MELIHAT KONSEP NILAI YESUS DARIPADA UCAPAN LAPAN BAHAGIA

MELIHAT KONSEP NILAI YESUS DARIPADA UCAPAN LAPAN BAHAGIA

(Pendeta Xie Hong Jun)

 

Keinginan setiap orang untuk mengejar kebahagiaan adalah sama. Namun, perjalanan setiap orang adalah berbeza. Kita harus berfikir samada kaedah yang digunakan adalah tepat. Jika tidak, kita umpama menjaring angin, tertanam di biji hampa dan selama-lamanya tidak akan mendapat kebahagiaan.

Yesus menunjukkan kepada kita lapan cara untuk mendapat kebahagiaan. Itulah nilai bagi kehidupan kita.

 

NILAI MISKIN DI HADAPAN ALLAH

Miskin di hadapan Tuhan bermaksud kemiskinan dan kekurangan di dalam roh (the poor in spirit).

Pembelajaran bermula dengan mengakui kebodohan sendiri. Kata-kata bijak Socrates: “Satu-satunya perkara yang saya tahu ialah saya tidak tahu apa-apa”. Zhongyong juga berkata: “anda hanya tahu kekurangan pengetahuan anda selepas belajar”. Ucapan lapan bahagia dimulakan dengan orang yang miskin di hadapan Tuhan. Ini sama seperti memasuki pintu istana. Tanpa memasuki pintu ini, adalah mustahil untuk menikmati kecantikan di dalam istana. Setelah memasuki pintu ini, maka anda telah bersiap-sedia sepenuhnya. Dengan itu, barulah anda mendapat peluang untuk menerima berkat yang seterusnya.

Yesus pernah berkata, orang sakitlah yang memerlukan tabib (Mat 9:10-13). Jika penyakit anda sudah sampai ke tahap yang sangat kritikal, namun anda sendiri beranggapan bahawa anda tidak berpenyakit, anda tidak akan pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Dengan adanya kesedaran penyakit, anda akan mencari cara untuk mengubati penyakit anda dan menyelesaikan penyakit tersebut.

Yang kedua, belajar menerima kekurangan dan kelemahan sendiri. Ternyata setiap orang adalah unik dan tunggal dalam dunia, masing-masing mempunyai keistimewaan dan nilai kewujudannya yang tersendiri. Namun, oleh sebab ada tubuh jasmani, ada pengaruh dosa, maka setiap orang juga ada kekurangan. Sekalipun sengaja menutup mata dan tidak memandang kepadanya, ia tetap berada di sana dan tidak akan hilang. Hanya dengan menghadapinya, mengawalnya dan mengubahnya, kita akan bertumbuhbesar.

Oleh itu, memahami diri sendiri merupakan langkah pertama untuk pertumbuhan. Fahami kekuatan dan juga kelemahan sendiri.

Selepas refleksi, harus akui kesalahan dan kegagalan sendiri. Perkara yang dilakukan dalam gelap tidak dapat disembunyikan, pasti akan nyata bagi semua orang (1 Tim 5:24). “Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi siapa mengakuinya dan meninggalkannya akan disayangi” (Ams 28:13). Oleh itu, jangan merasionalkan kelakuan sendiri dan mencari alasan untuk diri sendiri (Ams 16:2).

Diri sendiri ada kelemahan. Meminta bantuan tidak akan mengurangkan nilai anda atau menjatuhkan air muka anda. Sebaliknya, anda akan mendapat penghormatan daripada orang lain. Tahu memang tahu, tidak tahu memang tidak tahu. Itulah pengetahuan.

Terdapat satu cerita dalam Perang Dunia ke-2. Sebuah kapal perang menemui cahaya di hadapannya semasa belayar di dalam kabus tebal. Kapten berfikir bahawa pihak yang satu lagi mungkin ialah kapal musuh lalu berkomunikasi dengannya melalui isyarat cahaya. Apabila mengetahui bahawa pihak yang satu lagi ialah sekutunya, dia memberikan perintah agar pihak tersebut mengelak ke tempat lain. Namun pihak tersebut menjawab bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian. Kapten jeneral utama bertanyakan apakah pangkat pihak yang satu lagi. Pihak tersebut menjawab bahawa dia ialah tentera kelas pertama. Kapten berasa lebih marah lalu mengeluarkan ancaman melanggari perintah. Akhirnya pihak tersebut memberikan isyarat yang bermaksud situ adalah sebuah menara.

 

NILAI DUKACITA

Situasi yang paling ekstrem bagi istilah “dukacita” ialah kesedihan dan kesakitan yang melampau semasa saudara-mara meninggal dunia. Contohnya dukacita Yakob apabila dia beranggapan bahawa Yusuf telah mati (Kej 37:33-35).

Kita berdukacita apabila kehilangan orang yang dikasihi kerana adanya kasih yang mendalam. Contohnya Abraham meratapi dan menangisi kematian Sara (Kej 23:2). Dukacita kerana penindasan dan kekecewaan juga adalah yang berbahagia. Walaupun ianya kelihatan bercanggahan, sebenarnya ini adalah sejenis paradoks, iaitu kebenaran yang seolah-olah bukan kebenaran tetapi ia sememangnya kebenaran.

Terdapat makna dan nilai yang positif di sebalik dukacita. Setelah kehilangan, kita akan lebih menghargai apa yang dimiliki sekarang, tahu berpuas hati dan bersyukur dengan keadaan semasa, menghargai nilai kehidupan, memegang masa yang ada dan hidup pada masa sekarang.

Setelah melalui dukacita, kita akan dapat memahami dukacita orang lain. Mendapat penghiburan Kristus dalam segala penderitaan kami, sehingga kami sanggup menghibur mereka, yang berada dalam bermacam-macam penderitaan dengan penghiburan yang kami terima sendiri dari Allah (2 Kor 1:3-7).

Dalam dukacita, terhasilnya keberanian dan harapan. Inilah optimisme yang paling benar, iaitu optimisme dalam pengalaman tragis, bukan optimisme yang naif dan jahil. Contohnya seperti pengalaman pakar psikologi, Viktor Frankl dalam kem konsentrasi (pusat tahanan). Dia membina aliran psikologi logoterapi. Makna hidup adalah sangat bernilai. Hanya orang yang pernah berjalan di sempadan maut sahaja yang dapat memahaminya.

Kehidupan kita adalah sama seperti permata yang diamanahkan Tuhan kepada kita untuk disimpan sementara dan untuk dinikmati bagi satu tempoh masa. Apabila masanya tiba, Tuhan akan mengambilnya semula untuk diletakkan di dalam perbendaharaanNya. Oleh itu, apabila orang yang sangat kita kasihi meninggal dunia, hidupnnya telah beristirahat, berbahagialah orang-orang mati yang mati dalam Tuhan (Why 14:13).

 

NILAI LEMAH LEMBUT

Lemah lembut bermaksud perlu terlebih dahulu mengatasi sikap terburu-buru, kemarahan dan keganasan diri sendiri. Orang yang sabar melebihi seorang pahlawan, melebihi orang yang merebut kota (Ams 16:32). Pemupukan sifat lemah lembut ialah buah yang kuat, matang dan terdidik.

Lemah-lembut bukan bermaksud penakut melainkan memerlukan kekuatan yang lebih besar daripada keganasan untuk menundukkan keganasan. Siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu (Mat 5:38-42). Kebiasaannya, seseorang menggunakan tangan kanan untuk menampar pipi kiri orang yang lain, melainkan jika dengan sikap yang sangat menghina, maka seseorang akan menampar pipi kanan orang lain dengan belakang telapak tangan kanan. Fokus utamanya bukan persoalan tentang kesakitan, melainkan sejenis penghinaan yang memalukan. Namun Tuhan berkata, berikanlah juga kepadanya pipi kirimu. Ini bukan bermaksud menyuruhnya untuk menampar sekali lagi, tetapi bermaksud rela bersabar sehinnga akhir, bersikap lemah lembut dan menghadapinya secara positif.

Ishak ditindas oleh orang Filistin. Mereka merebut sumurnya sebanyak dua kali. Ishak bersabar dan mengaku kalah. Untuk sumur yang ketiga, orang Filistin tidak bertengkar lagi. Maka Ishak menamainya “Rehobot” (Kej 26:17-22) yang bermaksud kelonggaran. Orang yang lemah lembut tidak akan dipandang rendah oleh orang lain. Ishak bukannya tidak mempunyai kekuatan untuk melawan. Bapanya, Abraham pernah mengalahkan empat raja dengan memimpin 318 orang dan menyelamat Lot sekeluarga. Namun Ishak menghadapinya dengan kelemah-lembutan dan akhirnya mempengaruhi pihak lawannya.

“Orang yang sabar besar pengertiannya, tetapi siapa cepat marah membesarkan kebodohan.” (Ams 14:29). Sememangnya hati kita akan berasa marah apabila melihat sesuatu yang tidak adil. Namun apa yang dilakukan semasa berada dalam kemarahan mungkin akan ada silapnya. Bukankah itu hanya membawa kepada kejahatan dan menyatakan kebodohan sendiri (Mzm 37:7-8). Hendaklah lambat untuk marah, sebab amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Allah (Yak 1:19).

“Dengan kesabaran seorang penguasa dapat diyakinkan dan lidah lembut mematahkan tulang.” (Ams 25:15). “kalaupun seorang kedapatan melakukan suatu pelanggaran, maka kamu yang rohani, harus memimpin orang itu ke jalan yang benar dalam roh lemah lembut.” (Gal 6:1). “Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat.” (1 Ptr 3:15-16).

Kelemah-lembutan ialah rahsia komunikasi yang dapat memperolehi hasil hubungan sosial yang baik dengan kata-kata yang benar, yang munasabah, masuk akal dan memaafkan. Jika dapat memenangi hati orang lain seperti ini, maka ianya umpama mendapat tanah yang luas. Intipati falsafah Lao Tzu: “merendahkan diri”, “bertahan dalam kelemahan”, lautan berada di kedudukan yang rendah lalu dapat menerima air daripada beratus sungai. “Dapat melihat dengan teliti – bijak, dapat bertahan dalam kelemahan – kuat” (Lao Tzu bab 52).

 

NILAI LAPAR DAN HAUS AKAN KEBENARAN

“Kebenaran” ialah perkara-perkara yang adil, betul dan harus dilakukan. Dapatkan realisasi “kebenaran” dengan keperluan yang kuat umpama lapar dan haus.

Minuman dan makanan ialah syarat hidup bagi tubuh jasmani. Realisasi kebenaran ialah nilai kewujudan jiwa rohani. “Siapa berpegang pada kebenaran yang sejati, menuju hidup, tetapi siapa mengejar kejahatan, menuju kematian.” (Ams 11:19).

Mula-mula sekali, harus mengenali konotasi “kebenaran”. Baca Alkitab dengan fasih, fahami Alkitab dan praktikkan Alkitab (2 Tim 3:16); bukannya mengenalpasti konotasi “kebenaran” dengan idea subjektif sendiri. Orang yang menganggap dirinya benar adalah seperti orang Farisi. Hakikatnya, konsepnya telah menyimpang, namun masih merasakan dirinya memegang peraturan dalam hukum Taurat dengan ketat. Hari Sabat dijadikan sebagai tali yang mengikat manusia, firman Allah dinyatakan tidak berlaku demi adat istiadat nenek moyang (Mat 15:1-6).

“Berbahagialah yang kesukaannya ialah Taurat TUHAN, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam. Ia seperti pohon, yang ditanam di tepi aliran air, yang menghasilkan buahnya pada musimnya, dan yang tidak layu daunnya; apa saja yang diperbuatnya berhasil.” (Mzm 1:2-3).

Tetapkan koordinasi hidup, tuliskan manifesto bagi amanat hidup manusia, jadikan “prinsip” sebagai fokus dalam kehidupan. Kekayaan, nama, kuasa, pencapaian, kenikmatan dan lain-lain lagi bukanlah matlamat utama dalam kehidupan manusia, tidak dapat memberikan kepuasan yang sebenar kepada manusia.

Seekor musang yang lapar berasa sangat gembira ketika ia melihat sebuah ladang anggur. Ia menemui satu lubang kecil lalu menyelinap masuk ke dalam dan makan sepuas-puasnya selama tiga hari berturut-turut. Apabila ia mendengar bunyi tapak kaki peladang, ia ingin keluar melalui lubang tetapi menghadapi kesulitan kerana kegemukannya melebihi saiz lubang tersebut. Ia terpaksa bersembunyi dan menahan kelaparan selama tiga hari dan menjadi kurus seperti sebelumnya untuk keluar daripada ladang anggur.

Perjalanan hidup Paulus merupakan realisasi kebenaran. Akhirnya dia percaya bahawa dia dapat memperoleh mahkota kebenaran (2 Tim 4:6-8).

 

NILAI MURAH HATI

Bersimpati dengan tragedi kesedihan orang lain seolah-olah sendiri mengalaminya.

Mencius atau Mengzi berkata dalam buku Gong Sun Chou: “semua orang mempunyai hati yang berhati-hati dan bersimpati dengan nasib orang lain”. “Berhati-hati” bermaksud ekspresi yang terkejut. Kita takut dan risau perkara yang sama akan terjadi ke atas diri kita sendiri lalu melahirkan perasaan tergerak dengan belas kasihan dalam hati kita.

Belajar mengalami kelemahan dan kesulitan orang lain. Setiap orang sebenarnya memiliki hati yang berbelas kasihan. Tetapi, hati sesetengah orang telah tercemar dan menjadi lali. Ini kerana perkara-perkara yang salah semakin banyak dan kasih manusia telah beransur-ansur menjadi dingin dan tawar. Walau bagaimanapun, hati yang berbelas kasihan janganlah hilang.

Anak tunggal kepada janda telah mati. Dia tidak ada suami sebagai tempat sandaran dan kini anak tunggalnya juga telah pergi. Apa lagi yang boleh dilakukan dalam hidupnya? Apakah hidupnya masih mempunyai nilai? Ketika dia dalam kekecewaannya, ketika Tuhan melihat janda itu, tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan, lalu Ia berkata kepadanya, jangan menangis, lalu membangkitkan orang mati (Luk 7:11-17).

Yesus melihat orang banyak yang lelah dan terlantar lalu tergeraklah hatiNya oleh belas kasihan kepada mereka (Mat 9:36).

Oleh itu, dengan hati yang berbelas kasihan, kita memberitakan Injil Kristus dan mengkhabarkan berita baik kasih karunia.

Di dalam gereja, kita merupakan banyak anggota bagi tubuh Kristus. Kita sepatutnya saling menjaga. “Jika satu anggota menderita, semua anggota turut menderita.” (1 Kor 12:26). Sama seperti Paulus yang mempunyai hati yang berbelas kasihan: “Jika ada orang merasa lemah, tidakkah aku turut merasa lemah? Jika ada orang tersandung, tidakkah hatiku hancur oleh dukacita?” (2 Kor 11:29).

Gunakan belas kasihan untuk meningkatkan deposit perasaan dan nilai dalam hubungan, fahami keadaan, perasaan dan idea orang lain. Jadikan keperluan pihak yang lain sebagai pertimbangan prioriti dan bekerjasama dengannya. Semakin banyak belas kasihan yang diberikan, semakin banyak juga belas kasihan yang diterima.

Belas kasihan akan menang ke atas penghakiman. Ini kerana orang yang berbelas kasihan juga akan menerima belas kasihan semasa penghakiman; Tuhan, Hakim akan memberikan belas kasihan. Ini satu-satunya cara untuk “berjalan melalui pintu belakang” dan “menghadiahkan angpau” di hadapan penghakiman (Yak 2:13). Belas kasihan juga merupakan simbol bagi kuasa, yang berkedudukan besar menunjukkan belas kasihan kepada yang berkedudukan kecil.

 

NILAI SUCI HATI

Hati yang suci (the pure at heart) bermaksud tumpukan perhatian, tidak ada perkara-perkara sampingan, tidak ada keraguan, tidak ada penipuan, tidak ada ikatan.

“Sucikanlah hatimu, hai kamu yang mendua hati!” (Yak 4:8). “Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang, sebab orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin. Orang yang demikian janganlah mengira, bahwa ia akan menerima sesuatu dari Tuhan. Sebab orang yang mendua hati tidak akan tenang dalam hidupnya.” (Yak 1:6-8).

“Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus? Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan, dan yang tidak bersumpah palsu.” (Mzm 24:3-4).

Mula-mula sekali, harus suci hati dengan satu niat dalam doa, masuklah ke dalam kamar, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapa yang ada di tempat tersembunyi. Kemudian, harus mengejar hati yang suci dalam fikiran dan cita-cita. Orang yang memandang perempuan serta menginginkannya sudah berzinah dengan dia. Mengapakah penghakiman Tuhan Yesus begitu ketat sekali? Ini bertujuan menyuruh kita untuk perhatikan pergerakan niat dan cita-cita kita. Pemikiran ialah permulaan bagi tindakan. Jika dapat berhati-hati dan berwaspada dalam pemikiran, maka sesuatu kesilapan tidak akan diteruskan.

Orang yang suci hatinya tidak dibebani oleh dunia kerana benih yang ditaburkan di tengah semak duri tidak dapat berbuah (Mat 13:22). Sebahagian beban yang menghalang jalan ke syurga harus diambil, dan batu-batu sandungan yang mudah menjatuhkan harus dialihkan (Ibr 12:1). Beberapa tabiat buruk dalam kehidupan haruslah diubah. Dosa kecil juga ialah dosa. Jangan beranggapan bahawa ianya tidak apa-apa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kelak nanti ia menjadi dosa besar yang tidak terampuni.

“Sebab itu jauhilah nafsu orang muda, kejarlah keadilan, kesetiaan, kasih dan damai bersama-sama dengan mereka yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni.” (2 Tim 2:22).

Secara praktikalnya, orang yang suci hatinya harus belajar tentang intipati pengurusan masa, membezakan antara perkara yang utama dan tidak, utamakan yang prioriti. Hapuskan pertalian perkara-perkara sekunder, perlu ada keberanian untuk mengatakan “tidak”.

Orang yang suci hatinya menjadi kudus, sama seperti sifat keilahian Tuhan yang kudus. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. Orang yang kudus akan dapat mendekati Tuhan yang kudus, “tanpa kekudusan tidak seorangpun akan melihat Tuhan.” (Ibr 12:14).

 

NILAI MEMBAWA DAMAI

Orang yang membawa damai ialah pencipta keamanan (peacemakers). Konflik yang sedia dapat diselesaikan dan dileraikan menerusi komunikasi dan penyelarasan lalu menghasilkan keamanan.

“Engkau akan membangun reruntuhan yang sudah berabad-abad, dan akan memperbaiki dasar yang diletakkan oleh banyak keturunan. Engkau akan disebutkan “yang memperbaiki tembok yang tembus, “yang membetulkan jalan supaya tempat itu dapat dihuni”.” (Yes 58:12).

Jika Musa tidak mengetengahi umat di hadapan-Nya, Tuhan telah memusnahkan mereka (Mzm 106:23). Musa ialah pembela. Dia menjadi jambatan antara Tuhan dan umat Israel yang pengkhianat. “Ah, bangsa ini telah berbuat dosa besar, sebab mereka telah membuat allah emas bagi mereka. Tetapi sekarang, kiranya Engkau mengampuni dosa mereka itu — dan jika tidak, hapuskanlah kiranya namaku dari dalam kitab yang telah Kautulis.” (Kel 32:31).

Jawatan yang paling penting bagi pembawa damai antara manusia dan Tuhan ialah penyelamatan Yesus. Dia datang ke dalam dunia, merobohkan tembok pemisah, iaitu perseteruan (Ef 2:13-16).

Pada masa yang sama, kita harus membawa damai di antara manusia (Rm 14:19), jangan saling jadi pemfitnah, mengasingkan atau menceraikan (Ams 16:28).

“Siapa menutupi pelanggaran, mengejar kasih, tetapi siapa membangkit-bangkit perkara, menceraikan sahabat yang karib.” (Ams 17:9).

Orang yang menasihatkan kesejahteraan mendapat sukacita (Ams 12:20). Jadilah adil dan munasabah. Bagian orang yang tinggal di dekat barang-barang adalah sama seperti bagian orang yang pergi berperang (1 Sam 30:21-25). Oleh itu, Daud memenangkan hati semua orang dan tidak menimbulkan konflik dalaman.

Seorang umat Kristian menghadapi kesesakan lalu lintas semasa memandu. Berhenti sekejap, maju sedikit dan begitulah seterusnya. Di persimpangan, dia mendapati bahawa kesesakan lalu lintas tersebut disebabkan oleh kemalangan kereta. Dua orang pemandu bergaduh tentang siapa yang betul dan siapa yang salah. Kedua-dua buah kenderaan diletakkan di tengah-tengah jalan. Tiada siapa yang mengambil peduli dan pergaduhan tersebut tidak berpenghujung. Umat Kristian tersebut turun dari keretanya dan bertanya. Rupa-rupanya pemilik kereta yang lebih rosak menegaskan pampasan, tetapi pihak yang lain merasakan bahawa dia tidak bersalah dan tidak rela membayar pampasan. Umat Kristian bertanyakan jumlah pampasan yang perlu dibayar, iaitu tiga ribu Yuan sahaja. Umat Kristian membayar jumlah pampasan itu dari poketnya sendiri. Dengan itu, dua buah kereta tersebut dialihkan dan lalu lintas segera menjadi lancar. Setiap orang memuji umat Kristian tersebut dan berkata, rupanya umat Kristian. Dengan itu dia memberi kemuliaan kepada nama Tuhan bahkan digelar sebagai “anak Tuhan”.

 

NILAI DIANIAYAI OLEH SEBAB KEBENARAN

Berbahagialah orang yang dinista kerana nama Kristus, sebab roh Tuhan ada padanya (1 Ptr 4:14).

Para rasul dianiayai, tetapi mereka telah dianggap layak menderita penghinaan oleh kerana Nama Yesus lalu mereka bergembira (Kis 5:40-41). Jika iman kepercayaan anda tidak berpengaruh, penganiaya tidak akan mensasarkan anda kerana anda tidak memberikan apa-apa ancaman. Jika kebolehan anda dalam memberitakan firman menyebabkan orang lain memberikan perhatian dan berasa risau, tidakkah anda patut berasa gembira atas nilai mewujudan anda?

Stefanus mati teraniayai, dia menatap ke langit, lalu melihat kemuliaan Allah (Kis 7:54-56).

Lebih baik menderita karena berbuat baik, dari pada menderita karena berbuat jahat (1 Ptr 3:17). Contohi teladan Kristus, mengikuti jejak-Nya (1 Ptr 2:20-25). Yesus pun dianiayai, kita sebagai murid-muridNya, adalah normal untuk dianiaya, tetapi ia adalah pelik dan tidak normal untuk tidak dianiaya.

Nabi palsu zaman purba tidak menghadapi penganiayaan kerana mereka pandai berkata-kata yang mengambil hati dan mengampu supaya raja dan umat berasa tenang dan gembira; tetapi tidak ada bahagian mereka dalam kerajaan syurga.

SEJARAH PEMBUKUAN DAN KEWIBAWAAN ALKITAB

SEJARAH PEMBUKUAN DAN KEWIBAWAAN ALKITAB

(Saudara Lin Da Yu)

 

Alkitab merupakan buku bercetak yang pertama di dunia yang dicetak oleh orang Jerman, Johannes Gutenberg pada tahun 1456 setelah teknik percetakan diciptakan dalam sejarah barat (1454 M). Ia telah mencatatkan kadar pengedaran yang tertinggi di dunia selama beratus-ratus tahun. Ia bukan sahaja merupakan sebuah karya klasik agama tentang penyelamatan dan penebusan, malahan Ia juga amat berpengaruh ke atas orang-orang bukan Kristian. Artikel ini khususnya membincangkan tentang penilaian Alkitab oleh dunia umum, menceritakan sejarah pembukuan dan kewibawaannya sebagai rujukan bagi pembaca yang berminat.

 

PENILAIAN DAN KETIDAKBOLEHPINDAAN ALKITAB

A. Selalunya jika isi kandungan sesebuah buku adalah menarik, ia mungkin boleh dijual selama 25 tahun. Buku yang dapat dibaca selama satu abad sangat jarang Jika ia kekal untuk lebih daripada seribu tahun, ia sesuatu yang luar biasa yang sangat jarang berlaku. Namun, walaupun telah melalui lebih daripada dua ribu tahun, Alkitab masih merupakan buku yang terlaris di dunia.

B. Robert Downs (pernah memegang jawatan sebagai Professor of Library Science di University of Illinois, Amerika Syarikat) pernah menulis dua buah buku yang sangat laris: “Books That Changed the World” dan “Books That Changed America”. Beliau telah memilih enam belas buah buku yang mempunyai pengaruh mendalam terhadap ketamadunan sejarah manusia (termasuk ekonomi, politik, sosial, sains, agama dan sebagainya). Antaranya termasuklah “Mein Kampf” karya Hitler, “Das Kapital” karya Marx dan sebagainya. Namun dia tidak memasukkan Alkitab agama Kristian dalam penulisannya. Orang berasa terkejut dan bertanyakan sebabnya. Dia berkata: “Alkitab, buku Alkitab, tidak boleh disenaraikan dalam kategori yang sama. Pengaruh dan kesannya kepada sejarah manusia adalah hebat dan tidak boleh dibandingkan dengan buku biasa.”

C. Ahli falsafah Denmark, Søren A. Kierkegaard (1813-1855): “Alkitab adalah sebuah buku yang ditulis oleh Bapa kita di syurga kepada anak-anak dunia, dengan nama kamu dan nama saya di dalamNya.”

D. Sejak zaman-berzaman, ada orang yang memutuskan untuk menyerang dan menghapuskan Alkitab. Contohnya seperti berikut:

  1. Pada awal zaman perkembangan gereja, Kaisar Romawi tahu bahawa kehidupan gereja adalah berdasarkan kepercayaan dalam Alkitab, maka mereka mencuba untuk menghapuskan Alkitab. Pada tahun 303 M, Diocletion mengeluarkan perintah untuk membakar setiap Alkitab. Dia telah membunuh ramai umat Kristian dan membakar Alkitab yang tidak terkira banyaknya. Dia beranggapan bahawa dia telah menghapuskan agama Kristian. Untuk meraikan kejayaannya, dia membuat satu duit syiling dengan ukiran “agama Kristian telah dihapuskan, penyembahan para dewa dipulihkan semula.” Namun dia tersilap besar. Ini kerana selepas sepuluh tahun, Kaisar Romawi, Constantine bukan sahaja memeluk agama Kristian, bahkan tidak lama kemudian melantik Eusebius untuk membuat semula lima puluh buah Alkitab dengan perbelanjaannya ditanggung oleh perbendaharaan negara.
  2. Voltaire, ahli humanis Perancis yang terkenal pernah bermegah dan mengumumkan: “Lima puluh tahun dari sekarang, dunia tidak akan mendengar lagi tentang perkataan dalam Alkitab”. Pada tahun yang sama dia mengeluarkan kata-kata ini, Muzium British telah menawarkan $ 500,000 untuk membeli sebuah manuskrip Perjanjian Baru dalam bahasa Yunani daripada kerajaan Rusia. Lima puluh tahun selepas Voltaire meninggal dunia, The Geneva Bible Society of Switzerland mencetak Alkitab di rumah yang didiami oleh Voltaire semasa dia hidup dengan menggunakan mesin pencetaknya.
  3. Thomas Paine, penulis yang terkenal ini telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Age of Reason”. Dia meramalkan bahawa Alkitab akan berhenti dicetak tidak lama kemudian. Dia mengumumkan: “apabila pelan saya dilaksanakan dengan lancar, bilangan Alkitab yang tertinggal di Amerika Syarikat tidak akan melebihi lima buah.” Pada hari ini, Alkitab bukan sahaja boleh didapati dalam banyak terjemahan dan versi, malahan ramai yang memiliki lebih daripada sebuah Alkitab.

 

NAMA ALKITAB

Perkataan “Alkitab” datang daripada istilah “biblia” dalam bahasa Yunani. Ia merupakan kata jamak bagi kata tunggal “biblion”. Maka, biblia bermaksud “kitab bersiri”. Walaupun Alkitab merupakan sebuah kitab, namun ia bukan hanya sekadar satu kitab sahaja melainkan sebuah kitab yang terdiri daripada banyak kitab.

Sebelum zaman Yesus, orang Yahudi selalu menggunakan “Kitab” (The Books) untuk merujuk kepada Alkitab mereka (Dan 9:2).

Apabila penulis Perjanjian Baru berbicara tentang Kitab-kitab yang disebutkan di atas, mereka selalu menggunakan “Kitab Suci” (Mat 21:42), “kitab-kitab suci” (Rm 1:2), “hukum Taurat” (Yoh 12:34), “hukum Musa dan kitab para nabi” (Kis 28:23), “kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur” (Luk 24:44) untuk merujuk kepadanya.

 

ASAL-USUL PERJANJIAN BARU DAN LAMA

Alkitab bahasa Cina meletakkan tajuk kitab ini sebagai “Kitab Lengkap Perjanjian Baru dan Lama”. Mengapa digelar sebagai “Perjanjian Baru dan Lama”? Sebabnya adalah seperti berikut:

  1. Dalam zaman Perjanjian Lama, Tuhan dan umatNya membuat sebuah “kitab perjanjian”, dan Musa juga membacakan “kitab perjanjian” ini dengan didengar oleh bangsa itu (Kel 24:7).
  2. Yeremia: “Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda.” (Yer 31:31).
  3. Paulus menggelar karya klasik orang Yahudi yang digunakan dalam gereja zaman awal sebagai “perjanjian lama” (2 Kor 3:14).
  4. Yesus membuat perjanjian baru dengan darah yang ditumpahkanNya bagi menyelamat dan menebus umat manusia (Mat 26:28-29).
  5. Yesus menjadi Pengantara dari perjanjian (baru) yang lebih mulia bagi kita (Ibr 8:6-13).

 

“Perjanjian” dalam Alkitab diadakan oleh Tuhan untuk menyelamat dan menebus umat manusia. Oleh yang demikian, orang-orang pada kemudian hari secara semula jadinya menggelar zaman selepas Yesus sebagai “Perjanjian Baru” manakala zaman sebelum kelahiran Yesus digelar sebagai ‘Perjanjian Lama”.

 

KANON, APOKRIFA, PSEUDOPIGRAFA

Apa yang disebut “Kanon” ialah perkataan Tuhan yang diakui. Perkataan “Kanon” datang daripada bahasa Sem zaman purba yang bererti buluh. Ia bermaksud piawaian kewibawaan untuk mengukur perkara-perkara lain. Apabila perkataan ini digunakan dalam Alkitab, ini bermakna kita dapat mencari perancangan Tuhan dan kehendakNya terhadap manusia dalam penulisan yang berbeza dengan pernyataan-pernyataan khusus yang lain. Oleh itu, hanya Kanon sahaja yang boleh dimuatkan dalam Alkitab.

 

A. Perjanjian Lama

  1. Faktor penilaian pembentukan Kanon Perjanjian Lama

Di luar Kanon, setelah berakhirnya zaman Perjanjian Lama, dan sebelum bermulanya zaman Perjanjian Baru, terdapat ramai orang yang memalsukan gerakan Roh Tuhan dan menuliskan banyak penulisan yang digelar sebagai Apokrifa (juga digelar sebagai Deuterokanonika, Kitab Kedua). Catatan di dalam penulisan-penulisan tersebut adalah lebih kepada firman yang tidak murni ataupun ajaran sesat dan siapa penulisnya juga kebanyakannya tidak dapat dikenalpasti. Walaupun Septuaginta mengandungi Apokrifa, namun ianya tidak terdapat dalam Perjanjian Lama Ibrani. Puncanya ialah ia tidak bertepatan dengan piawaian yang digunakan oleh Yudaisme dalam menilai Kanon. Apakah pertimbangan yang diambilkira oleh Yudaisme dalam menilai Kanon? Senarainya adalah seperti berikut:

  • Adakah kitab ini ditulis oleh nabi yang menerima gerakan Roh Tuhan?
  • Adakah pengajarannya bersesuaian dengan hukum taurat Tuhan tradisional?
  • Adakah ia sesuai untuk dibaca dan boleh digunakan untuk mengajar di dalam ibadah umum di bait suci dan gereja?
  • Adakah ia setia memuji perbuatan agung Tuhan di kalangan Israel?
  • Adakah ia mengingatkan orang Israel supaya tidak melupakan tanggungjawab yang dinyatakan oleh Tuhan dalam perjanjian?

Martin Luther yang menggerakkan Reformasi Agama pada tahun 1517 pernah menggunakan Apokrifa. Namun dia tidak berpendapat bahawa Apokrifa tersebut mempunyai kewibawaan yang mutlak. Pada masa ini, gereja ini dan semua gereja Kristian masing-masing tidak mengiktiraf Apokrifa ini. Sebab utamanya adalah seperti berikut:

  • Orang Yahudi tidak pernah menganggapnya sebagai sebahagian daripada perkataan Tuhan dalam Perjanjian Lama.
  • Tuhan Yesus tidak pernah memetik daripada kitab tersebut, begitu juga dengan para rasul.
  • Sejarahwan Yahudi, Yosef ben Matityahu sangat menafikannya.
  • Gereja zaman awal juga tidak mengiktiraf penulisan ini mempunyai kewibawaan Alkitab.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, adalah dipercayai bahawa Kanon “Alkitab Perjanjian Lama” yang diiktiraf di seluruh dunia ini telah disunting dan dihasilkan di bawah pimpinan Tuhan.

Selain itu, Alkitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang beberapa kitab. Contohnya: “kitab peperangan TUHAN” (Bil 21:14), “Kitab Orang Jujur” (Yos 10:13), “kitab riwayat Salomo” (1 Raj 11:41), “kitab sejarah raja-raja Israel” (1 Raj 14:19), “kitab sejarah raja-raja Yehuda” (1 Raj 14:29), “hak-hak kerajaan” (1 Sam 10:25), “riwayat Samuel, pelihat itu”, “riwayat nabi Natan”, “riwayat Gad, pelihat itu” (1 Taw 29:29), “nubuat Ahia, orang Silo itu”, “penglihatan-penglihatan Ido, pelihat itu” (2 Taw 9:29), “riwayat Semaya, nabi itu” (2 Taw 12:15), “riwayat Yehu bin Hanani” (2 Taw 20:34), “riwayat Uzia, ditulis oleh nabi Yesaya” (2 Taw 26:22), “syair ratapan” (perhatian: syair ratapan yang dibuat oleh Yeremia mengenai Yosia. Ratapan yang sedia ada tidak menyebut tentang Yosia) (2 Taw 35:25), “tiga ribu amsal, seribu lima nyanyian dan penulisan-penulisan yang membincangkan tentang sejarah alam semulajadi oleh Salomo” (mungkin pernah ada koleksi) (1 Raj 4:32-33) dan lain-lain. Namun, ia hanyalah petikan dan tidak ada keperluan untuk dimasukkan ke dalam Kanon.

 

  1. Pembentukan Kanon Perjanjian Lama
  • Kedudukan kitab hukum “Taurat” (Torah, “lima wadah” atau “lima gulungan”)

           Alkitab mencatatkan Tuhan berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka (Kel 33:11) lalu Musa menuliskan segala firman Tuhan itu (Kel 24:4; Ul 31:9). “Ketika Musa selesai menuliskan perkataan hukum Taurat itu dalam sebuah kitab sampai perkataan yang penghabisan, maka Musa memerintahkan kepada orang-orang Lewi pengangkut tabut perjanjian TUHAN, demikian: “Ambilah kitab Taurat ini dan letakkanlah di samping tabut perjanjian TUHAN, Allahmu, supaya menjadi saksi di situ terhadap engkau.”” (Ul 31:24-26). Seluruh orang Israel harus mendengar pembacaan hukum Taurat ini (Ul 31:11), raja-raja pada masa hadapan juga perlu menyuruh menulis salinan hukum ini untuk dijadikan sebagai piawaian dalam melaksanakan penghakiman dan membuat keputusan (Ul 17:18-20).

Manuskrip Musa mungkin pernah disunting oleh Eleazar atau pemimpin awal Israel dan kemudiannya dijadikan hukum Taurat yang berwibawa bagi Israel. Pada tahun 622 SM (kira-kira tahun ke-18 raja Yosia), imam besar Hilkia mendapati kitab ini (Taurat Musa) ataupun hanya sebahagian daripadanya di dalam bait suci (2 Raj 23:25). Raja Yosia juga mengakui kedudukan kewibawaannya, dia menganggapnya sebagai perkataan Tuhan dan menurutinya dengan segenap hati dan dengan segenap kekuatan (2 Raj 22:3-23:25).

Selepas Musa, Tuhan juga menunjukkan perintah dan permintaanNya melalui pewarisnya, Yosua. Sama seperti Musa, Yosua juga menuliskannya dalam kitab Taurat Tuhan. Yosua juga dipesan untuk merenungkan kitab Taurat siang dan malam. Alkitab juga mencatatkan “tidak ada sesuatu yang diabaikannya dari segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa” (Yos 1:8, 11:15). Pada zaman hakim-hakim, masih terdapat bangsa asing di wilayah Kanaan dan kawasan sekitarnya. Ini bertujuan untuk “mencobai orang Israel dengan perantaraan mereka untuk mengetahui, apakah mereka mendengarkan perintah yang diberikan TUHAN kepada nenek moyang mereka dengan perantaraan Musa” (Hak 3:4).

Selain itu, Tuhan juga pernah memerintahkan agar menyediakan satu salinan hukum Taurat menurut kitab kepada raja yang dilantik (Ul 17:18). Dalam keseluruhan zaman raja-raja, takdir raja-raja adalah berkait rapat dengan sikap mereka terhadap hukum Taurat. Saul (1 Sam 15), Daud (1 Raj 3:14, 9:4, 11:34,38), Salomo (1 Raj 2:3, 8:56-61; 2 Taw 8:13), Yerobeam (1 Raj 14:7-20), Asa (2 Taw 14:4), Yosafat (2 Taw 17:9), Yoyada (2 Taw 23:18, 24:6), Amazia (2 Raj 14:6; 2 Taw 25:4), Hizkia (2 Raj 18:6; 2 Taw 30:16), Manasye (2 Raj 21:2-18); Yosia (2 Raj 23:3-30; 2 Taw 34:14-33). Perbuatan mereka semua dinilai dengan piawaian ini. Penawanan merupakan hasil melanggar hukum (2 Raj 17:7-18; 2 Taw 33:8; Dan 9:11; Neh 1:7-9, 9:14-30). Orang-orang yang ditawan dapat pulang juga kerana taat kepada hukum Taurat (Ezr 3:2, 6:16; Neh 8:1-8, 10:28, 13:1).

Kira-kira 400 tahun SM, menurut apa yang diperintahkan oleh Tuhan, ahli kitab Ezra bukan sahaja membawa pulang kitab hukum Taurat Tuhan dari Babel (Ezr 7:17), bahkan membacakannya untuk didengarkan oleh semua semasa berkumpul. Undang-undang dan ajaran yang terkandung di dalam kitab hukum Taurat telah lama mempunyai kedudukan yang berwibawa dalam kehidupan orang-orang Israel, sehinggakan secara logiknya ia dimasukkan ke dalam skop koleksi Kanon.

 

  • Koleksi “kitab nabi-nabi”

Hukum Taurat Musa sentiasa mempunyai kedudukan yang paling utama sepanjang sejarah orang Israel. Namun wahyu Tuhan tidak berhenti setakat Musa. Musa juga bernubuat bahawa seorang nabi akan dibangkitkan untuk mengatakan perintah Tuhan (Ul 18:15-19). Dia juga menyenaraikan prinsip-prinsip untuk mengenalpasti nabi supaya nabi palsu dapat didedahkan dan dihapuskan (Ul 13:1-5, 18:20-22).

Bermula dengan Samuel, ramai nabi telah muncul – Elia, Elisa, Amos, Hosea sehingga ke Maleakhi dan lain-lain lagi. Mereka semua meninggalkan penulisan yang abadi. Dalam sejarah wahyu, mereka juga mempunyai kedudukan yang hampir sama penting dengan Musa.

Skop penulisan para nabi ini adalah sangat luas, termasuklah semua sejarah Israel bermula dari Daud hingga ke masa penawanan (1 Taw 29:29; 2 Taw 9:29). Oleh sebab banyaknya pelbagai penulisan ini, apabila sampai ke zaman Daniel, “kitab” (books, kata jamak) ini meliputi “kitab nabi-nabi” dan “hukum Taurat Musa” (Dan 9:2,6,11).

Orang-orang yang takut akan Tuhan dalam Israel mengiktiraf dan menerima perkataan nabi (selalunya dimulakan dengan “Beginilah firman TUHAN”) sebagai perkataan Tuhan yang kudus. Semasa sebahagian daripada mereka masih berada di dalam dunia, sudah ada orang yang mula mengumpulkan bahagian-bahagian daripada mesej mereka. Contohnya: Yeremia sendiri (Yer 36) memberi tunjuk ajar kepada orang untuk menuliskan perkataan Tuhan yang kudus. Orang lain juga mungkin akan berbuat demikian (Yes 8:16).

Dalam penulisan nabi-nabi, para nabi selalunya saling mengambil petikan dan saling mengajar. Contoh: nabi Daniel pernah memetik perkataan Yeremia, nabi sebelumnya dan berkata: “aku, Daniel, memperhatikan dalam kumpulan kitab … yang menurut firman TUHAN kepada nabi Yeremia…” (Dan 9:2), nabi Zakharia memetik pengajaran para nabi sebelumnya (Za 1:4-6, 7:7,12), Mikha, nabi zaman awal juga dirujuk oleh para tua-tua negeri sebagai yang berwibawa (Yer 26:17).

Apa yang perlu diberikan perhatian khusus di sini ialah Talmud (hukum Taurat kuno dan Kod Genetik Yahudi). Gulungan kitab yang mencatatkan tentang kepercayaan Yudaisme zaman kuno dan menyebut: “semenjak nabi-nabi terakhir mati, Haggai, Zakharia, dan Maleakhi, maka Roh Kudus pergi meninggalkan Israel.” Ini jelas menunjukkan bahawa sejak itu sehinggalah dengan berakhirnya Yesus, tidak ada lagi kata-kata nabi. Oleh yang demikian, selepas tamatnya pekerjaan nabi Maleakhi, tidak ada lagi gulungan kitab yang ditambahkan ke dalam Kanon.

Oleh sebab Tuhan sering menyampaikan kehendak Tuhan melalui nabi, maka kitab nabi-nabi juga harus disenaraikankan dalam skop koleksi Kanon. Pada tahun 180 SM, buku “Wisdom of Sirach” atau “Book of Ecclesiasticus” yang ditulis oleh Yeshua ben Sirach pernah memetik daripada 12 kitab nabi-nabi kecil (The Minor Prophets / Twelve Prophets). Bukan sahaja urutannya semua sama seperti hari ini, bahkan (Mal 4:5,6) juga muncul dalam artikel tersebut. Urutan dan isi kandungan dalam terjemahan Septuaginta yang disiapkan sebelum kedatangan Tuhan juga semuanya sama dengan hari ini.

 

  • Koleksi penulisan

Dalam kalangan orang Yahudi, terdapat banyak karya yang tidak termasuk dalam hukum Taurat dan kitab nabi-nabi yang juga diedarkan dengan cara yang sama. Contohnya, dalam Pentaksiran Alkitab Babel dan Yahudi, munculnya isi kandungan penulisan Mazmur, Ayub, Amsal, Daniel dan sebagainya. Sehinggalah akhir abad pertama AD (atau awal abad kedua), ada yang terfikir untuk memilih sebahagian daripada karya sastera ini untuk diiktiraf sebagai kitab Kanon. Pada ketika itu, di bawah bimbingan para rabbi di The Council of Jamnia, mereka memulakan tugas ini bersama dengan para rabbi dari pelbagai tempat. Sehinggalah pada abad ketiga, kedudukan penulisan sebelas buku dalam bahagian ketiga kitab Ibrani (Nota: sama sepenuhnya dengan kitab Perjanjian Lama pada hari ini) dikenalpasti (rujuk butir KEENAM.1.II.C.).

 

B. Perjanjian Baru

  1. Kanon
  • Faktor penilaian pembentukan Kanon Perjanjian Baru

Dalam beberapa abad ini, pemilihan karya sastera yang berwibawa dan akhirnya dijadikan sebagai Kanon di gereja mempunyai tiga piawai rujukan berikut:

    • Tahap penerimaan dan penggunaan karya tersebut di dalam gereja.
    • Isi kandungannya tidak melanggar pengajaran tradisional gereja.
    • Akar umbinya mestilah daripada tradisi para rasul (iaitu dituliskan oleh seorang rasul atau orang yang diberikan kewibawaan).

Secara umumnya, memang bukan perkara yang mudah untuk memilih sebahagian daripada karya yang banyak lalu mengiktirafnya sebagai Kanon manakala yang lain pula dipandang sebagai Apokrifa. Namun, sememangnya terdapat perbezaan antara perkataan Tuhan dan perkataan manusia. Maka, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, masih terdapat piawaian yang optimis untuk mengenalpasti kesahihan semasa membuat pilihan. Piawaian tersebut boleh dikategorikan kepada tiga seperti berikut:

    • Kewibawaan rasul

Pada masa itu gereja banyak bergantung kepada para rasul. Ini kerana para rasul ialah saksi yang dipilih oleh Kristus dan diutus untuk menjadi saksiNya yang berwibawa. Memandangkan mereka mempunyai identiti ini, maka mereka menerima janji, mendapat ilham Roh Kudus yang memimpin mereka ke dalam seluruh kebenaran (Yoh 16:12-16). Dalam karya (surat-surat) mereka, mereka mendakwa bahawa mereka memberitakan firman dari Tuhan melalui wahyu. Oleh sebab gereja (jemaat) dapat melihat kewibawaan Kristus dalam pengajaran mereka, maka mereka dibangun di atas “pengajaran rasul-rasul” (Kis 2:42; Ef 2:20). Oleh yang demikian, mereka melihat kesusasteraan para rasul dengan pandangan yang berbeza. Ini dapat dinyatakan dengan jelas daripada perbahasan gereja zaman awal mengenai apakah Ibrani termasuk dalam Kanon dan perihal menolak surat-surat hasil tulisan bukan rasul yang lain.

Walaupun terdapat beberapa kitab seperti Injil Markus, Injil Lukas dan Kisah Para Rasul yang bukan ditulis oleh rasul dalam Perjanjian Baru, namun oleh sebab penulis-penulis tersebut mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan para rasul (contohnya: Markus mengikuti Petrus, Lukas mengikuti Paulus), atau karya tersebut jelas memberitakan pengajaran yang bertepatan dengan tradisi rasul (contohnya: Ibrani dengan Yakobus dan Yudas yang ditulis oleh saudara Yesus, Yakobus dan Yudas. Yakobus kemudiannya menjadi penilik jemaat di Yerusalem.), maka mereka juga mempunyai kewibawaan rasul.

    • Pengiktirafan gereja zaman awal

Petrus meletakkan penulisan Paulus bersama dengan “tulisan-tulisan yang lain” (Nota: merujuk kepada Perjanjian Lama) (2 Ptr 3:15-16). Dalam kebaktian ibadah gereja zaman awal, selain selalu memetik daripada Perjanjian Lama, surat-surat Perjanjian Baru juga dibacakan secara terbuka di dalam gereja (1 Tes 5:27; Kol 4:16; Why 1:3; 1 Tim 4:13), sama seperti menghormati perkataan Tuhan dalam Perjanjian Lama. Inilah prinsip mereka dalam mengiktiraf dan mentaati kewibawaan.

    • Kemurnian doktrin

Piawaian terakhir bagi kitab-kitab Perjanjian Baru disenaraikan di dalam Kanon ialah doktrinnya haruslah murni, terutamanya ia tidak boleh ada konflik dan percanggahan dengan Perjanjian Lama dan pemberitaan lisan para rasul serta tiada perihal yang tidak bermoral.

 

  • Pembentukan Kanon Perjanjian Baru
    • Kemunculan dan penyuntingan kitab Injil

Gereja merasakan bahawa sejarah Yesus dan kata-kataNya dicatatkan kerana gerakan Roh Kudus, maka ianya ada kewibawaan (contohnya: Mat 28:18-20; Kis 1:6-8 catatan tentang kebangkitan Kristus). Oleh yang demikian, kitab Injil harus disenaraikan di dalam Kanon.

Penulis Injil Lukas dan Kisah Para Rasul memberitahu kita bahawa semasa dia memulakan penulisannya, pada hakikatnya banyak orang telah berusaha menyusun suatu berita (Luk 1:1-2). Namun mengapa akhirnya hanya empat laporan sahaja yang dimasukkan ke dalam Kanon Alkitab? Ini merupakan satu soalan yang susah untuk dijawab. Jawapannya berkemungkinan adalah bahawa setiap empat nota ini telah diedarkan secara berasingan di tempat-tempat yang berbeza di gereja zaman awal, dan secara beransur-ansur ianya dianggap sebagai penulisan yang berwibawa.

Penerimaan umum keempat-empat kitab Injil mungkin merupakan proses yang sangat perlahan. Umumnya, gereja-gereja zaman awal rata-ratanya lebih menyukai laporan lisan mengenai Yesus dan para rasul. Kira-kira tahun 130M, Papias berkata: “Bagi saya, perkara yang dipelajari daripada peristiwa hidup adalah lebih berguna berbanding apa yang dipelajari daripada buku.” Apa yang dikatakan di sini bermasud apa yang dipelajari daripada orang-orang yang mempunyai hubungan awal dengan rasul adalah lebih berguna.

Penulis gereja zaman awal (contohnya Clement of Rome dan Ignatius) kadang-kadang juga memetik maklumat yang sama dengan yang dipetik dalam empat Injil. Justin Martyr yang mati syahid (mati pada kira-kira tahun 285M) beranggapan bahawa Injil merupakan “memoir” para rasul dan mereka yang mengikuti rasul-rasul. Dia percaya bahawa perkataan dan perbuatan Yesus di dunia dicatatkan secara berwibawa dalam kitab Injil. Dia menceritakan bahawa dalam zamannya, semasa upacara ibadah gereja, memoir seperti kitab nabi-nabi dalam Perjanjian Lama ini dibacakan secara meluas.

“Diatessaron” merupakan rujukan bagi kitab-kitab Injil yang ditulis oleh Tatian, orang Siria (kira-kira tahun 170 M). Ini menunjukkan bahawa keempat-empat kitab Injil ini mempunyai kedudukan yang sangat baik dalam era itu. Kira-kira tahun 180 M, masa zaman Irenaeus, dia memberikan satu pernyataan yang sangat bersesuaian dengan keempat-empat kitab Injil: “oleh sebab terdapat empat jenis angin dan empat orientasi arah, maka perlu adanya empat kitab Injil.” Tidak kira pernyataannya betul atau tidak, pada abad kedua dan seterusnya, “kitab Injil” yang mengandungi teologi ajaran sesat, pengetahuan misteri Gnostisisme, cerita-cerita fantasi dan legenda-legenda bangsa asing yang ditokok-tambah muncul dalam gereja. Mereka telah menghapuskan semuanya dan ini memang tepat. Dari keputusan yang terakhir, keempat-empat kitab Injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, nampaknya ia membuat penerangan berdasarkan empat ciri yang berbeza bagi Yesus – singa (raja), lembu (hamba), manusia (manusia sempurna) dan burung nasar (Anak Tuhan) (Yeh 1:10; Why 4:6,7). Proses penyuntingan pemercaya-pemercaya kuno benar-benar ajaib.

