm 6:14). Tambahan pula, Tuhan mencurahkan Roh Kudus untuk diam di dalam orang-orang yang percaya dan bersandar kepadaNya bagi menolong mereka. Walaupun masih hidup dalam dunia dan darah daging, tetapi tidak lagi memikirkan hal-hal yang dari daging, sebaliknya memikirkan hal-hal yang dari Roh (Rm 8:5), serahkan diri sendiri menjadi hamba kebenaran, bertumbuh di dalam segala hal, bukan sahaja terus-menerus diperbaharui, menyatakan rupa Tuhan di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4:24), malahan anggota-anggota saling membantu dan saling mengasihi, bersambung rapat, mendirikan tubuh (jemaat) yang kuat dan memuliakan nama Tuhan.

 

  1. Percaya bahawa Tuhan Yesus pasti datang dari syurga pada hari kiamat dunia untuk menghakimi seluruh bangsa, orang benar mendapat hidup yang kekal, orang yang jahat mendapat seksaan yang kekal.

Kita percaya dan bersandar kepada Tuhan Yesus serta menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia. Kita bukan sahaja dapat merasai pimpinan, pertolongan dan penghiburan Dia dalam apa jua persekitaran pada hari ini, apa yang lebih penting ialah mendapat “suatu bagian yang tidak dapat binasa, yang tidak dapat cemar dan yang tidak dapat layu, yang tersimpan di sorga bagi kamu.” (1 Ptr 1:4). Pengharapan ini benar kerana adanya Tuhan Yesus yang mengumumkan dengan jelas: “Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku.” (Yoh 14:2-3). Tambahan pula, Tuhan Yesus terangkat ke syurga disaksikan para rasul, malaikat mengumumkan: “Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga.” (Kis 1:11). Ada pula Roh Kudus yang diberikan oleh Tuhan Yesus yang memberi kesaksian kepada kita: “Dan Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita sampai kita memperoleh seluruhnya, yaitu penebusan yang menjadikan kita milik Allah, untuk memuji kemuliaan-Nya.” (Ef 1:14). Pengharapan ini pasti menjadi kenyataan masa Tuhan datang semula pada hari kiamat dunia. Kita juga tahu bahawa apabila Tuhan memimpin malaikat-malaikat datang semula dalam segala kemuliaan, Dia pasti akan menghakimi semua bangsa. Barangsiapa yang takut akan Tuhan dan mengasihi manusia, setia sampai mati serta mempertahankan kepercayaan yang betul, Dia akan mengaruniai mereka mahkota kebenaran (rujuk 2 Tim 4:8). Barangsiapa yang tegar tidak bertaubat, melakukan kejahatan dan menolak Tuhan, mereka akan dilemparkan ke dalam lautan api untuk menerima hukuman yang kekal (Why 20:15). Oleh yang demikian, pada hari ini, kita yang berada dalam zaman Tuhan Yesus bersabar, haruslah senantiasa berjaga-jaga, dengan kelemahlembutan dan kerendahan hati terima ajaran Kebenaran, pohon Roh Kudus memenuhi dan menggerakkan hati kita supaya kedapatan tak bercacat dan tak bernoda di hadapan-Nya (2 Ptr 3:14) lalu akhirnya dengan penuh keberanian berdiri di hadapan penghakiman kasih karunia untuk menerima ganjaran kemuliaan Tuhan.

PANDUAN PEMBACAAN INJIL YOHANES

PANDUAN PEMBACAAN INJIL YOHANES

(Pendeta Xie Xi Hai)

 

Tuhan Yesus berkata: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yoh 14:6). Hanya melalui Injil Kebenaran yang diberitakan oleh Tuhan sahaja manusia dapat benar-benar mengenali Tuhan di syurga, meninggalkan segala perbuatan sia-sia, berhala dan kepercayaan tahayul (Kis 14:15) di samping mengenali dengan jelas kelemahan, dosa dan keperluan manusia, sama seperti diterangi dengan cahaya. Hanya Dia sahaja yang membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita supaya manusia memperoleh damai sejahtera dan kasih karunia lalu akhirnya dapat datang kepada Tuhan untuk menerima ganjaran hidup kekal. Maka, Tuhan Yesus merupakan kasih karunia dari syurga yang terbaik yang diberikan oleh Tuhan kepada kita (rujuk Yoh 3:31). Rasul Yohanes mencatatkan segala yang dilakukan dan diberitakan oleh Tuhan Yesus, dengan tujuan “supaya kamu percaya, bahwa Yesuslah Mesias, Anak Allah, dan supaya kamu oleh imanmu memperoleh hidup dalam nama-Nya.” (Yoh 20:31). Jadi bagaimana kita dapat percaya? Dari Injil Yohanes, kita dapat melihat banyak kesaksian:

 

MENERIMA KESAKSIAN

“Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, penuh kasih karunia dan kebenaran.” (Yoh 1:1,14). Demi membuatkan manusia percaya, Tuhan menggunakan pelbagai kesaksian untuk menyatakan Yesus ialah Tuhan ini:

 

A. Kesaksian Yohanes Pembaptis

“Datanglah seorang yang diutus Allah, namanya Yohanes; ia datang sebagai saksi untuk memberi kesaksian tentang terang itu, supaya oleh dia semua orang menjadi percaya.” (Yoh 1:6-7). Yohanes Pembaptis pada mulanya memberitakan tentang baptisan bagi orang-orang yang bertaubat. Ramai yang mendengarkannya dan beranggapan bahawa dialah Mesias yang mereka harapkan. Namun Yohanes Pembaptis dengan jelasnya menyatakan: “dia hanyalah hamba yang memberi kesaksian untukNya” (rujuk Yoh 1:26-27). Selepas Tuhan Yesus menerima baptisan Yohanes Pembaptis untuk menggenapkan seluruh kehendak Allah, Yohanes Pembaptis segera membuat kesaksian untuk Tuhan dengan berkata: “Yesus ialah Juruselamat yang bakal datang, Dialah Anak Allah” kerana dia melihat Roh Kudus turun ke atas Tuhan Yesus (Yoh 1:31-34). Walaupun dia tidak pernah membuat satu tanda pun seumur hidupnya, namun kesaksiannya membuatkan ramai percaya kepada Tuhan (Yoh 10:40-42).

 

B. Kesaksian hukum Taurat dan nabi

Tuhan berkata: “Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci, sebab kamu menyangka bahwa oleh-Nya kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku.” (Yoh 5:39). “Kitab-kitab Suci” ini merujuk kepada hukum Taurat Musa dan mesej yang diberitakan oleh para nabi. Maka Tuhan Yesus berkata: “Sebab jikalau kamu percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya juga kepada-Ku, sebab ia telah menulis tentang Aku.” (Yoh 5:46). Dia selalu memetik mesej daripada kitab Perjanjian Lama untuk membuktikan Dialah Anak Allah Yoh 10:30,34-36) atau untuk menjelaskan segala perbuatan atau pengajaranNya (rujuk Yoh 7:19-24; 6:45). Tuhan Yesus datang untuk menggenapkan gulungan kitab yang ada tertulis tentang Dia untuk melakukan kehendak Tuhan (Ibr 10:7). Orang yang sudi berfikir pasti dapat menjadi sama seperti rasul, terfikir “bahwa hal itu telah dikatakan-Nya, dan percayalah akan Kitab Suci dan akan perkataan yang telah diucapkan Yesus.” (Yoh 2:22; 7:40; 12:16).

 

C. Kesaksian Tuhan sendiri

Demi membangunkan iman manusia supaya mengenali anugerah keselamatan yang diasaskan oleh Tuhan, Tuhan menampakkan kesaksian dari syurga ketika Tuhan Yesus bekerja. Contohnya ketika Tuhan Yesus menerima baptisan Yohanes Pembaptis, Tuhan bersuara dari syurga yang mengatakan: “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan.” (Mat 3:17; Yoh 5:37). Sekali lagi, Tuhan berseru: “Bapa, muliakanlah nama-Mu! Maka terdengarlah suara dari sorga: Aku telah memuliakan-Nya, dan Aku akan memuliakan-Nya lagi!” (Yoh 12:28-30). Ketika Tuhan Yesus membawa beberapa orang murid naik ke atas gunung untuk berdoa, Tuhan mengutus Musa dan Elia untuk menampakkan diri kepada mereka, lalu bersuara: “Inilah Anak-Ku yang Kupilih, dengarkanlah Dia.” (Luk 9:35) dengan tujuan meneguhkan iman para rasul (rujuk 2 Ptr 1:17-18). Percayalah kepada terang itu, selama terang itu ada pada kita (Yoh 12:36).

 

D. Kesaksian tanda-tanda mujizat

Memang tidak mudah untuk mengubah dan meninggalkan kepercayaan serta konsep yang tidak tepat yang sedia ada. Tuhan berkata: “Jika kamu tidak melihat tanda dan mujizat, kamu tidak percaya.” (Yoh 4:48). Dia rela memikirkan kelemahan sifat manusia. Oleh itu, Dia selalu menyatakan tanda-tanda mujizat bukan sahaja supaya tubuh jasmani manusia dapat terlepas daripada penderitaan penyakit, tetapi juga supaya manusia mengenali kuasanya dan menjadi percaya. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab: “Tetapi di antara orang banyak itu ada banyak yang percaya kepada-Nya dan mereka berkata: “Apabila Kristus datang, mungkinkah Ia akan mengadakan lebih banyak mujizat dari pada yang telah diadakan oleh Dia ini?”” (Yoh 7:31). Dengan ini juga Tuhan Yesus menghibur dan mendorong murid-murid dengan berkata: “Percayalah kepada-Ku, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku; atau setidak-tidaknya, percayalah karena pekerjaan-pekerjaan itu sendiri.” (Yoh 14:11). Tuhan juga menyeru Lazarus bangkit daripada kematian dan membuktikan “Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati.” (Yoh 11:25). Ramai yang percaya kepada Tuhan pada hari ini dan melayani Dia dengan soleh kerana mengalami kuasaNya.

 

E. Kesaksian para rasul

Para rasul rela meninggalkan segalanya lalu mengikuti Tuhan Yesus memberitakan Injil kerajaan Tuhan di merata tempat. Apabila orang banyak meninggalkan Tuhan kerana tidak memahami ajaranNya, mereka tetap teguh berpegang sampai kepada akhirnya (Yoh 6:66-69). Ini kerana mereka sendiri dapat mengalami kuasa Tuhan (Yoh 2:11) dan menerimanya (Yoh 1:46-49). Sama seperti rasul Yohanes memberi kesaksian dengan berkata: “Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup.” (1 Yoh 1:1). Mereka juga pernah berasa ragu-ragu kerana tidak faham. Contohnya Tomas. Namun apabila dia melihat Yesus yang telah bangkit dengan matanya sendiri, segala keraguannya diselesaikan (Yoh 20:25-28). Oleh yang demikian, selepas para rasul menerima Roh Kudus, mereka tidak takut dengan ancaman nyawa, sebaliknya berkata dengan berani: “Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar.” (Kis 4:20). Walaupun berhadapan dengan banyak halangan dan penganiayaan, namun akhirnya mereka dapat menyebarkan Injil Tuhan. Kini, kita dapat menerima kesaksian mereka (Ibr 2:3), maka pastinya dapat lebih mengenali Tuhan lalu membangunkan iman yang teguh.

 

F. Kesaksian Roh Kudus

Semasa Tuhan Yesus dibaptis, Roh Kudus seperti burung merpati turun ke atas-Nya (Mat 3:16). Dengan itulah Yohanes Pembaptis mengenali Yesus serta memberi kesaksian kepada dunia (Yoh 1:32-34). Tuhan Yesus juga memberi kesaksian dengan berkata: “Jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku.” (Yoh 15:26). Oleh itu, murid-murid memberi kesaksian kepada dunia tentang Tuhan Yesus bangkit dan berada di syurga dengan pencurahan Roh Kudus (Kis 2:31-33). Kita juga harus memohon Roh Kudus, terima kesaksian Tuhan serta menghasilkan buah Roh Kudus.

 

MENERIMA KASIH TUHAN

“Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” (Yoh 3:16). Bagaimana pula Tuhan Yesus menyempurnakan anugerah keselamatan Tuhan? Dia berkata: “dan Aku, apabila Aku ditinggikan dari bumi, Aku akan menarik semua orang datang kepada-Ku.” (Yoh 12:32). Dia tidak mengugut atau memaksa orang percaya dan mengikuti Dia dengan kekerasan. Dia ada kasih karunia. Dia juga tidak menggoda orang percaya kepadaNya dengan cara saling bertukar kepentingan melainkan menarik perhatian orang dengan kasih yang disaksikan dan kasih ini ternyata ialah:

 

A. Kasih yang ajaib

Tuhan Yesus ditinggikan, iaitu mati disalibkan. Dalam sudut pandangan manusia, ini merupakan kegagalan. Oleh itu, ada yang berteriak di bawah kayu salib dengan berkata: “Orang lain Ia selamatkan, tetapi diri-Nya sendiri tidak dapat Ia selamatkan! Ia Raja Israel? Baiklah Ia turun dari salib itu dan kami akan percaya kepada-Nya.” (Mat 27:42). Itu juga melambangkan penghinaan (Gal 5:11). Namun Tuhan menggunakan cara ini untuk menyelesaikan anugerah keselamatanNya di samping menarik perhatian manusia dengan kasih supaya orang-orang yang sudi percaya dapat menjadi sama seperti apa yang dikatakan oleh Paulus: “Sebab kasih Kristus yang menguasai kami.” (2 Kor 5:14). Kita hidup bukan lagi untuk diri sendiri tetapi hidup untuk Tuhan. Betapa ajaib dan betapa berkuasanya kasih ini. Ia membuatkan orang yang percaya dengan rela hati melayani Dia dan dengan aktif membuat kesaksian untuk Tuhan.

 

B. Kasih yang agung

Tuhan berkata: “Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.” (Yoh 15:13). Dia pula berkorban sedemikian, malah “Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa.” (Rm 5:8). Kasih ini begitu “panjang, luas, tinggi, dan dalam” (Ef 3:18). Ia membuatkan kita penuh dengan kesyukuran dan iman. “Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia?” (Rm 8:32). Serahkanlah segalanya kepada Tuhan dan balas kasih agungNya dengan nyawa kita. Jangan takut dengan kesusahan, kalahkan segala kebendaan, nantikan kedatanganNya semula.