 

    • Koleksi surat Paulus

Surat-surat Paulus dianggap sebagai penulisan yang mempunyai ilham Tuhan oleh ramai pembaca pada masa itu. Apa yang dikatakan dan dituliskan oleh dia dan para rasul semuanya adalah “berkata-kata tentang karunia-karunia Allah dengan perkataan yang bukan diajarkan kepada kami oleh hikmat manusia, tetapi oleh Roh” (1 Kor 2:13). Perintah mereka ada kewibawaan Tuhan, penulisan mereka merupakan koleksi catatan perintah-perintah ini (1 Tes 4:2; 2 Tes 2:15). Tulisan-tulisan ini harus dibaca secara terbuka dalam kebaktian gereja selari dengan pembacaan Perjanjian Lama. Oleh itu, pastinya ada orang yang menyalin, mengumpul dan menguruskan surat-suratnya.

Tidak dapat diketahui siapa yang paling awal mengumpul surat-surat Paulus. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa orangnya berkemungkinan ialah Onesimus, hamba Filemon yang melarikan diri kerana bersalah kepada tuannya. Dia berterima kasih kepada Paulus yang berjasa kepadanya lalu mengumpul surat-surat Paulus sekitar tahun 90 M. Namun spekulasi ini sememangnya tidak dapat disahkan.

Pada hujung abad pertama, Clement of Rome beranggapan bahawa I Korintus merupakan “penulisan yang benar-benar diilhamkan”. Dia juga beranggapan bahawa surat-surat Paulus seharusnya mempunyai kewibawaan yang sama dengan Perjanjian Lama. Pada awal abad kedua, semasa Ignatius menulis surat kepada jemaat Efesus, dia berkata bahawa Paulus “dalam setiap suratnya ada mencatatkan tentang mengingati kamu dalam Kristus Yesus”. Ini bermaksud Ignatius telah mengenali satu koleksi surat Paulus pada masa itu.

Marcion yang sangat tidak bersetuju dengan Perjanjian Lama telah menerbitkan koleksi surat Paulus yang disunting olehnya sendiri pada sekitar tahun 140 M. Ini menunjukkan bahawa mengumpul surat-surat Paulus merupakan sesuatu perkara yang sangat biasa dalam gereja zaman Marcion.

 

    • Pembentukan gulungan-gulungan lain dalam Perjanjian Baru

Pada abad pertama Masehi, terdapat kira-kira 300 buku lain yang berkaitan dengan gereja muncul. Namun kebanyakan isi kandungannya mengandungi ajaran sesat atau fantasi dan gereja Kristian ortodoks enggan menerima mereka. Paulus juga pernah memberi amaran kepada jemaat di Tesalonika kerana terdapat surat yang dikatakan dari dia telah diedarkan (2 Tes 2:2), mereka perlu memberi perhatian semasa membacanya.

Selepas ujian masa, Bapa Gereja, Ireneus, Tertullian dan Clement dari Alexandria (ketiga-tiganya hidup dalam hujung abad kedua) bersetuju dengan kewibawaan kitab-kitab berikut: empat kitab Injil, tiga belas surat Paulus, Kisah Para Rasul, 1 Petrus, 1 Yohanes, Wahyu. Kewibawaan Ibrani, Yakobus, 2 Petrus, 2 Yohanes, 3 Yohanes dan Yudas tidak mendapat keputusan yang sepakat dalam kalangan pemimpin gereja zaman awal. Kewibawaan Wahyu pula masih menjadi kontroversi di beberapa tempat (terutamanya gereja-gereja di sebelah Timur). Walau bagaimanapun, selepas tahun 400 AD, gulungan-gulungan awal dalam Perjanjian Baru telah diterima secara meluas dan mempunyai kedudukan yang berwibawa.

Beberapa kitab juga telah disebarkan secara meluas dalam tempoh ini, tetapi pada akhirnya mereka tidak diterima sebagai Kanon Perjanjian Baru. Contohnya 1 Klemens, Gembala Hermas, surat-surat Barnabas, Didache dan Wahyu Petrus.

 

    • Kepastian Kanon Perjanjian Baru

Selepas Tuhan Yesus disalibkan, gereja di pelbagai tempat pada awalnya hanya mengumpul gulungan kitab yang mereka sukai lalu disunting untuk digunakan. Kemudian, secara perlahan-lahan terdapat ramai orang yang mencuba untuk menyunting dan menyusun indeks “Kitab Lengkap Perjanjian Baru”. Marcion nampaknya merupakan orang pertama yang menyiapkan koleksi penulisan agama Kristian. Dia dari mazhab Gnostik. Dia tegas menolak Perjanjian Lama dan segala yang berkaitan dengan “Yudaisme”. Dia menyokong penggantian kedudukan Perjanjian Lama dengan “kitab Injil” (ringkasan Lukas) dan “Para Rasul” (sepuluh surat versi Paulus).

Bermula tahun 200 M, Bapa Gereja, Irenaeus dan lain-lain telah mempunyai pandangan yang sangat sepakat dengan kita pada hari ini berkenaan indeks suntingan Kanon. Namun gereja pada masa itu menghadapi penganiayaan besar daripada empayar Rom., terutamanya pada tahun 303 M, ketika Diocletian menjadi maharaja, penganiayaan menjadi lebih serius. Dia pernah mencuba untuk membakar dan menghapuskan Alkitab semua agama Kristian. Oleh itu, kerja-kerja suntingan “Kanon” langsung tidak dapat dijalankan secara terbuka.

Sehingga tahun 325 AD, barulah Eusebius terlibat dalam kerja yang berhati-hati ini. Dia mempertimbangkan tentang bagaimana untuk membezakan gulungan-gulungan yang diiktiraf dan yang tidak diterima. Oleh itu, secara tegasnya, pengkanonan Perjanjian Baru boleh dikatakan telah bermula dari dia. Dia menandakan gulungan mana yang diiktiraf sebagai Kanon, gulungan mana yang masih ada kontroversi dan gulungan mana yang ditolak. Gulungan yang disenaraikan sebagai Gulungan kitab yang disebut oleh Athanasius dari Alexandria sebagai Kanon pada tahun 367 M telah terkandung dalam Perjanjian Baru kita kini. Pada zaman Bapa Gereja Jerome (tahun 340-420) dan Augustine (tahun 400), pengiktirafan mereka terhadap Kanon Perjanjian Baru adalah sama dengan 27 gulungan kitab Perjanjian Baru yang kita gunakan pada hari ini.

Perlu disebutkan di sini bahawa Kaisar Constantine mengeluarkan Dekri Milan dan menjadikan agama Kristian sebagai agama yang sah kerana dia menganuti agama Kristian. Dia juga melantik Eusebius sebagai penasihat utama agama. Selain itu, dia juga mengarahkan orang menyalin 50 set gulungan kitab lalu orang ramai mempunyai kebebasan yang secukupnya untuk melakukan pemilihan dan perbincangan Kanon secara terbuka. Pengesahan terakhir Kanon Perjanjian Baru telah disahkan dalam mesyuarat gereja di Rom (tahun 382), Hippo (tahun 393), Carthage (tahun 397, tahun 419), terutamanya selepas persidangan di Hippo Regius pada tahun 393 M. Ini kerana gereja pada umumnya telah mempunyai pandangan yang sama berkaitan Kanon pada masa itu, maka tidak ada pertikaian dan dengan sangat lancar sekali telah meluluskan secara rasminya 27 gulungan dalam Perjanjian Baru yang kita gunakan pada hari ini. Sudah tentu, penilaian manusia terlibat dalam proses menetapkan Kanon. Namun untuk mengenalpasti sama ada sesuatu itu adalah benar, mesti ada sesuatu yang nyata di sana untuk dikenalpasti. Pada dasarnya, ia memerlukan ilham daripada Tuhan.

Dari proses sejarah sebenar “penubuhan Kanon”, ayat berikut langsung tidak didapati dalam mesyuarat gereja, “kami telah mengkaji karya ini dan mendapati ianya sangat berharga, oleh itu, ia harus dimasukkan ke dalam Kanon.” Maka, pengisytiharan dalam mesyuarat gereja selalunya hanya membuat pengesahan rasmi gulungan-gulungan kitab yang telah diiktiraf sebagai Kanon oleh jemaah yang bertaburan di merata tempat. Walaupun kata-kata Tuhan tidak perlu diputuskan oleh keputusan mesyuarat gereja, namun memandang itu ialah perkataan Tuhan, apabila syarat-syaratnya dipenuhi, maka pastinya perkara tersebut akan berjaya dan mudah dipersetujui oleh semua.

 

2. Penulisan Bapa Gereja, Apokrifa, Pseudopigrafa

Di sini turut disebutkan, pada peringkat Perjanjian Baru dan Lama serta gereja zaman awal, terdapat banyak penulisan yang diedarkan di gereja pada masa itu. Berikut diterangkan secara ringkas untuk rujukan:

  • Penulisan Bapa Gereja

Penilik jemaat yang ditetapkan oleh para rasul pada zaman rasul digelar sebagai Bapa Gereja (Church Father) dalam gereja Kristian umum pada kemudian hari. Kita juga menggunakan gelaran ini untuk sementara waktu. Tidak banyak penulisan mereka yang tersimpan sehingga hari ini. Isi kandungannya tertumpu kepada memberi dorongan kepada pemercaya pada masa itu dan ada yang memetik ayat-ayat daripada Perjanjian Baru. Penulisan-penulisan seperti ini yang berkaitan dengan Bapa Gereja boleh dianggap sebagai jambatan perantaraan antara zaman rasul dan gereja-gereja pada kemudian hari. Ia mengandungi nilai rujukan. Sebahagian daripadanya juga telah dimasukkan ke dalam manuskrip Alkitab Alexandria. Nama penulisan-penulisan Bapa Gereja yang terkenal termasuklah surat untuk orang Korintus (tulisan Clement), surat untuk orang Filipi (tulisan Polycarp), surat untuk orang Efesus (tulisan Ignatius), surat-surat untuk semua pemercaya (tulisan Barnabas), Fragments (tulisan Papias), Gembala Hermas (tulisan Hermas), Apology of Aristides (tulisan Aristides) dan sebagainya.

 

3. Apokrifa

  • Asal Apokrifa

Apokrifa juga dikenali sebagai “Deuterokanonika”. Maksud asalnya ialah “buku tersembunyi” yang merupakan penulisan tersembunyi yang tidak dibaca secara terbuka oleh orang awam, hanya diedarkan di dalam organisasi-organisasi yang tertentu. Sebenarnya, penulisan-penulisan ini ditulis dalam tempoh antara seratus hingga dua ratus tahun sebelum dan selepas kelahiran Yesus. Beberapa orang yang mengambil berat tentang negara menuliskannya untuk mendorong, memberi inspirasi dan menghibur rakyat. Mereka mendorong rakyat untuk mempertahankan negara dengan minda yang tegas, setia kepada negara, memelihara ibadah kepada Tuhan, menjauhi kejahatan, bersyukur kepada perlindungan Tuhan atau mengharapkan kedatangan Mesias dan sebagainya. Sebahagian daripada Apokrifa ini secara umumnya dapat mencerminkan keadaan agama, politik dan sosial bagi tempoh antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Ia dapat memberikan kita maklumat latar belakang yang berkaitan bagi aspek-aspek tertentu dalam memahami catatan Perjanjian Baru. Walau bagaimanapun, oleh sebab ianya tidak ada pengesahan ilham dan kewibawaan nabi, maka tidak ada keperluan untuk mengkajinya sebagai karya klasik.

 

  • Penulisan Apokrifa

Terdapat banyak sekali penulisan Apokrifa. Antara yang terkenal ialah 1 & 2 Edras, Tobit, Yudit, Kebijaksanaan Salomo, Eklesiastikus (Sirakh), Barukh, Nyanyian Tiga Anak Kudus, Susana, Dewa Bel dan Naga, Surat Nabi Yeremia, Doa Manasye, 1 & 2 Makabe, Tambahan pada Ester dan sebagainya.

 

  • Sebab-sebab Apokrifa tidak disenaraikan dalam Kanon

Walaupun penulis-penulis Kristian di gereja zaman awal kadang-kala memetik daripada kitab-kitab ini dalam penulisan mereka, namun kita tidak dapat menerimanya sebagai Kanon kerana beberapa sebab yang berikut:

    • Kitab-kitab ini tidak dicatatkan dalam Kanon Perjanjian Lama bahasa Ibrani.
    • Yesus dan penulis-penulis Perjanjian Baru pernah banyak memetik daripada Perjanjian Lama, namun langsung tidak pernah memetik daripada Apokrifa. (Nota: butir ini perlu diberi perhatian khas. Terjemahan bahasa Yunani Perjanjian Lama (Septuaginta) iaitu kewibawaan yang digunakan oleh para rasul pada ketika itu ada mengandungi Apokrifa. Adakah ianya sama dalam zaman Perjanjian Baru, itu tidak diketahui. Namun jika ianya sedemikian, Yesus dan para penulis Perjanjian Baru sengaja tidak memetik daripadanya, maka ini lebih lagi bermakna).
    • Walaupun ianya mengandungi tidak sedikit pengajaran yang benar dan berharga, namun ia ada kesilapan dari segi kebenaran. Contohnya membenarkan orang bunuh diri dan berdoa untuk orang mati, kesalahan sejarah, legenda dan mitos. Dari isi kandungannya, kita dapat mengetahui dengan jelas bahawa ia tidak boleh diterima sebagai karya yang diilhamkan.
    • Ia menyebut bahawa Israel tidak mempunyai nabi pada masa itu, dan ia sendiri tidak mengaku telah diilhamkan oleh Tuhan.
    • Berdasarkan sebab-sebab di atas, orang Yahudi tidak pernah memandangnya sebagai sebahagian daripada firman Tuhan. Yesus dan para rasul juga tidak pernah memetik daripadanya. Josephus, sejarahwan Yahudi bukan sahaja menafikannya, gereja zaman awal juga tidak pernah mengiktiraf bahawa ianya mempunyai kewibawaan Alkitab.

 

  1. Kesaksian sejarahwan
  • Josephus

Josephus dilahirkan pada tahun 37 M, iaitu kira-kira empat puluh tahun selepas kelahiran Yesus. Dia mungkin merupakan orang Yahudi yang paling menyerlah dan yang paling berilmu pada masa itu. Bapanya seorang imam dan ibunya ialah keturunan diraja Makabe. Dia telah menerima pendidikan yang paling cemerlang. Ketika berumur 16 tahun, dia mula mengkaji pelbagai mazhab Yudaisme secara terperinci dan telah menjalani kehidupan yang sunyi bersama dengan kaum Eseni selama tiga tahun. Ketika berumur 19 tahun, dia menyertai mazhab Farisi. Dalam perang Yahudi pada sekitar tahun 67 M, dia berperang dengan pasukan tentera Rom dan ditawan di Rom. Kemudian, dia diutus oleh orang Rom untuk menyampaikan berita Rom kepada orang-orang di negara itu. Selepas kejatuhan provinsi Yehuda, dia bertungkus-lumus dalam penulisannya lalu menghasilkan “Sejarah Kuno Orang Yahudi” (Antiquities of the Jews) dan “Sejarah Perang Yahudi” (History of the Jewish War) yang terkenal. Pada akhir abad pertama, iaitu pada masanya yang paling matang, dia menulis Melawan Apion kepada Apion, pakar tatabahasa dari Alexandria yang kuat menyerang orang Yahudi.

Dia merupakan calon yang paling sesuai untuk melaporkan tentang kepercayaan orang Yahudi. Dalam keadaan ini, dia tidak teragak-agak untuk memilih kata-kata yang paling tepat dan sesuai, di samping mengelakkan sebarang kejatuhan, supaya tidak disangkal oleh pihak yang lain. Apabila mempertahankan Alkitab orang Yahudi, dia menulis: “Apa yang kita ada bukannya beribu-ribu buah kitab yang menolak antara satu sama lain dan saling bercanggahan, tetapi hanyalah 22 buah kitab dengan catatan zaman-berzaman, yang dipercayai benar (sebagai yang suci) secara bersesuaian. Antara kitab-kitab ini, lima ialah kitab Musa yang mengandungi hukum Taurat dan tradisi sejak manusia diciptakan sehingga kepada kematian dia (Musa). Tempoh ini mengambil masa hampir tiga ribu tahun. Dari kematian Musa sehingga kepada raja Artaxerxes (iaitu pewaris kepada Xerxes, raja Persia), penulisan nabi-nabi yang meneruskan tulisan Musa ada 13 buah kitab. Baki 4 buah kitab lagi termasuk Mazmur kepada Tuhan dan nasihat-nasihat yang mengajar tentang bagaimana orang harus hidup dan berperilaku. Dari Artaxerxes hingga zaman kita, semua perkara juga ada dicatatkan. Namun ianya tidak dianggap mempunyai kedudukan yang sama seperti kitab-kitab sebelumnya kerana kesinambungan nabi telah berhenti. Dari tindakan kita, kita dapat melihat keyakinan kita terhadap penulisan ini. Walaupun masa telah berlalu begitu lama, tetapi tiada siapa yang berani untuk menambah, memadamkan atau mengubah apa-apa di dalamnya. Semua orang Yahudi secara naluri mengakui ia sebagai perintah Tuhan sejak dari hari mereka dilahirkan dan bertekad untuk mematuhinya, bahkan rela mati deminya jikalau perlu.” (Nota: dipetik daripada Journal of Biblical Literature, 69(1950), p.186. Rujuk juga A. Bentzen, Old Testament Introduction, I (Copenhagen, 1958), p. 97).

Dari kata-kata Josephus, beberapa butir berikut perlu diberi perhatian khusus:

    • Dia membuat perbezaan yang jelas di antara kitab-kitab Kanon dan bukan Kanon.
    • Dia amat jelas dan pasti tentang tarikh yang tepat berakhirnya Kanon. Raja Artaxerxes memerintah untuk kira-kira 40 tahun, dari tahun 465 SM sehingga 425 SM. Ezra pulang ke Yerusalem pada tahun ke-7 pemerintahannya manakala Nehemia pula pada tahun ke-20 (Ez 7:1,8; Neh 8:1). (Nota: nabi-nabi zaman akhir Alkitab Perjanjian Lama seperti Ezra, Nehemia dan Maleakhi rata-ratanya menyelesaikan pekerjaan mereka dalam tempoh ini)

 

    • Philo

Pada separuh pertama abad pertama, adanya Philo yang menulis. Ilmu dan pengetahuannya adalah setanding dengan Josephus. Dia mempunyai ilmu yang sangat mendalam, amat fasih tentang pengetahuan orang Ibrani dan mempunyai pandangan yang sama. Dia mempunyai kedudukan yang tinggi di kota Alexandria. Dia dipilih sebagai duta ke Rom untuk membela orang Yahudi di depan raja Caligula, menyangkal tuduhan Apion dan orang lain. Bapa Gereja, Eusebius pernah memetik kata-kata Philo dengan mengatakan orang Yahudi “tidak pernah mengubah apa-apa perkataan yang ditulisnya (Musa). Mereka rela mati sepuluh ribu kali daripada tunduk kepada apa jua kata-kata yang melanggar etika hukum Tauratnya.” (Nota: dipetik daripada R. D. Wilson, A Scientific Investigation of the Old Testament (London, n. d.) chapter 2)

 

  • Asal-usul Apokrifa disenaraikan dalam Alkitab agama Roman Katolik

Semasa Reformasi Agama, pemercaya Protestan menggunakan firman Tuhan sebagai dasar kempen Reformasi Agama. Oleh itu, mereka menafikan Apokrifa sebagai sebahagian daripada firman Tuhan, sama seperti gereja zaman awal dan orang Yahudi. Pada tahun 1546, Council of Trent agama Katolik (Nota: majlis ini bertujuan untuk melawan Reformasi Agama dan tanpa penyertaan pakar Ibrani) mengumumkan Apokrifa sebagai sebahagian daripada Alkitab. Apokrifa masih disenaraikan dalam Alkitab yang mereka gunakan pada hari ini. (Nota: Perjanjian Lama gereja Katolik ada 46 gulungan (mengandungi 7 gulungan Apokrifa), Perjanjian Lama gereja Ortodoks Timur ada 45 gulungan (mengandungi 6 gulungan Apokrifa), iaitu tidak ada lampiran “Barukh” Perjanjian Lama gereja Katolik). Gereja Roman Katolik menerimanya atas sebab doktrin. Apokrifa menyokong amalan mereka yang berdoa untuk orang mati.

Secara kesimpulannya, pemahaman orang Yahudi Ortodoks, Jerome dan ahli-ahli Reformasi Agama terhadap Kanon Perjanjian Lama adalah tepat. Percubaan teologi Roman atau liberal untuk menyamakan Kanon Yahudi dengan Apokrifa adalah salah.

 

    • Pseudopigrafa

Pseudopigrafa juga digelar sebagai Wilder Apocrypha. Makna asalnya ialah “kitab nama palsu”. Namun gereja Katolik menggelar “Pseudopigrafa” sebagai “Apokrifa” manakala “Apokrifa” pula digelar sebagai “Deuterokanonika”. Pseudopigrafa telah muncul sejak antara dua perjanjian, terutama antara tahun 200 SM dan 200 M, dan terus wujud hingga abad keenam. Sebahagian daripadanya ialah cerita-cerita legenda, sebahagian pula ialah penglihatan dan mimpi yang berbentuk wahyu. Tujuannya adalah untuk membantu orang-orang Yahudi memelihara iman kepercayaa mereka semasa menghadapi masa-masa yang sangat sukar.

Kebanyakan Pseudopigrafa adalah bersifat nubuat. Ia merupakan injil, kisah dan surat yang dipalsukan. Kebanyakan isi kandungannya merupakan cerita-cerita fiksyen yang penuh dengan fantasi atau cerita tentang kehidupan Kristus Yesus dan rasul-rasul yang tidak masuk akal. Ia secara palsu mendakwa mempunyai kewibawaan yang suci. Beberapa peristiwa yang terkandung di dalamnya adalah aneh dan mempunyai doktrin yang jelas salah. Oleh itu, ia tidak pernah diakui sebagai klasik.

Selain itu, ia juga selalu menggunakan nama-nama orang hebat Israel pada masa lalu. Contohnya mendakwa ia dituliskan oleh Adam, Henokh, Musa dan Ezra. Oleh itu,, ia mendapat nama Pseudopigrafa. Mereka mendakwa bahawa penglihatan dalam buku mereka dilihat oleh mereka sendiri. Memang ia merupakan suatu kerja yang sangat sukar bagi gereja zaman awal untuk membezakan mana yang benar dan mana yang palsu daripada himpunan kitab palsu yang banyak ini. Dikatakan bahawa kebanyakan teori Kristus yang diperoleh oleh Muhammad berasal daripada kitab-kitab Pseudopigrafa ini. Pseudopigrafa yang utama ialah: 1 & 2 Henokh, Wasiat Dua Belas Patriarkh, Kitab Yobel, Yesaya Mati Syahid, Pengangkatan Musa ke Syurga, Pesanan Ayub, Kelahiran Maria, Injil Tomas dan lain-lain lagi.

Isi kandungan dan makna berkenaan Alkitab, penulisan Bapa Gereja, Apokrifa dan Pseudopigrafa adalah seperti yang diterangkan di atas. Ringkasnya, Alkitab ialah “perkataan Tuhan”, penulisan Bapa Gereja dan Apokrifa ialah “perkataan manusia” manakala Pseudopigrafa pula ialah “mitos”.

 

PENYUNTINGAN ALKITAB

A. Perjanjian Lama

Prinsip penyuntingan bagi Kanon Perjanjian Lama telahpun dibincangkan. Namun, bilakah dan siapakah yang menyunting gulungan-gulungan kitab dalam Alkitab Perjanjian Lama sehingga ianya dibukukan? Oleh sebab tahun-bertahun telah berlalu dan kekurangan bahan sastera, ia tidak lagi tersedia untuk dikaji. Namun menurut warisan orang Yahudi, pada akhir zaman Alkitab Perjanjian Lama, iaitu pada zaman Ezra, Orang Yahudi pernah menubuhkan Sanhedrin. Ezra bukan sahaja merupakan seorang ahli kitab yang mahir, dia juga merupakan keturunan imam. Dia berperanan sebagai pemulih agama, dia juga pasti memainkan peranan yang penting dalam penyuntingan Klasik. Kita boleh bayangkan, selain menyediakan manuskrip hukum Taurat Musa yang tepat dan jelas, pastinya dia juga secara bersistematiknya mengumpul dan menguruskan catatan tentang peristiwa-peristiwa Tuhan melayan Israel dan karya para nabi di samping menyunting Mazmur yang berwibawa untuk bait suci yang kedua. Oleh itu, diyakini bahawa Kanon Perjanjian Lama adalah disunting oleh Ezra, dan ketepatannya juga tinggi. Pada masa itu, dia mengumpul Klasik untuk sebab-sebab berikut:

  1. Menjadikan Klasik sebagai panduan dan bimbingan, membina semula kehidupan keagamaan umat.
  2. Memelihara Kebenaran Tuhan supaya kehidupan keagamaan umat dapat diteruskan dari generasi ke generasi.
  3. Pada peringkat tidak ada pewaris bagi kehidupan keagamaan baru dan lama, dikhuatiri ada orang yang memalsukan Klasik sesuka hati. Oleh itu, perlu adanya satu set Klasik yang sempurna dan diiktiraf.
  4. Beranggapan wahyu Tuhan mungkin akan semakin berkurang (1 Sam 3:1; Am 8:1) atau berhenti. Jadi ia perlu dikumpul dan diuruskan secepat mungkin.

 

Menurut kajian ahli sejarah Yahudi, Josephus (tahun 38-100 M), Kanon Alkitab Perjanjian Lama telah disunting menjadi kitab kecil sekitar tahun 400 SM, kenyataan ini amat munasabah. Selain itu, Yesus juga telah memberikan tafsiran yang sangat baik tentang suntingan isi kandungan seluruh Perjanjian Lama. Sebelum terangkat ke syurga, ketika Dia menampakkan diriNya kepada murid-murid, Dia menyebut “harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur” (Luk 24:44), bertepatan dengan tiga bahagian yang melengkapkan Kanon Perjanjian Lama – “kitab Taurat”, “kitab nabi-nabi” dan “Mazmur”. Oleh itu, dapat dilihat bahawa Yesus telah memandang Alkitab Perjanjian Lama yang terdiri daripada tiga bahagian ini sebagai Kanon yang berwibawa (Yoh 10:35).

 

B. Perjanjian Baru

Isi kandungan suntingan utama Alkitab Perjanjian Baru terbahagi kepada dua: satu ialah kitab Injil yang mencatatkan riwayat, pertuturan dan perbuatan Yesus manakala yang satu lagi mencatatkan kisah-kisah para rasul dan surat-surat untuk meneguhkan pemercaya. Butiran utama penyuntingan dijelaskan di bawah:

  1. Kitab Injil

Tuhan Yesus tidak mempunyai penulisan di dunia. Namun mesej yang disebarkanNya digelar sebagai ‘Injil” (Gospel) (berasal daripada perkataan God dan Spele dalam bahasa Inggeris dengan makna “khabar baik Tuhan”). Pada awal zaman rasul, umat Kristian pada masa itu kebanyakannya merupakan rakyat yang tidak berpendidikan, tidak berupaya dan tidak mempunyai masa untuk terlibat dengan penulisan. Keluarga Yahudi secara umumnya tidak mempunyai Alkitab untuk kegunaan di rumah kecuali gulungan kitab di gereja dan pengetahuan Alkitab yang diajar oleh guru. Selain itu, skop pemberitaan Injil umat Kristian pada zaman awal juga tidak melangkaui Palestin. Oleh itu, untuk memberitakan Injil kerajaan Tuhan, pada mulanya mereka menggunakan cara pemberitaan secara lisan dan bersemuka di antara murid-murid. Dengan cara pemberitaan secara lisan dan bersemuka, ahli sejarah mendapati bahawa isi kandungan utama dan jenis-jenisnya yang paling diingati dan dikagumi tentang jejak Tuhan Yesus yang diberitakan secara lisan atau bersemuka dan yang dicatatkan boleh dikategorikan kepada empat seperti berikut:

  • Pengumuman pemberitahuan

Menjadikan ucapan yang mendalam, jelas dan berwibawa oleh Tuhan Yesus sebagai klimaks dan yang paling penting. Contohnya Yesus berkata: “Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah” (Mrk 12:13-17) dan “Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat” (Mrk 2:28) dan sebagainya.

 

  • Tanda-tanda mujizat

Kitab-kitab Injil menunjukkan jenis yang tetap berkenaan tanda-tanda mujizat seperti Tuhan Yesus menyembuhkan orang buta, orang yang kerasukan roh jahat dan orang yang sakit kusta atau membangkitkan anak perempuan Yairus, Lazarus dan anak tunggal kepada janda: dimulakan dengan orang sakit atau ahli keluarga mereka memohon kepada Tuhan, Tuhan menjawab mereka dengan cara soal jawab atau memberi perintah, akhir sekali menggunakan kuasaNya untuk menyembuhkan supaya manusia dapat merasainya sendiri dan percaya.

 

    • Biografi tokoh

Menerangkan kisah hidup Tuhan Yesus, bermula dari zaman kanak-kanak, terima baptisan, menghadapi pencobaan, melawat Nazaret, berubah wajah, memilih dan memanggil murid-murid, memberitakan Injil, mati, bangkit sehingga terangkat ke syurga. Dalam peristiwa-peristiwa ini, doktor Lukas menggunakan bakat sasteranya hingga ke tahap yang lebih tinggi. Dia bukan sahaja menuliskannya dengan sempurna dalam gaya penulisan yang indah, tetapi juga mencatatkannya mengikut kronologi berdasarkan masa kejadian secara kasar. Oleh itu, jika menjadikan kisah hidup Yesus sebagai pusat kajian Alkitab, sila pertimbangkan untuk memilih Injil Lukas sebagai rangka tindakan (blue-print) kajian dan kemudian merujuk kepada kitab-kitab Injil yang lain, ini lebih sesuai.

 

    • Pepatah dan perumpamaan

Tuhan Yesus mempunyai banyak pepatah yang penuh dengan hikmat. Contoh: “Janganlah kamu menghakimi, maka kamu pun tidak akan dihakimi. Dan janganlah kamu menghukum, maka kamu pun tidak akan dihukum; ampunilah dan kamu akan diampuni.” (Luk 6:37). PerumpamaanNya penuh dengan makna pendidikan. Contoh: “perumpamaan tentang seorang penabur”, “perumpamaan tentang biji sesawi dan ragi”, “perumpamaan tentang domba yang hilang” dan lain-lain lagi. Selepas mengucapkan pepatah-pepatah dan perumpamaan-perumpamaan ini, Dia akan mengakhirinya dengan kata-kata yang penuh dengan falsafah.

 

Penyebaran secara lisan atau catatan pena di atas pada mulanya adalah bersifat individu atau tidak lengkap. Seperti yang dikatakan dalam Luk 1:1: “Banyak orang telah berusaha menyusun suatu berita…” Ini juga merupakan kemunculan kali pertama kitab-kitab bukan Kanon Perjanjian Baru. Kemudian, dalam gereja rasul zaman awal, iaitu dalam tempoh 30 tahun selepas Tuhan Yesus mati di atas kayu salib, bangkit dan terangkat ke syurga, para murid pada masa itu merasakan bahawa walaupun banyak kata-kata dan perbuatan-perbuatan Kristus yang dipelajari dari Yesus atau para rasul, namun oleh sebab Yesus telah terangkat ke syurga dan para rasul juga bakal meninggalkan dunia, maka kitab-kitab yang berwibawa dan perkataan Tuhan yang diiktiraf oleh para rasul perlu disebarkan sebelum mereka meninggal dunia. Terutamanya selepas peristiwa Yakobus mati syahid (Kis 12:2), maka perihal mencatatkan kisah hidup Tuhan perlu disegerakan dan adalah amat perlu. Tambahan pula, gereja berkembang dengan cepat pada masa itu, iaitu telah disebarkan dari Yerusalem, Samaria hingga ke Siria. Selepas Paulus menjalani pengembaraan pemberitaan Injil, secara perlahan-lahan telah mendirikan gereja bangsa asing di daerah Asia Kecil dan Makedonia seperti Efesus, Filipi dan Tesalonika. Dalam gereja-gereja yang baru ditubuhkan, pengajaran, kata-kata dan perbuatan Tuhan perlu disampaikan kepada mereka untuk meneguhkan iman mereka.

 

2. Kisah Para Rasul dan surat-surat

Selain itu, oleh sebab gereja dianiayai siang dan malam, maka perkataan dan perbuatan Tuhan tampak lebih bernilai, kebarangkalian untuknya hilang dari warisan juga meningkat. Tambahan pula, ajaran sesat pada masa itu semakin berleluasa dan menuliskan penulisan untuk menjelaskan Firman Kebenaran Tuhan adalah prioriti utama. Maka, menuliskan kitab Injil menjadi lebih penting. Ramai orang yang mengendalikan rekod yang menggambarkan kehidupan Yesus lalu menjadi “kitab Injil”. Setelah kitab Injil disiapkan, murid-murid zaman awal melihat kewibawaan kitab Injil adalah melebihi Perjanjian Lama.

Ketika rasul Paulus ingin menyelesaikan atau menejalskan sesuatu persoalan, dia juga selalu memetik perkataan Tuhan Yesus secara langsung sebagai jawapan. Selain itu, murid-murid Tuhan memberitakan Injil di merata tempat dan catatan peristiwa tersebut digelar sebagai “Kisah Para Rasul”. Demi keperluan penggembalaan dan menjelaskan rahsia Injil, hamba-hamba Tuhan juga selalu menuliskan banyak surat semasa membuat pengembaraan pemberitaan Injil atau semasa dipenjarakan. Berdasarkan wahyu yang diperolehi atau pengalaman hidup mereka, mereka memberitahu para murid apa yang perlu dilakukan. Selain itu, apabila sesetengah gereja menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan, mereka juga memandang kewibawaan surat-surat Paulus atau orang-orang lain sama seperti kitab Injil. Surat-surat ini kemudiannya beransur-ansur menjadi peraturan dan kewibawaan kerja-kerja dalam gereja. Yohanes, rasul yang terakhir juga setia mencatatkan tentang penglihatan yang dilihatnya semasa berada di Pulau Patmos. Kepentingan isi kandungannya juga dipandang berat oleh gereja pada masa itu. (Nota: bukan semua surat Paulus disuntingkan ke dalam Alkitab (rujuk 1 Kor 5:9)).

 

KLASIFIKASI ALKITAB

Merujuk kepada pembentukan Kanon Alkitab dan hasil suntingan yang telah dibincangkan, isi kandungan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori menurut pandangan yang berbeza. Penerangannya seperti berikut:

A. Perjanjian Lama

  1. Klasifikasi umum

Pada masa ini, terdapat 39 gulungan dalam Perjanjian Lama yang biasa digunakan. Berdasarkan isi kandungan dan ciri umum, ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori berikut:

  • 17 gulungan hukum Taurat dan kitab sejarah: dari Kejadian hingga Ester. Antaranya ialah 5 gulungan biografi dan 12 gulungan catatan sejarah.
  • 5 gulungan nyanyian mazmur: dari Ayub hingga Kidung Agung.
  • 17 gulungan kitab nabi-nabi: dari Yesaya hingga Maleakhi. Antaranya ialah 5 gulungan kitab nabi besar dan 12 gulungan kitab nabi kecil.

 

2. Klasifikasi isi kandungan Alkitab bahasa Ibrani

Di bawah klasifikasi umum, gulungan sejarah mengandungi mazmur dan nubuat, manaka kitab nabi-nabi pula juga mengandungi sejarah. Oleh itu, orang Yahudi pada zaman awal mengklasifikasikan Alkitab bahasa Ibrani kepada 3 kategori: hukum Taurat (Torah), kitab nabi-nabi (Nevi’im) dan karya tulisan (Ketuvim) lalu digelar sebagai “TaNaKh” (akronim TNK) dengan jumlah 24 gulungan.

  • 5 gulungan hukum Taurat

Kej, Kel, Im, Bil, Ul (digelar sebagai lima kitab Musa, ditulis oleh Musa. Oleh sebab bahagian akhir Ulangan mencatatkan perihal tentang Musa meninggal dunia, maka ada yang meragui samada penulisnya ialah Musa. Namun selepas dikaji oleh ramai ahli sejarah, isi kandungan bahagian tersebut dimasukkan oleh orang lain selepas kematian Musa. Isi kandungan yang lain semuanya memang dituliskan oleh Musa.)

 

  • 8 gulungan kitab nabi-nabi
    • 4 gulungan kitab nabi awal: Yos, Hak, 1 & 2 Sam, 1 & 2 Raj.
    • 4 gulungan kitab nabi akhir: Yes, Yer,Yeh, 12 kitab nabi kecil.

 

  • 11 gulungan karya tulisan
    • 3 gulungan puisi: Mzm, Ams, Ayb.
    • 5 gulungan kitab: Kid, Rut, Rat, Pkh, Est.
    • 1 gulungan kitab nubuat: Dan.
    • 2 gulungan kitab sejarah: Ezr dan Neh (digabungkan menjadi 1 gulungan), 1 & 2 Taw.

 

3. Klasifikasi abjad Alkitab bahasa Ibrani

Oleh sebab terdapat 22 abjad dalam bahasa Ibrani, maka Alkitab Perjanjian Lama dibahagikan kepada 22 gulungan untuk kemudahan penggunaan. Klasifikasinya seperti berikut:

  • 5 gulungan hukum Taurat: Kej, Kel, Im, Bil, Ul.
  • 13 gulungan kitab nabi-nabi:
    • 4 gulungan bahagian sejarah: Yos, Hak dan Rut (digabungkan menjadi 1 gulungan), 1 & 2 Sam, 1 & 2 Saj.
    • 4 gulungan bahagian nabi: Yes, Yer dan Rat (digabungkan menjadi 1 gulungan), Yeh, 12 kitab nabi kecil (digabungkan menjadi 1 gulungan).
    • 5 gulungan bahagian lain: Ayb, 1 & 2 Taw, Ezra dan Nehemia (digabungkan menjadi 1 gulungan), Est, Dan.
  • 4 gulungan nyanyian mazmur: Mzm, Ams, Pkh, Kid.

 

B. Perjanjian Baru

Alkitab Perjanjian Baru yag dikanonkan mengandungi 27 gulungan pada masa kini. Berdasarkan motif penulisan dan sifat-sifat gulungan kitab, ia boleh diklasifikasikan seperti berikut:

  1. Klasifikasi berdasarkan motif penulisan

Boleh dibahagikan kepada enam kategori seperti berikut:

  • Mencatatkan dan memberitakan Injil (5 gulungan): Mat, Mrk, Luk, Yoh, Kis.
  • Membincangkan firman (5 gulungan): Rm, Ef, Ibr, 1 Yoh, Yud.
  • Memberi petunjuk, memperbetulkan kesilapan (6 gulungan): 1 Kor, Gal, Kol, Yak, 2 Yoh, 3 Yoh.
  • Memberi galakan dan menasihati pemercaya (7 gulungan): 2 Kor, Flp, 1 Tes, 2 Tes, Flm, 1 Ptr, 2 Ptr.
  • Mengajar penggembala (3 gulungan): 1 Tim, 2 Tim, Tit.
  • Nubuat (1 gulungan): Why

 

2. Klasifikasi berdasarkan sifat-sifat gulungan kitab

Boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:

  • Kitab Injil (4 gulungan): Mat, Mrk, Luk, Yoh.
  • Kitab sejarah (1 gulungan): Kis.
  • Surat-surat (21 gulungan):
    • Surat Paulus (13 gulungan)
      • Surat penggembaraan: Rm, 1 Kor, 2 Kor, Gal, 1 Tes, 2 Tes.
      • Surat dalam penjara: Ef, Flp, Kol, Flm.
      • Surat penggembalaan: 1 Tim, 2 Tim, Tit.
    • Surat-surat biasa (8 gulungan)
      • Untuk pemercaya Ibrani: Ibr, Yak.
      • Lain-lain: 1 Ptr, 2 Ptr, 1 Yoh, 2 Yoh, 3 Yoh, Yud.
    • Nubuat dan Wahyu (1 gulungan): Why.

 

BAHASA ALKITAB

A. Perjanjian Lama

Perjanjian Lama ditulis oleh orang Ibrani. Oleh itu, kebanyakannya adalah menggunakan bahasa Ibrani. Namun sejak umat pilihan pulang dari tempat perbudakan, mereka membawa bersama bahasa Aram yang diasimilasikan dari bahasa kaum Sem. Oleh itu, terdapat juga sebahagian kecil isi kandungannya yang ditulis dalam bahasa Aram (Ezr 4:8 – 6:18, 7:12-26; Dan 2:4 – 7:28; Yer 10:11 dan sebagainya). Pada ketika itu, bahasa Ibrani dipandang sebagai bahasa penggunaan Klasik manakala bahasa Aram pula ialah bahasa kebanyakan di kalangan rakyat. Pada zaman kelahiran Tuhan Yesus, Alkitab Perjanjian Lama telah diterjemahkan ke dalam bahasa Aram.

 

B. Perjanjian Baru

Alkitab Perjanjian Baru disiapkan dalam tempoh 100 M. Oleh itu, bahasa yang digunakan ialah bahasa Yunani, tetapi bukannya bahasa Yunani kuno atau dialek Yunani. Ia juga berbeza dengan bahasa Yunani moden. Secara umumnya, bahasa ini ialah bahasa Yunani yang digunakan oleh Alexander dalam ekspedisinya ke timur. Bahasa ini digunakan oleh banyak kumpulan etnik pada masa itu dan merupakan bahasa dunia yang digunakan secara meluas. Bahasa yang digunakan oleh rasul Paulus dan Petrus semasa memberitakan Injil kepada bangsa asing juga kebanyakannya ialah bahasa Yunani. Selain itu, ketika Yesus dan para rasul memetik daripada Alkitab Perjanjian Lama pada masa itu, kebanyakannya memetik daripada Septuaginta yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani.

Oleh sebab bahasa Yunani banyak digunakan untuk menyampaikan kebenaran dan rahsia kerajaan Tuhan, maka banyak perkataan lama seperti “firman”, “kebenaran” dan sebagainya selalunya diberikan makna yang baru. Oleh sebab kerajaan Rom pada masa itu menggunakan bahasa Latin sebagai bahsa rasmi, maka Alkitab Perjanjian Baru juga menggunakan kira-kira 30 istilah Latin. Selain itu, oleh sebab orang Yahudi yang pulang ke negara sendiri pada masa itu juga menggunakan bahasa Aram secara meluas, maka sebahagian kecil dalam Alkitab Perjanjian Baru juga menggunakan bahasa Aram. Semasa memberitakan Injil, Yesus juga menggunakan bahasa Yunani atau bahasa Aram mengikut keadaan pendengarNya (Nota: perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Yesus – “Talita kum” (Mrk 5:41); “Efata” (Mrk 7:34); “Eloi, Eloi, lama sabakhtani” (Mrk 15:34) semuanya ialah dalam bahasa Aram). Secara fizikalnya, Yesus ialah orang Yahudi, maka semasa Dia disalibkan, ada tulisan di atas kepadaNya “Inilah raja orang Yahudi” yang ditulis dalam bahasa Ibrani, bahasa Yunani dan bahasa Latin.

 

PENULIS DAN MASA PENULISAN ALKITAB

A. Perjanjian Lama

Menurut kajian John Rea dan yang lain tentang pelbagai gulungan dalam Perjanjian Lama, gulungan kitab yang paling awal siap dituliskan ialah lima kitab Musa, kira-kira pada tahun 1420 SM manakala yang paling lewat siap dituliskan ialah Maleakhi, kira-kira pada tahun 400 SM dengan jarak antara dua masa ini ialah 1000 tahun. Bilangan penulisnya melebihi 35 orang. Tahun kelahiran, persekitaran meningkat dewasa, latar belakang masyarakat dan pengalaman setiap mereka adalah berbeza. Antaranya ada nabi, imam, ahli kitab, raja, orang kedua di bawah raja, bupati / kepala daerah, penggembala, petani dan sebagainya. Walaupun gaya penulisan adalah sangat berbeza, tetapi tema dan protagonisnya adalah sama. Rata-rata menjadikan salib sebagai tema utama, Juruselamat sebagai pusat dan kemuliaan Tuhan sebagai kandungan keseluruhan di mana ianya selari dan teratur. Puncanya adalah kerana mereka semua menerima gerakan Roh Tuhan dan menulis untuk menyampaikan perkataan Tuhan supaya dunia berjaga-jaga. Maka penulis yang sebenar hanya ada satu sahaja, iaitu Tuhan.

 

B. Perjanjian Baru

Penulis-penulis Alkitab Perjanjian Baru meliputi nelayan, pemungut cukai, doktor, ahli kitab dan lain-lain iaitu dari sembilan profesion yang berbeza. Tujuan penulisan mereka adalah sama, iaitu untuk menyebarkan anugerah keselamatan dan membangun pemercaya. Injil Matius yang paling awal dituliskan pada kira-kira tahun 45-50 M (Nota: ada yang mengatakan bahawa Injil Markus dituliskan sedikit awal dari Injil Matius), Wahyu yang paling lewat dituliskan pada kira-kira tahun 96 M. Jarak antara dua masa ini ialah kira-kira 50 tahun.

 

FASAL DAN AYAT DALAM ALKITAB

Alkitab Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama pada asalnya tidak ada pembahagian fasal dan ayat. Namun kemudian untuk memudahkan penggunaannya, Kardinal Caro dari Rom telah membuat pembahagian fasal pada tahun 1236 M.

Perjanjian Lama kemudiannya dibahagikan kepada ayat oleh rabbi Yahudi pada tahun 1660. Jumlah keseluruhan Perjanjian Lama ialah 39 gulungan, 929 fasal, 23145 ayat. Ayat bagi Perjanjian Baru pula dibahagikan oleh Robertus Stephanus, seorang pencetak dari Paris pada tahun 1551 M. Jumlah keseluruhan Perjanjian Baru ialah 27 gulungan, 260 fasal, 7957 ayat.

Jika Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama digabungkan, jumlahnya ialah 66 gulungan, 1189 fasal, 31102 ayat, 658545 patah perkataan (Nota: kiraan untuk Alkitab terjemahan bahasa Melayu).

 

MANUSKRIP ALKITAB

A. Perjanjian Lama

  1. Manuskrip Ibrani

Manuskrip asal bagi penulisan Perjanjian Lama dalam bahasa Ibrani telahpun hilang. Pengumpulan dan kajian ayat-ayat Perjanjian Lama sepanjang zaman adalah berdasarkan manuskrip ataupun maklumat yang terukir pada objek. Ayat yang paling awal ditemui ialah ucapan berkat imam yang terukir di atas kotak perak (Bil 6:24-26) yang ditemui pada kira-kira tahun 600 SM. Apa yang ditemui selepas itu kebanyakannya ialah manuskrip. Dalam manuskrip yang masih tersimpan, terdapat kira-kira 1300 manuskrip Perjanjian Lama bahasa Ibrani. Pada tahun 895 M, banyak manuskrip kuno yang ditemui di Kairo, Mesir. Walaupun jarak masanya dengan Naskah Laut Mati ialah seribu tahun, namun ia masih mempunyai nilai yang tinggi untuk kajian dan rujukan.

  • Manuskrip paling kuno (tahun 250 SM – 135 M)

Manuskrip yang paling awal ditemui ialah serpihan Naskah Laut Mati tulisan Ibrani yang ditemui pada tahun 1947 di gua keempat di Qumran. Mengikut susunan kronologi salinan manuskrip, urutannya ialah Keluaran (tahun 250 SM), Samuel (tahun 200 SM) dan Yeremia (tahun 175 SM). Kemudian ditemui pula satu-persatu Raja-raja, Yesaya, Daniel dan sebahagian Apokrifa serta Keluaran dan Imamat dalam bahasa Yunani.

Kaedah penulisan semuanya berlainan. Antaranya, Yesaya adalah yang paling lengkap tersimpan. Ia ditemui di gua pertama, dengan panjang 24.5 kaki dan ketinggian 10.5 inci, dan di dalamnya terkandung ayat-ayat bagi setengah kitab Yesaya (33 fasal). Gulungan ini adalah dalam bentuk tujuh belas keping kulit domba yang dijahit bersama dengan jarum dan benang. Oleh sebab teksturnya yang sangat baik dan kulitnya yang tebal, maka ia dipelihara dengan baik. Ia diikuti oleh Papirus Nash (Nash Papyrus) (tahun 150 SM) yang ditemui pada tahun 1903 di Mesir. Isi kandungannya ialah Sepuluh Hukum. Kaedah penulisannya adalah hanya menulis di satu sisi kulit domba sahaja dan dalam bentuk barisan lajur.

Manuskrip kuno menggunakan dua jenis abjad yang berlainan iaitu bahasa Paleo-Hebrew dan bahasa Aram. Tidak ada tanda baca dalam ayat-ayatnya tetapi terdapat nota yang ditambahkan oleh orang yang menyalinnya.

 

  • Manuskrip Zaman Pertengahan (tahun 135 M – 1475 M)

Manuskrip yang paling kuno untuk Zaman Pertengahan ialah Taurat Samaria (Samaritan Pentateuch) dan biasanya digelar sebagai gulungan Abisha (Abisha scroll). Ini dibawa oleh orang Samaria dari Damsyik ke Nablus untuk disimpan, masanya adalah pada sekitar abad ke-11 M. Orang Samaria menegaskan bahawa lima kitab ini dituliskan 13 tahun selepas Yosua menakluk tanah Kanaan. Walau bagaimanapun, para sarjana telah mengenalpasti ianya adalah pada zaman Nehemia dalam abad ke-5 SM. Tetapi jika kita melihat bentuk penulisannya, sejarah Samaria dan merujuk kepada ayat-ayat kitab Palestin sebagai kajian, salinan lima kitab ini dikhuatiri tidak akan lebih awal daripada abad kedua SM.

Manuskrip Perjanjian Lama bahasa Ibrani dalam Zaman Pertengahan banyak tersimpan dalam perpustakaan, muzium dan gereja Yahudi. Teks Masoret (Masoretic Text) di sana selalunya diberikan tanda baca. Di samping itu, pada tahun 969 M, tempat penyimpanan gulungan kitab kuno ditemui di Kairo. Ia sangat berharga dalam penilaian ayat-ayat kitab gulungan kuno.