 

C. Kasih yang sempurna

Dosa dan kejahatan membuatkan manusia menjauhi dan meninggalkan Tuhan, tidak dapat datang kepada Tuhan. Manusia dikawal oleh dosa. Pengorbanan Tuhan Yesus di atas kayu salib telah memenuhi keadilan Tuhan dan menanggung dosa manusia. Darah yang dialirkan dapat menyucikan dosa manusia sepenuhnya. Seperti yang dikatakan dalam Alkitab: “Barangsiapa percaya kepada-Nya, ia tidak akan dihukum.” (Yoh 3:18). Oleh itu, kita penuh dengan iman, dapat dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, terima rahmat dan pertolongan Tuhan (Ibr 4:16). Anugerah keselamatan Dia adalah sempurna, tidak perlu dan tidak boleh ditambahkan lagi dengan cara-cara manusia yang lain seperti sunat dan menyeksa diri (rujuk Kol 2:23). Sebaliknya, kita dibenarkan kerana iman, dapat menerima Roh Kudus dan kuasa, melalui kehidupan yang kudus dan takut kepada Tuhan, dengan sukacita kita mengharapkan kemuliaan Tuhan.

 

MENERIMA JANJI TUHAN

Semasa Tuhan Yesus bakal menyelesaikan kerjaNya di dunia, Dia memberikan banyak janji untuk menghibur dan mendorong murid-murid. Ini jelas menyatakan bahawa ada kasih karunia yang berkelimpahan di dalamNya (Yoh 1:14,16) bahkan kasih karunia demi kasih karunia. Pada hari ini, kita turut menerima janji Dia:

 

A. Kebenaran

Tuhan berkata: “segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.” (Yoh 17:8). Tuhan Yesus banyak kali menerangkan Kebenaran kepada murid-murid (Mat 13:10-16) di samping berjanji akan membuatkan murid-murid mengingati pengajaranNya (Yoh 15:26) dan memberi wahyu tentang Kebenaran (rujuk Yoh 16:12-13). Maka kita harus berjaga-jaga, berterus-terang memberitakan Kebenaran itu (2 Tim 2:15). Selain itu, pertahankanlah sepenuhnya segala yang dicatatkan di dalam Alkitab dengan iman yang murni.

 

B. Damai sejahtera

“Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.” (Yoh 14:27). Kita bukan sahaja dapat menerima penyembuhan Tuhan dan mendapat damai sejahtera dalam tubuh jasmani, malah ada damai sejahtera yang memerintah dalam roh dan hati kerana ada sandaran Tuhan yang teguh (Kol 3:15). Sama seperti Petrus yang berhadapan dengan ancaman maut dalam penjara, ada damai sejahtera dalam hatinya dan dia langsung tidak takut (Kis 12:5-7). Inilah kekuatan kita.

 

C. Roh Kudus

“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran.” (Yoh 14:16-17). Dari segi tubuh jasmani, Tuhan Yesus meminta murid-murid pergi (Yoh 13:33) tetapi Dia berjanji bahawa Roh Kudus akan dicurahkan ke atas orang-orang yang percaya dan bersandar kepadaNya. Bukan sahaja kita dapat selalu merasai penyertaan Tuhan, malah Ia memimpin kita ke dalam seluruh Kebenaran (Yoh 16:12-13), menambah iman kita supaya dapat mengalahkan pelbagai kesukaran dan mempertahankan kepercayaan.

 

D. Kuasa

Hati murid-nurid dipenuhi dengan kegelisahan dan ketidaktenteraman apabila mendengar tentang Tuhan bakal pergi. Ini disebabkan ada Tuhan yang menangani apa jua kesukaran dan bahaya pada masa sebelum itu. Apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang? Maka Tuhan berkata kepada mereka: “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa.” (Yoh 14:12). Akhirnya, pasa rasul benar-benar memberitakan Injil ke merata tempat dengan janji ini. Kita juga haruslah beriman, memohon penyertaan tanda-tanda mujizat. Dengan kuasa Tuhan, dapatkan damai sejahtera dan sukacita serta datang kepada Tuhan.

 

E. Pemeliharaan / Perlindungan

Atas kasih karunia Tuhan, Tuhan Yesus memberitakan Injil dan memelihara para rasul (Yoh 17:12). Dia mengetahui bahawa para rasul perlu meneruskan kehidupan di dalam dunia serta memberi kesaksian untukNya, dan mereka pasti berhadapan dengan banyak halangan, ugutan dan godaan. Maka Dia memohon kepada Tuhan di syurga: “Aku tidak meminta, supaya Engkau mengambil mereka dari dunia, tetapi supaya Engkau melindungi mereka dari pada yang jahat.” (Yoh 17:15) dan menguduskan mereka dalam kebenaran (Yoh 17:17). Tuhan tidak akan meninggalkan orang-orang yang percaya dan bersandar kepadaNya sebagai yatim piatu. Dia pasti memelihara / melindungi kita dengan kuasa agungNya. Maka berjaga-jagalah, peliharalah diri kita dalam kasih Tuhan.

 

F. Menjadi satu

Tuhan memohon dengan berkata: “Dan bukan untuk mereka ini saja Aku berdoa, tetapi juga untuk orang-orang, yang percaya kepada-Ku oleh pemberitaan mereka; supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.” (Yoh 17:20-21). Dia berharap agar orang-orang yang percaya dan bersandar kepadaNya dapat menghapuskan segala pemikiran peribadi, saling mengasihi, saling menyokong dan dapat menjadi satu sepenuhnya di dalam Dia supaya tubuhNya dapat dibangunkan sepenuhnya. Kita haruslah mempertahankan semangat ini.

 

G. Pengharapan

Tuhan berkata: “Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada.” (Yoh 14:2-3). Tuhan adalah setia. Dia telah bangkit dari antara orang mati dan pengharapan yang Dia janjikan pasti akan terjadi. Oleh yang demikian, walaupun kita hidup dalam dunia, namun hati kita haruslah sentiasa mengharapkan kedatangan semula dan ganjaranNya.

 

BAGAIMANA MENERIMA GANJARAN TUHAN

Melalui pelbagai kesaksian, dapat diketahui bahawa Tuhan Yesus adalah satu-satunya Juruselamat yang telah diberikan oleh Tuhan. Dia menarik perhatian kita dengan kasih, bahkan memberikan banyak janji. Lantas bagaimana seharusnya kita menerima kasih karunia dari syurga ini di samping mempertahankannya sampai ke akhir?

 

A. Terima kelahiran semula

Tuhan berkata: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah.”(Yoh 3:5). Manusia hanya perlu sedar bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan diri sendiri dengan perbuatan baik, tetapi harus hidup dengan rendah hati, terima cahaya terang Kebenaran Tuhan (rujuk Yoh 3:19-21), terima baptisan darah Tuhan yang bernilai dengan berani dan terima Roh Kudus yang dijanjikan (Kis 2:38). Dengan itu, barulah manusia dapat memasuki kerajaan Tuhan, melihat kasih karunia Tuhan yang berkelimpahan dan kemuliaanNya.

 

B. Mengasihi / menyukai kemuliaan / kehormatan Tuhan

Oleh sebab mujizat-mujizat yang dilakukan oleh Tuhan Yesus, “banyak juga di antara pemimpin yang percaya kepada-Nya, tetapi oleh karena orang-orang Farisi mereka tidak mengakuinya berterus terang, supaya mereka jangan dikucilkan. Sebab mereka lebih suka akan kehormatan manusia dari pada kehormatan Allah.” (Yoh 12:42-43). Kelemahan mereka mengingatkan kita bahawa kita harus merindukan kemuliaan / kehormatan Tuhan dan “bekerjalah untuk makanan yang bertahan sampai kepada hidup yang kekal.” (Yoh 6:27). Dengan itu, kita dapat melepaskan diri daripada rintangan kebendaan (Ibr 12:1) dan mengelak daripada banyak pengaruh manusia, lalu berusaha ke arah jalan menuju ke kerajaan syurga. Janganlah jadi seperti orang-orang yang dikenyangkan dengan roti lalu giat hanya untuk sementara waktu sahaja (Yoh 6:66). Pertahankanlah pengharapan kemuliaan yang Tuhan berikan dalam apa jua keadaan.

 

C. Melayani dalam Kebenaran

Tuhan berkata: “penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.” (Yoh 4:23). Tuhan adalah mahatahu. Orang-orang yang munafik akhirnya pasti tidak dapat menerima kasih karunia Dia dan tidak dapat berdiri di hadapanNya. Contohnya orang Farisi. Mereka menganggap diri mereka betul, namun dalam Firman yang ringkas, mereka tidak setanding dengan orang yang sememangnya buta: “Kita tahu, bahwa Allah tidak mendengarkan orang-orang berdosa, melainkan orang-orang yang saleh dan yang melakukan kehendak-Nya.” (Yoh 9:31-34). Malahan, mereka tetap berkeras hati tidak percaya walaupun telah melihat Tuhan Yesus mengadakan begitu banyak mujizat (Yoh 12:37). Maka, kita harus mempunyai hati yang praktikal (Gal 6:3), selalu membuat refleksi diri supaya dapat bertumbuh besar tanpa henti dalam pelbagai aspek.

 

D. Bertekad melakukan Firman

Tuhan berkata: “Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus Aku. Barangsiapa mau melakukan kehendak-Nya, ia akan tahu entah ajaran-Ku ini berasal dari Allah, entah Aku berkata-kata dari diri-Ku sendiri.” (Yoh 7:16-17). Ajaran Tuhan adalah kudus, sempurna dan boleh dilaksanakan, khususnya Dia sendiri telah menjadi teladan yang terbaik dalam melakukan Firman. Apabila manusia berbuat menurut Kebenaran Tuhan, mereka bukan sahaja dapat benar-benar memahami betapa indahnya Firman ini (rujuk Kis 17:11-12), bahkan juga dapat merasai kuasa Tuhan kerana tanda-tanda akan menyertai orang-orang yang percaya (Mrk 16:17). Hanya orang yang bertekad melakukan Firman sahaja yang akan berbahagia tanpa henti (Yak 1:25) dan membuat dirinya berada dalam kasih karunia Tuhan untuk selama-lamanya. Oleh itu, kita harus saling memperingatkan, berikan kesaksian tentang Injil Dia dalam kehidupan dan perbuatan kita.

PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN GEREJA KATOLIK

PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN GEREJA KATOLIK

 

Gereja Katolik tidak dapat diperkenalkan dengan hanya ribuan patah perkataan sahaja. Artikel ini hanya cuba untuk menonjolkan profil gereja Katolik dari segi perbezaan antara gereja Katolik dengan Protestantisme. Bahagian doktrin asasnya yang tidak jauh berbeza dengan Protestantisme (Nota 1) akan diabaikan buat sementara waktu.

 

SEJARAH AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian (Christianity) merujuk kepada kepercayaan agama yang berasal daripada semangat Yesus Kristus, yang disebarkan dan didirikan melalui murid-murid-Nya. Agama ini percaya bahawa Kristus merupakan satu-satunya perantara antara manusia dengan Tuhan. Gereja Katolik, gereja Ortodoks dan gereja Protestantisme merupakan sebahagian daripada agama Kristian.

Setelah Yesus Kristus terangkat ke syurga, murid-murid-Nya berkumpul di Yerusalem. Pada tahun 29 Masihi, ketika Roh Kudus dicurahkan pada hari Pentakosta, para murid mula tersebar lalu menyebarkan Injil Kristus ke seluruh pantai timur dan utara Laut Mediterania. Hari Pentakosta boleh dianggap sebagai hari kelahiran agama Kristian. Setelah orang Kristian menghadapi penganiayaan selama lebih daripada dua ratus tahun, pada tahun 313, Maharaja Rom, Constantine menetapkan agama Kristian sebagai agama negara.

Istilah gereja Katolik (Catholic Church) tidak muncul pada saat kelahiran Protestantisme. Perkataan Katolik pada mulanya bermaksud universal. Paus-paus awal pernah menggunakan perkataan Katolik untuk menggambarkan keindahan Tuhan dan kebangkitan Kristus. Pada sekitar abad ketiga, perkataan Katolik mula disatukan dengan perkataan gereja dan menjadi nama khas gereja pada waktu itu. Nama gereja Katolik digunakan untuk mewujudkan kesatuan dan kesejagatan gereja, dan untuk membezakannya daripada pemikiran ajaran sesat,.

Setelah Constantine memindahkan ibu kota empayar dari Rom timur ke Byzantine, kekuatan gereja secara beransur-ansur terbentuk di timur dan barat empayar. Pada tahun 1054, gereja Katolik dengan Constantinople sebagai pusatnya berpisah dengan Takhta Suci secara rasmi. Gereja di bahagian timur mempunyai perselisihan dengan gereja di bahagian barat tentang Sakramen Perjamuan Kudus. Mereka juga membantah ketuanan Paus terhadap seluruh gereja. Akhirnya, mereka saling memecat keahlian masing-masing, dan gereja Ortodoks (Orthodox church) meninggalkan gereja Katolik secara rasminya. Oleh sebab gereja Ortodoks beranggapan bahawa para patriarki (patriarch) dari semua wilayah memiliki kuasa yang sama, dan gereja-gereja dari pelbagai negara saling merdeka dan bebas, maka setelah Byzantine diduduki oleh Rusia pada tahun 1453, maka gereja Ortodoks  telah menjadi gereja Ortodoks Rusia. Gereja-gereja Ortodoks Serbia, Romania dan lain-lain muncul berturut-turut.

Pada tahun 1517, saudara Katolik, Martin Luther mengumumkan 95 “kejahatan” terhadap Takhta Suci, dan gerakan reformasi Protestan secara rasminya dimulakan. Umat Protestan mengemukakan tiga tuntutan yang menjadi perbezaan utama daripada gereja Katolik: hanya Alkitab, hanya kasih karunia, dan hanya iman. Perbezaan-perbezaan yang dihasilkan merangkumi: pengenalpastian sakramen, sikap terhadap tradisi, persetujuan terhadap sistem hierarki dan seminari, dan sebagainya. Reaksi menyeluruh ini adalah dari segi doktrin, ritual, moral, dan wibawa. Pelbagai denominasi Kristian yang kita lihat sekarang hanya muncul selepas reformasi Martin Luther.

Apabila sesebuah agama tercipta dan tersebar daripada penganiayaan ke arah keadaan yang stabil dan diterima secara meluas, bentuk kehidupan seluruh agama pasti akan mengalami perubahan besar. Sebuah agama yang berusia dua ribu tahun harus bertindak balas terhadap perubahan zaman agar dapat terus berdiri dalam generasi baharu. Sebagai contoh, falsafah skolastik dan sistem seminari pada abad pertengahan merupakan produk zaman itu; Majlis Ekumenis menjawab cabaran zaman terhadap iman kepercayaan berdasarkan pendirian gereja. Malah pemisahan kumpulan baharu daripada gereja (seperti gereja Ortodoks dan gereja Protestan) juga merupakan tindak balas kumpulan itu terhadap status quo. Dengan adanya rasa sakit, akan ada refleksi, dan dengan adanya refleksi, akan ada daya hidup yang berterusan.