 

  • Ayat-ayat Standard Perjanjian Lama

Dalam manuskrip kuno Zaman Pertengahan, terdapat dua manuskrip yang paling berharga untuk kajian. Satu ialah Kodeks Allepo (Allepo Codex) tahun 930 M yang disunting oleh Aaron ben Moses ben Asher. Penilaian para sarjana beranggapan bahawa ayat-ayat kitab gulungan kuno ini adalah sangat standard. Satu lagi manuskrip ialah Kodeks Leningrad (Leningrad Codex) tahun 1009 M yang merupakan tradisi Ben Asher. Ini diiktiraf sebagai ayat-ayat kitab standard bagi Perjanjian Lama. Alkitab Rabbinik Pertama (Biblia rabbinica, Venice, 1518) yang disusun berdasarkan ayat-ayat kitab ini diiktiraf sebagai Textus Receptus yang boleh diterima. Penyunting bagi Alkitab Rabbinik Kedua ialah Daniel Bomberg. Edisi pertama ini dicetak pada tahun 1524 dan ada cetakan-cetakan lain selepas itu (Kennicott, 1776, Ginsburg, 1908).

Dua buah Alkitab Perjanjian Lama yang dicetak dalam abad ini adalah berdasarkan manuskrip Leningrad. Satu ialah Alkitab Ibrani (Biblia Hebraica yang disunting oleh Kittel, singkatannya BHK) pada tahun 1937. Satu lagi ialah yang selesai disunting dengan mengambil masa 10 tahun iaitu dari tahun 1968 hingga tahun 1978 di Stuttgart, Jerman. Singkatannya ialah BHS (Biblia Hebraica Stuttgartensia) (Penyuntingnya ialah K. Elliger dan W. Rudolph). Ia memberikan penjelasan yang lebih terperinci dari aspek penilaian ayat-ayat kitab.

Selain itu, terdapat juga Alkitab Perjanjian Lama bahasa Ibrani yang disunting oleh British and Foreign Bible Society (penyuntingnya ialah N. H. Snaith), diterbitkan pada tahun 1958. Ia disunting berdasarkan manuskrip kuno Lisbon tahun 1483, tetapi ia adalah lebih kurang sama dengan manuskrip Leningrad.

 

3. Manuskrip bahasa Yunani

Ayat-ayat kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani. Manuskrip terjemahan Yunani (Septuaginta) yang tersimpan sehingga sekarang ada 1800 gulungan. Ada yang ditulis di atas kertas papirus yang selalunya berukuran panjang 35 inci. Gulungan dari kulit domba (perkamen) adalah lebih banyak kerana ia lebih kukuh. Antara manuskrip yang terkenal:

  • Kodeks Sinaiticus (Codex Sinaiticus) (Abad ke-4):

Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama, 156 muka surat disimpan di Muzium British di London dan 43 muka surat disimpan di Leipzig di Jerman.

  • Kodeks Vaticanus (Codex Vaticanus) (Pertengahan abad ke-4):

Mengandungi Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Mungkin merupakan gulungan kuno Septuaginta yang paling awal. Dalamnya tidak mengandungi Kejadian 1:1 – 46:8.

  • Kodeks Alexandrinus (Codex Alexandrinus) (Abad ke-5):

Mengandungi Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Disimpan di Muzium British. Kejadian dan 1 Samuel tidak lengkap.

  • Kodeks Marchalianus (Codex Marchalianus) (Abad ke-6):

Isi kandungan utamanya ialah kitab nabi-nabi. Disimpan di Perpustakaan Vatikan. Pernah mengambil maklumat nota daripada terjemahan Yunani yang lain.

  • Lain-lain manuskrip Perjanjian Lama (Abad ke-9 dan kemudian):

Tidak lengkap. Terdapat kira-kira 300 gulungan. Ayat-ayat kitabnya banyak perbezaan. Jumlah keseluruhan ialah 1500 gulungan.

Pada tahun 1518, Aldine membuat suntingan di Vienna berdasarkan manuskrip-manuskrip di atas untuk dijadikan kitab dan diterbitkan. Persidangan gereja Katolik pada tahun 1587 memutuskan untuk mencetak Kodeks Vaticanus. Apa yang digunakan oleh gereja secara umumnya adalah berdasarkan Kodeks Vaticanus dan Kodeks Sinaiticus serta panduan C. von Tischendorf yang menyunting semula Septuaginta.

 

B. Perjanjian Baru

Seperti yang kita tahu, penulisan-penulisan Perjanjian Baru semuanya adalah dalam abad pertama. Maka jarak masa antara penulisan yang terlewat dengan sekarang pun telah melebihi 1900 tahun. Semua manuskrip asal Alkitab Perjanjian Baru telah hilang. Walaupun terdapat ramai orang pada ketika itu yang menyediakan manuskrip yang berharga untuk gereja, namun selepas satu tempoh masa, manuskrip lama menjadi buruk dan rosak. Maka manuskrip yang baru segera disalin untuk simpanan bagi keperluan pada masa itu dan generasi seterusnya. Pada mulanya, kertas jerami digunakan sebagai bahan dan kemudiannya bertukar kepada kertas kulit lembu yang lebih tahan lama. Apabila teknik percetakan diciptakan pada abad ke-15, barulah kerja-kerja menyalin manuskrip dihentikan. Kini, serpihan-serpihan manuskrip gulungan-gulungan tunggal telah ditemui satu persatu di Palestin, Asia Kecil, Greek, Rom dan lain-lain tempat. Keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian Baru yang ditemui ada kira-kira 4000 keping. Bilangannya jauh melebihi jumlah manuskrip karya warisan yang lain.

Walaupun jarak masa antara zaman manuskrip dengan sekarang sudah lama, namun dari penulisan orang-orang zaman-zaman kemudian (kira-kira 90-250 tahun), contohnya Clement dari Rom, Origenes dari Aleksandria dan lain-lain yang berkali-kali memetik ayat-ayat kitab dari pelbagai gulungan Perjanjian Baru, ini dapat membuktikan bahasa Alkitab Perjanjian Baru yang kita gunakan sekarang adalah sepenuhnya sama dengan yang dilihat dan yang digunakan oleh mereka pada masa itu.

Dalam manuskrip kuno Perjanjian Lama, terdapat juga bahagian bagi Perjanjian Baru. Manuskrip-manuskrip ini adalah dalam bahasa Yunani. Antaranya ada Kodeks Sinaiticus, Kodeks Vaticanus, Kodeks Alexandrinus (Nota: telah dibincangkan di atas). Yang lain digariskan di bawah:

  1. Kodeks Bezae (Codex Bezae) (Abad ke-5)

Manuskrip ini ditulis di Afrika Utara atau Mesir dan hanya mengandungi Perjanjian Baru. Antaranya termasuk empat Injil, Kisah Para Rasul dan 1,2,3 Yohanes, serta ada bahasa Latin dan bahasa Yunani sebagai rujukan. Ditemui oleh Beza, pemimpin Reformasi Agama Geneva di biara pada tahun 1562. Ia merupakan karya agung tradisi The western text-type. Kompilasi ayat-ayat kitab manuskrip tersebut telah wujud pada tahun 1961.

2. Lain-lain manuskrip Perjanjian Baru

Pada abad ke-5, terdapat Kodeks Ephraemi (Codex Ephraemi Rescriptus) yang menyimpan 3/5 daripada Perjanjian Baru. Kodeks Washingtonensis (Codex Washingtonensis) ditemui di Mesir pada tahun 1906. Ia kini disimpan di muzium di Washington, Amerika Syarikat, lengkap dengan empat bahagian Injil. Terdapat juga Codex Koridethians yang ditemui di Koridethians di bahagian timur Laut Hitam pada abad ke-9.

3. Textus Receptus

Dalam beribu-ribu manuskrip, sarjana menggunapakai Kodeks Alexandrinus dan Kodeks Bezae, dengan memerhatikan tradisi ayat-ayat kitab yang berbeza, mula merancang pada tahun 1514 lalu menerbitkan Perjanjian Baru bahasa Yunani cetakan yang pertama pada tahun 1522 dan telah disemak semula secara berterusan semenjak itu. Pada abad ke-19, Tischendorf menemui satu lagi gulungan kuno lalu menyunting sebuah Perjanjian Baru bahasa Yunani. Pada zaman itu, terdapat juga sebuah lagi Perjanjian Baru lengkap bahasa Yunani yang disunting oleh B.F. Westcott dan F.J.A. Hort, sarjana di Cambridge University berdasarkan Kodeks Vaticanus dan manuskrip Tischendorf.

Nestle-Aland Perjanjian Baru bahasa Yunani ada ayat-ayat kitab dengan komen.

 

TERJEMAHAN ALKITAB

A. Terjemahan kuno

Terjemahan kuno utama bagi Alkitab adalah seperti berikut:

  • Terjemahan Septuaginta (bahsa Yunani) (singkatan: LXX) (tahun 150 SM)

Juga dikenali sebagai Alkitab Yunani. Mengikut legenda, semasa zaman Yunani, Ptolemy II Philadelphus di Mesir telah menjemput 72 ahli kitab Yahudi (Nota: daripada 12 suku, 2 orang setiap suku) untuk menterjemahkan bahasa Ibrani asal yang diperoleh dari Yerusalem ke dalam bahasa Yunani di Perpustakaan Alexandria, Mesir. Ini adalah untuk kegunaan umat Kristian yang berbahasa Yunani. Isi kandungannya termasuklah 24 gulungan dalam Alkitab bahasa Ibrani (Nota: semua Perjanjian Lama pada masa kini, rujuk butir KEENAM, 1, II) dan juga 17 gulungan Apokrifa (Nota: gereja Roman Katolik menggunakan 12 gulungan daripadanya).

Lima gulungan awal, lima kitab Musa diselesaikan antara tahun 285 – 247 SM dan selebihnya telah selesai diterjemahkan sepenuhnya pada tahun 150 SM. Terjemahan ini adalah yang paling berwibawa antara semua terjemahan. Ia telah biasa digunakan secara meluas sejak zaman Yesus lagi. Selain itu, oleh sebab Perjanjian Baru juga dituliskan dalam bahasa Yunani, maka petikan-petikan Perjanjian Lama juga kebanyakannya diambil daripada terjemahan Septuaginta. Terjemahan ini digunakan secara meluas oleh gereja-gereja Kristian. Kemudian, semakan semula di Palestin menyebabkan penghasilan terjemahan-terjemahan bahasa Yunani yang lain. Walaupun terjemahan-terjemahan ini atas namanya merujuk kepada terjemahan Septuaginta, namun ia tidak berasaskan terjemahan Septuaginta sepenuhnya. Ia boleh digambarkan sebagai terjemahan bebas. Malang sekali terjemahan-terjemahan ini hanya tinggal serpihan sahaja dan hanya muncul dalam Hexapla oleh Origen (Origen’s Hexapla).

 

  • Terjemahan Akwila (bahasa Yunani) (Aquila) (130 M)

Berdasarkan ayat-ayat kitab Ibrani, malah struktur tatabahasanya bukan bahasa Yunani, tetapi sama dengan bahasa Ibrani dan mempunyai tradisi Yahudi yang kuat.

 

  • Terjemahan Symmakus (bahasa Yunani) (Symmachus) (180-192 M)

Terjemahan yang ketat dan terperinci, sangat dihormati oleh Bapa Gereja Jerome pada abad ke-4. Ada latar belakang Samaria, masih ada warna-warni Ibrani yang kuat.

 

  • Terjemahan Latin Kuno (Vetus Latina) (abad ke-2)

Diterjemahkan semula berdasarkan terjemahan Septuaginta. Perjanjian Baru kekurangan Ibrani, Yakobus dan 2 Petrus.

 

  • Terjemahan Syria kuno (Old Syriac) (abad ke-2)

Digunakan oleh orang Siria (tidak mengandungi Apokrifa, Perjanjian Baru kekurangan Yakobus, 1 & 2 Petrus, 1,2,3 Yohanes, Yudas dan Wahyu)

 

  • Terjemahan Koptik (Coptic) (abad ke-2)

Terjemahan Koptik dibahagikan kepada dua dialek, selatan dan utara. Tidak ada versi Perjanjian Lama yang lengkap. Yang terpelihara ialah lima kitab, Mazmur, Ayub, Amsal dan kitab nabi-nabi. Popular di kalangan orang Kristian, banyak istilahnya menggunakan bahasa asing – bahasa Yunani.

 

  • Terjemahan Aram / Targum (Targums) (Palestin: abad ke-2, Babel: abad ke-5)

Pada abad pertama SM, bahasa Ibrani tidak lagi popular, bahkan ibadah di gereja juga menggunakan bahasa Aram / Targum. Maka terjemahan Aram / Targum dilakukan untuk memenuhi keperluan pada masa itu. Sekitar tahun 200 SM, terdapat terbitan doktrin Yudaisme. Terjemahan Aram / Targum di Babel disunting oleh orang Yahudi di Babel pada abad ke-5. Isi kandungan utamanya ialah kitab nabi-nabi dan lima kitab. Banyak ayat kitab diterjemahkan nerdasarkan makna, bukan diterjemahkan secara terus.

 

  • Terjemahan Theodotion (peringkat akhir abad-2)

Penterjemahnya menganuti agama Yudaisme di Efesus. Teks terjemahan banyak menambah kepada kekurangan dalam terjemahan Septuaginta. Sangat berharga dalam aspek ulasan ayat kitab.

 

  • Terjemahan Lucian dari Antioch (Lucian of Antionch) (abad ke-4)

Pada tahun 396 SM, Jerome mengatakan bahawa terdapat tiga versi pindaan Septuaginta, Hesychius, Caesarea dan Lucian. Penyunting bagi pindaan versi ketiga ialah Lucian, tempatnya di Antiokhia dan masanya adalah pada abad ke-4 SM (Lucian meninggal dunia pada tahun 312). Isi kandungannya seolah-olah dipengaruhi oleh gulungan kuno di Laut Mati. Paling berharga dalam aspek ulasan ayat kitab.

 

  • Terjemahan Peshitta (Syria) (Peshito Syriac) (abad ke-4)

Diterjemahkan semula daripada terjemahan Syria kuno (Nota: tidak mengandungi Apokrifa). Juga digelar sebagai terjemahan Syria yang popular, digunakan di gereja Syria.

 

  • Terjemahan Ethiopia (Arab) (Ethiopic) (Perjanjian Lama: abad ke-4, Perjanjian Baru: abad ke-5)

Juga muncul dalam gereja zaman awal. Tergolong dalam bahasa Arab, bahasa Semitik Barat Daya. Diterjemahkan daripada terjemahan Septuaginta (bahasa Yunani).

 

  • Terjemahan Goth (Gothic) (abad ke-4)
  • Terjemahan Georgia (Caucasus) (abad ke-4)
  • Terjemahan Vulgata (bahasa Latin) tahun 404)

Ini merupakan pindaan kepada terjemahan Latin Kuno (Vetus Latina), juga digelar sebagai terjemahan Latin yang popular. Diterjemahkan oleh Bapa Gereja St. Jerome pada tahun antara 382 – 404 M. Terjemahan ini digunakan sebagai Alkitab di Barat selama kira-kira seribu tahun. Selain Mazmur, seluruh Perjanjian Lama diterjemahkan daripada bahasa Ibrani. Persidangan the Council of Trent pada tahun 1546 memutuskan bahawa selain daripada 39 gulungan Alkitab yang sedia ada, isi kandungan Alkitab bahasa Latin ini juga meliputi isi kandungan dari banyak Apokrifa dan berjumlah 46 gulungan. Di samping itu, Pseudopigrafa Doa Manasye dan 1 & 2 Esdras juga disenaraikan dalam lampiran. Panduan bagi Alkitab bahasa Latin agama Katolik ada dalam Lampiran 1.

 

  • Terjemahan Armenia (abad ke-5)

Kata-katanya indah, bahkan digelar sebagai “ratu versi”. Perjanjian Lama diterjemahkan daripada terjemahan Vulgata (bahasa Latin), Perjanjian Baru diterjemahkan daripada terjemahan Yunani dan terjemahan Syria.

 

  • Terjemahan Arab (abad ke-5)
  • Terjemahan dari Vulgata (bahasa Latin)
  • Terjemahan Slavonik / Slavia (Slavic) (abad ke-9)

 

B. Terjemahan semasa

Sehingga kini, menurut statistik, seluruh Alkitab atau sebahagian daripada Alkitab telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 2,000 dialek. Dianggarkan 98% orang dalam seluruh dunia dapat membaza Alkitab dalam dialek sendiri. Berikut dibincangkan tentang terjemahan bahasa Inggeris dan Cina yang lebih dekat kepada kita:

  1. Terjemahan bahasa Inggeris

Terjemahan bahasa Inggeris yang utama adalah seperti berikut:

  • Wycliffe’s Bible (tahun 1382, disemak pada tahun 1397)

Oleh sebab masa penyelesaian penterjemahan adalah sebelum mesin cetakan dicptakan pada tahun 1454, maka hanya ada manuskrip sahaja sebagai Alkitab bahasa Inggeris yang pertama dan merupakan terjemahan semula oleh Wycliffe berdasarkan terjemahan bahasa Latin yang popular. Apabila terjemahan ini dijadikan umum, orang awam juga mempunyai mempunyai peluang akses kepada Alkitab. Tafsiran gereja Rom tidak lagi dianggap sebagai kuasa mutlak. Oleh itu, Paus menentangnya sekeras-kerasnya terlebih dahulu, tetapi tindakan ini membangkitkan Reformasi Agama. Selepas Wycliffe meninggal dunia, mayatnya dibakar oleh pihak lawan lalu abunya dibuang ke dalam sungai.

 

  • Tyndale Bible (tahun 1525)

Hasil terjemahan oleh Tyndale berdasarkan Alkitab bahasa Yunani dan bahasa Ibrani. Ia lebih tepat dan jelas menyatakan maksud asal Alkitab berbanding Wycliffe’s Bible. Selepas dicetak, Alkitab ini pernah disembunyikan di dalam bungkusan barang dan diseludup ke United Kingdom. Dia terpaksa melarikan diri ke merata tempat kerana menterjemahkan Alkitab. Pada 6 Jun 1536, dia dibakar hingga mati oleh biarawan yang berstatus lebih tinggi. Dia berusia 46 tahun pada masa itu.

 

  • Coverdale Bible (tahun 1535)

Hasil terjemahan oleh Coverdale daripada Alkitab bahasa Belanda dan bahasa Latin.

 

  • Matthew Bible (tahun 1537)

Salinan oleh Rogers daripada Tyndale Bible dan Coverdale Bible.

 

  • Great Bible (tahun 1539)

Hasil suntingan Coverdale (nama samaran Matthew) berdasarkan Alkitab bahasa Latin, Tyndale Bible, Coverdale Bible dan Matthew Bible.

 

  • Geneva Bible (tahun 1560)

Hasil terjemahan semula oleh sarjana Protestan yang melarikan diri ke Geneva berdasarkan Tyndale Bible dan Great Bible, pernah popular untuk satu jangka masa. Alkitab yang digunakan secara paling meluas sebelum King James Version diterbitkan.

 

  • Bishops’ Bible (tahun 1568)

Diadaptasi daripada Geneva Bible. Dibimbing oleh Parker, Uskup Agung British. Digunakan khas oleh gereja Anglikan di United Kingdom.

 

  • King James Version (KJV) dan New King James Version (tahun 1611, versi baru tahun 1997)

Raja James I melantik 47 orang sarjana pada tahun 1604 untuk menyemak semula “Bishop’s Bible” yang telah digunakan secara rasmi pada masa itu supaya ia seboleh-bolehnya dekat kepada kebenaran dalam teks asal dan mengambil masa selama tujuh tahun. Isi kandungan terjemahan ini banyak dipengaruhi oleh Tyndale Bible. Pada asalnya adalah untuk kegunaan di gereja Presbyterian Scotland dan gereja Anglikan England dalam ibadah awam. Tetapi selama 300 tahun ini, Alkitab ini menjadi Alkitab yang paling penting dalam dunia bahasa Inggeris. Pada tahun 1997, New King James Version diterbitkan selepas memodenkan perkataannya dan ditambahkan dengan tanda baca yang baru.

 

  • English Revised Version (Perjanjian Baru: tahun 1881, kitab lengkap: tahun 1885)

Hasil daripada pindaan King James Version.

 

  • American Standard Bible (ASB) dan New American Standard Bible (NASB) (tahun 1901, versi baru: tahun 1963, kitab lengkap: tahun 1970)

Hasil terjemahan oleh 51 orang United Kingdom dan 32 orang Amerika Syarikat berdasarkan King James Version dengan teks yang lebih jelas dan lebih mudah difahami. Banyak maktab teologi suka menjadikan terjemahan ini sabagai bahan pengajaran untuk kajian Alkitab. Merupakan Alkitab bagi gereja Katolik. Setelah itu, ada New American Standard Bible (NASB) yang telah selesai disemak.

 

  • New Jewish Publication Society (NJPS) (tahun 1917, terjemahan baru: tahun 1982)

Pada asalnya merupakan Alkitab yang digunakan oleh orang Yahudi di Amerika Syarikat, dicetak pada abad ke-19. Walaupun penerbit Yahudi pernah merancang untuk menghasilkan satu lagi terjemahan lain (M. Jastrow sebagai penyunting utama, tahun 1892 – 1903), namun ianya tidak diselesaikan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1917, ia masih menurut terjemahan Alkitab versi ayat tradisional. Pada tahun 1962, dengan menggabungkan kepercayaan agama Kristian, agama Katolik dan Yudaisme, Perjanjian Lama diterjemahkan menurut ayat kitab tradisional. New Jewish Publication Society Bible diterbitkan pada tahun 1982 dan ia sangat bernilai.

 

  • Chicago Bible (Perjanjian Baru: tahun 1923, Perjanjian Lama: tahun 1927, kitab lengkap: tahun 1931, tambahan Apokrifa: tahun 1937)

Terjemahan dan penerbitan oleh Goodspeed. Dicadangkan secara khas oleh University of Chicago lalu ia menjadi popular. Gabungan Alkitab lengkap pada tahun 1931 (diberi nama The Bible, An American Translation).

 

  • Revised Standard Version (RSV) (Perjanjian Baru: tahun 1946, Perjanjian Lama: tahun 1952, Apokrifa: tahun 1957, semakan semula: tahun 1959, 1971, 1990)

Merupakan Alkitab gereja Katolik. Dari tahun 1930 – 1957, ahli jawatankuasa yang dianggotai oleh sarjana Amerika Syarikat yang telah diberi kuasa oleh banyak denominasi besar menyelesaikan semakan ke atas American Standard Bible dengan kerjasama National Council of Churches dan International Council of Religious Education. Pada masa yang sama, terjemahan bagi Apokrifa juga ditambahkan. Misi asalnya ialah menghasilkan sebuah terjemahan yang dapat membekalkan “pemahaman yang terbaik tentang makna ayat kitab oleh sarjana masa kini, pada masa yang sama mengekspresikan pemahaman ini dengan kata-kata bahasa Inggeris yang sesuai digunakan dalam ibadah umum dan penyempurnaan rohani peribadi. Bahkan perlu mengekalkan ciri-ciri seperti King James Version (KJV) yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kesusasteraan bahasa Inggeris.”

Sikap orang terhadap terjemahan ini adalah rumit. Ramai orang di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang menghormatinya sebagai sebuah terjemahan bahasa Inggeris yang boleh dipercayai dan terkini. Ia mengekalkan keanggunan King James Version, dan pada masa yang sama membolehkan setiap ahli gereja, tidak kira muda atau tua memahaminya.

Walau bagaimanapun,  terdapat juga kritikan terhadap versi dan penterjemah ini. Mereka beranggapan bahawa idea-idea “modenisme” (Modernist) dalam teks terjemahan adalah terlalu kuat. Namun terdapat kumpulan sarjana lain yang mempunyai idea lain. Mereka merasakan bahawa penterjemah-penterjemah ini terlalu terikat dengan bahasa tradisional. Mereka sepatutnya menunjukkan lebih banyak kreativiti dan kebaharuan dalam teks terjemahan. Versi ini cuba untuk berbentuk klasik dan juga moden pada masa yang sama. Oleh yang demikian, beberapa kekurangan tidak dapat dielakkan.

 

  • The Gospel in Modern English (tahun 1952), The Young Church in Action (iaitu terjemahan Kisah Para Rasul) (tahun 1955), Wahyu (tahun 1957), The New Testament in Modern English (tahun 1958) dan Four Prophets (tahun 1963)

Sejak tahun 1947, dengan “Letters to Young Churches” sebagai tajuk, J. B. Phillips dari United Kingdom telah menerbitkan satu demi satu terjemahan bagi New Testament in Modern English dan Four Prophets: Amos, Hosea, First Isaiah, Micah. Teks terjemahan Phillips selalunya sangat aktif, mendekati terjemahan makna. Terdapat tiga prinsip dalam terjemahannya:

    • Teks terjemahan tidak terasa seperti teks terjemahan semasa dibaca.
    • Penterjemah tidak seharusnya memasukkan pendapat sendiri ke dalam teks terjemahan dan memaksa orang menerimanya.

Penterjemah harus melakukan yang terbaik untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan dengan pembaca, sama seperti pengaruh penulis Alkitab ke atas pembaca asalnya.

 

  • Amplified Bible (Perjanjian Baru: tahun 1958, Ayub – Maleakhi: tahun 1962, Kejadian – Ester: tahun 1964, kitab lengkap diterbitkan pada tahun 1965)

Terjemahan ini pada asasnya merupakan hasil perkembangan karya Frances Siewert di bawah tajaan The Lockman Foundation. Secara beransur-ansur, ia diterjemahkan dan diterbitkan dari bahagian ke bahagian secara berasingan.

Terjemahan ini adalah untuk menyenaraikan sebanyak mungkin kata-kata tunggal bahasa Inggeris yang sama dengan kata tunggal bahasa Ibrani utama (dan bahasa Yunani) di samping memasukkan pelbagai kata tunggal dan frasa bahasa Inggeris dalam kurungan ke dalam ayat kitab untuk menunjukkan skop makna bagi kata tunggal dan frasa dalam Alkitab utama. Akibatnya, teks terjemahan menjadi sangat panjang. Contoh: 1 Kor 10:13 dalam Revised Standard Version (terjemahan RSV) hanya menggunakan 44 patah perkataan tetapi terjemahan ini pula telah menggunakan 139 patah perkataan.

Selain itu, terjemahan ini juga selalu memasukkan pendapat peribadi ke dalam ayat kitab dalam bentuk kurungan. Contohnya Kej 1:26 diterjemahkan kepada “God said, Let Us [Father, Son, and Holy Spirit] make mankind in Our image” yang bermaksud “Baiklah Kita (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menjadikan manusia menurut gambar Kita”. (Bapa, Anak dan Roh Kudus) dalam kurungan ini ditambah sendiri oleh penterjemah. Oleh itu, semasa menggunakan terjemahan ini, kita perlu lebih berjaga-jaga dan berhati-hati.

 

  • The New World Translation of the Holy Scriptures (NWT) (tahun 1960, 1971)

Jehovah’s Witnesses menerbitkan terjemahan ini pada tahun 1960 dengan tujuan “seboleh-bolehnya mengikut teks asal tetapi boleh difahami”. Oleh itu, terjemahan makna jarang berlaku. Pada tahun 1971, ia diterbitkan dalam lima bahasa. Keistimewaan terjemahan ini adalah menterjemahkan nama Tuhan sebagai Jehovah (Yahweh) dari awal sampai akhir. Penterjemahnya berpendapat bahawa penyunting atau penyalin kuno menggunakan perkataan Lord atau God bagi menggantikan perkataan yang asalnya ialah Jehovah merupakan tindakan yang salah dan nama Jehovah harus digunakan semula. (Contoh: Kejadian 18:3). Dalam kata pengantar, ia membuat teguran terbuka terhadap terjemahan moden yang menggunakan frasa The Lord untuk menyembunyikan nama Tuhan iaitu Jehovah atau Yahweh.

Prestasi gaya bahasa Inggeris bagi terjemahan ini kebanyakannya janggal dan tidak elegan. Oleh sebab ia cuba untuk mempertahankan doktirn Jehovah’s Witnesses melalui teks terjemahan dan ulasan ayat kitab, maka itu mengurangkan nilai penggunaannya.

 

  • The New English Bible (NEB) (Perjanjian Baru: tahun 1961, kitab lengkap: tahun 1970)

Gereja Scotland mencadangkan terjemahan baru ini pada tahun 1946. Tidak lama kenudian, gereja-gereja di United Kingdom, Wales, dan Ireland, gereja-gereja bebas utama di Amerika Syarikat (Methodist, Baptist, Congregational, Presbyterian, Quaker dan lain-lain.), serta Persatuan Alkitab di Amerika Syarikat dan Scotland menyokong perancangan ini.

Terjemahan ini adalah berdasarkan kitab-kitab tradisional versi terkini bagi ayat-ayat kitab Perjanjian Lama bahasa Ibrani dan bahasa Aram. Namun penterjemahnya juga banyak membuat perubahan berdasarkan Manuskrip Laut Mati, versi zaman kuno, serta manuskrip bahasa Ibrani yang berlainan dan ramalan. Semua perubahan terjemahan, makna perkataan bahasa Ibrani secara harfiah, makna kata nama khas, pembetulan ayat kitab, susunan aturan maklumat dan sebagainya ditandakan dengan nota.

Perjanjian Baru pula tidak berdasarkan ayat kitab Yunani yang tetap. Para penterjemah secara terperincinya mempertimbangkan pelbagai manuskrip kuno dan pemahaman yang berbeza bagi pelbagai versi lalu memilih perkataan yang tampak paling primitif dan seterusnya mencatatkan perkataan-perkataan penting lain yang berkemungkinan dipilih dalam nota. Terjemahan ini juga membekalkan pengenalan umum kepada Perjanjian Lama, Apokrifa dan Perjanjian Baru. Dengan itu, pembaca dapat memahami prosedur dan isu yang terlibat dalam terjemahan setiap bahagian. Kitab dicetak dalam bentuk bahagian, dengan tajuk di depan setiap perenggan.

The New English Bible merupakan sebuah terjemahan baru yang sebenar dan bukannya pindaan kepada terjemahan sedia ada. Ia hampir tidak mempunyai terjemahan perkataan untuk perkataan. Ia menggunakan idiom bahasa Inggeris yang terkenal, serius, berkesan dan langsung di samping mengelak daripada menggunakan frasa kuno dan slanga moden. Sudah tentu, sesetengah kata-kata kebiasaan juga muncul sekali-sekala.

Versi ini direka untuk pembacaan dan kegunaan samada di tempat umum ataupun tempat peribadi. Namun ia juga mendapat kritikan yang hebat. Ia menggabungkan pengetahuan para sarjana Alkitab yang terbaik di United Kingdom dan Scotland serta mempunyai kuasa rasmi yang diberikan oleh gereja-gereja bukan Roman Katolik utama di Kepulauan British.

 

  • The Living Bible (TLB) (Perjanjian Baru: tahun 1962, kitab lengkap: tahun 1967)

Terjemahan ini mementingkan penterjemahan makna. Ia percaya bahawa terjemahan makna yang lebih maju daripada penterjemahan merupakan komen yang bersesuaian. Alkitab terjemahan makna ini sememangnya mempunyai sebahagian besar komen. Komennya adalah sama seperti yang dikatakan dalam kata pengantarnya iaitu ia merupakan “kedudukan Injil yang ketat”.

Dalam penterjemahan kesusasteraan, ia tidak terikat oleh susunan teks asal. Ia sedaya upaya menggunakan istilah yang berlainan untuk menyampaikan pemikiran penulis. Maka hampir semua bahagian mazmur dalam Alkitab diterjemahkan ke dalam bentuk prosa.

Terdapat nota kaki untuk ayat kitab dalam teks terjemahan. Mereka mencadangkan terjemahan yang berbeza sebagai makna tersirat penulis. Namun makna tersiratnya kadang-kala melebihi makna yang tidak pernah ada pada ayat kitab (contoh: rujuk nota kaki Yoh 13:20; Rm 3:21 dan Ibr 5:7, 9:18), dan kadang-kala mengubah naratif Alkitab itu sendiri (contoh: Mazmur 132 pada asalnya adalah dalam kata ganti diri ketiga, tetapi terjemahan ini mengubahnya menjadi kata ganti diri pertama, dan ini membuatkan Daud menjadi pengarang mazmur tersebut).

Selain itu, terjemahan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian juga selalu muncul dalam terjemahan ini. Contohnya “Pokok Kesedaran” di Kejadian 2:9,17, terjemahan asalnya ialah “pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat”. Ini bermaksud ia menyemai pemikiran Yunani ke dalam teks Alkitab bahasa Ibrani secara paksaan dan tindakan ini tidak boleh diterima oleh dunia luar. Maksud Paulus dengan perkataan “menyelamatkan” dan “dibenarkan” juga telah diterjemahkan secara tidak sesuai iaitu “ke syurga” (Rm 1:16,17, 3:21, 4:4,5). Bahagian yang susah untuk diterjemahkan juga tidak diterjemahkan (contoh: Mrk 13:30).

Kesederhanaan kata-kata dalam teks terjemahan adalah menyenangkan, namun kesederhanaan yang keterlaluan selalunya tidak dapat menyampaikan makna sebenar teks keseluruhan secara lengkap. Contoh: 1 Kor 13:1 hanya diterjemahkan secara ringkas menjadi “I would only be making noise”, manakala 1 Kor 15:58 hanya diterjemahkan menjadi “nothing you do for the Lord is ever wasted”. Oleh itu, semasa membaca terjemahan ini, adalah lebih bersesuaian untuk mempunyai terjemahan lain di sisinya untuk membuat perbandingan.

 

  • Good News for Modern Man – Today’s English Version (TEV) (Perjanjian Baru: tahun 1966)

Pada tahun 1964, Robert G Bratcher, sarjana Alkitab dan pakar penterjemah dari The American Bible Society memulakan penterjemahan dari Injil Markus dalam Perjanjian Baru dengan The Right Time sebagai tajuk. Dengan bantuan jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada sarjana dari United Kingdom dan Amerika Syarikat, pada tahun 1966, Bratcher menerbitkan keseluruhan terjemahan Perjanjian Baru – Good News for Modern Man – Today’s English Version.

Today’s English Version merupakan terjemahan baru yang menggunakan bahasa moden. Ia tidak menggunakan kosa kata dan gaya Alkitab yang tradisional. Kebolehbacaannya yang tinggi serta keaslian dan ketepatan penguasaan terjemahan makna ialah ciri-cirinya. Ilustrasi garisan Annie Valloton juga dimasukkan ke dalamnya untuk menerangkan ayat kitab. Tajuk bagi perenggan dan pembahagian ayat yang berkesan juga amat membantu pembacaan. Selain itu, ia memberi anotasi kepada kata nama, nama tempat dan nama manusia yang disebut dalam Perjanjian Baru dalam bentuk kaedah kamus. Tema utama, manusia, tempat dan peristiwa juga dimudahkan pencariannya dengan kaedah pengindeksan. Ini meningkatkan kepraktikalan pengguna.

 

  • The Jerusalem Bible (JB) (tahun 1966)

Merupakan Alkitab gereja Katolik. Penyunting bagi terjemahan ini ialah Alexander Jones di Christ’s College, Liverpool. Dengan bantuan 27 orang rakan sekerja, dia menterjemah dari tahun 1948 hingga tahun 1954 bersama dengan kumpulan sarjana yang diketuai oleh Roland De Vaux dari denominasi Dominican yang terkenal di Yerusalem. Terjemahan bahasa Perancis yang diterbitkan pada tahun 1956 dijadikan sebagai asas dalam kerja penterjemahan Alkitab bahasa Inggeris. Semasa menterjemah, penekanan khusus diberikan kepada aspek mencerminkan kesetiaan kepada Alkitab bahasa Ibrani dan bahasa Yunani.

Isi kandungan teks terjemahan termasuk kitab yang digelar oleh gereja Roman Katolik sebagai Kanon Kedua (gereja Protestan menggelarnya sebagai Apokrifa). Terjemahan ini ada artikel pengenalan, kaya dengan nota kaki, jadual dan peta. Merupakan sebuah terjemahan yang sangat penting yang kaya dengan warna-warni liberal bagi gereja Roman Katolik.

Walaupun pemikiran teologi penterjemah ada dinotakan di beberapa tempat (contoh: Mat 1:25, 18:18, 19:9), namun ia selalunya menunjukkan sikap konservatif dalam perihal berkaitan kritikan sejarah. Selain itu, bagi ayat-ayat kitab yang tidak terdapat dalam beberapa manuskrip kuno, walaupun ada perbezaan pendapat, namun ia tetap disenaraikan dalam teks terjemahan yang bersifat objektif (contoh: Mrk 16:9,20; Yoh 5:31-34, 6:53 – 8:11), dan diterangkan dalam nota kaki.

 

  • The New American Bible (NAB) (tahun 1970)

Terjemahan ini merupakan hasil terjemahan secara langsung daripada teks asal di bawah sokongan Episcopal Committee of the Confraternity of Christian Doctrine, dengan melibatkan kira-kira 50 orang sarjana (4 antara mereka ialah pemercaya Protestan) dan mengambil masa hampir 25 tahun. Merupakan Alkitab gereja Katolik.

Inspirasi untuk mengerjakan terjemahan baru ini datang daripada Teori Umum Paus pada tahun 1943. Ia membenarkan penterjemahan Alkitab daripada bahasa asal dan meluluskan kerja “kerjasama antara saudara yang terpisah”. Dengan itu, sarjana Alkitab dari gereja Roman Katolik memulakan kerja dalam bidang ini.

Teks terjemahan ini (mengandungi Apokrifa) secara keseluruhannya adalah sangat lancar dan berkemahiran dalam penulisannya. Hanya terdapat sedikit doktrin khas gereja Roman Katolik yang muncul dalam pengenalan dan nota kaki. Pemercaya Protestan juga menggunakannya sama seperti pemercaya Katolik.

 

  • The New International Version (NIV) (Perjanjian Baru: tahun 1973, Perjanjian Lama: tahun 1976)

Terjemahan ini bertujuan untuk menjadi “versi standard” gereja-gereja denominasi konservatif dan denominasi evangelikal dengan sokongan dan tajaan New York Bible Society. Dari 34 buah organisasi gereja yang berlainan, dibahagikan kepada 20 kumpulan, lebih daripada 100 orang sarjana Protestan daripada denominasi konservatif dan denominasi evangelikal mengambil bahagian dalam kerja ini. Tujuan asal menerbitkan terjemahan ini pada masa itu adalah untuk mensasarkan orang-orang yang tidak puas hati dengan Revised Standard Version (RSV) dan New English Bible (NEB) yang dikatakan cenderung ke arah “liberal”, dan juga tidak puas hati dengan The Living Bible Paraphrased dan Amplified Bible yang popular di kalangan denominasi konservatif pada hari ini.

 

  • Good News Bible (tahun 1976)

Menambah teks terjemahan Perjanjian Lama kepada Good News for Modern Man yang hanya mempunyai Perjanjian Baru. Digabungkan dan diterbitkan oleh American Bible Society.

 

2. Terjemahan bahasa Cina

Terjemahan bahasa Cina yang utama adalah seperti berikut:

  • Terjemahan Nestorian (abad ke-7)

Terjemahan Alkitab bahasa Cina yang paling awal boleh dikaji dari tulisan di atas Monumen Nestorian. Pada tahun 1625, sebuah monumen batu ditemui berhampiran Xi’an, Shaanxi. Tulisan di atas batu tersebut ialah “Tugu Peringatan Penyebaran Agama Luminous dari Daqin di China”. Dari teks monumen tersebut kita dapat mengetahui bahawa agama Luminous (nota: agama Kristian denominasi Nestorianisme, muncul pada abad ke-5 AD) telah disebarkan di China pada tahun kesembilan Kaisar Tang Taizong (tahun 635 AD). Dalam teks monumen, ada kata-kata seperti “Kitab … 27”, “Alkitab Sejati”, “Hukum Lama” (merujuk kepada Alkitab Perjanjian Lama) dan lain-lain. Dari beberapa rekod pada monumen ini, kita dapat memastikan bahawa Perjanjian Baru telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina pada sekurang-kurangnya pertengahan pertama abad ke-7. Malang sekali terjemahan ini tidak diwariskan sehingga kini. Namun, dari sejarah China, beberapa maklumat juga boleh didapati untuk membuktikan bahawa terjemahan Alkitab bahasa Cina sudah lama wujud.

 

  • Terjemahan biarawan gereja Katolik (abad ke 13 – 17)

Biarawan gereja Katolik yang datang ke China juga mempunyai karya terjemahan. Bermula pada abad ke-13, Perjanjian Baru dan Mazmur diterjemahkan oleh gereja Franciscan pada zaman dinasti Yuan. Pada zaman dinasti Ming, Matteo Ricci menterjemahkan “Sepuluh Hukum” dengan nama bukunya sebagai “Jiren shipian” (Sepuluh Artikel dari Manusia Luar Biasa / Ten Chapters from the Extraordinary Man) (tahun 1584). “Interpretasi Langsung Alkitab” (Direct Bible Interpretation) (tahun 1636) terbitan gereja Katolik ada ayat-ayat kitab Injil.

 

  • Terjemahan Marshman (John Marshman Version) (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1811, kitab lengkap: tahun 1822)

Pada awal abad ke-19, terdapat sesetengah orang yang menterjemahkan bahagian-bahagian Alkitab secara tidak putus-putus, namun hanya sedikit sahaja penterjemah yang menterjemahkan kesemuanya. Terjemahan penuh yang terawal ialah terjemahan yang diterbitkan di India. John Marshman merupakan mubaligh Baptist Church British di India. Terjemahan ini mula dilakukan oleh Joannes Lassar di sebuah universiti Anglo-Indian di kota Kolkata, India pada awal abad ke-19. Tidak lama kemudian, dia berpindah ke Serampore dan bekerjasama dengan Marshman lalu membuat terjemahan ke dalam bahasa Cina Klasik.

 

  • Terjemahan Morrison (Milne) (Robert Morrison Version) (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1814, kitab lengkap: tahun 1824)

Semasa Marshman dan Lassar menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Cina di India, Robert Morrison, mubaligh dari denominasi pemulihan (restorasi) yang pertama datang ke China juga melakukan pekerjaan yang sama di Guangzhou. Selepas tiba di Guangzhou pada tahun 1807, dia mula menterjemahkan Alkitab dengan berdasarkan manuskrip Muzium British (terjemahan gereja Katolik sekitar abad ke-17, hanya mengandungi 4 Injil, Kisah Para Rasul, surat-surat Paulus dan Ibrani fasal 1). Pada tahun 1810, Kisah Para Rasul terlebih dahulu siap dicetak. Pada tahun kedua, Injil Lukas juga selesai diterjemahkan dan dicetak. Dengan bantuan ekonomi daripada British Bible Society dan beberapa orang perseorangan, Morrison dapat meneruskan kerjanya sehingga menyelesaikan semua terjemahan Alkitab Perjanjian Baru pada tahun 1813 dan diterbitkan pada tahun 1814. Pada tahun yang sama, seorang lagi mubaligh, William Milne bekerjasama dengan Morrison untuk bersama-sama menterjemahkan Perjanjian Lama. Teks terjemahan Alkitab Perjanjian Lama diselesaikan pada tahun 1819.  Kitab lengkap diterbitkan di Melaka, Malaysia pada tahun 1824 dan dibahagikan kepada 21 gulungan.

Jika membuat perbandingan antara terjemahan Morrison dan terjemahan Marshman, keduanya tidak jauh berbeza kerana menggunakan rangka tindakan (blue-print) yang sama sebagai dasar.

 

  • Pindaan Empat Orang – “Kitab Reskrip Baru” (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1837, kitab lengkap: tahun 1840)

Kedua-dua terjemahan Morrison dan Marshman hanya dapat menampung keperluan pada masa itu. Kemudian, oleh sebab mubaligh barat semakin bertambah banyak, maka dirasakan adanya keperluan untuk menterjemahkan semula Alkitab. Pada masa itu, satu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada empat orang pun mula bekerja. Terjemahan Alkitab Perjanjian Baru diselesaikan pada tahun 1835, semakan yang terakhir dilakukan oleh Medhurst pada tahun 1836 dan diterbitkan di Batavia pada tahun 1837 dan diberi nama “Kitab Reskrip Baru”. Ia berjumlah 325 muka surat dalam bentuk cetakan litografi. Ia amat popular dalam kalangan Taiping Heavenly Kingdom Army. Dalam tempoh 10-12 tahun kemudian, gereja denominasi pemulihan (restorasi) menjadikan terjemahan ini sebagai terjemahan Alkitab yang utama. Terjemahan Perjanjian Lama diselesaikan pada tahun 1840 dan berjumlah 665 muka surat.

 

  • Terjemahan Gützlaff (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1840)
  • Delegates Version (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1852, kitab lengkap: tahun 1854)

Apabila mubaligh United Kingdon dan Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menterjemahkan semula Alkitab pada tahun 1843, London Missionary Society dan Congregational Church United Kingdom, serta Baptist Church Amerika Syarikat, Morrison Education Society dan lain-lain lagi menghantar wakil untuk berkumpul di Hong Kong pada tahun 1843. Keputusan penting resolusi adalah seperti berikut:

    • Alkitab harus diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan diedarkan secara meluas.
    • Hantar semua terjemahan pada masa itu kepada satu jawatankuasa untuk membuat semakan penuh.
    • Jawatankuasa tersebut harus menyediakan satu terjemahan bahasa Cina Perjanjian Lama supaya ia bersesuaian dengan Perjanjian Baru yang disemak semula ini.
    • Terjemahan bahasa Cina mestilah selaras dengan teks asal Ibrani dan Yunani dari segi makna. Walau bagaimanapun, dari segi idiom, gaya dan genre, mereka boleh ditulis mengikut gaya aksara Cina.
    • Teks terjemahan haruslah menjadikan “Textus Receptus” sebagai rangka tindakan (blue-print).
    • Semua jenis pengukuran dan nama mata wang mesti ditukar kepada nombor Cina, benda-benda semula jadi juga harus menggunakan nama yang sama.
    • Bagi istilah “baptis”, Baptist Church dan bukan Baptis Church boleh mencetak dua versi dalam terjemahan yang sama. Selain istilah ini, segala-galanya harus sama.
    • Bagi istilah “Shangdi” (Tuhan), penterjemah boleh menggunakan gelaran “Shen” atau “Shangdi” menurut kehendak sendiri, namun isu ini mesti dirujuk kepada jawatankuasa pusat untuk kata putus yang terakhir.
    • Barangsiapa mubaligh yang berwibawa sebagai penterjemah mesti terlibat dalam kerja ini.
    • Kerja semakan dibahagikan kepada lima bahagian berikut: (a) Kisah Para Rasul, Ibrani, 2 Petrus. (b) Injil Markus, 1 & 2 Korintus. (c) Injil Matius, Filipi, Filemon. (d) Injil Lukas, Roma, Galatia, Efesus. (e) Injil Yohanes, surat-surat Yohanes, Yudas, Wahyu.
    • Cetakan versi semakan ini bukan kerja sebahagian orang, melainkan kerjasama antara semua ahli.

Menurut resolusi di atas, kerja terjemahan ini telah dilakukan oleh para mubaligh dari pelbagai tempat (malangnya, Baptist Church mengumumkan untuk menarik diri lalu membuat terbitan lain dengan terjemahan Marshman sebagai dasar). Mesyuarat perwakilan yang pertama diadakan di kediaman Medhurst di Shanghai pada bulan Jun tahun 1847. Mereka membaca dan mengkaji teks terjemahan Perjanjian Baru yang dihantar oleh para mubaligh dari pelbagai tempat untuk membuat keputusan yang terakhir. Namun para wakil sangat bertegas dalam pendapat mereka dari aspek istilah, contohnya “Shangdi” dan “Shen” (Tuhan). Keputusan akhirnya, ketika Perjanjian Baru dicetak, pihak penerbit yang berkenan boleh menyebutnya “Shen” atau “Shangdi” sebagaimana yang dikehendakinya. Maka, American Bible Society menggunakan istilah ‘Shen” manakala British and Foreign Bible Society pula menggunakan istilah “Shangdi”.

Kerja menyemak Alkitab Perjanjian Lama adalah sangat berat. Dari pengalaman penterjemahan Perjanjian Baru, rancangan penterjemahan bersama sangat sukar untuk dilaksanakan. Oleh itu, para wakil bermesyuarat untuk berbincang pada bulan Disember tahun 1849. Rancangan awal tidak lagi diteruskan sebaliknya mengamanahkan kerja itu kepada jawatankuasa perwakilan yang dianggotai oleh paderi. Mesyuarat mereka yamg pertama diadakan pada 3/08/1850. Tidak lama kemudian, Medhurst, Stronach dan Milne yang mewakili London Missionary Society mengumumkan untuk menarik diri pada tahun 1851 kerana perbezaan pendapat. Namun mereka masih membuat semakan semula Perjanjian Lama selaras dengan prinsip-prinsip semakan semula Perjanjian Baru dan menjemput James Legge untuk membantu. Sejak dari itu, terdapat dua buah organisasi yang masing-masing melakukan kerja semakan yang sama bagi Perjanjian Lama sesuai dengan prinsip terjemahan mereka sendiri.

Edisi semakan Medhurst dan rakannya diselesaikan pada tahun 1853 dan diterbitkan pada tahun yang berikutnya. Oleh sebab disatukan dengan Perjanjian Baru yang diterjemahkan oleh jawatankuasa perwakilan, maka ia diberi nama “Delegates Version”.

Walaupun “Delegates Version” ini ialah edisi semakan, namun pada dasarnya ia ialah tulisan terjemahan baru. Terjemahan ini diubahsuai dengan bantuan seorang sarjana Cina, encik Wang Tao. Oleh itu, gaya penulisannya lebih baik berbanding dahulu. Walau bagaimanapun, dalam makna teks asal, banyak bahagian yang tepat telah dikorbankan kerana frasa yang digunakan adalah dekat dengan falsafah Cina. Ia kurang bersesuaian dengan pemahaman doktrin Kristian. Terjemahan ini menjadi universal di kalangan umat Kristian selama bertahun-tahun.

 

  • Terjemahan Goddard (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1853, seluruh kitab: tahun 1868)

Goddard, mubaligh Baptist Church bertegas menggunakan istilah “jinli” (rendaman) bagi baptisan. Setelah menterjemahkan Kejadian hingga Imamat, dua mubaligh lain, E. C. Lord dan W. Dean meneruskan serta menyelesaikan terjemahan ini kerana kesihatannya yang kurang baik.

 

  • Terjemahan Bahasa Mandarin Nanking (Perjanjian Baru) (Perjanjian Baru bahasa Mandarin: tahun 1856)

Berdasarkan keperluan penyebaran agama oleh mubaligh di China, selain terjemahan kesusasteraan dan kesusasteraan mudah, terdapat satu lagi kerja yang penting iaitu terjemahan bahasa Mandarin bagi lisan. Pada masa itu, teks terjemahannya berkembang serentak dengan pembaharuan tulisan bahasa Cina. Alkitab Perjanjian Baru diterbitkan pada tahun 1856. Terjemahan ini digelar sebagai terjemahan Bahasa Mandarin Nanking (Perjanjian Baru).

 

  • Terjemahan Medhurst (Perjanjian Baru bahasa Mandarin: tahun 1857)
  • Terjemahan Bridgman (Perjanjian Baru bahasa Cina Klasik: tahun 1859, kitab lengkap: tahun 1862)
  • Terjemahan Bahasa Mandarin Peking (Perjanjian Baru bahasa Mandarin: tahun 1866, edisi semakan: tahun 1872, kitab lengkap: tahun 1878)

Oleh sebab terdapat banyak kekurangan dalam terjemahan Bahasa Mandarin Nanking (Perjanjian Baru), maka satu jawatankuasa di Peking melaksanakan terjemahan bahasa Mandarin yang kedua dan terbitan pertamanya dicetak pada tahun 1866 di Peking. Edisi semakan pula diterbitkan pada tahun 1872. Penterjemahan istilah “Shangdi” (Tuhan) dan “Roh Kudus” sekali lagi menimbulkan perbahasan. Bagi istilah “Shangdi” (Tuhan) sahaja, terdapat tiga pendapat yang berbeza aitu “Shen”, “Shangdi” dan “Tianzhu”. Hasil persetujuannya, tiga versi dibenarkan semasa penerbitan. British and Foreign Bible Society membuat terbitan dengan istilah “Shangdi” dan “Tianzhu” manakala American Bible Society pula membuat terbitan dengan istilah “Shen”. Selepas terjemahan ini diterbitkan, ia segera menggantikan kedudukan Wenli Version. Gaya terjemahan ini adalah secara terus, ringkas dan jelas, bahkan tidak menggunakan bahasa ibunda. Oleh itu, orang menggunakannya dengan rela hati.

 

  • Terjemahan Bishop Schereschewsky (Perjanjian Lama bahasa Mandarin: tahun 1874, kitab lengkap: tahun 1878, kitab lengkap dalam kesusasteraan mudah: tahun 1902)

Selepas terjemahan Bahasa Mandarin Peking (Perjanjian Baru) diedarkan, Bishop Schereschewsky menerbitkan terjemahan bahasa Mandarin untuk Perjanjian Lama pada tahun 1874. Selepas disemak semula, pada tahun 1878, British and Foreign Bible Society menggabungkan Perjanjian Lama bahasa Mandarin terjemahan Bishop Schereschewsky dan Perjanjian Baru bagi terjemahan Bahasa Mandarin Peking untuk membentuk sebuah Alkitab yang lengkap. Ia menjadi universal di seluruh China selama bertahun-tahun. Pena terjemahan Perjanjian Lama ini adalah setia dan teks terjemahannya lancar. Selepas itu, Bishop Schereschewsky sekali lagi menyelesaikan terjemahan kesusasteraan mudah bagi Perjanjian Baru dan Lama. Kitab lengkap ini diterbitkan pada tahun 1902.

 

  • Terjemahan Lord (bahasa Cina Klasik: tahun 1885)
  • Terjemahan Griffith (Griffith John) (Perjanjian Baru dalam kesusasteraan mudah: tahun 1885, edisi semakan: tahun 1889, Perjanjian Baru bahasa Mandarin: tahun 1889, kitab lengkap: tahun 1905)

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam terjemahan Bahasa Mandarin Peking bagi Perjanjian baru, namun ada orang yang merasakan bahawa loghat utaranya terlalu kuat dan tidak sesuai dengan keperluan di bahagian selatan. Oleh itu, British and Foreign Bible Society dan National Bible Society of Scotland sekali lagi meminta Griffith untuk menterjemahkan satu terjemahan vernakular bagi Alkitab. Terjemahan Perjanjian Baru bahasa Mandarin Griffith diterbitkan pada tahun 1889. Perjanjian Lama pula selesai diterjemahkan pada tahun 1905. Terjemahan baru ini adalah berdasarkan terjemahan kesusasteraan mudahnya pada tahun 1885.

 

  • Terjemahan Henry (John Burdon dan Henry Blodget) (Perjanjian Baru dalam kesusasteraan mudah: tahun 1889)
  • Terjemahan Union Version (“Union Easy Wenli Version” Perjanjian Baru: tahun 1904; “Union High Wenli Version” Perjanjian Baru: tahun 1907, Perjanjian Lama: tahun 1919; “Union Mandarin Version” Perjanjian Baru: tahun 1906, seluruh kitab: tahun 1919; “Chinese Union Version with New Punctuation”, kitab lengkap: tahun 1989)

Oleh sebab mubaligh yang datang ke China masing-masing membuat penterjemahan dan mempromosikan terjemahan sendiri, ia menjadi halangan kepada pelaksanaan kerja penyebaran agama. Alkitab dalam dialek tempatan pada ketika itu juga meliputi terjemahan Shanghai, Fujian, Ningbo, Guangdong, Xiamen, Xinghua, Suzhou, Chaozhou, Wenzhou, Hakka dan lain-lain lagi. Oleh itu, di bawah kepimpinan persatuan Alkitab, mesyuarat agung mubaligh British and Foreign Bible Society dan American Bible Society diadakan di Shanghai pada tahun 1890. Dalam mesyuarat tersebut, mereka memutuskan untuk membentk jawatankuasa penterjemahan. Slogan mereka ialah “One Bible in three versions”. English Revised Version tahun 1885 dijadikan sebagai dasar utama bagi terjemahan baru dan melancarkan terjemahan gabungan. Tiga jawatankuasa ditubuhkan pada masa itu untuk bertanggungjawab menterjemahkan terjemahan 3 dalam 1 yang melibatkan “Union High Wenli Version”, “Union Easy Wenli Version” dan “Union Mandarin Version”. Khususnya untuk bahagian bahasa Mandarin, prinsip terjemahan mereka adalah seperti berikut:

    • Teks terjemahan mestilah vernakular supaya orang yang boleh membaca dapat memahaminya.
    • Teks terjemahan mestilah dalam bahasa biasa, tidak boleh menggunakan dialek tempatan.
    • Gaya penulisan mesti mudah difahami, tetapi juga mesti jelas dan boleh dibaca.
    • Teks terjemahan mestilah sepadan dengan teks asal.
    • Metafora harus diterjemahkan secara langsung dengan sebaik mungkin. Jangan menterjemahkan maknanya secara kasar.

Semua penterjemah berkumpul untuk kali pertama pada tahun 1891. Antara tiga jawatankuasa ini, kerja jawatankuasa untuk Union Mandarin Version adalah yang paling perlahan. Puncanya, dari bahasa Mandarin ke bahasa kebangsaan, mereka perlu mempertimbangkan isu tentang kepopularan, dan perubahan nama bukan sebab yang utama. Pada masa itu, bahasa vernakular masih belum dipandang berat oleh kelas cendekiawan. Mereka menganggapnya sebagai tidak layak untuk dipandang berat. Tetapi kitab terjemahan yang kreatif ini menjadi perintis utama kepada pergerakan vernakular. Untuk terjemahan perkataan Cina yang melibatkan kepercayaan dan terminologi biasa dalam gereja – Shangdi atau Shen, Roh Kudus atau Roh, baptisan atau rendaman, itu terpulang kepada budi bicara setiap persatuan Alkitab. Sehingga kini, persatuan Alkitab ada versi “Shangdi” dan versi “Shen”. Baptist Church mendapat kebenaran khas daripada persatuan Alkitab untuk mencetak versi “Shen” dan mengubah “baptisan” kepada “rendaman”.

Pada tahun 1907, Alkitab Perjanjian Baru tiga terjemahan diterbitkan secara berasingan. Ketika gereja-gereja bergabung untuk menyambut ulang tahun ke-100 Morrison ke China pada masa itu, wakil yang hadir kemudian mencadangkan untuk menggabungkan kedua-dua jawatankuasa Union High Wenli Version dan Union Easy Wenli Version kerana penulisan umum pada masa itu telah beransur-ansur cenderung ke arah gaya biasa. Terjemahan kitab penuh Wenli dan bahasa Mandarin masing-masing diterbitkan pada tahun 1919. Ia mengambil masa melebihi dua puluh tujuh tahun dari awal hingga akhir. Kini, “Union Mandarin Version” telah menjadi Alkitab bahasa Cina yang digunakan secara paling meluas di gereja Cina. Itulah Alkitab “Chinese Union Version” pada hari ini.

Dalam lapan puluh tahun ini, “Chinese Union Version” tidak henti-henti diedarkan dan digunakan. Walau bagaimanapun, oleh sebab kaedah tanda baca dan susun atur yang digunakan pada masa itu merupakan cara pada abad kesembilan belas, maka persatuan Alkitab menggunakan tanda baca baru dan cara baru untuk menyunting, mencetak dan menerbitkan “Chinese Union Version with New Punctuation” pada tahun 1989.

 

  • Terjemahan Lu Zhen Zhong (Perjanjian Baru: tahun 1952, kitab lengkap: tahun 1972)

Terjemahan Alkitab oleh perseorangan Lu Zhen Zhong dari Hong Kong. Dia pernah menyempurnakan “the First Draft of the New Testament” pada tahun 1946 (diterbitkan oleh Yenching University Press). Pada bulan Mac tahun 1949, dia meneruskan kerja terjemahan di Hong Kong dengan bantuan kewangan dari British and Foreign Bible Society. Pada tahun 1952, “New Testament and New Translation” diterbitkan. Pada tahun 1972, “The Holy Bible:A New Translation” pula diterbitkan. Disebabkan dedikasi dan kerja keras sepanjang hidupnya, alma mater Universiti Hong Kong menganugerahi dia Ijazah Doktor Kehormat Teologi pada 12/04/1973. Ia adalah lima puluh satu tahun selepas tarikh tamat pengajian asalnya (tahun 1922).

 

  • Terjemahan Pontifical Biblical Commission (tahun 1969)

Terjemahan ini merupakan Alkitab bahasa Cina bagi gereja Katolik. Demi memenuhi harapan Second Vatican Council, Pontifical Biblical Commission merujuk kepada terjemahan Alkitab bahasa Yunani yang diterbitkan bersama oleh lima persatuan Alkitab lalu menterjemahkannya dengan diberi nama “Chinese New and Old Testament editions”. Selain disertakan dengan Apokrifa, terdapat lagi tiga lampiran: (1) senarai imam-imam besar terdahulu, (2) kronologi Alkitab dan peristiwa besar dalam dunia, (3) indeks doktrin Alkitab.

 

  • Terjemahan Today’s Chinese Version (TCV) (Perjanjian Baru: tahun 1975, tambahan Mazmur: tahun 1976, kitab lengkap: tahun 1979, edisi semakan: tahun 1997)

Hasil terjemahn berdasarkan Good News for Modern Man – Today’s English Version (TEV). Diterbitkan oleh United Bible Societies.

Pada zaman 60-an, persatuan Alkitab terima respon daripada gereja dan para pemercaya lalu beranggapan banyak frasa yang digunakan di dalam Chinese Union Version adalah terlalu lama. Oleh itu,  terdapat cadangan untuk menterjemahkan dan menyemaknya semula. Semasa ekuinoks musim luruh tahun 1971, profesor Xu Mu Shi, dr. Luo Wei Ren dan dr. Chow Lien Hwa menterjemahkan semula Alkitab bahasa Cina dengan prinsip “makna yang konsisten dan kesan yang sama”. Sebab-sebab terjemahan ini diterjemahkan semula adalah seperti berikut:

    • Atas sebab sumbangan arkeologi dan banyak manuskrip Alkitab bahasa asal yang dekat kepada zaman rasul ditemui satu-persatu berturut-turut, maka ia dijadikan sebagai dasar bagi terjemahan baru supaya dapat menjelaskan kebenaran dengan lebih berkesan.
    • Bahasa akan berubah dari masa ke masa. Untuk mengelakkan daripada perkataan yang sama menghasilkan makna yang berbeza akibat masa yang berlainan dan ayat-ayat kitab disalahertikan oleh pembaca di kemudian hari, maka perlu adanya terjemahan Alkitab yang bersesuaian dengan bahasa moden.

Ketika “Chinese Union Version” diselesaikan, ayat-ayat yang dapat dibaca dan difahami atau dianggap lancar oleh pembaca pada masa itu mungkin sukar untuk difahami oleh pembaca pada hari ini. Maka, terjemahan ini membuang istilah dan ayat yang sukar difahami dalam “Chinese Union Version” sebaliknya menjadikan istilah dan ayat yang selaras, lancar, mudah difahami, mementingkan aspek lisan, fasih dalam pembacaan dan bersifat kontemporari sebagai prinsip panduan utama.

Oleh yang demikian, terjemahan ini khususnya menegaskan bahawa “mendengar” dan “membaca” adalah sama penting. Selari dengan perkembangan bidang penyiaran, “mendengar” juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan maklumat. Maka jika ayatnya terlalu elegan, sehingga menyebabkan bacaannya tidak lancar, atau tidak dapat difahami pada pendengaran pertama, ia mesti diubah. Menurut prinsip ini, “Today’s Chinese Version” mengubah terjemahan “Chinese Union Version”. Contohnya Mazmur 23:3 “menuntun aku di jalan yang benar oleh kerana nama-Nya”, “jalan yang benar” diubah kepada “jalan yang jujur” supaya lebih sesuai untuk lisan.

Prinsip terjemahan ini dari aspek transliterasi adalah dengan meminimumkan transliterasi (contoh: Mat 5:22 – “Kafir”, “Jahil” diterjemahkan sebagai “sisa buangan” dan “benda bodoh”; Yoh 11:16 – “Didimus” diterjemahkan sebagai “kembar”; Mat 6:24 – “Mamon” diterjemahkan sebagai “wang”). Sistem pengukuran dan timbangan adalah menggunakan sistem metrik antarabangsa, manakala masa pula adalah berdasarkan kaedah pengiraan antarabangsa moden.

 

  • Terjemahan Chinese Living Bible (Perjanjian Baru: tahun 1976; Perjanjian Lama: tahun 1978)

Hasil terjemahan berdasarkan The Living Bible.

 

  • Terjemahan Chinese New Version (Perjanjian Baru: tahun 1976, Perjanjian Lama: tahun 1992, panduan kitab lengkap: tahun 1992)

Hasil terjemahan di bawah tajaan The Lockman Foundation, menjadikan New American Standard Bible terbitan yayasan tersebut sebagai rangka tindakan (blue-print), dengan penglibatan sarjana Alkitab Cina yang dikumpulkan oleh jawatankuasa penyuntingan dan penterjemahan pada tahun 1972. Diterbitkan oleh Tien Dao Publishing House Ltd pada tahun 1993.

Ciri utama dalam terjemahan ini adalah mengelakkan pemikiran yang tidak senonoh ketika menterjemahkan nama orang. Contohnya “Liu Bian” (Ruben) diubah menjadi “Liu Ben”, “Ni Ge Di Mu” (Nikodemus) diubah menjadi “Ni Ge De Mu”, “You A Die” (Euodia) diubah menjadi “You A Di”, “A Ni Xi Mu” (Onesimus) diubah menjadi “Ou Ni Xi Mu”. Selain itu, setiap gulungan kitab disertakan dengan pengenalan ringkas dan ini sangat berguna kepada pembaca. Teks terjemahan lancar dan anotasinya senang untuk dibaca.

 

  • Kitab Panduan (tahun 1989)

Hasil suntingan menggunakan Union Version dengan ditambahkan komen (1989).

(Nota: perlu berhati-hati semasa menggunakannya. Pandangannya tentang Tuhan dan hari Sabat berbeza dari gereja ini.)

 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terjemahan baru untuk bahasa Cina telah diperkenalkan secara berterusan. Ini fenomena yang menggembirakan bagi Gereja Cina. Kebenaran dalam Alkitab adalah kekal dan abadi. Namun disebabkan bahasa mempunyai sifat dan prestasi yang unik pada masa yang berlainan, maka terdapat keperluan untuk mengemaskini bahasa supaya ia sesuai dengan keperluan kontemporari. Kemunculan terjemahan bahasa Cina yang baru secara berterusan tidak merugikan kebenaran kerana kebenaran catatan Alkitab yang asal dapat dilihat dengan membuat banyak perbandingan.

 

KEWIBAWAAN, KEPENTINGAN DAN PERBANDINGAN PERKAITAN ALKITAB

A. Kewibawaan Alkitab

  1. Sumber kewibawaan

Walaupun dituliskan oleh manusia, namun Alkitab ada kewibawaan kerana ia ialah perkataan Tuhan yang dituliskan dengan pimpinan Tuhan. Tentu sekali, ada banyak cara pimpinan Tuhan. Berikut diterangkan cara pimpinan Tuhan dan kata-kata yang digunakan dalam Alkitab:

  • Perintah Tuhan
    • “Sungguh, TUHAN yang mengucapkannya” (Yes 1:20)
    • “Beginilah firman TUHAN” (Am 1:3)
    • “beginilah firman TUHAN kepadaku” (Yes 8:11)
    • “mulut TUHAN semesta alam yang mengatakannya” (Mi 4:4)
    • “Firman TUHAN datang kepadaku / datanglah firman TUHAN kepadaku” (Yer 1:2,4; Yeh 3:16)
    • “Hai anak manusia, bangunlah dan berdiri, kerana Aku hendak berbicara dengan engkau” (Yeh 2:1)
    • “yang difirmankan Allah dengan perantaraan nabi-nabi-Nya…” (Kis 3:21)
    • “Allah … berbicara … dengan perantaraan nabi-nabi” (Ibr 1:1)
    • “orang-orang berbicara atas nama Allah” (2 Ptr 1:21)

 

  • Gerakan Roh Tuhan
    • Daud sendiri oleh pimpinan Roh Kudus berkata: “…” (Mrk 12:36)
    • Tepatlah firman yang disampaikan Roh Kudus kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi Yesaya (Kis 28:25)

Catatan dalam Alkitab, sama ada ianya perkataan Tuhan secara langsung atau dituliskan oleh manusia kerana gerakan Roh Tuhan, semuanya mewakili Tuhan. Oleh itu, menurut catatan (Luk 2:22,23), “hukum Taurat Musa” umat Israel juga merupakan “hukum Tuhan”. Selain itu, Paulus juga berkata kepada jemaat: “kamu telah menerima firman Allah yang kami beritakan itu, bukan sebagai perkataan manusia, tetapi — dan memang sungguh-sungguh demikian — sebagai firman Allah, yang bekerja juga di dalam kamu yang percaya.” (1 Tes 2:13). Memandangkan ia ialah firman Tuhan, maka semestinya Alkitab mempunyai kewibawaan Tuhan.

 

2. Penampilan kewibawaan

  • Perkataan Tuhan
    • Tuhan menyebarkan firmanNya melalui kata-kata atau surat-surat bertulis dalam pemberitaan Injil dan menunjukkan kewibawaan penyelamatan manusia. Barangsiapa yang tidak percaya atau yang tidak melakukannya, dia tidak dapat menikmati kerajaan syurga yang diharapkan (Rm 1:1; Gal 1:8,9; 1 Tes 2:13; 1 Tim 2:7; 1 Kor 15:1; 2 Tes 2:15, 3:14; Why 1:3; Rm 16:26).
    • Perkataan dalam Alkitab bukan sahaja benar (1 Tim 1:15, 3:1, 4:9; 2 Tim 2:11; Tit 3:8), bahkan sungguh benar dan boleh dipercayai (Luk 1:1-4; Yoh 19:35), dan siapa yang percaya tidak akan dipermalukan (Rm 9:33).

 

  • Ilham Tuhan
    • “… oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara atas nama Allah.” (2 Ptr 1:21). Selain berbicara dan menyatakan secara langsung, Tuhan juag menggunakan cara ilham supaya penulis Alkitab menuliskan mesej Tuhan. Maka jika ditolak Tuhan berbicara secara langsung, “segala tulisan yang diilhamkan Allah” (2 Tim 3:16) bukan sahaja tepat, bahkan pada masa yang sama juga menunjukkan kewibawaan yang diwakili oleh ilham Alkitab.
    • Pengetahuan manusia terbatas dan perasaan rohani tidak mencukupi. Kita harus bergantung kepada Roh Tuhan untuk memahami makna sebenar Alkitab. Oleh itu, Ayub berkata: “roh yang di dalam manusia, dan nafas Yang Mahakuasa, itulah yang memberi kepadanya pengertian.” (Ayb 32:8). Petrus juga mengingatkan kita: “Yang terutama harus kamu ketahui, ialah bahwa nubuat-nubuat dalam Kitab Suci tidak boleh ditafsirkan menurut kehendak sendiri, sebab tidak pernah nubuat dihasilkan oleh kehendak manusia, tetapi oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara atas nama Allah.” (2 Ptr 1:20-21). Maka, untuk memahami Alkitab, kita perlu bersandar kepada ilham Roh Kudus.

 

  • Perbuatan gereja

Rasul mendirikan gereja selepas Yesus terangkat ke syurga untuk meneruskan penyebaran firman Tuhan dan kebenaran Alkitab. Demi memberikan kewibawaan kepada gereja, Yesus khasnya memberitahu Petrus: “Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kauikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kaulepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga.” (Mat 16:18-19). Sebuah gereja yang benar-benar menyebarkan menurut firman dalam Alkitab sepenuhnya adalah yang diberikan kewibawaan khas oleh Tuhan sebab barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan di sana akan diselamatkan (Rm 10:13).

 

B. Kepentingan Alkitab

  1. Perjanjian Lama

Melihat dari segi pembukuan Alkitab Perjanjian Lama dan isi kandungannya, penulis sebenarnya ialah Tuhan. Jika dilihat dari segi masa, walaupun ianya telah berlalu, namun dalam teori agung Tuhan menyelamatkan dunia secara konsisten, kepentingannya tetap sama seperti Perjanjian Baru. Sebab-sebab utamanya adalah seperti berikut:

  • Perkataan Tuhan tidak akan berlalu

Perjanjian Lama juga merupakan perkataan Tuhan. Satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan, sebelum semuanya terjadi (Mat 24:35)

  • Tuhan dan murid-murid juga memandang berat tentang Perjanjian Lama

Dalam Perjanjian Baru, kata-kata Tuhan dan murid-murid yang menyatakan tentang Alkitab di samping memetik samada secara langsung atau tidak langsung daripada Perjanjian Lama adalah melebihi 600 kali. Selain itu, menurut Alkitab King James Version, terdapat 3779 ayat dalam empat kitab Injil. Berdasarkan statistik pendakwah Alkitab, Graham Scroggie, antaranya terdapat 1934 ayat yang merupakan sebahagian ataupun kesemuannya daripada perkataan Yesus. Dalam perkataan Yesus, terdapat 180 ayat (kira-kira satu dalam setiap sepuluh ayat) yang memetik daripada atau terus menyebut tentang Perjanjian Lama. Ini menunjukkan kepentingan Perjanjian Lama.

  • Pernytaaan tentang Alkitab
    • Yesus menjawab ahli Taurat: “Apa yang tertulis dalam hukum Taurat?”, “Apa yang kaubaca di sana?” (Luk 10:26)
    • Yesus mengucapkan perumpamaan: “Tidak pernahkah kamu membaca nas ini?…” (Mrk 12:10,11)
    • Yesus berkata kepada orang-orang Farisi: “Sungguh pandai kamu mengesampingkan perintah Allah, supaya kamu dapat memelihara adat istiadatmu sendiri. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadat yang kamu ikuti itu.” (Mrk 7:9,13)
    • Jawab Yesus kepada orang Saduki: “Kamu sesat, justru karena kamu tidak mengerti Kitab Suci maupun kuasa Allah.” (Mrk 12:24)
    • Yesus berkata kepada orang-orangYahudi: “Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” (Mat 5:18)
    • Yesus berkata kepada murid-murid: “Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku.” (Yoh 5:39)
  • Memetik daripada Perjanjian Lama
    • Yesus pernah memetik ayat Alkitab yang bersesuaian untuk menentang pencobaan Iblis. Dia berkata; “Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!” (Mat 4:10)
    • Petrus berkata kepada jemaat: “Bukankah telah dikatakan Musa: … semua nabi … mulai dari Samuel, dan sesudah dia, …” (Kis 3:22,24)
    • Yesus berkata kepada orang Saduki: “Tetapi tentang kebangkitan orang-orang mati tidakkah kamu baca apa yang difirmankan Allah, ketika Ia bersabda: Akulah Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub? Ia bukanlah Allah orang mati, melainkan Allah orang hidup.” (Mat 22:31,32)
    • Yesus berkata kepada orang-orang Farisi: “Jika demikian, bagaimanakah Daud oleh pimpinan Roh dapat menyebut Dia Tuannya, ketika ia berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu.” (Mat 22:43,44)
    • Sebenarnya, jika tempat di mana Tuhan menyebut tentang Perjanjian Lama diatur secara sistematik, isi kandungannya termasuk manusia diciptakan dan sistem perkahwinan diasaskan (Mat 19:4-6), kematian Habel (Mat 23:35), zaman Nuh (Mat 24:37), Sodom dimusnahkan (Luk 17:29), Abraham (Yoh 8:56), Tuhan menampakkan diri di dalam nyala api yang keluar dari semak duri (Mrk 12:26), kisah hidup Daud (Mat 12:3), pelayanan Elia (Luk 4:25), nabi Zakharia mati syahid (Mat 23:35) dan sebagainya. Ia meliputi semua sejarah Perjanjian Lama. Ayat yang paling bermakna ialah ayat berikut: “… penumpahan darah orang yang tidak bersalah mulai dari Habel, orang benar itu, sampai kepada Zakharia…” Ketika Yesus menyebut tentang kes pembunuhan dari Habel sampai kepada Zakaharia, secara kebetulannya ia merupakan permulaan dan penghujung bagi catatan kes pembunuhan dalam sejarah seluruh Perjanjian Lama.
  • Sebagai cerminan bagi generasi akan datang

Walaupun Perjanjian Lama mencatatkan peristiwa lepas yang telah berlaku, namun apa yang pernah ada akan ada lagi. Maka ia masih boleh dijadikan sebagai teladan ataupun sempadan bagi jemaat generasi yang seterusnya.

  • Janji dan nubuat belum tergenap semuanya

Walaupun janji-janji dan nubuat-nubuat yang tercatat dalam Perjanjian Lama telah digenapi bagi bahagian yang berkaitan dengan kelahiran, pemberitaan Injil dan kematian Kristus, namun bahagian-bahagian yang lain ada yang sedang digenapi ataupun belum lagi digenapi. Maka, ia masih perlu dianggap sebagai klasik untuk meneroka rahsianya.

 

2. Perjanjian Baru

Penulis sebenar bagi setiap gulungan dalam Alkitab Perjanjian Baru juga ialah Tuhan. Ia menerangkan tentang kehidupan Yesus dan para rasul beserta catatan kata-kata dan perbuatan mereka, permintaan dan harapan Tuhan terhadap gereja (jemaat) di samping memberi pengharapan hidup kekal kepada manusia. Penglihatan yang dilihat oleh rasul Yohanes di pulau Patmos pada tahun 95 SM telah ditunjukkan kepadanya oleh Tuhan supaya dia menuliskannya satu-persatu dan memberitahu generasi seterusnya tentang bagaimana perkembangan pengakhiran dunia.

Perjanjian Lama merupakan bayangan bagi Perjanjian Baru, sedang wujudnya ialah Kristus (Kol 2:17). Dalam Perjanjian Lama, ia adalah samar-samar, anugerah keselamatan Kristus dinyatakan antara tersirat mahupun tersurat. Dalam Perjanjian Baru, anugerah keselamatan disempurnakan sepenuhnya dengan kelahiran dan kematian Kristus Yesus.

 

  • Perbandingan perkaitan Alkitab Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama

Jika kita membandingkan peristiwa yang dicatatkan dalam Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama, kita boleh tahu: Perjanjian Lama menyebut tentang Tuhan menciptakan dunia, Perjanjian Baru menyebut tentang Tuhan memusnahkan dunia; Perjanjian Lama menyebut tentang Satan mengkhianati Tuhan, Perjanjian Baru menyebut tentang Tuhan membinasakan Satan; Perjanjian Lama mencatatkan tentang kegagalan manusia dalam Adam, Perjanjian Baru mencatatkan tentang kemenangan manusia dalam Kristus; permulaan Perjanjian Lama ialah asal-usul segala sesuatu, permulaan Perjanjian Baru ialah kelahiran Kristus; penghujung Perjanjian Lama ialah kutukan, penghujung Perjanjian Baru ialah berkat; dalam Perjanjian Lama tersembunyi janji dan harapan terhadap Kristus, Perjanjian Baru menyatakan janji dan memberitakan Kristus. Oleh yang demikian, Perjanjian Lama ialah benih, Perjanjian Baru ialah buah; Perjanjian Lama ialah ibu kunci, Perjanjian Baru ialah anak kunci. Maka, tema Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama adalah sama, kesaksiannya sama, dan tentu sekali, kepentingannya juga sama.

 

KESIMPULAN

Selama dua ribu tahun, Alkitab telah disebut sebagai “buku yang paling hebat di dunia” dan ini ada sebabnya. Alkitab pada asalnya dituliskan dalam bahasa Ibrani dan bahasa Yunani. Sehingga hujung bulan September tahun 2001, Alkitab telah diterjemahkan ke dalam 2,261 bahasa di dunia. Angka ini menunjukkan bahasa 98% populasi dunia dapat membaca Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Di Taiwan, terdapat Alkitab dalam bahasa Cina, Taiwan, Hakka dan tujuh suku kaum Orang Asli (Truku, Atayal, Amis, Bunun, Paiwan, Yami, Rukai). (Nota: belum ada Alkitab dalam bahasa Thao, Saisiyat, Pinuyumayan dan Tsou). Boleh dikatakan bahawa di mana ada manusia, di situ ada Alkitab. Pada tahun 1999 sahaja, persatuan Alkitab di seluruh dunia telah menjual sebanyak 628 juta buah Alkitab dari semua jenis. Malahan di Tanah Besar China, sejak Alkitab dibolehkan untuk dicetakkan pada tahun 1987, 25 juta buah Alkitab telah dicetak sehingga hujung tahun 2000 (RMB 12.5 setiap salinan), bahkan bekalannya tidak cukup untuk menampung permintaan. Nampaknya tidak ada mana-mana klasik dalam dunia yang dapat menandinginya. Alkitab telah menjadi sebuah buku yang terlaris, mempunyai pembaca yang paling ramai dan paling berpengaruh.

Dalam proses pembukuan dan perkembangan Alkitab, terdapat ramai orang yang ingin memusnahkan Alkitab, namun mereka tidak berjaya. Firman Tuhan ada kewibawaannya. Kuasa manusia tidak dapat menggoncangkan Alkitab. “rumput menjadi kering, dan bunga gugur, tetapi firman Tuhan tetap untuk selama-lamanya.” (1 Ptr 1:24-25). Memandangkan kita sebagai umat Kristian lebih memahami Alkitab berbanding orang biasa dalam dunia, maka kita harus lebih rajin mengkaji agar kita lebih memahami rahsia kebenaran Kristus. Selain itu, semasa memahami firman Perjanjian Lama, apa yang lebih penting dalam perjalanan Perjanjian Baru adalah lebih berjaga-jaga. Dengan bersandar kepada Tuhan, kita dapat berjalan dalam kasih karunia dan kasih Tuhan yang berkelimpahan dengan penuh keberanian sampai selama-lamanya.

 

MAKLUMAT RUJUKAN

  1. Robert L. (1978). Is the Bible Reliable? Victor Books; Edition Unstated edition.
  2. John W. Wenham. (1973). Christ and the Bible. Inter Varsity Press, Downers Grove, Illinois.
  3. John R.W. Stott. (1982). Understanding the Bible. Scripture Union Publishing.
  4. Laman web United Bible Societies https://www.unitedbiblesocieties.org

 

 

Lampiran 1: Indeks Alkitab bahasa Latin gereja Katolik

 

Perjanjian Lama: (46 gulungan dan 3 gulungan lampiran)

Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan, Yosua, Hakim-hakim, Rut, 1 – 4 Raja-raja (* 1 & 2 Samuel dan 1 & 2 Raja-raja), Riwayat (*1 & 2 Tawarikh), 1 & 2 Esdras (Ezra dan Nehemia), Tobit, Yudit, Ester, Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhotbah, Kidung Agung, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh, Yesaya, Yeremia, Ratapan, Barukh, Yehezkiel, Daniel, Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi, 1 & 2 Makabe. Lampiran: Apokrifa Doa Manasye dan 1 & 2 Edras.

 

Perjanjian Baru: (27 gulungan, sama dengan Alkitab Perjanjian Baru gereja-gereja denominasi pemulihaan / restorasi)

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I KORINTUS

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I KORINTUS

 

“Hal ini kutuliskan bukan untuk memalukan kamu, tetapi untuk menegor kamu sebagai anak-anakku yang kukasihi. Sebab sekalipun kamu mempunyai beribu-ribu pendidik dalam Kristus, kamu tidak mempunyai banyak bapa. Karena akulah yang dalam Kristus Yesus telah menjadi bapamu oleh Injil yang kuberitakan kepadamu.” (1 Kor 4:14-15). Daripada ungkapan yang sungguh-sungguh ini, kita dapat melihat masalah yang dihadapi dan dihasilkan oleh jemaat Korintus serta kasih dan harapan Paulus yang mendalam terhadap mereka. Sekarang, mari kita mengenal dan melihat sekilas pandang kebenaran dalam kitab 1 Korintus.

 

KOTA KORINTUS

Kota Korintus terletak di jalur tanah (isthmus) yang menghubungkan hujung utara dan selatan semenanjung Yunani. Korintus telah menjadi kota yang penting untuk pengangkutan dan perdagangan. Korintus juga merupakan tempat yang pasti dilalui bagi perdagangan antara Eropah dengan Asia dan merupakan ibu kota Akhaya. Kota ini berkembang maju dari segi budaya, seni, dan perdagangan. Semua jenis orang berkumpul di sini, pelbagai maklumat dan trend tersebar di sini. Orang-orang Korintus nampaknya mempunyai kecenderungan yang lebih terbuka dan progresif kerana dipengaruhi oleh iman kepercayaan agama yang salah (ada bukit Acropolis di kota ini, dan ada kuil besar dewi Aphrodite di atas bukit itu. Dalam kuil besar tersebut, terdapat lebih daripada 1000 orang nabiah <pelacur kuil> yang akan masuk ke dalam kota pada waktu malam untuk terlibat dalam pekerjaan percabulan). Kota ini juga menjadi tempat percabulan dan menuruti keinginan daging. Mereka mempunyai mentaliti dan keperibadian yang hanya mementingkan penampilan, kekayaan, kepetahan dan kebanggaan.

 

PAULUS DAN JEMAAT KORINTUS

Kitab 1 Korintus jelas merupakan surat yang ditulis oleh Paulus kepada pemercaya di gereja Korintus. Ketika Paulus keluar memberitakan Injil untuk kali kedua (tahun 50-53 M), dia bertemu dengan pasangan suami isteri Akwila dan Priskila semasa dia pergi ke kota Korintus dari Atena. Dia pun tinggal dan bekerja bersama-sama dengan mereka. Dia juga mula memberitakan Injil kepada orang Yahudi di dalam kota. Kemudian, Silas dan Timotius datang dari Makedonia untuk menolong. Walaupun menghadapi tentangan sengit, fitnah, dan halangan daripada orang-orang Yahudi, mereka didorong dan dihibur oleh Tuhan sendiri: “Sebab Aku menyertai engkau dan tidak ada seorang pun yang akan menjamah dan menganiaya engkau, sebab banyak umat-Ku di kota ini.” (Kis 18:10). Mereka berpaling memberitakan Injil kepada orang-orang bangsa lain, dan mereka bekerja selama satu tahun enam bulan. Mereka memimpin banyak orang kepada Tuhan sehingga menubuhkan gereja Korintus. Pada zaman para rasul, jumlah pekerja yang mendapat latihan yang agak ketat adalah terhad manakala pemercaya pula berasal daripada pelbagai bangsa dan latar belakang agama yang berbeza. Mereka juga berada dalam persekitaran yang penuh dengan godaan dosa kejahatan dan penganiayaan iman kepercayaan. Pastinya mereka menghadapi banyak kesukaran dan masalah dari segi kebenaran dan kehidupan praktikal. Sebagai contoh, walaupun jemaat Korintus mempunyai banyak kekurangan, tetapi mereka terpuji kerana tidak menjawab menurut kehendak sendiri ketika menghadapi persoalan yang sukar, dan mereka bersedia mengamanahkan orang pergi meminta tunjuk ajar daripada rasul. Pada satu sisi, Paulus pun memberikan bimbingan kepada mereka dengan menggunakan kebenaran Tuhan berdasarkan surat terbuka mereka dalam isu meminta nasihat. Pada satu sisi yang lain, dia juga mengambil kesempatan ini untuk menasihati mereka mengenai masalah yang telah diketahui dan diamatinya secara peribadi. Dia berharap jemaat yang agak kaya dari segi kebendaan, karunia, dan lain-lain ini (rujuk: 1 Kor 1:5) dapat memegang kasih karunia Tuhan, terus mengejar pembaharuan dan pertumbuhan. Kitab 1 Korintus ditulis oleh Paulus dalam jangka waktu sekitar tahun 56-57 Masihi (waktu pemberitaan Injil ke luar negara kali ketiga) di Efesus (rujuk: 1 Kor 16:8).

 

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH JEMAAT KORINTUS

Tuhan berkata: “kamu bukan dari dunia” (Yoh 15:19). Dari segi iman kepercayaan, kita dimerdekakan daripada dosa oleh Tuhan, dan kitalah orang-orang yang menikmati kemerdekaan sejati. Namun, dalam menghadapi dunia yang berpusatkan kebendaan ini, kita pasti akan menghadapi beberapa masalah, tidak kira masalah yang boleh meminta tunjuk ajar daripada orang lain secara besar hati (kesulitan luaran), ataupun masalah yang tidak mahu, tidak sudi atau bahkan tidak tahu cara membuka mulut (disebabkan oleh kelemahan sifat dalaman manusia). Mari kita melihat masalah-masalah jemaat Korintus sebagai persoalan untuk renungan dalam iman kepercayaan dan refleksi diri.

 

A. Masalah perkahwinan

Pada waktu itu, iman kepercayaan adalah tidak bebas dan sering dianiaya. Jika perlu menumpukan perhatian pada kerja suci, adakah perkahwinan diperlukan (1 Kor 7:26,32)? Kedua, jika iman kepercayaan suami isteri adalah berbeza, bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan perkahwinan mereka (1 Kor 7:10-14)? Adakah wajar menjadi anak dara? Bolehkah duda dan janda berkahwin semula? Paulus memberikan bimbingan yang sesuai. Fokusnya adalah pada mengejar kekudusan Tuhan, mentaati karunia dan kehendak Tuhan, dan menghargai pemberian Tuhan.

 

B. Memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala

Menurut adat istiadat pada waktu itu, sebahagian besar ternak yang disembelih akan terlebih dahulu dihantar ke kuil berhala untuk disembah, dan kemudian dihantar ke pasar untuk dijual. Bolehkah daging itu dibeli dan dimakan? Paulus menjelaskan kepada mereka secara terperinci bahawa pemercaya harus hidup dengan iman, bertekad untuk tetap dikuduskan (rujuk: 1 Kor 10:20-26), dan bersedia untuk saling bertimbang rasa, menerima, dan membangun.

 

C. Wanita dengan selubung / tudung kepala

Dalam latar belakang adat istiadat sosial pada masa itu, perempuan mesti bertudung supaya dipandang sebagai perempuan yang baik. Jika tidak bertudung, dia akan dianggap sebagai perempuan yang tidak senonoh (rujuk 1 Kor 11:16). Sebilangan pemercaya di gereja Korintus beranggapan bahawa mereka adalah merdeka dalam Tuhan, dan mereka mempromosikan bahawa saudari tidak perlu bertudung. Paulus berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak diperbolehkan untuk mengelakkan kritikan dan serangan yang tidak perlu daripada dunia luar terhadap gereja. Oleh itu, dia menasihati pemercaya dari pelbagai perspektif iaitu bahawa mereka harus menilai dan mematuhi kebiasaan masyarakat yang baik. Dalam zaman kita sekarang ini, selubung / tudung kepala tidak lagi diperlukan, tetapi prinsip ketaatan, penghormatan, dan kekudusan yang dinyatakan di sebaliknya adalah sangat diperlukan.

 

D. Isu perselisihan dan mencari kepentingan diri sendiri

Gereja Korintus tidak meminta tunjuk ajar tentang isu ini. Namun seorang pemercaya setia yang prihatin tentang perkembangan gereja memberitahu Paulus tentang isu ini secara peribadi dengan harapan untuk meleraikan kekacauan dalam gereja melalui nasihat rasul supaya mereka dapat sehati sefikir dan berusaha demi kerja suci gereja (1 Kor 1:11). Paulus mengingatkan pemercaya melalui pelbagai cara bahawa mereka tidak boleh memegahkan diri, juga tidak boleh mementingkan penampilan atau kebendaan, dan harus saling menghormati dan menerima.

 

E. Masalah percabulan

Kesalahan ini sangat serius. Sebilangan kecil orang di gereja Korintus tidak begitu jelas tentang firman perkahwinan. Mereka berpendapat bahawa perkahwinan manusia hanya sekadar hubungan tubuh jasmani sesama manusia semasa mereka hidup. Apabila meninggal dunia, mereka pun bebas daripada hubungan ini. Mereka bahkan boleh mengabaikan hubungan sesama manusia yang asal. Contohnya salah seorang daripada mereka memperisterikan ibu tiri yang ditinggalkan oleh ayahnya selepas ayahnya meninggal dunia. Dia beranggapan bahawa dia ada kebebasan ini atau menjadikan kasih dan menjaga hidup ibu tirinya sebagai alasan. Kesalahan ini benar-benar serius. Walaupun hubungan perkahwinan hanya berlaku ketika seseorang masih hidup, namun hubungan sesama manusia tidak terputus sepenuhnya. Orang Kristian harus berhati-hati dalam membezakannya, dan mereka perlu mempunyai piawaian yang lebih baik daripada dunia. Oleh itu, Paulus sangat tegas meminta untuk menghukum pemercaya yang mendurhaka ini (1 Kor 5:13).

 

F. Masalah penerimaan Sakramen Perjamuan Kudus

Tuhan Yesus mengasaskan Perjamuan Kudus semasa perayaan Paskah. Oleh itu, pada masa awal zaman Rasul, mereka makan bersama pada waktu yang sama ketika mengadakan Perjamuan Kudus menurut proses ini. Pendekatan gereja Korintus ialah, individu membawa makanan yang mereka mahu makan. Tindakan ini menyebabkan ada yang mewah dan ada yang agak sederhana. Oleh itu, Paulus memperingatkan mereka dengan hati-hati (1 Kor 11:30). Mereka harus menguji diri sendiri serta dapat benar-benar menerima daging dan darah Tuhan supaya iman kepercayaan dapat dibangunkan. Pada hari ini, kita menggunakan pendekatan yang terpisah. Kita mengadakan kebaktian dan menerima Sakramen Perjamuan Kudus sebelum menikmati jamuan kasih bersama. Tujuannya adalah untuk membentuk semangat yang soleh. Kita harus mematuhi prinsip kebenaran dan menerima kasih Tuhan yang besar sampai pada kedatangan Tuhan.

 

MENJADI UMAT KRISTIAN YANG MATANG

Orang Kristian dalam semua zaman pasti akan menghadapi pelbagai jenis masalah kebenaran dan kehidupan iman kepercayaan dalam persekitaran yang nyata. Sudah tentu, masalah-masalah ini dapat dibincangkan dan dikaji melalui pelbagai kaedah dan saluran untuk mendapatkan jawapan yang sesuai. Namun, jika kita mahu benar-benar taat sehingga dapat dibangunkan atau memperoleh hikmat rohani dan belajar dengan analogi secara mendalam supaya iman kepercayaan dapat dibangunkan dengan lebih kuat, hidup dengan lebih aktif, dan memberikan pelbagai kesaksian yang baik sesuai dengan prinsip-prinsip kebenaran, maka kita harus menjadi orang Kristian yang matang. Sebagai contoh, ketika Paulus menjawab pelbagai masalah nyata atau berpotensi untuk gereja Korintus, dia menyatakan bahawa inti masalah itu terletak pada kenaifan rohani mereka. “Susulah yang kuberikan kepadamu, bukanlah makanan keras, sebab kamu belum dapat menerimanya. Dan sekarang pun kamu belum dapat menerimanya.” (1 Kor 3:2). Oleh itu, kita mencadangkan arah usaha kita untuk menjadi umat Kristian yang matang daripada kitab ini sebagai dorongan bersama.

 

A. Mengesahkan pemilihan Tuhan

Seperti firman Tuhan: “Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu.” (Yoh 15:16). Paulus menunjukkan secara terperinci: “Orang-orang Yahudi menghendaki tanda dan orang-orang Yunani mencari hikmat, tetapi kami memberitakan Kristus yang disalibkan: untuk orang-orang Yahudi suatu batu sandungan dan untuk orang-orang bukan Yahudi suatu kebodohan.” (1 Kor 1:22-23). Nampaknya, orang sama sekali tidak akan percaya pada Injil Tuhan jika berdasarkan keperibadian, minat, hikmat, dan cara penilaian mereka sendiri. Tetapi mengapa orang-orang Korintus dapat menerima dan mempercayai Tuhan Yesus yang tidak dikenali? Semuanya kerana mereka digerakkan dan dipilih oleh Tuhan. Aspek ini menunjukkan bahawa pemilihan-Nya adalah berdasarkan inisiatif, dan lebih-lebih lagi berdasarkan perbuatan Tuhan yang ajaib dan berhikmat. “Tetapi apa yang bodoh bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan orang-orang yang berhikmat, dan apa yang lemah bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan apa yang kuat.” (1 Kor 1:27). “… dalam hikmat Allah” (1 Kor 1:21). Nampaknya, pemilihan Tuhan bukanlah berdasarkan penampilan seseorang, tetapi berdasarkan orang yang bersedia menerima panggilan Injil dengan rendah hati. Sekiranya kita dapat selalu mengingati pemilihan Tuhan serta mengesahkan kasih dan hikmat Tuhan, kita akan dapat mengaku seperti nasihat Paulus: “Ingat saja, saudara-saudara, bagaimana keadaan kamu, ketika kamu dipanggil: menurut ukuran manusia tidak banyak orang yang bijak, tidak banyak orang yang berpengaruh, tidak banyak orang yang terpandang.” (1 Kor 1:26), semuanya dapat “bermegah di dalam Tuhan” (1 Kor 1:31) , melayani dengan rendah hati di hadapan Tuhan sepanjang hidup, saling menghormati dengan ikhlas, dan mengasihi setiap murid yang dipanggil.

 

B. Merenungkan kekuatan Tuhan

“Sebab pemberitaan tentang salib memang adalah kebodohan bagi mereka yang akan binasa, tetapi bagi kita yang diselamatkan pemberitaan itu adalah kekuatan Allah.” (1 Kor 1:18). “Sebab bagi Allah tidak ada yang mustahil.” (Luk 1:37). Ketika bekerja di kota Korintus, Paulus sendiri telah mengalami dorongan tangan Tuhan yang kuat (Kis 18:9-10). Walaupun tidak ada catatan khusus tentang tanda mukjizat yang diadakan oleh Paulus di kota ini dalam kitab Kisah Para Rasul, namun menurut kesaksian Paulus: “Baik perkataanku maupun pemberitaanku tidak kusampaikan dengan kata-kata hikmat yang meyakinkan, tetapi dengan keyakinan akan kekuatan Roh, supaya iman kamu jangan bergantung pada hikmat manusia, tetapi pada kekuatan Allah.” (1 Kor 2:4-5). Manusia sepanjang zaman adalah sama. Kita harus meninggalkan dan mengubah iman kepercayaan palsu yang asal dan tradisional, tidak takut dengan tekanan persekitaran pada masa itu, dan menerima Injil Tuhan dengan berani. Semua ini amat sukar untuk dilakukan jika tanpa mengalami pengesahan Roh Kudus dan tanda mukjizat Tuhan. Tambahan pula, kekuatan Tuhan jelas dinyatakan dalam pengharapan hidup kekal yang diberikan oleh Tuhan melalui peristiwa Tuhan Yesus yang dibangkitkan daripada antara orang mati (rujuk: Ef 1:20) supaya kita dapat diyakinkan (rujuk: 1 Kor 15:16-20). Oleh itu, kita harus selalu merenungkan kekuatan Tuhan, samada melalui pengalaman orang-orang yang takut akan Tuhan pada zaman kuno yang tercatat dalam Alkitab, atau pengalaman kita sendiri, atau pengalaman yang dilihat pada orang lain, dan terus memperkuat iman kita. Dalam mana-mana keadaan pun, percayalah bahawa “Pencobaan-pencobaan yang kamu alami ialah pencobaan-pencobaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan karena itu Ia tidak akan membiarkan kamu dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan ke luar, sehingga kamu dapat menanggungnya.” (1 Kor 10:13). Sekiranya dapat berdiri teguh, menyerahkan segalanya ke dalam tangan Tuhan yang kuat, dan mentaati pimpinan-Nya, kita tidak akan mempunyai rasa takut dalam hati, dan kita akan dapat menghindari godaan dan ancaman ajaran agama sesat dengan perlindungan-Nya.

 

C. Memahami karunia Tuhan

Bagi jemaat di gereja Korintus, mereka sememangnya telah menerima banyak karunia daripada Tuhan: “… menjadi kaya dalam segala hal: dalam segala macam perkataan dan segala macam pengetahuan, … Demikianlah kamu tidak kekurangan dalam suatu karunia pun…” (1 Kor 1:5-7). Tetapi masalahnya adalah bahawa mereka tidak dapat memahami makna karunia Tuhan dengan sepenuhnya. Jadi walaupun mereka kaya, namun prestasi mereka miskin, dan mereka hanya tahu bertentangan. Walaupun mereka mempunyai karunia, namun mereka tidak dapat saling menolong dan memberikan manfaat, mereka hanya bertengkar dan mementingkan diri sendiri. Walaupun beribadah kepada Tuhan, namun mereka tidak sepenuhnya memahami bahawa semuanya datang daripada Tuhan, mereka berjuang dengan bergantung pada kekuatan manusia, dan bahkan saling mendakwa. Oleh itu, Paulus menerangkan kepada mereka makna dan semangat karunia dengan sangat terperinci, sehingga kita juga dapat dibangunkan pada hari ini. Tuhan memberikan pelbagai karunia yang berbeza kepada manusia melalui gerakan Roh Kudus dalam Kristus (1 Kor 12:11). Tujuannya adalah supaya karunia-karunia yang berbeza ini dapat menghasilkan fungsi yang berbeza sehingga semua orang dapat dibangunkan. Sumbernya ialah Tuhan yang sama. Maka karunia tidak boleh dibezakan antara tinggi dengan rendah dan antara ringan dengan berat. Sebagai contoh, sesebuah tubuh pasti mempunyai pelbagai anggota tubuh yang berbeza, dan setiap anggota tubuh ada fungsinya sendiri. Walaupun anggota yang kuat dan terhormat itu penting, namun tubuh tidak akan pernah mengabaikan anggota tubuh yang kelihatan tidak penting atau lemah. Hal ini kerana, hanya sedikit penyakit dan kesakitan akan menjejaskan seluruh tubuh, dan bahkan mengancam nyawa (rujuk: 1 Kor 12:22,26). Tuhan berfirman: “Setiap orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut, dan kepada siapa yang banyak dipercayakan, dari padanya akan lebih banyak lagi dituntut.” (Luk 12:48). Memahami makna karunia pemberian Tuhan membolehkan kita belajar untuk lebih bersyukur dan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul dan saling membuat penyesuaian. Kita juga belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri, tidak merebut jasa, tidak saling membandingkan dan tidak saling cemburu. Sokongan, pengiktirafan dan dorongan antara satu sama lain tidak hanya membangunkan diri sendiri, tetapi juga menyelesaikan amanat membangun jemaat Tuhan supaya jemaat menjadi pengantin perempuan yang sempurna dan menantikan kedatangan semula Tuhan.