 

KONOTASI IMAN KEPERCAYAAN GEREJA KATOLIK

  1. Alkitab

Kanon Katolik adalah sama dengan Protestantisme. Walau bagaimanapun, selain Kanon, mereka juga menerima Apokrifa (Apocrypha) sebagai kitab suci agama yang rasmi. Oleh itu, dalam Alkitab gereja Katolik, terdapat 39 gulungan kitab dalam Perjanjian Lama, 7 gulungan kitab dalam Apokrifa dan 27 gulungan kitab dalam Perjanjian Baru. Apokrifa ditulis pada sekitar tahun 200 hingga 150 Sebelum Masihi. Kitab ini disebut Apokrifa kerana Alkitab bahasa Ibrani agama Yahudi tidak memasukkannya ke dalam Kanon. Kitab Apokrifa diterima oleh gereja Katolik kerana kitab-kitab ini sering muncul dalam kitab terjemahan Yunani (terjemahan Septuaginta) dan terjemahan Latin (terjemahan Vulgata) serta menjadi bahan bagi iman kepercayaan. Sebenarnya, kitab-kitab ini disebut sebagai Apokrifa oleh Protestantisme, manakala gereja Katolik pula menyebutnya sebagai “Kanon Kedua” (Deuterocanonical Books).

Seluruh Kanon Perjanjian Lama dan Baru dimuktamadkan pada sekitar tahun 350 – 400 Masihi. Namun, pada abad ke-16, Protestantisme meragui beberapa gulungan kitab dalam Perjanjian Baru. Keraguan ini menyebabkan gereja Katolik secara rasminya sekali lagi mengesahkan isi kandungan Kanon dalam Council of Trent pada tahun 1546 dan menjadikan terjemahan Latin Vulgata sebagai versi yang digunakan dalam upacara ritual.

 

  1. Tradisi (uskup, klasik, teologi)

Bagaimana menentukan konotasi iman kepercayaan agama Kristian? Terdapat perbezaan besar dalam sikap antara gereja Katolik dengan Protestantisme. Pada awal penubuhannya, Protestantisme fokus pada perihal kembali pada zaman para rasul dan hanya Alkitab. Oleh itu, Alkitab itu sendiri hampir boleh dikatakan sebagai keseluruhan iman kepercayaan. Bagi gereja Katolik pula, selain Alkitab, mereka juga menambahkan sistem uskup dan tradisi sebagai kriteria untuk menilai konotasi iman kepercayaan. Tradisi merupakan istilah yang sangat samar-samar dan meluas yang merangkumi seluruh sejarah dan ritual. Karya dan fahaman (creed) bapa gereja, resolusi Majlis Ekumenis, dan sebagainya boleh dianggap sebagai konsentrasi bagi seluruh tradisi. Tafsiran, perbahasan, dan tuntutan yang dibuat oleh para bapa gereja atau ahli teologi sebagai tindak balas terhadap keperluan zaman dapat mencerminkan jejak gereja dalam sejarah. Fahaman (creed) pula merujuk kepada konotasi iman kepercayaan terhadap ajaran sesat tertentu yang diringkaskan oleh gereja melalui Majlis Ekumenis. Fungsinya adalah untuk melindungi agama. Tradisi-tradisi ini dilestarikan dalam gereja, dan Paus sebagai wali Kristus, harus meneruskan tradisi ini.

 

  1. Sakramen (sacrament)

Sakramen merupakan tanda bahawa kasih karunia Tuhan dapat dilihat dengan nyata dalam gereja dan juga merupakan medium penyampaian kasih karunia kepada pemercaya. Gereja Katolik mempunyai tujuh sakramen: Pembaptisan, Pengesahan / Penguatan (Krisma), Ekaristi (Perjamuan Kudus), Pengakuan Dosa, Pengurapan Orang Sakit (Pengebumian), Perintah Suci (Tahbisan), Perkahwinan. Sebilangan besar Protestantisme hanya menerima Pembaptisan dan Perjamuan Kudus sebagai sakramen.

 

  1. Ritual ibadah

Ritual ibadah Katolik disebut “Misa” (Mass) yang boleh disamakan dengan “jemaah” (congregation) Protestantisme. Mereka mempunyai Misa Harian, Misa Hari Tuhan, dan Misa-misa lain bagi pelbagai perayaan, sama seperti kita mengadakan kebaktian biasa, kebaktian hari Sabat, atau kebaktian-kebaktian khas yang lain. Terdapat prosedur-prosedur dan langkah-langkah tertentu semasa Misa. Prosedur-prosedur dan langkah-langkah ini akan diubahsuai atau dipermudahkan mengikut masa dan tempat, tetapi struktur utamanya tetap sama:

  • Perarakan masuk: Pada permulaan Misa, paderi dan pembantu memasuki dewan ketika semua pemercaya menyanyikan lagu masuk dewan.
  • Ritual khutbah: Termasuk membaca Alkitab, khutbah oleh paderi, pemercaya berdoa di atas pentas. Pada pertengahan ritual, adanya menyanyi dan menjawab nyanyian (paderi menyanyikan satu ayat, jemaah menjawab satu ayat, kadang-kadang ada kumpulan nyanyian yang menyanyi bersama).
  • Ritual sakramen: Ucapan berkat sebelum sakramen. Pada masa ini, peranan paderi berubah menjadi imam. Nyanyian ketua imam dan semua pemercaya mengubah roti dan anggur menjadi tubuh dan darah Yesus.
  • Menerima Ekaristi: Seluruh jemaat bersama-sama membacakan Doa Bapa Kami (The Lord Prayer), dan kemudian berbaris untuk menerima Ekaristi (yakni Sakramen Perjamuan Kudus) di hadapan ketua imam dan
  • Penutup: Setelah Misa berakhir, paderi dan pembantu berjalan keluar dari dewan ketika semua pemercaya menyanyikan lagu keluar dewan.

 

  1. Doa

Gereja ​​Katolik mempunyai beberapa doa yang tetap. Contohnya Doa Bapa Kami (The Lord Prayer) dan Salam Maria (Hail Mary) yang sering disalahfahamkan sebagai kitab. Doa Bapa Kami (The Lord Prayer) ialah kata doa. Doa Salam Maria (Hail Mary) adalah seperti berikut: “Salam Maria, penuh rahmat, Tuhan sertamu; terpujilah engkau di antara wanita, dan terpujilah buah tubuhmu, Yesus. Santa Maria, bunda Allah, doakanlah kami yang berdosa ini sekarang dan waktu kami mati. Amin.”

Doa ini adalah untuk memuji Maria atas rahmat yang diterima dan memintanya untuk mendoakan pemercaya.

Nama lain yang sering disalahfahamkan ialah “Doa Rosario”. Doa ini bukanlah Alkitab, tetapi bermaksud “rantai doa”. Doa ini merujuk kepada kaedah doa yang mengulang Doa Bapa Kami (The Lord Prayer), Salam Maria (Hail Mary) dan Doa Kemuliaan (The Glory Be). Doa Rosario biasanya disertai dengan memegang seutas kalung rosario. Seutas kalung rosario mempunyai 50 manik, dibahagikan kepada lima bahagian (lima segmen), masing-masing dengan 10 manik. Setiap kali jari tangan bergerak menghabiskan satu bahagian, seseorang harus membaca sekali Doa Bapa Kami (The Lord Prayer), sepuluh kali Salam Maria (Hail Mary), dan sekali Doa Kemuliaan (The Glory Be). Doa Rosario boleh diucapkan sebagai sekadar doa, doa syafaat untuk orang lain, atau setelah setiap bacaan, sebuah pedoman kecil boleh ditambahkan untuk merenungkan rahsia-rahsia Yesus dalam Injil. Contohnya adalah seperti kebangkitan Yesus, Yesus terangkat ke syurga dan sebagainya. Cara berdoa ini bukan sahaja mudah untuk dilakukan, tetapi juga membantu orang yang berdoa untuk bermeditasi secara mendalam. Oleh itu, doa ini telah lama diterima secara meluas oleh umat Katolik.

 

TAKHTA SUCI (HIERARKI, SISTEM USKUP)

  1. Asal dan makna

“… Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku… Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga.” (Mat 16:18-19). Menurut petikan ini, Petrus menjadi akar umbi paus zaman berzaman. Paus zaman berzaman merupakan pewaris Petrus, dan kuasa paus diberikan oleh Yesus Kristus supaya mereka menjadi ketua gereja.

Di bawah paus, terdapat uskup pelbagai tahap, dan bidang kekuasaan ditugaskan sesuai dengan tahapnya. Paus, bersama dengan semua uskup, membentuk Magisterium Gereja untuk mengajarkan kebenaran Injil.

 

  1. Carta organisasi

Gereja: Kardinal

Paus: Uskup Agung – Uskup – Paderi – Pemercaya

Seminari: Presiden – Biarawan, biarawati

Paus dipilih dan dilantik oleh kardinal dalam mesyuarat rahsia. Uskup pelbagai tahap dilantik oleh paus. Uskup Agung mengepalai keuskupan pelbagai daerah, dan ada paroki di bawah keuskupan. Uskup terlibat dalam kerja penggembalaan.

Selain keuskupan, gereja Katolik juga mempunyai organisasi monastik. Sebahagian jemaat agama adalah bebas daripada keuskupan, dan ada juga yang berada di bawah keuskupan.

Sistem selibat imam hanya bermula pada abad ke-11. Sistem ini tidak mempunyai teori teologi yang khusus. Tujuannya adalah supaya mereka lebih fokus pada pekerjaan pelayanan.

Gelaran paus dipilih oleh mereka sendiri (misalnya, paus sekarang ialah Paus Fransiskus). Tindakan ini adalah sama dengan orang yang diurap dalam gereja kita boleh memilih nama kudus mereka.

 

  1. Majlis Ekumenis (Ecumenical Council)

Majlis Ekumenis biasanya diadakan oleh paus, dan kadang-kadang oleh maharaja. Ketika gereja berhadapan dengan cabaran, atau terjadinya perselisihan yang serius dan perdebatan yang hangat tentang doktrin, Majlis Ekumenis akan digunakan untuk menyelesaikannya. The Creed ialah produk daripada Majlis Ekumenis. Persidangan di Yerusalem dalam kitab Kisah Para Rasul boleh dianggap sebagai perintis Majlis Ekumenis. Dari tahun 325 hingga 1965, sebanyak 21 persidangan telah diadakan. Berikut adalah beberapa persidangan dan resolusi penting:

  • Persidangan Nicea pada tahun 325 merumuskan Pengakuan Iman Nicea (Nicene Creed) dan mengesahkan hubungan antara Anak dengan Bapa.
  • Persidangan Konstantinopel pada tahun 381 mengesahkan hubungan antara Roh Kudus dengan Bapa dan Anak.
  • Persidangan Efesus pada tahun 431 mengesahkan Maria sebagai ibu Tuhan.
  • Persidangan Kalsedon pada tahun 451 mengesahkan peribadi kedua Kristus.
  • Persidangan Nicea kedua pada tahun 787 mengesahkan penghormatan terhadap ikon.
  • Persidangan Lyons pada tahun 1274 mengesahkan bahawa Roh Kudus berasal daripada “Bapa dan Anak”.
  • Dari tahun 1545 hingga 1963, Persidangan Trent membantah Luther dan pembaharu agama lain, dan sekali lagi mengesahkan doktrin, ritual, dan Kanon, serta melakukan reformasi agama dalaman.
  • Persidangan Vatikan pertama dari tahun 1869 hingga 1970 mengesahkan bahawa paus tidak ada kesilapan (infallibility of the pope).
  • Persidangan Vatikan kedua dari tahun 1965 hingga 1968. Suasana dan sifat persidangan ini sangat berbeza dengan persidangan-persidangan yang lalu. Persidangan ini tidak mengesahkan isi kandungan iman kepercayaan yang baharu, tetapi menuntut perubahan sikap dan menyuntikkan suasana terbuka ke dalam gereja. Persidangan ini berusaha untuk berdialog dengan agama-agama lain, mendirikan gereja-gereja setempat, dan menyatakan iman kepercayaan dengan kata-kata orang moden. Persidangan ini mendorong gereja Katolik untuk memposisikan semula kedudukannya dalam dunia baharu.

 

  1. Paus tidak ada kesilapan (infallibility)

Gereja Katolik menyatakan bahawa paus tidak ada kesilapan dalam Persidangan Vatikan Pertama dan mengesahkannya sekali lagi dalam Persidangan Vatikan Kedua. Paus tidak ada kesilapan bukan bermaksud bahawa paus tidak akan melakukan kesilapan secara lisan, ideologi, atau moral, tetapi bermaksud bahawa “paus tidak akan melakukan kesilapan dalam penilaian doktrin dan moral ketika berbicara dari perspektif gereja”. Paus tidak ada kesilapan berasal daripada gereja tidak ada kesilapan, dan gereja tidak ada kesilapan berasal daripada Tuhan tidak ada kesilapan. Hal ini kerana Tuhan memimpin gereja kepada kebenaran melalui Roh Kudus, dan kebenaran Tuhan tidak ada kesilapan. Gereja harus dengan setia menyampaikan wahyu yang telah diperoleh, dan paus hanyalah mulut gereja. Gereja mungkin melakukan kesilapan ketika “mempraktikkan” kebenaran, tetapi gereja tidak akan melakukan kesilapan ketika “menyatakan” kebenaran, dan kebenaran di sini terbatas pada pandangan mengenai doktrin dan moral. Sehingga kini, kuasa paus tidak ada kesilapan hanya pernah digunakan sebanyak dua kali. Satu kali adalah ketika Pius IX mengisytiharkan bahawa “Bonda Maria dikandung tanpa noda”, dan ketika Pius XII mengisytiharkan bahawa “Maria diangkat ke syurga”.