 

D. Mengenali permintaan Tuhan

Tuhan memilih kita dengan kasih, hikmat, dan kekuasaan-Nya. Pemilihan ini bukannnya tanpa tujuan, tetapi adalah supaya kita menjadi “bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib.” (1 Ptr 2:9). Roh Tuhan yang diam di dalam kita menuntut kita untuk menyatakan kesaksian Tuhan. Oleh itu, kita harus dapat mengenali permintaan Tuhan dan menyatakannya dalam kehidupan iman kepercayaan kita. Tuhan itu kudus dan Dia memberikan identiti yang merdeka kepada kita. Oleh itu, kita harus berhati-hati agar tidak digoda dan dikawal oleh sebarang kebendaan atau dosa kejahatan (1 Kor 6:9-11). Paulus menasihati: “Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun.” (1 Kor 6:12). Dia juga berkata: “Jauhkanlah dirimu dari percabulan! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri.” (1 Kor 6:18). Jadilah murid yang mengejar kekudusan. Tuhan itu kasih. Dia berfirman: “Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi.” (Yoh 13:34). Jika kita dapat terus digerakkan oleh kasih Tuhan, kita dapat berbuat baik kepada orang lain dengan kasih yang diterima. Kita tidak akan terfikir untuk menyakiti sesiapa pun, dan pandai menggunakan karunia yang diterima dengan kasih sejati (rujuk: 1 Kor 13:1) supaya lebih banyak orang dapat dibangunkan. Tambahan pula, Tuhan memilih orang Israel pada zaman kuno dan memberikan ketetapan-ketetapan dan peraturan-peraturan kepada mereka. Tuhan meminta mereka untuk mematuhinya. Tujuannya adalah supaya mereka menjalani kehidupan yang bahagia, harmoni, dan gembira. Hari ini, Tuhan telah memilih kita dan memberikan pelbagai jenis kebenaran. Dia mahu kita taat dalam segala hal, setia pada kebenaran, membuat penilaian dengan baik, dan sering membuat refleksi diri. Seperti yang dikatakan oleh Paulus: “Sebab memang aku tidak sadar akan sesuatu, tetapi bukan karena itulah aku dibenarkan. Dia, yang menghakimi aku, ialah Tuhan” (1 Kor 4:4). Oleh yang demikian, semuanya haruslah “jangan melampaui yang ada tertulis, supaya jangan ada yang menyombongkan diri dengan jalan mengutamakan yang satu dari pada yang lain” (rujuk: 1 Kor 4:6), saling menghormati dan saling mengingatkan. “Tetapi segala sesuatu harus berlangsung dengan sopan dan teratur.” (1 Kor 14:40).

 

E. Pasti dengan pengharapan yang diberikan oleh Tuhan

Tuhan Yesus bangkit daripada antara orang mati untuk membuktikan bahawa kuasa Tuhan mengalahkan belenggu maut. Kita juga menerima pengharapan yang hidup ini. Walaupun kita mempunyai pengetahuan yang terbatas tentang tubuh yang mulia yang akan kita terima pada masa akan datang (1 Kor 15:35), namun pengharapan kita dapat diteguhkan di dalam hati kita dengan meterai Roh Kudus (Ef 1:13-14). Maka, percayalah bahawa Tuhan pasti akan memimpin, membuka jalan, dan menyelamatkan dalam semua persekitaran (rujuk: 1 Kor 10:13, 16:8-9) . Kita juga akan dapat mengalahkan ancaman dosa kejahatan dengan bantuan Roh Kudus (rujuk: 1 Kor 15:57). Dalam semua keadaan, kita dapat menjadi seperti yang didorong oleh Paulus: “Karena itu, saudara-saudara yang kekasih, berdirilah teguh, jangan goyah, dan giatlah selalu dalam pekerjaan Tuhan! Sebab kamu tahu, bahwa dalam persekutuan dengan Tuhan jerih payahmu tidak sia-sia.” (1 Kor 15:58). Tunjukkanlah daya hidup orang Kristian yang aktif dan berkelimpahan.

 

KESIMPULAN

Bersedialah untuk mencari jawapan bagi persoalan, mempunyai tekad yang rendah hati dalam menerima ajaran, dan terus-menerus mengejar pembaharuan dan perubahan. Dengan demikian, pastinya kita akan menjadi umat Kristian matang yang memahami lebih banyak ajaran tentang kebenaran, yang sering merenungkannya dan mempunyai pancaindera yang terlatih, serta menjalani kehidupan indah yang memuliakan Tuhan dan memberikan manfaat kepada orang lain.

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I, II, III YOHANES (II)

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I, II, III YOHANES (II)

 

PERSEKUTUAN DALAM ROH (II)

Apabila menghidupkan televisyen dan membelek surat khabar atau majalah, tidak sukar bagi kita untuk menemui banyak fenomena huru-hara. Masyarakat ini “tidak teratur” dan tanpa “kasih” yang betul. Ketika orang ramai menyerukan “cari semula kasih”, pernahkah mereka memikirkan apa itu “kasih sejati”?

Dalam surat Yohanes, penatua Yohanes berulang kali menekankan “kasih” dan “kebenaran”. Dia berkata: “oleh karena kebenaran yang tetap di dalam kita dan yang akan menyertai kita sampai selama-lamanya.” (2 Yoh 2). Jelas sekali, kasih yang ditekankan oleh penatua mesti dilengkapi dengan kebenaran. Dalam persekitaran besar yang tidak memahami kasih, kita sebagai orang Kristian sangat perlu menjelaskan hubungan erat antara kasih dengan kebenaran.

Krisis akhir zaman adalah bahawa manusia salah mempercayai ajaran sesat, salah faham tentang makna sebenar kasih, mengasihi wang tetapi tidak mengasihi nyawa, suka bersukaria tetapi tidak suka kebenaran, mengasihi diri sendiri tetapi tidak mengasihi Tuhan. Semua ini menyebabkan keluarga dan masyarakat penuh dengan keganasan. Oleh itu, mencari semula “kasih” yang sejati menjadi isu penting dalam masyarakat masa kini.

Daripada pengajaran Yohanes, kita dapat memahami bahawa “kasih sejati” dapat ditemukan dalam persekutuan rohani. Kita harus mengutamakan perkara ini dan bertekad untuk melaksanakan persekutuan dalam hidup kita.

 

A. Dasar persekutuan

Keistimewaan persekutuan ialah kasih. Jadi Yohanes sering mendorong dalam suratnya: “Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih.” (1 Yoh 4:7-8).

Secara khusus ditekankan di sini bahawa “setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah”. Terdapat ramai orang agama yang mempunyai kasih dalam dunia hari ini. Adakah mereka semua “lahir dari Allah”? Sudah tentu tidak! “Kasih” (Agape) yang disebutkan di sini merujuk kepada kasih yang sesuai dengan kebenaran. “Kasih sejati” berasal daripada Tuhan. “Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya. Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita.” (1 Yoh 4:9-10).

Oleh kasih Tuhan, “Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.” (1 Yoh 1:9). Dengan itu, kita mempunyai pengetahuan kebenaran untuk membezakan antara yang baik dengan yang jahat dan juga mempunyai kekuatan rohani untuk mengatasi dosa kejahatan serta mempraktikkan “kasih sejati”.

“Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita” (1 Yoh 4:19) dan dengan itu saling mengasihi antara manusia dapat direalisasikan. Jadi “setiap orang yang mengasihi” akan dengan murah hati berkongsi manfaat ini dengan orang lain. Hal ini kerana mereka semuanya “lahir dari Allah”. Dengan kata yang lain, mereka memiliki hidup baharu kerana kelahiran kembali mereka sehingga mereka bersekutu dengan Tuhan dan dengan manusia, dan menunjukkan keistimewaan “kasih sejati”.

Oleh itu, untuk memasuki persekutuan rohani, seseorang harus dilahirkan daripada air dan Roh Kudus, iaitu pembaptisan kelahiran kembali. Pembaptisan ini mesti ada Roh Kudus, air dan darah yang memberikan kesaksian (1 Yoh 5:8) agar dapat memperoleh hidup yang dilahirkan kembali. Syarat penting ini diperlukan bagi persekutuan dengan Tuhan dan persekutuan dengan manusia. Nampaknya, tanpa Roh Kudus, air dan darah yang memberikan kesaksian, pembaptisan tidak dapat memasuki persekutuan rohani. Oleh itu, pembaptisan kelahiran kembali merupakan syarat asas untuk memasuki persekutuan.

 

B. Persekutuan dengan Tuhan

Percaya bahawa Yesus ialah Kristus dan Anak Tuhan, dan “lahir dari Allah”. Kepercayaan ini ialah permulaan persekutuan. Kita juga tahu bahawa: “Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya. Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita. Oleh itu, kita dapat mengadakan hubungan rohani yang erat dengan Tuhan.” (1 Yoh 4:9-10).

 

  1. Merasakan bahawa Tuhan diam di dalam kita

Tuhan bukan saja menyelamatkan dan menebus kita, Dia juga terus bersama dengan orang-orang yang mengasihi-Nya. “Dan demikianlah kita ketahui, bahwa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita.” (1 Yoh 3:24). Kaedah ini merupakan persekutuan antara manusia dengan Tuhan.

Kita sering berdoa, agar di dalam diri kita tetap ada pengurapan (Roh Kudus) yang telah kita terima daripada-Nya. Oleh sebab itu, tidak perlu kita diajar oleh orang lain. Tetapi sebagaimana pengurapan-Nya mengajar kita tentang segala sesuatu – dan pengajaran-Nya itu benar, tidak dusta – dan sebagaimana Ia dahulu telah mengajar kita, demikianlah hendaknya kita tetap tinggal di dalam Dia (1 Yoh 2:27). Roh Kudus menolong kita memahami seluruh kebenaran (1 Yoh 2:20), “supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya, Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.” (1 Yoh 5:20).

 

  1. Merasakan bahawa perintah Tuhan tidak berat / tidak sukar untuk dipegang

Oleh persekutuan dengan Tuhan, seseorang tahu bahawa dia harus memegang perintah Tuhan. Namun, ada harga yang harus dibayar untuk memegang perintah Tuhan. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan: “ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.” Dari segi kehendak manusia, siapa yang sanggup menanggung segala penderitaan di dunia? Manusia umumnya menghindari kesusahan dan mencari kesenangan. Tetapi orang yang “lahir dari Allah” sangat percaya bahawa perintah Tuhan tidak sukar untuk dipegang.

Ketika Tuhan Yesus menghadapi cawan pahit kayu salib, Dia pernah berdoa: “Ya Abba, ya Bapa, tidak ada yang mustahil bagi-Mu, ambillah cawan ini dari pada-Ku, tetapi janganlah apa yang Aku kehendaki, melainkan apa yang Engkau kehendaki.” (Mrk 14:36). Dari segi kehendak manusia, sememangnya tidak mudah untuk memegang perintah Tuhan. Tetapi Tuhan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Peluh-Nya menjadi seperti titik-titik darah. Dengan pertolongan Roh Tuhan, Dia dapat menyelesaikan perintah Tuhan. Dari sini kita dapat mengetahui bahawa memegang perintah Tuhan tidaklah susah asalkan kita berdoa dengan tekun!

Saudara-saudari dalam gereja mempunyai latar belakang dan keperibadian yang berbeza, dan boleh dikatakan rumit. Memang tidak mudah untuk mengasihi semua orang. Namun, perintah Tuhan menuntut kita untuk “memperlakukan kejahatan dengan kebaikan” dan bahkan “berdoa untuk orang jahat”. Sekiranya kita melakukan perintah ini, kita benar-benar mengasihi Tuhan.

Melihat dari sudut perintah Tuhan, siapa yang dapat memegang perintah Tuhan? “Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya.” (1 Yoh 5:14). Oleh itu, kita berdoa agar Tuhan memberi kekuatan kepada kita untuk mengasihi supaya kita dapat saling mengasihi. Dengan itu, kita dapat berkata dengan yakin: “Perintah-perintah-Nya itu tidak berat” (1 Yoh 5:3).

Dengan demikian, apabila seorang saudara bersalah terhadap saya, saya dapat berkata: “Dia tidak jahat, dia saudara saya”.

 

  1. Orang milik Tuhan pasti mengalahkan dunia

Dunia ini dikawal oleh Iblis. Tuhan Yesus menggelar Iblis sebagai “penguasa dunia ini” (Yoh 12:31). Oleh sebab umat dalam dunia tidak mengenal Tuhan dan tidak dapat melihat muslihat Iblis, maka Iblis pun mengambil kesempatan (1 Yoh 2:18-23), menutup hati manusia (1 Yoh 2:15-16), membuat semua orang tunduk kepadanya dan mentaatinya (1 Yoh 5:19). Walaupun Yudas merupakan murid yang dipilih oleh Tuhan, namun keserakahannya menyebabkan Iblis memasukinya dan dia masih tidak menyedarinya sehingga dia mengkhianati Tuhan (Luk 22:3-6).

Roh Iblis sering bekerja di dalam hati manusia. Roh ini membiarkan manusia hidup dalam hawa nafsu daging dan menuruti kehendak daging dan fikiran yang jahat. Pada dasarnya, mereka ialah orang-orang yang harus dimurkai (Ef 2:3). Ajaran sesat kontemporari menganggap material itu jahat. Mereka hidup dalam hawa nafsu daging  iaitu membiarkan roh-roh jahat bekerja di dalam hati. Banyak orang dalam dunia hari ini masih menjalani kehidupan dalam hawa nafsu daging dan tidak menganggap perbuatan itu jahat, iaitu tidak mengetahui muslihat si jahat.

Walaupun kita yang menjadi milik Tuhan hidup di dalam dunia, namun kita bukan dari dunia. Oleh penyelamatan dan penebusan Tuhan, kita melepaskan diri daripada kecemaran-kecemaran dunia dan hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia (2 Ptr 1:4, 2:20). Tuhan juga selalu memohon untuk kita supaya kita mempunyai kekuatan untuk mengalahkan si jahat (Yoh 17:14,15).

Hari ini, “seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat”. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membimbing mereka memahami muslihat si jahat dan kemudian mempercayai Tuhan Yesus supaya mereka dapat melepaskan diri daripada tangan si jahat.

Oleh yang demikian, anggota persekutuan rohani yakin bahawa mereka akan mengalahkan dunia (1 Yoh 4:4, 5:19). Jadi Yohanes tidak sabar untuk menyaksikan pengalaman persekutuan dengan Tuhan. Dia berkata: “Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup – itulah yang kami tuliskan kepada kamu. Hidup itu telah dinyatakan, dan kami telah melihatnya dan sekarang kami bersaksi dan memberitakan kepada kamu tentang hidup kekal, yang ada bersama-sama dengan Bapa dan yang telah dinyatakan kepada kami.” (Yoh 1:1-2).

Nampaknya, persekutuan dengan Tuhan merupakan perkara indah yang dapat dialami oleh semua orang dan juga patut dikongsi dengan orang lain.

 

C. Persekutuan dengan manusia

Selain persekutuan dengan Tuhan, persekutuan dengan manusia juga diperlukan untuk bertumbuh dalam Tuhan. Tujuan “melayani” Kristus harus dicapai melalui “persahabatan, penyempurnaan rohani dan saling membantu”. Dalam proses ini, kita akan mendapati bahawa persekutuan membolehkan pertumbuhan rohani kita hidup dalam keadilan, membezakan bermacam-macam roh, dan bersaksi bahawa Tuhan itu kasih. Tidak sukar untuk mengejar kesempurnaan dalam kasih. Oleh itu, persekutuan dengan manusia akan membawa sukacita kepada kita.

Menurut “beroleh persekutuan seorang dengan yang lain” yang disebut oleh Yohanes, kita akan mendapat butiran penting untuk memimpin persekutuan asalkan kita menguasai intinya. Seiman diminta untuk memikirkannya dengan sepenuh hati dan mengaplikasikannya dalam hidup. Dengan demikian, kita dapat menguasai kunci utama pertumbuhan gereja daripada persekutuan.

“Persekutuan”: Bahasa asal (koinoia) merujuk kepada persekutuan hidup. Inti persekutuan adalah seperti berikut:

  1. Persahabatan (Kis 2:42; Gal 2:9; 1 Yoh 1:7)

Hanya orang yang “dilahirkan kembali” yang dapat bersekutu antara satu sama lain (Yoh 3:7). Hal ini kerana hanya manusia rohani sahaja yang dapat memahami kepentingan persekutuan (1 Kor 2:11-16).

Langkah pertama persekutuan adalah dimulakan dengan persahabatan, dan tujuan persahabatan adalah untuk menjalinkan persaudaraan rohani (Mrk 3:35).

Yohanes sering menggelar pembacanya sebagai “anak-anakku”, dan kadang-kadang menyebut mereka “saudara-saudaraku”. Gelaran-gelaran ini bermaksud bahawa walaupun terdapat kelemahan pada pemercaya, mereka tetap saudara saya. Mereka mempunyai hubungan persaudaraan dan kasih sayang anggota saling memperhatikan juga ditunjukkan tanpa keraguan (1 Yoh 2:7).

Bagi pemercaya yang lemah, bolehkah kita menganggap “kelemahan saudara” sebagai “tanggungjawab saya”? Kasih adalah bahawa kita dapat menolong saudara saudari dengan segera apabila kita melihat mereka lemah.

Yohanes sangat berdedikasi terhadap pemercaya yang tersesat. Dia berusaha untuk mempertahankan mereka dan membangun kembali iman kepercayaan mereka. Semangat ini ialah semangat persekutuan.

Untuk mewujudkan persaudaraan rohani, adalah perlu untuk “mengenal pihak yang lain dan memperkenalkan diri sendiri”. “Mengenal pihak yang lain” bermaksud memahami keperluannya, memberikan pertolongan tepat pada masanya, dan belajar daripada pengalaman hidupnya. “Memperkenalkan diri sendiri” bermaksud mengambil inisiatif untuk memperkenalkan pengalaman hidup sendiri supaya pihak yang lain mengenali diri sendiri dan memenangkan kepercayaannya. Tugas ini merupakan tugas pertama dalam persekutuan dengan manusia.

 

  1. Penyempurnaan rohani (Ef 4:5; 1 Yoh 1:3,6)

Pembentukan persaudaraan rohani mesti didasarkan pada kebenaran, dan anggota persekutuan harus berdiri teguh pada posisi kebenaran untuk berkongsi pengalaman hidup dan memberitakan pesanan hidup (1 Yoh 1:3).

Oleh itu, tugas kedua persekutuan adalah untuk membolehkan pemercaya beroleh persekutuan yang baik dengan Tuhan (1 Yoh 1:3) agar nyawa rohani mereka dapat bertumbuh. Beri kesempatan kepada mereka untuk mengalami Firman hidup yang dapat dilihat dan didengar, bahkan diraba, pada masa yang sama dapat dinyatakan melalui hidup kita, dan memberikan kesaksian tentang betapa berharganya Firman hidup itu (1 Yoh 1:1-2).

Bagaimana membuatkan hidup rohani pemercaya bertumbuh?

  • Pembelajaran berkumpulan

Pertumbuhan hidup mesti menerima Firman hidup (1 Yoh 2:24), iaitu mesti dipelajari melalui Alkitab. Tetapi bagi orang-orang yang baru saja percaya, memang tidak mudah untuk mereka mendirikan kebiasaan membaca Alkitab dan berdoa secara bersendirian. Sekiranya ada pembelajaran berkumpulan, mereka dapat menyesuaikan diri dalam perihal penyempurnaan rohani dengan lebih mudah.

  • Hasil penerimaan lebih baik

Iman timbul daripada pendengaran. Namun pendengaran firman sehala tidak banyak memberikan hasil. Ada pepatah yang mengatakan: “Jika kamu memberi ikan kepada seseorang, dia akan makan selama sehari. Jika kamu mengajar dia tangkap ikan, dia akan makan sepanjang hayat”. Jadi kajian Alkitab dalam bentuk dialog memberikan hasil yang lebih baik. Oleh itu, “kajian Alkitab berkelompok” dalam persekutuan kumpulan keluarga dapat menyelesaikan tugas ini.

  • Hidup rohani pemercaya perlu bertumbuh besar agar tidak disesatkan

Yohanes memberikan peringatan: “Sebab banyak penyesat telah muncul dan pergi ke seluruh dunia, yang tidak mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia. Itu adalah si penyesat dan antikristus. Waspadalah, supaya kamu jangan kehilangan apa yang telah kami kerjakan itu, tetapi supaya kamu mendapat upahmu sepenuhnya. Setiap orang yang tidak tinggal di dalam ajaran Kristus, tetapi yang melangkah keluar dari situ, tidak memiliki Allah. Barangsiapa tinggal di dalam ajaran itu, ia memiliki Bapa maupun Anak. Jikalau seorang datang kepadamu dan ia tidak membawa ajaran ini, janganlah kamu menerima dia di dalam rumahmu dan janganlah memberi salam kepadanya. Sebab barangsiapa memberi salam kepadanya, ia mendapat bagian dalam perbuatannya yang jahat.” (2 Yoh 7-11).

Hari ini, penyesat telah semakin ramai. Oleh itu, kita harus mementingkan pertumbuhan hidup rohani secara keseluruhan.

 

  1. Saling membantu (Rm 15:1; 2 Kor 8:4; Flp 3:10; Flm 5-6)

Adakah persekutuan rohani memberikan rasa kekitaan kepada anggota? Adakah persekutuan mempunyai kepekaan hati yang dapat menunjukkan empati dalam perkara kecil? Apabila seiman mencapai kejayaan, kita mengucapkan tahniah kepada dia dengan sedikit hadiah. Apabila dia lemah, kita juga menunjukkan keprihatinan dengan perbuatan yang praktikal. Keprihatinan penuh kasih seperti itu akan memberikan rasa kekitaan terhadap gereja kepada kita. Kebenaran “air sejuk secangkir” inilah yang ditekankan oleh Tuhan (Mat 10:42).

Yohanes juga menegaskan: “Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya? Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran.” (1 Yoh 3:17-18).

Malang sekali, kasih kecil semacam ini sebahagian besarnya ditanggung oleh para pejabat kudus. Rata-rata gereja belum dapat memberikan peluang pendidikan ini kepada pemercaya melalui persekutuan. Tidak hairanlah bahawa banyak orang tidak dapat menemukan rasa penyertaan dalam gereja.

Gereja harus mengajar pemercaya untuk lihat anak pandang menantu, berempati antara satu sama lain, dan menyatakan keprihatinan batin mereka dalam perkara-perkara kecil yang berkaitan dengan kasih. Yohanes pernah mendorong kita: “Kalau ada seorang melihat saudaranya berbuat dosa, yaitu dosa yang tidak mendatangkan maut, hendaklah ia berdoa kepada Allah dan Dia akan memberikan hidup kepadanya, yaitu mereka, yang berbuat dosa yang tidak mendatangkan maut.” (1 Yoh 5:16); “Bersukacitalah dengan orang yang bersukacita, dan menangislah dengan orang yang menangis!” (Rm 12:15). Demikianlah prestasi nyata saling mengasihi (1 Yoh 3:11).

Apabila setiap pemercaya belajar untuk saling membantu dalam perkara-perkara kecil, mereka pasti akan mempunyai rasa kekitaan yang kuat terhadap gereja. Tugas ini merupakan tugas utama ketiga bagi persekutuan.

 

  1. Pelayanan (Flp 1:5; 1 Kor 1:9, 10:16-17)

Sekiranya anggota persekutuan penuh dengan daya hidup rohani, mereka akan mengambil bahagian dalam pelbagai pelayanan secara aktif. Gayus merupakan kesaksian yang terbaik. Jadi Yohanes memujinya: “Sebab aku sangat bersukacita, ketika beberapa saudara datang dan memberi kesaksian tentang hidupmu dalam kebenaran, sebab memang engkau hidup dalam kebenaran. Bagiku tidak ada sukacita yang lebih besar dari pada mendengar, bahwa abak-anakku hidup dalam kebenaran. Saudaraku yang kekasih, engkau bertindak sebagai orang percaya, di mana engkau berbuat segala sesuatu untuk saudara-saudara, sekalipun mereka adalah orang-orang asing. Mereka telah memberi kesaksian di hadapan jemaat tentang kasihmu. Baik benar perbuatanmu, jikalau engkau menolong mereka dalam perjalanan mereka, dengan suatu cara yang berkenan kepada Allah.” (3 Yoh 3-6).

Sekiranya anggota persekutuan tidak tahu menumpukan diri dalam pelbagai pelayanan, sebilangan kecil orang akan dianggap sebagai “orang yang berkebolehan harus melakukan lebih banyak kerja” dalam pelayanan. Oleh itu, mereka sering “memegang banyak jawatan”, manakala kebanyakan orang lain pula “berpeluk tubuh”. Bagaimana gereja dapat berkembang?

Bagaimana membuatkan semua anggota dalam persekutuan melakukan sesuatu? Caranya adalah dengan terus-menerus mencungkil bakat dan memanfaatkan bakat serta memberikan lebih banyak peluang pelayanan (Ef 4:12). Membolehkan setiap anggota belajar “menjadi hamba Tuhan” dalam pelayanan merupakan tugas utama keempat bagi persekutuan.

 

D. Sukacita dalam persekutuan

Persekutuan rohani pasti akan membawa lebih banyak faedah kepada seluruh pemercaya.

  1. Sukacita melakukan firman

Yohanes berkata: “Dan semuanya ini kami tuliskan kepada kamu, supaya sukacita kami menjadi sempurna.”

“Semuanya ini” merujuk kepada pengalaman dan perkongsian persekutuan (1 Yoh 1:1-3). Perkongsian pengalaman persekutuan dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya adalah seperti persahabatan, kajian Alkitab berkelompok, bantu-membantu, doa syafaat, surat, dan sebagainya.

Dalam perkongsian lisan, seseorang boleh berbicara secara lepas laku dan menyatakan pelbagai jenis perasaan rohani secara cergas. Walau bagaimanapun, perkongsian lisan menghadapi keterbatasan masa dan ruang. Jika maklumat disampaikan secara bertulis, perkongsian persekutuan rohani dapat menempusi keterbatasan masa dan ruang. Sekiranya kita ingin mempromosikan perkongsian pengalaman rohani seiman di seluruh dunia, kita harus mementingkan penerbitan dan promosi bahan kesusasteraan rohani untuk mencapai tujuan perkongsian. Terutamanya dalam zaman sekarang dengan Internet yang maju, bahan kesusasteraan akan lebih memudahkan perkongsian rohani.

Yohanes berkata: “Bagiku tidak ada sukacita yang lebih besar dari pada mendengar, bahwa anak-anakku hidup dalam kebenaran.” (3 Yoh 4).

Sukacita merupakan sifat asal agama Kristian. Kita dapat menjalin persekutuan rohani melalui penebusan dosa oleh Tuhan dan hidup yang dilahirkan kembali. Hal ini kerana anggota persekutuan akan mendapati dalam kehidupan persekutuan bahawa teman sejati hanya dapat ditemukan dalam persekutuan. Oleh itu, setiap kali mereka mempunyai masa lapang, mereka akan mencari rakan-rakan seiman untuk berkumpul dan berbual tentang segalanya. Topik perbualan mereka biasanya merupakan perkataan untuk membangun. Contohnya menyentuh tentang cara memimpin kawan pencari Injil, cara menggerakkan kerja suci yang dipercayakan oleh gereja dan sebagainya. Mereka masing-masing dibangunkan dalam perbualan itu dan ada sukacita yang tidak terucapkan dalam roh. Alkitab mencatatkan: “Beginilah berbicara satu sama lain orang-orang yang takut akan TUHAN: “TUHAN memperhatikan dan mendengarnya; sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang-orang yang takut akan TUHAN dan bagi ornag-orang yang menghormati nama-Nya.”” (Mal 3:16). Kehidupan persekutuan bukan hanya berkisar tentang perkumpulan di gereja, tetapi mencakupi semua aspek kehidupan. Dengan itu, kita dapat membuktikan bahawa kehidupan kita juga dapat disesuaikan dengan dunia, kita bukannya memencilkan diri.

 

  1. Sukacita kesatuan Tuhan dengan manusia

Kita sedia maklum bahawa tidak ada seorangpun yang dapat mengasihi sepenuhnya jika bergantung pada dirinya sendiri. Hanya dalam kasih Kristus dan oleh darah yang terus-menerus membersihkan semua kejahatan kita, barulah Roh Tuhan dapat diam di dalam kita selama-lamanya supaya kita beroleh persekutuan dengan Tuhan, menerima kekuatan rohani, dan mempraktikkan kehidupan saling mengasihi. Dengan itu, kita tahu bahawa kita “tetap berada di dalam kasih”.

Ketika kita hidup dalam persekutuan yang saling mengasihi, kita memiliki keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa cacat kerana “penebusan dosa oleh Tuhan”; dan beroleh persekutuan yang rapat dengan Tuhan kerana “bantuan Roh Kudus”. Kita juga memahami dengan lebih mendalam bahawa barangsiapa “tetap berada di dalam kasih”, ia “tetap berada di dalam Allah”. Kehidupan ini ialah kehidupan “kesatuan Tuhan dengan manusia”.

Banyak pertubuhan hari ini juga menekankan kepentingan kasih, tetapi kasih hanya dapat dimiliki melalui hidup yang dilahirkan kembali dan pembaharuan rohani. Oleh itu, para seiman yang telah melalui kedua-dua baptisan air dan Roh dapat membentuk “persekutuan kasih”. Persekutuan kasih ini dapat memimpin semua orang untuk membangun diri sendiri di atas dasar iman yang paling suci, berdoa dalam Roh Kudus, dan memelihara diri dalam kasih Tuhan. Kemudian, mereka dapat menikmati kehidupan indah “kesatuan Tuhan dengan manusia” dan memperoleh sukacita berlimpah-limpah dalam roh (1 Yoh 2:5, 4:13,16).

 

  1. Sukacita hidup yang kekal

Apabila Firman hidup diam di dalam hati kita, kita dapat hidup dalam Firman hidup. Kemudian, kita akan menerima kuasa Bapa dan dapat yakin bahawa Tuhan pasti memberikan hidup yang kekal kepada manusia (1 Yoh 2:25). Janji Tuhan tidak ada yang tidak dipenuhi kerana Tuhan tidak berdusta.

“Adakah anda diselamatkan?” Ramai orang yang percaya kepada Tuhan suka bertanyakan soalan ini. Dengan kata yang lain, soalan ini mengingatkan umat manusia, “Adakah anda mempunyai pengharapan hidup yang kekal?” Sekiranya anda tidak tahu cara menjawab soalan ini, atau sukar untuk menguasainya pada masa ini, maka kita hidup dalam ketakutan dan kegelisahan.

Tetapi kita telah menerima pembaptisan kelahiran kembali dan pembaharuan Roh Kudus, maka kita mengetahui dengan jelas bahawa Yesus Kristuslah Tuhan yang benar dan Dialah sumber hidup yang kekal (1 Yoh 5:20). Setelah merasai manfaat kehidupan persekutuan rohani, kita tahu bahawa kita diam di dalam Tuhan (1 Yoh 3:24), iaitu diam di dalam Yesus Kristus dan menerima hidup yang kekal. Dengan demikian, tidak sukar untuk kita memegang perintah-perintah Tuhan. Kita bukan saja mengalahkan dunia dengan bersandarkan Tuhan tetapi juga terus bersaksi bahawa nama Tuhan boleh dipercayai. Selagi kita berkata-kata dan bertindak dalam nama-Nya, kita berjalan dalam terang dan berjalan menuju jalan hidup yang kekal. Perkara ini amat menggembirakan.

Maka tidak hairanlah bahawa Paulus menyanyikan lagu kemenangan ketika dia menghadapi maut: “Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan…” (2 Tim 4:7,8). Manusia mempunyai sukacita yang sejati kerana telah menguasai janji hidup yang kekal.

 

KESIMPULAN

Dalam akhir zaman ini, pembacaan teliti surat penatua Yohanes mendatangkan rasa kemesraan dan menyedarkan kita bahawa “kasih” merupakan ubat yang manjur bagi penyakit rohani orang moden. Kasih juga merupakan pusat utama Injil kerana kasih datang daripada pengetahuan tentang kebenaran.

Sekiranya mahu pemercaya mempunyai rasa percaya terhadap gereja, maka gereja benar harus bekerja lebih keras dalam aspek kebenaran persekutuan dan tidak boleh mengabaikannya. Hanya pelaksanaan kerja persekutuan saja yang dapat berdiri teguh dalam angin paganisme di samping dapat berkongsi “kasih sejati” dengan orang-orang milik Tuhan dan memahami bahawa kasih adalah dengan mempraktikkan kebenaran. Kasih pada tahap tertinggi bermaksud pasti ada kebenaran di dalam hati.

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I, II, III YOHANES (I)

PANDUAN PEMBACAAN KITAB I, II, III YOHANES (I)

 

PERSEKUTUAN DALAM ROH (I)

Manusia dalam dunia sering mempunyai harapan yang indah untuk masa depan. Seiring berlalunya masa, mereka selalu menantikan impian menjadi kenyataan, tetapi mereka bagai apabila orang miskin menghendaki wang, ia mendapat anak. Walaupun sains telah berkembang maju seiring dengan sejarah umat manusia, namun sains masih tidak dapat mengurangi kesusahan dan kebimbangan hidup seseorang. Sekiranya bukan Kristus yang menjadi manusia dan membawa fajar kepada zaman kegelapan, manusia tentunya tetap berada dalam keadaan yang putus harapan.

Oleh itu, Injil Kristus telah tersebar ke seluruh kerajaan Rom melalui para rasul hanya dalam masa beberapa dekad, dan gereja Tuhan telah tumbuh bagai cendawan. Oleh sebab penyebaran Injil secara lisan yang cepat pada zaman awal, maka sebilangan pemercaya tidak memiliki pemahaman penuh tentang kebenaran. Mereka dipengaruhi oleh ajaran sesat kontemporari kerana kurang pemahaman. Antara ajaran sesat yang agak terkenal ialah Gnostik (Gnostic). Tidak kira pada zaman Perjanjian Lama atau Perjanjian Baru, kita boleh mendapati bahawa si jahat akan terus menerus mencari peluang untuk membuat kerosakan ketika pekerjaan Tuhan makmur. Sebagai warga Kerajaan Tuhan, kita harus berhati-hati terhadap perkara ini.

Selain mengunjungi dan menggembala jemaat secara peribadi, para penginjil pada waktu itu selalu menggunakan surat untuk mengajar pemercaya. Kitab I, II dan II Yohanes merupakan sepucuk surat. Menurut legenda, Yohanes menulis surat terbuka kepada jemaat-jemaat di Asia sebagai seorang senior rohani pada masa tuanya (penulis mungkin menulis kitab ini sebelum tahun 81 M). Daripada sentimen rohani yang dinyatakan dalam isi kandungan surat, surat-surat ini seperti surat untuk keluarga. Gembala ini menyedari bahawa ajaran sesat Gnostik adalah sangat dahsyat. Orang yang menyebarkan ajaran sesat tidak menghiraukan kewujudan dosa dan keperluan penyelamatan penebusan. Komunikasi rohani antara manusia dengan Tuhan tersekat, dan standard moral hubungan sesama manusia secara semula jadi merundum. Kasih yang berharga juga telah hilang sesama manusia.

Berdasarkan alasan di atas, Yohanes ingin memperbetulkan kekeliruan ini. Dia berusaha sedaya upaya untuk membuktikan bahawa Yesus benar-benar ialah Firman yang telah menjadi manusia. Dia juga membuktikan fakta ini melalui pengalaman peribadinya iaitu persekutuan dengan Tuhan (iaitu persekutuan). Walau bagaimanapun, seseorang harus terlebih dahulu mengenali kedahsyatan dosa dan menerima anugerah pengampunan Kristus untuk merasakan sukacita persekutuan dengan Tuhan, menikmati hak sebagai anak-anak Tuhan, dan mengalami kehidupan saling mengasihi. Dengan demikian, dia benar-benar dapat memasuki alam kebenaran syurgawi. Oleh itu, kita mengambil “persekutuan dalam roh” sebagai tema kitab I, II dan III Yohanes untuk melihat kebenaran penting dalam surat ini.

 

A. Mengapa pemercaya pada zaman itu disesatkan?

Dalam surat Yohanes, kita dapat melihat bahawa api kemarahan Yohanes ditujukan kepada sekumpulan orang yang tidak termasuk dalam jemaat, tidak lagi bersekutu dengan jemaat, dan telah memutuskan hubungan rohani dengan jemaat. Mereka telah menjadi kumpulan penyesat (1 Yoh 2:18-19, 4:1; 2 Yoh 7). Mereka tidak lagi mendengarkan Yohanes dan jelas terpengaruh dengan roh yang menyesatkan (1 Yoh 4:6).

Daripada surat tersebut, kita dapat memahami bahawa jemaat sangat dipengaruhi oleh Gnostik, ajaran sesat kontemporari. Mereka juga disebut “antikristus”. Oleh itu, mereka secara langsung mencabar kuasa kerasulan Yohanes. Di samping itu, mereka juga menghantar guru-guru palsu untuk berusaha mempengaruhi pemercaya agar pemercaya tidak menerima Yesus sebagai Kristus dan Anak Tuhan (1 Yoh 2:27; 2 Yoh 9-11). Dari perspektif ini, orang-orang ini cukup teratur / berorganisasi dan bilangan mereka juga tidak sedikit (1 Yoh 2:18, 4:5).

 

B. Apakah kesalahan iman kepercayaan mereka?

  1. Kristologi yang salah
  • Kristologi pihak lawan

Mula-mula sekali, Yohanes menyerang Kristologi pihak lawan itu.

Ajaran sesat kontemporari, Gnostik (Gnostic) mendakwa bahawa roh itu baik dan material itu jahat. Maka tubuh badan dan iman kepercayaan merupakan dua perkara yang berbeza. Yesus dalam sejarah dan Kristus dalam kepercayaan juga merupakan dua perkara yang berbeza.

Butir utama dalam perbahasan antara Gnostik dengan agama Kristian ialah keperibadian Kristus. Mereka berfikiran bahawa Tuhan yang rohani tidak dapat bersatu dengan tubuh jasmani material. Oleh itu, mereka mempunyai dua pandangan yang berbeza mengenai Kristus:

      • Kristus bukan manusia, tetapi tubuh rohani. Kristus merupakan bayangan ilusi di mata manusia dan tidak mempunyai kewujudan yang sebenarnya
      • Yesus mempunyai keperibadian Semasa Dia dibaptis, roh Kristus memasuki tubuh-Nya, dan sebelum Yesus disalibkan, roh Kristus meninggalkan-Nya. Pernyataan ini menyebabkan kebingungan tentang sifat keilahian dan kemanusiaan Yesus.

Mereka menyangkal bahawa Yesus ialah Anak Tuhan (1 Yoh 2:23); mereka tidak mengaku bahawa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia (1 Yoh 4:2; 2 Yoh 7). Oleh itu, mereka menyangkal bahawa Yesus ialah Kristus (1 Yoh 2:22).

 

  • Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh
      • Tubuh badan itu material, tetapi tidak jahat! Yesus pernah berkata: “Siapakah di antaramu yang membuktikan bahwa Aku berbuat dosa? Apabila Aku mengatakan kebenaran, mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku?” (Yoh 8:46). Walaupun Tuhan Yesus datang ke dunia dalam rupa manusia, namun Dia bukan saja tidak berbuat dosa, tetapi Dia juga memuliakan Tuhan dan memberikan manfaat kepada manusia. Oleh itu, Yohanes mendorong pemercaya: “Anak-anakku, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar;” (1 Yoh 3:7). Nampaknya, dakwaan bahawa tubuh badan itu material yang jahat adalah tidak benar.
      • Yesus ialah Kristus (1 Yoh 5:1). Yesus Kristus telah datang sebagai manusia (1 Yoh 4:2,15, 5:5; 2 Yoh 8-11). Rahsia ini ialah rahsia dalam roh. Paulus bersaksi: “Dan sesungguhnya agunglah rahasia ibadah kita: “Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia, dibenarkan dalam Roh; yang menampakkan diri-Nya kepada malaikat-malaikat, diberitakan di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah; yang dipercayai di dalam dunia, diangkat dalam kemuliaan.”” (1 Tim 3:16). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Tuhan menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia dan menyatakan kuasa Tuhan sebagai raja. Dia dapat menyembuhkan orang sakit dan mengusir syaitan, menebus dosa manusia di atas kayu salib, dan kemudian mengalahkan maut, mati dan dibangkitkan. Dia memiliki semua kekuasaan di langit dan bumi. Maka Yesus di dunia bukan hanya Anak Manusia tetapi juga Anak Tuhan (1 Yoh 1:3,7, 2:23, 3:8,23, 4:9,10,15, 5:11).
      • Seseorang hanya dapat memperoleh persekutuan rohani yang sebenar dengan mengetahui bahawa Yesus itu Firman yang telah menjadi manusia. Yohanes secara peribadi pernah bergaul dengan Yesus dalam sejarah. Dia juga pernah melihat Yesus yang telah dibangkitkan dengan matanya sendiri, dan mengalami bahawa Yesus menyatakan kekuasaan Kristus. Oleh itu, dengan pembaharuan dan pengalaman hidupnya, dia menyaksikan persekutuan rohani dia dengan Tuhan dan dengan orang lain secara bersungguh-sungguh. Dia berkata: “Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup–itulah yang kami tuliskan kepada kamu. Hidup itu telah dinyatakan, dan kami telah melihatnya dan sekarang kami bersaksi dan memberitakan kepada kamu tentang hidup kekal, yang ada bersama-sama dengan Bapa dan yang telah dinyatakan kepada kami. Apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar itu, kami beritakan kepada kamu juga, supaya kamupun beroleh persekutuan dengan kami. Dan persekutuan kami adalah persekutuan dengan Bapa dan dengan Anak-Nya, Yesus Kristus. Dan semuanya ini kami tuliskan kepada kamu, supaya sukacita kami menjadi sempurna.” (1 Yoh 1:1-4). Nampaknya, persekutuan dalam roh boleh disertai oleh semua orang yang menjadi milik Tuhan.

 

  • Kristologi palsu Zaman Baru

Dari pertengahan abad ke-20 hingga awal abad ke-21, terdapat idea teologi yang serupa dengan Gnostik yang timbul bagai api padam puntung berasap dan sangat mempengaruhi orang-orang generasi ini. Kita tidak boleh mengabaikan perkara ini.

Orang-orang yang menggerakkan Gerakan Zaman Baru berpendapat bahawa Yesus hanyalah salah satu daripada manusia yang paling berdaya usaha. Dia dan pemimpin-pemimpin agama lain serta orang-orang hebat (seperti Muhammad, Confucius, dan lain-lain) adalah salah satu daripada “Kristus”, dan setiap mereka juga mempunyai unsur “Kristus”, tetapi mesti melalui “keadaan kesedaran yang bermutasi” untuk memahaminya. Zaman Baru menyebut proses dan pemahaman ini sebagai “Kesedaran Kristus” (Christ consciousness). Sekiranya anda pernah berhubung dengan tokoh-tokoh Zaman Baru, anda akan tahu bahawa mereka sering memetik daripada Alkitab. Namun, mereka hanya mengambil teks secara konteks dan sama sekali tidak mempercayai Alkitab. Mereka bahkan menggunakan beberapa kitab yang bukan ortodoks (contohnya: Injil Thomas, Gospel of Thomas). Para sarjana percaya bahawa kebolehpercayaan dokumen Zaman Baru adalah sangat rendah, semuanya merupakan karya pada masa kemudian, dam penulisnya juga tidak dapat dikenalpasti. Di samping itu, hal yang paling penting ialah karya-karya itu mempunyai idea teologi Gnostik.

Beberapa buku Zaman Baru memberitahu bahawa Yesus pernah pergi ke India, Tibet, Parsi dan tempat-tempat lain ketika berusia 12 – 30 tahun untuk belajar. Dia belajar Dharma dengan guru-guru Buddha dan Hindu. Setelah mempelajari pelbagai keajaiban dan kaedah pelaksanaannya, Dia kemudiannya kembali ke Israel untuk menyebarkan agama, dan akhirnya mengaku sebagai Anak Tuhan. Terdapat satu filem yang bertajuk “Jesus the Lost Years” dalam Zaman Baru yang dirakamkan berdasarkan pernyataan ini.

Pernyataan semacam ini sebenarnya tidak sesuai dengan catatan Alkitab. Walaupun Alkitab tidak mencatatkan tempoh masa ketika Yesus berusia 12 – 30 tahun, namun Alkitab mencatatkan bahawa semua orang mengenali Yesus sebagai anak tukang kayu (Mrk 6:3; Mat 13:55). Nampaknya, Yesus benar-benar tinggal di Nazaret ketika Dia berusia 12 – 30 tahun. Selain itu, tanda mukjizat air yang berubah menjadi anggur semasa jamuan perkahwinan di Kana merupakan tanda mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus (Yoh 2:11). Peristiwa ini menunjukkan bahawa tanda mukjizat Yesus bukanlah dipelajari-Nya ketika Dia berusia 12 – 30 tahun.

Jangan berfikir bahawa perkara-perkara dalam Zaman Baru ialah perkara-perkara aneh yang jauh daripada anda. Sebenarnya, perkara-perkara ini ada di merata tempat. Sebagai contoh: beberapa gereja mengajar kaedah visualisasi ketika berdoa; idea humanisme dan anti-Kristus telah menyerang sekolah. Banyak filem, rancangan televisyen dan novel moden juga mengandungi idea Zaman Baru. Contohnya, “Kekuatan” (The Force) dalam “Star Wars” telah mempengaruhi banyak orang dan membuatkan orang berfikir bahawa Tuhan hanyalah sejenis kekuatan dalam alam semesta.

Kita harus meneladani semangat Yohanes yang mempertahankan firman. Demi iman kepercayaan generasi ini, kita seharusnya memperingatkan pemercaya supaya tidak membiarkan idea-idea ajaran sesat menembusi hati mereka. Kita juga harus mengambil langkah positif untuk meningkatkan kualiti rohani melalui kehidupan persekutuan agar dapat melawan serangan si jahat.

 

  1. Teori penyelamatan dan penebusan yang salah
  • Teori penyelamatan dan penebusan kontemporari yang salah

Antikristus percaya bahawa tubuh itu material yang jahat. Seseorang perlu meninggalkan alam material dan memasuki alam rohani. Terdapat banyak cara untuk melepaskan diri. Cara menjauhkan diri daripada kegelapan dunia material dan memasuki terang yang paling utama adalah dengan menggunakan pengetahuan misteri (selalunya melalui media). Alam milik Tuhan tidak memerlukan penyelamatan dan penebusan Kristus. Dengan demikian, anugerah keselamatan Kristus adalah berlebihan!

Mereka percaya bahawa bahagian sifat manusia Yesus itu jahat. Jadi bagaimana penderitaan-Nya dapat menyelamatkan dan menebus umat manusia? Mereka juga berpendapat bahawa Kristus itu roh, jadi bagaimana Dia dapat menderita? Oleh itu, pekerjaan Tuhan Yesus di dunia, terutamanya kematian penebusan-Nya juga dinafikan. Akibatnya, teori penyelamatan dan penebusan Kristian sudah jadi abu arang.

Teori ini adalah sejenis sinkretisme (syncretism) yang dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai pemikiran agama: cenderung ke arah pengalaman subjektif, menjadikannya mutlak dan mengabaikan nilai rasional.

 

  • Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh

Dunia melambangkan kegelapan. Kegelapan merujuk kepada kerosakan moral dan etika. Kegelapan juga merujuk kepada pemikiran yang penuh dengan keinginan, kesenangan, diri, dan materialistik. Jadi dunia yang disebut di sini tidak merujuk kepada dunia material yang diciptakan oleh Tuhan; tetapi merujuk kepada dunia yang memberontak (1 Yoh 2:2,16, 3:13, 4:5, 5:19). Jika kita mengatakan bahawa kita beroleh persekutuan dengan Tuhan, namun kita hidup di dalam kegelapan, kita berdusta dan kita tidak melakukan kebenaran. Tuhan itu terang. Jika kita beroleh persekutuan dengan Dia, kita hidup di dalam terang. Secara semula jadinya, kita akan melihat dosa-dosa sendiri. Sekiranya seseorang rela mengaku dosanya dan bertaubat, darah Tuhan yang bernilai pasti akan menyucikan dosanya (1 Yoh 2:8, 1:9, 2:9,11).

Dunia material tidak gelap. Manusia tidak perlu melepaskan diri daripada dunia material. Mereka boleh melepaskan diri daripada kerosakan / kehancuran asalkan mereka menerima bahawa Yesus itu terang dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

      • “Jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil.” Yang adil di sini bermaksud bahawa Tuhan Yesus Kristus merupakan orang yang tidak berdosa (1 Yoh 3:7). Malaikat (Luk 1:35), Petrus (1 Ptr 2:22), dan Pilatus (Luk 23:22) pernah bersaksi bahawa Tuhan tidak mempunyai dosa. Bayangkan bahawa ada seseorang di dunia ini yang tidak berdosa dan boleh menjadi pengantara kita? “Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia.” (1 Yoh 2:2).
      • Yesus datang dengan air dan darah. “Dan Rohlah yang memberi kesaksian, karena Roh adalah kebenaran. Sebab ada tiga yang memberi kesaksian [di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu. Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi]: Roh dan air dan darah dan ketiganya adalah satu. Kita menerima kesaksian manusia, tetapi kesaksian Allah lebih kuat. Sebab demikianlah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya.” (1 Yoh 5:6-9). Setelah kita dibaptis, jelas bahawa si jahat tidak dapat menjamah kita. Asalkan kita meminta menurut kehendak Tuhan, Dia akan mengabulkannya (1 Yoh 5:14-18).
      • Yohanes menekankan bahawa asalkan seseorang mengetahui fakta dosa dan bersedia untuk bergantung kepada Tuhan dalam menebus dosanya, dia akan dapat menikmati persekutuan rohani dalam terang. Fakta ini tidak boleh dinafikan. Oleh itu, Yohanes berkata: “Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain, dan darah Yesus, Anak-Nya itu, menyucikan kita dari pada segala dosa.” (1 Yoh 1:7).

 

  • Teori penyelamatan dan penebusan diri yang salah dalam Zaman Baru

Gerakan Zaman Baru mempunyai konsep reinkarnasi. Reinkarnasi bermaksud bahawa setiap roh jiwa telah menjadi manusia dan datang ke dunia berkali-kali, dan setiap pengalaman merupakan pembalasan atas perbuatan dalam hidup sebelumnya (hukum sebab dan akibat). Tetapi Alkitab mengajar: “… manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi.” (Ibr 9:27). Pernyataan ini bukan bererti bahawa manusia akan mati berkali-kali, dan setiap kali ada peluang kemajuan. Sebenarnya, secara terang-terangan, konsep ini hanyalah satu cara untuk melihat penderitaan dalam hidup ini sebagai cara “penebusan dosa sendiri”, dan kayu salib Kristus tidak mempunyai fungsi.

Selain itu, pemikiran seperti ini akan menyebabkan manusia tidak mempunyai belas kasihan terhadap penderitaan orang lain. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa penderitaan orang lain hanyalah penebusan dosa bagi diri mereka sendiri.

Selain mempercayai reinkarnasi, orang-orang dalam Zaman Baru juga dipengaruhi oleh teori evolusi (evolution). Mereka beranggapan bahawa setiap roh jiwa belajar pelajarannya dan berkembang maju dalam setiap reinkarnasi. Sekiranya demikian, masyarakat manusia sepatutnya maju dari hari ke hari, tetapi hal ini tidak berlaku.

Ada satu lagi perkara yang tidak masuk akal. Umumnya, kebanyakan orang tidak mengetahui kehidupan mereka sebelumnya. Bagaimana mereka boleh bertambah baik? “Kesaksian” reinkarnasi yang kita dengar merupakan ingatan intuitif (intuitive recall), ingatan spontan (spontaneous recall), ingatan psikik (psychic recall) atau ingatan hipnotik (hypnotic recall). Kaedah-kaedah ini sebenarnya tidak dapat dibuktikan. Jadi kita harus berhati-hati dalam menghadapinya.

 

  1. Konsep etika yang menyimpang
  • Konsep etika kontemporari yang salah

Bidang utama ketiga yang diserang oleh Yohanes ialah etika kehidupan mereka. Walaupun Yohanes tidak menyebut tentang tingkah laku mereka yang tidak beretika secara khusus, tetapi daripada keluhan Yohanes, kita boleh mengetahui bahawa pihak lawannya mendakwa bahawa mereka ialah orang Kristian, dan mereka dapat beroleh persekutuan dengan Tuhan melalui kaedah misteri (1 Yoh 1:6). Oleh itu, mereka mendakwa bahawa mereka mengenal Tuhan (1 Yoh 2:4); ada di dalam Tuhan (1 Yoh 2:6); lahir dari Tuhan (1 Yoh 3:9); dan mengasihi Tuhan (1 Yoh 5:2).

Mereka juga menekankan dualisme baik dan jahat. Mereka mempercayai bahawa roh itu baik dan material itu jahat. Maka, melampiaskan keinginan ataupun berpuasa keinginan tidak akan mempengaruhi kerohanian manusia. Oleh itu, mereka berhak untuk hidup sesuka hati mereka. Mereka hidup di dalam kegelapan (1 Yoh 1:6); tidak mengaku dosa (1 Yoh 1:8,10); tidak menuruti perintah (1 Yoh 2:4); tidak hidup sama seperti Kristus telah hidup (1 Yoh 2:6, 3:3-6); dan tidak kisah tentang dosa (1 Yoh 3:3-6,7-8,9-10).

Mereka mengambil berat tentang keselamatan individu tetapi mengabaikan konsep keselamatan keseluruhan. Dengan itu, manusia akan mementingkan dirinya dan kekurangan kasih.

 

  • Yohanes mengusulkan hujah yang sungguh-sungguh
      • Siapa yang benar-benar mengenal Tuhan?

“Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya.” (2:3).

 

      • Kelahiran semula yang sebenar ialah orang yang berbuat kebenaran (1 Yoh 2:29)

“Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah.” (1 Yoh 3:9).

 

      • Kelahiran semula yang sebenar ialah diam dalam Tuhan

“Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup.” (1 Yoh 2:5-6,24,27, 3:6,24).

 

      • Kelahiran semula yang sebenar tahu untuk saling mengasihi

“Setiap orang yang percaya, bahwa Yesus adalah Kristus, lahir dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi Dia yang melahirkan, mengasihi juga dia yang lahir dari pada-Nya.” (1 Yoh 5:1).

“Jikalau seorang berkata: “Aku mengasihi Allah,” dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, karena barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya. Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.” (1 Yoh 4:20-21).

“Barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari Iblis.” Maka kejarlah kehidupan yang tidak berbuat dosa (1 Yoh 3:8-9)

“Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri…” (1 Yoh 1:8). Setiap orang harus mengaku dosanya dan berdoa agar disucikan dengan darah Tuhan yang bernilai (1 Yoh 1:7,9).

      • Kejarlah kehidupan yang tidak berbuat dosa dalam hidup ini (1 Yoh 2:1). Dengan itu, si jahat tidak dapat menjamah anak-anak Tuhan (1 Yoh 5:18).
      • Walaupun kita telah “melalui” Firman hidup (1 Yoh 1:1-3, 2:7,29, 3:14, 5:13), kita masih belum dapat menjadi sama seperti Kristus (1 Yoh 3:2-3). Oleh itu, kita harus mengejar kehidupan yang tidak berbuat dosa. Selagi kita hidup dalam persekutuan dan menuruti firman Tuhan, di dalam kita sungguh sudah sempurna kasih Tuhan; dengan itulah kita ketahui, bahawa kita ada di dalam Dia. Apabila bertemu dengan Tuhan pada masa kelak, kita akan menjadi sama seperti Tuhan (1 Yoh 2:5).

 

  • Konsep etika yang salah dalam Zaman Baru

Zaman Baru percaya bahawa keseluruhan segala sesuatu dalam alam semesta ialah Tuhan. Pemikiran ini ialah pemikiran “pantheisme”. Mereka juga mempromosikan “monisme” yang bermaksud bahawa langit dan bumi dan segala isinya adalah satu.

Pantheisme dan monisme mempunyai masalah logik masing-masing. Sekiranya manusia dan segala-galanya adalah bersifat ilahi (divine), maka bukan hanya anda dan saya ialah tuhan, tetapi kucing, anjing, bahkan batu, bakteria, dan tahi lembu ialah tuhan, dan syaitan juga tuhan. Adakah penjelasan itu logik / masuk akal?

Apabila memikirkannya dengan lebih lanjut, jika semuanya itu tuhan, maknanya tidak ada tuhan, bukan? Sebenarnya, pantheisme bukanlah satu teori atau logik, tetapi pengalaman yang luar biasa. Apabila seseorang memasuki “keadaan kesedaran yang berubah” (altered state of consciousness), dia secara semula jadi akan mengakuinya.

Konsep mereka yang salah terhadap Tuhan membawa kepada etika yang salah. Jika kita masing-masing ialah tuhan, kita semua mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, dapat melakukan perkara-perkara yang luar biasa, dan dapat menentukan standard moral kita sendiri, sehingga tidak akan ada lagi standard moral yang objektif dan mutlak.

Apabila seseorang mempunyai perasaan berdosa dan bersalah, dia dapat memahami sifat ilahinya setelah memasuki “keadaan kesedaran yang berubah” (altered state of consciousness) dan dia secara semula jadi dapat menahan rasa berdosa dan bersalah dalam dirinya.

Mereka juga percaya bahawa kasih Tuhan tidak bersyarat. Maka tidak ada dosa dan tidak ada penghakiman. Tambahan pula, setiap agama adalah sama dan dapat membawa manusia kepada Tuhan.

Pemikiran-pemikiran aneh ini secara beransur-ansur menyelinap ke dalam pemikiran manusia. Bolehkah kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga?

 

KESIMPULAN

Yohanes melihat kemunculan antikristus dan mencetuskan ibadah peribadi. Dia berfikir bahawa hal ini merupakan tanda zaman akhir (Mat 24:24). Jadi dia berseru: “Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.” (1 Yoh 2:18,22, 4:3; 2 Yoh 7). Rasa eskatologi mendesak semacam ini memyebabkan dia lebih bersemangat untuk mempertahankan kebenaran, dan menentang antikristus dan ibadah peribadi.

Secara ringkasnya, ajaran sesat yang dihadapi oleh Yohanes, “dari segi doktrin” ialah antikristus yang menyangkal bahawa Yesus ialah Kristus, dan “dari segi perbuatan” ialah orang Kristian palsu yang tidak peduli tentang moral dan kekurangan kasih. Tiga tanda orang Kristian sejati yang ditekankan oleh Yohanes pula adalah sebaliknya: percaya bahawa Yesus telah datang sebagai manusia, mementingkan persekutuan dengan Tuhan dan persekutuan dengan manusia, dan menjalani kehidupan yang saling mengasihi.

Tanda-tanda akhir zaman kini lebih jelas dan mendesak berbanding zaman Yohanes. Antikristus juga semakin nyata. Pemikiran mereka telah merosakkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan antara Tuhan dengan manusia. Mereka mengabaikan hakikat dosa dan kasih antara manusia.

Kita dapat melihat perkataan “persekutuan” daripada pengajaran Yohanes dan menyedari kepentingan “persekutuan”. Persekutuan ini ialah rahsia kehidupan rohani kita dan merupakan cara yang paling asas untuk melawan ajaran sesat. Oleh itu, unit kedua pelajaran “Persekutuan Dalam Roh” adalah untuk merenungkan kehidupan persekutuan supaya seseorang dapat memahami inti isi kandungan kitab “I, II dan III Yohanes” dengan lebih jelas. Pada masa yang sama, kita memohon bimbingan Roh Kudus agar kita dapat memperoleh lebih banyak pelajaran daripadanya dan mengamalkan kebenaran persekutuan dalam kehidupan kita untuk melawan ajaran sesat pada akhir zaman.

PANDUAN PEMBACAAN KITAB ULANGAN

PANDUAN PEMBACAAN KITAB ULANGAN

 

Kitab “Ulangan” merupakan hukum Taurat yang ditegaskan semula oleh Musa ketika berdiri di dataran Moab sebelum kematiannya, iaitu sebelum orang Israel memasuki tanah Kanaan. Hukum Taurat ini pernah diumumkan 40 tahun yang lalu. Musa kini mengatur dan mencatatkannya. Oleh itu, kitab ini boleh dianggap sebagai “warisan Musa”.

Perjalanan umat pilihan selama empat puluh tahun di padang gurun merupakan bahagian penting dalam sejarah bangsa Israel, dan juga merupakan tanda mukjizat yang sangat luar biasa. Kesukaran perjalanan ini telah menimbulkan rungutan umat dan murka Tuhan sehingga begitu banyak orang Israel kehilangan nyawa mereka di padang gurun dan kehilangan pengharapan memasuki Kanaan untuk menikmati istirahat.

Sejarah sering menilai pahlawan berdasarkan kejayaan atau kegagalan mereka. Demikianlah ketidakberdayaan manusia dan fakta yang tidak dapat dinafikan. Keturunan-keturunan Yakub yang kehilangan nyawa mereka di padang gurun merupakan sekelompok yang gagal, dan telah menjadi peringatan bagi generasi akan datang (1 Kor 10:1-12). Namun, kita yang berdiri di belakang sejarah tidak perlu membuat penilaian yang keras. Hal ini kerana walaupun kuasa Tuhan muncul di hadapan semua orang sepanjang hari, namun dunia terperangkap oleh tubuh yang lemah. Sebagai umat pilihan moden yang duduk dalam bilik berhawa dingin dan menikmati kehidupan, kesulitan perjalanan di padang gurun yang dilalui oleh mereka pasti tidak dapat kita bayangkan. Mereka berhadapan dengan hamparan padang gurun dan padang pasir yang luas dan juga masa depan yang kabur sepanjang hari dan silih berganti. Sekiranya keadaan seperti itu tidak dialami secara peribadi, adalah mustahil bagi kita untuk merasai kesakitan, penderitaan dan ketidakberdayaan mereka.

Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa Tuhan tidak pernah melakukan sesuatu yang membosankan. Dia Jurutera yang hebat. Dia berkata: “AKU ADALAH AKU” (Kel 3:14). Rancangan-Nya kekal untuk selama-lamanya, pekerjaan-Nya berterusan untuk selama-lamanya, dan kesan-Nya tetap ada untuk selama-lamanya. Seperti yang dijelaskan oleh Musa, abdi Allah itu: “Allah yang besar dan dahsyat” (Ul 7:21, 10:17). Dia melakukan perbuatan-perbuatan yang besar dan dahsyat di antara umat Israel (Ul 10:21). Dalam persekitaran padang gurun yang nampaknya amat buruk ini, Tuhan menjadikan bumi sebagai bilik darjah, langit dan segala sesuatu sebagai bahan pengajaran, dan Dia secara peribadi menjadi seorang guru. Setelah empat puluh tahun pembaptisan dan latihan di padang gurun, kumpulan besar yang langsung tidak terorganisasi dan tidak terlatih bagai kiambang dilempar itu akhirnya menjadi umat Israel yang tetap hidup dan menjadi pasukan tentera yang teratur dan tidak terkalahkan. Keadaan itu adalah amat berbeza dengan keadaan ketika mereka meninggalkan Mesir pada 40 tahun yang lalu. Antaranya, selain organisasi pemerintahan, penyesuaian konsep iman kepercayaan, peningkatan pendidikan kehidupan dan beberapa aspek lain, Tuhan terutamanya membentuk “konsep kedaulatan hukum”. Oleh itu, dalam lima kitab Musa, selain kitab Kejadian yang mempunyai ciri hukum Taurat yang lebih ringan, catatan empat kitab lain bagi “Keluaran”, “Imamat”, “Bilangan”, dan “Ulangan” tidak lain tidak bukan melibatkan kehidupan di padang gurun dan penerangan hukum Taurat. Tentu saja catatan tentang kehidupan di padang gurun ialah sejarah, manakala penerangan hukum Taurat merupakan undang-undang dan ketetapan-ketetapan yang diumumkan oleh Tuhan kepada orang-orang pada masa itu dan umat generasi demi generasi melalui hamba-Nya Musa. Tuhan berharap agar umat-Nya bersedia untuk mematuhinya dengan bersungguh-sungguh dan diberkati. Maka, generasi kemudian secara langsung menyebut undang-undang dan ketetapan-ketetapan ini sebagai “Taurat Sinai” atau “kitab hukum Musa” / “kitab Taurat Musa” (rujuk: Yos 8:31, 23:6; 1 Raj 2:3; 2 Raj 14:6; 2 Taw 23:18; Ezr 3:2; Dan 9:13; Mal 4:4; Luk 2:22; Kis 13:39; 1 Kor 9:9; Ibr 10:28).

Pembentangan hukum Taurat Musa pada mulanya dicatatkan dalam kitab “Keluaran” fasal 19-40, seluruh kitab “Imamat”, dan kitab “Bilangan” fasal 1-10,15 dan 18-19. Namun disebabkan oleh peristiwa mata air Meriba ketika Musa berada di Kadesh, Tuhan tidak mengizinkannya memasuki tanah Kanaan yang dijanjikan (rujuk: Bil 20:10-13). Maka ketika Musa berusia 120 tahun, dia tahu bahawa Tuhan mahu dia beristirahat daripada jerih lelah dunia dan memasuki “tempat perhentian”-Nya. Oleh itu, sebelum dia meninggalkan umat pilihan yang telah bersama dengannya siang dan malam selama beberapa dekad, dia tahu bahawa pematuhan hukum Taurat Tuhan adalah sangat berkaitan dengan berkat dan kutuk seseorang serta kegemilangan dan keruntuhan sesebuah kerajaan. Maka dengan penuh kesabaran, dia sekali lagi mengisahkan hukum Taurat yang telah diperintahkan pada masa dulu dari awal hingga akhir sebagai dorongan yang terakhir.

Oleh yang demikian, kitab “Ulangan” sebenarnya mengulangi hukum Taurat dan ketetapan-ketetapan dalam tiga kitab sebelumnya. Namun secara perbandingannya, kita boleh mendapati bahawa kitab “Ulangan” yang ditulis pada masa ini adalah lebih tersusun daripada catatan-catatan sebelumnya. Boleh dikatakan bahawa seluruh hukum Taurat dan peraturan-peraturan itu telah diselenggarakan.

Kitab ini bukan hanya menegaskan semula hukum Taurat, tetapi juga merupakan ajaran warisan Musa sebelum kematiannya. Sikap ucapannya pastinya bersungguh-sungguh. Dalam mempelajari semua hukum Taurat yang diperintahkan oleh Tuhan kepada Israel, kitab ini ialah kitab yang paling berbaloi untuk dikaji.

 

KEPENTINGAN GULUNGAN KITAB INI

Berdasarkan cara Musa membentangkan hukum Taurat kepada umat Israel, nampaknya dia sudah menyedari kepentingan pemerintahan dengan hukum Taurat. Maka dia berulang kali berpesan kepada umat supaya mempelajari dan memegang hukum Taurat Tuhan dengan sungguh-sungguh mulai sekarang. Ajaran yang sungguh-sungguh ini menunjukkan kepentingan kitab ini. Kepentingan kitab ini diterangkan seperti berikut:

 

A. Umat mesti memegang perintah sepanjang hidup mereka

Setelah Musa menceritakan imbas kembali kehidupan di padang gurun selama 40 tahun (rujuk: Ul fasal 1-3), dia segera mengubah topik percakapan dan memberitahu pendengar pada masa itu: “Maka sekarang, hai orang Israel, dengarlah ketetapan dan peraturan yang kuajarkan kepadamu untuk dilakukan, supaya kamu hidup dan memasuki serta menduduki negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah nenek moyangmu. Janganlah kamu menambahi apa yang kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu menguranginya, dengan demikian kamu berpegang pada perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu.” (Ul 4:1-2).

Musa secara khusus berpesan kepada umat Israel untuk memegang “yang kusampaikan kepadamu”. Hal ini kerana semua hukum Taurat ini merupakan perintah Tuhan dan Tuhan sendiri yang berfirman. Memandangkan semuanya merupakan perintah Tuhan, maka umat pilihan Tuhan haruslah memegangnya. Tambahan pula, Musa juga mengetahui kepentingan hukum Taurat ini kepada umat pilihan. Hukum Taurat ini merupakan perjanjian yang diadakan antara Tuhan dengan umat. Perjanjian ini berkaitan dengan kemasukan umat Israel ke negeri yang baik, warisan milik pusaka, dan kelanjutan hidup individu masing-masing dan kehidupan nasional.

Oleh yang demikian, Musa berpesan kepada mereka bahawa mereka bukan saja perlu memegangnya dengan sungguh-sungguh, tetapi juga jangan menambahi atau menguranginya.

 

B. Umat pilihan haruslah mengajarkan hukum Taurat kepada generasi turun-temurun

Musa bukan hanya berpesan kepada umat pilihan pada masa itu supaya memegang hukum Taurat, tetapi juga perlu memikul tanggungjawab warisan iaitu mendidik keturunan-keturunan mereka untuk berpegang padanya. Oleh itu, dia mencatat dalam kitabnya: “Inilah perintah, yakni ketetapan dan peraturan, yang aku ajarkan kepadamu atas perintah TUHAN, Allahmu, untuk dilakukan di negeri, ke mana kamu pergi untuk mendudukinya, supaya seumur hidupmu engkau dan anak cucumu takut akan TUHAN, Allahmu, dan berpegang pada segala ketetapan dan perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu. Maka dengarlah, hai orang Israel! Lakukanlah itu dengan setia, supaya baik keadaanmu, dan supaya kamu menjadi sangat banyak, seperti yang dijanjikan TUHAN, Allah nenek moyangmu, kepadamu di suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.” (Ul 6:1-3). Dengan kata lain, mereka harus memegangnya, dan harus mendidik anak-anak mereka untuk memegangnya supaya hukum Taurat dan perintah Tuhan dapat diwariskan generasi demi generasi. Dengan demikian, anak-anak dan cucu-cucu mereka dapat tetap berada dalam kasih karunia Tuhan untuk selama-lamanya.

 

C. Raja-raja harus menyalin, membaca dan mengamalkannya

Jangan berfikir bahawa pengangkatan raja Israel berada di luar rancangan Tuhan. Apabila masa yang tepat tiba dan orang yang berkenan di hati Tuhan untuk pemilihan-Nya muncul, pada masa itu, pasti ada raja yang akan diangkat untuk memerintah kerajaan Tuhan. Maka ketika raja memerintah sesebuah kerajaan, dia harus memahami hukum Taurat Tuhan. Jadi Tuhan bernubuat kepada rakyat melalui perantaraan Musa: “Apabila engkau telah masuk ke negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, dan telah mendudukinya dan diam di sana, kemudian engkau berkata: Aku mau mengangkat raja atasku, seperti segala bangsa yang di sekelilingku, maka hanyalah raja yang dipilih TUHAN, Allahmu, yang harus kauangkat atasmu… Apabila ia duduk di atas takhta kerajaan, maka haruslah ia menyuruh menulis baginya salinan hukum ini menurut kitab yang ada pada imam-imam orang Lewi. Itulah yang harus ada di sampingnya dan haruslah ia membacanya seumur hidupnya untuk belajar takut akan TUHAN, Allahnya, dengan berpegang pada segala isi hukum dan ketetapan ini untuk dilakukannya.” (Ul 17:14-15,18-19).

Seiring dengan perubahan zaman, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia sering ditambahi, dihapus, dan disemak secara terus-menerus. Hal ini kerana kebijaksanaan dan hidup manusia adalah terbatas, bahkan kuasa dan kemampuan manusia juga terbatas. Tambahan pula, wujudnya persamaan dan perbezaan dari segi pemikiran dan konsep kepemimpinan raja. Oleh itu, sejak adanya umat manusia, tidak ada satu pun undang-undang atau peraturan dalam dunia yang dapat diterapkan tanpa pengubahsuaian pada setiap zaman, tempat, dan bangsa. Hanya ketetapan-ketetapan yang ditetapkan oleh Tuhan merupakan kebenaran yang selamanya tidak berubah. Seperti Mazmur yang dipuji oleh pemazmur: “Untuk selama-lamanya, ya TUHAN, firman-Mu tetap teguh di sorga. Kesetiaan-Mu dari keturunan ke keturunan; Engkau menegakkan bumi, sehingga tetap ada. Menurut hukum-hukum-Mu semuanya itu ada sekarang, sebab segala sesuatu melayani Engkau. Sekiranya Taurat-Mu tidak menjadi kegemaranku, maka aku telah binasa dalam sengsaraku.” (Mzm 119:89-92). Hanya Tuhan yang setia. Perjanjian-Nya dengan semua kaum dan bangsa-bangsa selamanya tidak akan berubah. Oleh itu, hukum Taurat Tuhan harus digunakan untuk memerintah umat-Nya. Maka, raja harus menyalin, membaca dan mempraktikkan hukum Taurat sepanjang hidupnya.

 

D. Imam-imam orang Lewi bertanggungjawab untuk menjaga hukum Taurat

Imam-imam orang Lewi dipilih oleh Tuhan. Sebagai imam yang melayani di hadapan Tuhan, tugas mereka adalah istimewa dan mulia. Musa tidak memberikan kitab Taurat ini kepada orang lain, melainkan kepada imam-imam yang melayani di hadapan Tuhan. Dengan itu, kita dapat mengetahui betapa mulia dan pentingnya kitab Taurat itu dalam hati Musa.

“Setelah hukum Taurat itu dituliskan Musa, maka diberikannyalah kepada imam-imam bani Lewi, yang mengangkut tabut perjanjian TUHAN, dan kepada segala tua-tua Israel… apabila seluruh orang Israel datang menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya, maka haruslah engkau membacakan hukum Taurat ini di depan seluruh orang Israel.” (Ul 31:9-11).

Musa bukan saja mempercayakan kitab Taurat yang lengkap kepada imam-imam orang Lewi untuk disimpan, dia juga meminta mereka untuk memikul tanggungjawab pemberitaan dan pendidikan pada hari-hari yang akan datang.

 

LATAR BELAKANG GULUNGAN KITAB INI

Berdasarkan seruan Tuhan kepada umat pilihan dan pembentangan yang berulang kali dan teliti oleh Musa, abdi Allah, maka tidak sukar untuk kita membayangkan kepentingannya. Oleh itu, unit ini akan menerangkan beberapa butiran tentang latar belakang kitab ini secara ringkas seperti berikut:

 

A. Penulis

Adalah dapat dipastikan bahawa sebilangan besar isi kandungan kitab ini ditulis oleh Musa, abdi Allah. Hal ini kerana kebanyakan teks ditulis dalam kata ganti nama diri pertama (rujuk: Ul 1:9, 2:26, ​​3:18, 4:1, 5:1, 6:6 … , 32:1). Walau bagaimanapun, sama ada fasal 33 dan 34 tetap ditulis oleh Musa sendiri, topik ini masih berbaloi untuk dibincangkan. Namun, perihal sama ada kedua-dua fasal itu juga ditulis oleh Musa sama sekali tidak mempengaruhi pengesahan identiti penulis seluruh kitab.

 

B. Pengenalan tajuk

Kitab “Ulangan” merupakan gulungan kitab yang terakhir dalam lima kitab Musa. Dalam Alkitab bahasa Cina, “Ulangan” bermaksud: mengulangi perintah Tuhan yang benar. Bagi Septuaginta versi bahasa Yunani, nama kitab “Ulangan” ialah “Hukum Taurat Kali Kedua” atau “Pembacaan Semula Hukum Taurat”.

Kitab ini merupakan hukum Taurat Tuhan yang diulang oleh Musa dengan tegas kepada umat ketika dia berada di tanah Moab dan bakal meninggalkan mereka untuk beristirahat dalam Tuhan. Oleh itu, Alkitab bahasa Inggeris menyebutnya “Deuteronomy” yang juga bermaksud “menceritakannya sekali lagi”.

Bagi Alkitab bahasa Ibrani pula, gelaran bagi kitab ini adalah yang paling ringkas. Mereka mengambil kata-kata pertama pada permulaan kitab, iaitu “Inilah Perkataan-perkataan” sebagai nama kitab.

Berdasarkan pelbagai gelaran di atas, kita dapat memastikan bahawa tidak kira “Ulangan”, “Hukum Taurat Kali Kedua”, bahkan atau “Pembacaan Semula Hukum Taurat”, “Inilah Perkataan-perkataan”, dan lain-lain, maknanya tidak lain dan tidak bukan: Musa sekali lagi menjelaskan hukum Taurat yang diterimanya di atas gunung Sinai satu demi satu atau dengan memberikan contoh, atau dengan fokus pada pelbagai situasi di hadapan umat pilihan supaya mereka dapat memegang hukum Taurat dan perintah itu. Oleh itu, kitab ini bukan sebuah karya atau klasik lain mengenai hukum taurat, tetapi sintesis semula tiga gulungan kitab “Keluaran”, “Imamat” dan “Bilangan”.

 

C. Masa penulisan

Perkara yang paling terpuji mengenai karya dalam kitab ini adalah bahawa walaupun Musa hidup mengembara dan berpindah randah umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi, dan ketika telah berusia 120 tahun, dia tetap tekun memberikan ajaran dan kod yang bernilai kepada umat pilihan generasi baharu di hadapan matanya dan juga generasi-generasi akan datang. Tindakan ini bukan saja dapat menunjukkan kedalaman kasihnya terhadap umat pilihan, tetapi juga membuktikan kebijaksanaan dan pandangannya. Sudah tentu, hal yang paling penting adalah dengan menghitung karunia istimewa yang diberikan oleh Tuhan kepada Musa. Walaupun telah lanjut usia, “matanya belum kabur dan kekuatannya belum hilang” (Ul 34:7). Jika tidak, dia pasti menghadapi kesukaran dalam kerja memimpin umat, apatah lagi menghasilkan karya penulisan.

Umumnya, para sarjana percaya bahawa seluruh kitab “Ulangan” disiapkan antara tahun 1406 – 1400 SM, atau lebih tepat lagi pada tahun 1402 SM, iaitu pada tanggal satu bulan sebelas tahun keempat puluh setelah orang Israel keluar dari Mesir (rujuk: Ul 1:3). Musa meninggal dunia pada awal bulan dua belas tahun itu. Oleh itu, kitab ini mungkin diselesaikan dalam tempoh setelah dia mengajar orang Israel sehingga masa-masa sebelum kematiannya.

 

D. Lokasi penulisan

Pada permulaan kitab, penulis secara langsung mencatatkan: “Inilah perkataan-perkataan yang diucapkan Musa kepada seluruh orang Israel di seberang sungai Yordan, di padang gurun, di Araba-Yordan, di tentangan Suf, antara Paran dengan Tofel, Laban, Hazerot dan Di-Zahab.” (Ul 1:1). Jadi, tempat pengumuman kitab “Ulangan” tidak perlu dipertikaikan, iaitu di tanah Moab.

Memandangkan Musa mengumumkan kitab ini di tanah Moab, dan sisa hidupnya juga tidak banyak lagi, maka lokasi penulisan kitab ini sepatutnya tidak terlalu jauh daripada lokasi pengumuman, dan bahkan mungkin juga merupakan lokasi yang sama, iaitu di dataran Moab di sebelah timur Yordan (rujuk: Ul 29:1).

 

IDEA-IDEA UTAMA DAN CIRI-CIRI KITAB ULANGAN

A. Idea-idea utama

Kita dapat melihat idea utama kitab ini daripada hukum Taurat yang diumumkan oleh Tuhan melalui perantaraan Musa: Semangat pembinaan bangsa Israel yang diberikan oleh Tuhan kepada umat ialah “pemerintahan dengan hukum Taurat” dan “kesetiaan dan pengampunan”.

Kitab “Ulangan” berulang kali menyeru rakyat Israel supaya memegang hukum Taurat dan mentaati hukum Taurat. Mereka tidak boleh hanya berbicara tentang kesetiaan dan pengampunan – kasih, tetapi tidak berbicara tentang hukum Taurat – hukuman. Jika tidak ada undang-undang, maka huru-haralah rakyat. Prinsip ini dapat dilihat dengan kerap dalam “sejarah Israel” dalam Alkitab.

Oleh itu, “memegang dan melakukan” merupakan kata kunci dalam kitab ini. Hal ini kerana baiklah keadaan mereka yang berpegang pada hukum (rujuk: Ul 10:12-13). Musa melihat hal ini dengan matanya sendiri, mendengar dengan telinganya sendiri, dan mengalaminya sendiri selama empat puluh tahun hidup di padang gurun. Pelajaran terpenting ini harus dipelajari oleh umat pilihan. Selagi umat pilihan mentaati perintah Tuhan, mereka akan diberkati oleh Tuhan. Sebaliknya, mereka akan mendatangkan malapetaka.

Permintaan semangat berpegang pada hukum ini bukanlah secara paksaan atau sekadar tunduk dari segi penampilan, tetapi melibatkan ketakutan dan ketaatan kepada Tuhan secara ikhlas yang datang daripada hati umat pilihan. Ketika Musa menegaskan semula hukum Taurat Tuhan, dia menyatakan kepada generasi baharu umat pilihan bahawa mereka hanya dapat “bertahan”, “diberkati”, dan “mendapat ketenangan” di hadapan Tuhan dengan berpegang pada hukum.

Oleh itu, idea utama kitab ini ialah tentang berpegang pada hukum terlebih dahulu. Mereka yang taat pasti merasai kasih karunia dan kuasa Tuhan yang tidak terhingga, tetapi mereka yang menentang hukum-Nya akan dimurkai dan bahkan ditolak oleh Tuhan (rujuk: Ibr 3:16 – 4:1). Demikianlah sifat Tuhan yang kekal dan setia yang tidak berubah.

 

B. Ciri-ciri

Lima kitab Musa merujuk kepada “Kejadian”, “Keluaran”, “Imamat”, “Bilangan” dan “Ulangan” dalam Alkitab. Kelima-lima kitab itu masing-masing mempunyai persamaan dan perbezaan. Walaupun kitab Kejadian nampaknya lebih banyak menggambarkan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan sejarah nenek moyang, namun masa itu juga merupakan masa pra-pembentukan hukum Taurat. Seluruh kitab Kejadian menyiratkan konsep hukum Taurat yang cukup lengkap. Sebagai contoh: asal usul hari Sabat (rujuk: Kej 2:1-3); menentang pembunuhan (rujuk: Kej 4:9-15); dan menunjukkan keesaan Tuhan melalui penciptaan dan perbuatan Tuhan. Empat gulungan kitab yang lain mengandungi dua ciri utama: iaitu satu, “sejarah umat pilihan”; dan dua, “penjelasan hukum Taurat”, dua unit utama ini.

Walau bagaimanapun, kitab “Ulangan” mempunyai ciri yang berbeza, iaitu merupakan kitab ringkasan yang menggabungkan ketetapan-ketetapan hukum Taurat dalam kitab “Keluaran”, “Imamat”, dan “Bilangan”. Penulis merangkumkan ketetapan-ketetapan, peraturan-peraturan, perintah-perintah, dan keputusan-keputusan yang disampaikan oleh Tuhan kepada jemaat melalui dia, dan membuat ringkasan besar. Butiran ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum mempelajari kitab ini.

Ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum dalam kitab “Ulangan” pada asalnya telah dicatatkan dalam tiga kitab “Keluaran”, “Imamat”, dan “Bilangan”. Kemudian, demi menunjukkan kepentingan hukum Taurat dan pada masa yang sama bagi memudahkan pemahaman dan ingatan, Musa sekali lagi membuat klasifikasi dan induksi bagi hukum-hukum yang berkaitan dalam tiga gulungan kitab sebelumnya. Dengan cara ini, catatan asal hukum Taurat yang tercatat dalam seluruh kitab “Ulangan” dapat ditemukan dalam tiga kitab “Keluaran”, “Imamat”, dan “Bilangan”. Kita juga boleh mendapati bahawa tidak banyak hukum baharu yang ditambah.

Namun, ketika membuat “penjelasan baharu bagi hukum lama”, kita dapat memperhatikan bahawa catatan setiap item pada masa lalu dalam gulungan-gulungan kitab sebelumnya kini menjadi lebih ringkas dan padat ketika dikemukakan dalam kitab ini. Oleh itu, ketika mengkaji ketetapan-ketetapan hukum Taurat yang dijelaskan dalam kitab Ulangan, seseorang boleh membandingkannya satu demi satu dengan bahan asli yang relevan dalam tiga gulungan kitab sebelumnya. Dengan berbuat demikian, pemahaman tentang ketetapan-ketetapan itu pasti akan menjadi lebih luas.

Secara keseluruhannya, isi kandungan kitab “Ulangan” sepenuhnya fokus pada hukum Taurat yang diperintahkan oleh Tuhan. Musa menjelaskan prinsip dan cara pelaksanaannya dari perspektif humanistik supaya seluruh umat pilihan dan masyarakat yang dibina dapat menjadi pelaku hukum Taurat Tuhan. Seluruh kitab ini memiliki ciri hukum Taurat yang kuat. Oleh itu, pembaca tidak dapat mengelak daripada berasa susah dan bosan ketika membaca kitab ini.

 

STATUS SEJARAH KITAB ULANGAN

Kitab “Ulangan” juga memiliki satu status khusus, iaitu hampir menjadi perlembagaan umat pilihan zaman-berzaman, dan dipandang berat oleh para hamba Tuhan dalam setiap zaman. Khasnya ketika raja, penguasa dan umat menjadi kacau-bilau dan memberontak, Tuhan akan mengutus nabi-nabi-Nya untuk mengingatkan mereka pada waktunya. Walaupun pernah diabaikan dalam beberapa zaman, namun hukum Taurat ini tidak pernah hilang daripada kehidupan umat pilihan kerana penolakan mereka. Sehingga hari ini, hukum Taurat ini tetap tidak tergoyahkan. Kita dapat memahami status hukum Taurat berdasarkan fungsinya dalam zaman-berzaman:

 

A. Zaman Yosua

Sebelum kematian Musa, abdi Allah, dia menyerahkan tanggungjawab yang berat kepada Yosua, pelapisnya yang berkenan kepada Tuhan (rujuk: Ul 34:9-10). Yosua benar-benar menyelesaikan pesanan Tuhan dan Musa. Dia telah membawa umat Israel memasuki negeri yang dijanjikan. Dia juga melaksanakan segala pesanan Musa dengan sangat setia tanpa menguranginya. Kita tahu bahawa dia ialah pelapis yang sangat terhormat.

Ketika Yosua sangat lanjut usia dan bakal meninggal dunia, dia mencontohi Musa iaitu menggunakan hukum Taurat ini untuk membuat perjanjian yang digantungkan tinggi, digalikan dalam dengan umat. Walaupun secara lahiriahnya dia mengizinkan umat pilihan untuk memilih kepercayaan mereka secara bebas, namun sebenarnya, dia juga membuat pengumuman perpisahan kepada umat sama seperti Musa. Katanya: “Tetapi jika kamu anggap tidak baik untuk beribadah kepada TUHAN, pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadah; allah yang kepadanya nenek moyangmu beribadah di seberang sungai Efrat, atau allah orang Amori yang negerinya kamu diami ini. Tetapi aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada TUHAN!” “Pada hari itu juga Yosua mengikat perjanjian dengan bangsa itu dan membuat ketetapan dan peraturan bagi mereka di Sikhem. Yosua menuliskan semuanya itu dalam kitab hukum Allah…”  (Yos 24:15,25,26).

Daripada catatan di atas, dapat difahami bahawa kitab “Ulangan” mempunyai status yang tinggi sebelum dan sesudah zaman Yosua.

 

B. Zaman para hakim

Menurut catatan sejarah, zaman para hakim merupakan satu zaman yang kacau-bilau dan tidak teratur. Seperti yang dijelaskan dalam ayat terakhir kitab Hakim-hakim: “Pada zaman itu tidak ada raja di antara orang Israel; setiap orang berbuat apa yang benar menurut pandangannya sendiri.” (Hak 21:25). Frasa “tidak ada raja” seolah-olahnya bermaksud bahawa tidak ada raja yang memerintah mereka. Sebenarnya, bukannya tidak ada raja di negeri itu, bukankah Tuhan itu Tuan di atas segala tuan dan Raja di atas segala raja? Tuhanlah satu-satunya Tuhan dan Raja mereka. Malang sekali, umat tidak memegang hukum Taurat dan tidak berkata: “Tuhan itu Raja, Tuhan itu kudus”. Hal ini menyebabkan seluruh zaman para hakim berada dalam kitaran kebejatan iman kepercayaan, pencerobohan bangsa asing, pertaubatan dan permohonan, kebangkitan hakim, dan penundukan bangsa asing.

Daripada pandangan mata kasar, nampaknya hukum Taurat Tuhan tidak menerima penghormatan dan status yang sepatutnya. Sebab itulah penulis mengatakan bahawa “tidak ada raja dalam kerajaan”. Namun jika diperhatikan dengan lebih teliti, ternyata status dan fungsi hukum Taurat tidak pernah terputus, bahkan amat dinyatakan. Sebagai contoh, kisah dalam kitab “Rut” merupakan contoh yang terbaik:

Kitab “Rut” merupakan kisah indah yang berlaku pada zaman para hakim. Sebab utamanya adalah bahawa kisah Rut merupakan satu kelainan dan keunikan dalam persekitaran yang buruk sepanjang zaman para hakim. Kisah ini membentuk sejarah yang panjang dan pengaruh yang mendalam. Kisah Rut dan Boas bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada masyarakat masa itu, tetapi juga mempengaruhi sejarah umat pilihan generasi-generasi seterusnya. Daud pada zaman raja-raja dan Tuhan Yesus, Firman yang telah menjadi manusia itu merupakan keturunan daripada mereka. Oleh itu, setiap kali kita membaca kitab Rut, hati kita akan ada rasa kehangatan.

Namun, terdapat satu perkara yang tidak boleh diabaikan dalam seluruh proses peristiwa itu: hukum Taurat Musa memainkan peranan yang sangat penting dalam kisah perkahwinan yang indah antara Rut, perempuan yang miskin dengan Boas, orang yang kaya raya itu. Boleh dikatakan bahawa perkahwinan yang diberkati ini terjalin kerana ketetapan hukum Taurat. Akhirnya, harta milik Elimelekh dapat ditebus (rujuk: Rut 4:5; Im 25:25; Ul 25:5-6), dan Rut mendapat suami (rujuk: Rut 4:7-12; Ul 25:7-10). Kesudahan ini sangat sempurna. Kisah kitab Rut menjelaskan manfaat hukum Taurat dengan sangat sempurna.

 

C. Zaman raja-raja

Pada zaman raja-raja, walaupun pelaksanaan hukum Taurat tidak kelihatan, namun setiap kemajuan dan kemunduran kerajaan adalah berkait rapat dengan pematuhan hukum Taurat.

Sebelum Daud meninggal dunia, pesanan kepada anaknya, Salomo bukanlah panduan dari segi politik, ketenteraan, atau penguasaan lain, tetapi dia mahu supaya anaknya tetap mengikuti hukum Taurat Tuhan (rujuk: 1 Raj 2:2-4). Daud berpesan kepada Salomo dengan sangat tegas pada saat sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir kerana pengalaman ini merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidupnya. Maka dia berpesan kepada anaknya dengan sangat bersungguh-sungguh. Malangnya, Salomo tidak dapat bertahan sehingga akhir hayatnya. Dia melupakan kata-kata terakhir ayahnya dengan tidak berpaut pada ketetapan-ketetapan dalam hukum Taurat secara positif untuk mengekalkan kekuatan kerajaannya. Dia bahkan tergoda dengan perempuan-perempuan asing dan membina kuil-kuil berhala asing untuk mereka. Perbuatannya sangat melanggar hukum Taurat Tuhan, bahkan berbuat dosa terhadap Tuhannya. Perbuatannya mendatangkan kesan yang buruk pada kemudian hari iaitu perpecahan kerajaan dan kemerosotan negara (1 Raj fasal 11). Kesudahan ini adalah amat malang sekali dan amat dikesali. Pengertian dan kebijaksanaan yang diberikan oleh Tuhan kepadanya telah disia-siakan.

Yoas adalah salah seorang raja yang maju dalam zaman pertengahan Kerajaan Selatan. Sejak imam besar Yoyada membantunya menjadi raja, dia bekerja keras untuk memerintah kerajaannya. Dia “menyerahkan pengawasan atas rumah TUHAN kepada imam-imam dan orang-orang Lewi, … mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN — seperti tertulis di dalam Taurat Musa —…” (2 Taw 23:18). Oleh itu, ada suasana kemajuan ketika dia berkuasa.

Raja Hizkia juga seorang raja yang maju. Dia merupakan raja yang paling terkenal dalam zaman akhir kerajaan Yehuda. Dia memerintah selama dua puluh sembilan tahun dan memberikan sedikit kelegaan dalam krisis Kerajaan Selatan. Pematuhannya terhadap hukum Taurat Musa adalah sangat teliti: memperbaiki Bait Suci, mendatangkan para imam dan orang-orang Lewi untuk mempersembahkan korban penghapus dosa, korban bakaran, dan korban-korban syukur. Dia juga mengumpulkan orang-orang dari Kerajaan Utara dan Selatan untuk pergi ke Yerusalem dan merayakan Paskah bagi Tuhan, menghapuskan berhala, menetapkan peraturan persembahan korban, dan mempersembahkan persepuluhan (rujuk: 2 Taw fasal 29 – 31). Alkitab mencatatkan: “Dalam setiap usaha yang dimulainya untuk pelayanannya terhadap rumah Allah, dan untuk pelaksanaan Taurat dan perintah Allah, ia mencari Allahnya. Semuanya dilakukannya dengan segenap hati, sehingga segala usahanya berhasil.” (2 Taw 31:21).

Raja sesebuah kerajaan dapat memerintah dengan adanya undang-undang. Dengan konsep yang sama, bukankah kitab hukum Taurat merupakan punca bahawa raja Hizkia dapat memerintah dengan bijak dalam zaman akhir Kerajaan Selatan sehingga negaranya mencapai kemajuan?

Penemuan kitab Taurat oleh imam besar Hilkia merupakan satu lagi peristiwa besar dalam sejarah raja-raja. Pada zaman akhir Kerajaan Selatan Yehuda, terdapat dua raja yang jahat berturut-turut: Manasye dan Amon. Mereka tidak mahu meneladani ayah atau datuk mereka, Hizkia. Mereka melakukan perkara yang jahat di mata Tuhan. Oleh itu, mereka sama ada ditawan oleh Asyur, atau dibunuh oleh pegawai-pegawainya. Kesudahan mereka amat kasihan sekali (rujuk: 2 Taw fasal 33). Namun, tanpa disangka-sangka, setelah tiba giliran Yosia untuk menjadi raja, dia rela melakukan perkara yang benar di mata Tuhan walaupun baru berusia lapan tahun. Setelah dua belas tahun menjadi raja, dia menghapuskan berhala dan memperbaiki Bait Suci.

Ketika orang-orang Lewi mengeluarkan wang yang telah dibawa ke rumah Tuhan, imam Hilkia menemukan kitab Taurat Musa. Safan, panitera negara itu membacakan kitab itu kepada raja. Segera sesudah raja mendengar perkataan Taurat itu, dikoyakkanyalah pakaiannya. Dia menyuruh orang mengumpulkan semua tua-tua Yehuda dan Yerusalem. Lalu raja membacakan kepada mereka segala perkataan daripada kitab perjanjian (kitab hukum Taurat) yang ditemukan di rumah Tuhan itu. Dia juga mengikat perjanjian di hadapan Tuhan untuk hidup dengan mengikuti Tuhan, dan tetap menuruti perintah-perintah-Nya, peraturan-peraturan-Nya dan ketetapan-ketetapan-Nya dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya dan untuk melakukan perkataan perjanjian yang tertulis dalam kitab itu (rujuk: 2 Taw fasal 34).

Dalam catatan ini, satu perkara yang perlu diperhatikan adalah bahawa bukan hanya Hilkia menemukan kitab Taurat, bahkan raja mementingkan dan membacanya. Ketika imam Hilkia dan orang-orang yang disuruh raja pergi kepada nabiah Hulda, dia memberitahu mereka perkataan yang diilhamkan oleh Tuhan. Dia berkata: “Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan atas penduduknya, yakni segala kutuk yang tertulis dalam kitab yang telah dibacakan di depan raja Yehuda…” (2 Taw 34:24). “Malapetaka atas tempat ini dan atas penduduknya, yakni segala kutuk yang tertulis dalam kitab” yang disebutkan di sini merujuk kepada 58 jenis kutuk dan penderitaan yang tercatat dalam kitab “Ulangan”, dan ada orang dengan jelas menunjukkan bahawa ayat itu merujuk kepada hukum Taurat yang tercatat dalam kitab “Ulangan” fasal 28.

Oleh sebab raja Yosia menghormati dan mempromosikan hukum Taurat, maka kerajaan Yehuda memiliki sedikit masa yang gemilang pada zaman terakhirnya. Raja Yosia juga disenaraikan sebagai raja yang baik di mata Tuhan.

 

A. Tempoh pembuangan

Pada tahun 722 SM, Israel Kerajaan Utara telah dihancurkan oleh Asyur, dan tidak pernah dipulihkan sejak itu sehingga kerajaan Israel telah hilang dalam sejarah. Pada tahun 586 SM, Kerajaan Selatan juga dikalahkan oleh kerajaan Babel. Orang-orang Yehuda juga ditawan ke Mesopotamia di sebelah timur. Sejarah umat pilihan pun memasuki “tempoh pembuangan”. Namun, sesuai dengan ketetapan Tuhan dan nubuat-nubuat nabi, setelah tujuh puluh tahun, terdapat tiga kumpulan besar orang Yehuda yang pulang (536 SM, 458 SM, 445 SM). Antara yang terkenal ialah pemimpin-pemimpin agama seperti Yesua bin Yozadak, Ezra, nabi Hagai, nabi Zakharia, dan pemimpin-pemimpin politik seperti Zerubabel dan Nehemia (rujuk: Ezra, Nehemia). Pembinaan kerajaan dan pemulihan iman kepercayaan yang dilakukan oleh mereka tidak dapat dipisahkan dengan hukum Taurat Musa.

Ketika kota yang kudus dibangun kembali, sejarah mencatatkan: “Ketika tiba bulan yang ketujuh (536 SM), setelah orang Israel menetap di kota-kotanya, maka serentak berkumpullah seluruh rakyat di Yerusalem. Maka mulailah Yesua bin Yozadak beserta saudara-saudaranya, para imam itu, dan Zerubabel bin Sealtiel beserta saudara-saudaranya membangun mezbah Allah Israel untuk mempersembahkan korban bakaran di atasnya, sesuai dengan yang ada tertulis dalam kitab Taurat Musa, abdi Allah. Mereka mendirikan mezbah itu di tempatnya semula, sungguhpun mereka ketakutan terhadap penduduk negeri, lalu mereka mempersembahkan di atasnya korban bakaran kepada TUHAN, korban bakaran waktu pagi dan waktu petang. Mereka juga mengadakan hari raya Pondok Daun, sesuai dengan yang ada tertulis, dan mempersembahkan korban bakaran hari demi hari menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan, yakni setiap hari menurut yang ditetapkan untuk hari itu” (Ezr 3:1-4).

Dalam pemulihan iman kepercayaan setelah pembangunan kembali kota yang kudus, sejarah juga ada catatan berikut: “Ketika tiba bulan yang ketujuh (445 SM), sedang orang Israel telah menetap di kota-kotanya, maka serentak berkumpullah seluruh rakyat di halaman di depan pintu gerbang Air. Mereka meminta kepada Ezra, ahli kitab itu, supaya ia membawa kitab Taurat Musa, yakni kitab hukum yang diberikan TUHAN kepada Israel… Ia membacakan beberapa bagian dari pada kitab itu di halaman di depan pintu gerbang Air dari pagi sampai tengah hari di hadapan laki-laki dan perempuan dan semua orang yang dapat mengerti. Dengan penuh perhatian seluruh umat mendengarkan pembacaan kitab Taurat itu.” (Neh 8:1-4).

Sejarah umat pilhan telah memberikan wahyu terbaik kepada kita: hukum Taurat Tuhan pastinya bukan hitam putih, bukan sebuah catatan tulisan tangan, tetapi peraturan mutlak yang dapat mempengaruhi kemajuan dan kejatuhan Kerajaan Tuhan (rohani atau daging). Oleh itu, sama ada semasa membangun semula Bait Suci atau memperbaiki kota yang kudus, orang-orang kudus kuno ini tahu untuk melakukannya berdasarkan prinsip-prinsip hukum Taurat.

 

B. Zaman Perjanjian Baru

Zaman Perjanjian Baru ialah masa peralihan hukum Taurat. Tuhan Yesus membuat “penjelasan baharu Perjanjian Lama” ketika Dia datang ke dunia untuk menggenapi hukum Taurat. Dia bukan “menarik kembali hukum Taurat” seperti yang dikatakan oleh para ahli Taurat dan orang Farisi yang amat mematuhi ketentuan hukum Taurat. Oleh itu, status hukum Taurat bukan saja utuh pada masa Perjanjian Baru, tetapi juga telah ditinggikan dan dijelaskan dengan lebih sempurna.