 

MENGHORMATI ORANG-ORANG SUCI

  1. Prinsip

Bagi pemercaya-pemercaya yang menjadi model akhlak untuk generasi kemudian, mereka akan diberi kanonisasi (canonization of saints) atau beatifikasi (beatification) oleh gereja Katolik. Mereka secara retrospektif disebut sebagai “orang suci” / “santa / santo” atau “orang yang berbahagia”. Gelaran-gelaran itu tidak bererti bahawa mereka benar-benar sempurna dan sama seperti Tuhan. Mereka merupakan sahabat dan hamba Tuhan. Mereka khasnya dikasihi dan dijaga oleh Tuhan kerana akhlak mereka yang luar biasa dan kehidupan mereka yang kudus sehingga layak untuk menjadi model bagi generasi kemudian.

Penyembahan orang-orang suci tidak bermaksud bahawa pemercaya menyembah mereka sebagai tuhan, tetapi menyanjungi mereka dan meminta mereka untuk memberikan doa syafaat (semua orang suci berkomunikasi bersama). Konsep ini adalah serupa dengan doa syafaat kita. Semakin tinggi kerohanian orang yang memberikan doa syafaat, semakin banyak permohonan yang didengar. Perbezaannya adalah bahawa sasaran permohonan umat Katolik bukanlah orang yang hidup, tetapi orang suci yang telah meninggal dunia. Mereka percaya bahawa orang-orang suci ini telah memperoleh hidup yang kekal dan memerintah bersama dengan Tuhan di sisi-Nya.

Beatifikasi (beatification) merupakan prosedur yang diperlukan sebelum kanonisasi. Asalkan pemercaya tersebut mempunyai akhlak yang baik semasa hidup, permohonan lebih daripada dua orang pemercaya yang memintanya untuk memberikan doa syafaat dipenuhi setelah kematiannya, dan disahkan sebagai mukjizat, maka orang tersebut memenuhi syarat untuk kanonisasi. Walau bagaimanapun, Takhta Suci mempunyai piawaian yang sangat ketat untuk penilaian kelayakan kanonisasi.

 

  1. Kedudukan Maria

Antara orang-orang suci ini, Maria merupakan orang yang paling suci, dikandung tanpa noda, tetap perawan seumur hidup, tidak bersalah seumur hidup, dan diangkat ke syurga semasa ia hidup.

Dalam hati pemercaya gereja awal, Maria mempunyai imej yang melindungi pemercaya, mendengar doa, dan penuh kasih. Pada abad kelima, Persidangan Efesus menganggapnya sebagai “Bonda Tuhan”, dan kedudukan Maria ini kekal. Pada abad ketujuh, gereja Katolik memperingati pengangkatan Maria ke syurga pada 15hb Ogos setiap tahun. Pada tahun 1854, paus Pius IX mengangkat kedudukannya ke tahap yang lebih tinggi dengan mengemukakan doktrin “Bonda Maria dikandung tanpa noda”. Pada tahun 1950, paus Pius XII menyatakan bahawa Maria diangkat ke syurga dengan tubuh dan roh jiwanya setelah meninggal dunia.

Doktrin Maria dikandung tanpa noda bukanlah istilah yang pasti dalam Alkitab, tetapi dikemukakan berdasarkan logik. Menurut teori Augustine mengenai dosa asal, dosa asal diturunkan kepada keturunan melalui hubungan antara suami dengan isteri. Untuk menegakkan keilahian Yesus, Yesus tidak boleh mempunyai dosa asal. Jika Yesus tidak mempunyai dosa asal, Maria juga tidak boleh mempunyai dosa asal. Sekiranya tidak, dia akan mewariskan dosa kepada Yesus ketika dia melahirkan Yesus. Maria tidak mempunyai dosa asal kerana berkat istimewa Tuhan pada awal hidupnya (dia ialah “perempuan yang dikaruniai”). Kasih karunia seumpama ini tidak pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi. Oleh sebab dia bebas daripada dosa asal, maka dia tidak diganggu oleh nafsu sepanjang hidupnya, dan dia tidak bersalah seumur hidupnya.

Doktrin Maria dikandung tanpa noda dan tidak bersalah seumur hidup ditegaskan sekali lagi dalam Persidangan Vatikan Kedua.

Dalam beberapa buah gereja, pemercaya dilihat menyalakan lilin kemenyan di hadapan ikon Maria. Tindakan ini bermaksud bahawa pemercaya meminta Maria untuk menyampaikan doa mereka kepada Tuhan.

 

MONASTIK (MONASTICISM)

  1. Asal

Kebangkitan seminari agama adalah pada sekitar abad keempat ketika agama Kristian telah menjadi agama negara. Kehidupan moral penganut yang semakin merosot, pemikiran yang memandang berat tentang roh jiwa tetapi memandang ringan tentang tubuh dan keinginan terhadap pengalaman rohani menjadi sebab utama kebangkitan monastik.

Maksud harfiah monastik ialah “meninggalkan kumpulan dan hidup bersendirian”. Pengasingan diri hanyalah cara dan tujuannya adalah untuk mengasihi Tuhan. Setiap seminari mempunyai cara dan misi yang berbeza supaya kehendak individu dapat tunduk kepada kehendak Tuhan sehingga kedua-duanya menjadi satu. Tetapi secara umumnya, seminari melibatkan kemiskinan, kesucian dan ketaatan. Mereka harus meninggalkan harta persendirian mereka, bersumpah untuk mempersembahkan diri seumur hidup, dan mematuhi peraturan biara.

 

  1. Pengenalan kepada seminari / biara

Walau bagaimanapun, ciri-ciri seminari timur dan seminari barat adalah tidak sama. Seminari timur kebanyakannya muncul dalam bentuk amalan dan asketisme. Seminari timur ada monastikisme bersendirian (eremitical) dan monastikisme sosial (cenobitic). Di Barat, terdapat banyak seminari (biara) yang terkenal, masing-masing dengan misi dan ciri yang berbeza. Sebagai contoh, biara Ordo Sancti Benedicti bekerja di ladang untuk menyarai mereka sendiri, dan mereka juga bekerja dalam bilik dengan menyalin Alkitab. Biara Augustine (St Augustine’s Abbey) bertanggungjawab ke atas kerja pastoral dan perkhidmatan hospital. Orang-orang di Ordo Fratrum Minorum terkenal dengan kesediaan kemiskinan mereka, dan orang-orang Dominican Order (Ordo Dominicanorum) terkenal dengan penyebaran agama dan penyelidikan akademik mereka. Terdapat juga Societas Iesu yang menunjukkan pencapaian mubaligh yang amat berhasil. Mereka terlibat dalam kerja pendidikan, terjemahan, dan penulisan. Mereka juga membentuk cara “monastikisme domestik” untuk pemercaya. Mereka boleh melakukan pekerjaan duniawi di samping menjalani latihan rohani yang ketat sehingga mereka menjadi rahib ketiga selain para rahib lelaki dan perempuan.

 

KESIMPULAN

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara gereja Katolik dengan Protestanisme, namun doktrin pusat yang paling asas (teisme, Kristologi, dan soteriologi) adalah sama. Selain itu, walaupun beberapa doktrin non-primer telah menimbulkan kontroversi besar (seperti kedudukan Maria, sistem selibat, penafsiran sakramen, dan lain-lain lagi), namun terdapat juga banyak doktrin atau sikap yang dapat memberikan refleksi yang lebih mendalam kepada kita melalui pemahaman dan penghargaan. Sebagai contoh, mereka mementingkan tradisi kerana mereka percaya dengan bimbingan Roh Kudus dalam sejarah. Sekiranya kita membabi buta kembali ke zaman para rasul dan mengabaikan sejarah gereja selama dua ribu tahun ini, kita mungkin kehilangan aset iman kepercayaan kita yang berharga. Contoh lain ialah tuntutan tentang paus tidak ada kesilapan (infallibility). Tuntutan ini sebenarnya menyatukan seluruh gereja dan Roh Kudus secara keseluruhan, dan percaya bahawa tidak akan ada kesilapan dalam penyebaran kebenaran. Kepercayaan terhadap kebenaran yang tidak tergoyahkan ini terbentuk melalui komuniti iman kepercayaan. Walaupun monastikisme asketisme secara ekstrim (merujuk kepada beberapa kaedah monastik yang hampir mencederakan diri sendiri) bertentangan dengan sifat manusia, namun monastikisme yang harmoni dapat membekalkan banyak bahan refleksi bagi kerohanian di samping merenungkan maksud “melepaskan semuanya dan mengikuti Tuhan” dari perspektif lain. Bagi kebaktian ibadah pula, jika Protestantisme menunjukkan ibadah kepada Tuhan dengan cara yang lebih aktif dan secara langsung, maka ciri-ciri gereja Katolik dalam Misa tidak diragukan lagi adalah lebih halus dan introvert. Kebaktian yang aktif mesti mengambil kira tentang sifat kekudusan, sama seperti Misa yang bersifat introvert juga memerlukan penglibatan emosi pemercaya.

Bagi beberapa bahagian gereja Katolik yang lebih bersifat kepercayaan karut, seperti penghormatan dan bahkan pemujaan peninggalan suci (peninggalan orang-orang suci), konsep indulgensi (masih wujud pada saat ini dalam bentuk yang agak ringan), semua ini sebenarnya merupakan perkara yang remeh-temeh dalam kepercayaan gereja Katolik. Kita tidak perlu terlalu fokus pada perkara-perkara ini. Jika kita dapat memahami gereja Katolik dari perspektif penghayatan, kita pasti dapat memperkaya konotasi iman kepercayaan kita.

 

NOTA 1:

Doktrin asas merujuk kepada teisme, Kristologi dan soteriologi. Gereja Katolik dan denominasi-denominasi Kristian pada umumnya mengakui konsep triniti (trinity), keilahian dan kemanusiaan Yesus, dan bahawa dunia dapat diselamatkan dengan mempercayai penebusan Kristus.

 

RUJUKAN:

  1. The Catholic Encyclopedia:an international work of reference on the constitution,doctrine,discipline and history of the catholic Church. ed. Charles G. Herbermann e.a,(N.Y.:Encyclopedia press),1913~ http://www.newadvent.org/cathen/

PERBINCANGAN TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN DARI PERSPEKTIF ABADI

PERBINCANGAN TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN DARI PERSPEKTIF ABADI

 

PENDAHULUAN

Selepas pemulihan Taiwan, kenaikan harga barangan telah mengakibatkan hiperinflasi. Untuk menstabilkan harga barangan, kerajaan Taiwan melaksanakan rancangan penambahbaikan sistem mata wang pada 15 Jun 1949. $40,000 dolar lama Taiwan ditukar dengan $1 mata wang baru Taiwan (TDW). Tarikh pertukaran terakhir adalah pada 31 Disember tahun yang sama. Dolar lama Taiwan tidak akan digunakan lagi setelah habis tempohnya. Setiap orang yang hidup dalam dunia akan mati suatu hari nanti. Semua kekayaannya di atas bumi akan menjadi sia-sia dan tidak lagi dapat digunakan di atas langit. Sekiranya kita mahu hidup kita mempunyai nilai yang abadi dalam Kerajaan Syurga, maka kita harus menggunakan wang dengan betul dalam hidup ini.

Kalau tiada hak sendiri, anak mata terdiri-diri. Oleh itu, buku-buku yang mengajar tentang pelaburan dan pengurusan kewangan sering kelihatan dalam kedudukan laris umum. Terdapat juga program-program tentang pelaburan dan pengurusan kewangan di saluran televisyen. Bahkan dalam gereja, pelaburan dan pengurusan kewangan juga menjadi topik hangat dalam perhimpunan persekutuan. Wang memang tidak jahat dan berdosa, tetapi mengejar kekayaan secara berlebihan sering menyebabkan orang terjerumus ke dalam keruntuhan dan kebinasaan (1 Tim 6:9). Berikut menggunakan perumpamaan tentang “bendahara yang tidak jujur” yang disebut oleh Yesus dalam Injil Lukas dalam Perjanjian Baru (Luk 16:1-13) untuk membincangkan pengurusan kewangan.

 

INTI UTAMA ISI KANDUNGAN AYAT ALKITAB

Inti utama perumpamaan tersebut dijelaskan seperti berikut:

  1. 16:1-8: “Dan Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Ada seorang kaya yang mempunyai seorang bendahara. Kepadanya disampaikan tuduhan, bahwa bendahara itu menghamburkan miliknya. Lalu ia memanggil bendahara itu dan berkata kepadanya: Apakah yang kudengar tentang engkau? Berilah pertanggungan jawab atas urusanmu, sebab engkau tidak boleh lagi bekerja sebagai bendahara. Kata bendahara itu di dalam hatinya: Apakah yang harus aku perbuat? Tuanku memecat aku dari jabatanku sebagai bendahara. Mencangkul aku tidak dapat, mengemis aku malu. Aku tahu apa yang akan aku perbuat, supaya apabila aku dipecat dari jabatanku sebagai bendahara, ada orang yang akan menampung aku di rumah mereka. Lalu ia memanggil seorang demi seorang yang berhutang kepada tuannya. Katanya kepada yang pertama: Berapakah hutangmu kepada tuanku? Jawab orang itu: Seratus tempayan minyak. Lalu katanya kepada orang itu: Inilah surat hutangmu, duduklah dan buat surat hutang lain sekarang juga: Lima puluh tempayan. Kemudian ia berkata kepada yang kedua: Dan berapakah hutangmu? Jawab orang itu: Seratus pikul gandum. Katanya kepada orang itu: Inilah surat hutangmu, buatlah surat hutang lain: Delapan puluh pikul. Lalu tuan itu memuji bendahara yang tidak jujur itu, karena ia telah bertindak dengan cerdik. Sebab anak-anak dunia ini lebih cerdik terhadap sesamanya dari pada anak-anak terang.””

Petikan ayat di atas membicarakan seorang bendahara yang dipecat oleh tuannya kerana dia membazirkan harta tuannya. Sebelum meninggalkan pekerjaan itu, dia menukar akaun dan memberikan manfaat kepada orang lain dengan harapan bahawa penghutang akan menolongnya pada masa kelak. Tingkah laku bendahara ini tidak boleh dibanggakan, namun Yesus mengatakan bahawa tuan memuji bendahara itu kerana ia telah bertindak dengan cerdik. Adakah Yesus mahu kita mencontohi bendahara dengan menyalahgunakan pangkat atau kuasa kita untuk makan suap dan mendapat keuntungan? Tidak, Yesus tidak memuji tingkah laku bendahara yang “tidak jujur”. Yesus hanya memuji bendahara itu kerana “ia telah bertindak dengan cerdik”. Dia tahu sediakan payung sebelum hujan. Bagi seorang penganggur, perkara yang paling penting baginya adalah bahawa asal berisi tembolok senang hati; bukan calon yang boleh memenangi pilihan raya. Bagi seorang Kristian, perkara yang paling penting adalah sama ada roh dan jiwa dapat memasuki Kerajaan Syurga; bukan memperoleh kekayaan berbilion dolar.

Perumpamaan menggunakan kisah dari dunia untuk menggambarkan kebenaran syurga. Kebenaran bagi “perumpamaan tentang bendahara yang tidak jujur” yang disebutkan di atas ialah “anak-anak dunia ini bertindak dengan cerdik, tahu memegang peluang, dan sediakan payung sebelum hujan untuk mendapatkan manfaat dalam hidup ini. Kita sebagai anak-anak terang harus lebih cerdik, tahu memegang peluang, dan sediakan payung sebelum hujan untuk mendapatkan manfaat hidup yang kekal”. Umumnya, orang-orang dalam dunia ini tidak mempunyai pengharapan hidup yang kekal. Namun mereka tahu untuk bekerja keras demi mendapatkan wang dan bersiap sedia untuk usia tua. Orang Kristian yang tamak dan mengasihi dunia serta tidak tahu bersiap sedia untuk hidup yang kekal pada masa hadapan adalah lebih bodoh daripada orang biasa.

 

  1. 16:9-12: “Dan Aku berkata kepadamu: Ikatlah persahabatan dengan mempergunakan Mamon yang tidak jujur, supaya jika Mamon itu tidak dapat menolong lagi, kamu diterima di dalam kemah abadi. Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar. Dan barangsiapa tidak benar dalam perkara-perkara kecil, ia tidak benar juga dalam perkara-perkara besar. Jadi, jikalau kamu tidak setia dalam hal Mamon yang tidak jujur, siapakah yang akan mempercayakan kepadamu harta yang sesungguhnya? Dan jikalau kamu tidak setia dalam harta orang lain, siapakah yang akan menyerahkan hartamu sendiri kepadamu?”

Yesus mendorong kita bahawa jika kita dapat memanfaatkan wang dengan baik dan menolong orang miskin ketika kita hidup pada hari ini, Tuhan akan menyambut kita ke dalam Kerajaan Syurga (khemah yang kekal abadi) setelah kita meninggal dunia (ketika wang tidak lagi berguna). Jika kita dapat mengurus wang di bumi dengan setia sesuai dengan pesanan Tuhan ketika kita hidup pada hari ini, Tuhan akan memberikan kekayaan di syurga (kekayaan yang sebenar) kepada kita setelah kita meninggal dunia kelak. Jika kita dapat mengurus wang yang dipercayakan oleh tuan kepada kita dengan setia ketika kita hidup pada hari ini, Tuhan akan memberikan kekayaan yang berkelimpahan dalam Kerajaan Syurga kepada kita untuk menjadi warisan kita (milik kita sendiri) yang kekal setelah kita meninggal dunia kelak.

 

  1. 16:13: “Seorang hamba tidak dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon.”

Dalam masyarakat perhambaan kuno, hamba merupakan hak milik tuannya dan hamba harus melayani tuannya dengan setia. Dalam dunia rohani, kita merupakan hamba Tuhan. Kita harus memilih Tuhan atau wang (Mamon) sebagai objek ibadah kita yang tunggal. Sama ada mengasihi Tuhan dan membenci wang; atau menyukai wang dan membenci Tuhan. Kedua-duanya adalah saling bertentangan. Kita tidak boleh melayani kedua-duanya pada masa yang sama.

Ketika kita melayani dan bersandar pada wang, jiwa kita tetap berasa sia-sia pada akhirnya walaupun kita dapat memperoleh kenikmatan dan kebahagiaan yang sementara (Pkh 5:9). Melayani wang menyebabkan orang yang semakin kaya berasa semakin takut. Hal ini kerana harta di bumi, “ngengat dan karat merusakkannya dan pencuri membongkar serta mencurinya” (Mat 6:19). Bersandar pada wang menyebabkan orang tinggi hati sehingga melupakan Tuhan (Ul 8:13,14). Jika wang itu tidak dapat menolong lagi, manusia akan dicampakkan ke dalam neraka yang gelap, di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi.

Apabila kita bersedia untuk melayani dan bersandar pada Tuhan, kita akan mempersembahkan wang kepada Tuhan dan memberikan sedekah kepada orang miskin supaya semakin berkorban, semakin bersukacita. Hal ini kerana kita mengumpul harta di syurga, “yang tidak dapat didekati pencuri dan yang tidak dirusakkan ngengat” (Luk 12:33). Jika wang itu tidak dapat menolong lagi, Tuhan akan menerima kita di dalam khemah abadi, di sanalah akan terdapat sukacita dan kegembiraan.

 

PENGAJARAN-PENGAJARAN DARIPADA PERUMPAMAAN

  1. Menghapuskan halangan

Adakah kekayaan merupakan “matlamat” hidup manusia, atau “taktik” yang membantu mencapai matlamat hidup? Matlamat seorang Kristian dalam hidup adalah untuk memuliakan Tuhan dan memberikan manfaat kepada orang lain ketika hidup dalam dunia supaya roh dan jiwa dapat memasuki Kerajaan Syurga dan mendapat hidup yang kekal setelah mati. Wang yang banyak tidak diperlukan untuk mencapai matlamat hidup. Mengejar kekayaan secara berlebihan sering menyebabkan manusia “terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan mencelakakan” sehingga akhirnya menyimpang daripada iman (1 Tim 6:9,10). Halangan mesti dihapuskan untuk mencapai matlamat hidup dengan lancar.

Seorang muda yang kaya bertanya kepada Yesus tentang perbuatan baik yang harus dibuat untuk memperoleh hidup yang kekal. Yesus memberitahunya: “Juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.” Orang muda kaya itu tidak dapat meninggalkan kekayaannya dan mengikuti Yesus. Maka dia pergi dengan sedih. Yesus mengeluh: “… sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam Kerajaan Sorga.” (Mat 19:16-24). Hal-hal di dunia sering menghalangi kita memasuki Kerajaan Syurga. Contohnya adalah seperti wang, pengetahuan, status, kasih sayang, kesihatan fizikal, dan lain-lain. Kita harus memohon agar Tuhan menambah hikmat supaya kita dapat memahami dengan jelas bahawa hal-hal di dunia ini bersifat sementara. Hal-hal tersebut merupakan taktik untuk mencapai matlamat hidup, dan akan berlalu pada suatu hari nanti. Khemah yang kekal di syurga adalah abadi dan merupakan satu-satunya matlamat hidup manusia. Umat ​​Kristian harus bekerja keras untuk menghapuskan halangan dan bergerak menuju matlamat Kerajaan Syurga.

Seorang rakan merancang untuk berhijrah ke Amerika Syarikat. Dia menjual hartanah dan keretanya di Taiwan, memakai pakaian yang biasa dan ringkas, keluar hanya dengan menaiki bas, tidak mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan atau pengebumian kawan-kawan, dan mengirim wang yang disimpan ke Amerika Syarikat untuk kegunaan masa depan. Secara amnya, orang-orang di dunia merancang penghijrahan mereka dalam hidup ini dengan sangat berhati-hati. Kewargaan kita adalah di dalam syurga (Flp 3:20). Kita ialah orang asing dan pendatang di bumi ini (Ibr 11:13). Suatu hari nanti, kita akan berhijrah ke syurga yang lebih indah dan tinggal di sana untuk selama-lamanya. Kita harus membuat persiapan lebih awal dalam hidup ini. Oleh itu, semasa hidup sebagai orang asing di dunia, kita tidak seharusnya memiliki harta benda yang terlalu banyak. Janganlah kita membawa bagasi yang terlalu berat sehingga menyukarkan perjalanan dan tidak dapat sampai ke Kerajaan Syurga dengan lancar. Kita berpendapat bahawa kita memiliki kekayaan, tetapi sebenarnya, kekayaanlah yang memiliki kita. “Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada.” (Mat 6:21). Maka kita harus mempersembahkan lebih banyak wang kepada Tuhan dan memberikannya kepada orang-orang miskin supaya kita dapat mengumpul harta di syurga. Apabila bagasi kita diringankan, kita dapat mencapai destinasi Kerajaan Syurga dengan lebih lancar.

 

  1. Jelas dengan identiti

Segala sesuatu datang daripada Tuhan. Wang, hikmat, dan kesihatan kita semuanya datang daripada Tuhan. Tuhan mempercayakan kita untuk mengurusnya. Kita ialah pengurus rumah Tuhan (Luk 12:42; 1 Kor 4:1). Kita hanya berhak menggunakan segala-galanya tetapi tidak memiliki hak milik itu. Suatu hari nanti, tuan (Tuhan) akan kembali untuk menilai dan memberikan ganjaran atau menghukum sesuai dengan hasil kerja kita. Sekiranya orang Kristian dapat jelas dengan identiti sendiri sebagai pengurus rumah, berfikir bahawa semakin banyak yang dikorbankan, harta akan bertambah semakin banyak, dan semakin banyak memberi, semakin bahagia, maka mereka akan bersedia untuk mempersembahkan semua yang dimiliki kepada Tuhan dan bersedia untuk berkongsi dengan orang lain. Jika mereka tidak memahami identiti sendiri sebagai pengurus rumah, menganggap merekalah tuan ke atas segalanya, berfikir bahawa semakin banyak yang dikorbankan, harta akan menjadi semakin sedikit, dan semakin banyak memberi, semakin sedih, maka mereka tidak akan sudi untuk mempersembahkan segalanya kepada Tuhan dan tidak sudi untuk berkongsi dengan orang lain.

Ketika Bait Suci julung kali dibangunkan di Yerusalem, raja Daud secara sukarela mempersembahkan emas dan perak yang telah dikumpulkannya selama bertahun-tahun. Hal ini kerana dia tahu identitinya sebagai pengurus rumah. Dia berkata: “Sebab siapakah aku ini dan siapakah bangsaku, sehingga kami mampu memberikan persembahan sukarela seperti ini? Sebab dari pada-Mulah segala-galanya dan dari tangan-Mu sendirilah persembahan yang kami berikan kepada-Mu.” (1 Taw 29:14). Rasul Paulus juga jelas dengan identitinya sebagai pengurus rumah dan tahu bahawa segala sesuatu dalam dunia ini diterima daripada Tuhan (1 Kor 4:7). Oleh itu, dia bersedia untuk mempersembahkan segalanya kepada Tuhan, sudi berusaha sedaya upaya untuk memberitakan Injil, menderita bagi Tuhan, dan bahkan sanggup mengorbankan nyawanya.

Dalam gereja pada hari ini, ada orang yang sudi mempersembahkan wang, bakat, dan masa untuk melayani Tuhan kerana mereka jelas dengan identiti mereka sebagai pengurus rumah. Mereka faham bahawa semuanya datang daripada Tuhan dan mereka memberikan tindak balas kepada berkat Tuhan dengan hati yang bersyukur. Ketika kita tidak dapat mengetepikan wang, bakat, dan masa untuk melayani Tuhan, kita sering lupa tentang identiti kita sebagai pengurus rumah. Kita keliru bahawa kitalah tuan atas segala sesuatu dan tidak mempunyai hati yang bersyukur kepada Tuhan.

 

  1. Melayani Tuhan dengan setia

Dalam perumpamaan tentang “bendahara yang tidak jujur”, bendahara mengubah akaun untuk memberikan manfaat kepada orang lain demi mengejar kepentingan peribadi dan memungkinkan dia menjalani kehidupan yang selesa. Prestasi tidak setia seperti itu tidak akan dihargai oleh tuannya. “Yang akhirnya dituntut dari pelayan-pelayan yang demikian ialah, bahwa mereka ternyata dapat dipercayai” (1 Kor 4:2) dan dapat melakukan sesuatu menurut arahan Tuhan. Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar. Jika kita setia dalam perihal pengurusan kewangan yang dipercayakan oleh Tuhan, Tuhan akan membalas kita dengan kekayaan di syurga apabila kita meninggal dunia kelak.

Wang dipercayakan oleh Tuhan kepada kita. Kita harus menguruskannya dengan setia menurut arahan Tuhan. Apabila menerima gaji setiap bulan, persepuluhan harus dipersembahkan (Im 27:30-34; Mat 23:23). Di samping itu, berikan juga persembahan kesyukuran, persembahan khas untuk membangun gereja, dan lain-lain agar gereja dapat memiliki sumber dana untuk menyebarkan Injil dan memberikan bantuan kepada orang-orang miskin. Persembahan merupakan tindakan yang bersyukur kepada Tuhan. Apabila kita mempersembahkan wang, hati kita mendekat kepada Tuhan, dan kita akan diberkati oleh Tuhan (2 Kor 9:6-14; Luk 6:38; Mal 3:10). Apabila kita menjadi hamba wang, hati kita menjauh daripada Tuhan dan kita akan dikutuk oleh Tuhan.

 

KESIMPULAN

“Perumpamaan tentang bendahara yang tidak jujur” hanyalah salah satu daripada perumpamaan-perumpamaan yang membincangkan persoalan mengenai wang yang disebutkan oleh Yesus dalam Alkitab. Tuhan tidak peduli tentang cara menguntungkan wang, tetapi Dia memberikan peringatan kepada pemercaya agar tidak kehilangan hidup rohani mereka kerana menjadi hamba wang.

Tokoh-tokoh rohani dalam Alkitab juga sering mendorong kita untuk memiliki pandangan rohani dan mengenali wang dari perspektif abadi. Jangan kehilangan kemuliaan kekal yang melebihi segala-galanya demi mengejar kekayaan jangka pendek dalam hayat ini (2 Kor 4:17).

Agur berkata: “Jangan berikan kepadaku kemiskinan atau kekayaan… Supaya, kalau aku kenyang, aku tidak menyangkal-Mu dan berkata: Siapa TUHAN itu?” (Ams 30:8-9).

Paulus berkata: “… Karena akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. Tetapi engkau hai manusia Allah, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan, ibadah, kesetiaan, kasih, kesabaran dan kelembutan.” (1 Tim 6:9-11).

Yesus berkata: “Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya? Dan apakah yang dapat diberikannya sebagai ganti nyawanya?” (Mat 16:26).

Wang adalah seperti sebilah pisau yang dapat menolong ataupun membunuh orang lain. Wang boleh mendatangkan kebahagiaan dan bencana. Orang yang menggunakan wang dengan baik dalam hidup ini akan diberkati oleh Tuhan dan akan menerima hidup yang kekal. Orang yang bersandar pada wang dalam hidup ini akan dikutuk oleh Tuhan dan kehilangan hidup yang kekal. Sekiranya ingin memasuki Kerajaan Syurga dan memiliki warisan sendiri, orang Kristian harus tahu untuk merebut peluang dalam hidup ini, mempersiapkan diri terlebih dahulu, banyak menyempurnakan rohani, banyak memberikan persembahan, banyak melakukan kerja suci, dan banyak memikirkan perkara-perkara di syurga. Dengan demikian, bahagian yang abadi di syurga akan tersedia bagi kita.