Petikan daripada kitab “Ulangan” dalam “Perjanjian Baru” adalah tidak kurang daripada 90 ayat. Ketika Tuhan Yesus dicobai oleh Iblis sebanyak tiga kali di padang gurun, Dia menang dengan memetik ayat-ayat daripada kitab “Ulangan”. Tiga ayat Alkitab yang dipetik ialah “Ul 8:3, 6:16, 10:20”. Bagi Khutbah Di Bukit pula, sebahagian besar prinsip berkelakuan adalah daripada ketetapan kitab ini. Contohnya: tentang permusuhan (Ul 5:17, 16:18), tentang perzinahan (Ul 5:18, 24:1,3), tentang bersumpah / bernazar (Ul 23:21), tentang mengasihi musuh (Ul 19:21), tentang memberikan pinjaman (Ul 15:8)… Hal ini dapat memperlihatkan penguasaan dan kemahiran Tuhan Yesus terhadap kitab Taurat (rujuk: Luk 2:41-49), bahkan dapat mengalahkan orang-orang yang mahir tentang hukum Taurat pada waktu itu, iaitu para ahli Taurat dan orang Farisi.

Bagi rasul Paulus pula, dia bukan saja seorang yang pakar tentang hukum Taurat, bahkan fikirannya tiba-tiba terbuka setelah dia menerima wahyu khusus daripada Tuhan. Oleh itu, dia bukan saja memiliki pemahaman yang mendalam tentang Taurat Musa, tetapi juga mempunyai penjelasan yang paling unik tentang hukum Taurat. Dalam perbahasan tentang firman kebenaran dan penggunaan hukum Taurat, dia telah mencapai tahap yang sangat mahir seperti keris yang tidak payah diasami lagi. Dalam tiga belas pucuk suratnya, dia menggunakan banyak ayat daripada kitab “Ulangan” sebagai petikan tentang firman. Misalnya, ketika berbicara tentang belas kasihan Tuhan, dia menekankan: “Jika demikian, apakah yang hendak kita katakan? Apakah Allah tidak adil? Mustahil! Sebab Ia berfirman kepada Musa: “Aku akan menaruh belas kasihan kepada siapa Aku mau menaruh belas kasihan dan Aku akan bermurah hati kepada siapa Aku mau bermurah hati.”” (Rm 9:14-15). Pernyataan ini merupakan petikan daripada kitab “Ulangan” 32:4. Pada masa yang sama, dia juga menggunakan konsep monoteistik dalam kitab “Ulangan” untuk menjelaskan hubungan bagi hukum Taurat, pengantara dan Tuhan yang esa kepada jemaat Galatia (rujuk: Gal 3:20-21).

Nilai sejarah mana-mana sumber akademik, ideologi, budaya dan pendidikan harus menerima ujian masa untuk menetapkan status sejarahnya. Dari segi masa, mungkin “Kod Hammurabi” muncul lebih awal daripada “hukum taurat Musa”, tetapi setelah pembaptisan sejarah, status sejarah lima kitab Musa menjadi jauh lebih unggul daripada semua undang-undang atau kod dalam dunia disebabkan oleh kewujudan bangsa Yahudi dan integrasi yang mendalam oleh umat pilihan.

Dari segi antropologi, pemulihan kerajaan Israel yang telah dimusnahkan selama lebih daripada seribu tahun boleh dilihat sebagai suatu keajaiban, dan hal ini bukanlah tidak masuk akal. Khususnya, adalah diyakini bahawa kelangsungan hidup bangsa ini adalah disebabkan oleh budaya Ibrani yang diteguhkan dengan hukum Taurat daripada Tuhan. Oleh itu, berdasarkan kajian di atas, kita dapat memahami betapa tingginya status lima kitab Musa, terutamanya kitab “Ulangan”.

 

IDEA TEOLOGI DALAM KITAB ULANGAN

Walau bagaimanapun, idea pusat (Centralbegriff) atau konsep asas (Underlying idea) kitab “Ulangan” menyatakan keberadaannya dalam ketetapan. Konsep asas yang diketengahkan dalam seluruh kitab “Ulangan” ialah “mengumpulkan semua kekuatan yang mungkin untuk mengenal Tuhan dan menyembah Tuhan yang sejati dengan cara penyembahan yang diperintahkan oleh-Nya”.

Tentu sekali, Tuhan melimpahkan kasih setia-Nya kepada umat pilihan dengan sifat keilahian-Nya. Oleh itu, dari perspektif teologi, terdapat beberapa konsep teologi yang bernilai untuk diterokai:

 

A. Keesaan Tuhan

Alkitab dan sejarah umat manusia tidak menjelaskan masa kepercayaan agama berkembang menjadi politeisme atau pantheisme. Namun, ketika umat pilihan mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, idea politeisme telah meresap ke dalam semua bangsa di Asia Barat. Oleh itu, dalam kalangan bangsa di Timur Dekat, penampilan agama bukan saja “pelbagai dan berwarna-warni”, tetapi juga membebankan dan kejam. Hal ini sepenuhnya melanggar prinsip kemanusiaan dan firman Tuhan. Contoh-contohnya adalah seperti menggoresi / menoreh-noreh tubuh, mempersembahkan diri, bahkan mempersembahkan anak-anak sebagai korban dalam api. Semua ini adalah kejam dan mengandungi unsur perzinahan. Orang Israel telah membesar dan terbiasa bercampur dalam persekitaran yang begitu besar. Jika mahu mereka mengubah kaedah ibadah mereka yang lalu dan mewujudkan konsep monoteisme, hal itu tidak mungkin dapat dilakukan dalam masa satu hari. Oleh itu, Harun kemudiannya telah membuat anak lembu tuangan untuk umat itu. Butiran ini dapat dibuktikan dengan merujuk kitab “Ulangan” fasal 32.

Konsep monoteisme yang dibahaskan dalam kitab “Ulangan” telah membuktikan sifat keesaan Tuhan dalam persekitaran ini, iaitu melalui hidup pengasingan umat pilihan selama empat puluh tahun di padang gurun pada waktu itu, dan pelbagai tanda mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan di hadapan umat. Oleh itu, kita menjelaskan ciri-ciri “Tuhan yang esa” berdasarkan konsep ketuhanan yang tercatat dalam kitab “Ulangan” fasal 5 – 13:

  1. AKU ADALAH AKU

Ketika Tuhan menampakkan diri kepada Musa di dalam nyala api dan memanggilnya, Tuhan membuat pernyataan berikut: “Firman Allah kepada Musa: “AKU ADALAH AKU.”… TUHAN, itulah nama-Ku untuk selama-lamanya…” (Kel 3:14-15).

Masa dan ruang ialah alam semesta. Manusia sememangnya dibatasi masa dan ruang, dan tidak dapat melampaui batasan masa dan ruang. Walau bagaimanapun, Tuhan berkata: “AKU ADALAH AKU” – Dia wujud dalam masa lalu yang kekal, dan wujud dalam masa depan yang kekal. Tuhan ini tidak diketahui oleh umat Israel pada masa itu, dan sama sekali berbeza dengan “tuhan” yang dilihat oleh umat Israel pada masa itu.

Tuhan berulang kali menyatakan kepada umat Israel melalui perantaraan Musa: “TUHANlah Allah! TUHAN, Allahmu! TUHAN, Allah nenek moyangmu!” (Rujuk: Ul 1:10, 2:7, 3:18, 4:24, 13:3,4,18). Dia selalu mengingatkan umat pilihan bahawa Dialah Tuhan yang ada untuk selama-lamanya, Tuhan mereka, dan Tuhan nenek moyang mereka. Dia bukan saja tidak dibatasi oleh masa dan ruang, tetapi Dialah penguasa masa dan ruang.

Pengetahuan umat manusia tentang Tuhan adalah bahawa “Tuhan telah ada dalam masa lalu yang tidak terbatas dan abadi, dan Tuhan juga ada dalam keabadian yang tidak terbatas”. Namun bagi Tuhan, masa selalunya berada dalam “masa kini”, tidak ada masa lalu, dan tidak ada masa hadapan. Semuanya ada di hadapan-Nya dan tidak ada yang terlindung. Oleh itu, Tuhan adalah berbeza daripada manusia dari segi masa. Manusia mempunyai sejarah masa lalu dan masa hadapan yang tidak dapat diramalkan. Sejarah masa lalu dan masa hadapan yang tidak dapat diramalkan ini ialah masa kini bagi Tuhan. Maka, “AKU ADALAH AKU” dikatakan dari perspektif manusia. Bagi Tuhan, tidak ada yang disebut “AKU ADALAH AKU”.

 

  1. Tuhanlah Pencipta

Tuhan memberitahu umat Israel yang keluar dari Mesir: Dialah pencipta langit dan bumi (rujuk: Ul 10:14). Dia menciptakan segala sesuatu, dan manusia juga diciptakan-Nya (Ul 4:32-33). Oleh itu, umat manusia dalam dunia, terutamanya orang-orang Israel yang terpilih haruslah menyembah kepada Tuhan, takut akan-Nya, dan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya (rujuk: Ul 6:1-2, 10:12).

Tuhan bahkan tidak membenarkan umat pilihan untuk menanya-nanya tentang “tuhan” lain (rujuk: Ul 12:30), apatah lagi menyembah, mencari, dan mengikutinya (rujuk: Ul 6:12-14), dan kemudian membentuk pelbagai patung (rujuk: Ul 5:8-10). Murka Tuhan bangkit terhadap orang yang memberontak, dan Tuhan akan memusnahkannya. Dalam iman kepercayaan, Tuhan ialah roh yang cemburu (rujuk: Ul 4:24). Manusia tidak boleh menyembah makhluk yang diciptakan. Manusia juga tidak boleh meninggalkan Tuhan dan tidak menyembah kepada Tuhan yang menciptakan segala sesuatu.

 

  1. Tuhan yang esa

Dalam ketetapan kitab “Ulangan”, keesaan Tuhan sangat ditekankan. Dialah Tuhan “yang esa”. Dia tidak sama dengan mana-mana tuhan di antara para dewa.

Setelah keluar dari Mesir, Tuhan menyatakan kepada umat pilihan bahawa Dialah satu-satunya Tuhan dengan Sepuluh Hukum yang ditulisi oleh jari Tuhan di atas dua loh batu di gunung Sinai (rujuk: Kel 20:3-7). Musa berbicara untuk Tuhan. Butiran ini dapat dilihat pada Sepuluh Hukum yang diulang oleh Musa pada malam sebelum memasuki Kanaan:

“Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.” (Ul 5:7-10).

Sebenarnya, sebelum mengumumkan Sepuluh Hukum, Tuhan telah berpesan: “Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahwa TUHANlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain.” (Ul 4:39).

Tuhan berulang kali menegaskan kepada Musa dan umat bahawa Dialah Tuhan yang esa kerana Dia mahu umat pilihan mengubah konsep ketuhanan yang salah yang pernah mereka ada semasa berada di Mesir. Mereka juga bakal memasuki tanah Kanaan yang mempunyai persekitaran politeisme dan pantheisme. Tuhan mahu mereka mengenali semula Tuhan yang besar, terutama, dan tertinggi ini: Dia sangat berkuasa, suci dan tidak boleh dicela, dan merupakan Tuhan esa yang adil dan pengasih. Tuhan ini sama sekali tidak dapat ditandingi oleh “tuhan-tuhan” yang lain. Dia juga memberitahu mereka: “Sebab TUHAN, Allahmulah Allah segala allah dan Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, kuat dan dahsyat…” (Ul 10:17).

 

  1. Tuhan yang mutlak

Dari perspektif sejarah, adakah orang Israel mempunyai hak untuk tinggal di tanah Kanaan? Nenek moyang mereka, Abraham, pada asalnya tinggal di Ur (di Iraq sekarang). Mereka pada asalnya merupakan orang asing, bangsa Ibrani yang menyeberangi sungai. Tanah ini sememangnya bukan milik mereka. Mereka menjadi bangsa yang besar di Mesir disebabkan oleh keluarga Yakub yang turun ke Mesir. Oleh itu, mereka tidak memiliki hak utama untuk menduduki tanah Kanaan. Di atas tanah besar yang diduduki oleh pelbagai bangsa dan etnik, orang Israel nampaknya tidak mempunyai tempat tinggal kecuali sebagai orang asing. Namun mereka telah menjadi satu kumpulan yang terus bertahan dalam hidup di bawah kuasa pemerintahan yang kuat.

Walau bagaimanapun, Tuhan telah mengubah nasib mereka. Tuhan memberitahu mereka: Penguasa sebenar ke atas bangsa-bangsa, segala isi alam semesta dan negeri-negeri, serta nyawa manusia dan segala sesuatu bukanlah mereka yang memerintah atau berkuasa dalam dunia. Kuasa mutlak itu ada pada Tuhan. Mesej ini diumumkan berulang kali oleh Tuhan kepada umat pilihan dan dunia.

Musa berkata kepada umat: “Apabila di kemudian hari anakmu bertanya kepadamu: Apakah peringatan, ketetapan dan peraturan itu, yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN Allah kita? maka haruslah engkau menjawab anakmu itu: Kita dahulu adalah budak Firaun di Mesir, tetapi TUHAN membawa kita keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat. TUHAN membuat tanda-tanda dan mujizat-mujizat, yang besar dan yang mencelakakan, terhadap Mesir, terhadap Firaun dan seisi rumahnya, di depan mata kita; tetapi kita dibawa-Nya keluar dari sana, supaya kita dapat dibawa-Nya masuk untuk memberikan kepada kita negeri yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyang kita.” (Ul 6:20-23).

Kuasa mutlak umat Israel keluar dari Mesir ada pada Tuhan. Kuasa mutlak umat pilihan menerima negeri yang dijanjikan juga ada pada Tuhan. Tuhan menunjukkan kasih setia-Nya kepada orang Israel berdasarkan pemilihan dan belas kasihan-Nya. Siapakah yang dapat menentang, siapakah yang dapat membantah? (rujuk: Rm 9:18).

 

B. Janji Tuhan

Janji juga merupakan salah satu inti teologi yang harus diberi perhatian dalam kitab “Ulangan”. Sejak Tuhan berjanji kepada Abraham, janji ini telah menjadi lintasan dan arah seluruh sejarah Perjanjian Lama, dan sejarah Israel hampir menjadi sebuah sejarah pertahanan tempat yang kudus. Hal ini berasal daripada janji Tuhan kepada nenek moyang, Abraham dan telah berlanjutan hingga hari ini. Keturunan Abraham masih memperjuangkannya hingga hari ini. Bagi mereka, tidak ada  “kemenangan dan kekalahan” sebagai kesudahan, melainkan perjuangan “kemenangan atau kematian”.

Pada awal pemilihan, Tuhan memberikan tujuh janji kepada Abraham (rujuk: Kej 12:1-3).

  1. Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar
  2. Aku akan memberkati engkau
  3. Aku akan membuat namamu masyhur
  4. Engkau akan menjadi berkat
  5. Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau
  6. Aku akan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau
  7. Olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat

Sejak itu, sejarah Perjanjian Lama telah berkembang berlandaskan inti janji ini, sehingga adanya umat yang dijanjikan, negeri yang dijanjikan, kerajaan yang dijanjikan, raja yang dijanjikan … pada kemudian hari. Kitab “Ulangan” merupakan “syarat-syarat janji” yang dinyatakan oleh Tuhan kepada umat pilihan.

Enam ratus tahun selepas Tuhan berjanji kepada Abraham, Musa membawa sejumlah besar umat ke ambang tanah Kanaan — Moab. Pada saat itu, “umat yang dijanjikan” dan “negeri yang baik yang dijanjikan” akan segera direalisasikan dan dipenuhi. Betapa menariknya saat ini.

Ketika Musa mengulangi hukum Taurat, dia menyebut tentang janji Tuhan kepada Abraham (rujuk: Ul 1:8). Ketika dia memberikan peringatan kepada umat, dia mengulangi janji Tuhan. Dia berkata: “Dan akan terjadi, karena kamu mendengarkan peraturan-peraturan itu serta melakukannya dengan setia, maka terhadap engkau TUHAN, Allahmu, akan memegang perjanjian dan kasih setia-Nya yang diikrarkan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyangmu. Ia akan mengasihi engkau, memberkati engkau dan membuat engkau banyak; Ia akan memberkati buah kandunganmu dan hasil bumimu, gandum dan anggur serta minyakmu, anak lembu sapimu dan anak kambing dombamu, di tanah yang dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyangmu untuk memberikannya kepadamu. Engkau akan diberkati lebih dari pada segala bangsa: tidak akan ada laki-laki atau perempuan yang mandul di antaramu, ataupun di antara hewanmu. TUHAN akan menjauhkan segala penyakit dari padamu, dan tidak ada satu dari wabah celaka yang kaukenal di Mesir itu akan ditimpakan-Nya kepadamu, tetapi Ia akan mendatangkannya kepada semua orang yang membenci engkau.” (Ul 7:12-15). Dia berkata lagi: “Jadi kamu harus berpegang pada seluruh perintah yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, supaya kamu kuat untuk memasuki serta menduduki negeri, ke mana kamu pergi mendudukinya, dan supaya lanjut umurmu di tanah yang dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyangmu untuk memberikannya kepada mereka dan kepada keturunan mereka, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya.” (Ul 11:8-9).

Sejarah telah membuktikan bahawa walaupun kadang-kadang umat pilihan kehilangan negeri Kanaan yang baik yang dijanjikan oleh Tuhan kepada keturunan Abraham oleh sebab pemberontakan mereka, tetapi janji ini masih ditunaikan hingga hari ini dan janji-Nya tetap tidak berubah.

Berkat yang dikatakan-Nya: Semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat oleh janji Tuhan kepada Abraham. Ketika Paulus menjelaskan nilai orang Yahudi dalam sejarah kepada gereja di Rom, dia menjelaskan kepada dunia: “Jika demikian, apakah kelebihan orang Yahudi dan apakah gunanya sunat? Banyak sekali, dan di dalam segala hal. Pertama-tama: sebab kepada merekalah dipercayakan firman Allah.” (Rm 3:1-2). Firman Tuhan merujuk kepada janji Tuhan kepada Abraham pada masa lalu. Janji itu kemudiannya berkembang menjadi hukum Taurat pada kemudian hari untuk menggenapi janji-Nya dan memenuhi kehendak-Nya. Dia pernah berkata: “Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur; dan engkau akan menjadi berkat. Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat.” (Kej 12:2-3). Antara janji-janji Tuhan, janji ini merupakan berkat besar yang akan dipenuhi dalam keturunan Abraham dan segala bangsa.

Setelah beribu-ribu tahun diuji hingga kini, dapat dibuktikan bahawa kitab “Ulangan” merupakan “kitab Taurat” (Torahshe-bikhetav) yang paling lama digunakan, paling berpengaruh dalam sejarah, dan melibatkan skop masyarakat yang paling luas dalam dunia. Antaranya termasuk “pemikiran teologi” yang tersirat dan “sistem undang-undang” yang tersurat. Kitab ini boleh dikatakan sebagai pembela pemeliharaan sistem politik, ekonomi, budaya, sosial dan aspek-aspek lain bangsa Ibrani selama ribuan tahun.

 

STRUKTUR KITAB INI

Musa seorang yang sangat berhikmat (rujuk: Kis 7:22). Karyanya adalah secara berperingkat. Oleh itu, karya klasik yang ditulis olehnya mempunyai perenggan yang sangat jelas. Berikut diterangkan struktur kitab “Ulangan” untuk memudahkan pembelajaran dan ingatan.

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah bahawa struktur kitab “Ulangan” secara kasarnya boleh dibahagikan kepada enam bahagian jika dianalisis dari perspektif naratif teks keseluruhan:

 

A. Kajian sejarah (1:1 – 4:43)

Penulis Amerika yang terkenal, Emerson pernah berkata: “Pengajaran yang telah ditinggalkan oleh sejarah kepada umat manusia adalah bahawa umat manusia telah melupakan pengajaran sejarah”. Ada orang berkata: “Seseorang tidak tahu cara menjadi manusia sekiranya dia tidak mengetahui sejarah”. Tidak mengetahui pengajaran sejarah atau melupakan pengajaran sejarah menyebabkan seseorang tidak dapat belajar daripada sejarah. Akibatnya, dia akan mengulangi kesilapan sejarah, dan kesilapan yang dilakukan sebaliknya lebih serius. Kegagalan dan pengajaran ini amat besar bagi umat manusia. Oleh itu, pembelajaran sejarah bukan sahaja membolehkan seseorang memahami fakta sejarah dan mengkaji intinya, tetapi juga dapat digunakan sebagai peringatan terbaik bagi generasi akan datang. Atas sebab ini, tidak ada seorang pun yang boleh mengabaikan pengajaran yang ditinggalkan oleh sejarah kepada kita.

Musa memahami bahawa orang Israel mempunyai kegagalan yang terlalu banyak dalam tempoh empat puluh tahun yang telah berlalu. Kegagalan-kegagalan ini cukup untuk dijadikan sebagai peringatan bagi generasi baharu yang dilahirkan di padang gurun supaya mereka tahu bahawa nenek moyang mereka “diberkati ketika mereka mendengarkan Tuhan dan memegang hukum Taurat-Nya, sebaliknya dikutuk dan tidak diberkati ketika mereka melupakan hukum Taurat Tuhan”. Oleh itu, dengan mengambil pengajaran yang paling mendalam dan paling sesuai sebagai peringatan daripada peristiwa empat puluh tahun yang lalu, dia berulang kali menjelaskan dan memperingatkan generasi baharu di depan matanya supaya mereka tidak mengulangi kesalahan nenek moyang mereka. Tindakan ini menampakkan niat baik Musa yang umpama ayam mematuk anaknya. Dia juga mengambil berat tentang umat Israel tanpa mengenal erti putus asa dan kecewa. Rasul Paulus pada 1500 tahun kemudian juga memberikan penekanan yang sama kepada pengajaran sejarah. Dia juga menyebut tentang sejarah padang gurun selama empat puluh tahun sebagai peringatan dan pengajaran bagi pemercaya bukan Yahudi (rujuk: 1 Kor 10:1-11). Nampaknya, hero-hero mempunyai pandangan yang sama.

Oleh itu, ketika Musa menceritakan kenangan yang kejam dan menyakitkan ini, dia berharap agar generasi baharu di depan matanya dan umat generasi-generasi yang akan datang dapat mengingati dengan sesungguhnya bahawa: “Tetap mengikuti hukum Taurat Tuhan selamanya bermaksud tetap menerima kasih karunia Tuhan secara kekal”.

Daripada kisah ringkas Musa dalam fasal 1 – 4, kita dapat memahami secara kasar bahawa dia telah memberikan peluang pendidikan yang penting kepada generasi baharu melalui beberapa retrospektif dan peristiwa pada waktu itu:

  1. Pengenalan (1:1-5)
  2. Pengumuman tentang keberangkatan dari Horeb (1:6-8)
  3. Pemilihan orang-orang yang bijaksana sebagai kepala-kepala suku (1:9-18)
  4. Pengintaian di Kadesh-Barnea (1:19-46)
  5. Berjalan dari Kadesh ke seberang sungai Zered (2:1-15)
  6. Melalui negeri bani Moab dan Amon (2:16-25)
  7. Mengalahkan Siho, raja Hesybon di Kedemot (2:26-37)
  8. Mengalahkan Og, raja Basan di Edrei (3:1-11)
  9. Daerah sebelah timur sungai Yordan diserahkan kepada dua setengah suku (3:12-22)
  10. Musa mengatakan bahawa dirinya tidak akan menyeberangi sungai Yordan (3:23-29)
  11. Menasihati umat supaya memelihara hukum Tuhan (4:1-40)
  12. Berpesan supaya mengkhususkan kota-kota perlindungan di seberang sungai Yordan (4:41-43)

 

B. Memegang hukum Taurat Tuhan (4:44 – fasal 11)

Bahagian ini merupakan unit kedua bagi isi kandungan kitab “Ulangan” dan juga merupakan bahagian utama kitab ini. Penceritaan semula sejarah itu penting, tetapi penegasan semula hukum Taurat adalah lebih penting. Tujuan Musa menulis kitab ini tentu saja adalah untuk memberitahu umat Israel yang bakal memasuki tanah Kanaan yang baik itu supaya mengingati dan melakukan hukum Taurat, perintah, peraturan, dan ketetapan Tuhan. Seandainya tidak, Musa tidak perlu susah-susah menyatakan semula hukum-hukum Taurat ini. Oleh itu, menegaskan semula hukm Taurat adalah perlu, terutamanya “melihat dan kemudian mengetahui, mengetahui dan kemudian bertindak, bertindak dan kemudian diberkati”. Umat ini telah melihat kenyataan di depan mata mereka, termasuk semua jenis tanda-tanda, mukjizat-mukjizat, dan kuasa-kuasa. Langkah seterusnya ialah mengkaji dan menghormati hukum Taurat, dan melakukan ketetapan hukum Taurat supaya diberkati. Prinsip ini tidak berubah. Dengan cara ini, barulah penegasan semula hukum Taurat menjadi bermakna:

  1. Penegasan semula hukum Taurat Sinai (4:44-49)
  2. Status penting Sepuluh Hukum (fasal 5)
  3. Kasih karunia dan warisan yang diterima (fasal 6 – 7)
  4. Melatih kerohanian dan dibenarkan oleh Tuhan (fasal 8 – 9)
  5. Mengingati perkataan Tuhan dan pemeliharaan mata Tuhan (fasal 10 – 11)

 

C. Panduan kehidupan (fasal 12 – 26)

Bahagian ini merupakan tema dan butiran penting bagi penegasan semula hukum Taurat kali kedua oleh Musa. Dia telah memberikan penjelasan yang amat jelas berdasarkan ketetapan-ketetapan yang berkaitan dengan kehidupan iman kepercayaan umat pilihan secara umum dalam kitab “Keluaran”, “Imamat”, dan “Bilangan”. Tujuannya adalah supaya umat generasi demi generasi dapat memahami dan mengikuti ketetapan-ketetapan ini dalam kehidupan iman kepercayaan agar tidak melampaui norma-norma hukum Taurat:

  1. Ajaran-ajaran kehidupan ibadah umat yang kudus (fasal 12 – 16:17)
  2. Ciri-ciri akhlak pemimpin umat pilihan (16:18 – fasal 18)
  3. Tafsiran undang-undang jenayah yang ketat ( fasal 19)
  4. Panduan perang rohani dengan musuh (fasal 20)
  5. Ketetapan norma kehidupan sosial (fasal 21 – 25)
  6. Dua upacara dan kata-kata dorongan (fasal 26)

 

D. Memilih berkat atau kutuk (fasal 27 – 30)

Setelah membuat penegasan seluruh hukum Taurat, tentu saja, perkara yang paling penting ialah menekankan keberkesanan hukum Taurat dan faedah pematuhannya. Kedua-duanya ditentukan berdasarkan pilihan umat pilihan itu sendiri dalam kehidupan pada masa depan. Seperti yang diberitahu oleh Musa kepada mereka: “Pesanan-pesanan di atas merupakan firman (hukum Taurat) yang nyata dan mudah difahami bagi kita dan bagi anak-anak kita sampai selama-lamanya, supaya kita melakukan segala perkataan hukum Taurat ini.” (rujuk: Ul 29:29). Oleh itu, mereka harus memilih “memegang firman dan diberkati”, bukannya memilih “menentang firman dan dikutuki”. Jadi Musa memberikan petunjuk-petunjuk berikut kepada mereka:

  1. Memberikan arahan untuk mendirikan batu peringatan hukum Taurat (fasal 27)
  2. Pematuhan dan pemberontakan (fasal 28)
  3. Perjanjian kekal umat pilihan (fasal 29)
  4. Janji dan perintah (fasal 30)

 

E. Mesej perpisahan (fasal 31 – 33)

Setelah empat puluh tahun bekerja keras, walaupun matanya belum kabur dan kekuatannya belum hilang (Ul 34:7), tubuhnya masih begitu kuat, namun hari untuk melepaskan beban berat itu tetap akan tiba. Oleh itu, dari perspektif seluruh kitab, seluruh kitab “Ulangan” boleh dianggap sebagai kata-kata terakhir Musa sebelum dia meninggal dunia. Walau bagaimanapun, setelah dia menjelaskan ajaran-ajaran penting, dia mengarang nyanyian untuk disampaikan kepada generasi-generasi seterusnya sebagai peringatan dan dorongan:

  1. Menggalakkan generasi untuk belajar takut akan Tuhan (fasal 31)
  2. Mengarang nyanyian untuk menjadi hakim umat pilihan (fasal 32)
  3. Berkat kepada dua belas suku (fasal 33)

 

F. Penyerahan tugas sebelum meninggal dunia (fasal 34)

Sebarang kerja pelayanan merupakan rancangan dan matlamat Tuhan. Oleh itu, walaupun hidup pekerja itu pendek dan terhad, tetapi pekerjaan Tuhan tidak pernah berakhir dan tidak akan terganggu atau berubah oleh penggantian pelayan. Maka, semua orang, termasuk Musa sendiri janganlah lupa: Memimpin orang Israel keluar dari Mesir dan memasuki Kanaan ialah rancangan dan matlamat Tuhan.

Oleh yang demikian, ketika Musa bakal dipanggil pulang, dia menerima pukulan dan aturan bahawa dia tidak dapat memasuki Kanaan tanpa rungutan dan kekesalan, dan dengan rela hati menyerahkan tugas itu. Pelapisnya, Yosua, melangkah ke hadapan untuk memikul “kayu salib” yang telah dipercayakan oleh Tuhan kepada Musa. Dia terus berlari ke arah perjalanan masa depan yang belum diselesaikan sampai memperoleh tanah Kanaan yang baik yang diharapkan oleh umat pilihan siang dan malam, dan menyelesaikan amanat Tuhan.

Penyerahan pekerjaan ini dicatatkan dalam fasal terakhir kitab ini dan boleh dibahagikan kepada dua unit kecil:

  1. Kematian Musa (34:1-8)
  2. Kebangkitan Yosua (34:9-12)

Butiran-butiran di atas merupakan struktur dan analisis kitab ini. Daripada keterangan di atas, kita dapat melihat isi umum kitab “Ulangan” secara ringkas. Dalam setiap bahagian, kita juga dapat memahami inti utama yang ingin disampaikan oleh Musa dengan jelas.

 

RUJUKAN:

  1. B. Meyer. (2014). Moses, Servant of God. Whitaker House.
  2. Irving L. Jensen. (1978). Jensen’s Survey of the Old Testament. Moody Publishers.
  3. Walter C. Kaise. (1978). Toward an Old Testament Theology. Zondervan Pub. House.

PANDUAN PEMBACAAN KITAB YAKOBUS

PANDUAN PEMBACAAN KITAB YAKOBUS

 

PENULIS

Yakobus, saudara kandung Yesus

Satu, Yakobus percaya bahawa Yesus ialah Juruselamat setelah kebangkitan Yesus dan Tuhan pernah menampakkan diri kepadanya (1 Kor 15:7). Dalam pengalaman dan akar iman kepercayaan, dia terpilih sebagai penatua di gereja di Yerusalem dan mempengerusikan persidangan iman bersama (Kis 15:13-21). Kata-kata dalam kitab Yakobus dapat menyimpulkan bahawa dia ialah kepala dan pemimpin jemaat.

Dua, dikatakan bahawa Yakobus mahir berdoa dan selalu berlutut untuk berdoa. Oleh itu, dia dipanggil “lutut unta”.

Tiga, berpendirian tegas, tidak berlengah-lengah, berpegang pada kepercayaan, mempertahankan pengalaman, dan menghadapi masalah yang dihadapi secara rasional.

 

PENERIMA SURAT

Pemercaya dua belas suku (umat Tuhan) yang tersebar ke merata tempat.

 

TUJUAN SURAT

A. Dorongan dalam penderitaan

  1. Penderitaan luaran

Faktor manusia, seperti penganiayaan oleh pemercaya ajaran sesat dan penindasan realiti politik, semuanya merupakan “ujian” daripada Tuhan. Terlalu sibuk, terlalu bimbang, terlalu banyak ketidaklancaran, mengutamakan dunia, perbandingan sesama manusia dan sebagainya.

  1. Penderitaan dalaman

“Ujian” iman, mengejar hikmat rohani, berhadapan dengan “pencobaan” Iblis, godaan keinginan peribadi, dan proses pertumbuhan, semuanya cukup untuk mempengaruhi arah iman kepercayaan.

  1. Ujian persekitaran

Konsistensi dalaman dan luaran, prestasi iman kepercayaan ala kehidupan, mentaliti yang menginginkan kebenaran. Setelah mendengar firman, adakah kita dapat mempraktikkan firman? Situasinya adalah sama dengan tindakan kita selepas bercermin. Kita harus lebih berusaha untuk menghiasi diri.

 

B. Peningkatan dalam iman kepercayaan

  1. Apabila menghadapi rintangan hidup manusia, ketahanan tekanan hidup, dan pengagihan sumber sosial yang tidak adil, bagaimana kita hidup sesuai dengan kebenaran dan memperlakukan orang, perkara, dan benda di sekeliling kita secara “soleh”? Penyelarasan dari segi kata-kata dan perbuatan, berjaga-jaga dengan sikap sendiri, meneladani kasih Kristus, tidak membezakan golongan yang lemah, tidak menggunakan keramaian sebagai aset untuk memanipulasi atau menilai urusan dengan jahat, dan tidak membuat kritikan yang tidak perlu terhadap nilai sosial masyarakat.
  2. Iman bukan hanya formaliti atau bicara kosong. Iman ialah kehendak yang kuat, tekad untuk bersandar kepada Tuhan, keberanian untuk melakukan sesuatu, dan tidak melarikan diri atau mengundurkan diri ketika menghadapi masalah. Sebagai contoh, corak perbuatan bapa iman, Abraham yang hanya peduli tentang berbuat menurut kehendak Tuhan dan mentaati kepemimpinan Tuhan. Dia tidak lagi hanya mempunyai kehendak sendiri yang mempengaruhi proses iman.
  3. Perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin bukan lagi kriteria untuk menilai orang, tetapi untuk meneladani masa lalu dan mencuba masa kini, tidak ditelan oleh peredaran masa, memiliki kesedaran yang melampaui masa, memiliki tekad untuk bertahan, menghapuskan faktor-faktor lemah yang mempengaruhi fikiran, dan memperkuat ketekunan yang tidak berubah sehingga mati ….

 

C. Nilai perkataan dan hikmat

  1. Kejar “kesempurnaan” supaya tidak bersalah dalam perkataan. Dalam setiap proses kehidupan, kita menghargai “peluang” yang diaturkan dan diberikan oleh Tuhan kerana peluang yang berlalu tidak dapat dikawal lagi. Begitu juga dengan kata-kata yang diucapkan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
  2. Perkataan berasal daripada “lidah”, tetapi perintah itu datang daripada otak. Mengejar hikmat menunjukkan cara penyelesaian terhadap perkataan. “Tidak kotor, tidak rosak, tidak ganas” menyatakan alam kerohanian peribadi dan juga mengungkapkan pengalaman ketinggian rohani.
  3. “Hikmat” juga mengungkapkan pengetahuan dan disiplin watak seseorang. Hikmat syurgawi berasal daripada Tuhan. Seseorang harus selalu memiliki buah rohani yang lemah lembut dan menunjukkan perbuatan baik. Dengan itu, secara semula jadinya dia tidak akan iri hati dan tidak berani memegahkan diri. Hal ini bermaksud bahawa sikap mempengaruhi ketinggian pengetahuan dan juga menunjukkan toleransi.
  4. Dunia dikuasai oleh Syaitan dan Iblis. Tentu saja ada pertengkaran, kekacauan, semua jenis perkara buruk, prasangka dan kemunafikan. Semua ini mempengaruhi masyarakat, gereja, dan bahkan keluarga sehingga individu juga terganggu.

 

D. Perbezaan antara dunia dengan rohani

  1. Persahabatan dengan dunia merupakan permusuhan dengan Tuhan. Segala kejahatan, perbuatan jahat dan situasi buruk akan segera tiba. Kebaikan dan kasih karunia akan hilang. Oleh itu, adalah perlu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, maka Tuhan pasti akan memelihara dan memimpin.
  2. Orang yang merendahkan diri di hadapan Tuhan pasti akan ditinggikan oleh Tuhan, mempunyai pandangan yang melampaui segalanya, tidak mementingkan manfaat jangka pendek, senantiasa menguji diri dan mendorong diri supaya tidak hanya mementingkan dunia sebagai pilihan utama dalam hidup.
  3. Terdapat banyak perkara yang tidak diketahui dalam hidup. Manusia hanya perlu melakukan kewajipan dan melakukan pekerjaan mereka sendiri. Sekiranya tidak ada interpersonal yang lebih sempurna dan perbuatan yang lebih mulia, bagaimana seseorang boleh mengkritik dan menghakimi orang lain? Hanya Tuhan yang dapat melihat hati manusia, menguasai nyawa, dan mengawal hidup manusia. Oleh itu, janganlah membanggakan diri.
  4. Semua kelemahan sementara akan binasa. Nafsu manusia merosakkan sifat manusia. Semua yang milik syaitan-syaitan, pelbagai kekacauan dan perbuatan jahat adalah milik dunia sehingga jiwa roh tidak dapat dibangunkan.
  5. Kekuatan yang dari atas mendekatkan manusia kepada Tuhan. Hati yang murni, terus-menerus membuat refleksi diri, menjalani kehidupan yang kudus, merindukan kebenaran, bersedia menolong orang lain, memberitakan Injil untuk menyelamatkan orang, hati dan fikiran terletak pada Tuhan, penuh kepercayaan, tidak kesal, mementingkan nyawa rohani, mengejar pertumbuhan, kesempurnaan, dan mempunyai hikmat yang matang, semuanya berasal daripada Tuhan.

 

E. Penentuan dan renungan konsep hidup

  1. Konsep hidup yang positif adalah untuk memaksimumkan keberkesanan hidup. Konsep ini berpusatkan Tuhan, berdasarkan kasih, memiliki konotasi kebaikan dan keadilan, serta secara aktif berbuat baik dan melakukan kehendak Tuhan kerana nilai iman kepercayaan.
  2. Perwatakan orang Kristian adalah unik. Bagi orang yang berada dalam dukacita dan kesusahan, orang Kristian menitikberatkan penyembuhan jiwa roh dari segi mental dan tindakan. Tentu saja, selain ubat-ubatan yang dapat membantu meredakan penyakit tubuh jasmani dan penderitaan penyakit fizikal, doa syafaat yang berkesan juga diperlukan untuk berusaha membantu orang yang bakal terjatuh.
  3. Hati orang-orang di dunia telah biasa dimanjakan, dan kesudahannya adalah bak tengguli ditukar cuka. Jangan menindas orang, jangan percaya pada pemerasan, dan jangan mementingkan usaha mencari wang jangka pendek. Dengan sikap yang tabah dan penentuan nilai-nilai abadi, kita tidak takut dengan situasi kekuasaan, kekuatan, ketidakadilan, dan ketidakbenaran dalam masyarakat. Sebaliknya, kita mempunyai daya pemerhatian yang lebih tajam dan sering menerapkan nilai hidup yang menyebarkan kasih Kristus.

NAMA TUHAN

NAMA TUHAN

(Pendeta Chen Zhong Yang)

 

PENGENALAN

“Nama Tuhan” telah lama menjadi perbahasan yang berterusan bagi umat Kristian dan sarjana Alkitab. Ini disebabkan orang Israel pernah menggunakan cara yang berlainan untuk memanggil “Tuhan yang di syurga” yang mereka percayai ini dalam Perjanjian Lama. Tambahan pula, terjemahan bahasa, jangka masa yang panjang dan masalah-masalah lain turut menyebabkan gangguan kepada umat Kristian masa kini. Jadi, nama Tuhan ialah “Yehuwa / Yehowa”? “Yahweh”? “Shangzhu” (Tuhan)? Atau “Yesus”? Berikut dikongsikan berdasarkan Alkitab:

 

PANGGILAN UMAT PILIHAN DALAM PERJANJIAN LAMA TERHADAP TUHAN

A. El:

Nama ini boleh merujuk kepada mana-mana tuhan dan merupakan bahasa kaum Sem. Ia mempunyai maksud “kuat”. Contoh: (Kej 32:28) bahasa asal “Isra-el” bermaksud bergumul melawan Allah. (Kej 49:24) – “Yang Mahakuat pelindung Yakub” bermaksud Allah Yakub.

Dalam Alkitab, nama ini kadang-kala juga merujuk kepada allah asing. Contohnya (Mzm 81:10; Ul 32:12,21) dan lain-lain.

 

B. Elohim:

Ia merupakan kata jamak bagi “El”. Nama ini muncul lebih daripada 2500 kali dalam Alkitab. Sama seperti “El”, ia merujuk kepada segala tuhan. Kadang-kadang kata jamak ini muncul dalam Alkitab untuk memanggil Tuhan yang benar. Ini bukan bermaksud bahawa terdapatnya banyak tuhan. Ia adalah “kata jamak aras tinggi” dalam tatabahasa untuk menunjukkan keagungan Tuhan. Ini dapat dilihat kerana kata kerja dan kata sifat bagi ayat yang sama adalah tunggal (Kej 1:26-28).

 

C. Yehuwa / Yehowa:

Yehuwa / Yehowa merupakan transliterasi “Jehovah” dari terjemahan KJV (terbitan tahun 1611). Asal-usul perkataan ini: (Kel 3:14) apabila Tuhan memanggil Musa dan mengutusnya untuk membawa orang Israel keluar dari rumah perbudakan, Musa bertanya kepada Tuhan: “tetapi mereka bertanya kepadaku: bagaimana tentang namaNya? Apakah yang harus kujawab kepada mereka?” Firman Tuhan kepada Musa: “AKU ADALAH AKU.” (Kel 3:13-14). Ayat kitab ini hanya ditulis sebagai sebagai “YHWH” dalam Perjanjian Lama. Sebutan asalnya ialah “Yahweh”. Namun dalam gereja Yahudi yang kemudian, mereka tidak lagi membacanya sebagai “Yahweh”. Ini kerana mereka beranggapan bahawa Tuhan adalah yang ditakuti, bagaimana boleh terus memanggil namaNya? Oleh yang demikian, apabila orang Israel selepas itu mahu memanggil Tuhan, mereka mengubah panggilan kepada “Adonai” (yang sebagai Tuhan, Tuhanku), juga dalam bentuk kata jamak aras tinggi. Dalam aspek penulisan teks pula, Ia ditulis sebagai “YHWH”. Perkataan dengan hanya konsonan tanpa vokal ini tidak dapat dibaca. Oleh itu, dalam zaman pertengahan (kira-kira abad ke-lapan SM), sarjana Yahudi (Masoretics) mula menambahkan vokal kepada konsonan ini dalam Perjanjian Lama. Mereka menambahkan vokal daripada “Adonai” dalam bahasa Ibrani kepada konsonan “YHWH”. Maka Ia ditulis sebagai “YāHōWāH” dan akhirnya berubah menjadi “Jehovah”. Pada tahun 1611 SM, King James Bible mengadoptasi perkataan “Jehovah” dan bahasa Cina juga menterjemahkanNya sebagai “Yehuwa” / “Yehowa”. Para sarjana Alkitab moden percaya bahawa nama kudus tidak harus dijadikan tiga suku kata, mungkin hanya dua suku kata sahaja dengan bunyi a, e sebagai standard. Oleh itu, Ia diterjemahkan sebagai Jahweh atau Yahweh, dan dalam bahasa Cina diterjemahkan sebagai “Yahweh”. Inilah asal-usul perkataan “Yehuwa / Yehowa” dalam terjemahan bahasa Cina.

 

YEHUWA / YEHOWA BUKAN NAMA TUHAN

Tidak kira “Yehuwa / Yehowa” atau diterjemahkan sebagai “Yahweh”, itu bukanlah nama Tuhan. Itu hanya boleh dikatakan sebagai panggilan dan pengakuan umat pilihan dalam Perjanjian Lama terhadap Tuhan. Musa berkata kepada Allah: “Tetapi apabila aku mendapatkan orang Israel dan berkata kepada mereka: Allah nenek moyangmu telah mengutus aku kepadamu, dan mereka bertanya kepadaku: bagaimana tentang nama-Nya? — apakah yang harus kujawab kepada mereka?” Firman Allah kepada Musa: “AKU ADALAH AKU.” Lagi firman-Nya: “Beginilah kaukatakan kepada orang Israel itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu.” (Kel 3:13-14). Selanjutnya berfirmanlah Allah kepada Musa: “Beginilah kaukatakan kepada orang Israel: TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub, telah mengutus aku kepadamu: itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah sebutan-Ku turun-temurun.”

TUHAN (Yehuwa / Yehowa) (atau diterjemahkan sebagai Yahweh) dalam ayat di atas bermaksud “Aku” dalam bahasa asal. Ini menyatakan “kewujudan Tuhan”. Ia ialah perlaksanaan kata kerja, yang menyatakan bahawa kewujudan Tuhan adalah kekal, tiada permulaan hidup dan pengakhiran nyawa. Adalah amat sukar untuk dapatkan terjemahan yang paling tepat bagi perkataan ini. Bahasa Inggeris menterjemahkannya sebagai “I AM THAT I AM” dengan maksud “AKU ADALAH AKU”. Terjemahan dalam Chinese Union Version pula ialah “yang sedia ada dan selamanya ada” yang menyatakan Tuhan selamanya tidak berubah dari dulu, sekarang dan pada masa akan datang.

Walaupun “… itulah nama-Ku untuk selama-lamanya …” (Kel 3:15), namun kita perlu ketahui bahawa perkataan “Yehuwa / Yehowa” merupakan kata kerja yang bermaksud “sedia ada”, dan bukannya kata nama. Maka, kita dapat mengetahui bahawa Tuhan tidak menyatakan tentang namaNya kepada Musa dan lain-lain untuk diketahui oleh mereka. Tuhan menjawab Musa “AKU ADALAH AKU”. Dia hanya mengumumkan kepada mereka “AKULAH AKU. Ia mengandungi keabadian perintisan dan penyempurnaan Tuhan, janji penyelamatan dan penebusan serta kehendak Tuhan yang tidak berubah selamanya. Kita dapat ketahui tentang ini daripada pengumuman Tuhan dalam (Kel 6:1-2), berfirmanlah Allah kepada Musa: “Akulah TUHAN (boleh dibaca sebagai AKU ADALAH AKU). Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi dengan nama-Ku TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) Aku belum menyatakan diri.” Jika “Yehuwa / Yehowa” (“TUHAN” dalam terjemahan bahasa Melayu) (AKULAH AKU) ialah nama Tuhan, Abraham sememangnya tahu tentang nama ini. Abram menjawab: “Ya Tuhan ALLAH (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina), apakah yang akan Engkau berikan kepadaku, karena aku akan meninggal dengan tidak mempunyai anak …” (Kej 15:2). Dalam ayat kitab ini, Abram telah memanggil Allah sebagai TUHAN (Yehuwa / Yehowa). Lagi firman TUHAN kepadanya: “Akulah TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina), yang membawa engkau keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu menjadi milikmu.” Kata Abram: “Ya Tuhan ALLAH (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina), dari manakah aku tahu, bahwa aku akan memilikinya?” (Kej 15:7-8). Dalam ayat-ayat ini, Tuhan sendiri berkata kepada Abram bahawa “Akulah TUHAN” (Yehuwa / Yehowa), Abram juga memanggil Tuhan “Ya Tuhan ALLAH” (Yehuwa / Yehowa).

Berdirilah TUHAN (Yehuwa / Yehowa) di sampingnya dan berfirman: “Akulah TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) Allah Abraham, nenekmu, …” (Kej 28:13). Ketika Yakub bangun dari tidurnya, berkatalah ia: “Sesungguhnya TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya.” (Kej 28:16). Ayat-ayat kitab tersebut membuktikan bahawa, jika nama Tuhan ialah “Yehuwa / Yehowa”, Abraham, Ishak dan Yakub sepatutnya tahu. Bukan sahaja tahu, bahkan memanggil Tuhan dengan nama ini. Dengan itu, bukankah ianya bercanggahan dengan (Kel 6:2) “dengan nama-Nya TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) Dia belum menyatakan diri kepada mereka”? Oleh yang demikian, pengumuman bagi panggilan “Yehuwa / Yehowa” atau “Yahweh” hanya sekadar merupakan “pengumuman tentang penyelamatan dan penebusan yang kekal” yang dinyatakan oleh Tuhan kepada umat pilihan dalam Perjanjian Lama. Itu bukannya nama Tuhan.

 

NAMA TUHAN SERTA PENYELAMATAN DAN PENEBUSAN TUHAN

Nama Tuhan yang mulia sebenarnya mengikuti penyelamatan dan penebusan Tuhan yang dinyatakan kepada dunia. “Sebelum anugerah keselamatan dinyatakan, Tuhan tidak akan menyatakan namaNya yang mulia kepada dunia”, termasuk kepada orang-orang yang dipilihNya. Ini kerana apabila nama Tuhan yang mulia dinyatakan, itulah waktunya hikmat dan rahsia Dia dinyatakan kepada dunia (Ef 3:9-10).

Tema Perjanjian Lama ialah “janji dan penyediaan anugerah keselamatan” iaitu “menjanjikan Kristus dan menyediakan Kristus”. Oleh itu, selepas Tuhan memilih Abraham dari segala bangsa, Dia menjanjikannya dengan “suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya” dan “keturunan yang olehnya semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat (Kej 12:1-3, 13:15-17, 22;17-18) dan mengumumkan kepadanya “Akulah TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) (Kej 15:7) bahkan menyatakan “Akulah Allah Yang Mahakuasa” (Kej 17:1; Kel 6:1) tetapi tidak menyatakan namaNya kepada dia. Itulah sebabnya (Kel 6:1-2) mengatakan bahawa “dengan nama-Ku TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) Aku belum menyatakan diri.” Tuhan juga mengumumkan janji yang sama kepada Ishak (Kej 26:2-5). Sampailah di (Kej 28:13), Dia menampakkan diri kepada Yakub lalu memberikan dia janji yang sama dengan Abraham dan Ishak. Namun, Dia juga tidak menyatakan namaNya kepada Yakub. Jika tidak, mengapa Tuhan berkata dalam (Kel 6:2): “dengan nama-Ku TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) Aku belum menyatakan diri.”? Namun kita melihat Yakub berkata sesungguhnya “TUHAN (Yehuwa / Yehowa dalam terjemahan bahasa Cina) ada di tempat ini,…” (Kej 28:16).

Selepas bergulat di tempat penyeberangan sungai Yabok, bertanyalah Yakub: “Katakanlah juga namamu.” Tetapi sahutnya: “Mengapa engkau menanyakan namaku?” dan kemudiaan memberkati Yahub. Menurut (Ibr 7:7), memang tidak dapat disangkal, bahwa yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi. Kita dapat memahami bahawa orang ini ialah Tuhan yang menampakkan diri dan Yakub sendiri juga mengakuinya sedemikian. Oleh itu, Yakub menamai tempat itu Pniel yang bermaksud “Aku telah melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!”. Namun kita dapat melihat bahawa Tuhan tidak menyatakan namaNya kepada Yakub, dan ini bertepatan dengan (Kel 6:2).