PERBINCANGAN TENTANG TELANGKAI

PERBINCANGAN TENTANG TELANGKAI

 

PENDAHULUAN

Dalam masyarakat terbuka, lelaki dan perempuan kerap berhubungan. Terdapat banyak orang yang kita kenal yang bercinta secara bebas sehingga mereka mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, banyak juga yang memerlukan telangkai. Oleh itu, kerja telangkai bukan sahaja perlu tetapi juga penting. Konsep dan sikap pihak yang berkenaan dengan kerja telangkai mempunyai pengaruh mutlak dan tidak boleh diabaikan jika mahu kerja telangkai dijalankan dengan lancar.

 

PENDIRIAN IBU BAPA

  1. Pertimbangan dari segi iman kepercayaan (Kej 24:3-7, 15:16)

Pertahankan perkahwinan di dalam Tuhan adalah jaminan bahawa perkahwinan anak-anak akan diberkati oleh Tuhan. Tindakan ini juga membuktikan bahawa anak-anak bertumbuh besar di bawah perlindungan Tuhan dan menunjukkan nilai iman kepercayaan.

  1. Serahkan dengan iman (Kej 24:1,7,8)

“Sebab pada awal dunia, Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan, sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging.” Maka, Tuhan pastinya akan membuat pemadanan (Mrk 10:6-9). Menunggu dengan berdoa merupakan proses serahkan kepada Tuhan, manakala percaya bahawa perkahwinan ada dalam tangan Tuhan pula merupakan pendorong kepada tindakan serahkan kepada Tuhan.

  1. Memikul tanggungjawab (Kej 24:2-4)

Mengambil berat tentang perkahwinan anak-anak merupakan aspek yang paling penting dalam keibubapaan. Sejak awal kehamilan, ibu bapa telah menggalas tanggungjawab berat membesarkan anak-anak di atas bahu. Ibu bapa bekerja keras dan menjaga anak bagai menatang minyak yang penuh. Mereka menantikan anak itu menjadi dewasa, pijat menjadi kura-kura, mendirikan rumah tangga, dan membina keluarga Kristian yang bahagia. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk mengambil berat tentang perkahwinan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak mengikuti trend sosial – kebebasan percintaan dan autonomi perkahwinan.

  1. Mementingkan aturan Tuhan (Kej 24:50-51)

“Semuanya ini datangnya dari TUHAN; kami tidak dapat mengatakan kepadamu baiknya atau buruknya.” Sekiranya kita memahami aturan dan pemadanan Tuhan, maka janganlah kita campur tangan atau merosakkan niat baik Tuhan dengan pandangan sekular atau alasan kelayakan.

 

SIKAP TELANGKAI

  1. Terus berdoa dan bersyukur (Kej 24:12,26,27,48,52)

Dapatkan pemahaman awal mengenai kelayakan dan permintaan pemuda kedua-dua belah pihak. Mohonlah dalam doa agar Tuhan memberikan kesempatan dan memberikan hikmat untuk melakukan kerja telangkai dengan baik.

  1. Menjelaskan motif telangkai (Kej 24:32-48)

Jelaskan motif telangkai untuk menyatakan tahap keikhlasan dan keprihatinan serta mendapatkan kepercayaan kedua-dua belah pihak. Tindakan ini juga menunjukkan sikap yang bertanggungjawab.

  1. Meneliti kehendak Tuhan (Kej 24:10-21)

Dalam proses pergaulan antara kedua-dua belah pihak, bimbinglah mereka tentang cara pergaulan di samping mengingatkan mereka untuk menjaga kekudusan dan meneliti kehendak Tuhan.

  1. Mengikuti proses perkembangan (Kej 24:56)

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju, telangkai harus menjadi orang tengah yang menyelesaikan kesulitan dan masalah kedua-dua belah pihak jika terdapat sebarang alasan untuk menundakan perkahwinan.

  1. Jangan terlalu memaksa (Kej 24:49)

Semasa proses menelangkai, jangan biarkan kedua-dua belah pihak berasa bahawa yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. Tindakan ini akan menyebabkan tekanan besar kepada kedua-dua belah pihak dan meningkatkan masalah dalam kerja telangkai.

 

KERJASAMA PIHAK YANG BERKENAAN

  1. Mengekalkan pemikiran yang tenang (Kej 24:62-63)

Pergaulan sebelum berkahwin terdedah kepada perasaan emosi. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah pandai berbicara dan hidup secara terhormat. Jangan biarkan pihak yang lain mempunyai tanggapan yang salah atau menyebabkan diri sendiri terluka. Hal ini kerana emosi adalah melebihi akal. Maka, berjaga-jagalah.

  1. Memegang ketepatan masa telangkai (Kej 24:57-61)

Apabila sesuatu berita gembira dipersembahkan di depan mata, peganglah peluang itu. Fahamilah bahawa semua orang, terutamanya pemuda lelaki dan perempuan yang berkenaan harus mentaati pimpinan dan pemadanan Tuhan. Jangan mengecewakan aturan Tuhan yang indah.

  1. Mengiktiraf kesetiaan telangkai (Kej 24:66)

Jangan meragui orang yang dipercayakan dan jangan percayakan orang yang diragui. Pada dasarnya, kakitangan telangkai gereja memikul tanggungjawab yang berat ini kerana bersyukur atas kasih karunia Tuhan. Mereka menganggapnya sebagai suatu kerja suci yang penting. Mereka atas kadar dan lagi teduh, lagi berkajang. Usaha mereka wajar mendapat pengiktirafan kita. Dalam proses menelangkai, kaedah dan cara perhubungannya mungkin berbeza daripada persepsi kita. Namun kita tidak boleh menafikan usaha mereka. Kita harus memberikan tindak balas dengan timbang rasa dan rasa terima kasih. Sekiranya perlu, ketahui inti masalah melalui komunikasi dan hadapinya bersama untuk mendorong iman kakitangan telangkai dalam kerja suci ini.

  1. Bersedia memasuki kehidupan berumah tangga (Kej 24:67)

Ketahui tentang interaksi antara dua jantina dan dunia dua orang, melengkapkan diri untuk menyambut kehidupan baharu, dan menyesuaikan mental untuk menghadapi hubungan interpersonal baharu.

 

TELANGKAI ALTERNATIF

  1. Penampilan pakaian harus terhormat

Seseorang perlu berpenampilan, tahu kesopanan, berpakaian sewajarnya, menunjukkan rasa hormat terhadap kehidupan, menunjukkan daya hidup orang muda, dan mencipta imej yang sihat.

  1. Berkelakuan dan hidup dengan betul

Tutur kata ialah suara hati; berbicara merupakan indeks kehidupan, dan prestasi akhlak keperibadian juga merupakan penanda aras kestabilan keperibadian.

  1. Bersungguh-sungguh

Rasa tanggungjawab merupakan pendorong bagi pengurusan kehidupan serta memberikan rasa selamat dan jaminan kepada orang lain.

  1. Hormati orang lain dan dapatkan pengiktirafan

Menghormati orang lain bermaksud mengiktiraf diri sendiri. Tahu menghormati orang lain, mempunyai disiplin yang jelas, tahu perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

  1. Optimis dan bersukacita

Orang yang optimis berfikiran luas, berfikir ke arah positif, mudah menyelesaikan kesulitan, dan bersukacita tanpa batas di mana-mana sahaja.

  1. Menitikberatkan kehidupan iman kepercayaan

Peningkatan kualiti hidup dan kekayaan inti hidup harus didirikan atas dasar iman kepercayaan. Sumber hikmat ialah takut akan Tuhan.

Telangkai alternatif adalah untuk memberikan lebih banyak peluang kepada diri sendiri dan untuk belajar tentang cara menghadapi kehidupan berumah tangga.

 

KESIMPULAN

Menanti-nantikan tetapi takut terluka menyatakan bahawa pelaksanaan kerja telangkai memerlukan penyesuaian dari segi sikap kehidupan, pengetahuan tentang firman perkahwinan, dan komunikasi antara konsep yang berbeza.

Orang-orang yang terlibat dalam kerja telangkai harus menjunjung tinggi sikap menghormati perkahwinan dan membimbing pemuda-pemudi yang bujang untuk berkahwin dalam Tuhan dengan perspektif membangun iman kepercayaan mereka. Dengan demikian, telangkai dapat menyelesaikan amanat yang dipercayakan oleh Tuhan.

PERJANJIAN ANTARA TUHAN DENGAN MANUSIA

PERJANJIAN ANTARA TUHAN DENGAN MANUSIA

 

Satu perkara yang paling penting dalam Alkitab ialah perjanjian antara Tuhan dengan manusia. Perjanjian ini terbahagi kepada “perjanjian lama” dan “perjanjian baharu”. Kita harus terlebih dahulu memahami makna dan ciri-ciri perjanjian. Kemudian, dengan perjanjian antara Tuhan dengan Adam sebagai permulaan, kita mengkaji syarat-syarat perjanjian. Ketika mengadakan perjanjian dengan Nuh, Tuhan menjadikan pelangi sebagai tanda perjanjian. Ketika mengadakan perjanjian dengan Abraham, Tuhan menjadikan sunat sebagai bukti. Ketika mengadakan perjanjian dengan orang Israel, Tuhan menjadikan hukum Taurat sebagai piawaian. Namun manusia melanggar syarat perjanjian dan hukum Taurat. Mereka akhirnya kehilangan negeri mereka dan mengembara ke negara-negara lain. Nabi Yeremia bernubuat bahawa perjanjian baharu akan datang, dan Yesus akan menumpahkan darah di atas kayu salib untuk menyelesaikan penyelamatan dan penebusan dalam perjanjian baharu. Asalkan manusia bersedia untuk dibaptiskan dalam kematian Kristus, mereka mengadakan perjanjian dengan Tuhan. Setiap kali mereka menerima Sakramen Perjamuan Kudus, mereka sekali lagi menegaskan tekad dan perbuatan mereka mengadakan perjanjian dengan Tuhan. Mereka menantikan rumah syurgawi iaitu realisasi terakhir bagi perjanjian antara Tuhan dengan manusia dengan kehidupan yang soleh.

 

MAKNA DAN CIRI-CIRI PERJANJIAN

Perjanjian dalam bahasa Ibrani ialah בְרִית (berith) yang mempunyai tiga makna:

  1. Pembahagian

Darah diperlukan untuk mengadakan perjanjian. Maka mereka harus menyembelih binatang dan menumpahkan darahnya. Sebagai contoh, ketika Tuhan mengadakan perjanjian dengan Abraham, seekor lembu betina berumur tiga tahun, seeekor kambing betina berumur tiga tahun, seekor domba jantan berumur tiga tahun, seekor burung tekukur dan seekor anak burung merpati telah digunakan. Semuanya itu dipotong dua, lalu diletakkan bahagian-bahagian itu yang satu di samping yang lain. Kemudian, kelihatanlah perapian yang berasap beserta suluh yang berapi lewat di antara potongan-potongan daging itu yang melambangkan kedatangan Tuhan dan melewati tempat itu. “Pada hari itulah TUHAN mengadakan perjanjian dengan Abram serta berfirman: “Kepada keturunanmulah Kuberikan negeri ini, mulai dari sungai Mesir sampai ke sungai yang besar itu, sungai Efrat.”” (Kej 15:15-18).

Maknanya, jika kedua-dua belah pihak dalam perjanjian gagal untuk memegang perjanjian, mereka akan dibahagikan dan ditumpahkan darah seperti ternakan sebagai pampasan.

Pada zaman nabi Yeremia, Yehuda juga mengadakan perjanjian dengan Tuhan dengan cara yang sama. Tuhan berfirman: “Dan Aku akan menyerahkan orang-orang, yang melanggar perjanjian-Ku dan yang tidak menepati isi perjanjian yang mereka ikat di hadapan-Ku, dengan memotong anak lembu jantan menjadi dua untuk berjalan di antara belahan-belahannya; pemuka-pemuka Yehuda, pemuka-pemuka Yerusalem, pegawai-pegawai istana, imam-imam dan segenap rakyat negeri yang telah berjalan di antara belahan-belahan anak lembu jantan itu, mereka akan Kuserahkan ke dalam tangan musuh mereka dan ke dalam tangan orang-orang yang berusaha mencabut nyawa mereka, sehingga mayat mereka menjadi makanan burung-burung di udara dan binatang-binatang di bumi.” (Yer 34:18-20).

 

  1. Makan bersama-sama

Setelah mengadakan perjanjian, orang-orang yang mengadakan perjanjian akan makan bersama-sama. Contohnya ketika Tuhan mengadakan perjanjian dengan umat Israel, Musa dan tujuh puluh tua-tua naik ke gunung untuk menerima kitab perjanjian. Musa membacakan kitab perjanjian itu kepada bangsa itu dan mereka berkata: “Segala firman TUHAN akan kami lakukan dan akan kami dengarkan.” Dan naiklah Musa dan para tua-tua ke gunung Tuhan. “Mereka memandang Allah, lalu makan dan minum.” (Kel 24:7-11).

 

  1. Ikatan

Orang-orang yang mengadakan perjanjian harus menanggung ikatan perjanjian dan harus memegang perjanjian. Hanya maut saja yang dapat membebaskan ikatan ini. Perjanjian antara Tuhan dengan manusia adalah kekal abadi. Hal ini kerana Tuhan tidak pernah berubah. Orang yang percaya kepada Yesus dapat mewarisi Kerajaan Syurga yang kekal. Namun, orang-orang yang hidup di bumi akan berasa terikat dengan perjanjian. Perjanjian ini sebenarnya adalah sebagai persediaan bagi rumah di syurga. Ikatannya adalah untuk menyiapkan akal budi kita supaya kita tidak menuruti hawa nafsu yang menguasai kita pada waktu kebodohan kita iaitu sebelum kita menjadi percaya (1 Ptr 1:13).

 

TUHAN MENGADAKAN PERJANJIAN DENGAN ADAM

Setelah menciptakan Adam, Tuhan menempatkannya di taman Eden. Tuhan memberikan perintah bahawa semua pohon dalam taman itu boleh dimakan buahnya dengan bebas, tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu jangan dimakan buahnya, sebab pada hari dia memakannya, pastilah dia mati (Kej 2:16,17). Walaupun tidak ada perkataan “perjanjian” dalam ayat itu, namun ayat itu mengandungi inti sebenar perjanjian. Oleh itu, nabi Hosea menyebut tentang “melangkahi perjanjian di Adam” (Hos 6:7). Tuhan juga memberkati Adam dan Hawa: “Beranak-cuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi.” (Kej 1:28).

Pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu menjadi alat bagi Tuhan mengadakan perjanjian dengan manusia. Kewujudan pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu menunjukkan bahawa manusia mempunyai kehendak yang bebas, iaitu sama ada mahu memegang perjanjian ataupun melanggar perjanjian.

Daripada nenek moyang generasi pertama, kita dapat mengetahui bahawa manusia tidak dapat memegang syarat-syarat perjanjian dengan kekuatan mereka sendiri, dan kelemahan Adam juga merupakan kelemahan umat manusia. Hanya penyelamatan dan penebusan Yesus sahaja yang memiliki kekuasaan untuk memegang perjanjian.

 

TUHAN MENGADAKAN PERJANJIAN DENGAN NUH

Sebelum air bah, Tuhan mengadakan “perjanjian bahtera” dengan Nuh (Kej 6:18). Nuh perlu membuat sebuah bahtera, dan seluruh keluarganya perlu memasuki bahtera untuk menyelamatkan nyawa. Tuhan akan memusnahkan seluruh bumi dengan air bah. Hal ini kerana kejahatan manusia besar di bumi dan segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata. “Adapun bumi itu telah rusak di hadapan Allah dan penuh dengan kekerasan.” Selepas air bah, Tuhan mengadakan “perjanjian pelangi” dengan Nuh: “… bahwa sejak ini tidak ada yang hidup yang akan dilenyapkan oleh air bah lagi, dan tidak akan ada lagi air bah untuk memusnahkan bumi” (Kej 9:11). Tuhan menjadikan pelangi sebagai tanda perjanjian.

Nuh mempercayai firman Tuhan. Nuh menerima perjanjian Tuhan ketika dia berusia 500 tahun, sementara air bah datang ketika dia berusia 600 tahun. Walaupun pembinaan bahtera telah mengambil masa selama seratus tahun, namun iman Nuh tidak terpengaruh oleh masa. Kita juga harus mempunyai iman sedemikian terhadap perjanjian Tuhan. Orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.

 

TUHAN MENGADAKAN PERJANJIAN DENGAN ABRAHAM

Tuhan berkata kepada Abraham bahawa Abraham akan mempunyai keturunan sendiri dan negeri mulai dari sungai Mesir sampai ke sungai Efrat. Abraham mempercaya janji Tuhan ini, maka Tuhan memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran (Kej 15:1-19). Perjanjian Tuhan dengan Abraham ini sepenuhnya ditetapkan oleh Tuhan atas inisiatif-Nya. Tindakan ini menunjukkan bahawa pemilihan dan kasih Tuhan bukanlah pertukaran bersyarat dan tidak ada harga yang harus dibayar. Abraham hanya perlu mempercayainya.

Hal yang sama berlaku ketika kita dipilih oleh Tuhan. Tuhan memberikannya secara cuma-cuma. “apakah manusia, sehingga Engkau mengingatnya? Apakah anak manusia, sehingga Engkau mengindahkannya?” (Mzm 8:5).

 

TUHAN MENGADAKAN PERJANJIAN DENGAN ORANG ISRAEL

Orang Israel meninggalkan Mesir dan pergi ke gunung Sinai untuk mengadakan perjanjian dengan Tuhan. Musa menerima kitab perjanjian di atas gunung (Kel fasal 20-23). ​​Setelah kitab perjanjian itu dibacakannya dengan didengar oleh bangsa itu, mereka berjanji untuk memegangnya. Mereka menyembelih ternakan dan mempersembahkan korban. Separuh daripada darah itu disiramkan pada mezbah, separuh lagi disiramkan pada bangsa itu untuk menyelesaikan proses perjanjian.

Sepuluh Hukum merupakan perlembagaan yang terutamanya terdiri daripada dua bahagian: mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia. Selain itu, terdapat juga ketetapan-ketetapan, peraturan-peraturan dan sebagainya yang meliputi hukum moral, hukum etika, dan hukum sivil.

Perjanjian Sinai berpusatkan hukum Taurat Musa. Terdapat 248 perkara yang harus dilakukan dan 365 perkara yang tidak boleh dilakukan. Secara keseluruhannya, terdapat 613 hukum. Orang yang melakukan ketetapan dan peraturan ini akan hidup kerananya (Im 18:5).

Walau bagaimanapun, kelemahan manusia tetap tidak dapat diatasi. Umat terus-menerus melanggar hukum Taurat, bahkan negara mereka binasa dan mereka ditawan. Setelah belajar daripada kesakitan, orang-orang Yahudi menyedari betapa pentingnya hukum Taurat itu. Mereka bertaubat dengan sungguh-sungguh dan mendapatkan kembali martabat hukum Taurat.

 

PERJANJIAN BAHARU YANG DINUBUATKAN OLEH NABI YEREMIA

Nabi Yeremia dipanggil oleh Tuhan ketika berada di tempat pembungan lalu menubuatkan kedatangan perjanjian baharu. Tuhan berfirman: “Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka.” (Yer 31:33-34).

Terdapat beberapa ciri dalam petikan ini:

  1. Iman kepercayaan dalaman

Hukum Taurat harus diletakkan dalam batin manusia dan dituliskan dalam hati mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Yesus dalam Khotbah di Bukit, orang yang marah harus dihukum, orang yang memandang perempuan serta menginginkannya sudah berzina, sedekah harus diberikan dengan tersembunyi dan berdoa di dalam kamar. Semua ini menitikberatkan iman kepercayaan dalaman.

 

  1. Tanggungjawab iman kepercayaan peribadi

Setiap individu, jiran, dan saudara ialah bilangan tunggal yang menekankan iman kepercayaan yang bermula daripada individu. Ayah-ayah makan buah mentah, dan gigi anak-anaknya tidak menjadi ngilu. “Setiap orang akan mati karena kesalahannya sendiri; setiap manusia yang makan buah mentah, giginya sendiri menjadi ngilu.” (Yer 31:29-30).

 

  1. Pengharapan akhir zaman

Terdapat sebanyak 16 catatan tentang “waktunya akan datang” dalam kitab Yeremia. Catatan ini mempunyai makna eskatologi. Trend menunggu perjanjian baharu telah dibuka, dan para nabi selepasnya mempunyai pengajaran yang serupa. Contohnya adalah seperti perjanjian yang kekal Yehezkiel (Yeh 16:56-62), perjanjian damai Yehezkiel (Yeh 37:26), pencurahan Roh Kudus Yoel (Yl 2:28), dan Malaikat Perjanjian Maleakhi (Mal 3:1-4).

 

PERJANJIAN BAHARU YESUS

Yesus memenuhi perjanjian baharu antara Tuhan dengan manusia melalui darah-Nya. Manusia hanya perlu percaya bahawa Sakramen Pembaptisan Yesus mempunyai fungsi pengampunan dosa. Air dalam Sakramen Pembaptisan menjadi darah Yesus yang bernilai di bawah kerja Roh Kudus (1 Yoh 5:6-8). Oleh itu, kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya, dikuburkan bersama-sama dengan Dia, dan keluar daripada air selepas dibaptis seperti Kristus telah dibangkitkan daripada antara orang mati. Kita dilahirkan kembali dalam roh, hidup dalam hidup yang baharu dan merupakan ciptaan baharu (Rm 6:3-8).

Penerimaan daging dan darah Yesus dalam Sakramen Perjamuan Kudus bermaksud menerima hidup Yesus (Yoh 6:53). Sakramen Perjamuan Kudus juga adalah untuk mengingatkan kita supaya menguji perbuatan diri sendiri melalui darah Yesus dan perjanjian baharu yang diadakan dengan Tuhan (1 Kor 11:28).

Dengan pertolongan Roh Kudus, kita memperoleh kekuasaan dari tempat tinggi untuk mengatasi kelemahan daging. Kita diperbaharui oleh Roh Kudus dan mengenakan “manusia baru, yang telah diciptakan menurut kehendak Allah di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya” (Ef 4:23-24). Menjadikan iman kepercayaan benar-benar ada di dalam batin / hati merupakan ciri perjanjian baharu.

Perjanjian antara Tuhan dengan manusia berlangsung sampai selama-lamanya melalui anugerah keselamatan Yesus.

PANDUAN PEMBACAAN INJIL LUKAS

PANDUAN PEMBACAAN INJIL LUKAS

(Pendeta Wang Ming Chang)

 

Injil Lukas adalah sebuah kitab Injil, bukan biografi. Oleh itu, semasa membaca Injil Lukas, kita tidak boleh menganggapnya sebagai “kehidupan Yesus”, sebaliknya, ia ialah mesej tentang perkara-perkara yang disempurnakan oleh Tuhan melalui Yesus untuk manusia. Dengan erti kata yang lain, jikalau kita mahu memahami kitab Injil ini secara mendalam, kita harus membalasnya dengan “iman”. Kesaksian iman adalah untuk mencetuskan kepercayaan, dan hanya melalui kepercayaan, kita dapat memahami kesaksiannya. Dalam hal ini, Injil Lukas memberi kenyataan kepada pembaca melalui peristiwa bersejarah, tetapi nilainya terletak pada kepercayaan yang terkandung dalam peristiwa bersejarah. Injil pada dasarnya bukan satu set teori atau konsep agama, tetapi satu rekod tentang apa yang dilakukan oleh Tuhan untuk manusia. Namun jika meninggalkan kepercayaan, peristiwa tersebut  tidak dapat menyatakan maknanya dengan sepenuhnya.

Injil Lukas mencatatkan banyak perkara dan beranggapan semua itu ialah “Injil” Tuhan. Semasa mengkaji dan membacanya, kita harus percaya bahawa ianya ialah Injil. Sikap ini memerlukan usaha penerokaan dan kejujuran kita dalam kerohanian. Namun selain dua aspek tersebut, aspek kepercayaan, menyangkal diri, taat sepenuhnya, pelayanan dan ibadah juga diperlukan. Dalam kitab Injil ini, Tuhan kehidupan berbicara kepada manusia dan manusia seharusnya membalasNya dengan kehidupan.

 

PERTAMA, PENULIS

Menurut pandangan tradisional gereja, Injil Lukas dan Kisah Para Rasul dianggap sebagai kitab-kitab daripada sumber yang sama. Penulisnya ialah Lukas. Dari kata pengantar dalam (Luk 1:1-4) dan (Kis 1:1), dapat dilihat bahawa penerima surat ialah Teofilus yang mulia. Dari (Luk 24:49,52,53), dapat dilihat bahawa penutup kitab ini mencatatkan Tuhan Yesus mahu murid-murid menantikan Roh Kudus di Yerusalem. Kisah Para Rasul fasal 2 pula adalah tentang murid-murid benar-benar menerima Roh Kudus yang dijanjikan selepas mereka menantikan Roh Kudus. Dari sudut pandangan ini, Injil Lukas dan Kisah Para Rasul adalah seperti jilid satu dan dua bagi kitab yang sama.

Kitab ini banyak menggunakan perkataan spesifik bidang perubatan dan hanya digunakan oleh doktor. Dalam (Kis 16:10; 20:6; 27:1), kata ganti nama “kami” sering muncul. Ini jelas bahawa penulis, Lukas merupakan salah seorang yang terlibat dengan peristiwa tersebut. Dia digelar sebagai “tabib Lukas yang kekasih” oleh Paulus (Kol 4:14). Dia juga merupakan teman sekerja Paulus. Sebelum Paulus mati syahid, dia tetap melayani di sisi Paulus (2 Tim 4:11).

Lukas ialah orang bangsa asing (Kol 4:10,11,14).  Menurut legenda, dia orang Siria dan tinggal di Antiokhia. Selepas percaya kepada Tuhan di Antiokhia, dia pernah mengikuti Paulus dalam pengembaraan Injil dan menemani Paulus ke Rom untuk menerima penghakiman. Dia merupakan teman rapat Paulus.

 

KEDUA, PENERIMA SURAT

Teofilus (1:1). Dia mungkin seorang yang berkedudukan. Dia mungkin sedang mencari Injil, atau merupakan pemercaya baru. Lukas ingin memberikan lebih banyak latihan kepadanya / memupuknya. Oleh itu, Lukas bekerja keras menuliskan dua gulungan surat kepadanya dan memperkenalkan hal tentang Tuhan Yesus.

Nama Teofilus ini sangat bermakna. “Teo” bermaksud “Tuhan”, “filus” bermaksud “kasih” dan makna keseluruhannya ialah “orang yang mengasihi Tuhan” atau “orang yang dikasihi Tuhan”. Maka, jika Lukas menulis kepada sekumpulan “orang yang mengasihi Tuhan”, itu memang sangat bersesuaian.

 

KETIGA, MASA DAN TEMPAT

Lukas ditulis lebih lewat daripada Injil Markus dan lebih awal daripada Injil Yohanes. Ia dibukukan pada sekitar tahun 62-68M.

Tempat penulisan pula tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Ada yang beranggapan ianya di Korintus, Akhaya, atau di Rom, Itali, atau sesuatu tempat di dunia Yunani.

 

KEEMPAT, MOTIF PENULISAN

Oleh sebab Injil Kristus disebarkan di kalangan bangsa asing, dalam keseluruhan dunia yang menggunakan bahasa Yunani, bilangan orang Yunani yang berbalik kepada Tuhan bertambah. Kehidupan Yesus Kristus adalah amat penting untuk orang-orang bangsa asing yang telah percaya kepada Tuhan. Oleh sebab ideal orang Yunani yang paling tinggi adalah untuk menjadi orang yang sempurna, maka Lukas menggambarkan Yesus sebagai manusia sempurna yang sebenar. Contohnya, dia menggambarkan Tuhan Yesus mempunyai peringkat pertumbuhan yang berbeza dalam kitab Injil ini: bayi Yesus (2:12,16), Yesus yang disunat (2:23), remaja Yesus semasa berusia 12 tahun (2:42), sehinggalah pada usia tiga puluh tahun, Tuhan Yesus telah menjadi Yesus yang memberitakan Injil (3:23). Lukas juga menggambarkan sifat kemanusiaan Tuhann Yesus yang sebenar. Contohnya Tuhan Yesus dua kali menangis (13:34, 19:41), berlutut dan berdoa (22:41-42), malaikat datang membantu (22:43), peluh bertitisan ke tanah seperti titik-titik darah (22:44), menyerahkan nyawa ke dalam tangan Tuhan (23:46). Semasa kepala pasukan yang berada di sisi Tuhan melihat kematian Tuhan, dia memberi kesaksian dengan ikhlas: “Sungguh, orang ini adalah orang benar!” (23:47). Firman Tuhan melahirkan kehidupan yang sempurna dan representatif. Dia sememangnya penyelamat dan penebus umat manusia.