Pada zaman Musa, Tuhan bernubuat dan berjanji kepada umat Israel: “Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah Kusediakan. Jagalah dirimu di hadapannya dan dengarkanlah perkataannya, janganlah engkau mendurhaka kepadanya, sebab pelanggaranmu tidak akan diampuninya, sebab nama-Ku ada di dalam dia.” (Kel 23:20-21). Kemudian, Tuhan bernubuat melalui Musa “seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban.” (Ul 18:18-19). Di sini tetap hanya menjanjikan Kristus dan menyediakan Kristus, tetapi tidak menyatakan tentang namaNya.

Pada zaman hakim-hakim, umat pilihan disiksa oleh orang Filistin. Maka Tuhan membangkitkan anugerah keselamatan dengan berjanji kepada Manoah dari keturunan orang Dan bahawa isterinya yang tidak beranak akan melahirkan seorang anak laki-laki (janji keselamatan). Pada ketika itu, berkatalah Manoah kepada Malaikat TUHAN itu: “Siapakah nama-Mu, sebab apabila terjadi yang Kaukatakan itu, maka kami hendak memuliakan Engkau.” Tetapi jawab Malaikat TUHAN itu kepadanya: “Mengapa engkau juga menanyakan nama-Ku? Bukankah nama itu ajaib?” (Hak 13:17-18). Tuhan tetap belum menyatakan namaNya.

Pada zaman Daud, Tuhan juga berjanji kepada Daud “Apabila umurmu sudah genap dan engkau telah mendapat perhentian bersama-sama dengan nenek moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu yang kemudian, anak kandungmu, dan Aku akan mengokohkan kerajaannya. Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku akan mengokohkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya … Keluarga dan kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya.” (2 Sam 7:12-16).

Walaupun Tuhan berjanji kepadanya tentang kedatangan Kristus, tetapi juga belum menyatakan namaNya kepada Daud kerana belum tiba masanya anugerah keselamatan Tuhan dinyatakan. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan zaman Abraham dan Musa, ianya lebih nyata.

Pada zaman Yesaya, adalah lebih jelas dinubuatkan bahawa “keturunan Daud – Kristus” yang dijanjikan dan disediakan oleh Tuhan akan datang. Buktinya ialah “Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel” (Yes 7:14). Pada masa ini, nama Tuhan telah ditunjukkan iaitu akan digelar sebagai Imanuel (mengandungi kehendak muktamad penyelamatan dan penebusan Tuhan). Kemudian, (Yes 9:5-6) lebih jelas menunjukkan “Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai. Besar kekuasaannya, dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan …” Pada masa ini, anugerah keselamatan telah hampir dinyatakan kepada dunia diikuti nama Tuhan juga bakal dinyatakan kepada dunia.

Setelah genap waktunya, demi menggenapkan janjiNya kepada nenek moyang, Tuhan mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat (Gal 4:4). Maka Tuhan menyatakan kepada Maria bahawa dia akan mengandung dari Roh Kudus dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah menamai Dia Yesus. Dia akan duduk di takhta Daud sampai selama-lamanya (Luk 1:31-35). Tuhan juga menyatakan kepada Yusuf keturunan Daud bahawa “anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus. Ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan Dia Yesus, karena Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka. Hal itu terjadi supaya genaplah yang difirmankan Tuhan oleh nabi: “Sesungguhnya, anak dara itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki, dan mereka akan menamakan Dia Imanuel” –yang berarti: Allah menyertai kita.” Pada masa ini, anugerah keselamatan Tuhan dinyatakan secara rasminya kepada dunia. Sama seperti yang dikatakan dalam (Yoh 1:14,18), “Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.” Ini bermaksud menyatakan Tuhan yang tidak dilihat kepada dunia untuk dikenali dan dilihat. Firman Tuhan telah menjadi manusia dan diam di antara kita (Yoh 1:14) lalu membawa kepada kelahiran bayi ini. Mereka akan menamakan Dia “Imanuel” iaitu “Allah menyertai kita”. Pada peringkat ini, janji Tuhan telah digenapi sepenuhnya dan anugerah keselamatan Tuhan juga telah dinyatakan sepenuhnya. Bila anugerah keselamatan dinyatakan, pada masa yang sama, Tuhan juga menyatakan nama Kristus iaitu “Yesus”. Dia sendiri yang menamaiNya melalui Malaikat dan Dia sendiri mengumumkan namaNya yang mulia kepada dunia (Mat 1:21,15; Luk 1:31).

 

NAMA TUHAN IALAH YESUS

Tuhan melalui “Firman itu telah menjadi manusia” diam di antara kita (Yoh 1:14) dan menampakkan diri secara spesifik di hadapan dunia, maka (Yoh 1:18) mengatakan “Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.”. (Kol 1:15-16) juga berkata “Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan …”. Maka tidak hairanlah Tuhan Yesus berkata kepada muridNya: “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa … Aku di dalam Bapa dab Bapa di dalam Aku …” (Yoh 14:9-10). Pada masa ini, anugerah keselamatan yang Tuhan sediakan untuk dunia telah dinyatakan di hadapan dunia. Oleh itu, apabila Simeon melihat bayi Yesus, dia berkata: “Sekarang, Tuhan, biarkanlah hamba-Mu ini pergi dalam damai sejahtera, sesuai dengan firman-Mu, sebab mataku telah melihat keselamatan yang dari pada-Mu, yang telah Engkau sediakan di hadapan segala bangsa, yaitu terang yang menjadi penyataan bagi bangsa-bangsa lain dan menjadi kemuliaan bagi umat-Mu, Israel.” (Luk 2:29-32).

Dengan itu, nama Tuhan juga telah dinyatakan kepada dunia berikutan anugerah keselamatan. Nama ini ialah “Yesus”. Nama “Yesus” adalah dalam bahasa Yunani, manakala Ia ialah “Yosua” dalam bahasa Ibrani yang bermaksud “Yehuwa / Yehowa Juruselamat”. Nama ini dinyatakan oleh malaikat kepada Yusuf dan Maria pada masa yang sama (Mat 1:12; Luk 1:30,31). Dalam (Mat 1:23), malaikat khususnya menyatakan: “Hal itu terjadi supaya genaplah yang difirmankan Tuhan oleh nabi: “Sesungguhnya, anak dara itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki, dan mereka akan menamakan Dia Imanuel” –yang berarti: Allah menyertai kita.” Tujuan asal Tuhan menciptakan manusia adalah untuk menyertai manusia. Namun manusia kehilangan berkat ini kerana Adam telah berbuat dosa. Oleh itu, Tuhan menyediakan anugerah keselamatan untuk dunia dan menyediakan Kristus untuk dunia – Tuhan penyelamat dunia. Apabila Tuhan penyelamat dunia datang, Dia akan menyelamatkan dan menebus dunia daripada dosa dan maut lalu merealisasikan semula idea “Imanuel”.

Tuhan berkata bahawa namaNya “YHWH” iaitu AKULAH AKU (I AM THAT I AM) (Kel 3:14) menyatakan keabadian, perintisan dan penyempurnaan Tuhan. Kedatangan Yesus Kristus juga telah menyatakan ciri ini (Ibr 12:1-2). Penulis menyatakan bahawa Yesus ialah perintis dan penyempurna iman kita. (Ibr 13:8) dan menyatakan “Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya.”. Bukankah ciri ini menjelaskan sepenuhnya tentang “Yehuwa / Yehowa (atau Yahweh), YHWH”, “AKULAH AKU”?

Kedatangan Tuhan Yesus juga menggenapkan nubuat Tuhan dalam (Kel 23:20-21), “Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, … sebab nama-Ku ada di dalam dia.”. (Za 9:9) juga menubuatkan tentang Raja damai yang datang dalam nama Tuhan akan memasuki Yerusalem dengan mengendarai seekor keledai. Kemudian, nubuat ini digenappakn apabila Tuhan memasuki kota suci untuk penderitaan (Mat 21:9; Luk 19:37-38). Kedatangan Yesus adalah dalam nama “Allah Bapa”, maka namaNya pastilah nama “Allah Bapa”.

Nama “Yesus” inilah nama Tuhan. Ini boleh dibuktikan dengan perkataan yang diucapkan oleh Tuhan Yesus. Dalam kata doa Tuhan Yesus, “Aku telah menyatakan nama-Mu kepada semua orang, yang Engkau berikan kepada-Ku dari dunia.” (Yoh 17:6-26). Tuhan Yesus menegaskan bahawa Dia telah menyatakan “nama Allah Bapa” kepada semua orang (murid-murid) yang diberikan kepadaNya. Apakah nama yang dinyatakan oleh Yesus kepada kita? Hanya nama “Yesus” sahaja. “Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku…” (Yoh 17:11). Bagi bahasa asal ayat kitab ini, terjemahan Lu Zhen Zhong Bible Translation ialah “Ya Bapa yang kudus, peliharalah semua orang yang Engkau berikan kepada-Ku dengan nama-Mu…”; terjemahan Studium Biblicum Version pula ialah “Ya Bapa yang Kudus, peliharalah mereka dengan nama-Mu…”; terjemahan KJV ialah “Holy Father, keep through thine own name those whom thou hast given me, …”; terjemahan NIV ialah “Holy Father, protect them by the power of your name, the name you gave me, …”; terjemahan RSV ialah “Holy Father, keep them in thy name, which thou hast given me, …”. Dari terjemahan-terjemahan tersebut, kita dapat mengetahui bahawa bahasa asalnya ialah “Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku”. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa nama “Yesus” yang diberikan oleh Tuhan melalui pernyataan malaikat ialah nama Tuhan.

Nama ini adalah unik. “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” (Kis 4:12). Nama Tuhan, “Yesus” telah direalisasikan dengan sempurna. Tuhan telah menyatakan makna “YHWH” (AKULAH AKU) yang dikatakan kepada Musa (Kel 3:14). “Dia” bukan sahaja bermaksud perintisan dan penyempurnaan serta keabadian Tuhan tidak berubah. Ia juga mengandungi maksud penyelamatan dan penebusan Tuhan, penyertaan dan keunikanNya. Kini, kita telah menerima kasih karunia dan pernyataan Tuhan lalu mengenali nama Tuhan yang mulia ini. Maka selain bersyukur, batiniah kita juga harus memuji kasih Tuhan, “Haleluya”!

 

NAMA TUHAN BERKUASA

A. Kita dapat diselamatkan oleh nama-Nya

“Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” (Kis 4:12). Kini, jika dunia mahu melepaskan diri daripada dosa kejahatan dan maut, caranya hanyalah dengan bersandarkan anugerah keselamatan Tuhan dan tidak ada cara yang lain. Nama Tuhan Yesus pula dinyatakan kepada dunia berikutan anugerah keselamatan. Untuk mendapatkan kehormatan “nama di atas segala nama” ini (Flp 2:9-11), Tuhan Yesus telah menanggung banyak penderitaan. Dia perlu merendahkan diriNya dan mentaati kehendak Bapa syurga. Walaupun menanggung banyak penderitaan, Dia tetap taat sampai mati (Flp 2:5-8). Oleh sebab ketaatanNya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi dunia hari ini (Ibr 5:7-11). NamaNya yang terhormat ini, olehnya kita dapat diselamatkan.

Kita boleh berdoa dalam nama ini. Ini janji Tuhan Yesus kepada murid-murid yang percaya kepadaNya. Tuhan Yesus berjanji kepada orang-orang yang percaya kepadaNya, “Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa; dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.” (Yoh 14:12-14). “… segala sesuatu yang kamu minta kepada Bapa, akan diberikan-Nya kepadamu dalam nama-Ku. Sampai sekarang kamu belum meminta sesuatupun dalam nama-Ku. Mintalah maka kamu akan menerima, supaya penuhlah sukacitamu.” (Yoh 16:23-24). Ini merupakan janji Tuhan Yesus yang pasti kepada kita yang percaya supaya kita tahu betapa bahagianya kita berada di dalam Tuhan pada hari ini dan betapa hebatnya kasih karunia yang Kristus mahu berikan kepada kita.

 

B. Dapat mengusir syaitan dengan nama Tuhan

Pada satu kali Tuhan mengutus murid-murid pergi memberitakan Injil. Selepas pulang, murid-murid melaporkan kepada Tuhan Yesus dengan berkata: “Tuhan, juga setan-setan takluk kepada kami demi nama-Mu.” (Luk 10:17). Dari sini kita dapat melihat kuasa yang diberikan oleh nama Tuhan kepada kita. Ini juga merupakan janji Tuhan Yesus kepada kita (Mrk 16:17). Semasa Paulus memberitakan Injil di Filipi, dia bertemu dengan seorang hamba perempuan yang mempunyai roh tenung. Dia berkata kepada roh itu: “Demi nama Yesus Kristus aku menyuruh engkau keluar dari perempuan ini.” dan keluarlah roh itu (Kis 16:18).

 

C. Dapat menyembuhkan penyakit dengan nama ini

Tuhan Yesus pernah berjanji kepada orang-orang yang percaya kepada Dia bahawa “mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh.” Setiap janji Tuhan membawa kuasa. Maka, apabila para rasul memberitakan Injil pada hari-hari kemudian, mereka melakukan banyak tanda mujizat dengan kuasa ini. Apabila Petrus baru keluar memberitakan Injil, dia bertemu dengan seorang laki-laki yang lumpuh sejak lahirnya di Gerbang Indah bait suci. Petrus berkata kepadanya: “… Demi nama Yesus Kristus, orang Nazaret itu, berjalanlah!” Hasilnya, orang itu berdiri dan berjalan. Kemudian, dia bersaksi kepada orang-orang di sekelilingnya, “Yesus, Tuhan kehidupan, nama itu yang menguatkan orang ini” (Kis 3:6,16). Dari sini dapat dilihat betapa berkuasanya nama Yesus yang terhormat ini.

 

HARUS BAGAIMANA MELAYAN NAMA INI

A. Meninggikan nama Tuhan dalam segala sesuatu

Filipi 2:9-11, “nama ini ialah nama di atas segala nama, supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, dan segala lidah mengaku: “Yesus Kristus adalah Tuhan,” bagi kemuliaan Allah, Bapa!” Memandangkan nama Tuhan adalah begitu terhormat, tidakkah kita yang menerima anugerah keselamatan ini harus meninggikan nama Tuhan dalam segala tindak-tanduk kita dalam kehidupan harian? (Kol 3:17) “segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita.”

 

B. Menyambut orang yang datang dalam nama Tuhan

Memandangkan kita takut kepada Kristus dari dalam batiniah, maka menerima orang yang percaya kepada nama Tuhan atau orang yang datang demi nama Tuhan, oleh nama Tuhan, sememangnya haruslah demikian. Tuhan Yesus sendiri juga memberi jaminan kepada kita bahawa jika kita menyambut seorang yang percaya dalam namaNya, kita menyambut Dia (Mat 18:5). Dia juga berjanji bahawa kita akan menerima upah (Mat 10:40-42), terutamanya apabila kita dapat menerima orang yang berangkat kerana nama Tuhan, maka kita boleh mengambil bagian dalam pekerjaan mereka untuk kebenaran (3 Yoh 5-8).

 

C. Melakukan segala sesuatu untuk kemuliaan nama ini

Anugerah keselamatan ini diatur oleh Tuhan sebelum dunia dijadikan menurut pelbagai ragam hikmatNya. Betapa berbangganya kita yang dipilih oleh Tuhan. Oleh itu, kita yang telah menerima anugerah keselamatan lehih lagi harus mempunyai perbuatan dan hidup yang berpadanan dengan anugerah yang telah didapati untuk memuliakan Tuhan (Flp 1:27). Dalam kehidupan harian, jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah (1 Kor 10:31). Dengan itu, kita tidak mensia-siakan pemilihan Tuhan. Seumur hidup Paulus adalah maju ke arah matlamat ini. Dia berkata: “Kristus dengan nyata dimuliakan di dalam tubuhku, baik oleh hidupku, maupun oleh matiku.”

 

D. Harus pergi memberitakan dan menyebarkan nama ini

Nama kudus yang kita peroleh dan hormati ini merupakan satu-satunya nama yang olehnya dunia dapat diselamatkan. Maka kita harus berikan dengan cuma-cuma apa yang telah kita perolehi dengan cuma-cuma supaya dunia mendapat bagian dalam Injil (1 Kor 9:23). Tambahan pula, memberitakan Injil merupakan tanggungjawab yang tidak dapat ditolak oleh kita sebagai orang-orang yang percaya kepada Tuhan (1 Kor 9:16-17) dan ianya telah ditanggungkan kepada kita semasa percaya kepada Tuhan (Mat 28:19-20; Kis 1:8). Maka, tidak kira ke mana kita pergi, kita harus menyaksikan nama Tuhan dengan rajin.

 

KESIMPULAN

Selepas Paulus menjelaskan anugerah keselamatan Tuhan dalam kitab Roma, dia menyatakan suara kekaguman dari batiniahnya dengan berkata: “O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! … Sebab segala sesuatu adalah dari Dia, dan oleh Dia, dan kepada Dia.” Betapa ajaibnya Tuhan kita. Dia mengatur dengan hikmatNya yang ajaib agar anugerah keselamatanNya dinyatakan melalui Yesus Kristus dalam zaman akhir ini dan menyatakan namaNya yang ajaib kepada dunia. Kita juga berbangga kerana menerima pernyataan Tuhan tentang namaNya yang mulia (Yoh 17:6) bahkan mendapat segala kasih karunia yang datang berikutan dengan nama yang terhormat ini. Oleh itu, manakah boleh kita tidak mempersembahkan seumur hidup kita sebagai persembahan yang hidup dan hidup untuk memuliakan nama ini?

BERJALAN DI PADANG GURUN

BERJALAN DI PADANG GURUN

 

PENDAHULUAN

Tuhan memimpin empat juta orang Israel keluar daripada pemerintahan raja Mesir merupakan tugas yang sangat sukar. Dia menggunakan kuasa-Nya untuk menundukkan Firaun dan membawa orang Israel meninggalkan tempat itu. Setelah mereka sampai di Semenanjung Sinai (Sinai Peninsula) yang ketandusan, isu makanan, pakaian, tempat tinggal dan perjalanan untuk empat juta orang ialah masalah yang lebih sukar. Bagaimana Tuhan memimpin mereka melalui perjalanan di tanah yang tandus ini?

 

PEMANDANGAN SEMENANJUNG SINAI

Semenanjung Sinai terletak di antara Afrika dan Semenanjung Arab. Semenanjung Sinai merupakan semenanjung kecil di utara Laut Merah. Di selatannya ialah Laut Merah, di barat lautnya ialah Laut Mediterranean, di sebelah baratnya ialah tanah Mesir, di sebelah utaranya ialah tanah Kanaan, dan di sebelah timur lautnya ialah tanah Edom.

Taburan hujan di sini sangat sedikit, rumput tidak tumbuh di kebanyakan tempat dan merupakan tanah yang berbukit kosong dan berlekuk-lekuk. Tidak ada sungai atau tasik di Semenanjung. Hanya terdapat beberapa oasis kecil di tepi laut, dan tumbuhan tumbuh bergantung pada satu-satunya mata air. Pada siang hari ketika matahari memancar secara langsung, suhunya boleh mencapai lebih daripada empat puluh darjah, dan menjadi sejuk dengan cepat pada waktu malam lalu menjadikannya sangat sejuk. Gunung-gunung di sebelah selatan disebut sebagai gunung Sinai (Kel 19:11), juga dikenal sebagai gunung Horeb, dan puncak utamanya adalah 2.200 meter di atas permukaan laut. Walaupun gunung ini tidak terlalu tinggi tetapi sukar untuk didaki. Pada masa itu, hampir tidak ada manusia yang tinggal di Semenanjung. Tuhan pernah memanggil Musa di sini dan membentangkan Sepuluh Firman (Kel 19:20). Elia juga pernah melarikan diri ke sini (1 Raj 19:8).

 

PERJALANAN PADANG GURUN

Terdapat jalan unta antarabangsa di pantai Mediterranean Semenanjung yang asal yang disebut sebagai jalan Filistin. Bertolak dari Mesir di selatan, melewati Terusan Suez pada masa kini (tidak ada terusan pada masa itu), menyusuri Laut Mediterranean ke Gaza di Tanah Filistin (bahagian ini disebut Semenanjung Gaza / Genting Gaza sekarang), dan kemudian pergi ke utara, kita akan tiba di berbagai tempat di tanah Kanaan. Keseluruhan perjalanan adalah sejauh kira-kira 600 kilometer, dan unta perlu berjalan sekitar seminggu. Abraham, Ishak dan Yakub pernah melalui jalan ini untuk pergi ke Mesir.

Peristiwa ini berlaku kira-kira 3400 tahun yang lalu. Pada asalnya, umat boleh menggunakan jalan Filistin untuk pulang ke tanah Kanaan. Namun, Tuhan tidak mahu umat itu mempunyai jalan pulang lalu berasa menyesal dalam hati dan kembali ke Mesir (Catatan 1). Oleh itu, Tuhan tidak membawa mereka ke jalan ini, sebaliknya membawa mereka melalui padang gurun di Sinai. Perjalanan yang ditempuh oleh mereka dengan pimpinan Tuhan adalah kira-kira seperti berikut:

  • Berangkat dari Raamses, membiarkan mereka berjalan melintasi dasar laut kering ke Semenanjung Sinai (Catatan 2)
  • Pergi ke selatan dengan menyusuri pesisiran pantai Laut Merah. Di sini, Tuhan menurunkan manna dan burung puyuh serta pernah menukar air pahit menjadi air manis.
  • Di Gunung Sinai, umat menerima Sepuluh Firman dan mendirikan Khemah Suci. Peristiwa menyembah anak lembu tuangan juga berlaku di sini.
  • Kemudian, pergi ke utara dengan menyusuri Laut Merah. Di sini, 70 orang penatua diangkat untuk membantu Musa menguruskan hal berkenaan dengan umat. Terdapat juga insiden yang melibatkan orang-orang bajingan menjerit dan menantang malapetaka lalu menyebabkan banyak orang mati.
  • Ketika di Kadesh di selatan tanah Kanaan, pengintai disuruh untuk mengintai tanah Kanaan. Akibatnya, mereka tinggal di sini selama 38 tahun kerana kekurangan iman terhadap Tuhan.
  • Patah balik ke Ezion-Geber di Laut Merah dan menuju ke utara.
  • Melewati pesisiran pantai di sebelah timur, melalui daerah Edom dan Moab menuju Sitim. Musa meninggal dunia di sini.

Setelah empat puluh tahun, kebanyakan orang dewasa dan orang muda yang keluar dari Mesir mati di padang gurun. Hanya Yosua dan Kaleb yang dapat memasuki tanah Kanaan kerana iman mereka diiktiraf oleh Tuhan (Bil 14:30).

 

TINJAUAN KEMBALI

Sekarang, mari kita renung kembali jadual perjalanan mereka yang sememangnya penuh dengan situasi yang mendebarkan. Contoh:

  • Ketika mereka tiba di Laut Merah, lautan luas terbentang di depan mereka dan ada tentera yang mengejar di belakang. Sekiranya tertangkap, mereka tetap menjadi hamba untuk seumur hidup mereka. Mereka mungkin dihukum, dipenjarakan, atau bahkan dipukul sehingga mati. Nasib baik Musa amat beriman pada masa ini. Dia percaya bahawa Tuhan pasti akan membuka jalan untuk menyelamatkan mereka. Umat juga dapat mematuhi perintahnya dengan tenang. Gereja kita sekarang juga memerlukan pemimpin yang tenang dan percaya sepenuhnya kepada Tuhan seperti Musa. Kita juga perlu tunduk pada kepemimpinan mereka dengan hati yang tenang. Walaupun kadang-kadang kepemimpinan mereka nampaknya tidak ideal, namun kita harus percaya bahawa Tuhan pasti akan membuka jalan. Janganlah lemah semangat atau putus asa.
  • Ketika Musa naik ke gunung Sinai untuk menerima Sepuluh Firman, pemimpin yang menggantinya untuk sementara iaitu Harun telah membuat satu keputusan yang amat teruk. Dia memimpin umat membuat dan menyembah anak lembu tuangan. Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa pemimpin juga akan melakukan kesalahan. Oleh itu, semua pendeta, penatua, ahli jawatankuasa, dan guru pendidikan agama yang melayani sebagai pemimpin gereja haruslah berwaspada, membuat refleksi ke atas kata-kata dan perbuatan sendiri, dan membandingkannya dengan Alkitab. Jangan memimpin jemaat / gereja dengan kehendak manusia. Seluruh umat juga tidak boleh mengikut secara membuta tuli. Ujilah strategi kepemimpinan dengan menggunakan kata-kata Tuhan. Oleh itu, pembacaan Alkitab dan kajian Alkitab telah menjadi pelayanan penting yang konsisten di gereja benar. Setiap orang harus mengkaji Alkitab dengan bersungguh-sungguh untuk benar-benar memahami kehendak Tuhan.
  • Pada asalnya, umat menerima kepemimpinan Musa dengan lancar dalam sepanjang perjalanan. Mereka berjalan di seluruh padang gurun dan berjalan ke Kadesh (sudah tiba di tanah Kanaan). Mereka seharusnya pergi ke utara dengan gembira dan sukacita. Tetapi pada saat genting ini, mereka takut pada musuh yang kuat dan mencurigai kepemimpinan Musa serta meminta pengintai untuk menyelidiki tanah Kanaan (Ul 1:22). Mereka menjadi tawar hati dan menangis ketika melihat bahawa orang-orang di sana lebih besar dan lebih tinggi. Bukankah respons ini menghairankan? Ramai pemercaya sekarang juga melakukan perkara yang sama. Pada awalnya, ketika berhadapan dengan jalan buntu, kesusahan dan penderitaan, mereka berusaha sedaya upaya untuk mencari Injil dan memberi diri dibaptis. Mereka sepatutnya tidak perlu lagi berasa risau dan boleh mempercayai Tuhan dengan sepenuh hati. Bukankah pelik jika mereka curiga setelah percaya kepada Tuhan? Memandangkan iman terhadap gereja benar itu benar, maka seharusnya tidak perlu lagi berasa risau, sebaliknya teruskanlah percaya. Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang, tidak layak untuk Kerajaan Allah (Luk 9:62).
  • Satu bulan setelah umat pilihan keluar dari Mesir (Kel 16: 1), makanan yang dibawa oleh mereka pun habis, dan mereka berada di padang gurun yang tandus. Ketika mereka hampir kehabisan makanan, Tuhan menurunkan manna dan burung puyuh (Kel 16:13-14); Tuhan juga memberitahu mereka untuk beristirahat pada hari Sabat untuk memperingati penyelamatan Tuhan dan bersikap menguasai diri dalam pekerjaan. Pemercaya moden harus mengikut teladan Manna berwarna putih dan manis seperti madu (Kel 16:31), suci, baik dan berkhasiat. Firman Alkitab juga begitu. Semakin banyak anda mengkaji, semakin anda merasa. Diharapkan semua datang bersama-sama mengkaji Alkitab untuk menikmati kemanisan dan kebaikan firman Tuhan. Percayalah bahawa Tuhan tidak akan membiarkan kita menjadi pengemis atau mati kelaparan. Oleh itu, janganlah kita kehilangan pertimbangan yang wajar demi mencari keuntungan wang sehingga lupa untuk beristirahat, memegang hari Sabat, dan mendekati Tuhan. Janganlah berasa tidak puas dan tamakkan kenikmatan yang tidak perlu. Apabila kita melihat Tuhan mengasihi kita, janganlah kita meminta atau menerima dengan sembarangan, dan jangan menjadi seperti anjing dengan bayang-bayang. Bagi burung puyuh yang sama, jika meminta keperluan tambahan seperti orang-orang bajingan (Bil 11:4), Tuhan tetap akan memberikannya. Tuhan berkuasa untuk memberikan sehingga terlalu banyak; tetapi berhati-hatilah terhadap malapetaka yang ada di depan mata (Catatan 3).

 

EPILOG

Kehidupan iman kepercayaan kita adalah sama seperti perjalanan mereka di padang gurun. Kita telah melewati Laut Merah iaitu dibaptiskan lalu dibebaskan daripada kawalan roh jahat. Namun kita belum benar-benar memasuki kerajaan syurga, tempat sukacita dan hidup kekal. Kita masih hidup di dunia yang sukar seperti padang gurun. Roh dan jiwa kita perlu bergantung pada firman Tuhan untuk terus hidup. Oleh itu, kita perlu bersama-sama, bersatu dan saling menyokong sesama seiman dalam gereja untuk menyelesaikan perjalanan di dunia ini. Dalam tempoh ini, kita mesti mematuhi ajaran Alkitab, tidak menyimpang ke kiri atau kanan, tidak tamak akan keuntungan yang haram dan tidak bersungut-sungut. Dengan itu, Tuhan pasti akan membimbing dan melindungi kita dengan lancar dalam kehidupan ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan damai sejahtera dan kelancaran! Amin.

 

CATATAN

  1. Tindakan ini adalah umpama memecahkan kapak dan menenggelamkan kapal. Tujuannya adalah supaya mereka tidak lagi mempunyai fikiran untuk kembali ke Mesir. Pemercaya juga perlu mempunyai tekad sedemikian dalam memberikan diri dibaptis dan menempuhi jalan syurgawi.
  2. Lokasi terperinci dan tepat bagi setiap stesen adalah sukar untuk dikenalpasti sekarang kerana nama tempat yang tercatat dalam Alkitab tidak lagi digunakan kini. Perjalanannya adalah lebih kurang seperti berikut:

Raamses (Kel 12:37) – Sukot (Kel 12:37) – Etam (Kel 13:20) – Migdol (Kel 14:2) – padang gurun Syur (Kel 15:22) – Mara (Kel 15:23) – Elim (Kel 15:27) – padang gurun Sin (Kel 16:1) – Rafidim (Kel 17:1) – gunung Sinai (Bil 10:12) – Kibrot-Taawa (Bil 11:35) – Hazerot (Bil 11:35) – padang gurun Paran (Bil 12:16) – Kadesh-Barnea (Ul 1:19) – Ezion-Geber (Ul 2:8).

  1. Terdapat banyak kesaksian yang menunjukkan bahawa orang yang percaya kepada Tuhan semasa berada dalam kemiskinan, Tuhan mengizinkannya menjalani kehidupan yang agak kaya. Walau bagaimanapun, dia tamak dan meminta kepada Tuhan supaya dia dapat menjana lebih banyak wang. Pada masa yang sama, dia melupakan rahmat Tuhan dan tidak mendekatkan diri kepada Tuhan. Akibatnya, dia tiba-tiba menjadi orang kaya, bersuka ria dalam kemewahan dan percabulan lalu jatuh muflis dengan kadar yang cepat.

PANDUAN PEMBACAAN KITAB YOEL

PANDUAN PEMBACAAN KITAB YOEL – HARI TUHAN

 

LATAR BELAKANG MAKLUMAT

Penulis kitab Yoel ialah “Yoel bin Petuel”. “Yoel” bermaksud “TUHANlah Allah”. Catatan tentang Yoel atau Petuel tidak banyak dalam Alkitab. Nama Yoel adalah sangat umum. Dalam Perjanjian Lama, terdapat lebih daripada sepuluh orang yang bernama Yoel. Menurut keterangan dalam kitab, nampaknya Yoel bukan seorang imam. Namun berdasarkan pengetahuannya yang luas tentang Bait Suci dan ritual ibadah, agaknya dia mempunyai hubungan yang erat dengan imam di dalam Bait Suci dan mungkin merupakan penduduk kota Yerusalem.

Tentang masa kerja Yoel, pendapat para sarjana Alkitab terbahagi kepada dua kumpulan. “Teori penulisan awal” beranggapan bahawa masanya adalah pada abad kesembilan SM manakala “teori penulisan lewat” pula menegaskan bahawa masanya adalah pada zaman selepas pulang dari pembuangan. Namun, berdasarkan kajian isi kandungan kitab ini, teori yang pertama adalah lebih sesuai, dan berkemungkinan besar pada masa awal raja Yoas ketika dia dibantu oleh imam Yoyada, dan pada masa yang lebih kurang sama dengan Elisa. Hal ini kerana musuh-musuh yang disebutkan dalam kitab ini: Tirus, Sidon, Filistin (3:4), Mesir, Edom (3:19), dan lain-lain merupakan musuh kerajaan Yehuda pada masa awal. Kitab ini tidak menyebut tentang orang Aram yang menyerang kerajaan Yehuda dan menawan umat ketika Yoas lanjut usia (2 Taw 24:23-24). Di samping itu, nabi Amos memetik daripada kitab ini beberapa kali dalam nubuatnya (Am 1:2; Yl 3:16; Am 5:18,20; Yl 2:1-2; Am 9:13; Yl 3:18). Kelihatannya, masa kerja Yoel adalah sebelum kitab Amos, iaitu pada sekitar tahun 857 – 850 SM. Tempat kerjanya mungkin di Yehuda. Hal ini kerana kitab ini sering menyebut tentang Yerusalem, Sion, rumah TUHAN, dan lain-lain lagi. Israel disebutkan sebanyak tiga kali dalam kitab ini (2:27, 3:2,16). Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kitab ini menyebarkan amaran dan bernubuat kepada seluruh kaum Israel.

 

RINGKASAN ISI KANDUNGAN

Nabi Yoel menyaksikan tulah belalang yang mengerikan di seluruh negeri. Semua hasil pertanian di negeri itu habis dimakan sehingga segenap negeri itu sunyi sepi dan suram. Persembahan korban di Bait Suci juga sudah lenyap! Nabi mendapat wahyu pada masa itu: hari TUHAN sudah dekat. Mula-mula, belalang yang menutupi seluruh permukaan bumi akan menyapu seluruh bumi seperti ribuan kuda balapan. Nabi juga bernubuat bahawa tentera musuh akan menyerang Yerusalem, membinasakan seluruh negeri, dan membuat semua tempat menjadi tandus. Kemudian, nabi juga bernubuat bahawa hari TUHAN sudah dekat, iaitu akan ada kesesakan yang dahsyat yang tidak pernah ada sebelumnya di bumi sehingga mengubah dunia yang seperti Taman Eden menjadi padang gurun tandus. Oleh itu, nabi menasihati umat supaya berpuasa, bertaubat sepenuhnya daripada hati dan memohon kepada Tuhan yang benar. Tuhan pasti akan menunjukkan belas kasihan kepada umat-Nya dan mengembalikan kemakmuran kepada padang gurun yang tandus. Nabi akhirnya bernubuat tentang janji Tuhan: akan ada kasih karunia besar pencurahan Roh Kudus pada hari-hari terakhir. Orang Israel yang telah ditawan akan pulang untuk memulihkan bangsa Israel, dan pada masa yang sama melihat musuh menerima hukuman.

 

PENJELASAN RINGKAS MENGENAI SEGMENTASI KANDUNGAN

TRAGEDI TULAH BELALANG

1:1-12

Pada zaman purbakala, tulah belalang pernah menimpa tanah Mesir ketika Tuhan mahu memimpin orang Israel keluar dari Mesir (Kel 10:12-15). Peristiwa ini telah diceritakan dari generasi ke generasi dalam kalangan umat Tuhan. Kini, ada tulah belalang yang belum pernah terjadi sebelumnya di kawasan setempat (ayat 2-4). Tuhan menurunkan tulah belalakng kepada mereka kerana dosa-dosa mereka. Nabi berseru kepada umat di seluruh negari itu dan mahu mereka menceritakan peristiwa itu kepada keturunan mereka supaya generasi demi generasi dapat takut akan Tuhan dan menjauhi kejahatan. Pemabuk tidak tahu kejadian yang berlaku di sekitar mereka. Jadi ketika bencana menimpa, nabi mula-mula sekali mengingatkan mereka untuk “bangun dan menangis”. Hal ini kerana pohon-pohon buah dan gandum di bumi telah dimusnahkan, maka tidak ada lagi anggur untuk mereka bersukaria dan menuruti hawa nafsu (ayat 5-7). Persembahan korban sudah lenyap kerana kekurangan korban persembahan, mereka seolah-olah ditinggalkan kerana memutuskan persekutuan dengan Tuhan. Oleh itu, para imam harus meratap seperti anak dara kerana mempelai, kekasih masa mudanya (ayat 8-10). Petani yang bangga dengan teknik pengeluarannya akan berasa malu dan meratap kerana kemusnahan tuaian mereka di ladang. Bencana seperti ini langsung tidak dapat diselamatkan oleh manusia. Pada ketika ini, kegirangan melayu dari antara anak-anak manusia (ayat 11-12).

 

1:13-20

Untuk julung kalinya, nabi mengumumkan bahawa “hari TUHAN” sudah dekat, datangnya sebagai pemusnahan daripada Yang Mahakuasa. Kerosakan dan kegersangan di hadapan matanya sangat menggemparkan (ayat 15-20). Nabi menyeru seluruh bangsa untuk berdoa dan berpuasa. Para imam harus mengenakan kain kabung dan datang ke hadapan Tuhan. Hal ini kerana tulah belalang yang dihadapi oleh umat Tuhan merupakan hukuman daripada Tuhan (Ul 28:38-39; 1 Raj 8:37-40). Pada saat yang mendesak ini, “perkumpulan raya” harus dimaklumkan, dan harus mengumpulkan para tua-tua dan seluruh penduduk negeri ke Bait Suci untuk berpuasa dan bertaubat, dan berteriak kepada Tuhan dengan sesungguhnya (ayat 13-14).

 

CATATAN:

Tulah belalang masih biasa berlaku di Timur Tengah, Afrika Utara dan Afrika Tengah. Apabila tulah belalang berlaku, mungkin terdapat berjuta-juta belalang yang meliputi kawasan beratus-ratus batu persegi. Belalang-belalang yang terbang di udara ini adalah seperti awan hitam yang menutupi bumi. Suara yang dikeluarkan adalah “seperti gemertaknya kereta-kereta, seperti geletiknya nyala api yang memakan habis jerami” (2:5). Belalang memusnahkan ladang satu demi satu, menghabiskan semua daun hijau, dan bahkan memakan habis dahannya, sama sekali tidak dapat dihalang. Situasi yang dijelaskan dalam fasal pertama kitab Yoel ialah kemusnahan yang disebabkan oleh belalang.

 

PENGISYTIHARAN TAUBAT

2:1-11

Nabi itu seperti penjaga (Yeh 3:17-21). Dia sekali lagi menyatakan bahawa “hari TUHAN” sudah dekat, “suatu hari gelap gulita dan kelam kabut”. Dengan serangan belalang, nabi memperlihatkan tentera bangsa asing yang akan menyerang Yehuda. Pasukan besar yang kuat yang menyerang ini tidak pernah ada sejak purbakala, dan tidak akan ada lagi sesudah itu (ayat 1-2). Di depannya api memakan habis, di belakangnya nyala api berkobar. Negeri yang baik seperti Taman Eden akan menjadi padang gurun (ayat 3). Pasukan ini berasal dari utara (ayat 20), terlatih (Ams 30:27), cukup berani untuk berperang, sangat keras, kejam dan ganas. Pencerobohan mereka “seperti kuda yang disiapkan untuk peperangan” (Why 9:7), suara mereka “bagaikan bunyi kereta-kereta yang ditarik banyak kuda” (Why 9:9). Mereka mara “seperti suatu bangsa yang kuat, teratur barisannya untuk berperang”. Mereka mara seperti pahlawan, menerobos pertahanan dengan tombak, berlari ke atas tembok, dan memanjat ke dalam rumah-rumah seperti pencuri (ayat 4-9). Dengan tulah belalang ini, nabi bernubuat bahawa Tuhan akan menghakimi umat-Nya dengan menggunakan musuh-musuh ini dan seksaan yang dahsyat akan menimpa dunia pada kesudahannya (Mat 24:21,22,29). Belalang yang seperti awan hitam di langit menunjukkan bahawa bumi dan langit akan bergetar, matahari dan bulan menjadi gelap, dan bintang-bintang menghilangkan cahayanya (ayat 10-11).

 

2:12-17

Dalam keadaan yang putus harapan seperti itu, umat di seluruh negeri hanya boleh datang kepada Tuhan untuk merendahkan hati dan bertaubat. Hal ini kerana Tuhan yang benar itu pengasih dan panjang sabar. Dukacita sebenar daripada hati seperti “mengoyak hati” mungkin membolehkan kita menerima belas kasihan dan kasih karunia-Nya, dan meninggalkan “kekayaan” bagi umat. Dengan demikian, mereka dapat memiliki “gandum dan anggur” untuk dipersembahkan kepada Tuhan seperti sebelumnya (ayat 12-14). Nabi berseru kepada lelaki, perempuan, orang-orang kecil dan orang-orang besar, dan bahkan orang yang baru mengambil isteri di seluruh negeri (rujuk: Ul 24:5) supaya mengadakan puasa yang kudus dan mengumpulkan bangsa tersebut untuk memaklumkan perkumpulan raya. Para imam harus memimpin umat Israel berdoa kepada Tuhan dan memohon supaya Tuhan menyayangi umat-Nya. Semua orang yang berkumpul menangis dan berdoa, memohon supaya Tuhan menyelamatkan negeri itu daripada bahaya dan menghindari olok-olokan orang-orang bangsa asing (rujuk: Mzm 79:4) (ayat 15-17).

 

BERKAT AKHIR ZAMAN ISRAEL

2:18-27

Bangsa Israel seolah-olah pernah berpaling kepada Tuhan sebagai respons terhadap panggilan nabi. Maka, Tuhan menunjukkan belas kasihan kepada umat-Nya dan menjawab teriakan mereka. Jawapam di sini boleh dibahagikan kepada masa sekarang dan masa hadapan: pada masa sekarang, belalang akan diusir dan dilenyapkan, dan kegemilangan ladang akan pulih. Tuhan juga berjanji akan mengirim gandum, anggur dan minyak kepada mereka, dan mereka akan kenyang memakannya. Tuhan juga akan menghapuskan cela mereka. Pada masa hadapan pula, Tuhan akan menjauhkan “yang datang dari utara” (semua musuh) daripada mereka, menyelamatkan semua orang yang tertindas, dan menghilangkan semua penghinaan (ayat 18-20). Tuhan ingin sekali lagi memberkati bumi sehingga ladang yang baik akan sekali lagi menghasilkan tanaman yang banyak, dan rumput dan pohon yang subur di padang akan dipulihkan. Dengan adanya hujan pada awal musim dan hujan pada akhir musim, seluruh bumi akan penuh dengan daya hidup yang berkembang pesat, dan kerugian yang disebabkan oleh tulah belalang akan diganti (ayat 21-25). Seluruh rakyat akan makan dengan kenyang dan memuji-muji Tuhan. Mereka akan mengetahui bahawa Tuhan yang telah memperlakukan mereka dengan ajaib ada di antara mereka, dan bahawa tidak ada tuhan yang lain dan orang yang bersandar kepada-Nya tidak akan menjadi malu lagi untuk selama-lamanya (ayat 26-27).

 

2:28-32

Setelah nabi melihat tulah belalang, pengalaman pembaharuan umat setelah tulah ini meramalkan berkat yang lebih besar pada masa depan. Nabi bernubuat bahawa pada hari-hari terakhir, Tuhan akan memberikan Roh Kudus dengan segala kekayaan kepada seluruh umat manusia, iaitu setiap orang yang mengusahakannya dengan miskin di hadapan Tuhan (ayat 28-29). Sebelum kedatangan Tuhan untuk kali yang kedua, langit dan bumi akan bergoncang dengan tanda-tanda (Luk 21:25-26). Nabi bernubuat tentang tanda-tanda sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu: termasuk pencurahan Roh Kudus, peperangan besar yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan terjadi lagi selepasnya di bumi, dan penglihatan yang luar biasa akan muncul di langit dan di bumi (ayat 30-31). Pada masa itu, semua orang yang berseru kepada nama Tuhan pasti akan diselamatkan. Walaupun seksaan yang dahsyat akan menimpa bumi, tetapi akan ada sisa yang tinggal oleh sebab umat pilihan Tuhan (Rm 11:5). Mereka yang menerima Yesus sebagai Juruselamat pasti akan diselamatkan (ayat 32).

 

CATATAN:

  1. Belalang menandakan pencerobohan Yehuda oleh tentera musuh dan juga melambangkan seksaan yang dahsyat pada akhir zaman. Dari sudut kerohanian, hal ini melambangkan bahawa jemaat akan dirosakkan oleh syaitan sehingga kehilangan kebenaran dan menjadi tandus. Oleh itu, jemaat juga harus melalui penyesalan dan pertaubatan sebelum dapat menerima Roh Kudus daripada Tuhan untuk memulihkan jemaat seperti yang ada pada zaman para rasul, penuh dengan karunia dan sukacita rohani.
  2. Ketika Roh Kudus dicurahkan pada hari Pentakosta, Petrus memetik nubuat daripada perenggan ini (Kis 2:16-18). Semua nubuat dalam perenggan ini akan digenapi sebelum kedatangan Tuhan Yesus untuk kali yang kedua. Hal ini kerana kitab ini ada menunjukkan dua fasa iaitu hujan pada awal musim dan hujan pada akhir musim (2:23). Mereka yang menerima Roh Kudus akan memiliki pengalaman yang luar biasa seperti berkata-kata dalam bahasa roh dan bernubuat (Kis 19:6), mendapat mimpi, mendapat penglihatan-penglihatan (Kis 2:2-4) dan sebagainya. Roh Kudus pada zaman para rasul menggenapi hujan pada awal musim (hujan awal) dan dicurahkan untuk tujuan mendirikan gereja dan memberitakan Injil (menabur). Pada akhir zaman, Roh Kudus akan diturunkan sekali lagi untuk menggenapi hujan pada akhir musim (hujan akhir) serta memajukan gereja benar agar bersiap untuk menuai dan menyambut kedatangan semula Tuhan Yesus (Mat 24:14).

 

PENGISYTIHARAN PENGHAKIMAN KEPADA BANGSA-BANGSA

3:1-11

Kita harus memahami makna “hari TUHAN” kepada bangsa Israel dan bangsa-bangsa. Nubuat nabi tentang “pada hari-hari itu dan pada waktu itu” merujuk kepada kepulangan Yehuda dari Babel dan juga merujuk kepada kepulangan Israel dari segala bangsa sebelum penghakiman hari kiamat. “Lembah Yosafat” mempunyai maksud Tuhan menghakimi. Israel tetap merupakan milik Tuhan. Jadi orang-orang yang mencerai-beraikan mereka, merampas tanah mereka, dan menjual mereka sebagai hamba akan dihakimi Tuhan (ayat 1-3). Tirus, Sidon, Filistin, Edom, dan Mesir semuanya pernah menindas orang Israel dalam sejarah. Maka mereka mewakili semua musuh umat pilihan. Sebagai contoh: Tirus dan Sidon tidak menghiraukan hubungan sesama manusia dan menjual orang Yehuda kepada orang Yunani sebagai hamba. Filistin dan Mesir ialah musuh turun-temurun orang Israel. Mereka menindas umat pilihan dengan kekerasan dan peperangan, merampas emas, perak dan brang-barang yang berharga di Bait Suci dan membawanya ke tempat-tempat ibadah mereka. Walaupun Edom dan Israel merupakan keturunan Ishak; namun Edom membenci orang Israel dan mahu orang Israel dihapuskan dari dunia (Ob 10-14). Kini, Tuhan akan membalikkan perbuatan itu ke atas kepala mereka sendiri (ayat 4-8). Oleh itu, bangsa-bangsa harus bersiap untuk peperangan, menempa mata bajak menjadi pedang dan pisau-pisau pemangkas menjadi tombak. Peperangan ini adalah antara kekuatan jahat dengan Tuhan yang hidup selama-lamanya. Kalimat ini juga bernubuat bahawa dunia akan melancarkan peperangan berskala besar sebelum penghakiman hari besar (ayat 9-11) (rujuk: Why 16:13-16, 19:19, 20:7-8).

 

3:12-21

Setelah peperangan tragis yang memusnahkan dunia dan bumi berakhir, nabi akhirnya mengumumkan bahawa sudah dekat “hari TUHAN” di “lembah penentuan”. Tuhan akan menghakimi bangsa-bangsa di sekitar Israel. Penghakiman ini adalah secara terbuka, dan segala bangsa akan berdiri di hadapan Tuhan. Pada kesudahannya, kebaikan dan kejahatan telah mencapai tahap kematangan, seperti gambaran sudah masak tuaian, sudah penuh tempat anggur, tempat-tempat pemerasan kelimpahan. Kerja penuaian hanya dilakukan apabila kebaikan dan kejahatan mudah dibezakan. Oleh itu, hari kiamat merupakan masa untuk membezakan antara kebaikan dengan kejahatan dan juga masa untuk menerima upah atau hukuman. Bagi musuh Yang Mahakuasa, hari itu ialah hari yang mengerikan, “matahari dan bulan menjadi gelap, dan bintang-bintang menghilangkan cahayanya” (ayat 12-15). Setelah dosa dan kejahatan manusia penuh, murka Tuhan akan meletus. Dia akan membawa kejutan besar yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan terjadi lagi selepasnya dengan kekuatan yang tidak terhalang. Tetapi pada masa yang sama, Dia mahu menunjukkan bahawa Dialah “tempat perlindungan dan benteng” bagi umat-Nya. Mereka akan diam di Yerusalem, kota yang kudus itu di atas Sion, gunung yang kudus dan tidak lagi akan diganggu oleh musuh asing (ayat 16-17). Setelah musuh dihakimi, umat pilihan akan kembali, Tuhan akan memberkati Yehuda, dan hasil tanah mereka akan berkelimpahan (ayat 18). Mesir dan Edom akan menjadi sunyi sepi kerana pernah melakukan kekerasan terhadap Yehuda (ayat 19). Sebaliknya, umat pilihan pasti akan tetap untuk selama-lamanya. Tuhan akan membalas darah mereka yang belum dibalas sebelumnya. Hal ini kerana Tuhan akan diam bersama dengan umat-Nya di Yerusalem (ayat 20-21).

 

KESIMPULAN

Nabi Yoel menggunakan tulah belalang untuk bernubuat tentang hari TUHAN dan memberitakan peringatan. Oleh itu, “hari TUHAN” merupakan perkataan utama kitab ini. Kalimat ini juga menjadi pesanan yang paling menonjol dan paling mengejutkan dalam kitab ini. “Hari” dalam kitab ini merujuk kepada dua aspek: yang pertama merujuk kepada hari orang-orang Yahudi ditawan, dan yang kedua merujuk kepada hari kedatangan semula Tuhan Yesus pada akhir zaman, iaitu pada hari TUHAN yang hebat dan dahsyat (2:11,31). Hari ini akan tiba seperti datangnya sebagai pemusnahan daripada Yang Mahakuasa (1:15). Sebelum ketibaan hari ini, Tuhan akan memulihkan keadaan Yehuda dan Yerusalem (3:1), akan ada peperangan berskala besar di dunia (3:9-10, 2:2-3), dosa memenuhi dunia (3:13), Roh Kudus dicurahkan sekali lagi (2:28-31), langit dan bumi bergoncang, matahari, bulan dan bintang-bintang menghilangkan cahayanya (2:10-11). Pada hari itu, Tuhan akan melakukan pembalasan yang besar (3:4-7), membalas dengan banyak (3:21), dan menghakimi segala bangsa di bawah langit (3:12). Hanya gereja benar saja yang akan diangkat dan tetap untuk selama-lamanya (3:20).