 

KELIMA, MOTIF PENULISAN

Dalam permulaan kitab ini, penulis, tabib Lukas telah menyatakan bahawa tujuan kitab ini adalah untuk memberi kesaksian tentang semua fakta sejarah yang telah berlaku di sekitar Tuhan Yesus. Dengan pendekatan seperti ahli sejarah, Lukas meggunakan gaya penulisan yang menarik untuk menulis kisah hidup Tuhan secara terperinci menurut susunan perkembangannya. Bukan sahaja kepada Teofilus, orang yang berkedudukan ini, malahan untuk menyatakan kepada seluruh dunia bahawa Yesus ialah manusia yang sempurna, Dia juga Tuhan.

“Teofilus” ialah nama orang Yunani. Oleh itu, berkemungkinan besar dia orang bangsa asing. Menghadiahkan kitab kepada seseorang, jika dengan tujuan supaya kitab tersebut diterima ke dalam persatuan atau kelas penerimanya, maka “Teofilus” semestinya merupakan seorang wakil organisasi atau persatuan bangsa asing yang berpendidikan dan bertamadun. Ini juga dapat dipastikan dalam (Luk 1:1-4). Ia dituliskan dalam gaya sastera sejarahwan Yunani. Perkataan-perkataan yang digunakan juga menunjukkan bahawa penulis merupakan seorang yang berpendidikan tinggi. Dari sini kita dapat mengetahui bahawa Lukas adalah berpemikiran dan berperancangan. Dia menjelaskan mesej agama Kristian dengan corak yang dapat menarik perhatian “roh” orang-orang bijak bangsa asing pada abad pertama.

Terdapat satu persoalan dalam hati orang bangsa asing: agama Kristian jelas berasal daripada agama Yahudi / Judaisme. Jika agama Yahudi / Judaisme tidak boleh dipercayai, adakah agama Kristian juga sama sepertinya? Tujuan Injil Lukas adalah untuk menjawab persoalan ini dengan penafian tegas. Ini melibatkan persoalan teologi yang dirasakan susah oleh gereja zaman awal, samada bagi orang bangsa asing ataupun orang Yahudi. Jika Yesus ialah Mesias yang sebenar (Tuhan penyelamat dunia), mengapa orang yang paling berkelayakan untuk memberikan kepastian tentangnya, iaitu pemimpin orang Yahudi menolakNya? Lukas pernah menyebut tentang persoalan ini dalam kitab Injil ini dan Kisah Para Rasul (Luk 24:20; Kis 2:23; 7:52-53; 13:44-47; 28:24-28). Lukas dengan tegasnya berkata: penolakan mereka tidak menggagalkan kehendak Tuhan, ataupun melemahkan kepercayaan umat Kristian. Hakikatnya, agama Yahudi / Judaisme yang berpecah-pecah pada abad pertama merupakan bukti sahih bahawa kepercayaan Kristian boleh dipercayai. Ia merupakan penghakiman Tuhan ke atas orang-orang Yahudi yang gagal memahami sifat amanat mereka sendiri. Dalam erti kata yang lain, agama Kristianlah pewaris kepercayaan Perjanjian Lama yang sebenar.

 

KEENAM, KEISTIMEWAAN KITAB INI

Kitab Injil Lukas dipenuhi dengan sukacita kerajaan Tuhan, kuasa Roh Kudus dan pujian kepada Tuhan.

A. Injil yang dipenuhi dengan sukacita kerajaan Tuhan dan pujian

    1. Dimulakan dengan pujian (1:14,19,42,44,47,58,64; 2:10,14), juga diakhiri dengan pujian (24:41,52-53).
    2. Sukacita di syurga (15:7,10,24,32).
    3. Kegembiraan Yesus (10:21-24).
    4. Kesukaan besar (2:10,20,28,38,25,26; 6:21,23; 7:16; 8:13; 10:17; 13:13,17; 17:15; 18:43; 19:37)
    5. Lima puisi yang indah: memuji Maria (1:28,42-45), Maria memuji Tuhan (1:46-55), Zakharia memuji anugerah keselamatan (1:68-79), malaikat memuji kelahiran Tuhan (2:13-14), Simeon memuji Tuhan (2:24-32).
    6. Lain-lain. Contoh: membawa khabar baik (1:19. 2:10; 3:18; 4:18,43; 7:22; 8:1; 9:6; 16:16; 20:1), memuliakan Tuhan (2:20; 5:25; 7:16; 13:13; 17:15; 18:43), memuji Tuhan (2:13,20; 19:37); bersyukur kepada Tuhan (1:64; 2:28; 24:53). Ini jelas menunjukkan bahawa Lukas merupakan seorang yang kaya dengan perasaan dan penuh dengan sukacita. Dia membuatkan pembaca mempunyai imej yang mendalam iaitu Tuhan ialah Anak Manusia yang sempurna, Dialah juruselamat umat manusia.

 

B. Injil yang menitikberatkan tentang doa

Terdapat banyak catatan tentang doa dalam Injil Lukas, diperjelaskan seperti berikut:

  1. Doa Tuhan Yesus: doa selepas dibaptis (3:21); doa di tempat-tempat sunyi (5:16), doa semalam-malaman di bukit (6:12), doa bersendirian (9:18), doa di atas gunung berubah wajah (9:28-29), doa yang gembira (10:21), doa tauladan (11:1), doa bagi murid-murid (22:32), doa di taman Getsemani (22:40-46), doa pengampunan dosa (23:34), doa menyerahkan nyawa (23:46).
  2. Tuhan mengajar murid-murid berdoa: doa bagi musuh (6:28), doa bagi kerja penyebaran agama (10:2), doa untuk mencari kerajaan dan Kebenaran Tuhan (11:1-13), doa meminta bersungguh-sungguh, doa yang tekun dan doa pertaubatan (18:1-14), berjaga-jaga dan berdoa di zaman akhir (21:36), doa semasa berada dalam kesengsaraan (22:46).
  3. Catatan-catatan lain berkenaan doa: doa persembahan korban (1:10-13), berpuasa dan berdoa (2:37; 5:33), doa yang berpura-pura (20:47).

 

C. Injil yang menyerlahkan kepentingan Roh Kudus

Bagi catatan berkenaan “Roh Kudus”, Injil Matius mencatatkan sebanyak 5 kali, Injil Markus mencatatkan sebanyak 4 kali, tetapi Injil Lukas dan Kisah Para Rasul mencatatkan sebanyak 53 kali. Makna utama dinyatakan pada Fasal 1 dan 2 Injil Lukas iaitu Kisah Roh Kudus. Contohnya Zakharia diberi petunjuk oleh malaikat bahawa anaknya Yohanes akan penuh dengan Roh Kudus (1:15), Gabriel mengatakan bahawa Roh Kudus menyertai Maria (1:35), Elisabet penuh dengan Roh Kudus ketika bertemu Maria (1:41), Zakharia penuh dengan Roh Kudus lalu memuji Tuhan (1:67), Roh Kudus menyatakan kepada Simeon bahawa dia akan bertemu dengan Yesus di bait suci (2:25-27).

Contoh-contoh lain: Selepas Tuhan Yesus dibaptis, Dia dipenuhi dan dipimpin oleh Roh Kudus. Roh Kudus membawaNya ke padang gurun untuk dicobai dan mendapat kemenangan (4:1). Dalam kuasa Roh masuklah Tuhan ke Galilea (4:14), Tuhan bersukacita di dalam Roh Kudus (10:21), Tuhan akan memberikan Roh Kudus kepada orang-orang yang menyeru kepada namaNya (11:13), memberi kuasa Roh Kudus kepada hamba yang membuat kesaksian untuk Tuhan, menyembuhkan penyakit dan mengusir syaitan / roh jahat.

 

D. Memberitakan sifat sosial dan universal anugerah keselamatan Tuhan Yesus

Lukas menerangkan secara terperinci keperibadian Yesus yang elegan dan keprihatinanNya terhadap semua manusia dan kelas sosial. Pada masa yang sama, ia menegaskan sifat universal amanat Yesus. Matius mencatatkan silsilah Yesus sehingga peringkat Abraham, Lukas pula melangkaui Abraham dan menjelaskan sehingga ke peringkat Adam (3:23-28). Sama seperti penulis Injil Sinoptik yang lain, Lukas juga memetik kata-kata Yesaya untuk menggambarkan kerja Yohanes Pembaptis: “Ada suara yang berseru-seru di padang gurun: Persiapkanlah jalan untuk Tuhan” (Luk 3:4; Yes 40:3). Namun, Lukas juga berbeza dengan Matius dan Markus kerana dia memanjangkan petikan kata-kata Yesaya sehingga melibatkan nubuat itu: “semua orang akan melihat keselamatan yang dari Tuhan.” Terdapat beberapa ayat dalam Lukas yang memberi petunjuk bahawa bangsa-bangsa asing juga bakal mempunyai peluang menerima khabar baik daripada Injil (2:32; 24:47).

Hanya Lukas sahaja yang mencatatkan tentang Yesus memuji orang Samaria yang dipandang ringan (10:30-37; 17:11-19). Ketika dia menulis tentang Yesus mengutus kedua belas orang murid, dia tidak menyebut tentang Yesus mempunyai apa-apa sekatan terhadap tindakan murid-murid (9:2-5). Catatan Matius pula ialah: “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain, … melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.” (Mat 10:5-6). Dibandingkan dengan Injil Sinoptik yang lain, Injil Lukas juga merekodkan tentang wanita dengan lebih terperinci dan kedudukan penting mereka di antara orang-orang yang mengikuti Yesus (7:36-50; 8:3; 10:38-42).

Lukas khususnya menggambarkan keprihatinan Yesus terhadap manusia. Dia amat bersimpati dengan masalah orang miskin, orang yang tertindas dan orang yang ditinggalkan. Matius memetik pengajaran Yesus di atas gunung: “haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna.” (Mat 5:48), tetapi Lukas pula menjadikan “Hendaklah kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah murah hati.” (6:36) sebagai kesimpulan. Kebahagiaan pertama dalam ucapan lapan bahagia Matius ialah “Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.” (Mat 5:3). Dalam Injil Lukas pula, ia ialah “Berbahagialah, hai kamu yang miskin, karena kamulah yang empunya Kerajaan Allah.” (6:20). Hanya Lukas sahaja yang menambah satu ciri kecelakaan kepada mereka yang kaya dan yang kenyang (6:24-26) selepas lapan kebahagiaan. Hanya Lukas sahaja yang mencatatkan terdapat satu kali di mana Yesus berkata kepada orang yang mengundang Dia: “Apabila engkau mengadakan perjamuan siang atau perjamuan malam, janganlah engkau mengundang sahabat-sahabatmu atau saudara-saudaramu atau kaum keluargamu atau tetangga-tetanggamu yang kaya, karena mereka akan membalasnya dengan mengundang engkau pula dan dengan demikian engkau mendapat balasnya. Tetapi apabila engkau mengadakan perjamuan, undanglah orang-orang miskin, orang-orang cacat, orang-orang lumpuh dan orang-orang buta. Dan engkau akan berbahagia, karena mereka tidak mempunyai apa-apa untuk membalasnya kepadamu. Sebab engkau akan mendapat balasnya pada hari kebangkitan orang-orang benar.” (14:12-14).

Injil Lukas sering mendorong untuk berikan sedekah dan rela menghadapi kemiskinan dan kekurangan (6:20; 12:33; 14:33; 16:25). Hanya Injil ini saja yang mencatatkan tentang Zakheus secara terbuka meninggalkan kehidupannya yang tidak jujur semasa menjadi pemungut cukai (19:8). Hanya Lukas saja yang menggelar orang Farisi sebagai hamba-hamba wang (16:14).

 

E. Kitab ini juga memberitahu penerima kasih karunia supaya membalas kasih Tuhan dengan tindakan yang sebenar

Balasan yang terbaik ialah mempersembahkan segalanya. Contoh: Petrus dan Lewi meninggalkan segala sesuatu lalu mengikut Tuhan (5:11,28; 9:23,62), jual segala milik dan beri sedekah (12:33), mengasihi Tuhan melebihi sanak-saudara (14:26,33; 18:29). Lukas khususnya menambah frasa meninggalkan “isteri” dalam beberapa ayat kitab ini untuk menunjukkan bahawa orang yang mengikuti Tuhan harus mempunyai tekad yang kukuh. Demi menyempurnakan anugerah keselamatan, Yesus, Anak Manusia sendiri memberikan teladan iaitu harus menanggung banyak penderitaan sebelum dimuliakan (9:22-24; 13:33; 17:25; 18:32-33; 22:37; 24:7,26,44,46).

 

KETUJUH, STRUKTUR GARIS KASAR KITAB INI

Tema: Yesus, Anak Manusia yang sempurna

A. Kelahiran yang sempurna (fasal 1-4)

    1. Firman menjadi manusia (1)
    2. Juruselamat seluruh bangsa (2)
    3. Menjadi korban (3)
    4. Mengalahkan pencobaan (4)

 

B. Kerja yang sempurna (fasal 5-8)

    1. Doktor yang baik bagi orang yang berdosa (5)
    2. Guru yang baik bagi murid-murid (6)
    3. Sahabat yang baik bagi orang yang lemah (7)
    4. Perdana Menteri yang baik bagi kerajaan syurga (8)

 

C. Latihan yang sempurna (fasal 9-16)

    1. Mengenali kerajaan Tuhan (9)
    2. Mengenali kebahagiaan (10)
    3. Mengajar berdoa (11)
    4. Mengajar pelayanan (12)
    5. Mengajar kesedaran diri (13)
    6. Mengajar persekutuan (14)
    7. Memandang berat akan anugerah keselamatan (15-16)

 

D. Kuasa yang sempurna (fasal 17-20)

    1. Kerajaan Tuhan di hati (17)
    2. Penyempurnaan rohani dan pertumbuhan (18)
    3. Rela memberi persembahan (19)
    4. Pasti mengalahkan musuh (20)

 

E. Nubuat yang sempurna (fasal 21-24)

    1. Nubuat tentang hari kiamat (21)
    2. Nubuat tentang penderitaan (22)
    3. Nubuat digenapi (23)
    4. Perjanjian Lama digenapi (24)